KEPIMPINAN PENDIDIKAN KOMPILASI AMALAN TERBAIK Bilangan 1 Tahun 2021 KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEPIMPINAN PENDIDIKAN KOMPILASI AMALAN TERBAIK Bilangan 1 Tahun 2021 KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 iv Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected] Urusan Penerbitan oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK ©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2021 Cetakan Pertama 2021 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN: Data Pengkatalogan Pengurus Penerbitan Zuriah binti Mad Ali Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman REKA CETAK SDN. BHD. No. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D Seksyen 16, 40200, SHAH ALAM Selangor Darul Ehsan www.rekacetak.com
v KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Kandungan Kata Alu-Aluan vii Kata Pengantar viii Dari Meja Ketua Editor ix Sidang Editor x Senarai Penulis Laporan xi Konsep Pendokumentasian Kompilasi xiii BIDANG KURIKULUM 15 Projek 1 16 KOMUNITI NILAM: PEMACU PUSAT SUMBER CEMERLANG 16 RUJUKAN 27 LAMPIRAN 28 Projek 2 32 PPKI STREET MEMBANTU MENORMALISASIKAN MURID PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN DALAM ASPEK MENGENAL WARNA DAN SIMBOL JALAN RAYA 32 LAMPIRAN 39 Projek 3 42 PERANAN GURU BESAR DALAM MELAKSANAKAN SEKOLAH MAYA 42 RUJUKAN 48 LAMPIRAN 49 BIDANG HAL EHWAL MURID 53 Projek 4 54 MRSM PRIHATIN, KAMI SEDIA MEMBANTU! 54 LAMPIRAN 62
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 vi Projek 5 67 PENDEKATAN TERAPI BERMAIN DI SETING SEKOLAH 67 RUJUKAN 72 LAMPIRAN 73 Projek 6 78 d’AKASIA- Prihatin DISIPLIN - AZIZ KOLABORASI ANTARA SWASTA & INSTITUSI AWAM 78 RUJUKAN 95 LAMPIRAN 96 Projek 7 100 TERAMPIL SKAM 100 RUJUKAN 107 LAMPIRAN 108 Projek 8 114 PROGRAM KPJ TEGAS - TIADA ELEMEN GAGAL SAHSIAH ADALAH IKRAR KPJ SKAM 114 LAMPIRAN 122 BIDANG KOKURIKULUM 125 Projek 9 126 PROJEK KELESTARIAN BAKAU HIJAU SK HAJI OMAR TAHIR 126 RUJUKAN 134 LAMPIRAN 135 Projek 10 137 PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT ANTARABANGSA 137 LAMPIRAN 148 Sekalung Kenangan Sepelaung Rindu 159 Penerbitan Lepas 162
vii KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Kata Alu-Aluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas kejayaan Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi menerbitkan kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan Bilangan 1 Tahun 2021. Sekalung tahniah dan syabas kepada Haji Muhammad Lukman bin Ismail selaku Ketua Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi dan Hajah Noor Ashikin binti Haji Shahrom selaku Ketua Editor dalam merealisasikan penerbitan buku ini. Menjadi satu harapan kepada pihak pengurusan agar penerbitan buku yang menghimpunkan projek-projek amalan terbaik kepimpinan pendidikan ini dapat dijadikan rujukan utama oleh para pemimpin sekolah. Sesungguhnya bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah, penglibatan pihak luar seperti PIBG, KSIB, ibu bapa, alumni, komuniti, agensi dan rakan strategik memainkan peranan yang sangat penting. Ditambahkan lagi, PIBK merupakan inisiatif penting di bawah Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 hingga 2025). Oleh itu, usaha mendokumentasikan perkongsian amalan terbaik ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Penghargaan juga dirakamkan kepada semua penulis laporan yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menghasilkan penulisan laporan amalan projek sekolah yang melibatkan pengurusan perhubungan luar. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya dan diharapkan buku kompilasi ini dapat memberi manfaat kepada para pemimpin sekolah serta beroleh rahmat Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. Haji Joohari bin Ariffin, PhD Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Kementerian Pendidikan Malaysia
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 viii Kata Pengantar Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadirat Allah SWT atas limpahan rahmat dan hidayahNya. Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabatsahabat baginda serta semua pengikutnya yang selalu setia. Buku Kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan Bilangan 1 Tahun 2021 ini merupakan himpunan projek amalan terbaik daripada sembilan buah sekolah di seluruh Malaysia yang melibatkan sepuluh projek. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah , Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu, Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al Jaffri, Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2 di Melaka. Kompilasi ini disusun dengan maksud untuk dijadikan contoh bagi pelaksana kegiatan di sekolah secara baik dan mengikuti kaedah penulisan yang ilmiah untuk rujukan warga pendidikan. Semoga dengan adanya buku Kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan Bilangan 1 Tahun 2021 ini dapat bermanfaat bagi para pemimpin dan warga pendidikan dalam menerajui sekolah, meningkatkan jumlah projek dan amalan terbaik yang berdaya saing, dan dengan sendirinya berdampak pada peningkatan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid khususnya. Terima kasih kepada semua penulis dan juga pemimpin sekolah yang terlibat dalam merealisasikan Kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan Bilangan 1 Tahun 2021. Pihak Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara juga berharap agar buku kompilasi ini dapat membantu pemimpin sekolah merealisasikan satu bidang pengurusan dalam Standard Kompentesi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM, 2006) iaitu bidang Perhubungan Luar. Semoga ianya dapat diteruskan dalam membangunkan pemimpin pendidikan seluruhnya. Aamiin Ya Robbal’alamin. Haji Muhammad Lukman bin Ismail Ketua Jabatan Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
ix KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Dari Meja Ketua Editor Penerbitan buku Kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan Bilangan 1 Tahun 2021 merupakan suatu usaha merealisasikan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Buku terbitan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) ini mengandungi koleksi projek yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek-projek yang dimuatkan di dalam buku ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan pencetus idea kepada kepimpinan pendidikan sekolah untuk melaksanakan projek-projek seumpamanya yang menekankan usaha kolaboratif atau pemuafakatan pintar sekolah dengan pihak luar di sekolah masing-masing. Projek-projek yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil usaha pihak sekolah dalam menyelesaikan dan menangani pelbagai isu yang dihadapi dengan bantuan dan sokongan pihak luar seperti PIBG, KSIB, ibu bapa, alumni, komuniti, agensi dan rakan strategik. Tiga buah projek mewakili bidang Kurikulum, lima projek mewakili bidang Hal Ehwal Murid dan dua projek mewakili bidang KoKurikulum. Pemimpin pendidikan berpeluang mengetahui usaha pemuafakatan di sekolah-sekolah yang telah berjaya membawa kecemerlangan dalam usaha menambahbaik kualiti sekolah masing-masing. Diharapkan buku Kompilasi Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan ini dapat membantu para pemimpin pendidikan menjadi lebih proaktif, kreatif dan inovatif dalam memajukan sekolah masingmasing di samping impak yang positif terhadap kemenjadian murid dan kelestarian sekolah. Akhir kata, pihak editor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua panitia dan guru-guru yang turut sama berusaha gigih menyumbang penulisan laporan projek amalan terbaik kepimpinan pendidikan dan perhubungan luar ini untuk perkongsian. Hajah Noor Ashikin binti Haji Shahrom, KB:PA Ketua Editor Pensyarah Kanan/ Kaunselor Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 x Jawatankuasa Penerbitan PENAUNG Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Haji Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia PENASIHAT Dr. Haji Joohari bin Ariffin Pengarah Cawangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Tuan Haji Muhammad Lukman bin Ismail Ketua Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi (JKBK) Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr. Ekerim Din Chin Ketua Pusat, Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan KETUA EDITOR Puan Hajah Noor Ashikin binti Hj Shahrom KB.PA. SIDANG EDITOR Tuan Haji Muhammad Lukman bin Ismail Encik Muhamad Mazlan bin Abdul Majid Encik Ruslan bin Shamsudin Puan Hajah Noor Ashikin binti Haji Shahrom Puan Meriam binti Allias (Fasilitator Penerbitan) IABCGH REKAAN GRAFIK Puan Hajah Noor Ashikin binti Haji Shahrom Mohd Syukarmi bin Zakaria
xi KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Senarai Penulis Laporan TAJUK PENULIS ORGANISASI KOMUNITI NILAM: PEMACU PUSAT SUMBER CEMERLANG Noor Ashikin bt Yusoff Dr. Zuridah Hanim bt Md. Akhir Wan Farahuna bt Wan Othman Suhaida bt Samsudin Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. [email protected] PPKI STREET MEMBANTU MENORMALISASIKAN MURID PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN DALAM ASPEK MENGENAL WARNA DAN SIMBOL JALAN RAYA Siti Intan Farahana bt Mhd Fauzy SK Bandar Laguna Merbok [email protected] PERANAN GURU BESAR DALAM MELAKSANAKAN SEKOLAH MAYA Gan Seng Thiam Gooh Mo Lee Ahmad Faizal bin Abdul Karim Irene Hong Siok Tee Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2, Melaka [email protected] MRSM PRIHATIN, KAMI SEDIA MEMBANTU! Siti Roslina Mohammad Zain Jolifulizan Jais Irma Rohaiza Ibrahim Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu Peti Surat 50167 88722 Putatan, Sabah [email protected] PENDEKATAN TERAPI BERMAIN DI SETING SEKOLAH Gan Seng Thiam Gooh Mo Lee Ahmad Faizal bin Abdul Karim Irene Hong Siok Tee Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2, Melaka [email protected] d’AKASIA-prihatin DISIPLIN - AZIZ KOLABORASI ANTARA SWASTA & INSTITUSI AWAM Mohd Shukor bin Salleh SMK Tunku Abd Aziz Simpang Empat, Alor Setar, Kedah [email protected]
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 xii TAJUK PENULIS ORGANISASI TERAMPIL SKAM En. Shaarani bin Ibrahim Pn. Zuraidah binti Borhan En.Muhammad Anwar bin Ali Pn.Fazilah binti Wahab Cik Noor Mastura binti Othman Mohd Shukor bin Saleh Jurulatih Utama Disiplin Daerah Kota Setar Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu, Jln Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kba2024.ppdkotasetar@gmail. com PROGRAM KPJ TEGAS - TIADA ELEMEN GAGAL SAHSIAH IKRAR KPJ SKAM Encik Shaarani bin Ibrahim Puan Zuraidah binti Borhan Encik Muhammad Anwar bin Ali Puan Fazilah binti Wahab Cik Noor Mastura binti Othman Jurulatih Utama Disiplin Daerah Kota Setar Mohd Shukor bin Saleh Sk Alor Mengkudu Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar Kedah [email protected] PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT ANTARABANGSA Mardiana binti Abd Rahman Hayati binti Yusoff Ahmad Akibi bin Abdullah @ Hussin Khairil Azani bin Dato’ Hj Arzmi SK Tuan Syed Jan Al Jaffri 08000 Sungai Petani, Kedah [email protected] PROJEK KELESTARIAN BAKAU HIJAU SK HAJI OMAR TAHIR Wan Rozita bt Wan Osman SK Haji Omar Tahir, Bedong, Kedah [email protected]
xiii KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Konsep Pendokumentasian Kompilasi Tujuan Dokumen ini bertujuan menyebarluaskan dan berkongsi amalan terbaik tentang kepimpinan pendidikan dan pengurusan perhubungan sekolah dengan pihak luar serta menjadi bahan rujukan kepada pemimpin sekolah. Perkongsiaan amalan terbaik ini adalah untuk melihat gaya kepimpinan pengetua dan guru besar dalam penyediaan pendidikan abad ke-21. Latar Belakang Ekosistem Pembelajaran Abad Ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sistem pembelajaran mengakui bahawa pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah malah dalam komuniti. Sekolah hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Justeru, sekolah menggalakkan penglibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut. Walaupun sektor swasta tidak dapat menggantikan sektor awam, sektor swasta boleh bertindak sebagai penyumbang tambahan bagi menambah baik inisiatif awam dan menggerakkan penyampaian perkhidmatan supaya lebih cekap termasuk dalam bidang kebitaraan. Seperti yang diperaku dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang ketiga iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerjasama erat sektor awam dan swasta jika dilaksanakan dengan betul boleh mempercepatkan perkhidmatan penyampaian dan membawa kepada pertambahan kewangan untuk sektor pendidikan di samping memperluas akses yang sama dan meningkatkan keberhasilan pembelajaran. Ini bertepatan dengan hasrat Gelombang Ke-3 dalam PPPM iaitu peluasan penglibatan ibu bapa dan swasta. Asas Pertimbangan Dari semasa ke semasa Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara sentiasa berusaha untuk menyampaikan sesi latihan berkualiti kepada pemimpin sekolah. Pensyarah IABCU juga terlibat dalam sesi lawatan tindak ikut dan tindak susul program yang melibatkan perhubungan luar di sekolah seperti program CPD PPPM Perhubungan Luar Pemimpin Sekolah (PerLu). Dapatan sesi tersebut membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin sekolah mempunyai kreativiti tersendiri dalam melaksanakan aktiviti penambahbaikan sekolah yang menggabungjalinkan usaha kolaboratif bersama pihak luar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Pelbagai strategi dan usaha kreatif terserlah sewaktu lawatan
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 xiv bimbingan tindak ikut dan tindak susul ini. Justeru, terdapat amalan terbaik yang terhasil daripada pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tersebut. Maka idea untuk mendokumentasikan amalan-amalan tersebut muncul dengan memberi laluan kepada pemimpin sekolah berkongsi amalan terbaik masing-masing. Selain itu, matlamat projek ini adalah untuk mendokumentasikan amalan terbaik dalam pengurusan perhubungan sekolah dengan pihak luar bagi tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional warga pemimpin sekolah dalam bidang tersebut. Pendokumentasian amalan terbaik dalam bidang Pengurusan Perhubungan Luar dapat dijadikan penyuluh jalan atau sebagai rujukan dan panduan dalam kalangan pemimpin sekolah bagi membantu mereka sama ada dengan mengaplikasikan amalan yang sama atau memperoleh idea bagi merancang penambahbaikan sekolah masing-masing melalui usaha kolaboratif dengan pihak luar. Diharapkan agar perkongsian amalan-amalan terbaik ini dapat diperkembangkan lagi melalui kajian dan perlulah diberikan fokus bagaimana pemimpin sekolah mengaplikasikan gaya kepimpinan instruksional mereka bagi menyediakan pendidikan abad ke-21 dengan lebih menyeluruh. Kesimpulan Pendokumentasian kompilasi amalan terbaik pengurusan perhubungan sekolah dengan pihak luar ini merupakan satu wadah bagi pemimpin-pemimpin sekolah membuat rujukan. Adalah diharapkan agar pendokumentasian ini mampu membantu mereka merancang, mengelola, memimpin dan mengawal aktiviti penambahbaikan sekolah secara kolaboratif bersama pihak luar dan seterusnya memberi kesan positif terhadap pernbelajaran murid. Sehubungan dengan itu, IABCU diharapkan dapat membantu organisasi pendidikan untuk merealisasikan hasrat PPPM dalam Gelombang Ke-3. Oleh itu, semua pihak perlu segera bertindak memainkan peranan masingmasing dengan harapan hasrat kerajaan terlaksana. Menjadi tanggungjawab warga sekolah untuk berusaha memantapkan kemenjadian murid berdasarkan matlamat sekolah masing-masing. Kerjasama antara semua pihak amat penting untuk mencapai kemenjadian murid yang diharapkan. Penambahbaikan program perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kemenjadian murid. Programprogram yang berjaya membentuk kemenjadian murid di sekolah diharap dapat menjadi inspirasi dan panduan kepada sekolah-sekolah lain tidak kira sekolah kerajaan atau swasta. Harapan kerajaan agar rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya melalui pendidikan di sekolah akan tercapai sekiranya sesebuah sekolah dapat melahirkan pelajar yang menjadi dari semua aspek iaitu akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.
15 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 BIDANG KURIKULUM
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 16 Projek 1 KOMUNITI NILAM: PEMACU PUSAT SUMBER CEMERLANG Noor Ashikin bt Yusoff Dr. Zuridah Hanim bt Md. Akhir Wan Farahuna bt Wan Othman Suhaida bt Samsudin Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. [email protected] Bidang: Pengurusan Pusat Sumber. PENGENALAN PROJEK Projek Komuniti NILAM merupakan inisiatif melaksanakan perkongsian pintar dengan rakan strategik sekolah dalam membudayakan amalan membaca menerusi Program NILAM, iaitu program Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyemai tabiat membaca. Hal ini selaras dengan anjakan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas dalam memperkasakan sekolah. Oleh hal yang demikian, Projek Komuniti NILAM memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan jumlah koleksi buku dan perkongsian pelbagai aktiviti untuk menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti membaca. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah merupakan Sekolah Cemerlang, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan telah terpilih sebagai IB World School pada tahun 2016. MYP IB (Middle Year Programme International Baccalaureate) merupakan Program Transformasi Pendidikan Negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2035 demi melahirkan pembelajaran abad ke 21. Pendidikan IB bersifat holistik yang memberi tumpuan kepada pembangunan kognitif, sosial, emosi dan fizikal murid. Oleh itu, tumpuan diberikan kepada proses dan hasil pembelajaran ke arah minda bertaraf antarabangsa berasaskan 10 profil yang memerlukan murid IB berusaha untuk bersikap ingin tahu, berpengetahuan luas, pemikir, bijak berkomunikasi, berprinsip, berfikiran terbuka, penyayang, pengambil risiko, seimbang dan reflektif. Sehubungan dengan itu, murid dididik supaya mempunyai
17 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 kemahiran penyelidikan, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, pengurusan diri dan kemahiran berfikir. Dalam konteks ini, Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Sultanah Bahiyah bertindak sebagai nadi dalam pelaksanaan MYP IB. Oleh hal yang demikian, aktiviti membaca menjadi fokus utama selaras dengan slogan “Reading is the most important thing we do here.” PSS perlu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang dapat membantu murid dalam proses pembelajaran khususnya pentaksiran di bilik darjah. Selain itu, pelbagai aktiviti galakan membaca perlu dirangka supaya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam penyelidikan, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, pengurusan diri dan kemahiran berfikir. ISU ATAU CABARAN a) Koleksi buku tidak bersifat terkini, jumlah koleksi tidak memenuhi keperluan murid dan belum mencapai nisbah 1:20. Kajian trend dan minat membaca telah dijalankan oleh PSS pada Oktober 2018 dan mendapati bahawa 88 peratus responden menyatakan buku tidak cukup dan perlu ditambah. Maklum balas lain yang turut diterima ialah • Banyak buku edisi lama. Bahan tidak kemas kini. • Bahan perlu tambah ikut edisi semasa. • Banyakkan buku rujukan dan buku kegemaran murid. Jumlah buku juga tidak memenuhi nisbah buku murid sekolah menengah. Analisis koleksi buku pada pada Oktober 2018 menunjukkan bahawa jumlah buku ialah 13, 911 dengan nisbah buku: murid ialah 1: 14. Situasi ini menjadi cabaran kepada pihak sekolah dalam menyediakan sumber rujukan berkualiti kepada murid-murid khususnya dalam pelaksanaan pentaksiran MYP IB di bilik darjah. b) Jumlah penggunaan PSS dan penglibatan murid dalam aktiviti membaca rendah. Koleksi bahan bacaan yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak murid turut memberi kesan kepada tahap penggunaan PSS yang rendah. Tahap bacaan murid rendah berdasarkan jumlah pinjaman buku yang minimum. Selain itu, PSS hanya digunakan sekadar memenuhi waktu ganti murid dan tidak digunakan untuk mencari maklumat. Biarpun SMK Sultanah Bahiyah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang dan Sekolah Kluster Kecemerlangan, namun, PSS bersifat terasing dan tidak selari dengan perkembangan kurikulum sekolah. Kajian tren dan minat membaca yang dijalankan juga mendapati bahawa guru-guru dan murid yang terlibat mencadangkan agar promosi digiatkan supaya murid berkunjung ke PSS.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 18 ANALISIS KEPERLUAN PROJEK Projek komuniti NILAM perlu dilaksanakan berdasarkan analisis data dalam jadual 1 Jadual 1: Analisis Keperluan Projek Butiran Analisis data Jumlah koleksi buku 13, 911 buah dengan nisbah 1: 14. Nisbah buku:murid sekolah menengah ialah 1:20 Dapatan kajian tren dan minat membaca 2018 • 88 % responden menyatakan buku tidak cukup dan perlu ditambah. • Buku edisi lama dan tidak kemas kini. Jumlah pinjaman 2018 2256 buah buku Jumlah penggunaan PSS 2018 12799 orang – kebanyakan masuk hanya waktu ganti untuk menyiapkan kerja sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga turut berhasrat dan memberi fokus kepada usaha a) Mendapat status PSS Cemerlang 2020 b) Memenuhi kriteria lawatan penilaian semula MYP IB pada tahun 2021 c) Menaik taraf fizikal PSS dan rangkaian sumber di sekitar sekolah yang memerlukan belanja yang besar. Oleh itu, pihak sekolah menghadapi cabaran kewangan sekiranya peruntukan memberi fokus penuh kepada aspek koleksi buku PSS dan aktiviti membaca semata-mata. Data menunjukkan bahawa aspek ini merupakan isu yang kritikal dan perlu diberi perhatian. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah melaksanakan Projek Komuniti NILAM selama dua tahun iaitu pada tahun 2019 hingga 2020 supaya impak pelaksanaan projek dapat diukur dengan berkesan. OBJEKTIF PROJEK 1. Meningkatkan jumlah koleksi buku di Pusat Sumber Sekolah (PSS) 2. Meningkatkan jumlah pinjaman buku dan penggunaan PSS 3. Meningkatkan jumlah penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti galakan membaca.
19 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 INISIATIF PROJEK a. Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar Carta Alir Proses Kerja Mengumpul maklumat berkaitan rakan strategik Perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah Penubuhan Pasukan Kerja Penyediaan kertas kerja dan urusan surat menyurat Mendapatkan maklum balas menerusi talian atau secara bersemuka Surat ucapan terima kasih, penulisan laporan dan penilaian Pelaksanaan Projek Pihak luar yang terlibat Jadual 2: Pihak luar yang terlibat Fokus Pihak terlibat Peningkatan Jumlah buku/ bahan bacaan PIBG Institut terjemahan Buku Malaysia (ITBM) Perpustaakan Negara Malaysia Asia Book Foundation UUM Press Kumpulan Karangkraf Zayad Enterprise Bank Islam Malaysia Berhad Yayasan Sultanah Bahiyah Upcas Sdn Bhd Perkongsian aktiviti galakan membaca Blink Book Perpustakaan Awam Negeri Kedah Mobile Book Cafe UUM Press
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 20 Projek dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu mulai Februari 2019 hingga Oktober 2020 bagi melihat impak pelaksanaan program. b. Pelaksanaan Projek/ Aktiviti i) Satu Waris Satu Buku bersama PIBG. Program Satu Waris Satu Buku dilancarkan pada 28 Februari 2019 bersempena Mesyuarat Agung PIBG. Program ini bertujuan untuk menambahkan lagi koleksi bahan bacaan PSS bagi mencapai nisbah 1:20 dan dilancarkan oleh Puan Normaliza binti Mahadi, Pengarah Kaunseling HR Capital Sdn. Bhd. Ibu bapa yang hadir pada hari tersebut diminta membawa buku untuk didermakan kepada PSS. Aktiviti ini telah berjaya mengumpul 158 buah buku. Guru-guru juga turut menyumbang buku pada Majlis Pelancaran NILAM menerusi Program 1 Guru 1 Buku dan berjaya mengumpul 102 buah buku. ii) Program Sumbangan Buku Selain sumbangan daripada PIBG, PSS turut membuat permohonan dan mendapat sumbangan daripada agensi berikut. Jadual 3: Program Sumbangan Buku Agensi Butiran sumbangan Institut terjemahan Buku Malaysia (ITBM) • Sumbangan buku terjemahan dan bacaan umum berkualiti sebanyak 20 kotak. • Sudut ITBM telah diwujudkan dan menjadi ruang rujukan terutama dalam penghasilan tugasan pentaksiran MYP IB. • Telah menerima kunjungan Pengarah Urusan ITBM pada Perpustaakan Negara Malaysia • Sumbangan buku sebanyak lima kotak. Asia Book Foundation • Sumbangan buku sebanyak dua kotak. UUM Press Sumbangan buku bacaan umum bernilai RM 5,000. Kumpulan Karangkraf Sumbangan buku rujukan dan fiksyen sebanyak enam buah kotak. Zayad Enterprise Sumbangan kewangan bagi pembelian buku Yayasan Sultanah Bahiyah Bank Islam Malaysia Berhad Upcas Sdn Bhd
21 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 iii) Aktiviti Bersama Blink Book Kehadiran para penulis Blink Book sentiasa ditunggu oleh murid-murid dan mendapat sambutan yang luar biasa. Menerusi Program Jelajah Sekolah bersama Blink Book, beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu ceramah motivasi, peluang kerjaya dan perkongsian pengalaman sebagai penulis, slot bertemu peminat dan jualan buku. Dalam tempoh program berlangsung, pihak blink book telah hadir sebanyak empat kali ke SMK Sultanah Bahiyah. Kemuncak program ialah pada 22 Julai 2019, apabila novelis Ain Maisarah turun padang bagi perbincangan lanjut Kelab Peminat Ain Maisarah dan diikuti oleh perbincangan Projek Usahawan Blink Book bersama PSS SMK Sultanah Bahiyah pada 6 Disember 2019. Projek Usahawan Buku merupakan projek rintis kedai buku PSS pertama di Malaysia. Namun begitu, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ain Maisarah tidak dapat turun padang seperti yang dijadual pada tahun 2020. Beliau telah merakamkan video khusus kepada murid-murid SMK Sultanah Bahiyah agar terus membaca dari rumah dan memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan oleh PSS. iv) Perpustakaan Awam Negeri Kedah Perpustakaan Awam Negeri Kedah dijemput melaksanakan aktiviti bersama khususnya pada Minggu NILAM dan program selepas peperiksaan pada hujung tahun. Namun, pelbagai aktiviti berterusan dijalankan sepanjang tahun antaranya Kempen Galakan Membaca, Bengkel Literasi Maklumat, Aktiviti kuiz dan Sudut Lincoln Corner, Pameran Koleksi Kedah, Jejak Maklumat di Galeri Sultan Abdul Halim, Jejak Maklumat di Muzium Negeri Kedah dan Bengkel U-pustaka. Kepelbagaian program termasuk hadiah yang ditawarkan menjadikan aktiviti galakan membaca PSS SMK Sultanah Bahiyah lebih menarik dan menyeronokkan. PSS SMK Sultanah Bahiyah turut mendapat pengiktirafan sebagai Sahabat Perpustakaan Awam sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. v) UUM Press Selain memberi sumbangan buku, UUM Press turut membantu menjayakan aktiviti Resensi Buku dengan menampilkan beberapa penulis yang bernaung di bawah UUM Press. Kerjasama antara pihak sekolah dan UUM Press diteruskan dalam penerbitan buku Inovasi Terbaik Projek Individu MYP IB yang ditulis oleh murid tingkatan 5 Tahun 2019 dan bakal berada di pasaran pada Januari 2021.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 22 PENCAPAIAN/ KEBERKESANAN/ IMPAK PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI KEPADA SEKOLAH. a) Meningkatkan jumlah koleksi buku di Pusat Sumber Sekolah (PSS) Jumlah koleksi buku di PSS telah meningkat seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 di bawah. Jadual 4: Jumlah Koleksi Buku Tahun Jumlah Koleksi Buku 2018 13,911 buah 2019 15, 759 buah 2020 19, 678 buah buku fizikal • Pautan e-reading menerusi U-pustaka turut dibuat dalan portal sekolah dan site e-nilam PSS b) Meningkatkan jumlah pinjaman buku dan penggunaan PSS Rajah 1: Jumlah Pinjaman Buku PSS Sebelum dan Selepas Aktiviti Rajah 2: Jumlah Penggunaan PSS Sebelum dan Selepas Aktiviti
23 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 c) Meningkatkan jumlah penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti galakan membaca. Penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti PSS telah meningkat. Malah PSS sentiasa dipenuhi oleh murid-murid yang meminjam buku terutama pada waktu rehat. PSS juga dibuka selepas waktu persekolahan atas permintaan murid. Kemenjadian Pengawas PSS juga terserlah kerana mereka mampu mengurus dan mengendalikan aktiviti dengan cemerlang. d) Pencapaian PSS 2019- 2020. Projek Komuniti NILAM telah membantu dan menyumbang kepada kejayaan PSS dalam pengiktirafan berikut 1. Keempat PSS Kebangsaan 2019 2. Guru Ikon GPM Negeri Kedah 2019, 2020 3. PSS Cemerlang Negeri Kedah 2019, 2020 4. GPM Paling Kreatif Kebangsaan 2019 (undian IFLA Johor 2.0) 5. Naib Johan Anugerah Nilam Daerah 2019. 6. Ikon GPM Kebangsaan 2020. e) Kekuatan Projek/ Aktiviti 1. Selain dari sokongan fizikal dalam bentuk buku, projek ini juga mendapat sumbangan kewangan dari beberapa pihak seperti Zayad Enterprise, Bank Islam, Yayasan Sultanah Bahiyah, Upcas Sdn Bhd. Sumbangan dalam bentuk kewangan mengukuhkan lagi bilangan pertambahan buku. 2. Pihak sekolah telah menyediakan dua unit ‘Drop Book Box A dan B’ sebagai tempat untuk waris atau guru menyumbang buku-buku mereka pada bila-bila masa. Kotak ini dihasilkan dengan menggunakan bahan terbuang iaitu tong air yang ditebuk lubang di bahagian atas dan tepi untuk tujuan ‘drop’ buku dan kemudian diletakkan di pintu pagar A serta di Anjung IB. 3. Persekitaran sekolah diisytiharkan sebagai zon membaca. Oleh itu, inisiatif telah diambil dengan mewujudkan tiga unit ‘Little Liibrary’ yang ditempatkan di hapadan koperasi sekolah, di Taman Tunku Intan Safinaz dan juga berdekatan pondok pengawal. Dengan adanya “Little Library” ini, warga sekolah terutamanya murid dapat membaca pada bila-bila masa kerana terdapat pelbagai bahan bacaan yang mudah diakses. 4. Kekuatan PSS ialah kerjasama dan sokongan semua pihak terutama para guru dan murid. Sebarang pertandingan atau kempen membaca yang diadakan mendapat penyertaan yang sangat memberansangkan. Antaranya adalah ‘Kempen Meminjam Buku Sejarah’ sempena bulan kemerdekaan. Peningkatan bilangan murid dan guru yang membaca meningkat kerana turut dimasukkan elemen kreativiti antaranya mengenakan tema pakaian merdeka dan tawaran hadiah yang menarik.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 24 5. Pelaksanaan aktiviti membaca yang menyeluruh dengan menjadikan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) sebagai payung kepada semua aktiviti. Oleh itu Projek Komuniti NILAM disokong dengan pelbagai aktiviti supaya memberi impak kepada pembangunan modal insan murid. CABARAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI 1. Terdapat waris dan komuniti setempat yang tidak memberi respon positif atas alasan tidak berminat dengan aktiviti membaca bersama dengan pihak sekolah. 2. Sumber kewangan yang terhad serta taraf hidup yang sederhana juga menyebabkan ada waris dan komuniti setempat tidak dapat menyumbang koleksi buku kepada pihak sekolah semasa program 1 Waris 1 Buku dilaksanakan. 3. Pihak PSS turut menghadapi masalah tenaga kerja semasa buku diproses untuk digunakan. Ini kerana buku-buku yang diterima dalam jumlah yang besar sedangkan guru dan pengawas PSS perlu berada di dalam kelas sepanjang tempoh persekolahan. Oleh itu, pihak PSS telah memohon bantuan bekas pengawas PSS untuk turun padang. 4. Aktiviti susulan yang dijalankan perlu dirancang dengan teliti agar mencapai objektif untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan isi kandungan bacaan dan seterusnya memupuk tabiat membaca yang berterusan. 5. Penentuan bahan bacaan yang bersesuaian mengikut keperluan dan kehendak murid dan guru. Perbincangan dengan penyumbang adalah perlu supaya sumbangan yang dihantar memenuhi spesifikasi yang diperlukan. KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR ATAU KETUA JABATAN Pengetua SMK Sultanah Bahiyah mengamalkan kepimpinan literasi iaitu bentuk kepimpinan pengetua yang memberi fokus kepada pembudayaan amalan membaca untuk meningkatkan pencapaian murid dan perkembangan sekolah. Dalam hal ini, pengetua menjadi kunci untuk mengatasi krisis amalan membaca dengan mengutamakan pembangunan program bacaan (Murphy, 2004; Pinello, 2015), memahami dan memberi sokongan penuh kepada program bacaan sekolah (Lockard, 2013; Overholt & Szabocsik, 2013), serta menggabungkan usaha guru dan warga sekolah (Murphy, 2004; Massey, 2012) sehingga memberi impak berkesan sekolah (Irvin, Meltzer & Duke, 2007). Oleh itu, pengetua yang mengamalkan kepimpinan literasi meletakkan aktiviti bacaan sebagai perkara pokok dalam usaha membangunkan sekolah.
25 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Dalam konteks ini, Model Tindakan Kepimpinan Literasi telah dibangunkan oleh Irvin, Meltzer dan Dukes (2007) berdasarkan beberapa siri kajian amalan terbaik pengetua-pengetua sekolah yang berjaya membangunkan aspek literasi di sekolah masing-masing. Model Tindakan Kepimpinan Literasi ini adalah seperti rajah 3. Irvin, Meltzer dan Dukes (2007) Rajah 3: Model Tindakan Kepimpinan Literasi Rajah 3 menunjukkan Model Tindakan Kepimpinan Literasi yang diperkenalkan oleh Irvin, Meltzer dan Dukes (2007). Model ini mengandungi tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan motivasi membaca. Model dibahagikan kepada dua komponen iaitu komponen matlamat yang diwakili oleh dua gegelung bulatan dan komponen tindakan yang diwakili oleh lima bulatan tindakan. Fokus utama model adalah untuk memotivasikan pelajar terlibat dalam aktiviti bacaan secara berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik. Bagi mencapai hasrat ini, lima aspek pengurusan sekolah iaitu pelaksanaan pelan literasi, sokongan guru untuk meningkatkan pengajaran, penggunaan data bagi membuat keputusan, membangunkan kapasiti kepimpinan dan peruntukan sumber saling berinteraksi untuk penambahbaikan sekolah. Aktiviti membaca dilaksanakan secara menyeluruh dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan agensi kerajaan serta swasta di peringkat daerah.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 26 Dalam hal ini, pengetua SMK Sultanah Bahiyah bertindak sebagai peneraju dan tulang belakang bagi menjayakan Projek Komuniti NILAM dengan mengamalkan ciri-ciri berikut:- 1. Melaksanakan Pelan Strategik Organisasi yang mengandungi Projek Komuniti NILAM sebagai salah satu strategi ke arah pembudayaan amalan membaca. 2. Bertindak sebagai penyelesai masalah dengan membuat keputusan secara musyawarah bersama pasukan kerja PSS. 3. Memberi sokongan kepada kerja buat guru dengan turun padang. 4. Membangunkan kepimpinan Guru Perpustakaan dan Media serta pasukan kerja PSS dalam melaksanakan program. 5. Memantau dan mengumpul maklumat berdasarkan data untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti membaca di sekolah. 6. Menjadikan aktiviti membaca sebagai keutamaan dalam semua aktiviti sekolah supaya dapat memberi impak kepada pembangunan murid dan pencapaian akademik. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG Pelaksanaan projek boleh ditambah baik menerusi pembacaan dalam talian. Selaras dengan peredaran zaman dan era teknologi yang amat pesat, murid perlu diterapkan dengan cara pembacaan yang lebih “advance” menggunakan pelbagai peranti menerusi program-program yang boleh dirancang oleh pihak sekolah. Teknik perekodan bahan bacaan secara digital boleh dilaksanakan supaya program NILAM dapat dilaksanakan secara berterusan, lebih efektif dan cekap. Oleh itu, projek Komuniti NILAM akan datang bakal memberi fokus kepada pembacaan secara digital, namun pembacaan buku fizikal masih diteruskan. KESIMPULAN Projek ini adalah satu inisiatif PSS dan pihak sekolah yang sangat berkesan di dalam membudayakan sikap suka membaca dalam kalangan warga sekolah. Walaupun budaya membaca di Malaysia masih berada di tahap yang kurang memberangsangkan, namun SMK Sultanah Bahiyah terus mengorak langkah bersama komuniti setempat dan agensi terlibat untuk melahirkan masyarakat pembaca kerana bangsa membaca ialah bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat. Ternyata Projek Komuniti NILAM telah menatijahkan kejayaan cemerlang apabila PSS SMK Sultanah Bahiyah telah dinobatkan sebagai PSS Cemerlang Negeri Kedah pada tahun 2019 dan 2020.
27 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 RUJUKAN Irvin, J., Meltzer. J., Dukes., M (2007). Taking Action on Adolescent Literacy: An Implementation Guide for School Leaders. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria, Virginia USA. Lockard, S. A. (2013). An Analysis of the Relationship Between Elementary Principal Self-Efficacy and 5th Grade Reading Achievement. (Tesis Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and Theses (UMI 3590723) Massey, S. L. (2012). Leadership In Reading Who are the Literacy Team Players? Illnois Reading Council Journal, 40(3), 65–70. Murphy, J. (2004). Leadership for Literacy: A Framework for Policy. School Effectiveness and School Improvement, 15(1), 65–96. Overholt, R., & Szabocsik, S. (2013). Leadership Content Knowledge for Literacy: Connecting Literacy Teachers and Their Principals. The Clearing House: A Journal of Educational Strategies, Issues And Ideas 86(2), 53–58. http://doi. org/10.1080/00098655.2012.742034 Pinello, C. S. (2015). A Regression Study: Middle School Literacy Leadership Practices In Virginia. (Tesis Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and Theses (UMI 3669715)
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 28 LAMPIRAN Program Satu Waris Satu Buku Sekitar majlis pelancaran Satu Waris Satu Buku Keratan akhbar yang disiarkan dalam Sinar Harian berkaitan program Murid memasukkan buku sumbangan dalam tong “Drop A Book Box”
29 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Program Sumbangan Buku Operasi memproses buku-buku sumbangan pada waktu cuti persekolahan (sebelum perintah kawalan pergerakan) Penerimaan buku sumbangan daripada ITBM yang di hantar ke SMK Sultanah Bahiyah Sudut ITBM di PSS SMK Sultanah Bahiyah Pengarah Urusan ITBM, Tn Hj Mohd Khair Ngadiron dan Presiden Pena, Dr Mohd Saleeh dalam siri lawatan ke PSS SMK Sultanah Bahiyah beramah mesra dengan pelajar
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 30 Aktiviti bersama Blink Book Novelis Ain Maisarah bersama Pengawas PSS yang bertugas Aktiviti kelab Peminat Ain Maisarah dan Program Usahawan Buku Aktiviti Bersama Perpustakaan Awam Negeri Kedah Aktiviti Galakan Membaca Kempen keahlian
31 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Pameran Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Aktiviti Sudut Lincoln Corner Program Jejak Maklumat
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 32 Projek 2 PPKI STREET MEMBANTU MENORMALISASIKAN MURID PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN DALAM ASPEK MENGENAL WARNA DAN SIMBOL JALAN RAYA Siti Intan Farahana bt Mhd Fauzy SK Bandar Laguna Merbok [email protected] Bidang: Kurikulum PENGENALAN PROJEK Amalan terbaik merupakan matlamat utama yang sentiasa diamalkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar Laguna Merbok (PPKI SKBLM). Melalui amalan terbaik yang dilaksanakan, sesebuah sekolah itu bukan sahaja beroleh manfaat melaluinya, tetapi juga dapat menyemai budaya menghargai dan menyayangi sekolah dalam kalangan warganya; khususnya dalam kalangan anak muridnya. Amalan terbaik yang dilaksanakan di sesebuah sekolah itu akan menjadi lebih bermakna dan bermanfaat jika cetusan ideanya, objektif, matlamat dan halatuju amalan tersebut dikongsi bersama; baik dalam kalangan pentadbir, guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa. Umum mengetahui bahawa kelas merupakan tempat untuk guru mengajar dan murid belajar. Justeru, bagi memastikan murid dapat belajar dengan selesa serta memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar, suasana kelas yang berinformasi perlu diwujudkan. Oleh itu, PPKI SKBLM telah menggunakan luar koridor kelas sebagai salah satu bahagian untuk dijadikan ruang informasi yang mampu menarik murid khas khususnya. PPKI STREET telah diwujudkan selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21 yang mengutamakan fleksibiliti dan keupayaan murid menyesuaikan diri dengan keadaan kelas. PPKI STREET merupakan laluan koridor yang dibangunkan menjadi ‘jalan raya mini’ dan lengkap dengan informasi seperti simbol papan tanda, gambar berwarna, tempat menunggu bas serta lampu isyarat sebenar.
33 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 LATAR BELAKANG SEKOLAH SK Bandar Laguna Merbok terletak di Bandar Sungai Petani dan berada di dalam Daerah Kuala Muda/Yan. Sekolah ini mempunyai kapasiti murid secara keseluruhannya berjumlah 800 orang termasuk murid Pendidikan Khas Pembelajaran. SK Bandar Laguna Merbok telah mula beroperasi pada tahun 2014. Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar Laguna Merbok pula telah ditubuhkan pada 16 Januari 2017 dengan kekuatan guru seramai dua orang dan seorang pembantu pengurusan murid. Berbekalkan dengan bilangan tenaga kerja tersebut, seramai 14 orang murid Pendidikan Khas pelbagai ketidakupayaan telah diberi akses dan ekuiti pendidikan secara optimum dalam mengembangkan potensi dan bakat murid. Kemudahan prasarana orang kurang upaya dan persekitaran yang kondusif dapat dilihat di SK Bandar Laguna Merbok hasil daripada barisan pentadbir yang komited dalam menyokong setiap program atau aktiviti yang telah dirancang oleh guru pendidikan khas. Kerjasama dan sokongan yang jitu itu telah mampu meningkatkan kemenjadian murid PPKI SKBLM. Kemenjadian murid dan prasarana yang mantap di PPKI SKBLM telah menarik minat sekolah di kawasan setempat serta luar daripada Negeri Kedah untuk hadir dan membuat lawatan penandaarasan. Kelengkapan prasarana dan pengurusan PPKI SKBLM yang mantap telah menjadi bualan walaupun baru beroperasi selama 4 tahun. ‘PPKI SKBLM DI MERCU’ menjadi cogan kata dan prinsip yang sentiasa dipegang oleh warga PPKI SKBLM dalam memantapkan setiap aspek yang diperlukan oleh murid. ISU ATAU CABARAN a) Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambah baik Program Pendidikan Khas merupakan satu program atau kelas di sekolah arus perdana yang bertanggungjawab menguruskan pendidikan MBPK Masalah Pembelajaran (MP). Sepanjang sesi pembelajaran di dalam kelas, saya melihat masalah utama murid khas adalah dalam mengenal warna. Hasil pemerhatian selama setahun saya mendapati murid pendidikan khas berkognitif rendah sukar membezakan jenis-jenis warna. Malah mereka dilihat tidak boleh mencantumkan warna dengan perkataan dengan betul. Sebaliknya, murid pendidikan khas berkognitif tinggi dilihat tidak mampu menguasai simbol-simbol jalan raya yang terdapat dalam matapelajaran Pengurusan Tingkah Laku. Mereka juga dilihat bosan dengan kaedah pdpc yang biasa dilaksanakan dan mempunyai daya ingatan yang singkat. Sejajar dengan itu, sebagai seorang guru saya perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 34 b) Analisis Keperluan Projek Hasil pemerhatian saya mendapati kesemua murid pendidikan khas gemar berlari dan bermain di luar koridor. Bertepatan dengan itu, timbul idea untuk mengoptimumkan penggunaan koridor menjadi salah satu medium untuk pembelajaran berkaitan warna dan simbol jalan raya di samping mencantikkan persekitaran sekolah. Murid pendidikan khas akan lebih mudah mengingat sesuatu maklumat sekiranya ia dilaksanakan dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan berkonsepkan permainan. Walaupun mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran, namun sebenarnya mereka mempunyai kelebihan positif lain. Melalui pemerhatian secara langsung, saya mendapati mereka sentiasa aktif dan mudah seronok sekiranya guru menggunakan pendekatan secara bermain dan ‘hands on’. Hal ini memberi kenyakinan kepada pengkaji untuk memikirkan solusi terbaik bagi membantu mereka. OBJEKTIF PROJEK 1. PPKI STREET ini dirangka dan dilaksanakan bertujuan membantu menormalisasikan murid dalam aspek mengenal warna, simbol dan keselamatan di jalan raya. 2. Melaksanakan pentaksiran murid melalui PPKI STREET dapat diukur dalam lembaran kerja dan pemerhatian. 3. Melibatkan komitmen guru pendidikan khas, barisan pentadbir sekolah serta sumbangan dana daripada syarikat swasta dan tenaga kerja yang mencukupi dan dana yang bersesuaian. INISIATIF PROJEK a. Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar Menyumbang semula kepada masyarakat merupakan sebahagian asas falsafah korporat Kumpulan CIMB. Sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, Kumpulan CIMB merupakan unsur penting dalam komuniti. Yayasan CIMB percaya bahawa inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan perlu memfokus tumpuan kepada program yang memanfaatkan komuniti-komuniti dan membolehkan mereka membina ikatan yang lebih kukuh dengan anggota komuniti tersebut. PPKI SK Bandar Laguna Merbok mengambil inisiatif daripada Yayasan CIMB untuk membantu PPKI SKBLM dalam menyumbang dana bagi membangunkan PPKI STREET. Sebagai sebahagian daripada aktiviti utamanya, Yayasan CIMB memberi sokongan kepada pelbagai projek
35 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 yang menyediakan peluang pembelajaran kepada murid khas. Yayasan CIMB melihat aktiviti ini sebagai salah satu pelaburan yang mendorong transformasi menuju ke arah mewujudkan sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan. Langkah pertama yang telah dimulakan ialah membina jaringan kerjasama antara CIMB Bank Cawangan Sungai Petani. Jaringan kerjasama pada permulaannya adalah perkongsian dan hebahan kepada pihak bank berkaitan keperluan murid pendidikan khas dalam menormalisasikan mereka. Hasil penceritaan tersebut telah menarik minat pihak CIMB Bank untuk membantu dalam aspek dana. Kertas kerja telah dilengkapkan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Malah borang permohonan geran telah diisi secara terperinci dan dilampirkan bersama kertas kerja. Borang permohonan tersebut akan dihantar ke Yayasan CIMB Kuala Lumpur bagi tujuan tapisan dan kelulusan. Dalam jangka masa selama dua bulan, Yayasan CIMB telah meluluskan permohonan tersebut sehingga mereka telah memberi sumbangan penuh bagi menyiapkan PPKI STREET. Setelah proses pemberian geran dana, pihak PPKI SKBLM telah membangunkan PPKI STREET mengikut tempoh ditetapkan dengan menggunakan dana tersebut. Proses menaik taraf PPKI STREET mengambil masa selama sebulan dan telah dirasmikan oleh wakil daripada Yayasan CIMB Kuala Lumpur dan rombongan daripada CIMB Bank Cawangan Sungai Petani. Hasil pemerhatian daripada pihak Yayasan CIMB menunjukkan mereka sangat berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan. Turut serta ialah Ketua Unit Pendidikan Khas PPD Kuala Muda/Yan bersama-sama merasmikan PPKI STREET. Selepas beberapa bulan proses perasmian dijalankan, pihak CIMB Bank Cawangan Sungai Petani masih lagi turun ke sekolah bagi melihat keperluan murid khas dan menceriakan mereka dalam aspek psikologi. PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI PPKI STREET telah dilaksanakan dan diwujudkan untuk membantu murid dalam pdpc secara simulasi atau ‘hands on’. Malah penggunaan PPKI STREET mampu digeneralisasikan kepada semua matapelajaran yang bersesuaian disamping mencantikkan koridor kelas. Langkah penggunaan PPKI STREET : 1. Lampu isyarat dinyalakan dan murid menyebut mengikut warna yang ditunjukkan. 2. Murid berjalan laju, berjalan perlahan iaitu bersedia untuk berhenti dan berhenti mengikut kad ‘traffic light’ (PAK21) yang ditunjukkan oleh guru. Murid juga berpeluang bermain aktiviti ini bersama rakan.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 36 3. Murid mengenalpasti warna disamping penggunaan kad ‘traffic light’ (PAK21) dengan menggunakan ‘yoyo car’. Murid bergerak menggunakan ‘yoyo car’ mengikut kad warna yang diangkat oleh rakan. 4. Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan PPKI STREET. Sesi soal jawab bersama murid tentang warna yang dapat mereka lihat sepanjang PPKI STREET. 5. Murid mengenal pasti warna dengan mudah di luar kelas. 6. Murid berjalan mengikut laluan pergi dan balik dengan betul di PPKI STREET 7. Simulasi murid menunggu bas di PPKI STREET 8. Murid berkognitif rendah melekatkan kertas berwarna dan melengkapkan gambar lampu isyarat mengikut apa yang mereka lihat di PPKI STREET. 9. Murid berkognitif tinggi menyenaraikan jenis warna dan mengenalpasti simbol jalan raya yang dilihat sepanjang PPKI STREET. PENCAPAIAN/ KEBERKESANAN / IMPAK PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI KEPADA SEKOLAH Bahagian ini akan menerangkan semua dapatan kajian yang dianalisis secara kualitatif. Dapatan kualitatif merujuk kepada dapatan daripada senarai semak pemerhatian. Persembahan dapatan ini berdasarkan persoalan kajian yang dinyatakan. Graf 1: Senarai semak pemerhatian mengenal warna
37 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Berdasarkan Graf 1 di atas, guru mendapati kesemua murid menunjukkan peningkatan terhadap keupayaan mengenal warna setelah intervensi dilaksanakan. Namun murid enam tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana murid enam mempunyai tingkah laku yang agresif dan tidak terkawal. Malah murid sembilan menunjukkan data yang sama dan tiada perubahan atau peningkatan. Oleh itu, guru mendapati secara keseluruhan PPKI STREET yang diperkenalkan oleh pengkaji terbukti dapat meningkatkan tahap mengenal warna murid pendidikan khas. Graf 2 di bawah menunjukkan data berkaitan aktiviti untuk meningkatkan tahap penguasaan murid pendidikan khas dalam mengenal simbol jalan raya dan aspek keselamatan di jalan raya. Data jelas menunjukkan kesemua murid mengenal simbol jalan raya dan aspek keselamatan selepas penggunaan PPKI STREET. Kesemua murid juga sangat teruja dan aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. Pengkaji juga mendapati penggunaan PPKI STREET telah menimbulkan inovasi lain apabila dua orang murid telah berjaya menghasilkan model eksperimen lampu isyarat. Graf 2: Senarai semak pemerhatian mengenal simbol jalan raya KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI Projek ini dapat membantu murid Pendidikan khas secara optimum sama ada dalam akademik mahupun kehidupan seharian. Hal ini kerana, elemen warna yang menarik dan penggunaan lampu isyarat sebenar di jalan raya menjadi faktor menarik PPKI STREET. PPKI STREET juga bersifat menyeluruh iaitu dapat digunakan oleh murid aliran perdana dan seluruh warga sekolah terutamanya dalam Kelab Keselamatan Jalan Raya. Malah, perkongsian ilmu juga wujud apabila empat buah sekolah berlainan negeri telah hadir untuk tujuan lawatan penandaarasan. Majlis Guru Besar Daerah Subis Sarawak juga telah hadir ke PPKI STREET untuk melihat sendiri keberkesanan projek tersebut.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 38 CABARAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI Cabaran utama pelaksaan projek ini adalah faktor masa yang agak lama semasa proses jaringan kerjasama dan tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan dana. Cabaran lain ialah guru perlu peka dan fokus semasa proses menyukat dan mengecat laluan koridor. KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR ATAU KETUA JABATAN Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Guru Besar SK Bandar Laguna Merbok telah menunjukkan kepimpinan berkesan dengan menerapkan gaya kepimpinan demokratik. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh guru di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, guru besar akan mengajak guru-guru mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Guru besar mampu menerima kritikan dan pendapat daripada guru dengan hati yang terbuka. Projek ini mendapat sokongan penuh daripada guru besar malah beliau sentiasa turut serta membantu memberi idea dan menyumbangkan tenaga sepanjang proses menyiapkan PPKI STREET. KESIMPULAN Guru berasa gembira melihat kemampuan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh murid-murid PPKI SKBLM. Melalui projek ini, jelas bahawa peranan seorang guru amatlah penting dalam memastikan cara pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut keperluan murid. Seorang guru juga perlu kreatif untuk menggunakan ruang dan minat murid sebagai salah satu medium pembelajaran yang memberangsangkan. Hasil PPKI STREET ini juga, guru mendapati ianya bukan hanya boleh digunakan oleh murid pendidikan khas, malah boleh disebarluas kepada murid aliran perdana. Murid aliran perdana boleh menggunakan PPKI STREET untuk Kelab Keselamatan Jalan Raya semasa aktiviti kokurikulum. Justeru, secara keseluruhan, penggunaan PPKI STREET memberi impak positif kepada semua murid di samping menceriakan koridor kelas. Murid dilihat bersemangat dan teruja untuk hadir ke sekolah. Daripada penggunaan PPKI STREET ini, guru akan membuat penambahan dalam aspek bahan-bahan yang dilekatkan sepanjang laluan. Pengkaji telah mendapatkan maklum balas daripada guru, waris dan pentadbir yang datang untuk lawatan penandaaras. Maklum balas sangat positif dan disertakan dengan cadangan seperti mewujudkan stesen pembelajaran mengikut subjek di sepanjang PPKI STREET. Malah, guru akan mengembangkan penggunaan PPKI STREET dalam aspek psikomotor iaitu murid menggunakan ‘yoyo car’ atau basikal.
39 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Gambar 1: Laluan koridor kosong yang dinaik taraf Gambar 2: Laluan yang telah dinaik taraf menjadi PPKI STREET Gambar 3: Penggunaan PPKI STREET kepada murid Pendidikan Khas dan aliran perdana LAMPIRAN
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 40 Perasmian PPKI STREET Oleh Yayasan CIMB Borang Permohonan Geran PPKI Street Menjadi Juara Inovasi Pendidikan Khas di international conference and exposition on inventions by institutions of higher learning (Pencipta)
41 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Lawatan daripada SK Bukit Minyak, Pulau Pinang & SK Utan Aji Perlis Lawatan daripada SK Bedong dan SK Bukit Kiara Lawatan daripada MGB Daerah Subis & Ketua Sektor Pendidikan Khas JPN Selangor
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 42 Projek 3 PERANAN GURU BESAR DALAM MELAKSANAKAN SEKOLAH MAYA Gan Seng Thiam Gooh Mo Lee Ahmad Faizal bin Abdul Karim Irene Hong Siok Tee Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2, Melaka [email protected] Bidang: Kurikulum PENGENALAN PROJEK Penutupan sekolah akibat penularan pandemik COVID-19 telah memberi ruang kepada kepentingan untuk mewujudkan sekolah maya iaitu penggunaan pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh (Khasiman 2013) bahawa pembelajaran dalam persekitaran maya merupakan satu konsep pembelajaran yang baru berkembang di Malaysia dan sudah lama dimalkan di negara Barat. Oleh itu, persekitaran pembelajaran maya berasaskan internet yang dicipta untuk menghubungkan semua murid dan guru bagi membolehkan mereka berbincang untuk melakukan latihan kerja rumah atau tugasan (Rheingold 2004). Hal ini bermakna murid-murid boleh mengakses internet (on-line) dari mana-mana tempat sama ada melalui telefon pintar ataupun melalui komputer di rumah. Justeru, pembelajaran secara maya merupakan kaedah pembelajaran yang membolehkan kaedah pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh maklumat secara kolaborasi merentasi sempadan dunia melaui capaian internet tanpa had (Cheok & Wong 2016). LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di 440-B Jalan Tengkera, Melaka. Bilangan murid yang bersekolah ialah seramai 484 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan lainlain. Terdapat 39 orang guru di sekolah tersebut dan ketua pentadbir sekolah ialah Encik Gan Seng Thiam.
43 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 ISU ATAU CABARAN a) Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambah baik Antara isu yang dikenal pasti ialah penutupan sekolah yang berpanjangan akibat daripada penularan pandemik COVID -19 telah memberi kesan kepada semua murid. Kebanyakan murid hilang peluang untuk belajar dan menjejaskan pentaksiran pembelajaran oleh guru. Malah, peperiksaan penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) turut dibatalkan. Hal ini telah memberikan kesan kepada semua murid. Oleh itu, ketua pentadbir sekolah iaitu Encik Gan Seng Thiam telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah maya bagi memastikan tiada murid yang tercicir dalam pembelajaran. b) Analisis Keperluan Projek Setelah mengenal pasti beberapa isu, maka sekolah maya diwujudkan sebagai salah satu daripada kaedah pembelajaran bagi menarik minat semua murid untuk belajar dan menguasai ilmu. Secara tidak langsung, ini dapat memberikan penekanan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan keterlibatan dalam persekitaran sosial. OBJEKTIF PROJEK Objektif projek ialah untuk mewujudkan sekolah maya sebagai salah satu kaedah pembelajaran melalui capaian internet tanpa had. Objektif seterusnya ialah untuk membolehkan guru dan murid mencari maklumat dalam pelbagai format dan menggunakan aplikasi yang telah dimuat turun secara percuma. INISIATIF PROJEK a. Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar Pelaksanaan sekolah maya tersebut telah mendapat sambutan daripada semua guru dan ibu bapa. Malah, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka turut memberikan sokongan terhadap kewujudan sekolah maya sebagai salah satu kaedah pembelajaran.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 44 b. Pelaksanaan Projek/ Aktiviti Projek tersebut telah bermula pada 3 November 2020 selepas pengumuman penutupan sekolah sehingga 20 Januari 2021 oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, Encik Gan Seng Thiam, ketua pentadbir sekolah ingin memastikan semua guru dan murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah melalui kaedah pembelajaran digital. Di samping itu, beliau juga berhasrat untuk meningkatkan mutu pembelajaran melalui penggunaan teknologi digital. PENCAPAIAN/ KEBERKESANAN/ IMPAK PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI KEPADA SEKOLAH Soalan dalam bentuk google form telah disediakan dan disebarluas kepada murid, guru dan ibu bapa. Terdapat 186 orang responden yang telah menjawab soalan tersebut. Rajah 1 menunjukkan bilangan ibu bapa menjawab soalan tersebut ialah seramai 72 orang (38.7 peratus, murid seramai 81 orang (43.5 peratus) dan guru seramai 39 orang (21 peratus). Rajah 1: Bilangan Responden Rajah 2: Tahu Apa Itu Google Classroom Rajah 2 menunjukkan kebanyakan ibu bapa, guru dan murid tahu mengenai Goggle Classroom iaitu sebanyak 97.3 peratus.
45 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Rajah 3: Perolehan maklumat Rajah 3 menunjukkan sebanyak 83.9 peratus maklumat mengenai Google Classroom diperoleh dari sekolah. Rajah 4: Tahu menggunakan Google Classroom Rajah 4 menunjukkan sebanyak 99.5 peratus daripada murid, guru dan ibu bapa tahu menggunakan Google Classroom dan hanya 0.5 peratus yang kurang mahir menggunakan Google Classroom. Rajah 5: Penggunaan Telefon Bimbit Rajah 5 menunjukkan sebanyak 52.7 peratus murid, ibu bapa dan guru menggunakan telefon bimbit untuk mengakses ke laman pembelajaran digital dan 36 peratus yang menggunakan komputer riba. Selebihnya ialah komputer peribadi, tablet dan lain-lain.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 46 Rajah 6: Tidak Menghadapi Masalah Penggunaan Google Classroom Rajah 6 menunjukkan sebanyak 79.6 peratus tidak menghadapi masalah dan 20.4 peratus menghadapi masalah mengikuti pembelajaran digital. KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI Antara kekuatan kewujudan laman sekolah maya ialah pembelajaran bersifat ubiquitous iaitu boleh berlaku di mana-mana. Tambahan pula, guru dan murid boleh mencari maklumat dalam pelbagai format seperti dalam bentuk teks, animasi, audio dan video dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang disediakan atau boleh dimuat turun secara percuma. Selain itu, guru boleh menyediakan bahan pembelajaran dalam format multimedia menggunakan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma. CABARAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan projek tersebut. Ialah majoriti murid berkongsi peranti dengan ibu bapa. Cabaran seterusnya ialah masalah data yang tidak mencukupi terutamanya mereka yang mempunyai anak yang ramai. Di samping itu, cabaran berikutnya ialah capaian dan gangguan internet yang lemah. Akhir sekali ialah ibu bapa dan murid yang kurang mahir dalam menggunakan aplikasi tersebut. KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR ATAU KETUA JABATAN Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003). Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah
47 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi, mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Oleh yang demikian,kejayaan projek tersebut berkait rapat dengan gaya kepimpinan ketua pentadbir sekolah iaitu Encik Gan Seng Thiam. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Azizi, Noordin dan Lim (2010) bahawa Guru Besar berperanan besar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Encik Gan memainkan peranan dalam kewujudan sekolah maya sebagai salah satu kaedah pembelajaran untuk menarik minat murid untuk belajar. Tambahan pula, beliau juga mengaplikasikan gaya kepimpinan demokrasi dan berorientasikan kejayaan yang tinggi seperti yang ditekankan oleh Aminuddin (1989). Justeru, Encik Gan telah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik yang melibatkan semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan pembelajaran digital kepada murid yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan membudayakan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran. Beliau amat mementingkan kerja berpasukan dalam kalangan guru untuk menjayakan penggunaan laman digital SK(P) Methodist 2 secara meluas di sekolah. Beliau sangat menghargai penglibatan semua pihak dalam menjayakan organisasi sekolah. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Ainon (2003); Ishak (2006); Tumirah (2008) bahawa gaya kepimpinan demokratik guru besar dapat membantu mencapai matlamat organisasi dan meningkatkan kecemerlangan sekolah. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan untuk masa akan datang iaitu memastikan semua murid boleh menggunakan aplikasi yang disediakan. Cadangan penambaikan seterusnya ialah mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih mudah antara sekolah dan ibu bapa. Penambaikan yang ketiga ialah untuk mengurangkan peratusan buta teknologi maklumat dalam kalangan penduduk setempat dan melahirkan murid yang berkemahiran dalam teknologi maklumat. KESIMPULAN Kesimpulannya, pelaksanaan pembelajaran digital boleh dipertingkatkan dalam menuju ke arah pendidikan yang berteknologi, berdaya saing dan melaksanakan perubahan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat melahirkan barisan murid yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 48 RUJUKAN Ainon Mohd (2003) Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di tempat kerja. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cheok M.L., Wong S.L. (2016) Frog Virtual Learning Environment for Malaysian Schools: Exploring Teachers’ Experience. In: Zhang J., Yang J., Chang M., Chang T. (eds) ICT in Education in Global Context. Lecture Notes in Educational Technology. Springer, Singapore Ishak Mad Shah (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Khasiman, S. A. (2013). Tinjauan Awal Penggunaan Frog VLE Di Sekolah. Dicapai pada 28 Disember 2016 dari http://sekolahpenandaaras.wordpress.com Rheingold, H. (2004). Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 24 November 2016 dari http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881 Tumirah Jemon, Baharom Mohamad (2008). Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan: Dimensi Tingkahlaku Guru Besar Terhadap Kepuasan Kerja dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Universiti Tun Hussein Onn.
49 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 LAMPIRAN Encik Gan Seng Thiam selaku ketua pentadbir sekolah memberi taklimat kepada guru mengenai laman sekolah maya SK(P) Methodist 2, Melaka. Laman sekolah maya SK(P) Methodist 2, Melaka.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 50 Murid berasa seronok mengikuti pembelajaran digital. Kemudahan laman digital untuk bahan membantu mengajar sebagai rujukan kepada guru.