The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PMS 5 Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan 11102022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SKUM, 2023-03-07 09:17:22

PMS 5 Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan 11102022

PMS 5 Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan 11102022

51 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 BENTUK SOALAN GOOGLE FORM


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 52


BIDANG HAL EHWAL MURID


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 54 Projek 4 MRSM PRIHATIN, KAMI SEDIA MEMBANTU! Siti Roslina Mohammad Zain Jolifulizan Jais Irma Rohaiza Ibrahim Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu Peti Surat 50167 88722 Putatan, Sabah roslina.zain@mara.gov.my Bidang: Bimbingan dan Kaunseling PENGENALAN PROJEK Terdapat 15 Budaya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang perlu diamalkan. Salah satu budaya yang dimaksudkan adalah Budaya Penyayang iaitu mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat-menghormati, bersedia membantu orang lain serta sayangkan harta benda dan alam sekitar. Pada tahun 2020, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (UPBK) MRSM Kota Kinabalu telah melaksanakan tiga program bagi merealisasikan amalan Budaya Penyayang dengan tagline MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu!. Berikut merupakan nama dan sinopsis program tersebut, iaitu: i. Kempen Alat Tulis Pelajar B-40. Merupakan program bagi mengumpul sumbangan kelengkapan belajar seperti alat tulis, buku log, kertas kajang, fail dan sebagainya untuk keperluan pelajar golongan keluarga B-40. Sasaran utama sumbangan adalah kepada pelajar Tingkatan 1 yang baru mendaftar di MRSM Kota Kinabalu. ii. Kempen Get Hygiene Pelajar B-40. Manakala bagi Kempen Get Hygiene Pelajar B-40, keperluan diri pelajar seperti sabun mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi, minyak rambut dan sebagainya juga dikumpulkan hasil sumbangan daripada para ibu bapa. iii. Program Ziarah Pelajar B-40. Program Ziarah Pelajar B-40 ini telah dilaksanakan di beberapa tempat seperti di Tuaran, Kudat, Kundasang, Ranau, Tambunan, Keningau dan Kuala Penyu. Antara objektif program ini adalah untuk mengetahui cabaran yang dialami oleh pelajar semasa mengikuti kelas secara dalam talian semasa Perintah Kawalan


55 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di samping itu kelengkapan pembelajaran termasuk wang tunai bagi tambah nilai internet dan bakul makanan juga diberikan hasil sumbangan daripada Badan Muafakat MRSM Kota Kinabalu dan para guru. Konsultasi antara pelajar, ibu bapa dan guru turut dilakukan bagi memastikan kemenjadian pelajar secara holistik. Di samping itu, Jabatan Matematik yang diketuai oleh Puan Irma Rohaiza binti Ibrahim (Ketua Jabatan Matematik) turut menganjurkan kempen dengan objektif yang sama iaitu: iv. Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator. Bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan, Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator telah diadakan. Semasa kempen berlangsung, satu borang soal selidik diberikan kepada semua pelajar tingkatan satu hingga lima bagi mengetahui jumlah pelajar yang memiliki atau tidak memiliki kalkulator. Sumbangan kalkulator juga telah diberikan kepada pelajar B-40 yang terlibat. LATAR BELAKANG SEKOLAH Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sebuah institusi pendidikan menengah yang ditubuhkan oleh MARA di bawah Akta MARA Bilangan 2 Tahun 1966. Penubuhan MRSM selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi. Antara matlamat MRSM ialah untuk mendidik bakal-bakal saintis profesional yang bertaraf Nobel Laureate, usahawan tekno dan pemimpin dalam pelbagai bidang di samping mempunyai personaliti terpuji iaitu berakhlak mulia, cemerlang dan berdaya saing pada peringkat global. Bermula sejarah awal penubuhan pada tahun 1971 di Seremban, Negeri Sembilan, kini sebanyak 53 buah MRSM telah dibina di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Berteraskan science, technology, religion, engineering, arts dan mathematics (STREAM), MRSM menawarkan program pengajian yang berbeza untuk tingkatan satu hingga tingkatan lima seperti program Premier, Bitara, Ulul Albab, Dwi Sijil Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), International Baccalaureate Middle Years Programme (IB MYP) dan Teknikal. ISU ATAU CABARAN a) Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambah baik Setiap tahun, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri dan


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 56 aktif kegiatan ko-kurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4. Keutamaan pengambilan pelajar diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B-40) yang tinggal di luar bandar dan bandar. (Bahagian Pendidikan Menengah MARA, 2020). Berdasarkan rekod yang telah dikemaskini pada Disember 2020, MRSM Kota Kinabalu mempunyai seramai 379 orang pelajar golongan keluarga B-40 iaitu seramai 76 orang (Tingkatan 1), 105 orang (Tingkatan 2), 68 orang (Tingkatan 3), 59 orang (Tingkatan 4) dan 71 orang (Tingkatan 5). Justeru itu, UPBK MRSM Kinabalu mengambil inisiatif melaksanakan programprogram bagi menyediakan keperluan pelajar B-40 dan secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga mereka. b) Analisis Keperluan Projek Secara terperinci, taburan bilangan pelajar B-40 berdasarkan pendapatan isi rumah adalah seperti jadual 1 di bawah: Jadual 1: Taburan Pelajar B-40 Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah TINGKATAN A B C D A+B+C+D Kurang atau sama RM850 RM851- RM2,500 RM2,501- RM3,000 RM3,001- RM4,360 (B-40) 1 20 31 7 18 76 2 34 46 9 16 105 3 17 34 8 9 68 4 25 15 7 12 59 5 20 36 6 9 71 JUMLAH BESAR 116 162 37 64 379 Gambar rajah 1 di bawah pula menunjukkan peratusan pelajar yang tidak memiliki kalkulator iaitu sebanyak 9 peratus dan yang memiliki kalkulator sebanyak 91 peratus. Walaupun terdapat segelintir sahaja pelajar yang tidak memiliki kalkulator, namun penggunaan kalkulator amat penting dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Gambar rajah 1: Peratusan pemilikan kalkulator oleh pelajar


57 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 OBJEKTIF PROJEK i. Sebagai motivasi agar pelajar tekun belajar walaupun berada dalam situasi yang sukar. ii. Memberi sumbangan keperluan pembelajaran dan bakul makanan kepada pelajar yang tidak berkemampuan. iii. Mewujudkan kolaborasi antara warga pendidik dengan ibu bapa untuk samasama mencaknakan kejayaan pelajar. iv. Melaksanakan tinjauan untuk mengetahui cabaran yang dihadapi pelajar semasa mengikuti kelas secara dalam talian. v. Agar pelajar sentiasa peka dengan keperluan pembelajaran bagi setiap subjek. INISIATIF PROJEK a. Proses Jaringan dan Jalinan Hubungan dengan Pihak Luar MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu! dapat dilaksanakan dengan jayanya adalah hasil daripada kerjasama yang baik dengan para ibu bapa pelajar MRSM Kota Kinabalu sendiri yang menjadi ahli Badan Muafakat MRSM Kota Kinabalu di bawah pimpinan Profesor Madya Dr. Shamsul Bahari bin Shamsudin sebagai Yang Dipertua (YDP). Berdasarkan lokaliti, semua ibu bapa pelajar adalah berasal dari 37 zon dan daerah di Negeri Sabah. Terdapat juga dari Wilayah Persekutuan Labuan; Miri dan Lawas di Sarawak; Petaling Jaya dan Klang di Selangor; Lumut di Perak dan juga dari Negeri Kelantan. Kaedah edaran risalah telah digunakan bagi memberi hebahan kepada ibu bapa mengenai Kempen Alat Tulis Pelajar B-40, Kempen Get Hygiene Pelajar B-40 dan Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator. Manakala bagi Program Ziarah Pelajar B-40, penggunaan medium secara whatsapp dan kaedah bersemuka telah digunakan termasuk surat kebenaran merentas daerah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan surat arahan serta lantikan petugas juga disediakan. Dari segi tempoh masa yang telah diambil untuk melaksanakan aktiviti dalam kesemua program tersebut adalah begitu singkat kerana mendapat kerjasama yang amat baik dari semua pihak. Kempen Alat Tulis Pelajar B-40 telah dilaksanakan pada 27 Januari 2020 dan Kempen Get Hygiene Pelajar B-40 pada 1 Mac 2020. Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator pula telah dilaksanakan hanya dalam masa dua hari iaitu pada 24 dan 25 September 2020. Program Ziarah Pelajar B-40 pula telah diadakan secara dua siri iaitu Siri Pertama pada 27 Oktober 2020, 10 November 2020 dan 17 November 2020. Manakala Siri Kedua pada 9, 10 dan 15 Disember 2020.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 58 PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI Secara terperinci, MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu! yang dijalankan melibatkan beberapa aktiviti seperti berikut: i. Kempen Alat Tulis Pelajar B-40. Program ini telah dilaksanakan pada 27 Januari 2020 melibatkan seramai 20 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) MRSM Kota Kinabalu sebagai ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. Semua alat tulis yang telah disumbangkan oleh para ibu bapa diletakkan di Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling bagi diserahkan kepada pelajar golongan keluarga B-40 secara sistematik dan direkodkan. Sebelum kempen dilaksanakan, hebahan berbentuk flyers telah diedarkan di hadapan pintu masuk MRSM kepada kesemua ibu bapa pada 22 Januari 2020 ketika mereka mengambil anak untuk pulang bermalam. ii. Kempen Get Hygiene Pelajar B-40. Manakala Kempen Get Hygiene Pelajar B-40 merupakan program bagi menyumbang keperluan asas seseorang pelajar di asrama penuh. Seperti Kempen Alat Tulis B-40 sebelum ini, sumbangan dari ibu bapa telah dikumpulkan oleh pelajar yang menganggotai Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) MRSM Kota Kinabalu. Kesemua sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Guru Asrama untuk diagihkan kepada pelajar golongan B-40 yang memerlukan. Kempen ini telah dillaksanakan pada 1 Mac 2020 dan hebahan berbentuk flyers juga telah dibuat. iii. Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator. Melibatkan semua guru di Jabatan Matematik. Kempen dijalankan dengan setiap guru memeriksa kalkulator pelajar semasa 5 minit terawal sebelum memulakan pengajaran. Kempen ini melibatkan semua pelajar iaitu dari tingkatan satu hingga lima. Guru juga telah bertanya secara langsung tentang masalah yang menyebabkan pelajar tidak memiliki kalkulator. Di akhir kempen, sumbangan kalkulator oleh UPBK MRSM Kota Kinabalu dengan kerjasama Badan Muafakat MRSM Kota Kinabalu diberikan kepada pelajar yang layak. iv. Program Ziarah Pelajar B-40. Pembelian keperluan belajar dan bakul makanan telah diuruskan oleh UPBK MRSM Kota Kinabalu sebelum program ini dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan sumbangan daripada Persatuan Kaunseling dan Psikologi MARA (PEKAMARA), Syarikat Sazarice Sdn. Bhd., Badan Muafakat MRSM Kota Kinabalu dan guru penasihat homeroom bagi pelajar yang terlibat.


59 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Seramai enam orang pelajar B-40 telah diziarah dalam Siri Pertama dan juga dalam Siri Kedua menjadikan jumlah pelajar yang dipilih adalah seramai 12 orang. Antara petugas yang dilantik bagi menjayakan program ini ialah Puan Fitriah binti Osman (Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar), Encik Jolifulizan bin Jais (Kaunselor), Puan Siti Roslina binti Mohammad Zain (Kaunselor), Encik Ghani bin Maruji (Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan Encik Awang Asmady bin Ismail (Unit Media). PENCAPAIAN/ KEBERKESANAN/ IMPAK PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI KEPADA SEKOLAH Setiap tahun, pendaftaran pelajar baru ke MRSM adalah merangkumi pelajar dari kategori keluarga berpendapatan rendah iaitu B-40 malahan menjadi keutamaan MARA semasa membuat pemilihan. Oleh itu, pelaksanaan ketiga-tiga kempen iaitu Kempen Alat Tulis Pelajar B-40, Kempen Get Hygiene Pelajar B-40 dan Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator yang dikhaskan bagi membantu pelajar golongan terbabit adalah amat tepat. UPBK MRSM Kota Kinabalu juga telah menyediakan satu almari khas bagi penyimpanan sumbangan alat tulis B-40 kerana sering dikunjungi pelajar untuk mendapatkan alat tulis yang dikehendaki terutama menjelang peperiksaan. Manakala pelaksanaan Program Ziarah Pelajar B-40 juga menunjukkan impak yang tinggi terhadap sikap dan motivasi pelajar. Kesemua pelajar yang diziarahi begitu gembira dengan sumbangan keperluan belajar yang diberikan apatah lagi ada di antara keperluan belajar itu adalah berdasarkan permintaan pelajar itu sendiri. Melalui Program Ziarah Pelajar B-40 ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga pendidik dengan ibu bapa pelajar. Ucapan terima kasih diiringi wajah kesyukuran jelas terbayang pada setiap wajah para ibu bapa yang dikunjungi. Bakul makanan dan sumbangan beras yang diberikan merupakan simbolik bahawa kesusahan dan keperitan yang dialami oleh keluarga pelajar B-40 turut sama dirasai oleh para petugas tambahan pula ada di antara mereka tiada sumber pendapatan yang tetap akibat pandemik COVID-19. KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI Aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam program MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu! telah dapat dilaksanakan dengan jayanya adalah hasil kerjasama semua pihak sama ada daripada pihak pengurusan MRSM Kota Kinabalu, guru, staf dan pelajar MRSM Kota Kinabalu mahupun pihak luar seperti ibu bapa pelajar.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 60 Antara kerjasama yang diberikan iaitu: i. Kelulusan mengadakan program dari Pengetua MRSM Kota Kinabalu. ii. Peruntukan kewangan oleh Badan Muafakat MRSM Kota Kinabalu bagi pembelian kelengkapan belajar dan bakul makanan. iii. Komitmen para guru sebagai jawatankuasa dan petugas. iv. Kerjasama Guru Penasihat Homeroom bagi pelajar yang terlibat. v. Hubungan dua hala yang baik antara pihak MRSM Kota Kinabalu dengan ibu bapa pelajar. vi. Sumbangan tambahan dari UPBK MRSM Kota Kinabalu dan PEKAMARA. vii. Sumbangan beras dari Syarikat Sazarice Sdn. Bhd. Bagi ibu bapa pelajar yang terlibat. Secara kesimpulannya perbelanjaan bagi menjayakan MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu! kali ini adalah daripada sumbangan semua pihak yang menelan anggaran belanja sebanyak RM 1,650.00. Sumbangan 15 kampit beras dan 2 bakul makanan juga yang diterima selain 6 bakul makanan yang sedia ada. CABARAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu! merupakan program yang mempunyai nilai tersendiri. Bermula dari gerak kerja perancangan sehingga kepada pelaksanaan sememangnya mempunyai cabaran yang berbeza namun dapat ditangani dengan bijak oleh semua jawatankuasa dan petugas yang terlibat. Ini kerana perbincangan secara lima penjuru yang melibatkan guru, staf, pelajar, ibu bapa dan pihak luar telah dibuat bagi melancarkan semua aktiviti yang dirancang termasuk perbincangan dengan pihak pengurusan MRSM Kota Kinabalu. KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR ATAU KETUA JABATAN Sesuatu projek atau program yang dirangka dan dirancang tidak dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak atasan. Dalam konteks program MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu!, sokongan penuh daripada Encik Gilbert Wong Kia Kiat sebagai Pengetua MRSM Kota Kinabalu merupakan tulang belakang bagi kejayaan program ini. Di samping banyak ideaidea bernas yang diberikan, beliau juga begitu mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan para jawatankuasa dan petugas semasa beraktiviti. Suntikan semangat dan mesej secara dalam talian sering diberikan dan istimewanya beliau sentiasa mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik iaitu saling membuat perbincangan dengan semua warga MRSM Kota Kinabalu agar dapat menghasilkan kualiti kerja yang bermutu.


61 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG Bagi menjadikan program ini lebih baik, sedikit penambahbaikan dan inovasi perlu dilakukan. Antaranya pemilihan pelajar bukan tertumpu kepada pelajar Tingkatan Satu dan Empat sahaja namun perlu menyeluruh untuk semua tingkatan terutama bagi Program Ziarah Pelajar B-40 yang dijalankan. Di samping itu, dari segi pengangkutan pula, kenderaan pacuan empat roda diperlukan kerana kawasan yang dilawati amat berbukit, curam dan berlopak-lopak. Manakala untuk Kempen Alat Tulis Pelajar B-40 dan Kempen Get Hygiene Pelajar B-40 pula, perlu dilaksanakan secara berterusan pada setiap kali pelajar pulang bermalam bagi memastikan stok peralatan dan kelengkapan diri pelajar sentiasa ada bagi tujuan pengagihan dari semasa ke semasa. Dari segi pelaksanaan Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator pula, hebahan kempen perlu dilaksanakan secara serentak dan bukannya mengikut waktu kelas mengajar guru yang berbeza. Ini bagi memastikan tindakan yang seragam dapat diambil dan juga menjimatkan masa kerana dilakukan dalam satu masa yang sama. KESIMPULAN Adalah diharapkan program MRSM Prihatin, Kami Sedia Membantu! ini menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kehidupan.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 62 LAMPIRAN Salah seorang ahli Pembimbing Rakan Sebaya MRSM Kota Kinabalu sedang mengedarkan flyers kepada ibubapa pelajar semasa Kempen Alat Tulis B-40. Seorang ibu pelajar MRSM Kota Kinabalu menyerahkan sumbangan alat tulis berupa pen sempena Kempen Alat Tulis B-40.


63 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Pelajar Tingkatan 1 iaitu Suharni Sulle dan Nur Elynda Hidayah Jamal menerima sumbangan alat tulis hasil Kempen Alat Tulis B-40 yang disampaikan oleh Encik Hazmi bin Sa’ari selaku Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Kota Kinabalu. Laporan Aktiviti Kempen Alat Tulis B-40 telah diterbitkan dalam akhbar Utusan Borneo bertarikh 10.2.2020.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 64 Encik Jolifulizan Jais menyampaikan sumbangan wang kepada Encik Hebritus Eyah iaitu bapa kepada salah seorang daripada pelajar yang diziarah di Kampung Bolotikon Kiuli, Tamparuli, Sabah. Perjalanan berjalan kaki menaiki bukit mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke rumah pelajar ketika Program Ziarah Pelajar B-40 dijalankan Encik Jolifulizan Jais (bertopi) menyampaikan kelengkapan belajar kepada Mohammad Irman Fitri Allesar, pelajar Tingkatan 1 sempena Program Ziarah Pelajar B-40. Turut dalam gambar dari kanan, Puan Fitriah Osman, ibu pelajar, Puan Siti Roslina Mohammad Zain dan Encik Ghani Maruji.


65 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Poster Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator. Pelaksanaan Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 66 Puan Irma Rohaiza Ibrahim menyampaikan sumbangan kalkulator kepada salah seorang pelajar Tingkatan 1 sempena Kempen Satu Pelajar Satu Kalkulator. Maklum balas salah seorang ibu pelajar sempena Program Ziarah Pelajar B-40.


67 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Projek 5 PENDEKATAN TERAPI BERMAIN DI SETING SEKOLAH Gan Seng Thiam Gooh Mo Lee Ahmad Faizal bin Abdul Karim Irene Hong Siok Tee Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2, Melaka mbb2046@moe.edu.my Bidang: Bimbingan Dan Kaunseling PENGENALAN PROJEK Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk merealisasikan agenda Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi tahun 2013 hingga tahun 2025 iaitu membangunkan modal insan yang sihat dari segi psikososial dan kesejahteraan mental (Muhyiddin Haji Yassin 2013). Menurut McKenzie et.al., (2011) banyak perkhidmatan kaunseling sekolah yang lebih terkini yang membenarkan intervensi bertujuan untuk menggalakkan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi dan psikologi kanak-kanak. Pendekatan bermain merupakan medium terapeutik yang sangat signifikan dalam pembinaan kesihatan mental kanak-kanak. Bermain merupakan bahasa semulajadi kanak-kanak dan merupakan cara yang mudah bagi kanak-kanak untuk meluahkan emosi mereka seperti takut, marah, gembira, kecewa dan sebagainya dalam suasana yang tidak mengancam dan selamat. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di 440-B Jalan Tengkera, Melaka. Bilangan murid yang bersekolah ialah seramai 484 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Terdapat 39 orang guru di sekolah tersebut dan ketua pentadbir sekolah ialah Encik Gan Seng Thiam.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 68 ISU ATAU CABARAN a) Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambah baik Kanak-kanak pada masa kini banyak menghadapi masalah kesihatan mental disebabkan oleh faktor-faktor seperti pergaduhan di sekolah, perceraian ibu bapa, keganasan rumah tangga, penderaan, masalah emosi dan tingkah laku. Hasil terkini Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, masalah kesihatan mental dijangka menjadi penyakit nombor satu di negara ini. Kajian itu turut melaporkan masalah kesihatan mental golongan kanak-kanak telah meningkat daripada 13 peratus pada tahun 1996 kepada 19.3 peratus pada tahun 2011 dan terus meningkat kepada 20 peratus pada tahun 2011 (Shamsul Aripin & Shahrir Jamaluddin 2015). Gangguan kesihatan mental tersebut akan memberi kesan yang ketara ke atas ekspresi emosi kanak-kanak. Malah, kanak-kanak yang mengalami trauma selepas kejadian sesuatu peristiwa akan cenderung untuk mendiamkan diri, mengasingkan diri, murung, menangis dan sedih (Ybarra, Wilkens & Lieberman, 2007). Kemurungan yang berterusan akan memberi kesan terhadap perkembangan emosi kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, pendekatan bermain merupakan pendekatan kaunseling yang berkesan kepada kanak-kanak dan satu hubungan terapeutik antara kanak-kanak dengan kaunselor melalui bahasa semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, yang mana membantu kanak-kanak untuk meluahkan emosi, pemikiran, tingkah laku dan pengalaman mereka dengan berkesan (Landreth 2012). b) Analisis Keperluan Projek Menurut Newsome dan Gladding (2003), perkembangan kognitif kanak- kanak sekolah rendah berfungsi pada dua tahap iaitu pra operasional berumur dua hingga tahun dan tahap konkrit operasional berumur lapan hingga 11 tahun. Ray, Perkins dan Oden (2004) menyatakan kanak-kanak kurang mahir melakukan ekspresi lisan, mengintergrasikan pemikiran, emosi dan pengalaman apabila berada pada tahap tersebut. Oleh itu, kanak-kanak tidak mampu untuk berkomunikasi secara lisan mengenai perkara yang abstrak semasa mereka menghadapi masalah yang sukar seperti perceraian ibu bapa, penderaan, keganasan rumahtangga dan sebagainya. Selain itu, pendekatan terapi bermain di seting sekolah merupakan bidang yang baru di Malaysia. OBJEKTIF PROJEK Objektif projek tersebut di bawah Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Methodist 2, Melaka ialah untuk membantu murid-murid dari segi kesihatan emosi, mental dan tingkah laku dengan mengaplikasikan pendekatan terapi bermain.


69 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 INISIATIF PROJEK a. Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar Kempen Menderma Mainan telah diadakan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa, dan warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Sokongan daripada pihak luar seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan McDonald’s Cawangan Kota Laksamana, Melaka, syarikat persendirian dan Kedai Mesra Petronas (Dilampirkan). b. Pelaksanaan Projek/ Aktiviti Projek tersebut telah dijalan pada tahun 2016 dan berterusan hingga kini. PENCAPAIAN/ KEBERKESANAN/ IMPAK PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI KEPADA SEKOLAH Antara impak yang diperoleh ialah murid dapat meluahkan emosi dan tingkah laku dengan selamat dan selesa. Murid-murid berasa lebih tenang dan meningkatkan estim diri murid. Tambahan pula, peratusan kehadiran murid ke sekolah dan menyertai aktiviti kokurikulum telah meningkat. Rajah 1: Dapatan Penilian Sebelum dan Selepas Terapi Bermain


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 70 Dapatan daripada soal selidik penilaian sebelum dan selepas pendekatan terapi bermain didapati emosi dan tingkah laku sedih, marah, kecewa, takut dan pendiam semakin berkurangan selepas menjalani terapi bermain. Selain itu, perasaan dan tingkah laku sabar, tenang, bertenaga dan yakin semakin meningkat. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa isu perceraian ibu bapa mencatatkan peratusan yang tertinggi (50 peratus). Justeru, kanak-kanak yang melalui proses keluarga bercerai perlu dibantu dengan pendekatan terapi bermain. Menurut Jamison (2013) reaksi dan kebolehan untuk memahami perceraian ibu bapa untuk kanak-kanak akan berbeza daripada remaja. Ini kerana kebolehan dari segi kognitif kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun amat terhad dan akan menyalahkan diri mereka sebagai punca perceraian ibu bapa. Dari segi emosi, kanak-kanak akan berasa takut dan bimbang sekiranya mereka akan ditinggalkan oleh ibu bapa dan segi tingkah laku, mereka akan cenderung berkelakuan negatif. Kanak-kanak yang berumur enam hingga lapan tahun pula akan berfantasi bahawa ibu bapa mereka akan berbaik semula dan mereka kurang cenderung untuk menyalahkan diri mereka sebagai punca perceraian ibu bapa. Namun di peringkat ini kanak-kanak mempunyai pengalaman kesedihan yang mendalam kerana kehilangan salah seorang daripada ibu atau bapa yang tinggal bersama mereka. Kanak-kanak yang berumur sembilan hingga 12 tahun lebih berupaya untuk memahami perceraian ibu bapa dan mereka mula memberontak, cenderung untuk memihak kepada salah seorang daripada ibu bapa dan perasaan marah kepada ibu bapa. KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI Miniatures (patung mainan kecil) yang terdapat pada model terapi bermain yang dihasilkan berbentuk asli iaitu dihasilkan daripada lebihan kain perca. Malah, pakaian pada patung mainan kecil tersebut bercirikan norma dan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum seperti orang Melayu, orang Cina dan orang India .Patung mainan kecil yang dihasilkan tidak dijual di luar dan pakaian pada patung mainan tersebut direkacipta khas oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Methodist 2, Melaka dengan kerjasama pelbagai pihak. Murid-murid yang mengikuti pendekatan bermain dapat meluahkan emosi, menyelesaikan cabaran dan masalah serta membina hubungan yang bermakna. Hal ini juga telah disokong oleh Association for Play Therapy 2019. Tambahan pula, pendekatan bermain melalui aktiviti anak patung dan mainan juga membantu kanakkanak untuk berkomunikasi, mengenal dan memproses emosi yang mengganggu atau mengelirukan mereka. Hal tersebut juga disokong oleh Landreth dalam kajian beliau (2002). Malah, pendekatan bermain sangat sesuai dengan perkembangan dan tahap kognitif kanak-kanak di bawah umur 12 tahun kerana kanak-kanak tidak mempunyai kematangan dari segi kognitif dan verbal untuk berkomunikasi. Hal tersebut juga diperakui berdasarkan kajian Cook-Cottone et al. (2019).


71 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 CABARAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI Pelaksanaan aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. KEPIMPINAN GURU BESAR ATAU KETUA JABATAN Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003). Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi, mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Oleh yang demikian,kejayaan projek tersebut berkait rapat dengan gaya kepimpinan ketua pentadbir sekolah iaitu Encik Gan Seng Thiam. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Azizi, Noordin dan Lim (2010) bahawa guru besar berperanan besar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Encik Gan memainkan peranan dalam memberikan galakan untuk menghasilkan inovasi dan meningkatkan keberhasilan sekolah ke tahap yang lebih cemerlang. Tambahan pula, beliau juga mengaplikasikan gaya kepimpinan demokrasi dan berorientasikan kejayaan yang tinggi seperti yang ditekankan oleh Aminuddin (1989). Justeru, Encik Gan telah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik yang melibatkan semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan pendekatan terapi bermain kepada murid yang bertujuan untuk membantu ke arah kesejahteraan mental murid. Beliau amat mementingkan kerja berpasukan dalam kalangan guru untuk menjayakan sesuatu projek di sekolah. Beliau sangat menghargai penglibatan semua pihak dalam menjayakan organisasi sekolah. Malah, gaya kepimpinan demokratik yang telah diamalkan oleh Encik Gan telah berjaya memotivasikan guru bimbingan dan kaunseling untuk menghasilkan inovasi dalam pendekatan terapi bermain di sekolah untuk membantu kanak-kanak untuk meluahkan emosi dengan bebas dan dalam keadaan yang selamat. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Ainon (2003); Ishak (2006); Tumirah (2008) bahawa gaya kepimpinan demokratik guru besar dapat membantu mencapai matlamat organisasi dan meningkatkan kecemerlangan sekolah. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG Untuk membina satu modul kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak secara holistik sebagai rujukan semua.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 72 KESIMPULAN Kesimpulannya, pendekatan terapi bermain merupakan salah satu kaedah yang boleh diaplikasikan untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan sokongan emosi dan kesejahteraan mental. Ini merupakan pendekatan yang terapeutik yang boleh digunakan dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan kanak-kanak seterusnya dapat membantu mereka berfungsi sebagai seorang murid di sekolah. Mengenal pasti masalah yang dialami oleh klien. Secara tidak langsung dapat membitarakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah seterusnya profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling. RUJUKAN Ainon Mohd (2003) Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di tempat kerja. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Aminuddin Mohd Yusof. (1989). Kepimpinan, motivasi dan prestasi:Model guru dan tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Association for Play Therapy. 2019. Play therapy best practices: Clinical, professional and ethical issues. www.a4pt.org/resource/resmgr/ publications/ best_practices_-_sept_2019.pdf. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Lim Ting Theng. (2010). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Faktor-Faktor Kepimpinan di Sekolah Penerima Anugerah Sekolah Cemerlang di Negeri Melaka. My Science Work. Cook-Cottene, C.P.,L.S, Anderson,L & Kane, L.S. 2019. The Elements of Counseling Children and Adolescents. New York, NY:Springer. Foulkes-Jamison, L. 2001. The effects of divorce on children. Clinical Psychology Associates of North Central Florida. Gainesville Family Magazine. Retrieved June 7, 2010 fromhttp://cpancf.com/articles_files/effectsdivorceonchildren.asp Landreth, G. L. 2012. Play therapy: The art of the relationship. 2nd ed. New York, NY: Brunner-Routledge. Newsome, D., & Gladding, S. 2003. Counseling individuals and groups in school. In B. Erford (Ed.),Transforming the school counseling profession (209-229). Upper Saddle River, NJ: Brunner-Routledge. Muhyiddin Haji Yassin. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. www.moe.gov.my. Ray, D.C., Perkins, S.R., & Oden, K. 2004. Rosebush fantasy technique with elementary school students. Professional School Counseling 7(4): 277-282. Ybarra, G. J., Wilkens, S. L., & Lieberman, A. F. 2007. The influence of domestic violence on preschooler behavior and functioning. Journal of Family Violence, 22(1), 33-42.


73 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 LAMPIRAN Modul Pendekatan Terapi Bermain Patung mainan yang bercirikan norma dan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 74 Sumbangan mainan daripada guru Sumbangan mainan daripada pengawal keselamatan sekolah. Ibu bapa turut menyumbang mainan.


75 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Penglibatan dengan warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka Penglibatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Program Pengurusan Emosi Tahun dengan menggunakan pendekatan bemain.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 76 Penglibatan dengan McDonald’s Limbongan Melaka Encik Andrew dari Syarikat Pustaka Sdn Bhd turut menyokong terapi bermain dengan memberi sumbangan iaitu mainan. Pekerja di Kedai Mesra Petronas turut menyokong terapi bermain.


77 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Program Pemugaran Emosi dengan menggunakan pendekatan terapi bermain untuk murid yang mengalami trauma. Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 Peringkat Kebangsaan Tahun 2017


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 78 Projek 6 d’AKASIA- Prihatin DISIPLIN - AZIZ KOLABORASI ANTARA SWASTA & INSTITUSI AWAM Mohd Shukor bin Saleh Pensyarah Pembimbing Hajah Noor Ashikin binti Haji Shahrom Mohd Amir Shauki bin Haji Ahmad SMK Tunku Abd Aziz Simpang Empat, Alor Setar, Kedah kbl6706@gmail.com Bidang: Pengurusan HEM-Disiplin PENGENALAN d’AKASIA-prihatin telah dDilaksanakan pada bermula pada tahun 2008 – 2020. Hanya dapatan data dan hasil dari tahun 2016 hingga 2020 sahaja (3 Tahun) di ambil untuk penulisan penarafan pengurusan amalan terbaik pengurusan perhubungan luar bidang hal ehwal murid 2021 ini. VISI SAHSIAH UNGGUL MISI KASIH SAYANG MEMBINA BAKAT DAN DISIPLIN PELAJAR


79 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Hala tuju perlaksanaan program ini ialah 1. Meningkatkan kehadiran ke sekolah 2. Mengurangkan salah laku kes disiplin pelajar 3. Merapatkan hubungan antara unit disiplin, ibu-bapa , masyarakat dan agensi awam dan swasta termasuk badan bukan kerajaan NGO 4. Penggunaan rotan hanya 1 peratus, 99 peratus kasih sayang 5. Merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan antara kaum 6. Membantu golongan pelajar B-40 7. Membina jalinan kasih sayang semua pihak untuk membantu golongan pelajar berkeperluan tinggi OBJEKTIF PROGRAM Kolaboratif antara semua agensi swasta dan awam untuk membina bakat dan sahsiah pelajar melalui perlaksanaan 23 buah inovasi program-program yang di cipta khas untuk pembangunan modal insan. Latar belakang kumpulan sasaran yang status ekonomi keluarga B-40, miskin bandar dan luar bandar bukan penghalang untuk membantu kemajuan anak-anak di sekolah. Guru yang bermotivasi dan optimis dan sanggup bekerja diluar dari kerja hakiki bertindak meruntuh tembok penghalang kemajuan anak muridnya. Cara terbaik ialah seseorang guru itu perlu mencari laluan keluar dari isu permasalahan dengan cara berkolaboratif antara semua agensi swasta, kerajaan dan badan sukarelawan demi masa depan muridnya.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 80 LATAR BELAKANG SEKOLAH


81 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Latar Belakang Sosio Ekonomi Waris Murid Sekolah SMK Tunku Abd. Aziz Simpang Empat CARTA JENIS PEKERJAAN WARIS PELAJAR SMKTAA Jumlah keseluruhan 802 orang PETANI 178 ORANG NELAYAN 109 ORANG BURUH AM/SWASTA 293 ORANG KAKITANGAN AWAM 106 ORANG PENIAGA KECIL 116 ORANG Carta 1: Pecahan Pekerjaan Waris ISU-ISU YANG DI KENAL PASTI MENDORONG PERLAKSANAAN PROGRAM INI Isu Utama : Peratus Kehadiran Murid Yang Rendah Kehadiran murid ke sekolah adalah sangat berkait rapat dengan pencapaian akademik. Peratusan kehadiran ke sekolah yang tinggi membolehkan aktiviti pembelajaran dapat berlangsung dengan sempurna dan semestinya akan mempengaruhi tahap pencapaian akademik. Program d’ AKASIA -Prihatin ini memfokuskan kepada usaha meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah sejajar dengan sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah serta mengurangkan


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 82 kes salah laku disiplin di kalangan murid. Sasaran kehadiran murid SMK Tunku Abdul Aziz bagi tahun 2020 ialah sebanyak 92 peratus. Usaha ini merupakan satu cabaran bagi unit HEM memandangkan murid SMK Tunku Abdul Aziz terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga serta persekitaran yang amat mencabar. Bagi memastikan sasaran peratus kehadiran yang disasarkan dan tagline unit HEM iaitu #Sahsiah_Unggul tercapai, unit HEM bekerja keras dengan merangka pelbagai program yang bukan sahaja melibatkan guru-guru di sekolah dengan melibatkan kerjasama PIBG dan komuniti luar yang terdiri dari pihak kerajaan, agensi swasta, badan sukarelawan untuk tahun 2020. Punca utama yang menyumbang kepada permasalahan isu ini ialah kemiskinan selain dari faktor-faktor lain. Dapatan kajian mendsapati latar belakang sosio ekonomi keluarga murid di sekolah ini terdiri daripada golongan B-40 yang rata-rata bekerja sebagai petani buruh dan nelayan. Ramai penduduk di sekitar sekolah SMK Tunku Abdul Aziz terdiri dari kalangan berpendapatan isi rumah miskin luar bandar. Kemiskinan menjadi isu utama kurang bermotivasi serta rendah diri sehingga membawa kepada kemerosotan peratus kehadiran murid ke sekolah. MENGENALPASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN Isu ketidakhadiran murid ke sekolah dikenal pasti dengan menggunakan kaedah pemetaan tulang ikan Ishikawa. Setelah isu dikenal pasti program penambahbaikan dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi isu tersebut disamping membentuk kemenjadian murid. Rajah 1: Analisis Punca Masalah Kehadiran Murid SMKTAA


83 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Berdasarkan analisis yang dijalankan isu kehadiran murid yang rendah ini boleh dibahagikan kepada isu dalaman dan isu luaran. ISU DALAMAN ISU LUARAN 1. Self esteem murid yang rendah 2. Tidak minat belajar (tidak bermotivasi) 3. Kemiskinan keluarga/kurang galakan keluarga 4. Pengaruh rakan sebaya/pergaulan bebas 5. Pandemik Covid-19 6. Faktor cuaca 7. Masalah pengangkutan 8. Kurang kemudahan internet/gajet 9. Kurang penglibatan bantuan agensi luar Faktor utama yang menyumbang kepada kehadiran pelajar yang rendah adalah faktor luaran iaitu penularan pandemik COVID-19 pada tahun ini. Selain daripada itu, masalah pengangkutan juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peratus kehadiran yang rendah di kalangan murid SMK Tunku Abdul Aziz. Tidak ada kemudahan bas sekolah atau pengangkutan awam di kawasan ini. Kebanyakan pelajar dihantar oleh ibu bapa atau datang sendiri ke sekolah dengan menaiki basikal atau motorsikal. Keadaan ini menyumbangkan kepada peratus kehadiran yang rendah pada hari hujan. Faktor dalaman seperti tidak berminat untuk belajar serta self esteem yang rendah di kalangan murid menyebabkan mereka kurang motivasi untuk meningkatkan pencapaian diri terutamanya di kalangan murid yang mempunyai latarbelakang keluarga yang rendah tahap pendidikan mereka, ditambah dengan masalah kemiskinan keluarga merupakan satu lagi isu yang menyumbangkan kepada peratus kehadiran murid yang rendah. Pengaruh rakan sebaya serta pergaulan bebas dengan rakan yang tidak bersekolah menyebabkan murid-murid ini tidak mempunyai motivasi untuk datang ke sekolah. INISIATIF PROJEK Dalam usaha untuk memastikan kemenjadian murid menggunakan tagline #Sahsiah_Unggul dengan moto “pelajar berdisiplin pasti berjaya”, unit HEM sentiasa peka untuk merangka program untuk memastikan murid sentiasa datang ke sekolah untuk mencapai sasarn 92 peratus. P – Planning (Merancang) PK HEM dengan kerjasama barisan pengurusan sekolah, unit disiplin, unit kaunseling, PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM) serta NGO merancang program-program yang bersesuaian untuk mencapai misi yang ditetapkan iaitu kehadiran 92 peratus.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 84 Antara program yang dijalankan di bawah perlaksaan inisiatif unit disiplin SMKTAA ialah: a. Program d’AKASIA-prihatin (Displin-Aziz Kolaborasi Antara Swasta dan Institusi Awam) Program ini merupakan program Unit Disiplin yang diketuai oleh diketuai oleh En. Mohd. Shukur bin Salleh, Ketua Guru Disiplin. Program d’AKASIA-prihatin ini diwujudkan untuk mengatasi isu-isu seperti ketidakhadiran ke sekolah, vandalisme, pergaulan bebas di kalangan murid, tidak berminat untuk belajar, penyalahgunaan dadah, kemiskinan keluarga dan isu murid merempit. Program ini melibatkan kerjasama SMKTAA dengan pihak luar seperti PPD, USM, PDRM, dan NGO-NGO yang lain. b. PROJEK INOVASI : GEMPUR Gerak Emosi Membentuk Pelajar Untuk Rasional Inovasi ini dilakukan oleh Mohd Shukor bin Saleh di bawah penyelaan unit HEM SMKTAA. Objektif modul projek inovasi ini ialah membentuk kecemerlangan sahsiah dan bakat pelajar dalam mendepani era revolusi 4.0. Bimbingan ilmu kemanusian di utamakan dalam membentuk jati diri mendepani cabaran perkembangan teknologi abad 21 seiring dengan pembentukan sahsiah, disiplin, akhlak dan bakat pelajar. c. PROJEK INOVASI STARD Sistem Terbaik Amalan Rekod Disiplin Mohd. Shukor bin Saleh, selaku ketua displin telah mengasaskan inovasi STARD. Objektif modul projek inovasi ini adalah dalam bentuk surat. Untuk memudahkan dan mesra pengguna surat ini di realisasikan dalam bentuk buku. Keperluan inovasi surat STARD ini ialah membantu dan memudahkan semua peringkat bermula dari pengetua, penolong kanan hem, kerani sekolah, ketua guru disiplin, kaunselor dan semua guru-guru disiplin untuk mengambil tindakan tanpa bergantung hanya kepada ketua guru disiplin sahaja. STARD merupakan ‘evidens’ bukti tindakan pengurusan disiplin pelajar dalam rekod Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Oleh itu urusan disiplin dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik. dan memuaskan hati pelanggan (ibu bapa dan Pelajar). Contohnya Tindakan waris apabila datang ke sekolah berjumpa pengetua hanya perlu membawa salinan surat STARD kemudian diserahkan kepada pihak pengetua atau manamana guru disiplin untuk tindakan selanjutnya berpandu pada nombor siri surat tersebut dan maklumat tujuan dan sebab surat itu di keluarkan. Inovasi surat STARD di laksanakan di sekolah SMKTAA pada tahun 2005 sehingga kini dan mendapat pengiktirafan di semua peringkat bermula dari daerah sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Inovasi STARD ini di kongsi dan di gunakan pakai di kebanyakan sekolah seluruh negara melalui kolaboratif amalan baik di antara sekolah lain dengan unit disiplin SMK Tunku Abdul Aziz.


85 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 d. Program “we care we love” Program ini merupakan program kelolaan unit bimbingan dan kaunseling. Program ini memfokuskan kepada usaha penyelesaian isu ketidakhadiran ke sekolah. Program ini membuktikan bahawa pihak sekolah sangat prihatin kepada murid SMKTAA. Melalui program ini, guru bimbingan dan kaunseling akan melawat ke rumah murid yang tidak hadir banyak hari ke sekolah. Sesi kaunseling akan diberikan di rumah murid terbabit. Sesi kaunseling ini akan diteruskan apabila murid tersebut hadir ke sekolah. e. Program “Sahsiah Unggul” (#Sahsiah_Unggul) Program ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai sahsiah unggul. Anugerah diberikan kepada murid yang sentiasa menunjukkan amalan tingkah laku yang terpuji seperti sukarela membantu guru, sukarela melapor kes salah laku, membantu melaksanakan kerja-kerja landskap/taman, membantu mengemas/menyusun atur bilik-bilik khas, membersihkan kawasan, menjalankan kerja-kerja mengecat, menyertai aktiviti luar di bawah bimbingan dan kaunseling serta aktiviti-aktiviti lain yang mezahirkan nilai-nilai murni. f. Anugerah kehadiran penuh Anugerah berbentuk sijil akan diberikan kepada murid ponteng sifar. Anugerah ini bertujuan untuk memberi contoh kepada murid lain untuk sentiasa hadir ke sekolah. g. Program COVID-Care iaitu program sumbangan pelitup muka kepada murid B-40. Program ini merupakan satu lagi Program Pembangunan Modal Insan Pertama@Uthman Affan Prihatin @ Aziz_Prihatin yang membuktikan bahawa pihak sekolah juga prihatin terhadap isu persekitaran murid. PROGRAM UTHMAN AFFAN PRIHATIN. Ditubuhkan oleh Mohd Shukor bin Saleh Bersama dengan sahabat-sahabat beliau seramai 16 orang pada tahun 2015. Mohd Shukor bin Saleh di lantik memegang jawatan pengerusi di dalam aktiviti sukarelawan ini. Objektif: Dapat membantu masyarakat melalui saluran kebajikan. Program ini diusahakan oleh guru SMKTAA dengan kerjasama waris bekas murid SMKTAA dan NGO dimana sumbangan pelitup muka diberikan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan, bagi meringankan bebanan keluarga untuk membeli pelitup muka. O - Organize (Mengurus) Unit HEM mengadakan beberapa program supaya peratus kehadiran murid mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara program yang dijalankan ialah Program Cakna We care we love, Program d’AKASIA-prihatin, Program Sahsiah_Unggul, Program STARD, Program d’ AKASIA- Prihatin, Anugerah kehadiran penuh dan Program Covid_Care. Program-program ini melibatkan kerjasama PIBG, PPD, PDRM dan NGO.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 86 L – Leading (Kepimpinan) Dalam usaha mendapatkan hasil yang positif, kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting. Unit HEM (Pengawas) berusaha melatih pengawaspengawas sekolah dari segi peningkatan self-esteem, dan jati diri mereka serta kepimpinan melalui kursus-kursus dan kem kepimpinan supaya mereka dapat membantu guru-guru kearah memantapkan disiplin murid keseluruhannya. Guruguru juga sentiasa didedahkan dengan kursuspeningkatan profesionalisme agar mereka berupaya menawan hati murid untuk ke sekolah setiap hari. C – Controlling (Kawalan) Inisiatif kawalan yang boleh membawa impak kejayaan adalah melalui penggunaan Sistem Pepatih MySekolah. Kehadiran murid dapat dipantau dengan cepat oleh semua guru setiap masa terutamanya masa PdPc. Melalui sistem ini surat-surat amaran dapat dikeluarkan kepada waris murid sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah banyak hari. Selain daripada itu, setiap guru juga dapat mengisi masalah salah laku murid di dalam sistem ini. Program STARD pula banyak membantu unit disiplin merekodkan sebarang salah laku murid dengan berkesan. Data-data dalam APDM dan SSDM juga berupaya membantu memantau kehadiran murid serta merekodkan salahlaku dan amalan terpuji murid. Program ini telah berjaya menambat hati ibubapa dan murid. Penubuhan sukarelawan uthman affan prihatin in telah mencuit hati masyarakat setempat di sekitar sekolah untuk turut bersama membantu bukan sahaja berkaitan kebajikan malah melangkaui prestasi disiplin anak-anak murik sekolah. PENCAPAIAN/ KEBERKESANAN/ IMPAK PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI KEPADA SEKOLAH Impak Kehadiran Murid Walaupun pelbagai program dijalankan oleh unit HEM bagi mencapai sasaran kehadiran 92 peratus, tetapi ianya tidak berjaya mencapai sasaran kerana pandemik COVID-19. Rajah 2; Data kehadiran dan Jadual 1; Peratus Kehadiran Murid daripada Pepatih MySekolah menunjukkan peratus kehadiran yang tinggi pada bulan Januari, tetapi ia terus merosot mulai bulan Februari hingga Oktober 2020. Punca utama kemerosotan ini adalah disebabkan oleh bencana pandemik COVID-19.


87 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Rajah 2: Data kehadiran murid sehingga bulan Oktober 2020 Jadual 1: Peratus Kehadiran Murid BULAN % KEHADIRAN JANUARI 90.19 FEBRUARI 88.25 MAC 89.83 APRIL - MEI - JUN 88.97 JULAI 83.63 OGOS 74.46 SEPTEMBER 75.99 OKTOBER 71.86 Sumber : Pepatih MySekolah Impak Pencapaian Akademik Berdasarkan analisis pencapaian akademik murid yang dilaksanakan ianya menunjukkan 100 peratus murid layak Sijil Pelajaran Malaysia. Rajah 3 menunjukkan Gred Purata Sekolah juga meningkat dari tahun ke tahun. Rajah 3: Pencapaian Akademik Pelajar


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 88 Impak Perlaksanaan Laporan Analisis SSDM 2017-2019 Jadual 2: Analisis Ponteng Murid Analisis SSDM dalam Jadual 2 juga menunjukkan penurunan dari kadar ponteng murid. Sebahagian murid semakin kurang ponteng ke sekolah dan menunjukkan minat untuk datang ke sekolah. Impak Kelakuan Amalan Baik Jadual 3: Analisis Kelakuan Baik Pelajar Jadual 3 menunjukkan perkembangan yang baik terhadap kelakuan pelajar. Pelajar melakukan amalan baik yang disenaraikan. KEBERKESANAN AKTIVITI KEPADA SEKOLAH Pada awal idea d’ AKASIA-prihatin ini direalisasikan hanyalah dengan tujuan untuk mendapat kerjasama antara guru di sekolah terutama berkaitan prestasi disiplin anak-anak mereka. Tetapi pihak unit disiplin mempunyai beberapa masalah berkaitan dengan kerjasama waris. Ketidakhadiran waris memberi kerjasama akan melambatkan proses tindakan disiplin dan kaunseling untuk membimbing anak mereka dari berulang salahlaku disiplin di sekolah. Urusan melibatkan peraturan, hukuman dan denda menurut peraturan kementerian pendidikan Malaysia seringkali terbantut kerana tidak ada kerjasama antara waris dan guru. Kemungkinan ini berlaku adalah disebabkan taraf sosial ekonomi dan pendidikan waris pelajar rendah atau pun malu dan segan untuk berurusan dengan pihak sekolah.


89 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Faktor kemiskinan juga menjadi penghalang utama hubungan yang baik di antara guru dan waris. Rata-rata kebanyakan waris di sekitar sekolah SMKTAA berpendapatan rendah hasil daripada bertani dan menangkap ikan. Kebanyakkannya bekerja sebagai pesawah dengan keluasan tanah yang kecil dan menjadi nelayan kecil yang hanya menangkap ikan di persisiran pantai di antara kawasan Yan sehinggalah di sekitar Kuala Kedah. Program Pembangunan Modal Insan Pertama@ Uthman Affan Prihatin@AZIZ Prihatin memberikan impak yang sangat bermakna kepada seluruh warga sekolah. PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM UTHMAN AFFAN PRIHATIN Di tubuhkan oleh Mohd Shukor bin Saleh Bersama dengan sahabat -sahabat beliau seramai 16 orang pada tahun 2015. Mohd Shukor bin Saleh di lantik memegang jawatan pengerusi di dalam aktiviti sukarelawan ini. Objektif: Dapat membantu masyarakat melalui saluran kebajikan. Semua masyarakat tidak mengira kaum, agama dan bangsa terutama di dalam Negeri Kedah Walis dan murid SMK Tunku Abdul Aziz 1.Untuk memantapkan aktiviti kebajikan Uthman Affan Prihatin berkolaboratif bersama dengan Akasia Care. Banyak Progam di laksanakan seperti: i. Progam Kembali ke sekolah ii. Terkini 2020 program membantu golongan OKU. iii. dan lain-lain program 1. Dapat membantu begitu ramai masyarakat. 2. Mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat untuk turut sama memberi sumbangan. 3. Mendapat pujian dan sokongan dari banyak agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dan Pengurusan Zakat Negeri Program ini telah berjaya menambat hati ibubapa dan murid. Penubuhan Sukarelawan Uthman Affan Prihatin ini telah menyentuh hati masyarakat setempat di sekitar sekolah untuk turut bersama membantu bukan sahaja berkaitan kebajikan malah melangkaui prestasi disiplin anak-anak murid sekolah. Senge (2006) yang menyatakan bahawa konsep organisasi 13 Amalan Kepimpinan Instruksional, Budaya Organisasi dan Organisasi Pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia Artikel 1 pembelajaran perlu diwujudkan dan dilaksanakan. Hal ini disebabkan organisasi pembelajaran didapati mempunyai keupayaan membuat perubahan dan peningkatan untuk mempertahankan daya saing melalui pembelajaran dalam era global yang penuh dengan desakan persaingan ( Fuziah & Izham, 2011; Marquardt, 2002). Selain dari taraf ekonomi dan pekerjaan waris, perbezaan kaum dan agama juga merupakan penghalang yang menyebabkan hubungan baik antara waris pelajar dan guru tidak mesra pelanggan. Ini terjadi kerana pengurusan sekolah dan status sekolah lebih dominan kepada satu kaum sahaja. Waris dan pelajar yang ramai terdiri kaum Melayu menyebabkan sesetengah ibubapa dari kalangan kaum Cina dan India merasa diri mereka terpinggir walaupun sekolah mempunyai organisasi PIBG.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 90 Program ‘Jom ke Sekolah’ dan ‘Program Guru Penyayang’ adalah program yang perlu dilaksanakan oleh setiap sekolah di Malaysia. Cara pengolahan program bergantung kepada keupayaan dan kreativiti pucuk pimpinan peneraju sekolah. SMKTAA memilih untuk melaksanakan Program Kembali ke Sekolah Bersama Sukarelawan Uthman Affan Prihatin dan Program Back To School Anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Badan Sukarelawan 4x4 Mega Jamboree Program ini di bawah cabang Hal Ehwal Murid. Pokok pangkalnya adalah, apabila murid dilatih mendisiplinkan diri, mempunyai sasiah diri yang unggul dan penerapan unsur mensyukuri nikmat tuhan sudah pasti akan memberikan kesan yang maksimum kepada pencapaian akademik / kurikulum dan keberhasilan murid dalam bidang kokurikulum. PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA SUKARELAWAN UTHMAN AFFAN PRIHATIN Tarikh: 15 Disember 2020 Masa: 3.00 pm- 7.00 pm Tempat: Pekan Simp. Empat Alor Setar Objektif: Membantu murid golongan B-40 (Yatim Piatu). 8 Orang murid Golongan B-40. (Yatim Piatu) Permohonan bantuan diusahakan oleh Mohd Shukor bin Saleh selaku Ketua Guru Disiplin SMKTAA 2.30 pm- Kehadiran para penerima bantuan 3.00 pm – Ucapan aluan dan menyampaikan salam kasih daripada penderma dan pemberi bantuan program ini oleh Mohd Shukor b. Saleh. 3.30 pm- Pemberian bantuan dengan cara pembelian terus. 7.00 pm- Bersurai 8 orang murid B-40 yang tercicir bantuan zakat menerima bantuan ini Pencapaian kehadiran mengikuti progam ini 100 peratus Kehadiran murid pada bulan Januari 2020 mencapai 90.19 peratus mengikut rekod SSDM PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM BACK TO SCHOOL ANJURAN PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAN BADAN SUKARELAWAN 4X4 MEGA JAMBOREE Tarikh: 20 Disember 2020 Masa : 8.30 am- 12.30 pm Tempat: Pekan Simp. Empat Alor Setar Objektif: Membantu murid golongan B-40. 6 Orang murid Golongan B-40 dari SMKTAA (Yatim Piatu) Permohonan bantuan diusahakan oleh Mohd Shukor bin Saleh (Ketua Guru Disiplin SMKTAA 8.30 am- Kehadiran para penerima bantuan 9.00 pm – Ucapan aluan dan ucap kasih kepada YB oleh Mohd Shukor b. Saleh. 9.30 am - Ucapan Perasmian YB dan penyampaian bantuan 6 orang murid B-40 yang tercicir bantuan zakat telah berjaya menerima bantuan ini. (Yatim Piatu) Pencapaian kehadiran murid pada bulan januari 2020 telah mencapai 90.19 peratus


91 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Tidak juga dapat dinafikan kewujudan sikap ‘lepas tangan’ ibu bapa ke atas guru untuk menjaga dan mengajar anak mereka menyebabkan pihak unit disiplin menghadapi banyak kesukaran untuk mengawal disiplin di kalangan pelajar sekolah ini. Sikap tidak bekerjasama segelintir ibu bapa menyebabkan anakanak mereka semakin terbiar dan pengawasan di rumah . Di sekolah pelajar sebegini dikawal sepenuhnya mengikut peraturan disiplin pelajar sekolah. Tetapi disebabkan sikap segelintir ibu bapa yang sebegini, maka tingkah laku kesalahan disiplin anak mereka sukar diambil tindakan dengan lebih berkesan lagi. Jemputan kehadiran ibu bapa untuk berjumpa guru disiplin dengan tujuan berbincang berkaitan salah laku disiplin anak-anak mereka selalunya tidak mendapat sambutan. Namun begitu pelbagai program dirancang berjaya menarik minat mereka untuk melibatkan diri dengan pihak sekolah bagi menarik minat murid datang ke sekolah. PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH Tarikh: 13 Disember 2020 Masa: 3.00 pm- 7.00 pm Tempat: Pekan Simp. Empat Alor Setar Objektif: Membantu murid golongan B-40. 60 Orang murid Golongan B-40 Permohonan bantuan diusahakan oleh Mohd Shukor bin saleh (Ketua Guru Disiplin SMKTAA 2.30 pm- Kehadiran para penerima bantuan 1.00 pm – Ucapan aluan dan ucap kasih kepada YB oleh Mohd Shukor b. Saleh. 3.00 pm- Ucapan Perasmian YB dan penyampaian bantuan 60 orang murid B-40 yang tercicir bantuan zakat menerima bantuan ini Pencapaian kehadiran mengikuti progam ini 100 peratus Kerjasama kolaborasi antara guru dan ibubapa serta semua agensi kerajaan, swasta serta badan sukarelawan telah berjaya membina motivasi dan membentuk jati diri setiap orang murid di sekolah ini. PROGRAM KEM KELESTARIAN ILMU KEMANUSIAAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 anjuran Ahli Parlimen Kuala Kedah adalah di antara program kolabeartif yang sangat memberikan impak yang besar. Jamal (2009), Austin dan Harkins (2008), dan Schein (2004, 2011) yang telah mengenalpasti budaya organisasi dan organisasi pembelajaran memainkan peranan penting dalam kecemerlangan sekolah. Kemiskinan bukanlah batu penghalang kejayaan. Tugas guru begitu penting untuk mencari jalan penyelesaian. Kerja lebihan masa dan di luar jangkau tugas hakiki seorang guru terpaksa dilakukan dengan suci hati demi kemajuan dan kejayaan anak murid dalam bidang Pendidikan.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 92 PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM KEM KELESTARIAN ILMU KEMANUSIAAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Anjuran Ahli Parlimen Kuala Kedah Tarikh: 28- 30 April 2019 Masa : 2 hari 1 malam Tempat: Kem Motivasi Yan Kuala Muda Kedah Objektif: Membantu murid golongan B-40 yang tidak berminat belajar dan lemah dalam pelajaran. Pengurusan dana sumbangan dan kertasn kerja di sediakan oleh Mohd Shukor Bin Saleh selaku Ketua Guru Disiplin SMKTAA. 50 Orang murid berkeperluan tinggi membentuk jati diri. Golongan B-40 dari SMKTAA Yatim Piatu di utamakan Terdapat 5 buah sekolah lagi yang terpilih dari zon Kawasan Parlimen Kuala Kedah mengikuti program ini. 8.30 am- Kehadiran para peserta ke Kem Motivasi Yan Kedah 9.00 pm – Ucapan aluan dan ucap kasih kepada YB oleh Mohd Shukor b. Saleh. 9.30 am - Ucapan Perasmian YB 11.00 -Jurulatih mengambil tugas sehingga tamat. 50 orang murid B-40 yang telah berjaya menerima bantuan ini. Pelajar lebih bersemangat dan mula menunjukkan perubahan sikap yang positif Perlaksanaan program d’AKASIA-prihatin telah terbukti berjaya dan berkesan sehingga mendapat penghargaan dan anugerah oleh banyak pihak terutama dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian amalan terbaik ini juga dikongsikan di peringkat daerah dan negeri Kedah. PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM PELAJAR BEBAS DARIPADA JENAYAH SYARIAH PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR Tarikh: 11 MAC 2020 Masa : 9.00 pm-12.00 Pm Tempat: DEWAN SMKTAA Objektif: Menangani kes pergaulan bebas antara murid. Mohd Shukor B. Saleh Setiausaha Program 700 Orang murid Kolaboratif 18 buah sekolah terpilih daer daerah Kota Setar 8.30 am- Kehadiran para hadirin jemputan 9.00 am – Ucapan aluan dari Timbalan PPD 9.15 am – Ucapan perasmian oleh Pegawai JHEIK 9.40 am – Ceramah oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Kedah 700 orang murid termasuk daripada jemputan 18 buah sekolah telah menghadiri dan Berjaya mengikuti program ini Pencapaian kehadiran mengikuti progam ini 100%


93 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 PERANCANGAN PROGRAM KUMPULAN SASARAN PEMBANGUNAN PROGAM IMPAK PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK BIDANG HAL EHWAL MURID PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR Tarikh: 12 November 2020 Masa : 10.00 Am-1.00 Pm Tempat: PKG SK Langgar Alor Setar 200 Orang Guru 9.30 am- Kehadiran Penceramah 10.00 am – Ceramah (1) Tajuk : P-Help Sk Tunku Abd. Halim Alor Setar 11.00 am – Ceramah (2) Tajuk : Kelab Pencegahan Jenayah SK Alor Mengkudu Alor Setar Kedah. 12.00 tgh- Ceramah (3) Tajuk: d’AKASIA-Prihatin Disiplin Aziz Kolaboratif Awam dan Institusi Swasta SMK Tunku Abd. Aziz. 1.00 pm – Bersurai 200 orang guru mengikuti perkongsian ini Pencapaian kehadiran mengikuti progam ini 100% KEPIMPINAN PENGETUA Pn. Norashikin bt. Othman, Pengetua sekolah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam pengurusan. Beliau dapat menyampaikan maklumat mengenai PdPR, KBAT dan program TMGS PRIHATIN dengan jelas dan tersusun. Selain itu, beliau juga seorang yang berfikiran terbuka, dimana beliau memberi peluang dan meminta pandangan daripada PK dan GKMP. Keputusan sebulat suara daripada semua PK dan GKMP untuk melaksanakan sesuatu program turut diberikan keutamaan. Pengetua juga sangat percaya dan yakin terhadap keputusan mesyuarat, mempercayai konsep kepimpinan bersama dalam pengurusan sekolah (Share Leadership), dan juga menurunkan kuasanya (empowerment) kepada Penolong Kanan untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan portfolio yang dipegang. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang timbul, tetapi juga dapat membantu memperbaiki hubungan dan mewujudkan persefahaman antara satu sama lain. Menurut Pearson (2000) yang merupakan seorang pakar dalam bidang komunikasi, percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah. Di peringkat sekolah, pemahaman tentang prinsip dan teori komunikasi yang baik yang digabungkan dalam amalan boleh mewujudkan suasana harmoni antara pentadbir, guru, murid, ibu dan bapa. Arahan yang beliau sampaikan jelas, lancar dan menyeluruh sehingga saya dapat mengupayakan orang bawahan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau perubahan bagi memacu pembangunan dan pencapaian bidang yang difokuskan. Beliau juga bijak memperkembangkan kebolehan, bakat dan potensi orang bawahan serta dapat mengupayakan warga sekolah, jaringan dan jalinan bergerak ke arah hala tuju yang sama.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 94 Sebagai seorang peneraju sekolah beliau menetapkan hala tuju sekolah secara terancang dengan membuat analisis persekitaran (SWOT), menjana strategi melalui TOWs Matrix dengan mengambil kira risiko dan jangkaan masa hadapan, menyatakan rasional terhadap strategi yang dipilih dan menentukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Bertindak secara beretika merupakan salah satu subciri dalam ciri-ciri peribadi yang membantu meningkatkan keupayaan seorang pemimpin untuk hidup dan mengamalkan tingkah laku yang selari dengan peraturan yang telah ditentukan, Ia juga membantu seorang pemimpin itu untuk memilih hala tuju yang betul dalam membuat keputusan apabila timbulnya konflik kepentingan. Beliau memiliki ciri-ciri analitikal iaitu merangka melalui amalan berkomunikasi secara berkesan dengan membina hubungan yang baik dengan pihak pemegang taruh (JPN/PPD), PIBG dan YB Ahli Parlimen serta NGO dalam menangani isu kemudahan fizikal sekolah. Pengetua sekolah ini yang berkompetensi cemerlang merujuk kepada SKPMg2 Standard 2.7 Pemuafakatan Strategik sebagai salah satu amalan berkesan dalam menangani isu keceriaan dan kemudahan fizikal sekolah. Pengetua sekolah ini yang memiliki ciri-ciri strategik, mendefinisikan hala tuju sekolah melalui beberapa amalan kepimpinan yang dilaksanakan merujuk kepada evidens instrumen SKKSM dan SKPMg2. Dalam SKPMg2 Standard 1 Kepemimpinan, beliau bertindak sebagai peneraju mencapai standard kualiti cemerlang dalam aspek-aspek berikut; 1. Menetapkan hala tuju sekolah secara dan mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) secara terancang bersama pasukan pentadbiran yang terdiri dari barisan SLT, MLT dan Ketua Pembantu Tadbir (SKPMg2 Standard 1.1.1 & 1.1.2). 2. Mengetuai Pemantauan Pengoperasian Sekolah secara terancang dan sistematik bersama barisan SLT dengan mengamalkan konsep kepimpinan bersama dalam pengurusan sekolah (shared leadership) merujuk kepada SKPMg2 Standard 1.1.3 dan elemen SKKSM. 3. Menerajui Kepimpinan Instruksional dalam pelaksanaan PdP, pelaksanaan pencerapan PdP secara profesional dan terancang serta pelaksanaan pemantauan kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik dan terancang (SKPMg2 Standard 1.1.4, 1.1.5 & 1.1.6). 4. Memberi bimbingan guru dan AKP serta barisan pemimpin secara profesional dan terancang mengikut keperluan dari semasa ke semasa, secara jelas dan menyeluruh. (SKPMg2 Standard 1.2.1 & 1.2.2). 5. Menjadi suri teladan kepada subordinat dalam melaksanakan tugas berkualiti, mempamerkan penampilan diri berwibawa, bertindak sebagai pakar rujuk dan memperlihatkan komunikasi yang berkesan secara tekal, bersungguh-sungguh dan menyeluruh.(SKPMg2 Standard 1.3.1 & 1.3.2)


95 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 KESIMPULAN Amalan terbaik dalam kepimpinan pendidikan yang berkesan, pewujudan budaya organisasi sekolah yang positif dan pembangunan organisasi pembelajaran di sekolah mampu memacu sekolah ke arah kecemerlangan. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kerajaan telah menggariskan dengan jelas hasrat dalam Anjakan 5 untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah bagi menambahkan lagi keberkesanan organisasi pendidikan, khususnya di peringkat sekolah. Amalan terbaik yang dilaksanakan ini berjaya mengenal pasti elemen yang penting untuk meningkatkan keberkesanan organisasi sekolah iaitu kepimpinan pengetua, ketrampilan pemimpin organisasi, budaya organisasi sekolah, dan organisasi pembelajaran sekolah. Keprihatinan dan sikap sensitif warga sekolah juga berupaya mengangkat dan memartabatkan sesebuah organisasi sekolah. Semoga perkongsian ini memberikan inspirasi kepada seluruh warga pendidikan dalam memantapkan kemenjadian murid. RUJUKAN Fuziah Mat Yakop, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). A study of relationship between leadership practices and learning organization practices in cluster secondary schools. Jurnal Pengurusan Awam, 9(1), 103-107. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pebangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Koh, Lee Chin. (2014). Ciri-ciri organisasi pembelajaran mengikut persepsi guru di sekolahsekolah menengah di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya. Mahathir, M. (2012). A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Senge, P. M. (2006). The fifth discipline: The art and practice of the learning organization. New York: Doubleday Publishing. Siti Noor, F. (2011). Hubungan antara amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dengan iklim sekolah dalam kalangan sekolah-sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di negeri Kelantan. Disertasi Kedoktoran (tidak diterbit), Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Pearson (2000) https://www.researchgate.net/publication/235319520_Shared_ leadership_Toward_a_multi-level_theory_of_leadership.


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 96 LAMPIRAN Program Pembangunan Modal Insan Pertama@Uthman Affan Prihatin@AZIZ Prihatin Wajah-wajah riang mereka bila rasa disayangi. Terubat hati bila ada yang sudi menziarah Mereka tidak meminta simpati tetapi cukuplah sekadar disayangi


97 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Program Perkongsian d’ AKASIA – Prihatin Amalan Terbaik Bidang Hal Ehwal Murid SMKTAA Peringkat Daerah Kota Setar Ceramah (1)Tajuk : P-Help Sk Tunku Abd. Halim Alor Setar Ceramah (2)Tajuk : Kelab Pencegahan Jenayah SK Alor Mengkudu Alor Setar Kedah. Ceramah (3)Tajuk: d’AKASIA-Prihatin Disiplin Aziz Kolaboratif Awam dan Institusi Swasta SMK Tunku Abdul Aziz Penghargaan dan sijil tanda terima kasih dari mereka sudah memadai


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 98 Program Explorasi Kanak-Kanak Harapan Negeri Kedah Mendepani Era Revolusi Industri 4.0 Kolaborasi Bersama Unit Disiplin SMKTAA dengan USM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah Sekeping sijil penghargaan sebagai ganti sumbangan besar mereka Ustaz bersahaja dalam menyampaikan ceramah buat anak-anak SMKTAA Program Pelajar Bebas Daripada Jenayah Syariah Peringkat Daerah Kota Setar Kolaborasi Bersama Unit Disiplin SMKTAA dengan Jabatan Agama dan Istiadat Negeri Kedah


99 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Program Kembali Ke Sekolah Kolaborasi Bersama Unit Disiplin SMKTAA dengan Sukarelawan NGO dan Pejabat Setiausaha Negeri Kedah Program Kembali Ke Sekolah Kolaborasi Bersama Unit Disiplin SMKTAA dengan Sukarelawan Uthman Affan Prihatin


KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 100 Projek 7 TERAMPIL SKAM Shaarani bin Ibrahim Zuraidah binti Borhan Muhammad Anwar bin Ali Fazilah binti Wahab Noor Mastura binti Othman Jurulatih Utama Disiplin Daerah Kota Setar Mohd Shukor bin Saleh Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu, Jln Alor Mengkudu,05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kba2024.ppdkotasetar@gmail.com Bidang: Pengurusan HEM PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Ke Empat Tahun 2017 menyatakan secara ringkas, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Dalam organisasi di sesebuah sekolah, pemimpin dalam kalangan murid dilantik dalam usaha untuk membantu guru memantau dan menguruskan organisasi sekolah terutamanya dalam kalangan murid agar lebih teratur, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bertujuan melahirkan individu yang berpotensi secara menyeluruh dan bersepadu. Bagi memenuhi hasrat tersebut, maka sekolah perlu menyediakan pemimpin yang berketerampilan, bersahsiah terpuji dan berwawasan. Menurut Nadler (1986), keterampilan merupakan kemampuan atau kebolehan asas yang terdapat di dalam diri manusia yang kemudian dilatih, diasah serta dikembangkan secara terus menerus dan berlanjutan sehingga menjadikan seseorang itu lebih berpotensi dan profesional di bidang tertentu.


Click to View FlipBook Version