101 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Definisi 1 - Cekap dalam melaksanakan sesuatu Definisi 2 - Menurut Hari Amirullah, keterampilan merujuk pada makna dasar dari kata terampil yang bermaksud suatu perbuatan atau tugas yang berkaitan dengan proses pengembangan diri yang diupayakn dengan belajar terus menerus Definisi 3 - Menurut Nadler (1986), keterampilan dimaksudkan sebagai sekumpulan proses penggalian dan pengembangan potensi dalam diri dengan sejumlah aktiviti, dipraktikkan dan dilakukan terus menerus. SKAM 95 (2018) S.K.A.M (2019) TERAMPIL SKAM (2020) Visi PENGAWAS TERAMPIL SEKOLAH TERPIMPIN Misi Melahirkan pengawas yang berketerampilan, dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber demi mencapai matlamat sekolah Program TERAMPIL SKAM dimulakan pada tahun 2018 dengan memfokuskan SKAM 95 iaitu kehadiran murid ke sekolah mencapai 95 peratus pada setiap bulan. Program ini diteruskan pada tahun 2019 dengan menambahbaik pelaksanaannya dengan memfokuskan kepada aspek Kerohanian, Sahsiah, Amalan Baik dan Motivasi (S.K.A.M 2019). Keberkesanan program ini diteruskan lagi oleh Guru Besar, penolong-penolong Kanan dan kerjasama daripada semua guru dengan menghasilkan Program TERAMPIL SKAM yang memfokuskan keterampilan dan kepimpinan murid-murid secara amnya dan barisan pengawas sekolah secara khususnya.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 102 LATAR BELAKANG SEKOLAH Jadual 1: Maklumat Sekolah Jadual 2: Carta Organisasi Pengawas Sekolah
103 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu merupakan sekolah Gred A dikategorikan sebagai Sekolah Bandar. Jumlah murid di Sekolah adalah seramai 454 orang iaitu murid Lelaki seramai 230 orang dan murid perempuan seramai 324 orang. Semua guru dan Staff di SKAM adalah seramai 41 orang. Sehubungan itu, daripada jumlah semua murid SKAM seramai 52 orang murid terpilih menjadi pengawas Sekolah untuk membantu sekolah. Lampiran seperti di jadual 1 dan jadual 2. ISU-ISU DIKENAL PASTI Untuk menggerakkan pengawas supaya sentiasa berketerampilan terdapat isu-isu yang dikenalpasti yang mengganggu proses menjadi tempat di kalangan pengawas sekolah dan perlu diberi pengukuhan dari segi: 1. Keterampilan Manusiawi (Humanity Skills) * Hubungan sesama manusia berkaitan dengan sahsiah, emosi, jasmani dan rohani. * Komunikasi 2. Keterampilan Teknikal (Technical Skills) * Kemampuan untuk menguasai sesuatu bidang/ kemampuan untuk menggunakan pengetahuan yang berkaitan dengan penggunaan/ pengendalian alatan 3. Keterampilan Konseptual (Conceptual Skills) * Mampu merangka/ menjangka/ meramal dalam membuat keputusan dan sebagainya OBJEKTIF TERAMPIL SKAM 1. Membentuk semangat kerjasama dalam kalangan pengawas bagi merealisasikan misi dan visi sekolah selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. 2. Pengawas sekolah dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri serta bersedia meningkatkan keterampilan diri. 3. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan suri teladan untuk diteladani 4. Membina kepercayaan dan keyakinan diri ke arah meningkatkan akademik dan sahsiah 5. Membina daya kepimpinan yang berkualiti, progresif dan berketerampilan
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 104 STRATEGI PELAKSANAAN Berdasarkan isu-isu yang dikenal pasti beberapa inisiatif dan strategi yang dilaksanakan seperti: a) Program 3S – Sapa, Salam, Santun Aktiviti ini akan memberi keyakinan diri kepada murid disamping belajar berkemahiran sosial seperti memberi hormat kepada guru dan sesiapa sahaja. Selain itu, murid juga dapat belajar berpenampilan diri dan berkemahiran dalam berkomunikasi. b) Program Motivasi - Disiplin /Sahsiah Program Disiplin merangkumi ceramah dari pelbagai agensi iaitu ceramah Pencegahan Jenayah, Ceramah Buli dalam kalangan Murid, Ceramah Penyalahgunaan Dadah. Program-program ini sekaligus memberi pendedahan tentang bahayanya murid terlibat dengan masalah-masalah ini. Dengan adanya program ini murid memahami dan mendapat pengetahuan tentang isu-isu ini. Selain itu, pengawas juga berkeyakinan, keberanian dan bijak bertindak. c) Kem Pemimpin Muda Program ini mendedahkan murid kepada Jati Diri di dalam diri,pengurusan masa yang teratur,mempunyai sifat kepimpinan, berkeyakinan diri, bersikap kerjasama antara satu sama lain dan berkemahiran komunikasi dengan betul. d) Ceramah Kerjaya Program ini bertujuan ke arah memotivasikan diri murid-murid untuk menjadi lebih cemerlang dan berkemampuan untuk jangkaan masa depan. e) Aktiviti Kecergasan Program ini bertujuan memberi keyakinan kepada murid-murid ke arah memperoleh ketahanan fizikal dan mental, kecergasan agar tidak lemah semangat, serta mendapat pengalaman baru dalam membina kecergasan dalam diri murid-murid.
105 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 INISIATIF PROJEK Program TERAMPIL SKAM telah membina jaringan dan jalinan komuniti setempat serta dalam merealisasikan pelaksanaan program tersebut. SK Alor Mengkudu mempunyai rakan strategik dan kolaboratif iaitu: a) Jabatan Pendidikan Negeri Kedah b) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar c) Institut Aminuddin Baki (IAB) d) Pejabat Kesihatan Daerah / HSB e) BOMBA f) PDRM g) ATM h) E-SARANA PIBG i) LAKETOWN RESORT j) SMK Simpang Kuala k) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) l) Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) m) DUN Alor Mengkudu PENCAPAIAN PROJEK a) Berjaya melahirkan murid-murid yang Berjaya dalam Akademik dan Kokurikulum Graf 1: Peratus murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Khusus b) Melibatkan diri dalam Inovasi 2018-2020 c) Pencapaian Terampil SKAM ialah: • Peringkat Antarabangsa Ø Certificate of Appreciation 2nd Gewinn Asean Schools International Taekwando Championship 2020 Ø Memorandum of Mutual Cooperation Thunghwa School, Satun Thailand Ø International Traditional Archery Competition. • Peringkat Kebangsaan Ø Sijil Penarafan Kebangsaan 2019 Ø Sijil Kem Integrasi Murid untuk Perpaduan Ø Bronze Award SIRIM INVENTION & TECHNOLOGY EXPO 2019
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 106 • Peringkat Negeri Ø Pertandingan Kalam Arabi 2020 Ø Thrash Hero Challenge 2019 Ø Sijil Pertandingan Amalan Terbaik Hal Ehwal Murid 2018 Ø Anugerah Penarafan 5 Bintang (Pengurusan Disiplin Cemerlang) 2019 • Peringkat Sekolah Ø Sijil Bengkel Inovasi Kapal Terbang Kawalan jauh (RC JET) 2020 Ø Sijil Penyertaan Jalinan Ilmu SK Dato’ Wan Kemara. Ø Sijil Penghargaan dari PIBG SKAM Ø Sijil Penghargaan dari pihak Sekolah. KEKUATAN PROJEK IMPAK SAHSIAH IMEJ/KEPERIBADIAN ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI IKON KELAB PENCEGAHAN JENAYAH THRASH HERO CHALLENGE TOKOH MURID SUKARELAWAN KECERIAAN SEKOLAH KHALIFAH BACAAN YASSIN PENGLIBATAN AKTIF MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH PENYAMPAI INFORMASI MENYERTAI BENGKEL INOVASI PENGERUSI MAJLIS PELANCARAN SSDM MEMIMPIN ACARA Penglibatan pelbagai pihak telah memberikan kekuatan terhadap projek yang dijalankan menerusi program TERAMPIL SKAM. KEPIMPINAN GURU BESAR Kepimpinan tradisional pada masa kini telah tidak sesuai lagi terutama semasa krisis COVID-19. Secara asasnya, kepimpinan yang efektif dipengaruhi oleh tiga komponen iaitu, pemimpin, pengikut dan konteks. Komponen pemimpin dan pengikut yang dipengaruhi oleh hubungan kerja yang bersifat kompleks dan sukar diramal berlaku dalam organisasi. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar SK Alor Mengkudu mempunyai matlamat yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan. Guru besar mengamalkan komunikasi yang berkesan dan penglibatan seluruh warga SK Alor Mengkudu dalam membuat perbincangan dan keputusan. Hubungan yang ditunjukkan juga secara Interpersonal dan menitikberatkan tanggungjawab yang jelas terhadap organisasi. Jamaliah & Norasimah (2005), kepimpinan adalah daya yang mempengaruhi tingkah laku seseorang sehingga mencapai suatu matlamat yang dipersetujui
107 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 manakala dalam konteks kepimpinan komuniti, kepimpinan ditakrifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat komuniti. Guru besar berupaya mendefinisikan hala tuju dan berpengaruh. Sifat ini merujuk kepada kepupayaan seorang pemimpin untuk membimbing pasukannya bagi mencapai matlamat. Ia juga membantu pemimpin untuk memberi gambaran tentang sesuatu situasi orang lain boleh membuat keputusan tepat. CABARAN PELAKSANAAN PROJEK Cabaran projek ini disebabkan oleh kekangan masa dalam tempoh pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020. Projek TERAMPIL SKAM masih dapat diteruskan dengan jayanya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Program TERAMPIL SKAM perlu diteruskan dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan pengoperasian sekolah dalam norma baharu supaya isu-isu yang berkaitan akan dapat diatasi. KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap warga sekolah memainkan peranan yang penting terhadap kemenjadian murid. Semua pihak harus bekerjasama dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid. Tanpa kerjasama dari semua pihak terutama warga sekolah itu sendiri, kemenjadian murid tidak dapat dicapai. Seterusnya hasrat kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang memberi penekanan terhadap aspek kemenjadian murid melalui dimensi Aspirasi Murid dengan menyasarkan usaha untuk memantap dan memperkasakan kemenjadian murid seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan tercapai.TERAMPIL SKAM telah menjadi inspirasi dalam melahirkan kepimpinan kemenjadian murid serta perkembangan bakat seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur : Leeds Publications
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 108 LAMPIRAN Aktiviti Menawan Puncak Gunung Keriang Kerjaya,Sahsiah,Disiplin Aktiviti Kecergasan Pelancaran SSDM Bengkel Inovasi Kapal Terbang
109 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Kem Pemimpin Muda (RIMUP) Senamrobik 1Malaysia Thrash Hero Challenge Sukarelawan Keceriaan Sekolah Demonstrasi Kebakaran
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 110 Penglibatan Murid dalam Aktiviti Sekolah Ikon Murid Anugerah Sahsiah Terpuji Menyebar informasi Mengetuai bacaan doa Mengetuai bacaan yassin Mengimamkan Solat Memimpin aktiviti
111 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Anugerah Pengiktirafan
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 112
113 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 114 Projek 8 PROGRAM KPJ TEGAS - TIADA ELEMEN GAGAL SAHSIAH ADALAH IKRAR KPJ SKAM Nama guru Shaarani bin Ibrahim Zuraidah binti Borhan Muhammad Anwar bin Ali Fazilah binti Wahab Noor Mastura binti Othman Jurulatih Utama Disiplin Daerah Kota Setar Mohd Shukor bin Saleh Sk Alor Mengkudu Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar Kedah KBA2024@moe.edu.my Bidang: Hal Ehwal Murid PENGENALAN PROJEK Program KPJ TEGAS yang telah dirancang bermula pada tahun 2018 dengan rapi ini beriltizam membentuk warga SK Alor Mengkudu mempunyai sahsiah terpuji, jiwa kerohanian dan prestasi yang unggul serta amalan baik yang boleh dicontohi menjadi intipati pemimpin masa hadapan. Misi utama program ini berteraskan akronim S.K.A.M bertepatan dengan nama sekolah memfokuskan Sahsiah Terpuji, Kerohanian & Prestasi, Amalan Baik Dicontohi dan Motivasi Jati Diri. Menerusi program ini, isu-isu yang dikenal pasti akan dapat diatasi dan meletakkan SK Alor Mengkudu sebaris dengan sekolah-sekolah yang terkenal khususnya di Negeri Kedah. Program KPJ TEGAS adalah diharapkan dapat menyelesaikan masalahmasalah yang telah dihadapi dalam kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu yang awalnya telah dibina pada tahun 1933 di atas tapak jariah Encik Hasan bin Tajuddin. Usaha mendirikan sekolah dibuat
115 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 secara gotong-royong. Panjang bangunan 32 kaki berdinding buluh, manakala boleh memuatkan 30 orang dengan guru Encik Lebai Isa bin Mahmud. Mata pelajaran yang diajar ialah pelajaran Jawi dan Matematik. Gaji guru dibayar secara pungutan beras daripada waris kanak-kanak. Sekolah awal telah dirobohkan pada tahun 1937. Pembinaan kali kedua sekolah ialah pada tahun 1938 di atas di atas tapak jariah Tuan Haji Idris bin Abdul Rahman, Guru Pondok Haji Idris. Jumlah murid ialah 80 orang. Pada tahun 1944, sekolah ini juga telah roboh dan murid-murid terpaksa belajar di bawah rumah. Pembinaan sekolah kali ketiga ialah pada tahun 1947 dan hanya siap pada tahun 1948. Keluasan bangunan 60 x 30 kaki di atas tapak tanah Tuan Guru Haji Idris SPK NO. 5811 Lot 557 Mukim Derga. Pada tahun 1962, jumlah murid bertambah seramai 130 orang dan sekolah kekurangan bilik tempat belajar. Tuan Imam Haji Hashim bin Lebai Shafie telah mewakafkan sebuah rumah kayu kepunyaannya untuk dijadikan tempat tambahan belajar sementara kepada murid-murid. Pada akhir tahun 1962 Sekolah Rakyat Alor Mengkudu telah diambil alih oleh kerajaan dan dijadikan sekolah bantuan penuh. Jumlah murid seramai 160 orang, 8 orang guru dengan enam kelas dari darjah 1 hingga darjah 6. Sekolah bantuan penuh kerajaan yang pertama ini mula dilaksanakan pada 4 November 1966 di atas tapak tanah seluas 4 relong, No. 5811 Lot 557 Mukim Derga, Kota Setar. Bangunan siap pada bulan Mei 1967 dengan enam bilik darjah. Bilangan murid pada ketika itu ialah 300 orang. Bagi darjah 1-3 terdapat dua kelas setiap aliran sementara darjah 4-6 terdapat satu kelas setiap aliran. Pada tahun 1972 bangunan tambahan Blok `B` dua tingkat dibina mempunyai lima bilik darjah, satu bilik stor, dan tandas murid lelaki dan perempuan berserta kantin. Bagi menampung keperluan tambahan bilangan murid sebuah bangunan tambahan dibina Blok `C`.Bangunan satu tingkat ini mempunyai 5 bilik darjah dan antara satu bilik ini dijadikan Bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS). Bangunan ini siap untuk digunakan mulai tahun 1987. Bilik-bilik sambungan telah dibina di bangunan Blok `B` untuk dijadikan surau sebagai tempat menjalankan aktiviti amali Pendidikan Agama Islam. Sebuah tandas guru dan stor pekerja dibina dalam tahun 1989. Pada tahun 1990 sebuah pavilion dibina berhadapan bangunan Blok `B`. Pavillion dijadikan “Medan Minda” untuk projek galakan membaca. Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu telah dinaik tarafkan dari Gred B ke Gred A mulai 1 Januari 1994 kerana jumlah murid melebihi 600 orang.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 116 ISU YANG DIKENAL PASTI Program KPJ TEGAS memberi fokus kepada beberapa isu yang telah dikenal pasti, antaranya: i) Kes Disiplin: Isu kes disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Jenis salahlaku disiplin yang sering dilakukan oleh murid-murid dari jenis yang ringan, sederhana dan berat seperti merosakkan harta benda sekolah, membuli, mencuri dan sebagainya. Bagi merealisasikan objektif program, KPJ TEGAS mensasarkan 0 peratus kes disiplin ringan, sederhana dan berat dikalangan murid-murid SK Alor Mengkudu. ii) Masalah ponteng sekolah: Isu ponteng sekolah bukanlah masalah sosial yang baru dalam kalangan muridmurid di sekolah. Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan peningkatan perangkaan kes ponteng sekolah. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian dengan mengambil pendekatan bersepadu mengesan punca murid-murid terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya. Isu masalah ponteng sekolah perlu diatasi menerusi program KPJ TEGAS yang telah menetapkan peratus kehadiran sebanyak 95 peratus akan dicapai dalam program ini. iii) Meningkatkan sahsiah murid: Pendidikan sahsiah seharusnya menjadi teras sistem pendidikan di dalam negara. Sahsiah atau personaliti bermaksud keperibadian atau peribadi. Pembentukan sahsiah diri penting dalam kehidupan murid-murid. Aspek kognitif, fizikal, rohani dan sosial memainkan peranan penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat khususnya keatas perkembangan dan pembangunan sahsiah diri. KPJ TEGAS akan menghasilkan 85 peratus amalan baik di kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu tahun 2020. Data yang menyokong tentang kewujudan isu-isu yang terjadi di SK Alor Mengkudu menyebabkan program ini telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun 2020. Jadual 1: Amalan baik di kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu tahun 2020
117 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Carta 1: Perbandingan Peratus Kehadiran Murid Sumber : https://ssdm.moe.gov.my Jadual 2: Analisa Kehadiran Murid 2020 Analisa Kehadiran Tahun 2020 Bulan Peratus Keseluruhan Januari 95.36% Februari 95.08% Mac 95.60% April Penutupan Persekolahan semasa PKP Mei Jun Julai 91.15% Ogos 74.30% September 87.18% Oktober 81.20% November 85.87% Disember Tiada Sumber : https://apdm.moe.gov.my OBJEKTIF PROJEK Program KPJ TEGAS menerapkan beberapa objektif bersasarkan ciri-ciri SMART yang merangkumi beberapa objektif, antaranya: 1. Program ini dapat memupuk elemen patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang negara yang perlu dipatuhi oleh setiap murid di sekolah. 2. Nilai-nilai moral yang tinggi dalam diterapkan dalam diri setiap murid di sekolah. 3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan jenayah adalah lebih baik daripada memerangi jenayah semasa berada di sekolah. 4. Program ini dapat melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara. 75% 2018 2019 2020 85% 95% 25% 15% 5%
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 118 STRATEGI PELAKSANAAN Berdasarkan isu-isu yang telah dikenal pasti dalam kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu, program KPJ TEGAS telah dilaksanakan mengikut beberapa strategi pelaksanaan bagi memberikan kejayaan yang cemerlang kepada SK Alor Mengkudu khususnya dalam bidang KPJ. Bagi isu kehadiran murid-murid ke sekolah untuk mencapai 95 peratus kehadiran setiap bulan, beberapa program telah dilaksanakan. 1. Program ‘Early Bird’ Program ini telah dimulakan pada tahun 2018 dan diteruskan sehingga tahun 2020. Pemberian hadiah dan ganjaran diberikan kepada murid-murid yang datang ke sekolah awal pagi. Setiap murid yang hadir awal pagi akan menerima sekeping kupon dan murid akan masukkan dalam kotak yang disediakan. Apabila murid dilatih mendisiplinkan diri, mempunyai sasiah diri yang unggul dan penerapan unsur mensyukuri nikmat tuhan sudah pasti akan memberikan kesan yang maksimum kepada pencapaian akademik/ kurikulum dan keberhasilan murid dalam bidang kokurikulum 2. Program Ziarah Cakna Program ini dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan bermatlamat untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa serta penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid. SK Alor Mengkudu melalui program KPJ TEGAS memfokuskan keluarga B-40. 3. Kempen/Motivasi Bagi mengatasi masalah kehadiran di kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu, program KPJ TEGAS melaksanakan kempen kehadiran penuh 100 peratus. Murid akan menerima sijil kehadiran penuh 100 peratus semasa majlis perhimpunan rasmi sekolah. Seterusnya strategi pelaksanaan program untuk mengatasi masalah sahsiah di kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu dan meningkatkan amalan baik 85 peratus bagi setiap murid, KPJ TEGAS melaksanakan inovasi ‘buku rekod amalan baik’ yang telah digunakan untuk mencatat amalan-amalan baik yang dilakukan oleh murid-murid SK Alor Mengkudu. Selain itu, murid-murid yang terlibat dengan program anjuran sekolah dan pihak luar juga akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM).
119 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 INISIATIF PROJEK Program KPJ TEGAS telah membina jaringan dan jalinan komuniti setempat serta pihak-pihak NGO dalam merealisasikan pelaksanaan program tersebut. SK Alor Mengkudu mempunyai rakan strategik dan kolaboratif iaitu: 1. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar/ Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 2. Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3. PIBG SK Alor Mengkudu 4. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 5. PEMIKAT 6. Jabatan Bomba dan Penyelamat 7. SMK Simpang Kuala & SMK Tunku Abdul Aziz 8. Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) 9. DUN Alor Mengkudu 10. Hospital Sultanah Bahiyah 11. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 12. KIDZOONA (Gedung membeli-belah atas talian untuk barangan kanakkanak) INOVASI KPJ TEGAS “BUKU REKOD AMALAN BAIK” Pelaksanaan amalan baik dalam kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu dapat dicatatkan dengan baik secara manual sebelum diisikan dalam Sistem Sahsiah Disiplin Murid. Semua murid yang melakukan amalan-amalan baik di dalam atau di luar kawasan sekolah akan mencatatkannya di dalam buku rekod amalan baik. Seterusnya guru-guru akan memungut buku rekod tersebut dan mengisi maklumat yang berkaitan di dalam sistem yang digunakan. Rajah 2: Aliran kerja Buku Rekod Amalan Baik
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 120 PENCAPAIAN PROJEK Projek “Buku Rekod Amalan Baik” telah menunjukkan peningkatan amalan-amalan baik di kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu. IMPAK PROGRAM KPJ TEGAS Penglibatan SK Alor Mengkudu sangat memberangsangkan dalam bidang ko-akademik dan ko-kurikulum. Pelbagai pengiktiran telah dicapai di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Antara pencapaian yang telah diterima oleh murid-murid SK Alor Mengkudu ialah : 1. Peringkat Antarabangsa - Kejohanan Tae kwan do 2nd Gewinn Asian Schools International Taekwondo Championship 2020 2. Peringkat Kebangsaan - Rakan Alam Sekitar Alor Setar - Program Inovasi Kebangsaan Compex 2019 (I-CompEx) 3. Peringkat Negeri - Naib Johan Pertandingan Inovasi peringkat Negeri Kedah 2019 - Program Sahsiah Remaja (Kelab Kompang) -Tempat Kedua - Naib Johan Pertandingan Amalan Terbaik Disiplin Sekolah 4. Peringkat Sekolah - Penglibatan sukarelawan PIBG/PIBKS penubuhan Kelab Bola Sepak 2020 - Peratus Kehadiran Murid Cemerlang - Ikon Kelab Pencegahan Jenayah - Pasca Persekolahan COVID-19 mematuhi SOP KEKUATAN PROJEK Penglibatan pelbagai pihak telah memberikan kekuatan terhadap projek yang dijalankan menerusi program KPJ TEGAS. CABARAN PELAKSANAAN PROJEK Cabaran projek ini disebabkan oleh kekangan masa dalam tempoh pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020. Projek KPJ TEGAS masih dapat diteruskan dengan jayanya.
121 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Program KPJ TEGAS perlu diteruskan dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan pengoperasian sekolah dalam norma baharu supaya isu-isu yang berkaitan akan dapat diatasi. KEPIMPINAN GURU BESAR Amalan kepimpinan guru besar yang berprestasi tinggi sememangnya mempengaruhi kualiti keberhasilan pelajar. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang positif dan menyeluruh pula, mempunyai hubungan dengan kepemimpinan guru besar. Ini bertepatan dengan adanya bukti yang mencadangkan bahawa guru besar memainkan peranan utama dalam penambahbaikan sekolah dan meningkatkan hasil pencapaian. Projek KPJ TEGAS adalah inisiatif daripada idea yang dicetuskan oleh guru besar selaku pemimpin yang utama di SK Alor Mengkudu. Walaupun baharu sahaja ditempatkan di SK Alor Mengkudu, guru besar telah melakukan perubahan yang amat ketara. Salah satu daripadanya ialah Projek KPJ TEGAS yang menekankan kemenjadian murid dari aspek kehadiran, disiplin dan amalan baik. Impak yang besar dapat dihasilkan dengan cetusan idea yang diberikan oleh guru besar disamping kerjasama yang padu dalam kalangan penolong-penolong kanan dan guru-guru. Sesuatu projek pastinya tidak akan terhasil sekiranya tanpa kepimpinan yang mantap daripada guru besar. “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil” (Al-Ahzab, 72). Ayat di atas menunjukkan amanah adalah perkara yang penting dan besar maknanya dalam kehidupan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Tanpa amanah, kualiti akan digadaikan oleh manusia kerana kepentingan peribadi. Amanah atau jujur menentukan sama ada individu itu mempunyai kredibiliti atau tidak. Tanpa kredibiliti segala perkataan, janji, pendapat dan tindak tanduk itu tidak akan dihargai. Individu yang cemerlang adalah individu yang beramanah. KESIMPULAN Dengan terlaksananya program KPJ TEGAS, peratus kehadiran murid ke sekolah telah meningkat dengan sifar kes disiplin ringan, sederhana dan berat serta amalan-amalan baik di kalangan murid-murid SK Alor Mengkudu akan membantu peningkatan akademik secara menyeluruh.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 122 LAMPIRAN Program Ziarah Cakna B-40 Program “Early Bird” Kempen/Motivasi Kehadiran Penuh Sijil Kehadiran Penuh 100%
123 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Penglibatan murid dalam program sekolah dan luar Penglibatan murid peringkat antarabangsa Penglibatan murid peringkat kebangsaan dan negeri Inovasi Buku Rekod Amalan Baik
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 124 Inovasi Buku Rekod Amalan Bai
BIDANG KOKURIKULUM
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 126 Projek 9 PROJEK KELESTARIAN BAKAU HIJAU SK HAJI OMAR TAHIR Wan Rozita bt. Wan Osman Sk Haji Omar Tahir, Pengkalan Bujang, Bedong, Kedah skhot.ppdkmy@gmail.com Bidang: Kokurikulum PENGENALAN Pengkalan Bujang merupakan salah satu daripada kawasan yang mempunyai alam semulajadi yang masih terpelihara. Selain daripada kawasan pertanian dan perkampungan nelayan Pengkalan Bujang juga mempunyai hutan bakau iaitu Hutan Simpan Bakau Merbok. Pengkalan Bujang seringkali dijadikan sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) bekerjasama dengan masyarakat setempat. Pada tahun 2020, Kegiatan ESD untuk Pemulihan Hutan Bakau diperluas melalui perkongsian pengalaman dan menyebarkan kesedaran kepada warga sekolah khususnya dengan mengadakan kolaboratif di Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir. Sekolah ini telah dipilih sebagai rakan kolaboratif atau sekolah angkat yang dikenal pasti sebagai platform untuk melibatkan pelajar dan masyarakat mengenai Hutan Simpan Bakau Merbok ini. Maka terbentuklah jalinan antara sekolah ini bersama Regional Centre Of Expertise (RCE) Penang, USM dan Japan Malaysia Association (JMA) sebagai penaja. Umpama mengantuk disorongkan bantal, hal ini menjadi batu loncatan kepada sekolah ini kerana sememangnya jalinan sedemikian rupa telah terjalin sebelum ini bersama Bakau Hijau. Jalinan baharu antara RCE Penang dan JMA telah menjadi agenda baharu ke arah pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran PAK21 guru-guru di sekolah ini. Apabila siap sepenuhnya Galeri Bakau, sekolah ini akan menjadi tumpuan agensi luar dan sekolah sekitar untuk mendapat maklumat berkaitan kelestarian bakau. LATARBELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir merupakan sekolah gred A kategori luar bandar dan di bawah Program Transformasi Daerah DTP Aman kluster 2. Terletak di kawasan Pengkalan Bujang, Bedong, Kedah dengan bilangan
127 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 murid keseluruhannya adalah seramai 428 orang, 32 orang guru dan lima orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Kebanyakan waris di sini adalah dalam kumpulan B-40. Program DTP Aman, yang memfokuskan kepada 4 teras utama iaitu Pentadbiran sekolah , Guru ( Pengajaran dan pemudahcaraan guru melalui SKPMG2 Standard 4), Kepimpinan pelajar (Kemenjadian murid dalam pelbagai bidang) serta pembabitan komuniti dengan sekolah adalah bertepatan dengan fokus projek yang telah dijalankan. ISU YANG DIKENAL PASTI DAN PERLU DITAMBAH BAIK 1. Pemerkasaan pengajaran guru ke arah pengajaran Abad ke 21 (PAK21) masih pada tahap sederhana. 2. Kehadiran murid yang belum mencapai tahap cemerlang seperti yang diharapkan. 3. Jalinan dalam perhubungan luar belum mantap. Daripada ketiga-tiga isu yang telah dikesan di atas, pihak sekolah telah menjana inisiatif mengadakan projek yang berkaitan bagi merealisasikan misi dan visi sekolah. Carta 1: Analisa Kehadiran Murid SK Haji Omar Tahir Tahun 2018 dan 2019 Daripada carta 1 di atas dapat dilihat data kehadiran murid tidak dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan iaitu 95 peratus.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 128 ANALISIS KEPERLUAN PROJEK Satu tinjauan secara google form telah dibuat dalam kalangan guru sekolah ini untuk mendapatkan data keperluan projek. Hasil analisis daripada tinjauan tersebut adalah seperti carta 2 di bawah : Carta 2: Analisis Keperluan Guru Berkaitan Perhubungan Luar 90 peratus waris menyatakan bahawa perlu diadakan program yang dicadangkan, lima peratus menyatakan tidak perlu manakala selebihnya memberi cadangan lain iaitu memantapkan hubungan dengan PIBK. OBJEKTIF PROJEK 1. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran PAK21 guru lebih mantap 2. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah 3. Menanamkan perasaan cinta dan menghargai alam sekitar dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat 4. Menjalin hubungan luar agar sekolah ini lebih dikenali dalam kalangan pihak berkepentingan. INISIATIF PROJEK A. Proses Membina Hubungan Dengan Pihak Luar Perancangan Projek dan Kertas cadangan telah disediakan oleh jawatankuasa pada awal Januari lagi. (Rujuk Jadual 4 untuk perincian perancangan tarikh pelaksanaan) Berdasarkan daripada anggaran kewangan yang telah dibuat pihak jawatankuasa merasakan bahawa perlu di adakan jalinan dengan pihak luar dalam mencari dana dan kepakaran untuk pelaksanaan program. Antara hubungan luar yang membantu projek ini ialah:
129 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 1. Regional Centre of Expertise (RCE) Penang, USM RCE atau dahulunya lebih dikenali sebagai Institut Pengajian Lanjutan (UNU-IAS atau United Nations University Institute for the Advanced Study of Sustainability) merupakan organisasi yang menjalin hubungan di peringkat antarabangsa dan masyarakat setempat dalam penerokaan alam dan pelbagai bidang lain. Mereka telah mengembangkan penyelidikan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) untuk program pemulihan lestari hutan bakau di Merbok. Pada tahun 2020, Kegiatan ESD untuk diperluas melalui perkongsian pengalaman dan menyebarkan kesedaran kepada warga Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir dengan memilih sekolah ini sebagai Rakan Kolaboratif dan Sekolah Angkat Projek Kelestarian Bakau mereka. 2. Japan Malaysia Association (JMA) JMA merupakan sebuah organisasi gabungan Kementerian Luar Negeri Jepun untuk menyumbang, memperkukuh serta mempererat hubungan persahabatan dan muhibbah untuk mempromosikan hubungan pelancongan, ekonomi dan peribadi antara Jepun dan Malaysia. JMA terlibat dalam perlindungan, pemeliharaan anak benih dan kegiatan pendidikan hutan bersama RCE Penang. JMA yang beribu pejabat di Tokyo telah menjadi penaja utama projek ini dan En. Takuji Arai, Pengarah Eksekutif menjadi perantaranya. Pada permulaan kolaboratif ini, beliau bersama rombongan dalam proses mengatur lawatannya ke sekolah tetapi terpaksa ditunda kerana wabak Corona Virus yang melanda seluruh dunia. 3. Bakau Hijau, Merbok, Kedah. Bakau Hijau merupakan sebuah kawasan ataupun pusat rekreasi yang berkonsepkan hutan bakau dan ternakan tiram. Ia terletak di Lot 7113, No PPRT, Kg Pengkalan Bujang, Bedong, Kedah. Jalinan bersama Bakau Hijau dan sekolah telah terjalin semenjak tahun 2018 lagi melalui lawatan, program kelas tambahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea dan Program Semaian Benih Bakau. Dua orang sukarelawan dari Korea yang menjadi tenaga pengajar pusat tuisyen tersebut. Murid-murid sekolah ini yang mengikuti tuisyen ini bukan sahaja belajar dua bahasa tersebut tetapi juga diajar aktiviti lain seperti menyemai bakau dan mengutip sampah yang hanyut di Sungai Merbok. 4. Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan (PPDKMY) Dua orang pegawai yang merupakan Rakan Elit Sekolah dan Pegawai DTP Aman telah menjadi pendorong utama dengan memberi bimbingan dan ideaidea untuk kejayaan projek ini. Mereka telibat secara langsung sama ada dalam mesyuarat, penyerahan sumbangan dan semasa perjanjian persefahaman berlangsung.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 130 PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI Carta alir di bawah menunjukkan proses kerja yang telah dijalankan bermula dari proses perbincangan awal sehinggalah post mortem. Carta 3: Carta alir perjalanan program Mengikut perancangan asal projek akan berlangsung dalam 4 siri di mana setiap siri mempunyai beberapa aktiviti seperti di Jadual 1 di bawah : Jadual 1: Jadual aktiviti yang dirancang SIRI AKTIVITI 1. Mac 2020 1. Lawatan Komponen Pendidikan ke sekolah untuk perbincangan awal mengenai pembinaan galeri bakau 2. Upacara rasmi untuk menandatangani Surat Persefahaman (LoI) 3. Majlis penyerahan wang muka oleh Persatuan Malaysia Malaysia (JMA) kepada SK Haji Omar Tahir 4. Pengumuman mengenai permulaan aktiviti “Mencari Duta Besar Mangrove Gallery” 2. Ogos 2020 1. Pendedahan Banner dan Papan Tanda Galeri Bakau di sekolah. 2. Pertandingan melukis dan mewarna poster bakau 3. Aktiviti buku Pop-Up Mangrove bersama pelajar 4. Membentuk dan menyiapkan poster Hutan Bakau 5. Pengumuman Duta Galeri Bakau 3. Sept 2020 1. Bina miniatur galeri paya bakau dengan pelajar. 2. Bina miniatur ekosistem bakau dengan pelajar 3. Pertandingan menulis karangan bakau 4. Pembentangan oleh Duta Besar Galeri Bakau 4. Nov 2020 1. Pengumuman pemenang pertandingan yang diadakan di SK Haji Omar Tahir (majlis tersebut akan melibatkan murid-murid SK Haji Omar Tahir (pemenang), guru-guru SK Haji Omar Tahir, PIBG, PPD, JPN, JMA, RCE, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda , Majlis Perbandaran Sungai Petani) 2. Aktiviti penerokaan bakau untuk pemenang di Bakau Hijau 3. Pembentangan oleh Duta Besar Galeri Bakau di Bakau Hijau 4. Aktiviti penghutanan semula dengan SK Haji Omar Tahir
131 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Disebabkan Pendemik COVID-19, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dapat dijalankan sementara selebihnya akan dilaksanakan pada tahun 2021. AKTIVITI 1: PERJANJIAN PERSEFAHAMAN 1/ LETTER OF INTENT (LOI) Diadakan secara maya iaitu menggunakan Webex Cisco. Perjanjian ini berlangsung dari empat lokasi iaitu RCE Penang, Bilik Mesyuarat SK Haji Omar Tahir, PPD Kuala Muda Yan dan dari Pejabat Mr Takuji Arai di Tokyo, Jepun. Antara yang menyertai LOI tersebut ialah Timbalan Naib Canselor KPI USM Pulau Pinang: Prof.Dr. Md Roslan Hashim Penyelaras RCE Penang: Prof. Dr. Munirah Ghazali, Penyelaras Projek : Dr Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid, Felo dan Staf RCE Penang, Pengarah Eksekutif JMA: Encik Takuji Arai, Guru Besar, Penolong Kanan serta Pegawai PPDKMYLOI yang kedua akan diadakan pada bulan Mac 2021. AKTIVITI 2: PENYERAHAN SUMBANGAN PELITUP MUKA Majlis Penyerahan Sumbangan Pelitup Muka kepada SK Haji Omar Tahir daripada Japan Malaysia Association (JMA) telah diadakan pada 14 September 2020 hari Isnin pada jam 2.30-3.00 petang juga secara maya melalui Webex Cisco. Sebanyak 700 unit pelitup muka telah di hantar daripada Tokyo, Jepun ke sekolah untuk diedarkan kepada semua warga sekolah. AKTIVITI 3: PERTANDINGAN MELUKIS / MEWARNA DAN KUIZ ATAS TALIAN Pertandingan ini telah dijalankan dengan jayanya menggunakan sumbangan bahan dan peralatan yang telah disampaikan oleh pihak RCE. Pertandingan kuiz berkaitan projek dijalankan secara atas talian. AKTIVITI 4: PENCARIAN DUTA KECIL BAKAU Pencarian telah dibuat secara maya melalui penghantaran video di Whatsapp kelas. Duta yang terpilih akan menjadi jurucakap di Galeri Bakau.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 132 AKTIVITI 5: PEMBINAAN MINIATUR GALERI PAYA BAKAU Lawatan Tapak telah dibuat oleh pasukan pelaksana daripada RCE Penang bagi menentukan konsep sebenar galeri yang bakal dibina. Kata sepakat telah dicapai iaitu melukis mural dan mewujudkan suasana sebenar di lantai galeri. PENCAPAIAN PROJEK 1. Kehadiran murid meningkat walaupun tidak begitu ketara disebabkan pendemik COVID-19 (lihat jadual 2). Data di ambil sepanjang tempoh kehadiran murid ke sekolah semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. 2. Perubahan pada sikap murid di mana murid dilihat lebih berkeyakinan dan berbangga dengan sekolah sendiri. Ini dapat dilihat melalui tinjauan secara rawak melalui guru kelas dan guru matapelajaran Sains dan Pendidikan Seni dan juga penyertaan murid menjawab soalan kuiz berkaitan bakau telah diberikan kepada murid-murid tahap dua secara atas talian. Jadual 2: Perbandingan Kehadiran Murid semasa pelaksanaan projek KEKUATAN PROJEK 1. Komitmen tinggi Pentadbir dan seluruh warga sekolah serta sokongan padu daripada PIBG 2. Jalinan terdahulu dengan Bakau Hijau, Merbok. CABARAN PELAKSANAAN PROJEK Pandemik COVID-19 menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dijalankan secara bersemuka.
133 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Perjanjian Persefahaman disambung untuk tempoh setahun lagi untuk 2021. KEPIMPINAN GURU BESAR Guru Besar telah mempamerkan gaya kepimpinan Transformasi di mana beliau sentiasa memikirkan satu idea yang karismatik untuk meningkatkan pengaruh perhubungan luar dan meletakkan nama baik sekolah di persada melalui ransangan intelektual dan inspirasi motivasi. Pemimpin yang berjaya bukan dilahirkan secara semulajadi tetapi mereka dilahirkan setelah mendapat latihan dan pengalaman di samping melalui proses pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat (Hussein, 2008). Mereka ini juga perlu bertanggungjawab terhadap prestasi diri, semua warga sekolah dan organisasi sekolah. Pemimpin yang cemerlang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan diri dengan menimba ilmu dan kemahiran yang baharu dan berguna. Mereka ini sentiasa proaktif, kreatif, membuat refleksi dan berfikir di luar kotak. Mereka juga berusaha untuk meningkatkan prestasi orang-orang bawahannya dan organisasi sekolah. Burns (1978) memperkenalkan konsep kepimpinan transformasi sebagai satu proses di mana pemimpin dan subordinatnya saling membangunkan antara satu sama lain ke arah meningkatkan tahap moral dan motivasi ke tahap yang lebih tinggi. Beliau turut mengatakan bahaw a pemimpin transformasi merupakan individu yang ideal serta mempunyai nilai moral yang tinggi terutama dalam aspek keadilan dan kesamarataan. Kepimpinan transformasi juga berupaya meningkatkan keinginan untuk belajar, menjana kesedaran serta penerimaan dalam kalangan subordinat terhadap visi dan matlamat organisasinya di samping mampu memotivasikan mereka (Hallinger, 2008). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG Program ini akan diteruskan pada masa hadapan walaupun perjanjian persefahaman bersama RCE Penang, USM dan JMA telah tamat. Jalinan bersama Bakau Hijau akan dimantapkan dengan perancangan pelbagai aktiviti pemuliharaan alam dengan mengaitkan dalam pengajaran Abad ke-21 guru di dalam kelas.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 134 KESIMPULAN Jalinan yang tersimpul antara pihak sekolah dan pelbagai organisasi melalui program ini sebenarnya memberi impak yang amat besar kepada sekolah. Ia bukan semata-mata dalam bentuk bantuan kewangan tetapi juga sumbangan kepakaran dalam bidang berkaitan dan juga tenaga yang disalurkan untuk memastikan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di sekolah ini. Bertepatan dengan tajuk dan objektif projek ia sebenarnya telah menyimpul kasih dan persefahaman antara semua organisasi yang terlibat bukan sahaja untuk jalinan persefahaman dalam bidang berkaitan tetapi juga untuk terus berkolaboratif pada masa hadapan demi kemenjadian murid. RUJUKAN Burns, J. M. 1978. Leadership. New York: Harper & Row Hallinger, P. (2008). A review of PIMRS studies of principal instructional leadership: Assessment of progress over 25 years. Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association (AERA), New York. Hussein Mahmood. (1993). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia
135 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 LAMPIRAN Surat LOI Sesi LOI secara maya Mesyuarat Pelarasan Papan Tanda Program Lawatan Tapak Galeri Bakau
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 136 Jalinan bersama Bakau Hijau Pencarian Duta Kecil Bakau secara maya Sumbangan Bahan Pertandingan Kelas Tambahan di Bakau Hijau Penyerahan Pelitup Muka
137 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Projek 10 PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT ANTARABANGSA Mardiana binti Abd Rahman Hayati binti Yusoff Ahmad Akibi bin Abdullah @ Hussin Khairil Azani bin Dato’ Hj Arzmi SK Tuan Syed Jan Al Jaffri 08000 Sungai Petani, Kedah. KBE3043@moe.edu.my Bidang: Kokurikulum PENGENALAN PROJEK Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (PBUB) merupakan salah satu daripada 10 program utama kokurikulum. PBUB adalah aktiviti tahunan melibatkan muridmurid tahun 4, 5 dan 6. PBUB diadakan untuk memberi peluang kepada murid merasai pengalaman tentang perkhemahan. Murid didedahkan dengan aktivitiaktiviti berhalangan dan mencabar untuk menerapkan sifat kepimpinan dan meningkatkan keyakinan diri. Di samping itu, murid juga diuji dengan ilmu-ilmu perkhemahan seperti pertandingan memasang khemah, ikhtiar hidup, ikatan, gajet dan pertolongan cemas. Unit kokurikulum SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri telah mengorak langkah ke hadapan dengan melaksanakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform peringkat antarabangsa tahun 2019. PBUB dilaksanakan di peringkat antarabangsa untuk memberi peluang kepada lebih ramai murid SK Tuan Syed Jan Al Jaffri menyertai program di peringkat tertinggi. Pengisian PBUB juga dirancang dengan teliti supaya semua peserta berpeluang memperoleh sijil pencapaian antarabangsa. Justeru, strategi ini dapat meningkatkan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) murid. Pemilihan Pusat Kokurikulum Negeri Kedah adalah sasaran utama untuk kami bekerjasama di mana tenaga dan kepakaran jurulatih yang profesional serta kemudahan penginapan dan peralatan aktiviti terdapat di sana. Secara tidak langsung, PBUB telah membina hubungan baik SK Tuan Syed Jan Al Jaffri dengan masyarakat dan negara luar.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 138 LATAR BELAKANG SEKOLAH Rajah 1: Lencana Sekolah Nama Sekolah: SK Tuan Syed Jan Al Jaffri Alamat: 08000 Sungai Petani, Kedah. Gred: A Kategori: Bandar Slogan Sekolah: “We create changes” Statistik sekolah: Jadual 1: Statistik sekolah tahun 2019 Kategori Lelaki Perempuan Jumlah Guru 9 36 45 Murid tahap 1 149 144 293 Murid Tahap 2 144 147 291 Jumlah 293 291 584 Statistik unit uniform: Jadual 2: Enrolmen Pasukan Badan Beruniform 2020 Bil Unit Beruniform Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah Jumlah L P L P L P L P 1 PPT 0 24 0 22 0 15 0 61 61 2 PBSM 14 4 7 12 16 4 37 20 57 3 Pengakap 20 0 22 0 22 0 64 0 64 4 PPIM 0 25 0 20 0 15 0 60 60 5 TKRS 22 0 10 7 17 1 49 8 57 Jumlah 56 53 39 61 55 35 150 149 299 6 Taekwondo 5 3 6 7 4 3 15 13 28
139 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 ISU ATAU CABARAN Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambah baik Secara umumnya, hanya murid yang mempunyai prestasi akademik cemerlang sahaja diberi peluang untuk menyertai program-program di peringkat antarabangsa. Justeru itu, Unit Kokurikulum SK Tuan Syed Jan Al Jaffri telah mengambil inisiatif mengadakan PBUB di peringkat antarabangsa supaya lebih ramai murid dari pelbagai tahap pencapaian berpeluang menyertai program diperingkat tertinggi. Di samping itu, inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan markah PAJSK murid. Selain itu, PBUB peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh sekolah dapat menjimatkan kos penyertaan dan pendaftaran murid ke peringkat tersebut yang kebiasaannya mencapai ratusan ringgit untuk menampung seorang atau sekumpulan murid yang terdiri daripada empat hingga lima orang sahaja. ANALISIS KEPERLUAN PROJEK Analisa Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bagi tahun 2018 menunjukkan prestasi murid-murid adalah ditahap sederhana di mana majoriti murid hanya mendapat gred B berbanding gred A. Hal ini adalah disebabkan kurangnya penglibatan aktiviti kokurikulum murid di peringkat luar sekolah. Rajah 1: Analisa PAJSK murid yang mendapat gred A, B, C, D dan E tahun 2018
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 140 OBJEKTIF PROJEK • Meningkatkan bilangan penyertaan murid SK Tuan Syed Jan Al Jaffri di peringkat antarabangsa. • Memantapkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, ikhtiar hidup dan aktiviti lasak. • Meningkatkan disiplin, sahsiah dan jati diri murid. • Menarik minat murid-murid dalam kegiatan unit beruniform sebagai aktiviti tambahan serta sokongan pembelajaran di dalam kelas. • Menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan kokurikulum khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti. INISIATIF PROJEK a. Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar • Pemilihan Pusat Kokurikulum Negeri Kedah adalah suatu usahasama yang sangat membantu dari aspek pengisian aktiviti kerana mempunyai tenaga jurulatih yang profesional dan berpengalaman mengelolakan aktiviti PBUB. Jurulatih-jurulatih yang terlibat sangat komited dengan tugas yang diamanahkan serta sangat berdisiplin dan tegas dengan pengurusan masa. Tambahan pula, lokasi menjalankan PBUB yang diadakan di Kem Singkir, Pusat Kokurikulum Negeri Kedah sangat strategik kerana terdapat kemudahan tapak perkhemahan, penginapan guru pengiring, dewan makan, tandas yang bersih dan selesa, surau, dewan terbuka, kemudahan peralatan flying fox, abseling, jungle tracking serta tapak aktiviti berhalangan. • Sekolah juga telah menjemput 12 orang pelajar tingkatan 6 dari SMK Ibrahim sebagai mentor bagi setiap kumpulan. Mereka ditugaskan sebagai pemudahcara kepada peserta-peserta kumpulan yang dipimpin. Kehadiran mentor-mentor ini telah melancarkan pengisian aktiviti PBUB. • Di samping itu, SK Tuan Syed Jan Al Jaffri berasa sangat bertuah dengan kehadiran lima orang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum kerana turut sama menyumbangkan khidmat bakti menyediakan buletin selama empat hari PBUB berlangsung. • SK Tuan Syed Jan Al Jaffri telah berjaya membina jaringan dengan 17 buah sekolah dari dalam dan luar negara. Hubungan ini masih terjalin walaupun PBUB telah selesai. b. Pelaksanaan Projek/ Aktiviti PBUB telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya mengikut prosedur yang betul serta mendapat kelulusan dari pihak Bahagian Kokurikulum (BKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Proses pelaksanaan PBUB adalah seperti carta alir di bawah :
141 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Rajah 2: Carta Alir pelaksanaan PBUB
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 142 Jadual 3: Tempoh pelaksanaan PBUB Tarikh Tindakan Februari Persediaan Kertas Kerja Mac Mohon kelulusan dari JPN & KPM April Iklan penyertaan Mei Mesyuarat pelaksanaan bersama jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah 24, 25, 26 & 27 Julai UBPA dilaksanakan Ogos Hantar laporan ke BKK KPM IMPAK PELAKSANAAN • Penyertaan murid-murid SK Tuan Syed Jan Al Jaffri dalam PBUB adalah seramai 56 orang berbanding bilangan peserta dari sekolah-sekolah jemputan. Jadual 4: Bilangan peserta PBUB mengikut sekolah dan Negara Bil Sekolah Negara Bilangan peserta 1 SK Tuan Syed Jan Al Jaffri Sungai Petani, Kedah Malaysia 56 2 SK Dato’ Wan Kemara Changlun, Kedah Malaysia 8 3 SK Kamunting Kamunting, Perak Malaysia 6 4 SK Degong Langkap, Perak Malaysia 4 5 SK Bayan Baru Bayan Lepas, Pulau Pinang Malaysia 4 6 Regent International School Sungai Petani, Kedah India 2 7 Sekolah Pirayanawin Khlonghin Wittaya Kokpho, Pattani Thailand 10 8 Sekolah Seangprathip Wittaya Nongchik, Pattani Thailand 10 9 Sekolah-sekolah jemputan Kedah Malaysia 20 Jumlah 120 • Peserta PBUB seramai 120 orang telah dibahagikan kepada 10 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang ahli bersama seorang mentor yang diundang dari pelajar tingkatan 6, SMK Ibrahim. Terdapat tujuh jenis aktiviti dalam PBUB yang dipertandingkan secara berkumpulan. Hadiah dan sijil pencapaian disediakan untuk johan, naib johan dan tempat ketiga dalam setiap pertandingan. Justeru, setiap kumpulan mempunyai peluang besar untuk memenangi salah satu daripada pertandingan tersebut. Secara tidak langsung, peluang untuk setiap peserta membawa pulang sijil pencapaian peringkat antarabangsa adalah sangat besar.
143 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Jadual 4: Keputusan pertandingan yang terdapat dalam PBUB BIL PERTANDINGAN KEPUTUSAN 1 Kraf Perkhemahan 1. Kumpulan 4 2. Kumpulan 5 3. Kumpulan 9 2 Wall Climbing 1. Kumpulan 8 2. Kumpulan 3 3. Kumpulan 7 3 Malam Kebudayaan 1. Piraya Nawin Klonghin Wittaya 2. Seangrathip Wittaya Mulnity 3. SK Degong 4 QR Code/Tracking 1. Kumpulan 10 2. Kumpulan 9 5 Aktiviti Merentas Halangan 1. Kumpulan 3 2. Kumpulan 5 3. Kumpulan 8 6 Kawad 1. Kumpulan 1 2. Kumpulan 2 3. Kumpulan 6 7 Peserta Terbaik (Lelaki) Muhammad Alif Sofi bin Abdul Jamil (Sekolah Kebangsaan Ewa) 8 Peserta Terbaik (Perempuan) Hana Khairina binti Abu Samah (SK Wan Abdul Samad)
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 144 • Pencapaian markah PAJSK bagi tahun 2019 telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Rajah di bawah menunjukkan lonjakkan tersebut : Rajah 3: Perbandingan pencapaian markah PAJSK bagi unit beruniform tahun 2018 dan 2019 • Pengisian PBUB dikelolakan oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah. Dengan komitmen dari tenaga pakar dan berpengalaman ini sudah semestinya aktiviti yang dilaksanakan sangat menarik minat peserta serta penuh dengan aktiviti lasak dan mencabar. Tambahan pula, mereka mempunyai lesen untuk mengendalikan peralatan untuk aktiviti seperti flying fox, abseling, jungle tracking dan aktiviti lasak. • PBUB telah meningkatkan kemenjadian murid di mana bilangan penyertaan dan penglibatan murid di peringkat antarabangsa telah meningkat. Data tersebut ditunjukkan seperti graf di bawah: Rajah 4: Data penglibatan murid dalam program daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa tahun 2017 hingga 2020. • Semua murid SK Tuan Syed Jan Al Jaffri dari pelbagai tahap pencapaian mendapat peluang untuk sertai program di peringkat antarabangsa yang selalunya hanya disertai oleh murid yang cemerlang akademik sahaja. • Kos mengurus dan mengendalikan PBUB dapat dijimatkan walaupun dilaksanakan di peringkat antarabangsa. Yuran penyertaan juga sangat rendah berbanding dengan program-program anjuran luar sekolah yang pernah disertai sehingga menelan belanja ratusan ringgit.
145 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 Rajah 5: Borang Pendaftaran Peserta yang menyatakan yuran penyertaan KEKUATAN PROJEK • PBUB tidak mungkin terlaksana dengan jayanya tanpa sokongan dan tunjuk ajar dari Pegawai Major, En. Razak bin Nayan dan para jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negari Kedah. Mereka telah membimbing dari aspek pengurusan serta menghulurkan khidmat bantu dalam mengelolakan pengisian PBUB. • Setiap program yang dilaksanakan pastinya memerlukan sumber kewangan. Justeru itu, SK Tuan Syed Jan Al Jaffri juga telah memperoleh sumbangan kewangan dari ahli parlimen Merbok iaitu YB Nurin Aina. Sumbangan yang diberi telah melicinkan perjalanan menguruskan PBUB.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 146 CABARAN PELAKSANAAN PROJEK/ AKTIVITI • Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola atau dianjur oleh sekolah dengan mendapat kelulusan BKK, KPM mestilah melibatkan sekurang-kurangnya tiga buah negara. Maka agak sukar bagi pihak sekolah untuk mendapatkan penyertaan dari negara luar. Justeru, pihak sekolah perlu membina hubungan dengan masyarakat luar dengan mengekalkan jaringan yang telah terbina semasa PBUB agar mudah untuk menganjurkan program di masa akan datang. • Sekolah penganjur bertanggungjawab dalam semua urusan pentadbiran seperti surat menyurat, memohon kelulusan dari BKK, pengiklanan program, mengurus kewangan, pengisian program, penginapan, pengangkutan, sijil, dokumen dan mengelola majlis penutupan PBUB. Justeru, komitmen yang mantap dan sokongan yang berterusan dari warga sekolah, PPD, JPN, Pusat Kokurikulum Negeri dan KPM amat diperlukan untuk menjayakan PBUB di masa akan datang. KEPIMPINAN GURU BESAR Tuan Syed Anwar bin Syed Mohamad mula berkhidmat sebagai guru besar di SK Tuan Syed Jan Al Jaffri pada tahun 2014. Beliau merupakan seorang ketua jabatan yang berfikiran terbuka dan sentiasa mementingkan peningkatan kemenjadian murid. Beliau sentiasa memberi sokongan sekiranya ingin melaksanakan program yang berbentuk pembinaan modal insan seimbang. Sepanjang PBUB berlangsung, beliau telah bersama-sama guru lain bertugas sebagai pengawal di waktu malam demi memastikan keselamatan para peserta terjamin. Komitmen dan teladan yang ditunjukkan oleh beliau menyebabkan semua guru turut turun padang menjayakan PBUB. Sifat beliau yang penyayang dan mudah mesra juga amat disenangi oleh semua murid. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG Pada masa akan datang diharapkan PBUB dapat dianjurkan dalam skop yang lebih besar dengan membuka peluang kepada lebih banyak sekolah di Malaysia dan sekolah dari luar negara. Peserta dari pelbagai sekolah dan negara dapat mengeratkan silatulrahim serta proses bertukar-tukar pengalaman dan mengenali budaya luar semasa melaksanakan PBUB.
147 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 KESIMPULAN PBUB yang dianjurkan oleh SK Tuan Syed Jan Al Jaffri pada 24, 25, 26 & 27 Julai 2019 memberi kesan yang sangat positif kepada murid-murid dari aspek pengalaman dan peningkatan markah PAJSK mereka. Warga Sekolah juga telah mendapat pengalaman yang sangat berharga sebagai penganjur dan mengurus program di peringkat antarabangsa. Kesepakatan dan satu hati warga sekolah telah melancarkan proses sepanjang mengurus PBUB. Tambahan pula, kehadiran lima orang guru pelatih yang sedang berpraktikum di sekolah kami telah menyumbangkan tenaga dan kemahiran mereka menyiapkan buletin sepanjang empat hari perkhemahan tersebut sangat dihargai. Begitu juga dengan kepercayaan yang tidak berbelah bagi dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada SK Tuan Syed Jan Al Jaffri menganjurkan PBUB peringkat antarabangsa. Khidmat bantu yang dihulurkan oleh 12 orang pelajar Tingkatan 6 SMK Ibrahim sebagai mentor kepada setiap kumpulan peserta sangat memberi makna kepada para peserta. Tambahan pula, pengisian sepanjang PBUB yang dikelolakan oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah telah menjadikan program ini dilaksanakan dengan cemerlang. Sesungguhnya PBUB peringkat antarabangsa ini adalah hasil sokongan dan komitmen dari semua pihak yang terlibat. SK Tuan Syed Jan Al Jaffri telah membina hubungan baik dengan pelbagai pihak luar sepanjang menganjurkan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Antarabangsa 2019.
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 148 LAMPIRAN
149 KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021
KOMPILASI AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENDIDIKAN Bilangan 1 Tahun 2021 150