ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PRAKATA Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 3 2 PENGENALAN 4 3 MODUL 1: PROFIL SIPARTNERS+ DAN SISC+ i. Carta alir pengisian profil SIPartners+ dan SISC+ ii. Manual kerja pengisian profil SIPartners+ dan SISC+ 11 12 4 MODUL 2: PENEMPATAN, PERTUKARAN, PELEPASAN JAWATAN DAN PEMANGKUAN SIPARTNERS+ DAN SISC+ i. Carta Alir Permohonan Pelantikan Baharu ii. Manual Permohonan Pelantikan Baharu iii. Carta Alir Permohonan Pertukaran Daerah, Negeri atau Bidang iv. Manual Permohonan Pertukaran Daerah, Negeri atau Bidang v. Carta Alir Permohonan Pelepasan Jawatan vi. Manual Permohonan Pelepasan Jawatan vii. Carta Alir Permohonan Pemangkuan viii. Manual Permohonan Pemangkuan 22 23 42 43 64 65 83 84 5 MODUL 3: BIMBINGAN DAN KEBERHASILAN SIPARTNERS+ DAN SISC+ i. Carta Alir Pelaporan Bimbingan dan Keberhasilan SIPartners+ dan SISC+ ii. Manual Pelaporan Bimbingan dan Keberhasilan SIPartners+ iii. Manual Pelaporan Bimbingan dan Keberhasilan SISC+ 90 92 118 6 LAMPIRAN i. Terma Rujukan Sistem Pengurusan dan Pelaporan SIPartners+ dan SISC+ ii. Borang Manual Profil dan Permohonan iii. Pengurusan Nama Pengguna dan Kata Laluan 143 146 148 7 PENGHARGAAN 155 2
Assalamualaikum Warahmatulahhi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Inisiatif Program Transformasi Daerah/ District Transformation Programme (DTP) dibangunkan dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dengan matlamat mempertingkatkan prestasi sekolah dari segi kualiti, ekuiti dan akses secara jelas serta bermakna. Ia boleh dicapai melalui strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap selain daya usaha kepimpinan yang cekap bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Transformasi dalam sistem pendidikan yang telah dilalui sekarang ini memberi kesan kepada perubahan yang bersifat dinamik. Justeru, gerak kerja bersepadu perlu menjadi asas kepada kelestarian sistem sokongan yang mantap dan berkesan. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) selaku peneraju inisiatif DTP bertanggungjawab memastikan keberkesanan sistem sokongan yang kukuh serta memberi impak kepada pencapaian hasil akhir iaitu mempertingkatkan kualiti pendidikan sekolah dalam kawalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) secara menyeluruh. Entiti dalam kumpulan sokongan kepakaran seperti Rakan Peningkatan Sekolah/ School Improvement Partners+ (SIPartners+) dan Pembimbing Pakar Rakan Peningkatan Sekolah/ School Improvement Specialist Coaches (SISC+), masing-masing diwujudkan bagi memangkinkan proses peningkatan pencapaian melalui sokongan pembangunan profesional kepada Pengetua/ Guru Besar (PGB) dan guru. 3 Pelaksanaan bimbingan dan pementoran dalam kalangan SIPartners+ dan SISC+ memberi manfaat kepada kepimpinan sekolah dan barisan pemimpin pertengahan khususnya dalam konteks pembangunan profesional sama ada secara individu atau kumpulan sasaran yang lebih besar. Akhir kata, saya percaya bahawa sistem sokongan yang telah sedia ada dibina ini dapat dijayakan secara bersepadu melalui semangat sepasukan. Keberkesanan sistem sokongan mampu menginjak prestasi pendidikan ke arah yang lebih cemerlang. Haji Azman bin Haji Adnan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 1.0 PRAKATA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
2.0 PENGENALAN Amalan pengurusan negeri dan daerah yang baik menjadi kunci untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom turut menunjukkan bahawa kejayaan transformasi pendidikan dipacu oleh perubahan melalui lapisan pertengahan yang berkesan, iaitu lapisan pengurusan antara Kementerian dengan sekolah. Anjakan keenam, PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada pengupayaan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Pemimpin negeri, daerah dan sekolah mempunyai lebih kuasa untuk membuat keputusan berkenaan operasi harian dan intervensi khusus mengikut konteks sekolah dan membolehkan pengurusan berasaskan sekolah yang lebih luas. Pada 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Program Peningkatan Sekolah (SIP) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Program Peningkatan Sekolah menyediakan sokongan bersasaran kepada sekolah Band 6 dan 7 melalui pembimbing pengetua/ guru besar, dan guru serta peningkatan pemantauan oleh PPD untuk meningkat prestasi sekolah. Kejayaan Program Peningkatan Sekolah mengesahkan kepentingan menyasarkan sekolah berprestasi rendah. Usaha ini diteruskan melalui inisiatif DTP dengan memberi tumpuan yang lebih kepada pengupayaan dan kebertanggungjawaban JPN dan PPD. Kedua-dua organisasi ini berada di barisan hadapan dan paling hampir dengan sekolah. Maka, mereka berada dalam kedudukan yang paling baik untuk membantu sekolah. Inisiatif DTP memberi tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah. Berdasarkan analisis data dan punca masalah, PPD membangunkan intervensi dan penyelesaian setempat yang menepati keperluan sekolah untuk menangani pelbagai isu dan cabaran. Jawatan SIPartners+ diwujudkan untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada PGB ke arah peningkatan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi. KPM akan memastikan JPN dan PPD diperkukuh dan ditumpukan semula dalam usaha menyokong pembelajaran murid dan meningkatkan pencapaian keseluruhan sekolah. 4
Jawatan SISC+ diwujudkan untuk membimbing guru ke arah peningkatan kualiti pengajaran, dan meningkatkan kefahaman dasar, kurikulum baharu dan pentaksiran kepada guru yang dibimbing. PPD terutamanya, telah dikenal pasti oleh Kementerian sebagai agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Sejak sekian lama, PPD dianggap sebagai cabang pentadbiran peringkat KPM dan JPN. Sejajar dengan keperluan sekolah semakin meningkat, maka skop aktiviti KPM yang paling hampir dengan sekolah, PPD diharapkan dapat melaksanakan peranan dengan lebih praktikal. Peranan SIPartners+ dan SISC+ sebagai barisan hadapan untuk menerajui peningkatan standard dan prestasi sekolah amat penting untuk menyokong peningkatan sistem pendidikan negara. Pemantapan peranan ini melibatkan bimbingan kepimpinan Senior Leader Team (SLT) oleh SIPartners + serta bimbingan pedagogi Middle Leaders (ML) oleh SISC+ untuk meningkatkan pencapaian prestasi sekolah dan merapatkan jurang pencapaian. SIPartners+ berperanan sebagai pembimbing kepada SLT dalam aspek kepimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah. Program ini memberikan sokongan pembangunan profesional untuk SLT di sekolah fokus. SLT akan mendapat manfaat daripada bimbingan langsung yang intensif daripada SIPartners+. Program ini bertujuan memastikan sokongan pembangunan profesional secara individu diberikan kepada SLT terpilih. SISC+ bertanggungjawab memberikan bimbingan mengikut ketiga-tiga dimensi yang saling berkait, iaitu kurikulum, pentaksiran, dan pedagogi. SISC+ akan memfokus pada bimbingan berasaskan sekolah untuk ML di sekolah secara berfokus. Bidang tugas SISC+ adalah untuk membimbing ML dalam aspek pedagogi, pentaksiran dan kurikulum. SISC+ membimbing ML ke arah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang lebih menarik dan berkesan selaras dengan perkembangan semasa. Guru akan dibimbing untuk menggunakan elemen teknologi dan amalan pedagogi kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid. Guru juga dibimbing untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP selaras dengan keperluan abad ke-21. 5
Bimbingan ini menjurus ke arah PdP berkesan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid berfikiran global, futuristik, mengutamakan nilai, dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam kehidupan seharian ke arah kemenjadian Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC). Peranan SISC+ berfokus kepada bimbingan untuk ML yang dibimbing. Langkah ini bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam PdP. SLT bagi sekolah fokus akan mendapat manfaat daripada bimbingan langsung yang intensif daripada SIPartners+. Semua program ini bertujuan memastikan sokongan pembangunan profesional secara individu diberikan kepada SLT. Tanggungjawab utama SIPartners+ dan SISC+ merangkumi: lawatan bimbingan SLT, ML dan guru yang dibimbing di sekolah untuk pemerhatian dan bimbingan, menerima dan melaksanakan perkembangan Profesionalisme Berterusan/ Continuing Professional Development (CPD) Komuniti Pembelajaran Profesional/ Prefesional Learning Community (PLC) serta jaringan dan jalinan. Pelaporan perlu dibuat kepada Pegawai Pendidikan Daerah/ Timbalan Pengarah untuk tindakan susulan dan intervensi. Seterusnya, menerima dan melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan. Agihan Tugas Harian SIPartners+ Bimbingan. • Membuat perancangan berdasarkan data. • Mengadakan lawatan bimbingan pemimpin sekolah bagi pemerhatian dan bimbingan. • Membimbing pemimpin sekolah dalam pelaksanaan dasar pendidikan dan program yang diluluskan oleh pusat Latihan Menerima dan melaksanakan Perkembangan Profesionalisme Berterusan/ Continuing Professional Development (CPD), Komuniti Pembelajaran Profesional/ Prefesional Learning Community (PLC) serta jaringan dan jalinan. Pelaporan • Membuat laporan intervensi dan tindakan susulan sekolah. • Melaporkan kepada Ketua Jabatan dan mengambil tindakan susulan dan intervensi. 6
Agihan Tugas Harian SISC+ Bimbingan • Membuat perancangan berdasarkan data. • Membimbing guru di sekolah berprestasi rendah bagi melaksanakan kurikulum, pentaksiran dan pedagogi yang menarik, kreatif, dan inovatif untuk meningkatkan impak PdP. • Menjadi pakar rujuk dalam bidang kurikulum, pedagogi dan pentaksiran Latihan Menerima dan melaksanakan Perkembangan Profesionalisme Berterusan/ Continuing Professional Development (CPD), Komuniti Pembelajaran Profesional/ Prefesional Learning Community (PLC) serta jaringan dan jalinan. Pelaporan • Membuat laporan intervensi dan tindakan susulan guru. • Melaporkan kepada Ketua Jabatan dan mengambil tindakan susulan dan intervensi. Bimbingan SIPartners+ dan SISC+ membantu pemimpin sekolah dan guru untuk meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di sekolah. Pemilihan sekolah dan SLT, ML serta guru dibimbing menggunakan pendekatan data driven decision making melalui perbincangan bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah (atau Pengarah JPN bagi negeri tanpa daerah). Makluman kepada sekolah terpilih perlu dibuat oleh PPD/ JPN. Bilangan SLT, ML serta guru dibimbing bergantung kepada bilangan sekolah yang dikenal pasti berdasarkan data analisis peringkat JPN/PPD masing -masing. Pelaksanaan Bimbingan SIPartners+ dan SISC+ dikategorikan kepada tiga (3) proses bimbingan merangkumi pra bimbingan, bimbingan dan pasca bimbingan. SIPartners+ dan SISC+ boleh merujuk model bimbingan yang bersesuaian semasa melaksanakan proses bimbingan. 7
SIPartners+ A. Pra Bimbingan i. menyediakan profil SLT; ii. menyediakan perancangan bimbingan dan mendapatkan kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah; iii. mengemas kini profil SLT dua (2) kali setahun; iv. membina hubungan (rapport) dengan pihak sekolah; dan v. mendapatkan data SKPMg2 serta pencapaian sekolah daripada PPD/ JPN sebagai TOV. B. Bimbingan i. melaksanakan bimbingan mengikut keperluan isu; dan ii. mengadakan perbincangan bagi cadangan penyelesaian isu (Pelan Tindakan Sekolah). C. Pasca Bimbingan i. mengisi laporan bimbingan dalam i-PLaS selepas setiap bimbingan; ii. menyediakan rumusan laporan mingguan; dan iii. melaporkan kepada pihak pengurusan secara konsisten (2 minggu sekali). Pelaporan dapatan bimbingan merangkumi: a) Pelaksanaan bimbingan; b) Isu-isu yang memerlukan intervensi di peringkat PPD/JPN; c) Cadangan penambahbaikan; dan d) Pelaksanaan intervensi (jika perlu). 8
SISC+ A. Pra Bimbingan i. menyediakan profil MLT dan guru dibimbing; ii. menyediakan perancangan bimbingan dan mendapatkan kelulusan Pegawai Pendidikan iii. Daerah; iv. mengemas kini profil MLT dan guru dibimbing ML dua (2) kali setahun; v. membina hubungan (rapport) dengan pihak sekolah; dan vi. mendapatkan data SKPMg2 Standard 4 dan pencapaian murid daripada kepimpinan sekolah/ PPD/ JPN sebagai TOV. B. Bimbingan i. membuat pemerhatian di dalam bilik darjah; ii. mengadakan perbincangan analisis data yang telah dibuat; dan iii. membimbing ML dan guru yang dibimbing berdasarkan isu yang dikenal pasti. C. Pasca Bimbingan i. mengisi laporan bimbingan dalam sistem i-PLaS selepas setiap bimbingan; ii. menyediakan rumusan laporan mingguan; dan iii. melaporkan kepada pihak pengurusan secara konsisten (2 minggu sekali). Pelaporan dapatan bimbingan merangkumi: a) Pelaksanaan bimbingan. b) Isu-isu yang memerlukan intervensi di peringkat PPD/JPN. c) Cadangan penambahbaikan. d) Pelaksanaan intervensi (jika perlu). 9
3.0 CARTA ALIR DAN PROSES KERJA PENGISIAN PROFIL SIPARTNERS+ DAN SISC+ Mula Tamat PROSES KERJA 2. Mengisi borang manual profil SIPartners+ dan SISC+ 3. Menyemak borang manual profil SIPartners+ dan SISC+ a) Tidak Lengkap - Penambahbaikan b) Lengkap - Sedia untuk diproses 4. Mengunci masuk ke dalam sistem 5. Mengisi maklumat ke dalam sistem 6. Menyimpan maklumat ke dalam sistem 7. Mengemaskini dua kali setahun/mengikut keperluan 1. Menerima arahan kerja PERANAN: Pentadbir PPD 11 Melaksanakan Penambahbaikan
3.1 MANUAL KERJA PENGISIAN PROFIL SIPARTNERS+ DAN SISC+ 1. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengedarkan borang manual profil SIPartners+ dan SISC+ (rujuk di lampiran). 1. SIPartners+ dan SISC+ mengisi borang manual profil SIPartners+ dan SISC+. 1. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menyemak borang manual profil SIPartners+ dan SISC+. 1. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengisi maklumat borang manual di dalam sistem. 1. Log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php (Nama Pengguna dan Kata Laluan rujuk di lampiran) Isi Nama Pengguna Daerah Isi Kata Laluan Klik Log Masuk 12
6. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih menu Senarai SIPartners+ atau SISC+. Senarai SISC+ Senarai SIPartners+ 7. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih nama SIPartners+ atau SISC+ di Senarai SIPartners+ atau SISC+. Klik pada nama SISC+ atau SIPartners+ yang akan diisi 13
8. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih menu seperti di bawah dan mengisi maklumat tersebut. i) Maklumat Peribadi ii) Maklumat Pasangan iii) Maklumat Akademik iv) Maklumat Sejarah Akademik v) Maklumat Sejarah Ikhtisas vi) Maklumat Perkhidmatan vii) Maklumat Tarikh Perkhidmatan viii) Maklumat Sejarah Perkhidmatan ix) Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar i. Maklumat Peribadi Klik butang Kemaskini Maklumat Peribadi 14
ii. Maklumat Pasangan Klik butang Tambah Maklumat Pasangan 15
iii. Maklumat Akademik iv. Maklumat Sejarah Akademik Klik butang Tambah Maklumat Sejarah Akademik Klik butang Kemaskini Maklumat Akademik 16
v. Maklumat Sejarah Ikhtisas vi. Maklumat Perkhidmatan Klik butang Tambah Maklumat Sejarah Ikhtisas Klik butang Kemaskini Maklumat Perkhidmatan 17
vii. Maklumat Tarikh Perkhidmatan Klik butang Kemaskini Maklumat Tarikh Perkhidmatan 18
viii. Maklumat Sejarah Perkhidmatan viii. Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar 9. Status pengisian Profil mengikut senarai SIPartners+ atau SISC+ berdasarkan ikon dan . Profil Tidak Dikemaskini Profil Sudah Dikemaskini Klik butang Simpan Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar Klik butang Tambah Maklumat Sejarah Perkhidmatan 19
21
Pentadbir PPD 4.1.1 CARTA ALIR DAN PROSES KERJA MODUL 2 (a) PERMOHONAN LANTIKAN BAHARU Mula PROSES KERJA 2. Menerima permohonan daripada calon 1. Mengeluarkan iklan pengisian jawatan PERANAN: 3. Menyemak permohonan (lengkap/ tidak lengkap) 4. Melaksanakan temuduga 5. Melaksanakan Mesyuarat Panel 6. Memperaku cadangan permohonan 7. Merekod permohonan di dalam sistem 8. Menerima permohonan 9. Melaksanakan Mesyuarat Panel Jawatan Kanan 10. Mengemaskini Keputusan - Muat naik minit mesyuarat panel - Rekod permohonan - Hantar permohonan 11. Menerima permohonan 12. Memproses peringkat KPM 13. Mengemaskini tarikh lapor diri Tamat Pentadbiran JPN Pentadbir BPSH Pentadbir PPD 22 Melaksanakan Penambahbaikan
4.1.2 MANUAL KERJA PENGISIAN PERMOHONAN LANTIKAN BAHARU SIPARTNERS+ DAN SISC+ 1. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengeluarkan iklan kekosongan perjawatan SIPartners+ dan SISC+ serta borang permohonan pelantikan baharu (rujuk di lampiran). 1. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menerima permohonan calon. 1. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menyemak dan menyenarai pendek permohonan calon. 1. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengurus temuduga calon. 1. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengurus mesyuarat panel. 1. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php setelah selesai pemilihan calon. Isi Nama Pengguna Daerah Isi Kata Laluan Klik Log Masuk 23
7. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih menu Lantikan Baharu. 8. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih menu Permohonan Baharu. klik Lantikan Baharu klik Permohonan Baharu 24
9. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengisi maklumat permohonan baharu dan klik simpan. 10. Maklumat yang disimpan akan dipaparkan di Senarai permohonan baharu SIPartners+ dan SISC+. 11. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan ikon untuk memuat naik dokumen. klik Simpan klik ikon Mengisi Tarikh Mesyuarat Panel Mengisi Tarikh Hantar Dokumen 25
12. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memuat naik minit mesyuarat dan dokumen sokongan. klik Choose File - muat naik minit mesyuarat klik Choose File - muat naik dokumen sokongan klik Simpan 13. Maklumat yang disimpan akan dipaparkan di Senarai permohonan baharu SIPartners+ dan SISC+. 14. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan ikon untuk menghantar dokumen. klik ikon 26
15. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan butang hantar. klik Hantar klik Ok untuk teruskan hantar 27
16. Maklumat yang telah dihantar akan dipaparkan di senarai permohonan baharu SIPartners+ dan SISC+. 17. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan ikon sekiranya ingin membatalkan penghantaran dokumen. klik ikon klik Batal Penghantaran sekiranya perlu 28
18. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php. 19. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) memilih menu Lantikan Baharu. klik Lantikan Baharu klik log masuk kata laluan id pengguna negeri 29
20. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan ikon untuk menerima permohonan lantikan baharu. 21. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan butang Permohonan Diterima untuk menerima permohonan. klik ikon Permohonan Diterima 30
22. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan ikon untuk membuat ulasan permohonan lantikan baharu dan memuat naik dokumen. 23. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan butang simpan setelah memuat naik minit mesyuarat. 24. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan ikon untuk menghantar permohonan lantikan baharu. klik icon klik ikon klik Choose File - muat naik Minit Mesyuarat klik Simpan 31
25. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan butang hantar untuk menghantar permohonan lantikan baharu. klik Hantar 26. Status permohonan akan berubah kepada “Permohonan telah dihantar ke KPM” di senari permohonan lantikan baharu SIPartners+ dan SISC+. Status berubah 32
27. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php klik log masuk kata laluan id pengguna KPM 28. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia memilih menu Lantikan Baharu. klik Lantikan Baharu 33
29. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan ikon untuk menerima permohonan lantikan baharu. 30. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan butang Permohonan Diterima untuk menerima permohonan. klik ikon Permohonan Diterima 34
31. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan ikon untuk meluluskan permohonan lantikan baharu. 32. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan butang simpan untuk meluluskan permohonan lantikan baharu. Klik butang Simpan klik ikon 35
33. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan ikon untuk menghantar permohonan lantikan baharu ke BPSM. 34. Penolong Pengarah (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan butang Hantar BPSM. Klik butang Hantar BPSM klik ikon 36
36. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php setelah menerima surat Arahan Penempatan pemohon. 37. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) memilih menu Lantikan Baharu. klik Lantikan Baharu klik log masuk kata laluan id pengguna negeri 35. Surat Arahan Penempatan calon yang berjaya akan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri. 37
38. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan ikon . 39. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan butang Surat Arahan Permohonan diterima klik ikon Permohonan Diterima 38
42. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php untuk mengemaskini status lapor diri calon. klik log masuk kata laluan id pengguna daerah 43. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih menu Permohonan dan Lantikan Baharu Klik status lapor diri lantikan baharu 40. Surat Arahan Penempatan calon yang berjaya akan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah bagi School Improvement Specialist Coach (SISC+). 41. Surat Arahan Penempatan calon yang berjaya akan diambil oleh calon di Jabatan Pendidikan Negeri bagi School Improvement Partners (SIPartners+). Pilih menu Permohonan dan Lantikan Baharu 44. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan ikon pada calon yang mempunyai status telah Telah terima surat daripada BPSM. klik ikon 39
45. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih status lapor diri dan mengisi tarikh lapor diri. Seterusnya menekan butang Lapor Diri. klik status lapor diri Isi tarikh lapor diri status lapor diri Klik butang Lapor Diri 40
41
Pentadbir PPD 4.2.1 CARTA ALIR DAN PROSES KERJA MODUL 2(b) PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA DAERAH, NEGERI ATAU BIDANG Mula PROSES KERJA 2. Menerima permohonan 1. Membuat permohonan pertukaran antara daerah/negeri/bidang PERANAN: 3. Menyemakan permohonan (lengkap/ tidak lengkap) 4. Merekodkan permohonan dalam sistem 5. Memperaku cadangan 6. Mengemukakan cadangan 8. Menerima permohonan 9. Melaksanakan Mesyuarat Panel Jawatan Kanan 10. Mengemaskini permohonan - Muat naik minit mesyuarat panel - Simpan permohonan - Hantar permohonan 11. Menerima permohonan 12. Memproses peringkat KPM 13. Mengemaskini tarikh lapor diri Tamat Pentadbir JPN Pentadbir PPD BPSH 42 Melaksanakan Penambahbaikan
4.2.2 MANUAL KERJA PENGISIAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA DAERAH, NEGERI ATAU BIDANG 1. SIPartners+ atau SISC+ mengisi borang permohonan pertukaran antara daerah/negeri atau bidang (rujuk di lampiran). 1. SIPartners+ atau SISC+ menghantar borang kepada Timbalan Pengurusan Sekolah (bagi SIPartners+) atau Timbalan Pembelajaran (bagi SISC+) untuk mendapatkan sokongan. 1. SIPartners+ atau SISC+ menghantar borang yang telah disokong kepada Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) untuk diangkat ke mesyuarat panel. 1. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengurus permohonan yang berjaya secara atas talian. 1. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php Isi Nama Pengguna Daerah Isi Kata Laluan Klik Log Masuk 43
6. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih menu Senarai SIPartners+ atau SISC+ (mengikut permohonan pegawai) 6. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan butang Pilihan mengikut nama permohonan pegawai. 6. Penolong Pegawai Tadbir Daerah (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memilih Tukar Bidang atau Pertukaran Klik Senarai SISC+ dan SIPartners+ klik butang Pilihan Klik Tukar Bidang Klik Pertukaran Antara Daerah Atau Negeri 44
9. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) mengisi maklumat permohonan (Bidang/ Ulasan Pemohon dan Ulasan Panel PPD) dan menekan butang Simpan. Klik Tukar Bidang Klik Butang Simpan Pertukaran Bidang Ulasan Pemohon dan Panel Isi tarikh Pilih Keputusan 45
Pilih negeri dan PPD Klik Butang Simpan Pertukaran antara Daerah atau Negeri Ulasan Pemohon dan Panel Isi Tarikh Pilih Keputusan 46
11.Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) memuat naik Minit Mesyuarat dan Dokumen Sokongan. 11.Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan butang Simpan. 10. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan ikon untuk memuat naik minit mesyuarat dan dokumen sokongan. Klik Ikon Klik Butang Simpan 47
13. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan ikon untuk menghantar permohonan pegawai. Klik Ikon 14. Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan: Sumber Manusia) menekan butang Hantar. Klik Butang Hantar 48
15. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) log masuk di alamat berikut : https://epmss.mppdm.edu.my/login/index.php Klik Log Masuk Kata Laluan Id Pengguna Negeri 16. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) memilih menu: Tukar Antara Daerah/ Tukar Antara Negeri/ Tukar Bidang. klik Tukar Antara Daerah klik Tukar Antara Negeri klik Tukar Bidang 49
17. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan ikon untuk menerima permohonan pertukaran bidang/negeri atau daerah. 18. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat (Sektor Sumber Manusia) menekan butang Permohonan Diterima untuk menerima permohonan. Klik Ikon Klik Butang Permohonan Diterima 50