TRAVELOG MENYELAMI MUTIARA AL-QURAN
TADABBUR TAZAKKUR
JUZUK 15
CATATAN DARIPADA PROGRAM MY #QURANTIME YANG DISAMPAIKAN
OLEH TUAN FAZRUL ISMAIL
SHARIFAH MASTURA SYED MOHAMAD
2 OKTOBER 2021
ﺑِ ْﺳ ِم ا ﱠ ِ' اﻟ ﱠر ْﺣ َﻣ ِن اﻟ ﱠر ِﺣﯾم
ﻟ َﺤ ِﻜ? ُﻢ/ ﻟ َﻌ ِﻠ? ُﻢ ا/ أﻧ َﺖ ا2 ﻠ ْﻤ َﺘ َﻨﺎ ۖ ِإ ﱠﻧ َﻚ7 ﻟ َﻨﺎ ِإ ﱠﻻ َﻣﺎ َﻋ2 ﻠ َﻢ/ َﺤﺎ َﻧ َﻚ َﻻ ِﻋ$ْ ُﺳ
"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa
yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
ﻠ ًﻤﺎ/ ِﻋegf ِز ْدc ﱠر ﱢب
"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 1
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 27 Ogos 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (28 Ogos 2021)
MQT375 Halaman 282 Al-Isra', 1-7
PERKATAAN HARI INI َﺳ َﺮىBerjalan, melewati. 8 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Peristiwa Isra' dan diturunkannya kitab Taurat kepada Nabi Musa AS (17:1-3)
2. Bani Israel dalam sejarah (17:4-7)
Mukadimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kita dapat menyambung pembelajaran pada Juzuk
15, surah yang ke 17 iaitu Surah al-Isra' yang juga dinamakan Surah Bani Israel.
Surah ini adalah di antara 7 surah-surah Musabbihat. Ini adalah surah Makiyyah, begitu juga
dengan Surah al-A'la. Lima surah lain adalah surah Madaniyyah.
Surah ini turun di tahun kesedihan baginda SAW. Pada tahun itu isteri baginda, Saidatina
Khadijah dipanggil oleh Allah SWT. Saiditina Khadijah banyak membantu perjuangan baginda
SAW di Mekah. Pada tahun itu juga bapa saudara baginda, Abu Talib yang banyak membantu
baginda SAW walaupun bukan Islam, dipanggil oleh Allah SWT.
Kematian dua orang ini menjadi puncak kesedihan kepada Nabi SAW ketika berjuang
dihujung fasa dakwah di Mekah.
Ayat 17: 1
ُﺳ ْﺒ ٰ َﺤ َﻦ ٱﻟﱠ ِﺬ ٓى أَ ْﺳ َﺮ ٰى ﺑِﻌَ ْﺒ ِﺪ ِۦه ﻟَ ْﯿ ًﻼ ِّﻣ َﻦ ٱ ْﻟ َﻤ ْﺴ ِﺠ ِﺪ ٱ ْﻟ َﺤ َﺮا ِم ِإﻟَﻰ ٱ ْﻟ َﻤ ْﺴ ِﺠ ِﺪ ٱ ْﻷَ ْﻗ َﺼﺎ ٱﻟﱠ ِﺬى ٰﺑَ َﺮ ْﻛﻨَﺎ َﺣ ْﻮﻟَﮫۥُ ِﻟﻨُ ِﺮﯾَﮫۥُ ِﻣ ْﻦ َءا ٰﯾَ ِﺘﻨَﺎٓ إِﻧﱠ ۥﮫُ ُھ َﻮ ٱﻟ ﱠﺴ ِﻤﯿ ُﻊ ٱ ْﻟﺒَ ِﺼﯿ ُﺮ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Pengajaran
1. Surah ini dinamakan sebagai surah Musabbihat kerana ia bermula dengan tasbih Maha
Suci Allah kerana Allah ini tidak ada masalah, tidak ada kekurangan, tetapi yang ada
kekurangan kita. Maka apabila kita membaca surah Musabbihat, ini adalah formula
kejayaan terutama kepada umat Islam akhir zaman.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 2
2. Ketika Nabi SAW bersedih, Nabi SAW dibawa berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil
Aqsa. Allah SWT menggunakan perkataan أَ ْﺳ َﺮ ٰى ِﺑﻌَ ْﺒ ِﺪ ِه ﻟَ ْﯿ ًﻼberjalan di waktu malam
maksudnya perjalanan di waktu malam yang sekejap sahaja.
3. Allah menggunakan perkataan ِﺑﻌَ ْﺒ ِﺪ ِهۦkerana pengalaman fizikal dan roh Nabi SAW yang
berjalan serentak ini, hanya berlaku kerana Nabi SAW mencapai puncak kehambaan,
merasakan diri lemah, selalu beribadah dan ikut kepada Allah SWT.
4. Dalam perjalanan ini, Nabi SAW menjadi imam kepada nabi-nabi yang ditemuinya.
Peristiwa ini berlaku di alam yang berbeza. Nabi SAW menaiki buraq yang sangat laju,
yang dicipta daripada cahaya. Di dalam dunia ini ada berbagai alam. Inilah kajian di dalam
fizik iaitu bila kita bergerak amat laju, badan kita akan compressed, menjadi kecil jika kita
mendekati tahap kelajuan cahaya.
5. Allah SWT memberkati sekitar kawasan Masjidil Aqsa untuk menampakkan kepada Nabi
SAW bukti-bukti kebesaranNya melalui perjalanan isra' itu.
6. Peristiwa ini menjadi asas, bagaimana kita perlu menghormati kiblat pertama umat Islam
ini. Di akhir zaman, tanda kemenangan umat Islam, bila Palestin menang, kita kembali
dapat beribadah di dalamnya dengan aman. Kalau Palestin belum lagi bebas, itu
bermakna kita perlu banyak lagi bertasbih dan kembali kepada al-Quran yang menjadi
asas perbincangan dalam surah ini.
7. Allah Maha Mendengar, Maha Melihat disebut di hujung ayat kerana Nabi SAW telah
dikecam, dikutuk, hendak dibunuh di Mekah itu, Allah dengar apakah cabaran yang
melanda dan Allah lihat kepada apa yang berlaku kepada hambanya Nabi Muhammad
SAW.
8. Ini menceritakan, ketika stres, sedih, ada masalah Allah mendengar dan melihat kepada
hambaNya. Kalau kita bertasbih, banyak beribadah kepada Allah, mendekati al-Quran
maksudnya Allah tidak akan biarkan kita. Allah dengar rintihan hati kita. Allah nampak,
tetapi kita perlu melaksanakan tugas kita yang sebaiknya mengambil pelajaran daripada
umat-umat terdahulu.
9. Kisah perjalanan Nabi SAW ini menguji keimanan umat dahulu. Ada yang murtad. Juga
menguji umat sekarang yang masih ada yang tidak percaya. Kita ambil contoh Saidina
Abu Bakar Al Sidiq yang membenarkannya tanpa soal.
Ayat 17: 2
َو َءاﺗَ ْﯿﻨَﺎ ُﻣﻮ َﺳﻰ ٱ ْﻟ ِﻜ ٰﺘَ َﺐ َو َﺟﻌَ ْﻠ ٰﻨَﮫُ ُھﺪًى ِﻟّﺒَﻨِ ٓﻰ إِ ْﺳ ٰ َٓﺮ ِءﯾ َﻞ أَ ﱠﻻ ﺗَﺘﱠ ِﺨﺬُو ۟ا ِﻣﻦ دُوﻧِﻰ َو ِﻛﯿ ًﻼ
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk
bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain
daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".
Pengajaran
1. Taurat ialah kitab sebagai sumber hidayah kepada Bani Israel.
2. Al-Quran adalah untuk manusia, kitab untuk semua.
3. Jangan mengambil selain daripada Allah SWT sebagai sumber tawakal dalam kehidupan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 3
Ayat 17: 3
ذُ ِّرﯾﱠﺔَ َﻣ ْﻦ َﺣ َﻤ ْﻠﻨَﺎ َﻣ َﻊ ﻧُﻮحٍ إِﻧﱠﮫۥُ َﻛﺎ َن َﻋ ْﺒﺪًا َﺷ ُﻜﻮ ًرا
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di
dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Pengajaran
1. Jangan kita ulang kesilapan umat terdahulu. Salah satu daripada kesiapan Bani Israel
ialah mereka tidak tawakal kepada Allah SWT padahal mereka telah diberikan kitab.
2. Nabi Nuh AS adalah hamba yang amat bersyukur. Jadi kita perlu pastikan jangan kita
ulang sikap umat Nabi Nuh AS yang tidak bersyukur.
3. Bila kita memimpin, kita mesti tawakal kepada Allah SWT, jangan tawakal kepada
manusia. Kalau kita memimpin, perlulah bersyukur bukannya jauh daripada Allah SWT.
Ayat 17: 4
ﻮا َﻛﺒِﯿ ًﺮاk َُوﻗَ َﻀ ْﯿﻨَﺎٓ ِإﻟَ ٰﻰ ﺑَﻨِ ٓﻰ إِ ْﺳ ٰ َٓﺮ ِءﯾ َﻞ ِﻓﻰ ٱ ْﻟ ِﻜ ٰﺘَ ِﺐ ﻟَﺘُ ْﻔ ِﺴﺪُ ﱠن ﻓِﻰ ٱ ْﻷَ ْر ِض َﻣ ﱠﺮﺗَ ْﯿ ِﻦ َوﻟَﺘَ ْﻌﻠُ ﱠﻦ ُﻋﻠ
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan
melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku
sombong angkuh dengan melampau.
Pengajaran
1. Allah SWT bawakan sejarah Bani Israel untuk kita ambil pelajaran. Jangan ulang perangai
mereka. Ini adalah peringatan. Bila kita diberikan kitab, ambillah kitab sebagai sumber
hidayah.
2. Bani Israel diberitahu yang mereka akan membuat kerosakkan dua kali kerana
menyombongkan diri dan terlampau angkuh.
3. Dalam sejarah, Nabi Yusuf AS datang ke Mesir, mereka ditekan oleh kerajaan Firaun.
Nabi Musa datang menyelamatkan mereka untuk kembali ke Jurusalem, Palestin. Ketika
hampir hendak menang, mereka masih buat perangai, jadi Allah SWT tidak benarkan
kemenangan.
4. Dalam hidup kita ini, dosa, maksiat dan juga kerosakan tidak dibenarkan. Jika kita
semakin banyak berbuat dosa dalam peringkat rakyat, di peringkat pemimpin, ia memberi
kesan kepada sesebuah negeri/negara untuk tidak mendapat bantuan daripada Allah
SWT.
5. Kesannya kepada Bani Israel, mereka tidak dapat masuk Palestin, tidak menang. Mereka
berlegar-legar di luar Palestin itu sampai Nabi Musa AS wafat. Nabi Musa AS tidak dapat
melihat kemenangan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 4
Ayat 17: 5
ﻓَﺈِذَا َﺟﺎٓ َء َو ْﻋﺪُ أُوﻟَ ٰﯨ ُﮭ َﻤﺎ ﺑَﻌَﺜْﻨَﺎ َﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ ِﻋﺒَﺎدًا ﻟﱠﻨَﺎٓ أُ ۟و ِﻟﻰ ﺑَﺄْ ٍس َﺷ ِﺪﯾ ٍﺪ ﻓَ َﺠﺎ ُﺳﻮ ۟ا ِﺧ ٰﻠَ َﻞ ٱﻟ ِﺪّﯾَﺎ ِر َو َﻛﺎ َن َو ْﻋﺪًا ﱠﻣ ْﻔﻌُﻮ ًﻻ
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua
(kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan
amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan
membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
Pengajaran
1. Bila mereka sudah ada kuasa, mereka berbuat kerosakan dan mereka sombong.
Kesannya, Allah SWT menghantar hambaNya yang kuat menyerang mereka seperti yang
tersebut dalam sejarah. Kita mahu memastikan kita tidak diserang oleh musuh kerana
kerosakan yang kita buat sendiri.
2. Bani Israel ada 12 puak dan mereka selalu bergaduh. Ini adalah peringatan penting
kepada orang yang ada kuasa supaya jangan bergaduh.
Ayat 17: 6
ﺛُ ﱠﻢ َردَ ْدﻧَﺎ ﻟَ ُﻜ ُﻢ ٱ ْﻟ َﻜ ﱠﺮةَ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ َوأَ ْﻣﺪَ ْد ٰﻧَ ُﻜﻢ ِﺑﺄَ ْﻣ ٰ َﻮ ٍل َوﺑَ ِﻨﯿ َﻦ َو َﺟﻌَ ْﻠ ٰﻨَ ُﻜ ْﻢ أَ ْﻛﺜَ َﺮ ﻧَ ِﻔﯿ ًﺮا
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk
mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan
anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Pengajaran
1. Kemudian mereka dibantu dan menang semula. Bila seseorang telah jatuh, ia akan sedar
Tuhan dan kembali kepada kitab untuk menjadi baik.
2. Inilah yang berlaku kepada umat Islam dahulu, naik semasa zaman Nabi SAW, menang
kali kedua semasa zaman Turki yang berakhir pada tahun 1924. Sampai sekarang, sudah
hampir seratus tahun kita ini di bawah.
3. Ciri-ciri di bawah ialah masing-masing bergaduh, negara-negara Islam lebih kuatkan
identiti negara masing-masing berbanding dengan keislamannya. Ini sama seperti Bani
Israel yang mementingkan kabilah mereka yang tidak mewakili kepada orang beriman
yang bersatu atas Taurat pada zaman Bani Isreal.
Ayat 17: 7
ﻮ ۟ا ُو ُﺟﻮ َھ ُﻜ ْﻢ َو ِﻟﯿَ ْﺪ ُﺧﻠُﻮ ۟ا ٱ ْﻟ َﻤ ْﺴ ِﺠﺪَ َﻛ َﻤﺎ دَ َﺧﻠُﻮهُ أَ ﱠو َل َﻣ ﱠﺮةٍ َو ِﻟﯿُﺘَﺒِّ ُﺮو ۟ا َﻣﺎyإِ ْن أَ ْﺣ َﺴﻨﺘُ ْﻢ أَ ْﺣ َﺴﻨﺘُ ْﻢ ِﻷَﻧﻔُ ِﺴ ُﻜ ْﻢ َو ِإ ْن أَ َﺳﺄْﺗُ ْﻢ ﻓَﻠَ َﮭﺎ ﻓَﺈِذَا َﺟﺎٓ َء َو ْﻋﺪُ ٱ ْل َءا ِﺧ َﺮ ِة ِﻟﯿَ ُٓۥﺲـ
َﻋﻠَ ْﻮ ۟ا ﺗَﺘْ ِﺒﯿ ًﺮا
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 5
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri
kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri
kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali
kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan
penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana
mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja
yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Pengajaran
1. Jika kita buat kebaikan, kesannya akan kembali kepada kita juga. Jika kita buat keburukan,
kesannya juga akan kembali kepada kita.
2. Bani Israel diingatkan kalau mereka buat baik, mereka akan dibantu oleh Allah SWT. Jika
mereka tidak bertelagah sesama sendiri, bersatu padu, gunakan sumber yang ada untuk
menyelesaikan masalah bersama berbanding 12 kabilah masing-masing hendak buat
kawasan sendiri. Mereka saling berlawan antara satu sama lain.
3. Bani Israel lambang orang beriman di zaman dahulu. Kali pertama Masjid Aqsa diserang,
menang. Kali kedua diserang, kalah kerana mereka sudah tidak beriman.
4. Masjid Aqsa akan dimenangkan oleh Allah SWT kepada orang beriman. Orang beriman
yang dimaksudkan pada zaman sekarang bukan lagi Bani Israel. Yang menyerang nanti
adalah Bani Israel, yang menang nanti adalah umat Islam yang beriman kepada Allah
SWT.
5. Inilah satu pelajaran penting. Surah al-Isra' bercakap tentang perjuangan tauhid
berbanding surah al-Nahl yang bercakap pasal nikmat/tauhid.
RESOLUSI
Ingat!
1. Sentiasa puji Allah SWT yang akan menolong hamba-Nya pada setiap masa (17:1)
2. Kuatkan tawakal dengan menjadikan kitab al-Quran sebagai sumber hidayah (17:2)
3. Sentiasa berusaha untuk menjadi seorang hamba bersyukur yang akan menjadi formula
kejayaan (17:3)
Saya berasa lega, kerana Allah SWT akan tolong saya sekiranya saya sentiasa memuji Allah,
bersyukur dan tawakal kepada-Nya.
Saya jelas untuk sentiasa puji Allah SWT yang akan menolong hamba-Nya pada setiap masa.
Saya jelas saya mesti kuatkan tawakal dengan menjadikan kitab al-Quran sebagai sumber
hidayah. Saya jelas saya mesti sentiasa berusaha untuk menjadi seorang hamba bersyukur
yang akan menjadi formula kejayaan.
Ya Allah, bimbing kami untuk menjadi hamba yang sentiasa memuji-Mu. Ya Allah, tolonglah
kami pada setiap masa dalam segala urusan kami. Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 6
kuat tawakal dengan menjadikan kitab al-Quran sebagai sumber hidayah. Ya Allah, pimpin
kami untuk menjadi hamba yang bersyukur, kurniakan kami kejayaan di dunia dan akhirat.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 7
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 29 Ogos 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (30 Ogos 2021)
MQT377 Halaman 283 Al-Isra', 8-17
PERKATAAN HARI INI َﺣ َﺼ َﺮPenjara, menahan. 6 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Peringatan kepada Bani Israel (17:8)
2. Hikmah dan tujuan al-Quran diturunkan (17:9-11)
3. Kurniaan Allah SWT di dunia dan bukti kekuasaan-Nya (17:12-17)
Mukadimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kita dapat menyambung pembelajaran pada
halaman 283. Kita doakan agar diberikan barakah daripada Allah SWT.
Al-Quran ini adalah preview kepada kehidupan di syurga. Jika kita dapat merasakan
kemanisan ayat-ayat Allah SWT di dunia ini, di sana nanti kita akan mendapat ucapan
sejahtera daripada Allah SWT kerana kita telah mengambil masa untuk bersama al-Quran
sebagai BFF (Best Friend Forever).
Surah ini adalah peringatan kepada Bani Israel. Sheikh As-Saadi menyatakan bahawa
pelajaran daripada al-Quran adalah untuk seluruh alam agar kembali kepada Allah SWT.
Bani Israel pergi ke Mesir semasa zaman Nabi Yusuf AS, selepas itu mereka ditindas oleh
Firaun. Kemudian mereka berjaya menghadapi Firaun tetapi mereka tidak masuk ke Palestin.
Mereka mendapat kemenangan dua kali, kemudian mereka jatuh kerana kerosakkan dan
kemaksiatan yang mereka lakukan.
Formula kejatuhan yang sama di seluruh alam termasuk umat Islam. Islam jatuh pada tahun
1924 itu kerana kepimpinan ketika itu amat rakuskan harta dan telah mengabaikan nilai al-
Quran. Banyak sebab dari luar dan dalam. Untuk menang, tidak perlu membawa senapang,
tetapi ia boleh dicapai bila Allah SWT membantu bila kita melakukan kebaikan.
Ayat 17: 8
َﻋ َﺴ ٰﻰ َرﺑﱡ ُﻜ ْﻢ أَن ﯾَ ْﺮ َﺣ َﻤ ُﻜ ْﻢ َو ِإ ْن ُﻋﺪﺗﱡ ْﻢ ُﻋ ْﺪﻧَﺎ َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ َﺟ َﮭﻨﱠ َﻢ ِﻟ ْﻠ ٰ َﻜ ِﻔ ِﺮﯾ َﻦ َﺣ ِﺼﯿ ًﺮا
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika
kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan
kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).
Pengajaran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 8
1. Allah SWT memberi peringatan kepada Bani Israel dan kepada kita. Kalau kita kembali
berbuat keburukan, Allah SWT akan kembali mengazab. Kalau kita buat kerosakan, kita
akan kekal dihina.
2. Orang yang kufur balasannya ialah jahannam. Di dunia lagi dia akan dapat preview
kepada azab tersebut.
Ayat 17: 9
ِإ ﱠن ٰ َھﺬَا ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا َن ﯾَ ْﮭ ِﺪى ِﻟﻠﱠﺘِﻰ ِھ َﻰ أَ ْﻗ َﻮ ُم َوﯾُﺒَ ِّﺸ ُﺮ ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨِﯿ َﻦ ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ ﯾَ ْﻌ َﻤﻠُﻮ َن ٱﻟ ٰ ﱠﺼ ِﻠ ٰ َﺤ ِﺖ أَ ﱠن ﻟَ ُﮭ ْﻢ أَ ْﺟ ًﺮا َﻛ ِﺒﯿ ًﺮا
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan
memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-
amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
Pengajaran
1. Bani Israel sudah ada Taurat. Al-Quran membawa hidayah kepada jalan yang lebih lurus.
Al-Quran itu lebih teguh, boleh membawa mereka sampai ke syurga. Kalau mereka masih
hendak berpegang kepada Taurat, tidak mahu berpegang kepada al-Quran, itu
maksudnya kefahaman mereka tentang Taurat tidak betul atau diputar belitkan oleh
ulamak-ulamak mereka.
2. Bagi kita, bila kagum dengan buku-buku falsafah, kejuruteraan dan lain-lain, ada sahaja
di dalamnya fakta yang senget. Contohnya dalam biologi, dikatakan manusia berasal dari
beruk.
3. Al-Quran yang paling teguh dan memberi khabar gembira kepada orang beriman dan
beramal soleh.
4. Bani Israel merasa mereka umat terpilih kerana mereka umat Nabi Musa, ada Taurat dan
mereka akan masuk syurga.
5. Hendaklah kita buat kebaikan, pengislahan, baharulah dapat ganjaran yang besar
daripada Allah SWT. Beriman tanpa amal atau amal tanpa iman tidak cukup syarat untuk
masuk ke syurga.
Ayat 17: 10
َوأَ ﱠن ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َﻻ ﯾُ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ َن ﺑِﭑ ْل َءا ِﺧ َﺮ ِة أَ ْﻋﺘَ ْﺪﻧَﺎ ﻟَ ُﮭ ْﻢ َﻋﺬَاﺑًﺎ أَ ِﻟﯿ ًﻤﺎ
Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Pengajaran
1. Allah SWT sudah menyiapkan azab yang pedih kepada orang yang tidak beriman kepada
hari akhirat.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 9
2. Beriman kepada Allah SWT, percaya kepada hari akhirat, ditunjukkan dengan amal soleh.
Hendak pergi ke akhirat memang memakan masa (takes time).
Ayat 17: 11
َوﯾَ ْﺪ ُع ٱ ْ ِﻹﻧ ٰ َﺴ ُﻦ ﺑِﭑﻟ ﱠﺸ ِّﺮ دُ َﻋﺎٓ َءۥهُ ﺑِﭑ ْﻟ َﺨ ْﯿ ِﺮ َو َﻛﺎ َن ٱ ْ ِﻹﻧ ٰ َﺴ ُﻦ َﻋ ُﺠﻮ ًﻻ
Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa
dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.
Pengajaran
1. Manusia berdoa dengan memohon supaya ia ditimpa kejahatan sebagaimana ia berdoa
dengan memohon kebaikan. Sememangnya manusia itu bersifat terburu-buru.
2. Ayat ini menjelaskan psikologi manusia apabila menghadapi ujian. Orang Yahudi suka
terburu-buru dan mereka mudah menjadi marah-marah. Itu sebab mereka dipanggil umat
yang dimurkai. Bila marah, mudah buat kerosakan.
3. Dalam usaha untuk mendapat kemenangan kita mesti bertenang, jangan terburu-buru.
4. Al-Quran menstabilkan. Marah merosakkan individu, keluarga, organisasi dan negara.
Ayat 17: 12
َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ٱﻟﱠ ْﯿ َﻞ َوٱﻟﻨﱠ َﮭﺎ َر َءاﯾَﺘَ ْﯿ ِﻦ ﻓَ َﻤ َﺤ ْﻮﻧَﺎٓ َءاﯾَﺔَ ٱﻟﱠ ْﯿ ِﻞ َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎٓ َءاﯾَﺔَ ٱﻟﻨﱠ َﮭﺎ ِر ُﻣ ْﺒ ِﺼ َﺮةً ِﻟّﺘَ ْﺒﺘَﻐُﻮ ۟ا ﻓَ ْﻀ ًﻼ ِّﻣﻦ ﱠر ِﺑّ ُﻜ ْﻢ َو ِﻟﺘَ ْﻌﻠَ ُﻤﻮ ۟ا َﻋﺪَدَ ٱﻟ ِّﺴﻨِﯿ َﻦ َوٱ ْﻟ ِﺤ َﺴﺎ َب َو ُﻛ ﱠﻞ
َﺷ ْﻰ ٍء ﻓَ ﱠﺼ ْﻠ ٰﻨَﮫُ ﺗَ ْﻔ ِﺼﯿ ًﻼ
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka
Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda
siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan
kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan
(ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah
menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
Pengajaran
1. Allah SWT menyuruh kita memerhatikan kejadian siang dan malam. Malam tidak pernah
marah kepada siang, siang tidak pernah marah kepada malam. Ada peranan siang, ada
peranan malam.
2. Dengan tidak bersegera (tidak marah), kita mendapat kejayaan/keamanan di muka bumi
ini.
3. Kita kena sedar proses organik yang berlaku dalam kehidupan adalah satu ketentuan
daripada Allah SWT. Ada anak kita baca al-Quran lambat, ada yang cepat. Begitu juga
dengan pelajar, ada yang cepat belajar, ada yang lambat. Guru tidak boleh marah. Seperti
siang dan malam. Setiap orang ada proses dan ada fungsinya.
4. Hukum silih berganti. Surah ini bercerita tentang silih bergantinya tamaddun. Bila al-Quran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 10
hadir menggantikan kitab-kitab sebelum ini, kerana cabarannya berbeza dan al-Quran
memberi panduan yang terkini tetapi masih dari sumber yang satu.
5. Dalam al-Quran ini semuanya telah dijelaskan. Boleh belajar daripada sumber-sumber lain
tetapi al-Quran adalah paling kuat ideanya, hidayahnya, panduannya untuk kita mantap di
sini, teguh sampai ke akhirat sana.
6. Al-Quran yang kita ada ini adalah lebih lurus dan lebih teguh ()أَ ْﻗ َﻮ ُم. Itulah yang akan
memimpin kita untuk menjadi teguh dengan syaratnya ia menjadi sumber hidayah.
7. Al-Quran akan menyebabkan orang yang beriman dan beramal soleh sentiasa positif
dengan khabar-khabar gembira dan menyebarkan khabar gembira itu kepada
masyarakat.
Ayat 17: 13
َو ُﻛ ﱠﻞ إِﻧ ٰ َﺴ ٍﻦ أَ ْﻟ َﺰ ْﻣ ٰﻨَﮫُ ٰ َٓط ِﺌ َﺮۥهُ ِﻓﻰ ُﻋﻨُ ِﻘ ِﮫۦ َوﻧُ ْﺨ ِﺮ ُج ﻟَ ۥﮫُ ﯾَ ْﻮ َم ٱ ْﻟ ِﻘ ٰﯿَ َﻤ ِﺔ ِﻛ ٰﺘَﺒًﺎ ﯾَ ْﻠﻘَ ٰﯨﮫُ َﻣﻨ ُﺸﻮ ًرا
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari
kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya
terbuka (untuk di tatapnya).
Pengajaran
1. Tiap-tiap seorang manusia akan digantungkan nasibnya di lehernya. Kita tidak tahu nasib
kita, jadi kita kena berusaha dalam kehidupan dengan panduan daripada al-Quran.
2. Pada hari kiamat kelak Allah SWT akan keluarkan kepadanya kitab catatan amalnya yang
akan didapatinya terbuka untuk ditatapnya. Sekiranya catatannya tidak memenuhi syarat
dalam al-Quran, ia akan diazab.
3. Walaupun nasib manusia ditetapkan oleh Allah SWT, kita diberi peluang untuk mengambil
tindakan mengikut al-Quran.
Ayat 17: 14
ٱ ْﻗ َﺮأْ ِﻛ ٰﺘَﺒَ َﻚ َﻛﻔَ ٰﻰ ﺑِﻨَ ْﻔ ِﺴ َﻚ ٱ ْﻟﯿَ ْﻮ َم َﻋﻠَ ْﯿ َﻚ َﺣ ِﺴﯿﺒًﺎ
(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau
sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau
lakukan)".
Pengajaran
1. Allah SWT bawakan kepada kita gambaran di akhirat. Buku catatan kita akan dikeluarkan.
Kita boleh menilai sendiri apa yang telah dibuat semasa di dunia. Jika kita beramal
berdasarkan petunjuk al-Quran, kita pasti akan gembira. Jika tidak ikut al-Quran, kita akan
diazab.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 11
Ayat 17: 15
ﱠﻣ ِﻦ ٱ ْھﺘَﺪَ ٰى ﻓَﺈِﻧﱠ َﻤﺎ ﯾَ ْﮭﺘَ ِﺪى ِﻟﻨَ ْﻔ ِﺴ ِﮫۦ َو َﻣﻦ َﺿ ﱠﻞ ﻓَﺈِﻧﱠ َﻤﺎ ﯾَ ِﻀ ﱡﻞ َﻋﻠَ ْﯿ َﮭﺎ َو َﻻ ﺗَ ِﺰ ُر َوا ِز َرةٌ ِو ْز َر أُ ْﺧ َﺮ ٰى َو َﻣﺎ ُﻛﻨﱠﺎ ُﻣﻌَ ِﺬّ ِﺑﯿ َﻦ َﺣﺘﱠ ٰﻰ ﻧَ ْﺒﻌَ َﺚ َر ُﺳﻮ ًﻻ
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya
faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa
yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya
juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami
mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Pengajaran
1. Sesiapa yang melakukan perbuatan menurut panduan al-Quran, maka faedah petunjuk
yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri.
2. Sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung
oleh dirinya juga.
3. Seseorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain bahkan dosa usahanya
sahaja.
4. Allah SWT tidak mengazab sesiapapun sebelum Allah SWT utuskan seorang Rasul untuk
menerangkan yang benar dan yang salah.
5. Rasul diutus untuk mengajar kita untuk bertanggung jawab di atas apa yang kita buat.
Rasul hanya menyampaikan. Masing-masing bertanggung jawab atas diri masing-
masing.
Ayat 17: 16
َو ِإذَآ أَ َر ْدﻧَﺎٓ أَن ﻧﱡ ْﮭ ِﻠ َﻚ ﻗَ ْﺮﯾَﺔً أَ َﻣ ْﺮﻧَﺎ ُﻣﺘْ َﺮﻓِﯿ َﮭﺎ ﻓَﻔَ َﺴﻘُﻮ ۟ا ِﻓﯿ َﮭﺎ ﻓَ َﺤ ﱠﻖ َﻋﻠَ ْﯿ َﮭﺎ ٱ ْﻟﻘَ ْﻮ ُل ﻓَﺪَ ﱠﻣ ْﺮ ٰﻧَ َﮭﺎ ﺗَ ْﺪ ِﻣﯿ ًﺮا
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami
perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara
mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka
berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Pengajaran
1. Apabila sampai tempoh Allah SWT hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri,
Allah SWT akan perintahkan lebih dahulu orang-orang yang melampau dengan
kemewahan di antara mereka supaya taat. Tetapi sekiranya mereka terus menderhaka
dan melakukan maksiat, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Allah SWT akan
menghancurkannya sehancur-hancurnya.
2. Allah SWT musnahkan sesuatu tamadun kerana orang yang kaya, mewah dan berkuasa
membuat merosakkan.
3. Audit bagi pemimpin amat penting. Lagi tinggi, lagi kena audit hartanya agar mereka tidak
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 12
menyalah gunakuasa sehingga rakyat ditindas yang akan membawa kepada kemusnahan
sesuatu organisasi atau negara.
Ayat 17: 17
َو َﻛ ْﻢ أَ ْھﻠَ ْﻜﻨَﺎ ِﻣ َﻦ ٱ ْﻟﻘُ ُﺮو ِن ِﻣ ۢﻦ ﺑَ ْﻌ ِﺪ ﻧُﻮحٍ َو َﻛﻔَ ٰﻰ ﺑِ َﺮﺑِّ َﻚ ِﺑﺬُﻧُﻮ ِب ِﻋﺒَﺎ ِد ِۦه َﺧﺒِﯿ ۢ ًﺮا ﺑَ ِﺼﯿ ًﺮا
Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan
cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya
Pengajaran
1. Allah SWT memberitahu banyak umat-umat yang telah binasakan sesudah zaman Nabi
Nuh.
2. Allah SWT mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya
RESOLUSI
Ingat!
1. Elakkan buat kerosakan agar kita terus mendapat bantuan Allah SWT (17:8)
2. Jadikan al-Quran sebagai rujukan apa jua pekerjaan dan cabaran (17:9)
3. Beriman dan beramal soleh agar terhindar daripada azab (7:10)
Saya berasa lega, Allah SWT berikan al-Quran sebagai rujukan dalam kehidupan agar saya
berjaya di dunia sampai ke akhirat.
Saya jelas untuk elakkan buat kerosakan agar saya terus mendapat bantuan Allah SWT. Saya
jelas untuk jadikan al-Quran sebagai rujukan dalam apa jua pekerjaan dan cabaran. Saya
jelas saya mesti beriman dan beramal soleh agar terhindar daripada azab.
Ya Allah, jauhkan kami daripada berbuat kerosakan. Kurniakan kami bantuan agar terhindar
daripada perbuatan dosa dan maksiat. Ya Allah, jadikan al-Quran sebagai rujukan dalam apa
jua pekerjaan dan cabaran kehidupan kami. Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, jauhkan kami daripada azab.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 13
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 31 Ogos 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (1 Sept 2021)
MQT378 Halaman 284 Al-Isra', 18-27
PERKATAAN HARI INI ذَ ﱠم/ ذَ َﻣ َﻢMenghina, mencela. 5 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Balasan bagi orang yang menginginkan dunia dan yang menginginkan akhirat (17:18-21)
2. Pokok-pokok sistem masyarakat muslim: tauhid sebagai dasar keimanan dan ikatan kuat
dalam keluarga Muslim adalah tiang bagi masyarakat (17:22-27)
Mukadimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kita dapat menyambung pembelajaran pada
halaman 284. Salam hari kemerdekaan pada hari ini untuk kita sama-sama memerdekakan
jiwa kita menuju kepada kehambaan kepada Allah SWT. Kita mengenepikan kehambaan
sesama manusia, kehambaan kepada diri kita sendiri. Semoga kita terus merdeka sampai
bertemu Maalikiyaumiddin, Penguasa Hari Pembalasan.
Merdeka bukan sahaja dilambangkan oleh sebuah negara sahaja tetapi merdeka itu bila jiwa
setiap hamba boleh bertemu pencipta pada bila-bila masa dengan rahmat daripada-Nya.
Ayat 17: 18
ﱠﻣﻦ َﻛﺎ َن ﯾُ ِﺮﯾﺪُ ٱ ْﻟﻌَﺎ ِﺟﻠَﺔَ َﻋ ﱠﺠ ْﻠﻨَﺎ ﻟَﮫۥُ ﻓِﯿ َﮭﺎ َﻣﺎ ﻧَ َﺸﺎٓ ُء ِﻟ َﻤﻦ ﻧﱡ ِﺮﯾﺪُ ﺛُ ﱠﻢ َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ﻟَ ۥﮫُ َﺟ َﮭﻨﱠ َﻢ ﯾَ ْﺼﻠَ ٰﯨ َﮭﺎ َﻣ ْﺬ ُﻣﻮ ًﻣﺎ ﱠﻣ ْﺪ ُﺣﻮ ًرا
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya
dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami
sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan
yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Pengajaran
1. Bila ada yang mahu sesuatu yang segera, Allah SWT akan memberi mengikut
kehendakNya. Orang yang memilih/mahukan dunia, Allah SWT akan memberinya.
2. Kemudian Allah SWT akan menyediakan baginya jahannam dan dicampakkan dia ke
dalamnya. Mereka juga didera secara psikologi, dipinggirkan, dan dihalau ke neraka
jahannam dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
3. Mereka jadi begini kerana hendakkan sesuatu di dunia secara cepat sehingga sanggup
melakukan dosa seperti mengambil rasuah untuk cepat kaya tanpa berusaha.
4. Semoga ahli keluarga kita tidak terlibat dengan perbuatan rasuah.
Ayat 17: 19
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 14
َو َﻣ ْﻦ أَ َرادَ ٱ ْل َءا ِﺧ َﺮةَ َو َﺳﻌَ ٰﻰ ﻟَ َﮭﺎ َﺳ ْﻌﯿَ َﮭﺎ َو ُھ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻓَﺄُ۟و ٰﻟَٓﺌِ َﻚ َﻛﺎ َن َﺳ ْﻌﯿُ ُﮭﻢ ﱠﻣ ْﺸ ُﻜﻮ ًرا
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik
untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang
demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
Pengajaran
1. Sesiapa yang hendakkan akhirat, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan penghargaan Allah SWT.
2. Inilah kemerdekaan yang kita inginkan. Berusaha bersungguh-sungguh dan berjuang
untuk memperbaiki diri. Allah SWT akan menghargai segala jerih perih kita berusaha.
Ayat 17: 20
ﻼ ﻧﱡ ِﻤﺪﱡ ٰ َٓھ ُﺆ َ ٓﻻ ِء َو ٰ َٓھ ُﺆ َ ٓﻻ ِء ِﻣ ْﻦ َﻋ َﻄﺎٓ ِء َر ِﺑّ َﻚ َو َﻣﺎ َﻛﺎ َن َﻋ َﻄﺎٓ ُء َرﺑِّ َﻚ َﻣ ْﺤ ُﻈﻮ ًراk ُﻛ
Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan
kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian
Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).
Pengajaran
1. Allah SWT berikan peluang untuk kita mendapat apa-apa sahaja di dunia.
2. Allah SWT boleh beri peluang tanpa halangan, tidak kira sama ada mereka Islam atau
tidak.
3. Fokus untuk segera menuju akhirat. Jangan fokus sangat kepada apa hasil di dunia
kerana Allah akan bagi ikut apa yang Allah hendak.
4. Di akhirat nanti Allah SWT akan beri lebih lagi kepada yang berusaha membuat kebaikan.
Ayat 17: 21
ٱﻧ ُﻈ ْﺮ َﻛ ْﯿ َﻒ ﻓَ ﱠﻀ ْﻠﻨَﺎ ﺑَ ْﻌ َﻀ ُﮭ ْﻢ َﻋﻠَ ٰﻰ ﺑَ ْﻌ ٍﺾ َوﻟَ ْﻞ َءا ِﺧ َﺮةُ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ دَ َر ٰ َﺟ ٍﺖ َوأَ ْﻛﺒَ ُﺮ ﺗَ ْﻔ ِﻀﯿ ًﻼ
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam
rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-
tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.
Pengajaran
1. Allah SWT lebihkan sebahagian dari manusia atas sebahagian yang lain dalam rezeki
pemberian-Nya.
2. Hakikat sebenarnya, pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 15
dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. Di syurga ada rankingnya. Masing-
masing boleh cuba pelbagaikan cara kita beramal tetapi ia bergantung kepada
kemampuan untuk memaksimumkan ibadah.
Ayat 17: 22
ﱠﻻ ﺗَ ْﺠﻌَ ْﻞ َﻣ َﻊ ٱ ﱠ”ِ ِإ ٰﻟَ ًﮭﺎ َءا َﺧ َﺮ ﻓَﺘَ ْﻘﻌُﺪَ َﻣ ْﺬ ُﻣﻮ ًﻣﺎ ﱠﻣ ْﺨﺬُو ًﻻ
Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya
engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
Pengajaran
1. Jangan jadikan sekutu kepada Allah SWT. Tiada Tuhan selain Allah SWT. Orang yang
menyekutukan Allah SWT akan tercela dan terhina.
2. Berusaha bersungguh-sungguh dengan keimanan. Jika kita buat kerana manusia sahaja,
di akhirat nanti kita tidak akan merdeka.
Ayat 17: 23
َوﻗَ َﻀ ٰﻰ َرﺑﱡ َﻚ أَ ﱠﻻ ﺗَ ْﻌﺒُﺪُ ٓو ۟ا إِ ﱠ ٓﻻ إِﯾﱠﺎهُ َو ِﺑﭑ ْﻟ ٰ َﻮ ِﻟﺪَ ْﯾ ِﻦ ِإ ْﺣ ٰ َﺴﻨًﺎ إِ ﱠﻣﺎ ﯾَ ْﺒﻠُﻐَ ﱠﻦ ِﻋﻨﺪَ َك ٱ ْﻟ ِﻜﺒَ َﺮ أَ َﺣﺪُ ُھ َﻤﺎٓ أَ ْو ِﻛ َﻼ ُھ َﻤﺎ ﻓَ َﻼ ﺗَﻘُﻞ ﻟﱠ ُﮭ َﻤﺎٓ أُ ٍّف َو َﻻ ﺗَ ْﻨ َﮭ ْﺮ ُھ َﻤﺎ َوﻗُﻞ
ﻟﱠ ُﮭ َﻤﺎ ﻗَ ْﻮ ًﻻ َﻛ ِﺮﯾ ًﻤﺎ
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Pengajaran
1. Jika kita mahu tahu sesebuah negara itu menuju kepada Allah SWT, rakyatnya terdiri
daripada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa.
2. Berbuat baik ketika ibu ayah masih sihat, itu normal. Bila mereka sudah tua, kita kena
berbuat ehsan. Menjaga ibu bapa yang tidak bersama kita, yang tinggal jauh, dengan yang
bersama kita, berbeza.
3. Orang yang tidak menjaga integriti di dalam rumah, itu yang mudah berbuat rasuah. Kalau
di dalam rumah bercakap baik ( )ﻗَ ْﻮ ًﻻ َﻛ ِﺮﯾ ًﻤﺎinsya Allah di luar juga begitu.
4. Bila dengan ibu ayah kita boleh berbuat baik, insya Allah dengan Allah SWT juga kita
mampu mengikut perintah. Jika kita tidak boleh berbuat kebaikan kepada ibu ayah yang
kita nampak, apatah lagi dengan Allah SWT yang kita tidak nampak.
5. Berjayanya kita adalah dengan doa ibu dan ayah kita. Barakah ibu dan ayah kita.
Berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan mereka dan berkhidmat kepada mereka.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 16
Jika mereka atau salah seorang sudah tidak ada, kita terus mendoakan mereka.
Ayat 17: 24
َوٱ ْﺧ ِﻔ ْﺾ ﻟَ ُﮭ َﻤﺎ َﺟﻨَﺎ َح ٱﻟﺬﱡ ِّل ِﻣ َﻦ ٱﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ِﺔ َوﻗُﻞ ﱠر ّ ِب ٱ ْر َﺣ ْﻤ ُﮭ َﻤﺎ َﻛ َﻤﺎ َرﺑﱠﯿَﺎ ِﻧﻰ َﺻ ِﻐﯿ ًﺮا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah
rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Pengajaran
1. Hendaklah kita merendahkan diri kepada kedua ibu ayah. Merendahkan sayap seperti
burung yang merendahkan sayapnya untuk melindungi telur-telur/anak-anaknya. Jika ada
ular yang hendak mematuk, ia akan mematuk ibunya dan bukan anak-anaknya.
2. Hubungan dengan ibu ayah, walaupun kita ada kepak dan boleh terbang tinggi, kita
cubalah rendahkan kepak, jangan sibuk sangat. Walaupun kita tidak boleh rentas negeri,
kita masih boleh berhubung dengan ibu ayah melalui telefon. Ini adalah tanda kita sedang
memohon rahmat Allah SWT. Waktu kecil, kecintaan mereka tidak bersyarat.
3. Ada orang mengatakan ibu ayah mereka begitu, begini dan susah bagi mereka hendak
berbuat baik, Allah SWT lebih mengetahui hubungan kita dengan ibu ayah kita. Ibu ayah
biologi tetap mendapat tempat tertinggi dan kita kena bersyukur. Jika bantuan yang kecil
pun, kita boleh bersyukur, insya Allah, pasti dapat bersyukur kepada Allah SWT.
4. Doakanlah untuk ibu ayah: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil."
Ayat 17: 25
ﱠرﺑﱡ ُﻜ ْﻢ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ﺑِ َﻤﺎ ِﻓﻰ ﻧُﻔُﻮ ِﺳ ُﻜ ْﻢ إِن ﺗَ ُﻜﻮﻧُﻮ ۟ا ٰ َﺻ ِﻠ ِﺤﯿ َﻦ ﻓَﺈِﻧﱠ ۥﮫُ َﻛﺎ َن ِﻟ ْﻸَ ٰ ﱠوﺑِﯿ َﻦ َﻏﻔُﻮ ًرا
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-
orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha
Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
Pengajaran
1. Jika mahu berbuat baik, mahu memperbaiki keadaan, Allah Maha Pengampun. Awwab,
umpama jauh berjalan, hendak patah balik memang susah. Jika rasa mustahil tetapi kita
tetap mencuba, insya Allah kita selamat.
2. Allah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. Tidak mungkin rasuah akan
berleluasa kalau seseorang itu amat baik dengan emak ayahnya.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 17
Ayat 17: 26
َو َءا ِت ذَا ٱ ْﻟﻘُ ْﺮﺑَ ٰﻰ َﺣﻘﱠ ۥﮫُ َوٱ ْﻟ ِﻤ ْﺴ ِﻜﯿ َﻦ َوٱ ْﺑ َﻦ ٱﻟ ﱠﺴ ِﺒﯿ ِﻞ َو َﻻ ﺗُﺒَ ِﺬّ ْر ﺗَ ْﺒ ِﺬﯾ ًﺮا
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya
masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang
melampau.
Pengajaran
1. Berikanlah kepada kerabat, dan orang miskin serta orang musafir akan hak mereka
masing-masing.
2. Janganlah membelanjakan harta dengan boros yang melampau.
Ayat 17: 27
ِإ ﱠن ٱ ْﻟ ُﻤﺒَ ِﺬّ ِرﯾ َﻦ َﻛﺎﻧُ ٓﻮ ۟ا ِإ ْﺧ ٰ َﻮ َن ٱﻟ ﱠﺸ ٰﯿَ ِﻄﯿ ِﻦ َو َﻛﺎ َن ٱﻟ ﱠﺸ ْﯿ ٰ َﻄ ُﻦ ِﻟ َﺮ ِﺑّ ِﮫۦ َﻛﻔُﻮ ًرا
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan
itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Pengajaran
1. Orang yang membazir adalah saudara kepada syaitan.
2. Syaitan adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
RESOLUSI
Ingat!
1. Susun amal kita agar sentiasa menghala ke akhirat (17:19)
2. Rebut peluang daripada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh untuk kebahagiaan
dunia akhirat (17:20)
3. Amalkan doa untuk keampunan ibu ayah setiap masa (17:24)
Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya berbuat baik kepada ibu bapa agar saya
mendapat rahmat-Nya.
Saya jelas untuk susun amal agar sentiasa menghala ke akhirat. Saya jelas saya mesti rebut
peluang daripada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh untuk kebahagiaan dunia akhirat.
Saya jelas saya mesti amalkan doa untuk keampunan ibu ayah setiap masa.
Ya Allah, bimbing kami untuk susun amal agar sentiasa menghala ke akhirat. Ya Allah,
kurniakan kami peluang untuk buat kebaikan dan beramal soleh dengan bersungguh-
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 18
sungguh. Ya Allah, ampunkan dosa ibu ayah kami, kurniakan kami kebahagiaan dunia
akhirat.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 19
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 1 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (2 Sept 2021)
MQT379 Halaman 285 Al-Isra', 28-38
PERKATAAN HARI INI أَ ْﻋ َﺮ َضBerpaling. 79 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Ikatan kuat dalam keluarga Muslim adalah tiang bagi masyarakat (17:28-30)
2. Asas sistem masyarakat Islam (31-38)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pembelajaran pada halaman 285 daripada surah al-
Isra'. Kita doakan negara kita, seluruh keluarga kita untuk terus diberi barakah daripada Allah
SWT. Halaman lepas bercerita tentang kewajipan yang perlu dibina dalam diri dan keluarga
di peringkat sesama manusia.
Semoga Allah menambahkan ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Ayat 17: 28
َو ِإ ﱠﻣﺎ ﺗُ ْﻌ ِﺮ َﺿ ﱠﻦ َﻋ ْﻨ ُﮭ ُﻢ ٱ ْﺑ ِﺘﻐَﺎٓ َء َر ْﺣ َﻤ ٍﺔ ِّﻣﻦ ﱠرﺑِّ َﻚ ﺗَ ْﺮ ُﺟﻮ َھﺎ ﻓَﻘُﻞ ﻟﱠ ُﮭ ْﻢ ﻗَ ْﻮ ًﻻ ﱠﻣ ْﯿ ُﺴﻮ ًرا
Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari
Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang
menyenangkan hati.
Pengajaran
1. Menurut Imam Shafie, membazir ialah menggunakan perkara yang tidak kena pada
tempatnya. Jika digunakan sesuai dengan tempat, tidak mengapa.
2. Akhlak bagi orang beriman kepada Allah SWT untuk mendapat bantuanNya terutama di
akhir zaman ini:
a. Beri bantuan kepada ahli keluarga dan orang-orang yang memerlukan.
b. Bercakap elok-elok ()ﻗَ ْﻮ ًﻻ ﱠﻣ ْﯿ ُﺴﻮ ًرا
c. Jangan mengungkit
3. Kita diberikan panduan akhlak untuk cakap elok-elok bila memberi pertolongan kepada
kerabat. Inilah tanda kita mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Ayat 17: 29
َو َﻻ ﺗَ ْﺠﻌَ ْﻞ ﯾَﺪَ َك َﻣ ْﻐﻠُﻮﻟَﺔً إِﻟَ ٰﻰ ُﻋﻨُ ِﻘ َﻚ َو َﻻ ﺗَ ْﺒ ُﺴ ْﻄ َﮭﺎ ُﻛ ﱠﻞ ٱ ْﻟﺒَ ْﺴ ِﻂ ﻓَﺘَ ْﻘﻌُﺪَ َﻣﻠُﻮ ًﻣﺎ ﱠﻣ ْﺤ ُﺴﻮ ًرا
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 20
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau
menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau
dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
Pengajaran
1. Jangan menjadi orang yang kedekut.
2. Jangan pula terlalu boros ketika beramal, membantu atau berbelanja. Nanti kelak menjadi
tercela dan menyesal. Saidina Abu Bakar Al-Siddiq memberi semua hartanya fisabillillah
kerana beliau ada bisnes, mampu. Kita bukan Saidina Abu Bakar dan kita tidak mampu
mengikut sepertinya. Ketika mengajak ke arah kebaikan, pemberian yang minimum pun
ok. Yang penting jangan terlibat dengan perkara-perkara dosa, maksiat dan permusuhan.
3. Jangan menyesal selepas menderma kerana ini tanda tidak ikhlas kepada Allah SWT.
4. Kena ada ilmu supaya jangan terlalu kedekut dan jangan terlampau boros.
Ayat 17: 30
إِ ﱠن َرﺑﱠ َﻚ ﯾَ ْﺒ ُﺴ ُﻂ ٱﻟ ِّﺮ ْز َق ِﻟ َﻤﻦ ﯾَ َﺸﺎٓ ُء َوﯾَ ْﻘ ِﺪ ُر إِﻧﱠ ۥﮫُ َﻛﺎ َن ِﺑ ِﻌﺒَﺎ ِد ِهۦ َﺧﺒِﯿ ۢ ًﺮا ﺑَ ِﺼﯿ ًﺮا
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang
demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan
hamba-hambaNya.
Pengajaran
1. Ini adalah konsep rezeki. Bila Allah lapangkan rezeki, kita berjaya. Jika dihadkan, kita akan
merasa sempit.
2. Allah-lah yang melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki. Orang yang
mengungkit pertolongan kepada orang lain tandanya dia sombong. Allah SWT menemplak
Bani Israel kerana sombong.
3. Kalau kita tolong orang, Allah akan lapangkan rezeki kita. Teruskan membantu mengikut
kadar kemampuan masing-masing.
Ayat 17: 31
َو َﻻ ﺗَ ْﻘﺘُﻠُ ٓﻮ ۟ا أَ ْو ٰﻟَﺪَ ُﻛ ْﻢ َﺧ ْﺸﯿَﺔَ إِ ْﻣ ٰﻠَ ٍﻖ ﻧﱠ ْﺤ ُﻦ ﻧَ ْﺮ ُزﻗُ ُﮭ ْﻢ َوإِﯾﱠﺎ ُﻛ ْﻢ إِ ﱠن ﻗَﺘْﻠَ ُﮭ ْﻢ َﻛﺎ َن ِﺧ ْﻄـ•ﺎ َﻛﺒِﯿ ًﺮا
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang
memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh
mereka adalah satu kesalahan yang besar.
Pengajaran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 21
1. Ini adalah tentang hubungan sesama manusia. Sesuatu umat itu naik kerana ia amat
perihatin kepada ibu ayah, saudara mara dan orang sekeliling.
2. Ada orang yang membunuh anak kerana takut miskin ()إِ ْﻣ ٰﻠَ ٍﻖ.
3. Allah SWT mengingatkan supaya tidak membunuh anah kerana Dia yang memberi rezeki.
4. Ada orang yang membunuh/menggugurkan anak kerana takut tidak boleh memberi
mereka makan. Hendaklah kita ingat bahawa sumber rezeki datangnya daripada Allah
SWT. Membunuh adalah satu dosa yang besar.
Ayat 17: 32
َو َﻻ ﺗَ ْﻘ َﺮﺑُﻮ ۟ا ٱﻟ ِّﺰﻧَ ٰ ٓﻰ ِإﻧﱠ ۥﮫُ َﻛﺎ َن ٰﻓَ ِﺤ َﺸﺔً َو َﺳﺎٓ َء َﺳ ِﺒﯿ ًﻼ
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang
keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Pengajaran
1. Ayat ini berkaitan dengan hubungan sosial. Antara perkara yang membunuh spiritual/iman
seseorang ialah bila mendekati zina. Mendekati zina menjauhkan daripada kebaikan. Dia
lebih suka kepada perkara syahwah.
2. Mengikut Imam As-Saadi, jika orang demam, jauhkan diri darinya. Begitulah dengan zina,
jauhkan diri daripada perkara ini kerana ia ada kaitan dengan bunuh.
Ayat 17: 33
َو َﻻ ﺗَ ْﻘﺘُﻠُﻮ ۟ا ٱﻟﻨﱠ ْﻔ َﺲ ٱﻟﱠ ِﺘﻰ َﺣ ﱠﺮ َم ٱ ﱠ”ُ ِإ ﱠﻻ ﺑِﭑ ْﻟ َﺤ ِّﻖ َو َﻣﻦ ﻗُ ِﺘ َﻞ َﻣ ْﻈﻠُﻮ ًﻣﺎ ﻓَﻘَ ْﺪ َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ِﻟ َﻮ ِﻟ ِﯿّ ِۦﮫ ُﺳ ْﻠ ٰ َﻄﻨًﺎ ﻓَ َﻼ ﯾُ ْﺴ ِﺮف ﻓِّﻰ ٱ ْﻟﻘَﺘْ ِﻞ إِﻧﱠﮫۥُ َﻛﺎ َن َﻣﻨ ُﺼﻮ ًرا
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah
membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,
maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia
adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
Pengajaran
1. Jangan bunuh sesuatu jiwa kecuali dengan kebenaran oleh mahkamah. Orang yang
dibunuh secara zalim, walinya yang berhak menentukan balasan, bukan qadi atau hakim.
2. Kalau qadi sudah maafkan, jangan pula peguam atau orang lain mendesak untuk
mengambil tindakan lain. Bina sistem menolong sesama sendiri. Jangan menjadikan
industri membunuh sebagai industri untuk mendapatkan duit dengan memohon habuan.
Ayat 17: 34
ﻮ ًﻻyَو َﻻ ﺗَ ْﻘ َﺮﺑُﻮ ۟ا َﻣﺎ َل ٱ ْﻟﯿَ ِﺘﯿ ِﻢ إِ ﱠﻻ ِﺑﭑﻟﱠﺘِﻰ ِھ َﻰ أَ ْﺣ َﺴ ُﻦ َﺣﺘﱠ ٰﻰ ﯾَ ْﺒﻠُ َﻎ أَ ُﺷﺪﱠۥهُ َوأَ ْوﻓُﻮ ۟ا ِﺑﭑ ْﻟﻌَ ْﮭ ِﺪ إِ ﱠن ٱ ْﻟﻌَ ْﮭﺪَ َﻛﺎ َن َﻣ ْﺴـ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 22
Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk
mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus
hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan
manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
Pengajaran
1. Jangan dekati harta anak yatim kecuali untuk urusan yang bermanfaat baginya.
2. Anak yatim ialah anak yang ayahnya meninggal/hilang. Anak yatim lebih lemah dan
mudah diambil kesempatan.
3. Sempurnakan janji kepada anak-anak yatim. Kalau kita ada kuasa, kita kena tunaikan janji.
Contoh: Seperti bos yang sudah berjanji mahu membayar gaji, kena bayar. Sama juga
dengan janji pemimpin yang mesti ditunaikan tanpa beralasan.
4. Setiap janji akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Jangan main-main.
Ayat 17: 35
َوأَ ْوﻓُﻮ ۟ا ٱ ْﻟ َﻜ ْﯿ َﻞ ِإذَا ِﻛ ْﻠﺘُ ْﻢ َو ِزﻧُﻮ ۟ا ﺑِﭑ ْﻟ ِﻘ ْﺴ َﻄﺎ ِس ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺴﺘَ ِﻘﯿ ِﻢ ٰذَ ِﻟ َﻚ َﺧ ْﯿ ٌﺮ َوأَ ْﺣ َﺴ ُﻦ ﺗَﺄْ ِوﯾ ًﻼ
Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan
yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan
(yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
Pengajaran
1. Sempurnakan sukatan. Ini adalah bab ekonomi. Jika mahu diukur, ukur dengan tepat.
2. Kalau seseorang itu tipu dalam urusan jual beli, lambat laun Allah akan lingkupkan bisnes
begini. Contoh: Tentukan barang yang dihantar itu baik, seperti yang dijanjikan. Jika sudah
berjanji hendak hantar pesanan dalam 3 hari, jangan beralasan.
Ayat 17: 36
ﻮ ًﻻyَو َﻻ ﺗَ ْﻘ ُﻒ َﻣﺎ ﻟَ ْﯿ َﺲ ﻟَ َﻚ ِﺑ ِۦﮫ ِﻋ ْﻠ ٌﻢ إِ ﱠن ٱﻟ ﱠﺴ ْﻤ َﻊ َوٱ ْﻟﺒَ َﺼ َﺮ َوٱ ْﻟﻔُ َﺆادَ ُﻛ ﱡﻞ أُ ۟و ٰﻟَٓ ِﺌ َﻚ َﻛﺎ َن َﻋ ْﻨﮫُ َﻣ ْﺴـ
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Pengajaran
1. Jangan mengikuti sesuatu yang kita tidak ada ilmu tentangnya. Contoh: Jangan ikut fb
yang tidak ada ilmu.
2. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta fuad, semua anggota-anggota itu
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 23
tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
3. Fuad adalah tempat perasaan. Di sinilah tempat kita membuat kesimpulan yang matang.
Ada juga yang menggunakan perasaan dengan ilmu yang tidak matang untuk marah,
tengking, mengungkit, mengumpat, mencela. Mereka ini akan dibakar dalam api neraka
sampai ke lapisan fuad (Surah al-Humazah). Semoga kita terhindar daripada
menggunakan fuad untuk perkara yang negatif.
4. Hendaklah kita menguruskan pendengaran, penglihatan dan fuad untuk berperasaan kuat
dengan panduan daripada al-Quran.
Ayat 17: 37
َو َﻻ ﺗَ ْﻤ ِﺶ ِﻓﻰ ٱ ْﻷَ ْر ِض َﻣ َﺮ ًﺣﺎ ِإﻧﱠ َﻚ ﻟَﻦ ﺗَ ْﺨ ِﺮ َق ٱ ْﻷَ ْر َض َوﻟَﻦ ﺗَ ْﺒﻠُ َﻎ ٱ ْﻟ ِﺠﺒَﺎ َل ُطﻮ ًﻻ
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi
gunung-ganang.
Pengajaran
1. Ilmu ada kesan positif dan negatif.
2. Dengan ilmu, seseorang menjadi rendah diri, bagus akhlaknya atau boleh juga menjadi
sombong atau melakukan perkara yang dilarang.
Ayat 17: 38
ُﻛ ﱡﻞ ٰذَ ِﻟ َﻚ َﻛﺎ َن َﺳ ِﯿّﺌُﮫۥُ ِﻋﻨﺪَ َرﺑِّ َﻚ َﻣ ْﻜ ُﺮو ًھﺎ
Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
Pengajaran
1. Semua larangan yang disebut dalam ayat-ayat di atas adalah perbuatan jahat yang sangat
dibenci di sisi Tuhan.
2. Kita tidak mahu menjadi seperti umat Yahudi yang dibenci kerana mereka
memanipulasikan dunia dengan ilmu mereka.
RESOLUSI
Ingat!
1. Bercakap baik jika tidak dapat menolong orang lain (17:28)
2. Jangan kedekut dan jangan boros dalam berbelanja dan bersedekah (17:29)
3. Cari ilmu dan elakkan berbuat sesuatu tanpa ilmu (36)
Saya berasa lega, Allah SWT ajarkan akhlak yang disukai dan dilarang-Nya.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 24
Saya jelas untuk bercakap baik jika tidak dapat menolong orang lain. Saya jelas supaya
jangan kedekut dan jangan boros dalam berbelanja dan bersedekah. Saya jelas saya mesti
cari ilmu dan elakkan berbuat sesuatu tanpa ilmu.
Ya Allah, bimbing kami untuk bercakap baik jika tidak dapat menolong orang lain. Ya Allah,
jauhkan kami daripada sifat kedekut dan boros dalam berbelanja dan bersedekah. Ya Allah,
pimpin kami untuk cari ilmu dan elakkan berbuat sesuatu tanpa ilmu.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 25
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 2 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (3 Sept 2021)
MQT380 Halaman 286 Al-Isra', 39-49
PERKATAAN HARI INI َﻻ َم/ ﻟَ َﻮ َمMencela 14 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Sekali lagi asas sistem masyarakat Islam (17:39)
2. Teguran keras terhadap penisbahan anak dan sekutu kepada Allah SWT (17:40-44)
3. Perlindungan terhadap Nabi SAW daripada gangguan orang Musyrik ketika beliau
membaca al-Quran (17:45-48)
4. Keingkaran orang Musyrik kepada kebenaran hari akhirat (17:49)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pembelajaran pada halaman 286. Kita menyambung
apa yang kita telah pelajari dari panduan Allah SWT sebagai sumber hikmah. Kita masih di
bulan Muharram. Kita doakan diri dan keluarga kita dapat terus berhijrah ke arah kebaikan
bersama al-Quran.
Ayat 17: 39
ٰذَ ِﻟ َﻚ ِﻣ ﱠﻤﺎٓ أَ ْو َﺣ ٰ ٓﻰ إِﻟَ ْﯿ َﻚ َرﺑﱡ َﻚ ِﻣ َﻦ ٱ ْﻟ ِﺤ ْﻜ َﻤ ِﺔ َو َﻻ ﺗَ ْﺠﻌَ ْﻞ َﻣ َﻊ ٱ ﱠ”ِ ِإ ٰﻟَ ًﮭﺎ َءا َﺧ َﺮ ﻓَﺘُ ْﻠﻘَ ٰﻰ ِﻓﻰ َﺟ َﮭﻨﱠ َﻢ َﻣﻠُﻮ ًﻣﺎ ﱠﻣ ْﺪ ُﺣﻮ ًرا
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu
(wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama
Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke
dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
Pengajaran
1. Di zaman Bani Israel ada disebut 10 Commandments di dalam Taurat. Di dalam al-Quran
juga ada perintah tersebut.
2. Semua perintah dalam al-Quran adalah daripada Tuhan sebagai satu hikmah. Apa yang
kita telah pelajari, menghormati ibu ayah, tidak mensyirikkan Allah SWT, tidak mendekati
zina, tidak mendekati harta anak yatim, semua itu adalah hikmah yang menandakan
kejayaan bagi sesuatu tamadun.
3. Jangan jadikan bagi Allah itu tandingan. Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita
supaya jangan bergantung kepada selainNya.
4. Jangan putus harap. Bergantung kepada selain Allah SWT akan membuat kita tercela dan
terusir. Contoh: Jika pergi ke kedai dan kita dihalau atau pergi ke masjid di zaman
pandemik ini, kita di suruh balik, mesti kita rasa terhina. Kadang-kadang AJK tidak
berhikmah. Sepatutnya kena sampaikan dengan baik.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 26
Ayat 17: 40
أَﻓَﺄَ ْﺻﻔَ ٰﯨ ُﻜ ْﻢ َرﺑﱡ ُﻜﻢ ِﺑﭑ ْﻟﺒَ ِﻨﯿ َﻦ َوٱﺗﱠ َﺨﺬَ ِﻣ َﻦ ٱ ْﻟ َﻤ ٰﻠَٓ ِﺌ َﻜ ِﺔ إِ ٰﻧَﺜًﺎ ِإﻧﱠ ُﻜ ْﻢ ﻟَﺘَﻘُﻮﻟُﻮ َن ﻗَ ْﻮ ًﻻ َﻋ ِﻈﯿ ًﻤﺎ
(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan
mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu
telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak
perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang
amat besar.
Pengajaran
1. Salah satu perkara yang menceritakan bagi Allah SWT seteru ialah apabila membahagi-
bahagikan sesuatu untuk Allah SWT. Contoh: memberi anak lelaki untuk manusia, yang
perempuan untuk Allah SWT.
2. Cara berfikirnya, mereka memberi kepada Allah SWT yang baki-baki atau yang mereka
tidak sukai. Tiada keutamaan untuk Allah SWT. Contoh: Kerana orang sibuk dengan kerja,
solat dilewatkan. Derma hanya yang baki-baki duit siling sahaja.
3. Sesungguhnya itu adalah perkataan dusta yang amat besar dosanya.
Ayat 17: 41
َوﻟَﻘَ ْﺪ َﺻ ﱠﺮ ْﻓﻨَﺎ ِﻓﻰ ٰ َھﺬَا ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن ِﻟﯿَﺬﱠ ﱠﻛ ُﺮو ۟ا َو َﻣﺎ ﯾَ ِﺰﯾﺪُ ُھ ْﻢ إِ ﱠﻻ ﻧُﻔُﻮ ًرا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid
dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan
mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan
mereka melainkan bertambah liar.
Pengajaran
1. Allah SWT telah memberi peringatan tentang tauhid dengan berbagai cara tetapi mereka
bertambah jauh dari Allah SWT. Mereka mementingkan diri lebih dari Allah SWT.
2. Syirik di sini bukan bermakna berhala, bukan patung tetapi diri dan nafsu sendiri. Buat dan
guna untuk diri dahulu, bakinya barulah untuk Allah SWT.
Ayat 17: 42
ﻗُﻞ ﻟﱠ ْﻮ َﻛﺎ َن َﻣﻌَ ٓۥﮫُ َءا ِﻟ َﮭﺔٌ َﻛ َﻤﺎ ﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن ِإذًا ﱠ ْﺑﺘَﻐَ ْﻮ ۟ا ِإﻟَ ٰﻰ ِذى ٱ ْﻟﻌَ ْﺮ ِش َﺳﺒِﯿ ًﻼ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah,
sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada
Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 27
Pengajaran
1. Ini cerita tentang mereka yang meletakkan banyak tuhan. Mereka kata Tuhan-tuhan itu
bergaduh untuk mendapat singgahsana yang lebih tinggi.
2. Ini cara berfikir tidak betul yang disedarkan di dalam al-Quran.
Ayat 17: 43
ﻮا َﻛﺒِﯿ ًﺮاk ُُﺳ ْﺒ ٰ َﺤﻨَﮫۥُ َوﺗَ ٰﻌَﻠَ ٰﻰ َﻋ ﱠﻤﺎ ﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن ُﻋﻠ
Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan
itu.
Pengajaran
1. Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka
katakan itu.
Ayat 17: 44
ﺗُ َﺴﺒِّ ُﺢ ﻟَﮫُ ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ُت ٱﻟ ﱠﺴ ْﺒ ُﻊ َوٱ ْﻷَ ْر ُض َو َﻣﻦ ﻓِﯿ ِﮭ ﱠﻦ َوإِن ِّﻣﻦ َﺷ ْﻰ ٍء ِإ ﱠﻻ ﯾُ َﺴﺒِّ ُﺢ ِﺑ َﺤ ْﻤ ِﺪ ِۦه َو ٰﻟَ ِﻜﻦ ﱠﻻ ﺗَ ْﻔﻘَ ُﮭﻮ َن ﺗَ ْﺴ ِﺒﯿ َﺤ ُﮭ ْﻢ إِﻧﱠﮫۥُ َﻛﺎ َن َﺣ ِﻠﯿ ًﻤﺎ َﻏﻔُﻮ ًرا
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap
tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi
kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun.
Pengajaran
1. Semua yang ada di cakerawala ini bertasbih kepada Allah SWT.
2. Allah SWT bawakan ayat ini supaya kita terasa. Jika alam bertasbih, walaupun kita tidak
dengar dan faham, kita juga perlu bertasbih, mensucikan Allah SWT.
3. Allah SWT telah memberi kita yang terbaik. Awan terbaik, oxygen terbaik. Mata yang
dikurniakan terbaik dan boleh memproses macam-macam yang terbaik. Jika kamera
mampu mempunyai ciri seperti mata kita, tentu mahal harganya.
4. Allah SWT memberi yang terbaik, segannya kita jika kita tidak memberi masa yang terbaik
untukNya, mendalami al-Quran.
5. Allah SWT melampau sabarnya. Nabi Ibrahim AS adalah contoh orang yang sabar dalam
menyantuni kaumnya.
6. Allah SWT tetap memberi kita peluang dan Allah SWT tetap bersabar dan menawarkan
kita keampunan. Moga-moga dengan kita bersama al-Quran, komited dengan al-Quran,
hati kita akan bersungguh-sungguh bersama al-Quran dan bukan memberi baki-baki masa
sahaja.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 28
7. Mereka yang masuk ke neraka rasa tercela dan terusir. Kita tidak mahu berseorangan di
akhirat akibat tidak bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kerana Allah SWT
memberi yang terbaik.
8. Sentiasalah perbanyakkan tasbih. Kalau kita hendak menang, kita kena banyak bertasbih
kerana alam ini bertasbih. Nabi Daud AS kelebihannya, boleh bertasbih bersama gunung
ganang. Kita bertasbih memuji Allah SWT.
9. Guru-guru, para pendidik, belajar ilmu mendalam sikit, tafakur sampai kita mampu
membina subhanallah effect. Hebatnya tasbih boleh mengeluarkan Nabi Yunus AS dari
perut ikan.
Ayat 17: 45
َوإِذَا ﻗَ َﺮأْ َت ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا َن َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ﺑَ ْﯿﻨَ َﻚ َوﺑَ ْﯿ َﻦ ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َﻻ ﯾُ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ َن ﺑِﭑ ْل َءا ِﺧ َﺮ ِة ِﺣ َﺠﺎﺑًﺎ ﱠﻣ ْﺴﺘُﻮ ًرا
Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar
dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding
yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
Pengajaran
1. Surah ini paling banyak menyebut tentang al-Quran. Ia adalah merupakan baton terakhir
yang diserahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kita kena teruskan perjuangan sampai
ke akhir zaman membawa risalah ini. Al-Quran ini ‘aqwam’ sifatnya. Lebih teguh daripada
Taurat.
2. Orang musyrik dan ahli kitab cuba memadamkan bab akhirat. Mereka mengaku beriman
pada Allah SWT tetapi tidak percaya akan hari akhirat. Orang yang beriman kepada hari
akhirat, selalu memikirkan kesan yang mereka buat. Mereka selalu bergantung kepada
Allah SWT dan Allah akan tanya balik. Mereka tidak dengki.
3. Orang yang dengki akhirnya ingkar dengan orang.
4. Hijab ialah tabir. Hijab itu terselindung dan kita tidak nampak diri seseorang ada sifat ini.
Dinding itu ialah seperti sifat dengki, ingkar yang kita tidak nampak. Orang begini selalunya
tidak suka dengan al-Quran.
5. Cinta kepada Nabi Muhammad SAW, sayang kepada Nabi SAW, tidak dengki sesama
manusia, tidak ada jiwa menafikan kebenaran, itu adalah syarat untuk al-Quran itu
membawa rahmah.
Ayat 17: 46
َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ َﻋﻠَ ٰﻰ ﻗُﻠُﻮ ِﺑ ِﮭ ْﻢ أَ ِﻛﻨﱠﺔً أَن ﯾَ ْﻔﻘَ ُﮭﻮهُ َو ِﻓ ٓﻰ َءاذَاﻧِ ِﮭ ْﻢ َو ْﻗ ًﺮا َوإِذَا ذَ َﻛ ْﺮ َت َرﺑﱠ َﻚ ﻓِﻰ ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن َو ْﺣﺪَۥهُ َوﻟﱠ ْﻮ ۟ا َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ أَ ْد ٰﺑَ ِﺮ ِھ ْﻢ ﻧُﻔُﻮ ًرا
Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga
sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan
mendengar kebenaran Al-Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu
sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 29
Pengajaran
1. Ini adalah bagaimana hendak optimumkan kesan al-Quran dalam diri kita.
2. ً أَ ِﻛﻨﱠﺔsesuatu yang tertutup daripada cahaya. Seolah-olah ada sumbat di telinga. Al-Quran
tidak boleh direndahkan. Jika direndahkan, kita akan bertambah jauh daripada Allah SWT.
Al-Quran yang sama, tetapi kesannya berbeza. Bergantung kepada syarat-syaratnya. Bila
dengar al-Quran hendaklah kita beri perhatian. Kita tidak mahu jauh daripada al-Quran.
3. Kita sudah melihat dari sejarah. Umat Islam makin jatuh, dari tahun 1924 kerana mereka
tidak lagi mengikut panduan dari Allah SWT.
Ayat 17: 47
ﻧﱠ ْﺤ ُﻦ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ِﺑ َﻤﺎ ﯾَ ْﺴﺘَ ِﻤﻌُﻮ َن ﺑِ ِٓۦﮫ ِإ ْذ ﯾَ ْﺴﺘَ ِﻤﻌُﻮ َن إِﻟَ ْﯿ َﻚ َو ِإ ْذ ُھ ْﻢ ﻧَ ْﺠ َﻮ ٰ ٓى إِ ْذ ﯾَﻘُﻮ ُل ٱﻟ ٰ ﱠﻈ ِﻠ ُﻤﻮ َن ِإن ﺗَﺘﱠ ِﺒﻌُﻮ َن إِ ﱠﻻ َر ُﺟ ًﻼ ﱠﻣ ْﺴ ُﺤﻮ ًرا
Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar
bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang
yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena
sihir".
Pengajaran
1. Bila bertemu dengan Nabi SAW, mereka sebenarnya suka dengar al-Quran. Mereka
menghendap-hendap untuk dengar al-Quran.
2. Bacaan al-Quran ini bukan hanya untuk orang Islam. Bila mendengar al-Quran, akan
terasa masuk ke dalam hati.
3. Selesai mendengar al-Quran mereka berbisik-bisik bahawa mereka telah kena sihir.
Mereka mengiktiraf tetapi dalam bahasa yang negatif.
Ayat 17: 48
ٱﻧ ُﻈ ْﺮ َﻛ ْﯿ َﻒ َﺿ َﺮﺑُﻮ ۟ا ﻟَ َﻚ ٱ ْﻷَ ْﻣﺜَﺎ َل ﻓَ َﻀﻠﱡﻮ ۟ا ﻓَ َﻼ ﯾَ ْﺴﺘَ ِﻄﯿﻌُﻮ َن َﺳﺒِﯿ ًﻼ
Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-
bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan
kebenaran.
Pengajaran
1. Mereka disesatkan dan terus membuat kerosakkan dan membawa bencana dalam
kehidupan kepada manusia.
2. Untuk elakkan diri daripada jadi kumpulan perosak, kita perlu baiki hati kita. Jangan
dengki, jangan berdendam. Inilah kesan daripada al-Quran sehingga kita yakin dengan
hari akhirat.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 30
Ayat 17: 49
َوﻗَﺎﻟُ ٓﻮ ۟ا أَ ِءذَا ُﻛﻨﱠﺎ ِﻋ ٰ َﻈ ًﻤﺎ َو ُر ٰﻓَﺘًﺎ أَ ِءﻧﱠﺎ ﻟَ َﻤ ْﺒﻌُﻮﺛُﻮ َن َﺧ ْﻠﻘًﺎ َﺟ ِﺪﯾﺪًا
Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah
kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"
RESOLUSI
Ingat!
1. Amalkan hikmah yang diajarkan oleh Allah SWT (17:39)
2. Selalu ambil peringatan daripada al-Quran, bukan sekadar baca atau abaikan (17:41)
3. Sentiasa yakin dan buat persediaan untuk hadapi hari akhirat (17:49)
Saya berasa lega, Allah SWT beri peluang dan Allah SWT tetap bersabar dan menawarkan
saya keampunan.
Saya jelas untuk amalkan hikmah yang diajarkan oleh Allah SWT. Saya jelas saya mesti
selalu ambil peringatan daripada al-Quran, bukan sekadar baca atau abaikan. Saya jelas
untuk sentiasa yakin dan buat persediaan untuk hadapi hari akhirat.
Ya Allah, bimbing kami untuk amalkan hikmah yang Engkau ajarkan dalam al-Quran. Ya
Allah, ingatkan kami daripada al-Quran, jauhkan kami daripada abaikan al-Quran. Ya Allah,
tingkatkan iman kami kepada hari akhirat. Bimbing kami buat persediaan untuk hadapi hari
akhirat.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 31
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 3 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (4 Sept 2021)
MQT381 Halaman 287 Al-Isra', 50-58
PERKATAAN HARI INI ﻓَ َﻄ َﺮMencipta, membelah. 20 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Pengingkaran orang Musyrik terhadap hari kebangkitan dan bantahan terhadap mereka
(17:50-52)
2. Mendebat orang yang berbeza pendapat secara lembut dan dengan cara yang terbaik
(17:53-55)
3. Bantahan lain terhadap kesilapan berfikir orang Musyrik (17:56-58)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pembelajaran pada halaman 287. Hari ini kita akan
belajar bahawa keimanan kepada Allah SWT mesti dibuktikan dengan keimanan kepada hari
akhirat juga. Orang-orang kafir menafikan hari akhirat.
Ayat 17: 50
ﻗُ ْﻞ ُﻛﻮﻧُﻮ ۟ا ِﺣ َﺠﺎ َرةً أَ ْو َﺣ ِﺪﯾﺪًا
Katakanlah (wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -
Pengajaran
1. Orang musyrik itu degil sangat dan Allah SWT menyuruh mereka menjadi batu atau besi.
2. Inilah jawapan Allah SWT kepada orang yang degil setelah melihat bukti-bukti kebenaran
di alam ini. Menurut Hamka, batu kalau dipecahkan ada juga manfaat. Besi pula boleh
dipanaskan dan ditempa untuk memberi manfaat. Manusia kalau dihancurkan, kalau tidak
memberi manfaat di dunia ini memang tidak berguna.
Ayat 17: 51
أَ ْو َﺧ ْﻠﻘًﺎ ِّﻣ ﱠﻤﺎ ﯾَ ْﻜﺒُ ُﺮ ﻓِﻰ ُﺻﺪُو ِر ُﻛ ْﻢ ﻓَ َﺴﯿَﻘُﻮﻟُﻮ َن َﻣﻦ ﯾُ ِﻌﯿﺪُﻧَﺎ ﻗُ ِﻞ ٱﻟﱠ ِﺬى ﻓَ َﻄ َﺮ ُﻛ ْﻢ أَ ﱠو َل َﻣ ﱠﺮ ٍة ﻓَ َﺴﯿُ ْﻨ ِﻐ ُﻀﻮ َن إِﻟَ ْﯿ َﻚ ُر ُءو َﺳ ُﮭ ْﻢ َوﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن َﻣﺘَ ٰﻰ ُھ َﻮ ﻗُ ْﻞ َﻋ َﺴ ٰ ٓﻰ
أَن ﯾَ ُﻜﻮ َن ﻗَ ِﺮﯾﺒًﺎ
Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa
menghidupkannya)!" Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan kita
hidup semula?" Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!" Maka
mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek:
Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!"
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 32
Pengajaran
1. Mereka bertanya siapa yang akan menghidupkan mereka kembali sesudah mati? Nabi
SAW diajar oleh Allah SWT untuk berkata, yang menghidupkan mereka kali kedua ialah
yang menghidupkan mereka kali pertama dahulu.
2. Mereka menyindir dan merendah-rendahkan Nabi SAW.
3. Mereka bertanya bila berlaku kiamat? Allah ajarkan supaya jawab kiamat sudah dekat.
Ayat 17: 52
ﯾَ ْﻮ َم ﯾَ ْﺪ ُﻋﻮ ُﻛ ْﻢ ﻓَﺘَ ْﺴﺘَ ِﺠﯿﺒُﻮ َن ِﺑ َﺤ ْﻤ ِﺪ ِهۦ َوﺗَ ُﻈﻨﱡﻮ َن ِإن ﻟﱠﺒِﺜْﺘُ ْﻢ ِإ ﱠﻻ ﻗَ ِﻠﯿ ًﻼ
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya,
dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar
Pengajaran
1. Pada hari kiamat, semua orang akan memuji Allah SWT.
2. Mereka dahulu merasakan dunia adalah segalanya. Sebenarnya hidup di dunia ini hanya
sebentar.
Ayat 17: 53
وا ﱡﻣﺒِﯿﻨًﺎk َُوﻗُﻞ ِﻟّ ِﻌﺒَﺎ ِدى ﯾَﻘُﻮﻟُﻮ ۟ا ٱﻟﱠ ِﺘﻰ ِھ َﻰ أَ ْﺣ َﺴ ُﻦ ِإ ﱠن ٱﻟ ﱠﺸ ْﯿ ٰ َﻄ َﻦ ﯾَﻨ َﺰ ُغ ﺑَ ْﯿﻨَ ُﮭ ْﻢ إِ ﱠن ٱﻟ ﱠﺸ ْﯿ ٰ َﻄ َﻦ َﻛﺎ َن ِﻟ ْ ِﻺﻧ ٰ َﺴ ِﻦ َﻋﺪ
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya
mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang
kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin
dan yang menentang)
Pengajaran
1. Allah SWT mengajar Nabi SAW, para sahabat dan kepada kita, supaya berkata dengan
perkataan yang lebih baik daripada apa yang mereka katakan.
2. Ayat ini mengajar Nabi SAW dan para sahabat untuk tidak termakan oleh hasutan syaitan.
Kadang-kadang kita mahu bercakap baik dengan seseorang tetapi ada syaitan yang akan
merosakkan hubungan dengan membuat orang itu berprasangka terhadap niat kita.
3. Siapa yang melayan kemarahannya, habis adabnya. Syaitan akan cuba merosakkan
hubungan manusia. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.
Ayat 17: 54
ﱠرﺑﱡ ُﻜ ْﻢ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ِﺑ ُﻜ ْﻢ ِإن ﯾَ َﺸﺄْ ﯾَ ْﺮ َﺣ ْﻤ ُﻜ ْﻢ أَ ْو إِن ﯾَ َﺸﺄْ ﯾُﻌَ ِﺬّ ْﺑ ُﻜ ْﻢ َو َﻣﺎٓ أَ ْر َﺳ ْﻠ ٰﻨَ َﻚ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ َو ِﻛﯿ ًﻼ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 33
Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Ia kehendaki, Ia akan memberi
rahmat kepada kamu; atau jika Ia kehendaki, Ia akan menyeksa kamu. Dan Kami tidak
mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan
mereka.
Pengajaran
1. Allah SWT mengetahui apa sebenarnya yang kita ingin capai. Bila kita buat kerana Allah
SWT, kita buat secara أَ ْﺣ َﺴ ُﻦ.
2. Dengan rahmat Allah SWT kita dapat berlembut. Allah juga boleh mengazab jika Dia
kehendaki.
3. Allah SWT tidak utuskan Nabi SAW sebagai penjaga mereka. Para nabi dan kita juga
hanya menyampaikan. Allah SWT yang menentukan.
Ayat 17: 55
َو َرﺑﱡ َﻚ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ِﺑ َﻤﻦ ﻓِﻰ ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ِت َوٱ ْﻷَ ْر ِض َوﻟَﻘَ ْﺪ ﻓَ ﱠﻀ ْﻠﻨَﺎ ﺑَ ْﻌ َﺾ ٱﻟﻨﱠﺒِ ّۦﻲِ َن َﻋﻠَ ٰﻰ ﺑَ ْﻌ ٍﺾ َو َءاﺗَ ْﯿﻨَﺎ دَا ُوۥدَ َزﺑُﻮ ًرا
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di
langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas
setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
Pengajaran
1. Allah SWT lebih mengetahui semua makhluk yang ada di langit dan bumi.
2. Allah SWT melebihkan sebahagian nabi daripada nabi yang lain. Allah SWT tidak
menyatakan siapa yang lebih baik, ianya umum. Semua Nabi seperti bintang. Semuanya
indah, semuanya tinggi.
3. Dalam kehidupan, jangan kita bandingkan kumpulan kita dengan kumpulan lain sekiranya
tidak ada manfaat.
4. Allah SWT mengangkat Nabi Daud dengan diberikan kitab Zabur. Kalau Nabi Daud dapat
Zabur, apa masalah Allah hendak turunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW? Ini
adalah diskriminasi di peringkat sejarah yang dibangkitkan oleh kaum Yahudi.
5. Kita tidak dibenarkan diskriminasi.
Ayat 17: 56
ﻗُ ِﻞ ٱ ْد ُﻋﻮ ۟ا ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َز َﻋ ْﻤﺘُﻢ ِّﻣﻦ دُوﻧِ ِۦﮫ ﻓَ َﻼ ﯾَ ْﻤ ِﻠ ُﻜﻮ َن َﻛ ْﺸ َﻒ ٱﻟ ﱡﻀ ِّﺮ َﻋﻨ ُﻜ ْﻢ َو َﻻ ﺗَ ْﺤ ِﻮﯾ ًﻼ
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah orang-orang yang kamu
dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak
berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya".
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 34
Pengajaran
1. Ahli kitab amat yakin dengan perkara yang mereka syirikkan. Seperti orang Kristian yakin
bahawa Nabi Isa itu tuhan.
2. Mereka kagum dengan Firaun. Jika dilihat dengan mata hati, Firaun hanya tinggalkan batu
sahaja, tetapi ia tidak membawa Firaun selamat di dalam laut ketika mengejar Nabi Musa.
3. Allah SWT hendakkan kita fokus kepada Allah, bukan kepada manusia.
4. Nabi-nabi sebagai pembawa risalah.
Ayat 17: 57
أُ ۟و ٰﻟَٓﺌِ َﻚ ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ ﯾَ ْﺪ ُﻋﻮ َن ﯾَ ْﺒﺘَﻐُﻮ َن إِﻟَ ٰﻰ َرﺑِّ ِﮭ ُﻢ ٱ ْﻟ َﻮ ِﺳﯿﻠَﺔَ أَﯾﱡ ُﮭ ْﻢ أَ ْﻗ َﺮ ُب َوﯾَ ْﺮ ُﺟﻮ َن َر ْﺣ َﻤﺘَ ۥﮫُ َوﯾَ َﺨﺎﻓُﻮ َن َﻋﺬَاﺑَ ٓﮫۥُ إِ ﱠن َﻋﺬَا َب َر ِﺑّ َﻚ َﻛﺎ َن َﻣ ْﺤﺬُو ًرا
Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri
kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada
Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya;
sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti.
Pengajaran
1. Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri
kepada Tuhannya dengan berbuat ibadat.
2. Mereka mengharapkan rahmat Allah SWT dan gerun takut akan azab Allah SWT.
3. Sesungguhnya azab Tuhan adalah perkara yang semestinya ditakuti.
4. Janganlah kita terlalu kagum dengan manusia seperti tokoh agama atau selebriti. Orang
yang dikagumi itu juga mencari redha dan rahmat Allah SWT. Mereka takut kepada azab.
5. Bani Israel atau kaum sebelum ini hancur kerana mereka fokus kepada tokoh manusia,
bukannya kembali balik kepada Allah SWT.
Ayat 17: 58
َو ِإن ِّﻣﻦ ﻗَ ْﺮﯾَ ٍﺔ إِ ﱠﻻ ﻧَ ْﺤ ُﻦ ُﻣ ْﮭ ِﻠ ُﻜﻮ َھﺎ ﻗَ ْﺒ َﻞ ﯾَ ْﻮ ِم ٱ ْﻟ ِﻘ ٰﯿَ َﻤ ِﺔ أَ ْو ُﻣﻌَ ِﺬّﺑُﻮ َھﺎ َﻋﺬَاﺑًﺎ َﺷ ِﺪﯾﺪًا َﻛﺎ َن ٰذَ ِﻟ َﻚ ِﻓﻰ ٱ ْﻟ ِﻜ ٰﺘَ ِﺐ َﻣ ْﺴ ُﻄﻮ ًرا
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari
kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian
itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).
Pengajaran
1. Allah SWT memberitahu bahawa sesebuah negeri akan dibinasakan atau Allah siksa
penduduknya dengan siksaan yang sangat keras kerana penduduknya menderhaka.
2. Orang yang belajar agama juga boleh menjadi ancaman. Mereka belajar, membaca buku-
buku dan ajaran guru mereka sahaja dan tidak mahu mengikut al-Quran.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 35
RESOLUSI
Ingat!
1. Ucapkan perkataan baik dan jangan sokong syaitan yang menimbulkan permusuhan
(17:53)
2. Fokus ibadah yang ikhlas kepada Allah SWT dan jangan ada pengantara (17:57)
3. Jaga amalan dan perbuatan kita agar negara tidak diazab (17:58)
Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya bercakap perkataan yang baik walaupun
berdepan dengan provokasi.
Saya jelas untuk ucapkan perkataan baik dan tidak sokong syaitan yang menimbulkan
permusuhan. Saya jelas saya mesti fokus ibadah yang ikhlas kepada Allah SWT dan jangan
ada pengantara. Saya jelas untuk jaga amalan dan perbuatan saya agar negara tidak diazab.
Ya Allah, bimbing kami untuk ucapkan perkataan baik dan tidak sokong syaitan yang
menimbulkan permusuhan. Ya Allah, pimpin kami untuk fokus ibadah yang ikhlas kepada Mu
dan jauhkan kami daripada mengambil pengantara. Ya Allah, bantu kami untuk jaga amalan
dan perbuatan kami agar negara tidak diazab.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 36
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 5 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (6 Sept 2021)
MQT383 Halaman 288 Al-Isra', 59-66
PERKATAAN HARI INI َﺧ ﱠﻮ َفMenakutkan. 124 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Bantahan lain terhadap kesilapan berfikir orang musyrik (17:59-60)
2. Kisah Nabi Adam dengan Iblis dan perintah Allah SWT kepada para malaikat untuk
bersujud kepada Nabi Adam AS (17:61-65)
3. Sejumlah nikmat Allah SWT kepada manusia (17:66)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pembelajaran pada halaman 288. Surah al-Isra' adalah
salah satu daripada tujuh surah Musabbihat, iaitu surah yang bermula dengan tasbih. Surah
ini memujuk kepada Nabi SAW ketika dua orang insan yang disayangi dipanggil oleh Allah
SWT iaitu isterinya Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
Ayat 17: 59
َو َﻣﺎ َﻣﻨَﻌَﻨَﺎٓ أَن ﻧﱡ ْﺮ ِﺳ َﻞ ِﺑﭑ ْل َءا ٰﯾَ ِﺖ إِ ﱠ ٓﻻ أَن َﻛﺬﱠ َب ِﺑ َﮭﺎ ٱ ْﻷَ ﱠوﻟُﻮ َن َو َءاﺗَ ْﯿﻨَﺎ ﺛَ ُﻤﻮدَ ٱﻟﻨﱠﺎﻗَﺔَ ُﻣ ْﺒ ِﺼ َﺮةً ﻓَ َﻈﻠَ ُﻤﻮ ۟ا ِﺑ َﮭﺎ َو َﻣﺎ ﻧُ ْﺮ ِﺳ ُﻞ ﺑِﭑ ْل َءا ٰﯾَ ِﺖ إِ ﱠﻻ ﺗَ ْﺨ ِﻮﯾﻔًﺎ
Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu
melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan di
antaranya Kami telah pun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat
yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya
Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi
kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).
Pengajaran
1. Bila orang Quraish atau Yahudi meminta dihantar mukjizat lain, Allah SWT mengatakan
tiada yang menghalang-Nya menurunkan sebarang jenis mukjizat.
2. Kaum sebelum itu telah mendustakan mukjizat yang Allah turunkan. Kaum Thamud, iaitu
kaum Nabi Soleh diberi unta sebagai mukjizat dan mereka menzalimi unta itu. Orang
Mekah boleh tengok tempat peninggalan Kaum Thamud yang diazab kerana kedudukan
tempat itu dalam perjalanan dagang ke Syam.
3. Allah SWT tidak akan mengirim sesuatu ayat selain untuk menakutkan. Kita dalam
keadaan sekarang, janganlah minta lebih-lebih bukti kebesaran Allah SWT. Kitalah yang
sepatutnya menghambakan diri kepadaNya dan mengikut peraturan Allah SWT. Jangan
mencabar Allah SWT dan jangan mencabar Rasul SAW.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 37
Ayat 17: 60
َو ِإ ْذ ﻗُ ْﻠﻨَﺎ ﻟَ َﻚ إِ ﱠن َرﺑﱠ َﻚ أَ َﺣﺎ َط ِﺑﭑﻟﻨﱠﺎ ِس َو َﻣﺎ َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ٱﻟ ﱡﺮ ْءﯾَﺎ ٱﻟﱠﺘِ ٓﻰ أَ َر ْﯾ ٰﻨَ َﻚ ِإ ﱠﻻ ﻓِﺘْﻨَﺔً ِﻟّﻠﻨﱠﺎ ِس َوٱﻟ ﱠﺸ َﺠ َﺮةَ ٱ ْﻟ َﻤ ْﻠﻌُﻮﻧَﺔَ ﻓِﻰ ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن َوﻧُ َﺨ ِّﻮﻓُ ُﮭ ْﻢ ﻓَ َﻤﺎ ﯾَ ِﺰﯾﺪُ ُھ ْﻢ إِ ﱠﻻ
ُط ْﻐ ٰﯿَﻨًﺎ َﻛ ِﺒﯿ ًﺮا
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya
Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami
menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu
melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang
dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran)
maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang
melampau.
Pengajaran
1. Ada manusia yang merasakan mereka hebat, boleh membuat plot, komplot dan settle apa
sahaja dan boleh memusnahkan Nabi SAW waktu itu.
2. Ilmu Allah SWT meliputi segala penjuru. Ilmu kita sedikit sahaja.
3. Menurut sebahagian ulama, ﻟ ﱡﺮ ْءﯾَﺎialah mimpi Nabi SAW. Ada yang menyatakan yang Nabi
nampak peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa itu menjadi ujian kepada manusia. Ada yang
menjadi lebih beriman dan ada yang kufur setelah beriman.
4. Nabi SAW membawakan kisah zaqqum dalam neraka, mereka tidak takut pun malah
makin melampau/derhaka dan sombong. Itu adalah psikologi manusia dahulu dan
sekarang juga. Ada orang yang makin diingatkan tentang neraka mereka makin degil.
5. Semoga kita jadi orang yang tidak degil bila dengar al-Quran.
Ayat 17: 61
َو ِإ ْذ ﻗُ ْﻠﻨَﺎ ِﻟ ْﻠ َﻤ ٰﻠَٓﺌِ َﻜ ِﺔ ٱ ْﺳ ُﺠﺪُو ۟ا ِل َءادَ َم ﻓَ َﺴ َﺠﺪُ ٓو ۟ا ِإ ﱠ ٓﻻ إِ ْﺑ ِﻠﯿ َﺲ ﻗَﺎ َل َءأَ ْﺳ ُﺠﺪُ ِﻟ َﻤ ْﻦ َﺧﻠَ ْﻘ َﺖ ِطﯿﻨًﺎ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam"; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?"
Pengajaran
1. Dalam al-Quran ada 7 tempat cerita tentang Nabi Adam AS dan iblis.
2. Perkataan bashar, insan dan Adam ada kaitan dengan manusia. Perkataan Adam, Allah
SWT mengingatkan kita bahawa itulah sejarah manusia untuk kita ingat.
3. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS kerana sombongnya, ia tidak mahu mengikut
perintah Allah SWT.
4. Orang yang sombong, tidak mahu menghormati orang lain. Hendaklah kita sedar bahawa
kita adalah makhluk yang perlu merendah diri kepada Allah SWT.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 38
Ayat 17: 62
ﻗَﺎ َل أَ َر َء ْﯾﺘَ َﻚ ٰ َھﺬَا ٱﻟﱠ ِﺬى َﻛ ﱠﺮ ْﻣ َﺖ َﻋﻠَ ﱠﻰ ﻟَﺌِ ْﻦ أَ ﱠﺧ ْﺮﺗَ ِﻦ إِﻟَ ٰﻰ ﯾَ ْﻮ ِم ٱ ْﻟ ِﻘ ٰﯿَ َﻤ ِﺔ َﻷَ ْﺣﺘَ ِﻨ َﻜ ﱠﻦ ذُ ِّرﯾﱠﺘَ ٓۥﮫُ ِإ ﱠﻻ ﻗَ ِﻠﯿ ًﻼ
Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan
memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".
Pengajaran
1. Iblis mempersoalkan Allah SWT dan tidak suka orang lain dimuliakan.
2. َﻷَ ْﺣﺘَ ِﻨ َﻜ ﱠﻦbermakna semua anak Adam ditahnik oleh iblis kecuali sedikit sahaja. Menurut Ibnu
Jazair, tahnik iblis ialah umpama binatang yang diikat tali dan ditarik, seperti binatang
untuk korban.
Ayat 17: 63
ﻗَﺎ َل ٱ ْذ َھ ْﺐ ﻓَ َﻤﻦ ﺗَﺒِﻌَ َﻚ ِﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ ﻓَﺈِ ﱠن َﺟ َﮭﻨﱠ َﻢ َﺟ َﺰآ ُؤ ُﻛ ْﻢ َﺟ َﺰآ ًء ﱠﻣ ْﻮﻓُﻮ ًرا
Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka
Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Pengajaran
1. Iblis berazam untuk menggoda setiap zuriat Bani Adam. Allah SWT mengusir iblis dan
sesiapa yang mengikut iblis akan di sediakan neraka jahannam.
2. Allah SWT sangat marah kepada orang yang sombong dan mengikut iblis.
3. Sifat sombong iblis yang merasakan diri lebih mulia.
Ayat 17: 64
َوٱ ْﺳﺘَ ْﻔ ِﺰ ْز َﻣ ِﻦ ٱ ْﺳﺘَ َﻄ ْﻌ َﺖ ِﻣ ْﻨ ُﮭﻢ ِﺑ َﺼ ْﻮﺗِ َﻚ َوأَ ْﺟ ِﻠ ْﺐ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭﻢ ِﺑ َﺨ ْﯿ ِﻠ َﻚ َو َر ِﺟ ِﻠ َﻚ َو َﺷﺎ ِر ْﻛ ُﮭ ْﻢ ﻓِﻰ ٱ ْﻷَ ْﻣ ٰ َﻮ ِل َوٱ ْﻷَ ْو ٰﻟَ ِﺪ َو ِﻋ ْﺪ ُھ ْﻢ َو َﻣﺎ ﯾَ ِﻌﺪُ ُھ ُﻢ ٱﻟ ﱠﺸ ْﯿ ٰ َﻄ ُﻦ إِ ﱠﻻ ُﻏ ُﺮو ًرا
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan
kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-
benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak
ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Pengajaran
1. Iblis diberi keizinan oleh Allah SWT untuk apa yang dimintanya. Jika kita mohon dan Allah
beri, tidak bermakna kita dimuliakan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 39
2. Iblis boleh melemahkan, menakutkan dengan mewas-waskan manusia. Iblis akan
mensyirikkan manusia dengan harta benda dan anak pinak dengan janji-janji palsu. Iblis
menghantar bala tentera untuk cuba melemahkan manusia di muka bumi ini.
3. Allah SWT menyatakan bahawa iblis akan buat tipu daya supaya manusia lemah sehingga
hilang pendirian yang tetap. Sukar untuk kita bezakan hasutan syaitan sehingga kita
mudah terperangkap.
4. Bina kekuatan dan bina formula untuk mengelakkan godaan iblis yang sudah berazam
dan tahnikkan anak Adam.
5. Hendaklah kita jawab bila azan dan iqomah. Kalau tidak jawab, syaitan akan melalaikan
kita hingga lambat atau lupa solat.
Ayat 17: 65
ِإ ﱠن ِﻋﺒَﺎ ِدى ﻟَ ْﯿ َﺲ ﻟَ َﻚ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ ُﺳ ْﻠ ٰ َﻄ ٌﻦ َو َﻛﻔَ ٰﻰ ِﺑ َﺮﺑِّ َﻚ َو ِﻛﯿ ًﻼ
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis)
mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu
(wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Pengajaran
1. Orang yang tidak dapat dikuasai oleh syaitan ialah mereka yang menjadi hamba Allah.
2. Hamba ialah orang yang merendah diri, sujud, baca al-Quran, bila buat silap mengaku
silap dan tawakal hanya kepada Allah SWT.
Ayat 17: 66
ﱠرﺑﱡ ُﻜ ُﻢ ٱﻟﱠ ِﺬى ﯾُ ْﺰ ِﺟﻰ ﻟَ ُﻜ ُﻢ ٱ ْﻟﻔُ ْﻠ َﻚ ِﻓﻰ ٱ ْﻟﺒَ ْﺤ ِﺮ ِﻟﺘَ ْﺒﺘَﻐُﻮ ۟ا ِﻣﻦ ﻓَ ْﻀ ِﻠ ِٓۦﮫ إِﻧﱠﮫۥُ َﻛﺎ َن ﺑِ ُﻜ ْﻢ َر ِﺣﯿ ًﻤﺎ
Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat
mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada
kamu.
Pengajaran
1. Allah SWT menggerakkan kapal-kapal di lautan untuk manusia mencari rezeki.
2. Allah SWT Maha Mengasihani terhadap manusia.
RESOLUSI
Ingat!
1. Jangan mendustakan tanda kebesaran Allah SWT apabila ia hadir agar tidak menjadi
semakin zalim dalam kehidupan (17:59)
2. Sentiasa sedar iblis akan menggoda manusia setiap masa (17:62)
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 40
3. Kuatkan tawakal kepada Allah SWT agar terlindung daripada syaitan (17:65)
Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya saya jadi hamba yang tunduk dan tawakal
kepada-Nya agar terhindar daripada godaan syaitan.
Saya jelas untuk tidak mendustakan tanda kebesaran Allah SWT apabila ia hadir agar tidak
menjadi semakin zalim dalam kehidupan. Saya jelas saya mesti sentiasa sedar iblis akan
menggoda manusia setiap masa. Saya jelas saya mesti kuatkan tawakal kepada Allah SWT
agar terlindung daripada syaitan.
Ya Allah, bimbing kami supaya tidak mendustakan tanda kebesaran Mu apabila ia hadir agar
tidak menjadi semakin zalim dalam kehidupan. Ya Allah, pimpin kami untuk sentiasa sedar
iblis akan menggoda manusia setiap masa. Ya Allah, kuatkan tawakal kami kepada Mu agar
terlindung daripada syaitan.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 41
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 6 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (7 Sept 2021)
MQT383 Halaman 289 Al-Isra', 67-75
PERKATAAN HARI INI َو َﻛ َﻞWakil, dipercayai, digantungkan harapan. 70 kali disebut di dalam
al-Quran.
SINOPSIS
1. Sejumlah nikmat Allah SWT kepada manusia (17: 67-70)
2. Keadaan manusia dengan para pemimpin mereka pada hari kiamat (17: 71-72)
3. Upaya orang Musyrik memfitnah Nabi Muhammad SAW dan mengusir baginda dari
Mekah (73-75)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita bertemu hari ini pada halaman 289 bagi melihat panduan daripada surah
al-Isra' yang diturunkan kepada Nabi SAW dan para sahabat di hujung fasa Mekah untuk
berjuang menuju kemenangan di sini sampai ke akhirat nanti.
Hari ini kita akan lihat ayat tentang psikologi manusia. Semoga mesej hidayah sampai kepada
kita dan semua rakan-rakan. Pada halaman lepas, cerita kapal belayar di lautan muncul
selepas kisah perjuangan Adam dan iblis. Iblis tidak mahu menghormati kepada Adam dan
menggoda Adam dan Hawa.
Ayat 17: 67
َوإِذَا َﻣ ﱠﺴ ُﻜ ُﻢ ٱﻟ ﱡﻀ ﱡﺮ ِﻓﻰ ٱ ْﻟﺒَ ْﺤ ِﺮ َﺿ ﱠﻞ َﻣﻦ ﺗَ ْﺪ ُﻋﻮ َن إِ ﱠ ٓﻻ ِإﯾﱠﺎهُ ﻓَﻠَ ﱠﻤﺎ ﻧَ ﱠﺠ ٰﯨ ُﻜ ْﻢ إِﻟَﻰ ٱ ْﻟﺒَ ِّﺮ أَ ْﻋ َﺮ ْﺿﺘُ ْﻢ َو َﻛﺎ َن ٱ ْ ِﻹﻧ ٰ َﺴ ُﻦ َﻛﻔُﻮ ًرا
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu)
makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke
darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa
kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
Pengajaran
1. Pada ayat ini Allah membawa mengenai perjuangan di lautan.
2. Inilah psikologi manusia. Orang yang tidak beriman atau yang bergantung kepada
selebriti, mengidolakan tok gurunya, tetapi ketika susah dia akan menyeru kepada Tuhan
yang sebenar-benarnya yang menyelamatkannya.
3. Bila sudah selamat, ramai manusia berpaling daripada kebenaran. Bila berada di lautan
dalam kepayahan dia akan ingat Tuhan. Bila sudah selamat sampai ke darat, dia berpaling
daripada Tuhan yang satu.
4. Perkataan al-Insan dalam al-Quran itu adalah ilmu berkaitan psikologi.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 42
Ayat 17: 68
أَﻓَﺄَ ِﻣﻨﺘُ ْﻢ أَن ﯾَ ْﺨ ِﺴ َﻒ ﺑِ ُﻜ ْﻢ َﺟﺎﻧِ َﺐ ٱ ْﻟﺒَ ِّﺮ أَ ْو ﯾُ ْﺮ ِﺳ َﻞ َﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ َﺣﺎ ِﺻﺒًﺎ ﺛُ ﱠﻢ َﻻ ﺗَ ِﺠﺪُو ۟ا ﻟَ ُﻜ ْﻢ َو ِﻛﯿ ًﻼ
Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan),
bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia
akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu;
kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?
Pengajaran
1. Allah SWT memberi amaran, apakah mereka sudah merasa aman apabila berada di
daratan?
2. Daratan juga boleh menelan/membenamkan ( )ﯾَ ْﺨ ِﺴ َﻒmereka atau Allah SWT boleh hantar
angin kencang untuk menghancurkan mereka. Pada waktu itu tidak ada sesiapa pun boleh
menjadi pelindung. Bencana, cabaran yang Allah SWT turunkan adalah kenyataan.
Fenomena-fenomena ini yang kita perlu ingat, jangan kita rasa aman dengannya.
Ayat 17: 69
أَ ْم أَ ِﻣﻨﺘُ ْﻢ أَن ﯾُ ِﻌﯿﺪَ ُﻛ ْﻢ ِﻓﯿ ِﮫ ﺗَﺎ َرةً أُ ْﺧ َﺮ ٰى ﻓَﯿُ ْﺮ ِﺳ َﻞ َﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ ﻗَﺎ ِﺻﻔًﺎ ِّﻣ َﻦ ٱﻟ ِّﺮﯾﺢِ ﻓَﯿُ ْﻐ ِﺮﻗَ ُﻜﻢ ِﺑ َﻤﺎ َﻛﻔَ ْﺮﺗُ ْﻢ ﺛُ ﱠﻢ َﻻ ﺗَ ِﺠﺪُو ۟ا ﻟَ ُﻜ ْﻢ َﻋﻠَ ْﯿﻨَﺎ ﺑِ ِﮫۦ ﺗَﺒِﯿﻌًﺎ
Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan
kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang
memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab
kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang
itu terhadap Kami?
Pengajaran
1. Kita tidak boleh rasa selesa selagi belum sampai ke syurga. Kita tidak boleh rasa selesa
kita boleh buat apa sahaja kepada orang lain.
2. Jika hendak selamat, kita kena mengikut hidayah daripada Allah SWT. Ada orang
menghargai peluang dapat membaca al-Quran. Ramai yang dapat langit tuhan, daratan
tuhan tetapi tidak mahu kembali kepada Tuhan.
Ayat 17: 70
َوﻟَﻘَ ْﺪ َﻛ ﱠﺮ ْﻣﻨَﺎ ﺑَ ِﻨ ٓﻰ َءادَ َم َو َﺣ َﻤ ْﻠ ٰﻨَ ُﮭ ْﻢ ﻓِﻰ ٱ ْﻟﺒَ ِّﺮ َوٱ ْﻟﺒَ ْﺤ ِﺮ َو َر َز ْﻗ ٰﻨَ ُﮭﻢ ِّﻣ َﻦ ٱﻟ ﱠﻄﯿِّ ٰﺒَ ِﺖ َوﻓَ ﱠﻀ ْﻠ ٰﻨَ ُﮭ ْﻢ َﻋﻠَ ٰﻰ َﻛ ِﺜﯿ ٍﺮ ِّﻣ ﱠﻤ ْﻦ َﺧﻠَ ْﻘﻨَﺎ ﺗَ ْﻔ ِﻀﯿ ًﻼ
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 43
Pengajaran
1. Allah SWT mengingatkan kembali realiti kita. Setiap kali bertemu perkataan Adam, ini
sejarah kita.
2. Salah satu tanda Allah SWT memuliakan kita ialah dengan memberi kita akal sehingga
kita boleh memproses tiga perkara yang ada dalam ayat ini. Jika diproses dengan akal
yang betul, insyaAllah kita akan menjadi orang yang bersyukur. Jika akal disalah gunakan
oleh Bani Adam, maka kita akan jauh daripada Allah SWT.
3. Allah SWT membawakan bukti-bukti bahawa Dia memuliakan bani Adam:
a. Diangkut mereka di daratan dan di lautan. Allah SWT menjaga hambaNya seperti
ibu hamil menjaga bayi dalam kandungannya. Allah SWT betul-betul sayang
dengan memberikan kita daratan yang selesa. Kita tidak jatuh ketika berjalan, tidak
berduri-duri atau bergelombang seperti ombak di lautan. Jika kita belajar lebih
mendalam ilmu sains, kita akan dapat merasakan bahawa Allah SWT betul-betul
sayang, jaga, beri keselesaan kepada kita dengan daratan yang ada.
b. Lautan. Banyak manfaatnya. Ada ikan, sungai yang mengalir sampah ke lautan,
jadi tidaklah busuk kerana diproses oleh air garam dalam lautan. Kita boleh berada
di atas lautan menaiki kapal yang terapung kerana Allah SWT menjaga kita ketika
berada di lautan. Semua hukum fizik ini berfungsi dengan rahmat Allah SWT.
c. Diberi rezeki yang baik-baik. Jika kita yang kena proses semua bahan-bahan yang
untuk jadikan makanan, tentu susah hidup kita. Allah SWT memuliakan kita dengan
direzekikan kebaikan kepada kita. Allah berikan keutamaan atas segala makhluk
yang ada. Kita boleh tunggang kuda, makan lembu dll.
4. Kita bertawakkal hanya kepada Allah SWT kerana Allah SWT yang memberi kita macam-
macam. Kita hanya berikan ketaatan kepada Allah dan bergantung hanya kepada yang
layak sahaja.
5. Dalam hidup kita, hendak jadi orang yang berlemah lembut ini, kita kena tahu dekat mana
hendak berhenti. Kita harap kita diberi rahmat oleh Allah SWT sehingga kita mampu
bersifat lemah lembut dalam kehidupan. Ia bukannya milik kita. Ia adalah anugerah rahmat
daripada Allah SWT. Hendaklah kita selalu mendengar al-Quran betul-betul agar kita
mendapat rahmat Allah SWT.
Ayat 17: 71
ﯾَ ْﻮ َم ﻧَ ْﺪ ُﻋﻮ ۟ا ُﻛ ﱠﻞ أُﻧَﺎ ۭ ٍس ﺑِﺈِ ٰ َﻣ ِﻤ ِﮭ ْﻢ ﻓَ َﻤ ْﻦ أُوﺗِ َﻰ ِﻛ ٰﺘَﺒَ ۥﮫُ ِﺑﯿَ ِﻤﯿ ِﻨ ِﮫۦ ﻓَﺄُ۟و ٰﻟَٓﺌِ َﻚ ﯾَ ْﻘ َﺮ ُءو َن ِﻛ ٰﺘَﺒَ ُﮭ ْﻢ َو َﻻ ﯾُ ْﻈﻠَ ُﻤﻮ َن ﻓَﺘِﯿ ًﻼ
(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian
sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan
sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
Pengajaran
1. Allah SWT akan memanggil kita di akhirat dengan nama imam-imam kita atau pemimpin-
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 44
pemimpin yang berbuat kebaikan atau yang berbuat keburukan. Jika kita memilih
pemimpin yang baik, yang berimamkan al-Quran, kita akan berada di belakang mereka.
2. Sesiapa yang akan diberi kitab amalan dengan tangan kanan, ia akan membacanya
berkali-kali dengan sukacita.
3. Di dunia ini jika kita selalu membaca al-Quran, ia akan memberi kesan kepada amal kita
sehingga ia dicatat dalam kitab yang akan diberikan di akhrat nanti.
4. Allah SWT tidak akan menzalimi walau sedikit pun.
Ayat 17: 72
َو َﻣﻦ َﻛﺎ َن ِﻓﻰ ٰ َھ ِﺬ ِٓۦه أَ ْﻋ َﻤ ٰﻰ ﻓَ ُﮭ َﻮ ِﻓﻰ ٱ ْل َءا ِﺧ َﺮ ِة أَ ْﻋ َﻤ ٰﻰ َوأَ َﺿ ﱡﻞ َﺳ ِﺒﯿ ًﻼ
Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka
ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
Pengajaran
1. Sebaliknya sesiapa yang berada di dunia ini dalam keadaan buta mata hatinya, maka ia
juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
2. Jika kita lihat pemimpin tidak membaca al-Quran dan tidak kisah pun tentang al-Quran
tetapi kita ikut juga, di akhirat nanti, kita akan menjadi buta dan lebih sesat. Tidak nampak
syurga, dihumban ke dalam azab Allah SWT.
3. Pemimpin-pemimpin yang kita pilih, pastikan mereka mengikut panduan al-Quran. Baik di
sisi manusia dan baik di sisi Allah berbeza kadang-kadang. Contoh: Tolong orang miskin
itu baik tetapi menolong orang miskin dengan duit rasuah adalah tidak baik di sisi Allah.
4. Kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang tidak buta al-Quran. Dia mesti baca, faham
dan amal al-Quran. Kita doakan agar pemimpin-pemimpin kita sempat membaca al-
Quran. Al-Quran jika tidak dibaca berulang kali, ia akan hilang. Jika hilang Quran itu, kita
akan diserang oleh qarin bernama syaitan menjadi penasihat. Syaitan boleh jadi jin atau
manusia.
Ayat 17: 73
َوإِن َﻛﺎدُو ۟ا ﻟَﯿَ ْﻔ ِﺘﻨُﻮﻧَ َﻚ َﻋ ِﻦ ٱﻟﱠ ِﺬ ٓى أَ ْو َﺣ ْﯿﻨَﺎٓ إِﻟَ ْﯿ َﻚ ِﻟﺘَ ْﻔﺘَ ِﺮ َى َﻋﻠَ ْﯿﻨَﺎ َﻏ ْﯿ َﺮۥهُ َو ِإذًا ﱠﺗﱠ َﺨﺬُو َك َﺧ ِﻠﯿ ًﻼ
Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari
apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami
perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka
menjadikan engkau sahabat karibnya.
Pengajaran
1. Orang yang tidak baca al-Quran apatah lagi yang kufur kepada Allah SWT, mereka mahu
kita jadi sahabat mereka. Jika mereka tidak baca wahyu, ke mana mereka Hendak
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 45
membawa kita?
2. Psikologi manusia, mesti mahu mengikut orang yang mereka rapat. Jika mereka orang
baik, sudah tentu dia akan bawa kepada kebaikan berasaskan wahyu. Tetapi jika tidak
baca Quran, pakai ideologi kapitalism, marxism atau mana-mana ideologi tidak
berasaskan Quran, maka sudah tentu kita akan gagal.
3. Keteguhan dalam hidup kita ini bukan kita yang bina. Ia adalah anugerah. Kita perlu minta
daripada Allah SWT. Allah SWT yang meneguhkan. Semoga kita menjadi pengikut setia
kepada al-Quran.
Ayat 17: 74
َوﻟَ ْﻮ َ ٓﻻ أَن ﺛَﺒﱠﺘْ ٰﻨَ َﻚ ﻟَﻘَ ْﺪ ِﻛﺪ ﱠت ﺗَ ْﺮ َﻛ ُﻦ إِﻟَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ َﺷ ْﯿـ•ﺎ ﻗَ ِﻠﯿ ًﻼ
Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah
engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.
Pengajaran
1. Kalau kita berkawan dengan kawan yang tidak berasaskan al-Quran, walau sedikit, kita
akan terkesan dengan cara berfikirnya sehingga menyebabkan kita tidak teguh di jalan
yang lurus.
2. Kita perlu sangat menjaga al-Quran. Kalau tidak, kita boleh sahaja condong ke kiri atau
ke kanan kerana tidak mendapat peneguhan daripada Allah SWT.
Ayat 17: 75
إِذًا ﱠﻷَذَ ْﻗ ٰﻨَ َﻚ ِﺿ ْﻌ َﻒ ٱ ْﻟ َﺤﯿَ ٰﻮةِ َو ِﺿ ْﻌ َﻒ ٱ ْﻟ َﻤ َﻤﺎ ِت ﺛُ ﱠﻢ َﻻ ﺗَ ِﺠﺪُ ﻟَ َﻚ َﻋﻠَ ْﯿﻨَﺎ ﻧَ ِﺼﯿ ًﺮا
Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan
yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian
engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.
Pengajaran
1. Orang-orang yang ada banyak kelebihan seperti harta, pangkat, tetapi cenderung kepada
orang yang tidak berpandukan al-Quran, Allah SWT akan menggandakan azab bagi
mereka di akhirat.
RESOLUSI
Ingat!
1. Jangan mendustakan tanda kebesaran Allah SWT apabila ia hadir agar tidak menjadi
semakin zalim dalam kehidupan (17:59)
2. Sentiasa sedar iblis akan menggoda manusia setiap masa (17:62)
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 46
3. Kuatkan tawakal kepada Allah SWT agar terlindung daripada syaitan (17:65)
Saya berasa lega, Allah SWT akan lindungi saya daripada syaitan kalau saya kuatkan tawakal
kepadaNya.
Saya jelas untuk tidak mendustakan tanda kebesaran Allah SWT apabila ia hadir agar tidak
menjadi semakin zalim dalam kehidupan. Saya jelas saya mesti sentiasa sedar iblis akan
menggoda manusia setiap masa. Saya jelas untuk kuatkan tawakal kepada Allah SWT agar
terlindung daripada syaitan.
Ya Allah, jauhkan kami daripada mendustakan tanda kebesaran Mu apabila ia hadir agar tidak
menjadi semakin zalim dalam kehidupan. Ya Allah, pimpin kami untuk sentiasa sedar iblis
akan menggoda kami setiap masa. Ya Allah, kuatkan tawakal kami kepada Mu, lindungilah
kami daripada syaitan.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 47
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 7 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (8 Sept 2021)
MQT385 Halaman 290 Al-Isra', 76-86
PERKATAAN HARI INI ﻓَ َﺰ َز/ ﻓَ ﱠﺰMenakutkan, membuat gelisah. 3 kali disebut di dalam al-
Quran.
SINOPSIS
1. Usaha mengusir Nabi Muhammad SAW (17:76-77)
2. Perintah, arahan dan pemberitahuan untuk Nabi Muhammad SAW (17:78-85)
3. Mukjizatnya al-Quran (17:86)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita bertemu hari ini pada halaman 290 surah al-Isra', iaitu surah pertama dari
7 surah al-Musabbihat. Surah ini memberi motivasi kepada Nabi SAW untuk membina sebuah
keluarga dan masyarakat yang berjaya berteraskan kepada panduan daripada Allah SWT
menuju kemenangan.
Ayat 17: 76
َو ِإن َﻛﺎدُو ۟ا ﻟَﯿَ ْﺴﺘَ ِﻔ ﱡﺰوﻧَ َﻚ ِﻣ َﻦ ٱ ْﻷَ ْر ِض ِﻟﯿُ ْﺨ ِﺮ ُﺟﻮ َك ِﻣ ْﻨ َﮭﺎ َو ِإذًا ﱠﻻ ﯾَ ْﻠﺒَﺜُﻮ َن ِﺧ ٰﻠَﻔَ َﻚ ِإ ﱠﻻ ﻗَ ِﻠﯿ ًﻼ
Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di
bumi (Makkah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku
demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.
Pengajaran
1. Allah SWT memberitahu bahawa Dia yang melindungi Nabi SAW dan para sahabat. Allah
yang memberi bantuan kepada baginda SAW.
2. Surah ini turun di hujung-hujung Mekah, semasa fasa perjuangan Nabi SAW yang penuh
pancaroba. Selepas kematian Siti Khadijah dan bapa saudara baginda SAW meninggal
dunia, tempat yang selalu Nabi SAW mendapatkan semangat sudah pergi. Maka Allah
SWT menyatakan Allah-lah tempat yang penting dan Allah tetap menolong.
3. Orang-orang kafir hampir-hampir membuat Nabi SAW gelisah, tidak tenteram dan rasa
hendak keluar daripada sesutau kawasan ()ﻟَﯿَ ْﺴﺘَ ِﻔ ﱡﺰوﻧَ َﻚ. Mereka hendak halau Nabi SAW
daripada Mekah. Inilah puncak kepada permusuhan apabila Nabi SAW membawakan
mesej kebaikan kepada para sahabat dan penduduk Mekah. Ada dalam kalangan Malak
(pemimpin) rasa gelisah tidak puas hati maka mereka membuat Nabi SAW rasa gelisah.
4. Ibnu Juzair menyatakan di dalam tafsirnya, kalau orang baik/soleh pada satu tempat
dihalau atau dipulaukan, maka bersedialah untuk orang yang menghalau itu diazab oleh
Allah SWT
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 48
Ayat 17: 77
ُﺳﻨﱠﺔَ َﻣﻦ ﻗَ ْﺪ أَ ْر َﺳ ْﻠﻨَﺎ ﻗَ ْﺒﻠَ َﻚ ِﻣﻦ ﱡر ُﺳ ِﻠﻨَﺎ َو َﻻ ﺗَ ِﺠﺪُ ِﻟ ُﺴﻨﱠ ِﺘﻨَﺎ ﺗَ ْﺤ ِﻮﯾ ًﻼ
(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan
sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi
peraturan Kami yang tetap itu.
Pengajaran
1. Inilah yang berlaku kepada semua utusan Allah SWT seperti Nabi Lut AS, Nabi Nuh AS.
Apabila mereka keluar sahaja daripada kawasan, maka kaumnya diazab oleh Allah SWT.
2. Dalam sejarah Nabi SAW, selepas dua tahun Nabi SAW berhijrah, berlaku Perang Badar.
Abu Jahal yang menghalau Nabi SAW akhirnya kecundang dan diazab oleh Allah SAW di
Badar bersama orang musyrik Mekah yang menjadi tentera pada waku itu.
3. Kalau ada orang mengajak kepada kebaikan, jangan halau. Jangan buat orang yang
hendak buat baik itu resah. Kalau dia resah dan keluar, bersedia untuk menerima azab
daripada Allah SWT. Itu adalah sunnatullah yang akan berlaku dan terus berlaku.
4. Jadilah kita dalam kalangan orang yang berbuat baik dan mengajak orang untuk berbuat
baik.
Ayat 17: 78
أَ ِﻗ ِﻢ ٱﻟ ﱠﺼﻠَ ٰﻮةَ ِﻟﺪُﻟُﻮ ِك ٱﻟ ﱠﺸ ْﻤ ِﺲ إِﻟَ ٰﻰ َﻏ َﺴ ِﻖ ٱﻟﱠ ْﯿ ِﻞ َوﻗُ ْﺮ َءا َن ٱ ْﻟﻔَ ْﺠ ِﺮ ِإ ﱠن ﻗُ ْﺮ َءا َن ٱ ْﻟﻔَ ْﺠ ِﺮ َﻛﺎ َن َﻣ ْﺸ ُﮭﻮدًا
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan
(dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan
(keistimewaannya).
Pengajaran
1. Allah SWT menasihatkan Nabi SAW, apabila dibuat rasa gelisah, dihalau, jangan lari
daripada fokus perjuangan iaitu dirikan solat ketika waktu gelincir matahari, ialah
sembahyang zohor, asar, maghrib dan isyak dan solat subuh.
2. Quran pada waktu fajar ialah nama lain waktu subuh. Waktu solat subuh ialah waktu
malaikat bertukar shift. Malaikat akan membawa laporan ke langit. Kita tidak mahu
laporan dihantar ke atas dalam keadaan kita tengah tidur, tidak solat subuh. Itu akan
menyebabkan pertolongan Allah jauh. Pastikan subuh kita diperhatikan oleh para
malaikat. Walaupun tidak ramai orang yang memerhatikan, kita tetap mahu diperhatikan
oleh malaikat.
3. Waktu solat subuh, baca ayat Quran yang lebih panjang.
Ayat 17: 79
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 49