َو ِﻣ َﻦ ٱﻟﱠ ْﯿ ِﻞ ﻓَﺘَ َﮭ ﱠﺠ ْﺪ ﺑِ ِﮫۦ ﻧَﺎﻓِﻠَﺔً ﻟﱠ َﻚ َﻋ َﺴ ٰ ٓﻰ أَن ﯾَ ْﺒﻌَﺜَ َﻚ َرﺑﱡ َﻚ َﻣﻘَﺎ ًﻣﺎ ﱠﻣ ْﺤ ُﻤﻮدًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud"
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Pengajaran
1. Ayat ini adalah seruan kepada kita untuk bertahajud.
2. Tahajud adalah kewajiban kepada Nabi SAW tetapi nawafil kepada kita, umat Nabi SAW.
Dimudahkan bagi kita sebagai tambahan, bukan wajib. Ini adalah satu rahmat.
3. Untuk mendidik diri kita, kita perlu mencapai standard ayat 79, iaitu bangun malam. Tetapi,
ketika bersama masyarakat, tidak payahlah kita mewajibkan pula mereka bangun malam.
4. Tahajud berasal daripada perkataan ha-ja-da. Bila seseorang bertahajud dan faham nilai
solat itu, dia akan mempunyai semangat untuk kuatkan dirinya.
5. Perkataan tahajud ada kaitan dengan berjihad. Orang berjihad dan dibina dengan tahajud
akan benar-benar berjihad dari dalam dirinya bukan luaran sahaja yang menyebabkan dia
buat bersungguh-sungguh.
6. Kesan amalan tahajud, kita akan diangkat ke makam yang terpuji. Di akhirat nanti semua
orang akan bersama dengan pemimpin mereka. Kalau kita bertahajud dan berjuang
bersama Nabi SAW, kita di belakang Nabi SAW yang akan memberi syafaat kepada
umatnya. Harapnya kita akan dapat capai makan terpuji kerana mengamalkan ayat ini.
7. Gelisah Nabi SAW dibantu oleh Allah SWT bila mendirikan solat malam. Ada 4 manfaat
solat malam: a) dinaikkan makam, b) dimasukkan dengan masuk yang benar, c) keluar
yang benar, d) diberikan pertolongan yang besar.
8. Bagi kita, masuk yang benar ialah masuk agama Islam dengan cara yang benar melalui
al-Quran dan sunnah Nabi SAW maka kita tidak termasuk ajaran sesat.
9. Bagi Nabi SAW, masuk yang benar ialah masuk ke tempat yang betul, iaitu Madinah agar
mudah untuk meluaskan lagi dakwah tauhid kepada Allah SWT dan keluar dengan mulia
daripada Mekah kerana selepas ini akan masuk semula ke Mekah dengan pertolongan
Allah sebagai kemenangan pada tahun 8 Hijrah semasa peristiwa Fathul Mekah.
Ayat 17: 80
َوﻗُﻞ ﱠر ّ ِب أَ ْد ِﺧ ْﻠ ِﻨﻰ ُﻣ ْﺪ َﺧ َﻞ ِﺻ ْﺪ ٍق َوأَ ْﺧ ِﺮ ْﺟﻨِﻰ ُﻣ ْﺨ َﺮ َج ِﺻ ْﺪ ٍق َوٱ ْﺟﻌَﻞ ِﻟّﻰ ِﻣﻦ ﻟﱠﺪُﻧ َﻚ ُﺳ ْﻠ ٰ َﻄﻨًﺎ ﻧﱠ ِﺼﯿ ًﺮا
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku
ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku
daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
Pengajaran
1. Bila selalu bertahajud, Allah SWT akan beri bantuan atau kuasa. ُﺳ ْﻠ ٰ َﻄﻨًﺎ ﻧﱠ ِﺼﯿ ًﺮاbermaksud
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 50
pertolongan daripada Allah SWT. Ada orang cari kuasa sahaja untuk merasa hebat, bukan
untuk mendapat bantuan daripada Allah SWT
2. Bila Allah SWT bantu, keluarga, organisasi dan negara akan berkat. Jika berlaga-laga dan
tidak sedar misi untuk mendapat bantuan Allah SWT, maka akhirnya akan hancur
keluarga, organisasi atau negara.
Ayat 17: 81
َوﻗُ ْﻞ َﺟﺎٓ َء ٱ ْﻟ َﺤ ﱡﻖ َو َز َھ َﻖ ٱ ْﻟ ٰﺒَ ِﻄ ُﻞ إِ ﱠن ٱ ْﻟ ٰﺒَ ِﻄ َﻞ َﻛﺎ َن َز ُھﻮﻗًﺎ
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah
(kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap
lenyap".
Pengajaran
1. Kita dapat kuasa dengan pertolongan daripada Allah SWT. Ini akan membuatkan kita
pastikan kebenaran itu sentiasa di atas dan kebatilan dihancurkan.
2. Realitinya perkara batil memang akan lenyap. Kenapa masih berlaku kebatilan? Ini kerana
perkara Al-Haq jarang dibincangkan. Kalau al-Quran jarang dibaca dan difahami, yang
masuk dalam hati kita ialah bacaan yang remeh-remeh dari punca-punca yang batil
seperti facebook dan media sosial yang akan mempengaruhi cara kita berfikir,
berperasaan dan cara kita bertindak.
3. Al-Haq (Al-Quran) ini diperjuangkan oleh Nabi SAW daripada Mekah sampai ke Madinah
dan ayat ini dibaca Nabi SAW ketika Fathul Mekah semasa menghancurkan berhala-
berhala di sekeliling kaabah.
4. Kebatilan itu lenyap disebabkan perjuangan bersama solat dan sentiasa membaca al-
Quran.
Ayat 17: 82
َوﻧُﻨَ ِّﺰ ُل ِﻣ َﻦ ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن َﻣﺎ ُھ َﻮ ِﺷﻔَﺎٓ ٌء َو َر ْﺣ َﻤﺔٌ ِﻟّ ْﻠ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨِﯿ َﻦ َو َﻻ ﯾَ ِﺰﯾﺪُ ٱﻟ ٰ ﱠﻈ ِﻠ ِﻤﯿ َﻦ ِإ ﱠﻻ َﺧ َﺴﺎ ًرا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran
tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua.
Pengajaran
1. Inilah kefahaman kita tentang al-Haq. Sumber kebenaran yang di perjuangkan oleh Nabi
SAW dan para sahabat itu sumbernya daripada langit yang namanya al-Quran. Solat dan
al-Quran tidak boleh lari daripada kehidupan kita. Inilah yang perlu dijaga untuk mendapat
kuasa dan pertolongan ( ) ُﺳ ْﻠ ٰ َﻄﻨًﺎ ﻧﱠ ِﺼﯿ ًﺮاdaripada Allah SWT.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 51
2. Solat subuh sebaiknya dipanjangkan sedikit bacaan al-Qurannya supaya lebih banyak
bantuan sampai dalam apa sahaja yang kita buat kerana waktu ini disaksikan oleh para
malaikat yang akan membuat laporan terus kepada Allah SWT. Bagi ibu-ibu yang
mendidik anak-anak di rumah, bagi ayah-ayah yang bekerja, bagi pemimpin, kalau ingin
diberikan kuasa dan pertolongan ( ) ُﺳ ْﻠ ٰ َﻄﻨًﺎ ﻧﱠ ِﺼﯿ ًﺮاmaka inilah caranya.
3. Peranan al-Quran yang pertama adalah penawar ( ) ِﺷﻔَﺎٓ ٌء. Menurut imam As-Saadi, al-Quran
menjadi penawar kepada berbagai penyakit:
a. Syubhah (perkara yang ragu-ragu), kejahilan, mengada-adakan kejahatan atau
ada tujuan buruk dalam berbuat sesuatu. Dengan selalu membaca al-Quran, Allah
akan memberi penawar kepada tujuan buruk itu daripada rasa dengki kepada orang
lain atau rasa hendak hancurkan orang lain, kepada kita akan rasa kita kena tolong
orang lain, kena bantu ke arah kebajikan dan taqwa.
b. Melenyapkan syahwah yang bercanggah seperti rasa malas hendak solat, malas
hendak kerja. Rasa itu akan dilenyapkan oleh peringatan-peringatan daripada al-
Quran. Bila kita baca dan tadabbur kita akan dapat penawar itu.
c. Penyakit fizikal juga boleh dirawat dengan al-Quran. Ia akan menghilangkan stres,
kita akan berfikir dengan lebih matang dan nyaman, maka itu akan membina
kesihatan. Sistem imun kita akan terkesan daripada membaca al-Quran.
4. Doktor-doktor disarankan untuk mengkaji kesan al-Quran dalam usaha rawatan bagi
penyakit fizikal dan mental. Kita tidak boleh asingkan roh dan jasad dalam usaha mendidik
dan merawat manusia.
5. Cabarannya, al-Quran ini tidak memberi kesan yang baik kepada orang yang zalim malah
menambahkan kerugian kepada mereka:
a. Mereka yang zalim ini bila diajak baca, faham dan amal al-Quran mereka tidak
ambil kisah.
b. Mereka tidak mahu kagum, tidak mahu mencari ubat daripada al-Quran, tidak mahu
mencari kasih sayang Allah daripada al-Quran.
c. Mereka tengok al-Quran macam buku biasa. Tidak ada perbezaan hendak baca
dan amal atau tidak. Yang penting bagi mereka, hidup mesti diteruskan tanpa kisah
kepada al-Quran dan tidak mahu untuk memperjuangkan nilai al-Quran.
6. Nabi bukan sekadar baca al-Quran tetapi memperjuangkan al-Quran. Bila itu dilakukan,
maka kita tidak menjadi orang yang zalim. Al-Quran akan menjadi sumber penawar dan
rahmah daripada Allah SWT.
Ayat 17: 83
ﻮ ًﺳﺎyَوإِذَآ أَ ْﻧﻌَ ْﻤﻨَﺎ َﻋﻠَﻰ ٱ ْ ِﻹﻧ ٰ َﺴ ِﻦ أَ ْﻋ َﺮ َض َوﻧَـ©ﺎ ِﺑ َﺠﺎﻧِﺒِ ِﮫۦ َو ِإذَا َﻣ ﱠﺴﮫُ ٱﻟ ﱠﺸ ﱡﺮ َﻛﺎ َن ﯾَـ
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri
(dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa
Pengajaran
1. Al-Quran adalah nikmat yang paling besar kepada manusia. Bila Allah SWT bagi nikmat,
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 52
manusia menjauhkan diripada sumber nikmat iaitu Allah SWT.
2. Mereka mahu nikmat tetapi hendak jauh daripada sumber nikmat. Bila diberi keburukan
seperti sakit, COVID-19, bisnes tidak jadi, mereka berputus asa, rasa tidak ada harapan
untuk hidup. Inilah psikologi manusia. Ia boleh diubat dengan al-Quran. Kalau ada al-
Quran dia akan rasa Allah akan bantu. Allah sumber rezeki, Allah boleh sembuhkan, Allah
boleh buat perubahan. Dulu pun pernah ada pandemik, tetapi Allah boleh sembuhkan.
Itulah harapan-harapan positif kerana mendapat penawar dan rahmat daripada al-Quran.
Ayat 17: 84
ﻗُ ْﻞ ُﻛ ﱞﻞ ﯾَ ْﻌ َﻤ ُﻞ َﻋﻠَ ٰﻰ َﺷﺎ ِﻛﻠَ ِﺘ ِﮫۦ ﻓَ َﺮﺑﱡ ُﻜ ْﻢ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ﺑِ َﻤ ْﻦ ُھ َﻮ أَ ْھﺪَ ٰى َﺳﺒِﯿ ًﻼ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya
sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul
jalannya".
Pengajaran
1. Allah SWT memberitahu bahawa setiap manusia adala berbeza, tetapi ada kesamaan.
2. Masing-masing ada personaliti atau gaya ( ) َﺷﺎ ِﻛﻠَﺘِ ِﮫۦmasing-masing untuk beramal. Ada yang
boleh menulis nota, ada yang boleh memasak, ada yang boleh menjahit, ada yang diam.
3. Setiap orang beramal dengan personaliti masing-masing, tetapi dengan perbezaan itu kita
bersatu di atas hidayah Allah SWT.
4. Kita kena gunakan potensi yang Allah berikan kepada setiap orang sebagai ruang untuk
beramal atas jalan hidayah Allah SWT. Janganlah kita mengatakan orang lain atau
kumpulan lain tidak betul kerana masing-masing ada kapasiti, personaliti dan juga minat
masing-masing.
Ayat 17: 85
َوﯾَ ْﺴـ©ﻠُﻮﻧَ َﻚ َﻋ ِﻦ ٱﻟ ﱡﺮوحِ ﻗُ ِﻞ ٱﻟ ﱡﺮو ُح ِﻣ ْﻦ أَ ْﻣ ِﺮ َر ِﺑّﻰ َو َﻣﺎٓ أُو ِﺗﯿﺘُﻢ ِّﻣ َﻦ ٱ ْﻟ ِﻌ ْﻠ ِﻢ ِإ ﱠﻻ ﻗَ ِﻠﯿ ًﻼ
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;
dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Pengajaran
1. Ada orang bertanya tentang roh. Mengapa roh? Kerana roh ada kaitan dengan nama al-
Quran yang dibawa oleh Ruhul Qudus (Jibril).
2. Roh penting dalam hidup kita kerana kita bukan melihat dari segi fizikal semata-mata.
Dalam hidup, kita perlu cari hidayah untuk diri kita, berinteraksi dengan roh al-Quran untuk
mendapat kemenangan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 53
RESOLUSI
Ingat!
1. Yakin pertolongan Allah SWT jika mesej kebaikan yang diperjuangkan ditentang (17:76)
2. Dirikan solat termasuk tahajud untuk meraih pertolongan Allah SWT (17:78-80)
3. Komited dengan al-Quran sebagai penawar dan rahmat kepada orang beriman (17:82)
Saya berasa lega, Al-Quran membangkitkan jiwa saya yang lesu dengan rahmat Allah SWT.
Saya jelas saya mesti yakin pertolongan Allah SWT jika mesej kebaikan yang diperjuangkan
ditentang. Saya jelas untuk dirikan solat termasuk tahajud untuk meraih pertolongan Allah
SWT. Saya jelas saya mesti komited dengan al-Quran sebagai penawar dan rahmat kepada
orang beriman.
Ya Allah, kurniakan kami kuasa dan pertolongan untuk memperjuangkan mesej kebaikan. Ya
Allah, jadikan kami orang yang mendirikan solat termasuk tahajud dan kurniakan kepada kami
pertolongan untuk membawa diri, keluarga, organisasi dan negara kami kepada kebaikan dan
taqwa. Ya Allah, bimbing kami untuk komited dengan al-Quran agar ia menjadi sebagai
penawar dan rahmat kepada kami.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 54
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 7 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (8 Sept 2021)
MQT386 Halaman 291 Al-Isra', 87-96
PERKATAAN HARI INI َظ َﮭ َﺮMenzahirkan, menyatakan, menerangkan. 59 kali disebut di
dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Mukjizat al-Quran (17:87-89)
2. Permintaan orang Musyrik agar diturunkan salah satu daripada enam tanda kekuasaan
Allah SWT (17:90-93)
3. Antara kesilapan berfikir orang Musyrik, sifat kemanusiaan para rasul dan pengingkaran
terhadap hari kebangkitan (17:94-96)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita bertemu hari ini pada halaman 291. Nikmat paling besar adalah al-Quran.
Dengan membaca al-Quran, itu tandanya kita diberi kasih sayang oleh Allah SWT.
Ayat 17: 86
َوﻟَﺌِﻦ ِﺷﺌْﻨَﺎ ﻟَﻨَ ْﺬ َھﺒَ ﱠﻦ ﺑِﭑﻟﱠ ِﺬ ٓى أَ ْو َﺣ ْﯿﻨَﺎٓ ِإﻟَ ْﯿ َﻚ ﺛُ ﱠﻢ َﻻ ﺗَ ِﺠﺪُ ﻟَ َﻚ ِﺑ ِﮫۦ َﻋﻠَ ْﯿﻨَﺎ َو ِﻛﯿ ًﻼ
Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah
wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap
Kami untuk mengembalikannya.
Pengajaran
1. Ayat ini memberi ancaman kepada orang yang tidak kisah dengan al-Quran. Allah SWT
boleh sahaja mengambilnya kembali.
2. Al-Quran adalah penawar untuk menguruskan hati manusia yang setiap hari diserang
virus. Puncaknya, orang yang kufur di zaman Nabi SAW dan ahli kitab.
3. Kalau kita sibuk sangat sampai tidak ada masa untuk al-Quran, Allah boleh tarik sahaja
al-Quran.
4. Jangan ambil selain daripada Allah SWT sumber tawakal. Kesan tawakal dalam hidup kita
amat besar. Kalau kita stres, bila tawakal kepada Allah SWT, kita tahu Allah yang jaga
urusan kita. Serahkan kepada Allah untuk menyusun apa yang terbaik untuk kita. Tidak
perlu membebankan semuanya atas diri kita sendiri.
Ayat 17: 87
إِ ﱠﻻ َر ْﺣ َﻤﺔً ِّﻣﻦ ﱠر ِﺑّ َﻚ ِإ ﱠن ﻓَ ْﻀﻠَﮫۥُ َﻛﺎ َن َﻋﻠَ ْﯿ َﻚ َﻛ ِﺒﯿ ًﺮا
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 55
(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya limpah
kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
Pengajaran
1. Dengan rahmat Allah SWT kita dapat al-Quran. Sesungguhnya kurniaan Allah SWT
kepada kita amat besar. Dengan rahmat Allah kita diberi peluang bersama al-Quran.
2. Allah SWT boleh menarik al-Quran daripada orang yang kurang membacanya,
menghafalnya, atau pun yang sudah hafaz tetapi Allah SWT tarik kefahamannya.
Ayat 17: 88
ﻗُﻞ ﻟﱠ ِﺌ ِﻦ ٱ ْﺟﺘَ َﻤﻌَ ِﺖ ٱ ْ ِﻹﻧ ُﺲ َوٱ ْﻟ ِﺠ ﱡﻦ َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ أَن ﯾَﺄْﺗُﻮ ۟ا ِﺑ ِﻤﺜْ ِﻞ ٰ َھﺬَا ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن َﻻ ﯾَﺄْﺗُﻮ َن ﺑِ ِﻤﺜْ ِﻠ ِﮫۦ َوﻟَ ْﻮ َﻛﺎ َن ﺑَ ْﻌ ُﻀ ُﮭ ْﻢ ِﻟﺒَ ْﻌ ٍﺾ َظ ِﮭﯿ ًﺮا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun
dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka
tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun
mereka bantu-membantu sesama sendiri".
Pengajaran
1. Nabi Musa AS ada tongkat sebagai mukjizat. Kita ada al-Quran. Ia adalah mukjizat yang
sesiapa pun tidak boleh ganggu. Malah kalau hendak cuba buat yang sama, manusia dan
jin tidak dapat menghasilkan kitab yang serupanya.
2. Ini bermakna mesej ini adalah benar. Al-Quran bukan datang dari Nabi SAW. Semakin
kita membaca al-Quran, semakin kita bergantung kepada Allah SWT.
3. Pembaca al-Quran akan ikut Allah, kesannya tidak menjadi orang yang ego. Kalau ada
masalah kita akan serah kepada Allah, bukan suruh orang lain ikut kita.
Ayat 17: 89
َوﻟَﻘَ ْﺪ َﺻ ﱠﺮ ْﻓﻨَﺎ ِﻟﻠﻨﱠﺎ ِس ِﻓﻰ ٰ َھﺬَا ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن ِﻣﻦ ُﻛ ِّﻞ َﻣﺜَ ٍﻞ ﻓَﺄَﺑَ ٰ ٓﻰ أَ ْﻛﺜَ ُﺮ ٱﻟﻨﱠﺎ ِس إِ ﱠﻻ ُﻛﻔُﻮ ًرا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-
Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam
pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Pengajaran
1. Allah SWT mempelbagaikan sudut pandang di dalam al-Quran. Ada cerita, ada amaran,
ada khabar gembira, ada ayat yang menyuruh tengok alam, tengok sejarah. Dengan sudut
pandang yang berbeza ini akan jelas bahawa Allah SWT sahaja yang perlu ditaati. Kita ini
adalah hamba yang lemah.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 56
2. Ada manusia enggan membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Mereka menjadi
kufur kepada nikmat paling besar ini.
Ayat 17: 90
َوﻗَﺎﻟُﻮ ۟ا ﻟَﻦ ﻧﱡ ْﺆ ِﻣ َﻦ ﻟَ َﻚ َﺣﺘﱠ ٰﻰ ﺗَ ْﻔ ُﺠ َﺮ ﻟَﻨَﺎ ِﻣ َﻦ ٱ ْﻷَ ْر ِض ﯾَ ۢﻨﺒُﻮ ًﻋﺎ
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad),
sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami.
Pengajaran
1. Orang-orang kafir terus enggan beriman kepada Nabi SAW.
2. Mereka meminta Nabi SAW untuk tunjukkan bukti di depan mata mereka dengan
memancarkan mata air dari bumi.
Ayat 17: 91
أَ ْو ﺗَ ُﻜﻮ َن ﻟَ َﻚ َﺟﻨﱠﺔٌ ِّﻣﻦ ﻧﱠ ِﺨﯿ ٍﻞ َو ِﻋﻨَ ٍﺐ ﻓَﺘُﻔَ ِّﺠ َﺮ ٱ ْﻷَ ْﻧ ٰ َﮭ َﺮ ِﺧ ٰﻠَﻠَ َﮭﺎ ﺗَ ْﻔ ِﺠﯿ ًﺮا
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian
engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-
menerus
Pengajaran
1. Mereka juga minta Nabi SAW menunjukkan berbagai bukti-bukti dengan mengalirkan
sungai-sungai dari celah-celah pohon-pohon tamar dan anggur,
Ayat 17: 92
أَ ْو ﺗُ ْﺴ ِﻘ َﻂ ٱﻟ ﱠﺴ َﻤﺎٓ َء َﻛ َﻤﺎ َز َﻋ ْﻤ َﺖ َﻋﻠَ ْﯿﻨَﺎ ِﻛ َﺴﻔًﺎ أَ ْو ﺗَﺄْﺗِ َﻰ ِﺑﭑ ﱠ”ِ َوٱ ْﻟ َﻤ ٰﻠَٓﺌِ َﻜ ِﺔ ﻗَﺒِﯿ ًﻼ
Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang
engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk
kami menyaksikannya.
Pengajaran
1. Mereka juga meminta Nabi SAW untuk menggugurkan langit dan meminta Nabi SAW
membawa kepada mereka malaikat.
Ayat 17: 93
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 57
أَ ْو ﯾَ ُﻜﻮ َن ﻟَ َﻚ ﺑَ ْﯿ ٌﺖ ِّﻣﻦ ُز ْﺧ ُﺮ ٍف أَ ْو ﺗَ ْﺮﻗَ ٰﻰ ِﻓﻰ ٱﻟ ﱠﺴ َﻤﺎٓ ِء َوﻟَﻦ ﻧﱡ ْﺆ ِﻣ َﻦ ِﻟ ُﺮ ِﻗ ِﯿّ َﻚ َﺣﺘﱠ ٰﻰ ﺗُﻨَ ِّﺰ َل َﻋﻠَ ْﯿﻨَﺎ ِﻛ ٰﺘَﺒًﺎ ﻧﱠ ْﻘ َﺮ ُؤۥهُ ﻗُ ْﻞ ُﺳ ْﺒ َﺤﺎ َن َرﺑِّﻰ َھ ْﻞ ُﻛﻨ ُﺖ إِ ﱠﻻ
ﺑَ َﺸ ًﺮا ﱠر ُﺳﻮ ًﻻ
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga)
engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit
sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya".
Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang
manusia yang menjadi Rasul?
Pengajaran
1. Mereka juga mencabar Nabi SAW untuk membuat rumah yang terhias dari emas permata,
atau naik ke langit dan membawa turun kitab yang dialamatkan kepada mereka.
2. Semua cabaran itu adalah mustahil. Hanya boleh dibuat oleh Allah SWT. Allah SWT
menyuruh Nabi SAW memberitahu mereka yang baginda SAW tidak mampu berbuat apa-
apa kerana baginda SAW hanyalah manusia biasa.
3. Mereka yang mencabar itu hendakkan benda yang nampak depan mata. Kalau orang
cabar kita begitu katakan ُﺳ ْﺒ َﺤﺎ َن َرﺑِّﻰ, kita ini manusia biasa sahaja.
Ayat 17: 94
َو َﻣﺎ َﻣﻨَ َﻊ ٱﻟﻨﱠﺎ َس أَن ﯾُ ْﺆ ِﻣﻨُ ٓﻮ ۟ا إِ ْذ َﺟﺎٓ َء ُھ ُﻢ ٱ ْﻟ ُﮭﺪَ ٰ ٓى ِإ ﱠ ٓﻻ أَن ﻗَﺎﻟُ ٓﻮ ۟ا أَﺑَﻌَ َﺚ ٱ ﱠ”ُ ﺑَ َﺸ ًﺮا ﱠر ُﺳﻮ ًﻻ
Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada
mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul,
sehingga) mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus seorang manusia
menjadi Rasul?"
Pengajaran
1. Antara cabaran untuk orang mendapat hidayah, ialah dia tidak mahu menerima perkara
yang tidak ada keputusan cepat dan tidak mahu menerima orang di sekitarnya. Mereka
mahu orang yang turun daripada langit.
Ayat 17: 95
ﻗُﻞ ﻟﱠ ْﻮ َﻛﺎ َن ِﻓﻰ ٱ ْﻷَ ْر ِض َﻣ ٰﻠَٓ ِﺌ َﻜﺔٌ ﯾَ ْﻤ ُﺸﻮ َن ُﻣ ْﻄ َﻤﺌِ ِﻨّﯿ َﻦ ﻟَﻨَ ﱠﺰ ْﻟﻨَﺎ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭﻢ ِّﻣ َﻦ ٱﻟ ﱠﺴ َﻤﺎٓ ِء َﻣﻠَ ًﻜﺎ ﱠر ُﺳﻮ ًﻻ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal
mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi
rasul".
Pengajaran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 58
1. Mereka mengharapkan rasul itu turun daripada langit sempurna seperti Tuhan barulah
mereka akan percaya.
2. Bila bersama al-Quran, jangan kita harapkan keputusan terus dapat depan mata. Kita buat
kerana ibadah kepada Allah SWT bukan kerana hendak keputusan sekarang.
3. Jika kita mahu keputusan cepat, itu petanda ada penghalang kepada keimanan.
Ayat 17: 96
ﻗُ ْﻞ َﻛﻔَ ٰﻰ ﺑِﭑ ﱠ”ِ َﺷ ِﮭﯿ ۢﺪًا ﺑَ ْﯿﻨِﻰ َوﺑَ ْﯿﻨَ ُﻜ ْﻢ إِﻧﱠ ۥﮫُ َﻛﺎ َن ِﺑ ِﻌﺒَﺎ ِد ِۦه َﺧ ِﺒﯿ ۢ ًﺮا ﺑَ ِﺼﯿ ًﺮا
Katakanlah lagi: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu; sesungguhnya
adalah Ia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-
hambaNya".
Pengajaran
1. Allah SWT mengajarkan kepada Nabi SAW dan kepada kita bagaimana berinteraksi
dengan orang-orang tidak percaya kepada al-Quran dan yang memandang rendah orang
yang menyebarkan al-Quran.
2. Surah al-Isra' ini mengajar kita cara menyampaikan al-Quran dan cabaran. Kita kena
menjangkakan memang ada orang yang tidak suka kita sampaikan al-Quran.
3. Kalau ada yang menentang katakan: "Cukuplah Allah SWT menjadi saksi antaraku
dengan kamu".
4. Kalau tidak mahu menjawab, hendaklah tegas dalam hati kerana kita hamba. Kita hendak
jadi hamba seperti Nabi SAW yang Allah izinkan mendapat rahmat.
5. Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Melihat keadaan kita. Sebagai hamba kita ada
kelemahan. Dalam kelemahan itulah kita tahu Allah SWT sentiasa perhatikan apa yang
ada dalam hati kita. Hendaklah kita sama-sama perbaiki. Cukuplah Allah sebagai saksi.
RESOLUSI
Ingat!
1. Menghargai mukjizat al-Quran dengan mengambilnya sebagai sumber hidayah (17:88-89)
2. Jangan layan cabaran orang yang kufur kepada Allah SWT (17:90-93)
3. Selalu kembali kepada Allah SWT ketika ada orang bergaduh atau tidak puas hati atas
kebenaran dibawa (17:96)
Saya berasa lega, Allah SWT kurniakan al-Quran sebagai sumber hidayah.
Saya jelas saya mesti menghargai mukjizat al-Quran dengan mengambilnya sebagai sumber
hidayah. Saya jelas untuk tidak layan cabaran orang yang kufur kepada Allah SWT. Saya
jelas untuk selalu kembali kepada Allah SWT ketika ada orang bergaduh atau tidak puas hati
atas kebenaran dibawa.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 59
Ya Allah, bimbing kami untuk menghargai mukjizat al-Quran dengan mengambilnya sebagai
sumber hidayah. Ya Allah, jauhi kami daripada melayan cabaran orang yang kufur kepada
Mu. Ya Allah, pimpin kami untuk selalu kembali kepada Mu ketika ada orang bergaduh atau
tidak puas hati atas kebenaran dibawa.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 60
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 9 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (10 Sept 2021)
MQT387 Halaman 292 Al-Isra', 97-104
PERKATAAN HARI INI أَﺑَﻰEnggan. 13 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Hidayah dan sesat (17:97-100)
2. Sembilan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS dan sifat diturunkannya al-
Quran (17:101-104)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 292. Kita bersyukur kepada
Allah SWT kerana sudah hampir sampai ke penghujung surah al-Isra' untuk melihat
kesimpulan yang penting.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: "Al-Quran ini adalah hidangan Allah.
Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu."
Ada dua jenis orang yang tidak mahu menikmati hidangan iaitu orang yang sudah kenyang,
atau kerana dia sakit. Dalam dunia ini tidak ada orang yang betul-betul kenyang dengan al-
Quran. Malah Nabi SAW bersama al-Quran pada setiap hari. Semoga kita tidak menjadi orang
yang sakit sehingga dipaksa makan menggunakan tiub. Semoga kita tidak jemu menikmati
hidangan Allah SWT ini.
Ayat 17: 97
ﻤﺎ ﱠﻣﺄْ َو ٰﯨ ُﮭ ْﻢ َﺟ َﮭﻨﱠ ُﻢk َو َﻣﻦ ﯾَ ْﮭ ِﺪ ٱ ﱠ”ُ ﻓَ ُﮭ َﻮ ٱ ْﻟ ُﻤ ْﮭﺘَ ِﺪ َو َﻣﻦ ﯾُ ْﻀ ِﻠ ْﻞ ﻓَﻠَﻦ ﺗَ ِﺠﺪَ ﻟَ ُﮭ ْﻢ أَ ْو ِﻟﯿَﺎٓ َء ِﻣﻦ دُوﻧِ ِۦﮫ َوﻧَ ْﺤ ُﺸ ُﺮ ُھ ْﻢ ﯾَ ْﻮ َم ٱ ْﻟ ِﻘ ٰﯿَ َﻤ ِﺔ َﻋﻠَ ٰﻰ ُو ُﺟﻮ ِھ ِﮭ ْﻢ ُﻋ ْﻤﯿًﺎ َوﺑُ ْﻜ ًﻤﺎ َو ُﺻ
ُﻛﻠﱠ َﻤﺎ َﺧﺒَ ْﺖ ِز ْد ٰﻧَ ُﮭ ْﻢ َﺳ ِﻌﯿ ًﺮا
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya
berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-
kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan
himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas
mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam;
tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-
julang.
Pengajaran
1. Pada halaman lepas kita melihat bagaimana orang-orang kafir mencabar Allah SWT dan
Nabi SAW.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 61
2. Ideanya dalam ayat ini, hidayah adalah daripada Allah SWT bukan dapada Rasul SAW,
dan keputusan adalah daripada Allah SWT, bukan daripada Rasul SAW. Apabila dapat
hidayah orang itu akan kembali kepada Allah SWT.
3. ٱ ْﻟ ُﻤ ْﮭﺘَ ِﺪialah orang yang komited, bersegera menuju kepada hidayah. Ia adalah orang yang
merapati, mendekati hidayah. Kalau kita hendak hidayah, Allah SWT akan beri hidayah.
4. Kalau orang itu menjauhi hidayah, maka Allah SWT akan menjauhkannya. Allah SWT beri
pilihan kepada kita tetapi Allah akan beri respon ikut apa yang kita inginkan.
5. Mereka akan dikumpulkan di akhirat di atas wajah mereka. Mereka berjalan dengan muka
di atas tanah seperti binatang. Allah beri begini kerana mereka dalam keadaan buta, bisu
dan tuli.
6. Menurut Ibnu Ashyur, semasa di atas muka bumi mereka nampak tetapi tidak mahu
melihat kepada mukjizat alam ini sebagai bukti kebesaran Allah SWT. Allah SWT bisukan
mereka kerana di dunia mereka menggunakan mulut untuk mencabar Nabi SAW dan
mencabar Allah SWT dengan soalan-soalan yang pelik-pelik. Mereka pekak kerana tidak
menggunakan telinga untuk mendengar al-Quran. Mereka tidak mahu dengar kerana
khuatir akan terpengaruh.
7. Akhirnya mereka ingin kembali kepada kebenaran, tetapi sudah terlambat. Tempat
berlindung mereka ialah jahannam. Bila terpadam api, akan disimbah lagi sehingga api
menjulang-julang. Mereka diazab begitu kerana di dunia ini mereka suka memanaskan
keadaan supaya orang makin bergaduh.
Ayat 17: 98
ٰذَ ِﻟ َﻚ َﺟ َﺰآ ُؤ ُھﻢ ﺑِﺄَﻧﱠ ُﮭ ْﻢ َﻛﻔَ ُﺮو ۟ا ِﺑـ©ﺎ ٰﯾَﺘِﻨَﺎ َوﻗَﺎﻟُ ٓﻮ ۟ا أَ ِءذَا ُﻛﻨﱠﺎ ِﻋ ٰ َﻈ ًﻤﺎ َو ُر ٰﻓَﺘًﺎ أَ ِءﻧﱠﺎ ﻟَ َﻤ ْﺒﻌُﻮﺛُﻮ َن َﺧ ْﻠﻘًﺎ َﺟ ِﺪﯾﺪًا
Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan
mereka berkata: "Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami
akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu?"
Pengajaran
1. Mereka dibalas begitu kerana mereka kufur dengan ayat-ayat Allah SWT. Mereka
mempersoalkan sama ada benar ke tulang belulang boleh dibangkitkan semula?
2. Bani Israel cuba padamkan keimanan pada hari akhirat. Kita ulang cerita Bani Israel
banyak kali bukan kerana kita benci mereka. Kita hendak ambil pelajaran. Yang tidak baik
kita elakkan, yang baik kita ambil.
Ayat 17: 99
أَ َوﻟَ ْﻢ ﯾَ َﺮ ْو ۟ا أَ ﱠن ٱ ﱠ”َ ٱﻟﱠ ِﺬى َﺧﻠَ َﻖ ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ِت َوٱ ْﻷَ ْر َض ﻗَﺎ ِد ٌر َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ أَن ﯾَ ْﺨﻠُ َﻖ ِﻣﺜْﻠَ ُﮭ ْﻢ َو َﺟﻌَ َﻞ ﻟَ ُﮭ ْﻢ أَ َﺟ ًﻼ ﱠﻻ َر ْﯾ َﺐ ﻓِﯿ ِﮫ ﻓَﺄَﺑَﻰ ٱﻟ ٰ ﱠﻈ ِﻠ ُﻤﻮ َن ِإ ﱠﻻ ُﻛﻔُﻮ ًرا
Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan
bumi, berkuasa menciptakan orang orang yang seperti mereka (dalam bentuk yang baharu),
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 62
padahal Ia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya.? Dalam
pada itu, orang orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran.
Pengajaran
1. Allah SWT telah menentukan bagi setiap orang, hidup dan matinya. Bayi, apabila sampai
masanya, akan lahir. Begitu juga kematian, apabila sampai masanya beredarlah pergi.
Semuanya dengan kuasa Allah SWT. Allah SWT ada timing, Allah SWT berkuasa. Tidak
susah bagi Allah untuk bangkitkan semula manusia yang sudah ada.
2. Orang-orang yang tidak rasional, tidak menghargai kebesaran Allah, mereka akan cuba
menafikan.
3. Orang-orang yang zalim itu, mereka akan menolak. Orang zalim ialah orang yang tidak
adil dan tidak memperjuangkan keadilan untuk orang lain. Contoh: Bos tidak boleh tekan
orang bawah. Orang di bawah pula kena taat kepada bos.
4. Bani Israel tidak suka menegur dan tidak suka ditegur. Mereka akan buat komplot untuk
menjatuhkan orang yang menegur mereka. Mereka rasis.
Ayat 17: 100
ﻗُﻞ ﻟﱠ ْﻮ أَﻧﺘُ ْﻢ ﺗَ ْﻤ ِﻠ ُﻜﻮ َن َﺧ َﺰآ ِﺋ َﻦ َر ْﺣ َﻤ ِﺔ َرﺑِّ ٓﻰ ِإذًا ﱠﻷَ ْﻣ َﺴ ْﻜﺘُ ْﻢ َﺧ ْﺸﯿَﺔَ ٱ ْ ِﻹﻧﻔَﺎ ِق َو َﻛﺎ َن ٱ ْ ِﻹﻧ ٰ َﺴ ُﻦ ﻗَﺘُﻮ ًرا
Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada
ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan
sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut"
Pengajaran
1. Jangan jadi orang yang kedekut ()ﻗَﺘُﻮ ًرا. Mereka kedekut kerana tidak jaga iman; tidak mahu
sedekah, tidak mahu memberi peluang kepada orang lain untuk bantu, tidak mahu
memberi maaf, suka marahi orang.
2. ﻗَﺘُﻮ ًراadalah orang yang murah. Mereka hendak semua untuk diri sendiri. Kalau beri,
mereka beri yang murah-murah. Semoga kita tidak jadi orang yang kedekut.
3. Mereka jadi begitu kerana iman tidak dibina.
4. Bani Israel cuba melupakan bab mati dan bab akhirat. Mereka hendak enjoy sahaja dalam
hidup, tidak mahu infaq. Janganlah kita jadi seperti mereka. Banyakkan infaq dan bina
iman dengan mukjizat al-Quran.
5. Semoga kita kembali kepada Allah SWT dalam husnul khotimah.
Ayat 17: 101
َوﻟَﻘَ ْﺪ َءاﺗَ ْﯿﻨَﺎ ُﻣﻮ َﺳ ٰﻰ ﺗِ ْﺴ َﻊ َءا ٰﯾَ ۭ ٍﺖ ﺑَﯿِّ ٰﻨَ ٍﺖ ﻓَ ْﺴـ© ْﻞ ﺑَ ِﻨ ٓﻰ إِ ْﺳ ٰ َٓﺮ ِءﯾ َﻞ ِإ ْذ َﺟﺎٓ َء ُھ ْﻢ ﻓَﻘَﺎ َل ﻟَ ۥﮫُ ﻓِ ْﺮ َﻋ ْﻮ ُن إِ ِﻧّﻰ َﻷَ ُظﻨﱡ َﻚ ٰﯾَ ُﻤﻮ َﺳ ٰﻰ َﻣ ْﺴ ُﺤﻮ ًرا
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas
nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 63
Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan
mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: "Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai
Musa, seorang yang terkena sihir"
Pengajaran
1. Tafsir Hamka menyebut 9 mukjizat Nabi Musa AS:
a. Tongkat Nabi Musa AS
b. Cahaya dari tangan Nabi Musa AS
c. Taufan besar
d. Belalang
e. Agas dan kutu
f. Katak
g. Sungai Nil yang luas dan panjang menjadi air darah
h. Mesir ditimpa kemarau yang sangat panjang
i. Rosaknya hasil bumi dan penyakit berjangkit. Ada pandemik waktu itu.
2. Ini mengingatkan kita kepada pandemik yang sedang berlaku sekarang. Ini mesej besar
daripada Allah SWT supaya kita jangan terlampau laju dalam kehidupan sampai terlupa
bahawa kita bukan akan kekal hidup di dunia. Kita menuju ke akhirat yang lebih abadi.
3. Nabi Musa AS hendak selamatkan Bani Israel. Bani Israel, Firaun dan kuncu-kuncunya
adalah orang yang hendak diajak kepada iman. Sama seperti Nabi Muhammad SAW
mengajak orang Quraish untuk beriman.
4. Firaun mengatakan Nabi Musa AS telah disihir. Pada mulanya dia anggap Nabi Musa
adalah tukang sihir. Firaun amat yakin dengan kekayaan dan pangkat yang dia ada
sehinggakan dia tidak mengendahkan kepada seruan kembali kepada Allah SWT.
5. Firaun nampak 9 mukjizat yang sepatutnya membuat dia dan kuncu-kuncu rendah diri,
menjadi hamba dan kembali kepada Allah SWT.
Ayat 17: 102
ﻗَﺎ َل ﻟَﻘَ ْﺪ َﻋ ِﻠ ْﻤ َﺖ َﻣﺎٓ أَﻧ َﺰ َل ٰ َٓھ ُﺆ َ ٓﻻ ِء ِإ ﱠﻻ َر ﱡب ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ِت َوٱ ْﻷَ ْر ِض ﺑَ َﺼﺎٓﺋِ َﺮ َو ِإ ِﻧّﻰ َﻷَ ُظﻨﱡ َﻚ ٰﯾَ ِﻔ ْﺮ َﻋ ْﻮ ُن َﻣﺜْﺒُﻮ ًرا
Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang
menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit
dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku fikir,
engkau hai Firaun, akan binasa".
Pengajaran
1. Nabi Musa AS memberitahu yang Firaun sudah tahu tentang mukjizat-mukjizatnya adalah
diturunkan oleh Allah SWT. Mukjizat-mukjizat itu sudah pastinya datang daripada sumber
yang tidak dapat oleh manusia biasa, pastinya datang daripada Allah SWT. Ahli-ahli sihir
Firaun akhirnya masuk Islam.
2. Nabi Musa AS sudah ingatkan berkali-kali kepada Firaun dengan kata-kata yang baik.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 64
Tetapi bila mereka serang balik, menyebabkan Nabi Musa AS mengatakan yang Firaun
akan binasa.
3. Hendaklah kita terus-terus ajak orang kepada kebaikan seperti Nabi Nuh AS. Kalau orang
itu menentang balik dan hendak menghalang kebaikan untuk disampaikan, maka kita
boleh bertindak balas () َﻣﺜْﺒُﻮ ًرا.
Ayat 17: 103
ﻓَﺄَ َرادَ أَن ﯾَ ْﺴﺘَ ِﻔ ﱠﺰ ُھﻢ ِّﻣ َﻦ ٱ ْﻷَ ْر ِض ﻓَﺄَ ْﻏ َﺮ ْﻗ ٰﻨَﮫُ َو َﻣﻦ ﱠﻣﻌَ ۥﮫُ َﺟ ِﻤﯿﻌًﺎ
Maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan
dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.
Pengajaran
1. Quraish menghalau Nabi Muhammad SAW dan sahabat sama seperti Firaun yang
menghalau Nabi Musa AS dan Bani Israel.
2. Allah SWT telah tenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya di laut. Sebenarnya Allah
SWT juga boleh tenggelamkan manusia di darat. Allah SWT boleh jerluskan tanah-tanah,
atau gempa bumi yang akhirnya manusia degil hancur begitu sahaja.
3. Ini mengingatkan kita bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Bila-bila masa Allah SWT boleh
melenyapkan orang-orang yang menghalau, yang meresahkan kepada orang-orang yang
beriman.
Ayat 17: 104
َوﻗُ ْﻠﻨَﺎ ِﻣ ۢﻦ ﺑَ ْﻌ ِﺪ ِهۦ ِﻟﺒَﻨِ ٓﻰ إِ ْﺳ ٰ َٓﺮ ِءﯾ َﻞ ٱ ْﺳ ُﻜﻨُﻮ ۟ا ٱ ْﻷَ ْر َض ﻓَﺈِذَا َﺟﺎٓ َء َو ْﻋﺪُ ٱ ْل َءا ِﺧ َﺮةِ ِﺟﺌْﻨَﺎ ﺑِ ُﻜ ْﻢ ﻟَ ِﻔﯿﻔًﺎ
Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di
negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke Padang
Mahsyar) dengan bercampur-aduk.
Pengajaran
1. Allah SWT mengingatkan Bani Israel yang mereka terpisah-pisah di seluruh dunia ini
(diaspora), akhirnya akan kembali semula.
2. Bila diselamatkan daripada Firaun, Bani Israel menuju ke Palestin. Mereka tidak dapat
masuk terus, berlegar selama 40 tahun di padang pasir baru dapat masuk. Kemudian jatuh
semula. Pada 1948, berlakunya pembukaan Israel, mereka berkumpul balik.
3. "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami
datangkan kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk." Kalau mereka beriman
kepada Nabi Isa AS yang akan dibangkitkan nanti, mereka akan selamat.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 65
RESOLUSI
Ingat!
1. Cari hidayah agar ia sentiasa bertambah dan akan menjauhkan kita daripada bakaran api
neraka (17:97)
2. Jangan bersikap sombong dan menafikan kebenaran hingga membawa kepada kekufuran
(17:99)
3. Banyakkan infak sebagai pembuktian keimanan dan hidayah (17:100)
Saya berasa lega, Allah SWT akan jauhkan saya daripada bakaran api neraka sekiraya saya
berusaha bersungguh-sungguh mencari hidayah.
Saya jelas saya mesti cari hidayah agar ia sentiasa bertambah dan akan menjauhkan saya
daripada bakaran api neraka. Saya jelas untuk tidak bersikap sombong dan menafikan
kebenaran hingga membawa kepada kekufuran. Saya jelas untuk banyakkan infak sebagai
pembuktian keimanan dan hidayah.
Ya Allah, bimbing kami untuk cari hidayah agar ia sentiasa bertambah. Ya Allah, jauhkan kami
daripada bakaran api neraka. Ya Allah, jauhkan kami daripada bersikap sombong dan
menafikan kebenaran hingga membawa kepada kekufuran. Ya Allah, bantu kami untuk
menjadi orang yang banyak infak sebagai pembuktian keimanan dan hidayah.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 66
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 10 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (11 Sept 2021)
MQT388 Halaman 293 Al-Isra', 105-111 dan Al-Kahf, 1-4
PERKATAAN HARI INI ﻧَ ِﺬ ًرMemberi amaran, memberi peringatan. 130 kali disebut di
dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Mukjizat al-Quran (17:105-109)
2. Berdoa kepada Allah dengan Asma'ul Husna (17:110-111)
3. Tata cara memuji Allah SWT dan fungsi al-Quran (18:1-4)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 293. Kita bersyukur kepada
Allah SWT kerana sudah sampai ke halaman akhir Surah Al-Isra' dan awal Surah Al-Kahfi.
Surah Al-Isra' dan Surah Al-Kahf ini adik beradik. Surah Al-Isra' banyak bercerita tentang Bani
Israel, Surah Al-Kahf menegur kumpulan Nasrani.
Ayat 104 menceritakan bagaimana Bani Israel yang terpisah di seluruh dunia dijumpakan
kembali.
Ayat 17: 105
َوﺑِﭑ ْﻟ َﺤ ِّﻖ أَﻧ َﺰ ْﻟ ٰﻨَﮫُ َو ِﺑﭑ ْﻟ َﺤ ِّﻖ ﻧَ َﺰ َل َو َﻣﺎٓ أَ ْر َﺳ ْﻠ ٰﻨَ َﻚ إِ ﱠﻻ ُﻣﺒَ ِّﺸ ًﺮا َوﻧَ ِﺬﯾ ًﺮا
Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan
meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)
melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa
amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
Pengajaran
1. Allah SWT membawa hakikat al-Quran ini diturunkan dengan kebenaran, dengan tujuan
untuk memberitahu kepada kita tentang fungsi kita sebagai hamba dan bagaimana kita
berperanan di muka bumi ini. Ia adalah perkara yang serius untuk melawan kebatilan.
2. Allah SWT menghantar Nabi SAW sebagai pembawa berita gembira dan pembawa
amaran.
3. Bani Israel tidak berpuas hati dengan Nabi SAW kerana baginda bukan dari kalangan
mereka. Mereka beriman tetapi tidak menerima kerana ego. Dalam hidup, tidak
semestinya orang beriman itu selamat.
4. Bani Israel ada peluang untuk kembali balik kepada kebenaran.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 67
Ayat 17: 106
َوﻗُ ْﺮ َءاﻧًﺎ ﻓَ َﺮ ْﻗ ٰﻨَﮫُ ِﻟﺘَ ْﻘ َﺮأَۥهُ َﻋﻠَﻰ ٱﻟﻨﱠﺎ ِس َﻋﻠَ ٰﻰ ُﻣ ْﻜ ٍﺚ َوﻧَ ﱠﺰ ْﻟ ٰﻨَﮫُ ﺗَﻨ ِﺰﯾ ًﻼ
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia
dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
Pengajaran
1. Al-Quran diturunkan beransur-ansur untuk dibaca kepada semua manusia, bukan hanya
orang Islam sahaja.
2. Hendaklah kita dengarkan al-Quran kepada kawan-kawan yang belum Islam. Al-Quran
bila dibaca secara perlahan-lahan akan memberi kesan kepada jiwa kita.
3. Al-Quran diturunkan bertahap-tahap supaya kita dapat memprosesnya. Ia menyerap
menanti kepada peristiwa-persitiwa dan cabaran yang sesuai untuk menjadi solusi.
4. Apa yang kita baca selalunya memang kena pada kita. Bila kita belajar dan baca al-Quran,
kita cuba fikirkan apa mesejnya. Jika tidak terasa kesan, kita tidak dapat ﺗَﻨ ِﺰﯾ ًﻼ. Bila baca
al-Quran, kita akan rasa sedap dan manisnya seperti kita makan halwa sebelum makan
main course. Main course al-Quran ada di syurga Allah SWT.
5. Untuk mendapatkan rasa manisnya al-Quran itu kita kena baca sedikit-sedikit, cuba
faham, dan cuba kaitkan dengan persitiwa yang sedang berlaku barulah kita dapat solusi
yang dibekalkan oleh al-Quran.
Ayat 17: 107
ﻗُ ْﻞ َءا ِﻣﻨُﻮ ۟ا ﺑِ ِٓۦﮫ أَ ْو َﻻ ﺗُ ْﺆ ِﻣﻨُ ٓﻮ ۟ا ِإ ﱠن ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ أُوﺗُﻮ ۟ا ٱ ْﻟ ِﻌ ْﻠ َﻢ ِﻣﻦ ﻗَ ْﺒ ِﻠ ِٓۦﮫ إِذَا ﯾُﺘْﻠَ ٰﻰ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ ﯾَ ِﺨ ﱡﺮو َن ِﻟ ْﻸَ ْذﻗَﺎ ِن ُﺳ ﱠﺠﺪًا
Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu
beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana
sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada
mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);
Ayat 17: 108
َوﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن ُﺳ ْﺒ ٰ َﺤ َﻦ َرﺑِّﻨَﺎٓ ِإن َﻛﺎ َن َو ْﻋﺪُ َرﺑِّﻨَﺎ ﻟَ َﻤ ْﻔﻌُﻮ ًﻻ
Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji
Tuhan kami tetap terlaksana. "
Ayat 17: 109
۩ َوﯾَ ِﺨ ﱡﺮو َن ِﻟ ْﻸَ ْذﻗَﺎ ِن ﯾَ ْﺒ ُﻜﻮ َن َوﯾَ ِﺰﯾﺪُ ُھ ْﻢ ُﺧ ُﺸﻮ ًﻋﺎ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 68
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan
mereka khusyuk.
Pengajaran
1. Orang-orang yang berilmu dan beriman akan tunduk sujud kepada Allah SWT apabila
dibacakan al-Quran.
2. Orang yang baca al-Quran tetapi tidak yakin dengan janji Allah SWT, itu bermakna dia
ada masalah ilmu pada keimanannya.
3. Semoga kita dapat terus menambah ilmu yang ada dengan mengikuti program baca,
faham dan amal. Hendaklah kita sentiasa top-up ilmu al-Quran yang ada supaya menjadi
orang yang tunduk khusyuk kepada Allah SWT. Iman + Ilmu + Quran --> Tunduk Khusyuk
(Lambang Kehambaan).
4. Ada waktu tertentu, bila kita membaca al-Quran, kita berasa overwhelmed dan
speechless, tidak terkata dan mengalir air mata.
5. Surah al-Isra' ajar kita cara jadi hamba. Sebagai hamba, Nabi SAW dijalankan daripada
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sampai ke Sidratul Muntaha. Hamba juga suka berdoa,
menyeru kepada ar-Rahman.
6. Tugas seorang rasul adalah memberi peringatan dan memberi amaran, begitu juga tugas
kita sebagai penyambung tugas Nabi SAW.
7. Semakin jadi hamba, semakin kita mengingatkan diri kita dan ingatkan kepada orang lain
supaya mereka tidak jatuh ke dalam masalah. Walaupun ada orang rasa kecil hati, tetapi
kita sebenarnya hendak selamatkan mereka. Bukan kerana benci bukan kerana tidak
suka.
Ayat 17: 110
ﺎ ﱠﻣﺎ ﺗَ ْﺪ ُﻋﻮ ۟ا ﻓَﻠَﮫُ ٱ ْﻷَ ْﺳ َﻤﺎٓ ُء ٱ ْﻟ ُﺤ ْﺴﻨَ ٰﻰ َو َﻻ ﺗَ ْﺠ َﮭ ْﺮ ِﺑ َﺼ َﻼﺗِ َﻚ َو َﻻ ﺗُ َﺨﺎ ِﻓ ْﺖ ِﺑ َﮭﺎ َوٱ ْﺑﺘَﻎِ ﺑَ ْﯿ َﻦ ٰذَ ِﻟ َﻚ َﺳﺒِﯿ ًﻼkﻗُ ِﻞ ٱ ْد ُﻋﻮ ۟ا ٱ ﱠ”َ أَ ِو ٱ ْد ُﻋﻮ ۟ا ٱﻟ ﱠﺮ ْﺣ ٰ َﻤ َﻦ أَﯾ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana
sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai
banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa
atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu
cara yang sederhana antaranya.
Pengajaran
1. Bila berdoa kepada Allah SWT, jangan melantangkan dan jangan terlalu merendahkan
suara. Penting perkara ini kerana ia ada kaitan dengan perangai kita juga. Ada orang yang
perangainya lantang, serba serbi hendak buat. Ada orang yang perangai terlalu perlahan,
kerja-kerja semua perlahan.
2. Asma ul Husna adalah nama-nama Allah yang baik. Ia akan menyerap kepada kita untuk
buat kebaikan. Hamba yang baik tidak akan balas orang yang buat dia marah. Allah SWT
tidk balas dengan kemarahan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 69
Ayat 17: 111
َوﻗُ ِﻞ ٱ ْﻟ َﺤ ْﻤﺪُ ِ ﱠ”ِ ٱﻟﱠ ِﺬى ﻟَ ْﻢ ﯾَﺘﱠ ِﺨ ْﺬ َوﻟَﺪًا َوﻟَ ْﻢ ﯾَ ُﻜﻦ ﻟﱠ ۥﮫُ َﺷ ِﺮﯾ ٌﻚ ِﻓﻰ ٱ ْﻟ ُﻤ ْﻠ ِﻚ َوﻟَ ْﻢ ﯾَ ُﻜﻦ ﻟﱠ ۥﮫُ َو ِﻟ ﱞﻰ ِّﻣ َﻦ ٱﻟﺬﱡ ِّل َو َﻛﺒِّ ْﺮهُ ﺗَ ْﻜﺒِﯿ ۢ ًﺮا
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada
bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu
kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan
bersungguh-sungguh!"
Pengajaran
1. Allah SWT memberikan 5 panduan untuk menguatkan tauhid:
a. Puji Allah SWT
b. Jangan cakap Allah SWT ada anak
c. Jangan syirikkan kuasa Allah SWT
d. Jangan kata Allah SWT perlukan penolong
e. Besarkan Allah SWT
2. Bani Israel dilaknat kerana melakukan yang bertentangan dengan perkara-perkara di atas.
Itu menyebabkan mereka jatuh.
3. Kalau umat Islam hendak bangkit, kita kena jaga 5 perkara ini. Bermula dengan
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Di tengah-tengahnya itu kita kena jaga
keimanan dengan ilmu daripada al-Quran.
Surah Al-Kahf (Gua)
Hadis dari Abu Syed Al Khudri: "Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahf pada hari
Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya baginya antara dua Jumaat."
Ayat 18: 1
ٱ ْﻟ َﺤ ْﻤﺪُ ِ ﱠ”ِ ٱﻟﱠ ِﺬ ٓى أَﻧ َﺰ َل َﻋﻠَ ٰﻰ َﻋ ْﺒ ِﺪ ِه ٱ ْﻟ ِﻜ ٰﺘَ َﺐ َوﻟَ ْﻢ ﯾَ ْﺠﻌَﻞ ﻟﱠﮫۥُ ِﻋ َﻮ َﺟﺎ
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad),
Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
Pengajian
1. Ini adalah surah ketiga daripada lima surah yang bermula dengan Alhamdulillah. Imam
Sya'rawi mengatakan, Allah SWT bukan sekadar cipta kita secara fizikal tetapi Allah
memberikan tarbiyah(pendidikan) dengan menurunkan kitab yang tidak ada kebengkokan
di dalamnya.
2. Dalam surah al-Isra' kita lihat Nabi SAW bertemu Allah SWT untuk mendapatkan solat
/wahyu. Dalam surah al-Kahf, bezanya ialah wahyu itu turun kepada Nabi SAW. Yang
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 70
samanya ialah dalam ayat pertama kedua-dua surah ada perkataan ( َﻋ ْﺒ ِﺪ ِهhambNya).
3. Puncak kepada kepujian seseorang itu adalah menjadi hamba. Dalam kalangan manusia,
hamba adalah paling bawah sekali kedudukannya, tetapi di sisi Allah SWT, hamba Allah
SWT itulah yang paling tinggi.
4. Kita bertemu dengan Nabi Muhammad SAW pada perkataan hamba. Syaratnya kita kena
jadi hamba, kita berdoa dengan Asma ul Husna, perangai kita merendah diri kepada
rakan-rakan kita, guna bahasa yang baik. Kalau kita hendak bersama Nabi SAW, maka
hendaklah kita jadi hamba.
5. Inilah ayat pertama sebagai checklist satu per sepuluh ayat yang kita digalakkan membaca
untuk mengelakkan diri daripada cabaran akhir zaman terutama Dajjal. Untuk buat apa
sahaja, kita mesti ada panduan daripada kitab. Walaupun dengar ceramah, kita kena
semak apa idea yang dikatakan oleh al-Quran. Kalau tidak, kita mungkin belajar, pergi
latihan dan sebagainya tetapi orang itu menyesatkan kita walaupun belajar agama.
6. Dalam surah al-Kahf ini ada empat cabaran akhir zaman:
a. Cabaran agama
b. Cabaran harta
c. Cabaran ilmu
d. Cabaran kuasa
7. Peranan al-Quran adalah untuk meluruskan cara berfikir, cara berperasaan kita. Ada
orang yang bergaduh, perangainya boleh jadi macam orang gila. Kalau dia marah, boleh
keluarkan perkataan atau tindakan seperti budak kecil. Perangai seperti itu yang dibuat
oleh Bani Israel, bila marah mereka mengutuk Nabi Musa AS walaupun baginda bawa
Taurat. Jangan kita buat perangai begitu. Al-Quran akan memandu kita, syaratnya kita
mesti jadi hamba apabila berhadapan dengan masalah. Insya Allah kita tidak akan
bengkok.
Ayat 18: 2
ﻗَ ِﯿّ ًﻤﺎ ِﻟّﯿُﻨ ِﺬ َر ﺑَﺄْ ًﺳﺎ َﺷ ِﺪﯾﺪًا ِّﻣﻦ ﻟﱠﺪُ ْﻧﮫُ َوﯾُﺒَ ِّﺸ َﺮ ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِﻨﯿ َﻦ ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ ﯾَ ْﻌ َﻤﻠُﻮ َن ٱﻟ ٰ ﱠﺼ ِﻠ ٰ َﺤ ِﺖ أَ ﱠن ﻟَ ُﮭ ْﻢ أَ ْﺟ ًﺮا َﺣ َﺴﻨًﺎ
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah,
dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
Pengajaran
1. Al-Quran akan meluruskan, meneguhkan dan memberi peringatan ketika perang yang
hebat dan amat besar ( )ﺑَﺄْ ًﺳﺎ َﺷ ِﺪﯾﺪًاyang akan berlaku pada akhir zaman. Ujian akhir zaman
datang daripada Allah SWT
2. Surah al-Kahf ini adalah untuk kita menguruskan cabaran akhir zaman. Orang beriman
akan dapat khabar gembira kerana dia terus fokus untuk buat baik agar kita dapat
membuat persediaan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 71
RESOLUSI
Ingat!
1. Baca dan fahami al-Quran secara bertahap-tahap (17:106)
2. Jadikan al-Quran sumber hidayah yang meluruskan perasaan dan pemikiran (18:1)
3. Sentiasa beri semangat positif kepada orang beriman untuk beramal soleh (18:2)
Saya berasa lega, Allah SWT ajar untuk baca, faham al-Quran secara bertahap supaya saya
tidak terbeban.
Saya jelas untuk baca dan fahami al-Quran secara bertahap-tahap. Saya jelas saya mesti
jadikan al-Quran sumber hidayah yang meluruskan perasaan dan pemikiran. Saya jelas untuk
sentiasa beri semangat positif kepada orang beriman untuk beramal soleh.
Ya Allah, bimbing kami untuk baca dan fahami al-Quran secara bertahap-tahap. Ya Allah,
jadikan al-Quran sumber hidayah yang meluruskan perasaan dan pemikiran kami. Ya Allah,
jadikan kami orang yang mempunyai semangat positif untuk beramal soleh.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 72
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 12 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (13 Sept 2021)
MQT390 Halaman 294 Al-Kahf, 5-15
PERKATAAN HARI INI ﻧَ ِﺬ ًرMemberi amaran, memberi peringatan. 130 kali disebut di dalam
al-Quran.
SINOPSIS
1. Seruan dakwah Nabi Muhammad SAW dan hakikat dunia (18:5-8)
2. Kisah Ashabul Kahfi (18:9-15)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 294, surah al-Kahf. Dalam
surah ini dinyatakan dengan jelas bagaimana hendak menguruskan cabaran iman, harta, ilmu
dan kuasa.
Ayat 18: 5
ﱠﻣﺎ ﻟَ ُﮭﻢ ﺑِ ِۦﮫ ِﻣ ْﻦ ِﻋ ْﻠ ٍﻢ َو َﻻ ِل َءاﺑَﺎٓ ِﺋ ِﮭ ْﻢ َﻛﺒُ َﺮ ْت َﻛ ِﻠ َﻤﺔً ﺗَ ْﺨ ُﺮ ُج ِﻣ ْﻦ أَ ْﻓ ٰ َﻮ ِھ ِﮭ ْﻢ ِإن ﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن إِ ﱠﻻ َﻛ ِﺬﺑًﺎ
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga
bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka;
mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Pengajaran
1. Pada Ayat 4, Allah SWT memberi amaran kepada mereka yang menyatakan Tuhan ada
anak. Mereka itu sedikit pun tidak ada ilmu tentang apa yang mereka katakan. Mereka
membuat pengakuan yang tidak berasas.
2. Di akhir zaman juga, ada orang yang menyatakan sesuatu tanpa berasaskan ilmu.
Puncaknya ialah membuat kesyirikan kepada Allah SWT.
3. Kalimah yang keluar daripada mulut mereka adalah kalimah buruk yang besar. Allah
murka kerana mereka bercakap tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
4. Apa yang mereka sebut itu adalah semuanya penipuan. Inilah cabaran akhir zaman.
5. Orang Kristian banyak buat baik. Itu semua kita terima. Jangan kita terima pendustaan
bab agama.
Ayat 18: 6
ﻓَﻠَﻌَﻠﱠ َﻚ ٰﺑَ ِﺨ ٌﻊ ﻧﱠ ْﻔ َﺴ َﻚ َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ َءا ٰﺛَ ِﺮ ِھ ْﻢ إِن ﻟﱠ ْﻢ ﯾُ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ ۟ا ِﺑ ٰ َﮭﺬَا ٱ ْﻟ َﺤ ِﺪﯾ ِﺚ أَ َﺳﻔًﺎ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 73
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan
menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan
beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Pengajaran
1. Nabi SAW berasa sangat kecewa kesan daripada perkataan dan ideologi yang dibawakan
oleh orang-orang yang mengatakan Tuhan ada anak.
2. Bila orang Nasrani membawa ideologi keduniaan, ia akan merebak kepada seluruh
manusia. Kesannya, bila mereka bercakap tentang dunia orang tidak lagi mahu
berbincang tentang Quran.
3. Bila kita makin membaca Quran, ingat kepada Allah SWT, ini akan menyebabkan cara fikir
yang bengkok seperti dengki, suka bergaduh akan diluruskan kembali. Itu lebih produktif.
Al-Quran menjadikan kita bijak.
4. Ayat ini menunjukkan psikologi Nabi SAW berdakwah. Nabi SAW amat gembira kalau
orang menerima hidayah daripada Allah SWT. Tetapi apabila orang-orang Kristian
bercakap yang teruk, manusia terlalu suka keduniaan, Nabi SAW merasa amat sedih
kerana ia merosakkan dunia.
Ayat 18: 7
ِإﻧﱠﺎ َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ َﻣﺎ َﻋﻠَﻰ ٱ ْﻷَ ْر ِض ِزﯾﻨَﺔً ﻟﱠ َﮭﺎ ِﻟﻨَ ْﺒﻠُ َﻮ ُھ ْﻢ أَﯾﱡ ُﮭ ْﻢ أَ ْﺣ َﺴ ُﻦ َﻋ َﻤ ًﻼ
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Ayat 18: 8
َو ِإﻧﱠﺎ ﻟَ ٰ َﺠ ِﻌﻠُﻮ َن َﻣﺎ َﻋﻠَ ْﯿ َﮭﺎ َﺻ ِﻌﯿﺪًا ُﺟ ُﺮ ًزا
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah
yang tandus.
Pengajaran Ayat 7-8
1. Ayat 7 dan 8 adalah asas untuk kita melihat iman, harta, ilmu dan kuasa. Kita mesti
memahami cara beragama yang lebih baik ataupun sesuatu yang hancur.
2. Iman, harta, ilmu dan kuasa adalah perhiasan kepada manusia. Semua perkara ini mesti
membawa kepada أَ ْﺣ َﺴ ُﻦ َﻋ َﻤ ًﻼ. Kalau tidak, hidup manusia akan jadi gersang.
3. Manusia yang gersang tidak bermanfaat malah mungkin menyusahkan pula. Kita tidak
mahu diri kita yang telah dibekalkan dengan macam-macam perhiasan agama, ilmu, harta
dan kuasa menjadi gersang. Orang yang gersang tidak mampu menjadi tempat berteduh
dan tidak berbuah kerana tidak berasaskan ilmu yang tepat daripada Allah SWT.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 74
Ayat 18: 9
أَ ْم َﺣ ِﺴ ْﺒ َﺖ أَ ﱠن أَ ْﺻ َﺤ ٰـ َﺐ ٱ ْﻟ َﻜ ْﮭ ِﻒ َوٱﻟ ﱠﺮﻗِﯿ ِﻢ َﻛﺎﻧُﻮ ۟ا ِﻣ ْﻦ َءاﯾَ ٰـﺘِﻨَﺎ َﻋ َﺠﺒًﺎ
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-
Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Kami?
Ayat 18: 10
ِإ ْذ أَ َوى ٱ ْﻟ ِﻔﺘْﯿَﺔُ ِإﻟَﻰ ٱ ْﻟ َﻜ ْﮭ ِﻒ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮ ۟ا َرﺑﱠﻨَﺎٓ َءا ِﺗﻨَﺎ ِﻣﻦ ﻟﱠﺪُﻧ َﻚ َر ْﺣ َﻤﺔً َو َھ ِﯿّ ْﺊ ﻟَﻨَﺎ ِﻣ ْﻦ أَ ْﻣ ِﺮﻧَﺎ َر َﺷﺪًا
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka
berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama"
Pengajaran Ayat 9-10
1. Allah SWT menceritakan tentang kisah pemuda yang lari berselindung digua. Kisah
mereka yang tidur 309 tahun mengkagumkan kita. Bila tenguk anak kita tidur, kita tidak
pula kagum. Kita takjub bila tengok ada kalimah Allah SWT pada tembikai atau pada
daging yang dipotong. Tembikai atau daging biasa kita tidak pula rasa takjub kejadiannya.
2. Ini adalah keimanan terpilih yang perlu kita elakkan. Orang Kristian terseleweng kerana
mereka suka takjub kepada perkara yang pelik-pelik.
3. Walaupun berada di gua mereka masih lagi diberi rahmah oleh Allah SWT. Orang yang
dapat kasih sayang daripada Allah SWT walaupun kena COVID-19 atau ujian-ujian lain,
orang itu masih tenang.
4. Semoga kita dapat beramal dengan doa pemuda-pemuda al-Kahfi bagi mendapat rahmat
dan perlindungan Allah bagi menghadapi ujian akhir zaman.
Ayat 18: 11
ﻓَ َﻀ َﺮ ْﺑﻨَﺎ َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ َءاذَاﻧِ ِﮭ ْﻢ ِﻓﻰ ٱ ْﻟ َﻜ ْﮭ ِﻒ ِﺳﻨِﯿ َﻦ َﻋﺪَدًا
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak
bilangan
Pengajaran
1. Allah luluskan mereka daripada ujian iman dengan menidurkan mereka di gua beberapa
tahun. Tidak dinyatakan berapa tahun secara spesifik kerana yang penting bukan nombor
itu. Tidak payah kita persoalkan tentang itu, atau tentang anjing mereka.
2. Mereka berada di gua dengan selamat kerana rahmat Allah SWT. Kita belajar al-Quran
dan lain-lain untuk lulus dan mendapat rahmat.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 75
Ayat 18: 12
ﺛُ ﱠﻢ ﺑَﻌَﺜْ ٰﻨَ ُﮭ ْﻢ ِﻟﻨَ ْﻌﻠَ َﻢ أَ ﱡى ٱ ْﻟ ِﺤ ْﺰﺑَ ْﯿ ِﻦ أَ ْﺣ َﺼ ٰﻰ ِﻟ َﻤﺎ ﻟَﺒِﺜُ ٓﻮ ۟ا أَ َﻣﺪًا
Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua
golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam
gua itu).
Pengajaran
1. Allah SWT bangkitkan mereka dari tidur yang lama.
2. Mereka berselisih pendapat tentang berapa lama mereka tidur.
Ayat 18: 13
ﻧﱠ ْﺤ ُﻦ ﻧَﻘُ ﱡﺺ َﻋﻠَ ْﯿ َﻚ ﻧَﺒَﺄَ ُھﻢ ِﺑﭑ ْﻟ َﺤ ِّﻖ ِإﻧﱠ ُﮭ ْﻢ ﻓِﺘْﯿَﺔٌ َءا َﻣﻨُﻮ ۟ا ِﺑ َﺮ ِﺑّ ِﮭ ْﻢ َو ِز ْد ٰﻧَ ُﮭ ْﻢ ُھﺪًى
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya
mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi
mereka dengan hidayah petunjuk.
Pengajaran
1. Lokasi sebenar al-Kahfi tidak dapat ditentukan samada di Jordan atau Turki. Apa yang
tidak tersebut di dalam al-Quran, tidak perlu dikaji. Apa yang kita mahukan adalah
pengajaran daripada kisah ini untuk menguatkan jati diri dan mendapat rahmat darpada
Allah SWT.
2. Mereka adalah ٌ( ﻓِﺘْﯿَﺔpemuda). Mereka beriman kepada Tuhan mereka. Allah SWT sebut
perkataan pemuda dua kali memberi semangat kepada Nabi SAW bahawa orang yang
mudah menerima dakwah Nabi SAW adalah dalam kalangan orang muda. Di Mekah itu
orang-orang yang sudah berumur degil.
3. Allah SWT angkat orang muda ini kerana mereka memilih iman. Merekalah orang-orang
yang diharapkan kerana tenaganya banyak, ada kesungguhan, ada kekuatan.
4. Mereka ditidurkan lama menunjukkan bahawa hendak mendidik pemuda itu memakan
masa yang lama. Mereka kekal dalam iman. Mereka lari/berhijrah untuk menyelamatkan
iman mereka. Dengan keimanan mereka, Allah SWT menambah hidayah/ilham.
5. Ada masanya kita rasa tidak yakin untuk membuat sesuatu keputusan. Teruskan bina
iman dan berdoa. Allah SWT akan menambah hidayah untuk mendapat ilham yang hebat.
6. Bukan mudah untuk istiqomah dalam melakukan sesuatu tanpa bantuan Allah SWT.
Kekuatan emosi akan ditambah oleh Allah SWT selepas kita bina iman tahap demi tahap.
Ayat 18: 14
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 76
َو َرﺑَ ْﻄﻨَﺎ َﻋﻠَ ٰﻰ ﻗُﻠُﻮﺑِ ِﮭ ْﻢ إِ ْذ ﻗَﺎ ُﻣﻮ ۟ا ﻓَﻘَﺎﻟُﻮ ۟ا َرﺑﱡﻨَﺎ َر ﱡب ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ِت َوٱ ْﻷَ ْر ِض ﻟَﻦ ﻧﱠ ْﺪ ُﻋ َﻮ ۟ا ِﻣﻦ دُو ِﻧ ِٓۦﮫ إِ ٰﻟَ ًﮭﺎ ﻟﱠﻘَ ْﺪ ﻗُ ْﻠﻨَﺎٓ ِإذًا َﺷ َﻄ ًﻄﺎ
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun
(menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan
langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika
kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang
jauh dari kebenaran."
Pengajaran
1. Pemuda-pemuda itu dikuatkan hati mereka dan berani bangkit mengatakan Tuhan mereka
adalah Tuhan seluruh alam.
2. Mereka yakin yang mereka berada di jalan yang benar.
1.
Ayat 18: 15
ٰ َٓھ ُﺆ َ ٓﻻ ِء ﻗَ ْﻮ ُﻣﻨَﺎ ٱﺗﱠ َﺨﺬُو ۟ا ِﻣﻦ دُو ِﻧ ِٓﮫۦ َءا ِﻟ َﮭﺔً ﻟﱠ ْﻮ َﻻ ﯾَﺄْﺗُﻮ َن َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭﻢ ﺑِ ُﺴ ْﻠ ٰ َﻄ ۭ ٍﻦ ﺑَﯿِّ ٍﻦ ﻓَ َﻤ ْﻦ أَ ْظﻠَ ُﻢ ِﻣ ﱠﻤ ِﻦ ٱ ْﻓﺘَ َﺮ ٰى َﻋﻠَﻰ ٱ ﱠ”ِ َﻛ ِﺬﺑًﺎ
(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain
dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan
ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat
demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
Pengajaran
1. Mereka menegur dengan perasaan kasih sayang.
2. Mereka berkata sesama sendiri bahawa kaum mereka tidak mengemukakan keterangan
yang jelas tentang tuhan yang mereka sembah.
3. Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang berdusta terhadap Allah SWT.
RESOLUSI
Ingat!
1. Cari ilmu untuk bercakap atau mengambil tindakan (18:5)
2. Buat penilaian apa yang dibuat atau tidak agar tidak sia-sia amalan (18:7)
3. Bina iman agar Allah SWT tambah hidayah dan teguhkan hati kita (18:13-14)
Saya berasa lega, Allah SWT akan tambah hidayah dan teguhkan hati saya sekiranya saya
bina iman.
Saya jelas untuk cari ilmu untuk bercakap atau mengambil tindakan. Saya jelas untuk buat
penilaian apa yang dibuat atau tidak agar tidak sia-sia amalan. Saya jelas saya mesti bina
iman agar Allah SWT tambah hidayah dan teguhkan hati saya.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 77
Ya Allah, bimbing kami untuk cari ilmu untuk bercakap atau mengambil tindakan. Ya Allah,
pimpin kami untuk buat penilaian apa yang dibuat atau tidak agar tidak sia-sia amalan. Ya
Allah, bantu kami bina iman agar Allah SWT tambah hidayah dan teguhkan hati saya.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 78
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 13 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (14 Sept 2021)
MQT391 Halaman 295 Al-Kahf, 16-20
PERKATAAN HARI INI َﻋ َﺰ َلMenjauhi, meninggalkan, menyendiri. 10 kali disebut di dalam
al-Quran.
SINOPSIS
1. Seruan meninggalkan kekufuran (18:16)
2. Tentera Allah SWT bersama pejuang (18:17-18)
3. Pergi mendapat makanan yang baik serta bersikap dengan lemah lembut (18:19-20)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 295, untuk menyambung
Surah al-Kahf bagi memahami formula menghadapi cabaran akhir zaman. Surah ini
disunnahkan kita baca pada setiap hari Jumaat supaya mendapat cahaya yang memimpin
dalam kehidupan kita. Semoga Allah pimpin kita untuk baca, faham dan amal 10 ayat pertama
yang ada senarai semak dalam kehidupan untuk memastikan kita tidak tertipu dengan
cabaran akhir zaman.
Pada halaman lepas kita telah belajar formula bagaimana pemuda al-Kahf mendapat hidayah
daripada Allah SWT: mereka beriman maka Allah SWT tambahkan hidayah dan teguhkan
hati mereka.
Pada hari ini untuk kuatkan hati kita bagi berdepan dengan berbagai cabaran kita perlu dapat
hidayah/idea untuk buat perkara-perkara yang makin dekat dengan Allah SWT. Untuk dapat
hidayah ini bukan tugas kita. Kita perlu berusaha untuk menambahkan iman. Allah akan beri
hidayah dan teguhkan hati kita.
Kita tidak boleh meneguhkan hati orang lain. Kita ajak orang lain ingatkan Allah SWT. Allah
SWT yang meneguhkan.
Ayat 18: 16
َو ِإ ِذ ٱ ْﻋﺘَ َﺰ ْﻟﺘُ ُﻤﻮ ُھ ْﻢ َو َﻣﺎ ﯾَ ْﻌﺒُﺪُو َن ِإ ﱠﻻ ٱ ﱠ”َ ﻓَﺄْ ُٓوۥ ۟ا إِﻟَﻰ ٱ ْﻟ َﻜ ْﮭ ِﻒ ﯾَﻨ ُﺸ ْﺮ ﻟَ ُﻜ ْﻢ َرﺑﱡ ُﻜﻢ ِّﻣﻦ ﱠر ْﺣ َﻤﺘِ ِﮫۦ َوﯾُ َﮭﯿِّ ْﺊ ﻟَ ُﻜﻢ ِّﻣ ْﻦ أَ ْﻣ ِﺮ ُﻛﻢ ِّﻣ ْﺮﻓَﻘًﺎ
Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka
sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu
melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk
(menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
Pengajaran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 79
1. Ini adalah peristiwa pertama tentang beberapa pemuda yang lari daripada bandar masuk
ke gua. Pemuda-pemuda itu akan dibunuh kerana memilih untuk beriman, maka mereka
mendapat idea daripada Allah SWT untuk mengasingkan diri ke gua.
2. Mereka memilih untuk menjaga iman, maka Allah SWT berikan idea kepada mereka untuk
beruzlah. Boleh ke kita beruzlah sekarang ini? Menurut Said Hawa, tidak boleh uzlah
jasadiah kerana banyak syariat atau tanggung jawab yang tidak dapat dilaksanakan. Kalau
ada isu di tempat kerja/rumah/organisasi, kita boleh uzlah syar'iyyah untuk beribadah
kepada Allah SWT.
3. Pemuda al-Kahf adalah dari golongan kaya, disukai ramai tetapi kerana hendak menjaga
iman mereka sanggup ke gua yang sempit. Walaupun sempit, kerana beriman mereka
merasa lapang dengan rahmat Allah SWT.
4. Kerana beribadah kita akan mendapat rahmat. Kita jaga iman, Allah akan beri rahmat.
Walaupun rumah sempit, dengan iman, kita akan jadi lapang. Lapangkan rumah-rumah
kita dengan iman. Firaun walaupun istananya besar tetapi kerana iman tidak mengisi hati,
kesannya dia berada dalam keadaan takut kepada Nabi Musa kerana iman tidak dibina
maka dia tidak dapat hidayah, tidak dapat kekuatan dalam kehidupan.
5. Allah SWT sediakan untuk pemuda al-Kahf kemudahan hidup dan ketenteraman (أَ ْﻣ ِﺮ ُﻛﻢ
) ِّﻣ ْﺮﻓَﻘًﺎ.
Ayat 18: 17
َوﺗَ َﺮى ٱﻟ ﱠﺸ ْﻤ َﺲ إِذَا َطﻠَﻌَﺖ ﺗﱠ ٰ َﺰ َو ُر َﻋﻦ َﻛ ْﮭ ِﻔ ِﮭ ْﻢ ذَا َت ٱ ْﻟﯿَ ِﻤﯿ ِﻦ َوإِذَا َﻏ َﺮﺑَﺖ ﺗﱠ ْﻘ ِﺮ ُﺿ ُﮭ ْﻢ ذَا َت ٱﻟ ِّﺸ َﻤﺎ ِل َو ُھ ْﻢ ِﻓﻰ ﻓَ ْﺠ َﻮةٍ ِّﻣ ْﻨﮫُ ٰذَ ِﻟ َﻚ ِﻣ ْﻦ َءا ٰﯾَ ِﺖ ٱ ﱠ”ِ َﻣﻦ ﯾَ ْﮭ ِﺪ
ﺎ ﱡﻣ ْﺮ ِﺷﺪًاkٱ ﱠ”ُ ﻓَ ُﮭ َﻮ ٱ ْﻟ ُﻤ ْﮭﺘَ ِﺪ َو َﻣﻦ ﯾُ ْﻀ ِﻠ ْﻞ ﻓَﻠَﻦ ﺗَ ِﺠﺪَ ﻟَ ۥﮫُ َو ِﻟﯿ
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan
apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu
lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan)
Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai
kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh
sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
Pengajaran
1. Salah satu cara Allah SWT memberi keselesaan kepada mereka, ialah apabila matahari
terbit, cahaya akan condong ke sebelah kanan. Masa matahari terbenam, cahaya akan
ke kiri.
2. Hidayah yang kita boleh ambil daripada ayat ini ialah Allah berikan matahari itu tidak terus
langsung kepada pemuda-pemuda tersebut ketika mereka ditidurkan. Dalam gua itu dapat
cahaya, tetapi tidak secara langsung. Ini membolehkan mereka tidur dengan selesa dan
selamat () ِّﻣ ْﺮﻓَﻘًﺎ.
3. Semua yang berlaku adalah ayat-ayat Allah SWT sebagai susunan yang terbaik bagi
mereka yang beriman dan komited mencari hidayah. Bagi sesiapa yang sesat dan tidak
mencari hidayah, tiada siapa yang dapat menjadi penolong mereka.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 80
4. Semoga Allah SWT pimpin kita untuk meningkatkan iman, memberi kita hidayah,
ketenangan dan kelapangan dalam hidup sehingga sampai ke syurga.
Ayat 18: 18
َوﺗَ ْﺤ َﺴﺒُ ُﮭ ْﻢ أَ ْﯾﻘَﺎ ًظﺎ َو ُھ ْﻢ ُرﻗُﻮدٌ َوﻧُﻘَ ِﻠّﺒُ ُﮭ ْﻢ ذَا َت ٱ ْﻟﯿَ ِﻤﯿ ِﻦ َوذَا َت ٱﻟ ِّﺸ َﻤﺎ ِل َو َﻛ ْﻠﺒُ ُﮭﻢ ٰﺑَ ِﺴ ٌﻂ ِذ َرا َﻋ ْﯿ ِﮫ ِﺑﭑ ْﻟ َﻮ ِﺻﯿ ِﺪ ﻟَ ِﻮ ٱ ﱠطﻠَ ْﻌ َﺖ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ ﻟَ َﻮﻟﱠ ْﯿ َﺖ ِﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ
ﻓِ َﺮا ًرا َوﻟَ ُﻤ ِﻠﺌْ َﺖ ِﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ ُر ْﻋﺒًﺎ
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka
dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan
dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan
berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun
takut kepada mereka.
Pengajaran
1. Semasa tidur yang panjang itu, mereka kelihatan seperti jaga padahal mereka tidur yang
berkualiti. Akhir zaman ini, kita doakan agar dapat tidur yang berkualiti supaya bila bangun
kita berasa segar.
2. Allah SWT bolak-balikkan badan mereka semasa tidur selama 309 tahun itu dengan
dihantarNya malaikat-malaikat untuk menggerakkan mereka ke kiri dan ke kanan.
3. Ada anjing di depan gua yang membentangkan kedua tangan membuat orang takut untuk
masuk ke dalamnya.
4. Allah SWT ceritakan tentang anjing itu sebagai tanda kemuliaan. Walaupun seekor anjing
tetapi ia bersama orang beriman wali Allah, maka Allah muliakan. Apatah lagi jika kita
bersama iman, bersama al-Quran, Allah SWT tidak akan hina kita. Allah SWT akan angkat
kita. Syaratnya ialah kita mesti bersama dengan orang-orang yang soleh, orang-orang
yang baik seperti anjing ini. Anjing walaupun asyik menjelir, tapi sebab dia berkawan
dengan orang baik, Allah muliakan.
5. Orang akan rasa takut dengan keadaan itu. Itulah perlindungan Allah kepada ashabul kahfi
agar mereka tidak diserang, aman di dalam gua tersebut.
Ayat 18: 19
َو َﻛ ٰﺬَ ِﻟ َﻚ ﺑَﻌَﺜْ ٰﻨَ ُﮭ ْﻢ ِﻟﯿَﺘَ َﺴﺎٓ َءﻟُﻮ ۟ا ﺑَ ْﯿﻨَ ُﮭ ْﻢ ﻗَﺎ َل ﻗَﺎٓﺋِ ٌﻞ ِّﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ َﻛ ْﻢ ﻟَ ِﺒﺜْﺘُ ْﻢ ﻗَﺎﻟُﻮ ۟ا ﻟَﺒِﺜْﻨَﺎ ﯾَ ْﻮ ًﻣﺎ أَ ْو ﺑَ ْﻌ َﺾ ﯾَ ْﻮ ٍم ﻗَﺎﻟُﻮ ۟ا َرﺑﱡ ُﻜ ْﻢ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ِﺑ َﻤﺎ ﻟَﺒِﺜْﺘُ ْﻢ ﻓَﭑ ْﺑﻌَﺜُ ٓﻮ ۟ا أَ َﺣﺪَ ُﻛﻢ
ﺑِ َﻮ ِرﻗِ ُﻜ ْﻢ ٰ َھ ِﺬ ِٓۦه إِﻟَﻰ ٱ ْﻟ َﻤ ِﺪﯾﻨَ ِﺔ ﻓَ ْﻠﯿَﻨ ُﻈ ْﺮ أَﯾﱡ َﮭﺎٓ أَ ْز َﻛ ٰﻰ َطﻌَﺎ ًﻣﺎ ﻓَ ْﻠﯿَﺄْ ِﺗ ُﻜﻢ ِﺑ ِﺮ ْز ٍق ِّﻣ ْﻨﮫُ َو ْﻟﯿَﺘَﻠَ ﱠﻄ ْﻒ َو َﻻ ﯾُ ْﺸ ِﻌ َﺮ ﱠن ِﺑ ُﻜ ْﻢ أَ َﺣﺪًا
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-
tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: (sebahagian dari) mereka
menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari)
mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang
utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian
biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang
dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 81
hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan
janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
Pengajaran
1. Apabila mereka terjaga selepas 309 tahun, mereka bersoal-jawab dalam kalangan
mereka. "Berapa lama kamu tidur?"
2. Daripada perbualan ini kita dapat tahu ada 7 orang semuanya. Tiga orang atau lebih
mengatakan mereka tidur sehari atau lebih. Yang lain menyatakan hanya Tuhan yang
tahu.
3. Mereka setuju untuk utuskan salah seorang pergi membeli makanan yang bagus dengan
wang perak yang mereka ada. Utusan untuk membeli makanan itu dingatkan supaya
berlemah lembut dengan bersungguh-sungguh dan tidak menceritakan hal mereka
kepada sesiapa pun.
4. Ini adalah formula berjuang membawa kebenaran di akhir zaman:
a. Kalau tidak tahu, serah kepada Allah SWT. Jangan jadi profesor serba tahu. Nabi
Yusuf AS tidak bersedia untuk menjadi pemimpin tetapi baginda bersedia membuat
ehsan dalam hidup dan akhirnya dia diangkat menjadi pemimpin.
b. Cari makanan yang bersih dan baik.
c. Bawa sebahagian sahaja dari rezeki yang ada. Jangan gelojoh dan membazir.
5. Perkara ini penting kerana ia ada kaitan dengan َو ْﻟﯿَﺘَﻠَ ﱠﻄ ْﻒ. Kita akan jadi orang yang
berlemah lembut dalam kehidupan kita bila bab makan kita dapat jaga. Kalau tidak kita
akan jadi amat rakus; makan sahaja apa-apa atau 'nak makan siapa'.
Ayat 18: 20
ِإﻧﱠ ُﮭ ْﻢ ِإن ﯾَ ْﻈ َﮭ ُﺮو ۟ا َﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ ﯾَ ْﺮ ُﺟ ُﻤﻮ ُﻛ ْﻢ أَ ْو ﯾُ ِﻌﯿﺪُو ُﻛ ْﻢ ﻓِﻰ ِﻣﻠﱠ ِﺘ ِﮭ ْﻢ َوﻟَﻦ ﺗُ ْﻔ ِﻠ ُﺤ ٓﻮ ۟ا ِإذًا أَﺑَﺪًا
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam
dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka
(secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-
lamanya".
Pengajaran
1. Pemuda-pemuda itu sangat berjaga-jaga khuatir kalau orang kampung sedar siapa
mereka, tentu mereka akan dibunuh atau dipaksa kembali kepada agama mereka.
RESOLUSI
Ingat!
1. Perlu cari masa untuk menyendiri dan beribadah kepada Allah SWT (18:16)
2. Yakin Allah SWT akan bantu dengan tenteranya apabila kita membuat kebaikan (18:17-
18)
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 82
3. Sentiasa bersikap dengan lemah lembut terutamanya ketika membawa kebaikan (18:19)
Saya berasa lega, Allah SWT akan hantar tenteraNya untuk membantu apabila saya
membuat kebaikan.
Saya jelas saya mesti cari masa untuk menyendiri dan beribadah kepada Allah SWT. Saya
jelas dan yakin Allah SWT akan bantu dengan tenteranya apabila kita membuat kebaikan.
Saya jelas untuk sentiasa bersikap dengan lemah lembut terutamanya ketika membawa
kebaikan.
Ya Allah, kurniakan hidayah dan peluang kepada kami meyendiri dan beribadah kepada Mu.
Ya Allah, bantu kami dengan tentera-Mu dalam usaha kami membuat kebaikan. Ya Allah,
bimbing kami untuk bersikap dengan lemah lembut terutamanya ketika membawa kebaikan.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 83
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 14 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (15 Sept 2021)
MQT392 Halaman 296 Al-Kahf, 21-27
PERKATAAN HARI INI َﻋﺜَ َﺮMenjumpai, membukakan. 2 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Diskusi tentang Ashabul Kahf (18:21-22)
2. Perancangan ke depan dengan menyebut Insya-Allah (18:23-24)
3. Masa Ashabul Kahf (18:25-26)
4. Anjuran tilawah al-Quran dan tawakal kepada Allah SWT (18:27)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 296 surah al-Kahf. Kita
bersyukur kerana dipilih untuk mendapat hidayah. Semoga kita dapat amalkan hidayah dalam
kehidupan.
Ayat 20 menceritakan kaedah perjuangan. Bila berdakwah kita kena berhati-hati, berlemah
lembut. Kalau kita tidak ada strategi, kita kasar maka ia akan dizahirkan. Maka ramai orang
akan tahu yang mungkin mereka akan mendenda/menghukum atau mengembalikan kepada
gaya hidup mengikut kepada cara yang tidak bertepatan dengan tauhid Allah SWT.
Ayat 18: 21
َو َﻛ ٰﺬَ ِﻟ َﻚ أَ ْﻋﺜَ ْﺮﻧَﺎ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ ِﻟﯿَ ْﻌﻠَ ُﻤ ٓﻮ ۟ا أَ ﱠن َو ْﻋﺪَ ٱ ﱠ”ِ َﺣ ﱞﻖ َوأَ ﱠن ٱﻟ ﱠﺴﺎ َﻋﺔَ َﻻ َر ْﯾ َﺐ ِﻓﯿ َﮭﺎٓ ِإ ْذ ﯾَﺘَ ٰﻨَ َﺰ ُﻋﻮ َن ﺑَ ْﯿﻨَ ُﮭ ْﻢ أَ ْﻣ َﺮ ُھ ْﻢ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮ ۟ا ٱ ْﺑﻨُﻮ ۟ا َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭﻢ ﺑُ ْﻨ ٰﯿَﻨًﺎ ﱠرﺑﱡ ُﮭ ْﻢ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ
ﺑِ ِﮭ ْﻢ ﻗَﺎ َل ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َﻏﻠَﺒُﻮ ۟ا َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ أَ ْﻣ ِﺮ ِھ ْﻢ ﻟَﻨَﺘﱠ ِﺨﺬَ ﱠن َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭﻢ ﱠﻣ ْﺴ ِﺠﺪًا
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu
mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa
hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-
orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati.
Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua
mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa
atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah
masjid di sisi gua mereka"
Pengajaran
1. Akhirnya terbongkar juga tentang pemuda-pemuda gua itu. Janji Allah SWT adalah benar.
Allah boleh tidurkan orang 309 tahun, kemudian bangkit balik. Allah boleh sahaja tidurkan
lama lagi kemudian bangkitkan di akhirat nanti itu adalah satu janji daripada Allah SWT
yang benar dan perlu kita yakini.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 84
2. Pemuda Al-Kahf akhirnya meninggal di dalam gua tersebut. Orang kampung mahu
membuat binaan di tepi gua itu untuk mengingati mereka. Menurut Imam At-Thobari, ada
yang menyatakan binaan itu adalah dibuat oleh mereka yang bertauhid. Membuat masjid
di kawasan orang sudah meninggal adalah amalan yang ditegah di dalam agama.
3. Pengajarannya, dalam kehidupan kita, janji Allah SWT itu benar, terutama bab akhirat.
Allah SWT boleh bantu segala urusan kita.
4. Janji Allah SWT itu pasti. Pemuda Al-Kahf bersedia untuk akhirat dan kita juga kena
bersedia. Mesti ada 'me time' beribadah di dalam 'gua' kita.
Ayat 18: 22
ﱠﻣﺎ ِﺑ ِﻌﺪﱠﺗِ ِﮭﻢ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ﱠرﺑِّ ٓﻰ ﻗُﻞ َوﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن َﺳ ْﺒﻌَﺔٌ َوﺛَﺎ ِﻣﻨُ ُﮭ ْﻢ َﻛ ْﻠﺒُ ُﮭ ْﻢ َﻗَﺧ ِﻠ ْﯿﻤ ٌﻞَﺴﺔٌﻓَ َﻼَﺳﺎﺗُِد َﻤﺎُﺳ ُِﮭر ْﻢ ِﻓﯿ َﻛ ِْﻠﮭﺒُْﻢ ُﮭإِْﻢ ﱠﻻ َر ِﻣْﺟ َۢﺮًﻤآﺎ ًء ِﺑﭑ ْﻟٰ َظﻐَ ِﮭْﯿ ًﺮاِﺐ َﻛ ْﻠﺒُ ُﮭ ْﻢ َوﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن ﱠرا ِﺑﻌُ ُﮭ ْﻢ ٌﺛَ ٰﻠَﺜَﺔ َﺳﯿَﻘُﻮﻟُﻮ َن
َو َﻻ ﺗَ ْﺴﺘَ ْﻔ ِﺖ ِﻓﯿ ِﮭﻢ ِّﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ أَ َﺣﺪًا ﯾَ ْﻌﻠَ ُﻤ ُﮭ ْﻢ إِ ﱠﻻ
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang
keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang,
yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang
tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang
kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih
mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit".
Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan
dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan
janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari
golongan (yang membincangkannya).
Pengajaran
1. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui jumlah mereka yang sebenarnya. Janganlah
berbantah-bantah tentangnya.
2. Pengajaran yang penting ialah mereka lari ke dalam gua kerana mempertahankan iman.
Kita boleh masuk gua ilmu untuk menguatkan iman.
3. Jangan minta fatwa daripada ahli kitab kerana mereka tidak dapat maklumat yang betul.
Merujuk kepada orang yang salah, kita akan salah. Kita kena berjaga-jaga kerana kadang-
kadang kita google sahaja untuk mendapatkan hukum. Pastikan sumber hukum itu betul.
4. Yang patut kita fikirkan ialah bagaimana hendak jadi seperti pemuda-pemuda itu.
Walaupun mereka orang berharta, masih muda tetapi memilih untuk meninggalkan
kemewahan bagi menyelamatkan iman.
Ayat 18: 23
َو َﻻ ﺗَﻘُﻮﻟَ ﱠﻦ ِﻟ َﺸ ۟ﺎ ْى ٍء إِﻧِّﻰ ﻓَﺎ ِﻋ ٌﻞ ٰذَ ِﻟ َﻚ َﻏﺪًا
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku
akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 85
Pengajaran
1. Perkara yang kita tidak tahu, jangan didebatkan.
2. Kita tidak tahu samada masih hidup esok, jadi jangan berjanji tanpa kata insya Allah.
Ayat 18: 24
إِ ﱠ ٓﻻ أَن ﯾَ َﺸﺎٓ َء ٱ ﱠ”ُ َوٱ ْذ ُﻛﺮ ﱠرﺑﱠ َﻚ إِذَا ﻧَ ِﺴﯿ َﺖ َوﻗُ ْﻞ َﻋ َﺴ ٰ ٓﻰ أَن ﯾَ ْﮭ ِﺪﯾَ ِﻦ َرﺑِّﻰ ِﻷَ ْﻗ َﺮ َب ِﻣ ْﻦ ٰ َھﺬَا َر َﺷﺪًا
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah
akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku
ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Pengajaran
1. Apa-apa yang kita hendak buat di masa depan mesti ucap insya Allah. Ia melambangkan
kita tidak tahu. Kemahuan yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah SWT. Kita
hendak macam-macam tapi kita tidak ada kekuatan pun. Yang merelaisasikanya adalah
Allah SWT.
2. Jika kita tidak menyebut insya Allah, kita akan rasa kitalah yang hebat. Penting menyebut
insya Allah terutama di akhir zaman ini. Janganlah kita rasa lebih yakin daripada Tuhan
sehingga tidak kata insya Allah.
3. Kalau sudah betul berazam hendak buat, baru cakap insya Allah. Jangan gunakan Allah
untuk berlepas diri.
4. Ingatlah Allah SWT ketika kita lupa. Lupa adalah daripada syaitan. Ingat Allah syaitan
akan lari. Kalau lupa, ingat Allah, selawat kepada Nabi SAW.
5. Akhir zaman ini, kita menghadapi kemelut yang berbagai. Perkataan insya Allah adalah
untuk meyakinkan diri kita ini sebagai hamba, supaya kita tidak kecewa. Kalau kita kata
Insya Allah, Allah akan pimpin kita kerana itu pun adalah zikir. Kita doakan semoga Allah
pimpin kita di jalan yang lurus. Inilah yang kita baca dalam ayat 10 surah al-Kahf.
6. Urusan kita banyak, yang sekarang, yang akan datang. Urusan kita itu kita harap untuk
mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
7. Hidayah ialah kita baru rancang, kita dapat panduan. Petunjuk pula ialah hidayah yang
matang. Kita boleh membuat keputusan yang sesuai dengan apa yang Allah SWT
inginkan, bukan sahaja ikut kehendak kita.
8. Ingatlah dua perkara pada akhir zaman:
a. Tidak tahu, tanya pada yang tahu. Jangan gaduh-gaduh buat teori sendiri.
b. Katakan insya Allah bila merancang untuk buat sesuatu.
Ayat 18: 25
َوﻟَ ِﺒﺜُﻮ ۟ا ِﻓﻰ َﻛ ْﮭ ِﻔ ِﮭ ْﻢ ﺛَٰﻠَ َﺚ ِﻣ ۟ﺎﺋَ ٍﺔ ِﺳ ِﻨﯿ َﻦ َوٱ ْزدَادُو ۟ا ِﺗ ْﺴﻌًﺎ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 86
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab),
dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Pengajaran
1. Allah SWT beritahu berapa lama pemuda-pemuda tersebut berada di dalam gua. Mereka
duduk di dalam gua selama 300 tahun solar, di tambah 9 tahun.
2. Bila Allah SWT tidak beritahu, jangan pandai-pandai. Orang-orang Yahudi suka buat
macam-macam teori. Kita kena jaga agar tidak terlibat. Akhir zaman, dajjal akan tipu
akidah. Cara hendak jaga akidah, jangan percaya kepada sumber-sumber yang tidak
daripada Tuhan termasuk numerologi, astrologi, zodiak dan sebagainya.
Ayat 18: 26
ﻗُ ِﻞ ٱ ﱠ”ُ أَ ْﻋﻠَ ُﻢ ِﺑ َﻤﺎ ﻟَ ِﺒﺜُﻮ ۟ا ﻟَ ۥﮫُ َﻏ ْﯿ ُﺐ ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ِت َوٱ ْﻷَ ْر ِض أَ ْﺑ ِﺼ ْﺮ ﺑِ ِۦﮫ َوأَ ْﺳ ِﻤ ْﻊ َﻣﺎ ﻟَ ُﮭﻢ ِّﻣﻦ دُو ِﻧ ِۦﮫ ِﻣﻦ َو ِﻟ ٍّﻰ َو َﻻ ﯾُ ْﺸ ِﺮ ُك ِﻓﻰ ُﺣ ْﻜ ِﻤ ِٓﮫۦ أَ َﺣﺪًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur;
bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh
penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi
pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam
hukumNya.
Pengajaran
1. Allah SWT yang mengetahui tentang masa mereka tidur. Allah tahu segala rahsia langit
dan bumi.
2. Allah SWT Maha Mendengar perkataan-perkataan pemuda-pemuda tersebut, dan Allah
Maha Melihat keadaan mereka walaupun mereka berada di dalam gua yang gelap.
3. Allah pernah dengar keadaan pemuda-pemuda al-Kahf, Allah yang sama dengar keadaan
kita. Jangan syirikkan Allah SWT. Allah SWT beri perlindungan kepada orang beriman. Ini
janji Allah. Allah dengar, Allah lihat. Yang penting kita jaga iman.
Ayat 18: 27
َوٱﺗْ ُﻞ َﻣﺎٓ أُو ِﺣ َﻰ ِإﻟَ ْﯿ َﻚ ِﻣﻦ ِﻛﺘَﺎ ِب َرﺑِّ َﻚ َﻻ ُﻣﺒَ ِﺪّ َل ِﻟ َﻜ ِﻠ ٰ َﻤ ِﺘ ِۦﮫ َوﻟَﻦ ﺗَ ِﺠﺪَ ِﻣﻦ دُو ِﻧ ِۦﮫ ُﻣ ْﻠﺘَ َﺤﺪًا
Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa
yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat
tempat perlindungan selain daripadaNya.
Pengajaran
1. Salah satu cara kita jaga iman ialah dengan tilawah al-Quran. Inilah cara untuk kita ini
dapat perlindungan daripada pelbagai ancaman di akhir zaman.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 87
RESOLUSI
Ingat!
1. Yakini hari kiamat yang pasti berlaku dengan melaksanakan dakwah kebaikan (18:21)
2. Elakkan terlibat perkara kecil yang tidak menambah iman (18:22)
3. Berkata Insya-Allah apabila ingin buat sesuatu perkara (18:24)
Saya berasa lega, Allah SWT akan lindung kalau saya jaga iman dengan tilawah al-Quran.
Saya jelas untuk yakini hari kiamat yang pasti berlaku dengan melaksanakan dakwah
kebaikan. Saya jelas saya mesti elakkan terlibat perkara kecil yang tidak menambah iman.
Saya jelas untuk berkata Insya-Allah apabila ingin buat sesuatu perkara.
Ya Allah, pimpin kami untuk melaksanakan dakwah kebaikan sebagai tanda kami yakin hari
kiamat yang pasti berlaku. Ya Allah, elakkan kami daripada terlibat perkara kecil yang tidak
menambah iman. Ya Allah, ingatkan kami untuk berkata Insya-Allah apabila ingin buat
sesuatu perkara.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 88
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 15 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (16 Sept 2021)
MQT393 Halaman 297 Al-Kahf, 28-34
PERKATAAN HARI INI َﻋﺪَ َو/ َﻋﺪَاMelangkau, melanggar, melampau. 106 kali disebut di
dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Arahan untuk Nabi Muhammad SAW dan kaum mukmin, agar senantiasa membaca al-
Quran, bersabar menghadapi kaum fakir miskin dan menunjukkan bukti kebenaran
daripada Allah SWT (18:28-31)
2. Kisah pemilik dua kebun dan perumpamaan bagi orang kaya yang terpedaya oleh
hartanya dan orang miskin yang bangga dengan akidahnya (18:32-34)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 297 untuk menyambung
Surah al-Kahf yang merupakan salah satu daripada surah panduan menghadapi cabaran
akhir zaman.
Kita berada dalam waktu yang genting untuk memahami panduan hidayah Allah bagaimana
menguruskan keimanan agama kita, harta, ilmu dan kuasa melalui empat kisah yang ada
dalam surah al-Kahf.
Ayat 27 Allah SWT menyeru kepada kita untuk terus tilawah al-Quran kepada ahli kitab dan
orang kafir kerana al-Quran mempunyai jawapan kepada semua persoalan yang
dikemukakan. Apabila al-Quran dibaca, ia seperti tongkat Nabi Musa AS yang menelan
segala kebatilan.
Al-Quran dapat menjawab persoalan orang-orang intelek. Ikut silibus Quran, nanti kita akan
bertemu dengan perkara-perkara yang berkaitan semua bidang dalam kehidupan manusia
seperti psikologi, sosiologi, pengurusan, sains dan lain-lain lagi.
Ayat 18: 28
َوٱ ْﺻﺒِ ْﺮ ﻧَ ْﻔ َﺴ َﻚ َﻣ َﻊ ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ ﯾَ ْﺪ ُﻋﻮ َن َرﺑﱠ ُﮭﻢ ﺑِﭑ ْﻟﻐَﺪَ ٰوةِ َوٱ ْﻟﻌَ ِﺸ ِّﻰ ﯾُ ِﺮﯾﺪُو َن َو ْﺟ َﮭﮫۥُ َو َﻻ ﺗَ ْﻌﺪُ َﻋ ْﯿﻨَﺎ َك َﻋ ْﻨ ُﮭ ْﻢ ﺗُ ِﺮﯾﺪُ ِزﯾﻨَﺔَ ٱ ْﻟ َﺤﯿَ ٰﻮ ِة ٱﻟﺪﱡ ْﻧﯿَﺎ َو َﻻ ﺗُ ِﻄ ْﻊ َﻣ ْﻦ
أَ ْﻏﻔَ ْﻠﻨَﺎ ﻗَ ْﻠﺒَ ۥﮫُ َﻋﻦ ِذ ْﻛ ِﺮﻧَﺎ َوٱﺗﱠﺒَ َﻊ َھ َﻮ ٰﯨﮫُ َو َﻛﺎ َن أَ ْﻣ ُﺮۥهُ ﻓُ ُﺮ ًطﺎ
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-
mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana
engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang
Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 89
Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui
kebenaran.
Pengajaran
1. Allah SWT menyeru Nabi SAW untuk berdamping dengan orang-orang biasa atau bukan
golongan elit yang beribadat kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang. Waktu pagi ()ٱ ْﻟﻐَﺪَ ٰو ِة
adalah waktu mereka mula bisnes. Waktu petang tutup bisnes. Dalam kesibukan bekerja
mereka tetap ingat kepada Allah SWT untuk mendapat keredaan-Nya
2. Allah SWT menyeru Nabi SAW supaya bersabarlah bersama mereka. Mereka hanya
orang biasa seperti Bilal b Rabbah dan Salman Al-Farisi.
3. Allah SWT memberi peringatan kepada Nabi SAW supaya tidak memandang hina kepada
orang miskin. Di akhir zaman juga, kita jangan pilih-pilih bulu walau di mana pun termasuk
di masjid kerana ia akan menjadi fitnah kepada agama. Orang elit atau golongan bawah
adalah sama taraf sekiranya mereka taat kepada Allah SWT.
4. Nabi SAW pernah ditegur di dalam Surah Abasa kerana tidak melayani Abdullah Umi
Maktum yang buta dan memerlukan perhatian kerana baginda SAW sibuk dengan orang
elit.
5. Ini adalah cara untuk menjaga agama kita. Kalau bersama golongan elit, akademik,
intelek, maka teruskan tilawah al-Quran. Jangan rasa tidak ada hujah. Tengok sahaja apa
al-Quran cakap, bacakan.
6. Jangan ujudkan kasta-kasta dalam beragama. Ini adalah satu perjuangan Nabi SAW.
Awalnya memang Nabi SAW mendapat tentangan daripada golongan vip/elit. Agama ini
adalah sama rata kepada semua pengikutnya, tidak mengira pangkat dan lain-lain.
7. Jangan beri perhatian kepada orang yang tidak taat kepada Allah SWT.
8. Jangan melampau sukakan perhiasan di dunia seperti pangkat dan harta. Perkara-perkara
tersebut kalau kita mahu, ia perlu diletakkan untuk agama. Bukannya melangkau daripada
agama sehingga kita memandang lekeh kepada orang miskin, orang tidak berpangkat dan
kita utamakan orang-orang elit.
9. Cara menjaga agama pada akhirat zaman bukan sekadar kita berzikir sahaja seorang-
seorang tetapi kita kena jaga juga hubungan kita dengan orang-orang yang ada dunia,
jangan sampai kita tengok dunianya tetapi kita tengok agamanya.
Ayat 18: 29
َوﻗُ ِﻞ ٱ ْﻟ َﺤ ﱡﻖ ِﻣﻦ ﱠرﺑِّ ُﻜ ْﻢ ﻓَ َﻤﻦ َﺷﺎٓ َء ﻓَ ْﻠﯿُ ْﺆ ِﻣﻦ َو َﻣﻦ َﺷﺎٓ َء ﻓَ ْﻠﯿَ ْﻜﻔُ ْﺮ إِﻧﱠﺎٓ أَ ْﻋﺘَ ْﺪﻧَﺎ ِﻟﻠ ٰ ﱠﻈ ِﻠ ِﻤﯿ َﻦ ﻧَﺎ ًرا أَ َﺣﺎ َط ﺑِ ِﮭ ْﻢ ُﺳ َﺮا ِدﻗُ َﮭﺎ َوإِن ﯾَ ْﺴﺘَ ِﻐﯿﺜُﻮ ۟ا ﯾُﻐَﺎﺛُﻮ ۟ا ِﺑ َﻤﺎٓ ٍء َﻛﭑ ْﻟ ُﻤ ْﮭ ِﻞ
ﯾَ ْﺸ ِﻮى ٱ ْﻟ ُﻮ ُﺟﻮهَ ِﺑﺌْ َﺲ ٱﻟ ﱠﺸ َﺮا ُب َو َﺳﺎٓ َء ْت ُﻣ ْﺮﺗَﻔَﻘًﺎ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu,
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur
ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang
berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta
pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 90
yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai
tempat bersenang-senang.
Pengajaran
1. Kebenaran datang daripada Tuhan. Siapa yang hendak beriman, silakan. Jika mahu kufur,
juga silakan.
2. Nabi SAW tidak memberi tawaran, malah memberi amaran bahawa Allah SWT
menyediakan balasan bagi orang-orang yang zalim itu neraka yang bergejolak apinya. Di
dalam itu, umpama khemah yang tidak beratap. Api turun seperti hujan tembaga yang
amat panas dan likat akan kena kepada wajah mereka, juga masuk ke mulut mereka yang
menjadi minuman yang amat buruk. Inilah tempat berehat yang paling teruk.
3. Ini adalah peringatan untuk golongan elit/vip yang sombong. Di pejabat, di sekolah dan
lain-lain, memang ada VIP. Bila berada bersama masyarakat seperti di masjid, semuanya
sama rata di sisi Allah SWT.
4. Allah mulakan dengan memberi amaran kepada orang yang mempermainkan kebenaran
dan merendahkan-rendahkan orang lain.
5. Kadang-kadang, ada orang tidak mahu di VIP-kan tetapi orang lain pula yang lebih-lebih
melayan. Kita harap ada lebih ramai VIP yang beriman, yang suka tolong orang bawahan.
6. Kita bimbang kalau di dunia dilayan lebih-lebih, di akhirat dapat azab. Janganlah kita
tengok orang dari sisi dunianya sahaja, yang lebih penting adalah agamanya.
Ayat 18: 30
ِإ ﱠن ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َءا َﻣﻨُﻮ ۟ا َو َﻋ ِﻤﻠُﻮ ۟ا ٱﻟ ٰ ﱠﺼ ِﻠ ٰ َﺤ ِﺖ ِإﻧﱠﺎ َﻻ ﻧُ ِﻀﯿ ُﻊ أَ ْﺟ َﺮ َﻣ ْﻦ أَ ْﺣ َﺴ َﻦ َﻋ َﻤ ًﻼ
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan
menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
Pengajaran
1. Inilah tawaran yang sama rata dari Allah SWT kepada kita semua. Pandai atau tidak
pandai, ada pangkat atau tidak, asalkan beriman dan beramal soleh, maka Allah SWT
tidak akan sia-siakan.
2. Ganjaran untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah ditetapkan oleh Allah
SWT.
3. Allah SWT tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalnya.
Ayat 18: 31
أُ ۟و ٰﻟَٓﺌِ َﻚ ﻟَ ُﮭ ْﻢ َﺟ ٰﻨﱠ ُﺖ َﻋ ْﺪ ٍن ﺗَ ْﺠ ِﺮى ِﻣﻦ ﺗَ ْﺤﺘِ ِﮭ ُﻢ ٱ ْﻷَ ْﻧ ٰ َﮭ ُﺮ ﯾُ َﺤﻠﱠ ْﻮ َن ﻓِﯿ َﮭﺎ ِﻣ ْﻦ أَ َﺳﺎ ِو َر ِﻣﻦ ذَ َھ ٍﺐ َوﯾَ ْﻠﺒَ ُﺴﻮ َن ِﺛﯿَﺎﺑًﺎ ُﺧ ْﻀ ًﺮا ِّﻣﻦ ُﺳﻨﺪُ ٍس َوإِ ْﺳﺘَ ْﺒ َﺮ ٍق ﱡﻣﺘﱠ ِﻜـِٔﯿ َﻦ
ﻓِﯿ َﮭﺎ َﻋﻠَﻰ ٱ ْﻷَ َرآﺋِ ِﻚ ِﻧ ْﻌ َﻢ ٱﻟﺜﱠ َﻮا ُب َو َﺣ ُﺴﻨَ ْﺖ ُﻣ ْﺮﺗَﻔَﻘًﺎ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 91
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai
pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di
dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan
yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
Pengajaran
1. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh mendapat rahmat Allah SWT. Mereka jaga
akhlak, tidak sombong atau membuat orang lain sombong. Disediakan untuk mereka
syurga, ada sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.
2. Mereka dihiaskan dengan gelang-gelang emas bagi lseulatekriajutgeabapl.ePreemrkpautaana.nP ٍقa8َ ْk9 ﺳ َﺘaْ i4ِوaَ nس1 a ُﺪhﺳﻨlُi
syurga ialah warna hijau, daripada sutera halus dan
adalah istilah Parsi kerana dalam surah al-Kahf ini ada cerita Zulkarnian yang amat
didambakan oleh orang Yahudi.
3. Mereka duduk berehat di pelamin-pelamin indah. Ahli syurga, duduk memandang ke atas,
dengan gembira melihat keindahan. Mereka tidak perlu bekerja kerana sudah bekerja kuat
di dunia. Inilah tempat berehat yang sebaik-baiknya.
Ayat 18: 32
َوٱ ْﺿ ِﺮ ْب ﻟَ ُﮭﻢ ﱠﻣﺜَ ًﻼ ﱠر ُﺟﻠَ ْﯿ ِﻦ َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ِﻷَ َﺣ ِﺪ ِھ َﻤﺎ َﺟﻨﱠﺘَ ْﯿ ِﻦ ِﻣ ْﻦ أَ ْﻋ ٰﻨَ ٍﺐ َو َﺣﻔَ ْﻔ ٰﻨَ ُﮭ َﻤﺎ ِﺑﻨَ ْﺨ ٍﻞ َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ﺑَ ْﯿﻨَ ُﮭ َﻤﺎ َز ْر ًﻋﺎ
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah
seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan
pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
Ayat 18: 33
ِﻛ ْﻠﺘَﺎ ٱ ْﻟ َﺠﻨﱠﺘَ ْﯿ ِﻦ َءاﺗَ ْﺖ أُ ُﻛﻠَ َﮭﺎ َوﻟَ ْﻢ ﺗَ ْﻈ ِﻠﻢ ِّﻣ ْﻨﮫُ َﺷ ْﯿـ•ﺎ َوﻓَ ﱠﺠ ْﺮﻧَﺎ ِﺧ ٰﻠَﻠَ ُﮭ َﻤﺎ ﻧَ َﮭ ًﺮا
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu;
dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Pengajaran Ayat 32-33
1. Ini adalah contoh kisah antara dua darjat. Allah SWT membawakan kisah dua lelaki yang
ada kebun.
2. Salah seorang daripada lelaki itu ada dua kebun anggur yang di kelilingi oleh pohon-pohon
tamar. Di antara keduanya Allah SWT jadikan jenis-jenis tanaman yang lain.
3. Kedua-dua kebun lelaki itu mengeluarkan hasil yang banyak. Ada saliran air di tengah-
tengahnya.
4. Ini adalah satu aset yang amat berharga. Dia ada kekayaan.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 92
Ayat 18: 34
َو َﻛﺎ َن ﻟَﮫۥُ ﺛَ َﻤ ٌﺮ ﻓَﻘَﺎ َل ِﻟ ٰ َﺼ ِﺤ ِﺒ ِۦﮫ َو ُھ َﻮ ﯾُ َﺤﺎ ِو ُر ٓهۥُ أَﻧَ ۠ﺎ أَ ْﻛﺜَ ُﺮ ِﻣﻨ َﻚ َﻣﺎ ًﻻ َوأَ َﻋ ﱡﺰ ﻧَﻔَ ًﺮا
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya,
semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih
berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Pengajaran
1. Tuan kebun itu berborak dengan seorang lelaki lain dan dia merasa dirinya ada lebih
banyak harta dan lebih ramai pengikut. Dia sombong dan memandang rendah kepada
orang lain.
2. Allah SWT menemplak orang-orang yang tidak dapat menguruskan hartanya dengan jalan
agama. Walaupun dia baca Quran, tetapi cara bercakapnya itu menunjuk-nunjuk.
3. Cara menguruskan harta:
a. jangan sombong
b. jangan sampai kita merasakan kita ada lebih banyak pada orang lain sehingga
memandang rendah kepada orang yang kurang daripada kita.
RESOLUSI
Ingat!
1. Bersabar bersama rakan yang berdoa dan menyeru kepada Allah SWT setiap masa
(18:28)
2. Bina keimanan dengan mendekati kebenaran dalam majlis ilmu (18:29)
3. Yakin ganjaran daripada Allah SWT dan bersungguh-sungguh melaksanakan amal soleh
walau kecil (18:30)
Saya berasa lega, Allah SWT akan berikan ganjaran yang baik kalau saya bersungguh-
sungguh melaksanakan amal soleh walaupun kecil.
Saya jelas untuk bersabar bersama rakan yang berdoa dan menyeru kepada Allah SWT
setiap masa. Saya jelas saya mesti bina keimanan dengan mendekati kebenaran dalam majlis
ilmu. Saya jelas untuk yakin ganjaran daripada Allah SWT dan bersungguh-sungguh
melaksanakan amal soleh walau kecil.
Ya Allah, jadikan kami orang yang bersabar bersama rakan yang berdoa dan menyeru kepada
Allah SWT setiap masa. Ya Allah, pimpin kami untuk bina keimanan dengan mendekati
kebenaran dalam majlis ilmu. Ya Allah, bantu kami untuk bersungguh-sungguh melaksanakan
amal soleh walau kecil dan kurniakan kami ganjaran yang baik di dunia dan di akhirat.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 93
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 94
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 16 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (17 Sept 2021)
MQT394 Halaman 298 Al-Kahf, 35-45
PERKATAAN HARI INI َ ﺑَﯿَﺪ/ َ ﺑَﺎدBinasa, hancur, rosak. 1 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Kisah pemuda yang ada 2 kebun bersama sahabatnya yang beriman (18:35-44)
2. Perumpamaan kehidupan di dunia (18:45)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 298. Hari Malaysia adalah
lambang kesatuan dan semoga kita pelihara kesatuan ini dengan kembali kepada Allah SWT
dan semoga Allah SWT terus pelihara bumi, negara ini. Semoga kita diberkati hingga sampai
ke syurga.
Ayat 18: 35
َودَ َﺧ َﻞ َﺟﻨﱠﺘَﮫۥُ َو ُھ َﻮ َظﺎ ِﻟ ٌﻢ ِﻟّﻨَ ْﻔ ِﺴ ِۦﮫ ﻗَﺎ َل َﻣﺎٓ أَ ُظ ﱡﻦ أَن ﺗَ ِﺒﯿﺪَ ٰ َھ ِﺬ ِٓهۦ أَﺑَﺪًا
Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada
dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan
binasa selama-lamanya.
Pengajaran
1. Pemuda yang mempunyai dua kebun hanya menzalimi dirinya sendiri kerana
percakapannya yang sombong dan merendah-rendahkan orang lain.
2. Dia merasakan semua hartanya akan kekal selama-lamanya. Ini lah mindset materialism
yang hendak kita rungkaikan daripada pemikiran kita. Kalau kita ada duit berbilion-bilion
ianya bukan tanda Allah SWT memuliakan kita. Kalau kita kurang duit, kurang harta tidak
bermakna Allah SWT hina kita.
Ayat 18: 36
َو َﻣﺎٓ أَ ُظ ﱡﻦ ٱﻟ ﱠﺴﺎ َﻋﺔَ ﻗَﺎٓﺋِ َﻤﺔً َوﻟَﺌِﻦ ﱡر ِدد ﱡت إِﻟَ ٰﻰ َر ِﺑّﻰ َﻷَ ِﺟﺪَ ﱠن َﺧ ْﯿ ًﺮا ِّﻣ ْﻨ َﮭﺎ ُﻣﻨﻘَﻠَﺒًﺎ
Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku
(sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik
daripada ini.
Pengajaran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 95
1. Pemilik dua kebun ini, menurut perbincangan ulamak adalah orang Islam tetapi dia
mempunyai konsep hari akhirat yang salah. Dia merasakan kelebihannya adalah dari
usahanya sendiri dan Allah akan berikan yang lebih baik di akhirat.
2. Apa yang ada di dunia ini, kaya miskin tidak ada kaitan dengan apa yang ada di sana
kelak. Dunia ini adalah ujian untuk kita sama-sama uruskan dengan cara pandang yang
benar berdasarkan surah al-Kahf ini.
Ayat 18: 37
ﻗَﺎ َل ﻟَ ۥﮫُ َﺻﺎ ِﺣﺒُﮫۥُ َو ُھ َﻮ ﯾُ َﺤﺎ ِو ُر ٓۥهُ أَ َﻛﻔَ ْﺮ َت ِﺑﭑﻟﱠ ِﺬى َﺧﻠَﻘَ َﻚ ِﻣﻦ ﺗُ َﺮا ٍب ﺛُ ﱠﻢ ِﻣﻦ ﻧﱡ ْﻄﻔَ ٍﺔ ﺛُ ﱠﻢ َﺳ ﱠﻮ ٰﯨ َﻚ َر ُﺟ ًﻼ
berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur
ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian
Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
Pengajaran
1. Kawannya mengingatkan pekebun hakikat diri yang sebenarnya.
2. Dia diingatkan supaya jangan kufur kepada Allah SWT yang menciptakannya yang
menjadikannya seorang lelaki yang sempurna.
Ayat 18: 38
ٰﻟﱠ ِﻜﻨﱠ ۠ﺎ ُھ َﻮ ٱ ﱠ”ُ َرﺑِّﻰ َو َ ٓﻻ أُ ْﺷ ِﺮ ُك ﺑِ َﺮﺑِّ ٓﻰ أَ َﺣﺪًا
Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku,
dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Pengajaran
1. Kawannya menyatakan yang dia tidak akan mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu pun.
2. Lelaki pemilik dua kebun itu tidak menyembah berhala tetapi dia meletakkan harta dan
pengikutnya sebagai sumber kemuliaan. Itu adalah syirik kepada Allah SWT.
3. Hendaklah kita berhati-hati semasa berborak kerana ia boleh menimbulkan syirik kepada
Allah kalau ada 4 unsur kezaliman seperti yang dinyatakan oleh Imam Juzair:
a. Kufur
b. Bangga diri
c. Sombong
d. Merendahkan orang lain
Ayat 18: 39
َوﻟَ ْﻮ َ ٓﻻ إِ ْذ دَ َﺧ ْﻠ َﺖ َﺟﻨﱠﺘَ َﻚ ﻗُ ْﻠ َﺖ َﻣﺎ َﺷﺎٓ َء ٱ ﱠ”ُ َﻻ ﻗُ ﱠﻮةَ إِ ﱠﻻ ﺑِﭑ ﱠ”ِ ِإن ﺗَ َﺮ ِن أَﻧَ ۠ﺎ أَﻗَ ﱠﻞ ِﻣﻨ َﻚ َﻣﺎ ًﻻ َو َوﻟَﺪًا
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 96
Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang
dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau
engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Pengajaran
1. Perkataan Masya Allah, Insya Allah amat penting di akhir zaman ini untuk kita
mengingatkan diri bahawa Allah SWT yang berkuasa.
2. Kalau kita bertemu sesuatu yang hebat, perkara yang baik atau tidak, ucapkan َﻣﺎ َﺷﺎٓ َء ٱ ﱠ”ُ َﻻ
ِ” ﻗُ ﱠﻮةَ إِ ﱠﻻ ﺑِﭑ ﱠ. Contoh: Kalau kita lihat anak comel, janganlah kita kata 'wow', katakan ُ”َﻣﺎ َﺷﺎٓ َء ٱ ﱠ
ِ” َﻻ ﻗُ ﱠﻮةَ إِ ﱠﻻ ِﺑﭑ ﱠagar tidak kena penyakit ain kepada anak tersebut.
3. Kalau bisnes seseorang berjaya, bukan orang itu yang hebat tetapi Allah SWT yang
menyusun segala-galanya.
4. Penceramah-penceramah bisnes, saham hendaklah ajarkan mindset ini supaya tidak
memasukkan pemikiran materialism kepada peserta sehingga kagum keterlaluan kepada
sifu-sifu yang menampakkan harta benda kekayaan mereka. Untung atau rugi semuanya
dengan izin daripada Allah SWT.
5. Kalau ada kekurangan atau kelebihan, jangan kagum kepada diri sendiri atau kagum
kepada orang lain, kagumlah kepada Allah SWT.
Ayat 18: 40
ﻓَﻌَ َﺴ ٰﻰ َرﺑِّ ٓﻰ أَن ﯾُ ْﺆﺗِﯿَ ِﻦ َﺧ ْﯿ ًﺮا ِّﻣﻦ َﺟﻨﱠﺘِ َﻚ َوﯾُ ْﺮ ِﺳ َﻞ َﻋﻠَ ْﯿ َﮭﺎ ُﺣ ْﺴﺒَﺎﻧًﺎ ِّﻣ َﻦ ٱﻟ ﱠﺴ َﻤﺎٓ ِء ﻓَﺘُ ْﺼﺒِ َﺢ َﺻ ِﻌﯿﺪًا َزﻟَﻘًﺎ
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan
(aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah
menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
Ayat 18: 41
أَ ْو ﯾُ ْﺼ ِﺒ َﺢ َﻣﺎٓ ُؤ َھﺎ َﻏ ْﻮ ًرا ﻓَﻠَﻦ ﺗَ ْﺴﺘَ ِﻄﯿ َﻊ ﻟَ ۥﮫُ َطﻠَﺒًﺎ
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau
tidak akan dapat mencarinya lagi".
Pengajaran Ayat 40-41
1. Pemuda yang beriman itu berbangga dengan keimanannya. Itu lebih tinggi berbanding
dengan harta, anak dan lain-lain.
2. Janganlah bangga sangat memberitahu orang anak belajar ke UK, US kerana dikhuatiri
melambangkan kesombongan. Jangan kita biasakan dengan borak-borak begitu.
3. Pemuda beriman mengingatkan pekebun yang sombong yang lupa diri bahawa dia
bimbang Allah akan menimpakan bala bencana yang akan memusnahkan kebunnya.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 97
4. Pemuda itu mengingatkan lagi yang jika air di kebun kering ditelan bumi, tidak akan dapat
pekebun mencarinya lagi.
5. Di akhir zaman ini kalau kita ingatkan kawan kita yang sombong atau yang lupa diri, itu
amat kritikal khuatir dia terjerumus dalam lembah kebinasaan.
6. Dunia ini akan hancur bila-bila. Yang kekal hanyalah amal soleh kita. Tukarlah mindset
kepada wawasan hari akhirat dengan membanyakkan amal soleh.
7. Berborak-borak ini penting tetapi kita kena jaga-jaga jangan sampai mengeluarkan
perkataan yang menzalimi diri sendiri.
8. Kalau kita ada bisnes yang berjaya, anak yang ramai/berjaya, ilmu yang tinggi, hendaklah
kita ucapkan ِ” ( َﻣﺎ َﺷﺎٓ َء ٱ ﱠ”ُ َﻻ ﻗُ ﱠﻮةَ إِ ﱠﻻ ِﺑﭑ ﱠSemuanya apa yang dikehendaki Allah, tiada daya dan
upaya melainkan dengan pertolongan Allah).
9. Anak yang comel, yang baik, bisnes yang berjaya; tidak semestinya kekal begitu
selamanya. Waktu pandemik ini, Allah SWT telah tunjukkan kepada kita bahawa Allah
SWT boleh ratakan macam-macam perkara yang ada di dalam bumi ini kerana ini adalah
peluang untuk kita kembali.
Ayat 18: 42
َوأُ ِﺣﯿ َﻂ ِﺑﺜَ َﻤ ِﺮ ِهۦ ﻓَﺄَ ْﺻﺒَ َﺢ ﯾُﻘَ ِﻠّ ُﺐ َﻛﻔﱠ ْﯿ ِﮫ َﻋﻠَ ٰﻰ َﻣﺎٓ أَﻧﻔَ َﻖ ﻓِﯿ َﮭﺎ َو ِھ َﻰ َﺧﺎ ِوﯾَﺔٌ َﻋﻠَ ٰﻰ ُﻋ ُﺮو ِﺷ َﮭﺎ َوﯾَﻘُﻮ ُل ٰﯾَﻠَ ْﯿﺘَ ِﻨﻰ ﻟَ ْﻢ أُ ْﺷ ِﺮ ْك ِﺑ َﺮﺑِّ ٓﻰ أَ َﺣﺪًا
Dan segala tanaman serta harta bendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-
balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah
dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung
tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun
dengan Tuhanku!"
Pengajaran
1. Harta kekayaan pekebun itu dibinasakan. Dia rasa terkejut bagai bermimpi yang hartanya
boleh binasa sekelip mata. Dia menyesal. Inilah badai yang melanda pekebun ini.
2. Sekarang kita lihat syarikat-syarikat besar runtuh dengan keadaan pandemik yang
melanda. Segala pelaburan yang membuat seseorang sombong, akhirnya habis seperti
pemuda yang punya dua kebun itu.
3. Pekebun itu akhirnya bertaubat dan diterima oleh Allah SWT. Rupa-rupanya dalam
keadaan kita menghadapi pendemik COVID-19 ini, bila Allah SWT menarik balik banyak
nikmat yang telah kita dapati, Allah SWT hendak kita bertaubat.
4. Menurut Imam As-Syaadi, hukuman yang dikenakan kepada pekebun itu adalah satu
kebaikan. Dia disedarkan bahawa nikmat itu semuanya daripada Tuhan.
5. Jika kita terkesan dengan pandemik ini, surah al-Kahf ini menyebabkan kita makin
bertaubat setiap hari apabila kita membaca surah ini saban minggu.
Ayat 18: 43
َوﻟَ ْﻢ ﺗَ ُﻜﻦ ﻟﱠﮫۥُ ِﻓﺌَﺔٌ ﯾَﻨ ُﺼ ُﺮوﻧَ ۥﮫُ ِﻣﻦ دُو ِن ٱ ﱠ”ِ َو َﻣﺎ َﻛﺎ َن ُﻣﻨﺘَ ِﺼ ًﺮا
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 98
Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia
pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
Pengajaran
1. Tidak ada siapa yang boleh menolong selain Allah SWT.
2. Dia juga tidak dapat membela dirinya sendiri.
Ayat 18: 44
ُھﻨَﺎ ِﻟ َﻚ ٱ ْﻟ َﻮ ٰﻟَﯿَﺔُ ِ ﱠ”ِ ٱ ْﻟ َﺤ ِّﻖ ُھ َﻮ َﺧ ْﯿ ٌﺮ ﺛَ َﻮاﺑًﺎ َو َﺧ ْﯿ ٌﺮ ُﻋ ْﻘﺒًﺎ
Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah,
Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi
kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Pengajaran
1. Bila kita dapat sesuatu, jangan rasakan ia atas usaha kita. Kerana ia akan menyebabkan
kita akan terkena virus materiaism. Iaitu melihat sesuatu dalam bentuk fizikal bukan dalam
bentuk hakikat sebenarnya bahawa semuanya datang daripada Allah SWT.
2. Kalau kita ambil vaksin, ia satu usaha sahaja. Tetap ucapkan ِ” َﻣﺎ َﺷﺎٓ َء ٱ ﱠ”ُ َﻻ ﻗُ ﱠﻮةَ ِإ ﱠﻻ ِﺑﭑ ﱠ. Serah
kepada Allah SWT yang berkuasa di atas segalanya.
3. Allah SWT sebaik-baik pemberi pahala terbaik dan pemberi kesudahan terbaik kepada
hamba-hambanya yang taat () َﺧ ْﯿ ٌﺮ ﺛَ َﻮاﺑًﺎ َو َﺧ ْﯿ ٌﺮ ُﻋ ْﻘﺒًﺎ.
Ayat 18: 45
َوٱ ْﺿ ِﺮ ْب ﻟَ ُﮭﻢ ﱠﻣﺜَ َﻞ ٱ ْﻟ َﺤﯿَ ٰﻮةِ ٱﻟﺪﱡ ْﻧﯿَﺎ َﻛ َﻤﺎٓ ٍء أَﻧ َﺰ ْﻟ ٰﻨَﮫُ ِﻣ َﻦ ٱﻟ ﱠﺴ َﻤﺎٓ ِء ﻓَﭑ ْﺧﺘَﻠَ َﻂ ِﺑ ِۦﮫ ﻧَﺒَﺎ ُت ٱ ْﻷَ ْر ِض ﻓَﺄَ ْﺻﺒَ َﺢ َھ ِﺸﯿ ًﻤﺎ ﺗَ ْﺬ ُروهُ ٱﻟ ِّﺮ ٰﯾَ ُﺢ َو َﻛﺎ َن ٱ ﱠ”ُ َﻋﻠَ ٰﻰ ُﻛ ِّﻞ َﺷ ْﻰ ٍء
ﱡﻣ ْﻘﺘَ ِﺪ ًرا
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti
air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama
lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur
ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Pengajaran
1. Inilah hakikat kehidupan dunia. Kehidupan dunia ini seperti air yang menyerap ke dalam
bumi. Hakikatnya, dunia akan masuk ke dalam hati manusia dan menganggu-gugat hati
kecuali ada penebat iman.
2. Dapat ilmu, harta, kuasa hendaklah cepat dikeluarkan untuk beri manfaat kepada orang
lain. Jangan sampai kita dapat air, menyerap ke dalam diri, tidak dialirkan keluar,
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 99