kesannya akan membusuk dan akhirnya akan hancur juga. Akhirnya jadi debu yang
berterbangan.
3. Jaga-jaga dengan dunia ini kerana ia boleh masuk ke dalam hati, samada kita menjadi
lebih manfaat atau lebih membawa mudarat kepada diri kita.
RESOLUSI
Ingat!
1. Elakkan sombong dan terlampau yakin (overconfidence) (18:35)
2. Sentiasa sedar hakikat diri yang lemah dalam menguruskan kejayaan (18:37-38)
3. Berhati-hati dengan banyaknya harta apabila ia menggelincirkan iman (18:39)
Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya manfaatkan harta dan ilmu kepada orang lain
agar tidak mudaratkan diri saya.
Saya jelas untuk elakkan sombong dan terlampau yakin (overconfidence). Saya jelas saya
mesti sentiasa sedar hakikat diri yang lemah dalam menguruskan kejayaan. Saya sedar saya
mesti berhati-hati dengan banyaknya harta apabila ia menggelincirkan iman.
Ya Allah, elakkan kami daripada menjadi sombong dan terlampau yakin (overconfidence). Ya
Allah bimbing kami untuk sentiasa sedar hakikat diri yang lemah dalam menguruskan
kejayaan. Ya Allah, pimpin kami supaya berhati-hati dengan banyaknya harta apabila ia
menggelincirkan iman.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 100
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 17 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (18 Sept 2021)
MQT395 Halaman 299 Al-Kahf, 46-53
PERKATAAN HARI INI أَ َﻣ َﻞMengharapkan, angan-angan, cita-cita. 2 kali disebut di dalam
al-Quran.
SINOPSIS
1. Realiti dunia dan apa yang kekal (18:46)
2. Dijalankannya gunung, dikumpulkannya manusia di Padang Mahsyar dan ditunjukkannya
buku amal perubatan manusia di Hari Kiamat (18:47-49)
3. Kisah sujud kepada Nabi Adam (18:50-53)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat teruskan pembelajaran pada halaman 299, surah al-Kahfi. Al-Quran
membetulkan cara kita berfikir dan berperasaan. Kita akan lihat komentar Allah SWT tentang
kisah dua kebun yang hancur sebab kesombongan pemilik kebun itu.
Semoga kita tidak tersilap alamat untuk balik kampung suatu hari nanti, merentas dunia
menuju ke akhirat Allah SWT.
Kisah pertama ialah mengenai pemuda al-Kahf tentang pengurusan iman/agama. Salah satu
daripada perhiasan di atas muka bumi ini adalah kehidupan beragama dan kita perlu
menyelamatkan iman dengan agama. Kita akan selalu tilawah al-Quran, maka kita akan
bersabar bersama dengan rakan-rakan yang kaya, miskin, ada pangkat atau tidak ada
pangkat, kerana iman itu yang lebih utama.
Apabila kita jelas agama atau iman itu menjadi neraca penting, kisah kedua pula bercerita
tentang cabaran bila ada harta.
Ayat 18: 46
ٱ ْﻟ َﻤﺎ ُل َوٱ ْﻟﺒَﻨُﻮ َن ِزﯾﻨَﺔُ ٱ ْﻟ َﺤﯿَ ٰﻮةِ ٱﻟﺪﱡ ْﻧﯿَﺎ َوٱ ْﻟ ٰﺒَ ِﻘ ٰﯿَ ُﺖ ٱﻟ ٰ ﱠﺼ ِﻠ ٰ َﺤ ُﺖ َﺧ ْﯿ ٌﺮ ِﻋﻨﺪَ َرﺑِّ َﻚ ﺛَ َﻮاﺑًﺎ َو َﺧ ْﯿ ٌﺮ أَ َﻣ ًﻼ
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang
kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik
sebagai asas yang memberi harapan.
Pengajaran
1. Harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup di dunia. Jika tidak ada, kita rasa tidak
lengkap. Semuanya tidak kekal. Jangan tertipu dengan materialism iaitu ideologi tentang
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 101
dunia.
2. Dunia adalah sesuatu yang rendah. Allah SWT tidak memandang dunia. Ada anak, tidak
ada anak, ada harta tidak ada harta, bukan lambang kemuliaan di sisi Allah. Itu adalah
kurniaan daripada Allah.
3. Yang kekal adalah amal soleh. Itu lebih baik di sisi Allah SWT dan itu adalah harapan
untuk kita beri perhatian. Kita boleh berangan-angan, boleh merancang bagaimana
hendak membanyakkan amal soleh.
4. Kalau ada harta, rancang bagaimana hendak tukar harta itu jadi amal soleh, untuk
sedekah banyak-banyak sebagai legasi yang akan kita dapat ganjarannya di sisi Allah,
bukan hanya di dunia tetapi di akhirat juga. Pelaburan akhirat adalah amat untung.
5. Janganlah kita banyak angan-angan di dunia ini. Kita bukan sekadar mahu syurga tetapi
perlu disusuli dengan amalan-amalan () َو َﺧ ْﯿ ٌﺮ أَ َﻣ ًﻼ. Kita tidak mahu mengikut skrip orang
yang berdosa. Jom kita merancang agar dapat untung yang banyak di akhirat.
6. ٱ ْﻟﺒَﻨُﻮ َنtidak semestinya anak-anak tetapi termasuk pekerja dan follower. Tidak penting
jumlah staf, sedikit atau ramai kerana ada orang yang bangga ada staf ramai. Yang lebih
penting ialah amalan soleh sebagai staf atau bos. Semua itu akan dicatat. Tidak kira orang
miskin, hulu atau hilir, semua akan dipersoal di akhirat nanti.
Ayat 18: 47
َوﯾَ ْﻮ َم ﻧُ َﺴ ِﯿّ ُﺮ ٱ ْﻟ ِﺠﺒَﺎ َل َوﺗَ َﺮى ٱ ْﻷَ ْر َض ﺑَﺎ ِر َزةً َو َﺣ َﺸ ْﺮ ٰﻧَ ُﮭ ْﻢ ﻓَﻠَ ْﻢ ﻧُﻐَﺎ ِد ْر ِﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ أَ َﺣﺪًا
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan
melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang
Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
Pengajaran
1. Ini adalah transisi ke akhirat. Surah ini membanteras kepada kefahaman
keduniaan/materialism. Mereka tidak percaya kepada hari akhirat. Kalau percaya kepada
hari akhirat pun mereka rasa akan tetap jadi VIP di sisi Allah SWT tanpa beramal soleh.
Mereka sombong, mengumpul lagi harta dan merasakan Allah sayang kepada mereka.
Yang sebenarnya itu tidak benar.
2. Orang yang banyak harta, banyak anak tidak ada kaitan langsung dengan kemuliaannya
di akhirat nanti.
3. Pada hari akhirat nanti, gunung-ganang akan diterbangkan, bumi akan diratakan dan
semua orang berkumpul di Mahsyar. Semua manusia akan dihalau ke situ. Tidak ada yang
terlepas.
Ayat 18: 48
ﺎ ﻟﱠﻘَ ْﺪ ِﺟﺌْﺘُ ُﻤﻮﻧَﺎ َﻛ َﻤﺎ َﺧﻠَ ْﻘ ٰﻨَ ُﻜ ْﻢ أَ ﱠو َل َﻣ ﱠﺮ ۭةٍ ﺑَ ْﻞ َز َﻋ ْﻤﺘُ ْﻢ أَﻟﱠﻦ ﻧﱠ ْﺠﻌَ َﻞ ﻟَ ُﻜﻢ ﱠﻣ ْﻮ ِﻋﺪًاkَو ُﻋ ِﺮ ُﺿﻮ ۟ا َﻋﻠَ ٰﻰ َر ِﺑّ َﻚ َﺻﻔ
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 102
Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil
dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan)
sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka,
bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa
yang Kami telah janjikan)".
Pengajaran
1. Semua akan dikembalikan bersaf-saf bersama pemimpin masing-masing. Jika di dunia ini
kita bersama pemimpin yang membawa kepada takwa, yang mengikut al-Quran, kita juga
akan berada di dalam saf begitu. Begitu juga jika kita mengikut pemimpin yang tidak
membaca, mengikut Quran, maka kita akan berada di dalam saf itu.
2. Kita dikumpulkan seperti waktu kita diciptakan, tanpa pakaian, harta, pangkat, anak. Kita
akan ditanya apa yang kita buat di dunia.
3. Allah SWT sayang kita. Dia memberitahu kita awal-awal apa yang akan berlaku supaya
kita bersedia dan terjauh daripada rugi kerana pada waktu itu kitab amal kita akan
dibentangkan.
4. Kalau kita banyak kira-kira tentang saham pagi petang siang malam, hendak kaya hendak
pangkat, khuatir kita lupa untuk kira apa bekalan kita ke akhirat. Hendaklah kita banyak
kira-kira berapa amal soleh yang kita buat supaya tidak rugi di akhirat.
Ayat 18: 49
َو ُو ِﺿ َﻊ ٱ ْﻟ ِﻜ ٰﺘَ ُﺐ ﻓَﺘَ َﺮى ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺠ ِﺮ ِﻣﯿ َﻦ ُﻣ ْﺸ ِﻔ ِﻘﯿ َﻦ ِﻣ ﱠﻤﺎ ِﻓﯿ ِﮫ َوﯾَﻘُﻮﻟُﻮ َن ٰﯾَ َﻮ ْﯾﻠَﺘَﻨَﺎ َﻣﺎ ِل ٰ َھﺬَا ٱ ْﻟ ِﻜ ٰﺘَ ِﺐ َﻻ ﯾُﻐَﺎ ِد ُر َﺻ ِﻐﯿ َﺮةً َو َﻻ َﻛ ِﺒﯿ َﺮةً ِإ ﱠ ٓﻻ أَ ْﺣ َﺼ ٰﯨ َﮭﺎ َو َو َﺟﺪُو ۟ا
َﻣﺎ َﻋ ِﻤﻠُﻮ ۟ا َﺣﺎ ِﺿ ًﺮا َو َﻻ ﯾَ ْﻈ ِﻠ ُﻢ َرﺑﱡ َﻚ أَ َﺣﺪًا
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-
orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan
berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak
meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati
segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak
berlaku zalim kepada seseorang pun.
Pengajaran
1. Ini adalah satu hentakkan daripada Allah SWT. Dihempaskan kitab catatan kepada orang-
orang yang berdosa ()ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺠ ِﺮ ِﻣﯿ َﻦ. Mereka berkeluh kesah ketakutan di akhirat kerana di dunia
ini mereka tidak berasa takut, mereka buat kacau dan buat bising. Di dunia, mereka
langsung tidak bimbang dengan apa yang mereka buat.
2. Di dalam kitab itu, semua ada tertulis. Mereka menipu, buat bising, kacau orang,
semuanya ada. Mereka rasa amat takut kerana semuanya terbongkar. Di dunia ini,
dengan pengaruh yang ada, mereka boleh batalkan atau sembunyikan kes. Di sana, tidak
boleh terlepas, walau sedikit. "What you did last dunia", semuanya muncul.
3. Manusia mencatat, malaikat juga mencatat. Mudah-mudahan kita akan mendapat buku
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 103
amalan dari tangan kanan.
Ayat 18: 50
َو ِإ ْذ ﻗُ ْﻠﻨَﺎ ِﻟ ْﻠ َﻤ ٰﻠَٓ ِﺌ َﻜ ِﺔ ٱ ْﺳ ُﺠﺪُو ۟ا ِل َءادَ َم ﻓَ َﺴ َﺠﺪُ ٓو ۟ا ِإ ﱠ ٓﻻ إِ ْﺑ ِﻠﯿ َﺲ َﻛﺎ َن ِﻣ َﻦﺑِﺌٱْ ْﻟ َِﺠﺲ ِّﻦِﻟﻠﻓَ ٰ ﱠﻔَﻈ ِﻠ َِﺴﻤﯿ َﻖ َﻦ َﺑَﻋﺪَْﻦًﻻأَ ْﻣ ِﺮ َرﺑِّ ِٓﮫۦ أَﻓَﺘَﺘﱠ ِﺨﺬُوﻧَﮫۥُ َوذُ ِّرﯾﱠﺘَ ٓﮫۥُ أَ ْو ِﻟﯿَﺎٓ َء ِﻣﻦ دُو ِﻧﻰ َو ُھ ْﻢ ﻟَ ُﻜ ْﻢ َﻋﺪُ ۢ ﱞو
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia
menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis
dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku?
Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim:
pengganti yang mereka pilih itu.
Pengajaran
1. Ayat-ayat berikut mengingatkan tentang sejarah kita, tentang Nabi Adam dan iblis.
2. Surah al-Isra' banyak tentang orang Yahudi. Surah al-Kahf, banyak berhujjah tentang
orang Kristian. Orang Kristian berkata iblis adalah dari kalangan malaikat, Lucifer. Dalam
Islam, iblis adalah daripada kumpulan jin, bukan malaikat. Dalam Kristian, asal percaya
kepada Jesus, boleh buat apa sahaja. Ini tidak dibenarkan oleh Allah SWT.
3. Iblis cuba ganggu kehidupan kita sehingga menyebabkan kita suka mengganggu perkara-
perkara kebaikan. Orang-orang yang derhaka kepada Allah SWT suka menjadikan iblis
sebagai pemimpin atau sahabat karib. Ini adalah penghujjahan kepada orang yang
mengambil selain Allah SWT sebagai pelindung.
Ayat 18: 51
ﱠﻣﺎٓ أَ ْﺷ َﮭﺪﺗﱡ ُﮭ ْﻢ َﺧ ْﻠ َﻖ ٱﻟ ﱠﺴ ٰ َﻤ ٰ َﻮ ِت َوٱ ْﻷَ ْر ِض َو َﻻ َﺧ ْﻠ َﻖ أَﻧﻔُ ِﺴ ِﮭ ْﻢ َو َﻣﺎ ُﻛﻨ ُﺖ ُﻣﺘﱠ ِﺨﺬَ ٱ ْﻟ ُﻤ ِﻀ ِﻠّﯿ َﻦ َﻋ ُﻀﺪًا
Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan
tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan
tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.
Pengajaran
1. Iblis bukan saksi. Mereka tidak terlibat dengan penciptaan langit dan bumi atau penciptaan
diri mereka sendiri. Allah SWT ciptakan semua makhluk tanpa perlu bantuan sesiapa.
Tidak perlu sebarang makhluk dijadikan sebagai sumber syirik kepada Allah SWT.
2. Allah SWT mengingatkan kita supaya tidak sepatutnya kagum kepada orang yang berbuat
baik, sehingga diidolakan dia dan ada yang diukir patungnya sebagai sumber syirik.
3. Jangan terjebak dengan materialism dalam beragama.
Ayat 18: 52
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 104
َوﯾَ ْﻮ َم ﯾَﻘُﻮ ُل ﻧَﺎدُو ۟ا ُﺷ َﺮ َﻛﺎٓ ِء َى ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َز َﻋ ْﻤﺘُ ْﻢ ﻓَﺪَ َﻋ ْﻮ ُھ ْﻢ ﻓَﻠَ ْﻢ ﯾَ ْﺴﺘَ ِﺠﯿﺒُﻮ ۟ا ﻟَ ُﮭ ْﻢ َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ﺑَ ْﯿﻨَ ُﮭﻢ ﱠﻣ ْﻮﺑِﻘًﺎ
Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu
(untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-
makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah
tempat azab yang membinasakan.
Pengajaran
1. Ini adalah panduan beragama, jangan sampai kita mendewa-dewakan sesama makhluk.
2. Di akhirat nanti, Allah SWT menyuruh mereka memanggil makhluk-makhluk yang dipuja
dahulu. Makhluk-makhluk itu tidak akan dapat jawab walaupun sedikit.
3. Janganlah kita mengaitkan amalan agama dengan orang. Segala amalan mestilah
berpandukan kebenaran daripada al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Ayat 18: 53
َو َر َءا ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺠ ِﺮ ُﻣﻮ َن ٱﻟﻨﱠﺎ َر ﻓَ َﻈﻨﱡ ٓﻮ ۟ا أَﻧﱠ ُﮭﻢ ﱡﻣ َﻮا ِﻗﻌُﻮ َھﺎ َوﻟَ ْﻢ ﯾَ ِﺠﺪُو ۟ا َﻋ ْﻨ َﮭﺎ َﻣ ْﺼ ِﺮﻓًﺎ
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa
mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk
mengelakkan diri daripadanya.
Pengajaran
1. Ini adalah keadaan orang-orang yang berdosa. Apabila melihat neraka, maka yakinlah
mereka bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya. Mereka tidak boleh lagi mengelak
daripada neraka.
2. Di dunia mereka sudahpun menggunakan semua jalan keluar dengan kreativiti mereka
untuk menidakkan kepada Allah SWT. Mereka rasa boleh buat macam-macam kerana
tidak terkesan dengan al-Quran. Di akhirat nanti, tidak ada lagi peluang untuk mengelak
hukuman daripada Allah SWT.
3. Gunakan kreativiti kita untuk berbuat amal soleh, bukannya untuk kreatif menjauhkan diri
daripada Allah SWT.
RESOLUSI
Ingat!
1. Rancang dan jadikan harta dan anak sebagai pelaburan ke akhirat (18:46)
2. Buat persediaan untuk ke akhirat sana (18:48)
3. Selalu berwaspada pada musuh yang ingin memerangkap manusia iaitu iblis (18:50)
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 105
Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya saya rancang dan jadikan harta dan anak
sebagai pelaburan ke akhirat.
Saya jelas untuk rancang dan jadikan harta dan anak sebagai pelaburan ke akhirat. Saya
jelas saya mesti buat persediaan untuk ke akhirat sana. Saya jelas untuk selalu berwaspada
pada musuh yang ingin memerangkap manusia iaitu iblis.
Ya Allah, bimbing kami untuk rancang dan jadikan harta dan anak sebagai pelaburan ke
akhirat. Ya Allah, pimpin kami untuk buat persediaan ke akhirat sana. Ya Allah, lindungi kami
untuk selalu berwaspada pada musuh yang ingin memerangkap manusia iaitu iblis.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 106
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 19 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (20 Sept 2021)
MQT397 Halaman 300 Al-Kahf, 54-61
PERKATAAN HARI INI َﺻ ﱠﺮ َفMenjelaskan, berpaling. 30 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Penjelasan al-Quran, tugas para rasul, kezaliman orang yang tidak mahu beriman dan
sebab ditundanya azab hingga waktu yang telah ditentukan (18: 54-59)
2. Kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS (18:60-61)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita bersyukur pada hari yang mulia ini, kita dapat meneruskan pembelajaran
pada halaman 300 surah al-Kahf. Surah ini mempunyai tema bagaimana kita menghadapi
cabaran akhir zaman iaitu cabaran beragama, cabaran berilmu, cabaran berharta dan
cabaran kuasa yang Allah jadikan sebagai perhiasan. Kita perlu memastikan amalan kita
adalah yang lebih baik berteraskan panduan daripada al-Quran.
Pada halaman lepas Allah SWT memberi peringatan tentang pemuda yang mempunyai dua
kebun tetapi mempunyai konsep iman yang salah.
Ayat 18: 54
َوﻟَﻘَ ْﺪ َﺻ ﱠﺮ ْﻓﻨَﺎ ﻓِﻰ ٰ َھﺬَا ٱ ْﻟﻘُ ْﺮ َءا ِن ِﻟﻠﻨﱠﺎ ِس ِﻣﻦ ُﻛ ِّﻞ َﻣﺜَ ٍﻞ َو َﻛﺎ َن ٱ ْ ِﻹﻧ ٰ َﺴ ُﻦ أَ ْﻛﺜَ َﺮ َﺷ ْﻰ ٍء َﺟﺪَ ًﻻ
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran
ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu,
sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
Pengajaran
1. Allah SWT memulakan dengan َﺻ ﱠﺮ ْﻓﻨَﺎiaitu Allah SWT menjelaskan dengan berbagai-bagai
cara kepada manusia; dalam bentuk cerita, khabar gembira, peringatan dan
perumpamaan untuk memastikan kita terperangkap dengan kebenaran. Allah
pelbagaikan, untuk memastikan seseorang itu menyerah kepada kebenaran. Contoh:
Virus COVID-19 yang melanda kita sekarang adalah untuk kita ambil pelajaran.
2. Psikologi manusia ini suka membuat sesuatu yang tidak bermanfaat, suka berbantah,
berbalah, 'super critical', merasakan peringatan yang sampai itu tidak ada kaitan
dengannya dan memberi berbagai alasan. Dia akan meletakkan berbagai alasan untuk
menidakkan peringatan yang ada.
Ayat 18: 55
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 107
َو َﻣﺎ َﻣﻨَ َﻊ ٱﻟﻨﱠﺎ َس أَن ﯾُ ْﺆ ِﻣﻨُ ٓﻮ ۟ا إِ ْذ َﺟﺎٓ َء ُھ ُﻢ ٱ ْﻟ ُﮭﺪَ ٰى َوﯾَ ْﺴﺘَ ْﻐ ِﻔ ُﺮو ۟ا َرﺑﱠ ُﮭ ْﻢ إِ ﱠ ٓﻻ أَن ﺗَﺄْ ِﺗﯿَ ُﮭ ْﻢ ُﺳﻨﱠﺔُ ٱ ْﻷَ ﱠو ِﻟﯿ َﻦ أَ ْو ﯾَﺄْﺗِﯿَ ُﮭ ُﻢ ٱ ْﻟﻌَﺬَا ُب ﻗُﺒُ ًﻼ
Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran
kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana
kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang
telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
Pengajaran
1. Dua perkara yang menjadi cabaran di akhir zaman ini ialah orang susah untuk beriman
bila sudah datang hidayah dan seseorang itu sukar memohon keampunan daripada Allah
SWT. Untuk pemuda al-Kahf, dengan iman Allah tambah hidayah, Allah tambah
keteguhan hati mereka. Bila dapat hidayah, kita akan sedar ada banyak lagi yang kurang
dalam diri kita maka kita mohon ampun kepada Allah SWT. Itu point bagi Nabi Adam AS
untuk bangkit.
2. Menurut Ibnu Asyur dan Imam As Sa'di, manusia membantah kepada keadilan kerana dia
mengikut kepada iblis. Iblis ini mindsetnya, dia rasa dia ada ilmu. Jadi dia hendak
berhujjah. Dia sanggup berhujjah dengan Tuhan. Dalam hidup kita ini ada orang suka
berhujjah. Itu adalah sifat-sifat sombong yang menyebabkan manusia ini terhalang
daripada beriman. Padahal Allah SWT sudah beri peringatan jangan jadi macam Firaun
yang hanya sedar untuk mengucap syahadah apabila sudah hendak tenggelam, tetapi
sudah terlambat.
3. Ini adalah panduan untuk kita sama-sama ambil peringatan. Kalau kita bersama al-Quran
ada dua kesan: Makin beriman kepada hidayah dan selalu minta ampun/istighfar. Itulah
tandanya kita diberi 'rashada' oleh Allah SWT. Jika kita tidak ada rasa begitu, ia adalah
bibit dari godaan iblis.
Ayat 18: 56
َو َﻣﺎ ﻧُ ْﺮ ِﺳ ُﻞ ٱ ْﻟ ُﻤ ْﺮ َﺳ ِﻠﯿ َﻦ إِ ﱠﻻ ُﻣﺒَ ِّﺸ ِﺮﯾ َﻦ َو ُﻣﻨ ِﺬ ِرﯾ َﻦ َوﯾُ ٰ َﺠ ِﺪ ُل ٱﻟﱠ ِﺬﯾ َﻦ َﻛﻔَ ُﺮو ۟ا ِﺑﭑ ْﻟ ٰﺒَ ِﻄ ِﻞ ِﻟﯿُ ْﺪ ِﺣ ُﻀﻮ ۟ا ﺑِ ِﮫ ٱ ْﻟ َﺤ ﱠﻖ َوٱﺗﱠ َﺨﺬُ ٓو ۟ا َءا ٰﯾَ ِﺘﻰ َو َﻣﺎٓ أُﻧ ِﺬ ُرو ۟ا ُھ ُﺰ ًوا
Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan
pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk
menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan
amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
Pengajaran
1. Ayat ini adalah sebagai peringatan supaya kita jangan ikut jejak langkah mereka yang
kufur kepada al-Quran. Ini adalah mekanisma yang Allah SWT beritahu bagaimana
seseorang itu boleh terhalang daripada mendapat risalah daripada Nabi SAW.
2. Cikgu-cikgu, penceramah dan ibu ayah kena menggunakan pendekatan khabar gembira
dan memberi peringatan. Kita tidak boleh hanya cakap positif sahaja tanpa memberikan
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 108
risiko-risiko kalau tidak mengikut hidayah daripada al-Quran. Hendaklah kita sampaikan
apa yang terdapat dalam al-Quran.
3. Orang kufur suka berbahas dan berhujah kerana mereka merasa mereka lebih baik. Ini
adalah perangai yang dibawa oleh iblis. Jangan olok-olokan orang yang menyampaikan
kebenaran dengan melakukan 'character assassination'.
4. Ilmu daripada al-Quran memerlukan kerendahan hati seperti Nabi Musa yag kita akan lihat
nanti.
Ayat 18: 57
َو ِإن َو ْﻗ ًﺮا َءاذَا ِﻧ ِﮭ ْﻢ َوﻓِ ٓﻰ ُﯾَ ْﻔﻘَ ُﮭﻮه أَن ًأَ ِﻛﻨﱠﺔ َﻣﺎ ﻗَﺪﱠ َﻣ ْﺖ ﯾَﺪَاهُ إِﻧﱠﺎ َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ َﻋﻠَ ٰﻰ ﻗُﻠُﻮﺑِ ِﮭ ْﻢ َﻋ ْﻨ َﮭﺎ َوﻧَ ِﺴ َﻰ ﻓَﺄَ ْﻋ َﺮ َض َرﺑِّ ِۦﮫ ﺑِـ©ﺎ ٰﯾَ ِﺖ ذُ ِّﻛ َﺮ ِﻣ ﱠﻤﻦ أَ ْظﻠَ ُﻢ َو َﻣ ْﻦ
إِﻟَﻰ ٱ ْﻟ ُﮭﺪَ ٰى ﻓَﻠَﻦ ﯾَ ْﮭﺘَﺪُ ٓو ۟ا ِإذًا أَﺑَﺪًا ﺗَ ْﺪ ُﻋ ُﮭ ْﻢ
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat
Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua
tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan
berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami
jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika
engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka
tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
Pengajaran
1. Ada orang merasa dia sahaja yang benar, seperti perangai iblis. Ada orang yang suka
bermain/berhujah dengan perkataan dan pendapat sendiri.
2. ُ ﯾَ ْﻔﻘَ ُﮭﻮهialah orang yang memasukkan, iaitu faqeh dalam memahami dan mengamalkan apa
yang dibawakan oleh Allah SWT.
3. Orang yang berpaling itu ada penyumbat di telinganya. Apabila diajak kepada hidayah,
dia tidak akan mendapat hidayah kerana dia suka berjidal, berbahas dan suka melupakan
peringatan.
Ayat 18: 58
َو َرﺑﱡ َﻚ ٱ ْﻟﻐَﻔُﻮ ُر ذُو ٱﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ِﺔ ﻟَ ْﻮ ﯾُ َﺆا ِﺧﺬُ ُھﻢ ِﺑ َﻤﺎ َﻛ َﺴﺒُﻮ ۟ا ﻟَﻌَ ﱠﺠ َﻞ ﻟَ ُﮭ ُﻢ ٱ ْﻟﻌَﺬَا َب ﺑَﻞ ﻟﱠ ُﮭﻢ ﱠﻣ ْﻮ ِﻋﺪٌ ﻟﱠﻦ ﯾَ ِﺠﺪُو ۟ا ِﻣﻦ دُوﻧِ ِﮫۦ َﻣ ْﻮ ِﺋ ًﻼ
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa
mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan
menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan
ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat
perlindungan, yang selain daripadanya.
Pengajaran
1. Allah SWT Maha Pengampun dan mempunyai rahmah.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 109
2. Kalaulah Allah SWT mahu menghukum, Allah boleh cepatkan azab. Namun, Allah SWT
memberi masa untuk kita kembali kepadaNya.
Ayat 18: 59
َو ِﺗ ْﻠ َﻚ ٱ ْﻟﻘُ َﺮ ٰ ٓى أَ ْھﻠَ ْﻜ ٰﻨَ ُﮭ ْﻢ ﻟَ ﱠﻤﺎ َظﻠَ ُﻤﻮ ۟ا َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ِﻟ َﻤ ْﮭ ِﻠ ِﻜ ِﮭﻢ ﱠﻣ ْﻮ ِﻋﺪًا
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka
melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan
mereka.
Pengajaran
1. Bila berlaku zalim yang berterusan, kemuncaknya ialah ﻟَ ﱠﻤﺎ َظﻠَ ُﻤﻮ ۟ا. Bila terjadi begini, Allah
SWT akan hancurkan.
2. Kalau kita tidak ingatkan sesama sendiri, kesannya ialah Allah akan hancurkan bagi
sebuah kawasan tersebut kerana itulah perjanjian yang Allah sebutkan dalam ayat ini.
Ayat 18: 60
َوإِ ْذ ﻗَﺎ َل ُﻣﻮ َﺳ ٰﻰ ِﻟﻔَﺘَ ٰﯨﮫُ َ ٓﻻ أَ ْﺑ َﺮ ُح َﺣﺘﱠ ٰ ٓﻰ أَ ْﺑﻠُ َﻎ َﻣ ْﺠ َﻤ َﻊ ٱ ْﻟﺒَ ْﺤ َﺮ ْﯾ ِﻦ أَ ْو أَ ْﻣ ِﻀ َﻰ ُﺣﻘُﺒًﺎ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan
berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan
terus bertahun-tahun".
Pengajaran
1. Untuk beragama kita perlukan ilmu. Ilmu ada disiplin dan adabnya. Allah SWT kisahkan
tentang Nabi Musa AS yang bermusafir untuk menuntut ilmu.
2. Nabi Musa AS memberitahu sahabatnya, Yushak bin Nun yang baginda sanggup berjalan
terus bertahun-tahun untuk mencari orang yang berilmu. Ini lambang kerendahan hati
baginda, tidak seperti iblis atau pengikut-pengikutnya yang mengatakan dialah yang paling
pandai.
Ayat 18: 61
ﻓَﻠَ ﱠﻤﺎ ﺑَﻠَﻐَﺎ َﻣ ْﺠ َﻤ َﻊ ﺑَ ْﯿﻨِ ِﮭ َﻤﺎ ﻧَ ِﺴﯿَﺎ ُﺣﻮﺗَ ُﮭ َﻤﺎ ﻓَﭑﺗﱠ َﺨﺬَ َﺳ ِﺒﯿﻠَ ۥﮫُ ﻓِﻰ ٱ ْﻟﺒَ ْﺤ ِﺮ َﺳ َﺮﺑًﺎ
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan
hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan
lorong di bawah tanah.
Pengajaran
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 110
1. Apabila sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, mereka berdua terlupa tentang ikan
yang mereka bawa lalu ikan itu melompat keluar ke laut.
RESOLUSI
Ingat!
1. Hargai pengajaran dan isi kandungan al-Quran serta elakkan daripada banyak berbalah
(18:54)
2. Jangan bertangguh untuk menyambut hidayah (18:55)
3. Manfaatkan peluang umur untuk sentiasa kembali kepada Allah SWT (18:58)
Saya berasa lega, Allah SWT utuskan khabar gembira dan peringatan supaya saya beriman
dan kembali kepadaNya.
Saya jelas saya mesti hargai pengajaran dan isi kandungan al-Quran serta elakkan daripada
banyak berbalah. Saya jelas supaya tidak bertangguh untuk menyambut hidayah. Saya jelas
untuk manfaatkan peluang umur untuk sentiasa kembali kepada Allah SWT.
Ya Allah, pimpin kami untuk hargai pengajaran dan isi kandungan al-Quran serta elakkan
daripada banyak berbalah. Ya Allah, bantu kami agar tidak bertangguh untuk menyambut
hidayah. Ya Allah, bimbing kami untuk manfaatkan peluang umur untuk sentiasa kembali
kepada Mu.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 111
Nama: Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh: 20 Sept 2021
Nota telah disemak oleh: R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (21 Sept 2021)
MQT398 Halaman 301 Al-Kahf, 62-74
PERKATAAN HARI INI َﺳﻔَ َﺮMenjelajah, musafir. 12 kali disebut di dalam al-Quran.
SINOPSIS
1. Patah balik ke lokasi hilangnya ikan yang dibawa (18: 62-65)
2. Nabi Musa AS minta izin berguru dan syarat-syarat untuk berguru (18:66-70)
3. 3 peristiwa penuh getir dan sikap Nabi Musa A.S yang tidak penyabar (18:71-74)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita bersyukur pada hari yang berbahagia ini, kita dapat meneruskan
pembelajaran pada halaman 301 surah al-Kahf. Hari ini kita akan belajar bagaimana
menguruskan ilmu.
Surah ini membincangkan tentang empat perkara iaitu: pengurusan iman, harta, ilmu dan
kuasa. Di akhir zaman ini kita perlu menguruskan keempat-empat perkara ini dengan
panduan al-Quran agar kita tidak mudah diperdaya dengan pelbagai anasir yang boleh
membawa kita jauh daripada agama (materialism) apabila kita mengutamakan dunia
berbanding dengan akhirat.
Ayat 61 menceritakan perjalanan Nabi Musa dan pembantunya Yushak bin Nun untuk
mencari guru. Apabila sampai di pertemuan antara dua laut, mereka terlupa tentang makanan
mereka iaitu ikan besar yang sudah dimasak. Ikan itu hidup dan melompat masuk ke dalam
laut.
Ayat 18: 62
ﻓَﻠَ ﱠﻤﺎ َﺟﺎ َو َزا ﻗَﺎ َل ِﻟﻔَﺘَ ٰﯨﮫُ َءا ِﺗﻨَﺎ َﻏﺪَآ َءﻧَﺎ ﻟَﻘَ ْﺪ ﻟَ ِﻘﯿﻨَﺎ ِﻣﻦ َﺳﻔَ ِﺮﻧَﺎ ٰ َھﺬَا ﻧَ َﺼﺒًﺎ
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah
makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita
ini".
Pengajaran
1. Setelah penat ( ) َﻧ َﺼ ً>ﺎberjalan melewati tempat pertemuan antara dua laut, Nabi Musa AS
meminta pembantunya bawakan makanan mereka.
2. NpeambibManutsuanymaemnuankjaunkkbaenkaaladnabmyearnegkaabmearst atimngag(iَﻧﺎkا َءeD َﺪp َﻏaﻨﺎdَ ا ِﺗa َء- pembantunya dengan mengajak
datangkan kepada kita makanan
kita).
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 112
3. Yushak ditugaskan untuk membawa makanan itu. Salah satu disiplin berguru, ialah kita
hendaklah berkhidmat kepada guru.
Ayat 18: 63
ﻗَﺎ َل أَ َر َء ْﯾ َﺖ إِ ْذ أَ َو ْﯾﻨَﺎٓ ِإﻟَﻰ ٱﻟ ﱠﺼ ْﺨ َﺮ ِة ﻓَﺈِ ِﻧّﻰ ﻧَ ِﺴﯿ ُﺖ ٱ ْﻟ ُﺤﻮ َت َو َﻣﺎٓ أَﻧ َﺴ ٰﯨﻨِﯿﮫُ ِإ ﱠﻻ ٱﻟ ﱠﺸ ْﯿ ٰ َﻄ ُﻦ أَ ْن أَ ْذ ُﻛ َﺮهۥُ َوٱﺗﱠ َﺨﺬَ َﺳﺒِﯿﻠَﮫۥُ ﻓِﻰ ٱ ْﻟﺒَ ْﺤ ِﺮ َﻋ َﺠﺒًﺎ
Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada
menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur
menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
Pengajaran
1. Yushak bin Nun memberitahu, semasa mereka berehat sebentar di batu besar antara
pertemuan dua laut, ikan yang dibawanya meluncur ke dalam laut. Yushak memberitahu
Nabi Musa AS yang dia terlupa untuk memberitahu kepada Nabi Musa AS tentang itu. Itu
petanda Yushak bin Nun amat bertanggung jawab kepada tugas yang diberikan. Katanya,
syaitan yang membuatnya lupa.
2. Dalam hidup kita ini, kalau kita lupa, lakukan zikir. Lupa adalah angkara syaitan.
Contohnya lupa baca al-Quran, jaga adab dengan al-Quran, lupa melaksanakan tugas
kita.
3. Bayangkan dalam keadaan penat dan lapar kemudian didapati makanan sudah hilang.
Biasanya akan timbul perasaan marah.
4.
Ayat 18: 64
ﻗَﺎ َل ٰذَ ِﻟ َﻚ َﻣﺎ ُﻛﻨﱠﺎ ﻧَ ْﺒﻎِ ﻓَﭑ ْرﺗَﺪﱠا َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ َءاﺛَﺎ ِر ِھ َﻤﺎ ﻗَ َﺼ ًﺼﺎ
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan
menurut jejak mereka.
Pengajaran
1. Namun Nabi Musa AS yang terkenal tegas orangnya, tetapi kali ini baginda tidak marah.
Hal itu mengingatkan baginda tentang tempat yang dicari. Mereka kembali ke tempat itu
dengan menurut jejak langkah yang mereka lalui.
2. Inilah adalah salah satu kaedah pengurusan konflik yang kita boleh belajar daripada Nabi
Musa AS. Kalau kita mengharap seseorang buat sesuatu tetapi mungkin ada silap, jangan
sampai kita menyokong kepada syaitan. Jangan cepat marah bila berlaku sesuatu yang
kita tidak puas hati.
3. Dalam sejarah, Yushak b Nun adalah protege kepada Nabi Musa AS yang meneruskan
misi masuk ke Palestin selepas 40 tahun berlegar di padang pasir. Nabi Musa AS wafat
sebelum sempat masuk ke Palestin. Yushak bin Nun kemudiannya berjaya membawa
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 113
Bani Israel masuk ke Palestin.
4.
Ayat 18: 65
ﻓَ َﻮ َﺟﺪَا َﻋ ْﺒﺪًا ِّﻣ ْﻦ ِﻋﺒَﺎ ِدﻧَﺎٓ َءاﺗَ ْﯿ ٰﻨَﮫُ َر ْﺣ َﻤﺔً ِّﻣ ْﻦ ِﻋﻨ ِﺪﻧَﺎ َو َﻋﻠﱠ ْﻤ ٰﻨَﮫُ ِﻣﻦ ﻟﱠﺪُﻧﱠﺎ ِﻋ ْﻠ ًﻤﺎ
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya
rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
Pengajaran
1. Ini adalah formula untuk mencari guru. Tanda guru yang bagus ialah guru itu pergi mencari
guru lain. Yushak belajar dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa AS pula mencari guru lain
yang lebih berilmu daripada baginda.
2. Mereka (beﻤﺎrً ﻠtJ ﻋeِ m ُﺪ ﱠﻧﺎuﻟM seorang hamba Allah yang diberiNya kasih sayang dan diberi ilmu
ladunni, ilmu yang datang terus daripada Allah SWT).
3. Formula untuk mendapat ilmu ladunni ialah kita perlu berusaha menjadi hamba yang
bertaqwa:
a. Perlu menjadi hamba yang betul-betul beribadah kepadaNya
b. Allah SWT beri kasih sayang
c. Allah SWT ajar ilmu terus dari sisi-Nya
Ayat 18: 66
ﻗَﺎ َل ﻟَ ۥﮫُ ُﻣﻮ َﺳ ٰﻰ َھ ْﻞ أَﺗﱠ ِﺒﻌُ َﻚ َﻋﻠَ ٰ ٓﻰ أَن ﺗُﻌَ ِﻠّ َﻤ ِﻦ ِﻣ ﱠﻤﺎ ُﻋ ِﻠّ ْﻤ َﺖ ُر ْﺷﺪًا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau
mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk
bagiku?"
Pengajaran
1. Kali pertama berjumpa dengan Nabi Khidir AS, Nabi Musa AS terus meminta untuk belajar
dengannya ilmu daripada Allah SWT yang menjadi petunjuk.
2. Nabi Musa AS yakin itulah guru yang dicari kerana kesan cahaya seorang hamba daripada
Allah SWT. Apabila seseorang itu makin dekat dengan Allah SWT, Allah akan memberi
signal kepadanya. Ada orang yang kita kenal lama pun, kita tidak yakin untuk bertanya
soalan yang membawa kepada kebenaran kerana dengan menjadi seorang hamba, ia
akan memancarkan cahaya daripada Allah SWT.
3. Musafir ilmu adalah penting. Gunakan masa, duit, dan tenaga untuk mencari ilmu seperti
yang dicontohi oleh Nabi Musa AS, merendah diri dan terus mencari ilmu. Baginda
seorang yang paling alim ketika itu dengan mendapat wahyu, namun Nabi Musa AS tetap
mahu mencari ilmu.
4. Salah satu cara untuk menguruskan cabaran akhir zaman ialah dengan merendah diri dan
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 114
cari ilmu. Jika kita merasakan ilmu kita sudah banyak dan tidak lagi mahu belajar, dikhuatiri
nanti kita kagum dan tertipu dengan tipu daya dajjal.
Ayat 18: 67
ﻗَﺎ َل إِﻧﱠ َﻚ ﻟَﻦ ﺗَ ْﺴﺘَ ِﻄﯿ َﻊ َﻣ ِﻌ َﻰ َﺻ ْﺒ ًﺮا
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar
bersamaku.
Pengajaran
1. Nabi Khidir AS menjawab yang Nabi Musa AS tidak mungkin dapat bersabar dengannya
() َﻣ ِﻌ َﻰ.
2. Guru kena tahu syarat untuk menerima pelajar.
3. Anak murid kena sedar untuk mematuhi peraturan/syarat guru. Contoh: Ada guru yang
tidak membenarkan anak murid bertukar tempat duduk.
Ayat 18: 68
َو َﻛ ْﯿ َﻒ ﺗَ ْﺼﺒِ ُﺮ َﻋﻠَ ٰﻰ َﻣﺎ ﻟَ ْﻢ ﺗُ ِﺤ ْﻂ ِﺑ ِۦﮫ ُﺧ ْﺒ ًﺮا
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya
secara meliputi?
Ayat 18: 69
ﻗَﺎ َل َﺳﺘَ ِﺠﺪُﻧِ ٓﻰ ِإن َﺷﺎٓ َء ٱ ﱠ”ُ َﺻﺎ ِﺑ ًﺮا َو َ ٓﻻ أَ ْﻋ ِﺼﻰ ﻟَ َﻚ أَ ْﻣ ًﺮا
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak
akan membantah sebarang perintahmu".
Ayat 18: 70
ﻗَﺎ َل ﻓَﺈِ ِن ٱﺗﱠﺒَ ْﻌﺘَﻨِﻰ ﻓَ َﻼ ﺗَ ْﺴـ© ْﻠﻨِﻰ َﻋﻦ َﺷ ْﻰ ٍء َﺣﺘﱠ ٰ ٓﻰ أُ ْﺣ ِﺪ َث ﻟَ َﻚ ِﻣ ْﻨﮫُ ِذ ْﻛ ًﺮا
Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku
akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
Pengajaran Ayat 68-70
1. Nabi Musa dan Nabi Khidir AS terus berbincang syarat untuk baginda belajar. Tidak
mudah hendak bersabar dengan benda yang kita tidak tahu.
2. Nabi Musa AS mengatakan insya Allah di tengah perbincangan sebelum habis syarat
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 115
dikemukakan oleh Nabi Khidir AS.
3. Syarat tambahan yang diletakkan oleh Nabi Khidir AS, ialah Nabi Musa AS tidak boleh
bertanya apa-apa pun, walau sekecil mana perkara itu sehingga diberitahu oleh Nabi
Khidir AS.
Ayat 18: 71
ﻓَﭑﻧ َﻄﻠَﻘَﺎ َﺣﺘﱠ ٰ ٓﻰ ِإذَا َر ِﻛﺒَﺎ ِﻓﻰ ٱﻟ ﱠﺴ ِﻔﯿﻨَ ِﺔ َﺧ َﺮﻗَ َﮭﺎ ﻗَﺎ َل أَ َﺧ َﺮ ْﻗﺘَ َﮭﺎ ِﻟﺘُ ْﻐ ِﺮ َق أَ ْھﻠَ َﮭﺎ ﻟَﻘَ ْﺪ ِﺟﺌْ َﺖ َﺷ ْﯿـ•ﺎ ِإ ْﻣ ًﺮا
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia
membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat
perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah
melakukan satu perkara yang besar".
Ayat 18: 72
ﻗَﺎ َل أَﻟَ ْﻢ أَﻗُ ْﻞ إِﻧﱠ َﻚ ﻟَﻦ ﺗَ ْﺴﺘَ ِﻄﯿ َﻊ َﻣ ِﻌ َﻰ َﺻ ْﺒ ًﺮا
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat
bersabar bersamaku?"
Ayat 18: 73
ﻗَﺎ َل َﻻ ﺗُ َﺆا ِﺧ ْﺬ ِﻧﻰ ﺑِ َﻤﺎ ﻧَ ِﺴﯿ ُﺖ َو َﻻ ﺗُ ْﺮ ِھ ْﻘ ِﻨﻰ ِﻣ ْﻦ أَ ْﻣ ِﺮى ُﻋ ْﺴ ًﺮا
Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan
syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam
urusanku (menuntut ilmu)".
Pengajaran Ayat 71-73
1. Mereka berdua naik ke sebuah perahu lalu Nabi Khidir merosakkan sampan itu. Nabi
Musa bertanya kenapa baginda berbuat begitu kerana perbuatan itu sangat tidak beretika
dan tidak logik () َﺷ ْﯿـ•ﺎ ِإ ْﻣ ًﺮا.
2. Nabi Musa AS diingatkan yang baginda tidak mungkin bersabar seperti yang Nabi Khidir
AS telah beritahu di awalnya.
3. Nabi Musa AS mengaku yang baginda terlupa. Baginda memohon diberi peluang untuk
terus belajar.
Ayat 18: 74
ﻓَﭑﻧ َﻄﻠَﻘَﺎ َﺣﺘﱠ ٰ ٓﻰ ِإذَا ﻟَ ِﻘﯿَﺎ ُﻏ ٰﻠَ ًﻤﺎ ﻓَﻘَﺘَﻠَ ۥﮫُ ﻗَﺎ َل أَﻗَﺘَ ْﻠ َﺖ ﻧَ ْﻔ ًﺴﺎ َز ِﻛﯿﱠ ۢﺔً ﺑِﻐَ ْﯿ ِﺮ ﻧَ ْﻔ ٍﺲ ﻟﱠﻘَ ْﺪ ِﺟﺌْ َﺖ َﺷ ْﯿـ•ﺎ ﻧﱡ ْﻜ ًﺮا
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 116
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda
lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih,
yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu
perbuatan yang mungkar!
Pengajaran
1. Kemudian mereka berdua berjalan lagi. Mereka berjumpa dengan seorang anak kecil lalu
Nabi Khidir AS membunuhnya. Nabi Musa bertanya lagi kenapa dibunuh anak yang tidak
bersalah dan dia tidak membunuh sesiapa pun.
2. Nabi Musa gagal kali kedua.
RESOLUSI
Ingat!
1. Selalu sedar bahawa lupa itu adalah angkara syaitan yang perlu kita minta dilindungi
darinya (18:63)
2. Jangan cepat melenting tetapi sentiasa lihat kepada visi sesuatu perkara (18:64)
3. Jadilah hamba yang mendapat rahmat, Insya-Allah akan diberikan ilmu yang baik (18:65)
Saya berasa lega, Allah SWT ajar adab dalam menuntut ilmu.
Saya jelas saya mesti selalu sedar bahawa lupa itu adalah angkara syaitan yang perlu kita
minta dilindungi darinya. Saya jelas untuk tidak cepat melenting tetapi sentiasa lihat kepada
visi sesuatu perkara. Saya jelas saya mesti jadi hamba yang mendapat rahmat, Insya-Allah
akan diberikan ilmu yang baik.
Ya Allah, lindungi kami daripada syaitan yang membuat kami lupa. Ya Allah, ingatkan kami
apabila kami lupa. Ya Allah, kurniakan kami sifat kesabaran yang tinggi. Ya Allah, bimbing
kami supaya tidak cepat melenting tetapi sentiasa lihat kepada visi sesuatu perkara. Ya Allah,
kurniakan kami rahmat dan kasih sayang Mu dan kurniakan kami ilmu yang baik.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.
Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri 117