The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUku Log Pengakap Kanak-Kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmannhkim23, 2021-09-22 11:42:08

BUku Log Pengakap

BUku Log Pengakap Kanak-Kanak

MAKLUMAT DIRI

BENDERA MALAYSIA

BINTANG PECAH 14 WARNA BIRU TUA
Melambangkan perpaduan 13 melambangkan perpadua

buah negeri & wilayah rakyat Malaysia
persekutuan

ANAK BULAN & BINTANG
melambangkan Agama Islam
sebagai agama Rasmi Malaysia

WARNA KUNING
melambangkan warna

DYMM Raja-Raja

WARNA PUTIH WARNA MERAH
menandakan kesucian melambangkan

7 JALUR MERAH & PUTIH keberanian
mlambangkan keanggotaan

13 buah egeri & wilayah
persekutuan

SEJARAH PENGAKAP

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park,
London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend

H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang
Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Pada usia
tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau
sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP

amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di
India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam
satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan

menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang
diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam
pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu

perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan
perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama

Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi
oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah
adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang
manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi
Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell,
seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan
pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London
menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan
yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP

berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah
menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia
kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai
perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang
janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan

bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.

Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua
Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha
dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok
dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah

berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila
pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di

bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam
pergerakan ini ialah: “TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU”.

SEJARAH PERMULAAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Selepas dua tahun pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka
pengkap dari London bernarna E.G. Sands telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lain

menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura.
Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff telah menubuhkan pasukan
pengakap untuk budak-budak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.

Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang, iaitu di Pekan, yang
ditubuhkan oleh G.M. Laidlow, tetapi apabila beliau meninggal dunia, pergerakan pengakap di situ

turut berkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang
kemudiannya diasaskan pula oleh Wheeler dan Erisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Di Pulau Pinang, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh seorang ahli pendidik yang
termasyhur, iaitu H.R, Gheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Gheesman telah
berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Pesuruhjaya

Pengakap Malaya.

Di Perak, pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsar oleh
I.R. Wheeler. Kemudian itu, banyak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakapnya. Di
Kedah, pergerakan pengakapnya bermula pada tahun 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.G.
Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan G.W. Bloomfield. Di Johor, pengakap ditubuhkan pada awal

taliun 1928, iaitu dengan kedatangan Gheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama
ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru. Manakala
pergerakan pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Pada tahun 1926, Selangor pula menubuhkan gerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab
menubuhkannya ialah Ameen Akbar. Ini diikuti oleh penubuhan pergerakan pengakap di

Terengganu pada tahun 1927 oleh AJ. Grade dan di Kelantan (1927) oleh Y.M. Tengku Ahmad
Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis

pada tahun 1931.

Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakapnya di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di
Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhend pergerakan pengakapnya sehinggalah
pada tahun 1930 apabila ia bergiat semula. Sebelum merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap

Tanah Melayu meliputi semua negeri, dengan tiap-tiap sebuah negeri sebagai satu daerah
pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan

Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan
penyusunan semula, tiap-tiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri daripada beberapa
daerah pengakap. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap
Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Dunia. Dengan

wujudnya Malaysia pada tahun 1963, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia
dan keahliannya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila
Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura berhenti

menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan
rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap
Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya

Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

BENDERA PENGAKAP

LOGO PENGAKAP

bintang pecah 14 anak panah pecah 3
melambangkan 14 buah melambangkan

negeri di Malaysia persetiaan pengakap

2 bintang pecah
5 lambang 10

undang-undang
pengakap

anak bulan dan bintang
melambangkan agama
rasmi Malaysia iaitu

Agama Islam

ikatan buku sila
melambangkan
persaudaraan pengakap

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji dan Bersetia
Yang Saya

Dengan Seberapa Daya Upaya Saya
Akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong Orang pada Setiap Masa
Menurut Undang-Undang Pengak

COGAN KATA

‘Buat Sehabis Baik’
‘Pandang Luas’

PENGAKAP MUDA
‘Selalu Sedia’

HORMAT PENGAKAP

Seorang Pengakap memberi hormat dengan tangan kananya.
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari
telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari
membengkokkan jari kelingking. Tiga jari yang digunakan
dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan
Pengakap seperti :

1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
2. Menolong orang pada setiap masa
3. Menurut Undang-undang Pengakap

Ibu jari bertaut pada jari kelingking, menunjukkan Pengakap
adalah
bersaudara tanpa mengira pangkat, darjah atau pun
keturunan
Semua pemakai lencana pengakap mesti memberi hormat
antara satu sama lain.

LAGU PENGAKAP

Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap
Malaysia Harapan nusa
dan bangsa Berikrar setia

Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang

berguna Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana
sahaja Demi Tuhan, Raja
dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung
cita-cita Pengakap, Pengakap

Malaysia

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

ORGANISASI KBANGSAAN

KETUA PENGAKAP NEGARA / YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
Dato'Dr. Mohd Zin bin Bidin

TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA
PENGAKAP NEGARA PENGAKAP NEGARA

Dr. Haji Awang Zaini bin Haji Suntim Tn. Haji Ishak bin Mohd Jonid

KETUA SETIAUSAHA KERJA PENOLONG-PENOLONG KETUA PESURUHJAYA-PESURUHJAYA IBU
SETIAUSAHA KERJA LATIHAN PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA PEJABAT

BENDAHARI PESURUHJAYA ANTARABANGSA PENGAKAP KHAS

PESURUHJAYA LATIHAN NEGARA PENGAKAP KANAK=KANAK

KESIHATAN DAN BENCANA ALAM PENGAKAP MUDA
PENDAFTARAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP KELANA

PEMBANGUNAN KEPENGAKAPAN PENGAKAP LAUT

SUMBER DEWASA PENGAKAP UDARA
MEDIA DAN ICT UNIT ANTARABANGSA
LOGISTIK
PROGRAM TUGAS=TUGAS KHAS

TUGAS-TUGAS KHAS

ORGANISASI PENGAKAP 2

Pengerusi
MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN

Timbalan Pengerusi
IWANA IZZAT BIN HERUAN

SETIAUSAHA
NUR SALWANA BINTI ABDUL MUTALIB

BENDAHARI

NUR ADIBAH HUSNA BINTI MOHD SUHAIRI

SENARAI SEKAWAN

Sekawan biru Sekawan merah
MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN

ABDULLAH ANUAR

Sekawan hijau Sekawan kuning
AMIRUL AIMAN BIN DIN
NIK MUHAMMAD SYAFIQ ZAINI BIN SAFAYI

Sekawan ungu
ARIF AIMAN BIN AHMAD NAZIM

LAPORAN AKTIVITI
MINGGUAN

AKTIVITI MINGGU 1

Tarikh : 23.6.2021
Hari : Rabu
Masa : 11.15am (Ttidak segerak) & 2.30pm (segerak)
Tempat: Google Meet
Pemimpin bertugas : Cik Yatimah Binti Osman

Aktiviti :
1.Pengenalan kepada kursus MPU3062.

• Cik Yatimah telah memperkenalkan dirinya sebagai
pensyarah yang akan mengendalikan kumpulan
Pengakap 2 yang melibatkan seramai 30 orang ahli.

• Seterusnya, sesi suai kenal antara ahli pengakap pula
dijalankan . Setiap ahli akan memberitahu butiran
peribadi seperti nama , alamat kediaman , hobi dan
sebagainya.

• Kemudian, sesi mesyuarat dijalankan untuk melantik ahli
jawatankuasa tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi ,
Bendahari dan Setiausaha. Pemilihan ahli jawatankuasa
ini dipilih melalui undian yang dilakukan. Pemilihan Ajk
juga diambil berdasarkan pengalaman sedia ada dalam
unit beruniform pengakap bagi membantu ahli-ahli
pengakap yang lain.

• Ahli pengakap seterusnya diminta untuk membina
sekawan masing-masing yang terdiri daripada 5-6 orang
sahaja. Cik Yatimah juga meminta untuk memilih nama
jenis warna sebagai nama sekawan masing-masing.

2. Aktiviti 2: Perlembagaan Pertubuhan dan sejarah pengakap

• Cik Yatimah telah menerangkan tentang prinsip pertubuhan, perlembagaan,
pertubuhan, lambang dan cogan kata, bendera, persetiaan dan undang-undang serta
lagu Pengakap secara menyeluruh.

• Cara mengingati 10 undang-undang pengakap juga didedahkan kepada ahli pengakap
secara atas talian oleh Cik Yatimah

• Seterusnya, kami didedahkan sedikit demi sedikit tentang sejarah pengakap dan
Pengasas pengakap pertama ialah Robert Baden- Powell atau lebih dikenali sebagai
BP. Beliau telah menganjurkan perkhemahan di Pulau Brownsea England pada 31 Julai
hingga 9 Ogos 1907 dan di situlah bermulanya pertubuhan pengakap.

• Pada tahun 1910, pergerakan pengakap pertama kali ditubuhkan di Singapura.
Kumpulan pertama ini terdiri daripada 30 orang sahaja. Kemudian, setiap negeri di
Malaysia menubuhkan pergerakan pengakap dengan tuuan untuk menambahkan
keahlian dalam pergerakan pengakap di Malaysia

3. Aktiviti 3: Pengurusan dan Pentadbiran

• Seterusnya, kami diberi taklimat tentang pendaftaran dan yuran ahli sebagai ahli
pengakap .Cik Yatimah telah memberitahu bahawa setiap ahli pengakap mestilah
mendaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia melalui pembayaran sebanyak
RM 30 setiap seorang.

• Kemudian beberapa taklimat tentang baju pengakap dan anggaran kos yang perlu
dibayar oleh setiap ahli pengakap

• Pakaian seragam terdiri daripada:
(a) Forage cap/bowler hat
(b) Epolet penolong pemimpin
(c) Tanda pangkat penolong pemimpin
(d) Tulisan KLM
(e) Nombor kumpulan
(f) Lencana keahlian
(g) Tanda nama
(h) Skaff
(i) Woggle
(j) Tali pinggang

REFLEKSI
Tuntasnya, dengan adanya sesi suai kenal yang dilakukan, saya dapat mengenal pasti semua
ahli pengakap 2 yang akan melalui sesi ini bersama saya. Bukan itu sahaja, perkara ini juga
membantu saya serta ahli pengakap yang lain untuk lebih bekerjasama dalam melakukan
sebarang tugas secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kami antara sesama ahli
pengakap. Seterunya, pengagihan kumpulan sekawan yang berbeza negeri juga telah dapat
mengeratkan hubungan saya bersama kumpulan serta dapat menambah ahli kenalan. Di
samping itu, penerangan yang jelas berkaitan sejarah pengenalan, konsep, sejarah dan
kepentingan telah menambahkan ilmu yang baharu buat saya dan ahli pengakap yang lain.
Sebagai contoh, pengetahuan tentang pengasas unit beruniform pengakap merupakan satu
ilmu yang baharu bagi saya dan pengakap yang lain.

AKTIVITI MINGGU 2

TARIKH: 28 JUN 2021 (Kraf
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Penerangan Kemahiran Perkhemahan
Perkhemahan dan Ikhtiar Hidup)
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Yatimah BInti Osman
BILANGAN AHLI: 30

1. Aktiviti 1: Laung agung

• Kami diperkenalkan dengan laung agung oleh Cik Yatimah
• Istiadat laung Agung ini diadakan sebelum perjumpaan dan biasanya diketuai oleh

pengerusi
• Tujuan diadakan laung agung adalah sebagai tanda permulaan bagi perjumpaan pada

minggu ini.

2. Aktiviti 2: Buku log

• Ciri-ciri buku log:
(a) buku berkulit tebal, bersaiz A4 dan sekurang-kurangnya 200 muka surat
(b) Kulit depan buku log mestilah menggambarkan unit pengakap
(c) Penyediaan buku log terbahagi kpd empat bahagian:

i. Laporan perjumpaan mingguan
ii. Nota-nota tentang maklumat, kemahiran dan aktiviti pengakap
iii. Laporan aktiviti, laporan tugasan dan laporan lain yang difikirkan sesuai
iv. Nota, gambar, carta yg berkaitan unit beruniform daripada pelbagai sumber
(d) Gambar yang hendak ditampal mestilah jelas dan tidak kabur
(e) Buku log dihias mengikut kreativiti masing-masing

3. Aktiviti 3: Kemahiran Perkhemahan

• Pengurusan dan Penjagaan Khemah.
- Cik Yatimah menerangkan kepada semua ahli pengakap tentang pengurusan dan
penjagaan khemah.

- Cik Yatimah menjelaskan ciri-ciri perkhemahan yang baik iaitu:
i. Perlu mendapatkan kebenaran dan maklumat.
ii. Mudah untuk memperoleh kemudahan asas seperti bekalan air.
iii. Berkhemah di Kawasan yang lapang.
iv. Berkhemah tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan atau jalan
besar supaya mudah meminta pertolongan sekiranya berlaku kemalangan.

- Cik Yatimah menjelaskan kepada semua ahli pengakap cara pemilihan tempat bagi
mendirikan khemah, seperti:
i. Tanah rata, lapang, teduh dan selesa.
ii. Tidak mendirikan khemas di bawah pokok reput dan di kaki bukit.
iii. Mendirikan khemah dengan berlawanan arah tiupan angin.

• Kraf Perkhemahan (Gajet)
- Cik Yatimah menerangkan fungsi atau tujuan gajet dibina semasa perkhemahan
adalah seperti:
(a) Tempat menyimpan, menyusun bahan dan peralatan
(b) Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan tajam
(c) Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidangkan makanan
(d) Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang
bendera
- Cik Yatimah memberitahu jenis-jenis gajet yang terdapat dan penting ketika
perkhemahan:
i. Gajet rak kasut
ii. Gajet ampaian
iii. Gajet pintu gerbang
iv. Gajet Tiang bendera
v. Gajet papan kenyataan
vi. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan

• Ikhtiar Hidup
- Seterusnya, Cik Yatimah menjelaskan maksud ikhtiar hidup iaitu keupayaan atau
keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
- Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa kemahiran ikhtiar hidup ini penting kerana
ianya diperlukan untuk menyediakan keperluan seperti air, makanan, tempat
tinggal dan lain-lain.
- Terdapat empat prinsip ikhtiar hidup, antaranya ialah:
i. Keselamatan
ii. Usaha

iii. Kawalan diri
iv. Kerjasama

REFLEKSI
Berdasarkan aktiviti yang dilakukan pada minggu 2 ini , kami secara tidak langsung dapat
mengetahui dan belajar serba sedikit tentang cara untuk menguruskan perkhemahan jika
diberi peluang. Seterusnya, kami juga dapat mengetahui jenis-jenis gajet yang dapat
dilakukan semasa perkhemahan serta kegunaan setiap gajet yang dibina. Kemudian, kami
dapat juga dapat mengetahui betapa pentingnya kemahiran ikhtiar hidup semasa aktiviti
perkhemahan dilakukan sepert aktiviti masakan rimba iaitu masakan yang dilakukan
menggunakan bahan bahan asas di dalam rimba seperti kayu , daun kering , batu dan
sebagainya.Secara keseluruhannya , kami boleh menguruskan perkhemahan dan memasuki
hutan jika berkesempatan.

AKTIVITI MINGGU 3

TARIKH: 07 JULAI 2021
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Kemahiran Pengakap (Simpulan & Ikatan dan Asas
Kawad Kaki)
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Yatimah Binti Osman
BILANGAN AHLI: 30

1. Aktiviti 1: Taklimat oleh bendahari

• Adibah Husna, selaku bendahari membentangkan senarai nama yang telah dibuat
menerusi Excel untuk memudahkan urusan pembayaran yuran pendaftaran keahlian
pengakap sebanyak RM 30

• Husna juga menyatakan bahawa terdapat separuh daripada bilangan pengakap telah
selesai membayar yuran pendaftaran tersebut.

2. Aktiviti 2: Simpulan & Ikatan

• Simpulan dan ikatan pada asalnya dikuasai oleh pengakap laut sahaja. Kini,
penggunaan simpulan dan ikatan semakin luas terutamanya ketika perkhemahan
dilaksanakan.

• Cik Yatimah menjelaskan fungsi-fungsi setiap simpulan dan ikatan kepada ahli
pengakap seperti simpul manuk yang digunakan bagi memulakan gajet.

• Jenis-jenis simpulan dan ikatan:
(a) Buku sila
(b) Bunga tepi
(c) Simpul manuk
(d) Simpul kasih
(e) Lilit balak
(f) Simpul belit

3. Aktiviti 3: Asas Kawad Kaki

• Kawad ialah perbarisan oleh anggota seragam yang melibatkan pergerakan kaki,
tangan dan badan secara serentak.

• Cik Yatimah memberi contoh beberapa asas Bahasa hukuman bagi aktiviti kawad
seperti:
a) Baris, Bariiiis Sedia!
b) Senaaaag Diri!

• Cik Yatimah memberitahu bahawa setiap Bahasa hukuman atau arahan ini perlulah
menggunakan suara yang lantang dan kuat.

• Arahan kawad ini terdapat harakat atau Panjangnya dan penekanan pada bahagian
tertentu.

• Kawad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
i. Kawad statik
ii. Kawad dinamik
iii. Kawad formasi

REFLEKSI
Kesimpulannya , antara perkara yang dapat dicapai dalam aktiviti minggu 3 ini ialah:

- Mengetahui jenis jenis ikatan yang ada
- Mempelajari cara membuat ikatan
- Mengetahui fungsi ikatan
- Melatih diri untuk mahir supaya dapat melakukan ujian amali dengan baik.
- Ikatan yang dipelajari membantu dalam membina gajet
- Dapat mempraktikkan ikatan untuk tugasan amali
- Dapat mempraktikkan asas kawad kaki untuk amali

AKTIVITI MINGGU 4

TARIKH: 14 JULAI 2021
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Kemahiran Perkhemahan (Asas Pertolongan Cemas dan
Pengurusan & persiapan perkhemahan)
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Nor Yatimah BInti Osman
BILANGAN AHLI: 30

1. Aktiviti 1: Asas Pertolongan Cemas

• Cik Yatimah menerangkan definisi pertolongan cemas iaitu rawatan awal yang
diberikan kepada mangsa sebelum tibanya bantuan perubatan.

• Tujuan Pertolongan Cemas ini adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengelakkan
kecederaan yang lebih serius dan mengurangkan kesakitan.

• Seterusnya, beliau memperkenalkan gambar bahan-bahan yang terdapat dalam kotak
pertolongan cemas, seperti berikut:
i. Termometer
ii. Mangkuk Enamel
iii. Ubat cium
iv. Asprin
v. Panadol
vi. Ubat melepuh
vii. Kain pembalut luka
viii. Kain Tekap
ix. Kapas
x. Gunting
xi. Kain kapas
xii. Pin semat
xiii. Elastoplast
xiv. Ubat Luka
xv. Papan Tuap
xvi. Kain Segitiga
xvii. Ubat cuci mata
xviii. Pembalut berelastik

xix. Pembalut pembebat
xx. Adesif lekat sendiri
• Selepas itu, Cik YAtimah menerangkan setiap fungsi dan cara menggunakan bahan-
bahan yang terdapat dalam kotak pertolonga cemas kepada semua ahli pengakap.
• Bukan itu sahaja, beliau juga telah memberi satu contoh situasi kemalangan atau
kecederaan dan menjelaskan cara untuk memberi rawatan awal bagi situasi tersebut.
Sebagai contoh, rawatan awal bagi mangsa yang tangan patah, kita boleh membuat
anduh besar pada tangan mangsa yang patah.

2. Aktiviti 2: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan

• Pertama sekali, Cik Yatimah menjelaskan kepada semua ahli pengakap berkaitan
pengurusan dan persiapan perkhemahan.

• Dalam menguruskan perkhemahan terdapat Langkah-langkah yang penting perlu
diikuti oleh setiap ahli pengakap, antaranya ialah:

1. Penubuhan jawatankuasa seperti jawatankuasa urus setia, aktiviti, peralatan,
keselamatan dan kecemasan.

2. Pemilihan tempat – pemilihan tempat perlulah merangkumi ciri-ciri yang selalu
ditekankan oleh beliau seperti
i. Tanah rata, lapang, teduh dan selesa.
ii. Tidak mendirikan khemas di bawah pokok reput dan di kaki bukit.
iii. Mendirikan khemah dengan berlawanan arah tiupan angin.
v. Berkhemah tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan atau jalan
besar supaya mudah meminta pertolongan sekiranya berlaku kemalangan.

3.Mendapatkan surat kebenaran seperti penyelaras perkhemahan perlu mendapatkan
surat kebenaran daripada pihak sekolah, ibu bapa, jabatan Pendidikan negeri dan
sebagainya sebelum menjalankan sesuatu program perkhemahan.

4.Perkhemahan yang hendak dijalankan juga perlu mengambil kira tujuan, seperti apa
yang peserta perolehi setelah melibatkan diri dalam program perkhemahan tersebut.

REFLEKSI

- Memperolehi ilmu baharu tentang merawat orang dengan memberi rawayan awal
- Mengetahui cara atau larangan Ketika memberi rawatan awal
- Dapat mengetahui jenis jenis bahan dan fungi bahan dapat kotak pertolongn cemas
- Mengetahui cara untuk menguruskan perkhemahan dan perkara penting dalam

merancang perkhemahan.

AKTIVITI MINGGU 5

TARIKH: 21 JULAI 2021
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Pengurusan dan persiapan khemah
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Nor Yatimah BInti Osman
BILANGAN AHLI: 30

Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan kebangsaan/ Antarabangsa
Aktiviti 1: Laung agung

• Ketua pengakap, iaitu Muhammad Fauzan akan mengetuai laung agung
dengan melaungkan ‘PEK’ sebanyak tiga kali.

• Ahli pengakap lain menyahut seruan tersebut dengan melaungkan
‘PEEEEKKKKK’ secara serentak

• Tujuan diadakan laung agung adalah sebagai tanda permulaan bagi
perjumpaan pada minggu ini.

Aktiviti 2: Taklimat oleh pengerusi

Aktiviti 3

• Perancangan dan persiapan awal
• Cik Yatimah menerangkan perancangan dan persiapan awal dengan menerangkan

langkah-langkah persiapan awal yang dimulakan dengan pembentukan jawatankuasa
seterusnya mengenalpasti kawasan perkhemahan.
• Tidak boleh dilupakan surat kebenaran yang perlu disediakan awal bagi mendapatkan
kebenaran dan keizinan daripada pelbagai pihak.
• Seterusnya menyiapkan belanjawan kerana perbelanjaan merupakan nadi utama
sesuatu aktiviti atau program. Akhir sekali alatan perkhemahan yang perlu disediakan
lebih awal bagi membantu pelajar dan guru untuk melakukan aktiviti.
Aktviti 4
• Pemilihan tempat
Pemilihan tempat merupakan kawasan yang akan menjadi kawasan untuk didiami
sepanjang perkhemahan,program dijalankan.
• Jadi aspek pemilihan tempat perlu diteliti agar kawasan tersebut selamat dan sesuai
untuk melaksanakan aktiviti.

• Aspek keselamatan
Kemudian Cik Yatimah amat menegaskan aspek keselamatan yang
merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak penganjur bagi
memastikan keselamtan peserta terjamin.

• Kemudahan asas
3 faktor penting yang ditekankan dalam kemudahan asas iaitu jangka masa,
tempat dan bilangan peserta yang mengikuti program

Refleksi

Antara yang kami dapat dalam pertemuan kali ini ialah, Semestinya kami dapat menimba
ilmu baharu tentnag persiapan awal perkhemahan dan apa yang perlu dilakukan sebelum
memasuki hutan. Akhir sekali ialah, kami juga berpeluang untuk mengaplikasikan
pengetahuan yang diajar ketika pelaksanaan yang sebenar

AKTIVITI MINGGU 6

TARIKH: 28 Julai 2021
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Pengurusan dan persiapan khemah
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Nor Yatimah BInti Osman
BILANGAN AHLI: 30

Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan kebangsaan/ Antarabangsa
Aktiviti 1: Laung agung

• Ketua pengakap, iaitu Muhammad Fauzan akan mengetuai laung agung
dengan melaungkan ‘PEK’ sebanyak tiga kali.

• Ahli pengakap lain menyahut seruan tersebut dengan melaungkan
‘PEEEEKKKKK’ secara serentak

• Tujuan diadakan laung agung adalah sebagai tanda permulaan bagi
perjumpaan pada minggu ini.

Aktiviti 2:Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan

Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan Kebangsaan/Antarabangsa

• Pengurusan dan persiapan perkhemahan unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/Antarabangsa secara menyeluruh kepada semua ahli
pengakap kelas 1.

• Persiapan perkhemahan melibatkan beberapa prosedur utama iaitu
1. Perancangan dan persiapan awal
2. Pemilihan tempat
3. Aspek keselamatan
4. Kemudahan asas

Aktiviti 3: Pemeriksaan pagi

• Seterusnya pemeriksaan pagi yang biasa dilakukan semasa perkhemahan
berlangsung. Antara cara pemeriksaan pagi yang dilakukan adalah dengan
memeriksa kebersihan diri, khemaha serata kawasan perkehamahan.

• Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:
1. Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
2. Susun atur barang dan peralatan kumpulan
3. Pakaian yang dibawa
4. Gajet yang dibawa

Aktiviti 4: Surat-menyurat

• Aktiviti seterusnya melibatkan penerangan surat-menyurat yang perlu
dilakukan dan disediakan:
1. Sebelum menjalankan aktiviti,
2. Surat untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dan atas
makluman pihak berkuasa
3. Surat diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti
perkhemahan.

Aktiviti Minggu 9

TARIKH: 18 Ogos 2021
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Pengurusan dan persiapan khemah dan Orientasi
Kurikulum Sekolah Rendah
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Nor Yatimah BInti Osman
BILANGAN AHLI: 30

Aktiviti 1: Laung agung

• Ketua pengakap, iaitu Muhammad Fauzan akan mengetuai laung agung
dengan melaungkan ‘PEK’ sebanyak tiga kali.

• Ahli pengakap lain menyahut seruan tersebut dengan melaungkan
‘PEEEEKKKKK’ secara serentak

• Tujuan diadakan laung agung adalah sebagai tanda permulaan bagi
perjumpaan pada minggu ini

Aktiviti 2: Membincangkan tentang pengurusan dan persiapan perkhemahan unit
beruniform dengan mengetahui definisi khemah iaitu tempat perlindungan sementara yang
selamat, selesa dan mempunyai

kemudahan asas yang minima.

Aktiviti 3. Mengetahui dan mempelajari:

1. Maksud kuarter master
2. Matlamat kuarter master
3. Tugas kuarter master
4. Tugas kuarter master alatan
5. Tugas kuarter master masakan

Aktiviti 4: Memahami bahawa laporan merupakan penerangan ke atas sesuatau aktiviti
yang telah ditetapkan dan refleksi adalah tindak balas (reaksi) ke atas hasil

daripada laporan yang dibentangkan.

Di samping mengetahui tujuan laporan dan refleksi disediakan untuk apa jua program
mahupun aktiviti yang dijalankan. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab dan rumusan
berkaitan topik yang dipelajari pada hari ini.

Aktiviti 5:Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah

• Kurikulum unit beruniform

Aktiviti Minggu 10

TARIKH: 25 Ogos 2021
MASA: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
TAJUK: Pengurusan dan persiapan khemah dan Orientasi
Kurikulum Sekolah Rendah
TEMPAT: Google meet
PENSYARAH BIMBINGAN: Cik Nor Yatimah BInti Osman
BILANGAN AHLI: 30

Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan kebangsaan/ Antarabangsa
Aktiviti 1: Taklimat oleh Cik Yatimah
Aktiviti 2:

• Cik Yatimah menerangkan perancangan orientasi yang perlu disediakan oleh ahli
pengakap bagi kerja kursus unit uniform semester ini.

• Beliau menunjukkan contoh perancangan orientasi kepada ahli pengakap 1 bagi
memastikan perancangan orientasi yang bakal dihasilkan lebih baik.

Aktiviti 3:

• Perancangan orientasi merupakan perkara yang perlu disediakan oleh guru ketika
berada di sekolah dalam mengendalikan unit beruniform tahunan.

• Perancangan program ini perlu disediakan untuk 15 minggu.
• Perancangan orientasi perlu merujuk buku SKIM Latihan Pengakap sebagai rujukan

dan panduan dalam menyediakan perancangan orientasi
Refleksi

• Mengetahui cara yang betul untuk menyediakan perancangan orientasi dengan baik.
• Dapat menghasilkan perancangan orientasi dengan mengaplikasikan contoh dan

merujuk bahan yang diberikan dengan baik.

.

NOTA KULIAH SEPANJANG
PERKHEMAHAN

Nota Kuliah

Tajuk : Pengenalan konsep , sejarah dan kepentingan unit beruniform

Perlembagaan pertubuhan
1. Prinsip-prinsip asas pertubuhan

Prinsip-prinsip asas pengakapan
Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam
Pergerakan Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut

1. Definisi Berpengakap
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk
melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan
kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.

2. Matlamat berpengakap
Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih
generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, social dan
rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat
antarabangsa.

3. Prinsip-prinsip Berpengakap
Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang
Pengakap.

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :
· Kepercayaan Kepada Tuhan
· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
· Perkhidmatan kepada Diri Sendiri

PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesunguhnya,
Saya berjanji dan bersetia, yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya akan:
TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Undang-undang pengakap
Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap seperti mana yang dirumuskan oleh pengasasnya.
Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah asas dalam berpengakap. Ada pendapat
menyatakan Pergerakan Kumpulan dapat dijalankan tanpa pakaian seragam atau lencana,
tanpa Ibu Pejabat tetapi hanya berdasrkan program latihan. Mungkin ianya bukan kumpulan
yang terbaik tetapi masih lagi berkaitan dengan pengakap.Menjalankan aktiviti Pergerakan
Pengakap tanpa Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah suatu kesalahan.Tanpa
Persetian dan Undang-Undang itu maka ianya bukan Berpengakap.Ia mungkin suatu Kelab
Muda-Mudi yang sangat bagus, tetapi bukanya satu kumpulan Pengakap.

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.
Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas
dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

4. Kaedah atau cara pengakap

Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri Dengan
melalui:

* Persetian Dan Undang-Undang Pengakap
* Belajar sambil membuat
* Mempunyai kumpulan kecil ( seperti Sistem Berparol)
* Skim Latihan Kemajuan * seperti menyusun rancangan untuk Muda-Remaja)

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada
Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap
Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama
Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah
Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

2. Perlembagaan pertubuhan
PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform
(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan
ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang
berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah)

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang
memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang
diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan
oleh murid-murid pada peringkat ini.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh
dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah
diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat
kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan

jasmani;
• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara
memberi

pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-

bidang tertentu;

• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras
dengan hasrat Rukunegara;

• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping
dapat

meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada

sekolah dan masyarakat.

PERLEMBAGAAN PASUKAN PENGAKAP
Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
(PKK) SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR
PANJANG, 71250, PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN.

Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah
disiplin murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.
Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli
persatuan.
Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.

i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan
dalam persatuan.
Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun
untuk:

- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan
persatuan.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan
ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan
segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan
minit dan

menyediakan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan
laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada

kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli

terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.

i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :

a. wang SUWA (Kokurikulum).

b. sumbangan PIBG.

c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat
kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru
Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini,
perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir
Sekolah.

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Lambang Pengakap Malaysia

• Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap
iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut
undang-undang Pengakap.

• Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang
sepuluh.

• Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
• Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
• Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
• Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan

Pengakap Sedunia".
• Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit

pengakap:
Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau "Pengakap Muda",
Merah "Pengakap Remaja"
• Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia
dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

Lambang Pengakap Dunia

• Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat
kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

• Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

• Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
• Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
• Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
• Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda – Selalu Sedia
Pengakap Remaja – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat
Pengakap Budika – Berkhidmat
Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)

3. Bendera dan lagu pertubuhan

Bendera pengakap

Lagu Pengakap
1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-
orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,

kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa
soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Makna Undang-undang Pengakap

Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk

1. Dipercayai Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis

Daya- Upayanya.

Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja,

2. Taat Negara, Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan

Orang-Orang Di Bawahnya.

3. Berguna Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan
Menolong Orang Pada Setiap Masa

Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara

4. Bersaudara Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara,

Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun.

Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia

5. Berbudi Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan,
Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan

Sebagainya.

Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu

6. Kasihkan Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada
binatang Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab

Kecuali Binatang Yang Merbahaya.

Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau

7. Menurut perintah Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan

Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.

7/30/2019 Bab 4 Pengurusan Dan Pentadbiran

8. Tabah hati Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu
Walaupun Dalam Kesusahan.
9. Berjimat Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal
Perbelanjaannya.
Suci fikiran, Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan
10.perkataan dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan
Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau
perbuatan Berbuat Sesuatu Yang Keji

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. KUMPULAN
Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu
kumpulan sahaja. Dalam kumpulan boleh diwujudkan
beberapa pasukan.

2. BILANGAN ANGGOTA
Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin , satu kumpulan boleh di
tubuhkan. Jika ahli melebihi 48 orang ia boleh di bahagikan kepada beberapa
pasukan.
3. PENDAFTARAN.

Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dengan mengisi
borang:-

PPM – 8 * Permintaan bagi Pendaftaran Kumpulan

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-pengurusan-dan-pentadbiran 1/4

(sekali sahaja) PPM 1 (A) * Pendaftaran keahlian (setiap
tahun)

PPM 1 (B) * Borang kawalan (statistik)

PPM 9 A * Permohonan Tauliah sebagai Pemimpin dalam

Kumpulan. Borang boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap

Daerah

KUASA PENGANJUR

1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia.

2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories)
seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk
unit pengakap itu.

3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap.
4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di
mana perlu. 5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti
rombongan, kembara,

perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli.
6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.

PENGURUSAN FOLIO/BUKU

LOG/LAPORAN AKTIVITI FORMAT ASAS
SESEBUAH BUKU LOG

Saiz dan ketebalan

Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan
berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.
Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak
mudah binasa akibat basah.

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana

Keahlian - 1 buku Lencana Keris Gangsa - 1

buku

Lencana Keris Perak - 1 buku
Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-

kanak - 1 buku UNIT PENGAKAP MUDA

Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana

Keahlian - 1 buku Lencana Usaha - 1 buku

Lencana Maju - 1 buku
Lencana Jaya + Rambu Pengakap

Muda - 1 buku Buku Log

Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA

1) Lencana
Ekspedisi - 1
buku 2) Lencana
Jayadiri - 1 buku
3) Lencana
Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana
Perkhidmatan - 1
buku 6) Ujian Sikap -
1 buku

UNIT PENGAKAP KELANA
Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil +
Pertabalan - 1 buku Lencana-lencana Kemajuan
-------------------------------------1-5 buku
Projek - 1 buku
Program atau Aktiviti Khas (jika
ada) - 1 buku Pentarafan
Pengakap Raja
Buku Log Catatan peribadi /
Lencana Keahlian Buku Log
Lencana Usaha
Buku Log
Lencana Maju
Buku log
Lencana Jaya
Buku log
Pengembaraa
n Buku log
Lencana
Jayadiri
Buku log Lencana
Kegiatan Buku log
Lencana

Kemahiran Buku
log Lencana
Perkhidmatan
Buku log
Lencana
Ekspedisi Buku
Log Ujian Sikap

TANGGUNGJAWA
B PEMIMPIN
TAULIAH
PEMIMPIN
Pemimpin – umur 18 ½ tahun ke atas
Setiap pemimpin diwajibkan mempunyai
tauliah pemimpin Ada dua jenis tauliah
Pemimpin -
Tauliah Sementara - (Pemimpin yang telah
ada manikayu) Tauliah Tetap - (Pemimpin
yang telah ada manikayu)
Sekiranya seseorang pemimpin itu bertukar kumpulan, Borang PPM 9 A perlu diisi semula
dan tauliah lama dikembalikan.

TUGAS MAJLIS PEMIMPIN
-Buku log kumpulan
-Kedatangan ahli unit dan pemimpin
-Stok alatan kumpulan
-Persediaan mengajar ( Program latihan mingguan)
-Surat kebenaran ibu bapa / penjaga (kegiatan luar)
-Pendaftaran kumpulan / keahlian Tahunan

-Butiran peribadi ahli pengakap
-Rekod

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

Aktiviti paling menarik bagi pengakap. Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba
pengalaman, keyakinan dan berdikari. Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan
merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.

2. KRAFTANGAN PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan. Mengenal
gejet perkhemahan: lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa
perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. kedudukan gadjet. Aktiviti membuat
gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT KRAFTANGAN
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.
Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gejet,
hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan
dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan
idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan
mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah.

4.BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KRAFTANGAN
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat dari bahan
semulajadi. Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET
Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. Yang
dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari
luar kem. Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem
atau yang berhampiran.

JENIS-JENIS GEJET
• Gadjet kawasan pintu
• Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
• Gadjet kawasan tempat basuhan.


Click to View FlipBook Version