• Gadjet kawasan tempat tinggal.
• Gadjet kawasan pengeringan.
1. GEJET KAWASAN PINTU
Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Variasi-Variasi pintu
hadapan Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi. Selain itu bahagian
pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Bahagian pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan
adanya kawalan keselamatan. Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-
pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.
3. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di
dapur seperti: Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. Meja
makan Penyangkut cawan / gelas. Rak menyimpan kayu api / tong gas. Gejet gerobok (camp
larder). Gejet lubang basah dan kering.
4. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gejet tempat meletak besen air. Gejet tempat menyimpan alat pergigian, gejet tempat
menyimpan sabun, menggantung tuala mandi dan kawasan tempat basuhan.
5.GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak atau dibina dikawasan tempat membasuh
GAJET PENGAKAP AMPAIAN
6.GEJET-GEJET LAIN
Antara gejet penting yang lain ialah:
• Tiang bendera
• Menara memerhati
• Gendang/Kantung Kem
• Gejet pembawa barang
• Gejet pondok lalang
7.PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
• Tidak jauh dari tempat memasak
• Berhampiran dapur hendaklah mendirikan meja dan bangku makan , gejet alatan
tajam seperti kapak, gergaji dan parang.
• Berhampiran pintu masuk , dirikan papan kenyataan ,tempat letak barang atau
tempat letak tongkat.
GAJET TONG SAMPAH
GAJET PENGAKAP TRIPOD
SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih
dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
• Ikatan Seraya (Square lashing) –mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan
yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
• Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung
gejet yang berbentuk serong.
• Ikatan Silang Gunting –mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada
pintu pagar.
• Ikatan „Figure of eight lashing‟ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk
pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
• Simpul Balak (Timber Hitch) –memulakan ikatan serong.
• Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
SIMPUL MANUK
LILIT BALAK
NOTA ASAS KAWAD KAKI
Tujuan Kawad:
1. Melatih ahli sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan.
2. Membina semangat berpasukan dan bekerjasama.
3. Membentuk jati diri unggul.
4. Membina kekuatan mental dan fizikal yang kental.
5. Meningkatkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam diri.
6. Melatih daya fokus yang tinggi.
Arahan Asas Kawad Statik:
Bil Pergerakan Tatacara
.
1. Masuk Baris 1. Arahan diberi oleh jurukawad / ketua perbarisan.
2. Semua ahli masuk baris.
2. Sedia 1. Arahan "Baris...Baris...Sedia".
2. Berdiri tegak dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm
hingga 15cm.
3. Senang Diri 1. Arahan "Baris..Senang Diri".
2. Bukakan kaki kiri ke kiri.
3. Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
4. Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri
menggengamnya.
5. Melangutkan muka ke hadapan.
4. Rehatkan Diri 1. Arahan "Rehatkan Diri".
2. Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
5. Ke Kanan Lurus 1. Arahan "Ke Kanan Lurus".
2. Baris paling kanan diam.
3. Ahli lain mengangkat tangan kanan yang digenggam dan
diletakkan di bahu rakan sebelah kanan sambil
memalingkan muka ke kanan.
4. Kemudian, mengangkat kaki bermula kaki kiri dan
menghentaknya diikuti oleh kaki kanan.
5. Seterusnya luruskan barisan mengikut ahli yang paling
kanan.
6. Pandang Depan 1. Arahan "Pandang..Depan".
2. Pengakap akan memalingkan muka ke hadapan sambil
menjatuhkan tangan ke sisi.
7. Bergerak ke Kanan / 1. Arahan "Baris, akan bergerak ke kanan / kiri, kanan /
Kiri kiri ... pusing".
2. Semua pergerakan dalam kawad menggunakan arah
bahu kanan kecuali bagi pergerakan ke kiri.
8. Bergerak ke Belakang / 1. Arahan “Baris, akan menghadap ke belakang / hadapan,
Hadapan ke hadapan / belakang...pusing".
9. Buka Barisan 1. Arahan "Buka..barisan ....gerak".
10. Tutup Barisan 2. Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke
hadapan.
3. Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke
belakang.
4. Barisan tengah duduk diam.
1. Arahan “Tutup...barisan... gerak".
Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke
belakang.
2. Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke
hadapan.
3. Barisan tengah duduk diam.
11. Keluar Baris 1. Arahan “Baris...keluar..baris"
Baris akan bergerak ke kanan, berjalan keluar 3 langkah
bermula dari kaki kiri dan bersurai.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
TUJUAN & PRINSIP
MENGHURAIKAN KONSEP BANTU MULA
BANTUAN KECEMASAN
Bantuan kecemasan ialah bantuan awal atau pertolongan serta-merta
yang diberikan kepada pelajar / atlet / orang yang sakit atau yang
mengalami kecederaan (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans
atau pakar perubatan yang berkelayakan.
KONSEP DAN
OBJEKTIF
• Untuk menyelamatkan nyawa dari ganguan saluran
pernafasan, gangguan pernafasan dan gangguan sirkulasi..
• Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa saluran
udaranya tidak terganggu.
• Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa dan bahagian yang tercedera.
• Mengurangkan kesakitan yang dialami mangsa.
• Hentikan pendarahan dan mencegah keadaan bengkak menjadi lebih serius.
• Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan mengikut keutamaan.
UNTUK MENGELAKKAN
KECEDERAAN MENJADI
BERTAMBAH TERUK
• Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan dan
elakkan sebarang kecederaan daripada berlanjutan.
• Berikan lindungan kepada mangsa daripada kesejukkan,
berikan kehangatan sekiranya pesakit dalam kesejukan (basah
atau lembap).
SIKAP YANG PERLU ADA
PADA PEMBERI
PERTOLONGAN CEMAS
• Berpengetahuan.
• Tenang.
• Berkeyakinan.
• Lemah lembut.
• Tajam pengamatan.
• Bertanggungjawab.
• Pantas bertindak.
• Amanah.
PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN
Prinsip-prinsip pertolongan cemas.
• Menyelamatkan nyawa.
• Mengurangkan kesakitan.
• Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
• Mendapatkan bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital.
Peraturan Am Pertolongan Cemas.
• Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
• Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar, terutamanya
pernafasan mangsa itu.
• Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya
sekadar melonggarkannya sahaja yang bertujuan
memudahkan pernafasan mangsa.
• Membuat pengerusan segera bagi menghantar mangsa ke hospital.
ANDUH DAN BALUTAN
Pembalut Segi Tiga
KEGUNAAN
- mengampu bahagian cedera
- menahan darah
- membalut bahagian cedera/patah
Terdapat 3 jenis anduh
- anduh besar / lebar
- anduh leher dan lengan
- anduh segi tiga.
JENIS BALUTAN ANDUH
PEMBALUT CINCIN
- Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
- Diperbuat daripada pembalut tirus.
- Digunakan untuk menutup luka.
ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN
- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
- bucu atas kain anduh di atas tangan.
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN
- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam
supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
CARA MEMBUAT ANDUH
ANDUH LENGAN.
- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam
untuk lebih kem
ANDUH PERGELANGAN TANGAN
- Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yangditunjukkan di
gambarajah di bawah.
- Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kakiyang mesti
di balut.
BALUTAN LUKA DADA HADAPAN
BALUTAN LUKA DADA BELAKANG
BALUTAN LUKA BAHU
BALUTAN LUKA SIKU
BALUTAN LUKA PEHA
BALUTAN LUKA LUTUT
BALUTAN LUKA KEPALA
SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan ol
MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
Jenis Kecederaan Sukan
A Abrasi ( Lelasan ).
Melelas pada kulit yang biasanya disebabkan
geselan pada permukaan yang kasar.
B Melepuh (blister).
Bahagian kulit yang mengelembung dan berair.
Luka dan Pendarahan.
LUKA DAN
PENDARAHAN
Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu
kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:
LUKA TERBUKA
Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
A Luka Terhiris
- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh
darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum
semula.
B Luka Terkoyak.
- Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah
terkoyak dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku
akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang
tercarik dan senang tercemar.
C Luka Tusukan
- Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada
jangkitan kerana kuman yang terbawa bersama
kedalaman luka itu.
D Calar Balar
- Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di
bawah kulit. Hanya saluran bawah kulit telah pecah
disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga.
Kehitaman mata/lebam juga termasuk calar balar.
MELECUR, PITAM DAN PATAH
PENYEBAB paling biasa melecur berlaku pada kanak-kanak adalah daripada stim, air mandian
panas, cecair masakan dan air panas tertumpah.
SIFAT ingin tahu yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak ada kalanya mengundang bahaya dan
risiko kecederaan. Ketika berada di rumah sekalipun, kemalangan sukar dielak melainkan ibu
bapa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risikonya.
Kecederaan akibat terkena benda panas adalah paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-
kanak. Daripada mandi di bawah pancuran air yang terlampau panas hinggalah tertumpah
minuman panas, kejadian ini antara yang sering kita dengar atau sekurang-kurangnya pernah
dialami anak sendiri.
Jadi, sebagai ibu bapa, persediaan ketika berdepan situasi seperti ini selain pengetahuan
mengenalpasti tahap kecederaan amat penting bagi memastikan anak anda mendapatkan
rawatan awal yang betul.
Walaupun sesetengah luka terbakar atau melecur ringan boleh dirawat dengan selamat di
rumah, luka lain yang lebih serius mungkin memerlukan rawatan perubatan segera di fasiliti
kesihatan.
Oleh itu, mengambil langkah berjaga-jaga khususnya menjadikan persekitaran rumah anda
lebih selamat dapat menghalang kejadian tidak diingini.
Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Fadzlina Abd Aziz, luka
terbakar dan melecur adalah bahaya yang berpotensi terjadi di setiap rumah.
Katanya, melecur terkena air dan cecair panas adalah salah satu kemalangan yang paling
biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak, dengan golongan bayi dan kanak-kanak kecil
khususnya paling berisiko kerana sifat ingin tahu yang menebal pada peringkat umur ini.
“Bagaimanapun, kecederaan terbakar dan melecur ringan tidak memerlukan perhatian khusus
dan kebanyakannya boleh dirawat sendiri di rumah.
“Sekiranya kecederaan lebih serius, rawatan perubatan segera mungkin diperlukan. Jadi, amat
penting bagi ibu bapa mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan untuk mengenal pasti keadaan
anak mereka sekiranya berlaku (melecur),” katanya ketika ditemui pada Program Bantuan
Kecemasan Keluarga di hospital berkenaan, baru-baru ini.
Pada asasnya terdapat tiga peringkat lecur atau terbakar yang perlu diberi perhatian:
1. Luka lecur/bakar tahap pertama
- Membabitkan hanya lapisan atas kulit (epidermis)
- Kulit berwarna merah, kering dan biasanya berasa sakit
- Kawasan lecur/bakar ini boleh membengkak
- Selalunya sembuh dalam masa seminggu tanpa meninggalkan parut
2. Lecur/bakar tahap kedua
- Turut membabitkan lapisan atas kulit
- Kulit berwarna merah, melecur dan terdapat gelembung cecair, menjadikan kulit
kelihatan basah
- Kulit yang melecur/terbakar berubah warna
- Biasanya berasa sakit dan membengkak
- Tempoh sembuh mengambil masa tiga hingga empat minggu
- Boleh meninggalkan parut
IBU bapa perlu bersedia berdepan kecemasan seperti tangan anak melecur.
3. Lecur/bakar penuh tahap ketiga
- Memusnahkan semua lapisan kulit dan boleh mencederakan struktur di bawah lapisan kulit -
lemak, otot, tulang dan saraf
- Kulit menjadi perang atau hitam (hangus) dengan tisu di bawahnya kelihatan putih
- Tidak berasa sakit sekiranya saraf turut terbakar
Dapatkan bantuan perubatan
segera apabila anda mendapati:
- Anak anda mengalami pembakaran kedua atau ketiga.
- Kawasan yang terbakar/melecur besar (diameter dua ke tiga inci)
- Luka terbakar berasal disebabkan kebakaran, wayar atau soket elektrik, atau bahan kimia.
- Luka terbakar pada wajah, kulit kepala, tangan, permukaan sendi atau alat kelamin.
- Luka terbakar kelihatan dijangkiti (dengan bengkak, nanah, peningkatan kemerahan, atau
kulit merah berhampiran luka)
Pencegahan luka
terbakar atau melecur
- Pastikan mancis, pemetik api, bahan kimia, dan lilin menyala daripada jangkauan kanak-
kanak.
- Letak perlindungan keselamatan kanak-kanak di semua punca elektrik.
- Selalu uji air mandi dengan siku sebelum meletakkan anak anda di dalamnya.
- Sentiasa hidupkan air sejuk pada awal dan sebelum menutupnya apabila mengalirkan air ke
dalam tab mandi atau sinki.
- Letakkan pemegang periuk ke arah belakang dapur setiap kali anda memasak.
- Sekat akses ke dapur sebanyak mungkin.
- Elakkan menggunakan pelapik meja besar yang boleh ditarik mereka dan membalikkan
minuman panas atau pinggan makanan.
- Jauhkan minuman panas dan makanan daripada jangkauan kanak-kanak.
- Jangan memegang bayi atau anak kecil semasa memasak.
- Jangan sekali-kali panaskan botol bayi dalam ketuhar gelombang mikro. Cecair di dalamnya
mungkin tidak panas dengan sekata hingga melecurkan mulut bayi.
PITAM
TEKANAN DARAH RENDAH
penyakit pitam ni biasanya disebabkan oleh tekanan darah yang rendah, lebih susah diubati
berbanding tekanan darah tinggi. tapi penyakit ni tak lah sampai membahayakan atau
menyebabkab gangguan kesihatan yang kronik. dan sebab tu jugaklah, penyakit ni biasanya tak
dipedulikan..ehem..macam saya la..hoho
TANDA-TANDA PITAM
1. muka dan bibir jadi pucat
2. kepala pening
3. perut bergelodak, memulas-mulas
4. rasa tak berak *ini betol okeyy..ehehe*
5. berpeluh yang terlampau
6. pandangan jadi pekat, dan gelap
7. banyak kali sendawa
8. bila tutup mata, jadi perit lain macam
9. rasa nak termuntah
10. badan seram sejuk
11. pengsan
PATAH
PATAH
Maksud Kepatahan
Kecederaan yang di alami di bahagian anggota tulang yang patah atau retak akibat dari
kemalangan yang dialami mangsa.
KEPATAHAN
1.Tanda-tanda kepatahan
-kecacatan, bengkak dan lebam pada kawasan tulang yang retak
-Sakit dan kesukaran untuk menggerakkan bahagian tercedera
-Anggota tubuh yang tergeliat, menjadi pendek dan bengkok
-Hujung tulang berkeriut(crepitus) dan bunyi kasar yang boleh dirasa dan dengar,tetapi tidak
dapat dicari
-Tanda-tanda renjatan, terutamanya jika keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau
pelvis
-Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidak dapat bergerak langsung
-Luka dengan hujung tulang tertonjol
2.Merawat kepatahan
-Berikan rawatan kepada pendarahan terlebih dahulu
-Berikan rawatan di tempat kejadian
-Elakkan pergerakan yang tidak perlu. Jangan gerakkan bahagian yang patah
-Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada
-Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar
-Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, surat khabar, dan sebagainya di atas dan di
bawah sendi tulang yang patah
-Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak tercedera
-Dapatkan rawatan lanjut dengan segera
Patah tebahagi kepada
dua:
Patah tertutup – tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit
Patah terbuka – tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit
Ciri-ciri patah
Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya,
paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak
pecah.
Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-
kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting
muda dan lembut.
Tanda-tanda patah
1.Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya
2.Bengkak berserta lebam
3.Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera
4.Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki
yang cedera dengan anggota yang tidak cedera
5.Wujudnya tanda-tanda renjatan
Apa yang perlu
dilakukan?
1.Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut
2.Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama
3.Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan
bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
4.Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah
kepada jari di sebelahnya
5.Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera
Jenis- jenis PATAH
1. Patah tertutup ( kulit permukaan tidak luka)
2. Patah terbuka ( terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang)
3. Patah berkomlplikasi (melarat) ( kecederaan melibatkan tulang dan organ lain
seperti otak,paru-paru dan lain-lain)
4. Patah ranting muda ( terjadi di kalangan kanak-kanak)
5. Patah penghancuran ( tulang patah lebih dari dua)
6. Patah simple ( tulang patah dua sahaja)
Tanda- tanda
kecederaan tulang
1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
2. Mangs mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
3. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
4. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera
5. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada
kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada
bahagian 2 penjuru bertentangan.
Lipatan anduh tiga segi
Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada
bahagian besar badan.
Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.
Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan
KERETAKAN TULANG
Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti
sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat
sebagaimana rawatan patah.
Punca Patah Tulang.
1.Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan
2.Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan
TERKEHEL
Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian
sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.
Maksud terseliuh adalah kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut.
Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.
Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran
dengannya.
Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa
atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.
Apa yang perlu dilakukan?
1. Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa
2. Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
3. Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah
4. Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit
untuk setiap 4 jam
5. Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan
6. Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah
KERACUNAN MAKANAN DAN TERSELIUH
KERACUNAN MAKANAN
Apa itu keracunan
makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau
minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden
26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan
keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
• Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
• Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
• Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
• Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut
bercengkerang seperti kekerang
Apakah tanda dan gejala
keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
• Keracunan tersebut
• Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
• Umur seseorang
• Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
Apakah kesan
(komplikasi) daripada
keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga
boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan
(kronik).
Apakah yang
menyebabkan terjadinya
keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
• Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
• Makanan tidak dimasak dengan sempurna
• Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan
makanan yang telah dimasak)
• Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
• Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum
dimasak
• Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
• Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
• Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang
disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun
Bagaimana untuk
mengelakkan keracunan
makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
• Sentiasa menjaga kebersihan
• Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
• Basuh tangan selepas keluar dari tandas
• Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan
yang digunakan untuk menyediakan makanan
• Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan
yang lain
• Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
• Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
• Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan
makanan yang belum dimasak
• Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk
mengelakkan dari pencemaran silang
• Sentiasa masak dengan sempurna
• Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
• Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
• Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
• Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
• Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
• Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
• Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
• Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam,
salad)
• Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
• Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya
lakukan jika mengalami
keracunan makanan?
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
TERSELIUH
Terseliuh buku lali (sendi pergelangan kaki)
Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera.
Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas
kaki plantarflexed dan terbalik. Kejadian terseliuh buku lali melibatkan 85% daripada keseluruhan
kecederaan sendi pergelangan kaki dan 85% daripada kecederaan ini melibatkan struktur
ligament sisi lateral.
Kecederaan ini merangkumi 25% daripada semua kecederaan yang berkaitan dengan sukan.
Risiko boleh meningkat jika individu mempunyai berat badan berlebihan dan kurang aktif secara
fizikal. Mereka yang jarang bersukan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ligamen sisi lateral
lebih terlibat, diikuti ligament sisi medial. Terseliuh buku lali selalunya dirawat secara konservatif
(tanpa pembedahan).
Tanda-tanda dan Gejala
Pesakit mengadu kesakitan selepas sendi pergelangan kaki terpintal, selalu berlaku semasa
bersukan.
Pesakit akan mengadu sakit di bahagian luar pergelangan kaki mereka serta tahap bengkak
dan pendarahan di bawah kulit (lebam) yang berbeza.
Samada seseorang dapat pijak dengan kaki yang tercedera akan bergantung kepada
keterukkan kecederaan yang di alami.
Diagnosis
Terseliuh buku lali boleh didiagnosis dengan mudah kerana ianya adalah kecederaan yang
selalu berlaku. Buku lali di sisi luar yang sakit dan bengkak, dan yang akan bertambah sakit
apabila di sentuh atau di gerakkan itu, boleh di katakan sebagai ‘kecederaan buku lali’.
Bagaimana fisioterapi boleh membantu?
Merawat terseliuh buku lali dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik dan
ketidakstabilan. Semua jenis terseliuh dari ringan hingga teruk, memerlukan tiga fasa
pemulihan:
Fasa I – rehat, mengurangkan bengkak dan melindung buku lali anda yang tercedera.
Fasa II – memulihkan fleksibiliti, julat pergerakan sendi dan kekuatan otot kaki.
Fasa III – beransur kembali ke aktiviti asal dan bersenam selalu.
Bagi Fasa akut, matlamat adalah bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan,
melindungi daripada kecederaan lagi dan membantu berjalan ikut kemampuan tahan sakit yang
ada. Ikut garis panduan P.R.I.C.E. :
Lindung (Protect) mengelakkan pergelangan kaki yang tercedera daripada melakukan aktiviti
yang berat.
(Rest) Rehatkan kaki anda dengan tidak menangung berat. Hadkan galas berat badan.
Ais (Ice) untuk mengawal atau mengurangkan bengkak. Untuk mengelakkan frost bite atau ice
burn, jangan letakkan ais secara langsung pada kulit dan jangan letakkan ais lebih daripada 20
minit pada satu masa.
Compression – Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak serta mengurangkan
pergerakkan yang menyakitkan dan menyokong kecederaan anda.
Elevation – Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda.
Kaki boleh di ampu atas bantal.
1. Mengurangkan Kesakitan
Haba dan terapi sejuk digunakan untuk meningkatkan relaksasi dan mengurangkan kesakitan.
Adalah penting untuk menggunakan ais selepas senaman dan selepas apa-apa aktiviti yang
menyebabkan ketidakselesaan. Rangsangan dengan elektrik berdenyut (TENS) juga boleh
digunakan untuk melegakan kesakitan. Rangsangan elektrik ini dapat membantu meningkatkan
peredaran darah, seterusnya meningkatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak
atau ketidak selesaan.
2. Senaman
Senaman regangan dan kekuatan perlu dilakukan secara teratur. Senaman akan memulihkan
pergerakan dan mengekalkan kekuatan yang mencukupi dan kestabilan sendi buku lali.
Mobilisasi awal akan membantu dengan keselesaan serta balik berkerja lebih awal Senaman
perlu di lakukan secara berperingkat selepas sakit awal dan bengkak telah surut, biasanya
dalam masa 5-7 hari. Pertama adalah pemulihan julat pergerakkan sendi yang sepatutnya
bermula apabila anda boleh meletakkan berat pada kaki yang terlibat. Dibawah ini contoh
senaman yang boleh dilakukan dirumah jika anda mengalami terseliuh buku lali. Lakukan dua
kali sehari.
Ketika duduk, gerakkan kaki anda ke atas Dari kedudukan permulaan, tolak kaki anda
dengan perlahan-lahan dan rasa tegangan kebawah sejauh yang mungkin. Lakukan
di bahagian betis anda, Tahan untuk kiraan perlahan-lahan.dan rasa regangan di sendi
10. Ulang 10 kali pergelangan kaki.Tahan untuk kiraan 10.
Ulang 10 kali
Sambil duduk, bawa kaki anda ke bawah Dalam kedudukan yang sama, kaki anda ke
dan ke dalam. Tahan untuk kiraan luar dan ke atas. Tahan untuk kiraan 10. Ulang
10.Ulang 10 kali 10 kali.
Tolak objek yang tetap seperti sofa, Tolak objek yang tetap seperti sofa dengan
dengan bahagian dalam kaki anda. Tahan bahagian luar kaki anda. Tahan untuk kiraan
untuk kiraan 10.Ulang 10 kali. 10.Ulang 10 kali.
Tolak getah elastik sejauh yang boleh Tarik getah elastik dengan kaki anda. Kembali
dengan tapak kaki sambil memegang ke kedudukan permulaan dan ulang sebanyak
hujung nya. Kemudian kembali ke 10 kali.
kedudukan permulaan. Ulang 10 kali.
Tarik getah elastik ke arah atas dan keluar. Tarik getah elastik ke arah bawah dan ke
Kemudian kembali ke kedudukan dalam. Kemudian kembali ke kedudukan
permulaan. Ulang 10 kali. permulaan. Ulang 10 kali.
Regangan ini boleh dilakukan hanya apabila sakit di
buku lali anda telah kurang dengan ketara.
Berdiri di tepi tangga seperti di gambar rajah. Turunkan
kedua dua tumit anda sejauh yang boleh dan tahan
dengan kiraan 10. Ulang 10 kali.
Sebaik sahaja anda telah mendapat semula pergerakan dan kekuatan otot di pergelangan kaki
anda, anda sudah bersedia untuk aktiviti sukan ringan seperti berjoging dan berbasikal.
Pencegahan
Cara terbaik untuk mengelakkan terseliuh buku lali adalah dengan mengekalkan kekuatan,
keseimbangan dan fleksibiliti otot yang baik.
Amalkan pemanasan badan sebelum melakukan senaman dan aktiviti lasak
Beri perhatian kepada tempat/permukaan anda berjalan, berlari atau bekerja.
Pakai kasut yang baik
Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran badan apabila anda merasa sakit atau keletihan.
PEMULIHAN PERNAFASAN
BANTU MULA CPR
CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation
DEFINISI
• Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan
dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan
bantuan hembusan pernafasan.
SEJARAH CPR
• Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.
• Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan Peter Safar.
• Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh Dr.
Kounwenhowen.
• Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara
menyeluruh pada 1973.
• Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada 1986.
• Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart Association)
dari CPR 2000 ke Garis Panduan CPR 2005.
PROTOKOL CPR
D – Danger (Bahaya)
R – Response (Tindakbalas)
C – Compressions ( Tekanan )
A – Airways (Saluran pernafasan)
B – Breathing (Pernafasan)
DANGER
Periksa kawasan persekitaran sama ada
selamat dan anda boleh menyelamat,
gunakan peralatan keselamatan diri dan
pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh
mencederakan diri anda ataupun mangsa.
Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.
Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti
tahap kesedaran mangsa, panggil nama
(jika tahu) atau “Encik …encik kenapa ni ?”.
Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk
mangsa.
COMPRESSIONS ( Tekanan )
Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas
dada dengan menggunakan kedua-dua
tangan. Kekuatan tekanan adalah melalui
bahu.
Memberi tekanan yang kuat dan pantas
terhadap kedudukan di bahagian tengah
jantung. Ulangi 30 tekanan tersebut secara
berterusan.
AIRWAYS
Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “.
Angkat dagu donggakkan kepala bagi
membuka saluran pernafasan.
Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi
mangsa kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik
dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari
mulut
BREATHING
Jika mangsa tak bernafas, berikan 2
hembusan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jika dada tak naik posisikan semula kepala
mangsa.
Pastikan hidung dipicit semasa membuat
hembusan dan lepaskan picitan ketika
selang hembusan.
Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2
jari pada nadi karotid selama 5 saat.
RECOVERY POSITION
Jika mangsa tersedar atau menunjukkan
tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan
mangsa pada posisi pemulihan.
IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang
selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila
seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku
dan apa akan seterusnya berlaku.
5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup
Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat
kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu
menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka
yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan
cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan
peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil
lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar.
Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian
kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya
kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma
hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan
bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang
ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding
gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima
pemanasan dari belakang.
Perlindungan
Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang
berlebiha n, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan
mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara
perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa
memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan
badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada
sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat
perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.).
Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya
tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat
tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk
mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun
digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position)
untuk memberi konsentrasi haba di dalam badan.
Isyarat
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk
meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan
wisel boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk
segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada
merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa
apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar
Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik
perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan
bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada
sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S
daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh
membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat
menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk
memerhati.
Makanan/Air
Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya
mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya
meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga
tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak
pasti. Jangan sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang
seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka
akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda.
Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-
gula) didalam poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air
dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda
meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk m
engasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda
betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman.
Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga
boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan
dengan menadahkannya di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
MEMASAK TELUR BERSALUT TANAH
ASAS MASAKAN HUTAN
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli
pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli
pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa
faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap
untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala
jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan
beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli
pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan
makanan, sesat atau kemalangan ringan.
Resipi Pertama - Roti lilit
Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau
belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga
menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum
dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit
doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di
atas doh tadi.
Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya
semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah
dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api
dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai.
Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta