The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUku Log Pengakap Kanak-Kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmannhkim23, 2021-09-22 11:42:08

BUku Log Pengakap

BUku Log Pengakap Kanak-Kanak

4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap
Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau
daun pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat
lubang
di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras
yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air
kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan
buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun
pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak.
Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu
sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung
kelapa telah hangus.
Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat
sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua
orang dewasa.
Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun
pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci
sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya
(seperti buat

lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah
separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup
hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya
habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh
yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda
nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam
buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah
di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang
bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar
sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang
berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam
'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan
lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang
mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak
dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau
dan telur tadi.
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.
Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat
tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga
tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak
pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api
dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi
kelihatan kering dan merekah.

JALAN LASAK DAN PANDU ARAH

TUJUAN

1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.

2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.

3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian

aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN

1. Kebenaran

• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun
penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta
tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. Persediaan
Alatan

➢ Titik kawalan (control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.

➢ Penanda Kawalan

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.

• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).

• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

➢ Kad
Kawalan

• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.

• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.

• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.

➢ Peta utama

• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.

• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

➢ Keterangan Kawalan

• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir- butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambar rajah.

➢ Landasan

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.

• Tanda yang berkenaan landasan adalah :

✓ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
✓ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
✓ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
✓ ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

KOMPAS
• Untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam

hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.

Kompas bearing sudut:

Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360
darjah.

Kompas mata angin 16

Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
gatu besar yang berada di persekitaran.

• Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:
i. letakkan peta di atas permukaan yang rata.
ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B.
iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan

melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang
berhampiran.
iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.

• Aktiviti penggunaan kompas
I. mengenal arah mata angin.
II. mencari arah mata angin.
III. mencari arah kiblat.
IV. praktikal mencari bearing (arah mata angin).
V. latihan di kawasan sekolah.
VI. menggunakan peta.
VII. merintis hutan menggunakan kompas.
VIII. pertandingan mencari bearing di hutan.
IX. mencari harta karun.
X. aktiviti orienteering atau pandu arah.

Peta topografi

Peta topografi dengan garisan kontur

Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi

sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta
moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan
bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik
persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai
biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan
sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna.
Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta

rupa bumi.

Mengesan tanda dan simbol

▪ Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak
panah, lakaran atas pokok dsb.

▪ Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.

Laporan Pengembaraan

➢ Disediakan oleh setiausaha aktiviti.

➢ Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang
bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa
aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah
untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun
melakukan kerja- kerja menyelamat sekiranya anda memerlukanbantuan. Bukan itu
sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci
mengenai keadaan kawasan tersebut.

➢ Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti.
➢ Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan.
➢ Catatan perjalanan.
➢ Pembahagian tugasan ahli.
➢ Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.

4.1 KONSEP PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk
hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran anda.
Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-
institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform.
Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.

4.2 PENGLIBATAN
Jawatankuasa Induk terdiri daripada:

Penaung: Penaja/PPD/JPN
Penasihat: Pengetua
Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi: GPK HEM
Setiausaha: Penyelaras Ko-Kurikulum
Pen. Setiausaha: Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam
Bendahari: Guru Pembimbing/Penasihat
Ahli Jawatankuasa: Guru-guru Penasihat/pembimbing atau wakil agensi yang
dilantik
oleh pengetua.

Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri daripada:

Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi: GPK KOKURIKULUM
Setiausaha: Penyelaras Ko-kurikulum
Komandan Ketua penyelaras PPS/dilantik
Pen. Komandan Kem: Pen.Penyelaras PPS/dilantik
Urusetia: dilantik
Makanan: dilantik
Penginapan: dilantik
Logistik: dilantik
Kebajikan/keselamatan: dilantik
Pengangkutan: dilantik
J/k Pembukaan Penutup: dilantik
Jawatankuasa aktiviti: dilantik

4.3 TUJUAN PERKHEMAHAN

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini.
Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang
tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan
pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang
dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti
yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika
di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang
membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan
mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan, di antaranya ialah:

1. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang
disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam
pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke
tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan
sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan
sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri
dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih
mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.
Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada
bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di
mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua
kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak,
membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.
Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka
yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semula
jadi dan kawasan desa. Sesetengah daripada mereka tidak mengenali pokok
getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan
perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka
dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu-batan, dan
sebagainya. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu-batan ini tidak
terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

2. Berkhemah sebagai cara ibadat.

Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita
tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya
yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa
keinsafan kepada-Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita di
depan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan
menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-
bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian ke atas spesimen-spesimen
yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah
SWT yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling
penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka
itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah SWT.

3. Perkhemahan untuk orientasi sosial.

o Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta
akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan
aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali
peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam,
kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi
mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan
keturunan.

o Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua
masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan
dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-membantu
di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem
parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta
ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh
berdisiplin.

o Di perkhemahan juga, banyak pertunjukan kebudayaan dapat
diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai
perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing.
Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah,
negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum
demi mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik
antara kaum, agama dan kebudayaan.

4. Berkhemah untuk rekreasi.

Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan berasa seronok. Mereka
dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada
suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada
segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka
dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku- buku
pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri
sesuatu perkhemahan. Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia
dan kewarasan berfikir.

5. Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan.

o Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang
diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan
perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi
yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai
satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan
hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti- henti
membinasakannya.

o Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya
akan nampak semakin berharga apabila kita semakin
hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semula jadi kita yang
semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai
provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan di mana apabila dunia sedang
pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah- tambah.

Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap
seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu
diabaikan sahaja sebelumnya.

o Pinggir hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan
yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang
untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun
yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya
bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang
sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

6. Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia
II, bermula daripada beberapa keluarga bercambah menjadi
berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk
berkhemah, kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-
taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000
hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan,
hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan
senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang
tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah
dan banyak sekali terdapat buku dan brosur panduan tentang perkhemahan
diterbitkan.

Melalui aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila
kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti
memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-
sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita juga
berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai
lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

7. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

Perkhemahan juga merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan
pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk
mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin,
berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan
mereka.
Sepanjang perkhemahan,para peserta akan diberikan penerangan mengenai
topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan
juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan
diet yang seimbang serta menjauhi amalan- amalan yang menjejaskan
kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya.

4.4 JENIS PERKHEMAHAN

n

ringkas

kumpulan besaran

1. Perkhemahan ringkas
Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka.
Biasanya dilakukan pada hujung minggu.
Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam.

• Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau
sekadar untuk perkhemahan sahaja.

2. Perkhemahan kumpulan
Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.
Dihadiri oleh sekumpulan ahli.
Dijalankan selama dua atau tiga hari.
Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.

3. Perkhemahan secara besar-besaran
Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.
Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.
Dikenali sebagai ‘jambori’.
Diadakan 4 tahun sekali.

• Mengambil masa 3-7 hari.

Jenis Khemah Ciri-ciri Khemah
Khemah satu tiang
Ringan, senang didirikan
dan sesuai digunakan
untuk perkhemahan
ringkas.

Memuatkan 1 hingga 2
orang penghuni sahaja.

• Ditegakkan dengan
menggunakan satu tiang
sahaja.

Khemah berbentuk A Memuatkan 3 hingga 6
Khemah berbentuk dinding
penghuni.

Digunakan untuk

perkhemahan ringkas dan
perkhemahan kumpulan.

Ditegakkan dengan

menggunakan 2 batang

tiang dan 1 batang galang

(bumbung).

Sesuai untuk

perkhemahan kumpulan.

Sama dengan khemah

berbentuk A, tetapi

mempunyai penahan

angin atau hujan di

bahagian tepinya.

Untuk 5 hingga 6 orang.

Khemah Ridge Mempunyai sempadan
yang lebih panjang dan

luas daripada khemah-
khemah lain.

Sesuai di kawasan
pergunungan dan di tepi
sungai.

Memuatkan 4 hingga 7
orang.

4.5 PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

1. Pembentukan Jawatankuasa
Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti

perkhemahan supaya program dapat dirancang
dengan baik dan teratur.
Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada
tempat perkhemahan dan aktivti yang akan
dijalankan.
Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-
masing.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
Urus setia
Aktiviti
Pengangkutan
Peralatan
Keselamatan dan kecemasan
Penajaan
Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan
Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang
dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.
Perkara yang perlu diambil kira:
Kesesuaian tempat
Kemudahan asas (air, tandas)
Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya
berlaku kemalangan.

3. Surat Kebenaran
Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan
Daerah melalui pengetua --- sebelum menjalankan aktiviti.
Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar.
Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan
mengikut aktiviti perkhemahan.

Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti
perkhemahan.
4. Belanjawan
• Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala
keperluan selama tempoh perkhemahan.
• Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan
makanan.
5. Alatan Perkhemahan
Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:

4.6 PEMILIHAN TEMPAT

1. Tanah atau tapak yang rata.
• Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan
khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
• Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan
yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah
tersebut.
• Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung
jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.

2. Berhampiran punca air.
• Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus
difikirkan ialah mengenai punca air bersih.
• Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan
sebagainya.
• Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira
sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut

hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak
diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air
yang tidak bersih.
• Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui
kawasan yang tiada pencemaran.
3. Jauh daripada dahan mati.
• Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan
sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan
perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan
peserta perkhemahan.
• Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting
serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat
di tapak perkhemahan tersebut.

4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.
• Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air
pasang jika berkhemah di pantai.

5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.
• Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan
tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang
kecemasan.
• Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung,
laluan orang atau mudah dihubungi.
• Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak
berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.

6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.
• Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk
memasak perlu diambil kira.
• Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak
perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak
untuk mendapatkan bahan tersebut.

7. Keselamatan kawasan perkhemahan.
• Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.
• Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas
dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.

4.7 ASPEK KESELAMATAN

1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-
mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.

3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program.

4. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.

5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.

7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan

demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau

kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti
rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/
pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa jika difikirkan perlu.

4.8 KEMUDAHAN ASAS

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan
akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan
peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk
memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:
• Khemah yang sesuai.
• Bag galas
• Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
• Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
• Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
• Botol air, kole dan bekas minuman
• Pisau dan pembuka tin
• Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
• Mancis dan lilin atau bahan penyala api
• Kotak pertolongan cemas
• Kotak ikhtiar hidup
• Tali
• Ponco atau baju hujan
• Parang/kapak kecil
• Bekas air tambahan

• Selimut atau bag tidur

Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain
perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan
peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa
apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah
jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa
hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada
jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah
mengikut kesesuaian.

Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh
anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal.

4.9 PEMERIKSAAN PAGI

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan
perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti
dipupuk. Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan.
Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan
lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00
pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:

Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
Susun atur barang dan peralatan kumpulan
Pakaian yang dibawa

Gajet yang dibawa

Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan

masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi
hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi.
2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.
3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri
sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter
master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.
4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan
diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.
5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol
Nuri Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu.
6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke
hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas.
Contoh ayat laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima
arahan tuan.”
7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus
selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali
ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan.
8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran
menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang
mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain,
tuan.”
9. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu
gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.



5.0 SURAT KEBENARAN

Beberapa keperluan perlu diperoleh sebelum mengadakan sesuatu aktiviti perkhemahan
iaitu:

a) Kebenaran pengetua/ guru besar
b) Kebenaran pemilik tanah/ tapak perkhemahan
c) Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan
d) Kebenaran ibu bapa atau penjaga

• Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan
sebelum perkhemahan diadakan
• Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru besar dan pemilik tapak
perkhemahan diperoleh terlebih dahulu sebelum kebenaran lain dipohon.

5.1 KUARTER MASTER

Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua kuarter master iaitu
kuarter master Alatan dan kuarter master Makanan bagi melancarkan pengurusan.

Tugas kuarter master Alatan

• Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti
perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan mesyuarat
peringkat jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan
perkhemahan, satu senarai peralatan akan disediakan.

• Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan
sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan
peralatan yang dipinjam, beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan.
Senarai semak ini turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan
untuk memeriksa jumlah alatan yang dipulangkan

• Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam
seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Kuarter master bertanggungjawab
dalam menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya.
Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara
yang betul dan berhati-hati agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan
keselamatan orang lain.

• Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa
ketapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak
perkhemahan akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan
mengelakkan pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi
dengan baik apatah lagi boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Tugas Kuarter Master Makanan

• Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. Kuarter
master akan menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan,
makan tengahari dan makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.

• Mengenal pasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan
tertentu. Kuarter master akan membuat menu alternatif bagi peserta yang
mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

• Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi
untuk semua peserta seperti beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya.

1.0 AMALI MASAKAN RIMBA

REFLEKSI SEBELUM

Sebelum memulakan amali ini saya telah memilih untuk memasak jenis masakan
membakar dan saya bercadang untuk membuat roti lilit. Seterusnya ialah pemilihan
bahan-bahan masakan. Saya telah menggunakan bahan seperti tepung gandum, air
, garam dan juga yis supaya roti lebih gebu. Selain itu , saya juga menggunakan buluh
sebagai alat untuk melilit roti dan seterusnya dibakar. Antara kebaikan masakan ini
ialah, penggunaan bahan yang dipilih mudah untuk dicari dan juga kos yang
diperlukan untuk membuat roti lilit ini juga sangat berpatutan .

REFLEKSI SEMASA

Semasa melakukan masakan rimba pula, penyediaan bahan sangatla penting untuk
memastikan roti lilit itu tidak keras dan masak sepenuhnya. Pertama sekali , saya
membancuh adunan tepung , air , garam dan yis ke dalam bekas dan membiarkannya
selama 30 minit untuk memastikan adunan itu lebih gebu. Seterusnya, saya mula
menghidupkan api di kawasan yang lapang dengan menggunakan bahan-bahan asas
di dalam hutan seperti ranting kayu, daun kering dan juga batu. Masa yang diambil
untuk menghidupkan api adalah selama 45 minit . Sementara menunggu api itu
menjadi bara , saya melilitkan adunan tadi dengan cantik dan mula membakar adunan
tersebut setelah keadaan api menjadi bara. Hal ini demikian kerana pengawalan api
hendaklah sentiasa dikawal untuk memastikan keadaan roti lilit itu tidak hangus dan
keras.

REFLEKSI SELEPAS

Setelah 40 minit membakar , roti yang dibakar kelihatan sedikit kekuningan dan ia
menandakan roti tersebut boleh dimakan dan dihidangkan di atas pinggan .
Kesimpulannya, penyediaan amali masakan rimba ini sememangnya bukan mudah
dan ia memerlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk melakukan aktiviti tersebut.
Sebagai contoh , dari segi keselamatan, saya memakai kasut yang bertutup ketika
melakukan amali masakan tersebut bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang
tidak diingini.

2.0 AMALI KAWAD KAKI

Amali kawad kaki yang saya lakukan mengalami sedikit kekurangan dan antaranya
ialah penggunaan tempat yang tidak sesuai di mana saya telah melakukan amali ini
di belakang rumah sahaja iaitu kawasan yang agak sempit bagi melakukan kawad
jenis dinamik . Seterusnya, kawad kaki pasti rasa tidak sempurna jika tiada rakan
anggota yang melakukan bersama-sama. Jadi amali kawad kaki kali ini terasa janggal
kerana perlu dilakukan secara individu . Namun, saya berasa sangat bangga kerana
dapat menyempurnakan amali tersebut kerana pertama kalinya saya melakukan
kawad kaki ini secara individu.

3.0 AMALI ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Sebelum melakukan amali ini , saya memerlukan beberapa bahan yang akan saya
guna iaitu seperti kain anduh , tripod dan juga seseorang untuk dijadikan pesakit di
mana saya meminta bantuan ibu saya untuk menjadi pesakit. Selain itu , dua hari
sebelum saya memulakan amali ini, saya sedaya upaya menghafal dan memahami
langkah – langkah dalam melaksanakan pertolongan cemas dan alhamdulillah
segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kekurangan seperti suara
yang dirakam tidak didengar dengan jelas dan semestinya penghantaran video ini
tertangguh kerana keadaan internet yang tidak stabil. Dengan melakukan amali ini ,
saya berasa gembira kerana dapat menimba ilmu baharu dan saya berharap dapat
membantu orang dengan mempraktikkan ilmu yang saya pelajari ini kelak.

4.0 AMALI IKATAN DAN SIMPULAN

Seterusnya, amali ini memerlukan bberapa bahan seperti tali, batang kayudan juga
tripod. Tali yang perlu digunakan saya telah beli atas talian yang ia mencapai standard
piawaian bagi tali pengakap . Terdapat beberapa ikatan dan simpulan yang perlu
dilakukan antaranya ialah simpulan manuk, ikatan balak , ikatan buku sila dan juga
ikatan buku keti. Semasa melakukan amali ini , saya sangat teruja kerana sebelum ini
saya tidak pernah melakukan banyak jenis ikatan sebegitu, Dan saya hanya belajar
secara atas talian bersama kelas Cik Yatimah semasa kelas unit beruniform

berlangsung. Oleh itu , saya berasa sangat bersyukur dapat menimbu ilmu yang
sangat berguna kepada saya . Seusai saya melakukan amalai tersebut , saya terus
mempraktikkan beberapa ikatan seperti ikatan buku sila dan simpulan manuk dalam
kehidupan seharian saya kerana mudah untuk saya ingati.

5.0 AMALI KRAFTANGAN PERKHEMAHAN

Sebelum melakukan amali ini , beberapa perbincangan telah dilakukan bersama-
sama sekawan biru untuk memilih jenis kraftangan yang perlu dilakukan bagi setiap
individu . Seterusnya , saya telah mendapat tugasan untuk membina gadjet tong
sampah. Oleh itu, sejurus mendapat tugasan tersebut , keesokan harinya saya telah
menyediakan bahan –bahan yang diperlukan seperti buluh, tali, ranting kayu dan juga
plastik sampah . Penyedian bahan sememangnya mudah namun sukan bagi saya
untuk mencari buluh. Oleh itu, saya pergi ke kawasan hutan di kampung halaman
bersama bantuan abang dan ibu saya untuk mencari buluh yang sesuai digunakan
untuk membuat gadjet tersebut. Saiz buluh yang hendak digunakan juga penting bagi
memastikan keadaan gadjet tersebut kukug dan boleh digunakan dengan selamat.
Oleh itu , saya mencari pangkal buluh kerana ketebalan yang boleh membuatkan
gadjet saya kukuh. Seterusnya,semasa melakukan amali tersebut ia memakan masa
selama 1 jam 30 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

RUJUKAN

Mohd Zuki. (2019). Buku Log Pengakap Kanak-kanak.
https://anyflip.com/aiolk/fsst/basic

Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor. (2021). Panduan Penulisan Buku Log
Pengakap.

https://www.pengakapselangor.org/2020/0
4/panduan-penulisan-buku-log-ke-arah.html

Selvadrashni Salavakumar. (2019). Pengakap Buku Log Digital.
https://anyflip.com/yuyk/wfgs/basic

Abdul latif bin Ahmad. (n.d.)

Sejarah Pengakap.https://slidetodoc.com/sejarah-

pengakap-disediakan-oleh-abdul-latif-bin- ahmad/

SK Shah Alam. (2012). Lirik

Lagu Pengakap.

https://www.slideshare.net/skapisb/lirik-lagu-pengakap

Ahmad Mohd. (n.d.). Perlembagaan

Pengakap.

https://www.academia.edu/30923080/Perlembagaan_pengakap

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version