JAWATANKUASA PENERBITAN, PUBLISITI DAN MEDIA SOSIAL (PPMS) InstituT Kami Memastikan Jaminan Bekerja I K M J B
JAWATANKUASA PENERBITAN, PUBLISITI DAN MEDIA SOSIAL (PPMS) Penaung Ir. Ts. Rahim bin Selamat Pengerusi PPMS Alhamdura binti Mustapha Penyelaras PPMS Fadzil Noor bin Rose Ketua Pengarang Ir. Ts. Rahim bin Selamat Ketua Editor Nurzumira binti Ab. Rahim Ketua Wartawan Nor Shazwani binti Shamshudin Editor Sh. Syahira binti Syed Mohamad Cr. Nurul Balqish binti Ab Razak Shamshul Annuar bin Ruslan Noran Norhana binti Cholan Konsep & Susun Atur Huruf Mohd Najib bin M Noor Jurufoto Muhammad Fuad bin Johan Mohd Ruzaimi bin Mohd Agil Mohd Norazuan bin Mohd Noh Muhammad Azri bin Abu Bakar Muhammad Alif bin Ahmad Laili Muhammad Azri bin Mustafa kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam usaha menjadikan penerbitan ini satu kenyataan. @ikmjbofficial. Hak cipta terpelihara ©. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh dihasilkan semula, disimpan atau dihantar dalam apa jua bentuk atau dengan apa cara sekalipun, elektronik, mekanikal, rakaman atau sebaliknya, tanpa tertulis terlebih dahulu persetujuan Jawatankuasa Penerbitan, Publisiti dan Media Sosial Institut Kemahiran MARA Johor Bahru. Diterbitkan pada Mac 2023 SIDANG REDAKSI
KANDUNGAN Pertama sekali, ingin saya nyatakan di sini tarikh 4.4.2022 pasti sentiasa menjadi tarikh indah buat diri saya kerana pada tarikh ini saya dengan rasminya bergelar Pengarah IKM Johor Bahru. Tersemat hasrat dan tekad dalam diri untuk memastikan tanggungjawab saya mengemudi pesawat IKM Johor Bahru terbang tinggi menjadi satu institusi TVET MARA yang cemerlang. Alhamdulillah, sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya, banyak kejayaan dan pencapaian telah dikecapi bersama warga IKM Johor Bahru. Komitmen dan kesungguhan semua ‘anak-anak kapal’ saya dapat dilihat melalui kejayaan IKM Johor Bahru dalam aspek pembangunan akademik, sahsiah dan kerohanian pelajar, kepelbagaian jalinan industri, kemampuan daya saing inovasi, kesungguhan mempromosikan institusi dan keberhasilan modal insan yang berkualiti tinggi. Tiada satu pun ‘anak kapal’ yang tertinggal dalam mencipta semua kejayaan ini. Dengan penghasilan Lensa ini, dapatlah kita melihat semula kejayaan yang telah tercipta dan semoga ianya menjadi inspirasi untuk terus terbang tinggi dan mencipta kejayaan yang gemilang, lebih-lebih lagi IKM Johor Bahru akan menyambut Jubli Emas pada tahun 2023 nanti. Seperti resmi kapal terbang, pesanan saya untuk semua; ‘Sebelum beredar pastikan aksesori keselamatan, Bunyinya kuat terperi, anak-anak kapal ingat mengingati, Makin lama makin tinggi, akhirnya tiba ke destinasi” Tahniah dan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Penerbitan, Publisiti dan Media Sosial IKM Johor Bahru yang telah merakam dan mendokumentasi memori indah sepanjang 2022 IKM Johor Bharu melalui Lensa 2022 ini. Dari Meja Pengarah Ir. Ts Hj Rahim Bin Selamat Pengarah IKM Johor Bahru 4
KANDUNGAN 5 AKTIVITI BULAN JANUARI • Selamat Bersara Pengarah, Ts. Dr. Hj. Mohd Nawawi bin Omar • CSR: Misi Bantuan Banjir IKM JB di Bentong, Pahang • Majlis Kesyukuran, Amanat Pengarah dan Majlis Jasamu Dikenang • Pendaftaran Pelajar Baharu sesi Januari – Jun 2022 AKTIVITI BULAN FEBRUARI • Catatan Sejarah Hitam Jangkitan COVID 19 di IKM JB AKTIVITI BULAN MAC • Bengkel 21st Century Learning: e-Portfolio IKM JB • Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Hari MARA Ke 56 • Program Qasidah Sempena Minggu Refresh Pasca COVID 19 • Program Vaksinasi Suntikan COVID 19 dan Dos Penggalak • Program Bermulanya Di Sini: Ikon TVET IKM JB • Cerita Kami @TVET MARA di BERNAMA Radio AKTIVITI BULAN APRIL • Selamat Datang dan Selamat Bertugas Ir. Ts. Rahim Selamat • Jalinan Kerjasama IKM JB dan IPD Johor Bahru Selatan • Program Selangkah Ke IPMA Anjuran Pejabat MARA Negeri Johor • Jemputan Iftar Ramadan IPD Johor Bahru Selatan • Pelancaran Tabung Infaq Ramadan (Tiram) • Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa 1443H • Program Lawatan Audit oleh JPK • Kunjung Hormat Rombongan Y.B Mufti Negeri Johor • Majlis Perpisahan Staf: Ustaz Muhammad Syamaizar Bin Bilah • Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa 1443H • Program Menyantuni Pesara IKM JB sempena Ramadan AKTIVITI BULAN MEI • Kunjungan Suruhanjaya Tenaga Putrajaya ke IKM JB • Kerjasama Strategik IKM JB – Tenaga Nasional Berhad • Kem Amar ‘Anti-Corruption Start from You’ • Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MARA • Sesi Motivasi Peserta IKM JB ke Pertandingan World Skills • Industrial Sharing Session: R290 Natural Refrigerant (Air-Conditioner Service and Installation) AKTIVITI BULAN JUN • Kunjungan Timbalan Naib Canselor UTeM: Perbincangan Artikulasi Akademik • Bengkel Pemetaan Kurikulum (Program 3+2) Artikulasi IKM JB – UniKL MFI • Promosi TVET MARA IKM JB sempena Karnival Jubli Emas KEJORA • Program Sembang AuTem@Memori Korporat • Smartpartnership Industrial Link with TVET MARA Institutions • Bengkel Kumpulan Fokus MTVET • Mesyuarat Senat Peringkat IKM JB Sesi Januari – Jun 2022 • Kembara TVET MARA IKM JB ke Seluruh Negeri Johor • Promosi Pendidikan MARA bersama Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Agama • dan Sekolah Kebangsaan Negeri Johor • Pelepasan Peserta IKM JB ke Pra-World Skills Malaysia Belia KANDUNGAN
AKTIVITI BULAN JULAI • Kerjasama Strategik Industri Wentel Engineering dan IKM JB • Pertandingan Bola Sepak Piala Pengarah IKM JB • Pertandingan Bowling Staf Piala Pengarah IKM JB • Bengkel Rasionalisasi Program Kimpalan, Automotif Dan Fabrik Institusi • Pendidikan TVET@KPLB Zon Utara 2022 • Karnival Pendidikan MARA Peringkat Negeri Johor • Jalinan Industri Program Diploma Siapan Logam (IMF) • Kunjungan Pengarah ABM Wilayah Selatan ke IKM JB • Audit Penarafan Tunggal TVET • Kuliah Keselamatan Pemasangan Elektrik 1 Fasa dan 3 Fasa • Audit Pentauliahan Program Diploma Kompetensi Elektrik (DCP) • Kunjungan Hormat Pengarah IKM JB kepada Y.B Dato Pegawai Daerah • Johor Bahru Selatan • Minggu Haluan Siswa sesi Julai – Disember 2022 • Kunjungan MACRA ke IKM JB • Taklimat Program TVET Tahfiz – IKM JB AKTIVITI BULAN OGOS • Lawatan Ahli Pengurusan IKM JB ke ABM • Kunjungan Industri Marine Dieselcare Engineering Sdn. Bhd. • Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 Peringkat IKM JB • Hari Terakhir Perkhidmatan Pn. Nor Rizam Binti Che Ngah • Promosi TVET MARA IKM JB di Minggu Belia KEJORA • Pemetaan Program 3+2 UniKL MFI – IKM JB • Kursus Smart Classroom Interactive Board • Bicara Ilmu; Belia Warisan Negara: Cabaran dan Realiti Masa Kini • Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Julai Disember 2022 • Program Permata oleh Unit Kaunseling IKM JB • Majlis Anugerah Apresiasi Dan Kecemerlangan Pelajar (AKCEP) 2022 • Jaringan Industri Wentel Dan IKM JB • Lawatan Kerja Pendaftar MBOT ke IKM JB • Program Protégé Pengarah IKM JB • Lawatan Dan Perbincangan Bersama Suruhanjaya Tenaga Wilayah Selatan • Program Dialog Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negeri Johor • Tazkirah Maghrib di Surau Al-Hidayah • Mesyuarat Penutup Pengauditan Tadbir Urus IKM JB • Career Talk dan Pengenalan Aplikasi ‘MyFutureJobs’ • Seminar Celik Kewangan anjuran bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah, • IKM JB dan Standard Chartered • Program CHARISMA (Character Rise Management) Camp • Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Youth Skill Competition • Lawatan IKM JB ke MMHE Pasir Gudang • Warna Warni Festival Ambang Merdeka 2022 (FEMKA22) KANDUNGAN KANDUNGAN KANDUNGAN 6
AKTIVITI BULAN SEPTEMBER • Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Johor • Lawatan Penilaian dan Audit ETAC • Jaringan Industri SS Rover Sdn. Bhd dan IKM JB • Mesyuarat Agung BUK IKM JB kali Ke 35 dan Majlis Jasamu Dikenang • Promosi TVET MARA di Karnival Mukim Tanjung Kupang • Slot Pembangunan Modal Insan: Career Talk • Lawatan Akademik ke UTEm: Perbincangan Pensetaraan Dan Pemetaan Kursus • Lawatan Pemantauan Program MTS serta Perbincangan Hala Tuju Program • Inkubator Dan Keusahawanan BKT MARA • Kunjungan dari Oceancare Cooperation Sdn Bhd ke IKM JB • Karnival Halatuju Pendidikan Di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai • Kursus Leadership: Negotiation Skills & Decisions Making AKTIVITI BULAN OKTOBER • Program Sambutan Hari Sukan Negara dan Minggu Aktiviti Julai – Disember 2022 • Penyertaan IKM JB ke Pertandingan World Skills Belia Malaysia • Perlawanan Bola Sepak Tiga Penjuru Sempena Hari Sukan Negara 2022 • Taklimat Penggunaan Instrumen Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp) • Pensyarah KKTM/ MJII/ IKM • Promosi TVET MARA: Taklimat di MRSM Mersing • Alumni IKM JB Terima Anugerah Ikon TVET KPLB 2022 • IKMJB Menangi Anugerah Emas Kategori Unit Kaunseling sempena Anugerah KaunselorMARA 2022 • Oktober Setiap Tahun : Bulan Kaunseling Kebangsaan (BKK) • Ceramah Dan Pameran Keselamatan Dan Kesihatan di Tempat Kerja • Program Industrial Smart Partnerships AKTIVITI BULAN NOVEMBER • Program Maulidur Rasul: IKM JB Berselawat • Mesyuarat Kerja Pemahaman Instrument Penilaian Penarafan Tunggal Program TVET • Kunjungan Mimtech Technology ke IKM JB • Exposition Of Creativity, Ideas, Innovation, Invention And Design (EXCID) 2022 • Lawatan Pemeriksaan Audit Institusi Suruhanjaya Tenaga • Lawatan Kerja Pengurusan IKM JB Ke Educity Iskandar Malaysia • Kunjungan oleh Gerex Automation (M) Sdn Bhd ke IKM JB • Hari Keluarga IKM JB 2022 AKTIVITI BULAN DISEMBER • Job And Career Carnival (JC-CAR) 2022 • Pendaftaran Pelajar Baharu, Sesi Januari- Jun 2023 KANDUNGANKANDUNGAN KANDUNGAN 7
IKM JOHOR BAHRU 1 JANUARI 2022 SELAMAT BERSARA TS DR HJ MOHD NAWAWI BIN OMAR Pengarah Institut Kemahiran MARA Johor Bahru. 8
LENSA JAN 9 1 JANUARI 2022 SELAMAT BERSARA TS DR HJ MOHD NAWAWI BIN OMAR Pengarah Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.
MISI CSR BANTUAN BANJIR DI BENTONG 4 Jan - Tim Khidmat Masyarakat (CSR) IKM JB berada di Kampung Cegar Medang, Bentong Pahang dalam misi bantuan pasca banjir. Seramai 15 orang staf bersama 24 pelajar beberapa program terlibat dalam kerja-kerja pembersihan, baik pulih serta memasang peralatan elektrik seperti lampu dan kipas. Program ini telah mendapat liputan akhbar tempatan KOSMO. Menurut Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat IKM Johor Bharu, Shamshul Annuar Ruslan seperti yang ditemuramah oleh KOSMO, program selama tiga hari itu melibatkan aktiviti pembersihan rumah, pendawaian elektrik dan pembaikan barangan elektrik. Selain itu, Misi CSR Bantuan Banjir di Bentong turut mendapat sumbangan daripada syarikat bumiputera Equal Weighing System Sdn. Bhd. bagi melaksanakan program pendawaian elektrik. Terima kasih kepada semua staf dan pelajar yang terlibat dalam misi CSR ini. IKM JOHOR BAHRU 10
“Kami memang biasa melakukan misi bantuan banjir sebelum ini termasuk di Pantai Timur dan apabila mendapat maklumat mengenai bantuan yang masih diperlukan di sini kami bergegas ke sini. Alhamdulillah selain dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk, misi bantuan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar membaik pulih barang yang rosak agar dapat diguna semula dengan selamat,” LENSA JAN 11
MAJLIS KESYUKURAN, AMANAT PENGARAH DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG 6 Jan - Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Afifuddin bin Sabri, Pensyarah Pengajian Islam. Amanat Pengarah 2022 telah disampaikan oleh Ts Azurin bin Shukur dan seterusnya ucapan perpisahan En Wan Mohd Firdaus bin Wan Taib, Pensyarah Program SMK yang berpindah ke Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. IKM JOHOR BAHRU 12
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JANUARI - JUN 2022 SELAMAT DATANG KE IKM JOHOR BAHRU LENSA JAN 13
Segalanya bermula pada 25 Januari 2022, apabila beberapa pelajar semester 1 menunjukkan gejala batuk dan demam. Setelah ujian pengesanan dijalankan, didapati seorang daripada mereka disahkan dijangkiti Covid 19. Keadaan reda seketika kerana tidak ada sebarang pertambahan kes baharu, bagaimanapun tarikh 11 Februari 2023 telah mencatat sejarah hitam di IKMJB. Seramai tujuh pelajar kanan disahkan positif setelah ujian calitan dilaksanakan di peringkat program. Mereka telah ditempatkan di Blok G untuk tujuan pengasingan. Tindakan pantas telah diambil oleh pihak pengurusan IKMJB dengan mengadakan saringan terhadap kesemua pelajar program berkenaan. Ekoran itu, kes telah meningkat ke angka 41 dan bertambah dari hari ke hari. Langkah drastik mewujudkan Jawatankuasa Bilik Gerakan Covid 19 IKMJB segera diambil. Jawatankuasa itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) Ts Azurin bin Shukur dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (KPHP) Puan Alhamdura binti Mustapha. Selain itu, jawatankuasa turut dianggotai oleh barisan felo dan staf pelbagai program. CATATAN SEJARAH HITAM JANGKITAN COVID 19 DI IKMJB. Segalanya bermula pada 25 Januari 2022, apabila beberapa pelajar semester 1 menunjukkan gejala batuk dan demam. Setelah ujian pengesanan dijalankan, didapati seorang daripada mereka disahkan dijangkiti Covid 19. Oleh kerana ada trend jangkitan tidak terkawal, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah hadir ke IKMJB untuk melakukan ujian calitan kepada 995 pelajar dan staf. Seramai 145 didapati positif dijangkiti Covid 19. Mereka telah dikuarantin di Dewan Takzim IKMJB, manakala 643 pelajar kategori kontak rapat ditempatkan di asrama dengan pemantauan ketat AJK Bilik Gerakan Covid 19. Pihak KKM telah mengeluarkan Notis Penutupan Premis bermula 13 hingga 19 Februari 2022. 14IKM JOHOR BAHRU
Tarikh akhir penutupan premis sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan, bagaimanapun berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan oleh wakil KKM didapati ada pertambahan kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 321 pelajar. Tarikh penutupan premis dilanjutkan sehingga 25 Februari 2022. Keadaan menjadi cemas dan membimbangkan. Beberapa jawatankuasa terpaksa dibentuk secara tergempar. Selain JK Bilik Gerakan Covid 19 yang berfungsi 24 jam sehari, urusan penyediaan makanan kepada pelajar kategori kontak rapat dilakukan oleh staf pelbagai jabatan dan unit secara bergotongroyong. 15LENSA FEB
Ini dilakukan kerana Kafeteria yang dilantik untuk membekalkan makanan kepada warga IKMJB yang dikuarantin terpaksa ditutup kerana kakitangan mereka turut didapati positif Covid 19. Semua warga IKMJB berganding bahu dan memberikan kerjasama terbaik dalam situasi mencemaskan itu. Mereka tidak berkira masa, tenaga, dan wang ringgit bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara. Waktu berehat dan bersama keluarga terpaksa dilupakan seketika. Petugas berkhidmat 24 jam sehari tanpa memikirkan diri sendiri. Sumbangan makanan, alatan pembersihan, dan pelbagai keperluan lain turut diterima daripada pihak luar. Pembungkusan dan pengagihan dilakukan oleh hampir semua staf IKMJB yang tidak bergejala. Pihak Pejabat Mara Negeri (PMN) Johor dan Pejabat Daerah Johor Bahru turut menghulurkan bantuan dengan memudahkan urusan peminjaman aset Agensi Pengurusan Bencana Negera (NADMA). 16IKM JOHOR BAHRU
Katil dan tilam milik NADMA di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 (PKRC) Pasir Gudang telah dipinjamkan untuk kegunaan pelajar yang dikuarantin di Dewan Takzim. Selain itu, pihak JK Bilik Gerakan Covid 19 turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada anggota serta pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman dalam kawasan kampus sepanjang fasa penutupan premis. Setelah hampir tiga minggu berada dalam situasi genting dan kritikal, keadaan di IKMJB beransur pulih. Suka duka, keringat, tenaga, dan air mata setiap warga yang bertungkus lumus membantu sepanjang waktu sukar tersebut pasti menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan. Tahniah dan terima kasih semua. Kita semua adalah wira! 17LENSA FEB
BENGKEL 21ST CENTURY LEARNING: E-PORTFOLIO IKM JOHOR BAHRU. 1 Mac – Jawatankuasa Akademik IKM Johor Bahru telah mengadakan Bengkel 21st Century Learning: E-Portfolio bagi mendedahkan pensyarah tatacara penyediaan dokumen PdP secara digital. Peserta Bengkel ini terdiri daripada sebahagian pensyarah IKM Johor Bahru dan disampaikan oleh En Fadzil Noor bin Rose, Pensyarah DGS. MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI MARA KE 56 1 Mac - IKM Johor Bahru tidak ketinggalan turut mengadakan Majlis Bacaan Yassin sempena Sambutan Hari MARA 2022. Majlis Bacaan Yassin yang diadakan secara dalam talian melalui Aplikasi Microsoft Team telah dipimpin oleh Ustaz Ahmadhakamulmuhsi bin Che Adni dan Ustaz Muhammad Afifuddin bin Sabri. 18IKM JOHOR BAHRU
PROGRAM QASIDAH SEMPENA MINGGU REFRESH PASCA COVID-19 2 Mac - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Aktiviti Program Qasidahsempena Minggu Refresh Pasca Covid. Program bertujuan untuk memastikan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental para pelajar di tahap positif dalam situasi PKP.Program ini dipimpin oleh Ustaz Muhammad Afifuddin bin Sabri, Pensyarah Pengajian Islam. PROGRAM VAKSINASI SUNTIKAN COVID-19 & DOS PENGGALAK 10 Mac - IKM Johor Bahru telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dalam melaksanakan pemberian suntikan dos penggalak kepada warga IKM Johor Bahru sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19. Seramai 690 orang penerima Vaksin Pfizer dan 30 orang penerima Vaksin AstraZeneca telah menerima suntikan dos penggalak pada hari tersebut. 19LENSA MAC
CERITA KAMI @TVET MARA DI BERNAMA RADIO 31 Mac - IKM Johor Bahru yang diwakili oleh seorang pensyarah dan seorang pelajar daripada Program Elektronik telah menerima undangan daripada pihak BERNAMA Radio untuk berkongsi ilmu tentang Pendidikan TVET di IKM Johor Bahru kepada masyarakat di luar. Program ini sedikit sebanyak memberi ruang yang lebih luas untuk masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut tentang peluang Pendidikan TVET di sini. PROGRAM BERMULANYA DI SINI: IKON TVET IKM JB 24 Mac - Jawatankuasa Alumni IKM Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Mekanikal telah menganjurkan Program Bicara Alumni bersama dengan Encik Muhamad Alif bin Hamdi (Alumni Program Sijil Kimpalan dan Fabrikasi Logam). Program tersebut telah melibatkan semua pelajar daripada Program Kimpalan dan pelajar semester akhir Jabatan Mekanikal. Objektif program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya dan cabaran yang bakal mereka hadapi di alam pekerjaan nanti. 20IKM JOHOR BAHRU
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS Ir. Ts. RAHIM SELAMAT DI IKM JOHOR BAHRU 4 April - Seluruh warga IKM Johor Bahru mengalu-alukan kehadiran Ir. Ts. Rahim bin Selamat sebagai Pengarah IKM Johor Bahru. Terdahulu Tuan Ir. Ts. Rahim adalah mantan Timbalan Pengarah I Cawangan Pengajian Ibupejabat MARA. Beliau diamanahkan menjawat tugas sebagai Pengarah IKM JB berkuatkuasa pada 4 April 2022. Semoga pimpinan Tuan Pengarah dapat memacu IKM Johor Bahru menjadi institusi TVET MARA yang lebih cemerlang dan gemilang. 21LENSA APRIL
JALINAN KERJASAMA IKM JB DAN IPD JOHOR BAHRU SELATAN 5 April – Ybhg. Ir. Ts. Rahim bin Selamat, Pengarah IKM Johor Bahru telah memenuhi jemputan Kunjungan Hormat daripada YDH ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan sebagai simbolik jalinan kerjasama di antara pihak IKM Johor Bahru dengan pihak PDRM khususnya pihak IPD Johor Bahru Selatan. Sesi Kunjungan hormat ini diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati dan menandatangani Buku Pelawat. JEMPUTAN IFTAR RAMADAN IPD JOHOR BAHRU SELATAN 10 April - Ketua Polis Daerah JBS, Pegawai2 Kanan Polis Negeri Johor dan anggota Polis JBS telah menjemput pihak IKM JB ke majlis Jamuan Iftar Ramadhan IPK Jphpr Bahru Selatan. Turut serta bersama Pengarah IKM JB adalah Presiden MPP Hamdi Latip dan barisan MPP IKMJB. 22IKM JOHOR BAHRU
PROGRAM SELANGKAH KE IPMA ANJURAN PEJABAT MARA NEGERI JOHOR 14 April - Program Selangkah Ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) TVET anjuran Pejabat MARA Negeri Johor telah diadakan melalui Aplikasi FB Live MARAJDT. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi informasi kepada lepasan pelajar SPM tentang laluan pengajian di mana-mana IPMa khususnya IPMa TVET yang terdapat di Negeri Johor. Ahli panel yang terdiri daripada Pengarah IKM Johor Bahru dan wakil-wakil IPMa yang lain seperti daripada UniKL, KKTM Ledang, KKTM Sri Gading dan GIATMARA telah diberikan peluang untuk menerangkan laluan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh MARA.Menerusi program ini diharapkan dapat memberikan informasi yang lebih jelas kepada masyarakat tentang laluan pengajian bidang TVET MARA dan lebih ramai lagi yang akan menyertai kami di dalam pengajian TVET di Institusi Pendidikan MARA (IPMa). 23LENSA APRIL
PELANCARAN TABUNG INFAQ RAMADHAN (TIRam). 24IKM JOHOR BAHRU 13 April – IKM Johor Bahru telah melancarkan Tabung Infaq Ramadhan (TIRam) bagi membantu meringankan beban warga IKM Johor Bahru. Pelancaran tabung ini adalah acara simbolik kepada program – program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA 1443H 20 April - Ramadan 1443H kali ini sangat bermakna bagi seluruh warga IKM Johor Bahru kerana kami dapat mengadakan program Majlis Khatam Al Quran. Majlis yang dihadiri oleh semua warga IKM Johor Bahru ini dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa, Solat Sunat Tarawih dan Sesi Penyampaian Beg Ramadan kepada beberapa orang asnaf daripada kalangan pelajar, pekerja keselamatan dan pekerja kontraktor pembersihan IKM Johor Bahru. 25LENSA APRIL
MAJLIS PERPISAHAN STAF USTAZ MUHAMMAD SYAMAIZAR BIN BILAH 20 April - Majlis yang meraikan Ustaz Muhammad Syamaizar bin Bilah yang akan meruskan perkhidmatannya di MRSM ATM Bera, Pahang. KUNJUNG HORMAT ROMBONGAN Y.B MUFTI NEGERI JOHOR SEMPENA LAWATAN KEBENARAN TAPAK SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI IKM JOHOR BAHRU 17 April – Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor telah membuat sesi lawatan ke Dewan Makan yang dicadangkan sebagai pusat penempatan surau sementara semasa kerja baikpulih Surau Al-Hidayah dijalankan dan beliau dengan berbesar hati telah meluluskan permohonan tersebut. Pihak IKM Johor Bahru mengambil kesempatan daripada sesi lawatan ini untuk menerangkan peluang – peluang yang ditawarkan oleh TVET MARA kepada Yang Berhormat Mufti Negeri Johor. 26IKM JOHOR BAHRU
PROGRAM MENYANTUNI PESARA IKM JB SEMPENA RAMADAN 26 April - Program menziarahi tujuh buah keluarga pesara IKM Johor Bahru yang diketuai oleh Pengarah IKM Johor Bahru dan diiringi oleh enam orang staf adalah antara program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan. Objektif utama program ini adalah untuk menguatkan jalinan ukhuwah dan persaudaraan di antara semua staf yang pernah menjadi sebahagian daripada warga IKM Johor Bahru. 27LENSA APRIL
SELAMAT HARI PENDIDIK 16 Mei - IKM Johor Bahru mengucapkan SELAMAT HARI PENDIDIK kepada semua pendidik sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia. SELAMAT HARI GURU 2022 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera KUNJUNGAN PEGAWAI SURUHANJAYA TENAGA PUTRAJAYA KE IKM JB 17 Mei - IKM Johor Bahru menerima kunjungan delegasi Suruhunjaya Tenaga (ST) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik/ Gas, Putrajaya bagi tujuan mengendalikan peperiksaan Kompetensi Fitter 1 untuk pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) IKM JB. Perjumpaan turut membincangkan peluang kerjasama dua hala antara ST dan IKM JB yang menjurus kepada rancangan mewujudkan satu lagi perakuan kompetensi baharu bagi Program DGS. IKM JOHOR BAHRU 28
KEM AMAR ‘ANTI CORRUPTION START FROM YOU’ 28 Mei - Seramai 9 orang ahli Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) IKM JB dan penyelaras Puan Nurul Balqish binti Ab RazaK menghadiri program bertempat di Kem Tasek Utara, Pusat Kokurikulum, JPN. Sepanjang kem berlangsung peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti fizikal yang diselia oleh jurulatih berpengalaman. Selain ahli AMAR IKM JB, kem turut disertai oleh ahli dari IPMa lain sekitar Johor. Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor. 29LENSA MEI KERJASAMA STRATEGIK IKM JB – TENAGA NASIONAL BERHAD 18 Mei - Kunjungan oleh ILSAS ke IKM JB yang menjadi lokasi dan peperiksaan Kompetensi Chargeman A4 untuk staf TNB Wilayah Selatan bermula (18 Mei 2022). Kerjasama baik antara kedua-dua pihak dapat memberikan kebaikan kepada kemajuan TVET negara.
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MARA 26 Mei – Warga IKM Johor Bahru turut menjayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri MARA yang telah diadakan di German Malaysian Institute (GMI) IKM JOHOR BAHRU 30
SAMBUTAN HARI PEKERJA, PENDIDIK & AIDIL FITRI IKM JB@30 MEI 2022 31LENSA MEI
INDUSTRIAL SHARING SESSION R 290 NATURAL REFRIGRANT AIR CONDITIONER (SERVICE AND INSTALLATION) 29 Mei - Mr. Ferdinand Ng daripada ENER-SAVE SDN BHD, dijemput hadir bagi membentangkan kuliah kepada pelajar-pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukkan dan Penyamanan Udara (DPP) IKM Johor Bahru. IKM JOHOR BAHRU 32 SESI MOTIVASI PESERTA IKM JB KE PERTANIDNGAN WORLD SKILLS 29 Mei - Peserta peserta Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2022 menghadiri sesi perkongsian dan motivasi di Smart Classroom oleh Kaunselor IKM Johor Bahru, Cr. Nurul Balqish bt Ab Razak sebelum pertandingan bermula awal Jun nanti. Dalam sesi tersebut, Kaunselor berkongsi tips dan kata-kata semangat peserta WSMP pelbagai bidang.
KUNJUNGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR UTeM: PERBINCANGAN ARTIKULASI AKADEMIK IKM JB @ TVETMARA DENGAN UTeM. 1 Jun - Kunjungan delegasi UTeM ke IKM JB bertujuan untuk membincangkan artikulasi akademik/ TVET IKM JB - UTeM, serta peluang kerjasama bagi kedua-dua pihak yang boleh dimanfaatkan seperti perkongsian kepakaran, staff upgrading, laluan artikulasi pelajar dan lain-lain. Delegasi UTeM diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik Dr. Hyreil Anuar bin Kasdirin, Dekan Fakulti Tek. Kej. Elektrik & Elektronik Ts. Dr. Rostam Affendi bin Hamzah, Dekan Fakulti Tek. Kej. Mekanikal dan Pembuatan Profesor Madya Dr. Umar Al-Amani bin Hj. Mazlan dan Timbalan Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik Ts. Dr. Sazalinsyah bin Razali. Pengarah IKM JB menyampaikan ucapan aluan dan pembentangan mengenai aktiviti TVET MARA bagi memberi gambaran lebih jelas berkenaan peluang usaha sama yg boleh dilaksanakan bersama UTeM. Perbincangan ini adalah langkah pemulaan dalam merancang gerak kerja dan tindakan susulan akan dilaksanakan oleh kedua dua institusi antara MARA dan UTEM dalam masa terdekat. 33LENSA JUN
BENGKEL PEMETAAN KURIKULUM (PROGRAM 3+2) ARTIKULASI IKM JB - UniKL MFI 1 Jun - Seramai 4 orang pensyarah IKM Johor Bahru telah menghadiri bengkel pemetaan silibus Bachelor of Mechanical Engineering Technology (Industrial Refrigeration and Air Conditioning System) with Honours dengan Diploma in Air Conditioning and Refrigeration Engineering Technology (DPP). Objektif bengkel adalah bagi membincangkan program artikulasi bersama wakil UniKL MFI. Program (3+2) untuk memberi kelebihan penjimatan masa pengajian kepada pelajar lepasan program DPP IKM JB bagi melanjutkan pengajian di UniKL MFI. PROMOSI TVET MARA IKM JB SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN KEJORA 2 Jun – Bertempat di Dataran Tanjung Balau, Pantai Tanjung Balau, Unit Promosi IKM Johor Bahru bertugas di booth Majlis Amanah Rakyat (MARA) sempena Karnival Sambutan Jubli Emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). 34IKM JOHOR BAHRU
PROGRAM SEMBANG AUTEM@ MEMORI KORPORAT 9 Jun - Pengarah IKM JB telah menghadiri Sesi Perkongsian Memori dlm jemputan ke Program Sembang AUTEM @ Memori Korporat: Menyusuri Kecemerlangan Dan Kegemilangan UTeM, Disini bermula segalanya. SMARTPARTNERSHIP INDUSTRIAL LINK WITH TVET MARA INSTITUTIONS. 5 Jun - Lawatan Industri Safeguards G4S Sdn.Bhd ke IKM JB diketuai oleh Puan Rooyahaiti binti Yakub, Director Human Resource Safeguards G4S Sdn.Bhd Kuala Lumpur. TPHEA IKM JB, Ts. Dr. Azurin bin Shukor bersama Peg. Perhubungan Industri, Pn Suraya Ibrahim mewakili team IKM JB dlm perbincangan tersebut. Hasil lawatan tersebut adalah persetujuan penawaran Latihan Industri (LI)pelajar di Safeguard, peluang pekerjaan terutamanya untuk pelajar program SMK dan Dip. Tek. Kej. Pembuatan Produk Elektronik, dan erkongsian teknologi. LENSA JUN 35
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SESI JANUARI- JUN 2022 Setiap kita pasti tidak terlepas akan diuji dengan pelbagai ujian. Ujian penting bagi menentukan peringkat/ tahap/aras/kemampuan/kematangan dll pencapaian bagi seseorang manusia. Oleh itu bersabarlah dlm menghadapi Ujian, dengan bersabar pasti kita boleh melepasi ujian walaupun segunung halangan. Teruskan perjuangan pelajar2 IKM Johor Bahru dalam menempuhi UJIAN. Anda baru berada di langkah pertama Kompetensi, pasti anda akan menghadapi berpuluh lagi UJIAN utk mendapat KEJAYAAN yang besar.
BENGKEL KUMPULAN FOKUS MTVET 17 Jun - Pengarah IKM Johor Bahru merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa MTVET telah menghadiri Bengkel Kumpulan Fokus Kualiti Malaysia Technical Vocational And Education Training - MTVET yang diketuai oleh Prof Dr. Khairul, Timbalan CEO MQA. Perbincangan TVET daripada pelbagai Kementerian dan agensi, utk bertukar pandangan dan pendapat berkaitan Pendidikan TVET di Malaysia yang boleh di adaptasi dalam TVET MARA. MESYUARAT SENAT PERINGKAT IKM JB 22 Jun - Mesyuarat Senat penting bagi sesebuah institusi bertauliah seperti IKM Johor Bahru. Antara fungsi Mesyuarat Senat adalah mengesahkan nilai permarkahan yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam kategori kognitif, psychomotor & sikap. Pencapaian setiap pelajar IKM adalah penentu kepada kebolehcapaian hasil pembelajaran yang telah mereka pelajari. Kualiti pencapaian tersebut akan disambut dan perakui oleh pihak industri dengan menerima mereka sebagai pekerja yang berkompeten. LENSA JUN 37
KEMBARA TVET MARA IKM JB KE SELURUH NEGERI JOHOR 16 Jun - Warna Warni Sekitar Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Pengurusan, pensyarah, staff dan pelajar IKM JB telah turun lebih ke 30 sekolah menengah seluruh Negeri Johor bagi bersama-sama mempromosikan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) khususnya IKM Johor Bahru bagi sesi Julai 2022. Buat pertama kalinya, wakil IKM JB turut membuat promosi di semua MRSM seluruh Johor, Sekolah Menengah Sains Sembrong dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Pengarah IKM JB, Ir Ts Haji Rahim bin Selamat, turut turun padang bersama Penyelaras Unit Promosi, Encik Mohd Hazim Asran bin Abdullah telah berkunjung ke MRSM Mersing dan beberapa sekolah menengah di Bandar Mersing. Tuan pengarah telah diberi penghormatan menyampaikan taklimat kepada pelajar dan ibu bapa tentang peluang menyambung pengajian di IKM JB. Dalam taklimat tersebut, tuan pengarah telah berkongsi mengenai Program 3+2 iaitu program usaha sama antara IKM Johor Bahru dan UniKL BMI. Turut sama dalam aktiviti promosi kali ini ialah Timbalan Pengarah KPHP, Puan Alhamdura binti Mustapha yang telah hadir bersama sama seorang pensyarah Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas di MRSM Johor Bahru. 38IKM JOHOR BAHRU
39LENSA JUN
PROMOSI PENDIDIKAN MARA BERSAMA PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAN SEKOLAH KEBANGSAAN NEGERI JOHOR 26 Jun – Pengarah IKM JB Mewakili BKT menyampaikan Taklimat Program Promosi Pendidikan MARA Bersama Pengetua - Pengetua Sekolah Menengah Agama Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Johor Anjuran MARA Negeri Johor. Banyak peluang Pendidikan yang boleh MARA berikan kepada masyarakat di semua peringkat daripada program peringkat sijil, Diploma hingga ke PhD. Program ini dirasmikan oleh YDH En Razlan Hj Samsuri TKPP MARA, Turut Hadir Pengerusi Program YDH Pn Nor Uyon Shoib Pengarah MARA Negeri Johor, Pengarah KPM Bandar Penawar, Tn Hasnim Hashim Timbalan Pengarah BPP, wakil2 dpd IKM Johor Bahru, UNIKL Pasir Gudang, KKTM Ledang, KKTM Sri Gading, KPTM, GiatMARA dll. PELEPASAN PESERTA IKM JB KE PRA WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA. 27 Jun - Simbolik pelepasan peserta Pra World Skill Malaysia Belia (WSMB) bidang Mekatronik oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts Rahim bin Selamat. Pertandingan akan berlangsung di MARA Japan Industrial Institute (MJII). Empat peserta terpilih mewakili Jabatan Elektronik. Mereka adalah pelajar program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Produk Elketronik (DEK), Haikal Siahaan Bin Harry Juanda dan Aiman Aizat B Mahmmed Zulkeflee serta pelajar program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekantronik (SMK), Izi Iquwan B Yaacob dan Fikri Hafizaddin B Abdul Hamid. Tahniah juga kepada Jurulatih (Pensyarah) yang terlibat. 40IKM JOHOR BAHRU
KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI - WENTEL ENGINEERING IKM JB 4 Julai -Delegasi Wentel Engineering Sdn. Bhd. diketuai oleh Encik Lim Ai Sheng bersama Mrs Wendy Ng, Puan Goh Yee Rou, Puan Farhanah dan alumni IKM JB Muhd Firdza.Pengarah IKM Johor Bahru Ir. Ts Rahim bin Selamat bersama Ketua Jabatan Mekanikal Encik Mohd Haffis bin Abdul Razak, Puan Suraya binti Ibrahim (menjalankan tugas PPI), Encik Mohd Fadzil bin Mohd Said (Ketua Program SPN), Encik Ayub bin Sani (Ketua Program ITW), Encik Faizal bin Mohd Bakri (Ketua Program SLR) dan Encik Asmawi bin Mispan (Ketua Program IMF) mewakili tim IKM JB dalam perbincangan tersebut. Hasil pertemuan ini, pihak IKM dan WENTEL telah bersetuju untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang; 1. Program ‘praktikal training’ di Wentel Eng. Sdn Bhd 2. Program Jaminan Pekerjaan terutamanya untuk pelajar prograk Jabatan Mekanikal dan IMF 3. Perkongsian teknologi dan alatan serta menyediakan “trainner” untuk melatih pensyarah dan pelajar 4. Latihan kompetensi pensyarah dan pelajar. 41LENSA JULAI
5&6 Julai - Pertandingan Bola Sepak & Pertandingan Bowling Staf Piala Pengarah IKM Johor Bahru. 42IKM JOHOR BAHRU
BENGKEL RASIONALISASI PROGRAM KIMPALAN, AUTOMOTIF DAN FABRIK INSTITUSI PENDIDIKAN TVET @ KPLB ZON UTARA 2022. 12 - 14 Julai - Menggalas kepercayaan KPLB, Pengarah IKM Johor Bahru telah mengetuai Rasionalisasi Institusi TVET KPLB Zon Utara bagi menjadikan Institusi kawalan satu keluarga TVET KPLB yang besar. Gabungan Institusi MARA, GIATMARA, PERDA TECH, KEDA, KEMAS dan RISDA berhasrat merealisasi misi pembangunan bangsa dan TEVT negara. KARNIVAL PENDIDIKAN MARA PERINGKAT NEGERI JOHOR. Tarikh: 15 - 16 Julai 2022 Tempat: Angsana Mall, Johor Bahru 43LENSA JULAI
JALINAN INDUSTRI PROGRAM DIPLOMA SIAPAN LOGAM (IMF). 16 Julai - IKM Johor Bahru merupakan satu-satunya institusi TVET yang menawarkan Program Diploma Industri Siapan Logam (IMF) di Malaysia. Kurikulum program ini telah dibangunkan bersama industri electro plating di Malaysia seperti DIPSOL Industrial (M) Sdn Bhd dan UDEA Plating (M) Sdn Bhd. Sesi pengajian bagi program ini dilaksanakan dengan sistem 1 tahun pengajian di institusi dan 1 tahun di Industri. Minggu lalu pihak IKM Johor Bahru diketuai oleh Pegawai Industri IKM Johor Bahru, Puan Suraya binti Ibrahim bersama Ketua Jabatan dan pensyarah IMF telah turun padang berbincang dengan pihak industri bagi tujuan mengadakan kolabrasi. Pelajar program ini 100% mendapat jaminan kerjaya. Ramai alumni kami berada di pelagai industri. KUNJUNGAN PENGARAH ABM WILAYAH SELATAN KE IKM JOHOR BAHRU PADA 18 Julai 2022 44IKM JOHOR BAHRU
AUDIT PENARAFAN TUNGGAL TVET 19 Julai - Pengarah IKMJB telah mengetuai Audit TVET Tunggal untuk 3 program Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional & 1 program Sarjana Muda di Fakulti Komputer Dan Teknologi Maklumat di UTHM. KULIAH KESELAMATAN PEMASANGAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA 22 Julai - Pengarah IKM Johor Bahru telah dijemput menyampaikan kuliah kepada Juru Audio Visual baharu Gred N19 Jabatan Penerangan Malaysia. 45LENSA JULAI
AUDIT PENTAULIAHAN PROGRAM DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA) 24 Julai - IKM Johor Bahru menerima kunjungan panel Audit Pentauliahan Program Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa). Lawatan bertujuan untuk pentauliahan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dan diketuai oleh Dayang Nurul Nahar binti Talib dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH IKM JB KEPADA Y.B DATO PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN 24 Julai - Perjumpaan rasmi Pengarah IKM JB bersama YB. Dato Pegawai Daerah Johor Bahru telah berlangsung di pejabat Pegawai Daerah. 46IKM JOHOR BAHRU
MINGGU HALUAN SISWA IKM JB 25 Julai - Pengarah IKM Johor Bahru, Ir Ts Haji Rahim bin Selamat telah mengendalikan aktiviti bersama pelajar baharu. Aktiviti yang dinamakan Unite as One dijalankan bertujuan memperkenalkan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sekitar kampus. Aktiviti tersebut Berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Sempena Minggu Haluan Siswa juga, semua warga IKM Johor Bahru telah menyertai Johor Robik atau lebih dikenali sebagai J-Robik yang merupakan satu senaman kecergasan yang berasakan pergerakan tarian-tarian tradisional negeri Johor. 47LENSA JULAI
KUNJUNGAN MACRA KE IKM JB 27 Julai - IKM Johor Bahru sekali lagi menerima kunjungan delegasi Malaysian Air- Conditioning & Refrigeration Association (MACRA). Delegasi MACRA diketuai oleh Presidennya Encik Peter Tan Chin Wah, Pengerusi Jawatankuasa ICT, Encik Chow Wing Kah bersama dua ahli yang lain. IKM JB melahirkan rasa gembira dan teruja di atas kunjungan MACRA dan berharap IKM Johor Bahru dan MACRA dapat menjalinkan kerjasama dalam pelbagai sudut demi kepentingan para pelajar. Dalam taklimat oleh Encik Peter berkenaan informasi MACRA. Secara amnya, MACRA ialah sebuah persatuan yang menaungi individu, syarikat dan pemain industri bidang HVAC di Malaysia., bestnya lebih 200 syarikat HAVC bernaung di bawah MACRA. Ini merupakan peluang untuk IKM JB menyertai aktiviti HVAC selain membina networking dalam HVAC tersebut. Encik Peter turut berkongsi tentang beberapa isu yang dihadapi bidang HVAC di Malaysia dan seluruh dunia. Menurutnya, industri HVAC menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir dan ini membuka peluang kerjaya yang luas kepada para graduan program berkenaan. Semoga kunjungan ini memberi manfaat kepada kedua belah pihak antara industri dan IKM Johor Bahru. 48IKM JOHOR BAHRU
TAKLIMAT PROGRAM TVET TAHFIZ DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU. 27 Julai - Program adalah hasil kerjasama antara IKM Johor Bahru dengan Persatuan Institusi Tahfiz Malaysia (PINTA) Cawangan Johor. IKM Johor Bahru menerima kunjungan daripada 50 Mudir/Pengetua Madrasah Tahfiz seluruh Johor, untuk mereka mendapatkan maklumat dan penerangan mengenai LALUAN TVETMARA khas untuk pelajar2 Tahfiz. 49LENSA JULAI
PROGRAM BICARA PENGARAH : MENEROKA INTAN DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG 28 Julai - Program Bicara Pengarah : Meneroka Intan adalah sesi perkongsian Pengarah bersama dengan semua warga kerja IKM Johor Bahru berkenaan Perancangan Pelaksanaan Pencapaian KPI IKM Johor Bahru bagi tahun 2022. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Ahmadhakamulmuhsi dan kemudiannya tazkirah ringkas oleh Ustazah Kamaliah. Majlis diteruskan dengan Majlis Jasamu Dikenang sempena perpisahan 5 orang staf IKM Johor Bahru yang akan berpindah ke tempat baharu iaitu En. Zulkifly bin Ali, En. Norman bin Noh, En. Ahmad Mazwan bin Madon, Pn. Norfadilah binti Abu Bakar dan Pn. Emi Marlina binti Mohd Nain. 50IKM JOHOR BAHRU