The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN JAUHAR IKM JB 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nanjah, 2023-04-04 02:25:22

BULETIN JAUHAR 2022

BULETIN JAUHAR IKM JB 2022

Keywords: IKM,IKMJB,JAUHAR

MINGGU HALUAN SISWA IKM JB 25 Julai - Pengarah IKM Johor Bahru, Ir Ts Haji Rahim bin Selamat telah mengendalikan aktiviti bersama pelajar baharu. Aktiviti yang dinamakan Unite as One dijalankan bertujuan memperkenalkan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sekitar kampus. Aktiviti tersebut Berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Sempena Minggu Haluan Siswa juga, semua warga IKM Johor Bahru telah menyertai Johor Robik atau lebih dikenali sebagai J-Robik yang merupakan satu senaman kecergasan yang berasakan pergerakan tarian-tarian tradisional negeri Johor. 51LENSA JULAI


KUNJUNGAN MACRA KE IKM JB 27 Julai - IKM Johor Bahru sekali lagi menerima kunjungan delegasi Malaysian Air- Conditioning & Refrigeration Association (MACRA). Delegasi MACRA diketuai oleh Presidennya Encik Peter Tan Chin Wah, Pengerusi Jawatankuasa ICT, Encik Chow Wing Kah bersama dua ahli yang lain. IKM JB melahirkan rasa gembira dan teruja di atas kunjungan MACRA dan berharap IKM Johor Bahru dan MACRA dapat menjalinkan kerjasama dalam pelbagai sudut demi kepentingan para pelajar. Dalam taklimat oleh Encik Peter berkenaan informasi MACRA. Secara amnya, MACRA ialah sebuah persatuan yang menaungi individu, syarikat dan pemain industri bidang HVAC di Malaysia., bestnya lebih 200 syarikat HAVC bernaung di bawah MACRA. Ini merupakan peluang untuk IKM JB menyertai aktiviti HVAC selain membina networking dalam HVAC tersebut. Encik Peter turut berkongsi tentang beberapa isu yang dihadapi bidang HVAC di Malaysia dan seluruh dunia. Menurutnya, industri HVAC menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir dan ini membuka peluang kerjaya yang luas kepada para graduan program berkenaan. Semoga kunjungan ini memberi manfaat kepada kedua belah pihak antara industri dan IKM Johor Bahru. 52IKM JOHOR BAHRU


TAKLIMAT PROGRAM TVET TAHFIZ DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU. 27 Julai - Program adalah hasil kerjasama antara IKM Johor Bahru dengan Persatuan Institusi Tahfiz Malaysia (PINTA) Cawangan Johor. IKM Johor Bahru menerima kunjungan daripada 50 Mudir/Pengetua Madrasah Tahfiz seluruh Johor, untuk mereka mendapatkan maklumat dan penerangan mengenai LALUAN TVETMARA khas untuk pelajar2 Tahfiz. 53LENSA JULAI


PROGRAM BICARA PENGARAH : MENEROKA INTAN DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG 28 Julai - Program Bicara Pengarah : Meneroka Intan adalah sesi perkongsian Pengarah bersama dengan semua warga kerja IKM Johor Bahru berkenaan Perancangan Pelaksanaan Pencapaian KPI IKM Johor Bahru bagi tahun 2022. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Ahmadhakamulmuhsi dan kemudiannya tazkirah ringkas oleh Ustazah Kamaliah. Majlis diteruskan dengan Majlis Jasamu Dikenang sempena perpisahan 5 orang staf IKM Johor Bahru yang akan berpindah ke tempat baharu iaitu En. Zulkifly bin Ali, En. Norman bin Noh, En. Ahmad Mazwan bin Madon, Pn. Norfadilah binti Abu Bakar dan Pn. Emi Marlina binti Mohd Nain. 54IKM JOHOR BAHRU


LAWATAN KE ABM OLEH AHLI PENGURUSAN IKM JB 2 Ogos - Delegasi IKM Johor Bahru yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) Ts. Azurin bin Shukur telah mengadakan lawatan kerja ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Johor Bahru. Turut serta dalam lawatan itu ialah semua Ketua Jabatan, Ketua Program, dan Pegawai Latihan Industri dengan tujuan menjalin kerjasama antara dua institusi teknikal terbabit. Dalam lawatan tersebut, delegasi IKM Johor Bahru telah diberi taklimat berkenaan kursus yang ditawarkan oleh ABM yang boleh memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar IKM Johor Bahru. KUNJUNGAN INDUSTRI MARINE DIESELCARE ENGINEERING SDN. BHD. (MDE) 3 Ogos – Jaringan industri dalam bentuk perkongsian teknologi terkini dan kepakaran dalam industri Kejuruteraan Marin untuk pensyarah dan pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin (SMM) IKM Johor Bahru yang turut memberi peluang pengambilan graduan SMM bekerja dengan MDE. Program ini dihadiri oleh Manager MDE, Tuan Syed Saiful bin Syed Sulaiman bersama Service Engineer, Encik Mohd Aidil bin Mohd Shah yang juga merupakan Alumni SMM IKM Johor Bahru. Menerusi kunjungan ini pihak MDE menzahirkan pelajar Marin IKM Johor Bahru sangat berdisplin dan mampu melaksanakan kerja-kerja engin kapal seperti yang diperlukan dalam industri marin. 55LENSA ogos


PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 4 Ogos - Sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur majlis iaitu Unit Pengajian Malaysia dan Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan. Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru kerana sudi sekali lagi bersama kami di sini dan memeriahkan majlis. Syabas dan tahniah kepada semua staf dan pelajar terutamanya yang memberi kerjasama sepanjang majlis berlangsung. 56IKM JOHOR BAHRU


57LENSA ogos


HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN PN. NOR RIZAM BINTI CHE NGAH 7 OGOS - Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Nor Rizam binti Che Ngah, Pensyarah Diploma Industri Siapan Logam, berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat, sebelum bersara. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Jasamu sentiasa dikenang. Selamat bersara. 58IKM JOHOR BAHRU


PROMOSI TVET MARA IKM JB DI MINGGU BELIA KEJORA 5-7 Ogos - Team Promosi IKM Johor Bahru turut serta menjayakan Minggu Belia KEJORA yang diadakan di perkarangan Dewan KEJORA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Lepasan SPM yang masih belum mendapat tempat untuk menyambung pengajian, berpeluang temui wakil kami di sana untuk konsultasi kemasukan ke IKM Johor Bahru. PEMETAAN PROGRAM 3+2 UniKL MFI dan IKM JB 11 Ogos - Lawatan kerja daripada wakil UniKL MFI berkaitan Pemetaan Kurikulum (Program 3+2) di antara UniKL MFI Bachelor of Mechanical Engineering Technology (Industrial Refrigeration and Air Conditioning System) with Honours dengan Diploma in Air Conditioning and Refrigeration Engineering Technology IKM Johor Bahru. 59LENSA ogos


FUN RUN MARA JOHOR MERDEKA 12 Ogos - Tempat pertama, kedua, dan ketiga kategori Remaja Fun Run MARA Johor Merdeka menjadi milik pelajar IKM JB. Tahniah dan syabas BOLA SEPAK IKMJB VS IKBN BP 10 Ogos - Perlawanan Persahabatan antara Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan IKBN Bandar Penawar 60IKM JOHOR BAHRU


KURSUS SMART CLASSROOM INTERACTIVE BOARD 11 Ogos - Smart Classroom merupakan satu bilik pembelajaran abad terkini yang dilengkapkan peralatan interaktif moden. Projek pemasangan peralatan Smart Classroom telah disiapkan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak MARA. Hari ini pembekal pemasangan telah mengadakan kursus kepada sebahagian pensyarah IKM Johor Bahru bagi tujuan didedahkan kaedah penggunaannya kepada pensyarah. Kelengkapan ini akan memberikan manfaat kepada semua warga pendidik mara dan pelajar IKM Johor Bahru. BICARA ILMU; BELIA WARISAN NEGARA: CABARAN DAN REALITI MASA KINI 11 Ogos - Ceramah dan perkongsian telah disampaikan oleh DSP Mansor bin Hj. Omar dari IPD Johor Bahru Selatan. 61LENSA ogos


PROGRAM PERMATA 17 Ogos - Program anjuran Unit Kaunseling & Bimbingan adalah untuk menyuntik motivasi kepada pelajar dengan pengisian santai. Lebih bermakna Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat sendiri telah berkongsi ilmu dan cerita dengan pelajar dalam program yang sangat bermanfaat ini. ‘Permata tak mungkin bersinar tanpa gilapan, manusia tak mungkin sempurna tanpa ujian’ PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI JULAI DISEMBER 2022 15 Ogos - Proses Pilihanraya MPP sesi kali ini dilaksanakan secara atas talian. Seramai 25 orang calon dipilih untuk mengalas tanggungjawab sebagai Majlis Perwakilan Pelajar 62IKM JOHOR BAHRU


63LENSA ogos


MAJLIS ANUGERAH APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR (AKCEP) 2022 18 Ogos - Majlis penyampaian anugerah gilang gemilang ini dianjurkan bertujuan meraikan kejayaan pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang pada sesi pengajian Mei- Oktober 2021 dan Jan - Jun 2022. 64IKM JOHOR BAHRU


JARINGAN INDUSTRI WENTEL DAN IKM JB 18 Ogos - Pengarah Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Ir Ts Rahim bin Selamat diiringi Ketua Jabatan, Ketua Program, dan Pegawai Perhubungan Industri (PPI) membuat kunjung balas ke Wentel Engineering Sdn. Bhd. Tujuan lawatan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar IKM Johor Bahru dapat meneruskan latihan, ditawarkan pekerjaan dan berkongsi peralatan di industri sebagai latihan LAWATAN KERJA PENDAFTAR MBOT 21 Ogos - Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar MBOT (Malaysia Board of Technologists) telah meluangkan masa bertemu dengan Pengurusan IKM Johor Bahru sempena lawatan kerja beliau ke Johor Bahru. Dalam pertemuan ini Pengarah IKM Johor Bahru telah membentangkan perjalanan dan pelaksanaan TVET MARA secara keseluruhan dan taklimat tentang IKM Johor Bahru. 65LENSA ogos


PROGRAM PROTÉGÉ PENGARAH IKM JB 22 Ogos - Pengarah IKM Johor Bahru mengenengahkan semula satu lagi aktiviti dalam profesion pendidikan untuk memantapkan profesionalisma pensyarah iaitu Program PROTÉGÉ yang dikelola terus oleh Pengarah IKM Johor Bahru. Berbekalkan pengalaman 32 tahun dalam profession pendidikan TVET, sebagai permulaan Pengarah telah memilih 10 pensyarah IKM Johor Bahru sebagai My Protégé untuk memberi bimbingan kepada mereka dalam aspek intipati Pendidikan khusus penekanan dalam profesion pendidikan. Protégé ini bukan lah satu perkara baharu, ia telah dilaksanakan sebelum ini dgn nama Pementoran. Pengarah IKM Johor Bahru menjenamakan semula dengan pendekatan yang terkini, yang menyeronokkan semua dengan 1 matlamat meningkatkan profesionalisme perguruan dalam kalangan pensyarah di TVETMARA. Program PROTÉGÉ PENGARAH IKM Johor Bahru ini telah dilancarkan pada 22 Julai 2022 dan dikendalikan oleh Unit Kaunseling IKM Johor Bahru. LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA PEGAWAI SURUHANJAYA TENAGA (ST)WILAYAH SELATAN 22 Ogos - Suruhanjaya Tenaga telah diwakili oleh En Azlan bin Ramli, Hajjah Nuraliza binti Mustafa, En Azzizul Irfan bin Jaidin dan En Mohd Farid bin Husin. Perbincangan bertujuan mengadakan Seminar Keselamatan secara bersama antara IKM Johor Bahru dan Suruhanjaya Tenaga. Seminar ini sudah pasti memberi manfaat kepada pelajar dan staf IKM JB. 66IKM JOHOR BAHRU


PROGRAM DIALOG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) NEGERI JOHOR 24 Ogos - Program dialog yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama IKM Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh En. Husdin bin Che Amat, Pengarah JKKP Negeri Johor. Seramai 70 peserta terdiri daripada pelbagai agensi hadir ke kursus ini. TAZKIRAH MAGHRIB 24 Ogos - Pengarah IKM Johor Bahru Bersama-sama lebih 300 pelajar IKM Johor Bahru dalam Tazkirah Maghrib yg berjudul MENGAPA KITA KENA BERSYUKUR?. Program ini dikelola oleh Surau Al Hidayah & Team I-CENT. 67LENSA ogos


MESYUARAT PENUTUPAN PENGAUDITAN TADBIR URUS IKM JOHOR BAHRU. 25 Ogos - Audit yang bermula pada 21 Ogos 2022 berakhir dengan Ketua Audit membentangkan laporan sepanjang audit berjalan. CAREER TALK 25 Ogos - Taklimat kerjaya bertujuan memberikan pendedahan peluang kerjaya dalam bidang teknikal kepada pelajar semester akhir dan akan menjalani Latihan Industri pada semester hadapan ini telah disampaikan oleh Pn Nurul Liyana bin Rasid, Talent Executive Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). SEMINAR CELIK KEWANGAN BERSAMA ANJURAN YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR, IKM JOHOR BAHRU DAN STANDARD CHARTERED 25 Ogos - Seminar Celik Kewangan telah diadakan di Dewan Ta’zim IKM Johor Bahru. Program anjuran bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor/ Standard Chartered dan IKM Johor Bahru. Seminar yang dirasmikan oleh CEO Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Tuan Hishamuddin bin Abdul Rahim itu turut dihadiri Pengarah IKM Johor Bahru, Pengurus Besar Pembangunan dan Peraihan Dana Encik Rohazam Shah Ahmad, dan ‘Head Brand, Sponsorship, Impact and Community Engagement’ Puan Mastura binti Adnan. Ceramah yang disampaikan oleh Encik Muhammad Zulqarnain bin Salamat berobjektifkan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah pengurusan kewangan yang betul dan membentuk disiplin berkenaan pengurusan kewangan, sesuai dengan silibus Keusahawanan MARA. 68IKM JOHOR BAHRU


CHARISMA (CHARACTER RISE MANAGEMENT) CAMP 28 Ogos - Program ini dikhususkan kepada 25 pelajar yang terpilih dalam Pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Johor Bahru. Objektif kursus adalah untuk membentuk, melatih, membimbing, merencana watak-watak kepimpinan dalam kalangan mereka. Latihan berbentuk fizikal yang lasak dan mencabar dapat melatih jiwa dan mental yang berjiwa kental, berani menhadapi cabaran dan ujian. PROMOSI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH YOUTH SKILL COMPETITION 29 Ogos - Team Promosi IKM Johor Bahru dijemput memeriahkan program yang berlangsung di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang. Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi berlangsung meriah dan berjaya menghimpunkan pelbagai institusi TVET seluruh Johor. YAB Dato’, tetamu kenamaan, dan pengunjung lain juga turut singgah di booth IKM Johor Bahru untuk mendengar penerangan berkenaan bidang pengajian di IKM Johor Bahru serta melihat secara dekat bahan pameran iaitu pelbagai produk yang dihasilkan oleh pelajar IKM Johor Bahru. 69LENSA ogos


WARNA WARNI FESTIVAL AMBANG MERDEKA 2022 (FeMka22) INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU 31 Ogos - Warga IKM Johor Bahru berjaya mengadakan FeMka22 dengan penuh warna warni. Pelbagai acara dijalankan dalam kampus IKM Johor Bahru sempena Festival ini antaranya, Sukaneka untuk siswi, Sepak Takraw dan Bola Tampar untuk siswa, Gerai keusahawanan, Ihya Merdeka, solat hajat dan bacaan Yassin, Tayangan Filem Petrotik PASKAL, Persembahan Live Band, Perarakan 65 buah motosikal, Pemeriksaan Perbarisan 30 KASTRIA IKM Johor Bahru, Perarakan Jalur Gemilang, Pidato Kemerdekaan oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Count Down Detik 12 malam, Nyanyian Negeri Johor dan Negaraku. Majlis berlangsung dengan jayanya dan meriah. 70IKM JOHOR BAHRU


Kemerdekaan NEGARA hanya akan bermakna jika disusuli dengan kemerdekaan JIWA 71LENSA ogos


PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA JOHOR 6 September - Pengarah IKM Johor Bahru mewakili Pengarah MARA Negeri Johor ke persidangan tersebut bagi memberi penerangan dan taklimat perkhidmatan MARA khususnya kepada belia-belia Negeri Johor. Antara peluang yang boleh diberikan kepada belia Johor adalah latihan Pendidikan TVET dan usahawan. LAWATAN PENILAIAN AUDIT ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION COUNCIL (ETAC) 7 September - Audit ETAC ini bertujuan mendapatkan pengesahan semula audit Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan untuk mendapatkan akreditasi penuh oleh pihak ETAC. Panel ETAC yang hadir di IKM Johor Bahru adalah Dr. Zulkiflle bin Leman dan Dr. Fazlena binti Hamzah. 74IKM JOHOR BAHRU


IKM JOHOR BAHRU DENGAN SS ROVER SDN BHD 8 September - Hari ini Pengarah IKM Johor Bahru diiringi, Pn. Alhamdura Mustapha TP KPHP, Pegawai PPI dan Pegawai Promosi IKM Johor Bahru, mengunjungi satu lagi industri yang berkonsepkan teknologi IR 4.0 dengan menggunakan teknologi Underwater Remotely Operated Vehicles Inspections. Bidang ini masih tidak ramai diceburi tetapi ia memerlukan tenaga kerja yg ramai dan boleh memberi income yang tinggi. Sesuatu yang menarik perhatian dan kami akan berkolaborasi dengan syarikat bumiputra iaitu SS Rover Sdn Bhd bagi memberi peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar IKM Johor Bahru dan TVETMARA. Pengarah diberi peluang melihat secara dekat peralatan ROV yg telah digunapakai oleh SSRSB ini. MESYUARAT AGUNG BUK IKM JOHOR BAHRU KALI KE 35 DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG 8 September - Mesyuarat Agung ke 35 Badan Agama dan Kebajikan IKM Johor Bahru ini diadakan bagi memilih jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2022/2024. Turut diadakan ialah Majlis Jasamu Dikenang yang meraikan persaraan Pegawai Perhubungan Latihan Industri, Pn A. Anieelah binti Adnan dan Pensyarah Diploma Industri Siapan Logam, Pn Nor Rizam binti Che Ngah. Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa BUK IKM JB yang telah dilantik dan selamat bersara kepada Pn A. Anieelah binti Adnan dan Pn Nor Rizam binti Che Ngah. 75LENSA SEPTEMBER


KEM ASUHAN MOTIVASI SOLAT (KAMUS) 10 Sept - Islamic Excellence Centre (i- Cent) IKM JB telah menganjurkan program Kem Asuhan Motivasi Solat (KAMUS) di Surau Al- Hidayah IKM JB. Program sehari itu melibatkan 193 pelajar diploma dan sijil pelbagai program. Objektif KAMUS ialah untuk memberi kesedaran kepentingan solat kepada pelajar beragama Islam, meningkatkan pengetahuan tentang kaedah melaksanakan solat ketika sakit, bermusafir, berada di dalam kenderaan serta Sahibul Jabirah (berwuduk dalam keadaan berbalut).Selain itu, program ini dilaksanakan untuk memastikan pelajar dapat melaksanakan ibadat solat dengan betul dan sempurna. Program dibahagikan kepada empat slot iaitu; Amali Wuduk dan Tayamum, Solat Jamak dan Qasar, Amali Solat ketika Sakit, dan Sahibul Jabirah. 76IKM JOHOR BAHRU


PROMOSI JOM MASUK IKM JB DI KARNIVAL MUKIM TANJUNG KUPANG DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 11 September - Team Promosi IKM Johor Bahru, telah diundang oleh Tok Penghulu Tanjung Kupang bagi sama menjayakan Karnival dan Sambutan Hari Malaysia. Kesempatan ini tim promosi IKM Johor Bahru telah memberikan penerangan tentang peluang menyambung pengajian di IKM Johor Bahru dan konsultasi secara percuma oleh wakil kami. SLOT PEMBANGUNAN MODAL INSAN: CAREER TALK 15 September 2022 - Pelajar-pelajar IKM Johor Bahru didedahkan dengan peranan dan kepentingan industri yang berkembang pesat di luar sana. Sebagai pelajar, persediaan menghadapi alam pekerjaan sangat penting dalam memilih kerjaya yang terbaik. Tetamu “Career Talk” kali ini adalah En. Mohammad Fadli bin Mat Saman, Production Manager, MMHE Holdings Berhad dan Pn. Noratishah binti Mohamed, Senior Manager Human Resources Department, J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. yang telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk pelajar bersedia di alam pekerjaan kelak. 77LENSA SEPTEMBER


LAWATAN AKADEMIK KE UTeM BAGI PERBINCANGAN PENSETARAAN DAN PEMETAAN KURSUS 20 September - Perbincangan Pemetaan Kursus bagi Program DPP, DNJ, DED dan ITW diketuai oleh Timbalan Pengarah (HEA) IKM Johor Bahru, Ts Azurin bin Shukur bagi tujuan artikulasi pelajar ke Program Sarjana Muda di UTeM. Diharap perbincangan yang berjalan dengan baik ini dapat direalisasikan demi manfaat semua. LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM MOBILE TECHNICAL SERVICES SERTA PERBINCANGAN HALA TUJU PROGRAM INKUBATOR DAN KEUSAHAWANAN BKT 20 September 2022 - Kunjungan pihak Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA yang diketuai oleh En Ihfan ke IKM Johor Bahru adalah untuk membantu mengerakkan semula program Mobile Technical Servis – MTS yang sebelum ini telah wujud di IKM Johor Bahru dimana objektif program ini sangat baik bagi melahirkan usahawan teknikal muda dalam kalangan pelajar IKM Johor Bahru. 78IKM JOHOR BAHRU


KUNJUNGAN DARI OCEANCARE COOPERATION SDN BHD KE IKM JOHOR BAHRU 21 September 2022 - Lawatan dari pihak Oceancare Cooperation Sdn. Bhd. ini bagi menjalinkan kerjasama demi memastikan kebolehpasaran pelajar pada tahap terbaik. Kolaborasi bersama pihak industri seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan. KARNIVAL HALATUJU PENDIDIKAN DI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAI 21 September - Tim Promosi IKM Johor Bahru dijemput menjadi pemamer sempena Karnival Halatuju Pendidikan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai. Booth kami menerima sambutan hangat daripada pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal menamatkan pendidikan peringkat menengah kelak. 79LENSA SEPTEMBER


Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar IKMJB 22 September September 2022 80IKM JOHOR BAHRU


Pelajar IKM JB Mewakili TVET MARA Ke Pertandingan World Skills Belia Malaysia 11 Oktober - Pelajar IKM Johor Bahru, Luqman Nurhakim bin Abd Ghani peserta World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2022 bertanding di peringkat akhir bidang Electrical Installation. Didoakan agar Luqman diberikan ketenangan, kemudahan, serta kelancaran dalam menyelesaikan ‘task’ yang diberikan. Semoga nama IKM JB terus harum dan dikenali. Make us proud! 27 Oktober - Setelah melalui peringkat saringan untuk memilih peserta akhir, seramai dua lagi pelajar IKM JB akan mewakili MARA dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022 yang berlangsung daripada 28 – 31 Oktober 2022 di CIAST Shah Alam. IKM JB diwakili oleh saudara Muhammad Haikal Siahaan bin Amran Harry Juanda dan Aiman Aizat bin Aiman Aizat bin Mahmmed Zukeflee. Doa warga IKM JB sentiasa mengiringi. Semoga mereka berdua diberikan kemudahan dan kelancaran dalam melaksanakan ‘task’ yang diberikan. 81LENSA OKTOBER


MINGGU AKTIVITI JULAI -DISEMBER 2022 10 - 11 Oktober 2022 - Program Minggu Aktiviti bagi sesi Julai - Disember 2022 telah berlangsung selama dua hari dengan pengisian pelbagai aktiviti termasuk senamrobik J-Robik, ‘fun run’, sukan ‘indoor and outdoor’, tayangan filem Mat Kilau dan pertandingan pakaian tradisional. Karnival Usahawan turut memenuhi slot Minggu Aktiviti pada kali ini. Program ini mendapat sambutan dan penglibatan yang baik dari semua pelajar dan staf. Acara bermula dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Polis Johor Bahru Selatan, YDP ACP Raub bin Selamat yang turut membuat pelepasan bagi acara ‘fun run’. Pada program Minggu Aktiviti kali ini juga, Majlis Penutup Gabungan Hari Sukan Negara dan Minggu Aktiviti, Pelancaran Bulan Kaunseling dan Pra Pelancaran Jubli Emas IKM Johor Bahru telah berlangsung sebagai acara kemuncak yang disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri Johor, Pn. Nor Uyon binti Shoib. 82IKM JOHOR BAHRU


Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Minggu Aktiviti, Jawatankuasa Sukan dan Majlis Perwakilan Pelajar IKM Johor Bahru di atas penganjuran program Minggu Aktiviti Sesi Julai - Disember 2022 83LENSA OKTOBER


HARI SUKAN NEGARA: PERLAWANAN BOLA SEPAK STAF 10 dan 11 Oktober - Bagi menceriakan majlis, Pengarah IKM JB tumpang sekaki telah turut serta dalam acara bola sepak staff antara Pasukan Selatan lawan Pasukan Utara. Kemenangan berpihak kepada Pasukan Selatan 3 – 1, dimana pengarah telah menyumbang kemenangan tersebut. HARI SUKAN NEGARA 2022: PERLAWANAN BOLA SEPAK TIGA PENJURU MARA NEGERI JOHOR 12 Oktober - Telah berlangsung pertandingan Bola Sepak Tiga Penjuru bertempat di Padang Institut Kemahiran MARA, Jalan Taruka, Johor Bahru yang melibatkan pasukan Pejabat MARA Negeri Johor, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru dan sesi ini merupakan penutup tirai kepada sambutan Hari Sukan Negara 2022. Keputusan akhir perlawanan bagi merebut Piala Pusingan PMN Johor adalah seperti berikut, Juara : Pasukan PMN Johor, Naib Juara : Pasukan MRSM JB dan Ketiga : Pasukan IKM JB manakala Anugerah Kasut Emas (pilihan Referee) : En. Jufri, PT PMD Muar. 84IKM JOHOR BAHRU


TAKLIMAT PENGGUNAAN INSTRUMEN PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) PENSYARAH KKTM/ MJII/ IKM 17 Oktober - Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Unit, dan pensyarah menyertai Taklimat Penggunaan Instrumen Penilaian PdP secara dalam talian bertempat di Smart Classroom, IKM JB. Taklimat yang disampaikan oleh pegawai dari Cawangan Pengajian, Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) MARA Puan Mazura binti Idris Gaspar itu bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkenaan Instrumen Penilaian PdP. PROMOSI TVET MARA: TAKLIMAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR MRSM MERSING 20 Oktober - IKM JB sekali lagi dijemput menyampaikan taklimat peluang menyambung pengajian dalam bidang TVET kepada pelajar MRSM Mersing. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Promosi IKM Johor Bahru, Encik Mohd Hazim Asran bin Abdullah mendapat sambutan hangat daripada pelajar tingkatan 5 yang menyertai sesi tersebut. 85LENSA OKTOBER


ALUMNI IKM JB TERIMA ANUGERAH IKON TVETKPLB 2022 21 Oktober – Alumni Sijil Kimpalan dan Fabrikasi Logam IKM Johor Bahru, Muhamad Alif bin Hamdi, 37 diangkat sebagai Penerima Anugerah Ikon TVET @KPLB. Muhammad Alif kini menjawat jawatan sebagai Jurutera Pemeriksa Dalam Air (Underwater Inspection Engineer) di sebuah syarikat antarabangsa berpengkalan di Mesir namun ditempatkan di Doha, Qatar. Selepas menamatkan pengajian di IKM Johor Bahru pada 2005, Muhamad Alif melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Teknologi Kimpalan di UniKL MFI dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda bidang sama, juga di UniKL MFI. Muhammad Alif berkata “Alhamdulillah, keputusan menyambung pengajian di IKM JB adalah antara pilihan terbaik dalam hidup saya. Jika tidak, pasti saya tidak berada di sini hari ini. Saya menamatkan pengajian peringkat ijazah pada 2011, bagaimanapun kerjaya saya sebagai Underwater Welder secara sambilan bermula lebih awal iaitu pada 2007. Kemudian saya menjadi Inspection Diver dan sehingga kini Underwater Inspection Engineer. Jika kita fokus untuk capai impian, tidak ada apa yang mustahil. Saya habiskan masa selama sembilan tahun sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah dan bekerja dalam bidang yang saya impikan. Jika saya boleh, anda pasti boleh. Mimpilah sebesarnya dan dengan mimpi itu lah kamu kejarkan ia menjadi nyata,” ujarnya. Anugerah Institusi Pendidikan TVET @KPLB 2022 berlangsung gilang-gemilang di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Acara telah diserikan dengan kehadiran Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid beserta tetamu kehormat lain. Dato’ Seri Mahadzir turut menyampaikan anugerah kepada semua penerima. Bagaimanapun, Muhamad Alif tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang berada di Doha, Qatar dan dia telah diwakili oleh kedua ibu bapanya Encik Hamdi bin Baharum dan Puan Jamilah binti Abdul Aziz. 86IKM JOHOR BAHRU


IKM JB TERIMA ANUGERAH EMAS KATEGORI UNIT KAUNSELING, ANUGERAH KAUNSELOR MARA 2022 27 Oktober - Syabas dan tahniah diucapkan kepada kaunselor Puan Nurul Balqish binti Ab Razak dan Puan Suriah binti Jemaat dari Unit Kaunseling dan Bimbingan IKM JB di atas penganugerahan Emas Kategori Unit Kaunseling, Anugerah Kauselor MARA 2022. Antara kriteria yang diambil kira ialah kecemerlangan dalam melaksanakan sesi kaunseling, penyediaan fasiliti, menghasilkan produk dan inovasi dalam perkhidmatan, selain perancangan dan pelaksaan program pembangunan, pencegahan, dan pemulihan yang berkesan di peringkat pusat. 87LENSA OKTOBER


BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN (BKK) 27 Oktober 2022 - Pada tahun 2022, BKK Peringkat MARA turut diadakan bagi memperingati perkhidmatan kaunselor disetiap organisasi. Pelbagai pertandingan dan anugerah dikurniakan kepada yang layak. Alhamdulillah BKK Peringkat MARA Tahun 2022 ini, IKM JB berjaya merangkul 3 kemenangan iaitu : 1. Anugerah EMAS, Kategori Pengurusan Unit Bimbingan Dan Kaunseling. 2. Tempat Pertama : Pertandingan Bicara Motivasi yang dimenangi oleh Cr. Nurul Balqish Qisha, Kaunselor IKM JB. 3. Tempat Pertama : Poster Digital yang dimenangi oleh Sdra Hafizuddin , Presiden MPP IKM JB. Tahniah diucapkan, IKM JB bangga dengan kejayaan anda. Bersempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling IKM JB juga telah menjemput pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan pameran dan ceramah ‘Emosi Sejahtera, Hidup Bahagia’ yang disampaikan oleh Tn Mohd Yassin, Kaunselor Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kpd warga IKM JB. 88IKM JOHOR BAHRU


CERAMAH DAN PAMERAN: KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 27 Oktober - Program ini telah diadakan khas untuk 250 pelajar-pelajar IKM JB yang bakal menjalani Latihan Industri (LI) sesi Januari- Jun 2023 nanti. Program ini adalah anjuran bersama Unit Latihan Industri IKM JB dibawah seliaan Pn Suraya Ibrahim dan NIOSH Pejabat Wilayah Selatan, Tc. Ahmad Fitri Ahamad Nordin (Penjaga Jentera Elektrik, Unit Pentadbiran Aset dan Fasiliti, NIOSH Pejabat Wilayah Selatan)., dijemput menyampaikan ceramah/kuliah Keselamatan kpd pelajar. Program tersebut adalah penting untuk memberikan kesedaran dan maklumat tentang isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kepada pelajar yang bakal menjalani LI kelak. NIOSH juga turut membuka booth pameran yang dikendalikan oleh dua pegawai mereka iaitu Cik Nur Fithrah Aziz dan Muhammad Iqram Marshita. INDUSTRIAL SMART PARTNERSHIPS BERSAMA FESTO (M) SDN. BHD 31 Oktober - FESTO (M) Sdn Bhd telah membantu IKM JB dengan meminjamkan peralatan PdP untuk kegunaan Pembelajaran dan Pengajaran kepada pelajar program Mekatronik IKM JB. Bagi tujuan perkongsian ilmu dan jalinan industri antara kedua-dua pihak, pelajar-pelajar program Mekatronik IKM JB telah mengadakan lawatan ke FESTO (M), Shah Alam. Lawatan ini bukan sahaja untuk mendapatkan perkembangan ilmu teknologi terkini bahkan mengukuhkan jaringan strategik kerjasama dua hala antara IKM JB dengan FESTO yg dapat memberi impak kepada pelajar-pelajar. Tuan Pengarah IKM JB turut serta dalam rombongan ini dengan diiringi oleh En Jamaluddin Jumaat Ketua Program Sijil Mekatronik IKM JB telah disambut oleh Ketua Eksekutif FESTO dan pegawai-pegawai kanan FESTO (M) Sdn Bhd. 89LENSA OKTOBER


90IKM JOHOR BAHRU


91LENSA NOVEMBER


MESYUARAT KERJA PEMAHAMAN INSTRUMENT PENILAIAN PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET TAHUN 2022 8 November - Pengarah IKM JB dijemput oleh pihak JPK sebagai panel penilai dan membantu pihak JPK memberikan penerangan mengenai keperluan instrument penilaian penarafan tunggal program TVET Tahun 2022. Dalam majlis ini pengarah melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu semula rakanrakan yang pernah bersama belajar dengan beliau di UTEM kira-kira 20 tahun yang lalu. Antaranya adalah Madam Josephine, rakan sekelas pengarah di Fakulti Elektrik (sekarang PLV ILP Kuching), saudara Azhar rakan UTeM di Fakluti FKEKK. sebagai Pegawai JPK di Wilayah Utara dan Dr Nasa yang pernah berkursus bersama di Hong Kong pada 2009 dan sekarang merupakan pegawai kanan JPK Putrajaya. KUNJUNGAN MIMTECH TECHNOLOGY KE IKM JB 14 November - IKM JB menerima kunjungan Mimtech Technology Sdn Bhd, yang diketuai oleh Puan Nur Afiqah Zarir. Lawatan dan perbincangan ini adalah berkaitan penempatan graduan IKM JB di syarikat tersebut. Mimtech Technology adalah syarikat Bumiputera yang menjalankan perkhidamatan berkaitan bekalan dan rawatan air, sistem paip dan meter, penyelenggaraan, dan sebagainya. Puan Nur Afiqah menyatakan hasrat pihak Mimtech untuk menjalin kerjasama industri dengan pihak IKM JB. Pihak Mimtech berasa kagum dan teruja dengan kemampuan dan kebolehan pelajar IKM JB berdasarkan kualiti kerja dipamerkan oleh pelajar Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri (SMI) yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat berkenaan dan berbesar hati untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih ramai graduan Program SMI, Pembuatan, Kimpalan, dan Mekatronik. Sementara itu, Puan Nur Afiqah telah dibawa melawat ke beberapa program untuk melihat sendiri kemudahan alat latihan dan corak latihan yang dijalani oleh pelajar pelbagai program. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, terutama graduan IKM JB. 92IKM JOHOR BAHRU


LAWATAN PEMERIKSAAN AUDIT INSTITUSI SURUHANJAYA TENAGA (ST) 15 November - Lawatan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tenaga (ST) ini bagi memastikan semua institusi yang telah mendapat pengiktirafan ST perlu mematuhi semua piawaian atau standard institusi bertauliah yg telah ditetapkan oleh ST. Program di IKM JB yang ditauliah oleh Suruhanjaya Tenaga terbahagi kepada dua peringkat iaitu program sepenuh masa dan program separuh masa. Untuk program sepenuh masa iaitu Program DED, DCB, DCP dan SEP. Maknakala bagi program separuh masa adalah Program Kompetensi Chargeman A0, Chargeman A1, Chargeman A4, Pendawai PW2, Pendawai PW4, Module Talian Atas Voltan Rendah dan Module Synchronisation Voltan Rendah. 93LENSA NOVEMBER


EXPOSITION OF CREATIVITY, IDEAS, INNOVATION, INVENTION AND DESIGN (EXCID 2022) 15 November - IKM JB melakar satu lagi sejarah yang buat pertama kalinya dengan mengadakan pameran Final Year Project (FYP) untuk mempamerkan hasil kreatif inovasi pelajar-pelajar IKM JB. Sebanyak 44 projek FYP yang telah dihasilkan dipamerkan di Dewan Taqzim utk tontonan umum. Projek-projek ini dinilai oleh Panel-panel Industri yang berpengalaman luas dalam kluster masingmasing. Semua peserta telah menunjukkan hasil ciptaan yang berkualiti, dengan idea baru, kreatif, inovatif, berdaya saing dan berpotensi untuk dipasarkan. Menerusi EXCID 2022, pelajar-pelajar mampu berbicara menerangkan hasil produk mereka dengan secara tepat dari sudut teori gunaan, analisis data, implikasi positif dan negative dan mempunyai ciri-ciri keselamatan pengguna. Pelajar juga dapat menunjukkan ‘softskills’ yg terampil seperti kerjasama dalam kumpulan, penampilan diri berkeyakinan, pengurusan masa dan interaksi kepada yg berkepentingan. Lebih membanggakan dalam projek FYP ini ada beberapa pelajar telah berkolaborasi terus dengan pihak industri di mana pihak industri telah memberi projek utk pelajar laksanakan. Tahniah kepada semua Urusetia EXCID22 dan barisan ‘supervisor’ FYP dan mereka yang terlibat menganjurkan acara ini dengan persiapan yang terbaik. Semoga pameran seperti ini diteruskan pada masa akan datang. 94IKM JOHOR BAHRU


95LENSA NOVEMBER


LAWATAN KERJA PENGURUSAN IKMJB KE EDUCITY ISKANDAR MALAYSIA. 22 November - Pengurusan IKMJB telah mengadakan lawatan kerja ke EDUCITY Johor Bahru. Kehadiran delegasi IKM JB disambut oleh Y.Bhg Profesor Dr Sakina Sofia Baharom (Director of Operation, EduCity Iskandar Malaysia), Puan Faridah (Vice President, Education Division) dan Puan Raja Yasmin (Vice President, Comms and Branding, Education Division). EDUCITY adalah tempat yang sangat menarik untuk dilawati bagi tujuan melihat suasana 21st Century Learning dan sistem pendigitalan dalam pembelajaran. Selain itu, pihak IKM JB juga dapat berbincang berkaitan peluang kerjasama antara EDUCITY dan IKM JB dalam apa juga bidang berkaitan Pendidikan TVET. 96IKM JOHOR BAHRU


IKM JB DIKUNJUNGI OLEH GEREX AUTOMATION (M) SDN BHD 22 November - IKM JB dikunjungi lagi pegawai-pegawai daripada industri untuk melihat secara dekat latihan teknikal dan teknologi kejuruteraan yang kami tawarkan kepada para belia. Majoriti semua industri yang hadir sangat tertarik dengan Pendidikan TVET yang disediakan. Kebanyakan semua mengesahkan peralatan kami seiring dgn kehendak industri semasa. Pn Hanna Syafina daripada Gerex Automation (M) Sdn Bhd hadir dan bersetuju menawarkan pekerjaan kpd pelajar – pelajar IKM JB. Industri ini berfokus kpd penyelenggaraan dan pembuatan produk Kejuruteraan Oil dan Gas. 97LENSA NOVEMBER


HARI KELUARGA IKM JOHOR BAHRU 2022 26 November - Hari Keluarga IKM JB 2022 berlangsung meriah di Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru. Acara tahunan anjuran Badan Ugama dan Kebajikan (BUK) itu menghimpunkan staf IKM JB bersama ahli keluarga masing-masing dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan. Turut hadir Ahli Pengurusan IKM JB bersama ahli keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti sukaneka dewasa dan kanak-kanak, pertandingan mewarna, aktiviti mandi-manda di kolam, dan yang paling ditunggu-tunggu sudah pastilah acara cabutan bertuah. Selain itu, turut dilangsungkan ialah majlis perpisahan staf yang bersara dan bertukar ke tempat lain. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jawatan kuasa penganjur yang terdiri daripada staf dan pelajar, pihak pengurusan, dan tidak ketinggalan semua tetamu yang hadir memeriahkan Hari Keluarga IKM JB 2022. Tahniah juga diucapkan kepada pemenang semua acara. Diharapkan acara sebegini diteruskan pada masa akan datang dan semoga ukhwah serta silaturrahim kita berkekalan. 98IKM JOHOR BAHRU


99LENSA NOVEMBER


100IKM JOHOR BAHRU


Click to View FlipBook Version