JOB AND CAREER CARNIVAL (JC-CAR) 2022 12 Disember - Buat pertama kalinya, sebuah karnival kerjaya anjuran bersama PERKESO Johor Bahru dan IKM JB dilangsungkan di Dewan Takzim, IKM JB. Job and Career Carnival atau singkatannya JC-Car 2022, telah disertai oleh 10 majikan yang mengadakan temuduga secara ‘walk-in’ 500 kekosongan jawatan pelbagai peringkat. Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam Jc-Car 2022 ialah VS Industry, Southern Lion, Champions Precision, JK Wire Harness, dan Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PREfChem) Selain itu, turut serta ialah Vision Inland Resources Sdn Bhd, AFS Manufacturing (M) Sdn Bhd, Kejuruteraan Penyejukan Leading Sdn Bhd dan, GP Energy Tech (M) Sdn. Bhd. Karnival tersebut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan pelajar semester akhir pelbagai program yang datang untuk ditemuduga oleh majikan terlibat. Majlis penutup telah diserikan dengan kehadiran Pengarah PERKESO Johor, Encik Tong Sing Chuang. Pejabat Penerangan Johor Bahru turut hadir membuat liputan sepanjang Jc-Car berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan. 101LENSA DISEMBER
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU, SESI JANUARI- JUN 2023 26 Disember – Seramai 226 pelajar baharu dari 14 program telah mendaftar di IKM Johor Bahru bagi sesi pengajian Januari-Jun 2023. Pendaftaran berjalan lancar dengan penglibatan pensyarah akademik, teknikal serta pentadbiran dan dibantu oleh Jawatankuasa Pelajar (JKP) di Dewan Takzim, bermula jam 8.30 pagi. Turut berjalan serentak dengan sesi pendaftaran ialah taklimat oleh Pengarah IKM JB, Ir Ts Rahim bin Selamat. Selain Pengarah dan Timbalan Pengarah HEA dan KPHP, hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli Pengurusan IKM JB yang lain. Tamat sesi pendaftaran, para pelajar baharu diwajibkan menyertai Minggu Haluan Siswa (MHS) yang dijalankan sehingga 28 Disember. Antara aktiviti yang dijalankan ketika minggu MHS adalah slot We are Team (WAT). Para pelajar melakukan aktiviti ‘night walk’ ke sebuah taman rekreasi terletak kira-kira empat km dari IKM JB. Setiba di Taman Mawar, pelajar mengikuti sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Pengarah IKM JB, Ir Ts Rahim bin Selamat. Turut sama dalam aktiviti tersebut ialah Timbalan Pengarah KPHP, Puan Alhamdura binti Mustapha, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Minggu Haluan Siswa (MHS) dan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) bersama felo. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih ke IKM JB. Selamat datang ke IKM JB! 102IKM JOHOR BAHRU
103LENSA DISEMBER
2022 ANUGERAH STAFF TERBAIK BULANAN
2022 ANUGERAH STAFF TERBAIK BULANAN
2022 ANUGERAH STAFF TERBAIK BULANAN
2022 ANUGERAH STAFF TERBAIK BULANAN
2022 ANUGERAH STAFF TERBAIK BULANAN
PENYERTAAN MILLING RACHECT SPECIAL TOOL (MIRAST) 21-25 MARCH 2022
INNOVATION, INVENTION & ENTREPRENEURSHIP CARNIVAL (IIEC) 2022 PENYERTAAN MILLING RACHECT SPECIAL TOOL (MIRAST) 18 APRIL 2022
INNOVATION, INVENTION & ENTREPRENEURSHIP CARNIVAL (IIEC) 2022 PENYERTAAN MILLING RACHECT SPECIAL TOOL (MIRAST) 18 APRIL 2022
INNOVATION, INVENTION & ENTREPRENEURSHIP CARNIVAL (IIEC) 2022 PENYERTAAN MILLING RACHECT SPECIAL TOOL (MIRAST) 18 APRIL 2022
@ikmjbofficial Gambar Ehsan (Kulit Belakang) https://web.facebook.com/shazwani.shamshudin