Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat kaya dengan cerita-cerita teladan. Dalam setiap ucapan pasti akan diselitkan pelbagai kisah yang bersesuaian dengan situasi dan majlis. Sempena Majlis Hari Apresiasi IKM Johor Bahru 2022 yang berlangsung pada 26 Januari 2023, beliau telah membawakan kepada hadirin “Kisah Orang Jepun dan Ikan Jerung”. Menurut beliau, di Jepun permintaan terhadap bekalan ikan segar amat tinggi. Oleh kerana kekurangan sumber berhampiran pantai, nelayan terpaksa menangkap ikan jauh di tengah lautan. Jarak perjalanan yang jauh dan masa panjang menyebabkan ikan menjadi tidak segar setelah tiba di daratan. Bagi mengatasi masalah tersebut, nelayan telah menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Bagaimanapun, usaha itu tidak mampu mengekalkan kesegaran ikan, dan terpaksa dijual pada harga murah kerana tiada sambutan dan menyebabkan kerugian. Seterusnya, langkah kedua diambil iaitu membina tangki air masin di dalam bot dan ikan yang ditangkap dibiarkan hidup serta berenang di dalam tangki sehingga tiba di daratan. Usaha itu tetap gagal. Ikan masih kurang segar dan tidak mendapat sambutan pembeli. Nelayan membuat kajian dan pemerhatian. Akhirnya satu langkah telah diambil iaitu dengan melepaskan beberapa ekor jerung kecil ke dalam tangki dan dibiarkan berenang dan mengejar ikan di dalam tangki. Ikan tidak lagi pasif. Ternyata usaha itu berjaya. Masalah nelayan dapat diatasi. Kesegaran dan rasa manis pada ikan yang aktif berenang berjaya dikekalkan. “Anggaplah cabaran dan dugaan yang kita hadapi sebagai jerung kecil yang menjadikan kita bersedia, bertenaga, dan aktif. Ikan jerung menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara beterusan, dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jika kita malas dan tidak berusaha sudah pasti kita menjadi mangsa kepada jerung kecil itu,” katanya di akhir ucapan. “Anggaplah cabaran dan dugaan yang kita hadapi sebagai jerung kecil yang menjadikan kita bersedia, bertenaga, dan aktif. Ikan jerung menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara beterusan, dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jika kita malas dan tidak berusaha sudah pasti kita menjadi mangsa kepada jerung kecil itu,” katanya di akhir ucapan. PERKONGSIAN KHAS: KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG
JAWATANKUASA PENERBITAN, PUBLISITI DAN MEDIA SOSIAL (PPMS) Penaung Ir. Ts. Rahim bin Selamat Pengerusi PPMS Alhamdura binti Mustapha Penyelaras PPMS Nurzumira binti Ab. Rahim Ketua Editor Nurzumira binti Ab. Rahim Ketua Wartawan Nor Shazwani binti Shamshudin Konsep & Susun Atur Huruf Mohd Najib bin M Noor Jurufoto Muhammad Fuad bin Johan Mohd Ruzaimi bin Mohd Agil Mohd Norazuan bin Mohd Noh Adlin Muiz Bin Ibnu Amar Muhammad Haziq Bin Lailla Zamri Muhammad Aqmal Hakim Bin Lokman Muhammad Ikhwan Bin Mohd Zamani Muhammad Haiqal Bin Omar Mohamad Naqiuddin Afiq Bin Zulhaidi Tuan Amir Aiman Bin Tuan Azean Mohamad Ariffudin Bin Ab. Halim kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam usaha menjadikan penerbitan ini satu kenyataan. @ikmjbofficial. Hak cipta terpelihara ©. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh dihasilkan semula, disimpan atau dihantar dalam apa jua bentuk atau dengan apa cara sekalipun, elektronik, mekanikal, rakaman atau sebaliknya, tanpa tertulis terlebih dahulu persetujuan Jawatankuasa Penerbitan, Publisiti dan Media Sosial Institut Kemahiran MARA Johor Bahru. Diterbitkan pada Jun 2023 SIDANG REDAKSI PUSAKA BERZAMAN Berpurnama Jauhar dinegara indah Musafir hamba ke permatang Lu’luk Jauhar ditinggal pusaka keturunan Menerangi Lu’luk zaman Jauhar
4
Ir. Ts. Hj. Rahim bin Selamat Pengarah IKM Johor Bahru Sekapur Sirih 5 “Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua warga IKM JB di atas segala kisah kejayaan yang tercatat sepanjang 6 bulan pertama ini. Usaha, sokongan, dorongan dan kerja keras semua tidak dapat dinafikan seperti yang didokumentasikan dalam Edisi Jauhar Jan-Jun 2023 ini. Dengan kesungguhan semua, IKM JB terus mendukung Visi Misi MARA menjadi institusi yang terus mentransformasi anak bangsa. Selari dengan tagline Institut Kami Memastikan Jaminan Bekerja, kita juga berjaya membuktikannya dengan tawaran kerja secara terus kepada graduan IKM JB. Akhir sekali, terima kasih pasukan Jauhar dan juga Jawatankuasa Publisiti, Hebahan dan Media Sosial yang sentiasa melaporkan semua memori manis dan kisah kejayaan IKM JB.”
Timbalan Pengarah Timbalan Pengarah Ketua Editor Hal Ehwal Akademik (TPHEA) Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal pelajar (TPKPHP) Ts. Dr. Azurin bin Shukur Timbalan Pengarah (HEA) IKM Johor Bahru Alhamdura binti Mustapha Timbalan Pengarah (KPHP) IKM Johor Bahru Nurzumira binti Ab. Rahim “Tahniah dan terima kasih semua warga IKM JB di atas kejayaan dan keharmonian institusi yang direkodkan sepanjang sesi Januari sehingga Jun 2023 ini. Selain peranan pensyarah, saya yakin kerjasama dan sumbangan pasukan pengurusan, pentadbiran dan sokongan turut memainkan peranan yang melestarikan kecemerlangan institusi dan meneruskan momentum kerja semua. Usaha publisiti dan hebahan semasa juga amat membanggakan dan menghasilkan hubungan baik dengan pelbagai institusi, jabatan dan komuniti luar. Semoga IKM JB terus diyakini sebagai agen TVET MARA yang terbaik, Shine Like a Star!” “Saya berbangga dengan kualiti Pengajaran & Pembelajaran serta peningkatan kompetensi pasukan pensyarah. Saya percaya jalinan industri dan kolaborasi bersama pemain industri luar sepanjang 6 bulan ini akan memberi faedah yang besar kepada IKM JB. Dapat dilihat juga dalam Jauhar edisi kali ini pelbagai aktiviti akademik berjaya direalisasikan termasuk siri-siri lawatan dan kajian lapangan yang boleh memberi impak dan ‘added value’ kepada pelajar. Terima kasih para pensyarah, pelajar dan semua staf yang sentiasa memberikan sokongan untuk kecemerlangan akademik IKM JB. Tahniah, IKM JB terus cemerlang membawa nama TVET MARA!” “Kami pasukan Jauhar berusaha memberikan yang terbaik dalam pemilihan bahan fotografi, penyediaan bahan penulisan, penyuntingan dan seterusnya proses rekabentuk dan atur huruf. Harapan saya, selaku Ketua Editor agar buletin Jauhar ini menjadi inspirasi untuk kita di IKM JB terus komited melaksanakan semua aktiviti dan seterusnya mewarna-warnikan Jauhar dengan laporan pelaksanaan dan cerita-cerita kejayaan di akhir 2023 nanti.”
Selamat Datang ke I K M J B Institut Kami Memastikan Jaminan Bekerja
Quality is never an accident. It Is Always the result of intelligent effort 8 “ JOHN RUSKIN
9 ISI KANDUNGANISI KANDUNGAN BULETIN JAUHARI SIRI 01/2023 1.0 PERKONGSIAN KHAS: KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG 2.0 BERITA JANUARI 2023 2.1 PendaftaranPelajarKananSesiJan– Jun2023 2.2 PerhimpunanBulananDanAmanatPengarah2023 2.3 KunjunganYayasanSultanAzlanShah(YSAS) 2.4 PendaftaranPelajarBaharu(AmbilanKedua) SesiJan– Jun2023 2.5 LawatanIndustri ke SSRover SdnBhd 2.6 TazkirahMaghribolehTuanPengarahDi SurauAl –Hidayah 2.7 ProgramPermata2.0(2023) 2.8 ProgramCareer andIndustrial Talk (Siri:Jan2023) 2.9 PunchCardTerakhirPensyarahProgramDGS 2.10 HariApresiasiIKMJohorBahru2022: Shine LikeAStar! 2.11 ProgramCSRInsaniahKampung SinaranBaru, Kempas 2.12 LawatanPematuhanProgramDNJOlehETAC 2.13 LawatanTapakRenewable Energy Technologies TrainingCentre (RETTeC) 3.0 BERITA FEBRUARI 2023 3.1 AktivitiKo-kurikulumPelajar SesiJanuari – Jun2023 3.2 PerhimpunanBulanan(Februari)2023 3.3 TahniahPencipta LogoRasmiJubli Emas50TahunIKMJohorBahru! 3.4 LawatanKerjaDekanUniklMFI ke IKMJohorBahru 3.5 BicaraAlumni:Di SiniBermula Segalanya 3.6 CharacterRiseManagementCamp2.0(Charisma) 3.7 Audit Suruhanjaya Tenaga (ST)untukProgramDGS 3.8 Promosi ‘JomMasuk IKMJB’: Lawatandari SMKBandarUdaUtama 3.9 IbrahPerjalananAgung IsrakdanMikraj 3.10 PelajarDPPTerimaAnugerahMACRATopStudentAward2022 3.11 Karnival SukanPelajar SesiJanuari – Jun2023 3.12 PelajarIKMJohorBahruHadiriKursusJangkaPendekdiCIDB 3.12.1 Kursus SMAW+GTAWDanBlastingAndPainting 3.12.2 KursusNondestructive Testing (NDT)Penetrant Testing 3.13 PelajarITWIKMJohorBahruPilihanIndustri Tempatan 3.14 Kolaborasi IKMJohorBahruDanBadanIndustri 3.14.1 J.KWireHarness Sdn.Bhd.BeriManfaatKepadaProgramSMK 3.14.2 Surtreat Solutions(M) SdnBhdBeri ImpakKepadaProgramIMF 3.14.3 Usaharida SdnBhdDanProgramSMK 3.14.4 LawatanIndustri ke TXMRSdnBhd,Cheras 3.14.5 SupremeDidactic Sdn.Bhd.BersediaBantuIKMJBWujudkanIndustrial CentreOf Excellence (ICOE) 3.15 LawatanPanel Industri keProgramDEK 3.16 KunjunganMuhibbahDelegasiPoliteknikUngkuOmarKe IKMJohorBahru 3.17 GraduanElektronikMenyambungPengajiandiUniversitiLuarNegara 3.18 TaklimatKebakarandanDemonstrasiPemadaman 3.19 MesyuaratPelarasanProgramGerakKerjaya Johor2023ZonSelatan 3.20 ‘PunchCard’ TerakhirPensyarahJabatanPengajianAm
10 ISI KANDUNGAN4.0 BERITA MAC 2023 4.1 AKCEPSesiJanuari – Jun2023:AndaPermataBersinar 4.2 Mac:BulanCSRIKMJohorBahru 4.2.1 Kerjasama IKMDanAPMJohorBahruBantuMangsaBanjir 4.2.2 CSRTeknikalBantuBaikPulihKerosakanKabel ElektrikBawah Tanah 4.2.3 Pelajar SEPMembuatKerjaPenyelenggaraanPadaKetinggian40Kaki 4.2.4 CSRPascaBanjirDiRumahIbuBapaPensyarahIKMJohorBahru 4.2.5 CSRBanjir:KorbankanKeseronokanMingguAktivitiDemiRakanYang DitimpaMusibah 4.3 KursusPensyarahJabatanElektronik (PLCSiemens) 4.4 KursusInduksiKeselamatandanKesihatanPekerjaan 4.5 ProgramBacaanYaasindanMajlisJasamuDikenang 4.6 TazkirahAspuri:RamadanBulanTransformasiDiri 4.7 MajlisKonvokesyenPerdana (MKP)IPMA2023 4.7.1 TahniahPenerimaAnugerahKhasIndustriMKPIPMA2023 4.7.2 Corat-CoretMKPIPMA2023:Alumni IKMJBdalamRancanganSPM 4.8 KemAsuhandanMotivasi Solat(KAMUS) SurauAl-Hidayah 4.9 BengkelPemurnianRekodKehadiranPelajarOnline (E-RKP) 4.10 ProgramBicaraAlumniDisiniBermula Segalanya 4.11 Hi,HowAre You?’:ProgramEnglishFieldTrip 4.12 KajianLapangan(FieldStudy)ProgramSMI keKilang SawitUnitedBell Sdn.Bhd. 4.13 KejayaanGerakKerjaya Johor(GKJ)2023BuktiKerjasama EratIKMJohorBahru, SMIJohorDanPERKESOJohorBahru 4.14 MingguAktivitiPelajar “StRAW”DanKarnival SukanPelajar “KasPeR” 4.15 KaSPeRdanStRAWMelabuhkanTiraiDalamSuasanaPenuhGilangGemilang 4.16 BengkelVerifikasiSoalan&SkemaPemarkahanPeperiksaanAkhirSesiJanuari–Jun 2023 4.17 Sesi Townhall1.02023BersamaPengarahIKMJohorBahru 5.0 BERITA APRIL 2023 5.1 SesiPerkongsianPihak Industri(ACSON)DanProgramDPP 5.2 KajianLapanganProgramSMMkeGrandBanks Yachts Sdn.Bhd. 5.3 SeminarKewangan:Bahaya ScammerDanPengurusanKewangan 5.4 PensyarahDanPelajarJabatanElektrik IkutiKursusNiosh-Tenaga SafetyPassport (NTSP) 5.5 IKMJohorBahruTerokaPeluangPerkukuhKerjasama IndustridiMiri 5.6 LawatanKerjaPengarahBahagianTeknologiMaklumat(BTM)MARAKe IKMJohor Bahru 5.7 PROGRAMSEMPENARAMADAN2023(1444H) 5.8 ProgramMadrasahRamadanSurauAl-Hidayah 5.9 PecutanIbadah10MalamTerakhirRamadan 5.10 Rewang (CSR)BuburRamadan2023 5.11 ProgramPerdanaRamadan1444HIKMJohorBahru 5.12 KunjunganKasihBegRamadanIKMJohorBahru 5.13 KursusPengurusanJenazah(PEJAM) SesiJanuari – Jun2023
11 ISI KANDUNGAN6.0 BERITA MEI 2023 6.1 JalinanIndustri:KunjunganHirose Electric (M) Sdn.Bhd. 6.2 TemudugaKerja SouthernLionSdn.Bhd.DiIKMJB 6.3 LawatanPelajarIKMJohorBahruKeHari TerbukaParlimen 6.4 Career TalkdanSesi TemudugaBersamaCIBAVisionSdn.Bhd. 6.5 SambutanHariPekerja,Pendidik,DanHariRayaAidilfitri(HAPPY)2023 6.6 FlannelNightRaiPelajar SemesterAkhir 6.7 EXCID2.0BuktiDaya SaingPelajarIKMJB 6.8 LawatanIndustridanTemudugadi EDMI Electronics Sdn.Bhd. 6.9 SumbanganAlat LatihandaripadaBPH,JPM 6.10 IKMJBSertaiKarnivalJomMasukU2023 6.11 MajlisKesyukuranMeraikanBakalJemaahHaji 6.12 MajlisMakanMalamMPP;JASANight 6.13 AktivitiCSRTeknikaldiMRSMJohorBahru 7.0 BERITA JUN 2023 7.1 PenyerahanSurat TawaranKerja SouthernLionSdn.Bhd. 7.2 PromosiKemasukansempenaPengumumanKeputusanSPM 7.3 Seminar TeknikalPenyamananUdarabersamaACSON(M) Sdn.Bhd. 7.4 GimikPembukaanRETTeCIKMJB 7.5 Promosi IKMJBdiKIPMAJohor2023 7.6 SukanStaf:PertandinganBowlingPialaPengarahIKMJB 8.0 PROGRAMKEUSAHAWANAN:PALAM1.0–3.0 9.0 PENGLIBATANDANPENCAPAIANINOVASIWARGAIKMJB 10.0 ANUGERAHSTAF TERBAIKBULANANJAN– JUN2023 11.0 ANUGERAHKHAS STAF TERBAIKPENGURUSANWSMB TERIMAKASIHCRS!MAJLISMERAIKANKENAIKANPANGKATDANPERTUKARANPENGARAH
PENDAFTARAN PELAJAR KANAN SESI JAN – JUN 2023 1 Januari 2023 – Selamat kembali para pelajar kanan yang akan meneruskan pengajian sesi Januari – Jun 2023. Semoga lebih bersemangat dan akan mencapai kejayaan lebih cemerlang pada semester ini. Selamat maju jaya juga pelajar yang akan memulakan Latihan Industri (LI) di pelbagai syarikat. Diharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang berada di IKM Johor Bahru. IKM JOHOR BAHRU 12
PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT PENGARAH 2023 5 Januari 2023 - Perhimpunan Bulanan pertama bagi sesi Januari-Jun 2023 telah dihadiri oleh semua warga IKM Johor Bahru di Dewan Takzim. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, dan Amanah Rakyat. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Yassin, dan sesi perkongsian (tazkirah) oleh seorang staf Pengajian Am dan dua dari Jabatan Elektronik. Acara kemuncak Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengarah diteruskan dengan ucapan Pengarah, Ir. Ts. Rahim bin Selamat. Pengarah berkongsi pencapaian dan kejayaan warga IKM Johor Bahru sepanjang tahun lalu. Selain itu, Pengarah turut membentangkan perancangan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023 dan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua staf dan pelajar yang mengharumkan nama IKM Johor Bahru sepanjang 2022. Sesi seterusnya ialah ucapan Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Encik Hazim Asran bin Abdullah dan diikuti oleh ucapan oleh Presiden MPP Muhammad Hafizuddin bin Abdul Latiff. Sebelum majlis bersurai pihak penganjur telah membuat kejutan sempena hari lahir Pengarah dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir oleh semua hadirin dewan, disusuli dengan acara memotong kek. Terima kasih diucapkan kepada semua staf dan pelajar IKM JB yang hadir ke Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengarah 2023. Semoga momentum kejayaan IKM Johor Bahru dapat ditingkatkan dan diteruskan tahun ini. JAUHAR 13
KUNJUNGAN YAYASAN SULTAN AZLAN SHAH (YSAS) 8 Januari 2023 - Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat telah menerima kunjungan YBhg Kapten Dato’ Faizal bin Yusoff dari Yayasan Sultan Azlan Shah (YSAS), Perak. Perbincangan menjurus kepada peluang pendidikan dalam bidang teknikal di Pusat TVET MARA dan usahasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak. Selain itu, Pengarah turut dijemput sebagai penceramah Program Pendidikan TVET di Sekolah Model Khas Redang Panjang, Ijok Perak. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Kapten Dato’ Faizal kerana sudi berkunjung ke IKM JB. Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. 14IKM JOHOR BAHRU
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN KEDUA) SESI JAN – JUN 2023 8 Januari 2023 – Seramai 33 pelajar baharu telah mendaftar bagi pengambilan pelajar kali kedua untuk sesi Januari – Jun 2023 ini. Program Minggu Haluan Siswa (MHS) turut dijalankan selama dua hari dari 8 hingga 9 Januari dengan pengisian aktiviti utama ‘Ice-Breaking’ kepada institusi, ‘life campus’ dan maklumat komponen pengajian mengikut program. Tahniah kepada semua pelajar baharu ‘intake’ kedua sesi Januari – Jun 2023. 15JAUHAR
LAWATAN INDUSTRI KE SS ROVER SDN BHD 10 Januari 2023 - Delegasi kunjungan kerja ke SS Rover Sdn Bhd (SSR)diketuai oleh Pengarah IKM JB, Ir. Ts. Rahim bin Selamat bersama Timbalan Pengarah HEA, Ts Dr Azurin bin Shukur dan Pegawai Latihan Industri (LI) Puan Suraya binti Ibrahim. Turut serta ialah Ketua Jabatan Elektronik, Encik Rosli bin Rahmat, Ketua Program Mekatronik, Encik Jamaluddin Jumaat bersama Pegawai Promosi IKM JB, Puan Nor Shazwani bt Shamshudin. Ketibaan delegasi IKM Johor Bahru disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSR, Encik Syamsul Nizam bin Azmee. Lawatan menjurus kepada perbincangan berkenaan perkongsian teknologi dan kepakaran yang dijangka memberi manfaat kepada pelajar program baharu yang bakal dijalankan di IKM Johor Bahru iaitu Diploma Industri Mekatronik. SSR merupakan syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan perkhidmatan berkaitan Remotely Operated Vehicle (ROV) menfokuskan kepada kerja pemasangan dan penyelenggaraan saluran paip (pipeline) minyak dan gas di perairan Malaysia serta beberapa negara lain seperti Belanda, Indonesia dan India. Selain itu, SSR turut menjalankan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara ROV, pemasangan alat ganti ROV dan membekalkan alat ganti kepada pemain industri yang lain. Menurut Encik Syamsul Nizam, SSR juga menyediakan latihan kepada juruteknik dan pengendali ROV dengan pentaulihan beberapa badan antarabangsa dan dalam negara. Kunjungan ini diharap dapat membuka peluang kerjasama lebih erat di antara kedua-dua belah pihak, khususnya program Diploma Industri Mekatronik pada masa hadapan berdasarkan keperluan dan permintaan semasa. 16IKM JOHOR BAHRU
TAZKIRAH MAGHRIB OLEH TUAN PENGARAH DI SURAU AL - HIDAYAH 11 Januari 2023 - Salah satu objektif TVET MARA ialah membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship). ‘R’ ialah ‘religious’ dan berdasarkan prinsip itu IKMJB memberikan penekanan serius kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian. Surau Al-Hidayah dengan kerjasama Islamic Excellence Center (I-cent) menganjurkan tazkirah berjadual setiap minggu yang dihadiri oleh pelajar yang tinggal di asrama secara bergilir-gilir. Pada tarikh 11 Januari kali ini, tazkirah bertajuk ‘Fadhilat Solat Berjemaah di Surau Al - Hidayah telah disampaikan oleh Pengarah Ir. Ts. Rahim bin Selamat dan mendapat sambutan hangat daripada pelajar pelbagai program. Semoga pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan perkongsian serta menjadikannya sebagai panduan hidup kini dan di masa akan datang. Terima kasih Tuan Pengarah di atas sesi tazkirah yang penuh bermakna tersebut. 17JAUHAR
PROGRAM PERMATA 2.0 (2023) 12 Januari 2023 - Program Permata anjuran Unit Kaunseling dan Bimbingan IKM Johor Bahru ini dikendalikan oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat. Objektif penganjurannya adalah untuk mendekati, memotivasi dan membantu pelajar yang tidak mencapai CGPA tertentu. Progam siri pertama yang dilaksanakan pada semester Julai-Disember 2022 yang lepas menunjukkan hasil positif dan menggalakkan. Setiap pelajar ada potensi tersendiri, dengan peluang dan galakan yang diberi pasti mereka juga boleh berjaya seperti pelajar lain. Oleh itu, program diteruskan pada sesi Januari – Jun ini. Terima kasih dan tahniah pelajar, penganjur dan Tuan Pengarah. 18IKM JOHOR BAHRU
PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) ADALAH SLOT WAJIB PADA SETIAP KHAMIS. 12hb Januari 2023 - Acara rasmi IKM JB seperti Perhimpunan Bulanan, ceramah, taklimat dan sebagainya akan dilaksanakan dalam slot PMI. Jika tidak ada sebarang aktiviti rasmi peringkat pusat, slot itu akan diisi dengan bacaan Yassin, solat sunat Dhuha dan sesi perkongsian ilmu (tazkirah) di peringkat jabatan atau program masing-masing. 19JAUHAR
PUNCH CARD TERAKHIR PENSYARAH PROGRAM DGS 19 Januari 2023 – Tarikh hari ini adalah hari terakhir En Norhamizal bin Norani, Pensyarah Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) berkhidmat di IKM Johor Bahru sebelum bersara. Seluruh warga IKM Johor Bahru mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas komitmen dan sumbangan oleh En. Norhamizal selama berkhidmat di IKM Johor Bahru. Selamat maju jaya. Hingga berjumpa lagi di lain kesempatan. 20IKM JOHOR BAHRU
PROGRAM CAREER AND INDUSTRIAL TALK (SIRI: JANUARI 2023) 19 Januari 2023 - Program Career Talk melalui Jawatankuasa Jaringan Industri, Kepakaran dan Profesional (J-ISPRO) IKM Johor Bahru telah menjemput pihak industri dari Southern Lion Sdn. Bhd., Marine Diesel Care dan Yayasan Ekonomi Padang Besar untuk berkongsi pengetahuan kepada pelajar dan juga pensyarah. Objektif program memberi informasi berkaitan prospek kerjaya pelajar selepas tamat pengajian serta potensi dan peluang yang ditawarkan oleh pihak Yayasan. Terima kasih semua syarikat dan organisasi yang terlibat. 21JAUHAR
HARI APRESIASI IKM JOHOR BAHRU 2022: SHINE LIKE A STAR! 26 Januari 2023 - Membawa tema Rock and Roll, Shine Like a Star, Hari Apresiasi IKM Johor Bahru 2022 berlangsung dengan meriah di Dewan Takzim. Acara gilang-gemilang itu dihadiri oleh semua staf yang ‘sporting’ mengikut tema ditetapkan oleh penganjur. Acara dimulakan dengan perarakan motorsikal dari lobi utama diketuai oleh Pengarah, Ir. Ts. Rahim bin Selamat. Aturcara dimulakan dengan penyampaian pelbagai sijil penghargaan kepada semua staf bagi menghargai sumbangan mereka sepanjang 2022. Acara diteruskan dengan penyampaian Healthy Lifestyle Award, Monthly Best Award, You’re Gem Award, Best Manager Award, Excellent Committee Award, Excellent Program Award, Excellent Adminstration Unit Award, dan Superb Innovation and Creativity Award. Pihak Jawatankuasa penganjur turut meraikan staf yang berkhidmat selama 15 dan 25 tahun bersama MARA dengan penyampaian Bronze dan Silver Service Award. Kemuncak acara ialah penyampaian Anugerah Khas Pengarah yang disampaikan kepada empat orang staf pelbagai jabatan dan portfolio. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pakaian terbaik. Turut diraikan dalam majlis sama ialah dua Pensyarah Jabatan Pengajian Am yang bakal bersara iaitu Puan Khadijah binti Daud dan Puan Nor Ezwani binti Mat Noor. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Terima kasih dan syabas kepada jawatankuasa penganjur. Semoga IKMJB terus cemerlang! 22IKM JOHOR BAHRU
SHINE LIKE A STAR! 23JAUHAR
28 dan 29 Januari 2023 – Pembuka tirai 2023, tim Khidmat Masyarakat (CSR) IKM Johor Bahru berkolaborasi bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam program dua hari membersih dan membaik pulih sebuah rumah asnaf di Kampung Sinaran Baru, Kempas. Bertepatan dengan status IKM Johor Bahru sebagai institusi pendidikan teknikal, tim CSR yang terdiri daripada staf dan pelajar diberi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja membaik pulih sistem perpaipan, elektrik, dan kerja sivil ringan. Kali ini aktiviti melibatkan pelajar program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri (SMI), Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa (SEP), dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik Industri (DED). Tim CSR IKMJB diketuai oleh Penyelaras, Encik Norazhar bin Anuar bersama pensyarah dan staf pelbagai program. Antara kerja yang dilakukan pada hari pertama ialah membersihkan bahagian dalam dan luar rumah, membuat pendawaian elektrik seluruh ruang selain memasang perkakas elektrik seperti kipas dan lampu. Di samping itu, tim juga turut membaik pulih kerosakan, menambah baik sistem perpaipan di tandas dan bahagian dapur, membaiki tingkap selain mengecat bahagian dalam dan luar rumah. Pada hari kedua diadakan serahan secara rasmi rumah yang telah dibaik pulih lengkap berperabot baharu kepada pemiliknya. Pegawai dan wakil semua agensi yang terlibat dalam program ini turut hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat dijemput sebagai salah seorang tetamu kehormat. Dalam ucapan beliau, Pengarah menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjalankan program ini. Menurutnya lagi, IKM Johor Bahru berbesar hati menerima jemputan usahasama sebegini di masa akan datang. Tuan Pengarah juga mewakili penyumbang dari IKMJB menyampai sumbangan berupa peralatan elektrik, dapur memasak selain barang dapur untuk kegunaan keluarga tersebut. Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Pengarah dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan IKM Johor Bahru. Aktiviti sebegini bertujuan mendekatkan warga institusi dengan masyarakat dan mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar alam pekerjaan. Pelajar mempraktikkan ‘soft skills’ seperti semangat kerja berpasukan, merancang kerja, menyelesaikan masalah, serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah dan bengkel. Pensyarah terlibat memberi panduan, membimbing, dan memantau kerja yang dilakukan pelajar. Terima kasih tim CSR IKM Johor Bahru dan semua pihak terutama peserta dan penyumbang. PROGRAM CSR INSANIAH KAMPUNG SINARAN BARU, KEMPAS 24IKM JOHOR BAHRU
Aktiviti sebegini bertujuan mendekatkan warga institusi dengan masyarakat dan mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar alam pekerjaan. Pelajar mempraktikkan ‘soft skills’ seperti semangat kerja berpasukan, merancang kerja, menyelesaikan masalah, serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah dan bengkel 25JAUHAR
LAWATAN PEMATUHAN PROGRAM DNJ OLEH ETAC 30 Januari 2023 - Akreditasi daripada badan profesional seperti Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) menjadi satu keperluan dalam meletakkan institusi latihan kemahiran MARA pada suatu tahap yang diiktiraf oleh industri dan institusi pengajian tinggi yang lain. Ini adalah selari dengan Tagline Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA iaitu ‘Building Talent, Generating Future’ bagi mengangkat martabat institusi latihan kemahiran (TVET) MARA. Selaras dengan itu, satu Lawatan Pematuhan Selepas Satu Tahun Akreditasi Sementara telah dijalankan bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Produk Elektronik (DNJ). Lawatan tersebut dihadiri oleh Panel Penilai daripada ETAC iaitu Ir. Prof. Dr. Ahmad Farid bin Abidin @ Bharun daripada Universiti Teknologi MARA. Tuan Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat telah menyampaikan taklimat berkaitan MARA dan IKM Johor Bahru seterusnya diikuti dengan sesi pembentangan daripada Ketua Jabatan Elektronik, En Rosli bin Rahmat. Panel Penilai ETAC juga turut melawat Makmal Program DNJ, Bilik Kuliah, Perpustakaan dan Smart Classroom. Selain daripada itu sesi semakan dokumen berkaitan turut dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama semua staf IKM Johor Bahru atas komitmen sepanjang persediaan Lawatan Pematuhan bagi Program DNJ. 26IKM JOHOR BAHRU
LAWATAN TAPAK RENEWABLE ENERGY TECHNOLOGIES TRAINING CENTRE (RETTEC) 30 Januari 2023 - Lawatan tapak telah dijalankan oleh pegawai dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dan Bahagian Aset Perolehan (BAP) MARA ke Renewable Energy Technologies Training Centre (RETTeC) yang berlokasi di Padang Utama IKM Johor Bahru. Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat bersama Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (PPTK), Ketua Jabatan dan pensyarah Jabatan Elektrik telah mengiringi pelawat dan memberi penerangan tentang perkembangan terkini RETTeC sebagai satu kemudahan latihan setara keperluan industri yang bakal digunakan oleh pelajar Jabatan Elektrik khususnya Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik dan Industri (DED). Dengan adanya RETTeC, diharapkan kualiti program pengajian DED terus ditingkatkan sesuai dengan tiga pentauliahan; Diploma Teknologi Kejuruteraan IPMa, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) 4 dan Kompeten Suruhanjaya Tenaga (ST) PW4. 27JAUHAR
AKTIVITI KOKURIKULUM PELAJAR SESI JAN – JUN 2023 1 Februari 2023 - Setiap Rabu jam 3.00-5.00 petang adalah waktu Kokurikulum pelajar semester 1 dan 2. Semester ini seramai 163 pelajar semester 1 dan 238 pelajar semester 2 terlibat. Modul Kawad Kaki dijalankan di Padang Bola Sepak IKM Johor Bahru di bawah seliaan enam jurulatih dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru dan dipantau oleh pensyarah program masingmasing. 28IKM JOHOR BAHRU
PERHIMPUNAN BULANAN (FEBRUARI) 2023 2 Februari 2023 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari dianjurkan oleh Jabatan Automotif (Marin) bersama Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan bertempat di Dewan Takzim IKM Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan Yassin Perdana dipimpin oleh pelajar semester 3 Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin, Saudara Afdzan Adli bin Adam. Seterusnya, sesi tazkirah ringkas oleh seorang pensyarah Program Gas yang membawakan tajuk ‘Bekalan Ke sana’. Seramai enam pelajar kemudiannya dijemput membuat perkongsian pendek pelbagai topik menarik dan bermanfaat kepada hadirin. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ketua Program Marin, Encik Razali bin Abu Bakar selaku wakil hos Perhimpunan Bulanan. Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), Ts. Dr. Azurin bin Shukur turut menyampaikan ucapan dan diikuti oleh Pengarah IKMJB Ir. Ts. Rahim bin Selamat. Kemuncak majlis ialah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo rasmi Jubli Emas IKM Johor Bahru yang dimenangi oleh Ketua Program Sijil Teknologi Kujuruteraan Lukisan (Reka Bentuk), Encik Faizal bin Mohd Bakri. Terima kasih diucapkan kepada penganjur dan semua yang hadir. 29JAUHAR
TAHNIAH PENCIPTA LOGO RASMI JUBLI EMAS 50 TAHUN IKM JOHOR BAHRU! Tahniah diucapkan kepada pencipta (perekabentuk) Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas 50 Tahun IKM Johor Bahru iaitu Encik Faizal bin Mohd Bakri, Ketua Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk). Pada tahun 2023 ini, IKM Johor Bahru akan menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 50 (Jubli Emas). Semoga IKM Johor Bahru terus maju dan cemerlang di tahun mendatang. 30 ϱϬƚĂŚƵŶ ƉĞŶƵďƵŚĂŶ /ŶƐƚŝƚƵƚ <ĞŵĂŚŝƌĂŶ DZ:ŽŚŽƌĂŚƌƵ;/<D:Ϳ͘ dĂŚƵŶ ƐĞƉĂŶũĂŶŐ ƉĞŶƵďƵŚĂŶ ŝŶƐƚŝƚƵƚ͘ >ŽŐŽ/<D:͘ DŽƚŽ/<D:͘ tĂƌŶĂ ffiŵĂƐ ͗ͲDĞůĂŵďĂŶŐŬĂŶ ŬĞĐĞŵĞƌůĂŶŐĂŶ ĚĂŶŬĞŐĞŵŝůĂŶŐĂŶ /<D: DĞůĂŚŝƌŬĂŶ ŐƌĂĚƵĂŶ LJĂŶŐĐĞŵĞƌůĂŶŐ͘ IKM JOHOR BAHRU
LAWATAN KERJA DEKAN UniKL MFI KE IKM JOHOR BAHRU 9 Februari 2023 - Delegasi UniKL MFI diketuai oleh Dekan UniKL MFI Prof Madya Dr Tengku Mohd Azahar bin Tuan Dir, diringi oleh Timbalan Dekan IIIP Encik Mohd Zaki bin Mohamed, bersama Pegawai Pemasaran dan Pengambilan Pelajar Encik Yusri bin Mohamad telah mengadakan lawatan kerja ke IKM Johor Bahru. Objektif utama lawatan ini adalah untuk menyerahkan surat pengesahan penerimaan laluan program 3+2 bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara Dan Penyejukan IKMJB (DPP), laluan artikulasi program IKM Johor Bahru ke UNIKL MFI, mengadakan kolabrasi pertukaran pensyarah antara kedua-dua institusi, dan mengeratkan jalinan kerjasama akdemik antara IKM Johor Bahru dan UniKL MFI. Melalui kunjungan ini, Pengarah IKMJB Ir. Ts. Rahim bin Selamat dan Dekan UniKL telah menandatangani ‘Surat Penerimaan Pengecualian Kredit’ yang akan ditawarkan kepada graduan Program (DPP). Program Artikulasi 3+2 ini bakal memberi manfaat kepada graduan Program DPP dengan memendekkan tempoh masa pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniKL MFI kepada dua tahun sahaja. Pelajar juga diberi penerangan jelas tentang peluang menyambung pengajian ke peringkat tertinggi di UniKL MFI. 31JAUHAR
BICARA ALUMNI: DI SINI BERMULA SEGALANYA 9 Februari 2023 – IKM Johor Bahru menerusi Jawatankuasa Alumni telah menjemput alumni kami, Encik Huzzaidi bin Hussien, hadir ke IKM Johor Bahru bagi menyampaikan perkongsian dalam slot Bicara Alumni: ‘Di sini Bermula Segalanya’. Encik Huzzaidi merupakan bekas pelajar PJE (2001-2003) dan kini bertugas di Velesto Energy Berhad sebagai Rig Maitainance Supervisor. Dalam sesi perkongsian hampir dua jam bersama pelajar Diploma Kompetensi Elektrik Kuasa (DCP), Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik Industri (DED), dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) itu, Encik Huzzaidi berkata sikap dan kerajinan adalah dua faktor penting untuk berjaya. Menurut beliau, para pelajar telah membuat pilihan tepat menyambung pengajian di IKM Johor Bahru, dan seharusnya peluang ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya. “Anda yang memilih untuk belajar bidang ini, jadi anda tidak sepatutnya memberi alasan untuk tidak berusaha keras dan berjaya. Saya bermula dari bawah sebagai Junior Electrician di MMHE. Di sana saya belajar serta mengumpul pengetahuan dan pengalaman. Setelah beberapa tahun, saya mengambil keputusan untuk mengembangkan kerjaya di syarikat lain,” katanya. Menurutnya, pengalaman, sijil dan kompeten adalah nilai tambah yang membezakan setiap individu di industri. Chargeman perlu tahu ‘value’ diri dan menetapkan ‘career goal’ masing-masing. Hadir sama dalam sesi tersebut, Timbalan Pengarah KPHEP, Puan Alhamdura binti Mustapha, Penyelaras Jawatan kuasa Alumni Puan Suriah Jemaat, Ketua Jabatan, serta pensyarah Jabatan Elektrik dan Program Gas. Terlebih dahulu, Encik Huzzaidi telah diperkenalkan dan beramah mesra dengan Pengarah Ir. Ts. Rahim bin Selamat serta Pengurusan Tertinggi IKM Johor Bahru. Semoga perkongsian ini mampu membuka minda, memberi semangat dan maklumat serta motivasi kepada pelajar IKM Johor Bahru. 32IKM JOHOR BAHRU
CHARACTER RISE MANAGEMENT CAMP 2.0 (CHARISMA) Program Pengukuhan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Johor Bahru yang dijenamakan sebagai Character Rise Management Camp 2.0 (ChaRisma Camp 2.0) telah berlangsung selama tiga hari 2 malam dari 10 hingga 12 Februari 2023 bertempat di Teluk Gorek Chalet and Campsite, Mersing. Kursus melibatkan 38 orang MPP termasuk 17 calon baru yang dilantik bagi sesi ini. Selain itu, sembilan pensyarah pengiring terdiri daripada Penyelaras dan AJK Pelaksana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut terlibat. Objektif kursus yang menjurus kepada “team and character building” ini bertujuan menimbulkan kejelekitan dan team spirit dalam kalangan MPP yang dilantik. Kursus ini juga bermatlamat untuk meningkatkan jati diri, semangat kerjasama dan memperelokkan kepimpinan dalam diri MPP selain memberi peluang kepada MPP untuk berbincang merancang kertas kerja yang berkualiti dan bermutu untuk pembangunan tugas MPP. Banyak aktiviti dan acara telah dilaksanakan dengan jayanya di Pantai Telok Gorek. Antaranya ‘Water Tower’, ‘Raft Challenge’, ‘Jungle Tracking’, ‘Jungle Cooking’, ‘Nature Walk’, ‘Huddle as a Team’, ‘Management Games’ dan slot-slot kerohanian seperti tazkirah dan solat berjemaah. Semua peserta mengambil bahagian dalam aktiviti dengan pengawasan dan pemantauan pensyarah pengiring. Kemuncak program adalah Acara Penutup Perasmian yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (KPHEP), Puan Alhamdura binti Mustapha. 33JAUHAR
AUDIT SURUHANJAYA TENAGA (ST) UNTUK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GAS (DGS) 14 - 16 Februari 2023 - IKM Johor Bahru menerima kunjungan Pegawai Audit Suruhanjaya Tenaga (ST) yang diwakili oleh empat panel iaitu Ir. Ts. Shamsiddin bin Arshad, Encik Azlan bin Mohamed Nor, Encik Zahida bin Ismail, dan Puan Nor Arina bt Abdul Rashid. Kehadiran Pegawai Audit ST ini telah disambut oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), Ts Dr Azurin bin Shukur, Ketua Program Teknologi Kejuruteraan Gas Tuan Haji Zabihin bin Mohd Arbai, para pensyarah dan juruteknik. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk tujuan audit institusi dan panel menemuduga graduan DGS bagi Kompetensi Jurugegas Gas (JG) Kelas 1. Selain itu, pihak ST turut mengadakan sesi perkongsian maklumat dan taklimat bersama pelajar semester akhir DGS. Hubungan erat dan kerjasama antara ST dan IKMJB akan terus memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. 34IKM JOHOR BAHRU
PROMOSI ‘JOM MASUK IKM JB’: LAWATAN DARI SMK BANDAR UDA UTAMA 15 Februari 2023 - IKM Johor Bahru menerima kunjungan 80 pelajar tingkatan 4 dari SMK Bandar UDA Utama, Johor Bahru. Rombongan pelajar bersama dua guru pengiring tiba di IKM Johor Bahru kira-kira jam 9.00 pagi telah disambut oleh TP HEA, Ts Dr Azurin bin Shukur, TP KPHEP Puan Alhamdura binti Mustapha bersama Ahli Jawatan Kuasa Unit Promosi dan Seranta. Aktiviti dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Alhamdura yang turut berkongsi serba sedikit maklumat tentang sejarah institusi dan perlaksanaan program-program yang dijalankan di sini. Para peserta lawatan kemudia dibawa melawat ke tempat bengkel pelbagai jabatan. Antara program yang dikunjungi ialah Pembuatan, Pembuatan Produk Elektronik, Marin, dan Mekanik Industri. Selain berpeluang melihat lebih dekat peralatan dan mesin-mesin yang digunakan di bengkel, para pelajar juga mendapat informasi dan penerangan berkaitan program yang disampaikan oleh pensyarah bertugas. Semoga IKM Johor Bahru semakin dikenali dan menjadi pilihan lepasan SPM untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET. 35JAUHAR
IBRAH PERJALANAN AGUNG ISRAK DAN MIKRAJ 16 Februari 2023 - Islamic Excellence Centre (I-CENT) IKM Johor Bahru dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan ceramah Israk dan Mikraj di Dewan Takzim IKM Johor Bahru bersempena peristiwa tersebut jatuh pada bulan Rejab yang kita lalui hari ini. Ceramah dalam slot Pembangunan Modal Insan (PMI) ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Ellyeen Amineen bin Mohd Salleh dan dihadiri oleh semua warga IKM Johor Bahru. Antara isi penting pengisian ceramah tersebut ialah kisah peristiwa perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah SAW daripada Masjidil Al Haram Mekah ke Masjid Al Aqsar Palestin dan menuju ke Sidratul Muntaha. Ceramah turut diselang selikan dengan sesi soal jawab. Kebanyakan soalan dikemukakan oleh pelajar melalui aplikasi Whatsapp dan dijawab secara terus oleh penceramah. Sebagai penutup kepada majlis ilmu ini, para tetamu telah dihidangkan dengan alunan selawat oleh pelajar Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik dan Industri (DED). Terima kasih penceramah, penganjur, dan para hadirin. 36IKM JOHOR BAHRU
PELAJAR DPP TERIMA ANUGERAH MACRA TOP STUDENT AWARD 2022 17 Februari 2023 – Seorang pelajar Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan (DPP), Ameer Fitri bin Mohed telah terpilih menerima ‘Top Student Award 2022’ sempena Majlis Makan Malam Ulang tahun ke- 22 Malaysian Air- Conditioning & Refrigeration Association (MACRA). Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas juga diucapkan kepada Ameer Fitri dan semua pensyarah program terutama Encik Amirul Azmy bin Khamis serta Ketua Program DPP Puan Suhaila bte Md Kassim. Ameer Fitri kini berada di semester 5 dan mewakili IKM Johor Bahru dalam Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2022. Selain cemerlang dalam akademik, dia juga adalah pelajar yang bercita-cita tinggi dan berimpian bergelar ‘specialist’ dalam bidang Air-Conditioning and Mechanical Ventilation (ACMV) satu hari nanti. Untuk makluman, MACRA adalah persatuan yang menaungi individu, syarikat, dan pemain industri bidang ACMV di Malaysia. Terdapat lebih 200 syarikat bernaung di bawah MACRA. Hadir sama dalam majlis gilang-gemilang itu adalah Tuan Pengarah, Ir. Ts. Rahim bin Selamat. 37JAUHAR
KARNIVAL SUKAN PELAJAR SESI JANUARI – JUN 2023 19 Februari 2023 - Jawatankuasa Kelab, Sukan dan Rekreasi (staf dan pelajar) IKM Johor Bahru dengan kerjasama Exco Sukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menganjurkan Karnival Sukan Pelajar, sesi Januari- Jun 2023. Karnival Sukan tersebut berlangsung bermula dari 19 Februari 2023 sehingga Majlis Penutup Minggu Aktiviti pertengahan Mac. Pelbagai acara dijalankan sepanjang karnival berlangsung. Antaranya ialah bola tampar, bola sepak, bola jaring, dan sebagainya. IKM Johor Bahru meriah! 38IKM JOHOR BAHRU
KURSUS SMAW+GTAW DAN BLASTING AND PAINTING 6 Februari 2023 - Seramai 31 pelajar semester 5 dan 6 Diploma Kompetensi Kimpalan (ITW) serta 19 pelajar semester 3 Diploma Industri Siapan Logam (IMF) menjalani kursus jangka pendek di CIDB Johor Bahru. Pelajar ITW menjalani kursus 6G SMAW dan Kimpalan Tinggi 6GC SMAW+ GTAW. Manakala pelajar IMF pula mengikuti kursus Blasting dan Painting Tahap 2. Kursus dijalankan secara separuh masa selepas waktu kuliah formal di IKM. Peringkat awal perancangan kolabrasi IKM Johor Bahru dan CIDB telah dimulakan dengan perbincangan antara Pengarah IKM Johor Bahru Ir. Ts. Rahim bin Selamat bersama QA/ QC Manager CIDB Encik Sier Akmalhadi bin Mat Noor. Majlis ringkas penyerahan pelajar kepada pihak CIDB telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) Ts Dr Azurin bin Shukur. Kursus jangka pendek sebegini adalah salah satu inisiatif program untuk melengkapkan graduan dengan sijil tambahan selain Diploma Kompetensi IPMA dan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 yang diperoleh di IKM Johor Bahru. KURSUS NONDESTRUCTIVE TESTING (NDT) PENETRANT TESTING 19 Februari 2023 - Seramai 15 orang pelajar semester 5 Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS) menjalani kursus jangka pendek di CIDB Johor Bahru bermula hari ini. Pelajar dihantar mengikuti kursus Nondestructive Testing (NDT) dan program berlangsung selepas tamat waktu kuliah formal di IKM Johor Bahru. Manakala kumpulan kedua seramai 21 orang pelajar dijangka akan memulakan kursus sama pada April. Majlis ringkas penyerahan pelajar kepada pihak CIDB telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), Ts Dr Azurin bin Shukur. Kursus jangka pendek sebegini adalah salah satu inisiatif program untuk melengkapkan graduan dengan sijil tambahan selain yang diperoleh di IKM Johor Bahru. PELAJAR IKM JOHOR BAHRU HADIRI KURSUS JANGKA PENDEK DI CIDB 39JAUHAR
LAWATAN PANEL INDUSTRI KE PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN PRODUK ELEKTRONIK 19 Februari 2023 - Bagi memenuhi piawaian ditetapkan ETAC agar program yang ditawarkan berkualiti dan memenuhi keperluan semasa industri, pihak IKM Johor Bahru telah melantik Electrical and Electronic Manager Funai Malaysia Sdn. Bhd., Encik Halmi bin Hasrgat sebagai Panel Industri bagi Program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik bagi tahun 2023. Antara tanggungjawab Panel Penasihat Industri adalah berkolaborasi dengan pihak program melalui kerjasama dalam aktiviti pendidikan teknikal seperti latihan industri pelajar, latihan sangkutan tenaga pengajar, sesi perkongsian teknologi terkini serta memberi maklumbalas berkaitan kurikulum yang dapat membantu meningkatkan kualiti program. Semoga kerjasama dengan pihak industri ini akan meningkatkan kualiti graduan IKM Johor Bahru. 40IKM JOHOR BAHRU
PELAJAR ITW IKM JOHOR BAHRU PILIHAN INDUSTRI TEMPATAN 21 Februari 2023 - Seramai 15 pelajar semester 5 Program Diploma Kompetensi Kimpalan (ITW) dijemput menghadiri sesi penerangan skop perkerjaan oleh sebuah syarikat kejuruteraan di perindustrian sekitar Johor Bahru. Menurut Pegawai Latihan Industri (LI) Puan Suraya Ibrahim, selain sesi taklimat pelajar dipelawa menghadiri sesi temuduga bersama majikan dan seramai enam atau tujuh pelajar yang terpilih akan ditempatkan di syarikat ini. Berita baik kepada pelajar yang terpilih, jika mereka berjaya mencapai standard kerja yang ditetapkan syarikat dan mempamerkan prestasi baik, mereka akan ditawarkan pekerjaan dengan gaji menarik. Turut bersama mengiringi pelajar ini adalah Ketua Jabatan Mekanikal, Encik Mohd Haffis Abd Razak dan pensyarah program ITW. 41JAUHAR
KOLABORASI INDUSTRI: J.K WIRE HARNESS SDN BHD BERI MANFAAT KEPADA PROGRAM MEKATRONIK. 13 Februari 2023 - Delegasi diketuai oleh Puan Suraya binti Ibrahim Pegawai Perhubungan Industri bersama Ketua Jabatan Elektronik, Encik Rosli bin Rahmat, Ketua Program Mekatronik, Encik Jamaluddin bin Juma’at, dan pensyarah program telah mengadakan lawatan kerja industri ke J.K Wire Harness. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan kerjasama industri dalam perancangan IKM Johor Bahru menaik taraf Program SMK kepada Diploma Industri. IKM Johor Bahru menerima pandangan secara langsung daripada pemain industri untuk turut bersama membangunkan silibus yang bersesuaian dalam bidang mengikut keperluan industri. KOLABORASI INDUSTRI: SURTREAT SOLUTIONS (M) SDN BHD BERI IMPAK KEPADA PELAJAR PROGRAM SADUR LOGAM (IMF) 14 Februari 2023 - Usahasama dan jalinan industri diteruskan dengan kunjungan ke Surtreat Solutions (M) Sdn Bhd. IKM Johor Bahru telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), Pegawai LI Puan Suraya binti Ibrahim, Ketua Jabatan Elektrik Ts Khamelrun Shah bin Mat Jamil, Ketua Program Siapan Logam (IMF) Encik Asmawi bin Mispan, dan pensyarah program. Objektif lawatan bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkenaan peluang kolaborasi sebagai panel industi bagi Program IMF, yang berfungsi sebagai penasihat industri terhadap perjalanan dan perlaksanaan program IMF agar ianya seiring dan selari dengan kehendak industri sadur logam. KOLABORASI IKM JOHOR BAHRU DAN BADAN INDUSTRI 42IKM JOHOR BAHRU
KOLABORASI INDUSTRI: USAHARIDA SDN BHD DAN PROGRAM MEKATRONIK 22 Februari 2023 - Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, Pegawai Latihan Industri (LI) Puan Suraya binti Ibrahim bersama Ketua Jabatan Elektronik Encik Rosli bin Rahmat, Ketua Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (SMK) Encik Jamaluddin bin Jumaat, dan pensyarah program telah mengadakan lawatan industri ke Usaharida Sdn. Bhd. Objektif utama lawatan membincangkan rancangan naik taraf Program SMK kepada Diploma Industri. Dalam lawatan tersebut, wakil IKM Johor Bahru menerima pandangan secara langsung dari pemain industri untuk pembentukan silibus yang bersesuaian mengikut keperluan dan kehendak majikan. LAWATAN INDUSTRI KE TXMR SDN BHD, CHERAS 23 Februari 2023 - Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, Pegawai Latihan Industri (LI) Puan Suraya binti Ibrahim bersama Ketua Jabatan Elektronik Encik Rosli bin Rahmat, Ketua Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (SMK) Encik Jamaluddin bin Jumaat, dan pensyarah program telah mengadakan lawatan industri ke TXMR Sdn. Bhd. Objektif utama lawatan adalah mengadakan pembentangan perancangan naik taraf Program SMK kepada Diploma Industri dan perbincangan kerjasama strategik dua hala yang dijangka akan memberi manfaat yang memberangsangkan kepada kedua-dua pihak. SUPREME DIDACTIC SDN. BHD. BERSEDIA BANTU IKM JB WUJUDKAN INDUSTRIAL CENTRE OF EXCELLENCE (iCOE) 23 Februari 2023 - Supreme Didactic Sdn. Bhd. dan IKM Johor Bahru dalam perancangan menjalinkan kerjasama erat bagi mewujudkan iCOE - SIEMENS centre of excellence bagi zon selatan. Lawatan ke Supreme Dedactic yang diketuai oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, Pegawai Latihan Industri (LI) Puan Suraya binti Ibrahim bersama Ketua Jabatan Elektronik Encik Rosli bin Rahmat, Ketua Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (SMK) Encik Jamaluddin bin Jumaat, dan pensyarah program telah membuahkan hasil yang positif dan bakal memberi manfaat kepada pelajar dan pekerja industri dalam bidang elektronik. Pihak syarikat juga telah menawarkan lebih 20 peluang pekerjaan khas kepada graduan IKM Johor Bahru. 43JAUHAR
KUNJUNGAN MUHIBBAH DELEGASI POLITEKNIK UNGKU OMAR KE IKM JOHOR BAHRU 22 Februari 2023 - IKM Johor Bahru telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Kejuruteraan Perkapalan Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak. Seramai 12 pegawai PUO ini telah disambut oleh YBhg. Dr. Azurin bin Shukur TPHEA HEA, Pn. Alhamdura Mustapha TPKPHP, Ahli Pengurusan dan pensyarah-pensyarah program Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin. Kunjungan bertujuan membentuk satu jaringan kerjasama antara PUO dan IKM Johor Bahru dalam bidang Teknologi Marin bagi menyokong pembentukan TVET Collaboration Hub. Secara dasarnya, dengan pengwujudan kumpulan ini, semua pusat latihan teknologi marin seharusnya mendapat manfaat di mana lebih banyak lagi ruang-ruang kolaborasi boleh diteroka dan memberi kebaikan bersama terutamanya kepada pelajarpelajar. Kedua-dua pihak saling bertukar pandangan dan berkongsi cara urus tadbir program bermula dari perjalanan program sehinggalah kepada pengurusan pelajar di semasa latihan di IKM dan latihan industri. Walaupun ini merupakan kunjungan kali pertama, secara keseluruhannya pertemuan ini sedikit sebanyak dilihat dapat memberi satu nafas baru dalam memajukan bidang TVET di Malaysia khususnya dalam bidang marin antara kedua-dua pihak. 44IKM JOHOR BAHRU
GRADUAN ELEKTRONIK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI UNIVERSITI LUAR NEGARA Syabas dan tahniah! Seluruh warga IKM Johor Bahru mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdra. Badrul Amin bin Abdullah, graduan Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) kerana berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor’s Degree) di University of Canterbury, New Zealand. Dia ditawarkan mengikuti pengajian dalam ‘Bachelor of Engineering (Honours), Electrical and Electronics’. Badrul Amin menamatkan pengajian di IKM Johor Bahru pada 2018 dan seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat diploma di MARA Japan Industrial Institute (MJII) dalam bidang ‘Electronic Engineering (Data and Transmission Network)’. 45JAUHAR
TAKLIMAT KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI PEMADAMAN 23 Februari 2023 - MARA Emergency Response Team (MERT) IKM Johor Bahru dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Larkin telah menganjurkan Taklimat Kebakaran dan Demonstrasi Pemadaman. Aktiviti yang berlangsung di Dewan Takzim dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) Ts Dr Azurin bin Shukur dan diteruskan dengan taklimat kebakaran oleh Pegawai Bomba Kanan 2 Tuan Syuhaidy Fazly bin Yahaya. Aktiviti adalah termasuk demonstrasi pemadaman api yang disertai oleh staf dan pelajar IKM Johor Bahru dengan pengawasan dan bimbingan anggota bomba. Terima kasih diucapkan kepada pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin. 46IKM JOHOR BAHRU
MESYUARAT PELARASAN PROGRAM GERAK KERJAYA JOHOR 2023 ZON SELATAN 27 Februari 2023 – IKM Johor Bahru sekali lagi diberi kepercayaan menjadi rakan strategik dan tuan rumah penganjuran karnival kerjaya yang dijadualkan pada Mac nanti. Pada Tarikh ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina telah berlangsung Mesyuarat Pelarasan Program Gerak Kerjaya Johor 2023, Peringkat Zon Selatan anjuran Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor bersama PERKESO Johor Bahru. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat itu telah dihadiri oleh Pengurus Besar SMI Johor Puan Tazrina binti Ahmad bersama pegawai SMI Johor serta pegawai PERKESO Johor Bahru. Antara objektif penganjuran karnival adalah mempromosikan peluang pekerjaan kepada pencari kerja di kalangan lepasan SPM, graduan, dan pencari kerja aktif. Selain itu, karnival juga menjadi platform majikan membuat pemilihan calon yang layak mengisi kekosongan di syarikat masing-masing. Beberapa persetujuan telah dicapai antaranya ialah Program Gerak Kerjaya Johor 2023 akan dilangsungkan pada 19hb Mac 2023 di Dewan Takzim IKM Johor Bahru dan bakal disertai oleh 15 majikan pelbagai industri. 47JAUHAR
‘PUNCH CARD’ TERAKHIR PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN AM 28 Februari 2023 – Tarikh hari ini merupakan hari terakhir Pn. Nor Ezwani binti Mat Nor, Pensyarah Unit Matematik IKM Johor Bahru berkhidmat dalam MARA. Semoga lebih cemerlang dengan kerjaya yang diceburi. Jasamu tetap dikenang. 48IKM JOHOR BAHRU
2 Mac 2023 - Seramai 257 penerima Anugerah Dekan sesi Julai- Disember 2022 diraikan dalam Majlis Anugerah Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar (AKCEP) Januari - Jun 2023. Majlis anugerah dengan tagline ‘Anda Permata Bersinar’ itu berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Dewan Takzim IKM Johor Bahru yang dihadiri oleh semua warga institusi. Acara dimulakan dengan perarakan masuk Ahli Pengurusan IKM Johor Bahru yang diketuai oleh Tuan Pengarah Ir. Ts. Rahim bin Selamat. Perarakan masuk didahului dengan pembawa Cokmar dan diiringi dengan alunan muzik gemelan. Diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, dan Majlis Amanah Rakyat dan diikuti majlis bacaan doa. Ketua Progam Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas, Tuan Ts. Haji Zabihin bin Arbai selaku wakil hos ucapan. Sementara itu Pengarah IKM Johor Bahru dalam ucapannya, melahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah. Beliau juga menyampaikan ucapan penghargaan kepada Jawatan Kuasa AKCEP yang berjaya menganjurkan majlis dengan penuh meriah. Tidak dilupakan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pensyarah yang tanpa jemu mendidik dan membimbing pelajar. Pengarah berharap agar pelajar lain terus meningkatkan usaha dan menjadikan kejayaan rakan-rakan sebagai pembakar semangat untuk turut mencapai kecemerlangan pada semester ini dan seterusnya. Selain penyampaian Anugerah Dekan, majlis turut meraikan pelajar dan pensyarah yang menunjukkan kecemerlangan luar bilik kuliah di sepanjang sesi akademik lalu, seperti pelajar yang dipilih sebagai pemenang Top Student Award Malaysian Air- Conditioning & Refrigeration Association (MACRA) 2022, peserta World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2022, pensyarah yang menyertai World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) 2022, dan penyerahan Watikah Latikan Worldskills Asean Competition (ASC) Singapore 2023. Majlis diselang seli dengan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar DGS dan diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada 12 penerima Anugerah Grade Point Average (GPA) 4.00. ANUGERAH APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR SESI JANUARI - JUN 2023: ANDA PERMATA BERSINAR! Kemuncak acara adalah penyampaian Anugerah Khas Pengarah yang dimenangi oleh Muhammad Haikal Siahan bin Amran Harry Juanda dari Program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik, semester 5. Antara Pencapaian Haikal sepanjang semester ialah: - Pencapaian Anugerah Dekan semester 1,2 dan 3 - Pemenang Pingat Gangsa bagi Pertandingan Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx 2022) - Mewakili IKM Johor Bahru dalam WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), dan layak ke peringkat akhir - Pemenang Sijil Kecemerlangan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) peringkat akhir - Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Johor Bahru - Mewakili IKM Johor Bahru dalam perlawanan persahabatan sukan bola sepak Diharapkan penganjuran majlis sebegini menjadi pembakar semangat, meningkatkan motivasi, dan memberi inspirasi kepada semua pelajar dan staf untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan di masa akan datang. Tahniah semua penerima anugerah, penganjur dan seluruh warga IKM Johor Bahru. Anda Permata Bersinar! Senarai penerima Anugerah GPA 4.00 49JAUHAR
50IKM JOHOR BAHRU