The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nanjah, 2023-06-27 04:21:11

BULETIN JAUHAR IKMJB EDISI JAN-JUN 2023

BLETIN JAUHAR IKMJB EDISI JAN-JUN 2023

KEUSAHAWANAN PELAJAR IKMJB


AKTIVITI KEUSAHAWANAN PELAJAR ‘PaLam 1.0 -.3.0’ IKM JB Penekanan kepada RISE : Religious, Innovative, Skills, Entrepreneurship diberi perhatian serius di pusat TVET MARA termasuk IKM Johor Bahru. Bagi melengkapkan elemen ‘Entrepreneurship’, salah satunya melalui kursus wajib ambil iaitu Keusahawanan di mana Unit Keusahawanan IKM Johor Bahru telah menganjurkan ‘PaLam IKM JB’ yang merupakan singkatan nama program untuk Program Pasar Malam IKM Johor Bahru. Program yang melibatkan pelajar pelbagai program tersebut telah berlangsung sebanyak tiga kali iaitu pada: 1. PaLam 1.0: 12 Januari 2023 2. PaLam 2.0: 09 Februari 2023 3. PaLam 3.0: 09 Mac 2023 102IKM JOHOR BAHRU


Antara objektif program adalah mendedahkan pelajar dengan proses mencari sumber bahan mentah dan pembekal, menjana idea kreatif berkaitan keusahawanan, mempraktikkan kaedah berkomunikasi yang berkesan dan mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah kejurujualan dan pelbagai ‘soft skills’ yang lain. Sebelum melakukan aktiviti jualan, pelajar perlu membuat kaji selidik tentang produk yang hendak dijual. Mereka juga mencari pembekal yang menawarkan harga bersesuaian, mengkaji kaedah pemasaran serta pengiklanan, dan sebagainya. Pelbagai menu menarik dan menyelerakan dijual di gerai – gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar dengan bimbingan dan pemantauan pensyarah Unit Keusahawanan. Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, Timbalan Pengarah KPHEP Puan Alhamdura binti Mustapha serta staf lain turut bersamasama turun padang dan menyokong aktiviti ‘PaLam 1.0, 2.0 dan 3.0’ tersebut. 103JAUHAR


Menurut Ketua Jabatan Pengajian Am, Puan Zulimah Naida binti Zulkifli, ‘PaLam’ pada asalnya dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kursus. Bagaimanapun setelah menerima sambutan hangat pada semester lalu, acara ini dijadikan aktiviti bulanan Unit Keusahawanan.Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pensyarah dan pelajar. Terima kasih juga kepada warga IKM Johor Bahru yang selalu menyokong aktiviti dalam dan luar bilik kuliah pelajar. 104IKM JOHOR BAHRU


PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN INOVASI WARGA IKM JB PELAJAR IKM JB WAKILI MALAYSIA KE WORLDSKILLS ASEAN COMPETITION (ASC) SINGAPORE 2023 TAHNIAH DAN SYABAS! Warga IKMJ Johor Bahru mengucapkan ucapan setinggitinggi tahniah dan syabas kepada pelajar semester 5 Program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (DEK) Aiman Aizat bin Mahmmed Zulkefflee kerana terpilih sebagai peserta negara ke WorldSkills ASEAN Competition (ASC) Singapore, 2023 bidang Mekatronik. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada jurulatih Encik Mawardi bin Ahmad yang bertungkus lumus melatih dan menyediakan peserta bermula di peringkat Pra Kelayakan tahun lalu. Didoakan agar Aiman Aizat berjaya menyumbangkan pingat emas kepada negara dan membanggakan MARA dan IKM Johor Bahru khasnya. Anda kebanggaan kami! MAWARDI KEBANGGAAN IKM JOHOR BAHRU! Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Mawardi bin Ahmad, Pensyarah Elektronik IKM Johor Bahru yang dilantik sebagai Jurulatih Negara bagi Pertandingan WorldSkills ASEAN (WSA) Singapore 2023 dalam bidang Mechatronics. Pertandingan ini akan berlangsung di Suntec, Singapore dari 18 hingga 28 Julai 2023 nanti. Perlantikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia ini memberi tanggungjawab kepada beliau untuk melatih dan menyelia peserta negara sebagai persediaan ke Pertandingan WorldSkills ASEAN Singapore 2023 di bawah seliaan Pakar Negara. Seluruh warga institusi mendoakan kejayaan serta dipermudahkan urusan Encik Mawardi dan Sdra. Aiman Aizat bin Mohamed Zulkeflee sebagai peserta Pertandingan WorldSkills ASEAN Singapore 2023. Syabas dan tahniah! 106IKM JOHOR BAHRU


SYABAS DAN TAHNIAH PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI International Innovation Awards dan Asian Youth Innovation Awards 2023 Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada pensyarah dan pelajar yang telah memenangi pingat perak dan gangsa dalam pertandingan International Innovation Awards dan Asian Youth Innovation Awards 2023. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan motivasi kepada warga IKM Johor Bahru yang lain untuk turut mencapai kejayaan dalam pelbagai pertandingan seumpama ini di masa hadapan. Diharapkan juga nama IKMJB terus bersinar dalam pelbagai pertandingan yang lain. SIMBOLIK PELEPASAN PESERTA WSMB 2023; TAHNIAH SEMUA PESERTA! Acara penyampaian Amanat Pengarah dan Simbolik Pelepasan Peserta ke Latihan Berpusat Persedian Peserta MARA ke Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2023 Pra Kelayakan bidang Elektrik dan Penyejukan dan Penyamanan Udara telah diadakan secara ringkas di Lobi Bangunan Integrasi pada 15 Mei 2023. Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta semua bidang, jurulatih, Ketua Jabatan, dan Ketua Program yang menyertai Pertandingan WSMB. Peserta bidang Elektrik akan menjalani latihan di IKM Seberang Prai Utara, Pulau Pinang manakala peserta bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara akan mengikuti latihan berpusat di IKM Beseri, Perlis. Selain itu, turut berlangsung serentak ialah simbolik pelepasan peserta WSMB bidang Kimpalan, Mekatronik dan Kejuruteraan Mekanikal CAD. Dalam amanat kepada peserta, Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat berharap peserta melakukan yang terbaik dan tidak mudah berputus asa. Beliau juga mendoakan kejayaan semua peserta agar dapat mengharumkan nama IKM Johor Bahru dan MARA. Tahniah kepada semua peserta Pra-Kelayakan WSMB 2023. 107JAUHAR


108IKM JOHOR BAHRU


TAHNIAH PEMENANG ANUGERAH PERTANDINGAN INTERNATIONAL INNOVATION ARSVOT MALAYSIA 2023 (IAM2023) 26 Jun 2023, Isnin : Tahniah kepada pensyarah dan pelajar IKM JB yang telah memenangi anugerah di Pertandingan International Innovation ARSVOT Malaysia 2023 pada 24 dan 25 Jun 2023 yang berlansung secara hybrid(online dan fizikal) di Corus Hotel K.Lumpur. Keputusan adalah seperti berikut:- GOLD & BEST AWARD: Nama Projek: Electro Egg Sorting Norhatini Binti Ibrahim Syarifah Binti Abdul Rahim Mohamed Aiman Bin Mohamed Zamri Aiman Harith Bin Mohd Azmi SILVER AWARD: Nama Projek: Motorcycle Recorder with App System Tc. Yusuf Bin Mohammad Rambeli Mohd Haffis Bin Abd Razak Mohammad Fais Bin Abdul Rahim Nurhisyam Bin Azman Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 109JAUHAR


110IKM JOHOR BAHRU


111JAUHAR


112IKM JOHOR BAHRU


MAJLIS MERAIKAN KENAIKAN PANGKAT DAN PERTUKARAN PENGARAH 19 Jun - Badan Ugama dan Kebajikan (BUK) IKM Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Meraikan Kenaikan Pangkat dan Pertukaran Mantan Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat. Acara santai namun penuh bermakna dengan tema Korporat itu telah dilangsungkan di Dewan Takzim dan dihadiri oleh semua staf IKM Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar kenang-kenangan Ahli Pengurusan IKM Johor Bahru di hadapan lobi bangunan Integrasi. Ir. Ts. Rahim dan ahli pengurusan kemudiannya berarak masuk ke Dewan Takzim. Selesai bacaan doa, Pengerusi BUK Ir. Ts. Azlihan bin Abd ziz dijemput memberikan ucapan alu-aluan diikuti oleh Ketua-ketua Jabatan, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (PPTK) dan Timbalan-timbalan Pengarah. Acara kemuncak ialah ucapan perpisahan oleh Ir. Ts. Rahim. Dalam ucapan terakhir kepada warga IKM Johor Bahru, beliau mengingatkan semua staf yang hadir untuk sama-sama menghayati visi dan misi MARA. 114IKM JOHOR BAHRU


“Kita di sini menjalankan amanah yang besar untuk memanjukan anak bangsa. setiap individu di sini bertanggungjawab memacu mara mencapai visi dan misi MARA. Para pensyarah perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan matlamat melahirkan anak bangsa yang berjaya dapat dipenuhi,” katanya. Pada akhir ucapan, beliau melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua staf yang bersama-sama merealisasikan semua perancangan sepanjang 14 bulan beliau menjadi Pengarah IKM Johor Bahru. “Tuan puan telah meletakkan IKM Johor Bahru pada satu tahap yang membanggakan. ini adalah kejayaan kita bersama. semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.” ujarnya. Sebelum majlis berakhir, sebuah video montaj yang menyentuh hati telah dipertontonkan kepada para hadirin. Sebagai penutup majlis, acara simbolik menanam pokok telah dilaksanakan di tepi padang bola sepak IKM Johor Bahru. Seluruh warga institusi mengucapkan syabas dan selamat berpindah CRS ke IKM Seberang Perai Utara. Segala budi dan jasa CRS akan kami kenang! Kalau Ada Sumur Diladang, Boleh Kami Menumpang Mandi, Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi. 115JAUHAR


@ikmjbofficial FACEBOOK YOUTUBE TIKTOK INSTAGRAM TWITTER


Click to View FlipBook Version