The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nanjah, 2023-06-27 04:21:11

BULETIN JAUHAR IKMJB EDISI JAN-JUN 2023

BLETIN JAUHAR IKMJB EDISI JAN-JUN 2023

51JAUHAR


KERJASAMA IKM DAN APM JOHOR BAHRU BANTU MANGSA BANJIR 1 Mac 2023 - Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru memberikan khidmat bantuan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai petugas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Johor Bahru. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar IKM Johor Bahru khususnya dari program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan (DPP) yang berkesudian untuk bertugas secara sukarela bagi membantu APM Daerah Johor Bahru dan memastikan proses pemindahan penduduk terjejas banjir berjalan dengan lancar. CSR TEKNIKAL BAIK PULIH KEROSAKAN KABEL ELEKTRIK BAWAH TANAH 2 Mac 2023 - Seramai 16 pelajar Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) IKM Johor Bahru bersama 2 orang pensyarah terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat (CSR) mengesan dan membaik pulih kerosakan kabel elektrik bawah tanah di KKTM Sri Gading. Kumpulan pelajar semester 6 bersama dua pensyarah Jabatan Elektrik iaitu Encik Norazhar bin Md Anuar dan Ts Azlihan bin Abdul Aziz mengambil masa tiga hari untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Menurut Encik Norazhar, kerjakerja dilakukan oleh pelajar dengan panduan dan pemantauan daripada pensyarah. MAC: BULAN KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) IKM JOHOR BAHRU 52IKM JOHOR BAHRU


“Keadaan cuaca yang tidak menentu memberi cabaran kepada pelajar. Bagaimanapun, mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik. Pendedahan kepada situasi sebenar alam pekerjaan menjadi salah satu kelebihan pelajar IKM Johor Bahru. Mereka mengenal pasti punca, merangka strategi, dan menyelesaikan masalah seperti yang diarahkan. Ini adalah pengalaman yang tidak boleh diperoleh di bilik kuliah,” kata Encik Norazhar. Pasukan Khidmat Masyarakat (CSR) IKM Johor Bahru aktif menjalankan kerja amal sama ada CSR teknikal atau kerja kemasyarakatan. Pasukan CSR IKM Johor Bahru kerap menerima jemputan usaha sama dengan pelbagai agensi lain. Tahniah dan terima kasih pasukan CSR IKM Johor Bahru! PELAJAR SEP MEMBUAT KERJA PENYELENGGARAAN KETINGGIAN 40 KAKI 5 Mac 2023 - Alah bisa tegal biasa pepatah sesuai menggambarkan pelajar semester 4 Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa (SEP) yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan di Dewan Takzim IKM Johor Bahru. Seramai 18 pelajar SEP dengan kerjasama 13 pelajar Pogram Separuh Masa Elektrik (PSME) menjalankan kerja pembaikan dan penggantian lampu-lampu pada ketinggian 40 kaki di Dewan Takzim. Pratikal ini dijalankan dengan pengawasan pensyarah berpengalaman Encik Mohd Ariff bin Yahaya bersama-sama beberapa pensyarah lain telah melibatkan penggunaan ‘Scissor Lift’ dan mematuhi prosedur keselamatan yang ketat. Aktiviti penyelenggaraan ini salah satu komponen dalam subjek Industrial Installation and Electrical Maintenance. Pelajar didedahkan dengan kaedah mengenal pasti punca serta masalah, merancang, dan seterusnya melaksanakan tugasan seperti dikehendaki. Sementara itu menurut Tuan Pengarah, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, IKM Johor Bahru mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk melakukan kerja-kerja sebegini. Menjadi satu kerugian jika tidak dimanfaatkan sebaiknya. “Selain boleh menjimatkan kos penyelenggaraan, aktiviti ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik kepada pelajar. Para pelajar dapat merasai sendiri suasana dan pengalaman sebenar seperti bekerja di industri. Ini selaras dengan ketetapan kami yang melaksanakan latihan amali melebihi teori,” katanya. 53JAUHAR


CSR PASCA BANJIR DI RUMAH IBU BAPA PENSYARAH IKM JOHOR BAHRU 8 Mac 2023 - Pasukan CSR IKM Johor Bahru terdiri daripada 12 staf dan 20 pelajar Jabatan Elektrik dan Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin (SMM) menjalankan kerja kemasyarakatan pasca banjir di Kluang, Johor. Aktiviti CSR melibatkan kerja amal di kediaman ibu bapa dua pensyarah diketuai oleh Penyelaras CSR, Encik Norazhar bin Md Anuar. Menurut Encik Norazhar antara kerja yang dilakukan hari ini ialah pembersihan kediaman, pembaikan kenderaan serta alat elektrik yang ditenggelami banjir. “Staf dan pelajar IKM Johor Bahru mempunyai kepakaran dalam kerja teknikal terutama baik pulih kenderaan dan peralatan elektrik, jadi kami memanfaatkan kebolehan itu untuk meringankan beban mangsa banjir. Aktiviti hari ini adalah permulaan kepada beberapa siri bantuan kepada mereka yang terjejas. Semoga usaha dan sumbangan kecil ini mampu meringankan beban mereka,” katanya. Untuk makluman, tahun lalu pasukan CSR IKM Johor Bahru turut terlibat dengan kerja amal dan kemasyarakatan pasca banjir di Bentong, Pahang. Usaha serta sumbangan mereka telah mendapat liputan banyak akhbar tempatan. Semoga penglibatan dalam kerja kemasyarakatan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. 54IKM JOHOR BAHRU


CSR BANJIR: KORBANKAN KESERONOKAN MINGGU AKTIVITI DEMI RAKAN YANG DITIMPA MUSIBAH 21 Mac 2023 - Seramai 15 pelajar program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (SEP) melaksanakan misi khidmat masyarakat pasca banjir di rumah seorang rakan mereka di Parit Sulong, Batu Pahat. Aktiviti CSR yang diketuai oleh Penyelaras CSR IKM Johor Bahru, Encik Norazhar bin Mad Anuar itu turut disertai oleh empat pensyarah Jabatan Elektrik dan Pengajian Am. Pasukan CSR bertolak jam 8.00 pagi dan singgah di Giat MARA Parit Sulong untuk taklimat pelarasan tugas, kemudian berpecah mengikut lokasi yang dipersetujui. Setiba di rumah pelajar, Muhamad Arif bin Moh Pardon di Kampung Parit Yusof hati begitu tersentuh. Selepas hampir sebulan banjir besar melanda Johor, rumahnya masih digenangi air. “Ayah saya baru menjalani pembedahan dan tidak mampu bergerak. Beberapa bahagian dalam rumah masih ditenggelami air. Ayah saya berkerusi roda, jadi kami terpaksa menyewa homestay di kampung sebelah. Sudah terlalu lama kami menyewa di sana, jadi kami bercadang untuk pulang dan berpuasa di rumah,” katanya lagi. Oleh kerana air masih belum surut sepenuhnya di dalam rumah, ahli pasukan kemudiannya bertindak membersihkan beberapa bilik, surau, perabot, dan peralatan lain yang terselamat dan masih boleh digunakan. Muhamad Arif menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang dan membantu meringankan beban mereka sekeluarga walaupun pada waktu tersebut sedang berlangsung Minggu Aktiviti Pelajar. Dalam pada itu, sekumpulan kecil pelajar dan staf turut melaksanakan aktiviti pembersihan di surau Haji Mad Som, di Jalan Yong Peng. Menurut Encik Mohd Ariff bin Yahaya, pada asalnya mereka singgah untuk menunaikan solat Zohor dan mendapati surau tersebut masih belum dibersihkan oleh mana-mana pihak. “Hampir seluruh kawasan Parit Sulong ditenggelami banjir. Banyak kawasan perlu dibersihkan. Mungkin ada yang terlepas pandang surau ini, jadi kami cuba semampu yang boleh untuk membantu,” katanya. Pasukan CSR selamat tiba di IKM Johor Bahru lebih kurang jam 8.30 malam. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta. 55JAUHAR


KURSUS PENSYARAH JABATAN ELEKTRONIK 5 hingga 8 Mac 2023 - Kursus PLC SIEMENS berlangsung selama 4 hari di Lab Automation Jabatan Elektronik melibatkan 10 orang pensyarah Program Diploma Tek. Kej Pembuatan Elektronik yang dikendalikan oleh syarikat pembekal SUPREME DIDACTIC Sdn Bhd. Kursus ini melibatkan kemahiran penyambungan litar, programing PLC dan penggunaan HMI. Kemahiran ini kemudiannya akan disampaikan kepada para pelajar Diploma Elektronik IKM Johor Bahru secara teori dan amali, seiring dengan keperluan industri. Supreme Didactic Sdn Bhd dan IKM Johor Bahru dalam perancangan untuk menjalinkan kerjasama erat dengan menjadikan pensyarah Jabatan Elektronik sebagai train of trainer (TOT) bagi mewujudkan SIEMENS centre of excellence bagi zon selatan. 56IKM JOHOR BAHRU


KURSUS INDUKSI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 9 Mac 2023 - Kursus yang disampaikan oleh pihak NIOSH Wilayah Selatan (JOHOR) melibatkan pelajarpelajar dari Program Dploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan (DPP) dan Diploma Kompetensi Kimpalan (DKK) semester 5. PROGRAM BACAAN YASIN DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG 9 Mac 2023 - Majlis Bacaan Yasin dan tazkirah telah dipimpin oleh Pensyarah Pengajian Islam, Ustaz Ahmadhakamulmuhsi bin Che Adni. Turut berlangsung ialah Majlis Jasamu Dikenang yang meraikan staf Unit Pentadbiran, Pn. Rabiatul Aziemah binti Alias yang akan meneruskan perkhidmatan di Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan. 57JAUHAR


TAZKIRAH ASPURI: RAMADAN BULAN TRANSFORMASI DIRI 9 Mac 2023 - Seramai 53 orang pelajar Aspuri menyertai sesi tazkirah petang yang disampaikan oleh Ustazah Kamaliah binti Rahmat. Turut hadir bersama Puan Syuhana binti Sulaiman selaku Felo Aspuri, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru. Menariknya sesi takzirah ini adalah berkenaan dengan bulan Ramadhan yang akan datang beberapa hari sahaja lagi. Ustazah menerangkan perkara - perkara yang perlu kita lakukan semasa bulan ramadhan nanti. Syabas semua pelajar kerana telah menghadirkan diri. Terima kasih Unit Agama Islam dan Aspuri atas usaha ini. 58IKM JOHOR BAHRU


TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH KHAS INDUSTRI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA (MKP) IPMA 2023 Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima Anugerah Khas Industri. Seramai 3 orang graduan IKM Johor Bahru iaitu - Ahmad Farriez Adha bin Md Yusof dari Program Diploma Kompetensi Kimpalan - Muhd Izmi Izam bin Abdullah dari Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan - Abdul Rahim bin Khalid dari Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri Anugerah ini diberikan oleh pihak industri kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sewaktu menjalani Latihan Industri (LI). Penganugerahan ini membuktikan pelajar IKM Johor Bahru bersedia dan mampu bersaing di pasaran pekerjaan. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama IKM Johor Bahru. Syabas dan tahniah! CORAT -CORET MKP IPMA 2023: ALUMNI IKM JB DALAM RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA Video menampilkan aksi spontan Alumni IKM Johor Bahru pada Majlis Konvokesyen Perdana (MKP) IPMA 2023 baru-baru ini telah tular di aplikasi TikTok. Rentetan dari video viral tersebut, alumni Diploma Kompetensi Kimpalan (ITW) iaitu Sdra. Muhammad Hazim Roslan ditampilkan dalam rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Dato’ Zulfikri Osman untuk membicarakan topik Graduan TVET Laris di Pasaran. Siaran berlangsung pada 23 Mac 2023, jam 8.25 pagi di TV1/ Saluran 101/ RTM Klik. 59JAUHAR


KEM ASUHAN DAN MOTIVASI SOLAT (KAMUS) @ SURAU AL-HIDAYAH 11 Mac 2023 - Seramai 193 pelajar berbilang program dan semester mengikuti Kem Asuhan dan Motivasi Solat (KAMUS) di Surau AlHidayah IKM Johor Bahru. KAMUS anjuran Unit Pengajian Islam IKM Johor Bahru bertujuan memberi penekanan tentang kepentingan solat fardu dan kelebihan solat sunat. Menurut Ketua Unit Pengajian Islam, Puan Kamaliah binti Rahmat, sepanjang program berlangsung pelajar diberi pendedahan dan penekanan tentang wuduk, tayamum, dan ‘sahibul jabirah’. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Taman Impian Emas Ustaz Zulkarnain bin Fayzan Ahmad. Pelajar juga diajar cara melaksanakan Solat Jamak Qasar, Solat Sunat Terawikh, dan tidak ketinggalan solat ketika sakit. Perkongsian dalam sesi ini telah dibuat oleh Penceramah Bebas dari Halaqah Darul Fitrah Resources, Ustaz Mohamad Fitri bin Othman. Sementara itu, Ustaz Muliadie bin Umat pula menyampaikan ceramah dan motivasi berkaitan jati diri muslim. Ustaz Muliadie adalah Timbalan Pengetua di SMK Tanjung Pengelih, Pengerang. Untuk makluman, salah satu objektif TVET MARA ialah membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship). R ialah ‘religious’ dan berdasarkan prinsip itu IKM Johor Bahru memberikan penekanan serius kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 60IKM JOHOR BAHRU


BENGKEL PEMURNIAN REKOD KEHADIRAN PELAJAR ONLINE (E-RKP) 13 Mac 2023 - Jawatankuasa Kualiti PdP IKM Johor Bahru telah menganjurkan Bengkel Bengkel Pemurnian Rekod Kehadiran Pelajar Online (E-RKP) IKM Johor Bahru Tahun 2023 yang telah disampaikan oleh Pensyarah Program DGS, Encik Fadzil Noor bin Rose. Bengkel telah disertai oleh Penasihat Akademik (Mentor) yang memberi fokus dan tujuan penambahbaikan dan penyeragaman format E-RKP yang telah dibangunkan sebelum ini 61JAUHAR


PROGRAM BICARA ALUMNI, DI SINI BERMULA SEGALANYA 16 Mac 2023 - Program bersama alumni IKM Johor Bahru ini telah dimeriahkan dengan perkongsian oleh tiga alumni yang telah berjaya dalam dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Mereka ialah Encik Mohd Zuraimi bin Mohd Zubir, (Alumni Program Sjil Teknologi Kimpalan, 1994- 1995), Encik Muhammad Amir Yusuf bin Gulam Rasul (Alumni Program Sjil Teknologi Elektronik Komunikasi, 2019 -2020), dan Encik Mohd Khairul Amri bin Zakaria (Alumni Program Sjil Kejuruteraan Mekatronik, 2006 – 2008). Objektif Program Bicara Alumni adalah memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang kerjaya yang mereka boleh ceburi setelah tamat pengajian kelak. Program sebegini diharapkan dapat membakar semangat para pelajar supaya turut sama berjaya seperti tetamu jemputan. Pelbagai perkongsian telah disampaikan kepada pelajar-pelajar IKM Johor Bahru untuk berjuang melanjutkan pelajaran dan seterusnya menempuh alam pekerjaan. Terima kasih tetamu jemputan, peserta program, dan penganjur. 62IKM JOHOR BAHRU


‘HI, HOW ARE YOU?’: PROGRAM ENGLISH FIELD TRIP 16 Mac 2023 - Unit Bahasa Inggeris IKM Johor Bahru telah menganjurkan satu lawatan ke Bandaraya Melaka sebagai salah satu aktiviti unit. English Field Trip ini adalah program anjuran Unit Bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris khususnya bagi komponen ‘Speaking Skill’ di kalangan pelajar IKM Johor Bahru. Seramai 33 pelajar Program Diploma Kompetensi Elektrik, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Produk Elektronik, dan Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) bersama lima pensyarah Unit Bahasa Inggeris telah menyertai lawatan sehari ini. Selain menjalankan pembelajaran sosial dengan pendekatan ‘real life experience’ dan ‘fun learning’, pelajar juga mengaplikasikan kaedah pembelajaran (Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) melalui penghasilan video ‘travelogue’. Sebelum aktiviti dijalankan di lokasi lawatan, pelajar telah menjalani persediaan dan latihan dalam sesi kuliah bersama pensyarah-pensyarah Unit Bahasa Inggeris yang terlibat. Semua peserta lawatan telah memberikan komitmen yang terbaik dan lebih bersemangat apabila mendapat kerjasama daripada para pelancong asing semasa melakukan aktiviti tugasan. Program seperti ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama pelancong asing (native English speakers) dan seterusnya melahirkan pelajar TVET MARA yang mahir dalam aspek ‘soft skills’. Tahniah kepada semua yang terlibat. 63JAUHAR


KAJIAN LAPANGAN (FIELD STUDY) PELAJAR SMI KE KILANG SAWIT UNITED BELL SDN. BHD. 16 Mac 2023 - Seramai 15 pelajar semester 3, Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri (SMI) bersama tiga pensyarah pengiring telah melakukan kajian lapangan di Kilang Sawit United Bell Sdn. Bhd. Lawatan lapangan ke industri yang terletak di Pekan Nenas, Johor itu bertujuan melengkapkan kajian lapangan pelajar bagi memenuhi keperluan kursus Service and Maintenance. Para pelajar telah diiringi oleh Ketua Jabatan Mekanikal Encik Mohd Haffis bin And Razak, Ketua Program SMI Encik Ahmad Halim bin Bahari, serta Tc Muhammad Yusuf bin Rambeli. “Para pelajar terbabit dijadualkan menjalani latihan industri pada semester hadapan, jadi diharapkan pendedahan awal ini dapat membuka minda mereka tentang suasana sebenar alam pekerjaan. Dalam kelas amali di bengkel, pelajar didedahkan dan dilatih menggunakan mesin yang lebih kecil. Bagaimanapun, sistem mekanikal mesin di industri hampir serupa. Jadi mereka telah mempunyai gambaran awal berkenaan skop kerja mereka kelak,” kata Encik Ahmad Halim. Menurut Encik Ahmad Halim lagi, para pelajar dikehendaki menyiapkan satu laporan berdasarkan kajian lapangan tersebut sebagai salah satu komponen penilaian bagi kursus tersebut. Menerusi program seperti ini, pembelajaran TVET tidak terhad di kampus sahaja, malahan boleh dilaksanakan bersama industri bagi mencapai hasil pembelajaran (outcomes based) yang diharapkan. Hasil usahasama IKM Johor Bahru dengan industri berjaya menghasilkan persefahaman ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. 64IKM JOHOR BAHRU


KEJAYAAN GERAK KERJAYA JOHOR (GKJ) 2023 BUKTI KERJASAMA ERAT IKM JOHOR BAHRU, SMI JOHOR DAN PERKESO JOHOR BAHRU 19 Mac 2023 – IKM Johor Bahru sekali lagi menjalin kerjasama dengan rakan strategik dalam penganjuran karnival kerjaya dan telah mendapat sambutan luar jangkaan daripada pencari kerja di Johor Bahru dan daerah sekitar. Kali ini IKM Johor Bahru telah mendapat kepercayaan daripada Strategik Modal Insan (SMI) Johor dan PERKESO Johor Bahru untuk menjadi penganjur bersama GKJ 2023 yang dilangsungkan di Dewan Takzim IKM Johor Bahru. Menurut Pegawai Latihan Industri (LI) IKM Johor Bahru, Puan Suraya binti Ibrahim, acara kali ini mendapat sambutan hangat daripada pencari kerja. “Ini adalah karnival kerjaya kedua dianjurkan secara besar-besaran bersama pihak luar. Sebanyak 17 syarikat mengambil bahagian pada hari ini dan menawarkan 500 peluang pekerjaan pelbagai peringkat. Tahun lalu, kami telah bekerjasama dengan PERKESO Johor Bahru, dan kali ini kami mendapat kepercayaan SMI pula,” katanya. Puan Suraya yang juga Penyelaras GKJ 2023 peringkat IKM Johor Bahru berkata, seramai 1349 pencari kerja telah membuat pendaftaran secara dalam talian, dan hampir 700 hadir di GKJ 2023 untuk ditemuduga. Dalam pada itu Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat berkata, program seumpama ini bukan hanya menfokuskan pencari kerja di luar sana, bahkan turut memberi manfaat kepada lepasan IKMJB. “Beberapa syarikat yang turut serta hari ini adalah rakan strategik IKMJB. Kehadiran mereka hari ini mengeratkan lagi kerjasama yang telah sedia wujud,” ujarnya. Menurut Ir Ts Rahim lagi, acara seperti ini secara tidak langsung telah mempromosikan IKM Johor Bahru kepada pengunjung dan majikan lain. Sementara itu, GKJ 2023 telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor YB Mohd Hairi bin Mad Shah. Beliau telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus anjuran SMI dan meluangkan masa merasmikan Minggu Aktiviti IKM Johor Bahru sesi Januari-Jun 2023. Terima kasih diucapkan kepada Tetamu Kehormat, SMI Johor, PERKESO Johor Bahru, para majikan, peserta, Ahli Jawatankuasa Penganjur, dan warga IKM Johor Bahru. 65JAUHAR


KaSPeR dan StRAW MELABUHKAN TIRAI DALAM SUASANA PENUH GILANG GEMILANG 22 Mac 2023 - Karnival Sukan Pelajar (KasPeR) dan Student Recreation Activity Week (StRAW) sesi Januari-Jun 2023 menutup tirai secara rasmi hari ini dalam suasana gemilang dan penuh meriah. Perasmian penutup StRAW telah disempurnakan oleh Pengarah Ir. Ts. Rahim bin Selamat di Dewan Takzim IKM Johor Bahru.Terlebih dahulu acara dimulakan dengan pertandingan ‘Fashion Show’ bertema Retro yang disertai oleh wakil pelajar setiap program. Pengarah dalam ucapannya berkata KaSPeR dan StRAW bukan hanya medan mempertandingkan bakat pelajar, bahkan ia melatih kebolehan kepelbagaian ‘softskills’ pelajar dalam menyertai, menganjur, dan mengendalikan acara. 66IKM JOHOR BAHRU


“Dalam acara seperti ini pelajar bukan hanya sebagai perserta, tetapi sebagai penganjur. Saya dapat melihat kesungguhan para pelajar IKMJB dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang KaSPeR dan StRAW berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik untuk sesi kali ini jangan bersedih. Lakukan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya. Pengarah turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur dan semua warga IKM Johor Bahru yang terlibat secara langsung atau tidak dalam KaSPeR dan StRAW. Sementara itu Penyelaras StRAW Puan Zuaidah Idris berkata, KaSPeR yang juga sebahagian daripada pengisian StRAW telah dimulakan lebih awal iaitu pada 7 Februari yang lalu. Enam acara sukan ‘outdoor’ telah dipertandingkan bermula Februari iaitu bola sepak, sepak takraw, bola tampar, badminton, bola jaring, dan futsal. Selain itu, ada juga acara ‘indoor’ seperti dart dan karom. Turut menambah kemeriahan StRAW ialah gerai jualan kendalian Unit Keusahawanan, acara Colour run, senamrobik, sukaneka dan sukan rakyat seperti tarik tali, capteh, wau serta pelbagai lagi. StRAW berlangsung secara rasmi bermula 19 hingga 22 Mac 2023 dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi, dan Sumber Manusia Negeri Johor. Syabas dan tahniah semua penganjur, pelajar dan staf IKM Johor Bahru! 67JAUHAR


68IKM JOHOR BAHRU


SESI TOWNHALL 1.0 2023 BERSAMA PENGARAH IKM JOHOR BAHRU 30 Mac 2023 – Telah berlangsung sesi townhall secara santai bersama Pengarah Ir. Ts. Rahim bin Selamat di Dewan Takzim dan dihadiri oleh semua staf IKM Johor Bahru. Pada permulaan ucapan, Pengarah menzahirkan ucapan tahniah kepada beberapa staf yang telah mendirikan rumahtangga dan menerima ahli keluarga baharu. Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli pelbagai jawatankuasa serta individu yang telah berjaya melaksanakan pelbagai acara dan menjalankan tugasan yang diamanahkan sepanjang tiga bulan pertama 2023. Pengarah turut memberi peringatan kepada staf tentang pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) dalam menjalankan tugasan terutama peraturan kewangan dan perolehan MARA. “Saya juga ingin mengingatkan Ketua Jabatan (KJ) dan Ketua Program (KP) agar kerap melakukan pemantauan untuk mengenal pasti masalah di peringkat jabatan dan program. Disiplin pelajar perlu diberikan penekanan. Kita seharusnya sama-sama memberikan peringatan berkaitan disiplin seperti kehadiran ke kelas, kebersihan serta keselamatan di program dan asrama”, sambungnya. Terdahulu Ir Ts Rahim telah membawakan kepada hadirin kisah seorang blogger fesyen ternama, Kyrzayda Rodriguez untuk motivasi kepada semua. Dalam majlis yang sama, turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Staf Terbaik Bulanan, pemenang pelbagai pertandingan Inovasi, staf bersara pada suku pertama 2023, serta Puan Suraya yang menamatkan tugas sebagai Pegawai Latihan Industri (LI). Majlis diakhiri dengan perasmian Tabung Infak Ramadan (TIRAM) 2023. TIRAM adalah program tahunan anjuran Badan Ugama Kebajikan (BUK) IKM Johor Bahru. Sumbangan TIRAM akan diagihkan dalam bentuk barang keperluan dapur (Bakul Ramadan) kepada asnaf, majlis berbuka puasa, dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada penganjur dan semua staf yang hadir dalam sesi townhall ini. 69JAUHAR


SESI PERKONGSIAN PIHAK INDUSTRI (ACSON) DAN PROGRAM DPP 4hb April 2023 - Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan (DPP) telah menganjurkan sesi perkongsian maklumat bersama Visiting Lecturer, Encik Muhamad Fazli Asri Bin Sazali, iaitu Service Technician dari ACSON Malaysia Sales & Service Sdn Bhd. Beliau telah berkongsi ilmu bersama pelajar DPP berkaitan ‘Basic Inverter System for Split Unit’, salah satu topik dalam silibus kursus Program DPP. Selain sesi penerangan teori berkaitan ‘inverter system’, pelajar turut berpeluang melihat dan mempraktikkan pengetahuan dalam sesi amali. Terima kasih Encik Muhammad Fazli Asri dan ACSON Malaysia Sales dan Service Sdn. Bhd. KAJIAN LAPANGAN PROGRAM SMM KE GRAND BANKS YACHTS SDN. BHD. 6 April 2023 - 32 orang pelajar semester 2 dan 3, Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin (SMM) bersama 6 orang pensyarah pengiring telah melakukan lawatan sambil belajar dan kajian lapangan di Grand Banks Yachts Sdn. Bhd yang terletak di Pasir Gudang. Lawatan bertujuan melengkapkan kajian lapangan pelajar bagi memenuhi keperluan kursus CVM 30162 Administrative Functions. Para pelajar telah diiringi oleh Ketua Jabatan Automotif Encik Azreen bin Azmi, Ketua Program SMM Encik Razali bin Abu Bakar, serta empat pensyarah program Encik Salihudin bin Othman, Encik Hairul Naim bin Daud, Encik Mohd Shahril bin Abdul Aziz, dan Encik Razaimi bin Abdul Rashid. Menerusi program seperti ini, pembelajaran TVET tidak terhad di kampus sahaja, bahkan boleh dilaksanakan bersama industri bagi mencapai hasil pembelajaran (outcome-based learning) yang diharapkan. Hasil usahasama IKM Johor Bahru dengan industri berjaya menghasilkan persefahaman ini. 70IKM JOHOR BAHRU


SEMINAR KEWANGAN: BAHAYA SCAMMER DAN PENGURUSAN KEWANGAN 6 April 2023 - Unit Keusahawanan dengan kerjasama Bank Rakyat Larkin Perdana dan Damansara Aliff telah menganjurkan Seminar Kewangan: Bahaya Scammer dan Pengurusan Kewangan di Dewan Takzim IKM Johor Bahru. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haqeem bin Abu Bakar dan Encik Mohd Noor bin Hassan. Menurut Ketua Unit Keusahawanan, Puan Siti Ruaida binti Abdul Rahman, seminar yang disertai pelajar semester akhir dan staf itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang bahaya sindiket penipuan serta mengenal pasti tanda-tanda penipuan dalam talian. Peserta turut didedahkan dengan kepentingan perancangan kewangan setelah tamat pengajian dan cara menetapkan tujuan kewangan yang realistik. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta, penceramah dan penganjur. PENSYARAH DAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK IKUTI KURSUS NIOSH -TENAGA SAFETY PASSPORT (NTSP) 12 April 2023 - Tiga pensyarah bersama dua pelajar Jabatan Elektrik IKM Johor Bahru menyertai kursus NIOSHTenaga Safety Passport (NTSP) di NIOSH Wilayah Selatan, Johor Bahru. Pensyarah yang terpilih ialah Ketua Jabatan Elektrik Encik Khamelrun Shah bin Mat Jamil, Encik Mohd Ariff bin Yahaya dan Encik Shamshul Annuar bin Ruslan. Manakala pelajar yang terlibat ialah Muhammad Zulfahmi bin Mat Sazali dan Mohamad Aziq bin Omar Program SEP. Kursus (NTSP) ini adalah salah satu syarat bagi semua pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bekerja di tapak pemasangan, stesen, dan mana-mana premis TNB, mereka wajib memiliki kad NTSP. Jaringan Industri dan IKM Johor Bahru bukan sekadar terhad kepada penempatan Latihan Industri (LI) pelajar, bahkan boleh dilakukan dengan tujuan perkongsian kepakaran, ilmu, dan pengetahuan teknikal kedua-dua pihak. Menurut Pengarah IKMJB Ir Ts Rahim bin Selamat, perkongsian pintar industri dan institusi ini memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. 71JAUHAR


PROGRAM MADRASAH RAMADAN SURAU ALHIDAYAH IKM JOHOR BAHRU Surau Al-Hidayah IKM Johor Bahru aktif menjalankan aktiviti keagamaan dan kerohanian sepanjang tahun. Surau yang boleh memuatkan kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa ini telah dinaik taraf sebagai surau Solat Jumaat pada September 2020. Sepanjang Ramadan, Surau Al-Hidayah diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dalam Program Madrasah Ramadan. Antara aktiviti yang dirancang dan sedang dijalankan ialah aktiviti berbuka puasa dan moreh, solat sunat Tarawih berjemaah, Qiamullail, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Solat fardu dan sunat Terawih dipimpin oleh Imam Surau Al-Hidayah. Di samping, itu pelajar turut diberi tanggungjawab menjadi bilal dan imam. Selain pelajar, turut serta ialah Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim Selamat, Timbalan Pengarah KPHP, Puan Alhamdura binti Mustapha, felo dan staf yang berkelapangan bersama keluarga masingmasing. 72IKM JOHOR BAHRU


REWANG BUBUR RAMADAN 2023 13 April 2023 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Pasukan Khidmat Masyarakat (CSR) IKM Johor Bahru telah menganjurkan Rewang Bubur Ramadan 2023 sempena Program Perdana Ramadan. Menu rewang adalah bubur kacang hijau yang diedarkan dalam Majlis Iftar Perdana yang berlangsung pada hari yang sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan yang memberi sumbangan. 73JAUHAR


PROGRAM PERDANA RAMADAN 1444H IKM JOHOR BAHRU 13 April 2023 - Dalam kemeriahan dan kegembiraan menanti kehadiran Syawal, lima jawatankuasa bergabung tenaga dan idea menganjurkan Program Perdana Ramadan 2023 peringkat IKM Johor Bahru. Program meriah dan penuh penghayatan Ramadan itu telah dilaksanakan secara usahama oleh Surau Al- Hidayah IKM Johor Bahru, Badan Ugama dan Kebajikan (BUK), Islamic Excellence Centre (I-Cent), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pasukan Khidmat Masyarat (CSR) IKM Johor Bahru. Acara pada sebelah pagi dimulakan dengan Ceramah Nuzul Al-Quran bertajuk; Al-Quran itu Mukjizat Terbesar dan telah disampaikan oleh Penceramah, Tuan Mohd Sidek bin Roslan. Berlangsung serentak di perkarangan Dewan Takzim ialah Rewang Bubur Ramadan 2023 yang dikendalikan oleh MPP bersama pasukan CSR. Staf dan para pelajar bergotong-royong menyediakan bubur kacang untuk dihidangkan sebagai salah satu juadah berbuka puasa. Seterusnya, program diteruskan lagi pada sebelah petang dengan Majlis Khatam Al-Quran, solat Asar berjemaah serta penyampaian sumbangan kepada penerima terpilih. Acara kemuncak ialah Majlis Iftar Perdana yang disertai oleh semua warga IKMJB. Selain menu utama, bubur kacang yang dimasak secara rewang turut dihidangkan kepada para tetamu. Suasana meriah dengan kehadiran pelajar dan staf bersama ahli keluarga masing-masing. Solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah telah dimamkan oleh Ustaz Muhammad Affifuddin bin Sabri, manakala Solat Sunat Tewarih dan Witir diimamkan oleh pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) Sdr. Muhamad Fairaus bin Sahrani. Pengarah IKMJB Ir. Ts. Rahim bin Selamat tidak dapat turut serta kerana sedang melakukan lawatan kerja industri ke Miri, Sarawak. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penganjur dan peserta di atas kejayaan penganjuran Program Perdana Ramadan 2023. Semoga hubungan kekeluargaan dan ukhwah di antara warga IKMJB terus berkekalan. 74IKM JOHOR BAHRU


KUNJUNGAN KASIH BEG RAMADAN IKM JOHOR BAHRU 17 April 2023 - Pihak Pengurusan bersama Badan Agama & Kebajikan (BUK) IKM Johor Bahru serta Pengurusan Surau Al Hidayah IKM Johor Bahru telah mengadakan kunjungan mesra ke rumah balu kakitangan dan pesara IKM Johor Bahru. Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Ir. Ts. Rahim bin Selamat telah menyampaikan Beg Ramadan hasil daripada sumbangan Program Infaq Ramadan kakitangan IKM Johor Bahru. Sumbangan Beg Ramadan ini juga sebagai tanda ingatan kasih daripada pihak pengurusan IKM Johor Bahru kepada mereka yang telah mencurah khidmat bakti kepada IKM Johor Bahru. Semoga ada kebarkahan dan manfaat kepada semua. 75JAUHAR


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (PEJAM) SESI JANUARI – JUN 2023 15 April 2023 - Unit Pengajian Islam dengan kerjsama Islamic Excellence Centre (I-Cent) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (PEJAM) sesi Januari- Jun 2023. Kursus PEJAM merupakan komponen wajib kursus di bawah Unit Pengajian Islam dan telah disertai oleh pelajar semester 1 Program DPP, DGS, DED serta pelajar semester 3 dan 4 program sijil. Selain pensyarah Unit Pengajian Islam, kursus turut dikendalikan pihak konsultan yang dilantik. Para peserta didedahkan dengan proses lengkap pengurusan jenazah. Peserta diberi peluang merasai pengalaman melaksanakan salah satu Fardhu Kifayah itu dalam bentuk amali. Menurut Pengarah IKMJB, Ir Ts Rahim bin Selamat kursus ini wajib disertai oleh semua pelajar IKM Johor Bahru beragama Islam dan adalah sebahagian pelan strategik TVET MARA di bawah strategi R.I.S.E. “Dengan mempelajari ilmu pengurusan jenazah ini, mudah-mudahan pelajar yakin dan mampu mengambil tanggungjawab menyempurnakan jenazah keluarga atau ahli kariah masing-masing kelak,” katanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penganjur dan peserta. 76IKM JOHOR BAHRU


IKM JOHOR BAHRU TEROKA PELUANG PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI DI MIRI 13 April 2023 – IKM Johor Bahru terus aktif dan komited meneroka peluang membina jalinan kerjasama dengan pihak industri demi kepentingan pelajar dan graduan. Untuk itu, Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat telah melakukan lawatan kerja ke Miri Sarawak dengan objektif utama untuk membincangkan peluang kerjaya graduan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Lawatan yang turut disertai oleh Ketua Jabatan Mekanikal Encik Mohd Haffis bin Abd Razak dan pegawai BKT menfokuskan kepada tujuh perkara yang digariskan dalam Pelan Strategik TVET MARA di bawah Strategi Industri Based Education Training - IBET. Dalam lawatan tersebut, delegasi IKM Johor Bahru telah disambut oleh pihak industri, seterusnya mereka telah mengadakan perbincangan dua hala. Mereka juga dibawa melawat ke beberapa lokasi diatur oleh tuan rumah. Di samping itu, rombongan juga telah dibawa ke Muzium Grand Old Lady, iaitu lokasi terawal penemuan minyak darat (onshore) di Miri pada 1910. Semoga usaha ini membuahkan hasil dan dapat memperkukuhkan lagi latihan TVET MARA seiring kehendak dan keperluan industri. 77JAUHAR


LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BTM) MARA KE IKM JOHOR BAHRU 27 April 2023 - Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat MARA, Puan Mimi Mazlin binti Mohamad Yusof telah melakukan lawatan kerja ke IKM Johor Bahru. Ketibaan Puan Mimi Mazlin bagi Lawatan Ketersediaan ICT Projek Upgrade MyGovNet telah disambut oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (KPHP), Puan Alhamdura binti Mustapha, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (PPTK) Encik Muhamad Hisyam bin Abu Baker, Pegawai ICT Mohd Ruzaimi bin Mohd Agil serta beberapa staf. Selain perbincangan dan perkongsian idea, Puan Mimi Mazlin bersama pegawai turut dibawa melihat bilik server dan kemudahan ICT yang lain. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 78IKM JOHOR BAHRU


TEMUDUGA KERJA SOUTHERN LION SDN. BHD. DI IKM JB 2 Mei 2023 - Pihak Southern Lion Sdn. Bhd hadir di IKM Johor Bahru untuk mengadakan temuduga kerjaya dan sesi taklimat kepada pelajar semester 3 Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri (SMI) dan Mekatronik (SMK). Pihak Industri diwakili oleh Pengurus Jabatan, Encik Abd Razak bin Kassim, Pengurus Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia Encik Azlan bin Daud, dan Senior Executive Production dan Nur Fatin binti Mustafa. Temuduga ini diadakan untuk memilih beberapa pelajar bagi tujuan penempatan Latihan Industri (L.I) Pelajar dan sekiranya pelajar mencapai standard yang ditetapkan, mereka akan diserap sebagai pekerja tetap. Southern Lion merupakan rakan industri IKM Johor Bahru telah memilih IKM Johor Bahru sebagai lokasi utama untuk mendapatkan sumber tenaga kerja. Terima kasih Southern Lion di atas sesi temuduga dan tawaran kerja untuk pelajar kami. JALINAN INDUSTRI: KUNJUNGAN HIROSE ELECTRIC (M) SDN. BHD 2 Mei 2023 – IKM Johor Bahru menerima kunjungan delegasi Hirose Electric (M) Sdn. Bhd. HRS Shah Alam. Lawatan bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama industri khusus untuk program Diploma Industri Siapan Logam (IMF). Delegasi HRS diwakili oleh Strategic Advisor, Encik Wong Shou Ping bersama Puan Irayati binti Anuwar, Encik Muhammad Syafiq bin Mohd Aris, serta Encik Mohamad Ridhwan Akhbar Ali. Antara perkara yang dibincangkan ialah pengambilan pelajar IMF sebagai pelajar latihan industri (LI) dan akan diserap sebagai pekerja. Pengarah IKM Johor Bahru mencadangkan agar para pensyarah dibenarkan membuat latihan peningkatan kemahiran (skills upgrading) dibawah Program Latihan Sangkutan Industri (LSI) di HRS. Perbincangan turut menjurus kepada perancangan untuk melantik pihak Hirose Electric sebagai panel Industri Program IMF. Para tetamu turut dibawa melihat kemudahan dan alatan latihan yang terdapat di Program IMF. Diharap usahasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya graduan Program IMF. 79JAUHAR


LAWATAN PELAJAR IKM JOHOR BAHRU KE HARI TERBUKA PARLIMEN 7 Mei 2023 - Sembilan pelajar bersama seorang pensyarah pengiring telah melakukan lawatan ke Hari Terbuka Parlimen yang berlangsung pada 6 dan 7 Mei 2023. Pameran dengan tema ‘Merakyatkan Parlimen, Warisan Negara’, bertujuan memberi peluang kepada pengunjung mengenali lebih dekat peranan parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara. Penyertaan IKM Johor Bahru dalam program tersebut adalah sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus Pengajian Malaysia di luar kelas. Pelbagai aktiviti telah disertai oleh para pelajar. Antaranya, lawatan ke pameran negarawan serta pameran buku, persembahan kesenian dan kebudayaan, demonstrasi masakan makanan warisan dan jualan makanan, kraf tangan, lukisan, serta karikatur. Pelajar turut melawat booth 48 pempamer daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kedutaan Austria dan kedutaan Palestin serta bahagian Komunikasi Parlimen Malaysia. Menurut salah seorang pelajar Muhammad Nuruddin bin Abdul Aziz, dia berasa amat teruja apabila berpeluang mengikuti lawatan ini. “Bukan senang untuk menjejakkan kaki ke Parlimen. Ini mungkin peluang sekali seumur hidup dan tidak harus dilepaskan begitu sahaja,” ujarnya. Seorang lagi pelajar, Muhammad Muazzin bin Osman pula berkata, menerusi penganjuran hari terbuka itu, pelajar dapat mengenali badan legislatif (pentadbiran) Malaysia khususnya tentang Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Lawatan ke Parlimen tersebut adalah suatu peluang keemasan baginya selain dari maklumat dan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik kuliah. Semoga program lawatan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. Terima kasih unit Pengajian Malaysia dan semua pelajar yang menyertai lawatan. 80IKM JOHOR BAHRU


CAREER TALK DAN SESI TEMUDUGA BERSAMA CIBA VISION SDN BHD 10 Mei 2023 - Jabatan Elektronik IKM Johor Bahru bersama CIBA Vision Sdn Bhd telah menganjurkan Career Talk dan sesi temuduga melibatkan pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (SMK). CIBA Vision diwakili oleh Manager Business Excellent (Learning & Development), Mdm Shanthini Rajendran dan Encik Kok Chee Wee, Head/ Director Business Excellent. Sesi dimulakan dengan perbincangan berkenaan Latihan Sangkutan Industri (LSI) pensyarah program di CIBA Vision. Selain itu, IKM Johor Bahru turut menyatakan hasrat untuk melantik pihak syarikat sebagai panel industri bagi Program SMK. Perlantikan sebagai Panel Industri pasti memberi manfaat dari sudut perkongsian maklumat dan teknologi. Seterusnya, program diteruskan dengan ceramah kerjaya kepada semua pelajar SMK dan diikuti sesi temuduga untuk penempatan latihan industri (LI). Seramai enam pelajar telah menghadiri temuduga bersama pihak CIBA Vision. Jika terpilih, mereka bakal menjalani LI di syarikat tersebut. Tetamu kemudiannya turut dibawa melawat kemudahan dan alat latihan di Jabatan Elektronik. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 81JAUHAR


SAMBUTAN HARI PEKERJA, PENDIDIK, DAN HARI RAYA AIDILFITRI (HAPPY) 2023 11 Mei 2023 – Majlis Sambutan Hari Pekerja, Pendidik, dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat IKM Johor Bahru telah dibuat secara serentak di Dewan Takzim IKM Johor Bahru. Majlis yang dinamakan dengan singkatan HAPPY 2023 dianjurkan oleh Jawatankuasa, Badan Ugama dan Kebajikan (BUK) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Johor Bahru. Acara dimulakan dengan ucapan Timbalan Presiden MPP dan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat. “Program ini diadakan untuk merai dan menghargai warga IKM JB yang sentiasa komited memberikan kerjasama dan pelbagai komitmen seperti yang dirancang oleh Pengurusan. Kerja yang cemerlang adalah hasil kerja yang kompeten, dedikasi dan berpengetahuan yang tinggi dalam kalangan warga kerja,” kata Ir Ts Rahim. HAPPY 2023 ini, kemudiannya dimeriahkan dengan penyampaian pelbagai anugerah pelbagai kategori kepada Staf Pentadbiran dan Akademik. Antaranya ialah Anugerah staf dan pensyarah Inspirasi, Anugerah Prihatin, Anugerah Popular, Anugerah Stailo dan kemuncaknya adalah penyampaian Anugerah Diamond kepada empat warga kerja IKMJB. Majlis juga diserikan dengan kehadiran rakan strategik, wakil agensi, pihak industri, dan pesara yang pernah berkhidmat di IKM Johor Bahru. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian oleh pelajarpelajar dan cabutan nombor bertuah. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penganjur dan warga kerja yang bertungkus lumus menyempurnakan sambutan Hari Pekerja, Pendidik, dan Hari Raya Aidilfitri 2023. Semoga ukhwah yang sedia terjalin terus kukuh dan berkekalan. 82IKM JOHOR BAHRU


“Program ini diadakan untuk merai dan menghargai warga IKM JB yang sentiasa komited memberikan kerjasama dan pelbagai komitmen seperti yang dirancang oleh Pengurusan. Kerja yang cemerlang adalah hasil kerja yang kompeten, dedikasi dan berpengetahuan yang tinggi dalam kalangan warga kerja,” kata Ir Ts Rahim. 83JAUHAR


FLANNEL NIGHT RAI PELAJAR SEMESTER AKHIR 13 Mei - Pelajar semester akhir diraikan dalam Flannel Night iaitu Majlis Makan Malam Pelajar Semester Akhir, sesi Januari- Jun 2023. Majlis bertemakan Flannel itu berlangsung dengan meriah di Dewan Takzim IKM Johor Bahru dengan kehadiran hampir 200 pelajar bersama Ahli Pengurusan dan staf jemputan yang lain. Majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pelajar dan staf. Semoga majlis ini menjadi kenangan terindah kepada pelajar semester akhir dan diharapkan ukhwah yang sedia terjalin ini berkekalan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penganjur dan tetamu. Jumpa lagi di semester akan datang. 84IKM JOHOR BAHRU


85JAUHAR


EXCID 2.0 BUKTI DAYA SAING INOVASI PELAJAR IKM JB 15 Mei – Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri (SMI) mengungguli Anugerah Platinum di Exposition of Creativity, Ideas, Innovation, Invention and Design (EXCID) 2.0 melalui Projek Garment Steamer Module; Grease Removal from Textile Surface. Projek tersebut telah dipilih daripada 67 projek yang dipamerkan di Pameran Projek Tahun Akhir Pelajar (FYP) tersebut. Sementara itu, Anugerah Emas Inovasi telah dimenangi oleh pelajar dari Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas (DGS), Mohamad Hakim bin Amaran yang menampilkan projek Gaseous Leakage Smart Wit IOT. Menurut Penyelaras EXCID 2.0 Tuan Haji Zabhin bin Arbai, pelajar-pelajar membuat pembentangan dan memberi penerangan berkenaan projek yang dihasilkan terutama dari sudut teori gunaan, analisis data, implikasi positif dan negatif produk, dan sebagainya. Selain FYP yang hebat dan mengkagumkan, para pelajar menunjukkan sifat positif seperti kerjasama dalam kumpulan, skil komunikasi yang baik, ketepatan masa, skil menyelesaikan masalah, dan lain-lain. Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat berkata, EXCID 2.0 menggambarkan usaha dan kesungguhan pelajar tahun akhir dalam menyelesaikan penilaian sebelum bergraduasi dari IKM Johor Bahru. 86IKM JOHOR BAHRU


“Pelajar bukan sahaja mengorbankan masa, tenaga, bahkan wang ringgit dalam menyempurnakan tugasan ini. Dapat dilihat hari ini, usaha pelajar membuahkan hasil dan setiap produk yang dihasilkan boleh ditambah baik dan sesuai dikomersialkan,” kata beliau. Selain itu, Pengarah turut menyampaikan pujian dan penghargaan kepada semua yang terlibat merealisasikan program EXCID 2.0. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Makmal UTHM- Kampus Cawangan Pagoh Prof. Dr. Abdul Mutalib Leman. Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan rasa kagum dan teruja dengan penampilan dan imej peserta EXCID 2.0. Menurut beliau, penampilan yang ditunjukkan oleh para pelajar tidak menggambarkan mereka pelajar di institusi kemahiran. “Saya pernah berkunjung ke sini beberapa tahun lalu. Dan apabila melangkah masuk ke Dewan Takzim, saya berasa sungguh kagum. Saya begitu teruja dengan perubahan yang ditampilkan. Bukan hanya memfokuskan kepada projek yang dihasilkan, bahkan anda telah menampilkan imej selari dengan keperluan masa kini,” katanya. Menurut beliau, selain menjadi hebat dalam bidang masing-masing, graduan juga perlu meningkatkan ‘soft skills’ supaya mampu bersaing di alam pekerjaan kelak. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada panel penilai, peserta, semua koordinator dan penyelia FYP pelajar .Setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah juga kepada jawatankuasa penganjur, pelawat, serta semua pihak yang terlibat. 87JAUHAR


LAWATAN INDUSTRI DAN TEMUDUGA DI EDMI ELECTRONICS SDN BHD 17 Mei - Para pelajar semester 5 program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (DEK) telah menyertai lawatan industri ke EDMI Electronics Sdn. Bhd. Selain melawat dan merasai sendiri pengalaman di industri, para pelajar kami turut menjalani temuduga untuk penempatan Latihan Industri (LI) di syarikat tersebut. Pelajar mendapat gambaran lebih jelas tentang skop kerja dan keperluan alam pekerjaan kelak. Pihak IKM Johor Bahru telah disambut oleh Energy & Gas Laboratory HOD Encik Mohamed Fairuz bin Suleima, Senior HR Executive Cik Genevieve Lim dan HR Executive Encik Pan Jit. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. IKM JB SERTAI KARNIVAL JOM MASUK U 2023 21 Mei – IKM Johor Bahru diwakili Unit Promosi berada di Karnival Jom Masuk U Zon Selatan 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Arena Larkin Johor Bahru. Karnival dua hari anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Sri Abdul Razak bin Jaafar. Selain Pusat TVET MARA seluruh Johor, karnival tahunan itu juga turut disertai oleh universiti dan kolej awam serta swasta yang lain. Sementara itu, Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat telah mewakili Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA ke majlis perasmian karnival pagi tadi. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (KPHP) Puan Alhamdura binti Mustapha. Ir. Ts. Rahim berkata, karnival ini merupakan satu peluang baik untuk MARA mempromosikan Pusat TVET MARA kepada masyarakat di luar sana. “Selain ibu bapa dan lepasan SPM, dapat dilihat para pelajar sekolah turut serta melawat karnival hari ini, untuk mereka mengetahui dengan lebih dekat peluang mereka meneruskan pengajian selepas SPM nanti. Pendedahan awal sebegini pasti membuka mata dan minda mereka tentang pilihan peluang pengajian yang ada untuk lepasan SPM,” katanya. Terima kasih kepada semua petugas karnival dan Jawatankuasa Promosi. 88IKM JOHOR BAHRU


MAJLIS KESYUKURAN MERAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI 25 Mei - Badan Ugama dan Kebajikan (BUK) IKM Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal Jemaah Haji yang terdiri daripada staf dan bekas staf IKM Johor Bahru. Majlis berlangsung di Surau Al- Hidayah dihadiri oleh bakal jemaah Haji iaitu Encik Ayub bin Sani, Ts Zahrulail bin Suliman, Puan A. Anieelah binti Adnan, Puan Khadijah binti Daud, Puan Salawati binti Hasan Basari, Puan Nor Ezwani binti Mat Nor, dan Puan Noran Norhana binti Cholan. Hadir sama memeriahkan majlis ialah Pengarah dan semua warga kerja. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan ucapan oleh semua bakal jemaah haji yang hadir dalam majlis tersebut. Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat berkongsi satu hadith berkaitan kelebihan meraikan tetamu Allah. Menurutnya, individu yang membantu dan memudahkan urusan saudara seagama yang berjihad dan menunaikan fardu Haji akan diberi ganjaran pahala setara dengan mereka yang berjihad dan menunaikan haji. Selain itu, beliau juga menyeru hadirin agar menanam keinginan dan cita-cita untuk menunaikan fardu Haji suatu hari nanti. “Berdoalah agar Allah SWT memakbulkan doa dan hajat setiap daripada kita untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kegembiraan menunaikan ibadah Haji tidak dapat diganti dengan sebesar-besar hadiah di dunia ini,” katanya. Pada akhir ucapan, Ir. Ts. Rahim telah membacakan doa memohon kemudahan dan keselamatan untuk mereka yang bakal menjadi tetamu Allah. Semoga urusan perjalanan dan ibadah dimudahkan dan dilancarkan oleh Allah SWT dan dikurniakan Haji yang mabrur. 89JAUHAR


90IKM JOHOR BAHRU


MAJLIS MAKAN MALAM MPP (JASA NIGHT) 30 Mei - Sebagai menghargai sumbangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Johor Bahru, mereka telah diraikan dalam Jamuan Apresiasi Sumbangan AJK (JASA) Selasa lalu. Majlis makan malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, TP HEA Ts. Dr. Azurin bin Shukur, Penyelaras MPP Encik Mohd Hazim Asran bin Abdullah, Pegawai Promosi IKM Johor Bahru, bersama AJK MPP. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Penyelaras, TP HEA, dan Presiden MPP Muhammad Hafizuddin bin Abd Latif serta penyampaian cenderahati kenangkenangan kepada semua ahli MPP. Pada akhir majlis, Pengarah IKM Johor Bahru dijemput menyampaikan ucapan penghargaan kepada ahli MPP yang hadir. Beliau berharap agar pengalaman yang diperoleh sepanjang berkhidmat sebagai ahli MPP berjaya membentuk keperibadian mereka. “Anda bertuah kerana telah dilatih menjadi pemimpin di kampus. Saya harap pengalaman ini menjadikan anda individu berkeyakinan tinggi dan insan hebat di masa depan,” katanya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli MPP sesi 2022/ 2023. Segala sumbangan anda amat dihargai. 91JAUHAR


AKTIVITI CSR TEKNIKAL DI MRSM JOHOR BAHRU 30 & 31 Mei - Pasukan CSR IKM Johor Bahru menggunakan kesempatan cuti sekolah untuk melaksanakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) Teknikal menggantikan kipas asrama dan membaikpulih penyaman udara di surau MRSM Johor Bahru. Aktiviti diketuai oleh Encik Mohd Ariff bin Yahaya bersama enam staf Jabatan Elektrik dan Program DPP serta 31 orang pelajar. Menurut Encik Mohd Ariff, aktiviti dua hari itu membabitkan penggantian 250 kipas di asrama selain kerja servis dan membaik pulih penyaman udara di surau MRSM Johor Bahru. “Pasukan CSR IKMJB aktif melaksanakan pelbagai aktiviti CSR teknikal dan kemasyarakatan sejak dulu lagi. Kali ini, kami berbesar hati dapat menghulur kepakaran di MRSM Johor Bahru. Alhamdulillah, segala kerja dapat disiapkan dalam tempoh masa seperti dirancang berkat kerjasama semua ahli pasukan,” ujar Encik Mohd Ariff. Sementara itu Pengarah IKM Johor Bahru, Ir. Ts. Rahim bin Selamat berkata, selain mengeratkan hubungan antara dua institusi, aktiviti sebegini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar suasana sebenar bekerja kelak. Menurutnya, pelajar bukan hanya didedahkan dengan kerja-kerja berkaitan bidang yang mereka pelajari, bahkan turut mengaplikasikan pelbagai soft skills sepanjang aktiviti berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah MRSM Johor Bahru, pensyarah, dan pelajar terlibat. 92IKM JOHOR BAHRU


PENYERAHAN SURAT TAWARAN KERJA SOUTHERN LION SDN. BHD. 7 Jun - Seramai 11 orang pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri (SMI) dan 4 pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (SMK) menerima surat tawaran kerja daripada pihak Southern Lion Sdn. Bhd dalam majlis penyerahan yang diadakan di Smart Classroom IKM Johor Bahru. Pihak Southern Lion Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Encik Abdul Razak bin Kassim bersama Eksekutif Sumber Manusia, Cik Nur Fatin binti Mustafa. Majlis ringkas itu telah dihadiri oleh Pengarah IKM Johor Bahru, Timbalan Pengarah HEA Ts. Dr. Azurin bin Shukur, dan Timbalan Pengarah KPHP Puan Alhamdura binti Mustapha. Para pelajar yang terpilih akan menjalani Latihan Industri (L.) di syarikat tersebut dan yang mempamerkan prestasi baik akan diserap bekerja dengan tawaran gaji lumayan. Dalam ucapan Pengarah, Ir. Ts. Rahim melahirkan rasa bangga dan gembira kerana pihak Southern Lion sudi memberi penempatan L.I pelajar dan seterusnya menawarkan pekerjaan kepada graduan IKM Johor Bahru. “Pelajar dan graduan perlu menunjukkan mutu kerja yang cemerlang kerana anda adalah duta kecil kepada IKM Johor Bahru. Pastikan disiplin berada pada tahap terbaik kerana anda semua bukan hanya membawa nama sendiri, bahkan nama IKM JB dan MARA,” katanya. Ir. Ts. Rahim juga berharap kerjasama antara Southern Lion dan IKM Johor Bahru dapat diteruskan pada masa akan datang. 93JAUHAR


PROMOSI KEMASUKAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2022/23 8 jun - Ahli pengurusan, staf akademik, teknikal, dan pentadbiran IKM Johor Bahru turun ke lebih 20 buah sekolah sempena Hari Pengumuman Keputusan SPM 2022/23. Mereka memberi taklimat dan membuka booth promosi untuk memberi penerangan tentang peluang pendidikan di pusat TVET MARA terutama IKM Johor Bahru. Terima kasih semua ‘duta’ IKM Johor Bahru yang terlibat bersama mempromosikan institusi. 94IKM JOHOR BAHRU


SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT 1. MRSM Johor Bahru 2. SMK Aminuddin Baki 3. SMK Sri Tanjung 4. SMK Ulu Tiram 5. SMK Sri Gading 6. SMK Bandar Baru Uda 7. SMK Majidi Baru 2 8. SMK Taman Damansara Aliff 9. SMK Taman Nusa Jaya 10. SMK Tun Syed Nasir Ismail 11. SMK Tasek Utara 12. SMK Tasek Utara 2 13. SMK Permas Jaya 14. SMK Kayu Ara Pasong 15. SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman 16. SMK Taman Scientex 17. SMK Kota Masai 2 18. SMK Sri Rahmat 19. SMK Uda Utama 20. SMK Adela 95JAUHAR


SEMINAR TEKNIKAL PENYAMANAN UDARA BERSAMA ACSON (M) SDN BHD 11 Jun - ACSON (M) Sdn. Bhd. dengan Kerjasama Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara Dan Penyejukan (DPP) IKM Johor Bahru telah menganjurkan Seminar Teknikal Penyamanan Udara bertempat di Dewan Takzim IKM Johor Bahru. Seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada wakil kontraktor luar, pensyarah, juruteknik dan pelajar IKM Johor Bahru menghadiri seminar yang bertajuk Inverter System and Troubleshooting Training. Seminar ini memberi peluang kepada peserta untuk menambahkan pengetahuan teknikal berkaitan teknologi terkini dalam bidang penyamanan udara. Menurut Senior Manager Service ACSON Mr. Devendran A/L Many, pihak ACSON (M) Sdn. Bhd. sentiasa bekerjasama dengan institut latihan awam dan swasta bagi menyediakan latihan berkaitan teknologi terkini kepada kontraktor, pensyarah dan pelajar. Sementara itu, menurut Pengarah IKM JB, Ir. Ts. Rahim bin Selamat, kerjasama yang erat antara pihak industri memberi manfaat kepada semua pihak bagi melahirkan pekerja yang mahir dalam bidang penyamanan udara. Semoga kerjasama antara pihak ACSON (M) Sdn. Bhd. dan IKM Johor Bahru dapat diteruskan pada masa akan datang. 96IKM JOHOR BAHRU


GIMIK PEMBUKAAN RETTEC IKM JB 12 Jun – Projek Renewable Energy Technology Training Centre (RETTeC) telah disiapkan sepenuhnya dan majlis penyerahan projek dan gimik pembukaan telah disempurnakan antara pihak pembekal dan pihak IKM Johor Bahru. RETTeC adalah satu kemudahan latihan setara keperluan industri yang bakal digunakan oleh pelajar Jabatan Elektrik khususnya program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri). Selain itu, RETTec dijangka memberi manfaat kepada pekerja atau kontraktor pemasangan solar untuk meningkatkan tahap kompetensi pelajar khususnya dalam bidang Renewable Energy. 97JAUHAR


PROMOSI IKM JB DI KIPMA JOHOR 2023 17 & 18 Jun - Karnival Institusi Pendidikan MARA (KIPMA) 2023 Johor melabuhkan tirai dengan kehadiran kira-kira 4000 pengunjung. Karnival tahunan selama dua hari yang berlangsung di Plaza Larkin, Johor Bahru telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi MARA Ybhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki. Karnival yang bermula Sabtu telah disertai oleh semua institusi MARA termasuk IKM Johor Bahru, Giat MARA, KKTM, KPM, KPTM, UniKL dan pelbagai institusi pendidikan awam dan swasta. Selain booth pameran pusat pengajian tinggi, pelbagai aktiviti lain dilangsungkan sepanjang dua hari karnival. Antaranya ialah servis potong rambut, spa, pameran dan demonstrasi oleh IPMA yang mengambil bahagian. Pihak IKM Johor Bahru juga berbesar hati dengan kehadiran Pengerusi MARA Ybhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Susuki ke booth promosi pengajian dan pameran TVET IKM Johor Bahru semasa sesi ‘walkabout’. Terima kasih kepada semua pengunjung khususnya pelajarpelajar lepasan SPM dan ibu bapa yang berkunjung ke booth IKM Johor Bahru bagi mendapatkan konsultasi dan membuat permohonon kemasukan. Tahniah dan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Promosi dan semua staf IKM Johor Bahru yang turut serta dalam karnival ini. 98IKM JOHOR BAHRU


99JAUHAR


SUKAN STAF: PERTANDINGAN BOWLING PIALA PENGARAH 22 Jun - Pertandingan Bowling Piala Pengarah IKM Johor Bahru anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Staf IKM JB berlangsung dengan meriah di Daiman Bowl, Johor Jaya dengan penglibatan seramai 28 orang staf. Terima kasih jawatankuasa penganjur dan tahniah semua yang terlibat. 100IKM JOHOR BAHRU


Click to View FlipBook Version