The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanzalehapkhem, 2019-12-26 11:00:51

MANUAL PENGURUSAN SMKLS 2020

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA ___ MUKASURAT
BAB 1 Isi Kandungan I - VII
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK LEMBAH SUBANG 1

KONSEP DAN HALATUJU 2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
Objektif Pendidikan Sekolah Menengah 3
Logo, Visi, Misi Dan Moto Sekolah / KPM 4
Ikrar Guru Dan Perkhidmatan Awam 5
Teras Perkhidmatan Awam Malaysia 6
Tonggak Dua Belas 7
Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut GRed 8
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) 9
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
Enam Ciri Utama Yang Diperlukan Oleh Setiap Murid Untuk Berupaya 9
Bersaing Pada Peringkat Global
Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan Sistem 10
Pendidikan Negara 10
Fokus & Gerak Kerja Profesional 12
Program Sekolah Amanah 13
4 Matlamat Strategi Program Sekolah Amanah 13
Budaya Sekolah Amanah 14
Moto Sekolah 14
Objektif Pendidikan Di SMK Lembah Subang 15
Piagam Pelanggan 16
Lencana Sekolah 17
Lagu Sekolah

I

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA ___ MUKASURAT
BAB 2 KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
2.1
1. PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 18
2. Ketepatan Masa Di Sekolah 18
3. Hadir Lewat Ke Sekolah 18
4. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh 19
5. Guru-Guru
Keluar Semasa Bertugas 19
6. Cuti 20
7. Cuti Rehat 20
8. Cuti Rehat Khas (CRK) 20
Tatacara Permohonan Cuti (AKS) & CRK (Guru) 20
9. Kes Kecemasan 20
10. Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh 21
11. Cuti Penggal Persekolahan 21
12. Cuti Sakit 21
13. Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit 21
14. Lain-Lain Cuti 22
15. Guru Yang Berkursus/ Bertugas Di Luar Sekolah 23
16. Kehadiran Aktiviti Sekolah 23
Perhimpunan Rasmi Sekolah 24
Aturcara Perhimpunan 24
Kehadiran Perhimpunan Sekolah 24
Kelas Tambahan/ Lain-Lain Aktiviti Di Luar Waktu Sekolah 25
Melakukan Kerja Luar 25
Bilik Guru/ Bilik Darjah/ Bilik Khas/ Bangunan 25
Pakaian 25
Tanda Nama 25
Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 25
Tugas Guru 25
Fail Persediaan Mengajar (FPM) 26

II

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
26
BIL PERKARA ___ 26
17. Jadual Waktu Mengajar 27
18. Keselamatan Harta Benda Sekolah 27
19. Kebersihan 27
20. Surat-Menyurat 27
21. Surat Yang Diterima 27
22. Pelawat/Jurujual 28
23. Pembelian Barang 28
24. Kegiatan Kokurikulum 28
25. Mesyuarat 28
26. Acara/ Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Latihan Dalaman 29
27. Perhubungan Sesama Rakan Sekerja 29
28. Keahlian BKGS Dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 29
29. Arahan Pekeliling Dan Memo Dalaman 29
30. Penggunaan Alat-Alat 29
31. Telefon 30
32. Kunci 30
33. Buku Stok / Inventori 30
34. Komputer Riba / LCD Projektor/Smartphone
35. Menghadiri Mesyuarat Luar 32
32
2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM 32
1. Latar Belakang 32
2. Objektif 32
3. Dasar 33
4. Mesyuarat 33
5. Sistem Fail 33
6. Pakej Mata Pelajaran 33

Menengah Rendah
Menengah Atas
Mata pelajaran Teras

III

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA ___ MUKASURAT

Aliran Sains Tulen 33

Aliran Kemanusiaan 33

7. Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, 33

Rancangan Pelajaran Tahunan, DSKP & Rancangan Pelajaran Harian

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran 33

Rancangan Pelajaran Harian 34

Fail Rekod Mengajar 34

Rekod Mengajar Harian (RPH) 34

Menghabiskan Sukatan 34

PdPc Berkesan 34

8. Jadual Waktu 35

9. Guru Ganti / Guru ‘Relief’ 35

10. Waktu Persekolahan 35

11. Penilaian Dan Peperiksaan 36

12. Pemantauan 47

Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) 47

Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan 47

Peperiksaan dan Penilaian 47

Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid 47

Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran 48

13. Anggaran Perbelanjaan Tahunan Panitia 51

14. Buku Teks (SPBT), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dan Bahan Bacaan 51

15. Program Peningkatan Akademik 51

16. Kursus Dalaman, Latihan Dalam Perkhidmatan & Minit Curai 51

Kursus Dalaman 51

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 52

17. Kajian Tindakan/ Lain-Lain Program Rancangan Peningkatan Berkaitan Guru 52

18. Dasar Penggunaan Kertas Untuk Pdpc, Ujian Dan Peperiksaan 52

19. Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman 52

20. Dialog Prestasi Ibubapa 53

21. Penentuan Dan Perubahan Dasar Kurikulum 53

IV

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA ___ MUKASURAT

2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

1. Tugas Guru Tingkatan 54

1.1 Pengurusan Dan Organisasi Kelas 54

1.2 Analisis Kehadiran Bulanan 55

1.3 Data SMM Dan APDM 56

Kes Ponteng / Tidak Hadir 56

Langkah Mengatasi Masalah Murid Ponteng 56

Buku Pemantauan Kelas 57

Pas Keluar 58

1.4 Skim Pinjaman Buku Teks 58

1.5 Biasiswa Dan Kebajikan 58

1.6 Kutipan Sumbangan PIBG 58

1.7 Pelan Susunan Setiap Kelas 59

1.8 Tugas Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan 60

1.9 Ajk Mata Pelajaran 60

2. Pengurusan Disiplin Murid 60

2.1. Senarai Semak 60

2.2. Perkara-Perkara Yang Harus Dipatuhi Semasa Menjalankan Kuasa Disiplin 62

2.3. Faktor-Faktor Asas Yang Patut Dirangkumkan Dalam Dasar Menghukum 62

2.4. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin 62

2.5. Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil 62

2.6 Panduan Tatacara Disiplin Murid 63

Hukuman Terhadap Fizikal 63

Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi 64

2.7 Semua Guru adalah Guru Disiplin 65

3. Prosedur Pertukaran Murid 66

3.1. Prosedur Murid Berpindah Masuk Sekolah (Tingkatan 1 – 5) 66

3.2. Prosedur Murid Berpindah Keluar 66

3.3. Senarai Semak Murid 68

3.4. Panduan Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Akhir TahunOleh Murid 68

Warganegara Di Daerah Petaling Utama (Rujukan Sekolah)

V

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
69
BIL PERKARA ___ 69
3.5. Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga 69
69
Pertukaran Dalam Daerah Petaling Utama 70
Pertukaran Luar Daerah / Luar Negeri 72
4. Tugas Guru Penyelaras Tingkatan
5. Tugas Guru Bertugas Harian / Mingguan 74
Panduan Aturcara Perhimpunan Rasmi (Hari Isnin) 75
76
2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 76
1. Dasar Utama Kokurikulum 76
2. Dasar Sokongan 76
3. Tanggungjawab Jawatankuasa Kokurikulum 77
77
Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum
3.2 Tanggungjawab Setiausaha Sukan 78
3.3 Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan 79
3.4 Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 80
3.5 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan / Kelab /
81
Badan Beruniform / Kelab Permainan 81
3.6 Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat 81
3.7 Tanggungjawab Guru Data Kokurikulum 82
4. Senarai Persatuan/Kelab, Kelab Permainan/Sukan dan 82
82
Badan Beruniform 2013
5. Rumah Sukan 83
5.1. Nama Rumah Sukan 85
5.2. Cara Menentukan Rumah Sukan (Untuk Murid Baru)
6. Kiraan Cgpa Kokurikulum Tahun 2012

Register – (3 Markah Maksima)
Dari Buku Penilaian Kokurikulum Murid /
Kad Gerko Murid - (2 Markah Maksima)
7. Peraturan-Peraturan (Pelancongan) Sekolah 1957
8. Contoh Borang Kebenaran Ibu Bapa

VI

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
BAB 3
PERKARA ___ 86
3.1 MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 86
3.1.1 86
3.1.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 86
3.1.3 Jawatankuasa Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 87
3.1.4 Jawatankuasa SKPMg2 Sekolah (JKSS) 87
3.1.5 Jawatankuasa Panel Pembangunan Sumber Manusia 89
3.1.6 Jawatankuasa Kewangan 89
3.1.7 Jawatankuasa Pengurusan Pejabat & Makmal 89
3.1.8 Jawatankuasa Data Dan Pengurusan Maklumat 90
3.1.9 Jawatankuasa Integriti 91
3.1.10 Jawatankuasa Laman Web, Multimedia Dan Dokumentasi 91
3.1.11 Jawatankuasa Kelab Guru Dan Staf 92
3.1.12 Jawatankuasa Jawatankuasa Pibg Dan Sarana 93
3.1.13 Jawatankuasa Latihan Personel Dan Sumber Manusia 94
3.1.14 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Amanah
3.1.15 Jawatankuasa Dialog Prestasi 95
Jawatankuasa Kebitaraan Sekolah 95
3.1.16 Jawatankuasa Sistem Pengurusan Prestasi 95
3.1.17 [ Performance Management System ( Pms )] 97
3.2 Jawatankuasa Mbmmbi 97
3.2.1 Jawatankuasa Manual Pengurusan & Takwim Sekolah 98
3.2.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 100
3.2.3 Jawatankuasa Kurikulum 101
3.2.4 Jawatankuasa Kurikulum ( Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian ) 102
3.2.6 Jawatankuasa Pembestarian Sekolah ( Bahagian Kbat/ Spa 21) 102
3.2.7 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
Jawatankuasa Jadual Waktu / Mmi
Jawatankuasa Pencerapan / Lo

VII

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA ___ MUKASURAT
3.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 104
3.3.1 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 104
Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Setiausaha Hal Ehwal Murid 104
3.3.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin/ Majlis Perwakilan Murid 106
3.3.3 Jawatankuasa Majlis Perwakilan Murid(Mpm)
Dan Badan Ketua Tingkatan(Bakti) 106
3.3.4 Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling , Kerjaya 107
3.3.5 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (Spbt) 107
3.3.6 Jawatankuasa Biasiswa, Kwapm , Asnaf & Kebajikan 108
3.3.7 Jawatankuasa 3k (Kebersihan, Keselamatan & Kesihatan) 108
3.3.8 Jawatankuasa Bencana & Pengurusan Risiko 109
3.3.9 Jawatankuasa Siaraya 109
3.3.10 Jawatankuasa Slad & Ppda 110
3.3.11 Jawatankuasa Pencegahan Jenayah 110
3.3.12 Jawatankuasa Permuafakatan & Perpaduan 110
3.3.13 Jawatankuasa Buletin Sekolah 110
3.3.14 Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan & Perabot 111
3.4
3.4.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 112
3.4.2 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 112
Jawatankuasa Induk Sukan Sekolah 112
3.4.3 Senarai Tugas Setiausaha Sukan 112
Guru Penasihat Kelab Dan Permainan/Kelab Dan Persatuan/Unit Beruniform 113
3.4.4 Senarai Tugas Guru Penasihat Persatuan/Kelab/ Beruniform 113
Guru Penasihat Rumah Sukan 114
Senarai Tugas Ketua Guru Rumah 114

VIII

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA
SMK LEMBAH SUBANG

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam sehati Sejiwa.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan limpahan rahmat-Nya, saya diberi peluang untuk mengabadikan kata alu-
aluan di dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang
tahun 2020. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Manual
Pengurusan yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan manual ini. Manual
Pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan anggota
kumpulan pelaksana (AKP) untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan.
In Shaa Allah.

Manual Pengurusan ini mengandungi Prosedur Standard (Standard Operating Procedure –
SOP) bagi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran am sekolah, akademik, hal ehwal
murid, sukan dan kokurikulum. Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan
semua warga sekolah akan dapat memahami dan mengamalkan tatacara yang telah
ditetapkan di dalam manual ini. Manual ini dapat dijadikan rujukan bagi guru dan AKP
SMKLS dalam melaksanakan tugas seharian. Seperti mana yang kita sedia maklum dalam
penilaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan penilaian
Prestasi Standard Sekolah Amanah atau TSSP setiap ketetapan yang menjadi peraturan
sekolah perlu dibuktikan. Justeru manual ini adalah suatu eviden yang sahih bagi
pengurusan dan pentadbiran di SMKLS. Manfaatkan manual ini sebagai rujukan dan
panduan dalam merancang kerja-kerja. Semoga ia dapat membantu kita dalam pengurusan
dan pengoperasian sekolah mengikut piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Ketahuilah
kerja-kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah tentu menghasilkan sesuatu yang
berkualiti dan inilah ciri-ciri pendidikan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh KPM.

Kepada semua guru dan AKP SMKLS, mudah-mudahan pada tahun 2020 kita dapat
memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk terus mendidik dan melaksanakan kerja-
kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadikanlah kerja hari ini lebih
baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Marilah kita sama-sama berganding
bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan modal insan yang berkualiti demi kemajuan,
kesejahteraan dan keamanan Negara.

Sekian, terima kasih.

“Ke Arah Membina SMKLS Cemerlang”

SALWANI BINTI MUHAMMAD ZAIN
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang

1.0

KONSEP
&

HALA TUJU

1.0 KONSEP DAN HALATUJU

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

P‘ endidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan Negara’

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat menengah
bertujuan untuk membolehkan pelajar;

I. Mempertingkat kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
II. Mempertingkat dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,

bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.
III. Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional,

kritis dan kreatif.
IV. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta pemikiran yang

rasional, kritis dan kreatif.
V. Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-

kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan
teknologi.
VI. Memlliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.
VII. Memahami, menginsaf dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-budaya
negara.
VIII. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk
memeliharanya.
IX. Peka, prihatin dan menghargai nilai-nilai murni.
X. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
untuk menambahkan edan mengembangkannya.
XI. Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada
agama, bangsa dan negara.

2

LOGO, VISI, MISI DAN MOTO SEKOLAH / KPM

Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan
mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian
bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang
lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana
Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu
dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu
juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada
kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat
pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang
bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan
Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang
bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisme dalam sistem
pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kuning keemasan
melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang
bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

3

IKRAR GURU DAN PERKHIDMATAN AWAM

AZAM GURU
Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan bahawa;

▪ Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam
▪ Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini; dan
▪ Kerja yang kami buat hari-hari seterusnya adalah lebih baik daripada hari-

hari sebelumnya

IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru-guru negara malaysia dengan ini berikrar mendukung
terus cita-cita kami terhadap tugas kami menyatakan keyakinan kami pada cita-
cita murni pekerjaan kami.
Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan
prinsip-prinsip rukun negara, pada setiap masa.

IKRAR PERKHIDMATAN CEMERLANG
Bahawasanya saya _____________________________ seorang anggota
kerajaan Malaysia dengan penuh semangat dan kesedaran dan dengan
berpandukan kepada prinsip-prinsip rukun negara berazam dan berikrar untuk
meninggikan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang, menggembleng tenaga
dan usaha, bekerja dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab,
mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibbah
dan kesedaran bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan
negara, bekerjasama, menuju ke arah cita-cita demi untuk kepentingan negara
Malaysia.

4

TERAS PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
✓ Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
✓ Bekerja dengan penuh tanggungjawab
✓ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
✓ Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
✓ Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan

pembangunan negara
✓ Berpegang teguh kepada ajaran agama

5

TONGGAK DUA BELAS

Menghargai Ketekunan
Masa Membawa
Kejayaan
Nikmat
Mencipta

Keseronokan Q Kemuliaan
Bekerja Kesederhanaan

Pengaruh Ketinggian
Teladan Peribadi

Peningkatan Kekuatan
Bakat Sifat Baik

Keutamaan Hati
Kesabaran
Kewajipan
Kebijaksanaan Menjalankan
Berkhidmat
Tugas

Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan

6

7

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dirangka bagi
menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan
terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi
tumpuan kepada cara membangun dan meneruskan
perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara
berterusan.

Pelan Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh
13 tahun; 2013-2025. Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu:

Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan
memberikan tumpuan kepada kemahiran utama

Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem

Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak kearah kecemerlangan melalui peningkatan
keluwesan operasi

8

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
2013-2025

Akses LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020

Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun

Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman
dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada

ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK
BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL

Setiap murid akan Kemahiran Kemahiran
mempunyai…..
memimpin dwibahasa
Kemahiran
Etika dan
berfikir
kerohanian

Pengetahuan Identiti Nasional

…sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

9

SEBELAS ANJAKAN UTAMA
UNTUK MENTRANSFORMASIKAN

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Anjakan 2: Memastikan setiap murid profisien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Anjakan 3: Melahirkan rakyat malaysia yang menghayati
nilai

Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesion pilihan

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah

Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia

Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian

Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas

Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit

Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti
awam secara langsung

10

11

PROGRAM SEKOLAH AMANAH

12

4 MATLAMAT STRATEGIK PROGRAM

SEKOLAH AMANAH

1 Membangun kan 2

kepimpinan dan Menambah baik
pengurusan berkualiti kualiti pembelajaran
tinggi
dan pengajaran

PENDEKATAN

BERSEPADU

34

Memaksimumkan Mengukuhkan
potensi dan pencapaian pelibatan ibu bapa,
komuniti & pihak
murid berkepentingan lain

BUDAYA SEKOLAH AMANAH

SOKONGAN

PEMIMPIN

N

PIHAK BUDAYA KOMUNITI
BERKEPENTINGAN SEKOLAH
AMANAH

GURU MURID

DAN

13

MOTO SEKOLAH

ILMU ASAS KECEMERLANGAN

OBJEKTIF PENDIDIKAN DI SMK LEMBAH SUBANG

Bagi mencapai visi dan misi pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lembah Subang, segala usaha dan tanggungjawab digerakkan bertujuan untuk
membolehkan murid:-

(i) Mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran
rasional, kritis dan kreatif.

(ii) Memastikan penguasaan kemahiran Kurikulum Sekolah Menengah
(iii) Memastikan Objektif Pendidikan Sekolah Menengah tercapai.
(iv) Membentuk insan yang segak, berakhlak, tulen, unggul, berwawasan,

celik akal, berkepimpinan, bertaqwa, beretika, bersemangat kental,
aktif, tertib, terurus dan berketrampilan.
(v) Menerapkan nilai-nilai perpaduan, kasih sayang, prihatin, maju,
tekun serta kuat berusaha.
(vi) Merancang, mengatur dan menyusun strategi kerja serta aktiviti yang
dapat meningkatkan prestasi dan kreativiti.
(vii) Menguasai ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang cemerlang
dalam pelbagai bidang yang diceburi.
(viii) Menyahut cabaran membina bangsa merdeka dan maju selaras
dengan hasrat wawasan negara.

14

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Lembah Subang dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk:

• Memastikan semua murid dapat belajar pada hari pertama
persekolahan baharu dimulakan.

• Memastikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan dalam
segala urusan berkaitan dengan sekolah.

• Menyediakan suasana dan iklim sekolah yang bersih, cantik,
harmoni dan kondusif untuk pembelajaran.

• Memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan
berhemah segera kepada setiap pelanggan yang berurusan
dengan kami.

• Memberi layanan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengira kedudukan, kaum, agama dan bangsa.

15

LENCANA SEKOLAH

SIMBOL PENERANGAN

MATA PEN Melambangkan proses pencarian ilmu.
Ketajaman berfikir, mengguna, menyebar dan memperkasa ilmu.
Garisan simetri melambangkan keseimbangan dalam proses

pencarian ilmu dan keimanan demi kesejahteraan kehidupan
manusia di dunia dan di akhirat.
Perkataan “PETALING JAYA” ialah bandar kedudukan sekolah.

CAKRAWALA Perolehan sumber ilmu dan mengaplikasikannya tanpa sempadan

4 BULATAN Merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
KECIL / melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
PLANET emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

3 ORBIT Pembabitan pelajar dalam 3 bidang kokurikulum (Sukan &
Permainan, Persatuan & Kelab dan Badan Beruniform) utama dalam

memantapkan ilmu dan keimanan yang diperoleh.

BULATAN Dinamik, jitu, utuh dan jati diri dalam segala aspek.
BUJUR Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang
Moto Sekolah : Ilmu Asas Kecemerlangan

2 (5 POINTS Melambangkan keseimbangan dalam perolehan ilmu dan iman demi
menjamin masa depan yang gemilang.
STAR)
BINTANG (5 Points Star) – Mengamal dan merealisasikan Prinsip Rukun
Negara.

MATAHARI Melambangkan semangat, kegigihan dalam mencapai kegemilangan.

MAKSUD MERAH : Kegigihan dan semangat
WARNA BIRU : Perpaduan, Keharmonian dan Kecemerlangan.
KUNING : Ketaatan kepada Raja, negara dan undang-
undang.

16

LAGU SEKOLAH

ILMU ASAS KECEMERLANGAN

Putra putri wawasan
Falsafah diamalkan
Jati Insan seimbang
Bina bangsa gemilang

Gagah, gigih berjuang
Bimbingan yang berkesan

Jati diri dijuak
Kita warga perkasa

Amal teguhkan iman
Berakhlak, bertaqwa
Restu ayah dan bonda

Berbakti, berjasa

Luhur budi, pandai, bijaksana
Pekerti mulia

Rajin, usaha capai cita-cita
Kerana ilmu asas kecemerlangan
Kerana ilmu asas kecemerlangan

17

2.0

KETETAPAN TUGAS
&

TANGGUNGJAWAB

2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. KETEPATAN MASA DI SEKOLAH (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 /1982)

- Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil (2)/1982 mengenai ketepatan masa di
sekolah, guru-guru adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati
masa datang dan balik dari sekolah.

- Secara rasmi guru dan AKS perlu ‘Clock-in’ dan catat secara ‘manual’ dalam buku
kehadiran sebagai ‘back-up’ dan untuk kegunaan pengurusan guru ganti semasa masuk
bertugas dan semasa tamat bertugas ‘Clock-Out’.

- Guru-guru juga bertanggungjawab mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu
bertugas di sekolah, ketika masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan
sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti mesyuarat, upacara-upacara sekolah,
kegiatan sukan dan lain-lain.

- Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual waktu
pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum
tibanya masa untuk berbuat demikian. Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya
kepada keselamatan murid dan harta benda kelas pada waktu pengajaran.

- Ketua tingkatan dinasihatkan supaya mencari atau menjemput guru yang masih belum
masuk ke kelas 5 minit selepas waktu pengajaran bermula. Jika guru masih tidak dapat
dicari maklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan.

- Guru-guru khasnya hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid-murid dan dapat
menggalakkan tabiat mereka menepati masa.

- Ketepatan masa adalah penting untuk menentukan disiplin kelas terkawal dan guru
dihormati oleh murid-murid.

2. HADIR LEWAT KE SEKOLAH

- Waktu hadir bertugas bagi guru-guru ialah pada 7.25 pagi dan selepas waktu yang
dinyatakan di atas tuan/puan telah lewat hadir bertugas dan waktu bertugas AKS bermula
7.30/ 8.00/ 8.30* pagi. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019:
Pelaksanaan Waktu Kerja Fleksi (WBF) di agensi Kerajaan Persekutuan

- Guru dan AKS dikehendaki catat dan ‘Clock-In’ sebagai tanda hadir ke sekolah sebelum
waktu yang ditetapkan dan ‘Clock-Out’ setelah tamat waktu bertugas.

- Kehadiran semua guru dan AKS dipantau melalui sistem kehadiran manual dan elektronik,
oleh itu kelewatan satu saat juga akan menyebabkan rekod kehadiran pada hari tersebut
menjadi merah.

- Guru/ AKS yang hadir lewat dikehendaki mengisi borang tunjuk sebab hadir lewat. Borang
tersebut hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua/ Penolong Kanan dengan
menyatakan sebab lewat dengan segera. Guru/ AKS TIDAK DIBENARKAN
meninggalkan borang tersebut di atas meja Pengetua/ Penolong Kanan. Selain itu guru
dan AKS juga perlu catat sebab lewat dalam buku rekod kehadiran

- Guru yang hadir lewat 3 hari berturut-turut atau melebihi 10 hari tidak berturut-turut diminta
membuat surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal proses tindakan tatatertib akan
dilaksanakan.

18

3. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/ WAKTU LUANG (FREE PERIOD) OLEH
GURU-GURU (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)
- Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/ waktu luang (free
period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati
ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan
ini adalah salah dan perlu diperbetulkan.

- Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period) itu
adalah masa bekerja.

- Tuan/puan dikehendaki menggunakan masa ini untuk:-

• menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas.

• membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan,
membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya.

• memeriksa buku latihan murid-murid.

• mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.

• penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.

• lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.

- Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi
faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

4. KELUAR SEMASA BERTUGAS
- Guru/kakitangan sekolah tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa
bertugas.

- Semua urusan peribadi guru/ kakitangan sekolah hendaklah dibuat di luar waktu sekolah
kecuali dalam keadaan kecemasan atau sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh urusan
sekolah/ PPD/ JPN/ KPM. Sebelum keluar dari kawasan sekolah pastikan perkara-
perkara berikut dilaksanakan:

i. Telah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Jika Pengetua tidak berada di
sekolah kebenaran perlu diperoleh daripada Penolong Kanan atau GKMP
(sekiranya ketiadaan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan) yang menjalankan
tugas semasa ketiadaan Pengetua.

ii. Isi kad keluar kawasan sekolah beserta tandatangan pentadbir yang memberi
kelulusan

iii. Catat dalam buku pergerakan guru (sekiranya perlu dibuat ‘relief’). Jawatankuasa
‘Relief’ hanya akan disediakan ‘relief’ untuk guru-guru yang keluar sekolah atas
urusan rasmi.

iv. Jika urusan kecemasan (peribadi), pastikan perkara-perkara i – ii dipatuhi. Uruskan
sendiri ‘relief’ jika tidak dapat dielakkan. Isi kad keluar kawasan sekolah dan catat
masa keluar/masuk serta perkara-perkara lain yang terkandung dalam kad tersebut

19

v. Adalah menjadi kesalahan jika tidak memohon, mendapat kebenaran dan tidak
mencatat masa keluar masuk semasa meninggalkan kawasan sekolah.

5. CUTI

- Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan
tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau
sebagai berhenti kerja.

- Cuti bukan hak tetapi satu kemudahan yang diberi kepada seseorang pegawai di
mana pegawai berkenaan mesti memohon dan diluluskan oleh Pengetua.

JENIS CUTI GURU/ ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (AKS)

1. CUTI REHAT (Rujuk SPP Bil 3 Tahun 2005 dan SPP Bil 11/2015)
- Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah

Perintah AM 7 hingga Perintah AM 12.
- Kakitangan bukan guru boleh mengambil cuti rehat bila-bila masa sahaja dalam

setahun. Walau bagaimanapun kakitangan bukan guru tidak digalakkan mengambil
cuti rehat dalam keadaan-keadaan tertentu seperti musim peperiksaan.

2. CUTI REHAT KHAS (CRK) (Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil 8 Tahun 2017: Cuti
Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

- Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Mohon baca dan
faham kandungan SPP Bil 8 Tahun 2017 berkaitan kelayakan yang boleh
dipertimbangkan.

- Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya
tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
bagi pegawai yang layak.

- Dalam menimbang pemberian kemudahan CRK, kelulusan Pengetua adalah berdasarkan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah tidak terjejas.

TATACARA PERMOHONAN CUTI (AKS) & CRK (GURU):-
i) Kes Kecemasan
- Guru dan AKS hendaklah memaklumkan kepada Pengetua melalui panggilan telefon

ATAU sistem pesanan ringkas (Whatssap/ Telegram/ SMS)

- Setelah mendapat kelulusan Pengetua, guru hendaklah memaklumkan kepada Penolong
Kanan (PK) ATAU AJK Jadual Waktu melalui panggilan telefon PK atau telefon sekolah
dengan kadar segera untuk tujuan rekod dan penyediaan guru ganti.

- Bagi AKS setelah mendapat kelulusan Pengetua, segera maklum kepada KPT/ PT yang
menanggung kerja KPT untuk tujuan rekod.

20

- Segera isi permohonan melalui ‘HRMIS’. Maklum kepada Penolong Kanan setelah
menghantar permohonan melalui HRMIS. Penolong Kanan dikehendaki memaklumkan
kepada Pengetua sekiranya permohonan guru/ AKS telah disokong. Setelah Pengetua
meluluskan cuti melalui HRMIS segera cetak borang kelulusan serahkan bersama
dokumen sokongan untuk rekod.

ii) Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh
Guru dan AKP hendaklah memohon kelulusan cuti daripada Pengetua secara lisan sebelum

mengisi HRMIS. Elakkan berurusan secara menghantar mesej bagi menggelakkan
sebarang keraguan.
-
- Bagi guru dan AKP isi permohonan melalui HRMIS untuk mendapat sokongan Penolong
Kanan dan kelulusan Pengetua.

- Setelah diluluskan, cetak permohonan yang telah diluluskan melalui HRMIS dan sertakan
dokumen sokongan (bagi permohonan CRK).

- Bagi guru sila catat dalam Buku Pergerakan Guru. Guru juga dikehendaki meninggalkan
tugasan/kerja murid kelas yang diajar dan diserahkan kepada Penolong Kanan untuk
ditadbirkan oleh Guru Ganti. Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh guru untuk
memastikan PdP murid tidak terabai. Selepas balik bercuti guru dikehendaki menanda
kerja/tugasan murid kelas berkenaan.

3. CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN
- Guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah, Pengetua boleh

memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas
mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi
separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu sekiranya
perlu.

4. CUTI SAKIT
- Maksimum cuti sakit tidak melebihi 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga

Disember).
- Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau terputus-putus akan

dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan
pembayaran gaji.
- Sijil sakit (MC) yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam
setahun dan tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut dalam satu sijil.
- Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit:-
• Memohon kelulusan Pengetua untuk cuti sakit. Setelah diluluskan segera maklum kepada
Penolong Kanan sebelum waktu persekolahan bermula bagi membolehkan Penolong
Kanan/ AJK Jadual Waktu menyediakan jadual guru ganti.
• Sijil sakit mesti dihantar kepada Pengetua/ Penolong Kanan serta merta apabila balik
bertugas semula.

21

5. LAIN-LAIN CUTI (Sila rujuk Perintah Am Bab C dan Surat Pekeliling Perkhidmatan)
• CUTI SEPARUH GAJI
• CUTI TANPA GAJI
• CUTI BERSALIN
• KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
• CUTI HAJI
• KEMUDAHAN CUTI UMRAH (Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2017)
• KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2018)
• CUTI KERANA BERKURSUS
• CUTI KUARANTIN (Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2016)
• CUTI TANPA REKOD (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan, Surat Edaran & Perintah Am yang

berkaitan)
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti Kematian Saudara Terdekat – Suami/Isteri, Ibu/Bapa, Anak
- Cuti gantian - sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa.
- Cuti latihan pasukan sukarela – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
- Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan – tidak melebihi 14

hari.
- Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
- Cuti untuk masuk peperiksaan – cuti diberi hanya untuk hari peperiksaan sahaja.

Pegawai/ guru dikehendaki sertakan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri dan
surat dari Universiti.
- Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bilangan hari ialah tempoh mesyuarat
diadakan dan 2 hari perjalanan pergi dan balik.
- Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/ sukan – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu
tahun.
- Cuti bagi ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan

6. GURU YANG BERKURSUS/ BERTUGAS DI LUAR SEKOLAH
- Guru-guru yang dipanggil berkursus atau terlibat dengan tugasan di luar sekolah,

sekiranya surat panggilan diterima awal digalakkan:
i. Menyediakan bahan untuk guru ganti
ii. Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
iii. Catat dalam Buku Rekod Pergerakan Guru di Bilik Penolong Kanan/ GKMP
iv. Satu salinan surat hendaklah difailkan dalam Fail Pergerakan Guru di pejabat
v. Sediakan RPH seperti ditetapkan dalam ‘booklet’ Pengurusan Kurikulum
vi. Menyediakan minit curia dan menyerahkannya kepada GKMP/ PK berkenaan dalam

tempoh 3 hari selepas balik dari berkursus (Rujuk ‘booklet untuk format dan arahan lain)

22

7. KEHADIRAN AKTIVITI SEKOLAH

- Semua guru wajib hadir aktiviti sekolah yang telah ditetapkan seperti LDP, Kejohanan
Olahraga, Mesyuarat Agung PIBG dan sebagainya. Mana-mana guru yang tidak hadir
hendaklah memohon kebenaran tidak hadir ke aktiviti berkenaan daripada Pengetua
secara bertulis.

- Sekiranya tindakan di atas tidak diambil, sila kemukakan surat tunjuk sebab jika tidak hadir
semasa aktiviti sekolah diadakan.

8. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

- Perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama
persekolahan, tepat 7.30 pagi. Ia adalah satu majlis rasmi.

- Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan memberi
perhatian kepada pengumuman atau aktiviti yang dibuat serta mengambil tindakan yang
sesuai. Guru-guru dan murid-murid dilarang bercakap sesama sendiri atau membuat
kerja-kerja lain seperti melayan telefon bimbit dan sebagainya semasa perhimpunan.

- Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki memakai
tali leher) semasa perhimpunan sekolah.

- Guru tingkatan, guru bertugas dan guru disiplin bertanggungjawab menentukan setiap
murid mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut kelas dengan
penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap.

- Guru bertugas mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan
dengan lancar mengikut aturcara seperti di bawah. Juruacara majlis digalakkan terdiri
daripada murid iaitu pengawas/ SVG atau murid Badan Beruniform .

Aturcara Perhimpunan:-
▪ Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid)
▪ Nyanyian lagu Kebangsaan (bendera dinaikkan), dan lagu Negeri Selangor. Ikrar

Rukunegara dan Ikrar Murid
▪ Laporan guru bertugas minggu sebelum
▪ Ucapan wakil murid**
▪ Ucapan guru bertugas minggu semasa (Guru bertugas dikehendaki menyediakan ucapan

pendek mengenai sesuatu tajuk pilihan sendiri bersesuaian dengan dasar-dasar
pendidikan/ PPPM/ keadaan semasa tidak melebihi 3 minit)
▪ Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya sangat diperlukan).
▪ Penyampaian sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada).
▪ Ucapan Penolong Kanan / Pengetua
▪ Di akhiri dengan nyanyian lagu Sekolah
** Ucapan wakil murid bagi program MBMMBI, Dwibahasa dan kepimpinan
- Guru Siaraya dengan bantuan pengawas yang bertugas perlu memastikan alat siaraya
disediakan dan berfungsi dengan baik tanpa gangguan suara.

23

- Laporan perhimpunan dan ucapan Penolong Kanan/ Pengetua dicatat dalam “BUKU
LAPORAN PERHIMPUNAN” oleh guru bertugas mingguan.

- Pengumuman berkaitan mesyuarat/ perjumpaan Persatuan/ Kelab/ Unit Beruniform
tidak dibenarkan dibuat semasa perhimpunan rasmi. Pengumuman tersebut
hendaklah disiarkan/ dipamerkan pada papan penyataan Persatuan/ Kelab/ Unit
Beruniform.

KEHADIRAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
- Semua guru wajib berada di dalam dewan/ galeri sewaktu perhimpunan dijalankan. Guru-

guru tidak dibenarkan berada di bilik guru/ kantin atau tempat-tempat lain semasa
perhimpunan.
- Sekiranya guru perlu dikecualikan dari menghadiri perhimpunan atas urusan tugas yang
tidak dapat dilakukan pada waktu lain, sila dapatkan kebenaran daripada Pengetua/
Penolong Kanan.
- Sila tanda tangani kehadiran pada borang kehadiran yang diedarkan.

9. KELAS TAMBAHAN/ LAIN-LAIN AKTIVITI DI LUAR WAKTU SEKOLAH

- Guru-guru mata pelajaran, terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, digalakkan
mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran yang dirasakan perlu untuk
mempertingkatkan pencapaian akademik murid-murid. Pihak sekolah mengalu-alukan
guru yang mempunyai inisiatif sendiri dalam mengadakan kelas tambahan tersebut.

- Guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan/ aktiviti di luar waktu persekolahan
hendaklah terlebih dahulu memaklum dan mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/
Penolong-penolong Kanan (Yang berkenaan).

- Setelah mendapatkan kebenaran sila catat dalam buku aktiviti/ kelas tambahan yang
disediakan. Maklum dan catat pada papan putih di pejabat bagi memudahkan pihak
pejabat membuat rujukan jika ada pertanyaan dari ibu bapa atau mana-mana pihak.

- Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri kelas
tambahan tersebut.

10. MELAKUKAN KERJA LUAR
- Penjawat awam boleh melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti

berikut:
A. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. Dibenarkan dengan syarat:-

i. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
ii. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
iii. Tidak dengan apa-apa cara kecenderungan bercanggah dengan kepentingan

jabatan
B. Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa

tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 7(1)
dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50, 000 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Ribu).

24

11. BILIK GURU/ BILIK DARJAH/ BILIK KHAS/ BANGUNAN
- Kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan bilik guru adalah tanggungjawab

semua guru. Bilik guru mesti sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa.
- Guru-guru hendaklah mengemas meja masing-masing sebelum pulang setiap hari. Kerusi

hendaklah disorong ke bawah meja sebelum meninggalkan bilik guru.
- Murid-murid, ibu bapa/ penjaga dan orang luar termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN

MASUK ke bilik guru. Semua urusan antara guru dengan ibu bapa/ penjaga dan orang
luar hendaklah dibuat di pejabat sekolah.
- Bilik darjah bersih daripada sawang, kipas dan meja guru bersih sebelum mula sesi
persekolahan.
- Semua bilik khas sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa dan terkawal penggunaannya.
- Kebersihan kaki lima di luar bilik darjah adalah tanggungjawab kelas berkenaan dan bilik-
bilik khas adalah tanggungjawab guru bilik berkenaan.

12. PAKAIAN
- Ketetapan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi pegawai perkhidmatan persekutuan

berpandukan (SPP Bil. 21 1985) dan (SPB Bil a/2013) serta tambahan (SPI Bil 6/1985)
bagi guru.

13. TANDA NAMA
- Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis

rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

14. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
- Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah

berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan/Pengetua.
- Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan

dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP), ‘Middle Leader’
Penolong Kanan atau Pengetua.

15. TUGAS GURU
- Tugas guru diberikan dalam bidang akademik, HEM, kokurikulum dan juga pentadbiran.

Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
- Guru dikehendaki mematuhi arahan menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran atau

Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
- Sila isi dalam buku pergerakan guru.
- Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,

kursus & bengkel hendaklah mengemukakan minit curai kepada Pengetua

25

(Sila gunakan Borang Minit Curai yang diambil dari pejabat sekolah)
- Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah

menjalankan Latihan Dalaman dan dimaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan
tarikh dan masa pelaksanaannya.
- Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis
untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang.

16. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (FPM)
- Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan FPM. Semua butiran hendaklah

disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. FPM ini hendaklah diserahkan kepada
Pengetua/Penolong-penolong Kanan mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.
Kegagalan menghantar FPM boleh menjejaskan prestasi tahunan kerana FPM dan
kandungan merupakan SKT utama dalam pemberian markah prestasi. Guru-guru boleh
didenda sebanyak RM500.00 sehari akibat kegagalan berkaitan. (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran)
- Guru yang bercuti, hendaklah menyerahkan FPM kepada Penolong Kanan untuk urusan
Guru Ganti.
- Setiap akhir tahun persekolahan, FPM hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.
- Buat laporan kepada polis jika FPM hilang.

17. JADUAL WAKTU MENGAJAR
- Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
- Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
- Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu persendirian
guru untuk dipamerkan di bilik guru dan pejabat sekolah.
- Satu set jadual waktu lengkap diserah kepada Pengetua / Penolong Kanan.

18. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
- Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda

sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM.
- Ketua Panitia/GKMP hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
- Semua bilik mempamerkan inventori yang ada.

19. KEBERSIHAN
- Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas

pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-

26

alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan
baik.
- GKMP/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik Kaunseling,
makmal sains, makmal bahasa) bertanggungjawab untuk menyelaras/menjaga
kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
- Semua guru & AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan
sekolah.

20. SURAT-MENYURAT
- Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani

oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sekiranya Pengetua
tiada di sekolah surat rasmi hanya boleh di tanda tangani oleh pentadbir yang diberi kuasa
menjalankan tugas bagi pihak (b/p) pengetua.
- Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan.

21. SURAT YANG DITERIMA

- Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Oleh
itu, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-surat tersebut mengikut
prosedur yang ditetapkan.

- Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui dan kepada”. Oleh
itu, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

- Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat / taklimat luar perlu dicatat
dalam buku penerimaan pejabat untuk disampaikan kepada guru yang berkaitan untuk
tindakan selanjutnya.

22. PELAWAT/JURUJUAL
- Semua pelawat mesti berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu.Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan
kebenaran Pengetua.
- Hanya pelawat/ wakil firma atau juru jual yang mendapat kebenaran memasuki premis
kerajaan daripada KPM/JPN/PPD sahaja dibenarkan untuk berurusan.
- Pihak pentadbiran sekolah TIDAK bertanggungjawab jika ada mana-mana guru atau staf
berurusan dengan pihak luar TANPA kebenaran Pengetua.

23. PEMBELIAN BARANG
- Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan
menggunakan borang Nota Minta.
- Nota Minta tersebut hendaklah disahkan oleh GKMP/Penolong Kanan sebelum
diluluskan oleh Pengetua.

27

- Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan
Borang Tempatan (Local Order/LO)

- Segala invois mesti ditulis nama dan ditandatangani oleh guru yang menerima barang,
rekodkan nombor daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang
yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan
kemas.

24. KEGIATAN KOKURIKULUM

- Semua guru Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan
teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

- Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum.

25. MESYUARAT
- Kedatangan guru/AKP ke mesyuarat yang ditetapkan adalah wajib. Semua mesyuarat

dijalankan selepas waktu persekolahan.
- Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran Pengerusi

Mesyuarat.
- Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T,

seluar trek dan selipar tidak dibenarkan.
- Semua surat panggilan mesyuarat adalah mengikut borang SPSK manakala taklimat /

dialog panitia menggunakan memo.

26. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/LATIHAN DALAMAN
- Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga Latihan

dalam Perkhidmatan (LADAP) yang dianjurkan.
- Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada

Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

27. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA

- Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan
dan harmoni dalam organisasi.

- Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan sekerja.

- Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sekali wujud di sekolah.

28

28. KEAHLIAN BKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)

- Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru
manakala semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.

29. ARAHAN PEKELILING DAN MEMO DALAMAN

- Setiap arahan dan pekeliling dan memo dalaman yang dikeluarkan hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi.

- Sekiranya arahan dan pekeliling dan memo dalaman itu diedar, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.

- Sentiasa membaca papan kenyataan dan mengambil tindakan terhadap memo dalaman
yang dikeluarkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, PK Hem dan PK Kokurikulum.

- Hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengeluarkan memo dalaman dengan
kebenaran Pengetua.

30. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

- Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
- Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera serta

berkeadaan baik.
- Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya.

31. TELEFON

- Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan AKP tidak
dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.

- Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdP di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat.

32. KUNCI
- Semua kunci mesti disimpan dipejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah

mengisi Buku Rekod Pinjaman di pejabat
- Guru- guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran

daripada Pengetua dan mencatatkan nama di dalam buku.

29

33. BUKU STOK / INVENTORI

- Pegawai Aset Alih Kerajaan dan guru inventori bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemas kini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta-merta).

- GKMP/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke
semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua.

- Buku stok perlu dihantar kepada Pengetua pada akhir tahun.

34. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR/SMARTPHONE

- Guru yang diberi kemudahan komputer riba / smartphone dan LCD projektor hendaklah
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.

- Pastikan komputer /smartphone berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdP
sebagaimana objektif penggunaannya.

- Keselamatan komputer /smartphone adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan
sebarang kerosakan/kehilangan adalah tanggungjawab guru.

- Isi buku rekod pinjaman dan pemulangan LCD, komputer riba dan lain-lain aset sekolah/
kerajaan.

35. MENGHADIRI MESYUARAT LUAR

- Guru hendaklah mematuhi arahan untuk menghadiri Mesyuarat/Kursus/Bengkel yang
yang dianjurkan oleh Kementerian/JPN/PPD.

- Jika mesyuarat bermula jam 8.00 pagi, guru tidak perlu hadir ke sekolah sebelah pagi.
- Jika mesyuarat bermula jam 2.00 petang, guru hanya dibenarkan meninggalkan sekolah

jam 12.30 tengah hari jika dalam daerah dan jika di daerah lain yang jauh boleh mohon
kebenaran Pengetua untuk pertimbangan waktu keluar.
- Guru yang akan menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar hendaklah mencatat
pergerakan pada borang pergerakan guru yang disediakan sebelum menghadiri
mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar. Hal ini bagi memudahkan urusan ‘RELIEF’. Jika
maklumat lewat diterima, guru perlu memaklum kepada Penolong Kanan Pentadbiran
atau guru relief dengan kadar segera dan juga mencatat butiran pergerakan pada boring
pergerakan. Semua pergerakan perlu juga dicatat di papan notis di pejabat. Satu salinan
panggilan mesyuarat perlu dimasukkan dalam fail pergerakan guru yang disediakan.
- Jika mesyuarat tamat sebelum jam 12 tengah hari guru hendaklah hadir ke sekolah untuk
menjalankan aktiviti sekolah petang (mesyuarat, aktiviti kokurikulum dan seumpamanya).
- Guru hendaklah menyediakan minit curai sehari selepas aktiviti dan memaklumkan
kepada Pengetua tentang butiran mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar yang dihadiri.

30

Minit curai hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan berkaitan untuk makluman dan
tindakan.
- Semua bahan/dokumen yang diserah kepada guru hendaklah diserah kepada Penolong
Kanan berkaitan.
- Guru hendaklah meninggalkan latihan atau bahan MMI kepada Guru ‘Relief’/ GKMP/
Penolong Kanan untuk kelas yang diajar.
- RPH pada hari/ waktu pertama bagi setiap kelas yang ditinggalkan hendaklah disediakan
seperti ditetapkan dalam Ketetapan Kurikulum. Namun jika guru menghadiri mesyuarat/
kursus/ bengkel/ seminar melebihi satu hari guru-guru dibenarkan untuk tidak
menyediakan RPH bagi hari/ waktu kedua setiap kelas yang ditinggalkan. Guru boleh
mencatat sebab pergerakan dalam ruangan RPH tersebut dan dalam ruangan catatan
guru boleh catat bahan MMI disediakan.

31

2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM

1 LATAR BELAKANG
Kurikulum ialah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid di SMK Lembah Subang,
Petaling Jaya Selangor. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
memenuhi moto sekolah ini iaitu “ILMU ASAS KECEMERLANGAN“. Dasar yang
ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah
ini.

2 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:-
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum KPM, JPN dan PPD.

3 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Sebagai salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan,
setiap peraturan dan arahan pihak PPD, JPN dan KPM dipatuhi sepenuhnya.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik diberikan keutamaan.

4 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 3 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.

5 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha di bawah seliaan Penolong
Kanan dan disimpan di bilik Fail di pejabat.
5.2 Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia di bawah seliaan Guru Kanan Mata
Pelajaran dan diletakkan di Bilik Fail di pejabat sekolah.
5.3 Jumlah fail bagi setiap panitia tertakluk kepada perubahan Sistem Fail Arkib dan fail-
fail tertentu dibuka atas keperluan.

32

6 PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1 Menengah Rendah
- Semua mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Geografi, Pendidikan Islam (Murid Islam), Matematik, Sains, Reka Bentuk dan
Teknologi, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Sivik &
Kewarganegaran dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

6.2 Menengah Atas
6.2.1 Mata pelajaran Teras
i. Wajib diambil semasa SPM - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pendidikan Islam (Murid Islam) & Pendidikan Moral (Bukan Islam)
ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM - Pendidikan Jasmani &
Kesihatan

6.2.2 Pakej STEM
- Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif Matematik
Tambahan, Biologi, Fizik dan Kimia.

6.2.3 Pakej Sastera & Kemanusiaan
- Semua mata pelajaran teras di atas termasuk Sains dan mata pelajaran
elektif Matematik Tambahan / Pendidikan Seni Visual / Geografi /
Perniagaan atau Ekonomi.

7 SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN

PELAJARAN TAHUNAN, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN

PENTAKSIRAN ( DSKP ) & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

7.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP )

- Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh
setiap guru mata pelajaran dan disimpan dalam Fail Panitia satu salinan bagi
setiap tingkatan.

- DSKP pula merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan
pentaksiran yang wajib digunakan oleh semua guru yang mengajar murid di
tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada setiap masa. DSKP menjadi panduan guru-guru
dalam melaksanakan PdPc dan menjalankan pentaksiran agar perkembangan
dan pencapaian murid boleh dipantau sepanjang masa. DSKP juga perlu
disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan dalam Fail Panitia satu salinan
bagi setiap tingkatan.

33

7.2 Rancangan Pelajaran Harian
- Mengandungi 5 perkara asas berikut:
i. Tajuk/Isi Pelajaran
ii. Objektif/ Hasil Pembelajaran/ LO
iii. Aktiviti
iv. BBM
v. Refleksi / Catatan
** Lain-lain mengikut ketetapan mata pelajaran
Rujuk ‘booklet’ untuk keterangan lanjut

7.3 Fail Rekod Mengajar
- Rujuk lampiran kandungan fail yang diedarkan.

7.4 Rekod Mengajar Harian (RPH)
- Dihantar setiap hari Jumaat hari terakhir setiap minggu persekolahan sama ada
dalam bentuk soft copy (atas talian melalui Sistem Pengurusan Sekolah) ATAU
hard copy (dicetak dan difailkan) tertakluk kepada arahan.
- Lengkapkan RPH minggu semasa berserta refleksi dan RPH hari pertama dalam
minggu berikutnya sebelum menghantar RPH untuk semakan Pengetua.
- Semua guru mesti menyediakan RPH sebelum memasuki kelas untuk PdPc.
Boleh dibuktikan pada bila-bila masa diperlukan.
- RPH dan buku latihan murid hendakkah diserahkan kepada pencerap semasa
proses pencerapan dilakukan oleh mana-mana pegawai. Pastikan refleksi ditulis
setelah selesai sesi PdPc.

7.5 Menghabiskan Sukatan
- Sukatan Pelajaran setiap kelas hendaklah diselesaikan dalam tahun semasa.
i. Tingkatan 1, 2 &3 – Dihabiskan dalam tahun semasa mengikut ketetapan
PBD
ii. Tingkatan 4 – Minggu pertama September
iii. Tingkatan 5 – Minggu pertama Ogos

- Guru-guru dikehendaki membuat analisis prestasi pengajaran dalam borong
yang disediakan dan diperolehi melalui Ketua Panitia masing-masing.

7.6 PdPc Berkesan
- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berpusatkan murid (student
centered) menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang ada ciri-
ciri inovasi.
- Kualiti PdPc dipertingkatkan dengan guru menguasai ilmu, kepelbagaian kaedah
terkini dan perkongsian pengamalan/ kemahiran yang diperolehi melalui LDP.
- Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
PdPc perlu diberi penekanan ke atas Higher Order Thinking Skills (HOTS) dalam
kalangan murid-murid.

34

8 JADUAL WAKTU
- Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
- Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan Mesyuarat kurikulum.
- Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran
guru.
- Jumlah waktu pengajaran mengikut arahan dan ketetapan Akta/ Dasar Pendidikan.

9 GURU GANTI / GURU ‘RELIEF’ – Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981
- Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.
- Tindakan Guru Ganti:
i. Menandatangani kertas edaran relief.
ii. Mencatat nama kelas, masa dan mata pelajaran yang direlief pada slip relief.
iii. Slip relief hendaklah disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar sebagai rujukan
dan dokumentasi.
iv. Memasuki kelas tersebut tepat pada masanya dan berada di dalam kelas relief
sehingga tamat masa.
v. Guru tidak dibenarkan menggunakan PSS sebagai tempat relief KECUALI jika
diberi lebih dari 1 kelas relief pada satu masa/waktu.
vi. Menggunakan masa tersebut dengan aktiviti PdPc seperti ketetapan berikut:-
a) Dapatkan latihan/ bahan relief dan pastikan murid laksanakannya.
b) Catat bahan yang digunakan pada ruangan yang disediakan.
c) Bahan tersebut hendaklah dikembalikan ke tempat asal setelah tamat
waktu relief.
d) Guru relief hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid di bawah seliaan
mereka.

10 WAKTU PERSEKOLAHAN

Hari Tingkatan 1 - 5 Tingkatan 4 dan 5 Sains

Isnin 7:20 am – 2:00 p.m 7:20 am – 2:30 p.m
Selasa 7:20 am – 2:00 p.m 7:20 am – 2:30 p.m
Rabu 7:20 am – 1:30 p.m 7:20 am – 2:00 p.m
Khamis 7:20 am – 1:30 p.m 7:20 am – 2:00 p.m
Jumaat 7:20 am – 12:30 p.m 7:20 am – 12:30 p.m

* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa

35

11 ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU
A PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
i) Bagi kelas tingkatan satu, dua, tiga dan empat, jenis pentaksiran yang diadakan
adalah :
a) Peperiksaan Pertengahan Tahun.
b) Peperiksaan Akhir Tahun.

ii) Bagi kelas tingkatan 5, jenis peperiksaan yang akan diadakan adalah:
a) Peperiksaan Pertengahan Tahun.
b) Peperiksaan Percubaan SPM.

iii) Sistem pemarkahan - rujuk arahan yang disediakan khas berasingan dari arahan ini.
iv) Kedudukan kelas akan ditentukan melalui

a) GP dan lulus dalam semua mata pelajaran bagi tingkatan 5*.
b) Berdasarkan band PS dan gred ujian bagi tingkatan 2 dan 3*.
c) Berdasarkan band PT3, PS dan PPSi bagi tingkatan 4*.
* tertakluk kepada perubahan.

B PERANAN KETUA PANITIA

1. Menyenaraikan penyedia soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan untuk sepanjang tahun.
Satu Salinan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.

2. Sebarang perubahan penyedia soalan hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha
Peperiksaan.

3. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru yang tidak menyiapkan
soalan mengikut tarikh yang ditetapkan.

4. Menyerahkan bungkusan jawapan kepada guru yang cuti bersalin/sakit berpanjangan
untuk disemak (atas budi bicara pentadbir sekolah).

5. Mengagihkan jadual spesifikasi ujian (JSU) kepada penyedia soalan.
6. Memastikan guru penyedia soalan menghantar JSU bersama-sama soalan untuk disemak

dan menyimpan JSU tersebut di dalam fail panitia. Satu Salinan hendaklah dihantar
kepada Setiausaha Peperiksaan.
7. Menyemak kertas soalan dari aspek ejaan, format soalan, kandungan soalan menepati
HSP dan tempoh masa yang betul.
8. Menyerahkan kertas soalan kepada GKMP untuk pengesahan.
9. Menghantar kertas soalan yang telah disemak dan disahkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran.

C PENYEDIA SOALAN

1. Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran seperti yang telah
ditetapkan. Sebaik-baiknya, soalan disediakan lebih awal dari tarikh akhir yang telah
ditetapkan.

36

2. Mengisi JSU sebelum menyediakan soalan dan menghantar JSU berserta skema jawapan
kepada Ketua Panitia/guru mata pelajaran bersama-sama kertas soalan untuk disemak.

3. Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru yang lain dan
menyerahkan kepada guru pemeriksa sebaik sahaja peperiksaan tamat.

4. Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan berserta soalan kepada
PK Pentadbiran untuk semakan dan cetakan.

5. Uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan yang dibungkus
adalah betul dan bilangan soalan mencukupi.

6. Mengisi Lampiran Peperiksaan seperti di bawah dan menyerahkan bungkusan soalan
kepada Setiausaha Peperiksaan untuk disimpan sehingga hari peperiksaan mengikut
tarikh yang telah ditetapkan.

7. Menyerahkan 2 salinan soalan beserta jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk
Bank Soalan, dan 1 salinan kepada Ketua Panitia.

8. Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit peperiksaan berjalan untuk
memastikan kertas soalan mencukupi.

D. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN

1. Guru pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu PdP masing-masing,
bukan mengikut waktu peperiksaan dimulakan. Guru pengawas hendaklah berada di
kelas walaupun waktu peperiksaan masih lambat untuk dimulakan. Mulakan peperiksaan
tepat pada waktunya dan memastikan kelas bersih sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Bacakan Peraturan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan dimulakan dan
ingatkan murid supaya menggunakan pensel 2B untuk menanda jawapan objektif.

3. Kutip semua kertas soalan sekiranya terdapat murid yang tidak hadir kerana
mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, koakademik dan sebagainya.

4. Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku atau nota ke dalam
bilik peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.

5. Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa tempoh peperiksaan, sila
maklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang atau guru yang
membuat relief secepat mungkin.

6. Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit atau membuat
kerja-kerja bertulis semasa mengawasi peperiksaan bagi memastikan peperiksaan
berjalan lancar dan tiada penyelewengan.

7. Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada Setiausaha
Peperiksaan dan guru mata pelajaran terlibat.

8. Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada
Lampiran Peperiksaan.

9. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan
kelas menjadi bising dan mengganggu murid-murid yang lain.

37

10. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan yang bertugas di
Bilik Peperiksaan. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan
kepada guru pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.

E. GURU MATA PELAJARAN

1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan memberi
markah akan memberi masalah kepada guru tingkatan menyediakan Rekod Kemajuan
Murid.

2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.

F. GURU KELAS
1. Menyediakan pelan kedudukan murid sehari sebelum peperiksaan bermula dan

menyerahkannya kepada Ketua Tingkatan.

2. Memantau guru mata pelajaran dalam mengisi markah.

3. Mengisi ruangan kehadiran dan ulasan guru.

4. Mencetak 1 salinan Lembaran Markah dan meminta semua murid menyemak markah.

5. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta guru mata
pelajaran membuat pembetulan secepat mungkin. Kemudian mencetak 2 salinan
Lembaran Markah (1 salinan untuk dilekatkan dalam Buku Rekod Mengajar dan 1 salinan
diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan setelah ditandatangani oleh pentadbir).

6. Mencetak Slip Pelaporan Murid dan memasukkannya ke dalam Fail Prestasi. Slip
Keputusan Murid untuk semua tingkatan perlu dibuat 1 salinan dan disimpan dalam Fail
Peribadi Murid.

7. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh
yang ditetapkan untuk ditandatangan oleh Pengetua.

8. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid-murid mengikut tarikh
yang ditetapkan.

9. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru mata pelajaran yang
masih belum mengisi markah selepas tarikh tutup yang ditetapkan.

10. Pada akhir tahun, serahkan semua Fail Prestasi/ Slip Pelaporan Murid kepada kaunselor.

G. MURID
1. Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Murid yang tidak

hadir sewaktu peperiksaan dijalankan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi
kertas yang berkenaan kecuali ketidakhadiran kerana menghadiri aktiviti sekolah.

38

2. Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu peperiksaan akan
menyebabkan markah kosong (0) diberi bagi kertas yang diseleweng. Tindakan disiplin
akan dikenakan kepada murid yang terlibat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3. Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir untuk mata pelajaran
tersebutt

4. Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan yang dirancangkan
semasa Mesyuarat Pengurusan Sekolah

11.1 Ketetapan Peperiksaan

11.1.1 FORMAT PENAIPAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN
• Semua kertas soalan peperiksaan perlu ditaip menggunakan komputer. Sebarang

jenis aplikasi untuk tujuan menaip ini boleh digunakan tetapi penggunaan perisian
Microsoft Word adalah amat digalakkan.

• Pastikan soalan peperiksaan ditaip mengikut kriteria yang ditetapkan, iaitu:
i) Font Times New Roman saiz 12
ii) Jarak langkau satu baris (Single Spacing)
iii) Kaedah penaipan: selepas koma (,) satu space bar. Selepas noktah (.) satu
space bar.

• Pastikan Page Setup ditetapkan seperti berikut;
i) Margins
Top : 1”
Bottom : 1”
Left : 1”
Right : 1”

ii) Paper Size
A4 (210 x 297mm)

o Cetakan kertas soalan hendaklah menggunakan pencetak yang jelas dengan
menetapkan margin bagi header dan footer adalah 1”. Pastikan print setup

ditetapkan seperti berikut;

Print Properties

Paper Size : A4 (210x297mm)

11.1.2 FORMAT PENYEDIAAN MUKA DEPAN KERTAS SOALAN

o Kulit luar (cover page) kertas soalan peperiksaan mestilah mengikut format
sebenar peperiksaan awam ( PT3 & SPM ) dan turut mengandungi:-

(a) Tempoh Peperiksaan

39


Click to View FlipBook Version