The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanzalehapkhem, 2019-12-26 11:00:51

MANUAL PENGURUSAN SMKLS 2020

3.1.9 JAWATANKUASA KELAB GURU DAN STAF

Senarai Tugas

Pengerusi
1. Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGK dan mesyuarat Agung

Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan

diambil tindakan yang sewajarnya.
3. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh

berkhidmat.
4. Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat

apabila telah diluluskan.
5. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan

dipatuhi oleh semua ahli kelab.
6. Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas

sebagai pengerusi
7. Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan

teratur

Timbalan Pengerusi
1. Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi
2. Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

Setiausaha
1. Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
2. Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat

jawatankuasa KGK.
3. Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGK dan

mesyuarat agung tahunan
4. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta

minit-minit yang bersangkutan dengannya.
5. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

Timbalan Setiausaha
1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas-tugas dan fungsi

setiausaha.
2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

Bendahari

90

1. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan
menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa kesemasa.

2. Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung
tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK

3. Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli
atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang
berkaitan.

4. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun
kelab.

5. Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada
Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

Timbalan Bendahari
1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas-tugas dan fungsi

setiausaha.
2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

Ahli Jawatankuasa
1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

3.1.10 JAWATANKUASA PIBG DAN SARANA
Senarai Tugas

1. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
2. Menjadi orang tengah antara hubungan sekolah dan ibu bapa.
3. Merancang program-program antara sekolah dan ibu bapa.
4. Menganjur dan menyertai program yang dirancang bersama ibu bapa dan komuniti.
5. Memastikan Mesyuarat Agung PIBG dilaksanakan sebelum 31 Mac bagi setiap tahun.

3.1.11 JAWATANKUASA LATIHAN PERSONEL DAN SUMBER MANUSIA
Senarai Tugas
1. Merancang kursus latihan personel secara makro bersama pentadbir berdasarkan TNA
guru sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
2. Mengenal pasti kursus dalaman yang sesuai diadakan untuk guru.
3. Membuat catatan/laporan ceramah serta menyediakan dokumentasi.
4. Menguruskan surat-menyurat/bayaran dengan penceramah jemputan.
5. Memastikan semua guru melengkapkan esplgKPM.
6. Menyediakan laporan LDP dan menghantar maklumat LDP Guru ke PPD apabila diminta.

91

7. Menyediakan Sijil Kehadiran pada akhir tahun (Setahun sekali) dengan menyatakan
tarikh kursus, nama kursus dan tempoh masa kursus.

8. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada para penceramah.
9. Meminta guru mengisi borang penilaian program/kursus.
10. Mengagih jadual waktu sebanyak 8 - 10 waktu seminggu bagi mata pelajaran major dan 2

– 4 waktu bagi mata pelajaran minor. (Guru Praktikal)
11. Jumlah waktu yang perlu diberikan adalah di antara 10 – 12 waktu seminggu. (Guru

Praktikal)
12. Membimbing guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan

guru dalam bilik darjah.
13. Membimbing guru pelatih memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan

pengurusan bilik darjah.
14. Memerhati PdP oleh mentor sepanjang PdP guru praktikal.
15. Mentor menyelia PdP Mentee sekali seminggu pada bulan pertama & membuat ulasan.
16. Pemerhatian & penyeliaan diteruskan mengikut keperluan.
17. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh KPM, JPN

dan PPD
18. Bertanggungjawab untuk mengenalpasti keperluan, merancang, melaksanakan latihan

dalaman (PLC) bagi meningkatkan prestasi dan kompetensi guru dan staf sokongan
selaras dengan dasar pembangunan sumber manusia mengikut MODUL PPGB.
19. Merancang fasa orientasi, fasa pementoran dan mengadakan latihan.
20. Memastikan data perjawatan staf sentiasa dikemaskinikan.
21. Memberi sokongan berterusan terhadap pembangunan profesionalisme guru dan
mengadakan perbincangan serta refleksi dengan guru Mentor dan Guru Baharu.
22. Melaksanakan pemantauan berkala dan berterusan.
23. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.12 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH AMANAH
Senarai Tugas
a) CPD
1. Merancang dan menyediakan slaid Power Point.
2. Menyediakan Modul Peserta, Pelan Tindakan Peribadi dan ART.
3. Menyampaikan dan memudahcara CPD.
4. Mengumpul maklumbalas daripada guru untuk penambahbaikan.

b) PLC
1. Memantau perkembangan ART dan PMS guru
2. Menyediakan jadual Proffesional Learning Partner (PLP) untuk proses
pemantauan dalam kalangan guru.
3. Mengadakan perjumpaan selepas CPD bersama guru kumpulan PLC masing-
masing mengikut takwim.
4. Memastikan minit dan evidens diambil semasa perjumpaan.

92

c) PMS
1. Memastikan guru-guru menetapkan sasaran untuk PMS (Teachers Target Setting)
2. Menyediakan rumusan sasaran PMS guru-guru.
3. Menyemak ART dan PMS guru 2 kali setahun.
i. Semakan pertama untuk mengetahui perkembangan ART dan PMS
supaya penambahbaikan dapat dibuat.
ii. Semakan kedua untuk pemberian markah dalam boring yang disediakan
pada bulan Oktober
iii. Markah mengambilkira LO1 dan LO2, PMS, ART, dan kehadiran CPD.
4. Markah diisi dalam spreadsheet yang seragam untuk semua Sekolah Amanah.

d) SUPPORT PLAN/ CATCH-UP SESSION
1. Support plan untuk guru-guru yang tidak mencapai tahap developing.
2. Catch-up session untuk guru-guru baharu. Mereka didedahkan dengan amalan
sekolah amanah.

e) INFORMAL FOCUSED OBSERVATION
1. Mengadakan pemantauan secara berfokus diantara ML atau PLP dan guru.
2. Memberi maklumbalas kepada guru yang dipantau untuk penambahbaikkan.
3. Bertujuan untuk membantu guru menyelesaikan tugas ART mereka.

f) FORMAL OBSEVATION
1. Dilakukan 2kali setahunoleh SLT, GKMP, ML dan EP.
2. Jadual pemantauan disediakan.
3. Pemantauan dijalankan berdasarkan 14 kompetensi dalam rubrik Sekolah
Amanah.
4. Pemantauan dijalankan bersama pemantau kedua.
5. Merekodkan garismasa perjalanan PDPC guru sebagai evidens dan rujukan
semasa moderasi.
6. Mengadakan sesi refleksi dan maklumbalas bersama guru untuk menentukan
markah guru.
7. Mengadakan moderasi dengan pemantau kedua.

3.1.13 JAWATANKUASA DIALOG PRESTASI
Senarai Tugas
1. Memastikan papan-papan tanda kenyataan bilik mesyuarat diselenggara dengan kemas,
bersih dan ceria.

93

2. Sentiasa mengemas kini data dan informasi terkini untuk rujukan warga sekolah.
3. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan minit 2 hari selepas mesyuarat.
4. Menyerahkan draf minit mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan untuk semakan.
5. Membuat pembetulan (setelah disemak) dan menyediakan minit untuk diedarkan kepada

semua guru, 3 hari sebelum mesyuarat supaya tindakan boleh diambil.
6. Menyediakan maklum balas guna borang PK07 (3).
7. Memastikan bilik mesyuarat disediakan lengkap dengan siaraya & berada dalam keadaan

bersih.
8. Mengambil kehadiran guru semasa mesyuarat guna borang PK07 (2).
9. Merekodkan edaran dalam PK07 (1).
10. Mengisi buku penggunaan bilik mesyuarat.
11. Menelefon guru-guru yang tidak menghadiri mesyuarat untuk mendapatkan sebab

ketidakhadiran.
12. Memastikan minit mesyuarat difailkan di pejabat mengikut susunan yang betul.
13. Memaklumkan nama guru yang tidak hadir mesyuarat kepada Pengetua/Penolong

Kanan.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.14 JAWATANKUASA KEBITARAAN SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Menyemai minat dan memupuk bakat dalam kalangan murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam sukan dan tarian.
2. Memberikan pendedahan kepada pemain tentang teknik serta kemahiran dalam sukan
petanque melalui tunjuk ajar serta latihan yang bersistematik.
3. Meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan sukan dan tarian sekolah.
4. Menjuarai setiap pertandingan yang disertai.
5. Mewujudkan pasukan pelapis sekolah dalam sukan dan tarian.
6. Melahirkan sekurang-kurangnya 2 orang jurulatih petanque dan tarian bertauliah dalam
kalangan guru
7. Mewujudkan fasarana yang lengkap untuk kemudahan serta keselesaan para pemain.
8. Melahirkan pemain dan penari yang berbakat yang mampu mewakili cabaran di peringkat
daerah, negeri dan negara saban tahun.
9. Melahirkan pemain dan penari yang berkualiti, bertanggungjawab, berdisiplin,
bersemangat tinggi serta berdaya saing ke arah mewujudkan satu pasukan petanque dan
tarian yang mantap dan cekap.
10. Mendidik murid-murid mengenai keselamatan dan ’survival’ dalam
menghadapi kecemasan serta kemalangan semasa bersukan
94

3.1.15 JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN PRESTASI [ PERFORMANCE
MANAGEMENT SYSTEM ( PMS )]

Senarai Tugas
1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pengajaran dan pembelajaran.
4. Membuat moderasi selepas setiap kali pencerapan dilaksanakan.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC.
7. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi prestasi

pelajar.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.16 JAWATANKUASA MBMMBI
Senarai Tugas
1. Merancang program MBMMBI untuk Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan unit
lain yang berkaitan
2. Menyediakan jadual pelaksanaan PdPc mata pelajaran Sains dan Matematik di bawah
dasar MBMMBI
3. Melaksanakan aktiviti koakademik berkaitan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4. Melaksanakan program kemahiran berbahasa
5. Memastikan pengurusan fail dan dokumentasi/ laporan program MBMMBI disediakan
6. Menyimpan dan merekod bahan PdPc MBMMBI
7. Memastikan kewujudan persekitaran kondusif untuk membantu peningkatan bahasa
seperti ruang bahasa, sudut bahasa di kelas, papan kenyataan dan sebagainya

3.1.17 JAWATANKUASA MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
Senarai Tugas

1. Mengadakan mesyuarat untuk menetapkan kandungan/ bahan untuk dimuatkan Manual
Pengurusan serta Buku Panduan Tugas dan Takwim.

2. Menyediakan bahan untuk dimuatkan dalam Manual Pengurusan serta Buku Panduan
Tugas dan Takwim.

3. Mengemaskini kandungan bagi Manual Pengurusan serta Buku Panduan Tugas dan
Takwim.

4. Menaip semua semua ketetapan dan kandungan Manual Pengurusan serta Buku
Panduan Tugas dan Takwim.

95

5. Memastikan Manual Pengurusan serta Buku Panduan Tugas dan Takwim dicetak dan
diedarkan kepada semua guru dan AKP.

96

3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM

3.2.1A JAWATANKUASA KURIKULUM

Senarai Tugas
1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
2. Mencadangkan, membina dan mengurus alat mengurus alat bantuan mengajar.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
4. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja.
5. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC
7. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pelajaran dilaksanakan

dengan sempurna.
8. Mengkaji analisis keputusan PT3, SPM, STPM dan peperiksaan dalaman dan

merangka program jangka pendek (PILL) dan panjang bagi mengatasi masalah
kelemahan.
9. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oelh
pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat
kesalahan.
10. Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program akademik sekolah
dilaksanakan dengan sempurna supaya objektif dan matlamat akademik sekolah
tercapai.
11. Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-cadangan
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
12. Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk
memperbaiki kualiti pendidikan bagi meningkatkan prestasi murid.
13. Merancang dan mengadakan taklimat/kursus (in-house training) kepada semua guru
tentang perkara-perkara baharu dalam pendidikan.
14. Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk disebarkan
kepada semua guru dan pelajar terutama di Pusat Sumber Sekolah.
15. Menganalis laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan/penilaian
dijalankan.
16. Mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi akademik berasaskan
analisis peperiksaan.
17. Merancang dan melaksanakan kelas tambahan, kelas bimbingan, pemulihan dan
cemerlang.
18. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

97

3.2.1B JAWATANKUASA KURIKULUM ( BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN
PENILAIAN )

Senarai Tugas
1. Merancang melaksana semua jenis peperiksaan dalaman (peperiksaan penggal, ujian

bulanan, ujian lisan, peperiksaan percubaan dengan menentukan hal-hal berikut:
i. Tarikh dan takwim/jadual waktu peperiksaan

2. Menyelaras dan menyediakan jadual peperiksaan/ujian 3 minggu sebelum
peperiksaan/ujian dan diedarkan kepada pelajar dan guru-guru.

3. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan pemeriksa kertas
jawapan setelah ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran.

4. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan serta
memastikan keselamatan.

5. Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah tertentu
jika ada guru yang tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu.

6. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas sebelum peperiksaan
dijalankan dan disusun mengikut:
i. Mata Pelajaran
ii. Kelas
iii. Bilangan Pelajar
iv. Tarikh Peperiksaan
v. Guru Mata Pelajaran

7. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.
8. Memastikan pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
9. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
10. Menyediakan analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam seminggu sebelum

mesyuarat JK Akademik.
11. Menyediakan laporan Post Mortem peperiksaan setelah dibincang dalam mesyuarat

JK Kurikulum.
i. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun semua tingkatan
ii. Percubaan PT3 & SPM (SU Pep. PT3 & SPM)

12. Mengemaskini fail-fail peperiksaan dari semasa ke semasa.
13. Mengurus kemasukan markah dalam SAPS bagi peperiksaan dalaman secara online

serta bagi peperiksaan awam.
14. Menyediakan dokumentasi analisis keputusan peperiksaan dalaman dan peperiksaan

awam sebanyak 2 salinan. Satu salinan perlu diberikan kepada PK Pentadbiran.
15. Menyediakan PEMARKAHAN berasaskan sistem PBD bagi murid tingkatan 1-3. Serta

membuat analisis peratus murid mengikut Band.
16. Memastikan KPI & Objektif akademik tercapai
17. Memantau dan memastikan perjalanan program peningkatan prestasi murid.
18. Membantu mengkaji keputusan peperiksaan awam dan dalaman dan merangka

program jangka pendek dan panjang.

98

19. Memastikan langkah susulan untuk mengatasi masalah murid.

20. Menyelaras pemberian penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.

21. Menjalankan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.2A JAWATANKUASA KECEMERLANGAN AKADEMIK

1. Merancang program dan aktiviti kecemerlangan akademik.
2. Menyelia dan membuat pemantauan setiap program kecemerlangan dilaksanakan

dengan sempurna dan berkesan.
3. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk program kecemerlangan .
4. Membentuk AJK kecil yang berkaitan berdasarkan program-program yang disusun
atur.
5. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan untuk melicinkan pelaksanaan setiap
program yang dirancangkan.
6. Membuat penilaian keberkesanan setiap program kecemerlangan dan mengadakan
postmortem untuk penambahbaikan.
7. Menyelaraskan jadual kelas bimbingan / tambahan / pemulihan dari masa ke
semasa.
8. Memilih dan menentukan pelajar yang layak menerima Anugerah / Cenderamata /
Hadiah Kecemerlangan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun / Percubaan / Akhir
Tahun / PT3 / SPM.
9. Mengurus dan menghubungi penerima-penerima anugerah kecemerlangan.
10. Ceramah kemahiran belajar ‘study smart’. Strategi menjawab soalan dan persediaan
menghadapi peperiksaan.
11. Bengkel ceramah bagi matapelajaran dengan menjemput penceramah-penceramah
luar.
12. Mengadakan solat hajat dan Majlis Restu Ilmu.
13. Mempamerkan keputusan peperiksaan pelajar yang cemerlang selepas setiap ujian
dan peperiksaan.

3.2.2B JAWATANKUASA KECEMERLANGAN AKADEMIK [ BAHAGIAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) ]

Senarai Tugas

1. Melaksanakan Pengoperasian PBD di sekolah mengikut garis panduan yang

2. ditetapkan.

3. Mengadakan Mesyuarat 4 kali setahun.

4. Memastiskan semua aspek pentaksiran mata pelajaran dilakukan oleh guru melalui
kaedah Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan
PAJSK.

5. Melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan
dan Pengesanan)

6. Setiausaha mendaftar nama murid dalam Sistem Aplikasi. (SPPBS)

7. Menyediakan pelaporan prestasi pada akhir tahun termasuk analisis peratus

mengikut Band.

8. Memastikan eviden pentaksiran pusat disimpan dengan selamat.

9. Mengurus markah /laporan mengikut prosedur yang ditetapkan.

10. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

99

3.2.3A JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH
PENGERUSI

1. Menjadi penggerak kepada jawatankuasa
2. Memastikan semua penyelaras menjalankan tugas seperti yang telah dipersetujui oleh

jawatankuasa

NAIB PENGERUSI
1. Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi
2. Membantu memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas dalam
pembestarian sekolah.

SETIAUSAHA
1. Menaip dan mengedarkan jemputan mesyuarat ICT sekolah.
2. Mencatat minit mesyuarat ICT sekolah.
3. Menaip dan mengedarkan minit mesyuarat ICT sekolah.
4. Menguruskan fail mesyuarat ICT sekolah.

PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER/BILIK CHROME
1. Menggerakkan aktiviti makmal computer, pusat akses dan makmal bahasa MBMMBI.
2. Menyelaras penggunaan makmal computer, pusat akses dan makmal bahasa
MBMMBI dalam PdPc.
3. Memantau penyelenggaraan dan kelengkapan ICT.
4. Merancang dan memastikan pelaksanaan latihan dalaman kepada guru-guru
dijalankan secara berkala.
5. Menyediakan laporan dan analisis pelaksanaan aktiviti makmal computer, pusat
akses dan makmal bahasa MBMMBI.
6. Menyelaras pembelian barang-barang berkaitan ICT yang habis guna.

PENYELARAS GOOGLE CLASSROOM ( GC )
1. Memastikan latihan dalaman kepada guru-guru dijalankan secara berkala.
2. Memainkan peranan sebagai guru pentadbir GC sekolah.
3. Mengedarkan kata laluan GC kepada guru, murid dan ibu bapa.
4. Mempromosikan penggunaan dan pengukuhan GC kepada semua guru.

PENYELARAS PORTAL / BLOG SEKOLAH
1. Memastikan portal diselenggara.
2. Memastikan blog sentiasa dikemaskinikan.

PENYELARAS SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) / SUPPORT
TICKETING SYSTEM (STS)

1. Mengurus dan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah melalaui SSQS.
2. Memastikan laporan SSQS, penarafan sekolah bestari dihantar dan dikemaskinikan

mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Memastikan kerosakan peralatan ICT di bawah perolehan kerajaan dilaporkan

melalui STS kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

3.2.3B JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH ( BAHAGIAN KBAT/ SPA
21)

Senarai Tugas

1. Melaksanakan dan memperluaskan program sekolah berdasarkan konsep Abad ke-
21

2. Memperluaskan penggunaan KBAT dan i-Think dalam proses PdPc
100

3. Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat untuk mempelbagaikan kaedah
pedagogi dalam proses PdPc.

4. Memastikan kelas menggunakan konsep Abad ke-21 dari segi penyusunan meja dan
kerusi.

5. Menyelaras GROW dan melaporkan analisis dari segi potensi calon berdasarkan
mata pelajaran.

6. Menyelaras dan melaksanakan program berdasarkan analisis GROW dan potensi
calon.

Melaksanakan tugas dan arahan yang diberi oleh pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.4 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Menyediakan satu polisi berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu untuk

dilaksanakan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
2. Membincangkan dan menimbangkan untuk diluluskan:

i. Pelantikan Pengawas PSS
ii. Anggaran Perbelanjaan PSS
iii. Hukuman ke atas Pengawas PSS yang melanggar peraturan atau

tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan.
iv. Pemberian penghargaan kepada Pengawas PSS yang difikirkan

sesuai yang dicadangkan oleh Penyelaras PSS.
v. Tugas-tugas lain atas arahan pihak berkuasa sekolah.
vi. Memastikan buku stok dikemas kini.
vii. Menyediakan anggaran penggunaan PSS mengikut tingkatan.
viii. Melaksanakan jadual penggunaan PSS mengikut tingkatan.
ix. Berusaha memperbanyakkan bahan-bahan sumber di PSS.
x. Memastikan keceriaan perpustakaan dan bilik APD agar sentiasa

menarik, ceria dan kondusif untuk pembelajaran.
xi. Melaksanakan aktiviti pembelian buku baru, merawat buku dan

menguruskan hapus kira buku.
xii. Melaksanakan dan menjayakan kempen galakan membaca dan

Program Nilam.
xiii. Menyelaras data Nilam dan memilih Tokoh Nilam pada pertengahan

dan akhir tahun.

3. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
4. Senarai Tugas Program Nilam :

i. Merancang & melaksanakan Program Galakan Membaca dan Program Nilam.
ii. Memantau pelaksanaan Program Bulan Membaca dan aktiviti-aktiviti galakan

membaca.
iii. Menyediakan laporan/data Program Nilam untuk 3 kali setahun secara online.
iv. Memilih tokoh Nilam dan tokoh membaca dalam kalangan guru dan murid.

101

v. Menyediakan hadiah dan sijil penghargaan untuk tokoh-tokoh nilam pada akhir
tahun.

vi. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.3 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU / MMI
Senarai Tugas
1. Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran
dan opsyen guru.
2. Memaklumkan kepada Pengetua tentang lebihan atau kekurangan guru.
3. Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar, jumlah
waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan.
4. Menyusun Jadual Waktu Guru dan Kelas.
5. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
6. Menyebarkan jadual waktu kepada semua guru.
7. Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu.
8. Menyediakan jadual guru ganti seberapa awal yang boleh dengan cara mengenal pasti
guru-guru yang tidak hadir.
9. Menyerahkan kepada Pengetua Jadual Waktu peribadi dan jadual waktu kelas
sebanyak 2 salinan untuk disahkan.

10. Memastikan guru menyediakan nota-nota dan latihan kepada kelas sepeninggalan
menghadiri kursus atau mesyuarat dan diserahkan kepada guru-guru ganti. .

11. Menyediakan dan menyerahkan slip relief kosong kepada guru
12. Menyediakan / menyelaraskan jadual waktu guru praktikal.
13. Mempamerkan senarai guru relief di bilik guru.
14. Menyediakan analisis guru tidak hadir pada pertengahan dan akhir tahun.
15. Menyediakan analisis guru relief pada pertengahan dan akhir tahun.
16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.2.9 JAWATANKUASA PENCERAPAN / LO
Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat perancangan pengurusan jawatankuasa secara berkala
2. Mengurus tadbir semua perkara berkaitan pelaksanaan pencerapan
3. Memastikan pelaksanaan pencerapan berlaku secara konsisten melibatkan semua
guru mengikut takwim yang telah ditetapkan
4. Memastikan pencerapan dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata
pelajaran, tingkatan dan guru
5. Menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas pencerapan di antara
Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Pemimpin
Pertengahan.

102

6. Membincangkan kekuatan dan kelemahan PdPc dengan guru yang dicerap.
Pencerapan susulan (jika perlu).

7. Menyediakan analisis dan laporan pencerapan
8. Memfailkan dokumen dan rekod pencerapan
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diminta pentadbir sekolah dari masa ke

semasa.

103

3.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Setiausaha Hal Ehwal Murid

1. Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa HEM
i. Memanggil mesyuarat JK HEM dengan persetujuan Pengetua/PK HEM sekurang-
kurangnya 3 kali setahun.
ii. Menyediakan tempat mesyuarat.
iii. Mengambil kehadiran ahli mesyuarat JK HEM.
iv. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat HEM kepada AJK
sekurang- kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan.

2. Pemantauan aktiviti Unit HEM
i. Memastikan aktiviti Unit-unit HEM dilaksanakan mengikut jadual aktiviti atau senarai
semak yang disediakan oleh unit-unit.
ii. Memastikan Unit-unit HEM menyediakan laporan aktiviti tahunan untuk difailkan
pada bulan Oktober setiap tahun.
iii. Mendapatkan laporan aktiviti Unit-Unit HEM dua kali setahun. (Mei dan September).
iv. Memaklumkan kepada HEM aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh unit HEM
setelah mendapat maklumat daripada AJK Unit HEM.
v. Mengumpul minit mesyuarat Unit-Unit HEM untuk diserahkan kepada HEM
sekurang- kurangnya 3 kali setahun (Jan/Feb, Jun dan Oktober)

3. Menyelaraskan Sistem Fail Unit-unit HEM (lihat sistem fail sekolah)
i. Memastikan AJK Unit-unit HEM sentiasa menyemak dan mengemaskinikan fail-
fail berikut:
a) Fail-fail yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam kabinet di bilik HEM. (Rujuk
Sistem Fail Sekolah)
b) Fail minit mesyuarat dan panggilan mesyuarat setiap unit HEM.
c) Fail Aktiviti Tahunan, kertas kerja dan laporan aktiviti.
d) Fail Meja (latar belakang Penubuhan, Slogan/Moto, Carta Organisasi, Senarai
Tugas dan Tanggungjawab AJK, Carta Alir Kerja dan Senarai Tugasan)
e) Fail Perancangan Strategik setiap unit HEM.
f) Pekeliling PPD/JPS/Kementerian yang berkaitan.
g) Fail-fail lain yang ditentukan oleh PPD/JPS.
ii. Memastikan AJK HEM meletakkan fail-fail berkenaan di pejabat untuk rujukan
pihak sekolah/ HEM.
iii. Mengemaskinikan Fail-Fail JK HEM dari semasa ke semasa dengan bantuan
anggota kumpulan pelaksana (AKP) sekolah.

104

4. Sebagai Setiausaha Pendaftaran murid Tingkatan 1 dan 4
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti pendaftaran murid baru pada setiap tahun
bersama PK HEM dan Penyelaras Tingkatan.
ii. Memanggil mesyuarat AJK Pendaftaran pada akhir bulan Oktober.
iii. Menyediakan risalah berkaitan dengan sekolah dan Unit HEM.

5. Menyelaras Analisis Kehadiran Bulanan
i. Menyemak Analisis Kehadiran Bulanan untuk memastikan:-
a) Kehadiran murid diambil oleh guru kelas atau Penyelaras Tingkatan setiap hari
b) Menyemak kehadiran murid untuk memastikan guru kelas/penyelaras tingkatan
menghantar Surat Amaran satu, dua, akhirdan buang sekolah (Surat Amaran
Ponteng Sekolah).
ii. Guru tingkatan/ penyelaras tingkatan mengemaskini maklumat murid dalam APDM
selewat-lewatnya minggu kedua persekolahan.

6. Sebagai Setiausaha Perhimpunan Rasmi Sekolah (Dengan bantuan Guru
Perhimpunan Mingguan)
i. Menyemak Borang Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Jumaat untuk
memastikan:-
a) Guru Bertugas bersedia untuk melaksanakan perhimpunan mengikut masa yang
ditetapkan.
b) Ada guru bagi menggantikan guru bertugas yang tidak hadir/ menghadiri
kursus/mesyuarat dengan merujuk Jadual Bertugas Mingguan.
ii. Bekerjasama dengan Guru Pengawas bagi melicinkan perhimpunan setiap hari
Isnin.
iii. Mengawal perhimpunan supaya mematuhi masa yang ditetapkan/dibenarkan oleh
Pengetua.

7. Memastikan guru-guru tingkatan mengemaskini APDM 3 kali setahun mengikut
jadual yang disediakan oleh Guru Data/ SMM atau yang diarahkan oleh PPD/JPS.

8. Menyemak Buku Pendaftaran Masuk Murid
i. Menyemak buku tersebut untuk memastikan Guru Penyelaras Tingkatan dan Guru
Kelas mencatat nombor pendaftaran dan maklumat peribadi murid baru.

9. Menyelaras Penyediaan Sijil Berhenti dan Sijil Akuan Murid Tingkatan 5
i. Memastikan sijil-sijil tersebut mencukupi.
ii. Mengedarkan draf Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan sekolah kepada guru
tingkatan 5 pada bulan September.
iii. Mengumpul draf sijil tersebut setelah disemak oleh guru tingkatan. Sijil akan ditaip
pada bulan November.
iv. Mengedarkan sijil-sijil yang telah siap ditaip kepada guru tingkatan 5 untuk
diserahkan kepada murid semasa hari pengumuman keputusan peperiksaan SPM.

10. Mengenal pasti potensi pelajar dan memupuknya menjadi cemerlang.
11. Memberi khidmat bantuan kepada murid-murid yang bermasalah.

105

12. Mengelola program-program latihan kepimpinan dan organisasi murid.
13. Mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat dan ibu bapa.
14. Mengatur dan mengelola, rancang dan melaksanakan program galakan membaca.
15. Mengurus personaliti murid bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.3.2 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN

Senarai Tugas
1. Membuat hukuman tatatertib.
2. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau

di hantar ke PPD jika perlu.
3. Menentu dan melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan

disiplin Kementerian/Jabatan Pelajaran.
4. Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan

pengawas.
5. Melaksanakan polisi disiplin dengan bantuan semua warga sekolah dan Badan

pengawas agar wujud taraf disiplin yang tinggi.
6. Menyimpan rekod pelajar yang melanggar disiplin.
7. Menghubungi ibu bapa pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
8. Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
9. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
10. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.

3.3.3 JAWATANKUASA MAJLIS PERWAKILAN MURID(MPM) DAN BADAN
KETUA TINGKATAN(BAKTI)

Senarai Tugas
1. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau

di hantar ke PPD jika perlu.
2. Melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan disiplin

Kementerian/Jabatan Pelajaran.
3. Membuat aduan/laporan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh murid kepada

ketua guru disiplin
4. Melaksanakan polisi disiplin agar wujud taraf disiplin yang tinggi.
5. Merekodkan nama murid yang melanggar disiplin untuk diserahkan kepada ketua guru

disiplin.
6. Memantau dan melaksanakan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
7. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.
9. Sentiasa bersedia mengamalkan rasa tanggungjawab, bertimbang rasa dan kesediaan

membantu orang lain.
10. Menjadi teladan kepada murid lain dengan kepimpinan yang cemerlang.
11. Memelihara hubungan yang baik antara murid, guru dan pengawas.

106

12. Mempamerkan sikap yang jujur, berkeyakinan dan pro-aktif.
13. Mengadakan mesyuarat sekali sebulan bersama semua Ketua Tingkatan dan Penolong

Ketua Tingkatan.
14. Menyediakan senarai tugas Ketua Tingkatan dan ahli jawatankuasanya.
15. Mengadakan kursus atau program motivasi kepada Ketua-ketua Tingkatan untuk

meningkatkan pengurusan bilik darjah yang cekap dan meningkatkan keterampilan
Ketua Tingkatan.
16. Menjaga kebajikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan untuk
meningkatkan motivasi pengurusan kelas.
17. Menyediakan senarai semak bagi pengumuman kelas cemerlang.
18. Menguruskan Buku Pemantauan Kelas; memastikan buku tersebut tersedia setiap
bulan/minggu.

3.3.4 JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING , KERJAYA
Senarai Tugas
1. Menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan kerjaya.
2. Menyelaras sistem mentor-mentee.
3. Menentukan sebarang maklumat dan runding cara dirahsiakan dan hanya
disampaikan kepada Pengetua sahaja.
4. Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya.
5. Memberikan nasihat kepada murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan
peribadi.
6. Menyimpan rekod murid-murid yang mendapatkan khidmat GBKSM.
7. Menyebarkan maklumat tentang kerjaya dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
8. Mengundang pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan ceramah motivasi.

3.3.5 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Senarai Tugas
1. Merancang pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks untuk setahun.
2. Mengedarkan borang-borang SPBT.
3. Memesan buku-buku SPBT.
4. Menerima buku daripada pembekal.
5. Memproses buku-buku teks.
6. Mengedarkan buku SPBT kepada murid-murid dengan kerjasama guru tingkatan.
7. Mengumpul kembali buku SPBT daripada murid-murid melalui guru tingkatan.
8. Menyimpan buku-buku SPBT di tempat yang dikhaskan (BOSS)
9. Menyimpan senarai nama murid yang/tidak mengembalikan buku teks

3.3.6 JAWATANKUASA BIASISWA, KWAPM , ASNAF & KEBAJIKAN
Senarai Tugas

107

1. Menyediakan polisi berpandukan peruntukan-peruntukan tertentu untuk dilaksanakan
oleh penyelaras biasiswa, bantuan pelajar dan yayasan.

2. Menguruskan permohonan murid-murid untuk diluluskan.
3. Menguruskan kes-kes rayuan permohonan.
4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.
5. Mewujudkan dana untuk kebajikan murid.

3.3.7 JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN & KESIHATAN)
Senarai Tugas AJK Kebersihan & Keceriaan
1. Membantu pihak sekolah memantau dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah dari semasa ke semasa.
2. Merancang dan melaksanakan pelbagai projek kebersihan seperti:-
i. Gotong-royong
ii. Tandas angkat
iii. Pertandingan Kebersihan Kelas
iv. Kempen Kebersihan dan kitar semula
v. Ceramah-ceramah kebersihan

3. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan
menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK.

4. Menyusun jadual bekerja untuk setiap projek dan membuat laporan kemajuan kerja.
5. Mencadangkan taman-taman yang sesuai (bertema) di sekitar kawasan sekolah.
6. Membantu menyelia kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja.
7. Memastikan pokok-pokok hiasan sentiasa dijaga dan menentukan taman atau pokok

hiasan yang perlu diganti dan sebagainya.
8. Meneliti dan merujuk kepada pihak pengurusan tentang keceriaan dan keindahan

sekolah dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya.

Senarai Tugas (Keselamatan)
1. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik.
2. Mengadakan latihan pengungsian bangunan dua kali setahun dengan diselia oleh

Jabatan Bomba dan Penyelamat.
3. Menentukan kereta diletakkan di tempat yang ditetapkan.
4. Meletakkan papan tanda/arahan keselamatan di tempat yang sesuai.
5. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas.
6. Melaksanakan program sekolah selamat.
7. Menubuhkan Program Skuad Keselamatan.
8. Menulis / meletak papan tanda amaran pada tempat-tempat yang tidak selamat.

Senarai Tugas (Kesihatan)

108

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti bantuan kecemasan disediakan dan
lengkap.

2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
3. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru

tingkatan/penyelaras tingkatan.
4. Menguruskan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan Jadual Tugas Bilik Rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran,

tayangan pencegahan penyakit dan lain-lain.
7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan.
8. Mengawal selia kawasan sekolah supaya wujud suasana yang bebas daripada

sebarang penyakit berjangkit.
9. Memeriksa kawasan sekolah untuk Program Bebas Denggi dengan mengisi Borang

KD1 (Pindaan 2004) unutk Laporan Mingguan dan Borang KD2 (Pindaan 2004) untuk
Laporan Bulanan. Laporan-laporan tersebut perlu dihantar ke PPD pada akhir setiap
bulan dengan bantuan Skuad CikguMu CANTIK.
10. Menyediakan laporan dan dokumentasi aktiviti dan program.

3.3.8 JAWATANKUASA BENCANA & PENGURUSAN RISIKO
Senarai Tugas
1. Menyediakan segala kemudahan bagi penempatan mangsa bencana.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Merancang dan memantau persediaan bencana.
4. Menyelaras kerjasama dengan semua pihak yang terlibat.
5. Merujuk Surat Siaran KP(BPSH-SPKD) 600/01 (1) bertarikh 24 September 2010
berhubung dengan persediaan menghadapi Bencana / Banjir.
6. Merujuk Garis Panduan Menghadapi Banjir KPM.
7. Merujuk Surat Siaran KPM.100-1/7/2 Jld.6(31) bertarikh 15 Januari 2019 berhubung
dengan langkah-langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid yang
berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.

3.3.9 JAWATANKUASA SIARAYA
Senarai Tugas
1. Memastikan peralatan siaraya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2. Memastikan pergerakan peralatan siaraya direkodkan.
3. Memastikan hanya pengawas tertentu sahaja yang bertanggungjawab terhadap
peralatan siaraya.
4. Memastikan bilik siaraya di Dewan Gemilang sentiasa dikunci.
5. Memastikan kunci bilik siaraya mempunyai pendua dan diletakkan di pejabat.

109

3.3.10 JAWATANKUASA SLAD & PPDa

Senarai Tugas
1. Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti

pencegahan dadah di peringkat sekolah.
2. Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan

mengumpul data dan segala maklumat terkini dalam semua aspek tentang
Pendidikan Pencegahan Dadah.
3. Menganjurkan program / aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
4. Mengesan dan menangani masalah dadah dalam kalangan warga sekolah.
5. Menjalankan tugas- tugas yang diarah oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3.3.11 JAWATANKUASA PENCEGAHAN JENAYAH

Senarai Tugas
1. Merancang program / aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
2. Memantau program / aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
3. Menilai program / aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
4. Memberikan khidmat nasihat dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Pencegahan

Jenayah.
5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun (ikut keperluan).

3.3.12 JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN & PERPADUAN

Senarai Tugas
1. Meningkatkan jalinan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan

masyarakat setempat/komuniti untuk memupuk nilai murni dan perpaduan dalam
kalangan murid bagi melahirkan modal insan berkualiti.
2. Memantapkan kehadiran dan disiplin murid dengan kerjasama ibu bapa, masyarakat
dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
3. Melaksanakan pendekatan yang holistik bagi menangani gejala disiplin dalam
kalangan murid.
4. Menganjurkan pelbagai program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik,
sahsiah, sukan dan perpaduan sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.

3.3.13 JAWATANKUASA BULETIN SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Menyediakan bahan yang akan disiarkan.
2. Menyusun atur kandungan dan isi kandungan buletin.
3. Mengumpul dan meyusun semua bahagian buletin.
4. Menghantar draf buletin untuk disemak oleh Pengetua/PKP/PK HEM/PKK

(Mac, Jun, September, November)
5. Menghantar buletin untuk dicetak.
6. Mengedar buletin kepada semua warga sekolah.

110

3.3.14 JAWATANKUASA PENYELENGGARAAN BANGUNAN & PERABOT
Senarai Tugas
1. Memastikan semua bilik, tandas, dewan, makmal dan bengkel berada dalam
keadaan baik.
2. Membuat laporan dalam Buku Aduan Kerosakan untuk tindakan segera.
3. Menyemak laporan daripada Buku Aduan Kerosakan. Catatan perlu dibuat setelah
tindakan diambil.
4. Memastikan semua peralatan dalam bilik-bilik khas, tandas, dewan, makmal dan
bengkel berfungsi dan mencukupi.
5. Memantau semua peralatan agar diinventorikan dan berada dilokasi sepatutnya.

111

3.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.4.1 JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM

Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat

sekolah.
2. Menyelaraskan program tahunan setiap unit kokurikulum.
3. Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan, lancar dan

berkesan.
4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
5. Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan

kokurikulum.
6. Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan

dan perbelanjaan wang.
7. Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan

sesuatu aktiviti kokurikulum.
8. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja

kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-

penyelaras.
10. Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah

kecemerlangan kokurikulum.

3.4.2 JAWATANKUASA INDUK SUKAN SEKOLAH

Senarai Tugas Setiausaha Sukan
1. Mengatur rancangan/jadual sukan sesuai dengan rancangan MSSD, MSSN dan

MSSM
2. Membahagikan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing

berdasarkan nombor pendaftaran pelajar.
3. Menetapkan ketua guru rumah dan guru-guru rumah.
4. Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah

supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga tahunan sekolah.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
7. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang

dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain.
8. Mengawal dan menjaga alat sukan dan permainan agar berada dalam keadaan

baik.
9. Mengagihkan alat-alat sukan dan permainan kepada guru-guru berkenaan.
10. Mengemaskinikan buku stok sukan.
11. Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut

dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.

112

13. Menyediakan laporan sukan tahunan.
14. Mencadangkan nama Olahgarawan sekolah.
15. Merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar-pelajar di dalam kegiatan

sukan.
16. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan pihak pengurusan sekolah.

3.4.3 GURU PENASIHAT KELAB DAN PERMAINAN/KELAB DAN
PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM

Senarai Tugas Guru Penasihat Persatuan/Kelab/ Beruniform
1. Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu ke-

2 bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan.
2. Mengadakan peraturan/perlembagaan.
3. Merancang kegiatan untuk satu tahun.
4. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum:

i. Perlembagaan persatuan/kelab/unit beruniform.

ii. Senarai AJK.

iii. Senarai nama ahli.

iv. Rancangan/Aktiviti tahunan.

5. Memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar mengikut jadual. Guru
penasihat hendaklah menghadiri setiap perjumpaan.

6. Mengawal dan mengemaskinikan papan kenyataan.
7. Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam

menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya
seminggu selepas setiap kegiatan diadakan.
8. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya.
9. Memajukan persatuan/kelab/unit beruniform dengan apa jua cara yang difikirkan
sesuai.
10. Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran persatuan/kelab/unit beruniform,
guru penasihat hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada penyelaras
Gerak Kerja Kokurikulum pada akhir tahun.
11. Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab/unit beruniform hendakah
mendapat kebenaran Pengetua.
12. Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab/unit beruniform hendakah
mendapat kebenaran PPDPP dengan memohon melalui eSTRIP.

i. Permohonan mesti dibuat lima (5) minggu sebelum lawatan.

ii. Laporan lawatan mesti dihantar ke PPD secara online melalui
eSTRIP juga, dua (2) minggu dari tarikh lawatan.

iii. Permohonan yang dihantar mesti disahkan oleh pengetua melalui
eSTRIP juga.

iv. Laman Web: lawatan.com

v. Login ID: BEA8661 Katalaluan: PPDPETALINGUTAMA)

113

13. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan
di luar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan HEM.

14. Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.
3.4.4 GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN

Senarai Tugas Ketua Guru Rumah
1. Menetapkan tugas guru-guru rumah.
2. Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah sukan, serta

bertanggungjawab menjaga alat sukan dalam keadaan baik.
3. Menyerahkan laporan pertandingan antara rumah kepada Setiausaha Sukan

Sekolah.
4. Mencadangkan murid yang berpotensi dan layak diserapkan ke pasukan sekolah.
5. Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis yang disediakan setiap petang.
6. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada

peringkat sekolah.
7. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada

peringkat sekolah.
8. Bekerjasama dengan Setiausaha /Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal

berkenaan dengan peningkatan mutu sukan sekolah.

114


Click to View FlipBook Version