INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2021
TUGASAN 1 :
BUKU LOG DAN FOLIO
Nama Pelajar : Nur Farihah binti Ahmad Putera @ Sagap
Angka Giliran : 2021042340027
No. Kad Pengenalan : 021023131074
Kumpulan /Unit : BM SK JUN 2021
Kod Kursus : MPU3062
Nama Kursus : Unit Beruniform (Pengakap)
Nama Pensyarah : V. Rajasegara A/L M/ Veloo
Tarikh Hantar : 28 OGOS 2022
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
BIODATA PELAJAR
NAMA NUR FARIHAH BINTI AHMAD PUTERA @ SAGAP
NO KAD PENGENALAN 021023-13-1074
ALAMAT KAMPUNG BARU 94650 KABONG, SARAWAK
NO. TELEFON 0102013149
E-MEL [email protected]
AMBILAN & PISMP JUN 2021 (BAHASA MELAYU)
PENGKHUSUSAN
TAHUN 2 SEMESTER 1
TAHUN & SEMESTER
TARIKH MENGHANTAR 27 OGOS 2022
KERJA
KURSUS
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
NAMA PENSYARAH ENCIK V. RAJA
1. PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
Bagi memenuhi keperluan tugasan, penulisan kali ini akan menerangkan tentang konsep dan
sejarah penubuhan pergerakan pengakap di dunia, Malaysia (Tanah Melayu) dan di Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Penulisan ini turut membincangkan tentang struktur
pengurusan dan pentadbiran serta barisan kepemimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia
(PPM) di peringkat negara, negeri, daerah dan kumpulan serta proses keahlian pengakap di
peringkat negara dan negeri. Di samping itu, cara pemakaian pakaian seragam serta
penggunaan lencana-lencana pengakap turut dibincangkan juga dalam penulisan ini.
2.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN (PERGERAKAN PENGAKAP)
2.1 Rasional
i. Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah
untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh,
membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi
pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani (IREJ) dan sosial. Untuk mencapai
objektif tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk
membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method)
melalui sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap
dan Undang-undang Pengakap.
ii. Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan keutamaan
disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan
diterima oleh ahli-ahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin
yang mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan
berdisiplin.
iii. Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas (Initial Training) dan
menjurus ke arah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN,
KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk
menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk
membentuk warganegara yang berguna dan berdisiplin.
2.2 Prinsip-prinsip Asas Kepengakapan
iv. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan
yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai
murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira
warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi intelek, rohani dan
jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
v. Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas
dalam Pergerakan Pengakap yang memautkan Penyatuan Pengakap seperti yang
berikut:
a. Pergertian Pengakap
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas
daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa
mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip
dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.
b. Matlamat berpengakap
Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial (IREJS) dalam kalangan generasi muda supaya
berpeluang mengambil bahagian dalam pembangunan masyarakat untuk
menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap agama dan negara serta
masyarakat antarabangsa.
c. Prinsip-prinsip berpengakap dan ekpresi mereka dalam perjanjian dan
undang-undang.
Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan Pengakap dan
Undang-Undang Pengakap, iaitu:
• Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan;
• Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara;
• Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta
mengelakkan diri daripada bersifat kejam; dan
• Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga
dan masyarakat di sekelilingnya.
(i) Undang-undang Pengakap:
Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih
anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada
PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip
ini merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap
intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah.
(ii) Dasar Keagamaan:
Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun
Agama masing-masing.
(a) Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama:
• Persekutuan tidak menghadkan hanya satu agama sahaja
kepada ahlinya kerana mereka mestilah mengamalkan
RUKUN AGAMA masing-masing serta menghormati orang
lain yang tidak seagama dengannya.
• Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan
mengamalkan satu agama sahaja maka pemimpin kumpulan
bertanggungjawab untuk menyediakan tempat sembahyang
atau tempat beribadat untuk mereka menunaikan ibadat.
• Pemimpin perlu menyediakan seorang pegawai yang arif
tentang rukun agama sebagai pakar rujuk, jika timbul
sebarang masalah atau isu.
(b) Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan:
• Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli
daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi
tanggungjawab pemimpin untuk menggalakkan mereka
membuat ibadat mengikut agama dan kepercayaan masing-
masing.
• Dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu
sembahyang khas meliputi semua ahli dalam kumpulan
kerana ia menyalahi peraturan atau tegahan dalam rukun
agama ahli dalam kumpulan tersebut.
• Pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawasi
kumpulan supaya perkara seperti ini tidak berlaku yang boleh
mengakibatkan Persekutuan dicemuh oleh masyarakat.
(iii) Kewarganegaraan:
(a) Menjadi seorang warganegara yang baik dan rela berkorban
untuk mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya
dan negaranya.
(b) Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin-pemimpin untuk
memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara
yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual.
(c) Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila
menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan
masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab
bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat
majmuk.
(d) Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara
agar menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta
menjunjung perintah.
(e) Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan
adat resam antara kaum di negara ini.
d. Kaedah atau Cara Berpengakap
(i) Kaedah atau cara berpengakap ialah Sistem Pembelajaran
Memajukan Diri Sendiri melalui:
(a) Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam
sebuah pasukan;
(b) Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan
Pengakap;
(c) Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan
daya tahan;
(d) Berpeluang menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab;
(e) Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil;
(f) Belajar dari pengalaman berpengakap; dan
(g) Menyediakan skim anugerah untuk memberikan galakan dan
penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan
terhadap kejayaannya.
2.3 Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia
vi. Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-
undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan.
Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan
pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain
itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk
undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli.
Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan,
khususnya kepada ahli.
vii. Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua
undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan
Pengakap Malaysia.
viii. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang.
ix. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di
institusi pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi
pengajian tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undang-undang tubuhnya
yang tersendiri.
x. Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang
ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan
Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
xi. Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu
menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun
mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan
mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM.
xii. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau
pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan
persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil
juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan
atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan
hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan
yang berkenaan.
xiii. Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya
yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan
PPM dengan cara yang betul, teratur dan berkesan.
xiv. Jenis Perlembagaan:
a. Ada dua jenis perlembagaan, iaitu:
(i) Perlembagaan bertulis; dan
(ii) Perlembagaan tidak bertulis.
b. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun
dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda
kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan
dilakukan pindaan.
c. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang
tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan
pantang larang.
d. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan
persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan
adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.
xv. Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa
perkara seperti yang berikut:
a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan;
b. Matlamat;
c. Keahlian;
d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya);
e. Kewangan persatuan atau pertubuhan;
f. Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan;
g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan;
h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan
i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.
xvi. Tujuan atau fungsi perlembagaan:
a. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan
bersih.
b. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa.
c. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan).
d. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya
kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat.
e. Melindungi hak ahli.
f. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli.
g. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan.
xvii. Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk
menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di
bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi
dalam PPM.
xviii. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin
dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua
pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap
Negeri.
xix. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal
untuk memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan
perlembagaan akan terhalang.
xx. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan
selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke
semasa.
2.4 Lambang dan Cogan Kata Pengakap
xxi. Maksud Lambang atau Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
a. Pecahan tiga kelopak:
Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu:
(i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
(ii) Menolong orang pada setiap masa; dan
(iii) Menurut undang-undang pengakap.
b. Warna Kuning, Hijau dan Merah:
Melambangkan unit-unit di dalam pergeraka pengakap, iaitu:
(i) Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak;
(ii) Hijau bagi Unit Pengakap Muda;
(iii) Merah bagi Unit Pengakap Remaja.
c. Bua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak
kanan:
Melambangkan Undang-Undang Pengakap.
d. Ikatan berwarna hijau:
Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap.
e. Lingkaran tali berwarna kuning:
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap
Sedunia.
f. Anak bulan dan bintang:
Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam.
g. Warna kuning pada anak bulan dan bintang:
Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
h. Bintang pecah 14 (warna kuning):
Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang
terkandung di dalam Malaysia.
xxii. Cogan kata Pengakap Malaysia
(a) Cogan kata Persekutuan Pengakap Malaysia ialah “Selalu Sedia”.
(b) Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata masing-masing
seperti yang berikut:
(i) Pengakap Kanak-kanak (PKK):
”BUAT HABIS BAIK”
(ii) Pengakap Muda (PM):
”SELALU BERSEDIA”
(iii) Unit Pengakap Remaja (UPR):
”PANDANG LUAS”
(iv) Pengakap Kelana (PK):
”BERKHIDMAT”
2.5 Bendera dan Lagu Persekutuan Pengakap Malaysia
xxiii. Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
xxiv. Seni Kata Lagu Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
(Korus)
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan Negara
Berbudi, bersaudara
Taat menurut perintah
Kami bangga junjung citi-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung citi-cita
Pengakap Malaysia
Lagu : Hafiiz b Khamis
Lirik : YBhg Dato’ Kaharuddin Momin
: Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin
Gubahan : Abdul Razak Abdul Rahman
2.6 Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
xxv. Persetiaan Pengakap
i. Undang-undang Pengakap
a. Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap, iaitu:
3.0 SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
3.1 Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia
xxvi. Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-
Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British)
berpangkat Leftenan Jeneral.
xxvii. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857
di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan
seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah
anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur
tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam
keadaan yang sederhana.
xxviii. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap
penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP
banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan
menembak.
LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH
BADEN POWELL
PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP
xxix. Semasa cuti persekolahan BP bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi
mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah
tempat di England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman
dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap
bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua).
xxx. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan
perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah
berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan
Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan
Afghanistan pada tahun 1876. Kemudiannya beliau telah dihantar ke Natal
(Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
3.2 Permulaan Pengakap
i. Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di
India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel, beliau
pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askar-
askarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan.
ii. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids
to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang
kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau
terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas
sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika
pasukannya dikepung musuh.
BUKU AIDS TO SCOUTMASTERSHIP
iii. Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk
menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British
daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-
orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan
British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang
dinamakan Peperangan Boer.
iv. Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar
berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang
beliau lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA
sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah
menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-
Powell berjaya memenangi peperangan itu.
v. Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar
Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat
tersebut pada masa itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan
menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera
Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.
vi. Setelah bersara dari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada
sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya
dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu
perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP
telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan
Mafeking dan buku Aids To Scouting.
POSTER DAN BATU PERINGATAN PERKHEMAHAN PERTAMA
PENGAKAP DI PULAU BROWNSEA, ENGLAND
vii. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai
20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepada
empat sekawan atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara mendirikan
khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa,
cara-cara untuk mengesan jejak sepanjang perkhemahan dijalankan.
viii. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api.
Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya
menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya.
ix. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk
Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala
pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan
pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih
ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap.
BUKU SCOUTING FOR BOYS OLEH LORD BADEN POWELL
xi. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di
Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan Malaysia.
xii. Pada tahun 1912, BP telah berkahwin dengan Olave St. Clare Baden-Powell dan
dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata.
KELUARGA LORD BADEN-POWELL
xiii. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di
dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England
GILWELL PARK DI ENGLAND
CONTOH MANIK KAYU DAN LENCANA GILWELL
xiv. Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap
Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad,
Old Deer Park, Richwood, London. BP
kemudiannya telah dilantik sebagai Pengakap
Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa
Jambori tersebut.
xv. 1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke
Kenya (Afrika) bersama isterinya, Lady Baden
Powell. Sebelum berpindah, BP sempat
menganjurkan Jambori Pengakap di Washington
DC pada tahun yang sama.
vi. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah
dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord
oleh Ratu England.
xvii. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden-Powell of Gilwell. Pada tahun 1922,
BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour.
xviii. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Manakala isteri beliau, Lady Baden-
Powell yang merupakan pengasas Pandu Puteri meninggal dunia pada 25 Jun
1977.
3.3 Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia
x. Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika
itu) oleh Frank Copper Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari
Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura pada tahun
1910, iaitu dua tahun selepas pergerakan pengakap dimulakan di Great Britain.
Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut.
FRANK COOPER SANDS DAN PERGERAKAN PENGAKAP DI SINGAPURA
xi. Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal
menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada
tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.
xii. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M.
Laidlow. Dikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telah
ditubuhkan di Sarawak, manakala H.R. Cheesman telah menubuhkan pengakap
di Penang Free School, Pulau Pinang.
ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR
KANAN) SEMASA MENYERTAI PASUKAN
PENGAKAP
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM
xiii. Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di
Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.
xiv. Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dikuti Kedah dan
Perlis pada tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh
Brunstone.
xv. Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar,
manakala Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada
tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan Johor pada tahun 1928 di
Maktab Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Dipercayai jumlah keahlian pengakap
pada masa ini melebihi 85,000 orang.
xvi. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali
sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan
di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri
sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan
Great Britain.
IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
xvii. Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi
dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan
mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah
Pengakap yang mempunyai Persekutuan-persekutuan Tempatan yang dikenali
sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
xviii. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah
menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
xix. Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan
Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada
Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota
Kawasan Asia Pasifik.
xx. Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-
budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak
Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak.
xiii. Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis
Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun
1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen
No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974
Akta Parlimen No. 38 tahun
1968, Pindaan Akta Parlimen
No. 143 –
Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974
“…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa
daripadanya seperti berikut :
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap
Malaysia 1974.
2. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang
diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968.
(kemudian daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah
selepas akta ini berkuat kuasa dikenali sebagai
Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di
dalam akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain
mengenai persekutuan ini hendaklah ditaksirkan
sewajarnya…”
AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN
NO. 143 –
AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974
xiii. Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budak yang terdapat pada nama
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru
sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
xiii. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan
Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan
keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan
pengakap di peringkat negeri dan nasional.
3.4 Sejarah Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG)
xxi. Peringkat awal penubuhan:
a. Pergerakan pengakap di Maktab-maktab Perguruan (kini Institut Pendidikan
Guru) telah lama wujud dengan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tg.
Malim menjadi maktab perguruan yaqng pertama menubuhkan pergerakan
pengakap, diikuti Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM),
Durian Daun, Melaka dan seterusnya di semua maktab perguruan di
Malaysia.
b. Pada masa itu, pergerakan-pergerakan pengakap di maktab-maktab
perguruan diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran negeri yang
berbeza mengikut lokasi maktab perguruan tersebut berada. Misalnya,
Pergerakan Pengakap MPSI diletakkan di bawah pengurusan dan
pentadbiran PPM Negeri Perak, manakala Pergerakan Pengakap MPPM
diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Melaka.
Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan diletakkan di
bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Kelantan, manakala
Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang
diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Pulau Pinang.
c. Disebabkan pengurusan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan
diletakkan di bawah pengurusan negeri yang berbeza, justeru tidak wujud
keselarasan pengurusan dan pentadbiran di antara pergerakan-pergerakan
pengakap tersebut.
d. Untuk memastikan agar pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan
nampak bersatu dan setanding dengan pergerakan pengakap yang terdapat
di daerah dan negeri Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), telah timbul
kesedaran dalam kalangan beberapa pemimpin pengakap di maktab-maktab
perguruan untuk menyatukan semua pengerakan pengakap maktab
perguruan di bawah sebuah pengurusan dan pentadbiran negeri pengakap
yang sama tarafnya seperti PPM Negeri pada pertengahan tahun 1980-an.
e. Sebuah kertas kerja berkaitan penyatuan semua pergerakan pengakap di
maktab-maktab perguruan di bawah satu bumbung telah dibuat dan
diangkatkan kepada pengurusan tertinggi PPM untuk dipertimbangkan. Jika
dipersetujui oleh PPM, pengurusan dan pentadbiran pergerakan pengakap
maktab-maktab perguran akan diletakkan di bawah pengurusan Unit
Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
xxii. Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (MPKLMBPG):
a. Impian Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
untuk menyatukan semua pergerakan
pengakap maktab perguruan di bawah satu
pengurusan dan pentadbiran negeri PPM
akhirnya tercapai.
b. Atas persetujuan PPM, pada 10 Ogos 1985,
sebuah negeri PPM yang baharu telah
ditubuhkan khusus untuk mengurustadbirkan
semua pergerakan pengakap di maktab
perguruan di seluruh Malaysia. Negeri tersebut
dikenali sebagai Majlis Pengakap Kumpulan
Latihan Malaysia, Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia atau ringkasnya MPKLMBPG.
c. MPKLMBPG telah ditubuhkan di Institut
Perguruan Pendidikan Negara (IPPN), yang
kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki
(IAB), Pahang Darul Makmur. Manakala
pergerakan pengakap di maktab-maktab
perguruan diiktiraf sebagai sebuah daerah
PPM yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan
Malaysia atau KLM. Setiap daerah pengakap
di maktab perguruan diberikan nombor.
Misalnya, Pergerakan Pengakap Maktab
Perguruan Sultan Idris diberikan nombor KLM-
01.
DOKUMEN PUNCA KUASA PENUBUHAN
MPKLMBPG PADA TAHUN 1985
d. Penubuhan MPKLMBPG telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar
Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku
Ketua Pengakap Negara.
e. Tujuan utama MPKLMBPG ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan
semua pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan
merangkumi 31 buah maktab perguruan seluruh Malaysia ketika itu agar
pergerakan tersebut mudah untuk dijaga, diawasi dan diurustadbirkan di
bawah satu pengurusan yang sama seperti yang termaktub dalam Buku
Perlembagaan MPKLMBPG.
f. MPKLMBPG beribu pejabat di Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
g. Disebabkan MPKLMBPG di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
maka pengurusan tertinggi MPKLMBPG terdiri daripada mereka yang
berada di KPM, iaitu:
(i) Penaung Utama : YB Menteri Pelajaran Malaysia.
(ii) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
(iii) Yang Dipertua : Pengarah BPG.
(iv) Naib Yang Dipertua : Timbalan Pengarah BPG.
(v) Pengerusi : Ketua Penolong Pengarah,
Unit Kokurikulum, BPG, KPM.
h. Dengan kejayaan penubuhan MPKLMBPG, maka kesemua 31 buah
pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan Malaysia yang
dinamakan sebagai Kumpulan Latihan Malaysia atau KLM telah berjaya
disatukan di bawah satu pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri yang
baharu.
i. Bagi melancarkan lagi pengurusan dan perjalanan MPKLMBPG, BPG telah
melantik Encik Abu Bakar bin Ahmad, pensyarah akademik dari Maktab
Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan sebagai Pesuruhjaya
Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang pertama.
j. Beliau dibantu oleh Tuan Haji
Abdul Shukor bin Mohsin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, BPG, KPM yang
telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, MPKLMBPG yang pertama
pada tahun 1985.
k. Bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG
adalah sama seperti bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap
Negeri yang lain.
l. Pada tahun 1994, Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin telah dilantik sebagai
Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang baharu menggantikan
Encik Abu Bakar bin Ahmad yang bersara wajib dalam perkhidmatan
kerajaan.
m. Manakala tempat beliau sebagai Setiausaha Kehormat MPKLMBPG telah
diambil alih oleh Encik Zainal bin Mohd. Salleh, Penolong Pengarah, Unit
Kokurikulum, BPG.
n. Pada tahun 2007, jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG telah
diserahkan kepada Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, pensyarah
akademik di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
setelah Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin bersara wajib dalam
perkhidmatan kerajaan.
o. Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin merupakan Pesuruhjaya Pengakap
Negeri, MPKLMBPG yang terakhir sebelum MPKLMBPG dibubarkan dan
digantikan dengan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau ringkasnya
MPKLMIPG.
xxiii. Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG):
a. Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaiktarafkan
pusat latihan perguruan dengan mewujudkan Institut Pendidikan Guru
Malaysia bagi meneruskan peranan BPG untuk melatih bakal-bakal guru di
seluruh Malaysia. Peranan BPG dijumudkan hanya untuk memberikan
latihan tambahan atau lanjutan dalam bidang pendidikan kepada guru-guru
dalam perkhidmatan. Secara tidak langsung, MPKLMBPG sudah tidak
relevan lagi di BPG.
b. Sehubungan dengan itu, bagi melangsungkan kesinambungan MPKLM
sebagai sebuah negeri PPM, khususnya untuk melatih dan memimpin bakal
pemimpin pengakap di IPG, MPKLMIPG telah ditubuhkan di Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor pada 17 Jun 2010 atas
persetujuan YBhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan selaku Rektor, IPGM, KPM
pada masa itu.
c. Penubuhan MPKLMIPG telah dirasmikan oleh Ybhg. Dr. Noriati binti A.
Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM selaku
Pengerusi, MPKLMIPG pada 29 Mac 2011 di Hotel Carlton, Shah Alam,
Selangor. Manakala Majlis Perisytiharan MPKLMIPG telah disempurnakan
oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap
Negara pada 30 Mac 2011 di tempat yang sama.
d. Selaras dengan itu, MPKLMIPG secara rasminya telah ditubuhkan
menggantikan MPKLMBPG tanpa menukarkan fungsi penubuhan MPKLM
yang asal, iaitu untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27
Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan
Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia,
seperti yang termaktub di dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG.
e. Seperti mana MPKLMBPG, MPKLMIPG juga berada di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru pengurusan tertinggi MPKLMIPG masih
terdiri daripada pegawai tertinggi yang berada di KPM, iaitu:
(i) Penaung Utama : YB Menteri Pendidikan Malaysia.
(ii) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
(iii) Yang Dipertua : Rektor IPGM, KPM.
(iv) Naib Yang Dipertua : Timbalan Rektor, IPGM, KPM.
(v) Pengerusi : Pengarah,
Pusat Pembangunan Akademik,
IPGM, KPM.
(vi) Timbalan Pengerusi I : Pengarah,
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan
Luar, IPGM, KPM.
(vii) Timbalan Pengerusi II : Pengarah/Ketua Jabatan,
Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme, IPGM, KPM.
h. Yang Dipertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Datuk Dr. Haili bin
Dolhan, Rektor, IPGM, KPM yang pertama. YDP MPKLMIPG yang kedua
ialah YH Dato’ Sulaiman bin Wak. YDP MPKLMIPG yang ketiga ialah YBhg.
Dr. Aziah binti T.S. Abdullah. Kini jawatan YDP MPKLMIPG disandang oleh
YBhg. Dr. Sariah binti Abdul Jalil mulai tahun 2017.
i. Naib Yang Dipertua MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Dr.
Amin bin Senin selaku Timbalan Rektor, IPGM, KPM yang pertama. NYDP
MPKLMIPG yang kedua ialah YBhg. Dr. Lee Boon Hua. Setelah Dr. Lee
Boon Hua bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan, tempat beliau
sebagai NYDP MPKLMIPG telah dipegang oleh YBhg. Dr. Noriati bin A.
Rashid. Kini jawatan NYDP MPKLMIPG telah disandang oleh YBhg. Dr.
Rusmini binti Ku Ahmad setelah Dr. Noriati bersama wajib dalam
perkhidmatan kerajaan pada bulan April 2017.
j. Pengerusi MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Dr. Noriati binti A. Rashid,
Pengarah Pusat Pembangunan Akademik yang pertama di IPGM, KPM.
k. Setelah Dr. Noriati binti A. Rashid dinaikkan pangkat sebagai Timbalan
Rektor, IPGM, KPM, tempat beliau telah digantikan oleh YBhg. Datin
Rashidah binti Mohd. Yusof pada awal tahun 2015.
l. Pengerusi MPKLMIPG yang ketiga dan terkini ialah YBhg. Dr. Jamiah binti
Mohamad, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik yang baharu setelah
Datin Rashidah binti Mohd. Yusof bersara wajib dalam perkhidmatan
kerajaan pada penghujung tahun 2015.
DR. NORIATI BINTI A. RASHID DATIN RASHIDAH BINTI MODHRD.. J AMIAH BINTI MOHAMAD
YUSOF
PENGERUSI-PENGERUSI PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG
m. Timbalan Pengerusi I MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Puan Latifah,
Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar yang pertama di
IPGM, KPM. Tempat beliau kemudiannya telah digantikan oleh YBhg. Tuan
Haji Rahim bin Abdul Latif sehingga kini setelah Puan Latifah bersara wajib
dalam perkhidmatan kerajaan.
n. Jawatan Pengerusi II MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Dr.
Jamiah binti Mohamad, Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan
danPembangunan Profesionalisme, IPGM, KPM. Jawatan tersebut kini
disandang oleh YBhg. Dr. Mashitah binti Mohd. Yusuf setelah Dr. Jamiah
binti Mohamad dilantik sebagai Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik,
IPGM, KPM.
o. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (KPPNg) MPKLMIPG yang pertama
dipegang oleh YBhg. Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, Pensyarah
Kanan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, menyambung
tugas dan tanggungjawab sama yang sedang beliau pegang dalam
MPKLMBPG. Beliau memegang jawatan ini mulai 2008 hingga beliau
bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 2010.
p. Jawatan KPPNg MPKLMIPG yang kedua dipegang oleh YBhg. En. Mohd.
Radzi bin Johari, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Ipoh, Perak mulai 2010
hingga beliau bersara wajib pada bulan April 2017.
q. Jawatan KPPNg MPKLMIPG yang Ketiga disandang oleh YBhg. Encik
Zainal Ariff bin Mat, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Ipoh, Perak mulai April
2017 sehingga kini.
r. MPKLMIPG digerakkan berdasarkan Undang-undang Kecil, Majlis Pengakap
Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan terikat dengan Perlembagaan Persekutuan
Pengakap Malaysia. Kesemua jawatan di atas diwujudkan berdasarkan
kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil
MPKLMIPG.
BUKU UNDANG-UNDANG KECIL MPKLMIPG
3.5 Tujuan Penubuhan
xxiv. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan
yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai
murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira
warna kulit, agama dan kebudayaan.
xxv. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi
melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap
bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat
antarabangsa.
xxvi. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila
setiap individu:-
a. Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan.
b. Menghormati diri sendiri dan orang lain.
c. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki
suasana kehidupan bermasyarakat.
d. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa
hormat terhadap harta dan pemilikan.
e. Beriman serta beramal soleh.
xxvii. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat.
3.6 Istiadat-istiadat Pengakap
i. Pengenalan:
a. Mana-mana badan atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap,
Pandu Puteri dan lain-lain mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri.
Terdapat beberapa istiadat yang sama tetapi kebanyakan istiadat adalah
berbeza antara satu unit dengan satu unit yang lain.
b. Antara unit-unit beruniform tersebut, Pergerakan Pengakap dan Pandu
Puterilah yang memiliki paling banyak istiadat. Antaranya, ialah:
(i) Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja);
(ii) Istiadat Bendera;
(iii) Istiadat Melantik;
(iv) Istiadat Meningkat Naik;
(v) Istiadat Pemeriksaan Pagi;
(vi) Istiadat Pengalungan Manik Kayu; dan
(vii) Istiadat Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM.
ii. Tujuan Pelaksanaan Istiadat:
a. Melatihkan diri taat kepada Tuhan;
b. Menghargai dan menghormati pemimpin;
c. Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan;
d. Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan;
e. Kaedah memberi hormat kepada tetamu;
f. Mengingati semula asas atau asal usul Pergerakan Pengakap;
g. Menyuburkan semangat Persaudaraan dan Perpaduan;
h. Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan;
i. Melahirkan semangat bekerjasama, kekitaan, kejelikitan dan
bertanggungjawab; dan
j. Memahami dan membina perasaan cintakan agama dan negara melalui
aktiviti:
(i) Hormat bendera (dalam Istiadat Bendera);
(ii) Nyanyian lagu Negaraku atau lagu Kebesaran Negeri;
(iii) Nyanyian lagu Pengakap Malaysia; dan
(iv) Bacaan Doa.
iii. Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja):
a. Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya
terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak
dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain.
b. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh
dunia.
c. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan
sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk
bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada
di tengah-tengah bulatan.
d. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh
melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”.
e. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK,
iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK.
f. Prosedur pelaksanaan Istiadat Laung Agung:
(i) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu
berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA).
(ii) (Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA) AKELA
(Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!”
(iii) Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut
“P…E….K….!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA.
KEADAAN PKK MENGELILINGI AKELA
(iv) AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras
bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar
dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan
yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina).
PKK MEMBENTUK BULATAN DENGAN AKELA BERADA DI
TENGAH BULATAN
(v) Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di
tengah-tengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha
untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing.
(vi) AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi
kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat
tumit.
(vii) AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk
mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi
sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK!
KEADAAN PKK DUDUK MENCANGKUNG
(viii) AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam
Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi
Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak: “KAMU
BUAT HABIS BAIK?”
KEADAAN PKK SEMASA MENYAHUT CABARAN AKELA
(ix) Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Tabik
Hormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT
HABIS BAIK!”
(x) AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan
setelah AKELA selesai membalas Tabik Hormat Pengakap
menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat.
iv. Istiadat Bendera:
a. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu:
(i) Istiadat Mengibarkan Bendera;
(ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera.
b. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK):
(i) Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi.
Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh
Sekawan Bertugas.
(iii) Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam
keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai
melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin
Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera.
KEADAAN PENOLONG PEMIMPIN BERDIRI DI
BELAKANG TIANG BENDERA
(iv) PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
(v) Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada
Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK
yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang
bendera.
PKK BERTUGAS SEDANG MENARIK/MENYENTAP TALI BENDERA
(vi) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan
tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera
tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap.
(vii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada
bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap.
(viii) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan
berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(ix) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(x) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan
menyanyikan Lagu Kebangsaan.
(xi) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak
“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xii) Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK
Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak
“AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiii) PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepala.
KEADAAN PEK MENGAMINKAN DOA DALAM ISTIADAT MENGIBARKAN
BENDERA
(xiv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa
selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan
tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal.
(xv) Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera,
kemudian berteriak “SENANG DIRI!”
(xvi) Pemimpin/AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan
lain-lain kepada PEK.
(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan
arahan “PEK… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan
Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
c. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK):
(i) Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit
Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana.
Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh
Patrol Bertugas.
(iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama
ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera
mengikut Patrol.
(iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang
bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang
tiang bendera.
(v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri
tegak dalam keadaan SEDIA.
(vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol
Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam
kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera.
(vii) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan
tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera
tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap.
(viii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada
bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap.
(ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan
berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(xi) Pemimpin kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan Trup akan
menyanyikan Lagu Kebangsaan.
(xii) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak
“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK
Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak
“AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala.
(xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa
selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan
tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal.
(xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera,
kemudian berteriak “SENANG DIRI!”
(xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-
lain kepada Trup.
(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan
“Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat
Mengibarkan Bendera selesai.
d. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK):
(i) Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan
Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh
Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap
Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh
Patrol Bertugas.
(iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama
ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera
mengikut Patrol.
(iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang
bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang
tiang bendera.
(v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri
tegak dalam keadaan SEDIA.
(vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol
Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam
kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera.
(vii) Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan
nyanyian lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang bendera.
(viii) Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat
tali bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada
bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap.
(ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan
berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(xi) Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK
Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak
“AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala.
(xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa
selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan
tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal.
(xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera,
kemudian berteriak “SENANG DIRI!”
(xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-
lain kepada Trup.
(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan
“Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat
Mengibarkan Bendera selesai.
e. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (PM/PR/ PK):
(i) Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan
Bendera, iaitu:
(a) Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa
mengikuti perkhemahan pengakap; dan
(b) Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau
Breakcamp.
(ii) Istiadat Menurunkan Bendera pada sebelah petang dalam aktiviti
perkhemahan:
(a) Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua
orang petugas yang lengkap beruniform dan wisel bergerak ke
tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera.
PEK/Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil
melakukan aktiviti tersendiri.
(b) Sebaik-baiknya kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan
berkawad ke tiang bendera agar pergerakan tersebut tampak
lebih kemas, teratur dan bersistematik.
(c) Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri
di hadapan tiang manakala petugas kedua akan berdiri di
belakang petugas pertama.
(d) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera,
manakala petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu
tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan tali pada tiang
bendera dibuka. Semua PEK/Trup yang mendengar tiupan wisel
akan berdiri tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera
sebagai tanda hormat kepada bendera.
(e) Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara perlahan-
lahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di
belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di
atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut
mencecah tanah.
(f) Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang
kuat dan panjang sekali lagi sebagai menandakan Istiadat
Menurunkan Bendera berakhir dan PEK/Trup kembali dengan
melakukan tugas masing-masing.
(g) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera
kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera
dalam bentuk segi tiga secara bersama-sama.
(k) Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang
bendera tersebut dengan tangan kiri dan menyimpan bendera
tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada Sekawan/Patrol
yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan
Bendera akan dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir pada
sebelah malam.
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera setelah selesai perjumpaan atau
breakcamp:
(a) Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk
melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera
sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua
bendera diturunkan.
(b) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung
Agung terlebih dahulu.
Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada di
hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda
atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
(c) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di
tengah-tengah bulatan laung agung. Manakala Penolong
Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di
sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap
berdiri di belakang tiang bendera.
(d) Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP…
SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.
(e) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/PR/PK
daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang
bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan,
PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing
untuk menghadap tiang bendera.
(f) Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan
kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat
pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup, pemimpin
dan penolong-penolong pemimpin pengakap.
(g) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas
akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh
PEK/Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin
pengakap.
(h) Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang
bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang
bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan.
(i) Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang
akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu
kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah.
(j) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera
kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera
secara bersama-sama.
(k) Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di
hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri.
(l) Petugas di hadapan akan berteriak “AP!” secara perlahan dan
kedua-dua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang
akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di
hadapan akan ‘berkawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan
bendera tersebut kepada Pemimpin/AKELA, sama ada di tengah
bulatan (PKK) atau di sebelah kiri tiang bendera (PM/PR/PK)
sebelum kembali ke tempat asal.
(m) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang
PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke
hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup dan semua yang hadir
akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan
oleh petugas.
(n) PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut
agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara
menundukkan kepala.
(o) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan
doa selesai dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang hadir
akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas
akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke
tempat yang asal.
(p) Jika UPKK, Pemimpin/AKELA akan ‘kawad selaku terima gaji’
untuk menyerahkan bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua
Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke sebelah kiri
tiang bendera.
(q) Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri tiang bendera,
kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA
memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau
rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang
meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih
untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini).
(r) Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA
memberikan arahan “PEK/Trup… SEDIA!” “BERSU…RAI!”
sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan
aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup bersalam-
salaman dengan pemimpin dan penolong-penolong pemimpin
sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan).
v. Istiadat Melantik:
a. Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin
menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja
atau Pengakap Kelana.
b. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan
lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu
pengakap.
c. Prosedur pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut:
(i) Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat
Laung Agung terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakala
pemimpin/Akela berdiri di tengah bulatan. Penolong pemimpin berada
di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera).
(ii) Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di
luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh
seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas.
(iii) Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu
berdiri tegak di hadapan Pemimpin/Akela. Petugas akan kembali ke
tempal asal setelah adik baharu berdiri di hadapan pemimpin/Akela.
(iv) Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan
lalu berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana
keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu
pengakap.
(v) Pemimpin/Akela akan memulakan dialog dengan Adik Baharu:
Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap
Kanak-Kanak?”
Adik Baharu : “Ya, Akela!”
Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan
Pengakap?”
Adik Baharu : “Ya, Akela!”
(vi) Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu.
(vii) Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan berkata,
”Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang
kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-
kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.”
(viii) Pemimpin/Akela kemudian menyematkan lencana keahlian,
menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada Adik Baharu.
(ix) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada
Pemimpin/Akela. Adik Baharu berpusing lalu memberikan Tabik
Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai
tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK.
(x) Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada
Sekawan.
(xi) Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat
pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu.
(xii) Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka
Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan
akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain.
** Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan
Istiadat Melantik ini.
vi. Istiadat Meningkat Naik:
a. Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut:
(i) apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli
Pengakap Muda;
(ii) apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli
Pengakap Remaja; dan
(iii) ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap
Kelana.
b. Prosedur pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik:
(i) PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam
kuda berhadapan di antara satu sama lain.
(ii) Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat
Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela
mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM.
(iii) Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP…
SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela
menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan.
(iv) Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik
bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan:
(a) bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus
bersalam dengan PEK;
(b) bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin
PKK/Akela;
(c) Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada
PKK;
(d) PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin
dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK;
(e) PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong
Pemimpin dan PEK; dan
(f) Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan
(tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu
menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol
yang sedang menunggu dalam kawasan PM.
GAMBAR RAJAH SUASANA ISTIADAT MENINGKAT NAIK
(v) Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM:
(a) Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan
“SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu.
(b) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada
Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau;
(b) Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua
Patrol;
(c) Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan
diperkenalkan kepada ahli.
(d) Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap
atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik
Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi
ahli PM.
(vi) Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung
penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak
“BERSURAI!”.
** Peringatan : Ibu bapa boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat
Meningkat Naik ini.
4.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
i. Mengikut Seksyen 6 (1), Akta Pengakap, 1968, Majlis ialah satu badan yang
bertanggungjawab mentadbir segala urusan Perbadanan.
ii. Terdapat empat jenis Majlis Pengakap dalam Persekutuan Pengakap Malaysia,
iaitu:
a. Majlis Pengakap Negara;
b. Majlis Pengakap Negeri;
c. Majlis Pengakap Daerah; dan
d. Majlis Pengakap Kawasan.
iii. Semua majlis pengakap ini mempunyai struktur organisasi dan kepemimpinan
yang tersendiri. Misalnya:
a. Majlis Pengakap Negara (MPN) diketuai oleh Ketua Pengakap Negara
(KPN) selaku Yang DiPertua MPN dan dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara (KPPN) dari segi pentadbiran.
b. Majlis Pengakap Negeri (MPNg) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri (KPPNg). Beliau terikat secara langsung dengan KPPN dan KPN
selain Pengerusi Pengakap Negeri.
c. Majlis Pengakap Daerah (MPG) diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah (PjD). PjD
terikat secara langsung dengan KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada
Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri.
d. Manakala di peringkat Majlis Pengakap Kawasan (MPK) atau sekolah
dipimpin oleh seorang pemimpin pengakap (PP). PP terikat secara langsung
dengan PjD, KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap
Kawasan atau Kuasa Penganjur, Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri.
iv. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Malaysia atau MPKLMIPG merupakan sebuah negeri sama seperti
PPM negeri Perak, Selangor dan seumpamanya. Walau bagaimanapun,
MPKLMIPG mempunyai struktur dan organisasi tersendiri yang bergerak
berpandukan kepada Undang-undang Kecil MPKLMIPG, namun masih terikat di
bawah PPM.
4.1 Apakah tanggungjawab Majlis mengikut Akta Pengakap 1968?
xxxi. Mengurus-tadbir urusan-urusan Perbadanan. [Sek. 6 (1)]
xxxii. Membuat ketetapan tentang segala surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang
perlu dimenterikan. [Sek. 7 (2)]
xxxiii. Merekod dan menyimpan data pendaftaran ahli pengakap. [Sek. 8 (1)]
xxxiv. Membuat, mengubah atau membatalkan kaedah dan Undang-undang Kecil
Perbadanan. [Sek. 9]
xxxv. Memidah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada
Perbadanan. [Sek. 10 (1)]
xxxvi. Segala urusan hutang dan tanggungan yang kena bayar dan yuran dan caruman
yang perlu dikutip oleh Perbadanan. [Sek. 10 (2)]
xxxvii. Menggunakan pendapatan untuk membangunkan Perbadanan. [S. 11]
xxxviii. Mencari dan mentadbirkan segala wang. [POR 12(3)(a)(i)]
xxxix. Menjual lencana dan lambang-lambang kebesaran yang terkawal kepada ahli
pengakap. [POR 12(3)(b)]
xl. Mengurus kedai pengakap. [POR 12(3)(c)]
xli. Menerbit, menyiar dan menjilid buku serta risalah pengakap. ‘[POR (3)(d)]
xlii. Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa cara pun. [POR 12(3)(e)] dan
POR 35(2)]
xliii. Menguruskan mesyuarat, pertunjukan, perhimpunan dan gerak kerja kebangsaan.
[POR 12(3)(f)]
xliv. Mengelola Persaudaraan Pengakap BP [POR 12{3)(g)]
xlv. Melantik juruaudit profesional. [POR 12(3)(h)]
xlvi. Meminda, mengubah dan menambah POR. [POR 12(3)(i) dan POR48]
xlvii. Pencalonan Anugerah Pengakap (dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara) [POR 12(3)(j)] kecuali Pingat Semangat Padi dan Pingat
Semangat Rimba hanya oleh Ketua Pengakap Negara. [POR 393(4)]
xlviii. Menjalankan tugas mengikut Akta Pengakap 1968. [POR 12(3)(m)]
xlix. Melantik, mengelola, membuang/menggantung pekerja Persekutuan [POR
12(3)(l)]
l. Menerima semula, menggangtung atau membuang ahli. [POR 12(3)(m)]
li. Pendaftaran dan memansuhkan Majlis Pengakap Negeri/Daerah. [POR 12(3)(n)]
lii. Pendaftaran dan memansuhkan Kumpulan. [POR 12(3)(0)]
liii. Memberi kuasa pengeluaran Tauliah Pengakap. [POR 12(3)(p)]
liv. Mengambil pekerja untuk Ibu Pejabat dan Majlis Pengakap. [POR 12(3)(q)]
lv. Menyelaraskan kerja-kerja Majlis Pengakap Negeri dan Daerah. [POR 12(3)(r)]
4.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Negara
lvi. Terdapat empat struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu:
a. Pegawai Utama PPM;
b. Majlis Pengakap Negara;
c. Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco Members);
dan
d. Kumpulan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
lvii. Pegawai Utama PPM:
a. Empat jawatan tertinggi di dalam PPM dilantik atas nama jawatan yang
disandang. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang memegang
jawatan-jawatan ini secara automatik akan dilantik sebagai:
(i) Penaung Utama PPM dilantik atas nama jawatan, iaitu DYMM Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (YDPA). Oleh itu, mana-mana
sultan yang menjadi YDPA secara automatik akan menjadi Penaung
Utama PPM.
(ii) Penaung PPM setiap negeri dilantik atas nama jawatan yang terdiri
daripada Sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama negeri.
(iii) Presiden Agung PPM dilantik secara automatik atas jawatan Perdana
Menteri.
(iv) Timbalan Presiden Agung juga dilantik secara automatik atas jawatan
Timbalan Perdana Menteri.
b. Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang rakyat
Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman, sama ada dalam kalangan
menteri kabinet, mantan menteri kabinet atau warganegara Malaysia lain
yang berkelayakan sebagai Ketua Pengakap Negara (KPN) berdasarkan
POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM.
c. KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua
Majlis Pengakap Negara (MPN) sebuah badan yang tertinggi dalam urus
tadbir perjalanan PPM.
d. KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4)
dalam Perlembagaan PPM.
YBHG TAN SRI DATO’ SRI YBHG. MEJAR JEN. (B) PROF.
PADUKA DR. HJ. SHAFIE BIN DATO’ DR. HJ. MOHD. ZIN BIN
HJ. MOHD. SALLEH KETUA BIDIN
PENGAKAP NEGARA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP
NEGARA
e. Struktur organisasi Pegawai Utama PPM adalah seperti yang berikut:
BIL. JAWATAN DALAM PEMEGANG
PPM
1 PENAUNG UTAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN
AGONG
(Atas jawatan)
YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
2 PRESIDEN AGUNG (Atas jawatan)
3 TIMBALAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
PRESIDEN AGUNG MALAYSIA
(Atas jawatan)
BERTAULIAH [POR 12(1), POR 12(4)]
4 KETUA Dilantik oleh Yang DiPertuan Agong
PENGAKAP YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b.
NEGARA
Hj. Mohd.
Salleh
5 KETUA BERTAULIAH [POR 11(4)]
PESURUHJAYA Dipilh dalam Mesyuarat Agung PPM
YBhg. Mejar Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin
PENGAKAP
bin Bidin
NEGARA
lviii. Majlis Pengakap Negara
a. Kuasa tertinggi PPM ialah Majlis Pengakap Negara yang menjalankan tugas
utamanya dalam menentukan dasar, urus tadbir dan perjalanan PPM.
b. Berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM, KPN
secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang DiPertua MPN.
c. Jawatan-jawatan lain yang dipilih secara rasmi dalam MPN ialah:
(i) Timbalan Yang DiPertua
(ii) Naib Yang DiPertua (dua orang)
(iii) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(iv) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(v) Pesuruhjaya Antarabangsa
(vi) Pesuruhjaya Latihan Negara
(vii) Pesuruhjaya Program
(viii) Ketua-ketua Pesuruhjaya Negeri
(ix) Setiausaha Majlis
(x) Bendahari Majlis
d. Selain daripada ahli rasmi, MPN juga terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa
yang dipilih dan dilantik dalam Mesyuarat Agung PPM. Ahli-ahli yang dipilih
ialah Wakil Ahli yang dipilih ke MPN (sekitar 22 orang).
e. Ahli-ahli yang dilantik ialah:
(i) Wakil Majlis Pengakap Negeri (seorang)
(ii) Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (seorang)
(iii) Wakil Kementerian Belia dan Sukan (seorang)
(iv) Wakil Kementerian Kewangan (seorang)
(v) Wakil Persatuan Pandu Puteri Malaysia (seorang)
(vi) Wakil Majlis Belia Malaysia (seorang).
f. Struktur organisasi adalah seperti yang berikut:
(i) Majlis Pengakap Negara:
BIL. JAWATAN DALAM PEMEGANG
PPM
Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR
1 YANG DIPERTUA 12(1), POR 12(4)]
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b.
Hj. Mohd. Salleh
2 TIMBALAN YANG Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
DIPERTUA 12(4)]
YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu
3 NAIB YANG DIPERTUA I Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
12(4)]
YBhg. Dato‘ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti
4 NAIB YANG DIPERTUA II Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
12(4)]
YBhg. Datuk Zamani bin Tambichek
5 SETIAUSAHA MAJLIS Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
12(4)]
YM. Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah
6 BENDAHARI MAJLIS Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
BIL. JAWATAN DALAM PPM 12(4)]
YBhg. Tan Sri Dato‘ Haji Abdullah bin Haji Taib
PEMEGANG
7 WAKIL AHLI YANG 22 orang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM
DIPILIH KE MAJLIS [POR 12(4)]
(Senarai nama seperti di bawah)*
PENGAKAP NEGARA
* WAKIL AHLI YANG DIPILIH KE MAJLIS PENGAKAP NEGARA
(ii) JawatJawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco
Members)
1 Encik Mohd Ridhwan Bin Tan Sri 2 YM.Dato’ Raja Ruslan bin Raja
Mohd Ali Samah
3 Tuan Haji Mohd. Mujab bin Sukaimi 4 YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh
Bin Dalimin
5 Tuan Haji Ibrahim bin Haji Junid 6 YBhg. Datuk Haji Idris Bin
Muhamood
7 YBhg. Ar. Dato‘ Sri Dr. Amer 8 YB. Datuk Seri Haji Irmohizam bin
Hamzah Bin Mohd Yunus Ibrahim
9 YBhg. Prof. Dato‘ Dr. Mohammad 10 YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd
Shatar Sabran Tajudin bin Ninggal
11 Puan Zaharah Bt. Abd. Manaf 12 Tuan Hj Mohd Annuar bin Dato‘
13 YBhg. Datuk Rashidy bin Jamil Ngah
14 YBhg. Dato‘ Helmy bin Jaafar
15 Encik Mohd. Nazlee bin Mohd. Baki 16 YBhg. Dato’ Lee Yuen Fong
17 YB. Dato‘ Haji Ahmad Zaini bin Haji 18 Encik Ong Tai Hsian
Japar 20 YBhg. Dato’ Azhar bin Ma’ah
19 YBhg. Dato’ Dr. Hoe Wat Sing
(Ivan)
21 Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Abd. 22 Encik Muhammad Ammir bin
Kadir Haron
BIL. JAWATAN DALAM PEMEGANG
PPM
1 YANG DIPERTUA Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR
12(1), POR 12(4)]
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b.
Hj. Mohd. Salleh
2 TIMBALAN YANG Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
DIPERTUA 12(4)]
YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu
3 Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
NAIB YANG DIPERTUA I 12(4)]
YBhg. Dato‘ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti
4 NAIB YANG DIPERTUA II Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
12(4)]
YBhg. Datuk Zamani bin Tambichek
5 SETIAUSAHA MAJLIS Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
12(4)]
YM. Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah
6 BENDAHARI MAJLIS Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
7 KETUA 12(4)]
PESURUHJAYA YBhg. Tan Sri Dato‘ Haji Abdullah bin Haji Taib
PENGAKAP NEGARA Bertauliah [POR 11(4)]
Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM
YBhg. Mejar Jen. (B) Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin
bin Bidin
TIMB. KETUA Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
8 PESURUHJAYA 12(4)]
YBhg Datuk Hj. Abdul Kader bin Md. Noor
PENGAKAP NEGARA
I (YAYASAN
PENGAKAP DAN BP
GUILD)
TIMB. KETUA Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR
9 PESURUHJAYA 12(4)]
YBhg Datuk Dr. Awang Zainie bin Hj. Suntim
PENGAKAP
NEGARA II
(SABAH, Bertauliah [POR 11(6)]
SARAWAK DAN YBhg. Dr. Muhammed Mukhyuddin bin Sarwani
WP LABUAN)
Sijil Kehormatan daripada WOSM [POR 11 (8)]
10 PESURUHJAYA YBsh. Tn. Hj. Ishak bin Mohd. Jonid
ANTARABANGSA
Bertauliah [POR 11(6)]
11 PESURUHJAYA YBsh. Tn. Hj. Mohd. Zulkifli bin Dato’ Hj. Maulud
LATIHAN NEGARA
12 PESURUHJAYA
PROGRAM
PEN. KETUA Bertauliah [POR 11(3)]
YBsh. Tn. Hj. Nasaruddin bin Shamsuddin
13 PESURUHJAYA
PEMEGANG
PENGAKAP
NEGARA
(AKADEMI PENGAKAP)
BIL. JAWATAN DALAM PPM
PEN. KETUA Bertauliah [POR 11(3)]
14 PESURUHJAYA YBhg. Datuk Hj. Zakran bin Abdul Manan
PENGAKAP Bertauliah [POR 11(3)]
NEGARA YBsh. En. Amer Hamzah bin Aman
(PENGURUSAN)
15 PEN. KETUA Bertauliah [POR 11(3)]
PESURUHJAYA YBsh. En. Ahmad Sabri bin Ahmad
PENGAKAP NEGARA
(MESSENGER OF Bertauliah [POR 11(3)]
PEACE DAN BICARA YBsh. En. Gordon Koh Hong Kian
TOKOH)
Bertauliah [POR 11(3)]
PEN. KETUA YBsh. En. Paramasivam Palany
16 PESURUHJAYA
Bertauliah [POR 11(3)]
PENGAKAP YBsh. En. T. Gunaselan
NEGARA
(PROFIL Bertauliah [POR 11(3)]
KEPENGAKAPAN) YBsh. Tn. Hj. Yaacob bin Abdul Karim
PEN. KETUA Bertauliah [POR 11(3)]
17 PESURUHJAYA YBsh. En. Shah Anuar bin Harun
PENGAKAP Bertauliah [POR 11(3)]
NEGARA YBsh. Pn. Hjh. Normah binti Mohd. Yusuf
(PENAJAAN DAN
SUMBANGAN) Bertauliah [POR 11(3)]
YBsh. En. Jamaludin bin Jamal @ Jinal
PEN. KETUA
18 PESURUHJAYA
PENGAKAP NEGARA
(PERUNDANGAN,
PATERN & HAK
MILIK INTELEKTUAL)
PEN. KETUA
19 PESURUHJAYA
PENGAKAP
NEGARA
(PERUNDANGAN DAN
BP GUILD)
PEN. KETUA
20 PESURUHJAYA
PENGAKAP
NEGARA
(KEROHANIAN)
PEN. KETUA
21 PESURUHJAYA
PENGAKAP
NEGARA
(KESENIAN DAN
KEBUDAYAAN)
PEN. KETUA
22 PESURUHJAYA
PENGAKAP
NEGARA
(HAL EHWAL WANITA)
PEN. KETUA
23 PESURUHJAYA
PENGAKAP