TAJUK PENULISAN HARIAN
TARIKH
HARI : Taklimat Penyediaan dan Mendirikan Khemah
LOKASI dan Gajet Unit Beruniform
KEKUATAN
JURULATIH : 25 OKTOBER 2022
: Selasa
SUB TAJUK : Dewan Brooke
: 36 orang
: 1. Tuan Haji Ahmadi
2. Encik Kamarudzaman
3.
: Mendirikan Khemah dan Gajet Unit Beruniform
Pada 25 Oktober 2022 yang lepas, pada paginya kami (kelima-lima UB) telah berkumpul di cafe
lama bagi mendengar taklimat daripada Tn Haji Ahmadi berkenaan perjalanan perkhemahan yang
akan dijalankan bermulai pada hari tersebut. Pada pagi itu, setiap ketua UB melaporkan kehadiran
masing-masing kepada Tn Haji Ahmadi. Kemudian, kami dibahagikan kumpulan (diarahkan untuk
menyemak serta memastikan alatan memasak, kelengkapan khemah yang akan digunakan
mencukupi sepanjang tempoh perkhemahan). Kemudian, kami bergerak ke kawasan
perkhemahan yang telah ditetapkan. Misalnya, untuk UB pengakap kami telah ditempatkan di
belakang TAZA sebagai kawasan mendirikan khemah.
Kira-kira pukul 8.30 pagi, kami mula mengagihkan tugas masing-masing lalu segerak mendirikan
khemah dapur, khemah A dan khemah igloo, membersihkan kawasan tersebut dan sebagainya.
Selain itu, kumpulan yang diagihkan untuk memasak pula menyediakan makanan untuk dimakan
oleh kami bersama-sama pada tengahari itu. Selesai makan tengahari, kami balik ke bilik masing-
masing untuk pengurusan diri, solat dan rehat. Pada pukul 3.00 petang, kami kembali ke kawasan
perkhemahan untuk menyelesaikan sisa kerja seperti membuang lebihan buluh, tali dan
memastikan gajet dalam keadaan yang kukuh. Kami juga telah mendengar pelbagai nasihat, tips
dan kemahiran kepengakapan yang disampaikan oleh Encik Kamarudzaman.
Pada pukul 6.30 petang, kami makan bersama-sama kemudian balik ke bilik-bilik masing bagi
mengurus diri, solat dan rehat. Seterusnya, pada sebelah malam kesemua UB berkumpul di foyer
pentadbiran untuk mendengar taklimat mengenai radio amatur, peta dan pandu arah. Setelah
selesai, kami bersurai ke bilik masing-masing untuk berehat.
PENULISAN PELAJARAN
KURSUS : PERKHEMAHAN
TARIKH : 26 OKTOBER 2022
: RABU
HARI : IPG KAMPUS BATU LINTANG
LOKASI
MASA AKTIVITI CATATAN
0530 Solat dan pengurusan diri
0600
0630 Kumpulan memasak pada hari ini pergi ke khemah dapur
0740 untuk memasak sarapan.
Semua ahli pengakap yang lain datang ke kawasan
0830 perkhemahan untuk sarapan
0915 Semua UB berkumpul di hadapan TAZA untuk menjalankan
1030 istiadat menaikkan bendera, nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan
1100 ‘Ibu Pertiwiku’ dan kawad kaki.
1430
1450 • Encik Kamarul menjelaskan tentang susunan platun
1520 yang betul ketika sesi perhimpunan diadakan.
1730
1830 • Tuan Haji Ahmadi memberitahu mengenai lawatan
2000 tapak khemah kepada semua UB.
2230 Mengikuti sesi taklimat pertolongan cemas (CPR) di dewan
Brooke yang disampaikan oleh jurulatih BSMM iaitu Encik
Jamu anak Galeh.
Setiap UB menghantar wakil 2 orang untuk menjalankan
amali pertolongan cemas seperti yang telah ditunjukkan.
UB Pengakap bergerak ke kawasan perkhemahan untuk
memasak lalu makan tengahari bersama-sama.
Semua UB berkumpul di hadapan TAZA untuk sesi amali
pandu arah (mengikut agihan kumpulan).
Amali pandu arah dijalankan.
Explorace mencari bearing dan check point diadakan
seperti cara yang telah ditunjukkan.
Setelah rehat, ahli Pengakap berkumpul untuk aktiviti
memasak serta makan bersama-sama.
Mencuci pinggan, mengemas kawasan perkhemahan dan
memasang lampu pada khemah.
Perbincangan bersama mengenai persembahan malam
kebudayaan, menyanyikan lagu-lagu pengakap, sembang
santai berkenaan kepengakapan oleh Encik Vrajasegara
dan minum malam.
Tamat (ahli pengakap kembali ke bilik untuk rehat).
PENULISAN HARIAN
TAJUK : Pertolongan Cemas dan Pandu Arah
TARIKH
HARI : 26 Oktober 2022
LOKASI : Selasa
KEKUATAN : Dewan Brooke & Kawasan Perkhemahan
JURULATIH : 36 orang
: 1. Encik Jamu anak Galeh
SUB TAJUK
2. Encik Kamarul
3.
: Amali Pertolongan Cemas dan Pandu Arah
Pada hari Selasa (25 Oktober 2022), pada paginya kumpulan yang bertugas menyediakan
makanan untuk disantap bersama-sama. Seterusnya, kami mencuci alatan masakan,
membersihkan kawasan perkhemahan dan bersedia untuk berhimpun. Tepat pukul 7.40 pagi,
kesemua UB berkumpul di hadapan TAZA untuk mengadakan istiadat bendera, menyanyikan lagu
‘Negara’ dan ‘Ibu Pertiwiku’. Pada pagi itu juga, kami telah belajar daripada Encik Kamarul tentang
susunan sebenar platun yang perlu dipatuhi semasa sesi perhimpunan dijalankan terutamanya
ketika majlis rasmi. Tn Haji Ahmadi juga memberitahu serba sedikit mengenai lawatan tapak
perkhemahan.
Pada pukul 9.15 pagi, kami telah bergerak ke Dewan Brooke untuk mengikuti sesi taklimat
berkenaan pertolongan cemas oleh Encik Jamu iaitu jurulatih BSMM. Pelbagai ilmu, kemahiran
baharu serta teknik untuk melakukan CPR ketika berlaku kecemasan suatu hari nanti. UB juga
menghantar wakil bagi menjalani amali pertolongan cemas ini.
Setelah selesai makan tengahari, rehat dan pengurusan diri kami mula mengikuti amali pandu
arah. Terdapat aktiviti explorace diadakan iaitu dengan mencari bearing dan check point bagi
menilai sejauh manakah pemahaman mengenai pandu arah ini. Pukul 5.30 petang, kami
memasak bersama-sama untuk makan malam bersama-sama di khemah itu. Pada malam itu juga,
kami dikejutkan dengan kehadiran pensyarah penasihat pengakap iaitu Encik Vrajasegara. Beliau
telah menjalankan perkongsian santai mengenai ilmu kepengakapan, memperkenal lagu
pengakap dan kami juga berbincang tentang persembahan untuk malam kebudayaan
keesokannya. Sebelum tamat, kami telah minum malam bersama-sama untuk mengeratkan lagi
silaturahim.
PENULISAN PELAJARAN
KURSUS : PERKHEMAHAN
TARIKH : 27 OKTOBER 2022
HARI : KHAMIS
LOKASI : IPG KAMPUS BATU LINTANG
MASA AKTIVITI CATATAN
0615
Selesai solat, ahli pengakap yang memasak datang ke
0740 khemah untuk membuat sarapan. Seterusnya, bersarapan
bersama-sama dan mengemas apa yang patut.
0800 Semua UB berkumpul di hadapan TAZA untuk
0815 perhimpunan bagi istiadat bendera, nyanyian lagu
0840 ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’.
0900 Penerangan tentang aktiviti harian oleh Encik Kamarul dan
1015 Ustazah Mas.
1030 Mengurus kawasan khemah seterusnya membersihkan
1140 kawasan perkhemahan.
1500 Kesemua UB termasuk pengakap berkumpul di padang
bola baling bagi menjalani asad kawad kaki.
1800 Asas kawad kaki dijalankan dengan taklimat yang dilakukan
1815 oleh Ustaz Mahadi Khalid.
2030 Tamat sesi asas kawad kaki
2150
2215 Kumpulan memasak menyediakan makan untuk makan
tengahari bersama-sama.
Rehat, pengurusan diri dan solat di bilik.
Aktiviti masakan rimba diadakan. Kesemua ahli pengakap
bekerjasama menyediakan masakan rimba mengikut
tugasan masing-masing.
Penilaian masakan rimba oleh juri.
Berlatih persembahan untuk Malam Kebudayaan pada
malam tersebut dan kemudian balik ke bilik.
Malam kebudayaan diadakan & persembahan daripada
lima UB.
Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ucapan dari Tn Haji Ahmadi
bagi malam terakhir perkhemahan itu.
Bersurai ke bilik-bilik masing.
TAJUK PENULISAN HARIAN
TARIKH
HARI : Taklimat Asas Kawad, Masakan Rimba dan
LOKASI Malam Kebudayaan.
KEKUATAN
JURULATIH : 27 OKTOBER 2022
: Selasa
SUB TAJUK : Padang bola baling, kawasan perkhemahan
dan Dewan Brooke.
: 36 orang
: 1. Ustaz Mahadi Khalid
2. Tuan Haji Ahmadi
3. Encik Kamarul
: Asas Kawad, Masakan Rimba & Malam
Kebudayaan
Pada hari ketiga ini, pada paginya kami berkumpul/berhimpun di depan TAZA untuk menjalankan
istiadat bendera serta nyanyian lagu setelah selesai sarapan di khemah masing-masing. Selesai
perhimpunan, kami telah diberikan taklimat oleh Encik Kamarul tentang perjalanan program pada
hari ketiga ini. Kemudian, kami kembali ke khemah untuk membersihkan sisa-sisa masakan dan
kawasan persekitaran perkhemahan.
Pada pukul 8.40 pagi, kesemua UB termasuk pengakap bergerak ke padang bola baling untuk
bersedia sebelum menngikuti taklimat asas kawad. Asas kawad kaki pun dijalankan dengan
taklimat yang ringkas serta padat oleh Ustaz Mahadi Khalid. Pelbagai ilmu serta teknik kawad kaki
yang dipelajari pada masa itu. Setelah tamat sesi asas kawad kaki, kami bergerak ke kawasan
khemah untuk menyediakan makanan tengahari. Kami telah memasak secara bergotong-royong,
kerjasama dan mengikut tugas-tugas yang telah diagih untuk menjimatkan masa. Selesai makan
tengahari, kami bersurai ke bilik masing-masing untuk pengurusan diri, rehat sebentar dan solat.
Pada sebelah petang pula, kami telah menyediakan pelbagai perkara kerana amali masakan
rimba dijalankan pada petang itu. Kami telah mencari buluh untuk masakan ‘ayam pansuh’, pucuk
ubi, menyalakan api untuk memasak dan sebagainya bagi menjalani masakan rimba. Seterusnya,
masakan rimba dibawa oleh beberapa orang wakil pembentang ke dalam cafe lama IPGKBL
beserta gajet meja untuk dinilai oleh juri yang telah ditetapkan. Ahli pengakap lain ada yang
mengemas perkakasan masakan serta berlatih untuk persembahan malam kebudayaan.
Pada pukul 8.30 malam, malam kebudayaan dijalankan. Kami semua seronok, terhibur dan puas
apabila disajikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada 5 buah UB. Majlis malam
kebudayaan itu diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ucapan ringkas daripada Tn Haji
Ahmadi.
PENULISAN PELAJARAN
KURSUS : PERKHEMAHAN
TARIKH : 28 OKTOBER 2022
HARI : JUMAAT
LOKASI : IPG KAMPUS BATU LINTANG
MASA AKTIVITI CATATAN
0530 Solat Subuh dan pengurusan diri
0600
0700 Kumpulan memasak menyediakan makanan untuk sesi
0740 sarapan bersama-sama.
Membersihkan tempat masakan, mencuci alatan yang kotor
0840 dan menyusun perkakas.
Sesi perhimpunan untuk melakukan istiadat bendera dan
0930 nyanyian lagu.
1130
• Wakil ketua UB memberi arahan tentang perjalanan
1200 program pada hari terakhir perkhemahan itu.
1230
Pemeriksaan khemah untuk setiap UB dilakukan oleh
quarter master, ketua UB, pensyarah penasihat UB.
• Pemeriksaan kebersihan kawasan perkhemahan
• Pemeriksaan pengurusan, kreativiti dan kerjasama
setiap kumpulan.
• Pemeriksaan kebersihan diri sebagai seorang
pengakap
• Ucapan dari pemeriksa.
Membersihkan tapak perkhemahan secara bergotong-
royong.
Berkumpul di hadapan TAZA untuk menjalankan majlis
penutupan perkhemahan MPU3062.
• Pengumuman pemenang setiap kategori dan
anugerah terbaik keseluruhan UB.
Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Bersurai.
TAJUK PENULISAN HARIAN
TARIKH
HARI : Penutupan Sesi Perkhemahan MPU3062
LOKASI
KEKUATAN : 28 OKTOBER 2022
JURULATIH : Selasa
: Padang bola baling, kawasan perkhemahan
SUB TAJUK
dan Dewan Brooke.
: 36 orang
: 1.
2.
3.
: Pemeriksaan Khemah, Pembersihan Tapak
Perkhemahan dan Sesi Kenang-Kenangan.
Pada hari terakhir perkhemahan ini, kami telah menyediakan makan untuk sesi sarapan dahulu
pada pagi itu. Kami bersarapan bersama dahulu lalu membersihkan kesemua alatan memasak,
mencuci perkakas masakan, pinggan, sudu dan gelas. Pada pukul 7.40 pagi, kami berhimpun di
depan TAZA untuk melakukan istiadat bendera dan nyanyian lagu. Wakil ketua UB iaitu ketua KRS
memberi tahu tentang perjalanan program hari tersebut serta memberi beberapah arahan.
Tepat jam 8.40 pagi, terdapat pemeriksaan khemah dijalankan. Pelbagai nasihat serta teguran yang
diberikan oleh pemeriksa ketika itu tentang pengurusan kawasan perkhemahan, kebersihan
kawasan, kejatian seorang pengakap dan sebagainya. Setelah selesai sesi pemeriksaan kawasan
perkhemahan itu, kami diarah untuk membersihkan serta mengosongkan kawasan perkhemahan.
Setiap khemah telah dibersihkan dahulu, dicuci kemudian dikeringkan sebelum disimpan semula.
Kami juga membuang sampah, lebihan buluh, dedaun dan sebagainya untuk memastikan kawasan
perkhemahan itu benar-benar bersih.
Setelah selesai mengemas kawasan perkhemahan, kesemua UB berkumpulan di hadapan TAZA
untuk melibatkan diri dalam Majlis Penutupan Perkhemahan MPU3062. Dalam majlis itu,
pengumuman pemenang setiap kategori yang dipertandingkan juga diadakan setelah ucapan
daripada pensyarah. Kemudian, sesi bergambar untuk semua UB bersama-sama pensyarah
penasihat setiap UB dijalankan sebagai kenangan.