The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOBIM SAINS TAHUN 3 ISBN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86133012, 2024-05-19 10:13:16

MOBIM Tahun 3

MOBIM SAINS TAHUN 3 ISBN

MODUL BIMBINGAN (MOBIM) SAINS TAHUN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM X


Terbitan 2023 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. MODUL BIMBINGAN (MOBIM) SAINS TAHUN 3 ISBN 978-967-420-737-3 DICETAK OLEH: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya


KANDUNGAN Perkara Halaman Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Definisi Kurikulum Kebangsaan vii Kata Alu-Aluan v Pengenalan 1 Sains Hayat 7 Sains Fizikal 74 Sains Bahan 95 Bumi dan Angkasa 102 Teknologi dan Kehidupan Lestari 106 Penghargaan 113


v RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi modenx MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: x KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” x Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi


DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN xx 3. Kurikulum Kebangsaan x (1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. x Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.] vii


KATA ALU - ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah berjaya menghasilkan Modul Bimbingan (MOBIM) Sains Tahun 3 sebagai panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan peruntukan waktu yang telah ditetapkan. Modul ini diharap dapat digunakan sebagai panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang menarik dan berkesan bagi mata pelajaran Sains Tahun 3 khususnya dalam mengintegrasikan beberapa standard kandungan atau standard pembelajaran dalam satu sesi pengajaran. PdP dalam modul ini menggunakan pendekatan inkuiri yang bersifat hands-on dan minds-on sebagai panduan kepada guru dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah PdP yang berkesan dan menyeronokkan. MOBIM Sains Tahun 3 ini diharap dapat membantu guru dalam mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran dengan lebih yakin dan berkesan. BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan modul ini. Semoga modul yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya guru dan murid dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara. Sekian, terima kasih. DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ix


1 PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains berhasrat untuk menanam minat dalam sains di samping mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan yang mudah serta sesuai dengan umur mereka. KSSR Sains juga memberi fokus kepada pembelajaran berfikrah sains bagi pemerolehan ilmu yang diterapkan melalui pendekatan utama dalam pendidikan sains iaitu inkuiri. Pendekatan inkuiri merangkumi pembelajaran berpusatkan murid, konstruktivisme, kontekstual, berasaskan masalah dan masteri melalui strategi serta kaedah PdP yang sesuai. KSSR Sains mempunyai matlamat untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni berlandaskan sikap dan nilai selaras dengan Tujuh Teras Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan itu, MOBIM Sains Tahun 3 menekankan pembelajaran bermakna melalui pendekatan inkuiri dengan pelbagai strategi dan aktiviti PdP yang menyeronokkan. MOBIM Sains Tahun 3 juga menekankan kepada pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah secara ansur maju, ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke-21. Objektif Modul Modul ini dibangunkan bagi membantu guru untuk: 1. Melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada; 2. Menggunakan pendekatan inkuiri melalui pengintegrasian kemahiran saintifik dengan ilmu yang dipelajari; 3. Merancang PdP dengan lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai. Organisasi MOBIM Sains Panduan yang disediakan dalam MOBIM Sains Tahun 3 adalah berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Sains Tahun 3. Modul ini mengandungi strategi PdP yang dibangunkan berdasarkan pendekatan penyusunan kandungan dan pengintegrasian beberapa tajuk bagi memastikan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran saintifik di peringkat Tahun 3. Setiap tajuk di dalam modul ini disertakan dengan fokus atau penekanan yang perlu diberikan dalam sesuatu PdP, cadangan aktiviti, catatan atau nota kepada guru, bahan sumber untuk rujukan guru dan lembaran kerja untuk murid.


2 Penulisan Modul Penulisan modul ini disusun seperti berikut: Penerangan ringkas tentang kandungan, fokus dan perkara yang perlu diberi penekanan. . QR code untuk pautan kepada bahanbahan rujukan. Maklumat untuk guru yang perlu diberi perhatian. Cadangan penyusunan kandungan berdasarkan Tema, Tajuk, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran seperti mana terdapat dalam DSKP. Anggaran tempoh masa yang dicadangkan untuk melaksanakan PdP. Cadangan aktiviti ini adalah fleksibel dan boleh diadaptasikan. Rujukan kepada guru untuk penggunaan bahan sumber sedia ada.


3 Peruntukan Masa Penyusunan kandungan modul ini juga telah mengambil kira peruntukan masa bagi Sains Tahap I seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8 Tahun 2016 iaitu minimum 48 jam setahun. Cadangan masa PdP bagi setiap tajuk juga dinyatakan di dalam modul ini, dianggarkan 90 minit (3 waktu) seminggu. Lazimnya, susunan jadual waktu di setiap sekolah adalah berbeza. Ada yang menggunakan gabungan dua dan satu waktu (2+1), satu dan dua waktu (1+2) atau tiga waktu berturutan (3). Guru boleh mengubah suai strategi dan aktiviti PdP yang dicadangkan dalam MOBIM ini agar sesuai dengan jadual waktu sekolah masing-masing. Cadangan Aktiviti Aktiviti yang dicadangkan di dalam modul ini adalah berdasarkan kepada pendekatan inkuiri iaitu melibatkan pemerhatian, penyiasatan atau penerokaan bagi membantu pemahaman serta penguasaan sesuatu konsep sains, sebelum beralih kepada kandungan lain. Cadangan aktiviti ini adalah fleksibel dan boleh diadaptasi oleh guru agar bersesuaian dengan keupayaan murid, kemudahan fasiliti dan kesediaan bahan bantu mengajar di sekolah masing-masing. Guru juga boleh menambah baik aktiviti berdasarkan kreativiti dan daya inovasi guru. Catatan Ruangan ini mengandungi nota atau panduan berkaitan cadangan bahan bantu mengajar, limitasi sesuatu kandungan, penjelasan kepada istilah atau terminologi tertentu dan lain-lain catatan yang membantu mencapai Standard Pembelajaran. Lembaran Kerja Lembaran kerja disertakan bagi membantu murid mengukuhkan pemahaman mereka dan menguasai sesuatu konsep sains yang telah dipelajari. Guru boleh menggunakan soalan latihan sebagai contoh dan membina soalan sendiri sebagai latihan tambahan kepada murid. Lampiran Lampiran disertakan sebagai rujukan guru untuk menjalankan aktiviti PdP yang dicadangkan. Guru juga boleh mengubah suai lampiran tersebut mengikut kesesuaian PdP.


Pentaksiran Proses pentaksiran berlaku sepanjang tempoh PdP. Guru perlu merancang dan mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa sesi PdP. Penentuan Tahap Penguasaan murid hendaklah merujuk Standard Prestasi yang terdapat di dalam DSKP Sains Tahun 3 dan pelaporan dilakukan mengikut ketetapan Pentaksiran Bilik Darjah yang berkuat kuasa. Panduan Menggunakan Modul Modul ini merupakan panduan dan cadangan kepada guru bagi membantu guru melaksanakan kurikulum Sains Tahun 3 dan mencapai matlamatnya dengan peruntukan waktu dan bahan sumber sedia ada. Oleh itu, guru disarankan agar mengajar mengikut tajuk dan kandungan kurikulum yang telah disusun dalam modul ini. Guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti mengikut keperluan dan kesediaan murid serta fasiliti sekolah masing-masing. Guru disarankan menggunakan pendekatan berikut dalam PdP: 1. Pendekatan secara pembelajaran masteri: Pastikan murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran baharu. Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula atau diberi tindakan susulan. Walau bagaimanapun, pengajaran semula atau tindakan susulan yang diambil ini haruslah menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya. 2. Pendekatan ansur maju: Perkenalkan konsep sains secara kontekstual bermula daripada perkara yang mudah kepada yang sukar. Aktiviti penerokaan dengan aplikasi kemahiran memerhati dan berkomunikasi sangat membantu murid membina pemahaman. 3. Pendekatan didik hibur: Bagi memupuk minat murid dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlulah menggunakan pendekatan yang menarik, hands-on, melibatkan penerokaan dan melalui cara penyampaian yang berkesan. Guru disarankan menggunakan konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan dan peralatan sains dalam pengajaran. 4. Pendekatan penggabungjalinan kemahiran saintifik: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran saintifik yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk Tumbuhan, kemahiran memerhati dan berkomunikasi harus diaplikasikan. 4


CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


6


7 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.1 Gigi Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.6 Berkomunikasi 3.1.1 Memerihalkan jenis gigi dan fungsinya Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang 3 jenis gigi dan fungsinya. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid diberi sepotong buah epal untuk dimakan dan bersoal jawab. 2. Murid ditunjukkan model/gambar gigi. (Lampiran 1) 3. Murid menyanyi lagu ‘Jom Kenali Gigi’ dengan aksi. 4. Murid menjalankan aktiviti ‘Kenali Fungsi Gigi’ secara individu dengan bimbingan guru. (Lampiran 2) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti dan melengkapkan peta pokok. (Lembaran 1) Soal jawab berfokus kepada jenis gigi dan fungsinya. Soalan: i) Apa yang akan berlaku jika kita tiada gigi? ii) Bahagian gigi mana yang kamu guna untuk menggigit epal tadi? Guru boleh menggunakan makanan lain yang bersesuaian bagi menggantikan buah epal. Guru menerapkan kemahiran memerhati dan kemahiran komunikasi sepanjang aktiviti dijalankan. Cadangan klip audio Sumber Buku Teks Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 30-31 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 17-19


8 Lampiran 1


9 Lampiran 2 Aktiviti ‘Kenali Fungsi Gigi’ Alatan dan bahan: Pembaris plastik, pensel, botol, Jubin dan keratan batang sawi Langkah-langkah: Potong keratan batang sawi menggunakan pembaris. Perhatikan hasilnya. (Nota: Pembaris mewakili gigi kacip) Cucuk pensel pada keratan batang sawi, kemudian koyakkannya. Perhatikan hasilnya. (Nota: Pensel mewakili gigi taring) Lenyek keratan batang sawi menggunakan botol sehingga lumat. Perhatikan hasilnya. (Nota: Botol mewakili gigi geraham)


10 Lembaran 1 Nama: _____________________________ Kelas:________________ Arahan: Lengkapkan peta pokok di bawah. Jenis gigi: _____________ Jenis gigi: ______________ Jenis gigi: ______________ Gigi Fungsi: Fungsi: Fungsi:


11 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.1 Gigi Standard Pembelajaran : 1.1.6 Berkomunikasi 3.1.2 Melabelkan struktur gigi 3.1.4 Menghubung kait penjagaan kesihatan gigi dengan struktur gigi Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang struktur gigi dan menghubung kait penjagaan kesihatan gigi dengan struktur gigi. Kemahiran berkomunikasi diintegrasikan dalam PdP. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid diperkenalkan tentang keratan rentas menggunakan bunga kantan sebagai analogi kepada keratan rentas gigi. 2. Murid ditunjukkan model/gambar keratan rentas gigi dan bersoal jawab. 3. Murid menjalankan aktiviti melabel keratan rentas struktur gigi. 4. Setiap kumpulan mempamerkan dan membentangkan hasil kerja mereka. 5. Murid menghubungkaitkan cara penjagaan kesihatan gigi dengan struktur gigi. 6. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru boleh menggunakan contoh lain yang sesuai seperti buah naga, buah kiwi dan lain-lain. Sesi soal jawab berfokus kepada keratan rentas gigi dan penjagaan kesihatan gigi. Soalan: i) Berdasarkan keratan rentas gigi, sebutkan bahagianbahagian pada gigi. ii) Mengapakah kita perlu memberus gigi? iii) Apa yang berlaku jika kita tidak memberus gigi? Guru menerapkan KPS berkomunikasi semasa pembentangan murid. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 32-33, 37-39 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 20, 22-25


12 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.1 Gigi Standard Pembelajaran : 1.1.6 Berkomunikasi 3.1.3 Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal 3.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang gigi melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid untuk membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal. Kemahiran berkomunikasi diintegrasikan dalam PdP. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid ditunjukkan gambar gigi bayi 1 tahun, gigi kanak-kanak 6 tahun dan gigi orang dewasa dan bersoal jawab. 2. Murid menonton video set gigi susu dan set gigi kekal. 3. Murid mencari persamaan dan perbezaan antara set gigi susu dengan set gigi kekal dan membentangkan hasil dapatan. (Lembaran 1) 4. Murid menjalankan aktiviti membina model set gigi susu dan set gigi kekal. (Lampiran 1) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru boleh menyediakan gambar atau video yang sesuai. Perbincangan berfokus kepada set gigi susu dan set gigi kekal dari segi bilangan, ketebalan enamel, jangka hayat, saiz dan waktu mula tumbuh. Pautan video: https://drive.google.com/file/d/1ipU3 yyDjL6vrvfqW0Zp8keocL2kLcZuW/v iew Sumber: KUGAN A/L THIAGARAJAN KPMGuru Guru menerapkan KPS berkomunikasi semasa pembentangan murid. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 34-35 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 21


13Lembaran 1 Nama:


3 Kelas:


14 Lampiran 1 Pembinaan model set gigi susu dan set gigi kekal. Langkah 1: Sediakan gunting, gam, sarang telur, kad manila berwarna merah dan merah jambu. Langkah 2: Lipat kad manila merah jambu kepada dua bahagian. Seterusnya lakarkan bentuk mulut pada kad manila tersebut.


15 Langkah 3: Lakar lidah pada kad manila merah. Gunting lakaran tersebut dan tampal di atas lakaran bentuk mulut. Langkah 4: Potong bahagian tempat letak telur seperti dalam gambar rajah.


16 Langkah 5: Tampal bahagian yang dipotong seperti dalam gambarajah. . Langkah 6: Set gigi kekal terhasil.


17 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.2 Kelas Makanan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.2 Mengelas 3.2.1 Memberi contoh makanan bagi setiap kelas makanan. 3.2.2 Mengitlak kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang contoh makanan bagi setiap kelas makanan dan kepentingannya. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan mengelas. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhati beberapa jenis makanan sebenar atau gambar makanan dan bersoal jawab. (Lampiran 1) 2. Murid diberi penerangan tentang kelas makanan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air. 3. Murid membuat pengelasan makanan dengan menjalankan aktiviti potong dan tampal. (Lembaran 1 dan Lampiran 2) 4. Murid menyatakan kelas makanan dan kepentingannya. (Lembaran 2) 5. Murid berbincang dan membuat pernyataan umum bahawa setiap makanan mempunyai kepentingannya kepada tubuh badan manusia. 6. Murid menjawab kuiz interaktif. 7. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru boleh meminta murid membawa makanan dari rumah seperti roti, marjerin, telur, sos dan makanan lain yang sesuai. Sesi bersoal jawab berfokus kepada jenis makanan: i) Namakan makanan yang dapat kamu lihat. ii) Berapa jenis makanan yang kamu ambil untuk satu hidangan? Guru menggunakan ayat yang lebih mudah untuk murid membuat pengitlakan. Pautan Kuiz Interaktif: https://quizizz.com/admin/quiz/6489 0df92aef43001d8bd55c Sumber: MOHD Moe KPM - Guru Guru menerapkan kemahiran memerhati dan mengelas dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 40-43. Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 26-29


18 Lampiran 1


19 Lembaran 1 Nama: ________________________________ Kelas: _________________ Gunting dan tampal gambar dalam kotak yang disediakan mengikut kelas makanan yang betul. Kelas makanan: ____________________ Kelas makanan: ____________________ Kelas makanan: ____________________ Kelas makanan: ____________________


20 Kelas makanan: ____________________ Kelas makanan: ____________________ Kelas makanan: ___________________


21 Lampiran 2 Guntingkan dan tampal di Lembaran 1. Air Karbohidrat Protein Lemak Vitamin Mineral Pelawas


22 Lembaran 2 Nama: _________________________ Kelas: _________ Tuliskan kelas makanan dan kepentingannya berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan. Protein Lemak Karbohidrat Mineral Air Pelawas Vitamin Tumbesaran Memberi Tenaga Menjaga Kesihatan Menjaga Kesihatan Mengawal suhu badan Mencegah sembelit Memanaskan badan Makanan Kelas Makanan Kepentingan


23 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.2 Kelas Makanan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.2 Mengelas 3.2.3 Menjelas dengan contoh makanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang contoh makanan berdasarkan piramid makanan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan mengelas. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid diberi penjelasan mengenai aras piramid makanan dan jumlah makanan yang perlu diambil berpandukan Model Piramid Makanan Malaysia. 2. Murid memerhati Pinggan Sihat Malaysia yang disediakan oleh guru dan bersoal jawab. 3. Murid menyusun gambar makanan mengikut aras piramid makanan. (Lembaran 1 dan Lampiran 1) 4. Murid merancang menu makanan seimbang berdasarkan piramid makanan dan membentangkannya. 5. Murid menjawab soalan di dalam buku aktiviti. Guru menyediakan Pinggan Sihat Malaysia menggunakan makanan sebenar/Gambar Pinggan Sihat Malaysia. Gambar Sumber KKM Soal jawab berfokus kepada kaitan Pinggan Sihat Malaysia dengan Piramid Makanan Malaysia. i) Apakah makanan yang paling banyak dalam Pinggan Sihat Malaysia? ii) Mengapa Pinggan Sihat Malaysia dikenali sebagai ‘suku-suku separuh’? iii) Apa kaitan Pinggan Sihat Malaysia dengan Piramid Makanan Malaysia? Guru menerapkan kemahiran memerhati dan mengelas dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 44-45 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 30


24 Lembaran 1 Nama: ____________________________ Kelas: ___________ Gunting gambar makanan yang diberi. Tampalkan pada piramid makanan di bawah.


25 Lampiran 1


26 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.2 Kelas Makanan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.4 Membuat inferens 3.2.4 Menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan membuat inferens. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menonton tayangan video makanan seimbang dan tidak seimbang dan bersoal jawab. 2. Murid meneliti gambar hidangan makanan yang berbeza dan menyatakan kesan pengambilan hidangan makanan tersebut. (Lembaran 1) 3. Murid membentangkan hasil dapatan. 4. Murid memilih hidangan makanan seimbang dalam bakul makanan yang disediakan. (Lampiran 1) 5. Murid menyatakan sebab berdasarkan pemilihan tersebut. 6. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Pautan Video: https://youtu.be/DPrL-ePhvrA Sumber: Youtube Cikgu Zoul Soal jawab berfokus tentang kesan pengambilan makanan tidak seimbang. i) Apakah jenis makanan yang dapat dilihat dalam video? ii) Adakah makanan tersebut seimbang atau tidak? iii) Apakah kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang? Guru boleh menyediakan makanan sebenar yang sesuai untuk diletakkan di dalam bakul makanan. Guru menerapkan kemahiran memerhati dan membuat inferens dalam PdP. Guru menggunakan ayat yang mudah untuk membimbing murid membuat inferens. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 47 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 31-32


27 Lembaran 1 Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Nyatakan kesan pengambilan hidangan berikut.


28 Lampiran 1


29 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.2 Kemahiran Manipulatif 3.3 Pencernaan Standard Pembelajaran : 1.1.6 Berkomunikasi 1.2.4 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 1.2.5 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 3.3.1 Memerihalkan proses pencernaan. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid memerihalkan proses pencernaan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran manipulatif. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menjalankan simulasi makanan dihancurkan dan bersoal jawab. (Lampiran 1) 2. Murid ditunjukkan gambar sistem pencernaan dan menceritakan apa yang berlaku kepada makanan yang dihancurkan dengan bimbingan guru. 3. Murid menyatakan pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan lebih kecil supaya nutrien dari makanan boleh diserap oleh badan. (Lembaran 1) 4. Murid menggunakan Combo Mat untuk menyenaraikan organ yang terlibat dalam proses pencernaan secara berkumpulan dan membuat pembentangan. (Lampiran 2) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Sesi soal jawab berfokuskan kepada proses menghancurkan makanan dan perkaitan lesung, alu dan air dengan mulut, gigi dan air liur. Guru menerapkan KPS berkomunikasi semasa pembentangan murid. Penggunaan Combo Mat: i) Setiap ahli kumpulan akan menulis idea masing-masing di bahagian tepi Combo Mat. ii) Setelah selesai, ketua Kumpulan akan menggabungkan semua idea ahli kumpulan dan menulisnya semula di bahagian bulatan di tengah- tengah Combo Mat. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 49 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 33


30 Lampiran 1 Aktiviti simulasi makanan dihancurkan Alatan/Bahan: Lesung dan alu, penyedut minuman, kacang tanah, air Arahan/Langkah: 1. Murid dibekalkan alatan seperti di atas. 2. Murid memasukkan sebiji kacang tanah dan air ke dalam penyedut minuman serta memerhatikan pergerakannya. 3. Murid menghancurkan sebiji kacang tanah dengan menggunakan lesung dan alu serta ditambahkan sedikit air. 4. Murid memasukkan hancuran tersebut ke dalam penyedut minuman serta memerhatikan pergerakannya. Sesi soal jawab: 1. Apa yang kamu dapat perhatikan pada langkah 2, 3 dan 4? 2. Apakah perbezaan antara pemerhatian pada langkah 2 dan 4? 3. Mengapa kita menghancurkan kacang? 4. Lesung dan alu dapat disamakan dengan bahagian tubuh manusia yang mana? 5. Apakah fungsi air yang dimasukkan dalam proses penghancuran?


31 Lembaran 1: Nama: _______________________ Kelas: ___________________ 1. ______________________ dikunyah menjadi cebisan kecil di dalam mulut. 2. Makanan dibawa ke perut melalui saluran sempit yang dipanggil _______________. 3. ___________________ diserap ke dalam usus.


32 Lampiran 2 Combo Mat


33 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.3 Pencernaan Standard Pembelajaran : 1.1.6 Berkomunikasi 3.3.2 Membuat urutan aliran makanan semasa pencernaan. 3.3.3 Merumus tentang makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan. 3.3.4 Menjelaskan pemerhatian tentang pencernaan menerusi lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan murid untuk membuat urutan aliran makanan semasa pencernaan dan merumuskan tentang makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid membuat simulasi urutan aliran makanan. (Lampiran 1 dan 2) 2. Murid menceritakan tentang proses pencernaan menggunakan hasil daripada aktiviti simulasi dengan bimbingan guru. 3. Murid merumus tentang makanan berubah bentuk semasa proses pencernaan serta makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan (Lampiran 3). 4. Guru bersoal jawab tentang perbuatan yang mengganggu proses pencernaan. 5. Murid menjawab dalam buku aktiviti. Soal jawab berfokuskan kepada perbuatan yang mengganggu proses pencernaan seperti berikut: i) Apakah perbuatan yang kita tidak boleh buat semasa/selepas makan? ii) Mengapa? Guru menerapkan kemahiran berkomunikasi dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 50-53 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 35-36


34 Lampiran 1 Aktiviti simulasi urutan aliran makanan Alatan/Bahan: Kadbod, gam, kad organ pencernaan, tiub plastik, picagari, pewarna air Arahan: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Murid diberi alatan dan bahan seperti di atas. 3. Murid melekatkan kad organ pencernaan di atas kadbod mengikut urutan. 4. Murid melabelkan bahagian organ pencernaan. 5. Murid juga melekatkan tiub plastik sepanjang urutan aliran makanan pada organ pencernaan. 6. Murid memasukkan air berwarna ke dalam tiub plastik menggunakan picagari. 7. Murid memerhatikan urutan aliran air berwarna. 8. Murid menggunakan gambar di Lampiran 3 untuk menunjukkan proses pencernaan.


35 Lampiran 2 Gambar bahagian sistem pencernaan bagi simulasi Lampiran 1.


36 Lampiran 3 Gambar makanan Gambar makanan dihancurkan Tinja


37 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains. 4.1 Tabiat pemakanan. Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati. 1.1.2 Mengelas. 1.1.6 Berkomunikasi. 4.1.1 Mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan. 4.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang tabiat pemakanan haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada kemahiran mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanan dan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati, mengelas dan berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menjalankan aktiviti ‘Saya makan apa?’ menggunakan topeng haiwan. (Lampiran 1 hingga 6) untuk mengenal pasti apa yang dimakan oleh haiwan. 2. Murid memerhati haiwan sebenar/model haiwan/gambar haiwan yang disediakan dan bersoal jawab. 3. Murid menyatakan ciri pengelasan bagi setiap kumpulan tabiat pemakanan. 4. Murid menjawab latihan. (Lembaran 1 dan Lampiran 7) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru boleh menggunakan haiwan sebenar atau model haiwan. Sesi soal jawab berfokus kepada nama haiwan dan makanan yang dimakan. i) Apakah nama haiwan ini? ii) Apakah makanan haiwan ini? iii) Kelaskan haiwan tersebut berdasarkan tabiat pemakanan. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 60–62 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 37– 38


Click to View FlipBook Version