38 Lampiran 1
39 Lampiran 2
40 Lampiran 3
41 Lampiran 4
42 Lampiran 5
43 Lampiran 6
44 Lembaran 1: Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Gunting gambar haiwan dan kelaskan. Tabiat pemakanan haiwan
45 Lampiran 7
46 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 4.1 Tabiat pemakanan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.4 Membuat Inferens 4.1.2 Menjelaskan dengan contoh tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. 4.1.3 Membuat inferens tentang kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan 4.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang tabiat pemakanan haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid menjelaskan dengan contoh tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan membuat inferens. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menyiapkan sambungan Jigsaw Puzzle dalam kumpulan dan bersoal jawab. (Lampiran 1-3) 2. Murid menjalankan aktivti Mix and Match berdasarkan kad perkataan dan kad bergambar yang diterima. (Lampiran 4) 3. Murid mengenal pasti dan memadankan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan tabiat pemakanan. (Lembaran 1) 4. Murid mengambil bahagian dalam permainan ‘Kotak Hitam’ untuk mengenal pasti tabiat pemakanan haiwan yang terpilih. (Lampiran 5) 5. Murid memberi sebab tentang Kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. 6. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Soal jawab berfokus kepada tabiat pemakanan haiwan. i) Apakah nama haiwan ini? ii) Apakah makanan haiwan ini? Pelaksanaan aktiviti Mix and Match: Murid secara rawak bergerak mencari kad bergambar yang boleh dipadankan dengan kad perkataan yang ada pada dirinya Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 62 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 39-41
47 Lampiran 1
48 Lampiran 2
49 Lampiran 3
50 Lampiran 4 Herbivor Karnivor Omnivor
51 Lembaran 1 Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Suaikan dengan jawapan yang betul. Makan tumbuh-tumbuhan Karnivor Makan Haiwan lain Omnivor Makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan lain Herbivor
52 Lampiran 5 Aktiviti ‘Kotak Hitam’ Bahan: Kotak bersaiz sederhana dan beberapa keping gambar haiwan Langkah-langkah 1. Murid diminta untuk memasukkan tangan ke dalam ‘Kotak Hitam’ dan mengambil sekeping gambar haiwan. 2. Murid diminta untuk mengenal pasti tabiat pemakanan haiwan yang diambil. 3. Murid diminta untuk mengenal pasti Kumpulan haiwan tersebut berdasarkan tabiat pemakanannya. 4. Murid memberi contoh haiwan lain yang mempunyai tabiat pemakanan yang sama. 5. Murid melakukan Langkah 1 hingga 4 secara bergilir-gilir.
53 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 4.1 Tabiat Pemakanan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 4.1.4 Membanding dan membezakan kegigian haiwan herbivor, karnivor, dan omnivor. 4.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang tabiat pemakanan haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini juga berfokus kepada kemahiran membanding dan membezakan tentang kegigian haiwan herbivor, karnivor, dan omnivor. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhati gambar kegigian haiwan dan bersoal jawab. (Lampiran 1) 2. Murid membanding dan membezakan jenis gigi haiwan herbivor, karnivor dan omnivor berdasarkan gambar dan mempersembahkan dalam bentuk yang sesuai. 3. Murid memerhati gambar kegigian kucing dan menyatakan tabiat pemakanannya. (Lampiran 2) 4. Murid menjelaskan perubahan tabiat pemakanan kucing. 5. Murid menjawab soalan. (Lembaran 1 dan Lembaran 2). 6. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru menyediakan gambar kegigian haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Soal jawab berfokus kepada kegigian dan makanan haiwan. i) Jenis gigi apakah yang kamu nampak dengan jelas? ii) Apakah fungsi gigi ini? iii) Mengapakah haiwan ini mempunyai gigi seperti ini? iv) Berikan contoh makanan yang dimakan oleh haiwan ini? v) Kumpulan haiwan manakah yang mempunyai set gigi ini? Mengapa? Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 64-67 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 42-44
54 Lampiran 1
55 Lampiran 2
56 Lembaran 1: Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Selesaikan silang kata ini. Melintang 3. Gigi _______________ berfungsi untuk mengoyak makanan. 4. _____________ ialah haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain. 5. Gigi ______________ berfungsi untuk melumatkan makanan. 6. Haiwan ___________ mempunyai set gigi taring yang tajam. Menegak 1. Gigi ini berfungsi untuk memotong makanan. 2. Kuda adalah contoh haiwan _________________.
57 Lembaran 2 Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Padankan struktur gigi haiwan berikut dengan tabiat makanan yang betul. herbivor omnivor karnivor
58 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Tumbuhan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 5.1 Pembiakan Tumbuhan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.6 Berkomunikasi 5.1.1 Memberi contoh tumbuhan bagi setiap cara pembiakan. 5.1.4 Menjelaskan pemerhatian tentang pembiakan tumbuhan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid tentang cara pembiakan tumbuhan. Pemerolehan pengetahuan ini diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhati tumbuhan di persekitaran sekolah bersama guru dan bersoal jawab. 2. Murid mengenal pasti cara pembiakan tumbuhan yang disediakan oleh guru. 3. Murid memberi contoh tumbuhan lain bagi setiap cara pembiakan. 4. Murid mengenal pasti cara pembiakan tumbuhan berdasarkan gambar dan membentangkannya. (Lampiran 1 – 6) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Aktiviti dijalankan di persekitaran sekolah untuk memerhati cara tumbuhan membiak. Sesi soal jawab berfokus kepada cara pembiakan tumbuhan. i) Apakah cara tumbuhan membiak yang dapat diperhatikan? ii) Selain daripada kaedah yang diperhatikan, apakah cara lain tumbuhan membiak? Guru boleh menyediakan tumbuhan sebenar bagi setiap cara pembiakan seperti pokok pudina, bawang, pokok setawar, lidah buaya, pokok cili padi, paku pakis dan lain-lain. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 72-73, 76-77 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 45-46, 49-51
59 Lampiran 1 pokok cili pokok tebu pokok Begonia pokok paku pakis
60 Lampiran 2 pokok bendi pokok setawar pokok keladi pokok kacang tanah
61 Lampiran 3 pokok bunga kertas pokok lidah buaya pokok buluh paku langsuyar
62 Lampiran 4 pokok keembung pokok lidah jin pokok nanas pokok bawang putih
63 Lampiran 5 pokok rambutan pokok ubi kayu pokok pisang pokok halia
64 Lampiran 6 pokok durian pokok bunga raya pokok kentang Cendawan
65 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Tumbuhan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.2 Kemahiran Manipulatif 5.1 Pembiakan Tumbuhan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.2.1 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. 1.2.2 Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. 1.2.3 Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul. 1.2.4 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 1.2.5 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 5.1.3 Mengitlak satu tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara dengan menjalankan projek. 5.1.4 Menjelaskan pemerhatian tentang pembiakan tumbuhan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid tentang cara pembiakan tumbuhan dan membuat penyataan umum bahawa satu tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara. Pemerolehan pengetahuan ini diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan kemahiran manipulatif. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhati tumbuhan sebenar yang disediakan oleh guru dan bersoal jawab. 2. Murid dalam kumpulan menjalankan aktiviti. ‘Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan’. (Lampiran 1) 3. Murid merekod maklumat yang diperolehi dalam jadual. (Lembaran 1) 4. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru menyediakan tumbuhan sebenar yang bersesuaian seperti pokok kangkung atau ubi keledek. Soal jawab berfokus kepada: i) Apakah cara tumbuhan ini membiak? ii) Bolehkah tumbuhan ini membiak dengan cara yang lain? Guru menerapkan kemahiran manipulatif semasa penyiasatan dijalankan. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 72-73,76-77 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 45-46, 49-51
66 Lampiran 1 Aktiviti penyiasatan ini boleh dijalankan secara berkumpulan. Penyiasatan tentang satu pokok mempunyai pelbagai cara pembiakan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan: Kumpulan 1 - Biji benih kangkung Kumpulan 2 - Keratan batang kangkung Kumpulan 3 - Ubi keledek Kumpulan 4 - Keratan batang ubi keledek Kumpulan 5 - Biji benih Moringa Kumpulan 6 - Keratan batang Moringa Alat/Radas: biji benih, keratan batang pokok, botol plastik,cawan plastik tanah dan air. Catatan: Guru boleh menggantikan jenis tumbuhan mengikut kesesuaian dan mudah diperolehi biji benih batang tanah botol plastik air
67 Langkah-langkah penyiasatan: Kaedah keratan batang 1. Rendamkan keratan batang pokok ke dalam botol plastik berisi air. 2. Perhatikan pertumbuhan pucuk setiap hari. 3. Rekodkan pemerhatian dalam jadual. (Lembaran 1) Kaedah biji benih 1. Semaikan biji benih ke dalam botol plastik berisi tanah. 2. Siram semaian setiap hari. 3. Perhatikan pertumbuhan pucuk setiap hari. 4. Rekodkan pemerhatian dalam jadual. (Lembaran 1) Kaedah batang bawah tanah 1. Potong ubi kepada dua bahagian. 2. Letakkan potongan ubi ke dalam cawan plastik berisi tanah. 3. Siran dan perhatikan pertumbuhan pucuk setiap hari. 4. Rekodkan pemerhatian dalam jadual. (Lembaran 1)
68 Lembaran 1: Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Tandakan (√) mengikut pertumbuhan pucuk selepas seminggu penyiasatan dijalankan. Tumbuhan Kaedah pembiakan Pertumbuhan pucuk Ada Tiada
69 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Pembiakan Tumbuhan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 5.1 Pembiakan Tumbuhan Standard Pembelajaran : 1.1.6 Berkomunikasi 5.1.2 Menaakul kepentingan pembiakan tumbuhan kepada hidupan. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang kepentingan pembiakan tumbuhan. Kemahiran berkomunikasi diintegrasikan dengan PdP. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid ditunjukkan sebungkus beras dan bersoal jawab. 2. Murid membincangkan kepentingan pembiakan tumbuhan kepada hidupan berdasarkan gambar yang diberi dan membentangkannya. (Lampiran 1-2) 3. Murid memadankan kepentingan tumbuhan dengan gambar yang bersesuaian melalui aktiviti Mix and Match. (Lampiran 3-4) 4. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Soal jawab berfokus kepada kepentingan tumbuhan. Contoh soalan: i) Apakah kepentingan beras kepada manusia? ii) Tumbuhan apakah yang menghasilkan beras? iii) Apakah yang akan berlaku sekiranya pokok padi tidak membiak? iv) Apakah kepentingan pembiakan tumbuhan kepada manusia dan haiwan? Guru menggunakan ayat yang mudah untuk membimbing murid menaakul kepentingan pembiakan tumbuhan kepada hidupan. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 74-75 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 47-48
70 Lampiran 1
71 Lampiran 2
72 Lampiran 3 Gambar bagi aktiviti Mix and Match
73 Lampiran 4 Penyataan bagi aktiviti Mix and Match Sentiasa ada bekalan oksigen untuk hidupan lain bernafas Sentiasa ada tumbuhan yang dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh Sentiasa ada sumber bekalan makanan kepada haiwan lain Sentiasa ada sumber kayu untuk dijadikan perabot Sentiasa ada habitat untuk haiwan lain
74 TEMA: SAINS FIZIKAL Tajuk : Pengukuran Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 6.1 Pengukuran luas dan isi padu Standard Pembelajaran : 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor 6.1.1 Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur luas dan isipadu 6.1.2 Mengukur luas permukaan sekata menggunakan petak yang berukuran 1 cm x 1 cm Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang unit yang digunakan untuk mengukur luas sahaja dan mengukur luas permukaan sekata dengan menggunakan petak yang berukuran 1 cm x 1 cm. Kemahiran mengukur danmenggunakan nombor diintegrasikan dalam PdP. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menjalankan aktiviti mengukur permukaan beberapa objek menggunakan petak yang berukuran 1 cm x 1 cm dan bersoal jawab. (Lampiran 1) 2. Murid menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur luas. (Lembaran 1) 3. Murid mewarna dan mengukur luas permukaan sekata. (Lembaran 2) 4. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru boleh menggunakan kertas petak 1 cm x 1 cm untuk aktiviti mengukur dua objek yang berbeza saiz permukaan seperti kotak pensel warna, buku nota kecil dan lain-lain. Soal jawab berfokus kepada: i) Objek manakah yang mempunyai saiz permukaan yang lebih besar? ii) Berapakah bilangan petak 1 cm x 1 cm bagi objek tersebut? Guru boleh menggunakan dua objek yang berbeza saiz permukaan seperti: i) meja guru dan meja murid. ii) buku nota dan buku teks. Guru bersoal jawab tentang unit-unit yang digunakan untuk mengukur luas iaitu: i) sentimeter persegi (cm2 ) ii) meter persegi (m2 ) iii) kilometer persegi (km2 ) Guru menerapkan kemahiran mengukur dan menggunakan nombor semasa PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 79-82 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 53-55
75 Lampiran 1
76 Lembaran 1: Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Padankan unit-unit yang sesuai untuk mengukur luas objek di bawah. cm2 m2 km2
77 Lembaran 2: Nama: _______________________ Kelas: ___________________ 1. Warnakan pada petak yang bernombor 1 hingga 5 mengikut warna pilihan. 2. Apakan bentuk yang terhasil? __________ 3. Kirakan bilangan petak bagi bentuk ini. __________ 4. Tuliskan luas bentuk ini. __________ 7 9 8 0 9 8 7 0 9 8 7 8 8 1 1 3 1 1 5 1 0 7 9 9 1 1 1 5 1 1 1 8 8 0 7 3 3 1 5 1 3 3 8 0 9 7 4 4 1 1 1 4 4 9 7 8 0 9 8 9 9 8 8 7 8 0 0 9 8 7 9 9 9 9 8 7 9 7 8 9 0 9 0 8 7 8 9 0 1 cm 1 cm
78 TEMA: SAINS FIZIKAL Tajuk : Pengukuran Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 6.1 Pengukuran luas dan isi padu Standard Pembelajaran : 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor 6.1.3 Menyelesaikan masalah untuk menganggar luas permukaan yang tidak sekata. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid menyelesaikan masalah untuk menganggar luas permukaan yang tidak sekata. Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor diintegrasikan dalam PdP. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid mengenal pasti permukaan sekata dan permukaan tidak sekata berdasarkan gambar. (Lembaran 1) 2. Murid mencari objek permukaan tidak sekata di sekitar kawasan sekolah dan menekap objek tersebut pada kertas graf atau kertas petak berukuran 1 cm x 1 cm. (Lembaran 2) 3. Murid menganggar luas permukaan tidak sekata dan membentangkannya. 4. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru menyediakan kertas graf atau kertas petak 1cm x 1cm. Guru membimbing murid untuk mengira luas permukaan tidak sekata. Guru menerapkan kemahiran mengukur dan menggunakan nombor dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 83-84 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 56
79 Lembaran 1 Nama: Kelas: Tuliskan sekata atau tidak sekata pada ruangan jawapan yang disediakan. Permukaan . Permukaan . Permukaan . Permukaan . Permukaan .
80 Lembaran 2 Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Tekapkan objek yang mempunyai luas permukaan tidak sekata dan kira luas permukaannya. Anggaran luas permukaan objek: ____________________. 1 cm 1 cm
81 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk Pengukuran Masa : 90 minit Standard Kandungan 1.1 Kemahiran Proses Sains 6.1 Pengukuran luas dan isi padu. Standard Pembelajaran 1.1.1 Memerhati 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor 1.1.5 Meramal 1.1.6 Berkomunikasi 6.1.1 Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur luas dan isipadu. 6.1.4 Mengukur isipadu kotak lohong dengan menggunakan kubus yang berukuran 1 cm x 1 cm x 1 cm. 6.1.7 Menjelaskan pemerhatian tentang pengukuran luas dan isipadu melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan kemahiran mengukur isi padu kotak lohong dengan menggunakan kubus berukuran 1 cm x 1 cm x 1 cm. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, meramal serta berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid dalam kumpulan dibekalkan dengan dua bekas yang berlainan saiz. 2. Murid mengisi gula-gula ke dalam dua bekas yang disediakan dan bersoal jawab. 3. Murid mengukur isipadu kotak lohong dengan mengisi kubus 1 cm x 1 cm x 1 cm ke dalam kotak lohong sehingga penuh secara berkumpulan dan membentangkannya. 4. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru menyediakan gula-gula dan dua bekas yang berbeza saiz untuk setiap kumpulan. Soal jawab berfokus kepada jumlah gula-gula yang boleh dimasukkan sehingga penuh ke dalam bekas. Contoh soalan: i) Bekas manakah yang mengandungi lebih banyak gula-gula? ii) Mengapakah bekas ini boleh diisi dengan lebih banyak gula-gula? Guru membimbing murid menyatakan bekas yang lebih besar mempunyai isipadu yang lebih besar. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu kotak lohong yang berbeza saiz seperti kotak mancis, kotak klip kertas dan lain-lain. Guru boleh menggunakan dadu, kiub gula sebagai kubus 1 cm x 1 cm x 1 cm. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 85-87 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 57-58
82 TEMA: SAINS FIZIKAL Tajuk Pengukuran Masa : 90 minit Standard Kandungan 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.2 Kemahiran Manipulatif 6.1 Pengukuran luas dan isi padu. Standard Pembelajaran 1.1.1 Memerhati 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor 1.1.6 Berkomunikasi 1.2.1 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. 1.2.4 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 1.2.5 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 6.1.5 Mengukur isipadu cecair menggunakan alat dan teknik yang betul. 6.1.6 Menyelesaikan masalah untuk menentukan isi padu pepejal tidak sekata melalui kaedah sesaran air. 6.1.7 Menjelaskan pemerhatian tentang pengukuran luas dan isi padu melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan kemahiran mengukur isi padu cecair menggunakan alat dan teknik yang betul dan menyelesaikan masalah untuk menentukan isi padu pepejal tidak sekata melalui kaedah sesaran air. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi serta kemahiran manipulatif. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid mengukur isipadu cecair berwarna menggunakan peralatan yang disediakan dan bersoal jawab. 2. Murid menjalankan aktiviti mengukur isipadu pepejal tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air secara berkumpulan. (Lembaran 1) 3. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru menyediakan alat bersenggat untuk mengukur isipadu air seperti bikar, silinder penyukat dan lain-lain. Guru boleh menyediakan cecair berwarna untuk aktiviti mengukur isipadu cecair. Soal jawab berfokus kepada cara mengambil bacaan isipadu cecair. Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan alat pengukuran dan teknik mengambil bacaan isi padu yang betul. Guru menerapkan kemahiran memerhati mengukur dan menggunakan nombor. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 88-92 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 59-62
83 Lembaran 1 Nama: _______________________ Kelas: ___________________ Tujuan Menentukan isi padu pepejal tidak sekata Alat dan bahan Silinder penyukat, benang, air, kunci, skru dan batu kecil. Langkahlangkah 1. Isikan 30 ml air ke dalam silinder penyukat. Rekodkan bacaan isi padu awal air dalam Jadual A. 2. Ikatkan kunci dengan benang, kemudian masukkan ke dalam silinder penyukat tadi. 3. Perhatikan perubahan aras air dalam silinder penyukat. Rekodkan bacaan isi padu akhir air dalam Jadual A. 4. Ulangi langkah 1 hingga 3 menggunakan skru dan batu kecil. Pemerhatian Objek Isi padu awal (ml) Isi padu akhir (ml) Isi padu objek (cm3 ) Kunci Skru Batu kecil Jadual A Soalan Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan isi padu pepejal tidak sekata? _________________________________________________
84 TEMA: SAINS FIZIKAL Tajuk 7.0 Ketumpatan Masa : 90 minit Standard Kandungan 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.2 Kemahiran Manipulatif 7.1 Objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air. Standard Pembelajaran 1.1.1 Memerhati 1.1.2 Mengelas 1.1.4 Membuat inferens 1.1.6 Berkomunikasi 1.2.1 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. 1.2.4 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 1.2.5 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 7.1.1 Membuat inferens tentang objek atau bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan menjalankan aktiviti. Penerangan PdP PdP ini memfokuskan kepada murid untuk membuat inferens tentang objek atau bahan yang timbul dan tenggelam dengan menjalankan aktiviti. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati, mengelas, membuat inferens dan kemahiran manipulatif. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menjalankan aktiviti dengan memasukkan beberapa objek ke dalam air dan bersoal jawab. 2. Murid merekod pemerhatian dalam jadual yang disediakan. Murid dalam kumpulan memberi sebab objek timbul atau tenggelam berdasarkan hasil pemerhatian. (Lembaran 1) 3. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Soal jawab berfokus kepada mengenal pasti objek timbul atau tenggelam. i) Objek mana yang timbul? ii) Objek mana yang tenggelam? iii) Mengapakah objek tersebut timbul atau tenggelam? Guru memperkenalkan istilah lebih tumpat dan kurang tumpat semasa murid membuat pemerhatian pada objek. Guru menerapkan kemahiran memerhati, berkomunikasi dan membuat inferens. Guru menerapkan kemahiran manipulatif sepanjang aktiviti dijalankan. Guru menggunakan ayat yang mudah untuk membimbing murid membuat inferens. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 88-92 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 59-62
85 Lembaran 1 Nama: _______________________ Kelas: _______________________ Tujuan Menguji objek timbul dan objek tenggelam Alat dan bahan Pemadam, duit syiling, guli, pembaris plastik, pensel dan gelang getah Langkahlangkah 1. Isikan air, ke dalam akuarium. 2. Masukkan objek yang diuji ke dalam akuarium. 3. Kenal pasti objek timbul atau tenggelam. 4. Rekod pemerhatian dalam jadual. Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian, tandakan (✓) pada ruang yang betul. Objek Timbul Tenggelam 1. 2. 3. 4. 5. 6. Soalan Berdasarkan pemerhatian, gariskan jawapan yang betul. 1. Objek timbul kerana (lebih tumpat / kurang tumpat) daripada air. 2. Objek tenggelam kerana (lebih tumpat / kurang tumpat) daripada air.
86 TEMA: SAINS FIZIKAL Tajuk : Ketumpatan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.2 Kemahiran Manipulatif 7.1 Objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air. Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.4 Membuat inferens 1.1.5 Meramal 1.1.6 Berkomunikasi 1.2.1 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. 1.2.4 Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 1.2.5 Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 7.1.1 Membuat inferens tentang objek atau bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan menjalankan aktiviti. 7.1.2 Menghubung kait objek atau bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan ketumpatan. 7.1.4 Menjelaskan pemerhatian tentang objek atau bahan yang lebih tumpat dan kurang tumpat daripada air melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada murid untuk membuat hubung kait tentang objek atau bahan yang timbul dan tenggelam dengan ketumpatan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati, membuat inferens, meramal dan kemahiran manipulatif. Cadangan Aktiviti Catatan 1 Murid menjalankan aktiviti Liquid Rainbow untuk memerhati perbezaan ketumpatan cecair dan bersoal jawab. (Lampiran 1) 2 Murid menjalankan aktiviti membanding dan membeza ketumpatan beberapa jenis objek dan cecair dan membuat pemerhatian. (Lampiran 2 dan Lembaran 1) 3 Murid membuat hubung kait objek dan bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan ketumpatan. (Lembaran 2) 4 Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Soal jawab berfokus kepada campuran air, susu pekat dan minyak yang dijalankan. i) Berapakah lapisan cecair yang dapat diperhatikan? ii) Cecair manakah yang lebih tumpat? Contoh ayat perkaitan: Minyak timbul kerana kurang tumpat daripada air. Buah anggur tenggelam kerana lebih tumpat daripada air.
87 Guru menerapkan kemahiran memerhati, mengelas dan membuat inferens semasa menjalankan aktiviti. Guru menggunakan ayat yang mudah untuk membimbing murid membuat inferens. Guru menerapkan kemahiran manipulatif semasa menjalankan aktiviti. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 99-101 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 64-66