Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 51 mereka semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Tunjuk ajar dan panduan pendidik juga memainkan peranan penting dalam menentukan keselesaan kanak-kanak. Ruang-ruang yang digunakan oleh kanak-kanak seperti ruang bermain, tidur, makan dan menyalin pakaian hendaklah berada dalam keadaan yang bersih dan selesa digunakan. Ibu bapa juga perlu diberi maklumat berkaitan keadaan anak mereka di TASKA, supaya mereka memahami keadaan diri anak mereka. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang masih tidak dapat menyesuaikan diri di TASKA, pendidik hendaklah mengambil tindakan dengan menghubungi ibu bapa, supaya kanak-kanak tidak merasakan diri mereka diabai atau ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. (b) Penjagaan Kebersihan Di TASKA Setiap TASKA mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Dua proses penjagaan yang perlu dilakukan di TASKA, iaitu Pembersihan dan Pembasmian. Pembersihan ialah menghapuskan kotoran yang boleh dilihat. Pembersihan rutin menggunakan sabun dan air untuk menghapuskan kuman daripada permukaan di TASKA. Pembasmian atau sanitasi ialah penyingkiran kuman. Proses ini boleh dilakukan menggunakan bahan penyahkuman yang diluluskan untuk membunuh dan menyingkirkan kebanyakan kuman yang tidak boleh dilihat tetapi kekal pada permukaan dan alatan permainan kanak-kanak. Biasanya barang mainan kanak-kanak perlu direndam atau dibasahkan beberapa minit untuk memberi masa kepada bahan cucian membunuh kuman yang tinggal. Jadual menjalankan pembersihan dan pembasmian di TASKA Ruang Bersih Basmi Kekerapan Meja/counter ξ ξ Setiap hari dan bila kotor Ruang penyedian makanan ξ ξ Sebelum dan selepas penyedian makanan Lantai ξ ξ Harian dan bila kotor Pintu dan kabinet ξ ξ Harian dan bila kotor Hamparan dan tikar ξ x Vakum setiap hari menggunakan pembersih hampa gas Floor mat ξ x Vakum setiap hari dan buang semua habuk Peralatan dan barang permainan lembut kanakkanak (soft toys) ξ ξ Setiap hari selepas kanak-kanak bermain Barang permainan keras ξ x Mingguan Cadar, sarung bantal, tuala, ξ x Mingguan dan bila kotor Selimut ξ x Mingguan Tempat menyimpan beg kanak-kanak ξ ξ Mingguan
Kurikulum PERMATA Negara 52 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Ruang Bersih Basmi Kekerapan Katil bayi/stacable cot ξ x Mingguan Tandas dan sinki ξ ξ Harian dan bila kotor Pemegang tandas, potty, tombol pintu ξ ξ Setiap hari dan selepas kanak-kanak menggunakannya Tempat menyalin lampin ξ ξ Harian dan bila kotor Bekas barang permainan ξ ξ Mingguan Tingkap/cermin ξ ξ Mingguan Panduan tambahan: x Bahan yang digunakan secara harian hendaklah dibasuh x Kawasan yang mudah kotor hendaklah dibasuh menggunakan bahan pencuci kuman yang kuat x Selepas pembersihan dan pembasmian, keringkan semua peralatan. Bahan pencuci hendaklah disimpan di tempat selamat dan jauh daripada kanak-kanak x Penggunaan kertas tisu mengurangkan risiko jangkitan merebak, tetapi hanya boleh digunakan sekali sahaja x Penggunaan tuala dan span boleh menyebabkan kekotoran bertambah; alat-alat ini perlu dicuci dengan bersih menggunakan bahan pencuci x Buangkan semua air pembersihan ke tempat pembuangan tertutup x Basuh dan menyahkuman semua peralatan pembersihan seperti mop dan timba x Semua permukaan, peralatan, perabot yang sudah rosak atau dalam keadaan tidak selamat hendaklah dibaiki atau digantikan dengan baru. Peralatan ini bukan sahaja bahaya digunakan oleh kanak-kanak tetapi juga sukar untuk dibersihkan PERHATIAN: Pendidik, Pembantu Pendidik dan tukang masak di TASKA dikehendaki mendapatkan suntikan “typhim 6" dan membuat pemeriksaan kesihatan diri secara berkala. Setiap TASKA perlu dilengkapkan dengan kotak pertolongan cemas.
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 53 c) Pembuangan Sampah Pembuangan dan pelupusan sampah setiap hari akan menghalang penyebaran penyakit, dan mencegah bau yang tidak menyenangkan serta masalah lain seperti kehadiran lalat, semut, lipas dan tikus. Item kotor, contohnya, lampin pakai buang, sarung tangan, kertas tisu harus dibuang serta-merta ke dalam bekas sampah yang bertutup. Setiap bekas sampah hendaklah: x kalis tikus dengan penutup yang ketat. x menggunakan bekas yang dikendalikan oleh pedal kaki x menggunakan beg plastik x meletakkan bekas atau tong sampah dekat dengan kawasan menyalin lampin, sink membasuh tangan, dan ruang penyediaan makanan x Pastikan bayi dan kanak-kanak tidak boleh mencapai bekas yang mengandungi sampah. (d) Kebersihan Tempat Menukar Lampin Dan Tandas Setiap TASKA perlu memastikan ruang untuk menukar lampin bayi dan kanak-kanak berada pada tahap kebersihan yang baik. Beri perhatian kepada perkara berikut: x Ruang tersebut hanya untuk memakai atau menukar lampin, jauh dari kawasan pengendalian makanan x Terdapat sinki untuk membasuh tangan serta-merta selepas menukar lampin x Permukaan menukar lampin hendaklah rata, selamat dan cukup tinggi supaya pendidik tidak perlu membongkok atau menjengketkan badannya x Pastikan permukaannya bersih, kalis air dan bebas retak atau rekahan. Jika tidak, guna pengalas yang baik dan kalis air untuk keselesaan kanak-kanak x Jauhkan semua krim, losyen dan bahan pencuci daripada dicapai bayi atau kanak-kanak, tetapi mudah dicapai oleh pendidik. Jangan sekali-kali memberi bayi atau kanak-kanak bahan-bahan tersebut untuk bermain x Awasi bayi atau kanak-kanak setiap masa dan pastikan mereka tidak ditinggalkan bersendirian.
Kurikulum PERMATA Negara 54 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 3.5 BIDANG PEMBELAJARAN PERMATA Bidang Pembelajaran PERMATA telah dirancang untuk membantu perkembangan kanakkanak dalam enam aspek, iaitu: 1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian 2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal 3. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik 4. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran 5. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor 6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika Rajah berikut menunjukkan denagn lebih jelas bidang-bidnag perkembangan kanak-kanak yang menjadi fokus utama dalam Kurikulum PERMATA Negara. BIDANG PEMBELAJARAN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL KREATIVITI DAN ESTETIKA FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR ANAK PERMATA NEGARA
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 55 3.5.1 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian Selaras dengan hasrat awal pembangunan Kurikulum PERMATA Negara, penumpuan khusus diberikan kepada membina sahsiah kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi insan yang akan memilih jalan kehidupan yang sihat dan mulia. Penekanan ini bertujuan membina asas ketahanan emosi dan kemantapan kemahiran sosial kanak-kanak agar mereka mampu menghadapi cabaran-cabaran hidup masa hadapan, dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan, bukan sahaja di peringkat lokal tetapi juga global. Kurikulum PERMATA Negara juga menekankan kepada pembinaan aspek kerohanian yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia yang beriman, berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih, jujur dan amanah. Aspek kerohanian amat penting terutama dalam dunia yang penuh cabaran kemerosotan nilai moral dan akhlak yang baik. Dengan penekanan kepada aspek kerohanian, walau untuk agama apa sekalipun, diharap Kurikulum PERMATA Negara dapat melahirkan modal insan yang bermoral tinggi, produktif, dan sayang kepada bangsa dan negara. Dengan sahsiah yang baik, modal insan ini kelak dapat menolak kehidupan yang sia-sia dan menepis pengaruh gejala sosial dan elemen-elemen tidak sihat yang boleh meruntuhkan akhlak manusia. Sahsiah yang baik ini mestilah dibentuk sejak awal usia, iaitu sejak bayi dilahirkan. Maka, Kurikulum PERMATA Negara meletakkan aspek perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian sebagai aspek pembelajaran yang utama dalam pendidikan kanak-kanak di TASKA. Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran sosial, interpersonal, intrapersonal, dan kerohanian kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mesti diberi pengalaman dan sokongan untuk membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain; mempunyai kemahiran sosial yang baik; bermotivasi dan serta kompeten belajar. Objektif pembelajaran bidang Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian bagi kanakkanak 0 hingga 4 tahun ialah untuk membina perasaan tenteram, kebolehan mengawal emosi dan perasaan, membina tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan keyakinan diri yang tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi arahan, menghayati nilainilai murni, mensyukuri kebesaran Tuhan. Pendidik PERMATA mestilah prihatin dalam membina kesejahteraan emosi kanakkanak dan sentiasa membantu mereka membina emosi yang terkawal, tenang dan berdisiplin. Berikut ialah panduan kepada pendidik PERMATA bagaimana membantu kanak-kanak berkembang secara optimum dalam aspek sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian: x Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan lekatan x Hormati idea dan perasaan kanak-kanak x Sentiasa memberi galakan, dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri, harga diri, rasa selamat, rasa diterima dan dipunyai
Kurikulum PERMATA Negara 56 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa, ceria, menyeronokkan dan mengupayakan kebolehan kanak-kanak x Galakkan kanak-kanak meneroka persekitaran untuk memahami komuniti dan peranannya sebagai anggota komuniti x Tunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain untuk membina persepsi positif terhadap dirinya dan orang lain x Beri peluang kanak-kanak meluahkan perasaan, mencadangkan idea, membuat pilihan dan keputusan sendiri dalam pelbagai aktiviti atau program yang dijalankan di TASKA supaya mereka berasa dihargai dan ada harga diri x Bina hubungan baik dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti x Hormati budaya dan agama kanak-kanak. Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan: x Bertindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut dan mesra x Sentiasa gembira dan suka ketawa x Takut kepada orang yang tidak dikenali x Memahami pelakuan orang lain terutama orang yang rapat dengannya x Faham arahan ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’ x Menunjukkan kemesraan apabila berada bersama orang yang rapat/dikenali x Boleh meluahkan/menyatakan emosi melalui memek muka atau gerak anggota x Suka mengulangi pelakuan yang menggembirakan. Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 2 tahun: x Masih kurang mesra dengan orang yang tidak dikenali x Mula mengenali diri x Menunjukkan keyakinan diri x Boleh mengawal emosi x Memahami reaksi orang lain x Mula mencuba melakukan banyak perkara untuk diri sendiri dan ingin berdikari Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 2 hingga 3 tahun: x Menunjukkan emosi yang terkawal, tenang dan sabar x Berani mencuba, menawarkan diri, yakin diri, dan berdikari x Tidak takut menghadapi situasi baru x Boleh buat rutin harian tanpa perlu diarah x Bercakan dengan lemah lembut, mengucap terima kasih x Membaca doa mudah seperti ‘doa makan’ dan ‘doa tidur’ x Boleh sabar menunggu giliran semasa bermain, makan atau ke tandas
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 57 x Suka dan gembira apabila diberi pujian x Boleh bekerjasama semasa bermain dan suka membantu x Gembira apabila berkongsi barang mainan dengan kanak-kanak lain x Menzahirkan mood melalui ekspresi wajah Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun: x Menunjukkan rasa simpati dan rasa belas kasihan x Minta maaf jika telah buat kesalahan x Perasaan yakin diri semakin meningkat, dan tidak takut menghadapi situasi baru x Suka dan gembira apabila diberi pujian x Tunjuk sikap bertanggungjawab x Berminat untuk menjalinkan persahabatan x Boleh bekerjasama dalam permainan dan gembira apabila berkongsi barang mainan dan bersedia menawarkan pertolongan x Menjaga dan menyimpan barang selepas bermain (berdisiplin) x Bertimbang rasa, tidak membolot sendiri, tidak menguasai rakan-rakan x Mengucap Bismilllah, Alhamdulillah dengan lancar (bagi kanak-kanak Islam) x Membaca doa mudah contohnya doa makan dan tidur x Sabar menunggu orang lain untuk makan bersama-sama Boleh menunggu giliran semasa bermain, ke tandas dan lain-lain aktiviti yang memerlukan giliran x Ambil berat tentang orang lain (berempati).
58 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN 3-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun x Boleh mengamati wajah dalam jarak dekat & membuat eye contact. x Berhenti menangis bila melihat atau mendengar suara/ merasa kehadiran orang yang dikenali. x Mencari arah bunyi, orang yang rapat. x Ketawa bila gembira atau diagah. x Membina persepsi mengenai anggota badan sendiri seperti x Boleh memberi tindakbalas positif terhadap kata-kata yang lembut. x Pandang kepada orang yang bercakap dengannya. x Boleh bezakan ibu dengan orang lain. x Takut bila berhadapan orang yang tidak dikenali. x Suka aktiviti bermain ba-ba-cak x Suka bila mendapat perhatian. x Lebih berani berhadapan orang yang baru dikenali. x Suka bila diberi perhatian. x Suka dipeluk dan dibacakan buku. x Pandai memeluk dan membalas ciuman. x Menunjukkan tantrum bila kemahuannya diabaikan. x Mengenali diri dalam cermin. x Gembira melakukan aktivitiuntukdiri x Menyedari ketakutan atau kebimbangan orang terhadap diri mereka. x Suka dipuji atas usaha mereka. x Menunjukkan kelangsangan fizikal terutama apabila kecewa atau marah. x Menunjukkan tantrum yang agak ketara. x Tidak sabar atau cepat marah (akan berkurangan apabila semakin besar) x Boleh meluahkan perasaan kasih sayang dengan perkataan x Mula menunjukkan perasaan malu dan kesedaran jantina. x Mula mempelajari cara mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa. x Mula memahami adanya kuasa Yang Maha Esa (Tuhan). x Mempercayai orang x Boleh berdikari. x Boleh memberi tumpuan yang agak lama. x Suka dan menyayangi haiwan peliharaan. x Bercakap benar, amanah dan ikhlas. x Boleh memahami peraturan sosial mengikut budaya setempat. x Bijak menggunakan bahan/alatan dengan tujuan tertentu dan cara yang selamat. x Sentiasa tekun dan rajin. x Bersikapadil.
Kurikulum PERMATA Negara p jari, tangan dan kaki. p x Boleh lakukan aksi bila disuruh, seperti melambai tangan atau bersalam. x Memahami maksud "jangan". x Faham dan boleh ikut arahan mudah. aktiviti untuk diri sendiri dan bermain bersendirian. x Lebih berani berhadapan orang yang baru dikenali. x Suka bila diberi perhatian. x Suka dipeluk dan dibacakan buku. x Pandai memeluk dan membalas ciuman. x Menunjukkan tantrum bila kemahuan di abaikan. x Mengenali diri dalam cermin. ) x Tidak sabar menunggu giliran untuk bermain. x Menyayangi barang kepunyaan sendiri dan belum bersedia berkongsi. x Memerhati dan meniru cara kanak-kanak lain bermain, sesekali turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian. x membantu melakukan kerja-kerja rumah, contoh beri makan kucing atau angkat pinggan ke dapur. pyg dewasa. x Mempunyai sifat berani dan yakin diri. x tanduk-nya boleh memberi kesan terhadap perasaan orang lain. x Mula menyedari diri sebagai seorang individu dan sebahagian daripada masyarakat. x Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan. x Sedar akibat tindakan Bersikap adil. x Dapat menyatakan perasaan sedih, gembira, takut, atau marah kepada orang dewasa. x Menyedari keistimewaan, kebolehan, kecenderungan dan hak diri sendiri. x Boleh memahami kesan akibat dari tindakannya terhadap orang lain. x Merasa bangga bila berjaya melakukan sesuatu aktiviti. x Boleh memanggil orang lain dengan gelaran yang sesuai.
59 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN (sambungan) 3-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun x x Gembira melakukan aktiviti untuk diri sendiri dan bermain. x Menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian diberikan kepada orang lain x Mempertahankan kehendak seperti tidak mahu pakai baju x Menunjukkan sikap ingin berdikari, contohnya ingin menyuapmakanan x Mula membina persahabatan dengan rakan sebaya. xSuka membantu mengutip/menyimpan permainan. xBoleh membeza keadaan yang bahaya. x Suka menerokai objek untuk mempelajari sesuatu daripadanya. x Mempunyai kawan istimewa rapat. x Mulamengikutkata x Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. x Boleh mengikut peraturan. x Boleh bekerjasama semasa bermain. x Boleh menunggu giliran dan berkongsi mainan. x Mula mempengaruhi rakansebayadari x Boleh mengambil peranan sebagai ahli kumpulan. x Memberi idea dalam melaksanakan aktiviti. x Mendengar dengan penuh minat. x Memahami arahan semasa perbualan. x Peka terhadap keperluan orang lain. x Mula memahami peranan jantina. x Kemahiranuntukikut
Kurikulum PERMATA Negara menyuap makanan sendiri walaupun masih belum mampu x Mula belajar bersosial dan faham bahawa komunikasi ialah cara hubungan sosial dijalinkan xSelalu meniru tingkah laku orang dewasa x Mula menyedari perasaan orang di sekelilingnya xSuka ditemani kanakkanak lain semasa bermain tetapi tidak suka bermain bersama. x Mula mengikut kata, mendengar atau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh orang dewasa. x Mempunyai minat yang mendalam untuk mendapat pengalaman baru di luar rumah atau tempat baru, contoh melawat zoo. x Boleh menjangka kesan daripada perbuatan sendiri. x Mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam. rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri. x Boleh memahami terdapat pelbagai budaya, perayaan dan agama yang penting dalam masyarakat. x Berupaya membina sikap positif terhadap orang lain yang berlain jantina, bahasa, agama dan budaya. x Memahami adat dan tradisi sendiri, seperti adat perkahwinan dan acara-acara keagamaan. x Kemahiran untuk ikut serta dalam sesuatu permainan (play entry) x Boleh bermain permainan yang ada peraturan mudah. x Boleh menyelesaikan masalah sekiranya ada konflik semasa bermain. x Boleh bermain dalam bentuk pertandingan x Mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang membahayakan diri. x Melahirkan emosi dengan bebas dan terbuka. x Mematuhi etika sosial dalam perhubungan.
60 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN (sambungan) 3-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun xBerminat menerokai apa saja tanpa menghiraukan keselamatan diri. Boleh meneruskan semula aktiviti yang ditinggal sementara. x Menunjukkan hormat dan kasih sayang kepada orang dan harta benda x Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon yang betul. x Berkongsi dan hormat hak orang lain. x Mempelajari sesuatu kemahiran dengan meniru orang lain. x Mempunyai daya x Memahami adanya kuasa Tuhan (Yang Maha Esa). Bagi kanak-kanak Islam: x Mengetahui Rukun Iman dan Rukun Islam. x Boleh mengambil wuduk dengan betul, mendirikan solat. x Mengetahui sirah Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda. x Mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.
Kurikulum PERMATA Negara tumpuan yang lebih lama dalam membuat aktiviti yang disukai. Bagi kanak-kanak Islam: x Boleh membaca doa. x Boleh mengikut rakan berzikir x Masih belum jelas adanya Tuhan, tetapi boleh menyebut Allah. x Melakukan amalan seharian mengikut adab dalam Islam. x Mengetahui bahasa Al – Quran ialah bahasa Arab. x Mengetahui huruf jawi. x Menghafaz beberapa doa dan surah lazim. (Bagi kanak-kanak bukan Islam, mereka dipastikan memahami nilai moral dan kepentingan agama nya sendiri)
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 61 3.5.2 PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL Bidang pembelajaran ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas penting dalam membina kemahiran sosial dan intelek kanak-kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, maka kanak-kanak perlu menguasai kosa kata dan bahasa seperti disarankan oleh Chomsky dan Vygotsky. Manakala, kedua-dua kemahiran ini perlu dibina berasaskan pembelajaran literasi awal. Kurikulum PERMATA Negara menekankan penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktivitinya setiap hari. Selain itu, penguasaan bahasa ibunda juga digalakkan sekiranya terdapat peluang untuk membina kemahiran dalam bahasabahasa tersebut di TASKA. Kanak-kanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil tanpa menjadi keliru. Kanak-kanak lebih cepat boleh menguasai bahasa-bahasa yang selalu digunakan dalam berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat dari persekitarannya. Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan. Bahasa, menurut Vygotsky lagi, adalah alat untuk berfikir. Penguasaan bahasa akan membolehkan kanak-kanak Malaysia berfikir lebih cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka. Bidang pembelajaran ini adalah bidang kedua yang sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Bidang ini bertujuan memastikan kanakkanak boleh menguasai bahasa, khususnya bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, serta bahasa Inggeris lebih awal. Secara khususnya, objektif pembelajaran bagi bidang ini ialah: untuk membina kebolehan bertutur, bersoal jawab, awal baca, awal tulis, dan menanam minat suka membaca sebagai langkah awal ke arah pembudayaan ilmu dalam diri kanak-kanak. Sejak dilahirkan otak bayi telah boleh ‘menyerap dan menyimpan’ perkataan dan bahasa yang dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh bercakap, bayi dan kanak-kanak boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa badan. Sekiranya didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas untuk mereka. Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan pendidik sentiasa berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dalam bahasa yang betul dan lengkap iaitu bahasa ‘surat’. Aktivitiaktiviti bagi membina kemahiran berkomunikasi, berbahasa dan awal literasi telah dirancang dengan begitu rapi supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi (mengikut tahap masing-masing) semasa berada di TASKA. Di antara aktiviti yang membantu perkembangan ini ialah:
Kurikulum PERMATA Negara 62 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Membaca: x Aktiviti awal baca - pendidik menunjuk gambar dan membacakan buku besar kepada bayi dan kanak-kanak kecil x Aktiviti awal tulis – pendidik memberi buku/kertas kepada kanak-kanak untuk menconteng x Bercerita: x kanak-kanak dibacakan cerita atau membaca sendiri x Menceritakan semula cerita yang dibaca atau diceritakan x Bercerita dan berlakon, berdrama dan melakon peranan x Menyanyi: Kanak-kanak diajar menyanyi lagu kanak-kanak, ‘nursery rhymes’, lagu PERMATA, lagu Negaraku, lagu negeri, lagu-lagu patriotik, lagu-lagu sambutan hari-hari perayaan, lagu dari pelbagai budaya, dan lagu-lagu popular semasa. x Berzikir dan berdoa: Kanak-kanak Islam sentiasa diajar berzikir, bertasbih dan tahmid, selain membaca doa sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. x Aktiviti Sudut Bacaan: o Kanak-kanak berpeluang meneroka bahan bercetak, perkataan, nyanyian, bahasa berirama o Membantu kanak-kanak menggunakan bahasa ekspresi dan reseptif dalam berkomunikasi x Aktiviti tulisan Kanak-kanak PERMATA digalakkan melakar, menconteng, melukis dan menulis untuk memastikan mereka menguasai awal literasi. Hasil Pembelajaran untuk Bidang Kemahiran Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Mengeluarkan pelbagai bunyi (babbling, cooing), dan menyebut perkataan mudah seperti “cucu” (susu), “bu” (ibu), “ma” (mama), “pah” (papa/opah) dan lain-lain x Menggabungkan suku kata “da” menjadi “dada” x Mengangguk dan menggeleng untuk menyatakan “ya” atau “tidak” x Suka meniru bunyi-bunyi yang didengar
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 63 Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x Berkomunikasi dengan bilangan perkataan yang lebih banyak (50-100 perkataan) x Menggunakan intonasi berlainan untuk sesuatu perkataan/keadaan x Menggunakan bahasa ekspresif dan reseptif? x Mengenali gambar dalam buku cerita dan suka menconteng Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x Berkomunikasi menggunakan ayat-ayat yang pendek dan telah mempunyai 200- 300 perbendaharaan kata x Menggunakan perkataan ”tak” (tidak), kata kerja dan kata nama x Memahami arahan dan peraturan mudah x Menguasai kemahiran bertanya dan mengingati pesanan/cerita. x Mengenali huruf dan abjad, dan boleh menyebut dengan lancar. x Membaca dan bercerita. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x Membentuk ayat menggunakan 3-4 patah perkataan, dan telah mempunyai 500- 1000 perbendaharaan kata x Bercerita apa yang dilihat, memberi cadangan, dan melahirkan perasaan x Memahami peraturan mudah x Menguasai kemahiran bertanya dan mengingat x Menulis nama sendiri.
64 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL 0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun x Boleh menghasilkan bunyi seperti 'oooh' dan 'aaah' untuk berkomunikasi. x Mengeluarkan bunyi huruf seperti ‘m’, ‘b’. x Menggabung bunyi dan mencantum vowel dan konsonan "ba-ba-ba", "da-da-da". x Mengeluarkan bunyi suku kata bila rasa gembira. x Faham bila dikata "tak boleh”. x Menjerit untuk menarik perhatian. x Menggeleng tanda "tidak", dan mengangguk tanda "ya". x Meniru bunyi yang didengar. x Suka mengulang bunyi yang didengar berkalikali seperti "ma-mamam", "ne-ne-ne-nen”. x Menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas seperti "mama”. x Boleh sebut perkataan yang biasa didengar contoh "meow", "cucu" (susu), "acik" (nasi), "bas", "bye-bye", "cat" (cat), “echer” (teacher). x Kenal orangnya apabila panggilan/nama orang itu disebut. x Meniru bunyi yang dibuat oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya. x Boleh menyebut 5-6 patah perkataan seperti "letak barang mainan tu", "ambil biskut ini”. x Boleh memahami sehingga 50 patah perkataan. x Faham dan mampu mematuhi arahan atau peraturan yang mudah. x Berminat untuk berbual dan tahu mengikuti giliran bercakap dalam perbualan. x Mula meluahkan keinginan dengan menggunakan x Percakapannya lebih jelas. x Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif. x Boleh menjawab soalan mudah. x Suka membelek buku dan membuat cerita tentang gambar dalam buku. x Faham konsep bahan bercetak (sight-word recognition) dan simbol yang selalu dilihat. x Kenal dan tahu beberapa abjad; x Mengendalikan buku dengan berhati-hati. x Tahu buku mempunyai ciri-ciri kulit depan, belakang, tajuk, penulis dan pelukis. x Mengaitkan bentuk huruf dengan objek. x Bilangan perbendaharaan kata semakin banyak. Awal bacaan x Menamakan huruf abjad. x Mengaitkan bunyi abjad. x Membunyikan abjad
Kurikulum PERMATA Negara gg perkataan tertentu bersama gerakan badan. x Bila ditanya, ia boleh menunjuk kepada sesuatu yang ia biasa dengannya. x Menggunakan bahasa isyarat seperti menunjuk dengan jari, atau menarik sesuatu dengan tujuan menarik perhatian. x Mencuba untuk turut serta menyanyi bila mendengar lagu. pj; x Faham cerita dalam buku. x Faham tujuan tulisan. x Boleh meniru/menulis bentuk huruf dan perkataan. x Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan lisan (prinsip abjad). x Faham setiap abjad mempunyai bunyi (nilai fonetik. x Meneroka penggunaan symbol, abjad, huruf dan bunyi. yj dalam huruf-huruf x Suka meneroka perkataan baru. x Mengaitkan bunyi huruf dengan perkataan mudah. x Membaca suku kata, perkataan mudah, frasa, ayat tunggal yang mudah. x Membaca ayat dengan intonasi yang sesuai. x Mula menyedari jalan cerita x Meramal akhir cerita.
65 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Suka mendengar cerita dan membelek buku seolah membaca. x meluahkan emosi. x Boleh mempengaruhi tingkah laku orang x Mencuba untuk menulis atau melukis untuk bercerita atau x dengan kata-katanya. x Boleh membezakan di antara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan. Awal Tulisan x Boleh guna/pegang alat tulis dengan cara betul. x Boleh tulis nama sendiri, nama benda atau label. x Guna kemahiran fonik untuk belajar menulis huruf, suku kata, perkataan. x Guna tanda bacaan dalam tulisan. Kemahiran berfikir x Merekacipta cerita, lagu, irama, muzik dan puisi x Boleh bertanya dan berbincang mengenai cerita yang dibaca x Dapat beza emosi, situasi melalui bahasa verbal dan non-verbal.
Kurikulum PERMATA Negara
Kurikulum PERMATA Negara 66 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 3.5.3 PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK Bidang pembelajaran ini adalah untuk memperkembangkan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Matlamatnya adalah untuk membina konsep asas matematik melalui proses mengenal, membanding, menganggar, menyusun, mengarang dan membeza bentuk (bentuk, saiz, jarak, ukuran, ruang), membilang dan menggunakan nombor serta menyelesaikan masalah. Kemahiran awal matematik merangkumi konsep-konsep asas yang melandasi pengetahuan dan kemahiran matematik, seperti konsep: bentuk (shapes), ruang dan kedudukan (space and position), saiz, susunan, urutan (seriation), one-to-one correspondence, dan ukuran, kuantiti, awal nombor dan operasi nombor, jarak dan masa. Semua kemahiran ini adalah sangat penting kerana ia adalah asas pembinaan pemikiran abstrak dan kecerdasan kuantitatif. Pada masa hadapan, kecerdasan kuantitatif adalah kebolehan yang sangat diperlukan dalam semua jenis pekerjaan dan kehidupan. Pemikiran logik adalah pemikiran yang berasaskan penaakulan (reasoning). Aspek ini kurang ditekankan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanak-kanak. Kemahiran untuk berfikir secara logik, menggunakan maklumat dan memberi sebab dan akibat membolehkan kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan menyelesaikan masalah. Pemikiran logik boleh diajar kepada kanak-kanak melalui peringkat umur mereka, misalnya umur 1-2 tahun - peringkat ‘pra-logik’ (pre-logic), umur 2-3 tahun peringkat ‘awallogik asas’ (basic early logic), dan umur 3-4 tahun pringkat ‘awal-logik’ (early logic). Aktiviti meneka bunyi objek dalam kotak misalnya, adalah contoh aktiviti pra-logik untuk kanakkanak 1-2 atau 3 tahun. Melengkapkan jiksaw puzzles, membuat padanan, menyusun blok mengikut urutan kecil ke besar, atau menyusun warna pudar ke warna lebih gelap adalah contoh-contoh aktiviti untuk membina kemahiran pra-logik kanak-kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak mulai membina struktur penaakulan dalam mindanya. Kemahiran ‘awal-logik asas’ boleh digabungkan dengan kemahiran awal matematik seperti ‘padanan satu-ke-satu’ (one-to-one correspondence), representasi simbolik (symbolic representation) dan sebagainya. Kanak-kanak boleh diajar berfikir secara rasional melalui bercerita atau meneroka, misalnya, ‘semua kereta ada empat roda. Jika satu daripada rodanya hilang, maka dapatkah ia bergerak?’. Bermain ‘video games’ juga dapat mengembangkan pembinaan ‘awal-logik asas’ kanak-kanak, kerana setiap langkah (sebelum menekan butang) memerlukan pemikiran logik dan penaakulan. Bermain ‘Tic-Tac-Toe’ atau menggunakan sesuatu alat permainan juga boleh membina kemahiran ‘awal-logik’ kanakkanak.
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 67 Tic-Tac-Toe Menyusun warna Menambah dan mengira (sequencing/seriation) (symbolic representation) Pendidik hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan setiap aspek kemahiran awal matematik ini mengikut umur dan tahap perkembangan kanak-kanak. Di peringkat ini kanak-kanak sudah bersedia untuk dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran awal matematik yang terdiri daripada konsep-konsep berikut: x kuantiti, anggaran x persamaan, perbezaan, perbandingan, mengelas dan menyusun (sorting) x awal nombor dan perwakilan nombor x padanan satu-ke-satu x urutan (seriasi) x bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan x sukatan, ukuran x nombor, mengira dan operasi nombor Pendidik juga digalakkan merancang aktiviti sendiri menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik mereka. Pembelajaran awal matematik boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti bermain, membaca, menyanyi, melakon peranan, penerokaan, nature walk, bermain pasir dan air, dan sebagainya. Semua aspek dalam persekitaran kanak-kanak ada perkaitannya dengan matematik dan pemikiran logik. Sebagai contoh: bermain dengan bongkah, lego, manik, butang, bola, pasir, air, wang syiling atau paket makanan sekiranya dijalankan dengan baik boleh membantu kanak-kanak memahami tentang bentuk, saiz, ukuran dan sebagainya. Kanakkanak hendaklah sentiasa disoal dengan pelbagai soalan untuk menggalakkan mereka berfikir dan mena’akul. Kanak-kanak akan didedahkan dengan bahasa matematik yang dituturkan kepadanya oleh pendidik. Antara bahasa matematik yang boleh didedahkan kepada kanakkanak pada peringkat ini ialah: lebih-kurang, lebih besar-lebih tinggi-lebih pendek, lebih tinggi-lebih rendah, penuh-kosong, lebih berat, lebih ringan, lebih luas, lebih sempit, lebih
Kurikulum PERMATA Negara 68 SeƟ ap Anak PERMATA Negara laju, lebih perlahan, sebelum-selepas, seimbang, kedua-dua, kesemua, tambah-buang, dalam, luar, atas, bawah, di belakang, di hadapan, bulat, rata, lurus, melengkong, penjuru, garis lurus, muat-tidak muat dan lain-lain yang bersuaian dengan pemahaman mereka. Pendidik digalakkan sentiasa merangsang kanak-kanak untuk menamakan, menggambarkan, menyatakan perbezaan, membincang perhubungan dan membuat ramalan. Fokus kepada konsep-konsep awal matematik: a) Bentuk, saiz, ruang, kedudukan, dan kuantiti b) Ukuran (panjang, pendek, tinggi, rendah) c) Corak, pola, susunan, kumpulan, pengelasan d) Masa - jadual dan rutin, waktu, hari, kalender, konsep awal nombor dan konsep nombor e) Perkiraan mudah Hasil Pembelajaran untuk Bidang Awal Matematik dan Pemikiran Logik Hasil Pembelajaran kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: x Membina kebolehan spatial (posisi objek dalam ruang) bayi, seperti kebolehan mengecam arah bunyi, x Mengembangkan kebolehan mengesan arah bunyi, membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang x Mengembangkan kemahiran mengesan pergerakan. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Meningkatkan kebolehan mengecam wajah dan menanggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang x Meningkatkan kebolehan bayi menghubungkan dirinya dengan orang disekelilingnya dan dirinya dengan objek. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x Meningkatkan kebolehan kanak-kanak menguasai kemahiran awal matematik x Meningkatkan penguasaan kemahiran kuantiti, x Mengembangkan kebolehan kanak-kanak menyebut nombor. x Mendedahkan kepada kanak-kanak konsep pasangan (one to one correspondence) x Membina kesedaran awal matematik dari x persekitaran.
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 69 Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x Mengetahui susunan nombor secara hafalan x Membezakan di antara simbol nombor dari abjad x Mengenal konsep nombor 1 hingga 5 x Memadankan bilangan objek dengan simbol nombor. x Meningkatkan kebolehan kanak-kanak mengira secara menurun seperti dari 5 ke 1 x Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mudah. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x Mengetahui susunan nombor secara hafalan x Memahami konsep nombor 1 hingga 10 x Membanding dan membezakan dari segi ketinggian, saiz dan kuantiti x memadankan bilangan objek dengan simbol nombor. x Perkiraan mudah x Mengetahuan kepelbagaian bentuk objek x Mengenali corak-corak mudah. x Meningkatkan kebolehan berfikir dan memberi alasan yang berasaskan logik x Meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah
70 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK 0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun x Dapat melihat mengikut arah objek yang bergerak. x Menumpukan perhatian kepada objek pelbagai warna dan cuba encapainya. x Menyukai warnawarna terang dan menumpukan perhatian terhadap objek berwarna. x Memegang dan menggigit objek. x Mula memahami konsep ruang contoh boleh mengambarkan ruang yang besar. x Mengenali saiz, warna dan bentuk sesuatu objek dalam persekitaran, contoh mengenali botol susu atau mainan sendiri. x Membelek objek dan menjatuhkan objek ke lantai berulang kali. x Memahami konsep kedalaman dengan menunjukkanrasa x Boleh memahami rutin harian x Mula memahami hubungan antara dua objek. Contoh: sikat untuk rambut (fungsi), pinggan dan sudu (pasangan) x Boleh mengingat perkara yang telah berlaku seperti pergi pasar raya, naik kereta, kelmarin hujan. x Boleh membezakan kuantiti:banyak x Selalu bertanya, 'apa tu? mengapa?' kerana ingin tahu; x Selalu meminta dicerita perkaraperkara yang dia ingin tahu; x Bertanya berulang kali. x Lebih mahir membuat representasi nombor: misalnya 3 buah epal dipadankan dengan angka 3. x Lebih cepat dapat membuataktiviti x Mula memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik. x Rasa ingin tahu semakin mendalam, diikuti dengan minat untuk mencuba perkara baru. x Boleh mengenali persamaan, perbezaan dan corak. x Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz dan isipadu(contohlebih Pra-nombor x Dapat menggabungkan pelbagai strategi, cara dan teknik untuk menyelesaikan masalah. x Boleh berfikir dan menggambarkan ciriciri persamaan dan perbezaan objek yang berlainan. x Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan, corak dan pola.
Kurikulum PERMATA Negara menunjukkan rasa takut jatuh dari tempat tinggi. x Boleh memahami konsep pengekalan objek (object permanence) dengan mencari-cari objek yang hilang dari pandangan. x Cuba memadan bentuk dengan acuan semasa bermain dengan peg puzzle. kuantiti: banyaksedikit, penuhkosong/separuh, besar-kecil; satu/sedikit- banyak, ada- tiada, ada-habis. x Boleh menyebut konsep seperti besar, kecil, jauh, dekat, tinggi, rendah, dan sebagainya. x Boleh berfikir pada peringkat pra-logik x Boleh menyusun ikut urutan (seriation) x Boleh membuat padanan satu-ke-satu membuat aktiviti padanan satu- kesatu. x Boleh menyebut nombor 1 hingga 5 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. x Boleh faham kuantiti, banyak-sedikit, adatiada, sama banyak, dan sebagainya. x Boleh mengenali bentuk-bentuk lazim: bulat (circle/round), empat segi tepat (square), tiga segi (triangle), empat segi (rectangle). x Baru mula memahami saiz dan perbezaan bentuk. x Boleh memberi sebab-sebab mudah isipadu (contoh lebih besar, lebih banyak). x Boleh buat seriasi (susunan/urutan). x Boleh buat representasi nombor yang lebih besar. x Boleh membilang/ mengira 1 hingga 10 dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. x Boleh mengira jari dan objek, sekurangkurangnya 1 hingga 5 atau 10. x Boleh kenal angka dan menulis angka. x Boleh memahami lebih banyak bentuk dan saiz. x Faham konsep kuantiti – banyak sedikit, p x Boleh memadan dan mengelas objek. x Memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik. x Boleh membuat pilihan dan keputusan. Awal Nombor x Boleh membilang nombor 1 hingga 20. x Boleh membuat rumusan dari pemerhatian. x Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciriciri. x Boleh memahami kuantiti dan membanding
71 SeƟ ap Anak PERMATA Negara kepada sesuatu kejadian atau perkara yang berlaku (sebab yang diberi kadangkadang betul dan kadang-kadang tidak betul). x Mula menunjukkan pemikiran asas ‘awallogik’ x Suka bermain dengan blok dan membina pelbagai bentuk. tinggi-rendah, jauhdekat, lambat-cepat, dan lain-lain. x Boleh berfikir secara logik Misalnya, air jika dituang akan mengalir ke dalam bekas dan memenuhi bekas; pasir basah jika dipadatkan dalam bekas boleh mengambil bentuk bekas tersebut. x Boleh membuat operasi mudah mencampur nombornombor kecil. x Boleh memberi sebab dan akibat, misalnya kuman boleh menyebabkan penyakit; blok polystyrene timbul bilangan, saiz, berat ringan dan isipadu. Membilang x Boleh mengira objek dan faham banyaksedikit x Boleh berfikir secara logik x Boleh faham tambah. Kemahiran Berfikir Logik x Boleh memberi sebab dan akibat yang lebih jelas x Boleh menaakul sesuatu kejadian denagn lebih baik x Telah mencapai peringkat awal-logik yang baik.
Kurikulum PERMATA Negara polystyrene timbul sebab ia ringan, dan lain-lain. x Boleh membuat keputusan yang mudah dengan alasan.
Kurikulum PERMATA Negara 72 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 3.5.4 PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN Untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, pembelajaran menggunakan deria adalah amat penting. Melalui deria kanak-kanak meneroka alam sekelilingnya dengan lebih bermakna. Kurikulum PERMATA menekankan supaya kanak-kanak dari peringkat awal umur lagi didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman menerokai dan mengalami alam sekitarnya. Pendidik hendaklah mengetahui cara merangsang perkembangan ke lima-lima deria kanak-kanak, meningkat daya tumpuan, kemahiran menghubungkait dan kemahiran berfikir, supaya kanak-kanak dapat mengenali dan memahami persekitaran mereka melalui pemerhatian, penerokaan, ramalan dan pemahaman sebab-akibat. Di samping itu, kanakkanak juga perlu didedahkan dengan teknologi mudah yang terdapat di TASKA atau di dalam komuniti untuk membantu kanak-kanak menjadi celik sains dan teknologi. LIMA DERIA DERIA MATA TELINGA MULUT/ LIDAH HIDUNG KULIT MELIHAT MERASA SENTUHAN/ TACTILE MENDENGAR MERASA MEGHIDU Skop bidang pembelajaran ini meliputi penerokaan dalam empat komponen, iaitu: • Alam hidupan – kanak-kanak menerokai tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga, manusia, dinasour (haiwan purba), benda-benda hidup • Alam bahan – kanak-kanak menerokai bahan-bahan yang terdapat di sekeliling mereka seperti batu, kayu, tanah, air, udara, bahan kimia, susu, tepung, gula, garam, sabun, kertas, kain, warna, bahan makanan • Alam fizikal – terdiri daripada kejadian-kejadian alam seperti hujan, panas, sejuk, angin, selain daripada menerokai bentuk, saiz, corak, mesin, mainan, magnet, pergerakan, tekanan, dan teknologi • Alam Semesta – semua benda yang terdapat dalam alam, seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai, tasik, paya, langit, awan, hujan, pelangi, matahari, bulan,
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 73 bintang dan planet. Objektif Pembelajaran Objektif pembelajaran bagi bidang perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran ialah untuk : 1. Membina kemahiran penggunaan deria (penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa) secara menyentuh, yang akan membolehkan kanak-kanak: x Meneliti dan mengamati pelbagai objek dan banda dalam persekitarannya x Mengesan melihat dan mengecam pelbagai warna dan bentuk dalam persekitaran x Melihat dan mendengar pergerakan dari jarak dekat dan jauh x Menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti/fungsi tertentu x Menanam perasaan ingin tahu x Membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan kepekaan deria pendengaran x Membezakan warna dan objek yang berlainan x Membezakan bau yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau x Membezakan tektur permukaan melalui sentuhan x Meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian, pengamatan dan kemahiran berbahasa 2. Mengenali dan memahami alam kehidupan: x Kebolehan menamakan anggota badan, dan fungsi-fungsinnya. x Membezakan objek hidup dan bukan hidup, haiwan dan tumbuhan, tampat tinggal haiwan, haiwan purba dan sebagainya. 3. Membina pemahaman mengenai alam fizikal: x Memahami pelbagai bentuk, saiz, corak, warna dan kejadian-kejadian alam seperti hujan, panas, sejuk, berangin, cuaca, banjir, dan lain-lain x Membina pemahaman menegnai mainan, mesin, magnet, pergerakan, tekanan, dan teknologi 4. Membina pemahaman mengenai alam bahan: x Kemahiran mengenali bahan-bahan pepejal, cecair, dan gas, seperti batu, kayu, tanah, air, udara, bahan kimia, susu, tepung, gula, garam, sabun, kertas, kain, warna, bahan makanan dan lain-lain. 5. Membina kepekaan dan kesedaran tentang kewujudan alam semester - bumi, bulan, matahari, bintang dan planet, dan kewujudan bentuk-bentuk di muka bumi seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai, tasik, paya, awan, langit, hujan, matahari, bulan, 6. Membina kawalan neuorologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata 7. Meningkatkan kemahiran berfikir secara awal saintifik, menaakul, deduktif, kreatif, imaginatif, dan kebolehan membuat analogi (perbandingan)
Kurikulum PERMATA Negara 74 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 8. Menyedari dan mula memahami dan menghayati tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan sehariandan menjadikan individu celik sains-teknologi. Hasil Pembelajaran untuk perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran Hasil Pembelajaran kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: x Memupuk kemahiran mengenali sesuatu objek x Membina kebolehan melihat persekitaran dalam cahaya yang tidak terlalu terang atau gelap x Membina kebolehan melihat objek atau orang yang bergerak x Mendedahkan pengalaman dengan warna (warna primer) x Mendedahkan pengalaman merasa dan sentuhan melalui objek lembut, licin, kenyal. x Meningkatkan deria mendengar Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Meningkatkan kebolehan melihat dan mengecam pelbagai warna x Meningkatkan kepekaan deria pendengaran – mendengar pelbagai bunyi dan dari jarak berbeza x Meningkatkan kepekaan deria menghidu x Meningkatkan kepekaan deria merasa/sentuhan pelbagai tektur objek dan alat mainan x Mengenali anggota badan atau membezakan sesuatu objek Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x Meningkatkan kemahiran melihat dan mengenali pelbagai warna, bentuk, saiz, objek x Meningkatkan kemahiran mendengar – membezakan dan menghasilkan bunyi x Meningkatkan kemahiran merasa/menyentuh dan menerangkan tekstur pasir, batu, kayu, kain, tepung, dan sebagainya x Meningkatkan kemahiran menghidu dan merasa makanan x Mengenali anggota badan dan fungisnya x Mengenali benda-benda hidup dan bukan hidup, kejadian-kejadian alam seperti panas, sejuk, berangin, hujan dan sebagainya. x Memahami konsep asas tentang air, pasir, bahan makanan, dan lain-lain x Menghayati alam sekitar melalui penerokaan dan nature walk.
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 75 Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x Meningkatkan kemahiran meneliti, memerhati, mendengar, menyentuh, merasa, dan menghidu, serta boleh membeza, mengelas, menyusun objek-objek mengikut kumpulan x Mula memahami kejadian-kejadian sehari-hari dalam dunia persekitaran x Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses saintifik x Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian x Meningkatkan daya kreativiti, imaginasi dan pemikiran logik x Mebina sifat ingin tahu dan suka meneroka dan menyelesaikan masalah Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x Meningkatkan kemahiran memerhati, mendengar, merasa, menghidu, sentuhan, dengan lebih teliti dari pengalaman dengan pelbagai objek yang berbeza. x Mempertingkat kemahiran menumpukan perhatian dan pengamatan. x Mempertingkatkan konsep-konsep awal sains: x Pemahaman tentang kejadian alam seperti cahaya dan bayang-bayang, timbul dan tenggelam, menyerap atau tidak menyerap air, dan sebagainya. x Pemahaman tentang keperlbagaian kehidupan – haiwan dan tumbuhan, bentuk dan tempat tinggalnya x pemahaman tentang bahan-bahan yang terdapat dalam persekitaran dan kegunaannya. x Pemahaman tentang alam angkasa seperti langit, bulan, bintang, matahari dan sebagainya x Meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai deria – lihat, hidu/bau dan rasa dalam mengenali makanan. x Meningkatkan penghayatan terhadap alam sekitar dan kebesaran Yang Maha Esa yang menciptanya. Untuk mencapai hasil pembelajaran di atas, pendidik dikehendaki menggunakan kaedah 3E, di mana kanak-kanak digalakkan meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri penomena yang dipelajari. Kanak-kanak mesti juga dibenarkan memjalankan projek atau bermain sambil belajar. Biasakan kanak-kanak dengan aktiviti hands-on, nature walk dan nature study (kaedah projek) supaya pengalaman ini akan membantu mereka membina pemahaman konsep-konsep awal sains dan kemahiran berfikir secara saintifik.
Kurikulum PERMATA Negara 76 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Contoh-contoh kemahiran berfikir dan kemahiran proses saintifik ialah: x Memerhati, meneliti menggunakan semua deria x Membanding, membeza dan mengelas pelbagai objek, jenis barangan, hiudpan, bahan dan sebagainya. x Kebolehan mengumpul maklumat, mengeksperimen, merekod, mengukur dan merekacipta x Kreatif dan mempunyai banyak idea x Boleh meramal dan mengimaginasi x Kemahiranmengeluarkan idea secara sistematik dan logik x Boleh memanipulasi objek. x Suka bertanya pelbagai soalan x Minat meneroka dan sentiasa ingin tahu x Bersedia menyelesaikan masalah x Menghargai keindahan alam dan kebesaran PenciptaNya
77 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN 0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun x Boleh memusing kepala dari arah sumber cahaya (cahaya matahari yang bukan sangat terang) dan memberi reaksi dengan cara memejamkan mata. x Merenung ke arah objek yang terletak lebih kurang 20-25 sm daripadanya. x Boleh fokus pada objek yang dekat. x Mengikuti pergerakan objekyang x Boleh bezakan wajah orang yang dikenali dari yang tidak dikenali. x Boleh mengikut dengan mata, objek yang bergerak secara horizontal dan menegak. x Boleh mengesan objek yang halus dan mengutip objek tersebut. x Boleh bezakan warna asas dan warna terang sepertihitam,putih, x Boleh mengikut dengan mata pergerakan objek dalam bentuk bulatan besar. x Boleh membezakan jarak dekat dan jauh. x Boleh kenali perubahan pada objek, timbultenggelam, basahkering. x Boleh bezakan warna sekunder, seperti coklat, kuning, merah jambu. x Boleh meneliti, meneroka, peka dan membuat pilihan dari persekitaran. x Boleh membezakan jarak dan ruang. x Boleh mengenali perubahan yang berlaku pada satusatu objek. x Boleh bezakan berbagai rasa: masam-manis, tekstur: kasar-lembut, panas-sejuk, bunyi: kuat-perlahan,bau: x Menguasai kemahiran memerhati mengguna semua deria: mata, telinga, hidung, sentuhan dan merasa dengan lidah. x Boleh mengenal dan menggunakan gabungan pelbagai pengalaman dengan warna, bentuk, tekstur dan rasa dalam penyelesaian masalah. x Suka bertanya ‘mengapa’ dan x Boleh guna deria untuk memproses maklumat. x Boleh membuat: o Pemerhatian o Klasifikasi o Penerokaan o Eksperimen o Penaakulan o Ramalan o Anggaran o Perbandingan o Penyelesaian masalah x Boleh meneroka sebab dan akibat
Kurikulum PERMATA Negara objek yang digerakkan. x Merenung gambar pada buku dan cuba menyentuhnya. x Boleh memindahkan pandangan dari satu objek ke objek yang lain. x Tertarik kepada bunyi, terutama suara orang yang dikenali. x Suka mendengar bunyi muzik yang lembut/zikir. x Mencari arah datangnya sesuatu bunyi. x Boleh membeza antara rasa susu ibu sendiri dengan susu formula; seperti hitam, putih, merah, biru, kuning. x Boleh bezakan objek besar-kecil, gelapterang. x Suka meneroka objek di sekitar, contoh menekan butang televisyen, menarik tombol almari. x Suka memasukkan objek ke dalam mulut; x Menunjukkan tindak balas pada bunyi/ muzik/lagu yang didengar. x Boleh membezakan pelbagai bunyi; x Boleh menghubung objek dengan aktiviti, contoh ketuk berbunyi, bola bergolek bila ditolak jambu. x Suka meneliti objek seperti pergerakan roda kereta mainan. x Boleh meneliti meneroka dan peka dengan persekitaran, contohnya: dapat membezakan bunyi binatang, kenderaan, cuaca, dan Iain-Iain. x Boleh membezakan tekstur seperti kasar dan halus x Suka meneroka. pelbagai jenis mainan. x Suka memunggah, menyelongkar dan membongkar, contohnya: menyelongkar almari (meneroka). kuatperlahan, bau: busuk-wangi dan lainlain. x Boleh bertindak balas terhadap rangsangan deria secara lisan. x Boleh mengesan perbezaan di antara bentuk dan menyiapkan jigsaw puzzle yang mudah. x Boleh membina bangunan menggunakan blokblok. x Sangat kuat azam untuk meneroka/ mencuba sehingga boleh mengatasi masalah atau boleh mencapai hasil yang memuaskan hati. x Suka bertanya dan gp ‘bagaimana’. x Boleh guna teknologi/ICT. x Boleh berfikir secara logik dan menaakul sebab-akibat. x Boleh menggambarkan ciriciri persamaan dan perbezaan objek. x Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciriciri. x Mula membuat rumusan dari pemerhatian. x Boleh mengaitkan pengalaman pembelajaran lepas untuk menyelesaikan masalah baru. sesuatu kejadian. x Boleh mengguna alat teknologi mudah. x Boleh jelaskan ramalan dan penyiasatan yang dibuat. x Boleh guna alat dalam membuat pemerhatian dan eksperimen. x Boleh mengaitkan maklumat yang diperolehi untuk membuat rumusan. x Mengumpul dan merekod maklumat menggunakan berbagai cara. x Mengetahui bahawa benda hidup, tinggal dalam persekitaran
78 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Suka memasukkan objek ke dalam mulut. x Boleh merasa perubahan suhu dan menunjuk rasa tidak selesa. x Boleh merasa sakit, contoh bila diberi suntikan. x Boleh membeza rasa manis, pahit dan masin. x Boleh mengesan pelbagai jenis bau seperti bau wangi, bau busuk, bau ibu, dan lain-lain. x Boleh menumpukan perhatian semasa membuat pemerhatian x Boleh memahami benda hidup perlu makan, minum, tidur x Memahami alam semesta yang terdiri daripada bulan, bintang dan matahari x Mula memahami tentang kejadian objek dan pergerakan, membezakan batu, besi, kayu, plastik dan sebaginya. ingin tahu x Boleh membezakan dan mengumpul objek dalam kumpulan x Boleh meramal kejadian sehari-hari seperti hujan, panas, bunyi guruh, dan lainlain x Kemahiran manipulasi semakin meningkat x Dapat menghubungjan kejadian alam denagn kehidupan x Mula membina pemikiran logik x Boleh mengaitkan sesuatu objek dengan situasi x Pemahaman dan kesedaran penjagaan alam sekitar semakin meningkat x Pemahaman tentang angkasa lepas semakin meningkat x Pamahaman tentang sains dan saintis, cara mengeksperimen dan berkomunikasi mengenai pengalaman sains semakin berkembang x Lebih baik dari segi penghayatan alam sekeliling. yang berbeza. x Mengetahui wujudnya bumi, bulan, matahari. x Mengetahui konsep siang dan malam. x Mengetahui keadaan cuaca harian x Menggunakan jam untuk mengetahui masa. x Merasa dan mengecam panas dan sejuk x Mengetahui pelbagai jenis benda-benda yang terdapat di atas mukabumi x Mengetahui benda boleh bergerak apabila ditolak atau ditarik x Mengetahui matahari
Kurikulum PERMATA Negara memberikan cahaya dan panas x Mengetahui bunyi boleh dihasilkan melalui ketukan, tepuk tangan, bunyi telefon, bunyi loceng, getaran, dsb x Memerhati jangka suhu untuk mengetahui suhu x Menghayati dan menyayangi kalam sekitar, kepelbagaiannya dan kebesaran Penciptanya.
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 79 3.5.5 Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor Bidang pembelajaran ini adalah bertujuan mengembangkan kemahiran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 0-4 tahun untuk membolehkan mereka mengawal anggota tuhub badan dengan lebih berkesan. Kemahiran fizikal merangkumi pertumbuhan dan pembesaran tubuh badan kanak-kanak, kekuatan dan kecergasan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran PERMATA. Kemahiran psikomotor melibatkan pengukuhan dan kemahiran menggunakan motor kasar dan motor halus, koordinasi deria penglihatan dan tangan untuk mengawal anggota badan dan mengurus diri. Sebahagian besar daripada aspek perkembangan fizikal yang berkaitan dengan tumbesaran fizikal kanak-kanak telah dicakupi di dalam Bidang Pengasuhan Kanak-Kanak yang menerangkan mengenai permakanan sihat, latihan mengurus diri, senaman dan kecergasan, kesihatan dan kebersihan. Bahagian ini akan menekankan bidang fizikal yang ditumpukan kepada perkembangan psikomotor, iaitu kemahiran motor kasar dan motor halus, dan koordinasi mata, tangan dan kaki. Perkembangan Kemahiran Motor Kasar Perkembangan motor kasar bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan otototot besar pada anggota badannya, misalnya otot pada kaki, untuk berlari, menaiki tangga, menyepak bola dan sebagainya. Contohnya, bayi berusia 6 bulan, biasanya belajar merangkak menggunakan otot-otot besar pada kaki dan tangan - untuk mengangkat badan dari atas lantai dan mengimbangnya dalam pergerakan. Manakala bagi kanak-kanak berumur 2 tahun menggunakan ‘railing’ sebagai sokongan untuk naik tangga dengan satu kaki setiap anak tangga dan sebagainya. Perkembangan Motor Halus Motor halus atau otot-otot halus membolehkan kanak-kanak memanipulasi objek yang kecil, contohnya memegang pensil untuk menulis atau melukis, menggunting, memungut benda kecil dan membutang baju. Kebiasaannya, kebolehan motor halus untuk berfungsi dengan baik bergantung kepada penglihatan kanak-kanak yang tepat. Kebolehan ini dinamakan koordinasi mata dan tangan. Kanak-kanak perlu melihat dengan tepat ke arah objek atau garisan yang hendak digunting dan otot-otot pada jari dan tangan kanak-kanak mengawal guntingan supaya tidak terkeluar daripada garisan yang hendak digunting. Latihan motor kasar, motor halus dan koordinasi mata dan tangan ditekankan dalam semua aktiviti pembelajaran di TASKA.
Kurikulum PERMATA Negara 80 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Latihan motor kasar: x Berlari x Melompat x Memanjat x Menyepak x Melontar x Melambung Apabila kanak-kanak berlari sambil menyepak bola, dia sedang menggunakan koordinasi mata dan kaki bagi membolehkan dia melakukan aktiviti itu. Begitu juga apabila kanak-kanak menjaring bola, bermain badminton dan lain-lain permainan yang memerlukan dia menggunakan mata dan kaki atau tangan. Latihan motor halus: x Melukis dan mewarna: mengunakan berus besar dan berus kecil – untuk membantu perkembangan ‘pincer grip’ untuk kemahiran menulis kelak x Peg puzzle untuk bayi: memberi peluang bayi belajar menggunakan jari dan ibu jari untuk memegang tombol pada kepingan puzzle x Menguli tanah liat: latihan motor halus yang sangat baik, terutama jika beri bersama kayu uli dan acuan kuih x Menggunting gambar atau bentuk: latihan yang cukup baik untuk koordinasi matatangan x Menguntai manik x Blok berbagai saiz, besar hingga yang paling kecil Hasil Pembelajaran Bidang Perkembangan Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak yang berkembang baik dalam aspek fizikal, akan membesar menjadi individu yang peka, fleksibel, sentiasa bersedia, tangkas dan mahir memanipulasikan peralatan. Mereka lebih cepat menguasai kemahiran memungut benda kecil, membutang baju, menguntai manik, menulis, dan menggunakan peralatan seperti pensil, gunting, berus lukisan dan
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 81 sebagainya, kerana telah menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan dengan baik. Koordinasi mata-tangan atau mata-kaki membolehkan kanak-kanak lebih mantap melakukan aktiviti atau operasi seperti menangkap bola, bermain badminton, mengikat tali kasut, mengikat reben, melempar bola, bermain skipping, teng-teng, atau meletakkan sesuatu objek tepat pada sasaran. Daripada kemahiran-kemahiran ini, kanak-kanak akan menjadi lebih berminat belajar dan akhirnya mereka akan menjadi kanak-kanak yang kompeten, yakin dan mempunyai selfesteem yang tinggi. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: Bayi/kanak-kanak boleh: x mencapai objek di depan mata x mengangkat dagu dan dada apabila meniarap. x menggerakkan kepala ke kiri dan kanan. x memusing kepala menghala datangnya bunyi atau rangsangan x bergerak ke arah objek/mainan x menggenggam objek dengan tangan dan jari x menggunakan tangan dan jari untuk bermain. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: Kanak-kanak boleh: x duduk bersendirian tanpa bantuan, kemudian boleh mengangkat badan untuk merangkak, kemudian berdiri dengan bantuan, dan akhirnya berjalan tanpa bantuan. x Memanjat dan mencapai objek-objek yang berdekatan x memegang objek besar (botol susu) menggunakan ibu jari dan jari telunjuk - genggaman pincer (cubitan). x menconteng secara bebas. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: Kanak-kanak boleh/dapat: x mengawal keseimbangan badan dan berjalan mengikut garisan lurus x berjalan perlahan, laju dan berhenti, berlari, menaiki dan menuruni tangga (dengan pengawasan), melompat dengan dua kaki, menyepak dan menendang. x meningkatkan lebih banyak kemahiran motor halus seperti memungut objek yang terjatuh, memegang sudu, cawan, krayon, mencakar dan menconteng, membalikkan muka surat pada buku, menggunting dan melekatkan gambar, mewarna dan melukis. x Meningkatkan kebolehan menggunakan motor halus dan koordinasi mata-tangan untuk menolak dan menarik, memanjat, mengayuh basikal roda tiga, membaling bola dan menuang air, memasukkan objek-objek ke dalam bekas pada jarak yang ditentukan, menyusun blok dan sebagainya.
Kurikulum PERMATA Negara 82 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: . Kanak-kanak boleh/dapat: x Meningkatkan kemahiran keseimbangan badan, memanjat naik dan turun tangga dengan yakin, mengayuh basikal roda tiga dengan lebih cekap, boleh berlari perlahan, laju dan berhenti, boleh melompat halangan yang kecil, menendang bola dan berenang. x Meningkatkan koordinasi mata-tangan dan motor halus seperti kemahiran: x Membasuh dan mengeringkan tangan x Memegang permainan dan memungutnya apabila terjatuh x Makan dan minum, memakai baju sendiri, memberus gigi, mengurus diri di tandas x Meramas dan membentuk doh/tanah liat x Membaling dan menangkap bola x Memegang pensel, krayon atau berus lukisan, melukis garis menegak dan melintang, melukis bulatan, mewarna, menyambung titik (dot-to-dot), menguntai manik/straw x Menyusun blok dan menggunting. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: Kanak-kanak dapat/boleh: x Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata tangan, merangsangkan kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti: x Berjalan secara berundur, melompat dengan satu kaki dan berjengket x Mengayuh basikal roda tiga x Memanjat dan bergayut, bermain gelongsor, mengayun buaian x Membaling, menyambut, melambung dan melantun bola, menendang bola ke dalam gol x Membaling dan menyambut pundi kacang dengan menggunakan dua belah tangan dan sebelah tangan x Membuka muka surat buku dari satu muka ke muka yang lain x Makan dan minum sendiri, menggunakan sudu dengan yakin x Memakai pakaian sendiri, memasang dan membuka butang pakaian sendiri x Memegang krayon dan melukis, menggunting kertas, melukis orang dengan kepala, badan dan kaki x Mencantum puzzle x Berenang. Nota : Ketidakupayaan fizikal kanak-kanak perlu dikesan awal supaya intervensi boleh dilakukan. Bimbingan dan pengawasan yang berterusan adalah penting bagi memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berlaku dengan lancar dan sempurna.
83 SeƟ ap Anak PERMATA Negara TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK 0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun Tahun 4+ Tahun x Mengawal kepala tetapi masih melentok. x Menggerakkan dan memusing kepala ke kiri dan kanan. x Mengangkat dagu dan dada apabila meniarap. x Menggerakkan badannya dengan menggunakan kedua-dua lengan. x Memusing badan. x Bergerak dengan cara menjulur ke arah objek. x Menggenggam objek dengan tangan dan jari. x Mencapai objek di depan mata. x Duduk bersendirian tanpa bantuan. x Mengesot. x Merangkak. x Berdiri denganbimbingan. x Berdiri dengan bantuan perabot. x Berdiri dengan sedikit bantuan. x Berdiri dan berjalan apabila dipapah. x Berjalan dengan dibimbing. x Bertatih. x Memegang objek besar x Dengan menggunakan ibu jaridanjaritelunjuk x Mengawal motor kasar dan keseimbangan badan seperti: duduk untuk masa yang lama dan boleh berpusing. x Merangkak dengan laju menggunakan tangan dan lutut atau seperti beruang menggunakan tangan dan kaki. x Berjalan sendiri tetapi tidak stabil. x Menaiki tangga mengguna pemegang dan meletakk kedua-dua kaki pada setiap anak tangga. x Menggunakan motor halus dan koordinasi mata x Mengawal motor kasar dan keseimbanganbadan seperti: menendang bola "stationary ball". x Memanjat perabot; x Berjalan naik dan turun tangga dengan yakin. x Duduk dan mengayuh basikal roda tiga dengan dibantu. x Berlari tetapi kadangkadang terjatuh. x Berjalan menaiki tangga dengan memegang palang. x Melompat halangan yang kecil. Miktkthl x Menggunakan kemahiran motor kasar untuk meneroka persekitaran: x Membasuh dan mengeringkan tangan dengan bantuan. x Memakai dan membuka baju. x Membaling dan menangkap bola. x Bermain bowling. x Mengguna kemahiran motor halus untuk: x Membuka muka surat buku dari satu muka ke muka yang lain. x Menggunakan sudu tanpa hkbd Motor Kasar x Berlari semasa naik tangga x Berlari dengan pantas x Melompat dengan dua kaki x Mengayuh basikal roda dua x Memukul bola dengan menggunakan alat pemukul x Boleh bergayut dengan bimbingan x Melompat halangan Keseimbangan x Boleh berdiri di atas satu kaki x Mengayun sendiri atas buaian
Kurikulum PERMATA Negara x Mengguna tangan dan jari untuk bermain jari dan jari telunjuk (genggaman "pincer"/ cubitan). x Memegang krayon besar dan menconteng kirikanan. x Mencapai objek seperti sudu untuk makan sendiri. x Memindahkan objek dari tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya. x Memasukkan objek ke dalam mulut untuk meneroka. tangan seperti: menghulur tangan untuk mengambil mainan; x Memegang permainan dan memungutnya apabila terjatuh. x Menunjuk ke arah objek. x Memegang cawan dengan bantuan orang lain. x Meningkatkan motor halus contohnya menggunakan jari untuk memegang objek. x Menggunakan motor halus dan koordinasi mata tangan. menumpahkan benda. x Memasang dan membuang butang baju sendiri. x Menggunting bentukbentuk yang mudah. x Mencantum puzzle yang terdiri dari 12 keping. x Menggunakan otot kaki/ tangan dan koordinasi mata kaki/tangan untuk mengayuh basikal atau menyambut bola. x Memegang krayon dan melukis muka. x Melukis orang dengan kepala badan dan kaki. x Boleh mengimbang badan dan berjalan pada garis lurus. Motor Halus x Menguntai manik pelbagai jenis dan bentuk. x Boleh menggunakan sudu dan garfu. x Menggunting pelbagai bentuk x Mencantum puzzle 12- 25 kepingan/blok x Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam pelbagai situasi
Kurikulum PERMATA Negara 84 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 3.5.6 Perkembangan Kreativiti Dan Estetika Bidang pembelajaran Kreativiti dan Estetika bagi kanak-kanak 0-4 tahun bermatlamat mengembangkan keupayaan mereka mengimaginasi dan memproses maklumat, bahan dan sumber untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Di antara fokus utama dalam bidang pembelajaran kreativiti ialah seni lukis, mengecap, kraf, membuat kolaj, persembahan, lakunan, drama, bermain boneka, bermain muzik, menyanyi, bercerita, membuat pergerakan kreatif, menari, dan sebagainya. Dalam bidang pembelajaran ini, kanak-kanak juga belajar kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, awal matematik dan awal sains juga nilai-nilai murni dan moral yang baik. Semasa menjalankan aktiviti kreatif, kanak-kanak belajar bersosial, menghormati idea orang lain, dan memberi penghargaan terhadap seni-budaya serta berkebolehan orang lain dalam pelbagai peranan. Bidang pembelajaran ini amat luas dan patut digunakan oleh pendidik untuk mencapai objektif pembelajaran yang menyeluruh. Adalah sangat penting, kanak-kanak dilatih berfikiran terbuka dan menghayati seni serta hasil ciptaan orang lain sebagai keindahan yang harus dihargai. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk menghayati keindahan, menghargai keunikan hasil rekacipta. Mereka akan berupaya untuk mempunyai rasa kagum terhadap hasil seni yang cantik. Bidang kreativiti dan estetika merangkumi: x seni lukis, capan, kraftangan, kolaj x seni muzik, nyanyian, sajak, cerita berirama x tarian dan pergerakan kreatif x lakonan, drama, main peranan, boneka x permainan imaginatif dan penghayatan keindahan Untuk menggalakkan perkembangan kreativiti kanak-kanak, pendidik hendaklah menyediakan: x Persekitaran yang meransangkan kreativiti, keaslian dan keterbukaan dalam menilai hasil kerja kanak-kanak x Melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan idea sendiri x Masa yang mencukupi untuk membolehkan kanak-kanak meneroka x Mengembangkan idea, dan melaksanakan aktiviti berdasarkan idea tersebut x Peluang untuk kanak-kanak melahirkan idea melalui pelbagai saluran x Sumber daripada pelbagai budaya untuk merangsang pemikiran bercambah x Mencari peluang supaya kanak-kanak boleh berdamping dengan pelukis dan orang dewasa yang kreatif x Memberi peluang kanak-kanak bermain dengan pelbagai alat dan bahan
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 85 Hasil Pembelajaran Bidang Perkembangan Kreativiti dan Estetika Secara umum, kanak-kanak menjadi lebih kreatif, berani mengekspresikan kualiti dan bakat diri sendiri dan mempunyai kelainan daripada orang lain. Mereka diharapkan dapat membina minat yang tinggi terhadap seni dan budaya bangsa Malaysia, serta bersifat lemah lembut dan budiman, disamping menghargai dan merasa bangga dengan adat istiadat tradisi, keindahan kesenian bangsa dan tata susila masyarakat timur. Mereka juga perlu mengaitkan segala keindahan alam ini dengan kebesaran Pendiptanya. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: x Merasa selesa apabila dimainkan muzik yang lembut, atau dinyanyikan lagu-lagu nursery rhymes atau zikir (jika bayi lebih cepat tidur kemungkinan bayi dapat menghayati muzik dan bunyi-bunyian yang lembut). x Ketawa dan gembira apabila bermain dengan mainan berwarna warni dan yang mengeluarkan bunyi (ini boleh dianggap sebagai initiatif awal ke arah kanak-kanak meminati warna dan muzik) Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Boleh membuat bunyi-bunyian dengan mulutnya, atau memukul alat-alat untuk menghasilkan bunyi, misalnya kerincing, gendang, marakas, atau sudu dan pinggan atau menekan hon kereta mainan, dan sebagainya. x Boleh membezakan bunyi-bunyi dalam persekitaran x Suka melihat gambar-gambar dalam buku besar (big book) atau buku cerita. x Suka menggerakkan kaki atau badan mengikut irama muzik dan menepuk tangan x Suka menconteng dan melukis bila diberi pensil warna/krayon atau cat x Suka bermain dengan doh untuk memnghasilkan sesuatu x Suka bermain dengan anak patung atau mainan-mainan lain. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x Meningkatkan kebolehan meneroka dan mencuba pelbagai contengan menggunakan krayon besar, cap jari/tapak tangan, kolaj, permainan blok besar berwarna-warni x meningkatkan minat meneroka dan bermain dengan air dan pasir dan menghasilkan pelbagai bentuk imaginatif x Sangat suka bermain dengan doh untuk membuat bentuk-bentuk kreatif x Suka mencampur warna x Dapat melahirkan idea melalui lukisan pelbagai bentuk, haiwan, rumah, kereta, ibu ayah, dan menceritakan apa yang dilukis x Kebolehan meniru gaya dan melakun watak seseorang/sesuatu benda meningkat, misalnya membuat gaya dan bunyi menjadi haiwan/kucing, melakunkan watak doktor, cikgu, polis, dan sebagainya x Boleh membuat boneka dan bermain olok-olok dengan boneka
Kurikulum PERMATA Negara 86 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Mengukuh kemahiran mendengar dan bertindakbalas terhadap pelbagai rentak muzik yang sesuai. x Mengayakan pergerakan kreatif, contohnya alunan zikir, lagu/irama/puisi kanakkanak (nursery rhymes) x Meningkat kebolehan menghasilkan pelbagai bunyi hasil dari alat-alat dan melakukan aktiviti menepuk tangan, menggoncang tin yang dimasukkan dengan pelbagai bahan, dan memukul gendang Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x Meningkatkan kebolehan menerokai warna, mencampur warna dan menghasilkan pelbagai warna baru pada lukisan atau capan. x Kebolehan merekacipta cerita fantasi/imaginatif dan kreatif meningkat dengan cepat x Semakin kreatif menggunakan bahasa dalam berkomunikasi dan bijak mengeluarkan pelbagai ekspresi wajah dan gerak badan x Lebih berminat bermain muzik, nyayian, nursery rhymes, zikir, dan pergerakan kreatif x Kebolehan meniru gaya atai aksi dengan lebih tepat, terutama dalam berlakun, berdrama, menyanyi dan menari x Kemahiran rekacipta semakin meningkat dan dapat menghasilkan pelbagai ciptaan mengikut fantasi sendiri x Menghayati hasil ciptaan kawan-kawan, x Mengukuh kemahiran mendengar dan menghasil bunyi muzik x Membina kemahiran melahir perasaan melalui muzik. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x kemahiran kreatif meningkat, misalnya kemahiran melukis bentuk-bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. x Kemahiran merekacipta semakin meningkatkan dan lebih baik dari segi memilih alat, bahan, dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu ciptaan x Dapat menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula untuk digubah kraf tangan, contohnya kulit kerang, daun getah, tempurung, buluh, dan lain-lain x Mengukuhkan kebolehan melahirkan idea dalam bentuk gambar dan meningkatkan keyakinan dan keseronokan dalam mencipta model dan gambar. x Melukis atau menghasilkan imej /model yang baru seperti melukis gambar dan membentuk model binatang, orang menari, dan sebagainya x Bercerita mengenai gambar yang dilukis x Mempertingkatkan kemahiran menghasil rentak muzik, dan melakukan gerakan mengikut rentak. x Berkemahiran menggunakan bahasa yang sesuai untuk menceritakan tentang muzik. x Menghayati muzik dan keindahan yang terdapat dalam alam sekeliling. x Memahami segala keindahan yang terdapat dalam alam adalah dicipta oleh Penciptanya.
87 SeƟ ap Anak PERMATA Negara AHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA 0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+ Tahun • Boleh mengeluar dan menghasilkan bunyi yang pelbagai; • Suka mendengar muzik, nursery rhymes, zikir; • Minat kepada buku dan gambar; • Tertarikh kepada mainan yang berwarna warni. • Suka melihat wajah dan gambar-gambar yang berwarna- warni; • Suka kepelbagaian bunyian muzik dan nada suara; • Boleh mengenal lagu ringkas dan liriknya jika mendengar berulangulang kali; • Boleh menghasilkan bunyi yang pelbagai; • Boleh mengecam pelbagai rentak bunyi; x Bolehmelakukangerak • Suka permainan atau aktiviti kreatif; • Boleh menconteng atau melakar di atas kertas atau tanah; • Boleh menghasil pelbagai bentuk dengan tanah liat atau playdoh; • Suka menyanyi pelbagai lagu walaupun sekadar meniru gerak mulut atau membisikkan perkataan; • Suka bersolek dan bermain olok-olok. x Sukajikadibawabersiar • Suka main olok-olok seperti main masakmasak, menyuap patung; • Boleh mengimaginasi objek/blok sebagai kereta atau keretapi; • Boleh menghasilkan rekaan sendiri daripada alat mainan; • Suka cerita fantasi; x Mendengar dengan teliti bunyi atau percakapan yang menarik minat; x Boleh menghasilkan muzikdaripadaobjek; • Menunjukkan kreativiti melalui lukisan, catan, kraftangan, muzik, lakonan,pergerakan badan • Merekacipta/ menghasil sesuatu rekaan baru; x Menunjukkan daya imaginasi dan estetika yang tinggi; x Mengumpul, memilih dan menyusun bahan yang berlainan bentuk, warna dan tekstur mengikut kreativiti sendiri; x Boleh turut serta apabila x Menunjukan kreativiti melalui lukisan yang bermakna; x Meneroka warna, tekstur, bentuk, dan ruang dalam dua atau tiga dimensi; x Bertindakbalas dalam pelbagai cara kepada apa yang dilihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa; x Menggunakan imaginasi dalam lukisan, rekabentuk, muzik,tarian, main peranan dan bercerita. x Berkongsi idea dan lliktiiti
Kurikulum PERMATA Negara Boleh melakukan gerak badan mengikut rentak bunyi; x Boleh mengecam nada, rentak muzik x Boleh membuat pergerakkan kreatif Suka jika dibawa bersiarsiar (mula meminati aktiviti menerokai alam persekitaran). x Respon kepada pelbagai bentuk dan warna; x Meminati buku dan gambar dalam buku; muzik daripada objek; x Boleh menghasilkan kad rekaan sendiri dengan bimbingan; x Boleh membentuk pupet jari dengan bimbingan pendidik dan bercerita secara kreatif; x Suka mengecap tangan dan jari. mendengar cerita; x Boleh bercerita semula secara kreativiti; x Boleh melahirkan idea dalam bentuk gambar; x Boleh memilih prop yang sesuai untuk main peranan; perasaan melalui aktiviti imaginatif; x Suka meneroka untuk mngenalpasti nada bunyi x Menyanyi lagu mudah dari ingatan; x Mengenal pasti bunyi yang berulang dan bunyi berpola x Boleh melukis sesuatu tanpa memikirkan terlebih dahulu apa yang mahu dilukisnya; x Suka mengeksperimen dengan alat-alat muzik dan suka bunyi yang di cipta sendiri; x Suka menyanyi. x Menghayati kecantikan dan keindahan alam. x Boleh melakon peranan; x Boleh bermain alat muzik. x Boleh mencampurkan warna untuk hasilkan warna baru; x Tahu menghayati lukisan x Menghayati keindahan alam; x Berminat kepada alam semulajadi. x Membentuk simbol untuk menunjukkan konsep x Mempunyai kebolehan untuk mengaitkan antara objek, simbol dan garisan yang dillukis x Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan x Membina model 3 dimensi x Mengkagumi citaan Tuhan
Kurikulum PERMATA Negara 88 SeƟ ap Anak PERMATA Negara PEDAGOGI PERMATA Kurikulum PERMATA Negara menggunapakai pedagogi yang bersesuaian dengan kanak-kanak 0-4 tahun iaitu Pedagogi Bermain. Amalan pedagogi ini telah diterima pakai di seluruh dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja ‘bermain’ tetapi ‘belajar’ semasa mereka bermain. Pendekatan ini dinamakan “BELAJAR MELALUI BERMAIN’. Pakar perkembangan kanak-kanak menerangkan, bermain adalah 'kerja' kanak-kanak, kerana secara fitrahnya kanak-kanak suka bermain dan ia melibatkan pengalaman langsung mengendali dan memanipulasi alat-alat mainan dan bahan-bahan dalam persekitarannya. 4.1 Belajar Melalui Bermain Bermain merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan, berinteraksi dan bersosial, melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti, belajar menyelesaikan masalah, membina sahsiah diri yang positif dan keyakinan diri serta keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu. Melalui bermain juga kanakkanak dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, di samping meningkatkan kecergasan badan dan kemahiran koordinasi mata tangan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif, pemikiran inovatif, kritis dan kreatif kanak-kanak. MENGAPA BERMAIN SANGAT PENTING Bermain merangsang Imaginasi Imaginasi merangsang Kreativiti Kreativiti merangsang Penerokaan Penerokaan merangsang Penemuan Penemuan merangsang Penyelesaian masalah Penyelesaian merangsang Kemahiran baru masalah kemahiran baru merangsang Keyakinan diri Keyakinan diri merangsang Rasa selamat Rasa selamat merangsang Pencapaian diri
Kurikulum PERMATA Negara Se ap Anak PERMATA Negara 89 Aktiviti Bermain yang digalakkan di TASKA PERMATA 1. Permainan bebas Semasa permainan bebas kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan dan sudut bermain yang mereka sukai. Mereka boleh bertukar-tukar alat mainan apabila merasa jemu atau telah selesai bermain dan ingin bermain alat mainan yang lain. Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak berfikir mengapa mereka pilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan. Pendidik sentiasa peka apa yang dilakukan oleh kanak-kanak kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya. 2. Permainan Manipulatif Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan berbagai cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Ini akan memberikan keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Jenis main manipulatif yang disediakan perlulah mengikut umur kanak-kanak. Contoh permainan manipulatif yang dirancang untuk kanak-kanak PERMATA ialah: Main puzzle Jenis Permainan Permainan Bebas Permainan Manipulatif Permainan Kognitif Permainan Fizikal Permainan Bahasa dan Literasi Awal Permainan Sensori Permainan Kreatif Permainan Tradisional AKTIVITI BERMAIN DI TASKA PERMATA PERMAINAN BEBAS PERMAINAN MANIPULATIF PERMAINAN KOGNITIF PERMAINAN FIZIKAL PERMAINAN BAHASA DAN LITERASI AWAL PERMAINAN SENSORI PERMAINAN KREATIF PERMAINAN TRADISIONAL