The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulawatif.wawa, 2023-02-01 08:57:46

Kurikulum_PERMATA_Negara (1)

Kurikulum_PERMATA_Negara (1)

Kurikulum PERMATA Negara 90 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Menguntai manik x Main blok dan binaan Untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna, pendidik bolehlah membantu kanak-kanak semasa mereka bermain dengan menyediakan pelbagai bahan dan peralatan manipulatif dan berbual-bual tentang apa yang mereka lakukan serta memberi galakkan untuk mewujudkan perbincangan. 3. Permainan Fizikal Main fizikal merupakan aktiviti harian yang dijalankan di TASKA sama ada di luar atau di dalam bangunan TASKA. Ianya melibatkan pergerakan fizikal yang membolehkan kanakkanak menggunakan tenaga dan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kordinasi deria dan menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan kanak-kanak. Contoh main fizikal ialah merangkak ke dalam terowong, melompat tali, berlari dan mengejar, main gelongsor, main buaian, memanjat pokok, meniti jambatan, menendang bola dan mengayuh basikal. Contoh permainan motor halus ialah menguntai manik. . Pendidik perlu memastikan peralatan dan bahan mencukupi, sesuai dan selamat. Untuk membolehkan kanak-kanak bermain dan menggunakan alatan mainan dengan betul, pendidik perlu membimbing cara bermain dan memerhati keselamatan kanak-kanak. 4. Permainan Bahasa dan Literasi Awal Aktiviti permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi melalui perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita (show and tell), mainan teka teki, berpantun, rhyming, berdrama setelah mendengar cerita yang diceritakan oleh pendidik atau meniru tingkah laku yang diperhatikan. Pendidik membantu menyediakan props dan ruang yang bersesuaian untuk merangsang kanak-kanak bercerita dan melakonkan semula kisah yang didengar. Main peranan membantu kanak-kanak memahami antara fantasi dan realiti. Kanakkanak memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut. Contohnya: apabila kanak-kanak berada di sudut main masak-masak, mereka akan melakonkan watakwatak seperti ibu, anak atau lain-lain watak yang bersesuaian dalam suasana sebuah restoran atau rumah. Kanak-kanak berbual sesama sendiri menggunakan perbendaharaan kata baru. Contoh aktiviti main peranan yang boleh dijalankan: x Main peranan watak-watak dalam keluarga


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 91 x Membeli belah di kedai atau pasaraya x Pemandu dengan penumpang dalam kenderaan x Main ‘kawin-kawin’ x Main ‘cikgu-cikgu’ x Doktor dan pesakit, ibu dan anak Untuk menjadikan drama dan main peranan lebih bermakna dan interaktif, pendidik boleh turut serta beraksi dalam situasi yang dimainkan oleh kanak-kanak dan mencabar minda mereka dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka. Lakonan dan main peranan dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan konsep kendiri serta keyakinan diri kanak-kanak, di samping dapat menyuburkan sahsiah dan kemahiran sosial kanak-kanak. Permainan untuk literasi awal adalah seperti padanan kad perkataan dengan gambar, dan permainan a,e,i,o,u. 5. Permainan sensori Permainan sensori memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan sepenuhnya deria sentuhan di mana kanak-kanak akan mengoyak, meramas, mengguli, menggentel, membentuk dan lain-lain permainan menggunakan tangan yang dapat merangsang saraf ke otak. Contoh permainan sensori ialah : (a) Main Pasir Kanak-kanak suka bermain dengan pasir dan air. Aktiviti main pasir dan main air juga mendekatkan diri kanak-kanak dengan alam semulajadi kerana pasir dan air adalah unsur semulajadi yang terdapat dalam persekitaran kanak-kanak. Kurikulum PERMATA Negara, memberi fokus terhadap kepentingan bermain air dan pasir, kerana ianya bukan sahaja memberi kesoronokan kepada kanak-kanak tetapi juga bersifat terapeutik dan boleh menstabilkan emosi mereka. Main pasir boleh dijalankan dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir basah atau pasir kering. Pasir basah boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir kering membolehkan kanak-kanak merasai tekstur pasir tersebut. Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir: x menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir x membina istana pasir, menggali terowong, atau membina zoo, dan sebagainya x mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol x menulis dan melukis atas permukaan pasir x membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup botol


Kurikulum PERMATA Negara 92 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 6. Main Air Main air boleh dijalankan semasa kanak-kanak berada di dalam atau di luar bangunan. Permainan air yang boleh dijalankan ialah main buih sabun, mencuci anak patung, menuang air dari bekas besar ke bekas kecil. Semua aktiviti ini secara tidak langsung akan membantu kanak-kanak mempelajari pelbagai konsep sains seperti kosong, penuh, sebelum, selepas, cetek, dalam, berat dan ringan. Kanak-kanak juga mempelajari perkataan-perkataan baru seperti corong, permukaan, apungan, tenggelam dan timbul semasa akvtiviti main air. Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa bermain air x Menuang, menceduk, memerah air ke dalam pelbagai bekas x Menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air x Membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang mereka gunakan selepas aktiviti bermain x Eksperimen bahan tenggelam, timbul dan terapung x Eksperimen bahan larut dan tidak larut – gula; garam; tepung; pasir x Capan warna menggunakan bahan serap air dan yang tidak serap air x Menyediakan air minuman seperti sirap, susu, teh dan kopi x Konsep mengenai air: berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas, bertukar warna Pendidik sentiasa berbual, bersoal jawab dan mendengar secara aktif semasa aktiviti dijalankan. Kanak-kanak digalakan untuk memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus hasil dan bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti main air dan main pasir adalah aktiviti yang berkecah dan kotor. Dalam hal ini, pendidik hendaklah dapat bertolak ansur dan menerima ka=eadaan tersebut. Kanak-kanak boleh dilibatkan untuk mengemas dan membersihkan kawasan bermain air dan pasir apabila selesai bermain. Bagi aktiviti main air, pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dikawal dan diawasi pada setiap masa untuk keselamatan mereka. Ini kerana kanak-kanak boleh lemas walaupun dalam air yang sedikit. 7. Permainan Kreatif Permainan kreatif adalah merujuk kepada permainan yang menggunakan imaginasi kanak-kanak semasa bermain. Kanak-kanak digalakkan menggunakan pelbagai bahan dan membuat pergerakan mengikut idea dan minat masing-masing. Pendidik menyediakan


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 93 permainan yang mencabar minda dan memerlukan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif semasa bermain. Melalui cabaran-cabaran dalam permainan kanak-kanak akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu reka cipta atau menyelesaikan masalah. Antara permainan kreatif yang boleh dijalankan oleh kanak-kanak: x mencari harta karun x permainan - Siapa ketua? x permainan teka-teki x menyambung cerita 8. Permainan Kognitif Permainan kognitif melibatkan pemikiran logik, penyelesaian masalah dan pembelajaran awal matematik. Permainan ini akan menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak. Contoh permainan kognitif ialah permainan blok dan permainan binaan di mana kanak-kanak akan belajar membuat perbandingan, pengelasan dan membina perbendaharaan kata seperti kecil dan besar. Permainan kognitif lain yang melibatkan kuantiti seperti permainan congkak kanak-kanak akan belajar berkaitan dengan padanan satu dengan satu dan membilang. Dalam permainan jual beli kanak-kanak akan mempelajari konsep wang dan membilang nilai wang. 9. Permainan Tradisional Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan permainan-permainan tradisional seperti bermain congkak, teng-teng, bermain pukul berapa datuk harimau, kejar-kejar dan soroksorok, pukul lalat, jan-jan jala itik ayam dan bermain layang-layang. Permainan sebegini menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti kumpulan dan belajar untuk mematuhi dan mengikuti peraturan permainan. Kanak-kanak akan belajar nilai murni yang terdapat dalam permainan ini yang membantu perkembangan sahsiah, nilai dan kerohanian mereka, contohnya, melindungi rakan, mengambil giliran, bekerjasama, ekspresi diri, tolak ansur dan bersabar. Permainan tradisional juga berupaya menyokong kesemua enam bidang perkembangan pembelajaran PERMATA. 4.2 Konsep 3E 3E bermaksud ‘Meneroka (Exploring), Mengeksperimen (Experimenting) dan Mengalami (Experiencing). Pembelajaran beradaskan konsep 3E melibatkan pembelajaran secara hands-on and aktif. Kanak-kanak diberi peluang meneroka masalah atau perkaraperkara yang terdapat dalam persekitaran mereka. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menyiasat perkara yang mereka ingin tahu dan memanipulasikan bahan-bahan yang mereka ingin terokai seperti tumbuh-tumbuhan, batu-batan, serangga, haiwan, air, angin, magnet dan


Kurikulum PERMATA Negara 94 SeƟ ap Anak PERMATA Negara lain-lain. Melalui eksperimentasi, kanak-kanak belajar mengendali dan mengguna alat-alat seperti kanta pembesar, perangkap serangga, jangkasuhu, penimbang, dan alat-alat lain-lain. Kanak-kanak diberi peluang menguji idea-idea mereka sendiri, meneliti perhubungan dan memanipulasi bahan-bahan. Penerokaan tidak semestinya berlaku di luar TASKA sahaja. Pelbagai eksperimen boleh dijalankan di dalam TASKA, misalnya kanak-kanak diberi peluang menguji campuran minyak dan air, membuat buih dari sabun, mengukur jarak atau panjang objek dan membina carta, mengukur berat dan tinggi rakan-rakan mereka dan membuat graf dan sebagainya. Pendidik berperanan untuk menyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk kanakkanak membuat pemerhatian, memanipulasi dan meneroka alam bahan, alam hidupan, alam fizikal dan alam semesta. Konsep 3E membina ciri-ciri penyelesaian masalah secara saintifik dan dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terutama tentang dunia persekitaran mereka. Pendidik hendaklah sentiasa memerhati, menghargai dan berbual dengan kanakkanak tentang apa yang mereka lakukan. Minat dan semangat yang ditunjukkan oleh pendidik akan mengukuhkan lagi keyakinan dan keupayaan kanak-kanak untuk terus meneroka, mengeksperimen seperti seorang saintis. (a) Nature Walk (Meneroka Alam Semulajadi) Nature walk merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan kerana ianya memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung (first hand experience) yang melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa nature walk dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka serta pemerhatian yang baik. Aktiviti ini juga dapat menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar dan melatih mereka sebagai pencinta alam sekitar. Ianya boleh dilakukan dengan berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di kawasan berdekatan. Semasa aktiviti nature walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat menimbulkan keseronokkan di mana kanak-kanak dapat membuat penemuan baru, membuat inferen dan menggumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa nature walk ialah: x Meneroka tumbuh-tumbuhan seperti memerhati bentuk-bentuk daun, warna, saiz; merasai tekstur daun, batang, buah; memeriksa bau dan sebagainya x Meneroka dan memeriksa haiwan dan serangga: menggunakan kanta pembesar untuk melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota badan serangga dan membuat perbandingan


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 95 x Meneroka batu-batan: kanak-kanak mengutip batu, memeriksa batu, saiz dan sebagainya Bahan-bahan yang perlu dibawa semasa nature walk ialah kanta pembesar, pita pengukur, kamera, gunting atau pisau, beg plastik, botol, bekas, tali, sudip tanah, kertas dan pensil. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa melakukan aktiviti nature walk ialah menerangkan peraturan dan keselamatan seperti kanak-kanak tidak boleh keluar dari kumpulan dan hanya mengutip objek-objek yang tidak merbahaya. Objek-objek yang telah dikutip hendaklah diletakkan dalam bekas yang disediakan. Pada akhir aktiviti kanak-kanak perlu mencuci tangan dan kaki atau menukar pakaian mereka. (b) Eksperimen Sains. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai sifat ingin mengetahui, oleh itu sifat ingin tahu ini perlu disusuli dengan pelbagai aktiviti penerokaan dan penyelidikan. Kanak-kanak sangat gemar jika mereka diberi peluang untuk membuat eksperimen sains yang mudah. Pendidik sentiasa membawa kanak-kanak ke luar TASKA untuk menerokai alam sekitar dan kawasan berhampiran bagi membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai bahan atau objek yang ada di sekeliling mereka. Aktiviti eksperimen juga boleh dilakukan dalam bentuk ‘nature walk’ atau kerja projek. Eksperimen sains yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak di TASKA PERMATA ialah: x Meneroka bayang-bayang di waktu pagi atau petang x Membuat doh x Memeriksa batu batan, tanah dan pasir x Meneroka ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, biji benih dan bentuk-bentuk dan tektur daun, membuat pengelasan, mengumpul dan melukis daun/bunga/buah-buahan x Meneroka bunyi x Meneroka suhu, panas dan sejuk, angin dan udara segar x Meneroka serangga dan haiwan dalam persekitaran x Meneroka pergerakan dan lantunan bola Kanak-kanak boleh membuat banyak aktiviti awal sains sekiranya diberikan peluang meneroka sepenuhnya keadaan sekitaran mereka. Dalam melaksanakan aktiviti ini, pendidik hendaklah memahami bahawa adalah penting bagi kanak-kanak menggunakan deria mereka untuk membuat pemerhatian dan bertanya soalan untuk mencari jawapan, ianya bukan aktiviti fakta sains. 4.3 Teknik-Teknik Lain (a) Membaca dan Bercerita


Kurikulum PERMATA Negara 96 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Membaca dan bercerita sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Kedua-dua aktiviti ini penting untuk membina kecekapan berbahasa, awal literasi dan pengetahuan tentang dunia persekitaran. Melalui aktiviti membaca dan bercerita, kanakkanak boleh meningkatkan pemahaman tentang: x konsep x memperluaskan perbendaharaan kata x meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi x meningkatkan kemahiran mendengar x bertutur x awal membaca x awal tulisan dalam kalangan kanak-kanak x menerapkan nilai-nilai murni daripada cerita yang dibaca. (a) Menyanyi, Berzikir dan Bermain Muzik Menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif adalah aktiviti yang sangat diminati oleh kanak-kanak. Pilihan lagu-lagu atau nursery rhymes untuk nyanyian hendaklah sesuai dengan kanak-kanak. Nyanyian kanak-kanak boleh diiringi dengan permainan alat muzik atau muzik latar, untuk lebih menarik. Berzikir hanya sesuai untuk kanak-kanak Islam sahaja. Pendidik boleh menggunakan pelbagai alat-alat muzik untuk membolehkan kanakkanak menghasilkan muzik atau bunyi-bunyi dalam aktiviti pembelajaran yang senggang. Pendidik sepatutnya sentiasa menggalakkan kanak-kanak bermain dengan alat-alat muzik yang ada di TASKA agar mereka sentiasa ceria, gembira dan terhibur. Ini akan membina personaliti tenang, aman, mesra dan positif dalam kalangan kanak-kanak. 4.4 PERANAN PENDIDIK Peranan pendidik ialah mencabar minda kanak-kanak, membina perbendaharaan kata mereka dan membantu kanak-kanak memahami konsep dalam permainannya. Pendidik menunjuk cara sesuatu aktiviti yang kanak-kanak masih belum menguasainya, tetapi bukan membuatkannya untuk kanak-kanak. Pendidik hanya menyediakan kerangka (scaffolding) aktiviti dan menggalakkan kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti tersebut sehingga mereka mahir. Pendidik hendaklah selalu memberi dorongan, pengukuhan, pujian dan galakan kepada kanak-kanak semasa mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa kanak-kanak bermain, pendidik perlu sentiasa menunjukkan minat kepada kanak-kanak, memberi respon, menyoal dan merangsang pemikiran mereka. Interaksi yang berlaku di antara pendidik dengan kanak-kanak semasa bermain itulah sebenarnya yang dikatakan ‘Belajar Melalui Bermain’.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 97 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berhubung pedagogi PERMATA: x Kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 2 tahun suka bermain secara bersendirian dengan barang mainannya sendiri. Ini adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang dikatakan sebagai sifat egosentrik. Mereka akan meneroka objek secara aktif dan melalui kebolehan sendiri, mereka bermain secara bebas dan berulang-ulang. Kurikulum PERMATA Negara memberikan keluwesan (fleksibiliti) kepada kanak-kanak seluas-luasnya untuk bermain secara sendiri jika itu adalah pilihannya. x Kanak-kanak pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun telah mula menggemari permainan sosial, berkongsi alat mainan dengan rakan-rakan, dan telah tahu beberapa peraturan bermain misalnya main congkak, main ‘datuk harimau’, main masak-masak, main ‘enjitenjit semut’, membina menara dengan blok dan sebagainya. Kurikulum PERMATA Negara sangat menggalakkan kanak-kanak bermain secara koperatif kerana ini akan meningkatkan sifat tolerensi dan bersatu padu dalam kalangan kanak-kanak sehaluan dengan semangat 1 Malaysia dan masyarakat inklusif.


Kurikulum PERMATA Negara 98 SeƟ ap Anak PERMATA Negara AKTIVITI PEMBELAJARAN PERMATA Kurikulum PERMATA Negara dibina bersama dengan cadangan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berstruktur untuk dilaksanakan oleh pendidik/pengasuh bersama kanakkanak. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini disusun dalam bentuk modul mengikut umur kanakkanak. Terdapat enam (6) modul kesemuanya, termasuk sebuah modul tambahan bagi kanakkanak 4 tahun yang telah mencapai perkembangan melebihi umurnya. Modul ini dinamakan Modul Pengayaan. (modul ini dibangunkan berasaskan dapatan kajian rintis yang menunjukkan bahawa kanak-kanak meningkat dengan cepat perkembangannya selepas mengikuti Kurikulum PERMATA Negara, 2008). 5.1 MODUL PEMBELAJARAN PERMATA Setiap modul pembelajaran kanak-kanak PERMATA mengandungi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang lengkap untuk membantu pendidik melaksanakan aktivitiaktiviti yang dicadangkan. Pendidik juga digalakkan membina RPA sendiri mengikut keperluan kanak-kanak dan kesesuaian persekitaran, latar belakang, kesediaan bahanbahan dan budaya tempatan. Setiap RPA mengandungi perkara berikut: a) Pernyataan objektif pembelajaran b) Kaedah pelaksanaan (apa pendidik perlu buat dan apa kanak-kanak akan buat) c) Bahan dan alatan d) perbendaharaan kata dalam aktiviti pembelajaran tersebut. MODUL 1: Peringkat Umur 0 hingga 6 bulan MODUL 2: Peringkat Umur 6 hingga 12 bulan MODUL 3: Peringkat Umur 1 hingga 2 tahun MODUL 4: Peringkat Umur 2 hingga 3 tahun MODUL 5: Peringkat Umur 3 hingga 4 tahun MODUL 6: Pengayaan untuk Kanak-Kanak 4+ tahun


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 99 Berikut ialah senarai aktiviti pembelajaran mengikut enam bidang pembelajaran yang terdapat dalam Modul PERMATA dan Objektif Pembelajaran. MODUL 1 – Peringkat Umur 0 hingga 6 Bulan (0-6 Bulan) Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian 1. Bayi rasa selamat, tenteram dan yakin 2. Bayi belajar berinteraksi dengan orang lain 3. Bayi menyedari badannya 4. Bayi rasa percaya kepada diri sendiri x Urutlah Saya x Lihatlah Saya x Mari Bergolek x Peluklah Saya x Dengarlah.. Hayatilah. 2. Bahasa, Komunikasi, dan Literasi Awal 1. Kemahiran mendengar meningkat 2. Boleh membezakan bunyi yang didengari 3. Kemahiran berkomunikasi meningkat x Berbual Dengan Saya x Jom Kita Baca Buku x Mana Bunyi 3. Awal Matematik dan Pemikiran Logik 1. Boleh cam posisi objek dalam ruang 2. Meningkatkan fungsi kelima-lima deria 3. Berminat dan suka mendengar bunyi dan muzik 4. Dapat mengesan arah bunyi dan membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang 5. Boleh mengesan pergerakan 6. Boleh mengecam wajah, bentuk, rupa, corak x Tangan Polkadot x Sentuh Dan Rasa x Hembusan Segar x Belakang Saya x Lampu Cantik x Nada Suara 4. Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran 1. Kemahiran memerhati semakin meningkat dari perspektif yang berbeza 2. Boleh mengamati warna/objek dari jarak dekat. 3. Mengenal objek 4. Perasaan ingin tahu semakin meningkat 5. Boleh menghasilkan pelbagai bunyi 6. Boleh mengenali sumber bunyi di persekitaran x Lihat Apa Itu? x Saya Boleh Dengar x Oh Gusiku x Ayuh Bersiar-Siar x Bunyi Apa Itu?


Kurikulum PERMATA Negara 100 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 5. Fizikal dan Psikomotor 1. Boleh mencapai objek di depan mata 2. Boleh mengangkat dagu dan dada apabila meniarap 3. Boleh menggerakkan kepala ke kiri ke kanan 4. Boleh memusing kepala ke arah rangsangan 5. Boleh bergerak ke arah objek/mainan 6. Boleh menggenggam objek dengan tangan dan jari 7. Boleh memegang sesuatu dengan lebih kuat x Angguk-Angguk, Geleng- Geleng x Ba-Ba-Cak x Saya Boleh Ambil x Hebatnya Saya x Mari Duduk Bersama x Pandainya x Mari Sini Sayang x Lihat! Saya Boleh Pegang x “Kudaku Lari...” 6. Kreativiti Dan Estetika 1. Berminat meneroka dan mencuba. 2. Boleh gerakkan badan dengan kreatif x Ayuh, Bersiar-Siar x Irama Kakiku x Getaran Di Bibir MODUL 2 – Peringkat Umur 6 hingga 12 Bulan (6-12 Bulan) Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 1. Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian 1. Rasa selamat, yakin dan berani mencuba 2. Boleh berkomunikasi secara non-verbal 3. Faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan 4. Menyebut nama Tuhan x Sayang Mahu Dibelaikah (Masa Untuk Mengurut) x Saya Boleh Buat x Susun SetinggiTingginya x Mari Dengar Syahadah 2. Bahasa, Komunikasi, dan Literasi Awal 1. Boleh beri respon terhadap perkataan. 2. Kemahiran bahasa lisan dan perbendaharaan kata semakin meningkat 3. meningkatkan kemahiran menyebut perbendaharaan kanak-kanak 4. Boleh bezakan rentak dan bunyi. 5. Minat membaca x Jom Menyanyi Bersama Saya x Mari Berbual x Dengarlah Sayang x Suara Bintang Kecil


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 101 Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 3. Awal Matematik dan Pemikiran Logik 1. Boleh cam wajah dan menanggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang 2. Boleh menghubungkan diri dengan orang lain dan dengan objek 3. Boleh beri tindakbalas kepada rangsangan 4. Mula memahami saiz 5. Mula peka kepada arah bunyi yang didengari x Boleh Ku Tahu x Gerakkan Bola Dalam Beg x Di Mana Hilang? x Cawan Besar, Cawan Kecil x Mana Jam Loceng 4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran 1. Mula mengenali bentuk dan warna 2. Boleh kenali warna dan objek 3. Boleh merasa pelbagai tekstur (licin, lembut, keras, basah) 4. Deria menghidu semakin tajam dan boleh bezakan pelbagi jenis bau 5. Boleh kenal dan namakan anggota badan 6. Boleh membezakan objek x Skaf Warna Warni x Lembutnya...Kasar nya x Bakul Harta Karun x Saya Pilih Yang Itu x Bermain Belon x Makan Buah x Bermain Dengan Warna x Apa Ini? 5. Fizikal dan Psikomotor 1. Boleh duduk sendiri tanpa bantuan. 2. Boleh merangkak. 3. Boleh berdiri tanpa bantuan. 4. Boleh memanjat. 5. Boleh pegang objek besar menggunakan ibu jari dan jari telunjuk 6. Suka menconteng secara bebas. 7. Mula mencuba untuk buat sendiri/urus diri. 8. Boleh menggunakan motor halus untuk buka hadiah. x Berdirilah Sayang x Jom Jalan-Jalan x Lihat, Saya Boleh Panjat x Mari Mencuba x Tendangan Pertama x Mari Baling Pundi Kacang x Bukalah Hadiah x Mana Satu Botol Saya? x Sambutlah Skaf Terapong x Golekkan Tin


Kurikulum PERMATA Negara 102 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 6. Kreativiti Dan Estetika 1. Kanak-kanak sangat berminat meneroka 2. Boleh mengecam dan mengenal bentuk, warna, tekstur, bau, rasa, dan ruang 3. Boleh membezakan bunyi yang dihasilakn oleh alat-alat dan objek 4. Bijak menggaya/meniru pelbagai bunyi dalam persekitaran 5. Boleh membeza pelbagai rentak 6. Boleh menggerakkan badan mengikut pelbagai bunyi x Lihatlah Gayaku x Irama Dan Rentak x Alat Muzikku x Bunyi Kunci x Retak Pantas Dan Perlahan x Ulang Sekali Lagi MODUL 3 – Peringkat Umur (1 hingga 2 Tahun) Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian 1. Kanak-kanak mengenali diri dan berdikari 2. Mahir berinteraksi dengan orang lain 3. Mempunyai kesedaran terhadap perasaan orang lain 4. Menghargai keindahan alam semulajadi 5. Bersyukur dan mengagumi kebesaran Tuhan x Diri Saya x Cuci Tangan Wangi Baunya x Gambarku x Gembira Dan Sedih x Saya Boleh x Cantiknya Tamanku x Syahadah x Cinta Allah 2. Bahasa, Komunikasi, Dan Literasi Awal 1. Kemahiran bertutur, bersoal jawab meningkat 2. Sebutan perkataan bertambah baik dan lancar 3. Minat suka membaca meningkatkan 4. Boleh memadankan objek dengan perkataan 5. Berminat melahirkan idea dan berkomunikasi melalui contengan x Sebutlah x Saya Nak x Ulang Dan Ulang x Apa Namanya? x Suka Buku x Mari Melakar


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 103 Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik 1. Boleh menguasai kemahiran awal matematik 2. Penguasaan kemahiran kuantiti meningkat 3. Boleh kanak-kanak berkomunikasi menggunakan ‘bahasa matematik’ seperti menyebut saiz, bentuk, warna, bilangan, banyak/isipadu, jarak, tinggirendah 4. Boleh menyebut nombor 1-5 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 5. Boleh memahami konsep pasangan (one to one correspondence) 6. Sedar kewujudan konsep-konsep ‘awal matematik’ dalam persekitaran x Di Mana Saya? x Banyak Dan Sedikit x Mari Buat Bukit Pasir x Beratnya Buku Ini! x Puppet Itik x Main Blok x Kenali Saya 4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran 1. Kemahiran deria hidu, rasa, pendengaran, penglihatan dan sentuhan meningkat 2. Lebih peka dan tahu menggunakan kelima-lima deria dalam pemerhatian 3. Kebolehan menumpukan perhatian 4. Boleh menghubungkait sesuatu kejadian dengan persekitarannya secara semulajadi atau melalui penerokaan 7. Kenal persamaan dan perbezaan pada objek dan haiwan x Cuba sentuh x Salad buah x Mari main doh x Beg misteri x Oh, Duniaku! x Mana ais tadi? 5. Fizikal dan Psikomotor 1. Boleh mengawal motor kasar 2. Boleh mengimbangi badan. 3. Kemahiran motor halus dan koordinasi mata – tangan semakin meningkat. x Ayuh, Tolak! x Pegun Dan Gerak x Jom Main Pasir x Menaraku Tinggi x Mari Meniti Jambatan x Air Sudah Penuh 6. Kreativiti Dan Estetika 1. Minat meneroka dan mencuba meningkat 2. Boleh mengenal warna, tekstur, bentuk dan ruang secara kreatif 3. Boleh melahirkan idea dalam bentuk lakaran 4. Boleh memilih peralatan/prop yang sesuai untuk main peranan 5. Boleh melakonkan peranan-peranan x Tampal Apa? x Mari Menghias Kotak x Sembur Warna x Pekerjaanku x Kayu Berirama x Mari Menari x Bunyi Apa Tu?


Kurikulum PERMATA Negara 104 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti tertentu seperti ahli keluarga 6. Kemahiran mendengar dan bertindak balas terhadap pelbagai rentak muzik semakin kukuh 7. Suka dan menghayati mendengar pelbagai bunyi dari objek di persekitaran MODUL 4 – Peringkat Umur 2 hingga 3 Tahun (2-3 Tahun) Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian 1. Yakin kebolehan diri sendiri, boleh mengawal perasaan dan patut arahan 2. Mempunyai nilai diri dan nilai sosial yang baik seperti suka menolong, mengambil giliran, ramah mesra, kasih sayang 3. Seronok/suka jika dapat mencipta sesuatu 4. Boleh mengenali emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain 5. Mahir bergaul dengan rakan sebaya dan dapat memahami perasaan orang lain 6. Cintakan alam semulajadi 7. Bersyukur dan mengagumi kebesaran Tuhan x Sayang Diri Saya x Perasaan Saya x Keluarga Saya x Rumah Saya x Jom Main SamaSama x Sayangi Alam Sekitar 2. Bahasa, Komunikasi, Dan Literasi Awal 1. Lebih mahir mendengar, bercakap dan berbual 2. Boleh membuat ayat-ayat mudah 3. Minat dan suka membaca 4. Sangat berminat menconteng, melakar dan melukis serta ’menulis’/awal tulisan. 5. Mempunyai bilangan perbendaharaan kata melebihi 150 perkataan x Pesanan Untuk Mama x Nak Dengar Lagikah? x Oh, Ini Wajahku x Ini Buah Apa? x Bilik Air Saya x Jom Ke Tandas 3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik 1. Boleh mengumpul objek megikut jenis 2. Mengetahui kedudukan dan ruang dalam, luar, atas, bawah, turun, naik 3. Boleh membandingkan saiz, ketinggian dan bentuk, termasuk bentuk tiga dimensi x Wajahku wajahmu x Siapa Lebih Tinggi x Cepatnya Tumbuh x Seronoknya Mandi x Sama Banyak x 1…2…3…


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 105 Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 4. Boleh menyebut nombor 1 hingga 10 5. Boleh membezakan simbol nombor dari abjad 6. Mengenali konsep nombor 1, sifar, ada, tiada 7. Sudah boleh menyelesaikan masalah mudah x Ular Bernombor 4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran 1. Kemahiran meneliti sesuatu benda menggunakan deria semakin meningkat 2. Perbendaharaan kata berkaitan dunia persekitaran bertaambah 3. Sudah mahir berfikir, bertanyaa dan menaakul 4. Keinginan yang tinggi untuk mengguna dan melakukan sendiri alat-alat teknologi dan ICT 5. Boleh membeza warna, tekstur, bentuk dan ruang dengaan lebih baik x Oooh, Sejuknya, Ouuch, Panasnya’ x Hey, Di Mana Ia Hilangnya x Tenggelam Dan Timbul x Bakul Harta Karun x Masam-Masin-Manis x Sentus Dan Ramas x Cok-Cak, Bunyi Air Dikocak 5. Fizikal dan Psikomotor 1. Kemahiran motor kasar dan keseimbangan badan semakin meningkat 2. Kemahiran motor halus dan koordinasi mata – tangan juga bertambah baik 3. Sudah pandai mengurus diri seperti menukar pakaian, mengguna tandas, makan, minum 4. Mengamalkan makanan sihat, kebersihan diri dan penjagaan kesihatan; x Mari Buat Sandwich Wajah x Lompat Si Katak Lompat x Saya Lapar x Tanganku Bersih x Senyumku Menawan x Dam Dam Dum! x Saya Tak Jatuh 6. Kreativiti Dan Estetika 1. Membina kebolehan kanak-kanak mencampurkan warna asas untuk menghasilkan warna baru 2. Membina kemahiran memilih alat dan bahan untuk menghasilkan sesuatu 3. Memupuk kebolehan melahirkan idea dalam bentuk mengambar 4. Membina kebolehan menghargai alam sekitar/hasil seni 5. Membina kebolehan memilih peralatan (prop) yang sesuai untuk main peranan 6. Mengukuh kemahiran mendengar dan menghasil pelbagai rentak bunyi 7. Membina kemahiran mengekspresikan perasaan melalui muzik x Wow, Cantiknya. x Corak Warna Warni x Cantum Cantum x Ee, Ulat Bulu x Bayang-Bayangku x Rama-Rama Terbang Tinggi


Kurikulum PERMATA Negara 106 SeƟ ap Anak PERMATA Negara MODUL 5 – Peringkat Umur 3 hingga 4 Tahun (3-4 Tahun) Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian 1. Membina keyakinan diri 2. Boleh mengawal diri, patuhi arahan 3. Telah ada nilai-nilai murni dalam diri, dan boleh berkongsi, bekerjasama, mengambil giliran, dan membantu orang lain 4. Menunjukkan perasaan kasih sayang dan persahabatan 5. Menghormati orang lain 6. Cintakan alam semula jadi 7. Sentiasa rasa bersyukur 8. Mengagumi kebesaran Tuhan x Wajah Saya x Jaga Kebersihan Diri x Datuk Dan Nenek Saya x Pohon Keluarga x Bentuk Apa? Aktiviti Tambahan (Kerohanian) Untuk Kanak-Kanak Islam x Mengingati Allah x Allah Rahmati Ibubapa Kita x Allah Pencipta Alam Semesta x Alam Semulajadi Sangat Indah x Nasyid Bismillah 2. Bahasa, Komunikasi, Dan Literasi Awal 1. Boleh menyatakan idea dan perasaan 2. Boleh mengaitkan perkataan dengan objek dan peristiwa; 3. Boleh membina ayat yang lengkap. 4. Mengambil giliran dalam perbualan. 5. Boleh menuturkan ayat yang mesra dan sopan, dan tahu bertatasusila dalam percakapan (cth: mengucapkan terima kasih, selamat pagi, dsb). 6. Memahami cerita dan boleh menceritakan semula cerita yang mudah; 7. Minat membaca dan menulis x Rumahku Syurgaku x Saya Sayang Keluarga Saya x Bentuk Apa Yang Ada Di Luar Sana? x Warna Ada Di ManaMana x Kereta Saya x Bercerita: Ikan Dalam Air x Keluargaku x Anggota Badan Saya x Mari Membaca Bersama 3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik 1. Boleh membanding, membeza, mengumpul, mengelas, mengenali corak dan pola serta rentak muzik. 2. Faham konsep kedudukan dalam ruang, jarak, masa dan kelajuan. 3. Mengecam bentuk-bentuk geometri di persekitaran x Mengenali Diri Saya x Saya Sudah Besar! x Apa Yang Dua? x Susun Bongkah! x Atas Dan Bawah x Cuba Ingat Objek Apa?


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 107 Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 4. Boleh menyebut nombor mengikut urutan, faham konsep nombor dan boleh memadan bilangan objek dengan simbol nombor; 5. Mengetahui sebab-akibat sesuatu kejadian; 6. Boleh menyelesaikan masalah mudah. x Kotak Kecil Kotak Besar x Mari Naik Turun x Tenggelam Timbul x Mari Membilang x Bermain Congkak x Memadan Nombor x Berapa Banyak? x Tulis Nombor x Jom Susun Warna x Mana Barang Saya? x Menuang Air Dalam Bekas 4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran 1. Menguatkan penggunaan deria 2. Boleh menggabungkan deria dengar, lihat, sentuh bau dan rasa dalam pemerhatian 3. Faham bagaimana menyiasat secara saintifik, seperti membuat pemerhatian, meramal, mengeksperimen, merekod, membuat perkaitan, merumus 4. Faham konsep asas tentang ciri-ciri benda hidup/bukan hidup, alam bahan, alam semesta, dan alam fizikal 5. Membina kemahiran asas penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian x Bunyi Di Sana Sini x Tiru Bunyi Haiwan x Rasai Gerakan Angin x Memerhati Haiwan Bergerak x Lihat Bola Bergolek x Bayang-Bayang x Memerhati Ikan x Jom Main Buih Sabun! x Mari Hasilkan Bunyi 5. Fizikal dan Psikomotor 1. Boleh mengawal pergerakan motor halus 2. Mahir melakukan pergerakan motor kasar seperti mengayuh basikal 3. Boleh mengimbang badan, memanjat, menaiki tangga dan bergayut 4. Boleh menjaga keselamatan diri ketika aktiviti 5. Boleh mengurus diri: mengguna tandas, memakai kasut, kemas diri, simpan barang dan makan 6. Mahir menggunakan alat muzik dan teknologi x Tunjukkan Saya x Jom Nyanyi SamaSama x Mari Bermain Doh. x Merangkak Dalam Terowong x Mari Kenal Warna x Jom Tarik 6. Kreativiti Dan Estetika 1. Kreatif mencampur warna untuk menghasilkan warna baru. 2. Mahir memilih alat dan bahan untuk x Membuat Capan Tangan


Kurikulum PERMATA Negara 108 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti menghasilkan sesuatu yang kreatif. 3. Boleh melahirkan idea kreatif dalam pelbagai cara dan kaedah seperti dalam lakaran, lukisan, model, muzik, pergerakan, lagu, penggunaan alat, dan penyelesaian masalah. 4. Menghargai dan memelihara alam sekitar atau hasil seni dengan bimbingan. x Mewarna Batu x Warna Di Alam Semulajadi x Bunyi Dari Anggota Badan x Mari Hasilkan Bunyi MODUL 6 - Untuk Kanak-Kanak 4+ Tahun (Tambahan) Bidang pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian 1. Boleh berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan di TASKA 2. Boleh menerima perubahan tempat/ suasana/ arahan dengan hati terbuka dan positif 3. Menunjukkan sifat tekun dan rajin dalam menyiapkan tugasan 4. Boleh mencuba suatu yang baru dengan bimbingan 5. Bertanggungjawab, adil dan saksama 6. Boleh melakukan tugas yang diberikan dalam aktiviti kumpulan 7. Boleh menyumbang dan menyatakan idea sendiri dalam aktiviti kumpulan 8. Meluahkan rasa syukur dan menunjukkan penghargaan xMari Menabung xKami Cakna (We Care) xBersyukur Dengan Apa Yang Ada *Menjalankan Projek Yang Bersesuaian 2. Komunikasi, Bahasa Dan Literasi Awal Kemahiran mendengar: 1. Boleh memberi reaksi terhadap isi cerita, lagu, puisi dalam Bahasa Malaysia 2. Mampu melakonkan watak-watak dalam cerita, lagu, puisi secara verbal dan non-verbal 3. Menumpukan perhatian terhadap arahan 4. Menumpukan perhatian terhadap bunyibunyi yang didengar x Mari Berteduh x My Magic Box x Looking Out Of The Window * Pendidik boleh menyesuaikan aktiviti dengan projek yang dilaksanakan


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 109 Bidang pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Kemahiran bertutur: 1. Berinteraksi secara sopan 2. Bertutur dengan jelas dan yakin 3. Boleh bersoal jawab berkaitan rangsangan yang dikemukakan 4. Mampu meluahkan imaginasi melalui bahasa yang sesuai 5. Menceritakan semula cerita yang didengar 6. 10.Bercerita mengikut urutan peristiwa Kemahiran membaca-Literasi awal: 1.Menyatakan perkaitan gambar dengan cerita yang telah dibacakan Bacaan awal: 1. Dapat membaca frasa yang mengaitkan objek konkrit atau bahan maujud (contohmeja biru) 2. Dapat membaca ayat tunggal , mengenali tanda bacaan 3. Dapat mengulas dan menjawab soalan berkaitan isi cerita Awal Tulisan: 1. Dapat meniru tulisan nama sendiri, perkataan lain atau label di persekitaran 2. Boleh meletakkan tanda bacaan mudah seperti noktah, tanda soal dalam ayat yang ditulis. Kemahiran berfikir: Dapat mereka cipta cerita, lagu, irama, muzik dan puisi berdasarkan tahap kemahiran 3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik Awal Nombor: 1. Boleh mengasing, mengumpul, mengelas, memadan menyusun/mengatur, membuat x Jom Memancing x Mari Menyusun Corak x Jom Beli Belah


Kurikulum PERMATA Negara 110 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bidang pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti perbandingan, mencari persamaan dan perbezaan dan menyatakan arah 2. Boleh mengecam pelbagai bentuk dan pola 3. Boleh mengukur menggunakan alat ukuran Membilang: 1. Membilang nombor sehingga 50 2. Menunjukkan pemikiran logik 3. Kemahiran asas dalam pengendalian komputer *Membuat Projek Yang Bersesuaian 4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran 1. Boleh membuat pemerhatian dan mengelaskan 2. Suka meneroka persekitaran dan menjalankan eksperimen mudah 3. Membuat penaakulan, ramalan, anggaran, banding-beza dan menyelesaikan masalah 4. Menggunakan alat-alat teknologi mudah 5. Mengetahui benda hidup, tinggal dalam persekitaran yang berbeza 6. Memahami bumi adalah tempat manusia dan semua makhluk tinggal 7. Mengecam kedudukan bulan matahari, bintang dan planet di angkasa lepas 8. Mengetahui matahari memberikan cahaya dan haba 9. Menyatakan jenis-jenis perubahan cuaca 10. Menamakan pelbagai bahan semulajadi yang terdapat di muka bumi 11. Menyatakan objek boleh bergerak apabila ditolak atau ditarik 12. Menamakan sumber bunyi dihasilkan oleh pelbagai objek x Tempat Tinggal Haiwan x Tolak Dan Tarik x Sistem Solar *Membuat Projek Yang Bersesuaian 5. Fizikal dan Psikomotor Kemahiran Motor Kasar: 1. Mengimbangi badan semasa mendarat dengan sebelah kaki dan semasa mengayuh basikal 2. Meningkatkan koordinasi mata- tangan x Bermain Teng-Teng x Bermain Hoki x Gunting Dan Tampal


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 111 Bidang pembelajaran Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti kanak-kanak semasa membaling/menyambut bola 3. Meningkatkan kemahiran pergerakan badan untuk menghayun buaian 4. Meningkatkan keupayaan mengimbangi badan di atas titian Kemahiran Motor Halus: 1. Mengkoordinasikan pergerakan otototot jari semasa menekap, melakar, mengguna peralatan kutleri, menggunting, menyusun dan mencantum puzzle *Membuat Projek Yang Bersesuaian 6. Kreativiti Dan Estetika 1. Bersyukur dan menghargai kewujudan pelbagai makhluk dan menyayangi ciptaan Tuhan 2. Mengekspresikan apa yang didengar melalui pergerakan kreatif 3. Menggunakan pelbagai bahan untuk melahirkan idea dalam membina model 4. Melakonkan watak mengikut kreativiti 5. Mereka cerita mengikut daya imaginasi sendiri dalam bentuk gambaran, kolaj, buku skrap x Haiwan Peliharaan x Hari Jadi x Katak Yang Berlagak *Membuat Projek Yang Bersesuaian


Kurikulum PERMATA Negara 112 SeƟ ap Anak PERMATA Negara PERSEKITARAN PEMBELAJARAN 6.1 Keperluan Kemudahan Pembelajaran di Taska Hasil berbagai kajian mengenai amalan asuhan dan didikan awal kanak-kanak menunjukkan bahawa kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek: x keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan; x kawasan luaran serta sekitaran yang boleh merangsang minda, fizikal dan emosi kanak-kanak; dan x kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang berkualiti dan memenohi keperluan kanak-kanak. Kemudahan pembelajaran yang baik adalah sangatlah penting bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dan berpanjangan. Malahan kemudahan fizikal dan sekitaran luaran boleh berperanan sebagai guru ketiga kepada kanak-kanak selepas ibu-bapa dan tenaga pendidik di pusat didikan awal. Oleh itu kemudahan fizikal dan pembelajaran pusat didikan awal perlulah menyumbang kepada pembinaan keyakinan, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di pusat-pusat tersebut. (a) Ciri-Ciri Premis Ciri-ciri premis bagi TASKA hendaklah dipastikan mempunyai kemudahan dan sekitaran pembelajaran yang memenuhi kriteria berikut: x memenuhi keperluan saiz fizikal kanak-kanak bawah 4 tahun; x memenuhi keperluan dan selaras dengan aktiviti dan teknik pembelajaran Kurikulum Kebangsaan ; x berupaya untuk merangsang pertumbuhan dan menyokong perkembangan pembelajaran kanak-kanak; x mempunyai ciri-ciri mesra kanak-kanak; dan x seboleh mungkin memilih bahan yang dibuat dari bahan tempatan untuk menimbulkan rasa hormat kepada alam semulajadi.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 113 (b) Konsep Premis Bangunan secara keseluruhannya hendaklah mengikut konsep mesra kanak-kanak (child-friendly) bersesuaian dengan fungsi utamanya sebagai pusat asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 4 tahun. 6.2 Aspek Fizikal Taska Persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang disediakan di TASKA perlu merangkumi dua aspek utama iaitu aspek fizikal dan aspek sosial. Aspek fizikal melibatkan ruang dalam dan luar TASKA seperti alatan, susun atur bilik, ruang-ruang pembelajaran, taman permainan dan kemudahan fizikal yang lain. Aspek sosial pula merangkumi emosi, hubungan interpersonal, interaksi dan masa yang diberi untuk sesuatu aktiviti dijalankan. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah memastikan pelan atau reka bentuk premis sama ada yang diubahsuai, dinaiktaraf atau dibina baru memenuhi keperluan fizikal kanakkanak. Contohnya, ketinggian sinki, tandas atau kemudahan lain mestilah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak. Premis juga mestilah memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Bomba. Premis juga mestilah menampakkan ciri-ciri keceriaan yang boleh menarik minat kanakkanak untuk berada dalam TASKA. Secara keseluruhannya, premis TASKA perlu mewujudkan keyakinan dalam diri kanak-kanak dan keluarga mereka bahawa kanak-kanak tersebut akan selamat dan gembira secara fizikal dan psikologikal semasa di TASKA. Dengan adanya rasa selamat dan dilindungi, kanak-kanak akan lebih bebas meneroka, berkeyakinan, berani mencuba dan menikmati pelbagai pengalaman kehidupan yang menyeronokkan. Kanak-kanak juga harus berpeluang menikmati pembelajaran dan pengalaman dalam ruang yang selesa untuk pergerakan dan penerokaan mereka, sesuai dengan Peraturan 24(1), (2) dalam Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (di Institusi) 1985 yang menggariskan bahawa seorang kanak-kanak perlu mempunyai ruang seluas sekurang-kurangnya 3.5 meter persegi di TASKA. Perincian tentang saiz, keperluan, ciri-ciri dan maklumat lanjut bagi kesemua persekitaran dalam dan luar TASKA boleh dirujuk daripada buku-buku Piawaian Pelaksanaan Prosedur Pusat Anak PERMATA Negara, Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal dan Garis Panduan Penyediaan Peralatan. a) Ruang Persekitaran Fizikal dalam TASKA Program pembelajaran adalah berasaskan konsep terbuka atau open concept di mana aktiviti pembelajaran kanak-kanak dijalankan secara aliran bebas atau free flow. Ruang persekitaran fizikal di TASKA terdiri daripada ruang aktiviti, ruang-ruang pembelajaran kendiri, bilik-bilik yang dikhususkan untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur, ruang pelbagai guna


Kurikulum PERMATA Negara 114 Se ap Anak PERMATA Negara dan ruang-ruang lain seperti dapur, ruang makan, ruang rehat/tidur, bilik air kanak-kanak, bilik air dewasa, ruang menunggu, ruang pejabat dan stor. TASKA juga menyediakan ruang atau bilik rundingan bagi tujuan perbincangan bersama ibu bapa, pakar psikologi, pakar perubatan dan sebagainya. a) Penyedian Bilik-Bilik Khas Mengikut Peringkat Umur Kanak-Kanak di TASKA Terdapat (3) tiga bilik yang disediakan berdasarkan peringkat umur kanak-kanak iaitu: Bilik Bayi – bilik khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 bulan. Bilik ini perlu mempunyai ruang untuk kanak-kanak belajar bergerak dan merangkak. Bilik kanak-kanak 1 hingga 3 tahun – bilik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Ruang bergerak dan bermain perlu selesa untuk kanak-kanak pada umur berkenaan. Bilik kanak-kanak 3 hingga 4 tahun – bilik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun juga perlu ruang yang cukup untuk bergerak, bermain dan melaksanakan aktiviti pada peringkat umur mereka. Ruang Pelbagai Guna. Ruang pelbagai guna merupakan ruang atau bilik untuk persalinan, hias diri atau aktiviti lain mengikut kesesuaian saiznya. Ruang ini dilengkapi dengan peralatan yang sesuai untuk tujuan tersebut seperti cermin untuk hias diri atau aktiviti mengenal diri dengan saiz yang bersesuaian dengan kanak-kanak. b) Ruang Aktiviti dan Pembelajaran TASKA Ruang aktiviti di TASKA merupakan ruang terbuka di mana aktiviti pembelajaran kanakkanak dijalankan secara aliran bebas. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam ruang ini termasuklah circle time, perhimpunan, nyanyian dan pergerakan kreatif. Sekiranya aktiviti pembelajaran melibatkan penulisan atau lukisan, kanak-kanak dibimbing bagi menjalankan aktiviti tersebut di meja tulis yang sesuai. Ruang-ruang pembelajaran di TASKA merupakan sebahagian daripada ruang aktiviti, berada dalam bilik-bilik yang dikhususkan mengikut tahap umur kanak-kanak. Ruang-ruang pembelajaran merangkumi keenam-enam bidang perkembangan kanak-kanak yang disebutkan dalam kurikulum ini.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 115 Ruang-Ruang Pembelajaran dalam TASKA PERMATA Ruang Cadangan aktiviti Contoh Bahan dan Alatan Ruang manipulatif x Kanak-kanak berpeluang bermain dan meningkatkan kemahiran motor dan berfikir. x Kanak-kanak boleh menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta x Blok, manik, doh, puzzle Ruang bacaan x Kanak-kanak berpeluang membaca buku-buku bergambar x Kanak-kanak boleh mendengar cerita dari peralatan audio x Kanak-kanak boleh menonton video untuk meningkatkan kemahiran literasi dan komunikasi mereka x Buku-buku cerita bergambar x Poster, kad imbasan, ensiklopedia bergambar untuk kanak-kanak x Peralatan audio-visual Ruang main peranan x Kanak-kanak menggunakan daya imaginasi mereka bermain dengan peralatan yang disediakan x Melakonkan pelbagai watak dan peranan mengikut kegemaran mereka x Peralatan memasak asas x Peralatan hias diri (sikat, cermin, bedak) x Uniform untuk pekerjaan tertentu Ruang seni dan kreativiti x Menggunakan kreativiti mereka dalam lukisan dan rekacipta x Menggunakan pelbagai props untuk menghasilkan pergerakan kreatif dan ekpresif diri. x Bermain alat muzik mengikut rentak dan lagu x Peralatan dan bahan untuk melukis dan mewarna x Bahan untuk pergerakan kreatif x Pentas persembahan dan kostum x Alat-alat muzik Ruang Teknologi x Menggunakan peralatan teknologi untuk mendapatkan maklumat sebagai bahan pembelajaran x Komputer, kamera, kamera video. x Cakera padat untuk pembelajaran yang bersesuaian mengikut bidang pembelajaran dan peringkat umur kanakkanak


Kurikulum PERMATA Negara 116 SeƟ ap Anak PERMATA Negara c) Ruang Persekitaran Fizikal Luar TASKA PERMATA Ruang persekitaran luar TASKA diberi perhatian yang serius memandangkan kanakkanak melalui proses pembelajaran dan memperoleh pengalaman daripada persekitaran di luar TASKA yang pelbagai. Ruang Fungsi Taman Permainan Taman permainan biasanya dikelilingi pagar atau pokok-pokok bagi mewujudkan ruang di mana kanak-kanak dapat bermain dalam satu kawasan yang selamat. Alat-alat permainan yang boleh disediakan termasuk buaian, jongkang-jongket, gelongsor, terowong, monkey bar dan pondok. Alas getah (bounce back rubber mat) untuk taman permainan perlu mencukupi dan mampu menyerap hentakan. Ruang Main Air Ruang ini diwujudkan supaya kanak-kanak meneroka fenomena alam yang berlaku berkaitan air seperti objek timbul atau tenggelam, bagaimana objek yang sama boleh timbul dan tenggelam, menikmati aliran air dan perasaan apabila air terkena pada kulit dan pengekalan isi padu air dalam bekas yang berbeza. Ruang Main Pasir. Ruang main pasir yang memberi peluang kanak-kanak meneroka dan belajar tentang alam daripada aktiviti bermain di mana kanak-kanak dapat menyentuh butir pasir dan membezakan tekstur butir pasir yang berbeza saiz. Kanak-kanak berpeluang melihat bahawa pasir juga akan mengikut bentuk bekas semasa membuat istana pasir. Persekitaran untuk Kanak-Kanak Meneroka Kanak-kanak boleh membuat penerokaan di semua bahagian TASKA, namun demikian persekitaran ini disediakan untuk memberi peluang kanak-kanak meneroka alam semula jadi dalam konteks yang lebih luas di luar bangunan TASKA. Kawasan ini boleh ditanam dengan pelbagai pokok yang sesuai, yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak dan tidak berbahaya. Ruang untuk Aktiviti Menanam TumbuhTumbuhan. Kanak-kanak belajar melalui membuat dan meneroka. Pengalaman menanam sendiri tumbuh-tumbuhan yang sesuai akan merangsang pembelajaran dan pengetahuan mereka tentang keperluan untuk tumbuhtumbuhan hidup dan membesar, perubahan yang berlaku semasa tumbuh-tumbuhan membesar.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 117 6.3 Aspek Pembelajaran Sosial Persekitaran Pembelajaran yang Menggalakkan Interaksi Sosial di TASKA Bagi memastikan semua aspek fizikal digunakan secara berkesan persekitaran interaksi memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran mereka secara berkesan dan menyeluruh. TASKA perlu mengambil kira beberapa aspek interaksi sosial yang penting iaitu: x Penglibatan pendidik sebagai fasilitator untuk membantu kanak-kanak memahami aktiviti yang dijalankan x Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan merangsang perkembangan minda kanak-kanak, x Aktiviti yang meningkatkan perasaan ingin tahu, x Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain secara bebas untuk merangsang minat untuk meneroka dan mencari maklumat x Kanak-kanak bebas mencuba perkara baharu dan berfikir secara kreatif. x Aktiviti secara berkumpulan digalakkan supaya kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan sebaya Persekitaran interaksi sosial TASKA yang diwujudkan dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan (ABP) kanak-kanak di mana susun atur, peralatan, hiasan, alat perabot dan semua kemudahan pembelajaran mengambil kira tahap perkembangan kanakkanak, minat, budaya, latar belakang dan perbezaan individu. Aspek psikologi juga diberi perhatian dengan mengambil kira supaya kanak-kanak berasa selamat berada di TASKA dan berasa seronok serta teruja melakukan aktiviti yang pelbagai, mencabar dan memantapkan konsep kendiri mereka. Perhubungan dan interaksi yang penuh dengan kemesraan antara kanak-kanak dengan rakan, kanak-kanak dengan pendidik dan antara pendidik dengan ibu bapa amat digalakkan. Ruang-ruang lain. Ruang-ruang lain yang ada di bahagian dalam TASKA merangkumi Dapur : Ruang dapur digunakan untuk penyediaan makanan, minuman dan susu untuk bayi dan kanak-kanak. Ruang dapur perlu dilengkapi dengan kabinet untuk menyimpan bahan makanan kering, pinggan-mangkuk dan kain lap secara berasingan. Ruang dapur juga perlu mempunyai pengudaraan yang mencukupi dan digalakkan mempunyai penyedut asap (hood). Ruang Makan: Ruang makan disediakan bersebelahan dengan dapur dan dilengkapi dengan meja yang sesuai serta sinki untuk kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan.


Kurikulum PERMATA Negara 118 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Ruang Rehat/Tidur: Ruang rehat/tidur disediakan untuk kanak-kanak berehat dilengkapi peralatan yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak berehat/tidur. Bilik Air/Tandas Kanak-Kanak: Bilik air kanak-kanak terdiri daripada tandas, sinki dan tempat mandi yang dilengkapi pancur air mandi dan mengikut saiz kanak-kanak. Bilik air perlu disediakan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Ruang Menunggu: Ruang menunggu disediakan berhampiran pintu masuk hadapan sebagai kawasan penerimaan kanak-kanak dan daftar keluar masuk kanak-kanak setiap hari. Ruang Pejabat: Ruang pejabat perlu untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan TASKA. Selain daripada itu, ruang pejabat juga perlu dilengkapi kabinet yang sesuai untuk menyimpan rekod dan dokumen berkaitan kanak-kanak. Stor: Stor disediakan untuk menyimpan peralatan untuk pembelajaran dan alat cucian secara berasingan. Jika ruang di TASKA tidak mencukupi, kabinet khusus perlu disediakan untuk tujuan berkenaan. Ruang Atau Bilik Rundingan Ruang untuk tujuan rundingan,digunakan untuk perbincangan dan konsultansi antara pendidik dengan ibu bapa atau dengan pakar-pakar yang terlibat dalam perkembangan, pengesanan awal dan intervensi awal kanak-kanak. 6.4 KEMUDAHAN PERALATAN PEMBELAJARAN Bagi membolehkan pendidik melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara dengan lebih berkesan dan bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, penyediaan kemudahan dan peralatan pembelajaran yang sesuai memainkan peranan penting. Peralatan pembelajaran yang disediakan di TASKA tidak perlu diseragamkan jenis, kuantiti atau rupa tetapi mestilah diselaraskan fungsinya dengan keperluan aktiviti pembelajaran yang dirangkumi dalam kurikulum agar dapat merangsang perkembangan menyeluruh kanakkanak. Peralatan pembelajaran yang digunapakai adalah selaras dengan aktiviti dan teknik pembelajaran berdasarkan kepada 6 bidang pembelajaran PERMATA.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 119 Jenis peralatan dan perabot Jenis Peralatan Peralatan Pembelajaran x Peralatan muzik x Peralatan manipulatif x Peralatan kognitif (Awal Matematik dan Awal Sains) x Peralatan main peranan (Role Play) x Peralatan fizikal dan sukan x Bahan bahasa dan literasi x Peralatan seni Peralatan Pejabat: Perabot dan peralatan untuk menguruskan pentadbiran TASKA x Meja x Kerusi, x Kabinet fail, x Alat tulis Perabot ruang pembelajaran dan tidur kanak-kanak x Rak menyimpan barang permainan x Rak buku x Easel x Meja dan kerusi kanak-kanak: x Katil kanak-kanak Peralatan Dapur: Penyedian susu dan makanan kanak-kanak x Peralatan untuk memasak x Peralatan kulinari x Tuala-tuala x Bekas menyimpan makanan x Pinggang/mangkuk x Peralatan penyedian susu bayi dan kanak-kanak Peralatan Elektrik dan Elektronik: - Pejabat - Pembelajaran - Dapur - Kebersihan x Televisyen x Radio x Pemain cakera padat x Pembersih hampagas x Telefon x Mesin faks x Komputer x Printer x Periuk nasi x Pengisar makanan x Cerek/ Pemanas air x Peti Sejuk x Mesin basuh Peralatan Kebersihan kanakkanak Peralatan Mandian bayi dan kanak-kanak x Sabun x Shampoo x Ubat/berus gigi x Tuala (tangan dan mandi) x v. Sikat/bedak


Kurikulum PERMATA Negara 120 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Jenis Peralatan Peralatan Kebersihan TASKA - Peralatan cucian x Penyapu/mop x Bahan cucian lantai x Alas kaki x iv. Tuala NOTA: Semua keperluan peralatan dan perabot di atas adalah sebagai panduan bagi membolehkan sesebuah TASKA beroperasi dengan lebih baik. Pihak TASKA boleh menyediakan peralatan tambahan sekiranya perlu mengikut keperluan dan kemampuan. Selain daripada ruang-ruang khusus yang telah dinyatakan, kelengkapan lain seperti pondok, bangku, meja, sinki dan stor untuk penyimpanan pelbagai alatan luar disediakan di persekitaran luar TASKA. Selain tempat berehat, pondok, bangku dan meja digunakan untuk aktiviti lain yang mahu dijalankan di luar bangunan seperti main buih sabun, membuat pelangi sendiri atau melukis objek di persekitaran luar TASKA. Sinki yang mencukupi perlu disediakan untuk kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti. Stor di bahagian luar TASKA digunakan untuk menyimpan peralatan luar seperti alat berkebun, hos paip yang panjang, bahan cucian dan peralatan untuk menjaga kebersihan luar TASKA.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 121 PEMERHATIAN DAN PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 7.1 Konsep Penaksiran Dalam Kurikulum Permata Negara Penaksiran ialah proses mengumpul dan menganalisis maklumat untuk tujuan menilai. Penaksiran yang ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara adalah untuk tujuan mengetahui kemajuan perkembangan kanak-kanak supaya pendidik dan ibu bapa dapat merancang intervensi yang sesuai untuk membantu atau memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Penaksiran dilakukan bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Daripada penaksiran ini, pendidik dapat memahami potensi dan keperluan setiap kanak-kanak, mengesan perkembangan mereka secara menyeluruh, mengenal pasti keperluan khas kanakkanak, merancang aktiviti dan strategi pendekatan pendidikan yang sesuai serta memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkembangan anak mereka. Secara tidak langsung ia dapat membantu menilai keberkesanan dan kualiti Kurikulum PERMATA Negara. Penaksiran kanak-kanak dilakukan melalui pemerhatian, dan bukan secara ujian atau peperiksaan. Pendidik melakukan pemerhatian kanak-kanak setiap masa sepanjang mereka berada di TASKA, dan semasa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan rutin. Penaksiran ini dinamakan penaksiran autentik dan dilakukan berterusan. Ia juga disebut sebagai penaksiran formatif. 7.2 Tujuan Pemerhati Dan Penaksiran Kanak-Kanak Tujuan Pemerhatian dan Penaksiran kanak-kanak adalah untuk: x Memahami keperluan setiap individu x Mengesan perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh dan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang keluarbiasaan x Mengenal pasti kelemahan atau kekuatan kanak-kanak x Merancang aktiviti/intervensi atau mengubahsuai strategi pembelajaran untuk menyesuaikan dengan keperluan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak x Menilai keberkesanan dan kualiti Kurikulum PERMATA Negara x Membolehkan ibu bapa menjalankan aktiviti lanjutan dengan kanak-kanak di rumah


Kurikulum PERMATA Negara 122 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 7.3 Prinsip Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak Pemerhatian dan penaksiran yang diamalkan di TASKA PERMATA adalah berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut: x Maklumat mengenai sesuatu penaksiran mestilah sah (valid), boleh dipercayai (reliable) dan telus. x Hasil dapatan penaksiran boleh dipercayai dan konsisten. x Pemerhatian dilakukan secara berterusan semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti seharian secara tidak formal untuk mendapat gambaran yang betul, bermakna dan tepat dengan pengalaman harian kanak-kanak. x Penaksiran mestilah berfokus kepada tingkah laku kanak-kanak dalam enam bidang pembelajaran Kurikulum PERMATA Negara. x Penaksiran harus mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza, selaras dengan tujuan penilaian dan objektif pembelajaran. x Penaksiran yang tepat mengambil kira sumbangan daripada pelbagai perspektif. x Penaksiran mesti melibatkan ibu bapa secara aktif dalam membentuk gambaran yang tepat mengenai perkembangan anak mereka. x Hasil penaksiran adalah sulit dan digunakan untuk membantu pembelajaran kanakkanak, bukan untuk dipaparkan atau dihebahkan. 7.4 Kaedah Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak Teknik Cara Pelaksanaan Laporan Pemerhatian (Naratif) 1. Rekod Anekdot: Pendidik PERMATA diwajibkan menulis rekod anekdot setiap kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ia boleh dilakukan dalam bentuk penulisan ringkas, tetapi tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang kanak-kanak. Rekod ini akan membolehkan pendidik melaporkan kepada ibubapa bila masanya perkembangan sesuatu kemahiran berlaku dalam diri kanka-kanak. Pendidik juga mestilah mendapatkan bantuan ibubapa untuk mengesahkan kemunculan sesuatu tingkahlaku pada kanak-kanak.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 123 2. Rekod Berterusan: Pendidik sangat digalakkan menulis catatan dalam bentuk cerita naratif perkara-perkara yang berlaku, atau yang dilakukan oleh individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dituturkan oleh kanak-kanak dicatat sepanjang pemerhatian dalam Rekod Berterusan. Log Anak PERMATA x Log Anak PERMATA adalah diwajibkan x Log ini terdiri daripada sebuah buku catatan yang perlu diisi oleh ibu bapa dan pendidik setiap hari. x Ibu bapa perlu mengisi maklumat berkaitan keadaan anak di rumah dan menyerahkan kepada pendidik di waktu pagi semasa datang ke TASKA x Pendidik PERMATA perlu mencatat dan menuliskan apa yang berlaku sepanjang hari kepada kanak-kanak semasa berada di TASKA dalam buku log ini dan diserah kepada ibubapa/ penjaga semasa mengambil kanak-kanak pulang. Senarai Semak PERMATA Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak: x Senarai semak ini merupakan satu instrumen untuk memberi petunjuk mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak yang normal. x Pendidik menggunakan senarai semak ini untuk memerhati dan merekod perkembangan kanak-kanak secara berkala tetapi berterusan. x Pendidik perlu memastikan penggunaan senarai semak yang bersesuaian mengikut tahap umur kanak-kanak dari umur 0-4 tahun yang diberikan semasa mengikuti Kursus PERMATA. Portfolio Anak PERMATA x Portfolio Anak PERMATA mengandungi semua koleksi maklumat tentang aspek pembelajaran dan pencapaian kanakkanak, yang menjadi bukti yang jelas tentang apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak di TASKA. Portfolio bukanlah hanya terdiri daripada hasil terbaik, tetapi kesemua hasil kerja kanak-kanak sepanjang berada di TASKA. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam folder, fail, kotak atau dalam bentuk CD.


Kurikulum PERMATA Negara 124 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Pendidik yang efektif akan sentiasa melakukan penaksiran untuk meningkatkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Penaksiran dan penilaian kanak-kanak di peringkat umur 0 hingga 4 tahun adalah berbeza. Pada umur ini kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah lebih pantas berbanding pada peringkat umur yang lain. Cabaran perkembangan yang berbeza mempengaruhi pilihan kaedah penaksiran. Kaedah penaksiran mesti bersesuaian dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan fizikal, bahasa, intelek dan sosio-emosi. Perkembangan kanak-kanak peringkat ini adalah pesat dan memerlukan penaksiran untuk mengenal pasti sama ada peningkatan perkembangan adalah normal. Sekiranya perkembangan tidak normal, prosedur penaksiran yang digunakan adalah penting dalam membuat keputusan mengenai kaedah intervensi yang bersesuaian 7.5 Pelaporan Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak Pelaporan wajib dilakukan secara berkala di TASKA. Ia merupakan proses penyampaian maklumat hasil daripada pemerhatian dan penaksiran yang dilakukan. Dengan ini, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu yang menjadi pemegang taruh akan mendapat maklumbalas yang sepatutnya mengenai pencapaian kanak-kanak dan keberkesanan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara. Pelaporan hasil pentaksiran kanak-kanak boleh dibuat dalam beberapa bentuk: a) Laporan Kemajuan Perkembangan Kanak-kanak (dalam enam bidang) dan kebolehan mengurus diri, serta isu berkaitan tingkah laku kanak-kanak jika ada (untuk dirujuk kepada pakar) b) Laporan Kesihatan (mengandungi maklumat pertumbuhan fizikal seperti ketinggian, berat, pemakanan, penyakit, alahan, tarikh vaksinasi/imunisasi dan BMI) dan keperluan khas kanak-kanak c) Laporan/Maklumat biodata dan demografik kanak-kanak


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 125 Contoh Dokumen Pemerhatian dan Penaksiran di TASKA PERMATA LOG HARIAN ANAK PERMATA 1-2 TAHUN NAMA ANAK PERMATA: ....................................................................................................................... TARIKH : __________________ HARI : ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS/JUMAAT DIISI OLEH IBU BAPA/PENJAGA 1. Tiba jam _______________ yang menghantar____________________. 2. Anak tidur nyenyak semalam? YA/TIDAK. Jika tidak mengapa?____________________________________________. 3. Anak sudah mandi/dibersihkan. YA/TIDAK. 4. Alatan/bahan yang dibawa. Perkara Kuantiti Perkara Kuantiti Perkara Kuantiti Botol susu/sip cup Botol Air Pakaian Lampin pakai buang Tuala Plastik (baju kotor) 5. Anak anda sihat? Ya/Tidak. Jika tidak: (item 5 dan 6 diisi oleh ibu bapa dan pendidik) Jika tidak, kenapa? ______________. Suhu __________. Ubat______________ 6. Keadaan fizikal (tanda dan catat di bahagian berkaitan). Depan Belakang Catatan:________________________________________ _______________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________


Kurikulum PERMATA Negara 126 SeƟ ap Anak PERMATA Negara DIISI OLEH PENDIDIK PERMATA PERKARA MASA KUANTITI/ KEKERAPAN CATATAN (PENDIDIK) CATATAN (IBU BAPA) SUSU - 10.00 pg. - 12.15 tgh. - 4.30 ptg. Beri 8oz, Minum habis 6oz Anis tidak habis minum susu MAKAN SARAPAN: 8.30 pg. SNEK/BUAH: 10.00 pg. MAKAN TENGAHARI : 11.30 pg. MINUM PETANG : 3.15 ptg. Nasi 1 senduk Ayam seketul kecil, sayur bayam 1 sudu teh Setengah keping karipap daging 1 cawan air kosong Anis makan dengan seronok dan Berjaya menghabiskan makanan yang di sediakan untuknya (Nanti cepat besar ye Anis -) Anis tidak habis makan karipap kenyang agaknya CIRCLE TIME Hari ni teacher baca buku tentang ‘Kucing saya.’ Anis bertepuk tangan dan tersenyum sambil menyebut “Cat”. AKTIVITI LUAR Nature walk –Hari ini Anis sangat tertarik dengan melihat pergerakan semut hampir 10 minit Anis memerhati pergerakan semut tersebut Main Pasir - Main Air - AKTIVITI PERMATA PAGI: 10.15 pg. PETANG: 4.00 ptg. MENGGOSOK GIGI - 12.45 tgh.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 127 Setiap Anak PERMATA Negara 127 TUKAR LAMPIN/ TANDAS MANDI - 12.00 tgh. - 3.30 ptg. TIDUR - 12.30 tgh. AKTIVITI BEBAS TINGKAH LAKU KESIHATAN/SAKIT/UBAT KEMALANGAN/ KECEDERAAN PULANG/PESANAN TANDATANGAN : ___________________ TANDATANGAN: .-------------------------------------------------- NAMA PENDIDIK ------------------------------- NAMA IBU BAPA --------------------------------------------------


Kurikulum PERMATA Negara 128 SeƟ ap Anak PERMATA Negara 7.6 Pengesanan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Kurikulum PERMATA Negara prihatin bahawa kadar perkembangan setiap kanak-kanak adalah tidak sama, walaupun secara umum perkembangan kanak-kanak biasanya akan mengikuti tren atau milestones yang sama. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan berkembang, adalah sangat penting kemajuan dan tren perkembangan mereka dikesan awal supaya dapat mengenalpasti sekiranya terdapat kelewatan (delay) atau sesuatu ketidakupayaan – maka boleh ditangani sejak awal lagi. Pengesanan awal bertujuan mengenal pasti sekiranya kanak-kanak mempunyai berkeperluan tertentu bagi membolehkan mereka mendapat perkhidmatan yang sewajarnya seawal usia mereka. Pengesanan awal biasanya dilakukan selepas bayi dilahirkan dan dilakukan oleh doktor menerusi Ujian APGAR. Ujian ini adalah untuk menentukan deria-deria bayi, terutama deria penglihatan, sentuhan dan pendengaran berfungsi dengan baik. Pengesanan awal juga digunakan untuk menentukan keperluan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berbagai. Terdapat kaedah penilaian tertentu untuk mengesan kekuatan dan keperluan kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Pengesanan awal akan membolehkan pendidik dan ibubapa mengambil tindakan awal menyediakan program intervensi kepada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di TASKA PERMATA, pengesanan awal adalah untuk menentukan perkembangan fizikal dan sosioemosional kanak-kanak sentiasa di dalam keadaan yang baik. Melalui pemerhatian yang berterusan, Pendidik akan dapat mengesan sekiranya kanak-kanak mengalami sesuatu masalah, fizikal atau sosioemosi - yang boleh kelak jika tidak diperbaiki akan menjejaskan pekermbangan normal kanak-kanak. Pendidik PERMATA dihendaki sentiasa memerhati kanak-kanak dan mencatatkan perkembangan mereka secara berterusan. Daripada rekod/catatan inilah pendidik boleh mengetahui sekiranya terdapat keadaan yang tidak normal atau meragukan. Sekiranya terdapat keraguan ini, maka pendidik hendaklah berbincang dengan ibubapa terlebih dahulu, tanpa membuat sebarang andaian atau kesimpulan, sebelum kanak-kanak dirujuk kepada pakar.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 129 7.7 Intervensi Awal Intervensi awal boleh dilakukan melalui aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran PERMATA untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Perkhidmatan intervensi awal dilaksanakan supaya dapat: i. Membantu kanak-kanak membesar secara normal ii. Mempertingkatkan perkembangan serta kemahiran urus diri kanak-kanak iii. Merujuk kanak-kanak kepada pakar/pengamal perubatan kerajaan. Cara menentukan kesan intervensi awal: i. Pemerhatian tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak ii. Pemerhatian motor halus serta tahap emosi kanak-kanak iii. Pemerhatian perlu direkod sebagai makluman kepada ibubapa iv. Pengubahsuaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan 7.8 Tanggungjawab Pendidik Pendidik bertanggungjawab membantu sewa kanak-kanak mencapai perkembangan yang normal walau bagaimanapun ada kanak-kanak yang lambat atau cepat perkembangannya. Apabila mendapati (dari pengesanan awal) terdapat kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri berkeperluan khas, maka pendidik hendaklah berbincang dengan ibubapa dan penjaga untuk membawa anak mereka berjumpa dengan pakar. Perkara ini perlu dilakukan dengan berhemah kerana bukan semua ibubapa boleh menerima hakikat bahawa anak mereka berkemungkinan tergolong dalam kategori kanak-kanak berkeperluan khas.


Kurikulum PERMATA Negara 130 SeƟ ap Anak PERMATA Negara PERANCANGAN, PENJADUALAN DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Pendidik perlu membuat perancangan tahunan pada setiap awal tahun dengan mengambil kira aspek asuhan dan enam (6) bidang perkembangan kanak-kanak. Selain itu, pendidik juga perlu mempertimbangkan bilangan minggu pembelajaran dan cuti umum dalam membuat perancangan tahunan. Manakala, bagi kanak-kanak 3-4 tahun, penekanan diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan tema. Pembelajaran bagi kanak-kanak yang lebih muda boleh juga dilaksanakan mengikut tema, tetapi tidak diwajibkan. Tema yang dipilih bermula dengan perkara yang konkrit kepada yang abstrak serta mengambilkira budaya tempatan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Pemilihan tema dibuat berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak bagi memudahkan mereka memahami persekitaran tentang diri dan keluarga; peristiwa yang berlaku; sambutan atau perayaan; bunyi dan objek; warna dan bentuk dan sebagainya. 8.1 Perancangan Tahunan, Bulanan Dan Harian Di Taska Perancangan tahunan disediakan bagi memudahkan pendidik merancang aktiviti dan program yang ingin dialksanakan sepanjang tahun mengikut tema ataupun peristiwa semasa yang berlaku pada tahun tersebut. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya pelaksanaannya akan berjalan dengan lancar. Semua pihak-pihak yang terlibat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan semua urusan semasa aktiviti/program dijalankan. Format Perancangan Tahunan TASKA Rancangan Tahunan bagi tahun: ............. TASKA PERMATA: .......................................... Bulan Tema/Projek Rancangan Aktiviti Kaedah Pelaksanaan Persediaan Keperluan/ Bahan Januari Contoh: “Diri saya” Februari Mac April ....dan seterusnya


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 131 Format Perancangan Bulanan TASKA Rancangan Bulanan bagi bulan: ....................... Tema/Projek: ........................................................ Minggu Sub Tema/ Fasa Projek Hasil Pembelajaran Aktiviti Bahan 1 2 3 4 I. Jadual Harian TASKA Jadual aktiviti Harian di TASKA disediakan bertujuan untuk memudahkan pendidik dan ibu bapa mengetahui dan memahami proses pembelajaran kanak-kanak sepanjang tempoh mereka berada di TASKA. Ianya juga memudahkan pendidik menyediakan semua keperluan bagi aktiviti yang akan dijalankan. Persedian awal pendidik amatlah penting supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan membantu mencapai hasil pembelajaran yang dijangka. II. Komponen-komponen Jadual Harian TASKA : Bagi melancarkan perjalanan program harian beberapa perkara perlu diambil kira dalam penyediaan jadual dan rutin harian seperti berikut: x Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak; x Peruntukan masa aktiviti; x Urutan aktiviti; dan x Keperluan asas kanak-kanak. Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti, tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak. Oleh yang demikian, beberapa perkara diambil kira dalam penyediaan jadual harian seperti contoh berikut. AKTIVITI PENERANGAN Ketibaan Apabila kanak-kanak tiba di TASKA, mereka disambut oleh pendidik dengan mesra dan kasih sayang sambil bersalaman dan bertanya khabar. Tubuh badan kanak-kanak diperiksa untuk memastikan mereka sihat dan tiada kecederaan. Ibu


Kurikulum PERMATA Negara 132 SeƟ ap Anak PERMATA Negara bapa/penjaga menandatangani Buku Rekod Kehadiran waktu datang, dan menyerahkan Log Anak PERMATA. Kanak-kanak masuk ke dalam TASKA dan bersedia untuk minum pagi dan mandi (jika belum mandi). Circle Time Circle time dijalankan pada waktu pagi di mana semua kanakkanak dan pendidik berkumpul bersama. Kanak-kanak duduk dalam kumpulan atau bulatan dan pendidik mengambil kedatangan dan kemudian menyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri, lagu PERMATA dan lagu-lagu patriotik yang mudah dan diiringi dengan muziknya. Selepas itu pendidik menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti ‘show and tell’, membaca, bercerita, melakukan pergerakan kreatif, dan sebagainya. Senaman Pagi Senaman pagi diadakan setiap pagi, sama ada di dalam atau luar TASKA. Pendidik menunjukkan gerakan-gerakan mudah untuk kanak-kanak lakukan. Muzik yang sesuai dipasang supaya dapat menceriakan keadaan. Aktiviti PERMATA Kanak-kanak melaksanakan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang seperti yang terdapat dalam Modul PERMATA 1 hingga 6, mengikut umur kanak-kanak. Pendidik boleh juga merancang aktiviti pembelajaran yang lain, tetapi hendaklah bersesuaian dengan umur kanak-kanak serta tema yang ditetapkan. Permainan Luar, Nature Walk, Main Air, Main Pasir Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di luar bangunan TASKA, pada waktuwaktu yang bersesuaian setiap hari. Walau bagaimanapun, aktiviti ini boleh diganti dengan aktiviti lain apabila keadaan tidak mengizinkan. Permainan Bebas Permainan bebas merupakan masa di mana kanak-kanak bebas memilih alat permainan atau aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pendidik. Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan di ruang tertentu seperti di bilik kanak-kanak, sudut/ruang yang tertentu, di mana kanak-kanak memilih permainan yang diminatinya. Pendidik membantu dan membimbing kanak-kanak ‘belajar’ semasa mereka bermain. Bercerita Aktiviti bercerita dijalankan untuk memberi peluang kanak-kanak meningkatkan kemahiran mendengar, memahami dan awal literasi. Kanak-kanak digalakkan mencerita semula atau mereka cerita sendiri dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Pendidikan menyediakan pelbagai bahan bacaan dan sudut untuk bercerita. Rutin Rutin ialah aktiviti asas harian yang berlaku setiap hari. Tujuan rutin diambil kira dalam jadual harian supaya dapat memenuhi keperluan asas pengasuhan kanak-kanak. Komponen asas rutin merangkumi sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, bersih diri,


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 133 mandi, penggunaan tandas, masa rehat dan tidur. Selain itu, amalan rutin lain yang ditekankan di TASKA PERMATA ialah: menyusun kasut di rak, menyimpan beg, mengemas dan menyimpan mainan selepas bermain dan membaca doa. Sekiranya kanak-kanak memerlukan masa yang lebih untuk rutin hariannya atau menyiapkan sesuatu tugasan, pendidik perlu membenarkannya. Rutin yang konsisten akan membantu kanakkanak berdisiplin dan mahir mengurus diri. Rehat dan Tidur Bayi dan kanak-kanak perlu diberi masa untuk rehat dan tidur yang cukup. Rehat dan tidur yang cukup dapat membolehkannya membesar dengan sihat, ceria dan selesa. Kanak-kanak di TASKA diperuntukkan masa rehat dan tidur selama satu setengah hingga dua setengah jam, manakala bayi memerlukan di antara tiga hingga tujuh jam sehari. Walau bagaimanapun, pendidik tidak boleh memaksa sekiranya kanak-kanak enggan tidur, sebaliknya berikan mereka aktiviti senyap dan diasingkan daripada kanak-kanak yang sedang tidur. Refleksi dan Pulang Kanak-kanak duduk dalam kumpulan dan mengimbas kembali apa yang telah dilakukan sepanjang hari di TASKA. Pendidik juga memberi pesanan kepada kanak-kanak untuk disampaikan kepada ibu bapa. Apabila ibu bapa mereka tiba, kanak-kanak bersalam dengan pendidik dan mengambil beg mereka sementara ibu bapa mereka membaca buku Log Anak PERMATA dan sekali lagi menandatangani Buku Rekod Kehadiran – Waktu Pulang. Transisi Transisi ialah waktu pertukaran antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Pendidik perlu memberi masa yang mencukupi supaya kanak-kanak dapat menyiapkan tugas yang diberikan serta mengemas peralatan dan bahan yang digunakan sebelum bertukar ke aktiviti yang lain. Jika ada kanak-kanak yang masih ingin meneruskan permainan dan belum bersedia untuk mengemas peralatan, pendidik perlu bijak memujuk dan menarik perhatian kanak-kanak.


Kurikulum PERMATA Negara 134 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Contoh Jadual Harian Kanak-kanak: 6-12 bulan MASA RUTIN-AKTIVITI Pagi Ketibaan/Ber main Bebas Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri Sarapan Pagi Senaman pagi/Pergerakan Kreatif/Meneroka Alam Sekitar Aktiviti bersama bayi x Muzik dan Nyanyian x Pergerakan Kreatif x Penerokaan Persekitaran Rutin Jagaan Asas Bersihkan Diri x Mandi x Tukar Pakaian/Tukar lampin Aktiviti Pembelajaran PERMATA Mengurut Bayi Minum Susu dan Menidurkan Bayi Aktiviti Pembelajaran PERMATA Aktiviti: x Kemahiran Motor (kasar dan halus) x Pemikiran logik Tengah hari Makan Tengahari Rutin Jagaan Asas x Bersihkan diri x Tukar Lampin/Pakaian x Tidur/Rehat Petang Bersihkan diri/tukar lampin Menyanyi bersama Aktiviti Pembelajaran PERMATA x Awal Literasi – berbual; membacakan buku/cerita x Perkembangan Deria- meneroka dan meneliti objek x Sosioemosi - berinteraksi x Bersihkan diri/Mandi x Tukar lampin/pakaian x Minum Susu Bersiap untuk pulang – beg dan peralatan peribadi Bercerita dan Menyanyi Bermain di luar


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 135 Contoh Jadual Harian Kanak-kanak: 2-3 tahun MASA RUTIN/AKTIVITI PAGI 7.30 pagi Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan kanak-kanak x Bertanya khabar x Menerima buku Log Anak PERMATA x Menanda/menulis kedatangan x Permainan Bebas - bermain di ruang pembelajaran - membaca buku bergambar Circle Time/ Senaman pagi Nyanyian - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif Sarapan Pagi Gosok gigi dan Bersih Diri/ mandi Bermain di Luar - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar Snek Aktiviti Pembelajaran PERMATA Aktiviti Bidang Perkembangan: - Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran - Perkembangan Fizikal - Perkembangan Kreativiti dan Estetika - Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Bercerita Aktiviti pembelajaran PERMATA Permainan Bebas di bimbing - Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri Tengah hari Makan Tengahari - Membaca Doa makan (sebelum dan selepas) - Minum susu


Kurikulum PERMATA Negara 136 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bersihkan diri/ Gosok gigi Menukar pakaian Petang Rehat dan Tidur Mandi/ Bersihkan diri Bercerita Minum Petang Aktiviti Pembelajaran PERMATA Aktiviti Pembelajaran PERMATA Negara - Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran - Perkembangan Fizikal - Perkembangan Kreativiti dan Estetika - Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Refleksi Waktu Pulang - membawa pulang Log Anak PERMATA Negara ( *Kanak-kanak Islam diasuh amalan berdoa, bersyukur dan adab-adab Islam pada waktu yang sesuai seperti pada permulaan aktiviti, sebelum dan selepas makan serta sebagainya) III. Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang disediakan oleh pendidik mestilah mengikut perancangan tahunan dan bulanan yang telah dibina. Tujuan menyediakan RPA adalah untuk dijadikan sebagai panduan bagi: x melaksanakan aktiviti secara fleksibel bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kesediaan kanak-kanak x membantu pendidik merancang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang bermakna untuk kanak-kanak x menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai x menentukan objektif pembelajaran mengikut tahap usia kanak-kanak x memilih teknik melaksanakan aktiviti yang berkesan x menyepadu bidang perkembangan kanak-kanak mengikut kesesuaian aktiviti.


Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 137 Format RPA adalah seperti berikut: Tajuk Aktiviti Objektif Pembelajaran: Bidang Pembelajaran: Cara pelaksanaan Apa yang pendidik dan kanak-kanak lakukan. Bahan/ Perbendaharaan Kata Pendidik: Kanak-kanak: Refleksi: Contoh Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Kumpulan : Nama Pendidik: Tarikh: TEMA TEMPAT TINGGAL HAIWAN Objektif Pembelajaran: x Membuat pemerhatian terhadap pelbagai jenis haiwan dan tempat tinggalnya x Mengelaskan haiwan berdasarkan jenis tempat tinggalnya x Meneroka persekitaran menggunakan deria x Menyatakan bahawa haiwan tinggal dalam persekitaran yang berbeza x Menjaga dan tidak merosakkan alam sekitar yang menjadi tempat tinggal haiwan dan makhluk lain. Cara pelaksanaan Bahan/ Perbendahraan kata Pendidik: x Tayang video tentang kehidupan haiwan x Bincang dengan kanak-kanak tentang nama-nama haiwan yang mereka lihat di dalam video; x Kemukakan soalan-soalan seperti: - Apakah nama haiwan yang adik lihat? - Di manakah haiwan itu tinggal? - Apakah makanan haiwan? - Berapakah kaki haiwan yang adik lihat itu? Bahan: Video : http://video.nationalgeogr aphic.com/video/kids/ Model haiwan Kotak Kertas lukisan Daun-daun Batang kayu


Kurikulum PERMATA Negara 138 SeƟ ap Anak PERMATA Negara - Adakah haiwan minum air? - Apa yang sedang dibuat oleh haiwan dalam video? x Beri galakan kepada kanak-kanak untuk mencuba mencipta habitat haiwan mengikut kreaviti mereka. x Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan x Berkongsi maklumat dengan kanak-kanak tentang habitat haiwan x Beri pujian setiap kali kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti. Kanak-kanak: x Menyusun model-model haiwan dan bahan-bahan lain untuk mencipta habitat haiwan x Melukis gambar haiwan dan habitanya berdasarkan model yang dibina. x Menunjukkan hasil kerja mereka x Mempamerkan semua hasil kerja di sudut yang disediakan Batu kecil Perbendaharaan kata: Haiwan Habitat – rumah atau tempat tinggal haiwan Sarang Hutan Air Refleksi: Pendidik perlu menyediakan RPA sebelum proses aktiviti pembelajaran berlaku kecuali item refleksi yang perlu dilengkapkan selepas aktiviti selesai dijalankan. Semasa aktiviti dijalankan pendidik perlu memerhati tindak balas kanak-kanak. Kanak-kanak juga digalakkan untuk bercerita tentang pengalaman mereka semasa menjalankan aktiviti untuk mendapatkan maklum balas sama ada mereka gembira atau sebaliknya.


139 SeƟ ap Anak PERMATA Negara CONTOH RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN (2-3 Tahun) PENDIDIK: TARIKH: TEMA: AKTIVITI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT Ketibaan Pemainan Bebas Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermainmengikut Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermainmengikut Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis


Click to View FlipBook Version