Kurikulum PERMATA Negara x Bermain mengikut pilihan sendiri Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri x Bermain mengikut pilihan sendiri Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri Perhimpunan Pagi/ circle time/ senaman pagi - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif
140 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Main luar/ nature walk/ - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar Aktiviti PERMATA - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Fizikal -Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran Perkembangan Fizikal Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik - Perkembangan Kreativiti dan Estetika Bercerita Boneka Buku Besar Buku Cerita Kad bergambar Bahan maujud Permainan Bebas Memilih permainan dariruang-ruang Memilih permainandari Memilih permainan dariruang-ruang Memilih permainandari Memilih permainandari
Kurikulum PERMATA Negara Bebas dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri Bercerita Aktiviti PERMATA - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Fizikal -Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran - Perkembanga n bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Perkembangan Fizikal Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik - Perkembangan Kreativiti dan Estetika - Perkembangan Fizikal Refleksi Pesanan
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 141 KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI Kurikulum PERMATA Negara, memberi penekanan kepada kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aktiviti pengasuhan dan pendidikan anak-anak mereka sama ada di rumah mahupun di TASKA. Penglibatan ibu bapa yang berterusan akan membantu pembelajaran di TASKA kerana ibu bapa datang daripada berbagai pengalaman dan kepakaran yang boleh dikongsi bersama kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa akan menyemai rasa kepunyaan, menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh pendidik kepada anak-anak mereka. Kerajaan Malaysia menganggap ibu bapa dan masyarakat sebagai rakan kongsi dan pemegang taruh (stakeholders) kepada Kurikulum PERMATA Negara, dan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap kualiti pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak. Bukan sahaja setakat penglibatan dalam aktiviti-aktiviti, ibu bapa juga dikehendaki membantu pendidik dalam aspek pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak. Sebab itulah, dalam dokumen Kurikulum ini, istilah kolaborasi digunakan. 9.1 Kolaborasi Dengan Ibu Bapa 9.1.1 Tujuan Kolaborasi Dengan Ibu Bapa x Ibu bapa dan pendidik hendaklah saling mengenali dan sentiasa berhubung untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak semasa berada di TASKA x Hubungan baik ini akan mengurangkan salah faham atau pertelingkahan di antara ibu bapa dan pendidik; menimbulkan rasa sayang dan hormat pada pendidik dan TASKA x Pendidikan kanak-kanak di TASKA perlu ada kesinambungannya di rumah, oleh itu apa yang diajar di TASKA harus diketahui oleh ibu bapa supaya dapat diamalkan juga di rumah x Pendidik pula perlu mengambil tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak semasa di rumah supaya dapat disesuaikan dengan keperluannya semasa di TASKA. Pengetahuan tentang sesuatu keperluan khusus kanak-kanak adalah sangat penting untuk membantu pendidik memahami kanak-kanak dan mempertingkatkan mutu pengasuhan dan pendidikan di TASKA x Ibu bapa dan pendidik perlu bekerjasama memantau kemajuan perkembangan kanak-kanak - ibu bapa melakukannya semasa kanak-kanak berada di rumah, manakala, pendidik memantau semasa kanak-kanak berada di TASKA. Dengan itu, perkongsian maklumat dan kerjasama untuk mencari sesuatu kaedah intervensi, jika diperlukan dapat dilakukan bersama
Kurikulum PERMATA Negara 142 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Oleh kerana kanak-kanak berkemungkinan datang daripada pelbagai latar belakang, nilai dan sosiobudaya, maka interaksi dan hubungan baik ibu bapa dengan pendidik akan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di Malaysia x Sokongan ibu bapa sudah pasti akan memberi semangat kepada pendidik di TASKA untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, justeru akan meningkatnya pencapaian kanak-kanak dalam perkembangan menyeluruh mereka x Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa Pendidik (PIBP) yang dianggotai oleh ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA serta dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga boleh merancang aktiviti-aktiviti kebajikan untuk kebaikan semua pihak di TASKA 9.1.2 Tanggungjawab Ibu Bapa x Ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan asas anak-anak untuk kemudahan mereka semasa berada di TASKA. Perkara-perkara yang perlu disediakan ialah: x Mengisi Laporan Kesihatan Anak x Pakaian yang secukupnya untuk kegunaan harian anak, termasuk peralatan mandian dan lampin x Menyusu sendiri anak di TASKA atau menyediakan bekalan susu yang mencukupi untuk kegunaan anak sepanjang berada di TASKA. Jika anak diberi susu formula, peralatan persediaan susu seperti botol susu, puting, dan alat untuk membasuh botol susu hendaklah disediakan x Menyediakan beg yang bersesuaian untuk mengisi pakaian kotor anak x Menghadiri perjumpaan/mesyuarat atau kursus pendidikan keibubapaan di TASKA sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan 9.1.3 Aktiviti Ibu Bapa di TASKA Penglibatan ibu bapa di bawah Program PERMATA Negara adalah diwajibkan iaitu sekurang-kurangnya 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan mengikut kesesuaian masa dan aktiviti yang mereka selesa jalankan. Jadual untuk ibu bapa hadir ke TASKA akan disediakan oleh pihak TASKA dengan persetujuan ibu bapa mengikut giliran tertentu. Antara penglibatan ibu bapa di TASKA yang dicadangkan adalah:
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 143 Bil. Aktiviti Penerangan 1 Bermain dengan kanak-kanak Ibu/bapa boleh terlibat dalam semua jenis permainan kanak-kanak untuk membantu menyediakan ‘scaffolding’ supaya pembelajaran kanak-kanak menjadi lebih berkesan. Contohnya: x Aktiviti bersenam, bersukan atau bermain bebas x Main manipulatif x Membaca dan bercerita x Menyanyi, menari, dan bermain alat muzik x Melukis, membuat capan, kolaj, projek rekacipta dan sebagainya x Berlakon, main peranan, main boneka, dsb; x Bermain permainan tradisional x Bermain pasir atau ai x Nature walk dan lain-lain 2 Memantau kanakkanak bermain di luar TASKA Ibu/bapa memberi tunjuk ajar cara bermain dengan betul dan memastikan kanak-kanak selamat dari sebarang bahaya. 3 Mengurus aktiviti rutin kanak-kanak Ibu/bapa membantu dalam aktiviti rutin di TASKA, seperti: x Melayan kanak-kanak semasa makan sambil berbual dan bercerita tentang khasiat makanan. x Menggalakkan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. x Menunjuk ajar kanak-kanak menggunakan tandas; x Membimbing kanak-kanak berdoa atau membaca Al-Quran dan cara-cara beradab sopan; x Membantu memandikan bayi atau memantau kanakkanak mandi atau tidur. 6 Menjalankan sesuatu aktiviti khas berasaskan kepakaran Ibu/bapa boleh mengadakan aktiviti khas untuk kanak-kanak dan pendidik dalam bidang kepakaran mereka seperti memasak; fotografi; kraftangan; ICT; drama; computer games; berkebun; dan lain-lain. 7 Menyediakan bahan pembelajaran untuk digunakan di TASKA Ibu/bapa membantu menyediakan alat bantu mengajar atau barang permainan untuk digunakan oleh kanak-kanak di TASKA, contohnya: bingkai gambar; album gambar; koleksi gambar mengikut tema; buku cerita; props untuk persembahan, dan lain-lain
Kurikulum PERMATA Negara 144 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Bil. Aktiviti Penerangan 8 Aktiviti “Go Green” Ibu/bapa membawa tanaman untuk ditanam di kawasan TASKA. 9 Menyediakan alat permainan daripada bahan kos rendah dan kitar semula. Ibu/bapa membawa bahan-bahan yang kitar semula yang bersesuaian untuk digunakan bagi menceriakan ruang pembelajaran kanak-kanak di TASKA dan membuat alat permainan bersamasama kanak-kanak. 10 Sebagai pakar rujuk Ibu/bapa boleh dijemput memberi penerangan tentang bidang kepakarannya, contohnya; cara menangkap ikan atau mengeringkan ikan jika bapa seorang nelayan; cara menanam pokok jika bapa yang bekerja sebagai pekebun; cara membuat beg dari ayaman surat khabar lama. Cara-cara menjaga gigi bagi ibu bapa yang bekerja sebagai jururawat. 9.1.4. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik Setiap TASKA PERMATA diwajibkan menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP) yang dianggotai oleh pendidik dan ibu bapa. PIBP perlu mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Bulanan untuk merancang dan melaksanakan program yang menyokong program-program sedia ada di TASKA dan juga program lain yang dirasakan sesuai dilaksanakan sepanjang tahun. PIBP boleh memberi cadangancadangan penambahbaikan agar ianya memberi faedah kepada kanak-kanak. 9.2 Kolaborasi Dengan Komuniti Komuniti setempat juga meruapakan pemegang taruh dalam Program PERMATA Negara. Penglibatan komuniti bukan sahaja akan mewujudkan kerjasama yang sihat tetapi juga memberi pendedahan kepada semua ahli komuniti untuk memahami pentingnya perkembangan awal kanak-kanak dan apakah itu Program PERMATA Negara. Ahli komuniti boleh terlibat dalam berbagai aktiviti pembelajaran kanak-kanak di TASKA PERMATA , secara langsung atau tidak langsung, melalui sokongan kepakaran, peralatan, kewangan atau kesukarelawanan. Terdapat beberapa kategori komuniti/agensi yang perlu terlibat dalam Program PERMATA Negara seperti: x Pihak bomba, polis, pejabat pos, klinik/poliklinik, hospital atau pusat perubatan
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 145 x Majlis Daerah/Perbandaran, Ketua Kampung/Penghulu, JKKK, - mana-mana agensi kerajaan yang berkenaan x Sekolah, institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi yang terdapat di lokasi TASKA x Kilang, industri, supermarket, syarikat perniagaan, kedai, pasar, muzium, zoo, taman bunga/rekreasi dan sebagainya x Individu-individu tertentu seperti ADUN, wakil rakyat dan ahli masyarakat biasa x Pertubuhan Bukan Kerajaan x Badan-Badan Berkanun yang berkaitan Mengikut Bronfenbrenner (1999), semua pihak dalam sesuatu sistem ekologi manusia, secara langsung atau tidak langsung akan memberi impak kepada pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Secara khusus, komuniti setempat paling besar impaknya terhadap perkembangan kanak-kanak, dan mereka mempunyai peranan untuk menentukan kejayaan kanak-kanak di TASKA. Penglibatan mereka yang aktif perlu dirancang dan dibincangkan supaya mendapat sokongan dan bantuan yang boleh dan memastikan kejayaan pelaksanaannya. Antara aktiviti yang memerlukan penglibatan komuniti ialah: x Program pemeriksaan kesihatan, keselamatan dan pembelajaran kanak-kanak x Semua program sambutan/keraian yang dianjurkan oleh TASKA seperti; hari sukan; sambutan kemerdekaan; perayaan agama (Hari Raya; Tahun Baru Cina; Deepavalli; Krismas, dan sebagainya); hari kanak-kanak; hari pahlawan dan lainlain x Menjemput komuniti berkongsi pelbagai maklumat berkaitan; kesihatan; keselamatan; pemakanan; permainan, perniagaan dan ekonomi, pembangunan, sejarah dan kebudayaan, keagamaan, dan sebagainya x Menerima lawatan sambil belajar kanak-kanak untuk tujuan pembelajaran bertema dan pendekatan berasakan projek 9.2.1 Penglibatan Komuniti x Membantu membersih dan mengindahkan persekitaran TASKA, memastikan selamat, menanam pokok, mengecat, membersih, membina taman, pondok atau kebun x Membekalkan peralatan siaraya, kerusi meja, dan lain-lain untuk sesuatu majlis yang diadakan oleh TASKA x Memberi tunjuk ajar penggunaan peralatan pencegahan keselamatan x Memberi sumbangan barang permainan, alat tulis, dan peralatan seperti komputer, printer, mesin xerox, kamera, dapur masak, atau dalam bentuk kewangan kepada TASKA
Kurikulum PERMATA Negara 146 SeƟ ap Anak PERMATA Negara x Menjalankan pemeriksaan perubatan dan kesihatan kanak-kanak x Membekalkan buku-buku cerita, cekera padat dan lain-lain Agensi dan Organisasi dalam Program di TASKA JKKK Bekerjasama menganjurkan program yang melibatkan kanak-kanak; Pertubuhan Wanita/ Belia Membantu TASKA dalam aktivtiti harian bersama kanakkanak – bermain; bercerita dan lain-lain; Pihak Berkuasa Tempatan Menyediakan peralatan untuk sesuatu majlis di TASKA; Perpustakaan Awam Menjemput kanak-kanak TASKA mendaftar sebagai ahli; Memberi maklumat tentang buku yang sesuai digunakan di TASKA untuk kanak-kanak; Jabatan Bomba dan Penyelamat Menjemput kanak-kanak menyertai program yang dianjurkan oleh pihak jabatan; Memberi taklimat dan demonstrasi tentang langkah keselamatan di TASKA serta menjalankan latihan pengongsian bangunan; Jabatan Kesihatan Memberi khidmat nasihat berkaitan kebersihan premis, TASKA serta menganjurkan ceramah berkaitan kesihatan dan penyakit berjangkit; Klinik Kesihatan Menjalankan program pemeriksaan kesihatan dan immunisasi serta pemakanan kanak-kanak; Klinik Pergigian Pemeriksaan dan kebersihan gigi kanak-kanak; Sekolah/IPT/Kolej Menjemput TASKA menyertai program yang dianjurkan; Pejabat Pertanian Membekalkan berbagai jenis tanaman dan tumbuhan, melawat ladang; Ketua Kampung/ Wakil Rakyat Mendapatkan kerjasama untuk bantuan penambahbaikan dan kemudahan peralatan untuk sesuatu majlis anjuran TASKA. Kurikulum PERMATA Negara secara khusus meletakkan komuniti sebagai sebahagian daripada kerangka konseptualnya. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan komuniti dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia masa hadapan. Kolaborasi antara TASKA dengan komuniti sangat diharapkan untuk menghasilkan suatu program pengasuhan dan pendidikan
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 147 awal kanak-kanak Negara yang berkualiti tinggi setaraf dengan program-program lain yang terkenal di dunia. Kolaborasi daripada masyarakat setempat dan ahli komuniti adalah sangat besar dan berkesan. Kata pepatah Afrika: “it takes a community to raise a child”, maka diharapkan penglibatan komuniti dan sumber-sumber yang terdapat dalam komuniti akan membawa hasil yang positif kepada kanak-kanak. Aktiviti PERMATA dengan Ibu Bapa dan Komuniti
Kurikulum PERMATA Negara 148 SeƟ ap Anak PERMATA Negara ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK PERMATA Kurikulum PERMATA Negara menitikberatkan nilai perkhidmatan yang berkualti, bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dalam aspek pengasuhan dan enam bidang pembelajaran yang telah ditetapkan. Kurikulum ini sewajarnya dilaksanakan dengan falsafah dan efikasi yang tinggi, dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti, agar tercapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendidik dan pihak yang menguruskan TASKA sebagai pelaksana utama hendaklah memastikan perincian mengenai Kurikulum PERMATA Negara, dasar dan garis panduan serta Piawaian Pelaksanaan Prosedur (SOP) dihayati dan dipatuhi sepenuhnya. 10.1 Ciri-Ciri Sahsiah Pendidik Pendidik telah dilatih supaya mereka dapat membentuk diri dengan ciri-ciri pendidik yang berakhlak mulia dan berkualiti semasa menjalankan tugas mereka. Ciri-ciri penting yang ada dalam diri setiap Pendidik adalah seperti berikut. Pendidik yang jujur tidak akan bertindak mengikut emosi atau keputusan sendiri. Pendidik hendaklah sentiasa merujuk kepada pihak pengurusan sebelum mengambil apa-apa tindakan. Setiap keputusan atau PENDIDIK/ PENGASUH PERMATA JUJUR BERINTEGRITI MENEPATI MASA BERDISIPLIN MENJADI TELADAN BERSEDIA MENGHARGAI DIRI BERTANGGUNG JAWAB BERKETRAMPILAN DIRI Jujur dan Amanah
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 149 tindakan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan kanakkanak di bawah asuhan mereka. Pendidik mesti menjaga keperibadian diri dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak memandang rendah terhadap keupayaan diri dalam menjalankan tugas. Pengurusan masa amat penting dalam menjalankan tugas sebagai Pendidik. Setiap tanggungjawab dan tugas dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang telah dirancangkan. Sentiasa menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan tanpa melengah-lengahkan masa. Pendidik perlu memastikan mereka sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tugas seharian. Pendidik hendaklah mendisiplinkan diri untuk tidak mengambil kesempatan terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya. Pendidik yang profesional akan menjadi teladan (role model) kepada pihak TASKA, ibu bapa dan anak-anak. Tabiat seperti menengking, berbohong, tingkah laku kurang sopan, bergaduh, merokok, dan minum arak adalah tidak bersesuaian sama sekali semasa bertugas atau luar waktu bertugas. Pendidik tidak boleh menggunakan kemudahan dan peralatan TASKA untuk urusan peribadi sebelum meminta kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab/majikan. Pendidik sentiasa bersedia untuk menjalankan setiap tugas yang diarahkan. Selain itu, adalah amat penting pendidik bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku semasa bertugas seperti kemalangan, kecemasan, kehadiran tetamu, menganjurkan majlis dan sebagainya. Pendidik perlu merasa bangga dan menghargai diri dengan profesyennya. Mereka hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan yakin dan berwibawa. Setiap keputusan dan tindakan yang diambil hendaklah secara rasional dan dibincangkan bersama pihak pihak yang bertanggungjawab/majikan bagi menggelakkan salah faham. Pendidik juga hendaklah Berintegriti Menepati masa Berdisiplin Teladan Baik Bersedia Menghargai diri Bertanggungjawab
Kurikulum PERMATA Negara 150 SeƟ ap Anak PERMATA Negara bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang diambil dan tidak menyalahkan orang lain. Pendidik perlu menunjukkan ciri-ciri keperibadian yang tinggi dengan menjaga tata susila tentang cara menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan. Pendidik harus sentiasa kelihatan bersih, kemas dan bersedia melakukan segala tanggungjawab yang telah dipersetujui. Pakaian merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian. Pendidik hendaklah sentiasa tampil dalam keadaan yang bersopanan, tidak keterlaluan dan tidak menjolok mata dalam berpakaian. 10.2 TANGGUNGJAWAB PENDIDIK PERMATA x Menghormati hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak. x Melaporkan sebarang penganiayaan dan pengabaian kepada pegawai pelindung dengan serta merta. x Mengelakkan diri dari melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak. x Mempunyai sifat sabar dan penyayang semasa mendampingi kanak-kanak. x Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugasan. x Segala tindakan dan keputusan yang diambil hendaklah demi kepentingan kanak-kanak. x Mewujudkan persekitaran yang merangsangkan, mesra, selamat dan bersih bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. x Setiap kanak-kanak adalah unik dan mempunyai potensi diri sendiri. Pendidik PERMATA hendaklah menggalakkan mereka berkembang tanpa tekanan/paksaan. x Tiada mendiskriminasi kanak-kanak kerana agama, bangsa, bahasa, kebudayaan, gender, umur, kebolehan, dan status ekonomi mereka. x Sebarang gambar kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk apa-apa jua tujuan tanpa kebenaran ibu bapa mereka. Berketrampilan diri
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 151 10.3 Kod Etika Pendidik PERMATA Setiap Pendidik PERMATA hendaklah: x Menjalankan tugas dengan amanah dan penuh komitmen x Menggalakkan perhubungan yang sihat di taska x Proaktif dan bermotivasi tinggi untuk memajukan diri bagi meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang asuhan dan pendidikan awak kanak-kanak x Menyokong dasar, standard dan amalan di taska dengan adil, tiada diskriminasi, bias dan prejudis, dan berdasarkan kepentingan kanak-kanak, keluarga dan komuniti x Bekerjasama dengan semua pihak semasa menjalankan tugas x Memberi maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pihak pengurusan x Merujuk kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak dan ibu bapa Adalah penting bagi pendidik mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik kepada anak-anak yang bakal menjadi generasi pewaris. Kod Etika ini hanyalah sebagai garis panduan bagi pendidik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di TASKA. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini terletak sepenuhnya di tangan pendidik. Ini kerana pendidiklah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengimplementasi segala yang telahpun dimaktubkan dalam kurikulum ini. Hanya dengan implementasi yang betul dan efektik oleh pendidik sahajalah yang dapat memastikan semua kanak-kanak yang telah diasuh dan dididik ini akan berkembang minda, fizikal dan emosi mereka bagi memulakan persekolahan formal setelah tamat program di TASKA. Penekanan kepada aspek-aspek akhlak mulia dan amanah seseorang Pendidik adalah faktor kejayaan Program PERMATA Negara. “SETIAP ANAK PERMATA NEGARA”
Kurikulum PERMATA Negara 152 SeƟ ap Anak PERMATA Negara LAMPIRAN 1 (1) CONTOH CARA MENULIS JURNAL/CATATAN ANEKDOT TARIKH BERMULA: 21 April 2012 NAMA: Akmal Hakim (AK) UMUR: 3 tahun 9 bulan FOKUS PEMERHATIAN: Perkembangan sosial (boleh juga lebih dari satu fokus) MASA: 09.15 pagi NAMA PENDIDIK: Asma Husna Abd Rahim ****************************************************************** TARIKH: 21/4/12 Semasa AK datang dengan ayahnya pada pukul 8.25 pagi, dia kelihatan sangat seperti biasa bersalam dengan saya dan mencium ayahnya sebelum masuk ke dalam TASKA. AK anak yang periang dan sangat mudah mesra dengan rakan-rakan. Selepas meletak begnya di rak, dia terus berlari ke dalam dan memeluk Juita yang sedang menghisap jari. Juita juga baru sampai ke TASKA dihantar oleh ibunya. AK suka bermain dengan mainan kereta traktor dan kereta bomba. Setiap pagi dia akan ambil mainan tersebut dan bermain bersendirian, membuat bunyi traktor dan siren kereta bomba. Hari ini saya terdengar dia berkata kepada Mohd Firdaus bahawa dekat rumahnya ada kereta traktor korek tanah, dan traktor itu telah terjatuh ke dalam lubang sambil menunjukkan bagaimana traktor itu terbalik ke dalam lubang, ”dia tak boleh kontol”. (traktor itu hilang control). ”Bomba tu pergi angkat orang tu.. bunyi dia kuat, eee oo, ee oo ada lampu biru...”. ”Kami tengok orang tu.. dia berdarah” kata AK. Baru saya faham, mengapa AK sangat suka bermain dengan kedua-dua kereta mainan tersebut. AK telah mempelajari fungsi traktor (mengorek tanah) dan traktor boleh terbalik jika berada di tempat yang tidak stabil). Dia telah menggunakan perkataan ”tidak boleh kontrol” yang menunjukkan kefahamannya mengapa traktor itu jatuh ke bawah.
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 153 LAMPIRAN II: SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN (DEVELOPMENTAL CHECK LIST) Senarai Semak Perkembangan Motor Kasar Kemahiran Motor Kasar Nama: Akmal Hakim (AK) Pemerhati: Nama Pendidik Program: PERMATA Negara (3-4 thn) Tarikh: 18/6, 18/7 ..... Arahan: Guna [ ] bila tingkah-laku diperhatikan. Tulis pemerhatian dan tarikh. Biarkan item kosong sehingga dapat melihat tingkah-laku tersebut. Item Pemerhatian/bukti Tarikh ______ berjalan turun tangga dengan kaki yang berlainan Ada tapi AK masih teragakagak. 18/6/12 ______ membaling bola ke arah yang dituju Boleh membaling dengan tinggi. 18/6/12 _____ menggerakkan kaki mengikut rentak muzik Masih tidak boleh mengikut rentak muzik ______ mengayuh basikal beroda tiga Boleh tapi menghadapi masalah semasa mula nak menggerakkan basikal. 18/6/12 Dan seterusnya... Dan seterusnya... Dan seterusnya...
Kurikulum PERMATA Negara 154 SeƟ ap Anak PERMATA Negara PANEL PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PERMATA NEGARA EDISI KE TIGA: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Perintis PERMATA Datuk Siti Azizah Sheikh Abod Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum PERMATA Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob Penyunting Puan Jameyah Sheriff Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof. Madya Dr. Sopia Md Yassin Prof. Madya Dr. Mohd Hassan Abdullah Dr. Noor Aini Ahmad Universiti Putra Malaysia Dr. Rohani Abdullah Puan Nani Menon Puan Rosazizi Abdul Rahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof. Madya Dr. Mastura Badzis Universiti Malaya Dr. Azizah Lebai Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM Puan Harlina Mohamad Institut Pendidikan Guru, KPM Encik Muhammad Hj Sulaiman (Kampus Raja Melewar, Seremban) Puan Normasura Hj Jani (Kampus Perempuan Melayu, Melaka) Puan Norzaini Yang (Kampus Bahasa Melayu, W.P. Kuala Lumpur) Puan Rashidah Elias (Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu) Puan Siti Saleha Samuri (Kampus Pendidikan Islam, Bangi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Institut Sosial Malaysia Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 155 Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Majlis ECCE) Puan Amy Bala SEGI College National Association of Early Childhood & Care Education Malaysia (Pengerusi: Datin Radziah M. Daud) Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (Pengerusi: Puan Shamsinah Che Shariff) Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Sembilan/Melaka (Pengerusi: Puan Rozita Kamil) Persatuan Pengusaha TASKA Berdaftar WPKL (Pengerusi: Puan Hjh Norhayati Shamsuddin) Persatuan TASKA Melayu Malaysia (Pengerusi: Puan Zainol Sulaiman) Persatuan TASKA Negeri Selangor (Pengerusi: Puan Hjh Mahanom Basri) Persatuan TASKA Negeri Perak (Pengerusi: Puan Ding Moi King) Persatuan TASKA Negeri Johor (Pengerusi: Puan Norhayati Daud) Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (Pengerusi: Puan Rosnah Ahmad) Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu (Pengerusi: Puan Ruhana Salleh) Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (Pengerusi: Puan Hjh Juiter Abang) Jurulatih PERMATA Puan Audrey Lee Yoke Wah Puan Argayah @ Rogayah Saad Puan Nor Aeshah Hamzah Puan Sakae Sasamori Puan Nor Faizah Abdullah Community Learning Curve (Puan Norsheila Abdullah)
Kurikulum PERMATA Negara 156 SeƟ ap Anak PERMATA Negara Idaman Learning Network (Puan Norma Wahab) Pusat Latihan & Konsultasi Iltizam (Puan Nik Rosminah Nik Taib) Dandara Murni Training and Consultancy (Puan Musalmah Muhamad) Urusetia: Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri Unit Latihan PERMATA, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 157
Kurikulum PERMATA Negara 158 SeƟ ap Anak PERMATA Negara
Kurikulum PERMATA Negara SeƟ ap Anak PERMATA Negara 159
Kurikulum PERMATA Negara 160 SeƟ ap Anak PERMATA Negara