The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MRSM BALIK PULAU. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulzsyifaa, 2022-06-11 00:56:07

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA (SYIFAA 4R)

MRSM BALIK PULAU. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4
ZON DI MALAYSIA

NAMA : NURUL SYIFAA BINTI ISMAIL
NO. MAKTAB : PB190106
HOMEROOM : USTAZ FAISAL
NAMA GURU : SITI NORAKMA BINTI MUHAMMAD
ARIFFIN

BIL ISI KANDUNGAN M/S
SURAT
1. PENGHARGAAN
2. NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA 5

2(a) CERITA RINGKAS NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA 6
2.(b) BIOGRAFI PENULIS LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA 7

3. SINOPSIS 8 NOVEL

3. (a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA 8-9
BANGSA 9-23

3. (b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

4. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 24

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

5. NOVEL DI SEBALIK DINARA
25

(a) CERITA RINGKAS NOVEL DI SEBALIK DINARA

(b) BIOGRAFI PENULIS DI SEBALIK DINARA 26

(a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL DI SEBALIK DINARA 27

6.

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL DI SEBALIK DINARA 28-35

SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 36
7. PENAMBAHBAIKAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

8. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

37

(a) CERITA RINGKAS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

(b) BIOGRAFI PENULIS JENDELA MENGHADAP JALAN 38

9. (a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP 39

JALAN

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL JENDELA MENGHADAP 40-52
JALAN

10. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 53

PENAMBAHBAIKAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

11. NOVEL PANTAI KASIH
54

(a) CERITA RINGKAS NOVEL PANTAI KASIH

(b) BIOGRAFI PENULIS NOVEL PANTAI KASIH 55

12. (a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL PANTAI KASIH 56

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL PANTAI KASIH 57-66

13. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 67
PENAMBAHBAIKAN NOVEL PANTAI KASIH

14. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
68

(a) CERITA RINGKAS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

(b) BIOGRAFI PENULIS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS 69

15. (a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SONGKET BERBENANG 70

EMAS

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SONGKET BERBENANG 70-83
EMAS

16. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 84

PENAMBAHBAIKAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

17. NOVEL TIRANI 85
(a) CERITA RINGKAS NOVEL TIRANI

(b) BIOGRAFI PENULIS NOVEL TIRANI 86

(a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL TIRANI 87

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL TIRANI 89-102

18. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 103
PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI 104

19. NOVEL BIMASAKTI MENARI

(a) CERITA RINGKAS NOVEL BIMASAKTI MENARI

(b) BIOGRAFI PENULIS NOVEL BIMASAKTI MENARI 105

20. (a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL BIMASAKTI MENARI 106-107

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL BIMASAKTI MENARI 107-117

21. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 118
PENAMBAHBAIKAN NOVEL BIMASAKTI MENARI 119

22. NOVEL SILIR DAKSINA

(a) CERITA RINGKAS NOVEL SILIR DAKSINA

(b) BIOGRAFI PENULIS NOVEL SILIR DAKSINA 120

23. (a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SILIR DAKSINA 121

(b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SILIR DAKSINA 122-127

24. SENARAI 5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN 128
PENAMBAHBAIKAN NOVEL SILIR DAKSINA

25. RUJUKAN

(a) 8 RUJUKAN NOVEL 129
(b) 7 RUJUKAN LINK WEB

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dapat saya menyiapkan folio yang telah saya usahakan selama ini yang bertajuk Kajian
8 Buah Novel Tingkatan 4 Dan5 4 Zon Di Malaysia. Saya juga ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan folio ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Bahasa Melayu kelas saya iaitu Siti Norakma
Binti Muhammad Ariffin kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan
folio ini. Tidak terlupa juga kepada ibu saya iaitu Puan Noraini bt Othman yang memberi
sokongan dan pendapat kepada saya supaya lebih bersemangat untuk menyiapkan folio ini.
Kemudian, sekalung jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah menolong
saya mencari maklumat dan saling berkongsi pengetahuan mengenai folio tersebut.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah banyak membantu saya
secara tidak sedar ataupun secara sedar sepanjang saya menyiapkan folio ini. Saya amat
menghargai jasa kalian terhadap saya. Semoga Tuhan membalas jasa anda tersebut.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

1. PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
a) Cerita secara ringkas tentang novel

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

Novel Leftenan Adnan ialah teks komsas bagi murid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bahagian penceritaan novel merangkumi
35 bab yang diberikan judul setiap satunya. Tiada sebarang ilustrasi di bahagian berkenaan
yang berjumlah 358 muka surat. Novel Leftenan Adnan sarat dengan maklumat walaupun
mungkin murid berasa khuatir tidak dapat mengingati begitu banyak fakta peristiwan, watak
dan tempat. Bagi meredakan kekhuatiran itu, ikhlaskan diri membaca novel tebal berkenan,
sambal menikmati pembacaan yang santai. Insya-Allah , menerusi bimbingan guru
berpengalaman novel Leftenan Adnan menjadi bacaan yang mudah ,ringan, menimbulkan rasa
teruja dan memupuk jati diri yang mendalam.

b) Biografi Penulis Leftenan Adnan Wira Bangsa

Abdul Latip bin Talib, 61, anak Rembau tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri Sembilan. Kini,
beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, milik
Ainon Mohamad. Abdul Latip dikenali lewat novel-novel sejarah beliau . Novel sejarah Islam
beliau berjaya menembusi pasaran negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip
Juga tidak sunyi daripada kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau.
Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50
buah novel, termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS berjumlah 30 naskhah semuanya.
Novel 'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada
Mika Cemerlang Sdn. Bhd. selaku penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat
wilayah selatan Semenanjung.

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama iaitu Adnan. Pada
peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasau oleh Pak Saidi dan Mak
Milah iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan,Ahmad dan
Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan
merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya.
Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
untuk membantu orang tuanya menorah getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah
bendang. Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi
orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat
patriotic yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang
sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini
dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir
dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak Saidi
banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-
Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan
Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme
yang ada dalam dirinya. Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris. Di sekolah,
Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi
oleh teman-teman dan juga guru-gurunya. Cita-cita Adnan hanyalah satu iaitu untuk menjadi
askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan
berkahwin dengan Sophia. Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun,
Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar
berita Jepun akan menyerang Singapura. Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah
berlangsung di Manila yang dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
British Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju ke
Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diriiringi oleh

kapal tempur,kapal penjajap, dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Pihak
Inggeris percaya bahawa kubu pertahanan di Singapura kebal. Malah Inggeris yakin bahawa
kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran di
Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu
yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antaranya, Leftenan Adnan bin Saidi.
Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku
pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Bab 1-Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen
‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British)
tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2-Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

Bab 3-Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun
ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak
pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta
ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak

Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah

dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan

menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu

bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-

anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga

menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.

Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi

menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya

dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah

Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata

tetapi melalui politik. .

Bab 5-Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan hasrat
untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur
dengan kehendak Pak Saidi

Bab 6-Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya
tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih
berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu
berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang
memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Bab 8-Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan
terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak
mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar
undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di
sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya
supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan
British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim
yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti
Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung,
Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan
di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau
anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat
Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9-Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama dan tidak
akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap
belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang
cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara
dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun
ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11-Yakin Boleh

Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana

mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi
juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Bab 13-Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak
kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.

Bab 14-Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin
Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus
menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.

Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Bab 16-Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan
yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah
lama ditinggalkan.

Bab 17-Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan
pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari
London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di
Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka
hidup bahagia.

Bab 19-Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.

Bab 20-Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu
kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk
meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan
tanah air.

Bab 21-Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan
itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan
dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca
kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun
hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera
Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu
dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah
memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia
begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 23-Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi

bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau
sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya
sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24-Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk
komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan
sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air,
separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas,
kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25-Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun

mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki
Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen
Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN
Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang
Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan,
Alor Star dan Sungai Petani.

Bab 26-Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85
buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur.
Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati
Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Bab 27-Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan
Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip
tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara
Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri
Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera
Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29-Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30-Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani.
Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera
Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Bab 31-Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-
tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang
Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin
genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya
meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-
mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman,
Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32-Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
bayonet tetapi mereka kekal bertahan menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran
yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannya telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-
sungguh. Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang
terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok
ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah
berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di
bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok
tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33-Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang

yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu

Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas
di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia dan
meninggal dunia.

5 KEKUATAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
5 kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah novel mempunyai jalan cerita yang amat
menarik. Novel ini juga memberikan semangat cinta akan negara yang amat padu. Seterusnya,
ia juga memberikan semangat terhadap pembaca supaya mempunyai sikap berani di dalam diri
supaya dapat mempertahankan negara apabila dijajah. Malahan, perwatakan di dalam novel ini
mempunyai sifat kasih sayang yang amat tinggi terhadap orang yang disayangi. Di samping itu,
kekuatan yang terdapat dalam novel ini juga ialah novel ini memberikan banyak pengajaran
yang dapat memberikan contoh teladan terhadap para pembaca.

5 KEKURANGAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

5 kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah novel ini mempunyai banyak pergaduhan
yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Novel ini juga banyak menceritakan tentang
pembunuhan yang amat ngeri. Malahan, watak utama bagi novel ini mati dibunuh dalam
keadaan yang menyedihkan. Seterusnya, novel ini juga tidak menitik beratkan sikap prihatin
dan belas kasihan terhadap orang lain. Di samping itu, kekurangan yang terdapat dalam novel
ini juga ialah mempunyai perwatakan yang zalim yang memberikan contoh yang tidak baik.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

5 cadangan penambahbaikan yang terdapat dalam novel ini ialah mengurangkan perwatakan
yang memberikan contoh yang tidak baik. Novel ini juga perlulah mengurangkan aksi-aksi
pergaduhan yang tidak sesuai untuk pembaca. Selepas itu, novel ini perlulah
memperbanyakkan nilai murni yang dapat memberi contoh yang baik terhadap para pembaca.
Malahan, novel ini juga perlulah mengurangkan babak-babak yang mengerikan. Di samping
itu, ia juga perlulah memperbanyakkan peristiwa-peristiwa yang dapat menarik minat para
pembaca.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

Novel Dinara ialah teks komsas bagi murid zon Sabah,Sarawak,Labuan dan Johor. Bahagian
penceritaan novel merangkumi 14 bab.Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bijak
bernama Farisha. Farisha yang mula mengenali Aqram dalam penerbangan dari Lapangan
Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
Farisha. Dr.Maxi menawarkan 1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok computer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara.

b) Biografi Penulis Di Sebalik Dinara

Nama kormesil ialah Dayang Noor ataupun nama sebenar iaitu Nor Aziza Binti Sulaiman
penulis novel Di Sebalik Dinara. Mempunyai ijazah kejuruteraan dalam bidang elektronik dan
computer (UPM). Beliau juga berkerjaya selama 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang
IT Sejarah Pendidikan. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang.

2 a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali
Aqram dalam penerangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu, Aqram
menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka bertemu dengan
Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah bersetuju, Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang dibantu oleh Aqram, Khairul
Anwar,dan Alia. Dr.Maxi menawarkan RM 1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk
menggodam tiga kelompok computer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula diminta oleh
Soft Lab untuk menulis rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang terkahir. Projek Dinara di Soft Lab terpaksa
dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus. Dr.Maxi mengetuai Projek Dinara. Dalam
badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang dapat berhubung terus kepada Karl. Semua
perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh Dr.Maxi,Aqram dan Khairul Anwar. Sejak
itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara
apabila nama Medina dipadamkan dari sejarah syarikat Soft Lab. Farisha melawat Azraai dan
terkejut kerana Azraai tekena serangan jantung serta mengetahui hakikat bahawa dia anak
angkat dalam keluarga Azraai. Keesokkkannya, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke
hospital. Dr. Maxi merancang plan B untuk menjadikam Shida sebagai pengganti Farisha.
Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami
mimpi bertemu dengan ibunua, Medina ( Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa
Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju
ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantu pembantu Medina di Hentian Pagoh.
Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu kandung
Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir pada
pukul 7.00 malam.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL DI SEBALIK DINARA

BAB 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke
KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan
pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat
sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa
menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah
android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan
menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya
Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan
dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

BAB 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium
yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam
simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana
Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga
Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya
mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah
berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna
perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat
yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki
Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha
dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di
Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5
juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

BAB 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.
Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft
Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan
ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki
pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha
mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang
bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar
mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida
untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida
juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan
mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu
juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih
supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.

BAB 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul
Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program
yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha.
Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di
dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya
menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa
yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu
membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu
juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di
Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran
dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang
berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di
Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan
perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai
perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan
Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan
mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu
untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri
sehingga dia terlambat bangun.

BAB 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke
dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl
meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat
mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas
beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang
seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan.
Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

BAB 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-
ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-
tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu
mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai
runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa
beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada
laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang
Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan
kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia
mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha
tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan
Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama
tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha
dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa
Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi
ingin tahu sama ada Farisha mengandung.

BAB 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari
sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang
menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha,
dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha
menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan
Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang
sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka
berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat
pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat
itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak
memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur.
Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di
CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji
kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua
mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila
diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat
Farisha.

BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina
di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip
telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang
dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk
lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini
akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat
yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi

kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha
menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku
dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana
sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu
adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’
itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam
tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip
WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak
mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.

BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai
bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut
di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi
otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl
mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan
diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan
Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke
Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam
masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl
menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad
Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa
dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.

BAB 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha
bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi
terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab,
Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang
dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina.
Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar.
Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat
pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida.
Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada
Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan
mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah
Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila
tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka
mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin
bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan
itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya
Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara
yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram
dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas
suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin
bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak
Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh
Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun
Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya
dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

BAB 13

Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida.
Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini
diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam
masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang
pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah
bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di
SoftLab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah
mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah
yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai.
Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

BAB 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang
sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa
aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.
Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.
Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh
malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya
dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas
upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih
hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam
percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl.
Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

5 KEKUATAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
5 kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah mempunyai peralatan inovatif yang hebat.
Novel ini juga mempunyai jalan cerita yang seronok. Selain itu, ia juga mempunyai watak
perwatakan yang bijak dalam sesuatu perkara.. Malahan, perwatakan di dalam novel ini
mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Di samping itu, ia juga mempunyai banyak
pengajaran yang boleh dijadikan teladan terhadap para pembaca.

5 KEKURANGAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

5 kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah mempunyai banyak watak perwatakan di
dalam novel ini. Novel ini juga mempunyai perwatakan yang tidak patut dicontohi. Malahan,
novel ini juga mempunyai peristiwa-peristiwa yang kejam. Selain itu,novel ini tidak
mempunyai banyak nilai-nilai yang murni yang boleh dicontohi. Di samping itu, novel ini juga
banyak menceritakan perkara yang dapat menjadikan pembaca menjadi tidak faham.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

5 cadangan penambahbaikan yang terdapat di dalam novel ini ialah perlu mengurangkan
perwatakan di dalam novel supaya pembaca mudah untuk memahami. Novel ini juga perlulah
memperbanyakkan perwatakan yang baik-baik supaya dapat memberikan contoh yang baik
terhadap pembaca. Selain itu, ia juga perlulah mengurangkan babak-babak peristiwa yang
kejam di dalam novel tersebut. Malahan, novel ini perlulah mengatur cerita supaya mudah
untuk memahami jalan cerita yang seronok itu. Di samping itu, memperbanyak lagi nilai-nilai
murni di dalam novel tersebut.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Jengdela Menghadap Jalan

Novel Jendela Menghadap Jalan ialah teks komsas bagi murid zon Perlis, Kedah, Perak dan
Pulau Pinang. Bahagian penceritaan novel merangkumi 36 bab. Mempunyai ilustrasi sebanyak
37 muka surat dan bilangan jumlah keseluruhan muka surat ialah berjumlah 271. Novel ini
mengisahan seorng gadis yang pulang ke kampung neneknya. Pelbagai masalah telah diketahui.
Isu kubah surau juga turut diperbincangkan. Selain itu, pelbagai konflik telah berlaku di dalam
novel itu. Malahan Lili gigih untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Jendela
Menghadap Jalan kepada datuknya.

b) Biografi Penulis Jendela Menghadap Jalan

Ruhaini Matdarin ialah penulis novel Jendela Menghadap Jalan . Beliau dilahirkan pada 16
Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang
adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di
Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan.
Beliau suka melancong dan membaca. Ruhaini Matdarin meminati bidang penulisan sejak
berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun. Setelah menamatkan pengajiannya
pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen
dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau telah diterbitkan dan beberapa buah novel
lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat
pertama dalam peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena kempen Budi
Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada
tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja
menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun 2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala
Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung.
Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya
kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya. Ketika berada
di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik
untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka
kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada
cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang
masih muda. Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan
golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ. Terdapat sebuah keluarga
yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan
Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan
dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq.
Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya,
Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq,
namun dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang
rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan
oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang
kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-
anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan.
Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan
Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam,
Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka
bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang
pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula
oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6.

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal
di Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran
datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.

Bab 8.

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji
Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung, Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk
kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya
menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9.

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau
berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga,
Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan
tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk
meyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk
menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan
kaedah perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden
supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa
berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum
tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima
pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya,
tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata
datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk
membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan
antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk
membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah
mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur.
Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin
dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya.
Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak
rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12.

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan
orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan
surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang
kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti

bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan
pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus
menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki
dan seorang perempuan.

Bab 13.

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya,
datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya.
Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja
tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan
niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan
berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili
berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut.
Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi
akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16.

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya
dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang,
nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar
beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili
terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya
menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik.
Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Bab 17.

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah
berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh

menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan
rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18.

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang
ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam
bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan
Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah
di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk
singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah
sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik
sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh
beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah
yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Bab 20.

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-
orang kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek menyambut kepulangan Lili dengan
tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian
yang menimpa Lili.

Bab 21.

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita
nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk
kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati
dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat
yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh
itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih
telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.

Bab 22.

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan

Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq
semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas
dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf
kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas
telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk
dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.

Bab 23.

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan
menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.

Bab 24.

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih
suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga
dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang
penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih
selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan
harga minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana
sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh
tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che
Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan
dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk
perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan
kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid
dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih
memberi tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu,
seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di
bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27.

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che
Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh
terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik

angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan
mulutnya berdarah. Tiada seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan
oleh pihak berkuasa.

Bab 29.

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut
dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah.
Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid
dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.


Click to View FlipBook Version