The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MRSM BALIK PULAU. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulzsyifaa, 2022-06-11 00:56:07

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA (SYIFAA 4R)

MRSM BALIK PULAU. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Bab 22 :

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa
paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.

Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba
mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju
untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk
ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan

senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman
bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan
Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak
yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang
dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid
amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan
pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.
Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu,
kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal,
sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.

5 KEKUATAN NOVEL TIRANI
5 kekuatan yang terdapat di dalam novel Tirani ini ialah mempunyai jalan cerita yang seronok
dan menyayat hati. Novel ini juga mengajar para pembaca supaya yakin akan rupa paras diri
sendiri. Selain itu, ia juga mempunyai watak utama yang mempunyai sikap kesabaran yang
tinggi ketika berlaku pertelingkahan bersama suaminya. Malahan, novel ini juga mempunyai
watak perwatakan yang rajin berusaha dalam kerjaya mereka supaya menjadi lebih maju dan
berjaya. Di samping itu, novel ini juga mengajar para pembaca supaya mudah untuk
memaafkan kesalahan orang lain.

5 KEKURANGAN NOVEL TIRANI

5 kekurangan yang terdapat di dalam novel Tirani ini ialah mempunyai watak perwatakan yang
tidak baik di dalam novel ini. Novel ini juga mempunyai watak utama yang mengubah ciptaan
asal Allah swt. Selain itu, ia juga mempunyai latar masa yang kurang di dalam novel ini.
Seterusnya, kekurangan yang terdapat di dalam novel ini juga ialah mempercayai perkara yang
mengarut yang tiada dalam hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Di samping itu, novel
ini juga mempunyai watak yang tidak mempunyai sikap bersyukur diatas segala yang telah
dikurniakan terhadap dirinya.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI

5 cadangan penambahbaikan yang dapat dibuat di dalam novel Tirani ini ialah
memperbanyakkan latar masa di dalam novel ini supaya pembaca mudah untuk memahami
jalan cerita novel tersebut. Novel ini juga perlulah memeriahkan lagi kulit hadapan bagi novel
ini supaya para pembaca menjadi lebih tertarik akan novel tersebut. Malahan, ia juga perlulah
meletakkan sepotong ayat dari hadis ataupun ayat dari Al-Quran terhadap peristiwa yang
mempercayai perkara yang mengarut dan khurafat. Seterusnya, novel ini juga perlulah
meletakkan kata-kata perangsang supaya para pembaca menjadi lebih yakin terhadap
penampilan diri mereka. Selain itu, novel ini juga perlu memperbanyakkan watak yang
mempunyai sikap yang baik supaya cerita menjadi bertambah menarik.

NOVEL BIMASAKTI MENARI

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Novel Bimasakti Menari ialah teks komsas bagi zon Terengganu, Kelantan, Pahang dan
Melaka.. Bahagian penceritaan novel merangkumi 22 bab. Bilangan jumlah keseluruhan muka
surat ialah berjumlah 152. Novel ini mengisahkan tentang Pegawai Sains iaitu Nurul Hafsa
yang bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau pernah dikunjungi pelajar dari Jepun
untuk melihat Buruj Orion. Nurul Hafsa juga mengambil keputusan untuk melihat kelip-kelip
sendiri di Kampung Kuantan. Nurul Hafsa seorang yang gigih dalam kejayaannya terhadap
masa depannya.

b) Biografi Penulis Bimasakti Menari

Penulis novel BimaSakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, merupakan guru bahasa
Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu
memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas
pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kini beliau guru di peringkat
sekolah menengah . Karya ini menjadi salah satu novel di dalam Komsas Tingkatam 5 kerana
ia mengetengahkan penceritaan yang menarik tentang alam sekitar dan pencemaran cahaya.

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN BIMASAKTI MENARI

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku
di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul
Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila
diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul
Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul
Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari
Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan
dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya
menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik
diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan
kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann

Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL BIMASAKTI MENARI

Bab 1 :

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.

Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan

janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui
rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka.
Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang
projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang,ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa

haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan

bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.

Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa

tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10 :
Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya.Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,
mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi
tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman
sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita
yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu
untuk mengembalikan populasi kelip- kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua
ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11:
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam Bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Bab 12:
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A, raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi

mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki

sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.

Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal.
Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen
petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran
ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

5 KEKUATAN NOVEL BIMASAKTI MENARI
5 kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah mempunyai latar tempat yang pelbagai. Novel
ini juga mempunyai watak utama yang bersikap gigih dalam mengusahakan sesuatu. Selain itu,
ia juga mengajar para pembaca supaya mencintai alam sekitar. Malahan, novel ini mempunyai
banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar terhadap para pembaca yang membaca novel
tersebut. Di samping itu, novel ini juga menunjukkan sikap bekerjasama golongan pemuda
untuk mencapai sesuatu yang mereka ingini.

5 KEKURANGAN NOVEL BIMASAKTI MENARI

5 kekurangan yang terdapat di dalam novel Bimasakti Menari ini ialah novel ini mempunyai
jalan cerita yang agak membosankan. Novel ini juga kurang mempunyai peristiwa-peristiwa
yang menarik di dalamnya. Selain itu, warna untuk kulit novel ini tidak begitu menarik minat
para pembaca. Malahan, ia juga tidak mempunyai banyak ilustrasi di dalam novel ini.
Seterusnya, novel ini juga mempunyai aksi-aksi yang ganas yang tidak sesuai untuk golongan
kanak-kanak.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL BIMASAKTI MENARI

5 cadangan penambahbaikan yang dapat dibuat di dalam novel ini ialah memantapkan lagi
jalan cerita novel ini supaya pembaca menjadi lebih tertarik untuk membaca. Novel ini juga
perlu memperbanyakkan peristiwa-peristiwa yang menarik dan seronok supaya pembaca
menjadi lebih bersemangat untuk membaca novel ini sehingga habis. Seterusnya, penulis bagi
novel Bimasakti Menari ini perlu mempercantikkan kulit novel ini dengan menggunakan warna
yang menarik yang dapat menarik minat para pembaca. Selain itu, penulis juga perlu
memperbanyakkan lagi ilustrasi di dalam novel ini supaya pembaca mudah untuk faham dan
membayangkan situasi-situasi yang terjadi di dalam novel tersebut. Di samping itu, penulis
juga boleh mengurangkan aksi-aksi yang ganas di dalam novel ini supaya semua golongan
kanak-kanak sehingga golongan dewasa dapat membaca novel ini dengan baik.

NOVEL SILIR DAKSINA

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Silir Daksina karya Nizar Parman

Novel Silir Daksina ialah teks komsas bagi zon negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Bahagian penceritaan novel merangkumi 16 bab. Bilangan jumlah
keseluruhan muka surat ialah berjumlah 279 muka surat termasuk bahagian ilustrasi. .Novel
ini mengisahkan tentang seorang remaja iaitu Haiqal Haqimi. Dia tinggal bersama-sama umi
dan juga ayah tirinya. Ayah kandungnya telah meninggal dunia. Keputusan Haiqal untuk
menjejak ayah kandungnya ditentang oleh uminya. Tetapi Haiqal tetap ke sana. Dikatakan,
arwah ayahnya disegani oleh semua penduduk kampung dan dia mencintai sastera.

b) Biografi Penulis Silir Daksina

Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah
asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel Silir
Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang tempat kedua
hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.
Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia
memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang
unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia. Novel ini juga memberi
sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini. Kekuatan novel
ini juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN SILIR DAKSINA

Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia tinggal
bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan
manuskrip itu. Dia bertekad untuk memjejak ayah kandungnya di sebuah kampung di Batu
Pahat, Johor. Keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan keras
daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayahnya sudah lama meninggal
dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana mereka tidak sehaluan
kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal bersamamnya di
Kuala Terengganu. Ayah kandungnya Haiqal tinggal kesepian di Johor dan hidup
keseorangan,kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal tetap ingin ke sana
walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak mahu Haiqal mengikuti jalan
hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak akan memberikan wang
perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan menanggung perbelanjaannya di
sana. Sesampai di Kampung Seri Purnama di sana Haiqal di sambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya soerang yang sangat di segani. Sedikit
demi sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-
penduduk di sini. Terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mencintai sastera. Dari situlah Haiqal mula mengenali tentang arwah
ayahnya. Semenjak arwah ayahnya meninggalkan kampung Seri Purnama kehilangan orang
yang sangat penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum Haiqal pulang, Haiqal
ingin kumpulan D’Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari
zapin bersama, Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Aisyah turut ada
untuk menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila
dia datang ke kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya
mengaku bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SILIR DAKSINA

Bab 1 :
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya
manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir
kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu
berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali
semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid
iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.
Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

Bab 2 :
Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana
ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai
sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup
bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan
ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat
merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu
ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.

Bab 3 :
Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan
rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan
anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti
itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim
itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil
memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula
datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah
ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama
ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang rajin
sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah. sudah 18 tahun dia
menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya
masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah
kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia
sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang
Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang
untuk rapat dengan Ai Ling. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta,
Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-
bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke
sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak
ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya Aiman. Setelah selesai latihan zapin,
Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta Amirulnizam dan beberapa
orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu
dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak
mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara
persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos
jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan
acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid
sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.
Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai
pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar
Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah
berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu
bahawa ibu bapanya membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam.
Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat
mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja
Amirulnizam teringatkan Aiman. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi
murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang.
Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula dalam bidang
penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia
telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai
Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai
tempat mencurahkan kasih sayang. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan
Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut.
Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai

Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang
ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang
dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang
dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa
dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap
agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan menjadikan
Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun
dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang
memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan
Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya
tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di
Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan
berkawan dengannya. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada
ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam. Dia
bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan
menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi
Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi
lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus.
Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga turut bertanya
tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya. Dua hari sebelum
majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan
dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk menyiapkan
puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya. Sakit
kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap
Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-
esak.

Bab 4 :
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu
dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa
bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal
sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa
mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

Bab 5 :
Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan
kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan
ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan
kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal
dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

Bab 6 :
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara dam-diam.

Bab 7 :
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

Bab 8 :
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta

menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9 :
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10 :
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11 :
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-
sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Bab 12 :
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.

Bab 13 :
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14 :
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15 :
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16 :
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda
yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

5 KEKUATAN NOVEL SILIR DAKSINA
5 kekuatan yang terdapat di dalam novel Silir Daksina ini ialah mempunyai plot cerita yang
menarik. Novel ini juga mempunyai watak utama yang bersikap gigih dalam mencari bapa
kandungnya. Selain itu, novel ini juga mempunyai banyak nilai-nilai murni yang dapat
dijadikan contoh. Malahan, ia juga mempunyai banyak pengajaran yang dapat diambil supaya
dijadikan iktibar. Di samping itu, novel ini juga menunjukkan sikap patriotism antara penduduk
kampung yang berbilang kaum.

5 KEKURANGAN NOVEL SILIR DAKSINA

5 kekurangan yang terdapat di dalam novel ini ialah terdapat perwatakan yang bersikap ego
terhadap anaknya. Novel ini juga tidak mempunyai babak-babak yang menarik yang dapat
menarik minat pembaca untuk membaca. Selain itu, warna untuk kulit novel ini tidak begitu
menarik minat para pembaca. Malahan, novel ini juga mempunyai bilangan bab yang sedikit.
Di samping itu, ia juga kurang mempunyai latar masa di dalam novel ini.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SILIR DAKSINA

5 cadangan penambahbaikan yang dapat dibuat di dalam novel ini ialah penulis perlu
memperbanyakkan babak-babak yang menarik supaya pembaca lebih tertarik untuk membaca
novel ini. Novel ini juga perlu memperbanyakkan perwatakan yang mempunyai sikap baik
supaya novel menjadi lebih menarik. Seterusnya, penulis bagi novel Silir Daksina ini perlu
mencantikkan warna bagi kulit novel ini menjadi lebih sesuai untuk menarik minat para
pembaca untuk membaca. Selain itu, penulis bagi novel ini juga perlu memperbanyakkan bab-
bab di dalam novel ini supaya pembaca lebih puas dan seronok untuk membaca novel ini.
Malahan, novel ini juga perlu memperbanyakkan lagi latar masa supaya pembaca mudah untuk
memahami konsep novel tersebut.

RUJUKAN

 8 RUJUKAN NOVEL

1. Abdul Latib Talib, 2008. Leftenan Adnan Wira Bangsa : PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.

2. Dayang Noor, 2012. Di Sebalik Dinara : Penerbit UTM & Utusan Publications.
3. Ruhaini Mat Darin, 2008, Jendela Menghadap Jalan : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.
4. Azmah Nordin, 1994. Pantai Kasih : Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd dan Oxford

Fajar Sdn. Bhd.
5. Khairuddin Ayip, 1993. Songket Berbenang Emas : Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Ben Sabariah, 2008, Tirani : Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Sri Rahayu Mohd Yusop, 2010. Bimasakti Menari : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.
8. Nizar Parman, 2010, Silir Daksina : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

 7 RUJUKAN LINK WEB

1. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
2. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
3. https://www.bumigemilang.com/novel-pantai-kasih-k5-komsas-tingkatan-4/
4. https://www.bumigemilang.com/novel-songket-berbenang-emas-k6-komsas-

tingkatan-5/
5. https://www.bumigemilang.com/novel-tirani-k2-komsas-tingkatan-5/
6. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
7. https://www.bumigemilang.com/novel-silir-daksina-k1-komsas-tingkatan-5/


Click to View FlipBook Version