The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MRSM BALIK PULAU. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulzsyifaa, 2022-06-11 00:56:07

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA (SYIFAA 4R)

MRSM BALIK PULAU. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Bab 31.

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya
ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya
mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan
melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk
kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-
lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan
mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan
rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33.

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya
dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh
cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk
terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi
pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek
rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek
agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil
terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak
Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh
semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah
ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan.
Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari
Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili
kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan
Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah.
Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel
tentang

5 KEKUATAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
5 kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah mempunyai watak utama yang menarik. Novel
ini juga mempunyai banyak pengajaran yang dapat kita contohi. Malahan, novel ini
mempunyai semangat perpaduan yang kuat terhadap satu sama lain antara berbilang kaum.
Selain itu, ia juga mempunyai jalan cerita yang mudah untuk difahami terhadap para pembaca.
Di samping itu, novel ini juga mengajar para pembaca supaya menjadi seorang yang
bertangunggjawab terhadap sesuatu perkara.

5 KEKURANGAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

5 kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah menpunyai jalan cerita yang agak
membosankan. Novel ini juga mempunyai unsur-unsur keganasan terhadap keluarga. Selain
itu, ia juga terdapat perbuatan yang tidak baik yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Malahan,
novel ini juga banyak menceritakan perkara yang tidak penting yang menjadikan pembaca
menjadi kurang berminat untuk membaca. Seterusnya, novel ini juga mempunyai perwatakan
yang zalim yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

5 cadangan penambaikan yang terdapat dalam novel ini ialah perlu memperbanyakkan
peristiwa-peristiwa yang seronok supaya jalan cerita menjadi lebih menarik. Novel ini juga
perlu mengurangkan cerita-cerita yang tidak penting supaya pembaca tidak berasa bosan ketika
membaca novel tersebut. Malahan, novel ini perlulah memperbanyakkan perwatakan yang
memberi contoh teladan yang baik. Selain itu, ia juga perlulah mengurangkan aksi-aksi yang
tidak baik seperti mencuri dan menculik. Di samping itu, novel ini juga perlulah mengurangkan
babak-babak yang ganas di dalam novel ini.

NOVEL PANTAI KASIH

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Novel Pantai Kasih ialah teks komsas bagi murid zon Melaka, Pahang, Kelantan dan
Terengganu. Bahagian penceritaan novel merangkumi 9 bab. Bilangan jumlah keseluruhan
muka surat ialah berjumlah 164 . Novel Pantai Kasih ini menceritakan tentang Raiha seorang
doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya mejadi doktor
pakar bedah. Selepas dia mengalami kegagalan dalam perkahwinannya, Raiha akhirnya
menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk menyertainya di pusat rawatan mewah
yang dikenali sebagai Pantai Kasih dan menyalahkan Tuhan terhadap perkara yang tidak
wajar.

b

b) Biografi Penulis Pantai Kasih

Azmah Binti Nordin, 57, berasal dari Kedah, tetapi menetap di Sabah sejak berusia 15 tahun.
Beliau mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27 tahun. Novel pertama beliau ‘ Si Bidul
‘ diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis 50 buah novel. Azmah menerima
pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel berunsur Islam dan SEA Write Award.
Novel ‘Timulak Kapal Perang’ terbitan tahun 1988 pernah terpilih sebagai teks komsas
menengah rendah. Novel ‘Pantai Kasih’ ini terbitan tahun 1994.

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL PANTAI KASIH

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.Di
sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang
serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada
pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya
yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan
dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada
Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor
Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-
unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian,
apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali
membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke
ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor
kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun,
ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di
hatinya.Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun
perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke
atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL PANTAI KASIH

BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk
membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa
curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada
tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti
doktor idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami.
Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada
Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat
dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya
supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut
tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi,
jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah
ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital
kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap
aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya
membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha
disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini.
Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang
farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi
dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan

Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya
sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin
harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Raiha.

BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan
Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor
berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun
akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti memperkecil-kecilkannya
kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan
pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.Namun sikap Raiha
yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong
Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran
berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak
perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya
tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu
yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja,
barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang
kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar
kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia
kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia
menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat
batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun
tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans
anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan
peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya
juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas
suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian
anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor
Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari
hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron,
masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia
kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya
mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap
Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang
sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital
Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala
Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
menyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh
Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang
dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan
masyarakat elit.

BAB 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia
di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan
bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz
supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandunginya itu kerana kehadirannya bayi tersebut
tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan
menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang
cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah
hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu
atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya
Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu
tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan
oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat
isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan
kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan
berlipat kali ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana
mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun
sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa
anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki bilik
farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah mendapatkan rawatan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi
yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang
oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu
bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap
Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang
baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba
menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan
simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah khayalan
Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila
didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang
menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih.
Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung
kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu

berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan
pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut
dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang
dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-olah
menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister
Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai
bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondominiumnya.
Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa
tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor
Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan
Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia,
dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting
adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu.
Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam
dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan
Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia
tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya.
Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun
arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas
oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh
gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas
yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat
jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah
bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan
hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai
mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi
akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap
berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat
dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana
sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam
perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi
mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra
dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha
menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex
Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat
bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor
Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan
bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah
berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja
dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan
anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu

sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir
semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan
berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu
dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop
sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada
penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang
sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz
yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan
membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang
keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan
tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu
trafik. Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan
pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan
nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian
pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada
anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan
membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di
situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia
tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.

5 KEKUATAN NOVEL PANTAI KASIH
5 kekuatan yang terdapat dalan novel Pantai Kasih ini ialah mempunyai jalan cerita yang
seronok yang dapat menarik minat pembaca untuk membaca. Novel ini juga mempunyai
pengajaran yang dapat memberikan teladan terhadap para pembaca, Selain itu, kekuatan novel
ini juga ialah pembalasan yang telah diberikan terhadap orang yang melakukan perkara yang
salah. Malahan, novel ini mempunyai watak utama yang bersifat tabah atas segala ujian yang
diterima olehnya. Di samping itu, novel ini juga mempunyai plot yang menarik yang
menjadikan cerita novel Pantai Kasih ini seronok dibaca.

5 KEKURANGAN NOVEL PANTAI KASIH

5 kekurangan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ini ialah mempunyai banyak konflik
antara satu sama lain. Novel ini juga mempunyai babak-babak keganasan yang tidak sesuai
untuk golongan kanak-kanak. Malahan, ia juga mempunyai jalan cerita kearah perkara yang
lucah yang amat tidak sesuai untuk golongan bawahan umur. Selain itu, novel ini mempunyai
aksi yang ngeri seperti kebakaran yang menyebabkan kematian. Di samping itu, novel ini juga
mempunyai perwatakan yang zalim tanpa rasa belas kasihan yang tidak patut dicontohi.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL PANTAI KASIH

5 cadangan penambahbaikan untuk novel Pantai Kasih ini ialah mengurangkan segala konflik
yang terdapat di dalam novel ini. Novel ini juga perlulah mengurangkan babak-babak yang
ganas supaya semua golongan dapat membaca tanpa sebarang masalah. Selain itu, novel ini
perlulah membuang jalan cerita kearah perkara lucah tersebut kerana ianya amatlah tidak sesuai.
Malahan, novel ini tidak perlu untuk meletak aksi yang mengerikan untuk golongan yang masih
kanak-kanak. Di samping itu, novel ini juga perlulah memperbanyakkan perwatakan yang
menunjukkan nilai murni yang baik supaya dapat dijadikan sebagai contoh.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Novel Songket Berbenang Emas ialah teks komsas bagi murid zon Kedah, Perak, Perlis dan
Pulau Pinang. Bahagian penceritaan novel merangkumi 28 bab. Bilangan jumlah keseluruhan
muka surat ialah berjumlah 258 .Novel ini mengisahkan tetnang seorang murid yang bernama
Dahlia, yang cerdik dan disenangi oleh semua teman-temannya. Tetapi tumpuannya terhadap
STPM diganggu apabila dia mengalami masalah keluarga. Dahlia merupakan anak sulung.
Dahlia juga terpaksa keluar dari asramanya untuk menjaga adik-adiknya. Dugaan hidupnya
semakin bertambah. Dengan tahap ketabahan Dahlia, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke
Jepun.

b) Biografi Penulis Songket Berbenang Emas

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal
di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di
SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti
kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu
di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Kini beliau bertugas sebagai
Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah
Petaling Perdana, Selangor. Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat
membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya
abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media
massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita
Harian semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO
menerusi rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu
keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight
Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam
bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan
oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau
menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang
berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982. Beliau
semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat beliau. Mulai detik
itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan drama pentas.

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada
bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang. Selepas itu,
Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian
dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba,
ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah
tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu.
Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman

selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke
kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh
ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau
akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari
nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya
ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya
kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga
mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak
Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa
beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan

oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak
dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan
ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital.
Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital.
Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan

Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya,
Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada
penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah
menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya
boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan
pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian
Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah
pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong
pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah
selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia
dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk
bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit.
Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis.
Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita
yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di
Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan
memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut

kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru
dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai
pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh
Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu,
Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk
oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia
terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota
sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada
petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa
Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya,

dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari
mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah
menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu
Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat
terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-
sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata
Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu mengemas
barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput

membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan
dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki
terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong
tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa
hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan
Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun
begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga

tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir pulang
ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk
Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara
satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk
kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka
hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai
insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu
juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk
bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul
5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang
diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang
merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai
orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

.

5 KEKUATAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
5 kekuatan yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas ini ialah novel ini mempunyai
jalan cerita yang amat menarik. Novel ini juga mempunyai nilai patriotism terhadap penduduk
yang mengalami kesusahan. Malahan, novel ini mempunyai watak perwatakan yang bersifat
tabah dan redha dengan segala ujian yang mereka alami. Selain itu, ia juga mempunyai latar
tempat yang pelbagai-pelbagai. Di samping itu, novel ini juga memberikan contoh teladan yang
baik terhadap para pembaca yang membaca novel ini kerana mempunyai banyak pengajaran
yang dapat diambil sebagai iktibar.

5 KEKURANGAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

5 kekurangan yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas ini ialah mempunyai
perwatakan yang bersifat tamak dan kurang ajar terhadap orang lain. Novel ini juga mempunyai
konflik-konflik pergaduhan antara keluarga. Seterusnya, ia juga mempunyai latar masa yang
sedikit di dalam novel tersebut. Malahan, perwatakan di dalam novel ini tidak mempunyai sifat
bersimpati dan kasihan terhadap keluarga sendiri yang berada dalam kesusahan. Selain itu,
terdapat perbuatan seseorang melakukan perkara jahat yang terdapat dalam novel ini yang tidak
patut dicontohi.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

5 cadangan penambahbaikan bagi novel Songket Berbenang Emas ini ialah memperbanyakkan
latar masa supaya para pembaca lebih memahami jalan cerita novel tersebut. Novel ini juga
perlulah memperbanyakkan perwatakan yang memberi contoh yang baik terhadap para
pembaca supaya dapat menarik lagi minat mereka untuk membaca. Selain itu, ia juga perlu
mengurangkan konflik-konflik masalah yang terdapat dalam novel ini supaya pambaca dapat
membaca dalam keadaan tenang. Malahan, perwatakan di dalam novel ini perlu
memperbanyakkan nilai-nilai yang baik, sikap yang baik dan layanan yang baik terhadap
keluarga sendiri supaya hubungan kekeluargaan tersebut menjadi lebih erat. Di samping itu,
novel ini perlulah mengurangkan cerita yang berkenaan perbuatan jahat seperti mencuri yang
tidak sesuai dalam novel ini.

NOVEL TIRANI

a) Cerita secara ringkas tentang novel
Tirani karya Beb Sabariah

Novel Tirani ialah teks komsas bagi murid zon Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Bahagian penceritaan novel merangkumi 24 bab.
Bilangan jumlah keseluruhan muka surat ialah berjumlah 344. Novel ini mengisahkan tentang
seorang wanita yang bernama Waheeda yang mahu cantik dan berhidung mancung. Kejayaan
Waheeda untuk menjadi cantik telah berjaya dan serta merta datang juga kejayaan dalam
bidang kerjayanya. Tetapi kecantikkannya telah memberikan masalah terhadap Waheeda.
Masalah itu juga terjejas terhadap suaminya iaitu Zahid. Bagi mereka, kecantikan itu hanyalah
Tirani yang memberikan mereka berasa kesal dan sedih.

b) Biografi Penulis Tirani

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,
lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah
adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan
Sastera Sarawak). Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu
KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi)
dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-
Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000,
Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003. Mendapat tempat ketiga rencana kritikan
sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-XX tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel
dan novel pertama berjudul Tirani kini di pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah
kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta

2. a) SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL TIRANI

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan
atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel
TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

b) SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL TIRANI

Bab 1 :

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di
pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Bab 2 :

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya
tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada
malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam
chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka
Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang

dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria,
Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan
kepakaran di Singapura.

Bab 3 :

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar
Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat
sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya
yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah
iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang
menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma
Hollis.

Bab 4 :

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang
sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta
sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di
rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

Bab 5 :

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu
juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6 :

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana.
Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang
ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa,
Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas.
Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7 :

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa
Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes
juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi.
Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8 :

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi
tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus

selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah
berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan
berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet
Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat
persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini.
Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan
sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9 :

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda
di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh
Alex kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr
Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda
kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan
yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan
untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah
menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba
mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat
akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah,
Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut,
Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah
menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa
yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran

tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda. Setelah
Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10 :

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak
suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar
kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak
sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin
akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan
Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa
dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan
mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11 :

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya

Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di
Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan
juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan
pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12 :

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort
menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka
agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang
ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon.
Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan
kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda
mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak
berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang
rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.

Bab 13 :

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin

Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan
yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah
Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan
antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana
dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid
menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa
Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan
kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC
kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14 :

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas

acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15 :

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan
Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat
kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16 :

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang
menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar
yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang
sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan

karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun
hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari
di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan
masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah
bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan
lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak
lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi
mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali
terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan
Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan
sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk
Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri
Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan
perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk
Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17 :

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak
terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama
ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi
perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang
dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda
masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui,
hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli
ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda
berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres,
tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan
kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu.
Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid

mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun
masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk
tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading.
Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang
melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18 :

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa
izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh
Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang
terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu
inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan
wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid
melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang
ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal
begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran
orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas
bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang
dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan
BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja

dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19 :

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan
bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu
tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah
berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu
anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan
tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria.
Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati.
Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya,
Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat
membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi
kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang
banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset
tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan
terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa
senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda.
Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda
mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20 :

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut.
Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke
situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di
Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di
Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan
perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil
untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang
yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif,
Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya
‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia
dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.


Click to View FlipBook Version