The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INOVASI PdP - KUNCI PdP BERKUALITI (SEKOLAH MENENGAH) 2023 DAERAH SEGAMAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhbr8484, 2023-11-29 21:19:31

INOVASI PdP - KUNCI PdP BERKUALITI (SEKOLAH MENENGAH)

INOVASI PdP - KUNCI PdP BERKUALITI (SEKOLAH MENENGAH) 2023 DAERAH SEGAMAT

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INOVASI KUNCI PdP BERKUALITI (SEKOLAH MENENGAH)


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INOVASI KUNCI PdP BERKUALITI (SEKOLAH MENENGAH)


Diterbitkan oleh: Pejabat Pendidikan Daerah Segamat Kementerian Pendidikan Malaysia JKR 1884, Jalan Aji 85000 Segamat Johor Darul Ta’zim Tel: 07-9311132 http://ppdsegamat.com e-mel: [email protected] ©Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Segamat 2023 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Kunci PdP Berkualiti (Sekolah Menengah) e ISBN 978-629-98935-0-9 Pengurus Penerbitan Ruzana binti Mohd Sam Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf Mohd Hafiz bin Ramli Fatin Daratul Ain binti Johari


JAWATANKUASA PENAUNG TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN KECHIK PPD SEGAMAT PENASIHAT PUAN NORLIN BINTI JAAFAR TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT KETUA EDITOR PUAN HAJAH RUZANA BINTI MOHD SAM SISC+ TVET PPD SEGAMAT EDITOR DAN PEREKA GRAFIK CIKGU NOR HAYATUN RAHIMAH BINTI ROSLI CIKGU MOHD HAFIZ BIN RAMLI CIKGU AINUN BINTI CHE OMAR CIKGU FATIN DARATUL AIN BINTI JOHARI CIKGU SUPIAN BIN HASHIM CIKGU MOHAMMAD AZRI BIN AHMAD ANUAR CIKGU MA HAN SIN CIKGU SITI YUSNIRA BINTI CHE SOH


KANDUNGANPUZZLE i-INSYAK Cikgu Zuliana binti Md Sukor Sek. Men. Agama Segamat 1 MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM SUBTOPIK POLA KESELARASAN VOKAL MELALUI KAEDAH MATRIKS Cikgu Azijan binti Dahlan Sek. Men. Keb. Munshi Ibrahim 9 MA’S CHEMISTRY CARD GAME (MCC GAME) Cikgu Ma Han Sin Sek. Men. Keb. Kamarul Ariffin 18 VOCABIZZA Cikgu Adelin binti Hamdan Sek. Men. Keb. Dato’ Bentara Dalam 39 WOWLAM Cikgu Siti Nur Sabrina binti Mohamad Radzi Sek. Men. Keb. Agama Segamat 50 KIT GELONGSOR Cikgu Shamsinah binti Shamsudin Sek. Men. Keb. Bekok 76 DASARIA Cikgu Muhamad Hafizhuddin bin Abdul Rahman Sek. Men. Keb. Dato’ Bentara Dalam 101 ‘’ABe23Na12Ti2Bi’ SATU FORMULA KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA JENIS-JENIS RAKAN KONGSI BAGI MURID TINGKATAN 5 NASAIE Cikgu Salina binti Othman & Cikgu Muhammad Najmi bin Md Aziman Sek. Men. Agama Al-Khairiah Segamat 112


DARI MEJ AKETUAEDI TORAssalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah akhirnya Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PdP dapat merealisasikan usaha untuk menghimpunkan penulisan inovasi PdP terbaik guru-guru daerah Segamat dari tahun 2019 hingga 2023 dalam bentuk e-book. Penulisan ini terdiri daripada lima kategori inovasi PdP yang dipertandingkan setiap tahun iaitu kategori individu prasekolah, individu sekolah rendah, individu sekolah menengah, individu prauniversiti dan berkumpulan. Amalan melaksanakan inovasi dalam PdP adalah bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran dengan lebih efektif dalam kalangan para pendidik. Dalam masa yang sama dapat menghasilkan aktiviti PdP yang lebih berkualiti dan dapat menarik minat murid untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan lebih aktif. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan PPD Segamat Tn. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Kechik, Timbalan PPD (Pembelajaran) Pn. Norlin binti Jaafar, rakan SISC+ TVET Pn. Hjh. Rosmiah binti Marjin dan Pn. Ahzan Noraini binti Ahmad atas dorongan, lontaran idea dan kerjasama yang telah diberikan. Tidak terkecuali juga kepada Tuan Pengetua serta Tuan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Segamat atas kerjasama dalam menggalakkan guru-guru melaksanakan inovasi PdP serta kajian tindakan di sekolah masing-masing. Kepada Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PdP daerah Segamat teruskan budaya kerja yang cemerlang. Anda telah berada di landasan yang betul. Ikhlas, Ketua Editor / Penyelaras Kajian Tindakan dan Inovasi PdP HJH. RUZANA BINTI HJ MOHD SAM


SEKAPURSI RI HAssalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh, Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Panel Jawatankuasa Kajian Tindakan dan Inovasi PdP Daerah Segamat kerana telah bertungkus lumus dalam memastikan Himpunan Penulisan Inovasi PdP dapat dijelmakan dalam bentuk e-book. Usaha ini menepati prinsip kerja ke arah keterbukaan minda untuk mempelajari ilmu, kemahiran baharu dan sentiasa meningkatkan prestasi. Selain itu, budaya berinovasi dalam pdp ini juga menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam membudayakan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi. Justeru, saya berharap agar Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PdP Daerah Segamat akan terus menjadi platform untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk terbaik dan dikomersialkan bagi manfaat warga pendidik Segamat dalam usaha menghasilkan Anak yang Baik lagi Cerdik serta Murid Ceria, Guru Bahagia. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PPD Segamat. TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN KECHIK PENAUNG PPD SEGAMAT


SEKAPURSI RI HAssalamualaikum dan salam sejahtera, Saya selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran), ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada barisan Jurulatih Utama Kajian Tindakan dan Inovasi PdP daerah Segamat bawah bimbingan Pn. Hjh. Ruzana Binti Hj Mohd Sam SISC+ TVET selaku Penyelaras Kajian Tindakan dan Inovasi PdP daerah, Pn. Hjh. Rosmiah Marjin SISC+ TVET dan Pn. Ahzan Noraini SISC+ TVET atas kejayaan menjilidkan inovasi PdP guru guru daerah Segamat tahun 2023. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru-guru daerah Segamat yang berjaya menghasilkan inovasi dalam meningkatkan kualiti pdp mereka di dalam bilik darjah. Saya sangat kagum kerana guru-guru inovasi ini sentiasa optimis, proaktif dan memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam membantu kecemerlangan muridmurid. Saya yakin himpunan inovasi PdP yang terbina atas ilham dan gabungan cetusan idea bersama mampu melonjakkan kecemerlangan murid di pentas juara. Harapan saya agar guruguru dapat memanfaatkan idea dan inovasi yang dihimpunkan ini dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan penyampaian ketika PdPc di sekolah. Kesungguhan guru-guru menjadikan himpunan Inovasi PdP ini sebagai rujukan akan mampu melakar keseronokan dalam menyampaikan ilmu di dalam kelas. PUAN NORLIN BINTI JAAFAR PENASIHAT TPPD SEGAMAT


PENGHARGAANEN. NASIR BIN MOHAMED YUNOS MANTAN PPD SEGAMAT PN. HJH. ROZITA BINTI MOHD KASSIM MANTAN TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT PN. HJH. SA’ADIAH BINTI MAD SA’AD MANTAN TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT PN. SHAMSIAH BINTI SIDEK MANTAN PENGETUA SMK SERI BALI TN. HJ. HAMRI BIN HASHIM PENGETUA SMK BEKOK PENGERUSI JKD KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI PdP (MENENGAH) EN. SYAKIRIN BIN SAULANI MANTAN GURU BESAR SK POGOH EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH MANTAN GURU BESAR SK (FELDA) CHEMPAK PENGERUSI JKD KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI PdP (RENDAH)


JURULATIHUTAMACIKGU NOR HAYATUN RAHIMAH BINTI ROSLI, SMK BEKOK CIKGU MOHD HAFIZ BIN RAMLI, SK LABIS CIKGU HAJAH ZULAIHA BINTI SAMAD, SMK SERI BALI CIKGU NOOR HAFIZAH BINTI MOHAMED, SK BULOH KASAP CIKGU PUSHPA A/P KANDASAMY, SMK DATO' BENTARA DALAM CIKGU HAJAH SHAMSINAH BINTI SHAMSUDIN, SMK BEKOK CIKGU AZIJAN BINTI DAHLAN, SMK MUNSHI IBRAHIM CIKGU ZULIANA BINTI SUKOR, SMK AGAMA SEGAMAT CIKGU J.VIJEAN A/L JEGANATHAN, SMK PADUKA TUAN CIKGU NORIZAN BINTI A. KADIR, SMK TINGGI SEGAMAT CIKGU KOMATHI A/P V. GANASEN, SJK (T) LADANG SEGAMAT CIKGU SITI AISHAH BINTI SUKAIMI, SMK MUNSHI IBRAHIM CIKGU AINUN BINTI CHE OMAR, SJK (C) AI CHUN CIKGU FATIN DARATUL AIN BINTI JOHARI, SK POGOH CIKGU SUPIAN BIN HASHIM, SK CANOSSION CONVENT CIKGU MOHAMMAD AZRI BIN AHMAD ANUAR, SK BULOH KASAP CIKGU MA HAN SIN, SMK KAMARUL ARIFFIN CIKGU LIM SZE YEE, SMK DATO’ BENTARA DALAM CIKGU SITI YUSNIRA BINTI CHE SOH, SK BUKIT HAMPAR CIKGU RODHIHA BINTI MA’ROF, SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN CIKGU KAVITHA A/P VELMURUGAN, SJK (T) BANDAR SEGAMAT CIKGU ZURIADAH BINTI MD YUSOF, SJK (C) JABI


AKTIVITI


AKTIVITI


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I PUZZLE i-INSYAK Cikgu Zuliana binti Md Sukor Sek. Men. Agama, Segamat Guru Cemerlang DG52 SINOPSIS INOVASI PDP Projek inovasi Puzzle I-Insyak merupakan satu kit yang mengandungi ungkapan-ungkapan bahasa Arab yang perlu dicantumkanbagi membentuk pelbagai tajuk karangan bahasa Arab yang betul dangramatis dengan gaya bahasa yang menarik. Puzzle ini diinovasikandalam bentuk 4 lajur dan beberapa baris. Setiap lajur mewakili bahagianpenting dalam pembinaan ayat bahasa Arab yang bukanhanyamelibatkan susunan perkataan, bahkan jenis perkataan dan barisnya. Puzzle I-Insyak memudahkan murid mengembangkan ayat karangantanpa murid perlu memikirkan teori-teori tatabahasa samaadailmumorfologi atau sintaksis bahasa Arab yang banyak. Berdasarkananalisis latihan, temu bual dan ujian sebelum intervensi, didapati muridbelummenguasai kemahiran menulis karangan bahasa Arab. Merekatidakboleh menyusun ayat dengan baik, tidak pandai memilih perkataanyang betul untuk menyampaikan ayat yang difahami dan tidak pandai 1


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I menyusun idea dalam penulisan karangan bahasa Arab. Bagi menangani masalah tersebut, perancangan dan tindakan telahdibuat sehingga terhasilnya Puzzle i-Insyak. Hasil dapatan kajian menunjukkankit Puzzle i-Insyak berjaya meningkatkan tahap penguasaan muriddalamkemahiran menulis karangan bahasa Arab yang lebih gramatis dengantatabahasa dan gaya bahasanya yang betul. Hal ini dapat dibuktikandengan dapatan perbandingan data peningkatan tahap penguasaanmurid terhadap penguasaan kemahiran bertulis sebelumdan selepas intervensi . Kit Puzzle i-Insyak merupakan satu intervensi yangberjayamemperbaiki amalan pembelajaran murid dalam penulisan karanganyang menepati ciri-ciri Pendidikan Abad 21. Puzzle i-Insyak ini berjayamencapai objektif yang telah ditetapkan dan ia boleh didaftarkansebagai satu pendekatan yang Baharu dalam pedagogi bahasaArabdan diterapkan dengan lebih banyak unsur-unsur permainanyangmenarik dalam kit Puzzle i-Insyak. Penggunaan Puzzle i-Insyak jugadisediakan versi pelbagai aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaanpembinaan ayat mudah bagi memenuhi keperluan pembelajaranmurid yang berbeza dari segi tahap penguasaan dan keupayaanberbahasa. Projek inovasi ini juga telah disebar luas dan dikongsikanbersama murid-murid sekolah lain dan hasil dapatan menunjukkansangat teruja dengan Puzzle i-Insyak. OBJEKTIF INOVASI i. Murid dapat menulis karangan bahasa Arabdenganmenggunakan gaya bahasa yang betul, gramatis, danmenarik. 2


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ii. Murid dapat menulis karangan dengan lebih sistematik tanpamenterjemah secara langsung daripada bahasa Melayu. iii. Murid dapat meningkatkan prestasi pencapaian bahasaArab SPM dan peperiksaan lain dalam meningkatkankualiti Abahasa Arab. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN Karangan dianggap subtopik yang amat sukar dalamkalanganmurid apatah lagi bagi subjek bahasa Arab. Murid-murid menulis karangan bahasa Arab dengan menterjemahsecara langsung dari bahasa Melayu. Hal ini menyebabkankarangan mereka tidak dapat difahami kerana tatabahasadangaya bahasa yang salah. Murid gagal menulis karangan. Ada antara murid menulis karanganbahasa Arab dengan menterjemah perkataan dari GoogleTranslate. Ada di antara mereka juga tidak dapat menulis karangan walau satu perenggan kerana mereka telahlupakarangan yang telah dihafal. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Murid tidak dapat menguasai kemahiran penulisan karangandengan baik. Mereka keliru untuk menulis karangan bahasa Arabdengancantik dan gramatis dan dalam masa yang samaperlumenjaga tatabahasanya, cara penggunaan perkataandalamayat, gaya bahasanya dan susunan perkataan dalamayat. 3


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Mereka hanya menterjemah karangan daripadabahasaMelayu kepada bahasa Arab terjemahan perkataandemi perkataan menyebabkan karangan mereka tidak difahami. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Hubungkait dengan Pengajaran dan Pembelajaran atau PenyelidikanMenulis karangan merupakan satu kemahiran penting dalamsemuasubjek bahasa. Begitu juga bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Namunianya dianggap subtopik yang amat sukar dalam kalangan murid. Wal hal, markah untuk penulisan karangan pada Kertas 2 SPMBahasaArabmerupakan markah yang tertinggi antara soalan lain iaitu 30 markah. 4


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I DISKRIPSI INOVASI Projek inovasi PUZZLE i-INSYAK merupakan satu kit yang mengandungi ungkapan-ungkapan bahasa Arab yang perlu dicantumkanbagi membentuk pelbagai tajuk karangan bahasa Arab yang betul dangramatis dengan gaya bahasa yang menarik. Puzzle ini diinovasikandalam bentuk empat lajur dan beberapa baris. Setiap lajur mewakili bahagian penting dalam pembinaan ayat bahasa Arab yangbukanhanya melibatkan susunan perkataan, bahkan jenis perkataandanbarisnya. PUZZLE i-INSYAK memudahkan murid mengembangkanayat karangan tanpa murid perlu memikirkan teori-teori tatabahasasamaadailmu morfologi atau sintaksis bahasa Arab yang banyak. Berikut adalahisi kit PUZZLE i-INSYAK 1. PUZZLE i-INSYAK untuk bahan bantu mengajar guru 2. PUZZLE i-INSYAK untuk bahan pembelajaran murid Penanda wacana dan penyambung ayat. ( Banyak disediakan ) Contoh : Pada masa kini / Walaubagaimanapun / Tidak syak lagi Subjek/ kata kerja dan pelakunya ( Mengikut tajuk yang diberi ) Contoh : Malaysia / telah merancang Malaysia Predikat/ objek/ Kata penguat ( Mengikut tajuk karangan yangdiberi ) Contoh : negara maju / projek yang berfaedah Frasa untuk mengembangkan ayat ( Banyak disediakan ) Contoh : di pelusuk dunia / untuk kemaslahatan rakyat LAJUR KEEMPAT LAJUR KETIGA LAJUR KEDUA LAJUR PERTAMA 5


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I BIDANG UTAMA Untuk penghasilan karangan bahasa Arab. BUTIR-BUTIR LAIN Inovasi telah disemak dan dipantau oleh Profesor Dr. Nonglaksanakama @ Madihah daripada Universiti IslamAntarabangsa. Inovasi telah mendapat hak cipta MyIppo. SITUASI SEMASA PELAKSANAAN INOVASI Ativiti pertama : Murid menyusun potongan kecil ungkapan bahasaArabdan menulis ungkapan lain yang tidak disediakan pada potongankecil pada puzzle i-insyak mengikut warna, baris dan lajur yang betul hinggamenjadi satu karangan yang gramatis. Langkah 1 : Murid diberi penerangan tentang penggunaan KIT PUZZLEiINSYAK. Langkah 2: Mereka menggunakan PUZZLE i-INSYAK dalamkumpulan. 6


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti Kedua: Menulis karangan tajuk yang berbeza dalamkumpulanberdasarkan PUZZLE i-INSYAK. Langkah 1 : Murid menggunakan puzzle i-insyak untuk menulis karanganyang gramatis dalam kumpulan. Murid dibahagikan kepada6 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tajuk karanganyangberbeza. Langkah 2 : Murid berkolaborasi bersama kumpulan lain dengan membentangkan karangan yang ditulis. 1. Dalam kumpulan 2. Berkolaborasi bersamakumpulan lain 7


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN 1. Murid – Peningkatan kualiti A dan GPMP bahasa Arabdansifat Edan gagal Bahasa Arab SPM dan PT3 2. Guru – Penjimatan sumber tenaga guru dan masa PdP 3. Stakeholder – Melonjakkan kedudukan sekolahdanpeningkatan skor SKPMg 2 dalam subjek Bahasa Arab4. Ibu bapa – Pengurangan kos operasi sekolah ( jimat RM10 ) 8


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJARDALAMSUPTOPIK POLA KESELARASAN VOKAL MELALUI KAEDAH MATRIKS Cikgu Azijan binti Dahlan SMK Munshi Ibrahim Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 SINOPSIS INOVASI PDP Kajian telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar Tingkatan 6 BawahSMKMunshi Ibrahim, 85300 Labis, Johor. Guru yang terlibat ialah gurumatapelajaran Bahasa Melayu di kelas tersebut. Subtopik Pola KeselarasanVokal dipilih kerana ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menghafal senarai pola keselarasan vokal. Hal ini berlaku kerana terdapat 18 jenis polakeselarasan vokal. Bilangan yang banyak ini menyebabkan pelajar kurangmenguasai subtopik ini. Kajian ini cuba membantu para pelajar memahami, menghafal dan mengaplikasi cara mudah untuk menguasai subtopikini melalui kaedah yang dicipta iaitu kaedah matriks. Dengan ini, pelajar dapat menghafal fakta-fakta penting dalam menjawab soalanyangberbentuk objektif. Maklumat daripada sesi pemerhatian digunakanuntuk9


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I merancang tindakan yang harus diambil. Ujian dilakukan untuk mengukur prestasi dan penguasaan pelajar serta sekali gus melihat sejauhmanakeberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Analisisperbandingan ujian pra dan ujian pos mendapati 100 %pelajar menunjukkan peningkatan markah. Hal ini membuktikan bahawaKaedahMatriks yang digunakan oleh pengkaji sangat sesuai untuk diaplikasikandalam proses pengajaran subtopik Pola Keselarasan Vokal. OBJEKTIF INOVASI Objektif Umum Meningkatkan penguasaan pelajar dalam subtopik Pola KeselarasanVokal melalui Kaedah Matriks. Objektif Khusus a) Pelajar dapat menyatakan konsep pola keselarasan vokal secaralisan. KUMPULAN SASARAN 10 b) Pelajar dapat menyenaraikan 18 jenis pola keselarasan vokal dengan tepat melalui kaedah matriks. Kajian tindakan yang telah dilakukan melibatkan kumpulan sasaran iaitusenarai sepuluh pelajar Tingkatan 6 Bawah 2 di SMK Munshi Ibrahim, 85300Labis, Johor.


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LATAR BELAKANG Guru mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas 2 yang akan mengambil peperiksaan STPM. Bentuksoalan bagi kertas ini merupakan soalan berbentuk objektif. Soalanyangberbentuk objektif pada peringkat STPM mempunyai pelbagai peringkatseperti hafalan fakta, aplikasi, analisis dan sebagainya. Sukatanpelajaranyang melibatkan pengkajian bidang bahasa pula begitu terperinci danskopnya sangat luas. Oleh itu, pelbagai pendekatan yangberbentukinovatif perlu diambil oleh guru untuk memastikan sesi pengajaranberkesandan menarik. Lantaran itu, pelbagai teknik pengajaran telahberjayadicipta oleh guru. Sebelum inovasi dijalankan, pelajar sering menyangkabahawamata pelajaran Bahasa Melayu seharusnya berpandukan nota-notayangpanjang dan ini pastinya membosankan pelajar. Keadaan ini jugasecaratidak langsung melemahkan semangat pelajar untuk membacadanmengulang kaji pelajaran serta hilang minat dalammatapelajarantersebut. Namun keadaan ini berubah setelah pelbagai pendekatandijalankan di dalam kelas. Setiap inovasi yang dijalankan mempunyai objektif khusus yangdisasarkan bergantung pada tajuk inovasi atau kajian. Namunbegitu, secara kesimpulan boleh dinyatakan bahawa kesemuainovasi berobjektifkan : a) Pelajar dapat memahami dengan sejelas-jelasnyatentang tajuk pelajaran yang diajar oleh guru. b) Pelajar dapat mengingati fakta-fakta pentingyangbanyak dengan mengaplikasikan pendekatan yangtelahdicipta oleh guru. c) Pemahaman yang jelas dan kejayaan mengingati faktafakta penting dapat meningkatkan penguasaanpelajar 11


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I dalam topik-topik tertentu dan seterusnyadapatmeningkatkan keputusan peperiksaan pelajar. d) Formula baru yang diinovasikan oleh gurudapatmeningkatkan semangat pelajar untuk pelajar dansuasana pengajaran dan pembelajaran dalamkeadaansangat positif. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Alhamdulillah setakat ini tiada masalah-masalah yang dihadapi olehguru. HURAIAN INOVASI Bahan yang Digunakan untuk Menghasilkan Inovasi Penghasilan inovasi ini hanya memerlukan sehelai kertas bagi menulisformula yang telah dicipta. Tiada penggunaan bahan-bahanyangtertentu. CARA INOVASI DIGUNAKAN Langkah 1 Guru memberi penjelasan tentang konsep pola keselarasan vokal. Guru memaklumkan bahawa terdapat 18 pola keselarasan vokal yangperlu diingati oleh pelajar iaitu: 1. a - a 2. a - i 3. a - u 4. e pepet – a 5. e pepet – i 6. e pepet – u 7. e taling – a 12


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8. e taling – e taling 9. e taling – 0 10.i – a 11.i – i 12.i –u 13.o – a 14.o – e taling 15.o – o 16.u – a 17.u – i 18.u – u Langkah 2 Untuk pelajar menghafal 18 pola keselarasan vokal tanpa berpandukanformula tertentu adalah sangat sukar. Oleh itu, guru telahmenciptaformula berdasarkan kaedah matriks. Pelajar diminta untuk menghafalnya. Formula tersebut ialah: ep a i u a i u et et o a o 13


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Langkah 3 Guru menjelaskan penggunaan formula matrik tersebut supayapelajar dapat menyenaraikan 18 pola keselarasan vokal dengan carayangmudah. Formula ini sama dengan konsep kebarangkalian dalammatapelajaran matematik. ep a i u a i u et et o a o Langkah 4 Daripada formula tersebut, pelajar dapat menyenaraikan18polakeselarasan pola dengan tepat dengan cara menghafal formulamatrikyang telah dicipta oleh guru. 18 pola tersebut iaitu: 1. e pepet – a 2. e pepet – i 3. e pepet – u 4. a – a 5. a – i 6. a – u 14


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 7. i – a 8. i – I 9. i – u 10.i – a 11.i – I 12.i – u 13.e taling – e taling 14.e taling – o 15.e taling – a 16.o – e taling 17.o – o 18.o – a KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI Tiada kos yang diperlukan untuk menghasilkan inovasi. KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(SERTAKAN BUKTI) Guru sangat berpuas hati dengan penciptaan inovasi yangdilakukan. Guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan kaedahyangmudah, menyeronokkan dan berkesan. Bagi pelajar pula, kaedahyangtelah dicipta oleh guru dapat meyakinkan mereka terutamaketikamenjawab peperiksaan kerana mereka telah berjaya menguasai topik-topik tersebut dengan baik sekali. Kepuasan hati pelajar dapat dinilai dengan melihat wajah-wajah mereka yang gembira dan seronok apabilabelajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 15


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I GRAF PRESTASI Perbandingan antara ujian pra dan ujian pos digambarkan melalui graf berikut: Graf 1 :Perbandingan ujian pra dan ujianpos Dapatan kajian menunjukkan bahawa sembilan orang daripadasepuluhorang murid atau 90% murid telah menunjukkan peningkatansetelahmengaplikasi kaedah matriks dalam subtopik Pola KeselarasanVokal. Malahan terdapat empat orang murid atau 40 % muridmemperolehmarkah penuh iaitu 100%. Murid-murid juga lebih berkeyakinanapabilaberhadapan dengan soalan yang pada pandangan merekasoalanyang amat sukar. Pendekatan ini membolehkan pelajar mampumenghafal fakta-fakta penting dengan cara yang lebih menarikdanmudah. Hal ini kerana penciptaan formula baru telah menggelakkan16


Himpunan Inovasi PdP (SM) DaerahSegamat © PPD Segamat 2023 Jilid I pelajar-pelajar menghafal fakta yang begitu banyak. Caraini tentunyatidak efisyen dan berkesan. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Inovasi ini sangat mudah untk disebarluaskan kepadapihaklainterutamanya kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaanSTPM. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Tiada 17


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I MA’S CHEMISTRY CARD GAME (MCC GAME) Cikgu Ma Han Sin SMK Kamarul Ariffin Guru Cemerlang Kimia DG 48 [email protected] SINOPSIS INOVASI PDP Nama produk inovasi ini ialah Ma’s Chemistry Card Game. Inovasi ini merupakan satu bahan bantu mengajar dalam bentuk permainan kad yang berkaitan dengan Kimia. Inovasi tersebut dibina berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur dan beberapa maklumat tambahan lagi. Inovasi ini dibuat daripada kertas A4 yang bercetak dan diliminitekan sahaja. Kos bagi inovasi ini sebanyak RM 52.50. Inovasi ini dapat digunakan dalam beberapa situasi atau subtopik yang berkaitan kimia seperti simbol piawai unsur, susunan elektron, formula iom, formula kimia, siri elektrokimia dan lain-lain lagi. Permainan kad ini boleh dimainkan dalam berkumpulan dari 2 orang hingga 4 orang selaras dengan aktiviti PAK-21. Permainan kad ini dapat membantu guru untuk menerangkan konsep dan meningkatkan minat pelajar tentang simbol unsur, nombor proton, nombor nukleon, susunan elektron, ion, molekul, sebatian ion, sebatian kovalen dan juga siri elektrokimia. Inovasi ini memerlukan kos yang rendah tetapi dapat memberi impak yang tinggi dalam PdPc dan juga minat pelajar terhadap kimia. 18


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI: i. Untuk membina satu bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru untuk menerangkan konsep asas kimia kepada pelajar dengan lebih senang dan menarik. ii. Untuk membina satu alat permainan kad yang berkaitan dengan kimia. iii. Untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran kimia. iv. Untuk mempelbagaikan aktiviti PAK-21 dalam PdPc kimia. KUMPULAN SASARAN: i. Guru Kimia dan Guru Sains sekolah menengah ii. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Kimia SPM. iii. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains. LATAR BELAKANG Pengkaji merupakan seorang guru kimia yang mengajar selama 14 tahun. Pengkaji mendapati bahawa konsep asas kimia seperti nombor proton dan nombor nukleon merupakan asas yang sangat penting dalam mata pelajaran Kimia. Namun, ramai murid tingkatan 4 yang baru belajar mata pelajaran Kimia masih keliru dengan fungsi nombor proton dan nombor nukleon. Ini menyebabkan murid tidak dapat mengikuti topik seterusnya yang melibatkan nombor proton dan nombor nukleon seperti susunan elektron, formula ion, formula kimia, persamaan kimia dan konsep mol. 19


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Daripada pengalaman dan pemerhatian pengkaji, pengkaji mendapat satu idea di mana perlu menyediakan suatu bahan bantu mengajar untuk membantu pengkaji sendiri untuk menerangkan konsep asas kimia ini dan boleh buat ulangkaji di topik seterusnya dengan senang. Daripada pemikiran tersebut, tercetuslah idea permainan kad ini. Pada awal tahun 2018, permainan kad ini telah dihasilkan oleh pengkaji. Cuma pada masa itu, pengkaji hanya menuliskan simbol kimia pada kertas A4 yang dibahagikan dengan 9 bahagian. Murid memberi respon permainan kad itu tidak menarik sebab kertas A4, tulisan tangan dan maklumat terhad dalam kad tersebut. Pengkaji menambahbaik pada tahun 2019 dan menjalankan kajian tindakan juga terhadap permainan kad tersebut. Pengkaji tambah baik dari segi kertas A4 yang berwarna, cetakan dari komputer dan tambah beberapa maklumat dalam kad tersebut. Cara permainan pun telah ditambah baik oleh pengkaji. Murid memberi respon yang positif. Pada tahun tahun 2020, pengkaji menggunakan permainan yang sama dan menjalankan aktiviti permainan dengan murid tingkatan 5 tahun. Pelajar sangat berminat dan memberi respon yang positif terhadap permainan kad tersebut. Pada tahun 2021, pengkaji ubahsuai dan tambah baik lagi kepada permainan kad tersebut dan jadilah Inovasi baru untuk tahun 2021 iaitu Ma’s Chemistry Card Game. 20


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Inovasi ini atau Ma’s Chemistry Card Game dihasilkan untuk membantu guru menerangkan konsep asas kimia seperti nombor proton, nombor nukleon, susunan elektron, formula ion, formula kimia, persamaan kimia, siri elektrokimia dan nombor pengoksidaan. Isu 1: Kepelbagaian bahan bantu mengajar Sebelum ini, pengkaji menerangkan konsep asas kimia hanya menggunakan buku teks, gambar atau video. Pengkaji tidak dapat menerangkan konsep seperti nombor proton, nombor nukleon, susunan elektron, formula ion, formula kimia dan persamaan kimia dengan menarik. Dengan adanya Ma’s Chemsitry Card Game, pengkaji dapat menerangkan konsep asas yang dinyatakan di atas dengan menjalankan beberapa aktiviti PdPc biasa, dan permainan kad kimia yang baru. Murid dapat mengaplikasikan teori dan konsep yang baru belajar dalam permainan tersebut. Isu 2: Masa Sebelum ini, pengkaji perlu menyediakan kertas A4 dan marker pen dan menuliskan simbol dalam kertas A4. Ini mengambil masa yang lama dan tidak dapat menarik perhatian murid. Dengan adanya Ma’s Chemistry Card Game, pengkaji hanya perlu edarkan 9 set kad kepada 9 kumpulan murid dalam masa yang singkat. Masa adalah sangat penting dalam PdPc kita. 21


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Bukan setakat menjimatkan masa pengkaji untuk menyediakan bahan bantu mengajar, inovasi ini juga dapat menjimatkan masa semua murid menjalankan aktiviti dalam PdPc Kimia atau Sains. Murid senang menyediakan soalan dan berbincang jawapan antara kawan. Isu 3: Kepelbagaian aktiviti PAK-21 dalam PdPc Kimia Sebelum ini, pengkaji hanya dapat meminta murid berbincang soalan berformat SPM atau ikut buku teks antara mereka. Pengkaji juga meminta murid mencipta soalan baru dalam buku latihan dan meminta rakannya untuk menjawab soalan. Inovasi ini bukan setakat dapat membantu murid membina soalan, ia juga dapat jadi permainan kad antara kawan. Murid dapat main sambil belajar teori atau konsep yang berkaitan. Tanpa teori atau konsep, murid tidak akan dapat main permainan ini dan tidak akan menjadi pemenang. Inovasi ini dapat dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Guru dan murid boleh berubah cara main mengikut situasi yang berbeza. Isu 4: Keseronokan menjalankan aktiviti dalam PdPc Kimia Sebelum ini, murid selalu mengangkap aktiviti kimia mesti berkaitan dengan bahan kimia, teori kimia yang susah atau eksperimen kimia. Murid menjalankan aktiviti tapi tidak rasa keseronokan yang tinggi. Inovasi ini dapat memberi peluang kepada murid bermain sambil belajar, belajar untuk bermain. 22


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Isu 5: Kepelbagaian pentaksiran dalam bilik darjah KSSM Kimia Tingkatan 4 telah dimulakan pada tahun 2020. Pengkaji mendapati bahawa susah nak menyediakan aktiviti yang sesuai utnuk menjalankan pentaksiran bilik darjah selain daripada lisan, pemerhatian atau latihan. Inovasi ini dapat mempelbagaikan pentaksiran bilik darjah. Guru dapat mentaksir murid tentang teori atau topik tersebut melalui aktiviti pemainan kad kimia ini. Murid akan rasa seronok walaupun sedang ditaksir oleh guru mereka semasa PdPc dijalankan. Isu 6 : Kos Pengkaji membuat kaji selidik dengan bahan bantu mengajar yang sama bentuk dengan inovasi ini di pasaran. Pengkaji mendapati bahawa harga bagi satu set bahan bantu mengajar itu menjejak RM 120. Harga dalam Shopee Harga dalam Lazada 23


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Inovasi ini hanya memerlukan RM 52.50. Jika inovasi ini dicetak di kedai pencetakan, kos akan jadi lebih rendah lagi. Inovasi: Ma’s Chemistry Card Game, Harga RM 52.50. BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI Inovasi ini dihasilkan dengan menggunakan Kertas A4 warna, cetakan komputer dan plastik “liminate” . 24


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CARA INOVASI DIGUNAKAN Ma’s Chemistry Card Game A. Penggunaan Ma’s Chemistry Card Game Secara Biasa. I. Membentuk Sebatian Ion 1. Guru boleh minta pelajar membentuk sebatian ion, menulis formula kimia, menghitung jisim formula relatif sebatian tersebut. 2. Guru boleh minta pelajar menerangkan pembentukan sebatian tersebut. Na2SO4 Natrium sulfat Mg(NO3)2 Magnesium nitrat MgO Magnesium oksida NaOH Natrium hidroksida Na2O Natrium oksida PbSO4 Plumbum (II) sulfat 25


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I II. Membentuk Sebatian Kovalen 1. Guru boleh minta pelajar membentuk sebatian kovalen, menulis formula kimia, menghitung jisim molekul relatif sebatian tersebut. 2. Guru boleh minta pelajar menerangkan pembentukan sebatian tersebut. H2 O2 Gas hidrogen Gas oksigen Karbon dioksida CH4 Metana H2O Air CO2 26


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I III. Membentuk Jenis Asid dan Alkali 1. Guru boleh minta pelajar menyusun asid monoprotik dan diprotik, alkali kuat dan alkali lemah. H2SO4, Asid sulfurik HNO3, Asid nitrik HCl, Asid hidroklorik NaOH Natrium hidroksida Mg(OH)2 Magenisum hidroksida NH3 Ammonia IV. Membentuk Garam 1. Guru boleh minta pelajar membentuk garam larut dan garam tak terlarutkan. CaSO4 Kalsium sulfat PbCl2 Plumbum (II) klorida PbSO4 Plumbum (II) sulfat 27


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I V. Membentuk Siri Elektrokimia 1. Guru boleh minta pelajar menyusun siri elektrokimia secara individu atau pasangan atau berkumpulan. B. Penggunaan Ma’s Chemistry Card Game Secara Permainan Kad. 1. Nama permainan : Pair Are Stable - Bilangan orang : 2 orang hingga 4 orang - Cara main : a) Setiap pemain akan dapat 5 kad b) Pemain pertama akan dapat 6 kad. c) Semua pemain perlu membentuk 3 sebatian dari 6 kad. d) Jika pemain pertama dapat 6 kad terus dapat membentuk 3 sebatian, maka, orang pertama dikira terus menang tanpa main dalam permainan ini. e) Jika pemain pertama tidak dapat membentuk 3 sebatian, maka dia perlu mengeluarkan 1 kad di atas meja. f) Pemain kedua, ketiga dan keempat jika boleh terus membentuk 3 sebatian dengan 1 kad yang dikeluarkan oleh pemain pertama, maka pemain itu dikira sebagai pemenang bagi permainan ini. g) Jika tiada pemain boleh membentuk 3 sebatian daripada kad pertama yang dikeluarkan oleh pemain pertama, maka pemain 28


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I kedua boleh mengambil kad tersebut dan keluarkan 1 kad di atas meja. h) atau pemain kedua tidak ambil kad tersebut, dia terus ambil 1 kad daripada himpunan kad yang belum diagihkan dan keluarkan 1 kad di atas meja. i) Dan permain ketiga dan keempat dan seterusnya akan ulangi langkah seperti pemain kedua. j) Pemenang ialah pemain yang pertama dapat berjaya membentuk 3 sebatian daripada 6 kad. k) Guru atau pemain sendiri boleh menyediakan syarat permainan seperti: − membentu 3 sebatian ion atau sebatian kovalen sahaja − membentuk 3 sebatian ion dan sebatian molekul − membentuk 1 sebatian ion, 1 sebatian kovalen dan mana-mana 1 sebatian - Kosep kimia : i. Formula ion ii. Sebatian ion, sebatian kovalen dan jenis asid - Topik : i. Kimia Tingkatan 4 Bab 5 Ikatan Kimia ii. Kimia Tingkatan 4 Bab 7 Asid, bes dan garam Contoh Aktiviti Dijalankan: 29


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 2. Nama permainan : Chemistry Scrabble - Bilangan orang : 2 orang hingga 4 orang - Cara main : a) Setiap pemain akan dapat 5 kad b) Pemain pertama akan membentuk 1 sebatian daripada 5 kad yang ada. c) Pemain perlu menulis nama sebatian, formula sebatian dan jisim formula relatif atau jisim molekul relatif dalam borang yang disediakan. d) Jisim formula relatif atau jisim molekul relatif bagi sebatian yang dibentuk merupakan mata bagi pemain tersebut. e) Semua pemain lain perlu menyemak jawapan yang telah ditulis. Jika terdapat salah, Jisim Formula Relatif atau Jisim Molekul Relatif bagi sebatian yang dibentuk merupakan mata negatif bagi pemain tersebut. f) Pemain boleh gantikan bilangan kad di tempat perhimpunan kad yang belum digunakan. g) Pemenang ialah pemain yang mempunyai mata yang paling tinggi. Contoh borang: Nama pemain: Tarikh: Bil Nama sebatian Formula kimia sebatian Jisim formula relatif / Jisim molekul relatif Mata 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 30


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Kosep kimia : i. Formula ion ii. Sebatian ion, sebatian kovalen dan jenis asid - Topik : i. Kimia Tingkatan 4 Bab 5 Ikatan Kimia ii. Kimia Tingkatan 4 Bab 7 Asid, bes dan garam Dokumentasi bergambar: Conto aktiviti dijalankan 31


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 3. Nama permainan : Membina Siri Elektrokimia - Bilangan orang : 2 orang hingga 4 orang - Cara main : a) Setiap pemain akan dapat 5 kad b) Pemain pertama meletakkan kad mengikut tertib menurun dalam siri elektrokimia. c) Jika pemain pertama dapat 5 kad yang dapat disusun dalam siri elektrokimia dengan urutan yang betul, maka pemain pertama dikira sebagai pemenang d) Pemenang ialah pemain yang mempunyai mata yang paling tinggi. 32


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI Bil Bahan Bilangan Harga / unit (RM) Harga (RM) 1 Kertas A4 warna 25 0.05 2.50 2 Cetakan Warna 25 1.00 25.00 3 Liminate 25 1.00 25.00 Jumlah 52.50 KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengkaji telah sediakan soal selidik di atas link Google Form. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScjBTab9pCeHoHxoFrEDPOVWA YREeJx7v-o6fSA8cG2l88PHw/viewform?usp=sf_link Berikut merupakan hasil daripada soal selidik yang dijalankan. Nama respondens: Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Responden 6 Responden 7 Responden 8 Responden 9 Responden 10 33


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 34


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 35


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 36


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 10. Tuliskan komen anda terhadap Ma's Chemistry Card Games.10 responses 1. Sambil bermain dapat membantu pelajar untuk lebih mudah faham subjek kimia 2. susah nak menang bila dapat karbon,C. 3. Ianya amat baik untuk menarik minat murid memahami tajuk yang berkaitan dalam Kimia dan Sains. Ianya juga didapati sesuai juga digunakan untuk murid tingkatan 3 mengenali proses pengionan dan sudunan oktet. 4. games yang sangat menarik 5. Good luck 6. Sangat membantu untuk pelajar yang lebih gemar bermain bagi memahami konsep kimia. 7. Sangat membantu kepada semua pelajar yang mempelari matapelajaran Kimia 8. Teruskan berusaha! 9.bilangan setiap kad perlu ditetapkan dan asingkan kad yg tidak berkaitan 10. I want to play it again POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Konsep inovasi ini ialah mudah, menyeronokan dan memanfaatkan. Daripada maklum balas yang diberikan daripada murid dan Guru Cemerlang Sains (Cikgu Zainah Binti Mohamed Nor, SMK Kamarul Ariffin), pengkaji sangat yakin inovasi ini dapat disebar luaskan kepada pihak lain. Inovasi ini sangat mudah didapatkan dengan kos yang rendah, kepelbagaian pemggunaannya akan membantu guru mengadakan aktiviti PAK 21 dalam PdPc kimia atau sains. Perimainan kadi ni juga sesuai dijadikan aktiviti semasa waktu relif guru. Salain daripada itu, permainan kad kimia tersebut boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dalam perjumpaan Persatuan Sains dan Matematik (STEM). Tambahan pulak permainan kad kimia tersebut boleh dijadikan satu pertandingan dalam Bulan Sains dan Matemtik peringkat sekolah, mahunpun peringkat yang lebih tinggi. 37


Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Kesimpulannya, produk inovasi ini adalah satu bahan bantu mengajar yang baru, murah, mudah, meyeronokan dan memanfaatkan kepada guru dan juga murid. Ia bukan setakat dapat membantu guru menerangkan konsep asas kimia kepada murid dengan lebih senang, ia juga dapat membantu murid lebih memahami dan menguasai konsep asas kimia tersebut melalui permaianan yang menyeronokan. Pengkaji berharap Ma’s Chemical Card Game dapat disebar luaskan kepada rakan lain dan juga sekolah lain. Pengkaji juga berharap aktiviti dan permainan yang menggunakan Ma’s Chmical Card Game dapat dijadikan satu pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. 38


Click to View FlipBook Version