Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rujuk Lampiran hasil jawapan murid-murid saya di dalamtelegramdanlaporanbergambar bagaimana pdpr dijalankan. REFLEKSI Jadual 1: Perbandingan markah Penilaian 1, Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Takrifan Arus 89
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 4: Perbandingan Markah Penilaian 1, Ujian Pra dan UjianPos Responden bagi Takrifan Arus. Jadual 2: Perbandingan markah Penilaian 1, Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Takrifan Beza keupayaan 90
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 5: Perbandingan Markah Penilaian 1, Ujian Pra dan Ujian Pos Responden bagi Takrifan Beza keupayaan Analisis Rajah 4, graf perbandingan penilaian 1, ujian pra dan ujianpos bagi takrifan arus menunjukkan peningkatan penguasaan takrifan bagi setiapindividu, manakala untuk analisis Rajah 5, graf perbandingan penilaian1, ujian pra dan ujian pos bagi beza keupayaan menunjukkan 60%individumencapai jawapan tepat. Rajah 6 pula merupakan graf pencapaian atau impak keseluruhanmurid bagi takrifan arus dan beza keupayaan yang mana bagi takrifanarus adapeningkatan daripada 0% dalam penilaian 1 kepada 50%ujianpradanmeningkat kepada 100% setelah dilaksanakan intervensi manakalauntuktakrifan beza keupayaan tiada murid yang dapat memberikan takrifanyangtepat bagi beza keupayaan sewaktu penilaian 1 dan ujian pra, walaubagaimanapun setelah responden diperkenalkan dengan Kit Gelongsor peningkatan penguasaan kepada 60% responden berlaku. 91
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 6: Graf Peratus Pencapaian Penilaian, Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Arusdan Beza Keupayaan saya juga telah menilai jawapan murid dalampenguasaanpengiraan yang melibatkan rumus. Secara keseluruhannya sayaberpuas hati kerana mereka dapat menjawab soalan dengan baik, hanyaterdapatbeberapa orang murid yang gagal mendapat markah penuh disebabkanmasalahteknikal seperti tidak meletakkan unit dan tersalah tekankalkulator. Saya sangat berpuas hati kerana ada banyak peningkatandari segi penguasaan murid tentang arus dan beza keupayaan. Jawapanyangmereka berikan juga lebih tepat. Ini menunjukkan kefahaman merekatentangarus dan beza keupayaan juga telah meningkat. Saya yakin penggunaanmodel Kit Gelongsor sangat membantu murid dan juga guru. POTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Saya yakin model Kit Gelongsor dan teknik simulasi yang saya gunakanuntukmenyampaikan kandungan pdp berkaitan subtopik arus danbezakeupayaan memang sangat berkesan. 92
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Saya juga telah menjalankan PLC di peringkat sekolah (sekolahlamadan sekolah baharu di mana saya bertugas) untuk berkongsi penemuankaedah ini agar ianya dapat dimanfaatkan oleh guru-guru sewaktupdpseterusnya dapat meningkatkan kefahaman murid-murid lain secaraamnya. Ternyata mereka semuanya berpuas hati dengan keberkesanantekniktersebut. Saya sangat berharap agar teknik dan model ini dapat digunapakai untuk semua guru Sains dan Fizik di seluruh Malaysia. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Lampiran C1 Model Kit Gelongsor dan cara penghasilannya Lampiran C2 Sesi demonstrasi penggunaan model Kit Gelongsor untuk menerangkantakrifan arus dan beza keupayaan Lampiran C3 Maklum balas murid – Jawapan Latihan PBD Lampiran C4 Sesi PLC bersama guru-guru lain. Perkongsian ilmu bersama murid sekolah lain 93
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LampiranC1MODEL KIT GELONGSOR DAN CARA PENGHASILANNYA Model Kit Gelongsor yang terdahulu Model Kit Gelongsor terkini yang telah diubah suai 94
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LAMPIRANC1MODEL KIT GELONGSOR DAN CARA PENGHASILANNYA 95
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 96
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat LampiranC2© PPD Segamat 2023 Jilid I SESI DEMONSTRASI PENGGUNAAN MODEL KIT GELONGSORUNTUKMENERANGKAN TAKRIFAN ARUS DAN BEZA KEUPAYAAN 97
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat LampiranC3© PPD Segamat 2023 Jilid I MAKLUM BALAS MURID – JAWAPAN LATIHAN PBD 98
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat LampiranC4© PPD Segamat 2023 Jilid I SESI PLC BERSAMA GURU-GURU LAIN. 99
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat LampiranC4© PPD Segamat 2023 Jilid I SEBAR LUAS PENGGUNAAN KIT GELONGSOR DENGAN MURID SEKOLAHLAIN100
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I DASARIA Cikgu Muhamad Hafizhuddin Bin Abdul Rahman SMK Dato’ Bentara Dalam SINOPSIS INOVASI PDP Topik Dasar Pembangunan Negara merupakan komponen penting dalam sukatan Pengajian Am Semester 2. Guru Pengajian Am sering menghadapi masalah untuk merancang proses PdP yang mampu menarik minat pelajar dan seterusnya meningatkan pencapaian pelajar. Oleh kerana topik ini melibatkan pelbagai dasar, pelajar sering menghadapi masalah mengingati fakta seterusnya gagal melakukan analisis terhadap sesuatu dasar. Sehubungan itu, pengkaji membina inovasi Dasaria bagi membantu pelajar mengubungkan fakta penting yang telah dipelajari. Dasaria mempunyai tiga komponen iaitu papan permainan, MyLink dan Quizziz. Pelajar memulakan permainan dengan mengimbas kod atau menaip pautan yang dipaparkan di papan permainan. Pautan MyLink akan memaparkan 3 101
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I pilihan aras untuk dipilih secara kolektif oleh pelajar. Seterusnya, pelajar menjawab soalan Quizziz jika pelajar berhenti di petak berwarna merah. Melalui Dasaria, pelajar digalakkan berbincang bersama rakan bagi menjawab soalan Quizizz. Jika jawapan yang diberikan salah pelajar diberi penalti pergerakan di papan permainan. Pelajar turut diberikan bonus pergerakan jika menjawab dengan betul. Perbincangan dilakukan sebelum menjawab soalan yang diberikan bagi membentuk kefahaman pelajar yang akan mengaitkan dengan sukatan pelajaran. Akhirnya diharapkan inovasi ini dapat membantu pelajar menguasai topik Dasar Pembangunan Negara melalui kaedah yang lebih ceria seterusnya membentuk pembelajaran yang bermakna. OBJEKTIF INOVASI Inovasi ini mengandungi tiga objektif iaitu 1. Meningkatkan keseronokan belajar melalui pembelajaran bermakna. 2. Menyemai budaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembimbing. 3. Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bersosial. KUMPULAN SASARAN Sasaran inovasi ini adalah pelajar Tingkatan 6 Semester 2 102
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LATAR BELAKANG Pembinaan inovasi ini melibatkan empat peringkat berdasarkan model ADDIE iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Peringkat analisis, reka bentuk dan pembangunan dilakukan bersama guru dalam Unit Pengajian Am dengan mendapatkan pandangan dan saranan guru-guru lain. Manakala peringkat pembangunan dilakukan kajian rintis dengan 4 orang pelajar bagi mendapatkan respon dan mengesan masalah yang mungkin muncul kemudian. Empat perubahan dilakukan selepas mendapat respon pelajar dalam kajian rintis berkaitan pemilihan bahan, format soalan, reka bentuk papan permainan dan pertukaran penanda. Penilaian akhir dilakukan untuk pelajar dari kelas yang berbeza. Namun begitu pengkaji mendapati bahan inovasi ini masih boleh dilakukan penambahbaikan lagi. 103
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Inovasi ini dapat menangani 3 masalah utama yang sering dihadapi oleh guru dan pelajar. Pertamanya, penguasaan pelajar yang lemah. Hal ini adalah kerana, pelajar tidak menguasai fakta penting dalam topik ini. Dasaria dapat memabantu peajar melalui interaksi dengan bahan permainan serta soalan Quizizz. Pelajar juga turut melakukan komunikasi dengan pelajar lain. Seterusnya, suasana kelas yang kurang ceria. Permainan ini memerlukan komunikasi yang aktif antara bahan dan rakan satu kumpulan seterusnya membentuk suasana pembelajaran yang lebih harmoni dan kondusif. Interaksi dalam suasana terkawal membantu pelajar membentuk kefahaman bersama rakan satu kumpulan. Kemudian, penglibatan pelajar yang minima. Pembelajaran tradisional tidak memerlukan penglibatan aktif pelajar bersama rakan dan bahan pembelajaran. Melalui Dasaria, murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada menjawab soalan atau membantu rakan menyelesaikan soalan dalam Quizizz. 104
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I HURAIAN INOVASI Inovasi ini menggunakan tiga bahan yang utama melibatkan kos yang rendah iaitu kertas yang dilaminasi, dadu serta perisian terbuka percuma iaitu MyLink dan Quizizz. Penggunaan inovasi ini boleh digunakan dengan pelajar tanpa memerlukan bimbingan guru. Pelajar meneroka sendiri Dasaria bersama rakan satu kumpulan. Pelajar boleh menggunakan pelbagai peranti bagi mengakses Dasaria. Kod QR disediakan bagi capaian terus telefon bimbit atau tablet manakala penggunaan alamat web bagi pelajar yang memilih menggunakan komputer riba. Kelebihan inovasi ini adalah ianya boleh disesuaian (customize) secara masa nyata (real-time) melalui Quizizz atau MyLink. Penambahan soalan, perubahan struktur dan tetapan boleh dilakukan dengan mudah. Selain itu, guru juga boleh melakukan analisis terperinci terhadap jawapan pelajar bagi merancang intervensi kepada pelajar seperti rajah di bawah. 105
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI Bil Item Kos (RM) 1 Bekas plastik 4.90 2 Kos Cetak & Binding 3.00 3 Dadu 1.50 Jumlah 9.40 106
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I DOKUMENTASI GAMBAR Konsep 107
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 108
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Ciri-ciri Papan Permainan Dasaria 109
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti Murid 110
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KEBERKESANAN INOVASI Keberkesanan inovasi Dasaria boleh dilihat melalui perbezaan markah ujian pra dan ujian pos seperti dibawah. Terdapat peningkatan yang signifikan markah pelajar ujian pra berbanding ujian pos. POTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Inovasi ini boleh digunakan melibatkan pelbagai subjek yang berkaitan garis masa dan fakta yang banyak. Antara subjek paling berpotensi adalah Sejarah, Prinsip Perniagaan dan subjek STEM. 111
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ‘ABe23Na12Ti2Bi’ SATU FORMULA KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA JENIS-JENIS RAKAN KONGSI BAGI MURID TINGKATAN 5 NASAIE Cikgu Salina Binti Othman SMA Al-Khairiah Segamat PPP DG 44 [email protected] Cikgu Muhammad Najmi Bin Md Aziman SMA Al-Khairiah Segamat PPP DG 41 [email protected] SINOPSIS INOVASI PDP Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan ke atas 18 orang murid tingkatan 5 An-Nasaie, SMA Al-Khairiah Segamat untuk melihat tahap keupayaan murid mengingat fakta jenis-jenis rakan kongsi serta ciri-ciri bagi setiap rakan kongsi dengan mudah. Tambahan lagi, kajian ini mampu membantu murid yang lemah mengingat fakta dengan konsep akronim yang dibina. Oleh hal demikian, pengkaji telah mencipta satu kaedah mengingat fakta dan ciri-ciri rakan kongsi dengan akronim ABe23Na12Ti2Bi. Sebelum teknik mengingat rakan kongsi ABe23Na12Ti2Bi diaplikasikan murid-murid yang terlibat dalam kajian ini telah mengikuti pembelajaran tanpa menggunakan akronim ABe23Na12Ti2Bi dan diberikan Ujian Pra. Selepas itu, pengajaran dan pembelajaran (PdPc) rakan kongsi dilaksanakan dengan menggunakan akronim ABe23Na12Ti2Bi. Seterusnya, murid-murid ini telah diberikan Ujian Post. Keputusan skor ujian Pra dan ujian Post digunakan untuk menentukan tahap penguasaan dan prestasi murid dalam topik rakan kongsi sebelum dan 112
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I selepas menggunakan teknik mengingat ABe23Na12Ti2Bi. Maklumat mengenai persepsi murid terhadap penggunaan teknik mengingat ABe23Na12Ti2Bi dikumpulkan melalui ujian pra, temu bual dan latihan lisan dalam kelas. Prestasi (skor) murid dalam ujian Pra dan ujian Post dianalisis dalam bentuk peratus (gred) dan min. Dapatan menunjukkan prestasi (skor) murid dalam teknik mengingat ABe23Na12Ti2Bi meningkat selepas teknik ini diperkenalkan. Hal ini dapat ditunjukkan dengan peningkatan peratus lulus daripada 55.55% kepada 100% dan peningkatan peratus cemerlang daripada 0% kepada 83%. Manakala min pencapaian (skor) juga meningkat daripada 25% kepada 77%. Murid juga mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan teknik mengingat ABe23Na12Ti2Bi dalam pembelajaran rakan kongsi dan ciri-cirinya. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: Objektif Umum Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam konsep bentuk milikan perkongsian. Objektif Khusus Pada akhir kajian ini murid akan dapat: i. menyatakan lima jenis rakan kongsi dalam perniagaan secara ringkas 113
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ii. menghuraikan sekurang-kurangnya tiga ciri-ciri rakan kongsi dalam perniagaan secara terperinci KUMPULAN SASARAN Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat, Segamat Johor. Responden terdiri daripada 18 orang murid dari Tingkatan 5 An-Nasaie yang gagal untuk menyatakan ciri-ciri rakan kongsi dalam peniagaan serta menganalisis ciri-ciri bagi kelima-lima rakan kongsi dalam perniagaan. Murid-murid ini terdiri daripada 11 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Kesemua mereka adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya merupakan guru mata pelajaran Perniagaan bagi kelas 5 An-Nasaie. Semasa saya mengajar tajuk rakan kongsi dalam perniagaan, saya dapati murid-murid saya bermasalah untuk menyatakan lima jenis rakan kongsi dalam perniagaan. Apabila murid tidak menguasai jenis rakan kongsi dalam perniagaan, sudah pastinya murid juga akan mengalami masalah dalam menghuraikan ciri-ciri rakan kongsi dalam perniagaan. Hal ini dapat dibuktikan daripada pentaksiran dalam bilik darjah (PBD) dan ujian yang telah dijalankan. Seramai 18 orang murid Tingkatan 5 An-Nasaie gagal untuk menyatakan ciri-ciri rakan kongsi dalam peniagaan. Tajuk jenis rakan kongsi ini terkandung di dalam Standard Pembelajaran DSKP MPEI Perniagaan Tingkatan Empat. Tajuk ini sangat penting dalam peperiksaan SPM iaitu murid perlu mengetahui tujuan perniagaan dan 114
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I pemilikan perniagaan. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terkeliru dengan ciri-ciri rakan kongsi berpandukan jenis rakan kongsi sekaligus terlepas peluang untuk mendapatkan markah kertas dua dengan peruntukkan markah, Bahagian A (10 markah). Walaupun cakupan soalan dan peruntukkan markah yang kecil bagi soalan rakan kongsi, namun jika tidak diatasi kelemahan murid ini, pastinya markah keseluruhan akan menjadi rendah. Sebagai seorang guru, saya berasa sangat sedih dan kecewa kerana murid-murid saya tidak dapat mencapai hasil pembelajaran yang sepatutnya. ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menyatakan jenis-jenis rakan kongsi dengan tepat. Tambahan lagi, murid tidak dapat menghuraikan ciri-ciri rakan kongsi dengan betul. Apatah lagi, murid tidak mampu menganalisis ciri-ciri rakan kongsi berpandukan stimulus dengan baik. Jadi, kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan Teknik Akronim ‘ABe23Na12Ti2Bi’ menggunakan teknik bercerita ringkas bagi membantu murid meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam dua hasil pembelajaran berikut:- i. menyatakan lima jenis rakan kongsi dalam perniagaan. ii. menyatakan ciri-ciri rakan kongsi dalam perniagaan. 115
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I PELAKSANAAN KAJIAN Tinjauan Awal Dan Analisis Tinjauan Awal Data tinjauan masalah dikumpulkan melalui ujian pra, PBD (pentaksiran bilik darjah) dan temu bual. Statistik deskriptif dalam bentuk peratus dan min digunakan untuk menganalisis maklumat yang dikumpulkan daripada ujian pra, PBD (pentaksiran bilik darjah) dan temu bual. Pelaksanaan tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti jadual berikut : BIL AKTIVITI CATATAN TARIKH 5.1.1 Temu bual Empat orang murid dipilih secara rawak dalam kalangan responden untuk mendapatkan gambaran sebenar tanggapan murid terhadap tajuk rakan kongsi. 15 Julai 2020 5.1.2 Ujian Pra Ujian pra yang mengandungi empat item soalan struktur berkaitan rakan kongsi diberikan kepada 18 orang murid yang telah dipilih sebagai responden ujian. Data ujian kemudiannya dianalisis. 9 Ogos 2020 Jadual 1: Pelaksanaan Tindakan 116
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ANALISIS TINJAUAN MASALAH Pemerhatian dan Pentaksiran Bilik Darjah Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa menyemak latihan murid, saya dapati bahawa 18 orang murid telah melakukan kesilapan yang hampir serupa. Berikut adalah analisis kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan latihan. RESPONDEN NO. SOALAN & MARKAH 1 2 3 4 1 4 0 3 1 2 3 2 1 0 3 2 2 0 0 4 2 2 0 0 5 4 0 0 1 6 4 2 2 0 7 3 2 3 0 8 4 1 3 0 9 5 1 2 0 10 0 2 3 0 11 2 2 0 0 12 3 2 3 0 13 4 2 1 1 14 4 1 3 0 15 3 1 1 0 16 4 1 2 0 17 5 2 1 0 18 5 2 2 0 MARKAH PENUH 5 4 4 3 Jadual 2: Analisis kesilapan murid. 117
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Q Jenis kesilapan Bilangan Murid Peratus (%) 1 Menyatakan lima jenis rakan kongsi dalam sesebuah perniagaan. 15 83 2 Menerangkan dua jenis rakan kongsi berdasarkan stimulus. 18 100 3 Menerangkan ciri-ciri rakan kongsi. 18 100 4 Menjelaskan maksud “Berhad” dalam pemilikan perkongsian berhad. 18 100 Jadual 3: Peratus kesilapan murid (*Peratus berdasarkan 18 orang murid). Temu bual Temu bual telah dilakukan terhadap 4 orang murid yang dipilih secara rawak daripada kumpulan 18 orang responden (Rujuk Lampiran A). Berikut adalah respon mereka terhadap pemahaman mengenai tajuk rakan kongsi. RESPONDEN RESPON ANALISIS 10 “Saya rasa cikgu boleh mewujudkan formula untuk memudahkan saya mengingat.” Murid berupaya menjawab soalan secara spontan, namun jika diberikan ujian menulis, murid tidak dapat menjawab seperti yang dikehendaki dan menunjukkan seolah-olah murid tidak menguasai topik ini. 11 “Ya, saya keliru dalam membezakan ciri-ciri rakan kongsi.” Bukan murid ini sahaja yang menghadapi masalah kekeliruan ini, malah terdapat lagi responden yang kurang yakin dengan jawapan mereka dalam ujian. 14 “Saya berpendapat topik ini susah kerana ciri-ciri rakan Saya perlu memikirkan suatu kaedah yang mudah bagi mengatasi masalah ini. 118
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I kongsi sukar untuk diingati.” 18 “Saya tak ingat dan kadang-kadang saya terkeliru dengan ciri-ciri rakan kongsi.” Murid dapat menjawab soalan tetapi tidak menepati ciri-ciri rakan kongsi. Adakalanya nama rakan kongsi juga berlaku kesilapan. Jadual 4: Analisis Temu bual Ujian Pra Ujian pra dijalankan terhadap 18 orang responden yang telah dikenal pasti. Kertas ujian ini mengandungi 4 item soalan struktur berkaitan jenis-jenis rakan kongsi. (Rujuk Lampiran B). Analisis terhadap ujian pra adalah seperti berikut: GRED UJIAN PRA BILANGAN MURID PERATUSAN (%) A+ 0 0 A 0 0 A- 0 0 B+ 0 0 B 0 0 C+ 0 0 C 8 44.44 D 0 0 E 2 11.11 G 8 44.44 n=18 orang Jadual 5: Gred Keseluruhan Dalam Ujian PRA 119
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Berdasarkan Jadual 5 di atas, secara keseluruhannya penguasaan dan pencapaian murid tentang rakan kongsi adalah rendah. Hal ini berdasarkan peratus lulus sebanyak 55.55% dan peratus gagal sebanyak 44.44%. Bil Nama Ujian Pra Markah Gred 1 Responden 1 50 C 2 Responden 2 38 G 3 Responden 3 25 G 4 Responden 4 25 G 5 Responden 5 31 G 6 Responden 6 50 C 7 Responden 7 50 C 8 Responden 8 50 C 9 Responden 9 50 C 10 Responden 10 31 G 11 Responden 11 25 G 12 Responden 12 50 C 13 Responden 13 50 C 14 Responden 14 44 E 15 Responden 15 31 G 16 Responden 16 44 E 17 Responden 17 38 G 18 Responden 18 56 C Min prestasi (skor) 25 G n=18 orang Jadual 6: Markah (skor) dan Gred Murid secara individu Dalam Ujian Pra 120
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Graf 1: Analisis Ujian Pra Jadual 6 dan Graf 1 menunjukkan analisis skor ujian pra. Purata skor murid adalah 25%. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa murid tidak dapat menyatakan jenis-jenis rakan kongsi dan ciri-ciri rakan kongsi. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Pengenalan Dan Penghasilan Formula ‘ABe23Na12 i 2Bi’ ABeNaTiBi diformulakan dengan menggunakan kaedah bercerita menggunakan loghat Kelantan. Tambahan lagi, ciri-cirinya diolah dengan teknik bercerita seperti berikut: 0 10 20 30 40 50 60 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Peratus % Responden Ujian Pra Ujian Pra 121
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Sepasang suami isteri sedang berbincang untuk membuka sebuah perniagaan. Si suami mendesak si isteri untuk segera membuka perniagaan tersebut. Satu hari si isteri sudah tidak tahan dengan si suami yang asyik mendesak, lalu si isteri mengatakan: Isteri : A Be Na Ti Bi. Suami : Apa nanti nanti lagi ! Isteri : Nak berniaga kena ada… 1) Labur modal 2) Bila dah labur modal, barulah aktif perniagaan tu 3) Bila dah aktif, mesti ada liabiliti Suami : Liabiliti guan pulop ? Isteri : Liabiliti tidak terhad A Be23 Na12 Ti2 Bi merupakan satu formula yang mudah untuk murid mengingat fakta jenis-jenis rakan kongsi di samping dapat menghuraikan ciri-ciri rakan kongsi. Formula ini terhasil bagi membantu murid yang lemah untuk mengingat fakta yang panjang. Justeru, saya menghasilkan formula ini dengan melakarkan jadual untuk membantu murid mengingat di samping dapat membantu murid menjawab soalan yang berkaitan dengan topik bentuk milikan perniagaan Perkongsian. Penggunaan indeks yang diletakkan dalam akronim ini dapat membantu menghuraikan ciri-ciri rakan kongsi yang dinyatakan. Berikut adalah kaedah menggunakan formula A Be23 Na12 Ti2 Bi: i. Jadual A Be23 Na12 Ti2 Bi untuk bahan bantu mengajar guru ii. Jadual A Be23 Na12 Ti2 Bi untuk bahan pembelajaran murid iii. Jadual A Be23 Na12 Ti2 Bi boleh diaplikasikan ketika murid menjawab soalan peperiksaaan 122
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Bentuk Bahan Bantu Mengajar Dalam Kelas (i) Jadual Formula A Be23 Na12 Ti2 Bi yang boleh digunakan dengan melekatkan puzzle-puzzle bermaklumat Rajah 1 : BBM Jadual A Be23 Na12 Ti2 Bi (ii) Jadual A Be23 Na12 Ti2 Bi diaplikasikan dalam PdPc secara online (murid melakar sambil mengingat fakta dan ciri-cirinya) Rajah 2 : Melakar kotak dan dimuat naik dalam group perbincangan telegram 123
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I (iii) Murid mengaplikasikan A Be23 Na12 Ti2 Bi ketika ujian / latihan Rajah 3 : Contoh murid melakar jadual A Be23 Na12 Ti2 Bi sebelum menulis jawapan ketika latihan atau ujian KAEDAH PENGAJARAN Pembelajaran Secara Bersemuka (Pdpc Dalam Kelas) Aktiviti 1 (Memperkenalkan Formula Kata ‘ABe23Na12Ti2Bi’) Langkah pertama : Guru memperkenalkan akronim menggunakan kata ‘ABe23Na12Ti2Bi’ A Be23 Na12 Ti2 Bi Langkah kedua : Murid menyatakan jenis-jenis rakan kongsi berdasarkan akronim yang diperkenalkan. (a)Pemerhatian Murid dapat menyatakan jenis-jenis rakan kongsi dengan penuh keyakinan berdasarkan kepada akronim ABe23Na12Ti2Bi. MURID FORMULA A Be23 Na12 Ti2 Bi PADA KERTAS JAWAPAN 124
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I (b)Refleksi Saya dapati bahawa murid seronok dan yakin dengan jawapan serta jawapan yang diberikan oleh murid tersusun. Rajah 4 : Murid menggunakan papan 14ambal14 untuk mengaplikasikan akronim ABe23Na12Ti2Bi. Rajah 5 : Dalam kumpulan yang kecil, murid melengkapkan papan ABe23Na12Ti2Bi. 125
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 6 : Murid melengkapkan papan ABe23Na12Ti2Bi 15ambal mengingat fakta dan ciri-ciri rakan kongsi. Rajah 7 : Papan ABe23Na12Ti2Bi yang telah dilengkapkan 126
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti Kedua (Memperkenalkan Kaedah Kotak Dengan Memasukkan Akronim ABe23Na12Ti2Bi. Guru memperkenalkan tiga ciri-ciri rakan kongsi yang mudah diingati oleh murid menggunakan kaedah soal jawab Setiap baris mewakili ciriciri rakan kongsi. Guru mengemukakan soalan (bercerita kisah suami isteri): Baris 1 : Nak niaga mesti ada apa? (Jawapannya modal) Baris 2 : Bila dah labur modal, barulah aktif berniaga. (Jawapannya aktif) Baris 3 : Bila dah aktif, mesti ada liabiliti. Liabiliti macam mana? (Jawapannya Liabiliti Tidak Terhad) Bagi melengkapkan ciri-ciri ini, murid boleh menggunakan kaedah bercerita ringkas kisah suami isteri yang ingin berniaga. A Be23 Na12 Ti2 Bi Labur Modal Penglibatan aktif Labiliti Tidak Terhad Jadual 7: Lakaran kotak kosong sebelum diisi dengan ciri-ciri rakan kongsi. 127
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 8: Murid mengaplikasikan papan ABe23Na12Ti2Bi dalam kelas. Guru menerangkan fungsi indeks yang terdapat pada akronim ABe23Na12Ti2Bi Jadual 8: Pelabelan kotak dengan nama dan ciri serta menghitamkan kotak mengikut indeks yang diberikan. 128
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 9: Pelabelan kotak dengan nama dan ciri serta menghitamkan kotak mengikut indeks yang diberikan menggunakan papan ABe23Na12Ti2Bi Murid menandakan kotak bersesuaian dengan ciri-ciri rakan kongsi berdasarkan penerangan fungsi indeks. Jadual 9: Pelabelan tanda √ bagi kotak untuk mencirikan rakan kongsi 129
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 10: Pelabelan tanda √ dengan melengkapkan maklumat pada papan ABe23Na12Ti2Bi. Guru menjelaskan perkaitan akronim, indeks dan jadual yang telah dibina berserta nota tambahan yang mengandungi ciri-ciri rakan kongsi. A Be23 Na12 Ti2 Bi Jadual 10: Penjelasan menyeluruh penggunaan ABe23Na12Ti2Bi dengan mudah. A (Aktif) Be23 (Berhad) Na12 (Namaan) Ti2 (Tidur) Bi (Biasa) Labur Modal √ √ √ √ Penglibatan aktif √ √ Liabiliti Tidak Terhad √ √ √ √ Nota tambahan Dibayar gaji Tiada kuasa pengurusan Hanya nama disenaraikan Menerima untung/rugi Berhak dalam pengurusan 130
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 11: Murid mengaplikasikan penggunaan ABe23Na12Ti2Bi dengan mudah. (a)Pemerhatian Murid-murid telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif. Mereka yakin untuk menyatakan jenis-jenis dan ciri-ciri rakan kongsi. (b)Refleksi Saya amat berpuas hati dengan kenyataan murid-murid berpandukan jawapan yang diberikan dalam menyatakan jenis-jenis dan ciri-ciri rakan kongsi dengan tepat. Pembelajaran Secara Maya (Pdpc Online) Aktiviti tambahan sepanjang perintah pergerakan kawalan disebabkan Covid-19 (PdPc norma baharu). Pelbagai kaedah pengajaran secara maya dapat dilaksanakan bagi membolehkan murid menguasai topik bentuk milikan perniagaan Perkongsian menggunakan Formula ABe23Na12Ti2Bi. 131
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KAEDAH 1: Sumbang saran guru bersama murid untuk mengingat semula Formula ABe23Na12Ti2Bi dengan menggunakan Google Meet dan Google Classroom. KAEDAH 2: Guru meminta murid yang sama melaksanakan latihan pengukuhan dan sesi perbincangan menggunakan Formula ABe23Na12Ti2Bi melalui aplikasi Google Meet, Google Classroom, Whats App, Telegram, Quizizz dan kuiz-kuiz on line. 132
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KAEDAH 3: Guru berkongsi Formula ABe23Na12Ti2Bi melalui medium You Tube. Idea ini di muat naik ke You Tube untuk memudahkan murid menonton dan mengingat semula Formula ABe23Na12Ti2Bi bila-bila sahaja tanpa had dengan capaian internet. Di samping itu, video ini turut dikongsi ke sekolahsekolah lain di daerah Segamat dan seluruh Malaysia dengan menggunakan link https://youtu.be/QZPqGEaheK0. KAEDAH 4: Aktiviti PdPc di dalam kelas Formula ABe23Na12Ti2Bi di samping mengekalkan konsep PAK 21 dengan menjaga SOP yang telah ditetapkan. Aktiviti ini turut di muat naik menggunakan medium You Tube. 133
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I PEMERHATIAN: Murid sangat yakin selepas menggunakan formula ABe23Na12Ti2Bi untuk mengingat fakta dan ciri-cirinya. Murid mampu menulis jawapan yang ringkas dan padat ketika membuat latihan dan ujian. PEMANTAUAN: Murid berjaya menguasai topik rakan kongsi dengan mudah. Murid tidak lagi keliru untuk mengklasifikasikan ciri-cirinya. Malah, ada sesetengah murid mampu memberikan penerangan yang jelas dan baik kepada rakan-rakan. RUMUSAN: Semua murid yang dijadikan responden kini sudah mula menguasai Formula ABe23Na12Ti2Bi. PENILAIAN KAJIAN Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post Ujian post telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik akronim ABe23Na12Ti2Bi. Ujian ini adalah menggunakan set soalan yang hampir sama seperti ujian pra. Analisis keputusan murid adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 11. 134
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I GRED UJIAN PRA UJIAN POST BILANGAN MURID PERATUSAN (%) BILANGAN MURID PERATUSAN (%) A+ 0 0 15 83 A 0 0 2 11.11 A- 0 0 1 5 B+ 0 0 0 0 B 0 0 0 0 C+ 0 0 0 0 C 8 44.44 0 0 D 0 0 0 0 E 2 11.11 0 0 G 8 44.44 0 0 Jadual 11: Analisis Ujian Pra dan Ujian Post mengikut Gred Berdasarkan Jadual 11 di atas, secara keseluruhannya penguasaan dan pencapaian murid tentang jenis-jenis rakan kongsi berserta ciri-cirinya bertambah baik. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan peratus lulus daripada 55.55% kepada 100% dan peratus cemerlang daripada 0% kepada 83%. Peningkatan kemahiran murid ini dapat dilihat dari Jadual 11 perbandingan keputusan ujian pra dan ujian post. 135
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Bil Nama Ujian PRA Ujian Post Markah Gred Markah Gred 1 Responden 1 50 C 85 A 2 Responden 2 38 G 100 A+ 3 Responden 3 25 G 100 A+ 4 Responden 4 25 G 100 A+ 5 Responden 5 31 G 100 A+ 6 Responden 6 50 C 100 A+ 7 Responden 7 50 C 100 A+ 8 Responden 8 50 C 100 A+ 9 Responden 9 50 C 100 A+ 10 Responden 10 31 G 100 A+ 11 Responden 11 25 G 85 A 12 Responden 12 50 C 92 A+ 13 Responden 13 50 C 100 A+ 14 Responden 14 44 E 100 A+ 15 Responden 15 31 G 100 A+ 16 Responden 16 44 E 100 A+ 17 Responden 17 38 G 92 A+ 18 Responden 18 56 C 77 AMin prestasi (skor) 25 G 77 AJadual 12: Analisis Ujian Pra dan ujian Post Mengikut Responden Berdasarkan Jadual 12 di atas, secara keseluruhannya penguasaan dan pencapaian murid mengenai jenis-jenis rakan kongsi berserta ciri-cirinya dapat dibuktikan hasil daripada pengaplikasian akronim ABe23Na12Ti2Bi. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan min (purata) markah daripada 25% kepada 77 %. 136
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Graf 2 : Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post REFLEKSI KAJIAN Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati teknik akronim ABe23Na12Ti2Bi yang diperkenalkan kepada muridmurid yang terlibat dalam kajian telah berjaya meningkatkan penguasaan dan prestasi murid tentang jenis-jenis rakan kongsi berserta ciri-cirinya. Murid juga berasa gembira dan teruja dengan teknik ini kerana mereka boleh membina dan menggunakannya dengan mudah. Berikut dinyatakan beberapa paparan untuk menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara pada murid berdasarkan ujian pra dan ujian post yang telah dijalankan: 0 20 40 60 80 100 120 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Peratus % Responden Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post Ujian Pra Ujian Post 137
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Objektif 1: Menyatakan lima jenis rakan kongsi dalam perniagaan UJIAN PRA UJIAN POST SKOR : 2/5 SKOR : 10/10 Objektif 2: Menghuraikan ciri-ciri rakan kongsi dalam perniagaan UJIAN PRA UJIAN POST SKOR : 0/3 SKOR : 3/3 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Di masa akan datang, pengkaji bercadang ingin menjalankan satu lagi kajian tindakan mengenai jenis saluran agihan di bawah topik fungsian pengagihan 138