Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I VOCCABIZZA Cikgu Adelin Binti Hamdan SMK Dato’ Bentara Dalam PPP DG 41 [email protected] SINOPSIS INOVASI PDP VOCABIZZA diinspirasikan daripada konsep Pizza Pepperoni. Setiap pepperoni mewakili 1 vocabulary (perkataan). Maksimum ialah sebanyak 2 perkataan dalam 1 pepperoni. Semakin banyak pepperoni di atas pizza, semakin sedap rasanya. Konsep ini diaplikasikan dalam VOCABIZZA. Semakin banyak vocabulary yang diletakkan di atas pizza mereka, semakin enak rasanya. Masa, diwakili oleh Ratatouille iaitu seekor tikus daripada watak Disney yang akan mencuri pepperoni pelajar sekiranya mereka tidak berjaya menjana idea dalam masa yang ditetapkan. 39
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI Inovasi ini bertujuan untuk melahirkan rasa seronok dalam meneroka pelbagai jenis perkataan Bahasa Inggeris. Seterusnya, ia bertujuan untuk membantu pelajar berlatih mengembangkan idea dalam waktu yang ditetapkan. Ia menggalakkan pelajar untuk tidak menulis ayat yang panjang sewaktu proses penjanaan idea untuk ujian speaking kerana ia akan memakan masa yang sepatutnya digunakan untuk berfikir tentang idea-idea yang bernas. Mereka tahu perkataan tersebut tetapi perkataan tersebut tidak keluar sewaktu perlu digunakan. Ia juga bertujuan untuk membina keyakinan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. KUMPULAN SASARAN Pelajar Tingkatan 6 rendah yang mendapat Band 1 sehingga 3. (kategori recovery dan walker) LATAR BELAKANG (KRONOLOGI PENGHASILAN) Guru membuat pemerhatian terhadap prestasi pelajar dalam latihan dan ujian speaking. Guru mendapati ramai pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mengembangkan idea mereka. Kadang-kadang menghadapi kesukaran untuk menggunakan perkataan yang tepat untuk menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Mereka tahu perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu tetapi tidak ingat perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris. 40
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Guru meminta pelajar untuk membuat peta minda. Mereka boleh memilih peta minda yang mereka suka dan selesa untuk menjana idea. Namun begitu, peta minda mereka terlalu panjang. Ayat-ayat yang panjang diletakkan dalam peta minda. Apabila mereka membuat pembentangan, mereka didapati hanya sekadar membaca apa yang ditulis dalam peta minda mereka tetapi apabila disoal secara spontan, mereka tidak mampu untuk menjawab dengan baik. Guru terinspirasi oleh Pizza Pepperoni yang lebih sedap sekiranya ada banyak pepperoni. Guru menghasilkan lakaran asas pizza pepperoni dan mencuba aktiviti di dalam kelas untuk tajuk ‘Climate Change’. Didapati bahawa proses membuat sebuah ‘pizza’ terlalu lama kerana pelajar terlalu seronok dan leka dengan konsep pizza. Proses terlalu lama kerana mereka tidak mengaplikasikan konsep ‘6W1H’ sewaktu menjana idea. Selain itu, mereka agak leka dalam proses itu kerana tiada cabaran masa. Apabila pelajar tulis di atas kertas mahjong menggunakan marker pen, ia tidak boleh digunakan semula. Guru perlu membuat dan melakar pizza berkali-kali. Guru memikirkan cara untuk merangsang pemikiran pelajar. Guru menghasilkan formula nyanyian 6W1H menggunakan lagu Brother John untuk membantu pelajar mengingat cara untuk menyoal diri mereka sendiri sewaktu memikirkan perkataan yang berkaitan dengan topik. Guru mewujudkan seekor tikus yang bernama Ratatouille untuk bertindak sebagai rangsangan masa. Guru menambah baik lakaran pizza di atas kertas mahjong dengan tambahan warna dan bentuk pizza yang lebih jelas. Perkataan akan ditulis di atas kertas A4 yang telah dilaminat dan dipotong kecil-kecil. Kertas ini diberi kepada pelajar di awal aktiviti. Dengan konsep siapa cepat dia dapat, pelajar meletakkan perkataan-perkataan ini di atas pizza yang ditampal di 41
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I atas papan putih. Pelajar kelihatan lebih bersemangat dan seronok. Pada kali ini, mereka lebih bersedia kerana telah memahami konsep Vocabizza. Perkataan ini ditampal menggunakan sticky tag. Jadi ia boleh digunakan berkali-kali. Guru dapati bahawa pelajar yang lemah tidak mampu untuk menghasilkan perkataan yang terlalu banyak. Oleh itu, kepingan pizza perlu dikurangkan. Selepas mereka menghasilkan pizza mereka, mereka akan bercerita tentang pizza mereka dengan membuat proses gabung jalin perkataan mereka dari bahagian dalam pizza (seperti proses makan pizza dari hujung bahagian dalam). Untuk peringkat awal, mereka tidak perlu berfikir dengan terlalu kompleks atau menggunakan ayat-ayat yang kompleks. Target mereka adalah menyampaikan apa yang mereka faham dan ingat tentang perkataan-perkataan tersebut. Pelajar diberi hand-out yang menunjukkan pizza kosong yang perlu dihias (diisi dengan perkataan yang sesuai untuk topik yang dipelajari. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI • Kurang pengetahuan tentang ‘Vocabulary’ yang sesuai berkaitan dengan topik. • Kurang ‘Curiosity’. • Takut dengan perkataan yang sukar atau tidak diketahui. • Tidak seronok berdamping dengan kamus. • Tidak suka membaca. 42
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I HURAIAN INOVASI Bahan-Bahan Yang Digunakan. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini pada peringkat pertama dan kedua merupakan kertas mahjong, sticky tag dan kertas warna yang dilaminat. Untuk peringkat ini, bahan yang perlu dibeli hanyalah sticky tag kerana bahan yang lain telah sedia ada. Pada peringkat yang ketiga, guru menambah baik Vocabizza dengan menghasilkan replika sebenar menggunakan teknik papier mache yang menggunakan bahan seperti kertas surat khabar lama, gam putih dan warna acrylic. Bahan-bahan yang perlu dibelanjakan hanyalah warna acrylic kerana bahan-bahan lain telah sedia ada di rumah. Cara Inovasi Digunakan Vocabizza boleh digunakan dalam aktiviti berkumpulan atau individu untuk menjana sebanyak mungkin perkataan yang sesuai digunakan untuk topik. Ia boleh dijadikan sebagai game apabila digunakan dalam kumpulan yang kecil. Kos Inovasi Kos bagi menghasilkan inovasi ini ialah semaksimum RM 30 untuk perbelanjaan warna Acryllic dan magnet lekat. Bahan- bahan selebihnya seperti surat khabar dan gam putih telah sedia ada di rumah dan sekolah. 43
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perbandingan prestasi murid dalam individual presentation. Terdapat peningkatan dalam keputusan murid untuk komponen Speaking. 24 27 28 27 25 26 25 27 26 27 25 27 30 28 26 27 28 29 29 27 0 5 10 15 20 25 30 35 TBH CZB NF IH NN TN M SN AM NAW PRESTASI PELAJAR (TAHAP RECOVERY) DALAM INDIVIDUAL PRESENTATION PRE POST 30 32 32 35 33 29 36 30 35 28 34 33 34 35 34 31 38 33 38 30 0 10 20 30 40 WSF VY N OYY EL NFA AI AM RA NN PRESTASI PELAJAR (TAHAP WALKER) DALAM INDIVIDUAL PRESENTATION PRE POST 44
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I DOKUMENTASI GAMBAR Fasa 1: Vocabizza Fasa 2: Vocabizza Fasa 3: Vocabizza 45
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Proses Penghasilan Vocabizza 46
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penggunaan Vocabizza Fasa 1 Penggunaan Vocabizza Fasa 2 47
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penggunaan Vocabizza Fasa 3 48
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I POTENSI PENYEBARLUASAN Vocabizza ini telah dicuba dan diguna oleh guru Bahasa Inggeris, Sejarah dan Biologi di sekolah dan guru-guru ini berpuas hati dengan produk inovasi Vocabizza. Mereka teruja dengan konsep makanan (pizza pepperoni) yang menarik perhatian murid. Produk ini boleh diguna pakai dalam matapelajaran-matapelajaran yang memerlukan murid untuk bercakap dan mengingat maklumat. Ia mampu menarik perhatian murid yang lemah dan mudah terganggu sewaktu pembelajaran, selain menghilangkan rasa takut murid-murid sewaktu aktiviti bertutur Bahasa Inggeris. 49
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I WOWLAM Cikgu Siti Nur Sabrina Binti Mohamad Radzi SMK Agama Segamat Guru Akademik Tingkatan 6 SINOPSIS INOVASI PDP WowLam adalah merupakan bahan inovasi pengajarandanpembelajaran Syariah Tingkatan 6 bagi topik HukumMemberi Mut’ah(Bidang Munakahat). WowLam dapat membantu pelajar Tingkatan6menghafal hukum serta pandangan ulama dengan mudah dancepat dalam suasana yang seronok dan menarik. Bahan ini mudah dibawakemana-mana dan mudah difahami. Guru boleh menjadikan bahaninovasi ini sebagai bahan bantu mengajar dalam PdP. Bahan ini jugabolehdigunakan oleh pelajar dalam pembelajaran kendiri. Projek inovasi WowLam ini diperbuat daripada kadbod yang berbentuk bulatan, pembalut buku plastik lut sinar dan pelbagai kertas warna. WowLamialahbahan inovasi yang diilhamkan ideanya menerusi bulatan yangberbentukroda yang bersifat boleh berputar-putar. Wow ialah daripada huruf jawi (و(yang mewakili (wheel – ويل) yang bermaksud roda. Manakala Lamialahhuruf jawi(ل) yang mewakili(law – الو (yang bermaksud hukum. Dengan50
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I sebab itu, maka terhasillah WowLam iaitu Roda Hukum. WowLamini bertujuan untuk memudahkan pelajar supaya lebih fokus kepadasatubahagian sahaja ketika sesi hafalan fakta kerana iadilitupipenutup. Bahanini juga terdiri daripada gabungan empat warna asas yangbertujuanmewujudkantumpuan pelajar supaya hafalan lebih berfokus dan seterusnyamenarik minat pelajar untuk menggunakannya. Penggunaan warnatelahterbukti memainkan peranan penting dalam merangsang emosi yangberlainan dan menarik perhatian pelajar. Di samping itu, penggunaanwarna juga dapat memberikan kesan kepada ingatan seseorangterhadap sesuatu yang pernah dilihat atau dipelajari dan perananwarnadapat memudahkan pelajar untuk mengingat semula sesuatu samaadaingatan itu disimpan dalam dalam ingatan jangka pendek ataujangkapanjang.Menurut Mariam Adawiah Dzulkifli dan Muhammad Faiz Mustafar (2013) yang mempercayai bahawa warna adalah pengalamanvisual manusia yang paling penting. Ia juga berfungsi sebagai saluranmaklumat yang berkesan kepada sistem kognitif manusia dandidapati berperananpenting dalam menguatkan ingatan (Olurinola & Tayo, 2015). OBJEKTIF INOVASI: Inovasi ini dijalankan berdasarkan objektif berikut: i. WowLam dapat membantu pelajar menghafal pendapat ulamaberkaitan hukum memberi mut’ah dengan cepat. ii. WowLam dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalammenghuraikan pendapat ulama berkaitan hukummemberi mut’ahdengan tepat. 51
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KUMPULAN SASARAN Inovasi ini melibatkan lima orang pelajar tingkatan 6 Semester 1sesi 2022/2023 yang terdiri daripada lima orang pelajar perempuan. Keseluruhannya, penguasaan hafalan dalam kalangan merekaadalahpada tahap sederhana dan lemah yang memerlukan lebihbanyakbimbingan guru. Lazimnya, dalam kelas berkenaan, terdapat beberapaorang pelajar yang menghadapi masalah dalam hafalan faktakhususnyafakta yang berkait rapat dengan pandangan ulama yang pelbagai danmengelirukan mereka. Oleh itu, inovasi ini dilaksanakan bagi membantumengatasi masalah pelajar ini. LATAR BELAKANG INOVASI Penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi Mata pelajaran Syariah merupakan mata pelajaran bidang PengajianIslamyang memerlukan lebih banyak kaedah hafalan fakta keranaianyatidakboleh difikirkan dengan logik akal semata-mata. Boleh dikatakansemuatajuk yang dipelajari dalam sukatan pelajaran Syariah tingkatan6ini memerlukan hafalan dan pemahaman oleh pelajar. Babmut’ahmerupakan salah satu topik dalam bahagian munakahat yangperludipelajari oleh semua pelajar. Pengalaman saya pada semester 1 yanglalu, topik ini merupakan topik yang agak sukar untuk pelajar-pelajar menghafal pendapat ulama berkaitan dengan hukum memberi mut’ah. Sewaktubersoal jawab dan juga menyemak latihan pelajar Tingkatan 6 As-Syairazi, didapati hampir semua pelajar tidak dapat menjawab soalanlatihanpendapat ulama dengan markah penuh. Ini bermaksud semuanamaulama, hukum serta alasannya tidak dapat dijelaskan dengan lengkapdantepat. Saya menyedari bahawa agak susah dan mengambil masa52
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I yang lama untuk pelajar menghafal dan menguasai sepenuhnyahukummengikut pendapat ulama. Mengajarkan topik yang berkaitan dengan perbincanganpandangan ulama diakui mengambil masa yang agak lamalebih-lebihlagi untuk memastikan semua pelajar menguasainya dengan baik sebelummenghafalnya. Kadang-kadang timbul pertanyaan, adakah carasayamengajar selama ini hanya mengikut kaedah tradisional sahaja?Adakahcara saya mengajar tidak banyak membantu mereka? Adakahkaedahyang digunakan membosankan? Apakah kaedah yang perlu dilakukanbagi membantu mereka? Apabila ditanya guru Syariah yang lain, merekajuga mengatakan mengalami masalah yang sama. Renungan mendalam terhadap amalan pengajaran saya, telahmendedahkan kelemahan semasa melaksanakan aktiviti hafalan faktaiaitupelajar-pelajar menghafal fakta terus melalui buku teks yangdigunakantanpa membuat ringkasan atau nota ringkas berkaitannya. Walaupunpenggunaan peta minda juga digunakan oleh guru dalamPdP, namunkaedah ini tidak banyak membantu PdP saya. Sekiranya, tindakanyangberkesan tidak diambil, pelajar-pelajar saya sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik ini dan juga topik-topik yang membincangkantentang pendapat ulama. Mereka akan bertambah keliru denganmaklumat-maklumat penting dalam tajuk berkenaan. Akhirnya, merekabosan dan tidak dapat menjawab dengan baik soalan ini dalampeperiksaan dan menyebabkan mereka akan kehilangan banyak markah. Masalah ini juga berpunca daripada kesilapan saya keranasayatelahberanggapan mereka mampu menghafal terus daripada buku teks yangdigunakan. 53
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I PENGUMPULAN DATA AWAL Pengumpulan data awal dibuat berdasarkan pemerhatian hafalanpelajar, temu bual, dan ujian. Sepanjang pengajaran dan pembelajaranbersamapelajar terutama ketika tempoh minggu ulang kaji semester 1 yanglalu, sayadapati bahawa pelajar 6 As-Syairazi mengalami kesukarandalammenghafal dan seterusnya memberi kesan kepada pencapaianpelajar dalam ujian yang dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan ketika sesi pengajarandan pembelajaran topik berkaitan perselisihan pandangan ulama. Seramai lima pelajar daripada tujuh pelajar tidak dapat menjelaskan pandanganulama dengan betul. Mereka tidak dapat membezakan pandangan- pandangan ulama yang ada. Pelajar ini juga gagal memperdengarkanhafalan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebaliknya memintamasatambahan untuk menghafalnya. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalammenjalankan inovasi ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti telahdibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalammasalahtersebut. Tinjauan awal yang telah dilakukan adalah dengan mengumpul data-data seperti berikut: Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas hafalan pelajar semasaprosespengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelumdan selepas inovasi diaplikasikan. Sebelum inovasi dijalankan, saya dapati pelajar mengalami kesukaran memahami perbezaan pandangan ulama tersebut danmemohon untuk diberikan tambahan masa menghafal faktatersebut. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati bahawa masalah utamabagi pelajar saya ialah sukar menghafal fakta penting terutama pandanganulama yang pelbagai dalam topik yang dipelajari. Mereka memerlukan54
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I masa yang lama untuk menghafal dengan baik. Hal ini dapat dibuktikandaripada pemerhatian tingkah laku semasa sesi hafalan faktatersebut daripada buku yang digunakan di dalam kelas. Guru cuba untuk menggesamereka menghafal dengan cepat tetapi ternyata mereka mengalami kesukaran. Respon peribadi mereka ialah mereka memerlukan satuformulaatau teknik mudah menghafal perbezaan pandangan ulama tersebut. Temu bual Seramai lima orang pelajar yang mendapat markah terendah dalamujiantelah ditemubual untuk mendapatkan gambaran sebenar tanggapanpelajar terhadap tajuk pandangan ulama berkaitan hukummemberi mut’ah ini. Hasil temu bual mendapati bahawa mereka menyatakankekeliruan yang dihadapi untuk membezakan pandangan ulamasertamenghafalnya. Mereka juga menyatakan memperuntukkan masayanglama untuk menghafalnya memandangkan buku teks ditulis penjelasanyang sangat panjang. Hal yang sama juga berlaku ketika menjawabsoalanbertulis.Tambahan lagi, pelajar-pelajar juga menjelaskan bahawamerekasukar untuk mengingat nama ulama tersebut berserta pandanganhukummasing-masing yang menyebabkan mereka tertukar maklumat pentingapabila disoal dalam kuiz atau latihan bertulis. Kegagalan merekadalammemahami dan menguasainya akan menyebabkan masalahyangberpanjangan. Jika pandangan ulama berkaitan sesuatu hukumtidakdikuasai pelajar, saya bimbang pelajar akan banyak kehilanganmarkahdalam peperiksaan sebenar nanti kerana soalan berkaitan pandanganulama menyumbang kepada markah terbesar. Mereka sangat berharapsaya dapat membantu mereka menemui jalan penyelesaianuntukmemudahkan hafalan pandangan ulama seterusnya dapat menjawab55
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I dengan yakin soalan peperiksaan. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kaedah tersendiri dalam hafalan fakta. Ujian Saya telah menjalankan ujian dengan mengedarkan latihan, fokus kepadapandangan ulama untuk menguji hafalan kumpulan sasaran sebelumdiperkenalkan kaedah yang telah dirancangkan. Latihan yangdijalankanhanya mengandungi dua soalan subjektif berkenaan bidangmuamalat yang difokuskan tajuk tuntutan mut’ah selepas perceraian. Hasil daripadalatihan berfokus tersebut, didapati bahawa murid tidak menjawabmengikut kehendak soalan dan menggunakan jawapan logik akal sahaja. Justeru, masalah yang dihadapi oleh pelajar saya ini perlu diberikan perhatianyangsewajarnya dan perlu difikirkan teknik atau strategi yang sesuai untukmembantu mereka mengatasinya. Bagi mengatasi masalah lima orang pelajar saya ini, sayaperluberusaha untuk mencipta sesuatu kaedah yang sangat hampir denganpelajar saya. Mereka memerlukan sesuatu yang maujud di depanmatauntuk menghafal dan menguasai setiap pandangan ulamaberkaitanhukum memberi mut’ah tanpa ada rasa keliru dan bingung. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencipta satu bahan bantu hafalanyanglebih berkesan iaitu dengan menggunakan WowLam. Dengan bahanini, pelajar akan lebih mudah membezakan pandangan ulamaseterusnyamenghafal hukum tersebut. Penggunaan inovasi ini diharapkandapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan berkaitan dan seterusnyadapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Syariahpadatahun ini. 56
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti 1: Langkah-langkah Penghasilan WowLam Wowlam dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kadboddankertas warna yang mudah didapati dengan kos yang rendah. Rajah 1 Langkah-langkah Penghasilan Bulatan WowLamPertama, bulatan roda dilukis di atas kertas kadbod, kemudian, bulatantersebut dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian-bahagiantersebut dilekatkan dengan kertas yang berlainan warna. Warna-warnatersebut terdiri daripada empat warna asas iaitu warna kuning, hijau, birudan merah. Ia bertujuan mewujudkan tumpuan pelajar supaya hafalanlebihberfokus seterusnya menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Penggunaan warna telah terbukti memainkan peranan pentingdalammerangsang emosi yang berlainan dan menarik perhatian pelajar. Di samping itu, penggunaan warna juga dapat memberikan kesankepadaingatan seseorang terhadap sesuatu yang pernah dilihat atau dipelajari danperanan warna dapat memudahkan pelajar untuk mengingat semulasesuatu sama ada ingatan itu disimpan dalam dalamingatanjangkapendek atau jangka panjang. Bulatan yang telah siap dihasilkan bagi kegunaan pelajar, dilaminatekan supaya ia boleh ditulis dan dipadam. Bagi bahan kegunaan gurupula,iadisertakan Velcro tape supaya mudah diaplikasikan dalampembelajaranpelbagai tajuk serta dapat digunakan oleh guru mata pelajaran yanglain. 57
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Setelah itu, penutup Wowlam dihasilkan dengan menggunakankadbodyang berwarna putih. Penutup WowLam ini bertujuan untuk kegunaandalam aktiviti hafalan pelajar. Ia memudahkan pelajar supayalebihfokuskepada satu bahagian sahaja ketika sesi hafalan fakta. Refleksi Aktiviti 1 Hasil daripada pembinaan WowLam oleh pelajar daripada aktiviti 1, pelajar sangat tekun dan bersemangat melukis bulatan dan menyiapkan WowLammasing-masing. Pelajar juga berjaya menghafal pandanganulamaberkaitan hukum memberi mut’ah dengan cepat dan sekaligus dapat menghuraikannya dengan tepat. Aktiviti 2: Pelajar Diminta Menghafal Hukum Memberi Mut’ah DalamMasayangDitetapkan dengan Menggunakan WowLam. Rajah 2 WowLam untuk Sesi Hafalan. Rajah 2 di atas menunjukkan bentuk WowLam yang digunakan olehpelajar dalam sesi hafalan fakta. Sebelum menghafal, pelajar dimintamenutupWowLam tersebut dengan sekeping kertas yang hanya menampakkanbahagian yang ingin dihafal sahaja. Pelajar diberi masamenghafal menggunakan WowLam sebelum dijalankan ujian pos. 58
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Refleksi Aktiviti 2 Hasil daripada pemerhatian ketika sesi hafalan, pelajar sangat bersemangat menghafal pandangan ulama berkaitan hukum memberi mut’ahdenganmenggunakan WowLam yang dihasilkan dan hasil temubual, merekamenyatakan lebih fokus semasa menghafal kerana ianya sangat menarikdengan pelbagai warna. Semua pelajar berjaya menghafal denganlancar dalam masa yang ditetapkan serta tidak memerlukan masayanglamauntuk menghafal. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI i. Pelajar dapat menghafal pendapat ulama berkaitanhukummemberi mut’ah dengan cepat. ii. Pelajar berjaya menghuraikan pendapat ulama berkaitanhukummemberi mut’ah dengan tepat. HURAIAN INOVASI Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi. WowLam dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis cardboarddankertas warna yang mudah didapati dengan kos yang rendah. WowLamyang digunakan pelajar dilaminate supaya ia mudah dipadamdandigunakan berulang kali juga untuk memudahkan hafalan tajuk yanglain. 59
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Cara inovasi digunakan WowLam ini terdiri daripada empat bulatan. Bulatan di tengah mewakili topikpembelajaran yang membincangkan hukum berdasarkan pandanganulama. Bulatan kedua mewakili empat ulama fiqh iaitu mazhab Syafie yangberwarnakuning, Maliki (berwarna merah), Hanafi (berwarna hijau) danHanbali (berwarna biru). Bulatan ketiga mewakili hukum berdasarkan pandanganulama tersebut manakala bulatan akhir mewakili ulasan atau huraianparaulama berkaitan perkara yang dibincangkan tersebut. Inovasi WowLam ini dicipta untuk membantu pelajar menghafal pendapat ulama berkaitan hukum memberi mut’ah dengancepatseterusnya kemahiran pelajar dalam menghuraikan pendapat ulamaberkaitan hukum memberi mut’ah dengan tepat. Penggunaan WowLam oleh Guru dan Pelajar WowLam dijayakan dengan menggunakan tiga aktiviti iaitu satuaktiviti secara individu dan dua aktiviti dijalankan secara kolaboratif atauberkumpulan. 60
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti 1: Setelah pelajar mempelajari tajuk hukum memberi mut’ah, pelajar dimintamenulis semula hukum serta huraian bagi keempat-empat ulamafiqhtersebut mengikut bulatan warna yang telah ditetapkan dalamWowLam. Warna-warna telah ditetapkan iaitu warna kuning mewakili MazhabSyafie, merah mewakili Mazhab Maliki, hijau mewakili Mazhab Hanafi manakalabirumewakili Mazhab Hanbali. Sebelum sesi hafalan bermula, pelajar diminta menutup WowLamtersebutdengan penutup yang telah disediakan. Ia boleh dipusing mengikut faktayang ingin dihafal terlebih dahulu di samping peranan warnayangsangatpenting dalam meningkatkan penguasaan hafalan pelajar. 61
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Setelah menghafal hukum tersebut, pelajar dikehendaki menghuraikanpendapat ulama’ tentang hukum memberi mut’ah di atas papantulis yangtelah disediakan oleh guru. Seterusnya, guru menyemak hasil kerja pelajar. Aktiviti 2: Pelajar diminta menerangkan hukum memberi mut’ah mengikut pandanganulama-ulama tersebut di hadapan kelas. 62
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti 3: Aktiviti secara kolaboratif iaitu secara berkumpulan telah dijalankanantarapelajar. Aktiviti ini dilaksanakan secara berpasangan, pelajar menyoal rakannya berkaitan hukum yang dipelajari. Kos bagi menghasilkan inovasi Kos menghasilkan WowLam ialah RM10 kerana terdiri daripadabahan-bahanyang murah dan mampu milik. KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANUjian pra, ujian pos, pemerhatian dan temu bual telah ditadbirkandandilaksanakan kepada para pelajar yang merupakan kumpulan sasaranuntukmenilai keberkesanan WowLam bagi tajuk Hukum Memberi Mut’ah. Hasil dapatan mencapai objektif pertama iaitu: Adakah penggunaanWowLam dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalammenghuraikanpendapat ulama berkaitan hukum memberi mut’ah? 63
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual 1: Analisis Perbandingan Pencapaian Pelajar dalamUjian PradanUjian Pos Jadual 1 menunjukkan perbandingan antara ujian pra iaitusebelumdiperkenalkan WowLam dan ujian pos iaitu ujian setelah diperkenalkanWowLam. Merujuk kepada Jadual 1 di atas, dapatan menunjukkandalamUjian Pra, seramai dua orang pelajar telah mendapat markah sebanyak38%berbanding tiga orang pelajar mendapat markah 50% daripadamarkahkeseluruhan 100%. Seterusnya, setelah diperkenalkan WowLamdanmelalui proses bimbingan daripada penyelidik, akhirnya tiga daripadalimapelajar mendapat markah penuh 100% dalam ujian pos. Data tersebut menunjukkankeberkesanan penggunaan WowLam dari segi peningkatan pencapaianmarkah purata ujian iaitu daripada 42.5% kepada 95.2%. Ini menunjukkanpeningkatan sebanyak 50% dalam kalangan peserta kajian dan membuktikanpenggunaan WowLam dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalammenghuraikan pendapat ulama berkaitan hukum memberi mut’ah. 64
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Analisis Temu bual Hasil daripada temu bual pelajar selepas dijalankan ujian pra danujianpos, kesemua pelajar menyatakan sangat faham dan jelas apabila menggunakanWowLam dan buktinya ialah berlakunya peningkatan pencapaianpelajar yang sangat baik. Hasil dapatan mencapai objektif kedua inovasi iaitu: Adakah penggunaan WowLam dapat membantu pelajar menghafal pendapat ulama berkaitan hukum memberi mut’ah dengan cepat?Analisis Pemerhatian Pemerhatian telah dibuat ke atas tingkah laku lima pelajar semasamenggunakan WowLam. Fokus diberi kepada pemerhatian tingkahlakudaripada aspek minat, kepantasan hafalan dan masa menjawabsingkatsemasa menggunakan WowLam. Jadual 2: Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Pelajar Jadual 2 menunjukkan analisis pemerhatian tingkah laku pelajar semasamenggunakan WowLam ketika sesi hafalan fakta. Hasil daripadapemerhatian menunjukkan bahawa semua peserta kajian amat tertarik65
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I dan berminat dari segi penggunaannya yang boleh dipusingdanbolehdilaraskan mengikut fakta yang perlu dihafal. Keberkesanan WowLamini dalam mengurangkan jangka masa hafalan telah dibuktikan apabilaempatdaripada lima peserta kajian dapat menghafal dengan pantas danmenjawab soalan dalam masa yang singkat. WowLamsangat membantupelajar dalam memahami pendapat semua ulama berkaitan hukummemberi mut’ah dan pada masa yang sama dapat membantu pelajar menghafalnyadengan lancar dan dalam masa yang singkat. Semasa kuiz spontandijalankan di dalam kelas, saya dapati mereka teruja untuk menjawabsoalantersebut dan hasil jawapan mereka adalah betul dan tepat seperti manayang dikehendaki. Secara umumnya, majoriti pelajar iaitu 87%telahmenunjukkan tingkah laku yang positif terhadap aspek minat, kepantasanhafalan dan masa menjawab yang singkat semasa menggunakan WowLam. Analisis Temu bual Saya telah menemubual lima orang pelajar selepas penggunaanWowLam. Berikut merupakan dapatan daripada temubual tersebut. 66
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Jadual 3: Dapatan Temubual Bersama Pelajar Berdasarkan Jadual 3 di atas, menunjukkan rumusan dapatan temubual bagi lima orang kumpulan sasaran. Bagi soalan pertama, semuapelajar menyatakan bahawa WowLam menarik minat mereka untuk belajar danjugamenghafal sebaik sahaja diperkenalkan di dalamkelas. Manakalabagi soalan kedua dan ketiga pula, semua peserta menyatakan WowLamini sangat membantu mereka memahami dan menguasai tajuk ini seterusnyamemudahkan mereka menghafal pendapat ulama dengan baik selepasintervensi dijalankan. Dapatan bagi soalan keempat dan kelimapula, empatdaripada lima peserta kajian menyatakan bahawa mereka dapat menjawabsoalan berkaitan dengan yakin dan tidak memperuntukkan masayanglamauntuk menjawabnya berbanding sebelum diperkenalkan WowLamini. Secara keseluruhannya, dapatan daripada temu bual yangdijalankantelah membuktikan keberkesanan pengunaan WowLamapabilahampir keseluruhan pelajar iaitu 92% menyatakan ya bagi tema-tema yangdikaji iaitu67
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I penggunaan WowLam dapat menarik minat, sangat membantu, mudah, meyakinkan serta mempercepatkan hafalan. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa semua pelajar terujadanseronok menggunakan bahan ini. Malahan mereka telah menjumpai bahanmaujud yang memudahkan mereka mengenal pasti dan mengingatpendapat fuqaha’ dengan lebih mudah. Kekeliruan sebelumini telahberjayadiatasi. Semasa dalam peperiksaan juga mereka dapat mengingat pendapatulama’ tersebut dengan mengingat warna yang digunakandankedudukannya dalam WowLam ini. POTENSI UNTUK DISEBAR LUAS KEPADA PIHAK LAIN Saya telah membuat perkongsian WowLam Bersama Puan Hjh. Ruzanabinti Mohd Sam, SISC+ TVET Segamat, Perkongsian dijalankan secara GoogleMeet. Perkongsian dengan guru Syariah semasa tempoh PdPR. 68
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Saya juga telah memperkenalkan WowLam ini kepada guru dan pelajar kelaslain iaitu 6 An-Nawawi secara google meet semasa tempoh PdPRyanglalu. Guru Syariah iaitu Cikgu Muhammad Solehuddin bin Ridzuanturutmenggunakan WowLam ini ketika sesi PdPC. Dengan perkongsiandenganrakan guru yang lain, diharapkan dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar STPM dalam mata pelajaran Syariah. Saya juga telah memperkenalkan WowLam kepada guru matapelajaranlainiaitu guru Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Cikgu Nurul Hakimahbinti Roslan dan didapati sangat sesuai diaplikasikan oleh beliau. 69
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Mesra Pengguna WowLam mudah disimpan dan dibawa. Ia disimpan di dalamsatu begbersaizbesar yang dilengkapi dengan penggantung dan satu kotak penyimpanankegunaan guru. 70
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Dalam kotak penyimpanan kegunaan guru, ia dilengkapi denganarahanpenggunaan bahan, set hukum, set tambahan, set soalan, papanbolehtulis, marker pen dan pemadam mini. Kit penyimpanan WowLam bagi kegunaan pelajar ini juga sangat menarik, lengkap dan mudah dibawa. Ia dilengkapi denganarahanpenggunaan bahan, beberapa set WowLam mini yang boleh ditulis dandipadam, set soalan, marker pen dan juga pemadammini. Penggunaan oleh Pelajar bagi mata pelajaran lain Pelajar juga menggunakan WowLam ini bagi subjek Pengajian Am, Sejarahdan Bahasa Arab Tingkatan 6. Saya dapati bahawa penggunaanWowLamini sangat membantu mereka memahami dan menghafal tajukyangdipelajari. 71
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penggunaan dalam Mata Pelajaran Sejarah Penggunaan dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab Ting. 6 Penggunaan dalam Mata Pelajaran Pengajian Am72
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penjimatan Masa Disebabkan kekangan masa untuk sesi PdPC di sekolah agak terhad, namunpelajar boleh menguji kefahaman tentang tajuk yang dipelajari sertamenghafalnya di mana-mana sahaja seperti di rumah, asramadansebagainya dengan menggunakan WowLam ini. WowLamsangat mudahdan cepat difahami oleh pelajar. Pelajar dapat menulis jawapandaripadasoalan latihan hanya berpandukan WowLam sahaja iaitu hanyamenyatakannama ulama, hukum beserta alasannya untuk memperoleh markah penuh. Pengurangan Kos Operasi Dengan adanya WowLam ini dapat membantu pihak sekolahdalampenjimatkan kos kertas dan rezo untuk memberi nota kepada pelajar. Evolusi Inovasi WowLam 73
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I REFLEKSI Secara keseluruhannya, WowLam diperkenalkan dan dihasilkansebagai inovasi pendidikan bagi mata pelajaran Syariah untuk memudahkanpembelajaran pelajar dalam menghuraikan pendapat ulamaberkaitanhukum memberi mut’ah dengan tepat dan membantu pelajar menghafalnyadengan cepat. Hasil daripada ujian pra, ujian pos, temu bual dan pemerhatianyangdijalankan dalam kalangan peserta kajian, saya dapati bahawaterdapatperubahan yang positif dalam penguasaan hafalan pelajar danjugakeyakinan pelajar dalam menjawab soalan yang berkaitan dengancepatdan tepat. WowLam telah memberi peluang terhadap pelajar untuk memperolehpengalaman yang baharu sepanjang proses pelaksanaan intervensi. Penggunaan WowLam ini bukan sahaja berjaya membantupelajar menguasai dan memahami tajuk pelajaran serta menghafalnyadenganbaik, malah dapat menyelesaikan masalah hilang fokus dan kurangberminatdalam pelaksanaan proses PdP. Secara keseluruhannya, saya juga telah berjaya membantupelajar mencapai objektif inovasi ini dengan efektif. Adalah tidak disangkapenggunaan WowLam ini sekurang-kurangnya dapat merubah sikappelajar terhadap PdPc guru di dalam kelas. Adalah satu kegembiraan bagi seorangguru apabila melihat para pelajar gembira menjalankan aktiviti di atas danseterusnya belajar sesuatu daripada aktiviti yang dilaksanakan. Merekasemua sangat teruja dengan bahan ini yang sangat membantumerekasupaya mudah menghafal fakta berkaitan pandangan ulama. Dalam proses menyediakan inovasi ini, saya telah menimbadanmemperoleh banyak ilmu pengetahuan yang baharu. Antaranyaialahaspek-aspek yang penting yang perlu diberi perhatian dalampengendaliansesebuah inovasi penyelidikan dan secara tidak langsung, hal ini telah74
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I meningkatkan kebolehan dan keupayaan saya untuk terus menciptainovasi PdPc dengan lebih baik pada masa hadapan. Saya juga mempelajari carauntuk berkolaboratif dengan orang lain melalui kerjasama daripadapelbagai pihak seperti pentadbir sekolah, para guru dan pelajar dalamprosesmenjayakan inovasi ini. Di samping itu, saya juga menyedari betapapentingnya kemahiran pedagogi dalam kalangan guru untuk menghasilkankaedah pengajaran yang baik dan berkesan. Hal ini selaras denganpendapat Noraini Omar (2020), bahawa guru perlu mahir merancangdanmembina pengajaran yang berkesan agar pelajar dapat menggunakanapayang dipelajari dalam bilik darjah dalam konteks kehidupan sebenar. Inovasi ini bukan sahaja dapat membantu pelajar menghafal dengancepat bahkan dapat membantu pelajar menguasai pembelajarandenganbaik seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalammatapelajaran Syariah. Peningkatan gred purata mata pelajaran Syariahdalampeperiksaan sumatif sekolah juga meningkat. RUJUKAN Mariam Adawiah Dzulkifli & Muhammad Faiz Mustafar. (2013). Theinfluenceof colour on memory performance: A review. Malaysia Journal of Medical Science, 20(2), 3-9. Noraini Omar. (2020). Modul pedagogi Pendidikan Islam2 (Ibadah, akhlakdanjawi). IPG Kampus Tun Abdul Razak. Olurinola, O. & Tayo, O. (2015). Colour in learning: It’s effect onrateof graduate students. Journal of Education and Practice, Vol.6 (14), 1-6. 75
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KIT GELONGSOR Cikgu Shamsinah Binti Shamsudin SMK Bekok Guru Penolong Kanan KokurikulumSINOPSIS INOVASI PDP Suatu teknik pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) berasaskan pendekatansimulasi yang dapat membantu murid-murid dan juga guru untuk meningkatkankefahaman tentang arus elektrik dan beza keupayaan (voltan). Berdasarkanpengalaman dan pengamatan pengkaji, isu ini merupakan antaramasalahyang mengelirukan murid. Dengan menggunakan Kit Gelongsor, takrifanaruselektrik dan beza keupayaan akan difahami dengan lebihmudah. Penghayatan takrifan juga membolehkan murid mengaplikasikanrumus aruselektrik dan rumus beza keupayaan dengan mudah. 76
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI Pada akhir pembelajaran, murid dapat i. menyatakan satu takrifan arus elektrik dengan jelas. ii. menyatakan satu takrifan beza keupayaan dengan jelas iii. mengaplikasikan takrifan arus dan takrifan beza keupayaandenganrumus masing-masing. KUMPULAN SASARAN Sepuluh daripada 15 orang murid kelas Fizik 5A daripada kategori cemerlang, sederhana dan galus yang boleh memberikan komitmen yangpadusepanjang kajian dijalankan. LATAR BELAKANG Saya sudah pun berpengalaman mengajarkan mata pelajaranSains danjuga Fizik selama 27 tahun. Setiap kali mengajar tajuk Keelektrikan, sayaakanberhadapan dengan murid-murid yang gagal membezakan antaramaksudarus elektrik dan beza keupayaan. Pada asasnya, murid sepatutnya sudah ada pengetahuansediaadatentang arus dan beza keupayaan (voltan) kerana telah dipelajari dalammata pelajaran Sains dan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi atausebelum ini Kemahiran Hidup Bersepadu semasa mereka di Tingkatan2. Malangnya apabila diajukan pertanyaan, murid akan memberi alasansudahlupa. 77
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Arus dan beza keupayaan merupakan suatu yang abstrak yangtidakdapat dilihat secara visual tetapi boleh dibuktikan dan diukur menggunakanalat pengukur seperti ammeter dan voltmeter. Isu ini pernah menjadi masalah kepada murid-murid saya lebih15tahunyang lalu. Namun saya bersyukur kerana ada seorang guru senior yangsudi berkongsi idea dengan kepada saya cara untuk membezakanarus danbeza keupayaan secara berkonsep. Walaubagaimanapun sayatelahmembuat penambahbaikan daripada idea guru tersebut. Sejak itusayatelah mempraktikkan kaedah simulasi tersebut dan impaknyajelas apabilamurid-murid saya tiada masalah untuk mentakrifkan arus dan bezakeupayaanmalah penghayatan konsep itu menyebabkan merekabolehmengaplikasikannya ke dalam rumus bagi menyelesaikanmasalahmelibatkan soalan pengiraan. Saya telah menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) yangdapatmenyokong pendekatan simulasi tersebut. Model yang dhasilkanbersifatmesra pengguna, mudah dipasang, mudah digunakan dan yangpentingmudah difahami. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Ramai murid tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan arus danapapulabeza keupayaan. Bagi mereka arus dan beza keupayaan itu adalahbendayang lebih kurang sama sahaja. Miskonsepsi inilah yang akan menyebabkanmereka terus rasa tertinggal apabila guru beralih ke subtopik yang seterusnya. Saya cuba menghuraikan takrifan arus dan takrifan bezakeupayaandari sesuatu yang abstrak ke dalam bentuk visual yang boleh merekalihat danbayangkan melalui pendekatan simulasi. Apabila murid fahamsimulasi tersebut, dengan mudah mereka boleh memberi takrifan yangtepatseterusnya penghayatan takrifan tersebut membolehkan merekamemahami 78
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I rumus kedua-dua istilah tadi. Impaknya mereka dapat mengaplikanrumustadi dalam pelbagai soalan penyelesaian masalah yang berkaitan. Saya cuba menggunakan silinder yang diperbuat daripadaplastiktransparensi untuk mewakili konduktor, manakala bebuli peluru pistol mainanuntuk mewakili cas-cas yang mengalir. Malangnya setiap kali sayamelakukanaktiviti untuk memasukkan bebuli ke dalam satu hujung silinder iabergerakterlalu pantas dan menyukarkan saya untuk mengawal pergerakannya. Kemudian saya gunakan semula kepingan syiling 20 sen yangbiasasayademonstrasikan kepada murid-murid saya di dalamkelas. Ianyamudahdiperolehi , mudah disediakan dan mudah digunakan, walaubagaimanapunmurid yang duduk di belakang tidak nampak dengan jelas pergerakansyilingtersebut. Terkini saya telah berjaya menemui sejenis manik plastic bersaiz besar yangmudah dikawal pergerakannya dan dapat dilihat dengan lebihjelas. Harganya juga berpatutan. Untuk menjalankan aktiviti pula, pada awalnya saya menggunakankaki ‘retort’ bersama pemegangnya untuk memegang dan melaras ketinggianhujung silinder. Walau bagaimanapun ternyata ianya lebih sukar untukmendapatkan ketinggian yang konsisten dan kaki retort juga agak berat. Kemudian saya menggunakan kotak terpakai yang sayatebukkanlubang pada ketinggian berbeza. Jarak di antara satu lubang denganlubangberikutnya adalah konsisten iaitu 10 cm. Lubang bertingkat dan silinder lutsinaritusaya namakan Kit Gelongsor. Walau bagaimanapun kotak yangbersaizagakbesar itu kurang praktikal dan tidak mudah alih. 79
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 1: Kit Gelongsor menggunakan kotak terpakai Terkini saya telah membuat satu reka bentuk terkini Kit Gelongsor yangmudah dipasang, mudah digunakan dan mudah disimpan. Rajah 2: Kit Gelongsor terkini menggunakan ‘strawboard’ Rajah 3: Kit Gelongsor mudah dipasang dan disimpan. 80
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Dengan penggunaan Kit Gelongsor ini, penguasaan konseparus danbeza keupayaan dapat ditingkatkan dan seterusnya diaplikasikandenganlebih mantap dan berkesan. HURAIAN INOVASI 81
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Beberapa tahun sebelum ini, apabila mengajarkan subtopik Arus danBezaKeupayaan, saya akan memulakannya dengan menerangkan takrifanarusdan beza keupayaan seperti yang dinyatakan dalambuku teks . Namunselepas mereka gagal mendefinisikan secara tepat apabila sayabertanya. 82
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I pada akhir sesi pembelajaran, saya tidak tunggu lamadanterusmenggunakan kaedah simulasi untuk untuk menjelaskan takrifanarus dantakrifan beza keupayaan pada tahun-tahun yang berikutnya. Langkah 1 Dalam kaedah simulasi ini: silinder lut sinar adalah mewakili suatu konduktor manik plastik mewakili cas-casyang mengalir Bagi menjelaskan konsep arus elektrik, Saya akan mencondongkan silinder tersebut dan meletakkansebiji manik di hujung silinder yang dinamakan A. Manik akan bergerak menuruni silinder sehinggalah ke hujung B. Masa manik jatuh dicatatkan. Kemudiansaya ulangi langkah di atas tetapi dengan meletakkan dua, tigadanlebihbanyakmanik. 83
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Saya akan bertanya kepada murid saya , yang mana satukahmengalir lebih banyak. Semua murid pasti akan menjawab manik yang lebihbanyak. Oleh kerana masa pengalirannya sama maka manik yang lebihbanyakmenghasilkan kadar pengaliran yang lebih tinggi. Kemudian barulah saya jelaskan kepada mereka itulah gambaranarusyang mengalir di dalam suatu konduktor. Manik-manik yangmengalir ituumpama cas yang mengalir di dalam suatu konduktor. Apabilaadapengaliran cas maka arus terhasil dan kuantiti arus adalah bergantungkepada kuantiti cas yang mengalir. Lebih banyak cas yang mengalir, makalebih besarlah arusnya. Dari situlah saya akan membawa merekamenghayati takrifan arus. Arus ialah kuantiti cas yang mengalir di dalam satu konduktor dalammasa1saat. atau dalam kata lain oleh kerana ianya melibatkan pembahagian masa, jadi wujudnya kadar . Maka kita sebut, Arus ialah kadar kuantiti cas yang mengalir di dalam satu konduktor.Ataulebih ringkas, Arus ialah kadar pengaliran cas dalam satu konduktor. Langkah 2 Untuk menghuraikan beza keupayaan pula, saya akan memasukkan5biji manik besar ke dalam silinder yang diletakkan secara melintang. 84
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Saya akan bertanya kepada murid berapa banyakkahcas yangmengalir. Memang ada murid yang akan menjawab 5 biji. Kemudianapabilasaya minta mereka fokus dan perhatikan betul-betul baru merekasedar yangmanik-manik tersebut tidak mengalir. Di situlah saya akan menyambungpertanyaan saya, mengapakah manikmanik itu tidak mengalir. Muridakanmemberi pelbagai reaksi jawapan. Kemudian saya menggunakan kaedah sumbangsaran supayamuridmemberi pendapat bagaimana cara untuk menggerakkan manik-maniktersebut. Apabila ada murid yang memberikan idea yang tepat barulahsayamencondongkan sedikit silinder di mana hujung A lebih tinggi berbandinghujung B. Pemerhatian akan menunjukkan manik-manik tadi mengalir. Persoalan saya seterusnya ialah mengapakah manik-manik itu mengalir. Setelah mendengar pelbagai respon murid, barulah sayamenjelaskanbahawa pergerakan manik besar berlaku disebabkan adanyatenagakeupayaan graviti . Pebezaan ketinggian di kedua-dua hujungmewujudkantenaga keupayaan graviti yang dapat menggerakkan manik besar-manikbesar tersebut. Analogi ini saya kaitkan dengan takrifan beza keupayaan. Bezakeupayaan dalam suatu konduktor elektrik adalah disebabkanwujudnyaperbezaan keupayaan antara dua titik yang menghasilkan kerjaatautenaga untuk menggerakkan satu coulomb cas. 85
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Kaedah simulasi ini dapat menggantikan kerja atau tenagaelektrikyang kita tidak dapat lihat itu dengan tenaga keupayaan. Selepas ituapabilasaya tanya kembali kepada murid-murid saya apakah yang dimaksudkandengan beza keupayaan, mereka tiada masalah untuk menyatakannyadengan jelas dan tepat. Beza keupayaan (voltan) ialah kerja atau tenaga yangdigunakanuntuk menggerakkan satu coulomb cas antara dua titik di dalamsuatukonduktor. Langkah 3 Langkah 3 merupakan pengaplikasian rumus arus dan rumus bezakeupayaan. Sebenarnya semasa penghayatan takrifan arus dan beza keupayaantadi, murid telah diajar bagaimana rumus itu diterbitkan. Justeru ini memudahkanmurid mengembangkan kemahiran aplikasi rumus arus dan bezakeupayaanmelalui kaedah gantian nilaisahaja. Dari segi takrifan tadi, Arus ialah kadar pengaliran cas dalamsatu konduktor. Takrifan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk rumus iaitu, yang mana I ialah arus, Q ialah kuantiti atau jumlah cas yang mengalir dant ialahmasa. Dari segi takrifan beza keupayaan pula, Beza keupayaan (voltan) ialah kerja atau tenaga yang digunakanuntukmenggerakkan satu coulomb cas di antara dua titik di dalamsuatu konduktor. Penghayatan takrifan ini menyebabkan murid dapat mengingati rumus bezakeupayaan dan seterusnya mengaplikasikannya tanpa masalah. 86
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Di mana V ialah beza keupayaan, E ialah tenaga yang digunakan, Wialahkerja yang dilakukan dan Q ialah jumlah cas yang mengalir. Dengan memahami kaedah simulasi tadi, murid dapat mentakrifkanarusdengan tepat dan sekaligus penghayatan konsep itu menyebabkanmerekalebih mudah mengingati rumus dan mengaplikasikannya denganlebihmudah. KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI BIL. BAHAN KUANTITI HARGA(RM)1. 2 keping plastik transparensi untuk membuat sebatang silinder 2x2 = 4 4.002. Pita selofan 1 3.003. 10 biji manik besar 10 5.004. Pembaris meter 1 Makmal 5. 1 keping ‘strawboard’ 1 9.006. Pisau kecil 1 1.007. Jam randik 1 Makmal 8. Gunting 1 4.009. Kertas pelbagai warna 1 set 4.0010. Gam kertas 1 3.0011. Pita dua sisi (double sided) 1 2.5012. Gam pelbagai guna 1 4.0013. ‘Hook and loop fastener tape’ 1 gulung 5.5014. Sepasang besi penghadang buku 1 10.00JUMLAH 55.0087
Himpunan Inovasi PdP (SM) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANWalaupun kaedah ini saya telah diamalkan sejak berbelas tahunyanglaludan ternyata ianya berkesan tetapi bukti keberkesanan tidak dapatditunjukkan di sini. Justeru, saya mengambil peluang untuk merekodkandatadan bukti dengan menjadikan murid Tingkatan 5A tahun 2021 sebagai responden. Saya terpaksa mengajar tajuk ini lebih awal untuk menunjukkanbukti keberkesanan model inovasi dan teknik simulasi saya ini. Sayagunakantigaperingkat penilaian. Penilaian 1 Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, saya memintamuridmenyatakan maksud arus dan beza keupayaan. Oleh kerana padawaktuituadalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka pdpdijalankansecara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). Saya memintamuridsaya menghantar jawapan secara peribadi melalui apikasi telegram. Penilaian 2 (Ujian Pra) Saya membuat sesi pdpr seperti biasa menggunakan kaedah konvensional dengan sokongan bahan-bahan pdp daripada Power Point melalui aplikasi ‘google meet’. Kemudian saya minta sekali lagi mereka menyatakantakrifanarus dan beza keupayaan berdasarkan apa yang mereka faham. Penilaian 3 (Ujian Pos) Saya menggunakan model Kit Gelongsor sebagai teknik simulasi untukmenghuraikan maksud arus dan beza keupayaan serta bagaimanarumusterbina daripada takrifan tersebut . Saya juga menunjukkan hubunganantaratenaga yang lebih besar dengan kadar pengaliran (arus) menggunakankittersebut. Selepas itu sekali lagi saya minta mereka menyatakan takrifanarus danbeza keupayaan. 88