[Type here]
Masyarakat yang kemaskini ialah masyarakat yang menggunakan maklumat
yang mutakhir. Tanda-tanda sesuatu masyarakat pentingkan maklumat ialah
seperti berikut:
i. Media maklumat banyak digunakan seperti radio, televisyen, telefon
dan lain-lain jenis alat elektronik.
ii. Bilangan surat khabar dan pembaca akhbar adalah ramai.
iii. Maklumat mudah dihantar atau diperolehi.
iv. Maklumat mudah dicapai walau di mana pun pengguna berada.
v. Bilangan terbitan buku dan majalah baru juga banyak setiap hari.
vi. Masyarakat mempunyai budaya gemar membaca.
3.1 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
Maksud Pencarian Maklumat ialah aktiviti yang dilaksanakan secara
terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat, bertujuan memenuhi
sesuatu tugasan atau keperluan. Ia merupakan proses asas yang berkait
rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah.
Maklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan
tindakan. Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat
atau sekiranya dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan
(Rosinah Edinin, 2014).
Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk
melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.Megat
Yusof (2012) berpandangan, individu berkaitan perlu mengetahui dengan
jelas sebab-sebab mengapa sesuatu maklumat itu diperlukan. Ini akan
menjadi dorongan atau punca mencari sesuatu maklumat. Setiap orang
mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Ada yang
memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan
40
[Type here]
lain-lain. Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang
berbeza pula semasa berdepan dengan maklumat.
Sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka
dalam mencari maklumat. Terdapat pelbagai teknik untuk menganalisis sikap
manusia semasa berhubungan dengan dunia maklumat.Salah satu teknik itu
menunjukkan ada orang yang mencari maklumat sekadar di permukaan, ada
yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka sejauh
yang mungkin secara rawak. Memahami keperluan maklumat dan cara
bagaimana mencari maklumat adalah satu bentuk pemahaman yang
membolehkan kita menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang lebih
baik. Selain itu, kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada
sejauh mana seseorang itu tahu tentang bentuk dan sumber maklumat.
3.2 PENGURUSAN MAKLUMAT
Maklumat ialah pengetahuan yang diperolehi melalui proses mengetahui dan
mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam
berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita. Proses mengumpul maklumat ini
akan berterusan sepanjang hayat, sejak lahir sehingga akhir hayat.
Lau (2006) telah menetapkan tiga komponen asas sebagai piawaian literasi
maklumat untuk mewujudkan pembelajaran berkesan, iaitu;
Akses : kebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan
berkesan.
Penilaian : pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
Penggunaan : pengguna berupaya mengaplikasikan maklumat
dengan tepat dan kreatif.
41
[Type here]
3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
Mencari maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam
sebarang sumber yang sesuai. Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti
menggunakan katalog dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan
bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan cepat.
Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca.
Maklumat terdapat di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan,
ensiklopedia, laporan tahunan dan sebagainya. Maklumat dari media cetakan
yang selalu dirujuk untuk menyediakan laporan atau tugasan ialah buku
rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan, abstrak, gazetteer dan almanak.
Setelah sumber maklumat yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang
seterusnya ialah cara menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan
seperti daftar isi kandungan dan indeks untuk mengesan perkara yang
berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain seperti
ensiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem
maklumat berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat
teknologi yang lain seperti perakam suara atau perakam video diperlukan
untuk memainkan pita audio atau pita video masing-masing.
Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan
atau luar sekolah juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan tinjauan,
temuduga atau kajian luar untuk mendapatkan maklumat yang khusus.
1. Langkah-langkah Mencari Maklumat
Langkah-langkah mencari maklumat boleh dibuat dengan mengikut prosedur
berikut:
Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog
untuk buku rujukan.
42
[Type here]
Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat
tertentu di dalam perpustakaan.
Kalau tugas kita menyediakan sesuatu laporan, mungkin kita perlu
merujuk beberapa buah buku perangkaan yang memberi kita angka-
angka yang diperlukan.
Untuk mendapat maklumat dan perangkaan dari agensi kerajaan atau
swasta, kita perlu merujuk kepada Bahagian Jurnal atau Penerbitan
Berkala.
Semua bahan yang dirujuk perlu ada isi yang berkaitan dengan tajuk
laporan yang sedang disediakan.
Perangkaan tidak memberikan maklumat di dalam bentuk ayat. Oleh
itu, apabila menggunakan perangkaan, perlu ada struktur ayat dibina
untuk mencantumkan beberapa perangkaan yang tidak boleh berdiri
dengan sendiri atau bermakna sendiri. Pusat Sumber boleh dikatakan
juga pusat maklmat. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis
maklumat yang tercatat atau tersimpan dalam berbagai-bagai jenis
format.
Ada maklumat yang disimpan atau tercatat dalam buku, iaitu jenis cetakan,
dan ada juga yang direkodkan di dalam pita audio, video, filem atau slaid.
2. Ciri-ciri Maklumat Yang Baik
Tepat ( Accurate ) - Maklumat yang tepat dapat menolong pengguna
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana
dengan maklumat yang tepat, pengguna tidak perlu lagi membuat
perbandingan dengan maklumat dari sumber lain. Semakin tepat
maklumat yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal
dihadapi oleh pengguna.
Cepat ( Timeless ) - Maklumat mestilah mudah dicapai apabila
diperlukan. Cepat atau lambat memperolehi maklumat yang tepat
akan menyebabkan pelbagai implikasi. Maklumat yang dapat
43
[Type here]
diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna
memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya
jika maklumat yang lambat diperolehi, maka besar kemungkinan
maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi.
Lengkap ( Completeness ) - Tidak berlaku keadaan yang
bertaburan di merata tempat. Maklumat yang lengkap dapat
menjimatkan masa pengurusan maklumat. Maklumat yang lengkap
dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk
pengguna mambuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
Ringkas ( Conciseness ) - Maklumat hendaklah ringkas, penting
untuk menjimatkan masa. Pengguna tidak dapat membuat keputusan
yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang cukup. Walau
bagaimanapun, maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan
ringkas. Kuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan
membebankan pengguna.
Berkaitan ( Relevancy ) - Maklumat itu hendaklah berasakan need-
to-know. Maklumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai
kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan pengguna. Maklumat
yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan
memperoses maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan
lambat tercapai.
Refleksi - Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia
merupakan proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang
diperolehi itu dapat digunakan atau tidak. Kemahiran manilai
maklumat bukan sahaja digunakan untuk menilai teks pada masa
kini. Dengan ledakan maklumat yang berlaku sekarang, maka
kemahiran menilai maklumat ini amat penting diamalkan dari semua
aspek atau sumber maklumat.
44
[Type here]
3.4 PELAYARAN INTERNET
Internet ialah singkatan daripada perkataan Inggeris iaitu international
network, iaitu jaringan informasi global, atau dalam Bahasa Inggeris disebut
dalam the largest global network of computers, that enables people
throughout the world to connect with each other. Internet dicetuskan dari idea
perekanya J.C.R. Licklider dari MIT (Massachusetts Institute Technology)
pada bulan Ogos 1962.
Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan
dihubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai organisasi.
Teknologi ini dapat menghubungkan antara individu dan kelompok manusia
yang lain di seluruh dunia. Suasana pembelajaran seperti ini dapat
membantu individu untuk menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yang
diperlukan. Internet dilihat sebagai alat untuk mengakses maklumat
mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri.
Pada permulaan internet di Malaysia, Yahoo merupakan salah satu enjin
carian yang sering digunakan oleh semua pengguna. Ianya salah satu cara
yang mudah dalam mencari maklumat yang diperlukan, dengan hanya
45
[Type here]
memasukkan kata kunci untuk sesuatu perkara yang ingin dicapai oleh
pengguna.
Hasil perkembangan pencarian maklumat atas talian, pengguna mula
didedahkan dengan enjin carian yang lain seperti Google, dan sehingga kini
aplikasi Google telah mendahului enjin-enjin carian atas talian yang lain
dalam membantu pengguna dalam mencari apa sahaja maklumat.
Contoh enjin pencarian yang dapat anda gunakan untuk mencari maklumat
dari internet:
Infoseek (hhtp://www.go.com)
Alta Vista (http://www.altavista.com)
Yahoo (http://www.yahoo.com)
Google (http://www.google.com)
Lycos (http://www.lycos.com)
Cari (http://www.cari.com)
Beberapa kemudahan dalam penggunaan internet;
E-mel iaitu alat penghantar mesej atau surat paling cepat dan murah.
Mailing List di mana perluasan penggunaan e-mel dengan
kemudahan ini.
File Transfer Protocol (FTP)
Kemudahan internet yang memberikan kemudahan kepada
pengguna untuk mencari dan mengambil fail arkib (download) di suatu
server yang terhubung ke internet pada alamat yang tertentu yang
menyediakan pelbagai fail yang telah diberi keizinan untuk diambil
oleh pengguna lain yang memerlukannya.
News Group
Fisiliti untuk melakukan komunikasi antara dua orang atau lebih
secara serentak dalam suatu masa yang sama (real time).
World Wide Web
46
[Type here]
WWW merupakan kumpulan koleksi besar tentang pelbagai
dokumentasi yang tersimpan dalam pelbagai server di seluruh dunia.
3.5 SUMBER PRIMER DAN SEKUNDER
Menurut Syed Ismail (2010), sumber primer ialah :
Penemuan baru
Penyelidikan asli
Diterbitkan/tidak diterbitkan
Maklumat asal
Menurut Wikipedia, sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang
belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam
keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum
dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-
sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut
biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang
dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.
Manakala sumber sekunder ialah :
47
[Type here]
Sumber yang telah diolah
Hasil penilaian penyelidikan
Bercetak/tidak bercetak
Biasa dalam penilaian
Sumber primer ialah hasil kerja asal sama ada diterbitkan atau tidak
dan memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas
pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara. Asas sumber sekunder
atau tertier. Contohnya tesis, jurnal dan prosiding. Biasanya sumber primer
ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau
berada di merata tempat.
Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah Terbitan berkala / Terbitan
Bersiri, Jurnal, Lapuran penyelidikan, Penerbitan Kerajaan / Penerbitan
Rasmi, Paten, Piawaian, Disertasi / Tesis (jika diterbitkan sebagai artikel
atau buku), Prosiding dan Konferen.
Sumber-sumber yang tidak diterbitkan pula ialah seperti Kertas Kerja, Fail
Syarikat, Fail Peribadi, Surat Menyurat, Diari, Memo,Buku Nota, Temuramah,
48
[Type here]
Rakaman Audio, Lukisan, Pemerhatian, Laporan Penyelidikan yang terhad
edarannya dan Latihan Ilmiah/Tesis.
(Nota: Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal, gunakan
kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam senarai
bacaan atau rujukan dan sumber primer biasanya sukar diperolehi kerana
ianya sukar dikesan)
RUJUKAN
Kamus Dewan .(2009). (sumber elektronik) . Dewan Bahasa Pustaka.
Lau, Jesus . (2006). Garis Panduan Mengenai Literasi Maklumat Untuk
Pembelajaran Sepanjang Hayat. http://www.ifla:org/vII/s42/index.htm#
Publications.
Megat Yusof Megat Sharif. (2012). Buku Panduan Petua Kemahiran Belajar.
KL: MHPd Resources.
Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran Belajar. KL: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa et al. (2015). Kemahiran Belajar. KL: Sasbadi Sdn
Bhd.
https://en.wikipedia.org/wiki/Information tarikh akses 15 ogos 2018
49
[Type here]
TOPIK 4: TTEOKPNIKIK4:MEMBACA
TEKNIK MEMBACA
INTISARI TOPIK 4
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada lima subtopik iaitu :-
Subtopik 4.1 : eknik-teknik membaca
Subtopik 4.2 : Bacaan Cepat - Skimming
Subtopik 4.3 : Bacaan Cepat - Scanning
Subtopik 4.4 : Bacaan Perlahan - SQ3R
Subtopik 4.5 : Bacaan Perlahan - KWLH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Mengenal pasti teknik dan kaedah Bacaan Cepat
b. Mengenal pasti teknik dan kaedah Bacaan Perlahan
c. Mempraktikkan kaedah Bacaan Cepat dan Bacaan
Perlahan
50
[Type here]
PENGENALAN
Membaca adalah satu cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu
yang ditulis. Membaca membolehkan kita mendapat maklumat,
pengetahuan, fakta dan memahami sesuatu perkara atau konsep. Kemahiran
membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih
berkesan. Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran
perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak
balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam
situasi baru (Syed Ismail, 2010). Teknik membaca biasanya terbahagi
kepada dua bahagian utama iaitu; teknik membaca cepat dan teknik
membaca perlahan.
4.1 TEKNIK-TEKNIK MEMBACA
Rajah 4.1: Pembahagian teknik membaca
Pemilihan teknik membaca adalah bergantung kepada matlamat
pembacaan. Teknik membaca cepat memerlukan kelajuan dan fokus
penglihatan untuk menyelusuri bahan bacaan. Skimming seperti melihat dari
pandangan yang tinggi (bird’s-eye view). Sementara scanning bertujuan
untuk mencari dan menjurus kepada maklumat yang khusus. Teknik
51
[Type here]
membaca perlahan memerlukan fokus minda untuk memahami dan
mengarap idea-idea penulis. Pembacaan perlahan juga dikenali sebagai
teknik bacaan secara kritis.
4.2 SKIMMING (LUNCURAN)
Skimming adalah membaca secara pantas untuk mendapat maklumat
keseluruhan secara am. Skimming memberi kita maklumat tentang
kandungan sesuatu bahagian. Skimming seperti menyelam untuk melihat
hidupan dalam lautan. Skimming selalunya digunakan untuk mendapat idea
keseluruhan kandungan buku/bahan berkenaan. Ini penting sebelum kita
membaca lebih berfokus bahagian tertentu yang menarik minat atau
matlamat utama mencari bahan berkenaan.
Teknik membaca skimming adalah seperti berikut:
Mengetahui Idea keseluruhan
Membaca Mengimbas tajuk
mukasurat isi
kandungan Mengimbas Katakunci
tajuk utama,
subtajuk, Memberi Ringkasan
pendahuluan
dan tumpuan Membaca
kesimpulan.
katakunci ringkasan
yang di bold & buku/bab
Italic Membaca
tajuk jadual
dan rajah
Rajah 4.2: Teknik Membaca Skimming
52
[Type here]
Membaca secara skimming menjimatkan masa pembaca dalam masa yang
sama pembaca mendapat maklumat keseluruhan bahan berkenaan.
4.3 SCANNING (IMBASAN)
Scanning adalah membaca secara pantas untuk mendapat fakta tertentu
mengikut matlamat pembacaan. Scanning menolong kita mengimbas untuk
mencari maklumat lebih mendalam. Jika membaca skimming seperti
menyelam untuk melihat karangan di lautan, scanning pula adalah seperti
menyelam untuk mencari mutiara. Tujuan membaca scanning untuk
mendapat jawapan kepada sesuatu persoalan. Selalunya pembaca akan
membaca dengan teknik skimming sebelum menjurus mencari maklumat
dengan cara scanning.
Teknik membaca scanning seperti berikut:
Pastikan maklumat yang ingin dicari.
Tetapkan beberapa katakunci atau frasa
Mencari maklumat berdasarkan satu
katakunci /frasa dalam satu masa
Mata bergerak pantas dalam mukasurat
mencari katakunci atau frasa
Apabila mata mendapat katakunci, baca
dengan teliti bahan berkenaan
Rajah 4.3 Teknik Membaca Scanning
53
[Type here]
4.4 SQ3R
SQ3R adalah gabungan Survey, Question, Read, Review dan Recite. Teknik
SQ3R diperkenalkan oleh Robinson pada 1961. Teknik ini merangsang
pembaca untuk menyoal maklumat yang dibaca bagi meneroka dan
mendalami maklumat.
Survey Question Read
( Meninjau) (Menyoal) (Membaca)
Review Recite
( Membuat ( Mengingat
gambaran)
semula)
Rajah 4.4: Teknik SQ3R
Jadual 4.1: Jadual perincian SQ3R
Survey Meninjau keseluruhan bahan/teks bacaan
(Meninjau) dengan melihat tajuk, subtajuk, rajah, jadual
dan kata kunci
Question
(Menyoal) Bertanya diri sendiri tentang siapa, apa, di
mana, bila, mengapa dan bagaimana (5W1H)
Read dengan merujuk kepada bahan/teks bacaan
(Membaca)
Recite Membaca bahan/teks dengan cuba menjawab
(Mengingat semula) persoalan 5W1H
Menjawab persoalan lain (meneroka)
berdasarkan bukti dari bahan/teks
54
[Type here]
Review Melihat kembali keseluruhan persoalan dan
(membuat gambaran) jawapan berdasarkan bukti dari bahan/teks
4.5 KWLH
KWLH adalah akronim kepada Know, Want, Learned dan How. Berfungsi
menjana pemikiran yang aktif dan kritis ketika membaca. Tujuan KWLH
adalah untuk mendapat maklumat yang bertepatan dengan kehendak
pembaca disamping mengali maklumat lain berkaitan. Selalunya pembaca
akan membuat catatan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2; Teknik KWLH
K (Know) yang W (Want) yang L (Learned) H (How)
Apa Apa Apa yang telah Bagaimana
diketahui hendak dipelajari maklumat
diketahui semasa tambahan boleh
membaca bahan diperolehi
Masukkan Masukkan Masukkan Masukkan dari
maklumat yang maklumat yang maklumat yang mana
diketahui diperlukan diperolehi maklumat lain
boleh
diperolehi
55
[Type here]
Cuba anda senaraikan jenis reka bentuk metod gabungan yang lain.
1: Pilih satu buku/bahan. Anda diberi masa 5 minit
untuk mengetahui isi kandungan buku/bahan
berkenaan.Gunakan teknik membaca skimming
semasa melaksanakan aktiviti ini. Nyatakan isi
kandungan buku kepada rakan anda dalam
kumpulan kecil.
2. Pilih satu topik yang berkaitan dengan Kemahiran Belajar (contoh;
Aplikasi peta pemikiran i-Think di sekolah). Pilih buku/jurnal yang
bersesuaian. Menggunakan teknik scanning cari maklumat berfokus (cth:
peratus penggunaan i-Think di sekolah).
3. Pilih satu artikel/jurnal. Berdasarkan teknik membaca perlahan - SQ3R
atau KWLH buat ringkasan bahan berkenaan.
56
[Type here]
TOPIK 5:KEMATOHPIRIKA5N: MENGAMBIL
KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA
INTISARI TOPIK 5
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada lima subtopik iaitu :-
Subtopik 5.1 : Cara-cara membuat nota :
Subtopik 5.2 : Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota
Subtopik 5.3 : Pengurusan Grafik
Subtopik 5.4 : Alat-alat CoRT 1
Subtopik 5.5 : Alat-alat CoRT IV(Pemikiran Kreatif)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Membincangkan dan mengenal pasti serta
mempraktikkan kaedah/cara pengambil nota
b. Menjelaskan dan mengaplikasikan alat- alat berfikir
dalam membuat nota
c. Membincangkan alat-alat CoRT1 dan mengenal pasti
penggunaanya dalam membuat nota.
d. Menjelaskan dan mengenal pasti alat-alat berfikir
dalam membuat nota.
e. Mengaplikasikan Alat-alat CoRT1 dan CoRT IV
(Pemikiran Kreatif) dalam meningkatkan kemahiran
belajar
57
[Type here]
PENGENALAN
Kemahiran mencatat/membuat nota yang efektif penting dalam proses
pembelajaran, terutama kepada pelajar pusat pengajian tinggi samada
semasa menghadiri kuliah atau ketika membuat rujukan melalui pembacaan.
Nota adalah ringkasan dan isi-isi penting dari topik dan kursus yang dipelajari.
Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan atau penilaian banyak
bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik. Semasa
membuat nota, pelajar akan berfikir secara kritis, analitik dan kreatif dalam
memilih fakta yang berkaitan sahaja. Nota yang baik dapat membantu pelajar
mengimbau kembali perkara yang telah dipelajari atau dibaca.
5.1 ALAT BERFIKIR MEMBUAT NOTA
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat nota yang
efektif.
1. Annotation
Anotation ialah catatan atau contengan ringkas di dalam buku, artikel, atau
modul. Bertujuan untuk mengenal pasti kandungan, isi penting atau fokus
tajuk yang dibincangkan. Nota ini dibuat dalam bentuk garisan, highlight,
tanda soal, bulatan, atau sebarang tanda-tanda lain. Selain itu, boleh juga
menggunakan tampalan atau pelekat.
58
[Type here]
2. Outline notes
Nota outline hanya menggunakan kata kunci atau frasa. Selain itu, nota
outline juga adalah dalam bentuk nombor, tajuk, dan tajuk kecil. Jika ingin
sesuatu yang lebih konkrit boleh juga memilih untuk menggunakan sengkang,
bullet, atau angka roman.
59
[Type here]
3. Nota kolum/column notes
Nota colum dalam format berbentuk lajur. Catatan disusun mengikut tajuk
dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum sebelah kiri adalah idea utama/tajuk
atau subtajuk. Sementara kolum sebelah kanan adalah
penerangan/penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Nota dalam bentuk kolum
sesuai digunakan dalam mata pelajaran sains dan matematik.
4. Nota Rumusan
Nota rumusan ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada
teks yang dibaca ataupun yang didengari bukan membuat ringkasan. Nota
rumusan merupakan pernyataan atau kesimpulan tentang persoalan pokok
(ketetapan, pendirian, dan lain-lain) yang dinyatakan secara ringkas dan
tepat. Ditulis dalam perenggan serta fokus kepada isi penting dan yang
difahami sahaja. Seboleh-bolehnya menggunakan ayat sendiri serta simbol-
symbol yang dapat fahami. Boleh juga membuat garisan di bahagian penting
bagi menarik tumpuan apabila membaca kembali nota tersebut.
60
[Type here]
5.2 PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep,
peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat pengurusan ini merupakan alat
komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan pengetahuan,
konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan
utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi
membantu pelajar berfikir.
• PG Membanding Beza
• PG Membuat Kategori
• PG Meramal Kesan Akibat
• PG Peta Minda
Membanding beza
Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan
pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Ia sesuai
61
[Type here]
digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan
perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
Membuat kategori
Pengurusan grafik ini ialah dengan membuat analisis dan klasifikasi serta
menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung
kait antara objek-objek dalam kelas yang sama.
Meramal kesan akibat
Pengurusan grafik jenis ini boleh digunakan untuk membuat ramalan yang
bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir
membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata
pelajaran. Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau
62
[Type here]
sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan
penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan
maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kritis. Dengan
menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan
sesuatu sumber maklumat.
Peta minda
Merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas. Idea penting
di adakan di tengah - sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan
dikembangkan di luar utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,
bongkah geometeri, warna dan sebagainya. Peta minda boleh digunakan
untuk menyampai persembahan, mengambil nota semasa ceramah,
membuat perancangan dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku,
kuliah , mesyuarat dan lain-lain
63
[Type here]
Pemetaan i –THINK
Peta Pemikiran ialah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami serta
merentasi kurikulum. Peta ini boleh diguna pakai oleh murid seawal usia 4
tahun.
Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbang saran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks.
64
[Type here]
Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenal
pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif
atau huraian.
65
[Type here]
Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
66
[Type here]
Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri
ialah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua ialah
bahagian utama.
Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
67
[Type here]
Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan
sebab dan akibat. Segi empat yang berada di tengah ialah peristiwa yang
penting. Bahagian sebelah kiri ialah sebab-sebab peristiwa tersebut,
manakala bahagian sebelah kanan pula ialah akibat daripada peristiwa
tersebut.
5Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor
penghubungan.
68
[Type here]
Kata kunci Peta Pemikiran i-Think
69
[Type here]
5.4 TEKNIK PENYOALAN ARAS TINGGI
Untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), salah satu elimen yang sangat penting
ialah melalui penerapan teknik penyoalan. Bagi membiasakan pelajar dengan
pemikiran aras tinggi, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan
berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin tinggi tahap
pemikiran seseorang pelajar itu. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan
yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap analisa, sintesis dan juga
penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan'
adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai
KBAT.
Penyoalan Sokratik
Kaedah sokratik diperkenalkan oleh Socrates iaitu ahli falsafah Yunani sekitar
tahun 470 - 300 S.M yang terkenal dengan cara pemikirannya melalui
pertanyaan dan sentiasa memberikan hujah pada setiap jawapannya.
Konsep utama dalam pembelajaran Kaedah Sokratik adalah guru
mengutarakan pelbagai soalan kerana melalui soalan tersebut, pelajar akan
terdorong untuk berfikir bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Aspek yang
paling ditekankan dalam pembelajaran Kaedah Sokratik ini adalah
mendorong pelajar berfikir untuk membina konstruk dalam mempelajari
sesuatu kaedah yang sering digunakan ialah berdialog dengan pelajar yang
memerlukan penelitian pembacaan, pemikiran dan memberi hujah. Proses
interaksi antara pelajar dan guru yang membolehkan pelajar lebih melibatkan
diri berbanding guru. Penyoalan sokratik akan dapat melatih pelajar memberi
jawapan dan memberi contoh-contoh yang relevan.
Menurut Peterson (2009) juga, ada beberapa peranan penting guru apabila
menjalankan kaedah pembelajaran Sokratik ini diantaranya ialah :-
70
[Type here]
i. Meminta pelajar memberikan jawapan dengan memberikan
contoh-contoh yang relevan.
ii. Mendapatkan sokongan atau persetujuan daripada ahli
kumpulan dengan sesebuah pendapat atau jawapan pelajar.
iii. Mencadangkan contoh yang hampir serupa dengan situasi
sebenar.
iv. Memberikan satu analogi dalam menerangkan sebuah konsep.
Soalan bertumpu dan mencapah
Soalan-soalan yang mencapah akan lebih memberi kesan pemikiran aras
tinggi berbanding soalan yang bertumpu. Soalan bertumpu, hanya
memerlukan jawapan yang tetap dan sekiranya jawapan yang diterima
berbeza dengan apa yang dikehendaki, maka jawapan itu adalah salah.
Soalan perlu spesifik dan mempunyai objektif serta memerlukan jawapan
yang tetap sama ada betul atau salah.
Contoh:
• Siapakah perdana menteri Malaysia pertama?
• Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
Soalan mencapah memerlukan daya pemikiran yang kreatif, kritis dan
rasional dalam memberi jawapan. Jawapan tidak terdapat secara langsung
daripada teks bacaan. Soalan seperti ini bertujuan untuk mengalihkan
perhatian murid daripada satu hujah kepada hujah lain yang ada kaitan
dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah.
71
[Type here]
Contoh:
• Pada pendapat anda, apakah kesan pengambilan makanan
yang mengandungi asid yang tinggi?
• Namakan lima jenis tumbuhan di dalam hutan yang boleh
dimakan oleh manusia?
Lingkaran soalan
Soalan linkaran telah diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) yang
memberi tumpuan kepada tiga skop berikut:
a) skop perkara (P) - merjuk kepada idea, isu, tema, peristiwa atau teks.
b) skop individu (I) - merujuk kepada individu yang terlibat.
c) skop luar individu (LI) - merujuk kepada masyarakat, daerah, negeri,
negara dan luar negara.
Contoh soalan skop (P) - Senaraikan jenis sayur-sayuran yang kaya dengan
Vitamin A.
Contoh soalan skop (I) - Pada pendapat anda, apakah kepentingan Vitamin
A terhadap badan kita?
Contoh soalan lingkaran (LI) - Adakah ikan salmon yang popular di negara
Jepun mengandung Vitamin A yang tinggi?
CoRT 1
Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam
bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran
seseorang. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat
72
[Type here]
keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah,
meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu
tindakan, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat
sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.
Elemen CoRT 1
PMI (Baik, Buruk, Menarik)
CAF (Mempertimbangkan Semua Faktor)
C&S (Kesan dan Akibat)
AGO (Tujuan, Matlamat, Objektif)
FIP (Prioriti Utama)
APC (Alternatif, Kemungkinan, Pemilihan)
OPV ( Pandangan Pihak/Individu Lain)
PMI - Plus,Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik)
Tujuan berfikir :
• Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi.
• Elakkan reaksi beremosi.
• Mengembangkan idea
73
[Type here]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu
idea.
M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus
dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.
Kaedah dan langkah:
Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbang saran, perbincangan atau
apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat,
sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan
yang terbaik.
Contoh tajuk perbincangan:
1. Komputer menggantikan guru di sekolah.
2. Kereta direka supaya boleh terbang semasa jalan raya sesak.
3. Sains diajar di luar bilik darjah
b) CAF - Consider All Factors ( Ambil kira semua faktor )
Tujuan berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap
dan menyeluruh.
Elakkan terlupa faktor yang penting.
74
[Type here]
Kaedah & Langkah:
Senaraikan semua faktor yang berkaitan dan pertimbangkan setiap faktor
tersebut.
Apakah keputusan selepas pertimbangan yang sewajarnya dibuat.
Contoh Tajuk Perbincangan:
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan kokurikulum yang anda ingin sertai?
c) C&S - Consequence and sequel (Kesan dan akibat daripada kesan).
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu
cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
Apakah kesan serta-merta, jangka panjang dan pendek?
Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
75
[Type here]
d) AGO - Aims,Goals, Objectives (Tujuan, Matlamat, Objektif )
Tujuan Berfikir:
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal
supaya matlamat e. tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah:
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana memastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan:
1. Apakah AGO hidup anda?.
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam? Apakah AGO diharamkan
meminum arak?
e) FIP - First important priority ( Utamakan yang penting )
Tujuan Berfikir:
Perkara paling penting diutamakan.
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
76
[Type here]
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan.
Kaedah & Langkah:
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?.
Contoh Tajuk Perbincangan:
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?
f) APC - Alternatives, Possibilities, Choices. ( Alternatif,
Kemungkinan, Pilihan )
Tujuan Berfikir:
Memikirkan beberapa perkara secara serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.
Kaedah & Langkah:
Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan
masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik?
77
[Type here]
Contoh Tajuk Perbincangan:
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.
g) OPV - Other People’s Views (Pandangan orang lain)
Tujuan Berfikir:
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat
keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
Kaedah & Langkah:
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?
Contoh Tajuk Perbincangan:
1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9
malam.
2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.
5.5 CoRT IV
CoRT IV adalah instrument kognitif yang boleh digunakan untuk memperluas
dan mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti bagi mendapatkan
78
[Type here]
pelbagai idea dan persepsi baharu. Idea seharusnya tidak terhad, pelbagai,
baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, luas dan terbuka.
Elemen CoRT IV (Pemikiran Kreatif)
Ya Tidak
Po
Penilaian Batu
Loncatan
Keperluan Elemen
Kombinasi CoRT IV Input
Rawak
Cabaran
Konsep
Singkirkan Idea
Kecacatan Dominan
Takrifkan
Masalah
79
[Type here]
a) Ya Tidak PO
Dalam pembelajaran atau berdasarkan kefahaman terhadap sesuatu kalau
sesuatu benar atau betul, kata YA .Kalau sesuatu salah atau palsu, kata
TIDAK. Kalau anda menganggap sesuatu sebagai idea, khayalan atau
cadangan kreatif, kata PO. PO adalah satu teknik baru iaitu provokasi minda
atau perkataan ‘Provocative Operation’ yang dikembangkan daripada istilah
‘Hypothesis (hipotesis), Suppose (andaian), Possible (kemungkinan) dan
Poetry (puisi) (E.D. Bono, 1987).
Fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK dan tidak dapat
diubah serta dipindah.
Kalau sesuatu yang benar atau betul, kata “Ya”
Kalau sesuatu yang salah atau palsu, kata “Tidak”
CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru ialah PO
Contoh:
Printer digunakan untuk mencetak ( YA )
Tetikus digunakan untuk menghapuskan virus ( TIDAK )
Pada masa akan datang bau wangi boleh dihantar melalui
internet dan komputer ( PO)
80
[Type here]
Batu Loncatan(Stepping Stone )
Sesebuah idea yang berani untuk dijadikan sebagai batu loncatan untuk
mendapatkan idea yang kreatif atau baru. Idea ini mungkin kedengaran tidak
logik, bodoh, gila-gila tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif.
Contoh, bau-bauan boleh dihantar secara atas talian menggunakan internet
dan komputer. Mungkin perlu direka satu gajet yang boleh menukar format
bau-bauan kepada data tertentu supaya boleh dihantar kepada penerima
melalui internet.
b) Input Rawak
Menggabungkan dua perkara yang tidak berkenaan secara rawak untuk
mencetuskan idea-idea baru. Contohnya, satu set motosikal yang
mengandungi bumbung yang boleh dilipat jika tidak diperlukan dan
dilengkapi dengan pendawa dingin seperti kereta.
81
[Type here]
c) Cabaran Konsep
Memilih satu konsep dan cabar konsep itu untuk memastikan sama ada
hanya satu cara untuk melakukan sesuatu perkara. Contoh, Menggunakan
perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) untuk menghasilkan
lukisan dan rekaan grafik yang menarik.
d) Idea Dominan
Dalam satu situasi tersebut, hanya mempunyai satu idea dominan. Elakkan
daripada idea-idea ini dan cuba mencari idea-idea baharu.
Sebagai contoh
Idea : jalan raya digunakan oleh kenderaan beroda
Perubahan idea: tram juga menggunakan jalan raya bersama-sama dengan
kenderaan lain.
82
[Type here]
e) Takrifan Masalah
Mentakrifkan masalah dengan tepat
Menggunakan 5W ( WHO, WHEN, WHAT, WHERE, WHICH )1H( HOW )
untuk mentakrifkan masalah.
Masalah : Tidak dapat menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan
Penyelesaian: Tidak menangguh tugasan yang diberi oleh cikgu
Masalah: Mengalami gangguan emosi di sekolah
Penyelesaian : Mendapat bimbingan kaunseling untuk menyelesaikan
masalah gangguan emosi
f) Singkirkan Kecacatan
Kenal pasti semua kecacatan yang ada dan singkirkan kecacatan-kecacatan
berkenaan.
Contoh :
Kecacatan: Masalah pelajar yang selalu datang lambat
83
[Type here]
Penyelesaian: Guru displin memberi amaran dan menasihati pelajar supaya
tidak datang lambat ke sekolah.
Kecacatan: Masalah remaja lari dari rumah
Penyelesaian: Ibu bapa harus prihatin terhadap anak-anak
g) Kombinasi
Gabungan beberapa perkara untuk menjadikannya sesuatu yang bernilai
Contoh:
Roti canai + pisang = Roti canai pisang
Telefon + kamera + internet = Telefon pintar
h) Keperluan
Mengenal pasti keperluan berdasarkan situasi supaya idea yang dibentuk
menepati keperluan-keperluan berkenaan.
84
[Type here]
Contoh:
Keperluan bot di kawasan penempatan di pulau - memudahkan pergi ke satu
tempat.
Keperluan asas - makanan, pakaian dan dan tempat tinggal
i) Penilaian
Contoh:
Masalah: Kesesakan jalan di George Town
Penyelesaian: Menambah bilangan laluan jalan serta jalan bertingkat.
Penilaian baik kerana menambahkan bilangan jalan namun masih tidak dapat
menyelesaikan masalah kesesakan jalan.
85
[Type here]
RUJUKAN
Arthur L .Costa and Bena Khallick ( 2009 ), Habits of Mind Across the
Curriculum: Practical and Creative Strategies for Teachers.
Assosiation For Supervision And Curriculum Development. USA
Aizat Nastain, (2016) Alat-alat berfikir dalam membuat nota. [Online],
[Diakses: 25 Oktober 2018]. Boleh didapati:
https://aizat29.blogspot.com/2016/08/alat-alat-berfikir-dalam-
membuat-nota.html
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012); Membudayakan Kemahiran
Berfikir, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Purajaya
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012); Membudayakan Kemahiran
Berfikir, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Purajaya
Summervillle, J. (1999). Role of awareness of cognitive style in hypermedia.
International Journal of Educational Technology. [Online], [Diakses: 15
Ogos 2005]. Boleh didapati:
http://www.outreach.uiuc.edu/ijet/v1n1/summerville/.
Tajuldin Muhammad (2014), Peta Pemikiran. [Online], [Diakses: 25 Oktober
2018]. Boleh didapati:
https://www.slideshare.net/TajulddinMuhammad/8-peta-pemikiran-
3946208
86
[Type here]
TOPIKTO6.P:IKK E6:MAHI
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN
PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
INTISARI TOPIK 6
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada empat subtopik iaitu :-
Subtopik 6.1 : Menganalisis maklumat
Subtopik 6.2 : Mentafsir dan membuat kesimpulan
Subtopik 6.3 : Menilai maklumat
Subtopik 6.4 : Mensintesis maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Menghuraikan cara analisis maklumat yang dikumpul
b. Menjelaskan cara mentafsir dan membuat kesimpulan
c. Menyenaraikan dan membincangkan cara menilai
maklumat
d. Menjelaskan dan membincangkan cara-cara
mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan
bertulis
87
[Type here]
PENGENALAN
Kemahiran memproses maklumat adalah kemahiran penting yang pelajar
perlu perolehi untuk menggabungkan, mengintegrasikan atau
mencantumkan idea-idea pelbagai sumber serta mentafsir dan merumuskan
hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Kemahiran ini
penting untuk seseorang pelajar membuat sesuatu tugasan dan sewaktu
menjawab soalan peperiksaan atau untuk keputusan tujuan peribadi,
professional atau akademik. Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses
maklumat yang membantu dalam pembelajaran sepanjang hayat.
6.1: MENGANALISIS MAKLUMAT
Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan
maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong
setiap keputusan yang bakal diambil. Dalam menganalisis data, pelajar
perlulah pastikan bahawa pelajar mempunyai lebih daripada tiga data untuk
dianalisis.
Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data dan antaranya adalah
seperti berikut:
a) Menghubungkaitkan fakta
b) Mengsintesis data
c) Membandingkan fakta
d) Membaca yang tersirat
e) Membuat kesimpulan
88
[Type here]
6.2: MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan
rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang
telah dikumpulkan. Pelajar boleh mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai
data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.
Terdapat pelbagai tujuan mentafsir maklumat dan antaranya adalah seperti
berikut:
a) Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang
diperoleh
b) Menyatakan hubungan di antara maklumat
c) Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
6.3: MENILAI MAKLUMAT
Tidak semua maklumat yang diperolehi dapat digunakan serta merta.
Maklumat yang diperolehi perlu terlebih dahulu dinilai kesahihannya.
Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai maklumat dan antaranya
adalah seperti yang berikut:
a) Perbandingan fakta dengan pendapat
Fakta ialah sesuatu yang diketahui umum sebagai benar-benar
wujud, benar atau sahih dan tidak dipertikaikan. Pendapat pula merupakan
pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu. Ia
mungkin terdiri daripada buah fikiran seseorang atau sesebuah organisasi
dan tidak semestinya benar, betul atau sahih.
b) Tahun penerbitan dan autoriti
Ia adalah penting untuk mempertimbangkan tahun sumber
diterbitkan. Ini adalah kerana kredibiliti teori, konsep dan model akan
berubah. Oleh itu, apa yang sangat berpengaruh beberapa tahun yang lalu
kini mungkin ketinggalan zaman. Pelajar mungkin ingin mencari maklumat
89