[Type here]
terbaru untuk mengetahui sama ada terdapat perkembangan terbaru dalam
dapatan terkini.
Autoriti pula adalah penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang
diperoleh dan untuk menilai sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai
atau sebaliknya. Organisasi yang membayar supaya sumber ditulis mungkin
mempunyai agenda di sebalik maklumat yang dikemukakan. Ini boleh
mempengaruhi kualiti dan ketepatannya.
Sebelum membaca sumber, adalah penting untuk pembaca mengetahui latar
belakang pengarang itu. Ini adalah kerana kandungan sesuatu artikel
lazimnya berdasarkan kepada pengalaman atau persepsi individu sendiri dan
oleh itu tidak berdasarkan kepada penemuan kajian. Oleh yang demikian, ia
adalah penting untuk mengetahui latar belakang pengarang untuk
memastikan sama ada mereka mengetahui bidang subjek mereka. Jika
pengarang tersebut bukan seorang yang arif tentang apa yang ditulisnya dan
bukan bidangnya, maka pembaca mungkin akan mempersoalkan ketepatan
dan kualiti perkara yang dibincangkan.
Bagi menentukan keesahan maklumat berkenaan, pelajar perlu menyemak
perkara-perkara berikut:
(i) Siapakah pengarang yang menulis karya berkenaan?
(ii) Apakah kelayakan akademik penulis?
(iii) Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan?
(iv) Adakah pengarang tersebut seorang yang pakar dalam bidang
yang ditulisnya? Jika tidak, apakah mereka layak untuk
membincangkan bidang yang dilaporkan?
c) Sumber penerbitan
90
[Type here]
Sumber penerbitan akan memberi banyak maklumat tentang
kualitinya. Sekiranya artikel tersebut diterbitkan dalam jurnal, panel pakar
akan menyemak semula artikel tersebut dan oleh itu, kualitinya adalah tinggi.
Jika sumber tersebut tidak diterbitkan dalam jurnal yang disemak semula,
maka penerbitan tersebut tidak dianggap berkualiti tinggi. Sumber seperti
Wikipedia adalah sumber yang bermaklumat tetapi ianya tidak dianggap
penerbitan berkualiti tinggi. Maklumat dari blog mungkin kurang tepat dan
berkualiti kerana ia merupakan pendapat seseorang pengarang yang bukan
berdasarkan fakta atau mungkin pengarang tidak arif dalam bidang tersebut.
6.4: MENSINTESIS
Sintesis adalah kemahiran akademik yang penting dan bentuk
penulisan analitik yang mana melibatkan pengumpulan idea dalam sesuatu
tugasan. Sintesis tidak memberi tumpuan kepada satu pengarang (atau
sumber akademik) tetapi lebih kompleks dan melibatkan rumusan dari
pelbagai literatur (atau pelbagai sumber akademik) untuk mengenali kedua-
dua yang sama dan bercanggah dengan tujuan agar mewujudkan hubungan
dan ketegangan untuk menyokong hujah.
Mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan
untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh. Ia dapat dicapai
dengan menggabungkan idea dan seterusnya menggubal semula gambaran
tersebut. Sintesis dapat menjadikan maklumat lebih bermakna. Maklumat
yang disintesis dengan baik akan menjadikan sesuatu bahan bacaan yang
dibentangkan lebih mudah difahami oleh pembaca.
Langkah-langkah untuk mensintesis:
a) Baca bahan sumber
91
[Type here]
b) Buat catatan dari setiap sumber menggunakan perkataan sendiri
c) Gunakan sekeping kertas kosong dan buat grid menggunakan satu
kotak untuk setiap sumber mengikut pengarang dan maklumat
d) Lengkapkan grid dengan membuat bullet untuk idea-idea utama dari
setiap sumber
e) Tunjukkan sintesis secara bertulis dan beri pendapat dan rumusan
sendiri.
f) Cari tema yang biasa dan kenal pasti hujah-hujah daripada setiap
pengarang
g) Berikan hujah sendiri dengan menggunakan perenggan baru untuk
setiap hujah baru.
Tulis kandungan untuk satu tugasan bertajuk:
Bincangkan keberkesanan tugasan dan
peperiksaan sebagai satu elemen untuk
pembelajaran dan gunakan maklumat di
bawah.
92
[Type here]
Soalan-soalan yang membantu untuk menganalisis, mentafsir, membuat
kesimpulan, menilai dan mensintesis sewaktu menulis tugasan.
93
[Type here]
... adakah isu/masalah menjadi isu/masalah
... adakah terdapat persetujuan tentang ini? Siapakah
Bagaimana? yang setuju?
... adakah terdapat percanggahan pendapat tentang
ini? Siapakah yang tidak bersetuju dan kenapa?
... penerangan ini adalah salah?
... teori lain diaplikasikan?
Sekiranya? ... penerangan lain digunakan?
(Di sini kita mula bergerak ke kaedah penilaian dengan
mempertimbangkan implikasi dari penjelasan atau hasil
yang berbeza)
... adalah penting dari apa yang saya telah berdebat
sejauh ini?
Maka? (Di sini kita mula menunjukkan nilai, makna dan
kepentingan hujah yang telah kita buat. Ia membolehkan
kita memberikan alasan untuk keputusan yang telah
diambil dan membezakan faktor utama dan kecil yang
sedang dibincangkan)
(Soalan ini mungkin tidak digunakan untuk semua
Seterusnya? tugasan kerana ia hanya berkaitan dengan membuat
cadangan dan ramalan bagi tujuan tindakan masa depan)
94
[Type here]
RUJUKAN
Ramlan Hamzah, & Lily Mastura Harun. (2005). Kemahiran belajar untuk
kursus Penyediaan Ijazah Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran belajar. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, & Ahmad Subki Bin Miskon. (2010).
Kemahiran belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
95
[Type here]
TOTOPPIKIK77.::
APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER
INTISARI TOPIK 7
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada enam subtopik iaitu :-
Subtopik 7.1 : Perisian Utiliti
Subtopik 7.2 : Perisian Pemprosesan Perkataan
Subtopik 7.3 : Perisian Hamparan Kerja
Subtopik 7.4 : Perisian Persembahan Elektronik
Subtopik 7.5 : Perisian Pangkalan Data
Subtopik 7.6 : Blog
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Menjelaskan cara menggunakan TMK untuk
memproses dan menggunakan maklumat untuk
meningkatkan kemahiran belajar
b. Membincangkan cara-cara menguasai Perisian Utiliti ,
Perisian Pemprosesan Perkataan, Perisian Hamparan
Kerja, Perisian Persembahan Elektronik, Perisian
Pangkalan Data dan Blog
96
[Type here]
PENGENALAN
Dengan perkembangan teknologi yang pesat, bidang pendidikan turut tidak
ketinggalan dalam meraih peluang-peluang yang disediakan dalam proses
pemantapan ilmu. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukan
suatu perkara baharu kerana fungsi komputer yang mempunyai keupayaan
grafik dan bunyi yang berkesan. Selain itu, komputer mampu dijadikan
sebagai alat bantu mengajar yang berupaya menarik tumpuan pelajar dan
menguruskan bahan sumber yang baik. Menurut Forcier (1996), penggunaan
komputer dalam pendidikan boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama
iaitu untuk tujuan pendidikan, tunjuk ajar dan pembelajaran serta
penyelidikan pendidikan. Selain itu, komputer dalam pendidikan melibatkan
proses-proses seperti urusan belanjawan, perakaunan, penyimpanan rekod,
percetakan dan komunikasi elektronik serta penerimaan maklumat. Bagi
membantu melaksanakan proses-proses ini, pelbagai perisian komputer
telah digunakan mengikut fungsi masing-masing.
Perisian komputer merupakan aturcara atau program mengandungi set
arahan untuk mengarahkan komputer untuk melaksanakan tugas. Perisan
komputer boleh dikategorikan kepada perisian sistem dan perisian aplikasi.
(Jamalludin & Zaidatun, 2005) seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 . Perisian
sistem terdiri daripada perisian sistem pengendalian (Operating System, OS)
dan perisian utiliti. Perisian aplikasi adalah perisian yang mengandungi atur
cara yang dibangunkan untukmemenuhi kehendak tertentu pengguna. Jenis
perisian pengendalian ialah Windows, Andriod, iOS, manakala jenis perisian
utiliti ialah pengimbas virus, perisian pemampatan data, perisian pengurus
fail(Mohd Zamri et al., 2011).
97
[Type here]
Perisian komputer
Perisian sistem Perisian aplikasi
Sistem pengendalian Utiliti
Kategori perisian komputer
7.1 PERISIAN UTILITI
Perisian Utiliti ialah perisian sistem yang melaksanakan penyelangaraan
mengikut tugasan tertentu seperti mengimbas virus, memampatkan fail,
menguruskan fail, mendiagnos cakera, program dan fail
Perisian pengimbas virus (anti virus)
Perisian ini berfungsi mengimbas dan melindungi data komputer dari
serangan virus dan bertindak dengan mengimbas cakera keras, ingatan
cache dan ingatan utama bagi mengesan serta menghapuskan virus
tersebut. Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini bagi memastikan jenis-jenis
ancaman virus terkini sentiasa diperbaharui (update virus). Oleh itu,
pengguna perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengimbas
setiap fail yang dimuat turun dari internet. Contoh perisian seperti Norton,
Avira, McAfee, Kaspersky, ESET dan Avast.
98
[Type here]
Perisian pemampatan data (Data Compression)
Perisian ini digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail bagi
menjimatkan ruang penyimpanan, meningkatkan kelajuan penghantaran
emel dan mengurangkan masa memuat turun fail. Antara fail-fail yang
biasanya dimampatkan ialah fail dokumen, video, grafik ataupun audio. Fail
yang dimampatkan ini dipanggil fail termampat (zipped) yang mempunyai
format fail .zip atau .rar. Fail termampat perlu dinyah mampat (unzipped)
sebelum boleh digunakan. Contoh perisian seperti WinZip, WinRAR dan
PKZIP.
Pengurus Fail (Fail Management)
Perisian ini digunakan untuk menguruskan dan mentadbir fail-fail yang
berada dalam cakera keras. Ia juga memberikan kemudahan untuk
pengisihan dan paparan pada direktori fail. Fungsi pengurus fail ialah untuk
hapus (delete), salin (copy), pindah (move), menamakan semula (rename).
99
[Type here]
Contoh perisian pengurus fail iaitu Windows Explorer, Root Explorer dan
Power Desk.
Pengimbas cakera (Disk Fragmentation, Optimize Disk and Clean-up)
Perisian Pengimbas Cakera berupaya mengesan dan membaiki masalah
logic dan fizikal yang biasa terdapat pada cakera keras, cakera liut ataupun
ingatan cache. Perisian Pembersih Cakera boleh mencari fail-fail yang tidak
perlu seperti fail sementara (temp files) daripada perisian pelayar internet
yang menyimpan fail internet, cookies dan sejarah (history). Proses me dan
membersihkan cakera dapa ditunjukkan dalam Rajah
Contoh perisian ialah Norton Disk Doctor, Windows Disk Clean-up, Windows
Defragmenter dan CCleaner. Terdapat pelbagai tugas yang lain dapat
dilaksanakan perisian utiliti yang lain dan boleh digunakan untuk memastikan
kaedaaan cakera dan program berkeadaan baik.
100
[Type here]
i. Mengoptimumkan cakera
ii. Mengimbas dan Membersih cakera cakera dengan Windows explorer
101
[Type here]
7.2 PERISIAN APLIKASI
Window adalah sistem pengendalian yang dibangunkan oleh Microsoft dan
mula diperkenalkan pada tahun 1985 . Versi pertama Window ialah Window
1.0, merupakan asas kepada Graphical User Interface (GUI) kepada MS-Disk
Operating System (DOS). Namun begitu, versi Window 1.0 mempunyai
berbagai masalah dan gagal di pasaran. Pada tahun 1990, Microsoft
memperkenalkan Window 3.0 yang lebih stabil bersama beberapa perisian
aplikasi yang boleh digunakan bersama Window 3.0 seperti MS-Excel dan
MS-Word. Perisian ini mendapat sambutan yang luar biasa. Seterusnya,
penambahbaikan telah dibuat dan pelbagai versi Window telah diperkenalkan
Window 95, Window 97 sehingga yang terkini yang menyokong 64-bit dan
pelbagai ciri tambahan dalam perisian aplikasi untuk Microsoft Office seperti
Microsft Word, Microsot Excel, Microsft Powerpoint, Microsoft Publisher. Di
samping itu, perisian online yang mempunyai fungsi yang sama juga
digunakan seperti Google docs, Google Sheets, Google Slides.
7.3 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
Perisian pemprosesan kata adalah salah satu perisian yang digunakan untuk
penyediaan maklumat dalam bentuk dokumen. Perisian ini berfungsi untuk
menaip, memapar, menyunting, menyimpan dan mencetak maklumat. Selain
itu, terdapat ciri-ciri tambahan untuk meningkatkan keupayaan pemproses
kata seperti carian perkataan (search and replace), penyemak ejaan,
penyemak tata bahasa dan nahu (spelling, grammar & thesarus), bilangan
perkataan (word count) dan makro. Kegunaan perisian ini dalam menjalankan
tugasan seperti surat, kertas kerja, buku program, sijil dan bulletin. Pada
awalnya, perisian pemprosesan perkataan yang digunakan ialah Wordstar,
Word Prefect dan terkini Google Docs . Namun dengan kemajuan Windows,
perisian Microsoft lebih popular. Fungsi penggunaan perisian aplikasi ini ialah
untuk menulis kertas kerja, terdapat pelbagai kemudahan dan fitur-fitur
berikut untuk membina, menformat dan mencetak dokumen seperti berikut:
102
[Type here]
Page Layout
Dalam Menu bar (Tabs), pilih Page Layout, beberapa arahan (commands)
atau fitur pening yang boleh digunakan seperti Margins, Orientation, Size,
Columns, Breaks, Line Numbers, Hyphenation
i. Pilihan Margins:
Mengubah seting muka surat: top, bottom, left, right
Menformat sama ada semua muka surat@ pilihan tertentu, pilih apply to:
whole document, this point forward
ii. Pilihan Breaks
103
[Type here]
Ada dua pilihan untuk membuat breaks atau memisahkan anatar muka surat
: page break dan next page
Page Break digunakan untuk pililihan format muka surat yang sama
seperti format numbering nombor muka surat (1,2,3)
Next Page digunakan untuk pililihan format muka surat yang berbeza
seperti format numbering nombor muka surat (i,ii,iii) dan (1,2,3)
Letak kursor pada muka surat yang hendak dipisahkan
Pilih menu bar Page Layout
Pilih Page (page break)
Ulang semula arahan Next Page
iii. Columns
104
[Type here]
Pilih Page Layout
Columns
Pilih bilangan column
Insert
i. Cover Page
Letakkan kursor pada muka surat depan yang kosong
Pilih menu bar Insert
Pilih Cover Page
105
[Type here]
ii Page numbers
Letakkan kursor pada muka surat yang bermula untuk masukkan surat
Pilih menu bar Insert
Pilih Page Number
Pilih kedudukan muka surat: Top of Page atau Bottom of Page
106
[Type here]
7.4 PERISIAN HAMPARAN KERJA/ELEKTRONIK
Perisian hamparan kerja adalah digunakan untuk membuat analisa,
pengiraan, perancangan dan pemodelan matematik dalam komputer.
Perisian hamparan kerja yang terawal digunakan ialah Lotus 123, namun
pakej Microsot Office seperti Microsoft Excel telah menandingi keperluan
pasaran untuk perisian jenis ini, manakala secara online, Google Sheets
boleh digunakan.Ciri-ciri asas perisian hamaparan kerja ialah olahan
matematik dan perbandingan data, pengiraan secara automatik, menyalin
formula, mengurus maklumat dalam lajur dan menghasilkan graf.
Antara muka perisian ini direka bentuk dalam format lajur(column) dan baris
(row). Untuk MS Excel 2010, Bilangan row terdiri daripada 1 hingga 1048576;
dengan jumlah 1048576 rows, dan Columns pula bermula A hingga XFD;
dengan jumlah 16384 columns. Antara muka yang perlu diperlukan semasa
menggunakan kemudahan Ms Excel ialah Sheet dan Formula Bar.
107
[Type here]
Sheet
Sheet adalah merupakan lembaran kerja yang digunakan untuk
melaksanakan tugasan dan boleh terdapat pelbagai Sheet dalam satu fail.
Sheet boleh ditambah,
diubahnama, dihapus dan
disalin dengan menekan right
hand click pada ruang Sheet
Formula
Formula bar adalah toolbar yang digunakan untuk memasukkan data atau
formula. Data yang boleh dimasukkan dalam ialah huruf(teks), nombor dan
simbol (=,+,-, *)
Input data dimasukkan mengikut cell atau kotak yang merupakan tindanan
baris dan lajur. Kedudukan cell dibaca mengikut baris dan lajur, di mana baris
bermula dengan susunan nombor, manakala lajur pula mengikut susunan
abjad. Contohnya, seperti yang ditunjukkan di bawah Text Nama kedudukan
cell pada C6.
108
[Type here]
Sekiranya data dimasukkan bermula simbol (=) dalam cell tersebut, formula
Bar akan diaktifkan dengan fungsi simbol (fx) seperti SUM, AVERAGE,
COUNTIF.
109
[Type here]
Langkah-langkah Pengiraan dalam Microsoft Excel
Microsoft Excel sering digunakan untuk tugasan yang melibatkan pengiraan,
membuat statistik dan kewangan. Pelbagai operasi matematik boleh
digunakan secara otomatik seperti tambah, tolak, jumlah, purata, sisihan
piawai. Berikut adalah arahan yang digunakan untuk membuat pengiraan dan
analisis.
Memasukkan maklumat dalam hamparan elektronik
Masukkan maklumat di bawah mengikut cell yang telah ditetapkan .
Contohnya: Bil dalam Cell : A3 , Nama dalam Cell B3, Mathathir bin
Mohammad dalam Cell B3
110
[Type here]
Menggunakan formula pengiraan
Konsep yang digunakan untuk setiap formula pengiraan mestilah ditaip
masuk mengikut:
= <formula><range >
*Tanda = mesti ditaip sebagai input awal jika melibatkan
pengiraan
a. Mencari jumlah (SUM)
Terdapat pelbagai cara untuk mencari jumlah iaitu
i. Menaip formula
Klik pada cell untuk masukkan jumlah
Taip =SUM(C4:G4) dalam cell tersebut dan <ENTER>
ii. Autosum
Klik pada cell untuk masukkan jumlah
Klik pada ikon
iii. Pilih ikon fx
111
[Type here]
Klik pada cell untuk masukkan jumlah
Pilih fx
Pilih Sum dan klik OK
Taip atau highlight range data untuk mencari jumlah
Klik OK
112
[Type here]
Nilai jumlah akan dipaparkan dalam cell lajur jumlah dan pilih
Untuk formula-formula yang lain, anda bole klik ikon
formula yang dikehendaki
113
[Type here]
Menyalin formula
Drag kotak cell di hujung bawah kanan (378) sehingga keluar + yang
hendak disalin
Membuat perwakilan lokasi kumpulan data yang dipilih.
Sekiranya pengiraan melibatkan kumpulan data yang hendak dirujuk. Kita
boleh mewakilkan lokasi data tersebut mengikut langkah-langkah berikut:
Define Name
Highlight kumpulan data yang hendak diwakilkan. Contohnya I4:I13
dan right click
Pilih Define Name
Taip Name sebagai Purata (kumpulan data yang hendak diwakilkan)
114
[Type here]
Oleh itu, untuk membina formula pengiraan yang melibatkan rujukan
kumpulan data. Kita hanya guna perwakilan yang telah dibuat sperti
ditunjukkan di bawah untuk mencari kedudukan atau rank yang
menggunakan formula = RANK(I4,PURATA) seperti ditunjukkan di bawah.
115
[Type here]
7.5 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Perisian Persembahan Elektronik digunakan sebagai alatan persembahan
untuk memaparkan makumat yang melibatkan teks, imej and audio/video.
Perisian ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu:
menyunting teks untuk input dan format teks
memasukkan grafik dan fail multimedia
membina sistem slideshow untuk paparan pembentangan
Contoh perisian persembahan elektronik yang sering digunakan ialah
Microsoft Powerpoint dan secara talian ialah Prezi, Google Slides. Microsoft
Powerpoint merupakan salah satu produk Microsoft Office yang boleh
berintegrasi dengan produk Microsoft Office yang lain seperti Microsoft Word
dan Microsoft Excel. Microsoft Powerpoint lebih dikenali sebagai alatan
persembahan untuk mereka bentuk slaid persembahan multimedia yang
interaktif. Ciri-iri asas perisian Microsoft Powerpoint ialah impak visual,fokus
pelajar
Selain itu, ia merupakan alatan pengarangan multimedia yang sering dan
popular digunakan, mudah dipelajari, mesra pengguna dan mudah dikuasai
oleh guru sebagai pereka bentuk novis untuk membangunkan aplikasi
(Norabeerah, Halimah Badioze, & Azlina, 2012). Powerpoint boleh
menggabungkan imej, bunyi, video, teks dan carta bagi menghasilkan satu
penceritaan yang menarik. Ciri fungsian yang terdapat dalam Powerpoint
adalah (i) memilih jenis templat, mengatur layout dan tema serta latar
belakang muzik, (ii) membuat rakaman suara dan memasukkan imej, audio,
video dan teks dan (iii) membuat penerbitan dan perkongsian dalam bentuk
digital dengan peranti luar seperti CD dan iv) boleh menukar (convert) aplikasi
dalam bentuk Flash player untuk dimuat naik ke rangkaian atau peranti
mudah alih (Hashiroh, 2017). Berikut adalah antara muka Microsoft
Powerpoint.
116
[Type here]
Membina Slide
Beberapa fitur yang sering digunakan dalam Ms powerpoint untuk
menyempurnakan slaid pembentangan adalah dengan membina Slide
Master dan memasukkan Navigation button.
Membina Slide Master
Pilih View
Klik Slide Master
117
[Type here]
Pilih template yang kedua (multilevel-bulleted)
Bina background template (Pilih mana-mana gambar sebagai
background slaid)
Pilih Insert
Klik Pictures
118
[Type here]
Memasukkan navigation buttons
Pilih Insert
Klik Shapes
Klik Action Buttons
Pilih mana-mana button untuk navigate seperti di bawah
Next Previous Home
Close master view
119
[Type here]
Memasukkan template slide
Pilik Insert
Klik New Slide
Template slide bole ditambah mengikut jenis slide master yang disunting
120
[Type here]
7.6 PERISIAN PANGKALAN DATA
Sistemn Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS)
adalah perisian yang direka bentuk untuk menentukan, memanipulasi,
mencapai dan mengurus data dalam pangkalan data. DBMS boleh
memanipulasi data, menformat data, nama field, struktur rekod dan struktur
fail. Bahasa pertanyaan generasi keempat seperti Structured Query
Language (SQL), digunakan bersama dengan pakej DBMS untuk berinteraksi
dengan pangkalan data. Beberapa contoh aplikasi DBMS ialah Microsoft
Access, MySQL,SQL Server, Oracle, dBASE dan FoxPro.
Sistem pangkalan data seperti Microsoft Access merupakan pendekatan
berasaskan tugasan (task driven approach) dan cara yang paling berkesan
untuk mengumpul, memproses dan mengemukakan maklumat. Microsoft
Access juga termasuk ciri-ciri untuk membantu mengekalkan ketepatan data
dengan semakan yang sesuai mengenai kesahihan dan jenis data. Sistem
pangkalan data dengan aplikasi Microsoft Access melibatkan lima komponen
utama iaitu Table, Query, Form, Report dan Macros & Code. Antara muka
121
[Type here]
Microsoft Access adalah seperti dituunjukkan dalam Rajah di bawah. Untuk
memulakan satu pangkalan data baru.
Pilih Blank database
Klik Create
122
[Type here]
Table
Table merupakan tulang belakang dan tempat simpanan data yang di
masukan dalam pangkalan data. Sebelum data dimasukkan, setiap data
perlu dilabelkan mengikut medan (field name) seperti Nama dan Jantina. ID
adalah field name yang dimasukkan secara otomatik untuk membuat
relationship dengan table lain.
Jenis data atau data type dipilih mengikut jenis data yang dimasukkan seperti
ditunjukkan dalam rajah di bawah. Pemilihan field properties untuk setiap
jenis data ialah seperti berikut: Contohnya data type bagi Number (Nokp) ;
Field size= double, format = fixed dan decimal places = 0
123
[Type here]
Untuk data type = Text, data yang dimasukkan mempunyai pangjang yang
tidak melebihi 30 aksara (huruf, nombor dan simbol). Maklumat dalam field
properties kena diubah kepada 30 mengikut panjang nama
Form
Form adalah antara muka utama pengguna pangkalan data untuk
memasukkan data supaya interaksi dengan borang dapat dilakukan secara
teratur. Pengaturcara boleh menetapkan borang supaya hanya menunjukkan
124
[Type here]
data yang diperlukan. Cara-cara untuk membina Form boleh dibantu dengan
Form Wizard seperti ditunjukkan di bawah
Klik pada bulatan merah untuk masukkan field name dalam Form
Klik
Pilih Columnar
.........
Isikan title untuk borang
Klik modify the form’s design sekiranya ada perubahan dalam borang
125
[Type here]
Query
Query digunakan untuk memanipulasi data dan dipaparkan dalam bentuk
atau laporan. Pertanyaan boleh mengisih, mengira, kumpulan, penapis,
menyertai jadual, mengemas kini data, memadam data. Bahasa query
pangkalan data Microsoft Access adalah SQL (Structured Query Language).
Keperluan untuk mengetahui SQL tidak diperlukan pada tahap awal
pembelajaran Microsoft Access. Microsoft Access akan menulis SQL
mengikut Design View pada tetingkap query. Dengan menggunakan query,
properties, macros and VBA (Visual Basic for Applications), keupayaan untuk
menambah, mengedit dan memadam data juga boleh ditetapkan.
Pilih Query Wizard untuk memudahkan pembinaan pertanyaan,
126
[Type here]
Pilih Simple Query Wizard
Klik Detail
Masukkan title untuk Query
Masukkan fields yang nak dipaparkan: Nama, Jantina, Nokp
Sort: untuk mengisih ikut nama : Ascending
Show: tandakan pada field yang hendak dipaparkan
Criteria: Taip “Lelaki” untuk memaparkan murid lelaki sahaja
127
[Type here]
Report
Report adalah hasil manipulasi data yang telah dimasukkan ke pangkalan
data untuk dikeluarkan sebagai output dalam bentuk laporan, namun data
Report tidak dapat disunting. Laporan juga boleh membantu pengguna
mendapatkan maklumat daripada Table atau Query yang disusun dalam
format khusus. Laporan yang dikeluarkan boleh disimpan ke peranti lain atau
aplikasi, iaitu pencetak, faks, Microsoft Word atau Microsoft Excel.
128
[Type here]
129
[Type here]
BLOG
Pelbagai jenis maklumat dapat diperolehi melalui rangkaian Internet dan
pencarian pengguna melibatkan pelbagai bahan termasuk teks, video, imej,
muzik, wayang, penerbitan artikel, peta dan sebagainya. Salah satu platform
yang digunakan untuk berkongsi maklumat ialah laman web blog. Blog
merupakan satu laman web yang membolehkan pengguna menulis tentang
akademik, peribadi, hiburan dan apa-apa sahaja tanpa batasan. Laman ini
boleh dikongsi secara terbuka dan percuma dengan pengguna lain melalui
url laman web tersebut. Komen atau maklum balas daripada pengguna lain
terhadap kandungan blog tersebut boleh dihantar dalam ruangan yang
disediakan .Kandungan blog boleh mengandungi maklumat, pandangan,
berita dan untuk tujuan pendidikan blog boleh digunakan oleh guru untuk
berkomunikasi dengan pelajar dan perkongsian bahan pengajaran.
Pengguna juga boleh menulis blog, satu laman web yang membolehkan
pengguna
menulis tentang apa sahaja. Penulis blog boleh menulis tentang satu-satu
topik khusus
atau satu topik yang umun. Penulis blog perlu mencari kaedah untuk menarik
minat
pengguna Internet untuk melayari laman blog yang ditulis. Terdapat penulis
blog Internet
yang memperolehi pendapatan dari hasil penulisan blogContoh laman web
blog ialah blogspot.com, webnode.com. wordpress.com
Langkah-langkah untuk membina laman web dengan aplikasi blogspot
Taip www. blogger.com
130
[Type here]
Pilih akaun emel yang digunakan sebagai login untuk blogspot anda
131
[Type here]
132
[Type here]
AKTIVITI
Perisian aplikasi pejabat yang digunakan oleh
guru mestilah mudah digunakan, mudah dipelajari,
mesra pengguna dan mudah dikuasai supaya
guru dapat menghasilkan satu produk yang lebih
kreatif.
Oleh itu penghasilan bahan multimedia interaktif yang boleh membantu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sekolah rendah boleh
dilaksanakan dengan perisian aplikasi persembahan elektronik, cadangkan
cara anda mengolah elemen multimedia supaya persembahan anda bersifat
interaktif.
133
[Type here]
RUJUKAN
Forcier, C. R. (1996). The Computer as a Productivity Tool in Education.
United States of America: Prentice-Hall, Inc. A Simon & Schuster
Company.
Hashiroh, H. (2017). Garis panduan pembangunan media pengajaran
berkonsepkan penceritaan digital untuk tablet skrin sentuh. Univeristi
Utara Malaysia.
Jamalludin, H., & Zaidatun, T. (2005). Multimedia, konsep dan praktis.
Selangor: Venton Publishing.
Mohd Zamri, M., Abdul Razak, H., Mohamad Shanudin, Z., Yazrina, Y., Mohd
Zakree, M. N., Hafiz, M. S., … Jamaiah, Y. (2011). Teknologi maklumat
dan persekitaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Creative Commons.
http://www.simply-access.com/What-Is-Microsoft-Access.html What is
Microsoft Access
134
[Type here]
TOPIK 8:
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN LEARNING
MANAGEMENT SYSTEM
INTISARI TOPIK 8
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada empat subtopik iaitu :-
Subtopik 1.1 : Ciri-ciri Umum LMS
Subtopik 1.2 : Antaramuka LMS
Subtopik 1.3 : Ciri-ciri Umum LMS dalam Schoology
Subtopik 1.4 : Kepentingan LMS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Ciri-ciri Umum Sistem Pengurusan Pembelajaran
b. Schoology sebagai contoh LMS
c. Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran
135
[Type here]
PENGENALAN
Learning Managment System atau Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)
adalah platform pertemuan maya antara seorang pengajar (guru) dan pelajar
(murid). Ianya satu perisian aplikasi yang melibatkan pentadbiran,
pengurusan, dokumentasi, pelaporan dan analisis pengujian LMS adalah
satu bentuk e-pembelajaran yang perlu dibangunkan oleh seorang pengajar
untuk disampaikan kepada pelajar. Pertemuan kelas maya ini adalah
berdasarkan kod yang ditetapkan kepada pengajar yang diberi kepada
pelajar.
Contoh LMS adalah seperti berikut:
Jadual 1: Contoh LMS dan URL
1 Schoology https://www.schoology.com
2 Moodle https://moodle.com/
3 ATutor https://atutor.github.io/
4 Padlet https://padlet.com
5 Blackboard https://www.blackboard.com
8.1 CIRI-CIRI UMUM SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
Setiap LMS mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakan sesuatu LMS.
Terpulang kepada individu/pengajar untuk memilih. Antara ciri-ciri umum
LMS adalah seperti berikut:
136
[Type here]
Sumber bahan
berpusat
Daftar log Interaktif
Pengurusan Kesatuan
pembelajaran
Ciri-ciri Umum LMS
a) Sumber Bahan Berpusat
Bahan resourses dengan pelbagai file boleh dimuat naik dan di muat
turun boleh pentadbir dan pengguna. Sumber bahan pelbagai
menjadikan LMS sebagai pusat untuk mengumpul bahan yang
memberi manfaat kepada pelajar dan pengajar.
b) Interaktif
Komunikasi lebih dari satu hala berlaku secara ‘live’ dan tertunda.
Aplikasi seperti kuiz dan diskusi menjadikan LMS lebih menarik dan
interaktif.
c) Kesatuan
LMS berkongsi dan berbincang dalam komuniti yang ditetapkan oleh
pentadbir. Kesatuan ini tertutup kepada individu yang dibenarkan
sahaja. Kesefahaman antara ahli menjadikan LMS ini memberi
manfaat kepada semua ahlinya
137
[Type here]
d) Pengurusan Pembelajaran
Pengajar boleh mengurus LMS mengikut kesesuaian dirinya dan
pelajar. Menformat antaramuka, menambah dan membuat folder,
menetapkan masa, tarikh, pentadbir serta membina kuiz. Pentadbir
mendapat mandat untuk mengurus LMS nya.
e) Daftar log
Log keluar masuk pelajar direkod dalam LMS secara automatik.
Hanya pelajar dan pentadbir yang berdaftar sahaja boleh masuk ke
LMS. Daftar log membolehkan pentadbir membuat analisis kehadiran
pelajar dalam LMS berkenaan.
8.2 ANTARA MUKA LMS
Ini adalah contoh antaramuka Schoology yang telah dibangunkan oleh
pentadbir dan pelajar.
1
2
4
3
5
138
[Type here]
1 Ikon/gambar yang boleh dimasukkan oleh pentadbir
2 Alat-alat (tools)
3 Kod untuk masuk ke dalam kumpulan
4 Tajuk yang boleh diubah oleh Pentadbir
5 Sumber bahan yang terdapat dalam LMS
8.3 CIRI UMUM LMS DALAM SCHOOLOGY
Ini adalah contoh ciri-ciri umum LMS yang terdapat dalam Schoology.
Dicadangkan pengajar dan pelajar cuba untuk menggunakan mana-mana
LMS pada jadual 1 untuk memberi pengalaman kepada pelajar.
4
Sumber Bahan Berpusat
Kumpulan ‘courses’ di bina
dalam satu LMS. Semua
bahan sumber seperti nota,
grafik, muzik, video, link
dan lain-lain dokumen
boleh disimpan dalam LMS.
139