The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iedasalam, 2021-09-09 23:50:15

KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJAR

[Type here]

Interaktif

Pengajar dan pelajar boleh
borsoal jawab dan
berkomunikasi lebih dari
satu hala dalam ruangan
yang sama.

Kesatuan

Pengajar dan pelajar
disatukan dalam satu LMS
berdasarkan Access Code
yang dijana dalam laman
pengajar. Pelajar boleh
berada di lokasi yang
berbeza asalkan akses
dengan kod yang sama.

Pengurusan
Pembelajaran

Pengajar boleh mengurus

laman ‘course’ nya sendiri.

Menetapkan visibiliti,

memuat naik bahan,

menetapkan syarat dan

sebagainya.

140

[Type here]

Daftar log

Pengajar boleh melihat
sejarah masuk dan keluar
pelajar melalui daftar log
yang terdapat dalam tools
yang diberikan dalam
Schoology.

8.4 KEPENTINGAN LMS
LMS memberi banyak kepentingan dan manfaat kepada pentadbir dan
pelajar khususnya dalam pembelajaran online dan blended learning.

a) Pembelajaran tanpa sempadan

Pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja lokasi, di waktu
yang tiada had dan tak perlu bersemuka. Keperluan utama adalah komputer
dan talian internet. Pelajar dapat menguruskan masa dan tempat yang sesuai
untuk belajar dan mengikuti ‘courses’ yang ditetapkan.

b) Pengurusan Pembelajaran Terurus

Sistem yang berstruktur yang membolehkan pengajar merancang dan
mengurus pengajarannya sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Perancangan yang baik ini membolehkan pelajar meneroka pembelajaran,
menjadualkan pembelajaran dan menentukan apa yang ingin dipelajari. Ini
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan bersifat kendiri. Pengajar juga
dapat memantau pembelajaran pelajar secara maya mmenerusi log, diskusi
dan penyerahan tugasan secara atas talian.

141

[Type here]
c) Kelas maya yang interaktif
LMS adalah sistem pembelajaran maya yang pertemuan boleh berlaku
semasa atau tertunda. Pelajar boleh belajar bukan sahaja dari pengajar tetapi
juga dari pelajar lain kerana interaktiviti berlaku dalam pelbagai hala. Pelajar
juga boleh menghantar dan menerima bahan dari pelajar lain untuk
penambahan ilmu dan penerokaan bahan sumber.

Cuba laksanakan aktiviti di bawah:
1. Secara berpasangan, andaikan anda seorang
pengajar dan kawan anda adalah pelajar. Anda
perlu mendaftar masuk ke mana-mana LMS
(boleh gunakan URL pada Jadual 1) sebagai
pengajar. Kawan anda akan mendaftar masuk
sebagai pelajar. Bandingkan antaramuka seorang

pengajar dan seorang pelajar. Senaraikan perbezaan dan persamaan
antaramuka berkenaan.
2: Secara berpasangan atau berkumpulan, setiap orang akan mendaftar ke
LMS yang berbeza. Setiap orang mencatatkan tools yang terdapat dalam
LMS berkenaan. Bincangkan dalam kumpulan tools yang terdapat dalam
setiap LMS. Tentu anda akan dapati setiap LMS adalah keunikkan tersendiri.

142

[Type here]

TOPIK 9:
SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

INTISARI TOPIK 9
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada lima subtopik iaitu :-

Subtopik 9.1 : Jenis-jenis Pentaksiran
Subtopik 9.2 : Persediaan untuk Pentaksiran
Subtopik 9.3 : Tugasan Individu
Subtopik 9.4 : Tugasan Berkumpulan
Subtopik 9.5 : Integriti Pelajar
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Membincang dan mengenal pasti jenis- jenis

pentaksiran
b. Menghuraikan cara bersedia untuk pentaksiran
c. Menjelaskan cara-cara membuat pentaksiran

terhadap Tugasan individu dan Tugasan
berkumpulan
d. Menjelas dan menghuraikan integriti pelajar

143

[Type here]

PENGENALAN
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang
prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam
penilaian pencapaian. Menurut Popham (2000) dalam pendidikan, proses
pengajaran dan pembelajaran mustahil berlaku tanpa pentaksiran. Setiap kali
soalan ditanya dan jawapan diberi, penilaian turut berlaku. Oleh itu, guru
sentiasa mendapat maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid untuk
memperbaiki pengajarannya dan sejauh mana pelajar telah memperoleh ilmu
pengetahuan yang diajar. Lazimnya guru mendapat maklumat ini melalui
pengujian dan penilaian.

Menurut Huba dan Freed (2000), pentaksiran merupakan suatu proses
mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang pengetahuan,
kemahiran dan sikap /nilai pelajar. Sebagai seorang pelajar, sikap anda
terhadap apa juga bentuk pentaksiran sangat penting kerana pemahaman
tersebut sangat membantu semasa melaksanakan pelabagai tugasan dan
ketika menghadapi ujian atau peperiksaan.

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang
menunjukkan tahap pencapaian. Untuk membuat penilaian, kita perlukan
maklumat, dan ia diperoleh dengan mengukur menggunakan alat yang boleh
dipercayai. Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba
menguji sebahagian tingkah laku pelajar.

Pengujian
Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji
sebahagian tingkahlaku pelajar. Perhatikan bahawa kita tidak boleh menguji
segala tentang prestasi dalam Bahasa Melayu seorang murid. Oleh itu kita
mengambil sampel kebolehan dan keupayaan murid tentang kemahiran
membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran

144

[Type here]

bertutur. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah
ujian bertulis, ujian lisan, jadual pemerhatian, ujian kemahiran mendengar,
projek dan sebagainya. Sesuatu ujian itu terdiri daripada soalan-soalan yang
menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar secara teratur dan
sistematik.

Pengukuran
Untuk mengukur kebolehan dan keupayaan murid, kita perlu memberi
sesuatu nilai yang merupakan angka yang menunjukkan banyak mana telah
dipelajari (Ebel, 1986). Pengukuran ialah pemberian skor

atau markah atau menyatakan band yang menunjukkan tahap pencapaian.
Contohnya, jika Siew Lan mendapat Band 5 dalam ujian bacaan dan Mei Ling
mendapat Band 4, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tahap bacaan
Mei Ling lebih rendah berbanding Siew Lan. Kita mengukur untuk
mendapatkan maklumat tentang ‘apa keadaannya’. Maklumat tersebut
mungkin berguna atau tidak, bergantung ketepatan alat yang kita gunakan,
dan kecekapan kita menggunakannya.

Penilaian
Suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang
diperolehi serta berupaya memberikan maklum balas terhadap pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru
meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Penilaian merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. Penilaian adalah proses mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar.

Tujuan Pentaksiran:

a. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran

145

[Type here]

b. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran

c. membaiki pengajaran dan pembelajaran
d. menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran

Pentaksiran di IPG
Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG

- Peperiksaan Akhir
- Kerja kursus

o Projek
o Amali
o Ujian akhir kursus
- Penilaian praktikum
- Penilaian BIG (Bina Insan Guru)
- Penilaian Ko-kurikulum

9.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Kita boleh menentukan dua kategori pentaksiran iaitu berdasarkan kepada
tujuannya: formatif dan sumatif

- Pentaksiran Formatif
- Pentaksiran Sumatif

Tujuan pentaksiran ialah membantu kita meletakkan pentaksiran itu dalam
dua kategori lain iaitu berdasarkan tahap formaliti: formal dan tidak formal.

- Pentaksiran Formal
- Pentaksiran Tidak Formal

Ciri-ciri Penilaian-Kendiri

146

[Type here]

Penilaian kendiri yang baik harus dicirikan oleh empat atribut.

- Motivasi
- Autentik
- Faktual/ Nilai maklumat
- Berasaskan Kesilapan

Pentaksiran Formatif
Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran,
dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang
pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut.
Pentaksiran dalam kelas merupakan salah satu teknik pentaksiran formatif
yang paling terkenal. Tujuan teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu
pembelajaran pelajar dan tidak harus berbentuk menilai atau tidak melibatkan
menggred pelajar. Di dalam penilaian formatif guru membandingkan prestasi
pelajar dengan prestasi pelajar lain di dalam kelas dan bukan semuanya
pelajar dalam tahun yang sama. Selalunya sebahagian kecil kandungan diuji
untuk melihat sejauh mana objektif telah dicapai. Pentaksiran Formatif adalah
berpusatkan tindakan dan menjadi asas pembaikan kaedah pengajaran.

Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mendapati bahawa beberapa orang
pelajar kurang faham sesuatu konsep, dia mungkin mereka bentuk suatu
aktiviti lain atau menggunakan strategi pengajaran yang lain. Selain itu,
pelajar juga boleh memantau kemajuan mereka secara berkala
menggunakan kuiz dan tugasan. Keputusan pentaksiran formatif digunakan
untuk mengubahsuai dan mengesahkan pengajaran. Secara pendeknya,
pentaksiran formatif adalah pentaksiran berterusan dan melibatkan kaji
semula, dan pemerhatian tentang apa yang sedang berlaku dalam bilik
darjah.

147

[Type here]

Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan
kebertanggung jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap
pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir semester, tahun atau
selepas dua tahun). Sebagai contoh, selepas tiga tahun dalam sekolah
menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan umum yang bercorak
sumatif kerana ia berasas kepada pengalaman pembelajaran terkumpul bagi
pelajar tersebut. Pentaksiran sumatif biasanya digunakan untuk menilai
keberkesanan sebuah program pembelajaran pada akhir tahun akademik
atau pada waktu yang ditetapkan.

Matlamat pentaksiran sumatif adalah untuk membuat pertimbangan tentang
kecekapan seorang pelajar–selepas fasa pengajaran telah selesai. Sebagai
contoh, peperiksaan umum di Malaysia dilaksanakan di akhir 6 tahun sekolah
rendah; di akhir sekolah menengah rendah dan di akhir sekolah menengah
atas. Itu semua merupakan pentaksiran sumatif untuk memastikan tahap
pemerolehan setiap pelajar di dalam subjek-subjek setelah penyampaian
kandungan sepanjang 2 hingga 3 tahun. Penilaian sumatif digunakan untuk
memastikan samada pelajar telah menguasai kecekapan khusus dang red
abjad mungkin diberi untuk mentaksir pencapaian pelajar.

Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Kriteria Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Bila Dijalankan sepanjang proses Dijalankan pada akhir suatu
dijalankan
PdPc fasa PdPc (cth: pada akhir

semester atau tahun)

Kaedah Ujian kertas & pensil, Ujian kertas/ pensil,
pencerapan, kuiz, latihan,
sesi amali dilaksanakan

148

[Type here]

secara kumpulan dan ujian lisan dilaksanakan
individu berkumpulan

Matlamat  Untuk mentaksir kemajuan  Grading to determine if the

dan mencadangkan programme was

langkah pemulihan untuk successful.

mereka yang tidak  To certify students and
mencapai objektif improve the curriculum

 Pemulihan atau

pengayaan, ataupun

pengajaran semula topik

Contoh Kuiz, esei, ujian diagnostik, Ujian akhir, ujian umum, ujian
laporan makmal dan rekod kelayakan, ujian standard

Pentaksiran Formal
- Pentaksiran yang dilakukan secara terancang di dalam bilik darjah
dan sekolah
- Menggunakan alat pengukuran yang sesuai untuk mencapai objektif
pembelajaran yang diharapkan

Pentaksiran Tidak Formal

- Dilakukan secara membuat pemerhatian dan mendapatkan maklum
balas daripada pihak lain tentang seseorang murid

- Pemerhatian dan penilaian terhadap murid mungkin berasaskan
tingkah laku emosi dan kognitif

- Objektif utama penilaian tidak formal adalah untuk memberi
gambaran menyeluruh tentang murid dari segi nilai dan sikap

149

[Type here]

- Pelaporan penghayatan moral murid hendaklah membayangkan ciri-
ciri perkembangan murid

9.2: JENIS UJIAN
Terdapat dua jenis ujian bergantung kepada bagaimana hasilnya
diinterpretasi dan digunakan. Secara tradisi terdapat dua jenis ujian yang
dikenali sebagai Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Rujukan Norma
Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah
untuk mengklasifikasi pelajar. Ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan
perbezaan di antara pelajar dan dalam kalangan pelajar agar menghasilkan
tahap pelajar secara berurutan sepanjang suatu kontinum pencapaian
daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah (Anastasi, 1988). Untuk
ujian rujukan norma, kumpulan pelajar yang representatif diberikan ujian dan
markah mereka dibandingkan dengan norma selepas melalui suatu proses
pentadbiran dan analisis yang rumit.

Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markah 70 dalam ujian (norm-
referenced) hanya akan nampak jelas apabila markah itu dibandingkan
dengan norma. Apabila dibandingkan dengan norma, dan didapati markah
pelajar itu adalah pada peratus ke-80, ini bermakna bahawa dia telah
mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada 80% pelajar dalam
kumpulan norma. Maklumat ini boleh menjadi berguna bagi memastikan
sama ada pelajar perlu bantuan pemulihan ataupun pengayaan. Walau
bagaimanapun, markah tersebut memberi maklumat yang sedikit tentang apa
yang pelajar tersebut tahu atau apa dia boleh buat. Kritikan utama ujian norm-
referenced ialah kerana ia selalunya fokus kepada mentaksir kecekapan asas
tahap rendah. Ujian rujukan norma selalunya mengukur hanya sekadar
sampel kandungan akademik yang diajar di sekolah seluruh negara.

150

[Type here]

Ujian Rujukan Kriteria
Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang
pelajar boleh buat atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan
pelajar lain (Anastasi, 1988). Ujian rujukan kriteria melapor prestasi pelajar
berbanding tahap prestasi yang ditentukan pada suatu set matlamat atau
hasil pembelajaran yang termaktub dalam kurikulum. Ujian rujukan kriteria
digunakan apabila guru ingin mengetahui sejauh mana pelajar telah
memperoleh pengetahuan dan kecekapan yang diharap telah kuasai.
Maklumat ini juga boleh digunakan sebagai maklumat bagi memastikan
sejauh mana pelajar memperoleh kandungan kurikulum dan sejauh mana
sekolah mengajar kurikulum tersebut. Ujian rujukan kriteria memberi butiran
terperinci tentang sejauh mana pencapaian seorang pelajar bagi setiap hasil
pembelajaran yang terkandung di dalam ujian tersebut. Lihat Jadual 1.2 yang
menyenaraikan perbezaan di antara kedua-dua jenis ujian.

Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Kriteria Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif
Matlamat
- Membandingkan prestasi - Membanding prestasi
Jenis
soalan pelajar dengan pelajar lain pelajar dengan kriteria (e.g.
Melapor
keputusan - Memilih pelajar untuk hasil pembelajaran)

persijilan - Sejauh mana pelajar telah

memperoleh pengetahuan

atau kecekapan

- Memperbaiki pengajaran &

pembelajaran

Soalan daripada senang Soalan hampir sama tahap

hingga susah kepayahan dengan kriteria

Gred diberi Tiada gred diberi (samada
pengetahuan/kecekapan
dicapai atau tidak

151

[Type here]

Liputan Liputan kandungan yang Aspek kandungan yang

Kandungan luas tertentu

Contoh UPSR, PMR, SPM Ujian kelas, latihan dan

peperiksaan umum, tugasan

peperiksaan akhir semester,

peperiksaan akhir tahun

Persediaan Untuk Pentaksiran
- Menyusun jadual belajar dengan baik
- Membaca dari pelbagai sumber
- Mengumpul dan menganalis maklumat
- Membuat nota yg baik
- Ulangkaji
- Faham dan hafal nota
- Menyediakan diri mental dan fizikal untuk menjalani praktikum, BIG
dan akitviti ko-kurikulum

Bil Jenis Tempoh
1 Peperiksaan Akhir setiap semester
2. Tugasan Harian Dalam semester iaitu antara dua hingga
enam minggu mengikut jenis kursus
3. Praktikum Semester 5, 6, dan 7
4. Bina Insan Guru Setiap smester
5. Aktiviti Kokurikulum Semester 1 dan 2:
Persatuan/ kelab dan sukan/ permainan
Semester 3 dan 4:

152

[Type here] Unit Beruniform/ olehraga
6. Internship Semester 8

9.3 TUGASAN INDIVIDU
- Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan nota yang baik
- Pelajar hendaklah membuat ulang kaji
- Pelajar hendaklah membuat, faham nota dan faham nota
- Pelajar hendaklah menyediakan perancangan untuk mengulang kaji

9.4 TUGASAN BERKUMPULAN
Kumpulan boleh didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas
berinteraksi di antara satu sama lain, di samping itu berkongsi tujuan dan juga
identiti. Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu:

- Sebuah kumpulan mesti memiliki dua orang atau lebih ahli

- Setiap individu adalah bebas berinteraksi di antara satu sama lain

- Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi di antara
satu sama lain

- Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf
sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut

Norma adalah satu peraturan tidak formal yang menggambarkan kelakuan
yang dikongsi bersama secara meluas oleh ahli-ahli kumpulan. Satu set
peraturan kelakuan yang piawai akan ditentukan mengikut keperluan yang
khusus. Sesuatu norma boleh memberi garis panduan kepada individu untuk
sikap terbuka, jujur dan menghormati pendapat orang lain atau mengelakkan
daripada menghadapi isu-isu penting dan mengumpat di belakang orang lain.

153

[Type here]
Walau bagaimanapun tugasan kumpulan bergantung kepada objektif
penilaian kerja kursus subjek berkenaan dan biasanya penilaian dilakukan
dalam 3 bentuk iaitu contoh:

- penulisan esei
- persembahan
- penulisan reflektif

9.5 INTEGRITI PELAJAR
- Integriti membawa erti keutuhan dan kesempurnaan dari semua segi
yang baik, kejujuran dan ketulusan.
- Integriti amat penting dalam menyelesaikan kerja kursus.
- Idea atau hasil yang dipersembahkan adalah idea yang tulin/asli dan
bukan yang diciplak.

Katakan anda berada dalam satu acara iaitu
pertandingan seni visual di satu galeri awam.
Bolehkah anda bayangkan bagaimana
sekumpulan hakim membuat penilaian sebelum
membuat keputusan untuk memilih pemenang?
Bagaimana mereka mentafsirkannya?

154

[Type here]
LAMPIRAN
Lampiran 1 : Assessment and Evaluation
Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan memuat turun fail PDF dari
laman web berikut:

https://www.google.com/search?safe=strict&source=hp&ei=AzByW7KLItmS9QPCi7ioDg&q=assessment+in+education+pdf&oq=AssesEduc
ation+&gs_l=psy-ab.1.1.0i7i30k1l10.4143.20940.0.24434.20.18.1.0.0.0.432.2608.0j3j3j3j1.10.0....0...1c.1.64.psy-
ab..9.11.2614.0..0j35i39k1j0i131k1.0.ssZojQclXIE

155

[Type here]
RUJUKAN
Murniza, M. (2017). sikap-terhadap-pentaksiran. Retrieved from

https://www.slideshare.net/MurnizaMuhamad/kemahiran-belajar-sikap-
terhadap-pentaksiran?from_action=save
Popham, W.J.(2000). Testing: What every parent should know about school
tests. London: Allyn & Bacon.
Wiesnerová, D. ( .(2012What is assessment and why is assessment
important - IS MU Retrieved from
https://is.muni.cz/th/h8x8n/Bachelor_Thesis_Wiesnerova.pdf

156

[Type here]

TOPIK 10:
PENYESUAIAN SOSIAL

INTISARI TOPIK 10
Perbincangan dalam topik ini dipecahkan kepada lima subtopik iaitu :-

Subtopik 10.1 : Kemahiran Interpersonal

Subtopik 10.2 : Kemahiran Intrapersonal

Subtopik 10.3 :Pelajar sebagai Ahli Komuniti
Pembelajaran

Subtopik 10.4 : Isu-isu Perkongsian Maklumat

Subtopik 10.5:Isu Gender dalam Kecemerlangan
Akdemik

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar dapat memahami :
a. Menghurai dan mengenal pasti ciri-ciri
kemahiran interpersonal dan intrapersonal
b. Membincangkan idea pelajar
c. Menjelaskan cara-cara membuat pentaksiran
terhadap Tugasan individu dan Tugasan
berkumpulan
d. Menjelas dan menghuraikan integriti pelajar

157

[Type here]

PENGENALAN
Menurut Hurlock (2003) istilah penyesuaian merujuk kepada sejauhmana
keberkesanan fungsi personaliti seseorang individu itu dalam sesebuah
komuniti dan ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
pelajar (Mushahid, 2015; Osaedoh & Iyamu, 2012). Schneiders (dalam
Hurlock, 2002) mengatakan penyesuaian sosial merupakan proses mental
dan tingkah laku yang mendorong seseorang untuk menyesuaikan diri
dengan keinginan yang berasal dari dalam diri sendiri yang dapat diterima
oleh lingkungannya.

Pengertian penyesuaian sosial menurut Kartini Kartono (dalam Nurdin,
2009:87) ialah: “(1) penjalinan secara harmonis suatu hubungan dengan
lingkungan sosial; (2) mempelajari tingkah laku yang diperlukan, atau
mengubah kebiasaan yang ada, sedemikian rupa, sehingga sepadan dengan
suatu masyarakat sosial”.

Keseluruhan proses hidup dan kehidupan individu akan selalu diwarnai oleh
hubungan dengan orang lain, baik itu dalam lingkup keluarga, sekolah
maupun masyarakat secara luas. Menurut Schneiders (dalam Nugroho,
2003) penyesuaian sosial di sekolah diartikan sebagai kemampuan siswa
dalam beradaptasi dengan lingkungan sekolah sehingga siswa mampu
berinteraksi secara wajar dan interaksi yang terjalin dapat memberikan
kepuasaan bagi diri dan lingkungannya.

Oleh itu, pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan
pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pendidikan (Adams & kirona, 2011). Penyesuaian sosial di IPGK
bermaksud pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPGK secara
efektif dan sihat sehingga pelajar memperoleh kepuasan dalam usaha
memenuhi kehendak dan keperluan IPGK. Penyesuaian sosial perlu
dilakukan kerana kehidupan di di kampus adalah berbeza dengan kehidupan
di sekolah dan di rumah. Antaranya daripada aspek cara belajar, kehidupan

158

[Type here]

seharian, penilaian, dan pentaksiran. Justeru itu, pelajar perlu menyesuaikan
diri dengan budaya kampus dan memperoleh kejayaan daripada pelbagai
aspek terutamanya kurikulum dan kokurikulum.

Penyesuaian sosial pelajar di IPGK memerlukan kemantapan dalam
kemahiran interpersonal dan intrapersonal supaya mereka diterima sebagai
ahli komuniti pembelajaran di kampus seterusnya mencapai kejayaan
cemerlang dan dapat berkhidmat kepada masyarakat.

Aspek-aspek Penyesuaian Sosial
Hurlock (2002) mengemukakan aspek-aspek dalam penyesuaian sosial
sebagai berikut:

- Penampilan nyata.

Tingkah laku yang diperlihatkan individu sesuai dengan norma yang
berlaku di dalam kelompoknya, di mana seseorang individu itu dapat
memenuhi harapan kelompok dan seterusnya di terima menjadi
anggota kelompok tersebut.

- Penyesuaian diri terhadap pelbagai kelompok.

Individu tersebut mampu menyesuaikan diri secara baik dengan
setiap kelompok yang dimasukinya, baik teman sebaya mahupun
orang dewasa.

- Sikap sosial.

Seseorang individu mampu menunjukkan sikap yang menyenangkan
terhadap orang lain, terlibat dan dapat menjalankan peranannya
dengan baik dalam kegiatan sosial.

- Kepuasan peribadi

159

[Type here]

Menunjukkan adanya rasa puas dan perasaan bahagia kerana dapat
mengambil bahagian dalam aktiviti kelompoknya dan mampu
menerima diri sendiri seadanya dalam situasi sosial.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penyesuaian Sosial

Schneiders (dalam Nugroho, 2003) mengemukakan bahwa faktor lingkungan
keluarga, sekolah dan masyarakat dapat mempengaruhi penyesuaian sosial
sebagaimana berikut:

A. Penyesuaian dalam keluarga atau rumah

- Hubungan yang sihat di antara keluarga.

Hubungan ini dapat diperhatikan dengan adanya peyesuaian yang baik
antara sesama anggota keluarga, sehingga ada rasa kasih sayang
antara anggota keluarga, saling membantu, tidak ada pilih kasih dan
tidak ada rasa benci.

- Kemampuan untuk menerima autoriti orang tua.

Merupakan suatu hal penting yang perlu diterapkan pada anak, dan
anak harus boleh menerima sikap disiplin orang tua mereka.
Penyesuaian terhadap autoriti orang tua merupakan langkah penting
menuju penyesuaian yang baik dalam lingkungan masyarakat.

B. Penyesuaian sosial di sekolah

- Hormat dan mahu menerima autoriti yang ada di sekolah
- Menunjukkan rasa terbaik dan melibatkan diri dalam lingkungan

sosial.
- Menjalin hubungan yang baik dengan teman dan guru.
- Mahu menerima larangan dan tanggung jawab.
- Membantu sekolah untuk melaksanakan tujuan sesuai dengan

fungsinya.

160

[Type here]

C. Penyesuaian dalam masyarakat

Kemampuan untuk memberikan reaksi secara positif dan efektif terhadap
situasi sosial. Penyesuaian dalam masyarakat antara lain:

- Ingin mengakui dan menghormati hak orang lain dalam masyarakat.
- Belajar akan hidup bersama dan menyuburkan persahabatan dengan

orang lain.
- Ingin melibatkan diri dalam aktiviti sosial.
- Memperhatikan kesejahteraan orang lain.
- Bermurah hati dan mementingkan orang lain.
- Menghormati nilai-nilai, kebiasaan dan tradisi sosial yang ada dalam

masyarakat.

10.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Kemahiran interpersonal ini membawa maksud kebolehan seseorang
individu bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan
berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan, dapat membezakan individu
dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat, mempunyai perasaan empati
serta dapat mengetahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain
iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain yang berada di
sekelilingnya.

Terdapat empat jenis aspek bagi interpersonal, iaitu kemahiran komunikasi,
kemahiran berhubung, kemahiran komputer dan kemahiran berbudaya.
Kemahiran komunikasi terbahagi kepada tiga elemen iaitu kemahiran
komunikasi interpersonal, kemahiran komunikasi intrapersonal dan
kemahiran komunikasi bukan lisan (Gardner, 1983). Komunikasi yang
dimaksudkan di dalam kemahiran interpersonal seperti kemahiran
mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran bertutur, kemahiran memberi

161

[Type here]

maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan
dan komunikasi bukan lisan (Abdullah & Ainon, 2002).

Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner,1993), kemahiran
interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan
orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran
interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya
soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting
ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai
melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar
pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang
mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik dalam
menyesuaikan dirinya dengan persekitaran.

Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil
(biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Komunikasi
berlaku sama ada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku
secara berdepan (Fiordo,1990). Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila
dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa
menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan
berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih
dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindak balas
yang dihasilkan. Tindak balas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas,
rancak dan segera (Mansor, 1998). Komunikasi Interpersonal berlaku atas
pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik,
berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial
seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).

10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
Kemahiran Komunikasi Intrapersonal adalah penting dalam diri seseorang
individu. Walaupun kita menggunakan masa yang banyak berkomunikasi
dengan orang lain, sebenarnya Komunikasi Intrapersonal mendominasi

162

[Type here]

majoriti daripada komunikasi kita dan memberi impak yang terbesar kepada
sikap individu serta mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kita (Buntat,
2004).

Menurut Schulz, B. (2008), jika tafsiran terhadap komunikasi Intrapersonal
dari sudut ruang lingkup kognitif, kita cirikan kemahiran ini sebagai suatu
simbol terhadap kemahiran yang melibatkan sifat dalaman seperti mengekod
atau menyahkodkan. Seterusnya jika kita tafsirkan komunikasi Intrapersonal
dari segi operasi kognitif, ia melibatkan pemikiran terhadap konsep.

Devito (2002) menjelaskan bahawa komunikasi intrapersonal merupakan
komunikasi dengan diri sendiri dengan tujuan untuk berfikir, membuat
refleksi, menganalisis dan merenung. Begitu juga Wertheim (2008)
menjelaskan bahawa komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang
terjadi pada diri manusia, meliputi proses sensasi, asosiasi, persepsi, memori
dan berfikir. Rahman (2010) mengatakan bahawa komunikasi intrapersonal
merupakan komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang individu. Individu
itu berperanan sebagai jurucakap yang berbicara kepada dirinya sendiri. Dia
berdialog dengan dirinya sendiri. Dia bertanya dengan dirinya sendiri dan
dijawab oleh dirinya sendiri.

Kemahiran Intrapersonal merangkumi “Sense-making” seperti mentafsir
peta, teks, gambar dan simbol, mentafsir “non-verbal” komunikasi seperti
pergerakan dan komunikasi mata, komunikasi antara anggota badan,
khayalan, mimpi dan lain-lain (Fisher, B., 1986).

Kajian telah dilakukan dan mendapati terdapat perbezaan kemahiran
Komunikasi Intrapersonal mengikut jantina yang wujud disebabkan oleh
persekitaran serta didikan zaman kanak-kanak serta penekanan terhadap
perwatakan yang perlu ada mengikut jantina serta norma sosial (Dyrud M.,
2008).

163

[Type here]

Berdasarkan konsep intrapersonal yang telah dihuraikan oleh beberapa ahli
komunikasi dapat dirumuskan bahawa komunikasi intrapersonal adalah
komunikasi pada diri sendiri atau dengan dirinya sendiri. Setiap komunikasi
intrapersonal seiring dengan proses berfikir, iaitu ketika seseorang secara
sedar mengirimkan informasi pada dirinya untuk menganalisis sebuah situasi
dan mengambil sikap atau sesuatu keputusan. Ketika kita ingin memecahkan
suatu masalah, membuat keputusan, ataupun mencari sebab dan akibat, kita
akan berinteraksi dengan diri kita sendiri apa yang baik, apa yang buruk, serta
apa yang dapat kita lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
Komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk
kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan
sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya.
Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu
masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat
serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain.
Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang
tinggal di sesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain
termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain.

Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan
oleh pengalaman (Mazur, 1990; Rocklin, 1987; Slavin, 1997). Pembelajaran
tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan seperti mengalami
pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran, Stalling
(1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu :

- Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku.
- Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.

164

[Type here]

- Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman
atau latihan.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan
berlaku sekiranya tingkah laku seseorang individu itu berubah, melibatkan
sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau
latihan. Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan
pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru
membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk
mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Manakala
menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan
tingkah laku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu
dan penguasaan intelek.

Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan
tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkah laku
adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan,
pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari
atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku
sepanjang hayat.

Konsep komuniti pembelajaran
Konsep komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan
hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya
perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-
membantu, perkongsian alat/ idea, perasaan saling, persaingan yang sihat
dan sebagainya.

Teori Ekologi
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang
mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak
membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan

165

[Type here]

perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks
sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.

Sistem mikro
Sistem mikro pula adalah tetapan di mana seseorang individu menghabiskan
sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan
individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya,
berada disekolah, atau kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem
mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik
beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain.

Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif
kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang
berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang
yang membina tetapan tersebut.

Sistem Meso
Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya,
menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman
di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman
bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh
mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya,
seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin
akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.

Sistem Ekso
Sistem Ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di
mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam
konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan
Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis
Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang
besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan

166

[Type here]

rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara
tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah
tersebut.

Sistem Makro
Sistem Makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru
tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada
budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan
tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat),
peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam
kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan
lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut.
Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan
dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan.

Sistem Krono
Sistem Krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan
seseorang pelajar. Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak
perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami
jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah
orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi
pertama yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble) yang dicirikan
oleh komputer dan bentuk baru media, generasi “post-sexual-revolution” dan
generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar.

10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah
sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu
diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang
penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam PdPc boleh dijalankan

167

[Type here]

oleh semua guru dan juga dalam semua mata pelajaran sekiranya kita
mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul.

Pada hari ini, kita dapati banyak bahan PdPc yang boleh diperoleh
daripada internet sama ada untuk diguna pakai dalam PdPc atau untuk
dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-
bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh
berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain
melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan
yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan
maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi
yang tertentu yang terdapat dalam ICT.

Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, dengan
penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian
maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama
individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya
terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh
berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu
kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKDEMIK
Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan
dalam sistem akademik.

1. Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM) pada tahun
1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi
yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata
pelajaran.

168

[Type here]
2. Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam
tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang
jelas.
3. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk
terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan
praktikal.
4. Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam
struktur kerajaan.
5. Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita
kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
6. Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang dapat
membantu kita meningkatkan kemahiran
intrapersonal dengan cara mengawal pemikiran
kita yang mana setiap kali kita merasa risau atau
gementar.Lakukan aktiviti berikut:
Pejamkan mata dan fikirkan tentang tubuh anda. bukan kepada bentuk tubuh,
tetapi apa yang dirasakannya. Dengan perlahan kenali seluruh tubuh anda
dan rehatkan/ tenangkan bahagian yang terasa tekanan atau bebanan.

169

[Type here]
RUJUKAN
Hurlock, E.B. (2002). Psikologi Perkembangan: Suatu Pendekatan

Sepanjang Rentang Kehidupan (Alih Bahasa Istiwidayanti, dkk).
Jakarta: Erlangga.
Moshahid, M. (2015). Effect of Adjustment on the Academic Performance
of Urdu Medium Male and Female Secondary Level Students/
Educational Quest: An Int. J. of Education and Applied Social
Sciences Vol 6 , Issue 2.
Osaedoh, G. I. and Iyamu, F. I. 2012. Social life adjustment and academic
achievement of adolescents in Edo state: Implication for counselling.
Ozean Journal of Applied Sciences 5(2): 159.

170

[Type here]

171


Click to View FlipBook Version