The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ADSF3103_PENGENALAN_QAWAID_FIQHIYYAH (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by engkuraziha, 2022-08-17 07:03:17

ADSF3103_PENGENALAN_QAWAID_FIQHIYYAH (1)

ADSF3103_PENGENALAN_QAWAID_FIQHIYYAH (1)

TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  135
IJTIHAD (‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد‬

Ć Kaedah ini adalah kaedah yang perlu difahami dan dipelajari. Ia juga penting
dalam pengurusan, jika dilihat dalam konteks yang lebih besar.

Ć Ijtihad ditakrifkan sebagai usaha dan kesungguhan mujtahid untuk mencari
ilmu berkenaan hukum syarak. Hanya mujtahid yang mempunyai
pengetahuan tentang ilmu agama Islam yang mendalam sahaja yang layak
untuk membuat ijtihad.

Ć Ijtihad tidak boleh dilakukan secara semberono oleh mereka yang tidak
berkelayakan.

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini ialah daripada ijmak para sahabat
yang berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a.

Ć Memahami proses ijtihad dan kaedah ini dengan menyeluruh dapat
membantu seseorang untuk membuat sebarang keputusan dengan lebih baik.

Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini ialah dalam menentukan arah kiblat untuk
menunaikan solat dan dalam amalan mahkamah syariah di Malaysia.

Al-qiyas al-jaliy Mujtahid
Ijtihad QatÊie
Maqasid Qawl jadid
Maslahah Qawl qodim

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

136  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD (‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد‬

Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.

Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.

Al-QurÊan al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid

wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:

Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti

Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.

Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Abu Zahra. (1958). Ushul fiqh. Damaskus: Daar al- Fikr.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:

Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Kaedah Umum

9 2: Jika
Bercampur
antara Halal
dengan Haram,
Dikira sebagai
Haram
‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ اﻟْ َﺤﻼَ ُل‬
(‫َواﻟْ َﺤَﺮا ُم ﻏُﻠﱢ َﺐ اﻟْ َﺤَﺮام‬

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara

halal dengan haram, dikira sebagai haram) berserta contohnya;
2. Mengenal pasti keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini;
3. Menerangkan sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 2; dan
4. Menjelaskan bagaimana Kaedah Umum 2 ini diaplikasikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 9 KAEDAH UMUM S2E:BJAIKGAABI EHRACRAAMMPU(‫م‬R‫ْﳊََﺮا‬A‫ ا‬N‫ َﺐ‬T‫ﻏُﻠﱢ‬AR‫َﺮاُم‬Aَ‫وا ْﳊ‬Hَ ‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ﳊ‬Aْ ‫ا‬L‫َﻊ‬D‫ﺘَ َﻤ‬E‫ ْﺟ‬Nِ‫ا ا‬G‫)إَِذ‬AN
HARAM, DIKIRA

 PENGENALAN

Topik 9 akan memperkenalkan kepada anda kaedah umum kedua yang dikenali
sebagai kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai haram.
Kaedah ini merupakan kaedah yang kecil, namun ia perlu dipelajari kerana
aplikasinya adalah cukup meluas dalam pelbagai isu terutamanya berkaitan
dengan muamalat.

Secara umumnya, kaedah ini membawa maksud apabila berkumpul halal dan
haram, maka keutamaannya ialah menganggapnya sebagai haram kerana itu
adalah yang terbaik dan afdal. Sikap berhati-hati dalam perlaksanaan kaedah ini
adalah penting bagi menjaga maslahah umat agar tidak terjebak atau terlibat
dengan perkara haram.

Oleh itu, percampuran antara yang halal dengan yang haram perlu dilihat dan
dikaji dengan teliti agar sesuatu muamalat itu menepati kehendak syarak. Di
sinilah kepentingan kaedah ini boleh dilihat dalam menyelesaikan isu muamalat
semasa yang timbul, terutamanya terhadap isu pada masa kini.

Justeru, topik kesembilan ini akan membincangkan tentang pengertian dan
penghuraian kaedah, contoh, pengecualian kaedah, sumber asal atau dalil
kaedah dan bagaimana kaedah ini diaplikasikan pada masa kini.

9.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
UMUM 2

Sebelum kita mempelajari kaedah ini dengan lebih mendalam, mari kita pelajari
terlebih dahulu tentang konsep „bercampur‰ yang disebut dalam kaedah ini.
Bercampur atau berhimpun dalam konteks ini merujuk kepada sama ada ia
adalah campuran atau sebatian. Kepastian tentang perkara ini (campuran atau
sebatian) akan mempengaruhi hukum pada isu yang berkaitan. Ini adalah kerana
kedua-dua konsep ini adalah berbeza di mana campuran adalah bahan yang
bergabung, namun masih boleh diasingkan secara manual, manakala sebatian
merujuk kepada bahan yang bercampur dan tidak mampu dipisahkan secara
manual. Rajah 9.1 menunjukkan contoh bagi campuran dan sebatian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: SJEIKBAAGBAERI CHAAMRAPMUR(‫م‬A‫َﺮا‬Nَ‫ا ْﳊ‬T‫ﺐ‬Aَ R‫ُﻏﻠﱢ‬A‫ﺮاُم‬Hََ‫ْﳊ‬A‫َوا‬L‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ْﳊ‬D‫ﻊ ا‬Eَ ‫ﻤ‬Nَ َ‫ْﺟﺘ‬Gِ‫ا‬A‫َذا‬Nِ‫)إ‬  139
HARAM, DIKIRA

Rajah 9.1: Baju kapas dengan tali leher sutera merupakan contoh bagi campuran,
manakala air (H2O) merupakan contoh bagi sebatian
Sumber: http://launch.it & www.forbes.com

Kaedah ini memberi pengertian bahawa apabila bercampur halal dan haram,
maka keutamaan yang dikira adalah haram. Antara lain, ia bermaksud bahawa
apabila bercampur perkara yang berunsur halal dan haram dalam sesuatu
perkara, maka hukumnya menjadi haram. Dalam konteks tersebut, kita
hendaklah mengutamakan yang haram kerana ia menepati seluruh kehendak
syarak. Namun, apabila berlaku percampuran antara halal dengan haram, kita
tidak boleh menerimanya dengan mudah sebagai halal. Ini adalah kerana
mengikut pendapat fuqaha, keseluruhan perkara tersebut masih belum menepati
hukum syarak untuk dikategorikan sebagai halal.

Seharusnya umat Islam perlu bersifat lebih teliti dan berhati-hati dalam
mengeluarkan status hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan yang
timbul berkaitan perkara halal dan haram. Dalam karya al-Suyuti yang bertajuk
al-Asybah Wa al-NazaÊir, beliau ada menyebut bahawa menurut pendapat yang
sahih, jika berlaku pertentangan antara dua dalil di mana yang satu
menunjukkan haram dan yang lainnya menunjukkan halal, maka pengharaman
itu lebih diutamakan kerana tindakan meninggalkan yang mubah (harus atau
halal) demi menghindari yang haram itu lebih baik daripada sebaliknya.

Dalam situasi ini, kita perlu lihat dari sudut percampuran atau sebatian sesuatu
perkara seperti mana yang dijelaskan di awal perbincangan. Sekiranya
percampuran halal dan haram itu boleh dielak atau diasingkan, maka ia tidak
mengapa. Namun, apabila berlaku sebaliknya iaitu perkara haram dan halal itu
dalam bentuk sebatian yang sememangnya tidak berupaya untuk
mengasingkannya, maka hukumnya menjadi haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 9 KAEDAH UMUM S2E:BJAIKGAABI EHRACRAAMMPU(‫م‬R‫ْﳊََﺮا‬A‫ ا‬N‫ َﺐ‬T‫ُﻏﻠﱢ‬AR‫َﺮاُم‬Aَ‫وا ْﳊ‬Hَ ‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ﳊ‬Aْ ‫ا‬L‫َﻊ‬D‫ﺘَ َﻤ‬E‫ ْﺟ‬Nِ‫ا ا‬G‫)إَِذ‬AN
HARAM, DIKIRA

9.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 2

Apakah contoh bagi kaedah ini? Berikut adalah antara contoh yang terbentuk
daripada kaedah ini:

(a) Binatang hasil kacukan halal dan haram (seperti khinzir dan lembu), maka
haram dimakan oleh umat Islam;

(b) Ayam penyembelihan atau jualan yang bercampur proses atau kaedahnya
antara halal (patuh syariat) dengan haram (tidak patuh syariat), maka
hukumnya adalah haram dimakan oleh umat Islam;

(c) Makanan atau minuman halal yang diadun atau disediakan dengan bahan
haram (seperti alkohol), maka hukumnya haram dimakan atau diminum
oleh umat Islam;

(d) Wang yang bercampur antara sumber yang halal dengan haram, sekiranya
tidak dapat dipastikan atau dibezakan jumlah yang halal dengan yang
haram, maka kesemuanya menjadi haram;

(e) Apabila berlaku kesamaran (diragui telah bercampur) antara susu kambing
dengan susu keldai, hukumnya tidak halal diminum; dan

(f) Pemburu memanah kijang atau landak yang berada di atas bukit atau
gunung lalu jatuh. Maka, ia haram dimakan kerana berkemungkinan
binatang tersebut mati akibat terjatuh.

9.3 CONTOH PENGECUALIAN DARIPADA
KAEDAH UMUM 2

Tahukah anda terdapat pengecualian bagi kaedah ini? Berikut adalah antara
contoh keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini:

(a) Diharuskan mengusung atau membawa naskhah al-Quran bersama
barangan lain yang kuantitinya lebih banyak daripada al-Quran;

(b) Diharuskan membawa tafsir al-Quran oleh orang yang berhadas dengan
syarat tafsir al-Quran tersebut melebihi atau sama jumlahnya dengan ayat
al-Quran. Jika sebaliknya, maka ia adalah haram. Ini merupakan pendapat
yang dikemukakan oleh para ulama mazhab Syafie;

(c) Sehelai baju kapas yang ditenun atau disulam tenunannya dengan benang
sutera, tidak haram dipakai oleh lelaki Muslim, jika nisbah tenunan sutera
tersebut adalah lebih kecil berbanding kapas. Ini adalah pandangan fuqaha
daripada mazhab Syafie;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: SJEIKBAAGBAERI CHAAMRAPMUR(‫م‬A‫َﺮا‬Nَ‫ا ْﳊ‬T‫ﺐ‬Aَ R‫ُﻏﻠﱢ‬A‫ﺮاُم‬Hََ‫ْﳊ‬A‫َوا‬L‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ْﳊ‬D‫ﻊ ا‬Eَ ‫ﻤ‬Nَ َ‫ْﺟﺘ‬Gِ‫ا‬A‫َذا‬Nِ‫)إ‬  141
HARAM, DIKIRA

(d) Walaupun binatang tenusu seperti lembu dan kambing memakan rumput
dari sumber yang haram, namun susu dan dagingnya tidak menjadi haram.
Hukumnya adalah makruh dan meninggalkannya adalah lebih baik bagi
orang yang warak, sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam
karyanya Syarh al-Muhazzab;

(e) Sekiranya pemburu memanah burung di udara lalu jatuh dan mati,
hukumnya halal dimakan dan dimaafkan. Ini adalah kerana sifat tabii
burung bila mati ia akan jatuh ke tanah; dan

(f) Sekiranya tidak dapat dipastikan antara wanita yang halal dikahwini
dengan wanita yang haram dikahwini dalam daerah yang luas dan ramai
wanita di daerah tersebut, maka hukumnya harus bagi lelaki mengahwini
wanita dari kalangan mereka kerana ini rukhsah dalam fiqh Islam. Namun,
harus diingat, pada hari ini sudah ada ujian DNA bagi memastikan nasab
keturunan. Oleh itu, tidak timbul lagi isu kesukaran dalam menentukan
perkara ini, melainkan wujud unsur tidak telus dalam proses ujian
tersebut.

AKTIVITI 9.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah jika bercampur antara
halal dengan haram, dikira sebagai haram.

2. Jelaskan kepentingan kaedah ini dalam menyelesaikan isu fiqh
kontemporari yang berkaitan.

3. Berikan dua contoh sistem muamalat semasa yang berkaitan
dengan kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira
sebagai haram.

9.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH
UMUM 2

Sekarang, mari kita pelajari pula sumber asal atau dalil bagi kaedah ini. Dalil
bagi kaedah ini adalah berdasarkan hadis berikut:

‫َﻣﺎ اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ اﻟْ َﺤﻼَ ُل َواﻟْ َﺤَﺮا ُم إِﻻﱠ ﻏُﻠﱢ َﺐ اﻟْ َﺤَﺮا ُم اﻟ َﺤﻼَل‬

Maksudnya: "Tidaklah berhimpun yang halal dan haram, melainkan
dimenangkan yang haram terhadap yang halal."

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 9 KAEDAH UMUM S2E:BJAIKGAABI EHRACRAAMMPU(‫م‬R‫ْﳊََﺮا‬A‫ ا‬N‫ َﺐ‬T‫ﻏُﻠﱢ‬AR‫َﺮاُم‬Aَ‫وا ْﳊ‬Hَ ‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ﳊ‬Aْ ‫ا‬L‫َﻊ‬D‫ﺘَ َﻤ‬E‫ ْﺟ‬Nِ‫ا ا‬G‫)إَِذ‬AN
HARAM, DIKIRA

Hadis tadi merupakan hadis mawquf daripada Ibn MasÊud sebagai mana yang
dipindahkan daripada al-Bayhaqi. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Jabir al-
JaÊfari yang merupakan rijal daÊif.

Dalil kedua yang menyebut tentang kaedah ini adalah seperti berikut:

‫ﻓََﻤ ْﻦ اِﺗﱠـَﻘﻰ اﻟ ﱡﺸﺒُـَﻬﺎ ِت اِ ْﺳﺘَْﺒـَﺮأَ ﻟِ ِﺪﻳْﻨِِﻪ َوِﻋْﺮ ِﺿﻪَ َوَﻣ ْﻦ َوﻗَ َﻊ‬
‫ِﻓﻰ اﻟ ﱡﺸﺒُـَﻬﺎ ِت َوﻗَ َﻊ ﻓِﻰ اﻟْ َﺤَﺮاِم‬

Maksudnya: "Sesiapa yang menjauhi perkara syubhah, sesunggahnya dia telah
membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya dan barang siapa yang
terdedah dan melakukan perkara syubhah akan terdedah kepada haram."

Hadis tersebut adalah riwayat Muslim dalam kitab al-Musaqah dan dalam bab
Akhz Al-Halal Wa Tark Al-Syubuhat, bilangan 2996. Ia juga diriwayatkan oleh
al-Bukhari dalam kitabnya al-Iman, bilangan 50. Begitu juga terdapat dalam
riwayat daripada imam lain yang muktabar.

AKTIVITI 9.2

Cuba anda cari dalil lain dari al-Quran dan hadis berkaitan perkara
halal, haram dan syubhah. Sediakan jawapan anda dalam bentuk jadual.

9.5 APLIKASI SEMASA KAEDAH UMUM 2

Akhir sekali, mari kita lihat bagaimana kaedah ini diaplikasikan dalam
kehidupan semasa, terutamanya dalam sistem muamalat. Berikut adalah antara
aplikasi semasa bagi kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira
sebagai haram:

(a) Fatwa Negeri Selangor Kali ke-2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011
bersamaan 8 Jamadil Awal 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa
pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra
(ASB) dan seumpamanya, tidak halal kerana masih belum menepati hukum
syarak dengan alasan ASB dan ASN secara jelas terlibat dalam aktiviti
pelaburan yang bercampur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah di
mana sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: SJEIKBAAGBAERI CHAAMRAPMUR(‫م‬A‫َﺮا‬Nَ‫ا ْﳊ‬T‫ﺐ‬Aَ R‫ﻏُﻠﱢ‬A‫ﺮاُم‬Hََ‫ْﳊ‬A‫َوا‬L‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ْﳊ‬D‫ﻊ ا‬Eَ ‫ﻤ‬Nَ َ‫ْﺟﺘ‬Gِ‫ا‬A‫َذا‬Nِ‫)إ‬  143
HARAM, DIKIRA

konvensional. Ini berdasarkan Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara
halal dengan haram, dikira sebagai haram) dan hadis berikut:

‫َﻣﺎ اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ اﻟْ َﺤﻼَ ُل َواﻟْ َﺤَﺮا ُم إِﻻﱠ ﻏُﻠﱢ َﺐ اﻟْ َﺤَﺮا ُم اﻟ َﺤﻼَل‬

Menurut Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, ASB dan ASN
diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang tidak patuh syariah kerana
ia terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah dan sumbangannya kepada
perkara tidak patuh syariah adalah besar dan tidak bertepatan dengan
kehendak syarak serta mempunyai kadar yang berubah-ubah. Ini
menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen
yang diperoleh.

(b) Menurut Majlis Fatwa Kuwait Finance House, MajmaÊ Fiqh Islami dan
beberapa ulama kontemporari yang tersohor, mereka berpendapat bahawa
saham bercampur antara aktiviti halal dengan haram hukumnya adalah
haram. Alasan yang digunakan oleh mereka adalah merujuk kepada dalil
dan hujah yang berkaitan dengan Kaedah Umum 2 iaitu jika bercampur
antara halal dengan haram, dikira sebagai haram dan kaedah ‰menolak
mafsadah lebih utama daripada mencapai maslahah‰. Kaedah ‰menolak
mafsadah lebih utama daripada mencapai maslahah" menunjukkan
bahawa apabila berlaku pertembungan antara mafsadah dan maslahah,
maka kita perlu mengutamakan menolak mafsadah kerana syarak lebih
mengutamakan soal al-manhiyyat (larangan) daripada al-maÊmurat
(suruhan).

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, terdapat juga pandangan
sebahagian ulama semasa yang mengharuskannya. Namun, perlu
diingatkan bahawa pilihan yang terbaik adalah tidak melibatkan mana-
mana saham, perniagaan dan aktiviti muamalat yang bercampur antara
halal dengan haram. Ini adalah kerana meninggalkannya adalah lebih baik
dan dapat menyambung atau mewarisi sifat warak para ulama yang benar-
benar ihtiyat (berhati-hati) dalam setiap aktiviti mereka dalam kehidupan
seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

144  TOPIK 9 KAEDAH UMUM S2E:BJAIKGAABI EHRACRAAMMPU(‫م‬R‫ْﳊََﺮا‬A‫ ا‬N‫ َﺐ‬T‫ﻏُﻠﱢ‬AR‫َﺮاُم‬Aَ‫وا ْﳊ‬Hَ ‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ﳊ‬Aْ ‫ا‬L‫َﻊ‬D‫ﺘَ َﻤ‬E‫ ْﺟ‬Nِ‫ا ا‬G‫)إَِذ‬AN
HARAM, DIKIRA

SEMAK KENDIRI 9.1

Nyatakan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa berdasarkan
kepada kaedah „jika bercampur antara halal dengan haram, dikira
sebagai haram‰ dengan terperinci serta berikan hujah yang
menyokongnya.

Ć Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai
haram) merupakan salah satu kaedah asas dalam sistem muamalat Islam.
Kaedah ini menekankan unsur halal dan haram dalam aktiviti seharian umat
Islam.

Ć Kaedah ini secara umumnya membawa maksud apabila bercampur antara
halal dan haram, maka keutamaannya ialah mendahulukan yang haram
kerana itu adalah yang terbaik. Oleh itu, kaedah ini menekankan sifat teliti
dan memandang berat mengenai kegiatan yang hendak dilaksanakan.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah haram memakan binatang kacukan hasil
haram dan halal (seperti khinzir dan lembu), haram memakan makanan yang
diadun dengan bahan yang tidak halal (seperti alkohol) dan haram
menggunakan wang yang bercampur sumber haram dan halal (seperti jualan
arak).

Ć Namun, terdapat pengecualian bagi kaedah ini. Antara contohnya ialah
dalam hal membawa al-Quran (harus mengusungnya bersama barang lain
yang banyak, harus membawanya jika tafsirnya adalah lebih banyak dari
ayatnya) dan pemakaian kain sutera bagi lelaki (tidak haram jika banyak
dicampur dengan kain kapas).

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini adalah hadis.

Ć Kaedah ini menjadi asas perbincangan semasa menilai dan memutuskan
status hukum bagi isu yang muncul berkaitan percampuran halal dan haram
dalam aktiviti yang dilaksanakan. Antara aplikasi kaedah ini adalah dalam
penentuan status pelaburan ASN dan ASB, dan status saham bercampur.
Ketiga-tiga jenis pelaburan ini dianggap tidak halal kerana masih belum
menepati hukum syarak dan bercampur antara memenuhi syariah dan tidak
memenuhinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: SJEIKBAAGBAERI CHAAMRAPMUR(‫م‬A‫َﺮا‬Nَ‫ا ْﳊ‬T‫ﺐ‬Aَ R‫ُﻏﻠﱢ‬A‫ﺮاُم‬Hََ‫ْﳊ‬A‫َوا‬L‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ْﳊ‬D‫ﻊ ا‬Eَ ‫ﻤ‬Nَ َ‫ْﺟﺘ‬Gِ‫ا‬A‫َذا‬Nِ‫)إ‬  145
HARAM, DIKIRA

Ć Kaedah ini sangat penting difahami dan diamalkan oleh setiap umat Islam.
Islam menyarankan umatnya supaya utamakan sumber yang halal serta baik
(halalan tayyiban) tanpa sebarang rasa syak dan syubhah.

Al-maÊmurat (suruhan) Maslahah
Al-manhiyyat (larangan) Syubhah
Ihtiyat (berhati-hati) Warak
Mafsadah

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.

Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.

Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.

Al-QurÊan al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid

wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:

Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti

Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 9 KAEDAH UMUM S2E:BJAIKGAABI EHRACRAAMMPU(‫م‬R‫ْﳊََﺮا‬A‫ ا‬N‫ َﺐ‬T‫ُﻏﻠﱢ‬AR‫َﺮاُم‬Aَ‫وا ْﳊ‬Hَ ‫ل‬Aَُ‫ﻼ‬Lَ‫ﳊ‬Aْ ‫ا‬L‫َﻊ‬D‫ﺘَ َﻤ‬E‫ ْﺟ‬Nِ‫ا ا‬G‫)إَِذ‬AN
HARAM, DIKIRA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Kaedah Umum

10 3: Urusan
Pemerintah
Berkenaan
Rakyat
Hendaklah
Berlandaskan
Maslahah
‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ‬
(‫اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah

berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan maslahah) dan
kepentingannya;
2. Menyatakan contoh bagi Kaedah Umum 3; dan
3. Mengenal pasti sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

 PENGENALAN

Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan
maslahah) merupakan salah satu kaedah kecil yang perlu anda pelajari dalam
ilmu fiqhiyyah. Ini adalah kerana aplikasinya cukup meluas dalam pelbagai isu
berkaitan pengurusan di semua peringkat. Malah, ia juga tidak terhad kepada
isu fiqhiyyah sahaja.

Umumnya, kaedah ini membawa maksud setiap pemimpin atau pengurus
hendaklah memastikan segala dasar dan tindakan yang dibuat adalah selari
dengan maslahah, kepentingan rakyat atau orang yang dipimpinnya. Maslahah
ini pula perlu selaras dengan kehendak syarak.

Apakah kepentingan kaedah ini? Kaedah ini penting dalam pengajian siyasah
syarÊiyyah (politik Islam) dan tadbir urus yang baik (good governance). Oleh itu,
topik kesepuluh ini akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah,
contoh, sumber asal atau dalil kaedah dan bagaimana kaedah ini boleh
diaplikasikan.

10.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
UMUM 3

Apakah yang boleh anda katakan untuk menerangkan maksud kaedah ini?
Merujuk kembali kepada maksud yang diterangkan dalam bahagian pengenalan,
kaedah ini membawa pengertian bahawa segala tindakan pemerintah dan dasar
yang dibuat oleh pemimpin atau pengurus hendaklah berdasarkan kepada
maslahah atau kepentingan umum. Selain itu, seorang pemimpin atau pengurus
tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah bagi diri,
keluarga mahupun kroninya. Begitu juga kedudukan yang ada tidak boleh
digunakan untuk mengambil hak rakyat yang dipimpin atau menzalimi mereka
dengan tindakan atau dasar yang dibuat, sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja.

Oleh itu, syariat Islam telah meletakkan kewajipan yang besar terhadap
pemimpin supaya bersikap teliti dan berhemat dalam membuat keputusan yang
akan memberi kesan kepada orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang warak
dan soleh akan sentiasa menyemak dasar dan tindakan yang telah dibuat bagi
memastikan kepentingan umum dipenuhi pada setiap masa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  149
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

Sekiranya terdapat sebarang perkara yang bertentangan dengan maslahah, ia
merupakan darar (mudarat) yang perlu dihapuskan atau diselesaikan dengan
segera; seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 6 yang lepas.

Bagi menyokong pelaksanaan kaedah ini, Islam telah memperkenalkan konsep
syura (surah al-Shura, 42:38 dan surah Ali-Imran, 3:159) dalam pentadbiran.
Selain itu, Islam juga menekankan pemilihan pemimpin yang berkelayakan dari
segi iman, ilmu yang luas, pengalaman, kebijaksanaan dan ketakwaan yang
tinggi. Berdasarkan kaedah ini, pemimpin hendaklah melihat kepada maslahah
atau kepentingan umum pada setiap masa.

Kita perlu faham bahawa maslahah ini hendaklah diukur dengan berpandukan
syariat dan objektif Islam dalam memelihara lima prinsip umum atau
dharuriyyat al-khams iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Mari kita
ambil pembinaan kilang arak sebagai contoh. Walaupun kilang ini dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan boleh menyumbang
pendapatan dari segi ekonomi, ia tidak boleh dilihat sebagai kepentingan umum.
Ini kerana pembinaan kilang ini adalah bercanggah dengan syarak. Kerosakan
langsung atau tidak langsung yang dibawa dalam masyarakat sama ada dalam
jangka masa pendek atau panjang adalah tidak berbaloi dengan faedah yang
(dikatakan) dapat dikecapi.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar r.a., Rasullullah s.a.w. bersabda:

...‫أﻻ ﻛﻠﻜﻢ راع وﻛﻠﻜﻢ ﻣﺴﺌﻮل ﻋﻦ رﻋﻴﺘﻪ‬

Maksudnya: "Ketahuilah! Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan setiap
pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin."

(Shahih Muslim, No. 3408)

Hadis ini telah menjelaskan bahawa tanggungjawab menjaga ‰rakyat‰ (orang
yang dipimpin) adalah tanggungjawab setiap individu mukallaf, tidak hanya
terhad kepada pemerintah negara. Ini bermakna, Kaedah Umum 3 merupakan
tuntutan ke atas setiap individu yang mempunyai tanggungan yang
dipertanggungjawabkan tanpa mengira kedudukannya seperti:

(a) Raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin. Dia akan ditanya tentang
tanggungjawabnya terhadap rakyat yang dipimpinnya;

(b) Suami adalah pemimpin kepada anggota keluarganya. Dia akan ditanya
tentang tanggungjawabnya terhadap mereka;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

(c) Isteri juga merupakan pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya.
Dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya terhadap apa yang
dipimpinnya; dan

(d) Budak suruhan juga adalah pemimpin atas harta tuannya. Dia akan ditanya
mengenai tanggungjawabnya terhadap harta tersebut.

Untuk menjadi pemimpin yang berjaya, kita harus bersifat lebih teliti dan
berhemat dalam menjalankan amanah, sama ada terhadap kerja mahupun
keluarga. Sekiranya setiap orang mengaplikasikan kaedah ini dalam kehidupan,
insya Allah, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik di mana kadar jenayah
dan masalah sosial serta sebarang bentuk penyelewengan akan berkurangan. Ini
adalah kerana tiada kes bapa yang memperkosa darah dagingnya sendiri, tiada
kes ibu yang membuang dan meninggalkan bayi atau anaknya di merata-rata
tempat, tiada kes pemimpin yang menindas rakyat, tiada kes pegawai yang
menyalahgunakan kuasa, dan sebagainya. Oleh itu, kaedah ini seharusnya
dipelajari, difahami dan diaplikasikan oleh setiap Muslim untuk membentuk
negara yang aman dan damai.

10.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 3

Bolehkah anda berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan?
Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini adalah:

(a) Berdasarkan kemaslahatan umum, pemimpin hendaklah melantik
seseorang yang soleh dan berkelayakan sebagai imam masjid untuk
mengimamkan solat. Tidak harus bagi pemimpin melantik seorang yang
fasiq atau kurang berkelayakan menjadi imam masjid di sesuatu kawasan.
Ini adalah untuk mengelakkan perkara makruh di mana pihak makmum
pula yang perlu membetulkan solat imam;

(b) Pihak yang berkuasa perlu melantik individu yang berkelayakan dari
sudut akademik, pengalaman, personaliti, reputasi dan sebagainya untuk
mengisi jawatan penting dalam masyarakat seperti imam, ketua kampung,
pembesar daerah, termasuk juga jawatan dalam sektor pengurusan dan
pentadbiran. Kaedah Umum 3 ini menegah pihak berwajib melantik
seseorang yang kurang atau tidak berkelayakan semata-mata kerana
pertalian keluarga dan sebagainya, sedangkan terdapat ramai lagi calon
lain yang lebih berkelayakan. Ini adalah kerana kelayakan ini adalah
berkait rapat dengan kemampuan penjawat untuk menilai maslahah
umum dalam urusan pentadbiran kelak;

(c) Pemimpin tidak boleh memaaf dan melepaskan pesalah qisas begitu
sahaja. Ini adalah kerana ia bertentangan dengan maslahah umum. Jika ada
maslahah untuk pelaksanaan hukuman qisas, pemimpin wajib

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  151
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

melaksanakannya. Namun, jika maslahah untuk mengenakan diyat lebih
berkesan berbanding qisas, dia boleh mengenakan diyat sahaja;

(d) Pemimpin perlu memutuskan hukuman berdasarkan kepada kemaslahatan
umum dalam menentukan hukuman takzir yang wajar kepada penjenayah
(sama ada hukuman mati, dipenjara, dijamin atau ditebus). Sebagai contoh,
seorang pemimpin harus menetapkan hukuman mati kepada perogol, jika
ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat umum;

(e) Pemimpin tidak harus menggugurkan syarat kafaah (sekufu) dalam
perkahwinan, sekalipun perkara tersebut dipersetujui oleh kaum wanita.
Ini adalah kerana hak kafaah itu adalah hak umat Islam amnya dan ia
bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umum;

(f) Harus bagi pemerintah mengambil tanah rakyat untuk tujuan
pembangunan dengan memberikan pampasan yang mencukupi. Ini adalah
kerana pembangunan ini (seperti pembinaan sekolah, lapangan terbang
dan sebagainya) akan memberikan kemaslahatan kepada masyarakat
umum; dan

(g) Harus bagi pemerintah memberhentikan mana-mana pegawainya yang
bermasalah dengan syarat pemerintah tersebut mempunyai justifikasi yang
baik terhadap tindakannya tersebut. Namun, hukumnya adalah haram jika
dibuat tanpa sebarang justifikasi. Ini adalah kerana masyarakat
memerlukan jaminan kerja dan ia turut berkait rapat dengan peningkatan
motivasi dan produktiviti kerja.

Sebagai rumusan, kaedah ini merupakan salah satu bukti kesyumulan Islam; ia
membuktikan bahawa Islam itu ideal dan sesuai dengan fitrah manusia. Kaedah
ini juga merupakan asas kepada kaedah tadbir urus yang baik (good
governance). Kaedah fiqh ini sesuai dan perlu diaplikasikan dalam seluruh
masyarakat pada setiap masa dan tidak terhad kepada urusan ibadah sahaja.
Tambahan pula, Islam mengiktiraf segala urusan harian yang dibuat dengan cara
yang betul, sedaya upaya cuba mematuhi syariat sebagai satu ibadah yang akan
diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya, Allah s.w.t. Maha
Mengetahui segala apa yang kita kerjakan serta niat yang ada di dalam hati.
Sebagai seorang Islam, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan Islam dalam kehidupan harian. Mudah-mudahan segala amalan
kita akan diterima oleh Allah s.w.t. dan diberikan ganjaran pahala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

152  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah „urusan pemerintah
berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan maslahah‰.

2. Jelaskan kepentingan kaedah ini.

3. Bincangkan secara berkumpulan contoh semasa yang berkaitan
dengan kaedah ini.

10.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH
UMUM 3

Akhir sekali, mari kita pelajari sumber asal atau dalil bagi kaedah ini. Kaedah ini
turut dirujuk oleh Imam Syafie sebagai:

‫ﻣﻨﺰﻟﺔ اﻹﻣﺎم ﻣﻦ اﻟﺮﻋﻴﺔ ﻣﻨﺰﻟﺔ اﻟﻮﻟﻲ ﻣﻦ اﻟﻴﺘﻴﻢ‬

Maksudnya: "Kedudukan pemerintah terhadap rakyat seperti kedudukan wali
(penjaga) terhadap anak yatim jagaannya."

Imam as-Suyuti menyatakan bahawa kaedah ini berasal daripada kata-kata
Saidina Umar al-Khattab (qaul sahabi) yang diriwayatkan oleh SaÊid bin Mansur
dalam kitab sunannya yang bermaksud:

Diriwayatkan kepada kami oleh Abu al-Ahwas bin Abi Ishaq daripada al-
Barrak bin ÂAazib bahawa Saidina Umar r.a. berkata:

„Sesungguhnya, aku menganggap kedudukanku terhadap harta Allah
s.w.t. seperti kedudukan wali terhadap anak yatim. Jika aku dalam
kesempitan dan perlu kepada harta itu, akan ku ambil sedikit daripadanya,
jika aku ada lebihan harta, akan ku kembalikan harta yang ku ambil, dan
jika aku dalam kesenangan, aku akan menahan diri daripada
menggunakan harta itu.‰

Kata-kata Saidina Umar r.a. menerangkan lebih lanjut tentang sikap amanah
dalam pengurusan harta anak yatim, begitu juga tahap amanah yang dituntut
dalam pengurusan pemerintah ke atas rakyatnya. Tuntutan amanah ini bukan
sahaja dipikul oleh pemerintah, tetapi juga oleh setiap individu mukallaf
terhadap tanggungannya seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  153
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

AKTIVITI 10.1

1. Bincangkan dan buat kajian bersama rakan sekelas anda mengenai
kedudukan wali dalam pengurusan anak yatim untuk lebih
memahami tahap amanah yang dituntut dalam isu ini.

2. Cari dalil dari al-Quran dan hadis berkaitan isu amanah dan anak
yatim.

3. Apakah pendapat anda tentang inisiatif pemerintah (seperti
kawalan harga ayam, pemberian BR1M dan sebagainya) pada
masa kini? Kaitkan pendapat anda dengan merujuk kepada
Kaedah Umum 3.

4. Secara berkumpulan, bandingkan Kaedah Umum 3 dengan tadbir
urus yang baik (good governance).

Ć Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah
berlandaskan maslahah) memberi maksud bahawa segala tindakan
pemerintah dan dasar yang dibuat oleh pemimpin atau pengurus hendaklah
berdasarkan kepada maslahah atau kepentingan umum.

Ć Pemimpin atau pengurus tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk
mendapat faedah bagi diri, keluarga mahupun kroninya.

Ć Oleh itu, Islam menekankan tentang pemilihan pemimpin yang berkelayakan
dari segi iman, ilmu yang luas, pengalaman dan kebijaksanaan serta
ketakwaan yang tinggi.

Ć Kaedah ini adalah penting dalam pengajian siyasah syarÊiyyah (politik dalam
Islam) dan tadbir urus yang baik.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah pemimpin perlu melantik seseorang
yang soleh dan berkelayakan sebagai imam masjid untuk mengimami solat,
tidak harus menggugurkan syarat kafaah (sekufu) dalam perkahwinan,
mengambil tanah rakyat untuk tujuan pembangunan dengan memberikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

154  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

pampasan yang mencukupi dan memberhentikan mana-mana pegawainya
yang tidak amanah.

Ć Walaupun kaedah ini dianggap sebagai kaedah kecil, ia mempunyai peranan
yang sangat besar dalam mendidik dan membentuk masyarakat di semua
peringkat.

Ć Kaedah ini menekankan amalan dan sikap amanah dalam melaksanakan
tanggungjawab. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang
berkaitan dengan kaedah ini.

Kepentingan umum (maslahah) Tadbir urus yang baik (good
Pemimpin governance)
Siyasah syarÊiyyah (politik Islam)

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.

Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.

Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.

Al-Quran al-Karim.

Al-Sunnah al-Nabawiyyah.

Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  155
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫)ﺗَ َﺼﱡﺮ ُف ا ِﻹَﻣﺎِم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮِﻋﻴﱠِﺔ َﻣﻨُـْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟْ َﻤ ْﺼﻠَ َﺤِﺔ‬

Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Kaedah Umum

11 4: Mengambil
Kira Sesuatu
Pernyataan
adalah Lebih
Baik daripada
Mengabaikannya
‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أَْوﻟَﻰ‬
(‫ِﻣ ْﻦ إِ ْﻫ َﻤﺎﻟِِﻪ‬

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu

pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya);
2. Menyatakan contoh bagi Kaedah Umum 4; dan
3. Mempraktikkan Kaedah Umum 4 dengan baik terhadap

permasalahan semasa yang bersesuaian dengan kaedah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11 LKEABEIHDABHAIKUMDAURMIP4A:DMAEMNEGNAGMABBIAL IKKIARNANSYESAU(A‫ﺎﻟِِﻪ‬Tَ‫ْﳘ‬Uِ‫ْﻦ إ‬P‫ِﻣ‬E‫َﱃ‬R‫أَْو‬N‫ﻼَِم‬Y‫ﻜ‬Aَ ْ‫ﻟ‬T‫ل ا‬Aُْ‫ﺎ‬A‫ْﻋ َﻤ‬Nِ‫)إ‬  157
ADALAH

 PENGENALAN

Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik
daripada mengabaikannya) merupakan salah satu kaedah umum yang perlu
anda pelajari kerana aplikasi dan isu yang berkaitan dengannya adalah meluas
dan pelbagai.

Secara umumnya, kaedah ini membawa maksud bahawa kita perlu mengambil
kira makna dan maklumat tentang sesuatu ungkapan atau pernyataan
berbanding meninggalkan atau mengabaikannya. Dengan kata lain, apabila
sesuatu pernyataan itu jelas maksudnya, maka ia tidak perlu lagi ditafsirkan.

Walau bagaimanapun sekiranya maksud tersurat tidak dapat diterapkan, maka
kita perlu mengguna pakai maksud yang tersirat pula. Seterusnya, jika kedua-
duanya tidak dapat difahami sama ada secara tersirat mahupun tersurat, maka
pernyataan tersebut boleh diabaikan. Kaedah ini penting dalam menyelesaikan
isu-isu semasa yang timbul dalam perkara yang berkaitan.

Oleh itu, topik terakhir ini akan membincangkan berkaitan dengan pengertian
dan penghuraian kaedah, contoh dan bagaimana anda boleh mengaplikasikan
kaedah ini dalam kehidupan.

11.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
UMUM 4

Apakah yang anda faham tentang kaedah ini? Kaedah Umum 4 (sesuatu
pernyataan lebih baik daripada mengabaikannya) ini memberi pengertian
bahawa apabila sesuatu pernyataan dilontarkan, dikemukakan atau diutarakan
oleh seseorang mukallaf, maka maksud pernyataannya itu perlu dipelihara
sebaik mungkin dari dinafikan hak pernyataannya di samping melihat
kesimpulan yang boleh membenarkan maksud pernyataan tersebut. Oleh itu,
pembinaan hukum syarak ke atas pernyataan sebegini adalah wajib.

Namun, sekiranya sukar menterjemahkan makna hakiki yang dikemukakan oleh
sesuatu pernyataan dari segi linguistiknya, maka ia perlu diterjemahkan
menurut makna majazi (metafora) selagi mana mampu difahamai maksudnya.
Sekiranya tidak berupaya untuk menterjemahkan maksudnya biarpun melalui
majazinya, maka pernyataan tersebut boleh diabaikan. Ini adalah berdasarkan
ayat berikut:

‫إِ ْﻋ َﻤﺎُْل اﻟْ َﻜﻼَِم أَْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ َﻣﺎ َﱂْ ﻳـَﺘَـَﻌ ﱠﺬْر‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

158  TOPIK 11 LKEABEIDHABHAUIKMDUAMRIP4A: DMAENMGEANMGABIBLAKIKIRAANSNEYSAUA(‫ِﻪ‬Tِ‫ﳘَﺎﻟ‬Uْ ِ‫إ‬ PERNYATAAN ADALAH
‫)إِ ْﻋ َﻤﺎُْل اﻟْ َﻜﻼَِم أَْوَﱃ ِﻣ ْﻦ‬

Maksudnya: "Mengamalkan sesuatu kalam adalah lebih utama daripada
mengabaikannya, selagi mana tidak ada keuzuran (sesuatu yang merumitkan,
menyukarkan dan yang menghalang)."

Kesimpulannya, pernyataan yang jelas maksudnya harus diamalkan bersesuaian
dengan maksudnya.

11.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 4

Apakah contoh bagi aplikasi kaedah ini? Antara contoh aplikasi kaedah ini
adalah:

(a) Seseorang mewakafkan harta kepada anaknya, namun anaknya telah tiada
dan yang tinggal hanyalah cucunya. Dalam situasi ini, apakah kita boleh
mengabaikan wakafnya atau kita katakan wakafnya tidak sah? Kita boleh
katakan bahawa wakaf tersebut tidak batal, selagi mana ia boleh
dipraktikkan dengan mengatakan bahawa wakaf itu adalah milik cucunya
juga kerana cucunya itu adalah anaknya (lahir daripada nasabnya juga).
Berdasarkan kaedah ini dan juga persetujuan oleh para ulama, maka
jawapan kepada situasi ini adalah pendapat yang terakhir. Ini adalah
kerana ini lebih praktikal untuk diambil kira dalam menyelesaikan isu ini;

(b) Seseorang mewasiatkan satu daripada dua kedai miliknya, satu kedainya
penuh sarat dengan beras dan satu lagi kedainya penuh berisi dengan arak.
Berdasarkan kaedah ini, wasiat yang sah dan yang boleh diamalkan adalah
kedai yang berisi beras kerana ia tidak bercanggah dengan kehendak
syarak;

(c) Seseorang lelaki berhadapan dengan isteri dan kucingnya, lalu dia
mengungkapkan ayat berikut, "Saya ceraikan salah satu daripada
keduanya." Dalam situasi ini, talak tersebut jatuh ke atas isterinya;

(d) Seseorang mewasiatkan dua pasang kasut, salah satu daripadanya
diperbuat daripada kulit khinzir dan yang lainnya diperbuat daripada kulit
lembu. Oleh itu, wasiat yang sah adalah kasutnya yang diperbuat daripada
lembu dan bukannya khinzir;

(e) Mengambil kira maklumat dan ungkapan orang-orang tua dalam bentuk
petua, tips dan sebagainya adalah lebih baik daripada mengabaikannya. Ini
adalah kerana pada umumnya, petua ini terhasil daripada pengajaran dan
pengalaman lalu; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11 LKEABEIHDABHAIKUMDAURMIP4A:DMAEMNEGNAGMABBIAL IKKIARNANSYESAU(A‫ﺎﻟِِﻪ‬Tَ‫ْﳘ‬Uِ‫ْﻦ إ‬P‫ِﻣ‬E‫َﱃ‬R‫أَْو‬N‫ﻼَِم‬Y‫ﻜ‬Aَ ْ‫ﻟ‬T‫ل ا‬Aُْ‫ﺎ‬A‫ْﻋ َﻤ‬Nِ‫)إ‬  159
ADALAH

(f) Mengambil kira teori, pendapat, komentar dan sebagainya adalah lebih
baik untuk pembangunan diri atau institusi berbanding membiar dan
mengabaikannya sahaja.

Sebagai rumusan, Kaedah Umum 4 ini mempunyai fungsi yang sangat besar
dalam menyelesaikan masalah fiqh Islam. Ia menjadi asas perbincangan semasa
bagi memutuskan status hukum bagi sesuatu pernyataan yang diungkapkan,
sama ada ia boleh diamalkan mengikut syarak atau diabaikan. Oleh itu, kaedah
ini sangat penting difahami dan diamalkan oleh setiap umat Islam.

AKTIVITI 11.1

1. Huraikan dengan jelas Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu
pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya). Sertakan
dua contoh yang berkaitan.

2. Bincangkan dengan tutor anda mengenai kedudukan dan
kepentingan Kaedah Umum 4 dalam menyelesaikan isu fiqh
kontemporari yang berkaitan.

SEMAK KENDIRI 11.1

1. Secara berpasangan, terangkan kepada rakan anda apa yang anda
faham tentang kaedah mengambil kira sesuatu pernyataan adalah
lebih baik daripada mengabaikannya. Setelah selesai, rakan anda
perlu menerangkan kaedah tersebut kepada anda pula. Bandingkan
kefahaman anda dan rakan anda.

2. Senaraikan dua contoh klasik dan dua contoh kontemporari yang
mempunyai kaitan dengan kaedah mengamalkan sesuatu kalam
lebih utama daripada mengabaikannya.

Ć Kaedah Umum 4 membawa maksud bahawa kita perlu mengambil kira
makna dan maklumat tentang sesuatu ungkapan atau pernyataan
berbanding meninggalkan atau mengabaikannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

160  TOPIK 11 LKEABEIDHABHAUIKMDUAMRIP4A: DMAENMGEANMGABIBLAKIKIRAANSNEYSAUA(‫ِﻪ‬Tِ‫ﳘَﺎﻟ‬Uْ ِ‫إ‬ PERNYATAAN ADALAH
‫)إِ ْﻋ َﻤﺎُْل اﻟْ َﻜﻼَِم أَْوَﱃ ِﻣ ْﻦ‬

Ć Dengan kata lain, apabila sesuatu pernyataan itu jelas maksudnya, maka ia
tidak perlu lagi ditafsirkan dan harus diamalkan, bersesuaian dengan
maksudnya.

Ć Sekiranya maksud tersurat tidak dapat diterapkan, maka kita perlu
mengguna pakai maksud yang tersirat pula. Namun, jika keduanya tidak
dapat difahami, sama ada secara tersirat mahupun tersurat, maka pernyataan
tersebut boleh diabaikan.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah apabila seorang lelaki berhadapan
dengan isteri dan kucingnya lalu dia mengungkapkan, "Saya ceraikan salah
satu daripada keduanya." Dalam situasi ini, jatuh talak tersebut ke atas
isterinya. Selain itu, mengambil kira maklumat dan ungkapan daripada
orang-orang tua dalam bentuk petua, tips dan sebagainya juga merupakan
satu contoh bagi kaedah ini.

Hakiki Pernyataan
Majazi (metafora)

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.

Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.

Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.

Al-Quran al-Karim.

Al-Sunnah al-Nabawiyyah.

Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 11 LKEABEIHDABHAIKUMDAURMIP4A:DMAEMNEGNAGMABBIAL IKKIARNANSYESAU(A‫ﺎﻟِِﻪ‬Tَ‫ْﳘ‬Uِ‫ْﻦ إ‬P‫ِﻣ‬E‫َﱃ‬R‫أَْو‬N‫ﻼَِم‬Y‫ﻜ‬Aَ ْ‫ﻟ‬T‫ل ا‬Aُْ‫ﺎ‬A‫ْﻋ َﻤ‬Nِ‫)إ‬  161
ADALAH

Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.

Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK

MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:
1. E-mail your comment or feedback to [email protected]
OR
2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.
Thank you.
Centre for Instructional Design and Technology
(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version