TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN 85
()اَﻟ ْﻤـَ َﺸﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠِ ُﺐ اﻟﺘﱠـْﻴ ِﺴْﻴـَﺮ
(c) Hukum Pelaksanaan Ibadah bagi Pesakit yang Menggunakan Beg
Kolostomi
Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-79 yang bersidang pada 6 hingga 8
September 2007 telah membincangkan hukum pelaksanaan ibadah bagi
pesakit yang menggunakan beg kolostomi. Muzakarah ini telah
memutuskan bahawa:
(i) Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai
mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai
menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau
membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk atau menunaikan
solat; dan
(ii) Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk
melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardu
sehingga wuduk tersebut terbatal.
Keterangan atau Hujah:
(i) Istilah „kolostomi‰ merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar
(colon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya
disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit.
Hujung usus ke bahagian dubur (rektum) tidak lagi dapat berfungsi
seperti biasa. Beg kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di
mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Pengeluaran
najis tidak akan dapat dikawal sama sekali oleh pesakit;
(ii) Kebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan
amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan
adalah bagaimana harus mereka menguruskan kolostomi mereka
semasa mengambil wuduk dan semasa menunaikan fardu solat.
Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap
kali mengambil wuduk atau untuk menunaikan solat? Adakah
wuduk akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal
ke dalam pundi kolostomi?;
(iii) Isu batal wuduk apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada
dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh ulama adalah dalam
konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami
masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah
penyucian dan pelaksanaan ibadah kerana mereka dianggap orang
yang dalam keuzuran;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
86 TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
()اَﻟ ْﻤـَ َﺸﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠِﻠ ُﺐ اﻟﺘﱠـْﻴ ِﺴْﻴـَﺮ
(iv) Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl kerana
kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu, dari sudut hukum, ia tidak
boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl;
(v) Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami
masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada
dalam keadaan darurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam
beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai
menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat;
(vi) Pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wuduk untuk semua
ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wuduk tersebut tidak
terbatal. Namun, sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk
memperbaharui wuduk, ia adalah disunatkan; dan
(vii) Islam adalah agama yang memberi kemudahan berdasarkan dalil
daripada al-Quran dan hadis Nabi yang banyak membincangkan
perkara tersebut. Keharusan dalam permasalahan ini juga
berdasarkan kepada kaedah kesukaran membawa kemudahan dan
kaedah pecahannya iaitu apabila sesuatu itu sempit, hukumnya
menjadi luas. Oleh itu, pesakit tidak wajar disyaratkan untuk
mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk
kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah.
5.10.3 Implikasi Pemakaian Kaedah Fiqh
Apakah implikasi penggunaan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes?
Antara implikasi penggunaan kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu kes
adalah seperti berikut:
(a) Menjadi sandaran hukum kepada mufti dan ulama;
(b) Membantu mufti dan ulama untuk mengenal pasti isu yang dipertikaikan;
(c) Membantu mufti dan hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan
dengan sebaik-baiknya berdasarkan kaedah fiqh;
(d) Sebagai hujahan mufti kepada isu yang tidak mempunyai sumber hukum
yang jelas; dan
(e) Menjadi prinsip asas dalam memutuskan sesuatu hukum bagi isu atau
permasalahan fiqh yang timbul.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN 87
()اَﻟ ْﻤـَ َﺸﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠِ ُﺐ اﻟﺘﱠـْﻴ ِﺴْﻴـَﺮ
AKTIVITI 5.3
1. Bolehkah seseorang membuat solat jamak semata-mata untuk
menonton perlawanan bola sepak?
2. Bolehkah seseorang membuat jamak takhir kerana hadir mesyuarat
penting yang memakan masa dua waktu solat? Bincangkan dua
perkara ini bersama rakan anda dalam kumpulan dan bentangkan
di dalam kelas nanti.
SEMAK KENDIRI 5.2
1. Kemukakan tiga contoh implimentasi kaedah ini dalam isu fiqh
kontemporari di Malaysia.
2. Berikan pendapat anda tentang implikasi utama yang akan timbul
sekiranya kaedah kesukaran membawa kemudahan tidak
diperundangkan dalam perundangan Islam.
Ć Kaedah al-masyyaqqah tajlib al-taysir membawa maksud kesukaran
membawa kemudahan. Melalui prinsip kaedah ini, Islam memberi
pengecualian kepada manusia apabila berhadapan dengan situasi yang
mendesak. Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah semua hukum rukhsah
dalam syariat Islam.
Ć Kaedah ini juga disebut sebagai "al-qawaÊid al-khams al-kubra" atau "al-
qawaÊid al-asasiyyah".
Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah doktor lelaki diberi kelonggaran boleh
melihat aurat wanita ajnabi dengan tujuan untuk menjalankan rawatan,
disyariatkan talak (cerai) dan khuluk (tebus talak) untuk kemudahan kepada
pasangan yang tidak serasi dan lain-lain.
Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini ialah al-Quran dan hadis.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
88 TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
()اَﻟ ْﻤـَ َﺸﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠِ ُﺐ اﻟﺘﱠـْﻴ ِﺴْﻴـَﺮ
Ć Terdapat tiga kategori masyaqqah mengikut perspektif syarak iaitu
kesukaran yang sangat berat (al-masyaqqah al-Âazimah), kesukaran tahap
pertengahan (al-masyaqqah al-mutawassitah) dan kesukaran tahap ringan
(al-masyaqqah al-khafifah).
Ć Terdapat empat kriteria masyaqqah iaitu:
Masyaqqah yang tidak ada pertembungan dengan nas syarak atau qatÊi;
Masyaqqah yang melebihi batasan keupayaan ataupun di luar
kemampuan seseorang;
Masyaqqah yang memberatkan mukallaf dalam melakukan ibadah; dan
Tidak terdiri daripada masyaqqah yang sememangnya perlu ditanggung
oleh mukallaf.
Ć Terdapat tujuh faktor keringanan yang diberikan oleh syarak apabila
seseorang mukallaf itu berhadapan dengan kesukaran yang sukar dielakkan.
Faktor tersebut adalah dalam musafir, sakit, dipaksa, terlupa, jahil, kesukaran
umum dan kekurangan.
Ć Terdapat tujuh rukhsah syarak dalam ibadah iaitu takhfif isqat, takhfif tanqis,
takhfif ibdal, takhfif taqdim, takhfif taÊkhir, takhfif tarkhis dan takhfif taghyir.
Ć Terdapat lima rukhsah syarak dalam status hukum iaitu rukhsah wajibah,
rukhsah mandubah, rukhsah mubahah, rukhsah khilaf awla dan rukhsah
makruhah.
Ć Terdapat dua pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah al-
masyyaqqah tajlib al-taysir iaitu apabila sesuatu itu sempit, hukumnya
menjadi luas dan apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukumnya menjadi
sempit.
Ć Kaedah Asas 3 memainkan peranan dan implikasi yang penting dalam
memutuskan sesuatu hukum dan fatwa di Malaysia. Antaranya ialah
penentuan hukum bagi pelbagai keadaan perubatan.
Ć Antara implikasi bagi kaedah ini ialah menjadi sandaran hukum kepada para
mufti dan ulama serta membantu mufti dan ulama untuk mengenal pasti isu
yang dipertikaikan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN 89
()اَﻟ ْﻤـَ َﺸﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠِﻠ ُﺐ اﻟﺘﱠـْﻴ ِﺴْﻴـَﺮ
ÂIza ÂittasaÊa al-amr dhaqa Rukhsah mubahah
ÂIza dhaqa al-amr ittasaÊa Rukhsah wajibah
Al-masyaqqah al-Âazimah Takhfif ibdal
Al-masyaqqah al-khafifah Takhfif isqat
Al-masyaqqah al-mutawassitah Takhfif taÊkhir
Al-masyyaqqah tajlib al-taysir Takhfif taghyir
Al-qawaÊid al-khams al-kubra Takhfif tanqis
Rukhsah khilaf awla Takhfif taqdim
Rukhsah makruhah Takhfif tarkhis
Rukhsah mandubah
Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-QurÊan al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:
Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
90 TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
()اَﻟ ْﻤـَ َﺸﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠِﻠ ُﺐ اﻟﺘﱠـْﻴ ِﺴْﻴـَﺮ
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Soleh Amad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Kaedah Asas 4:
6 Kemudaratan
Mesti
Dihilangkan
atau
Dihapuskan
()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳُـَﺰا ُل
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 4 (kemudaratan mesti
dihilangkan atau dihapuskan) berserta contohnya;
2. Menjelaskan istilah yang berkaitan dengan Kaedah Asas 4;
3. Menerangkan sumber asal atau dalil Kaedah Asas 4;
4. Menghuraikan enam pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 4; dan
5. Merumuskan bagaimana kaedah ini digunakan dalam isu perubatan
semasa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
92 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
PENGENALAN
Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan (al-darar yuzal)
merupakan kaedah asas keempat yang utama digunakan oleh ulama dalam
perundangan Islam. Tahukah anda bahawa kaedah ini juga disebut sebagai „al-
qawaÊid al-khams al-kubra‰?
Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas dalam pelbagai isu fiqhiyyah. Ia
penting kerana mengandungi kebaikan yang menyeluruh kepada syariah
Islamiyyah. Oleh itu, topik keenam ini akan membincangkan pengertian dan
penghuraian kaedah, contoh, beberapa istilah yang berkaitan dengannya,
sumber asal atau dalil kaedah, beberapa kaedah pecahannya dan bagaimana
kaedah ini digunakan dalam situasi perubatan semasa. Mari kita teruskan
pembelajaran!
6.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
ASAS 4
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah ini? Kaedah ini memberi pengertian
bahawa sebarang bentuk kemudaratan (seperti kesakitan, ancaman,
kemusnahan, kerugian, kecacatan, kesukaran, kacau-bilau dan hilang fungsi)
wajib dihilangkan dan dihapuskan sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang
lain, terhadap mana-mana individu atau orang awam dan seluruhnya.
Apabila telah berlaku sesuatu yang memudaratkan, sedang berlaku atau akan
berlaku di mana terdapat sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya, maka ia
hendaklah dihapuskan serta-merta. Justeru, sesiapa sahaja tidak boleh sama
sekali melakukan atau membuat kerosakan dan kemudaratan, sama ada
kemudaratan tersebut berkaitan dengan hak umum atau hak khusus. Ini adalah
kerana menurut pandangan Islam, kemudaratan ini wajib dihapuskan.
6.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 4
Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagi kaedah ini? Antara contoh yang
terbentuk daripada kaedah ini ialah:
(a) Disyariatkan hudud dan qisas untuk mengelakkan bahaya, ancaman atau
kacau-bilau dalam masyarakat, di samping untuk memelihara lima prinsip
umum atau dharuriyyat al-khams iaitu jiwa, agama, akal, keturunan dan
harta;
(b) Disyariatkan hukuman takzir untuk mencegah sebarang bentuk bahaya
demi menjaga kemaslahatan umum;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 93
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
(c) Disyariatkan semua bentuk khiyar yang ditetapkan oleh syarak untuk
menghilangkan bahaya dan mengelakkan sesuatu yang tidak diingini
berlaku. Sebagai contoh, khiyar syarat dalam transaksi jual beli. Ia
bertujuan untuk mengelakkan penipuan dan kerugian berlaku bagi orang
yang tidak berpengalaman dalam urusan jual beli. Sementara itu, khiyar
rukyah pula dilaksanakan untuk menghindarkan kerugian ketika urusan
jual beli di mana pembeli menerima barang yang tidak sesuai dan tidak
mengikut spesifikasi awal yang diminta pada awal transaksi. Dalam khiyar
Âaib pula, pembeli mempunyai hak untuk membatalkan kontrak jual beli
kerana kecacatan barang yang dibelinya, kecuali sekiranya penjual
bersetuju untuk menggantikan barang yang cacat tersebut dengan barang
lain yang sempurna; dan
(d) Diharuskan memenjarakan atau mengenakan hukuman bagi pengamal
ajaran sesat atau individu yang berpotensi boleh menjejaskan atau
merosakkan akidah umat Islam. Ia diharuskan demi maslahah agama dan
umat Islam.
Sebagai kesimpulannya, Islam merupakan agama yang amat prihatin terhadap
lima kepentingan asas manusia iaitu agama, akal, diri, keturunan dan harta.
Justeru, Islam membuka seluasnya semua ruang yang boleh memberi kebaikan
dan kesejahteraan kepada manusia dengan menutup segala ruang yang boleh
menjejaskan kehidupan manusia. Lantaran itu, Islam mengharamkan semua
perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada lima perkara asas
tersebut. Ini adalah kerana sekiranya dibiarkan, ia akan menyebabkan mereka
yang terlibat akan mengalami kesusahan, kerumitan, kerugian dan pelbagai
bebanan dalam kehidupan dan seterusnya, akan turut mengancam dan boleh
mengundang bahaya kepada kehidupan manusia.
Oleh itu, ulama dan sarjana Islam telah menetapkan bahawa sesuatu yang boleh
memudaratkan umat Islam adalah wajib dihindar dan dihapuskan. Ini adalah
selaras dengan ungkapan al-Syatibi yang bermaksud bahawa sesungguhnya,
syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
94 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
AKTIVITI 6.1
1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah kemudaratan mesti
dihilangkan atau dihapuskan.
2. Bincangkan dengan tutor anda kepentingan kaedah kemudaratan
mesti dihilangkan atau dihapuskan dalam perundangan Islam.
3. Bincangkan secara berkumpulan contoh semasa yang berkaitan
dengan kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan
khususnya dalam ibadah harian anda.
6.3 PENGERTIAN ISTILAH PENTING YANG
TERDAPAT DALAM KAEDAH ASAS 4
Tahukah anda terdapat beberapa istilah penting yang berkait rapat dengan
kaedah ini? Terdapat enam istilah yang berkait rapat dengan Kaedah Asas 4.
Istilah tersebut diterangkan dalam Jadual 6.1.
Istilah Jadual 6.1: Istilah Penting dalam Kaedah Asas 4
Darurat
Huraian
()ﺿﺮورة
Ia merujuk kepada situasi seseorang yang amat memerlukannya.
Hajat Sekiranya perkara tersebut tidak diperoleh atau dihindari akan
menyebabkan dia terdedah kepada bahaya. Dalam konteks ini, ia merujuk
()ﺣﺎﺟﺔ kepada ketika tiada alternatif lain setelah usaha dilakukan dan implikasi
buruk atau kemudaratan secara yakin akan berlaku terhadap salah satu al-
ÂAmmah daruriyyat al-khams ( agama, nyawa, akal, harta dan keturunan).
()ﻋﺎﻣﺔ Ia bermaksud sesuatu yang membawa ke arah kemudahan untuk
mencapai apa yang dimaksudkan dan bukan untuk menghindarkan
Khassah bahaya seperti dalam keadaan darurat.
()ﺧﺎﺻﺔ Merujuk kepada sesuatu keperluan yang meliputi seluruh umat manusia
atau dengan kata lain, keperluan umum.
Mafsadah
Bermaksud keperluan sesuatu golongan tertentu yang bukan berbentuk
()ﻣﻔﺴﺪة individu.
Maslahah Merujuk kepada sesuatu yang mendatangkan kerosakan, kebinasaan,
keburukan dan seumpamanya.
()ﻣﺼﻠﺤﺔ
Bermaksud sesuatu yang mendapat manfaat, faedah dan kebaikan serta
yang memberi kesan positif.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 95
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
6.4 KATEGORI MAQASID SYARIAH
Dalam subtopik 6.2 tadi ada disebutkan tentang al-Syatibi. Kita teruskan
pembelajaran kita dengan mempelajari maqasid syariah menurut pandangan al-
Syatibi. Menurutnya, maqasid syariah secara dasarnya terdiri daripada tiga
kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.
Rajah 6.1: Tiga hierarki maqasid syariah
Hierarki dalam Rajah 6.1 menerangkan bahawa terdapat tiga tahap keperluan
manusia yang amat penting untuk dipenuhi secara seimbang bagi kesejahteraan
kehidupan mereka. Huraian lanjut mengenai ketiga-tiga tahap keperluan ini
adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 6.2 berikut.
Tahap Jadual 6.2: Tiga Tahap Keperluan Manusia
Perkara
Penting Huraian
(Daruriyyat)
Dalamnya terangkum daruriyyat al-khams (lima keperluan utama)
Keperluan iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, termasuklah juga
(Hajiyyat) maruah yang amat diperlukan oleh setiap manusia. Seandainya salah
satu keperluan tersebut tidak dipenuhi dengan sebaiknya maka ia
akan memberi kesan yang boleh mengancam kehidupan manusia.
Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara
asas tersebut boleh membawa kepada kerosakan. Pengabaiannya juga
boleh membawa kepada kehancuran dan keruntuhan kehidupan
manusia. Contohnya seperti Islam yang mengharamkan apa jua
tindakan yang boleh mengancam nyawa, akal seseorang sama ada
pada diri sendiri ataupun orang lain.
Ia merupakan satu keperluan oleh manusia bagi mengelakkan
kesusahan dalam kehidupan mereka. Contohnya seperti
mendedahkan aurat sekadar perlu kepada doktor untuk tujuan
perubatan ataupun seseorang itu berbuka puasa pada bulan Ramadan
dengan sebab sakit atau musafir.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
96 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
Pelengkap Ini merupakan keperluan oleh manusia untuk menjamin kelancaran
(Tahsiniyyah) kehidupan mereka. Contohnya, menjaga adab dalam bersosial,
berpolitik dan seumpamanya.
Berdasarkan penjelasan dalam Jadual 6.2 tadi, kita dapat rumuskan bahawa
kesejahteraan kehidupan manusia boleh dicapai, sekiranya lima perkara asas
tersebut dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Oleh kerana itulah, ulama telah
mengambil beberapa kaedah hukum untuk menjaganya. Antaranya ialah dengan
menggunakan kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan dan
kaedah cabangan darinya sebagai salah satu mekanisme untuk membantu dan
menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.
6.5 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH
ASAS 4
Asal atau dalil kaedah didasarkan atau dirujuk kepada dalil al-Quran dan hadis.
Antaranya ialah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 6.3.
Jadual 6.3: Dalil Kaedah Asas 4
Sumber Dalil
Al-Quran ∩∉∪Ÿ 4 £⎯κÍ ö n=tã #( θà)ŠhÍ ŸÒçG9Ï ⎯£ δè ρ•‘$! ŸÒè? ωuρ
Maksudnya: "Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti
mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan
kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)."
(Surah al-Talaq, 65:6)
Hadis ∩∉⊆∪ t⎦⎪ωšøßϑ9ø $# =tÏ ä† Ÿω !ª $#ρu
Maksudnya: "Allah tidak suka kepada orang yang melakukan
kerosakan."
(Surah al-Baqarah 2:23)
ﻻَ َﺿَﺮَر َوﻻَ ِﺿَﺮاَر
Maksudnya: "Tidak membahayakan diri sendiri dan tidak membahayakan
orang lain."
(Ibn Majah, Kitab: al-Ahkam, Bab: Man bana fi haqqihi, Bil. 2332. Malik,
Kitab: al-Aqdiyah, Bil. 1234. Ahmad, Bab: Wa min musnad bani
Hasyim, Bil. 2719 )
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 97
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
AKTIVITI 6.2
1. Huraikan dengan jelas pengertian istilah „Êammah‰ dan „khassah‰
serta berikan satu contoh yang sesuai.
2. Bincangkan bersama rakan sekelas anda perbezaan antara darurat
dengan hajat.
3. Kemukakan tiga dalil daripada al-Quran yang membincangkan
perkara darurat.
6.6 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH ASAS 4
Tahukah anda, daripada kaedah asas kemudaratan mesti dihilangkan (al-darar
yuzal) terbentuk daripadanya enam kaedah lain? Enam kaedah tersebut adalah
seperti yang disenaraikan dalam Jadual 6.4.
Jadual 6.4: Enam Kaedah Pecahan daripada Kaedah Asas (4) Al-Darar Yuzal
Kemudaratan mesti Dihilangkan atau Dihapuskan ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳُـَﺰا ُل
1. Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang ()اَﻟ ﱠﻀُﺮْوَرا ُت ﺗُﺒِْﻴ ُﺢ اﻟ ْﻤـَ ْﺤﻈُْﻮَرا ِت
2. Apa yang diharuskan dalam keadaan darurat dikira mengikut kadar keperluannya
sahaja ()َﻣﺎ أُﺑِْﻴ ُﺢ ﻟِﻠ ﱠﻀُﺮْوَرِة ﻳُـَﻘـ ﱠﺪ ُر ﺑَِﻘـ َﺪِرَﻫﺎ
3. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan kemudaratan yang
lain ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر َﻻ ﻳُـَﺰا ُل ﺑِﺎﻟ ﱠﻀَﺮِر
4. Apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah dihindarkan yang lebih
berat dan dilaksanakan yang lebih ringan
()إِ َذا ﺗَـَﻌﺎَر َض ُﻣْﻔ ِﺴــ َﺪﺗَﺎ ِن ُرْوِﻋ َﻲ اَ ْﻋﻈَُﻤ ُﻬ َﻤﺎ َﺿَﺮًرا ﺑِﺎ ْرﺗِ َﻜــﺎ ِب اَ َﺧﱢﻔِﻬ َﻤﺎ
5. Menolak kerosakan itu diutamakan atau didahulukan daripada mengambil
manfaat atau kemaslahatan () َد ْرءُ اﻟ ْﻤـََﻔﺎ ِﺳﺪ ُﻣَﻘ ﱠﺪ ُم َﻋﻠَﻰ َﺟْﻠ ِﺐ اﻟ ْﻤـَ َﺼﺎﻟِ ِﺢ
6. Keperluan atau hajat menempati kedudukan darurat sama ada yang bersifat
umum atau khusus ()اﻟ َﺤـــﺎ َﺟﺔُ ﺗَـْﻨ ِﺰُل َﻣْﻨ ِﺰﻟَﺔَ اﻟ َﻀُﺮْوَرِة َﻋﺎﱠﻣﺔً ﻛـــﺎَﻧَ ْﺖ اَْو َﺧﺎ ﱠﺻ ًﺔ
Kita akan mempelajari keenam-enam pecahan kaedah ini dengan lebih lanjut
dalam bahagian seterusnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
98 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
6.6.1 Kaedah Pecahan 1: Keadaan Darurat
Mengharuskan Perkara yang Dilarang
(Al-Darurah Tubih al-Mahzurat)
Kaedah ini bermaksud, apabila seseorang itu berhadapan dengan keadaan yang
mendatangkan mudarat kepada dirinya, maka diharuskan ketika itu untuk
melakukan perkara yang haram. Namun, keharusan itu hanyalah sekadar untuk
melepaskan keadaannya yang dalam keadaan darurat dan dia tidak boleh
mengambil kesempatan untuk berlebih-lebihan serta tidak cenderung untuk
melakukannya melainkan kerana keadaan pada waktu itu sangat memaksanya
untuk berbuat demikian.
Antara contoh bagi pecahan kaedah ini adalah seperti berikut:
(a) Seseorang yang berada dalam keadaan yang tersangat lapar atau dahaga
kerana tidak memperoleh makanan atau minuman yang halal untuk
dimakan atau diminum bagi tempoh yang agak lama; dengan kata lain,
kebuluran yang boleh membawa maut. Pada waktu itu, dia dibolehkan
makan atau minum makanan atau minuman yang haram setelah dia
berusaha sedaya upayanya mencari makanan dan minuman yang halal.
Keharusan tersebut diharuskan oleh syarak kerana disebabkan oleh
keadaannya pada waktu itu yang sangat terdesak dan terpaksa. Semuanya
adalah demi kemaslahatan dirinya yang terancam agar dapat
menyelamatkan nyawanya; dan
(b) Seseorang yang diancam nyawanya supaya dia murtad, maka harus
baginya menuturkan kalimah kufur asalkan hatinya tetap beriman. Ini
berlaku kepada ÂAmmar bin Yasir yang telah memilih rukhsah dengan
melafazkan kalimah kufur dalam keadaan darurat. Namun, hatinya tetap
teguh dalam keimanan. Perbuatan ÂAmmar itu adalah dibenarkan dan
diakui Allah s.w.t. dalam firman-Nya pada surah al-Nahl, ayat 106.
6.6.2 Kaedah Pecahan 2: Apa yang Diharuskan dalam
Keadaan Darurat Dikira Mengikut Kadar
Keperluannya Sahaja (Ma Ubih li al-Darurah
Yuqaddar Bi Qadariha)
Tahukah anda bahawa kaedah pecahan kedua ini sebenarnya mengkhususkan
kepada kaedah yang pertama? Ini bermakna, keharusan perkara haram itu ada
tempohnya dan bukannya untuk selamanya. Oleh itu, apabila terkeluar daripada
situasi darurat tersebut, maka keharusannya terhapus dan ia kembali haram.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 99
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
Sebagai rumusan, harus bagi seseorang mengambil yang haram kerana keadaan
yang terpaksa, namun setelah keadaan kembali normal, maka hukum keharusan
tadi akan kembali kepada status asalnya iaitu haram. Oleh itu, wajar syarak
memberi batasan dalam mempergunakan rukhsah dalam darurat tersebut di
samping memberikan kita sempadan agar tidak sewenangnya memanfaatkan
kaedah ini. Ia adalah bersifat sekadar menyelamatkan diri daripada bahaya dan
tidak lebih daripada itu.
Antara contoh bagi pecahan kaedah ini adalah:
(a) Keharusan bedah siasat terhadap mayat. Tindakan ini hendaklah diukur
berdasarkan kadar keperluan atau darurat sahaja. Berdasarkan kaedah,
pembedahan tersebut dilakukan bertujuan untuk mengesan unsur jenayah,
mengesan penyakit atau mengeluarkan bayi yang masih hidup daripada
perut ibunya yang telah meninggal dunia. Begitu juga diharuskan
membedah perut mayat kerana hendak mengeluarkan harta bernilai.
Sebaliknya, sekiranya membedah mayat tanpa sebarang sebab syarak atau
berlebihan daripada kadar keperluan, maka ia adalah haram;
(b) Sekiranya tiada doktor wanita, maka diharuskan untuk pesakit wanita
menggunakan khidmat doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan.
Namun, doktor lelaki tersebut hanya dibolehkan melihat dan menyentuh
tempat yang sakit sahaja, sekiranya perlu; dan
(c) Dibenarkan memelihara anjing untuk tujuan perburuan dan tidak boleh
memeliharanya dalam jumlah yang banyak, melebihi daripada keperluan
tersebut.
6.6.3 Kaedah Pecahan 3: Kemudaratan Tidak Boleh
Dihilangkan dengan Mendatangkan
Kemudaratan yang Lain (Al-Darar La Yuzal Bi
Al-Darar)
Kaedah pecahan ketiga ini membawa maksud, biarpun kemudaratan itu mesti
dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga,
apatah lagi dengan cara mewujudkan kemudaratan yang lebih besar.
Justeru, kaedah ini menegaskan bahawa kemudaratan tidak boleh sama sekali
dihilangkan dengan kemudaratan juga. Ini adalah kerana sekiranya berlaku
sedemikian, ia akan menambahkan masalah yang lebih besar. Ini adalah
bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam sentiasa mencari jalan untuk
menolak sebarang kemudaratan terhadap manusia dan Islam juga merupakan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
100 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan
terhadap umatnya.
Boleh anda fikirkan apakah contoh yang boleh dikaitkan dengan kaedah pecahan
ketiga ini? Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah al-darar la yuzal bi al-
darar ialah:
(a) Tidak boleh bagi seseorang yang sedang dalam kelaparan atau kehausan
mengambil makanan atau minuman orang lain yang juga akan mati
kelaparan apabila makanannya atau minumannya diambil atau dicuri;
(b) Tidak boleh doktor mengubati pesakitnya yang memerlukan tambahan
darah dengan mengambil darah pesakit lain, di mana apabila diambil darah
pesakit ini akan menyebabkan sakitnya menjadi bertambah parah; dan
(c) Tidak boleh seseorang merosakkan diri orang lain untuk menghindarkan
dirinya daripada bahaya atau merosakkan kehidupan orang lain demi
menyelamatkan kehidupannya.
6.6.4 Kaedah Pecahan 4: Apabila Bertentangan
antara Dua Kemudaratan, Hendaklah
Dihindarkan yang Lebih Berat dan Dilaksanakan
yang Lebih Ringan (Iza Ta’arad Mufsidatani
Ru’iya A’zamuhuma Dararan Birtikabi
Akhaffihima)
Kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan atau perkara yang
membahayakan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah
kemudaratan yang lebih berat atau besar itu hendaklah dihilangkan dengan
melakukan yang lebih ringan atau kecil mudaratnya. Dengan kata lain, apabila
datang pada satu masa secara serentak dua mafsadah atau lebih, hendaklah
diperhatikan dan diteliti mana yang lebih besar bahayanya. Oleh itu, kita perlu
meninggalkan dan menghindarkan mafsadah atau mudarat yang lebih besar dan
melaksanakan yang lebih ringan mudaratnya. Ini adalah kerana itu merupakan
penyelesaian yang terbaik di sisi agama Islam.
Berikut adalah tiga contoh yang memberikan gambaran lanjut bagaimana
kaedah pecahan keempat ini boleh dilaksanakan:
(a) Doktor diharuskan membedah perut wanita mengandung yang mati, jika
cara tersebut dapat menyelamatkan bayi di dalam kandungannya. Ini
adalah kerana kemudaratan membedah mayat adalah lebih ringan
berbanding membiarkan bayi tersebut turut sama mati;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 101
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
(b) Harus menenggelamkan orang yang terbakar tubuhnya, sekiranya
perbuatan tersebut adalah lebih rendah risikonya dan dapat
menyelamatkan nyawanya; dan
(c) Diharuskan doktor membedah penderma organ untuk diberikan kepada
pesakit kritikal yang memerlukan organ di mana dengan cara ini ia dapat
menyelamatkan nyawa penerima organ tersebut. Kemudaratan atau
kesakitan yang ditanggung oleh penderma hasil pembedahan tersebut
dianggap lebih ringan berbanding membiarkan pesakit kritikal tersebut
mati begitu sahaja.
6.6.5 Kaedah Pecahan 5: Menolak Kerosakan Itu
Diutamakan atau Didahulukan daripada
Mengambil Manfaat atau Kemaslahatan (Dar’u
Al-Mafasid Muqaddam ‘Ala Jalb Al-Masalih)
Kaedah ini membawa maksud bahawa menolak mafsadah (keburukan) adalah
lebih diutamakan daripada mengambil maslahah (kebaikan). Dengan kata lain,
jika keduanya bertembung, maka kita perlu mendahulukan perkara yang
menolak mafsadah.
Oleh itu, usaha pencegahan mafsadah adalah lebih diutamakan daripada usaha
untuk memperoleh manfaat. Ini adalah kerana dikhuatiri mafsadah tersebut
akan merebak dan menyebabkan kewujudan mudarat yang lebih besar.
Dalam perkara ini, syarak memberi penekanan yang tegas terhadap perkara
yang dilarang melebihi perkara yang diperintah seperti yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w.:
ُإَذا أََﻣْﺮﺗُ ُﻜ ْﻢ ﺑِﺄَْﻣٍﺮ ﻓَﺄْﺗـُْﻮا ِﻣْﻨﻪُ َﻣﺎ ا ْﺳﺘَﻄَْﻌﺘُ ْﻢ َو إَِذا ﻧـََﻬْﻴﺘُ ُﻜ ْﻢ َﻋ ْﻦ َﺷ ْﻲٍء ﻓَﺎ ْﺟﺘَﻨِﺒُـْﻮﻩ
Maksudnya: "Apabila aku perintah melakukan sesuatu, maka hendaklah kamu
kerjakannya seberapa yang kamu mampu dan apabila aku larang kamu daripada
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu jauhinya."
(Al-Bukhari, kitab: al-IÊtisam bi al-kitab wa al-sunnah. Bab: al-ÂIqtidaÊ bi al-sunan
Rasulillah. Bil 6744. Muslim, kitab: al-hajj. Bil. 2380)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
102 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
Justeru, dimaafkan meninggalkan sejumlah kewajipan lantaran adanya
masyaqqah (kesukaran atau keuzuran) seperti berdiri ketika solat. Namun, perlu
diingat bahawa tiada kompromi sama sekali terhadap perkara yang dilarang,
apatah lagi terhadap perkara yang merupakan dosa besar.
Antara contoh bagi pecahan kaedah ini adalah:
(a) Tidak diragukan bahawa ada kebaikan dalam poligami, namun jika tidak
diamalkan dengan baik, ia harus dihindari. Ini adalah untuk menjaga
maslahah perkahwinan tersebut;
(b) Berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) adalah
perkara sunat (maslahah) dalam wuduk. Namun, jika kita berpuasa,
perbuatan ini tidak digalakkan kerana jika kita berlebih-lebih
melakukannya, dikhuatiri boleh membatalkan (mafsadah) puasa akibat
tertelan air tersebut;
(c) Menghentikan solat seketika, jika berlaku kecemasan seperti menolong
orang yang lemas, membantu mangsa banjir kilat atau mangsa ragut dan
seumpamanya; dan
(d) Berdusta hukumnya adalah haram. Namun, ia diberi keharusan sekiranya
untuk mendamaikan dua pihak yang bertelagah demi kebaikan hubungan
kedua-dua pihak tersebut.
6.6.6 Kaedah Pecahan 6: Keperluan atau Hajat
Menempati Kedudukan Darurat Sama Ada yang
Bersifat Umum atau Khusus (Al-Hajah Tanzilu
Manzilat Al-Darurah ‘Ammah Kanat Aw
Khassah)
Akhir sekali, mari kita lihat kaedah pecahan keenam. Masihkah anda ingat
Jadual 6.1? Kaedah ini merujuk kepada kedudukan istilah penting dalam kaedah
asas keempat ini. Berdasarkan kaedah tersebut, kita boleh katakan bahawa
keperluan manusia sama ada yang bersifat umum (semua orang) atau yang
bersifat khusus (satu golongan atau perseorangan) boleh beralih ke tempat
darurat kerana syarak mempertimbangkan keperluan manusia terhadapnya. Jika
sekiranya hajat ini tidak diletakkan pada kedudukan darurat, ia boleh
menyebabkan manusia terbeban dan menghadapi kesukaran dalam menjalani
kehidupan. Ini adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam
merupakan agama yang penuh dengan toleransi, prihatin terhadap seluruh
umatnya. Selain itu, kedatangan Islam itu sendiri adalah untuk menolak atau
membendung kesukaran dan membawa kemudahan kepada manusia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 103
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
Sebagai rumusan, kaedah ini melihat kemudahan tidak hanya terbatas oleh
kerana faktor darurat sahaja. Kemudahan itu juga diberikan ke atas faktor ada
hajat, sebagaimana keringanan itu diharuskan dalam situasi darurat.
Berikut adalah antara contoh bagi kaedah pecahan keenam:
(a) Diharuskan transaksi tempahan (al-salam), sewaan (al-ijarah), upahan (al-
jiÊalah). Biarpun kesemua transaksi ini menyalahi qiyas dalam fiqh Islam,
namun kerana keperluan majoriti masyarakat, maka ia ditempatkan pada
kedudukan darurat. Syarak telah memberi rukhsah (keringanan) dalam
perkara ini, meskipun pada dasarnya transaksi seperti ini tidak sah kerana
pada dasarnya, maksud transaksi tersebut adalah seperti berikut:
(i) Tempahan: Jual beli barang yang tidak ada ketika transaksi;
(ii) Sewaan: Ketika melakukan akad, ia belum mempunyai faedah atau
manfaat; dan
(iii) Upahan: Pengupahan yang masih ada perkara yang tidak diketahui
ketika melakukan akad.
(b) Lelaki boleh memakai pakaian sutera disebabkan kerana sakit kulit, namun
dalam keadaan biasa adalah diharamkan; dan
(c) Diharuskan melihat kepada bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.
SEMAK KENDIRI 6.1
1. Kemukakan tiga keadah pecahan yang terbentuk daripada kaedah
kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan serta berikan satu
contoh yang relevan bagi setiap kaedah tersebut.
2. Bincangkan secara berkumpulan kaedah hajat menempati
kedudukan darurat sama ada yang bersifat umum ataupun khusus
dan kaitkannya dengan muamalat Islam semasa.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
104 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
6.7 ISU FIQH PERUBATAN SEMASA:
KAITANNYA DENGAN KAEDAH ASAS 4
Akhir sekali, sebagai penutup, mari kita lihat tiga situasi perubatan semasa yang
boleh dikaitkan dengan aplikasi kaedah asas keempat ini. Tiga situasi tersebut
adalah pemisahan rawatan bagi pesakit yang mati otaknya, suntikan imunisasi
rubela dan hukum eutanasia.
6.7.1 Pemisahan Rawatan Pesakit Mati Otak (Brain
Death)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Elwal Agama Islam
Malaysia kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah
membincangkan tentang pemisahan rawatan bagi pesakit yang mengalami
masalah otak mati atau brain death. Muzakarah telah memutuskan bahawa
memisahkan rawatan antara pesakit yang mengalami otak mati dengan pesakit
yang masih mempunyai peluang untuk pulih di unit rawatan rapi adalah tidak
bercanggah dengan Islam.
Ini adalah berdasarkan keterangan atau hujah yang diguna pakai dengan
merujuk kepada kaedah fiqhiyyah اَﻟ ﱠﻀُﺮْوَرا ُت ﺗُﺒِْﻴ ُﺢ اﻟ ْﻤـَ ْﺤﻈُْﻮَرا ِتatau kemudaratan
mengharuskan perkara yang dilarang. Ini adalah kerana melakukan sesuatu
yang boleh menyebabkan kematian seseorang adalah diharamkan oleh Islam.
Oleh itu, bersesuaian dengan kaedah yang bermaksud „darurat dikira mengikut
keadaannya‰ maka jika boleh, setiap pesakit tersebut janganlah terus diasingkan
kerana keharusan hukum diberikan, sekiranya berlaku keadaan yang terdesak.
Usaha perubatan hendaklah dilakukan dengan penuh tanggungjawab supaya
rawatan terhadap pesakit ini tidak diabaikan.
6.7.2 Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah
membincangkan tentang pelalian rubela (imunisasi rubela). Muzakarah telah
memutuskan bahawa vaksin rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada masa ini tidak bersifat najis dan hukumnya harus digunakan
untuk suntikan di dalam badan bagi mencegah penyakit rubela.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 105
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
Antara keterangan atau hujah bagi hukum ini adalah merujuk kepada kaedah
fiqh اَل ﱠض ُر ْو َرا ُت تُبِ ْي ُح ال ْمـَ ْحظُ ْو َرا ِتatau kemudaratan mengharuskan perkara yang
dilarang. Penggunaan suntikan rubela adalah atas asas hajat kerana hendak
menghindarkan perkara bahaya iaitu penyakit rubela, maka diharuskan oleh
syarak. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip al-dharuriyat al-khams (menolak
kemudaratan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan dan harta), maka suntikan
ini adalah perlu dan diutamakan.
6.7.3 Hukum Eutanasia (Mercy Killing)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-97 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011 telah
membincangkan mengenai hukum eutanasia atau mercy killing. Berikut adalah
keputusan muzakarah tersebut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan,
hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah berpandangan bahawa
menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan
menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah
haram dan dilarang oleh Islam. Sehubungan itu, muzakarah memutuskan
bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia
(sama ada euthanasia secara sukarela, non-voluntary atau involuntary) atau
mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan
membunuh dan ia juga bertentangan dengan etika perubatan di Malaysia.
Keputusan ini adalah selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam surah an-NisaÊ,
ayat 92:
Maksudnya: „Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh
seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...‰
Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh an-NasaÊie turut menyokong
perkara ini:
Maksudnya: „Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. bersabda, ÊJanganlah kamu
mengharapkan kematian. Jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan
kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa, boleh jadi dia bertaubat (dan
mengharap reda Allah).ʉ
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
106 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
Muzakarah juga menegaskan bahawa tugas doktor ialah menolong pesakit
dalam perkara kebaikan. Oleh itu, membantu mempercepatkan kematian tidak
termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang
dan berdosa.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan telah
mengesahkan bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi
secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan
hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, maka muzakarah
memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan
pernafasan tersebut adalah dibenarkan oleh Islam kerana pesakit telah disahkan
mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan dan tidak
lagi berkesan.
Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa
pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka
tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan
(conventional treatment) sahaja yang perlu diteruskan adalah dibenarkan oleh
Islam. Ini adalah kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan
eutanasia yang diharamkan.
Walau bagaimanapun, jika rawatan atau alat bantuan sokongan tersebut
digunakan untuk tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk
memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut atau memberhentikannya
adalah tidak dibenarkan.
Dalam kes di mana pakar perubatan terpaksa berhadapan dengan situasi di
mana pesakit perlu berdepan dengan dua pilihan, sama ada meneruskan
rawatan walaupun berkemungkinan memberi kesan sampingan yang boleh
menyebabkan kematian atau terus berada dalam keadaan kesakitan yang
berterusan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus bagi pakar
perubatan memberikan rawatan atau ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat
penahan sakit), walaupun berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa
pesakit.
Sehubungan itu, selaras dengan kaedah fiqh اﻟﻀﺮورات ﺗﺒﻴﺢ اﶈﻈﻮراتatau "dalam
keadaan darurat, setiap perkara yang ditegah adalah dibolehkan", amalan
eutanasia secara tidak langsung (euthanasia indirect) atau ubat kesan berganda
(double-effect medication) boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi
memastikan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikawal dan
pelaksanaannya tidak langsung bertujuan untuk mempercepatkan kematian.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 107
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
Muzakarah juga memutuskan bahawa dalam kaedah perubatan, mati otak
adalah dianggap sebagai kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh
pakar, maka akan sabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh
syarak. Oleh itu, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan
(contohnya, penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat
selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam
urusan pendermaan organ.
SEMAK KENDIRI 6.2
1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan kaedah
kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan.
2. Kemukakan tiga contoh perlaksanaan kaedah ini dalam fatwa
semasa di Malaysia.
3. Jelaskan hukum dan berikan kaedah fiqh yang bersesuian bagi
permasalahan berikut.
(a) Merawat yang bukan mahram dan melihat auratnya;
(b) Mengubati penyakit dari sumber yang haram dalam
keadaan terdesak yang mana ketika itu tidak ada sebarang
ubat yang halal ditemui; dan
(c) Pembedahan kosmetik untuk merawat kecacatan anggota
badan seperti pembedahan menghilangkan sumbing di
mulut.
Ć Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan merupakan kaedah
asas keempat yang digunakan oleh ulama, mujtahid, hakim dan mufti dalam
perundangan Islam. Ia membawa maksud bahawa sebarang bentuk
kemudaratan wajib dihilangkan dan dihapuskan sama ada terhadap dirinya
sendiri atau orang lain, terhadap mana-mana individu atau orang awam dan
seluruhnya.
Ć Kaedah ini juga disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams al-kubra‰ atau „al-
qawaÊid al-asasiyyah‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
108 TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN ()اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُل
Ć Antara contoh penggunaan kaedah ini ialah disyariatkan hudud dan qisas
untuk mengelakkan ancaman bahaya, disyariatkan semua bentuk khiyar
yang ditetapkan oleh syarak untuk menghilangkan bahaya dan diharuskan
memenjarakan atau dikenakan hukuman bagi orang yang membawa ajaran
sesat.
Ć Terdapat enam istilah yang berkait rapat dengan kaedah ini. Enam istilah
tersebut adalah darurat, hajat, 'ammah, khassah, mafsadah dan maslahah.
Ć Terdapat banyak dalil atau asal bagi kaedah kemudaratan mesti dihilangkan
atau dihapuskan dari al-Quran dan hadis. Antaranya dari surah al-Talaq,
ayat 6 dan surah al-Baqarah, ayat 23.
Ć Terdapat enam kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah
al-darar yuzal. Antaranya ialah al-darurah tubih al-mahzurat, ma ubih li al-
darurah yuqaddar bi qadariha dan al-darar la yuzal bi al-darar dan lain-lain
lagi.
Ć Kaedah al-darar yuzal dan kaedah pecahannya amat penting dalam
perundangan Islam dan banyak berperanan dalam menyelesaikan
permasalahan fiqh. Antaranya dalam isu perubatan semasa seperti pesakit
yang mengalami masalah kematian otak, pelalian rubela dan hukum
eutanasia.
Al-darar la yuzal bi al-darar Al-qawaÊid al-khams al-kubra
Al-darar yuzal BayÊ al-salam
Al-darurat tubih al-mahzurat DarÊu al-mafasid muqaddam Âala jalb
al-masaalih
Al-hajah tanzilu manzilat al-darurah
Âammah kanat aw khassah Ma ubih li al-darurah tuqaddar bi
qadariha
Al-ijarah
Al-jiÊalah
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU 109
( )اَﻟ ﱠﻀَﺮُر ﻳـَُﺰا ُلDIHAPUSKAN
Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Quran al-Karim.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:
Dar al-Qalam.
Ibn Majah Abu Abdullah Muhammad Yazid Majah al-RabiÊi al-Qazwini. (1683).
Sunan ibn majah. al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-TawziÊ.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Kaedah Asas 5:
7 Adat sebagai
Sumber
Rujukan
Hukum
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎ َدةُ ُﻣ َﺤ ﱠﻜ َﻤﺔ
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 5 (adat sebagai sumber rujukan
hukum) berserta contoh penggunaannya;
2. Menjelaskan maksud adat dan uruf dari sudut pandangan ulama;
3. Mengenal pasti dalil atau sumber bagi Kaedah Asas 5;
4. Mengenal pasti enam kategori adat atau uruf dalam syariat Islam;
5. Menjelaskan lima syarat harus untuk beramal dengan adat dan uruf;
6. Mengenal pasti tiga pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 5; dan
7. Menyatakan bagaimana kaedah ini dipraktikkan dalam sistem
muamalat di Malaysia.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 111
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
PENGENALAN
Adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah) adalah merupakan
kaedah fiqh asas yang kelima daripada kaedah fiqhiyyah yang asas atau utama
yang mana ia juga disebut sebagai „kaedah kubra‰. Kaedah ini amat signifikan
dalam proses penetapan hukum dalam kehidupan manusia yang bersumberkan
kepada uruf dan adat.
Ulama mengiktiraf kaedah ini apabila dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.
Dengan kata lain, sesuatu uruf atau adat tidak boleh diterima sebagai hukum,
sekiranya perkara itu mempunyai dalil atau nas tertentu. Begitu juga, sekiranya
adat dan uruf itu bercanggah dengan nas atau dalil, maka ia akan ditolak kerana
bertentangan dengan kaedah syarak.
Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas oleh ulama dalam pelbagai isu
fiqhiyyah seperti tradisi, muamalat dan penghakiman. Oleh itu, topik ketujuh ini
akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah, contoh penggunaan
kaedah, sumber asal atau dalil kaedah, kategorinya dan syarat untuk
mengamalkan adat dan uruf. Tidak ketinggalan, kita juga akan mempelajari tiga
pecahan kaedah dan melihat bagaimana kaedah ini dipraktikkan dalam sistem
muamalat di Malaysia.
7.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
ASAS 5
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah adat sebagai sumber rujukan
hukum? Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh
syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang bentuk
tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan. Ia tidak perlu
disingkirkan selagi mana ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan nas
syarak ataupun nilai murni. Fuqaha menegaskan bahawa apabila syariah
mengiktiraf adat atau uruf sebagai salah satu sumber hukum, bermakna syariah
berusaha untuk menjaga kemaslahatan masyarakat.
Islam merupakan agama yang fleksibel dan amat meraikan apa sahaja yang
mendatangkan manfaat dan memberi keselesaan kepada manusia. Justeru, Islam
tidak menghalang umatnya mengamalkan sebarang bentuk adat yang baik yang
telah dihayati oleh masyarakat sekian lamanya dan menjadi rutin harian dalam
kehidupan mereka. Islam dengan penuh pertimbangan dan kasih sayang
menghargai adat resam yang baik bagi umat Islam yang terdiri daripada
berbilang bangsa, kaum dan negara di seluruh dunia. Ini adalah kerana Islam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
112 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
melihat perbezaan adat dan uruf adalah suatu perkara yang wajar diraikan demi
kebahagiaan dan kebaikan umatnya.
7.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH
Sekarang, mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kaedah ini dalam
kehidupan masyarakat Islam:
(a) Adat penentuan kadar mahar atau mas kahwin yang merupakan
pemberian wajib daripada suami kepada isteri sebagai simbol penghargaan
dalam perkahwinan yang suci. Islam tidak membataskan mahar kepada
harta tertentu atau jumlah tertentu sama ada minimum atau maksimum.
Ini adalah kerana dalam Islam, sesuatu yang bernilai dan memenuhi syarat
yang digariskan dan mengikut panduan syariat, maka ia diharuskan.
Malah, semua urusan mahar ini diserahkan kepada masyarakat untuk
menentukannya, menurut adat tradisi mereka. Di samping itu, mahar juga
perlu berasaskan kepada aspek kemampuan dan keredaan antara dua
pihak, seperti mana yang digariskan dalam agama Islam;
(b) Adat pemberian hantaran perkahwinan atau dengan kata lain, hadiah
perkahwinan. Ini juga diharuskan, sekiranya ia menjadi amalan tradisi
dalam perkahwinan sesuatu bangsa seperti masyarakat Melayu di
Malaysia. Namun, dalam keharusan ini menurut Islam, ia tidak boleh
sehingga membebankan mana-mana pihak kerana itu sudah melanggar
syariat. Apabila adat bertentangan dengan Islam, maka ia tidak boleh
diterima pakai sama sekali. Pemberian hantaran perkahwinan ini tidak ada
nas syarak yang menjelaskan tentang hukum beramal dengan amalan
tersebut;
(c) Adat pemakaian dalam masyarakat. Sebagai contoh, memakai baju Melayu
atau baju kurung bagi masyarakat Melayu. Begitu juga bagi masyarakat
Arab yang berpakaian abaya atau jubah dan seumpamanya;
(d) Adat "main kutu" yang merupakan amalan bagi kebanyakan masyarakat
setempat di Malaysia. Dalam amalan ini, satu kumpulan dibentuk dan
diketuai oleh seorang ketua di mana setiap bulan, semua ahli akan
menyumbangkan wang mengikut jumlah yang telah dipersetujui. Satu
undian akan dibuat untuk menentukan giliran siapa yang akan mendapat
wang terkumpul tersebut. Oleh itu, setiap seorang daripada ahli kumpulan
ini akan menerima wang terkumpul mengikut giliran masing-masing.
Amalan diamalkan bertujuan untuk saling membantu antara satu sama lain
dalam mengatasi masalah kewangan dan untuk mengumpul modal.
Permainan kutu ini boleh dikatakan sebagai akad wadiah yang diguna
pakai oleh ahli berkenaan iaitu semasa menyerahkan wang kutu kepada
ketua kumpulan yang dilantik; dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 113
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
(e) Sistem pawah (pawah haiwan atau tanah) yang merupakan adat
sebahagian penduduk di beberapa kawasan di Malaysia. Sistem pawah ini
adalah merupakan satu bentuk upah yang telah dipersetujui dan dicapai
oleh pihak pengusaha dan pemilik modal semasa akad dilakukan. Dalam
sistem ini, para pengusaha mengusahakan tanah atau ternakan milik orang
lain (pemilik modal) dan mereka diberikan bayaran dalam bentuk upah.
AKTIVITI 7.1
1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah adat sebagai sumber
rujukan hukum.
2. Terangkan kenapa Islam menerima adat yang baik dalam sesuatu
masyarakat sebagai salah satu sumber rujukan hukum.
3. Senaraikan beberapa contoh adat Melayu yang diamalkan dan
tidak bercanggah dengan syariat Islam.
7.3 PENGERTIAN ADAT DAN URUF
MENURUT ULAMA
Apabila membincangkan pengertian adat dan uruf, terdapat perselisihan antara
ulama dalam menafsirkannya. Perbezaan ini boleh dilihat dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Pengertian Adat dan Uruf Menurut Ulama
ADAT
Mahmud al- Merupakan sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau
Hariri segolongan dalam kalangan mereka.
Al-Suyuti Merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang-ulang menurut
kebiasaan segolongan orang mengikut cara tertentu dan dapat diterima
oleh akal manusia.
Al-Jurjani Bermaksud sesuatu perkataan atau perbuatan yang dilakukan
berterusan oleh manusia atau secara berulang-ulang yang mana ia boleh
diterima secara logikal.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
114 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
URUF
Mahmud al- Ia merangkumi perkataan dan perbuatan yang merupakan perkara rutin
Hariri dalam diri manusia yang boleh diterima akal dan diterima oleh tabiat
semula jadi yang sejahtera.
Abd al- Bermaksud sesuatu perkara yang berulang-ulang, menurut kebiasaan
Wahab al- segolongan orang mengikut cara tertentu dan dapat diterima oleh akal
Khallaf manusia.
Al-Jurjani Merupakan sesuatu yang telah diketahui umum dan menjadi rutin
mereka sama ada dalam ucapan atau perbuatan.
Al-Zuhaily Membawa maksud sesuatu perkataan ataupun perbuatan yang telah
menjadi kebiasaan dan dikenali oleh masyarakat secara umum.
Berdasarkan pengertian yang dinyatakan oleh para ulama dalam Jadual 7.1,
dapat difahami dan disimpulkan bahawa secara umumnya adat dan uruf tidak
ada perbezaannya. Dengan kata lain, kedua-duanya merupakan perkataan yang
agak sinonim atau mempunyai pengertian yang sama, walaupun terdapat sedikit
perbezaan istilah antara keduanya. Persamaan ini merupakan pandangan
majoriti ulama.
Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian ulama yang membezakan
antara keduanya. Mereka berpendapat bahawa adat itu lebih umum daripada
uruf. Ini adalah kerana kadangkala, adat hanya berlaku pada individu atau
sesetengah individu sahaja, sedangkan uruf itu berlaku kepada semua orang.
Lantaran itu, mereka berpendapat bahawa setiap uruf merupakan adat,
sebaliknya bukan semua adat dikira sebagai uruf. Ini merupakan pandangan
minoriti ulama terhadap isu ini.
7.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH
ASAS 5
Tahukah anda asal atau dalil bagi kaedah ini? Asal atau dalil bagi kaedah ini
adalah bersumberkan kepada dalil al-Quran dan hadis seperti yang disenaraikan
dalam Jadual 7.2.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 115
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Sumber Jadual 7.2: Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 5
Al-Quran
Dalil
Sunnah
⎥š ⎫Î=γÎ ≈gp ø:#$ ⎯Ç tã óÚÌ ãô &r ρu Å∃óèã ø9$$ /Î ó ßΔù&ρu
Maksudnya: "Dan suruhlah dengan perkara yang baik serta
berpalinglah dari orang bodoh."
(Surah al-ÂAraf, 7:1992)
∃Å ρã ÷èyϑø9$$ Î/ £⎯δè ρçŰ$ãt uρ 4
Maksudnya: "Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik."
(Surah an-NisaÊ, 4:19)
َﻣﺎ َرءَاﻩُ اْﳌُ ْﺴﻠِ ُﻤْﻮَن َﺣ َﺴﻨًﺎ ﻓَـ ُﻬَﻮ ِﻋْﻨ َﺪ ا ِﷲ َﺣ َﺴ ٌﻦ
Maksudnya: "Apa yang dipandang baik oleh orang Islam, maka ia
adalah baik di sisi Allah."
(Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, Hadis ‘Abdullah Ibn
Mas’ud, Bil. 3418. Al- Thabrani, Kitab Al-Kabir dari Ibn Mas’ud)
SEMAK KENDIRI 7.1
1. Huraikan dengan jelas maksud istilah adat dan uruf berserta
contoh yang relevan.
2. Kemukakan tiga dalil yang menjadi dasar kepada kaedah adat
sebagai sumber rujukan hukum.
7.5 KATEGORI ADAT ATAU URUF DALAM
SYARIAT ISLAM
Sekarang, mari kita pelajari kategori bagi adat atau uruf dalam syariat Islam.
ÂAbd Karim Zaidan dalam karyanya Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh menyebut bahawa
menurut majoriti fuqaha, adat juga dikenali sebagai uruf.
Terdapat enam klasifikasi uruf yang telah dibincangkan oleh para fuqaha dalam
karya mereka seperti mana yang diterangkan dalam Jadual 7.3 berikut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
116 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Jadual 7.3: Enam Kategori Adat atau Uruf dalam Syariat Islam
Jenis Uruf Definisi
Uruf Qawli Merujuk kepada kebiasaan istilah, perkataan atau ucapan yang
()ﻋﺮف ﻗﻮﱄ digunakan orang ramai yang menyalahi penggunaannya dari sudut
bahasa, namun difahami oleh semua orang. Contohnya, „al-walad‰;
menurut masyarakat Arab, ia dimaksudkan untuk anak lelaki sahaja,
walaupun dari sudut etimologinya, ia merangkumi anak lelaki dan
perempuan.
Uruf Amali Ini merujuk kepada perkara yang kebiasaan dilakukan oleh orang ramai.
()ﻋﺮف ﻋﻤﻠﻲ Contohnya, apabila tuan rumah menghidangkan makanan kepada
tetamu. Makanan yang dihidangkan dianggap telah diberi keizinan
untuk diambil oleh tetamu.
Uruf Am Merujuk kepada sesuatu tradisi yang dihayati oleh semua orang dari
pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat di seluruh negeri atau uruf
()ﻋﺮف ﻋﺎم itu telah meluas penggunaannya di seluruh negara Islam. Contohnya,
perkataan nazar yang dikenali oleh semua umat dan negara Islam.
Uruf Khas Ia merujuk kepada sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada sebahagian
masyarakat atau sesetengah negeri. Contohnya, di Malaysia, jika
()ﻋﺮف ﺧﺎص seseorang memasuki rumah orang lain tanpa menanggalkan kasut,
perbuatan ini dikira tidak menghormati tuan rumah atau dianggap tidak
beradab. Walau bagaimanapun, di negara Arab, penerimaan terhadap
perbuatan ini adalah berbeza.
Uruf Sahih Bermaksud adat yang tidak bertentangan dengan nas syarak.
Contohnya, pemberian barangan oleh seorang lelaki kepada tunangnya,
()ﻋﺮف ﺻﺤﻴﺢ ketika majlis pertunangan dikira sebagai hadiah dan bukannya
sebahagian daripada mas kahwin.
Uruf Fasid Ia merupakan adat yang bercanggah dengan nas syarak. Contohnya,
adat berjudi, bermuamalat dengan riba atau menghidangkan arak
()ﻋﺮف ﻓﺎﺳﺪ sebagai tanda hormat kepada tetamu.
7.6 KEHUJAHAN ADAT MENURUT
PANDANGAN ULAMA
Jumhur ulama berpendapat bahawa adat dan uruf merupakan salah satu
daripada hujah syarak dan boleh menjadi sumber rujukan dalam perundangan
Islam. Ini terbukti melalui ungkapan dan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka.
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam karyanya IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan
Rabb al-Âalamin menyebut bahawa perubahan fatwa dan perbezaan fatwa itu
adalah menurut perubahan dan peredaran zaman, tempat, situasi dan adat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 117
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Manakala al-Syeikh Syihab al-Din al-Qarafi dalam kitabnya Al-Ihkam Fi Tamyiz
al-Fatawa Âan al-Ihkam wa Tasarrufat al-Qadi wa al-Imam menyatakan bahawa
setiap sesuatu dalam syariat itu adalah mengikut adat di mana hukumnya boleh
berubah mengikut perubahan adat. Namun, ia mesti relevan dengan kehendak
adat tersebut.
Bagi Imam Najm al-Din al-Tufi, beliau mengatakan (dalam risalahnya) bahawa
prinsip syarak yang menjaga hak mukallaf kadangkala difahami melalui hukum
adat.
Seterusnya, menurut Syeikh Bisri dalam bukunya Tarjamah al-FaraÊid al-
Bahiyyah menukilkan bahawa adat diterima sebagai penetapan hukum syarak
yang tidak mempunyai nas. Apabila ketiadaan nas yang bertentangan dengan
hukumnya yang asal atau terdapat nas tetapi secara umum sahaja, maka adat
pada ketika itu boleh diterima pakai sebagai asas penetapan hukum.
Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh ÂUthman Syibir dalam
kitabnya Al-QawaÊid al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah fi al-Syariah al-
Islamiyyah. Beliau mengatakan bahawa nafkah isteri tidak ditentukan oleh nas
syarak tetapi penetapan itu hendaklah ditentukan berdasarkan adat setempat di
mana mereka tinggal.
Berdasarkan beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama, kita
boleh simpulkan bahawa adat dan uruf boleh dijadikan sebagai hujah dan ia
memainkan peranan yang penting dalam penetapan hukum syarak. Namun,
pada masa yang sama, ia bukanlah merupakan dalil atau sumber hukum yang
berdiri dengan sendiri; ia perlu dirujuk kepada dalil syarak yang muktabar.
Justeru, dalam mengukuhkan lagi hujah ini, ÂAbd al-Karim Zaydan dalam
karyanya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh menyatakan bahawa dalil uruf sebenarnya
kembali kepada dalil syarak yang lebih kuat seperti ijmak, masalih mursalah dan
sad al-zaraÊi.
Apabila syariat mengambil kira adat dan uruf, maka itu merupakan keringanan
dan rahmat dari Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Dan apabila Allah mengizinkan
kita membina hukum berdasarkan adat dan uruf, maka keizinan Allah itulah
sumbernya yang hakiki ‒ adat itu tidak lebih dari kaedah fiqh diambil faedah
darinya ketika pelaksanaan hukum. Perlu diingat bahawa adat dan uruf tersebut
tidaklah sampai kepada tahap sumber atau dalil yang utama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
118 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
7.7 SYARAT KEHARUSAN BERAMAL DENGAN
ADAT DAN URUF
Bagaimanakah kita dapat menentukan bahawa sesuatu adat atau uruf itu boleh
diikuti atau tidak? Terdapat lima garis panduan yang boleh dijadikan panduan
untuk kita dalam melihat sesuatu adat atau uruf. Lima garis panduan tersebut
telah digariskan oleh para ulama sebagai panduan keharusan untuk kita beramal
dengan adat dan uruf. Sesuatu adat dan uruf perlu mematuhi:
(a) Pertama: Adat dan uruf itu tidak bertentangan dengan hukum dan nas
syarak;
(b) Kedua: Adat dan uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas,
menyeluruh dan berterusan;
(c) Ketiga: Adat atau uruf ini tidak dinafikan oleh majoriti ulama;
(d) Keempat: Adat dan uruf itu mestilah diamalkan pada masa hukum syarak
dibentuk ke atasnya dan bukannya adat atau uruf yang sudah lama
ditinggalkan. Namun, boleh diterima pakai, sekiranya ia kembali aktif dan
dijadikan amalan kebiasaan seperti sedia kala; dan
(e) Kelima: Adat atau uruf ini mestilah sesuatu yang diamal secara konsisten
dan menyeluruh oleh majoriti masyarakat sesebuah negara. Ini merujuk
kepada amalan yang mesti diguna pakai menurut pandangan masyarakat
atau sekurang-kurangnya ia adalah adat untuk sebahagian negara
walaupun tidak seluruh negara.
7.8 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH
ASAS 5
Tahukah anda daripada kaedah asas adat dijadikan sebagai rujukan hukum
terbentuk tiga lagi kaedah pecahan? Tiga pecahan kaedah tersebut adalah seperti
yang dinyatakan dalam Rajah 7.1.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 119
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Rajah 7.1: Tiga pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 5
Ketiga-tiga kaedah ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian
seterusnya.
7.8.1 Kaedah Pecahan 1: Tidak Dinafikan Berlakunya
Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan
Zaman (La Yunkaru Taghayyur al-Ahkam Bi
Taghayyur al-Azman)
Kaedah ini membawa maksud perubahan zaman memberi implikasi yang cukup
besar kepada pembinaan sesuatu hukum syarak. Hukum perlu dibina
berasaskan keperluan zaman semasa iaitu dengan merujuk kepada adat dan uruf
ketika itu. Maka, hukum ijtihad yang dibina itu mestilah relevan dengan adat
dan uruf mereka.
Salah satu keistimewaan Islam adalah terletak pada ajarannya yang memberi
ruang yang cukup luas untuk menerima dan mengadaptasi budaya setempat.
Namun, tidak semua tradisi itu dijadikan hukum kerana bukan semua unsur
budaya itu sesuai dengan ajaran Islam; dengan kata lain, tidak mengikut syariat.
Maka, yang tidak besesuaian itu akan disesuaikan mengikut syariat.
Ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat perubahan hukum ekoran
perubahan zaman dan terdapat juga perubahan hukum ekoran perubahan adat.
Ini adalah kerana Islam melihat kepada kepentingan, keperluan semasa dan
kemaslahatan umat manusia itu sendiri. Ini bagi menjamin kehidupan mereka
dalam penuh keselesaan dan tidak memberi tekanan atau membebankan
mereka. Ini juga terbukti melalui fakta sejarah bagaimana sikap Rasulullah s.a.w.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
120 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
yang meraikan dan mengiktiraf adat baik yang dihayati dalam kalangan orang
Arab di zaman jahiliah, sehinggalah adat tersebut diteruskan dan diterima pakai
dalam agama Islam.
Antara contohnya adalah seperti berikut:
(a) Berlaku pada zaman Imam Syafie di mana beliau telah mengubah
sebahagian keputusan hukumnya yang telah ditetapkan di Baghdad (Iraq)
setelah beliau berada di Mesir. Perkara tersebut berlaku lantaran beliau
melihat adat di Mesir yang sangat berbeza dengan adat di Baghdad,
sehingga Imam Syafie mempunyai dua qawl (pendapat atau fatwa) iaitu
qawl jadid (pendapat yang baru) dan qawl qadim (pendapat yang lama);
(b) Pada zaman Abu Hanifah dan anak muridnya (Abu Yusuf) yang berbeza
pendapat dalam menetapkan sesuatu hukum, lantaran berbezanya adat
dan uruf. Bagi Imam Abu Hanifah, beliau hanya mensyaratkan keadilan
yang zahir ke atas saksi dalam kes yang bukan hudud dan qisas. Namun,
pada zaman Abu Yusuf pula, majoriti manusia pada zamannya banyak
melakukan maksiat dan bercakap bohong. Lalu, Abu Yusuf mensyaratkan
bahawa setiap saksi pada kes bukan hudud dan qisas hendaklah disucikan
dirinya dan bertaubat. Ini adalah disebabkan oleh perubahan yang berlaku
pada kebanyakan orang pada zaman tersebut;
(c) Hukum atau peruntukan undang-undang dalam soal usia perkahwinan
sesuatu bangsa, negara atau seumpamanya. Ini adalah kerana
perkembangan budaya dan peruntukan undang-undang masing-masing
adalah berbeza mengikut kesesuaian dan kebiasaan yang berlaku. Sebagai
contoh, Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saidatina Aisyah r.a. ketika
beliau berusia sembilan tahun. Namun, perkara tersebut mungkin tidak
berlaku kepada zaman sekarang kerana perubahan zaman, suasana dan
transformasi sosial atau seumpamanya yang telah menolak keadaan ini. Di
Malaysia (berdasarkan undang-undang), lelaki hanya boleh berkahwin
setelah berusia 18 tahun dan bagi perempuan, mereka perlu berusia 16
tahun. Sekiranya ingin berkahwin sebelum mencapai usia tersebut, maka
mereka perlu mendapat keizinan daripada pihak mahkamah. Di Indonesia
pula (berdasarkan Undang-Undang No. 1, tahun 1974), lelaki hanya boleh
berkahwin setelah berusia 19 tahun dan perempuan berusia 16 tahun; dan
(d) Memandangkan zaman sekarang keruntuhan rumah tangga sering berlaku
dalam kalangan pasangan muda, maka setiap pasangan yang ingin
berkahwin diwajibkan mengambil kursus perkahwinan serta pemeriksaan
tahap kesihatan. Ini adalah untuk menjamin dan memastikan setiap
pasangan itu memahami konsep perkahwinan, menurut perspektif Islam
dan bebas daripada semua penyakit kritikal.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 121
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
7.8.2 Kaedah Pecahan 2: Sesuatu yang Biasa
Diamalkan oleh Orang Ramai, Merupakan
Hujah yang Wajib Beramal dengannya (Isti’mal
al-Nas Hujjah Yajib al-‘Amal Biha)
Kaedah ini membawa maksud sesuatu amalan kebiasaan bagi sesebuah
masyarakat yang telah disepakati dan tidak bertentangan dengan nas syarak
adalah merupakan hujah yang wajib diikuti.
Sumber asal kaedah ini adalah ketika Rasulullah s.a.w. menghukum sahabat
yang bernama al-BarraÊ bin ÂAzib, berdasarkan adat kebiasaan mereka. Menurut
hadis yang diriwayatkan daripada Haram bin Muhayyisah daripada bapanya:
ُاﷲ.ﺑِﺎﻟَﺻﻠﱠﻠﱠْﻴ ِﻰﻞ ِﻞﻓَـاَﻘﳌـََْﻮاَﻀِﺷﻰﻲَر ُﺳِﺣْﻮْﻔُلﻈُاَﻬﺎِﷲ.ﻓََوﺎَﻋﻓْﻠََﺴﻰَﺪأﺗَْﻪُْﻫ أََْﻫﻋﺎِﻞِز اْبﻷَْﻣَدَﻮاَﺧِﻠَل ِْﺖﺣْﻔَﺣﻈُﺎﻪﺋُِ ﺑَِﻂﺎﻟﻨﱠـَرَﻬُﺟﺎٍِرﻞ أَ ﱠن ﻧَﺎﻗَﺔَ ﻟِﻠﺒَـﱠﺮاِء ﺑ ِﻦ
ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ َﻋﻠَﻰ
Maksudnya: „Sesungguhnya unta betina al-BarraÊ bin ÂAzib telah memasuki
pagar seorang lelaki serta merosakkannya. Maka, Rasulullah s.a.w.
menghukumkannya berdasarkan kebiasaan bahawa sepatutnya pemilik harta
menjaga harta mereka di siang hari dan pemilik ternakan menjaga ternakan
mereka di malam hari.‰
(Abu Dawud, kitab: al-BuyuÊ, Bab: al-Mawasyi Tufsid ZarÊa al-Qawm, Bil. 3098.
Malik, Kitab: al-Aqdiyah, Bil. 1239)
Berikut adalah antara contoh bagi penggunaan kaedah ini:
(a) Transaksi jual beli dengan cara al-muÊatah (hulur menghulur) tanpa
menggunakan lafaz ijab dan kabul di mana lafaz tersebut adalah rukun
dalam jual beli. Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan masyarakat ketika
menjual dan membeli dengan cara hanya menyerahkan wang dan
mengambil barang belian tanpa ada lafaz ijab dan kabul. Maka, adat ini
dibolehkan kerana sudah menjadi amalan kebiasaan kita dalam melakukan
transaksi jual beli;
(b) Diharuskan wakaf harta alih (seperti al-Quran, kitab dan buku ilmiah) di
mana mengikut asalnya, waqaf harta alih ini tidak sah. Namun, melihat
kepada amalan kebiasaan dan keperluan yang tinggi oleh masyarakat,
maka ia dibenarkan oleh syarak kerana menghormati adat dan untuk
memudahkan mereka; dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
122 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
(c) Dibenarkan memberi upah kepada penjahit, pelukis dan seumpamanya,
sebagai merujuk kepada adat kebiasaan dalam masyarakat.
7.8.3 Kaedah Pecahan 3: Ketentuan Berdasarkan
Uruf seperti Ketentuan Berdasarkan Nas (Al-
Ta’yin Bi al-‘Urf Ka al-Ta’yin Bin Nas)
Kaedah ini menjelaskan bahawa adat dan uruf itu diberi kuasa seperti kuasa nas,
namun hanya ketika ketiadaan nas atau nas berbentuk umum. Justeru, uruf dan
adat kebiasaannya akan mengambil tempat kedudukan nas.
Sebagai rumusan, sesuatu penetapan hukum yang berdasarkan uruf dan adat
kebiasaan yang menepati syarat sebagai dasar hukum adalah sama statusnya
dengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas. Kaedah ini banyak
digunakan dalam budaya muamalat setempat bagi masyarakat terdahulu dan
semasa di mana ianya merupakan antara perkara yang banyak mendapat
perhatian para ulama untuk dibincangkan.
Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini adalah:
(a) Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa tidak
termasuk bayaran bil air dan elektrik. Penyewa perlu membayar bil
tersebut mengikut penggunaannya. Peraturan dan perjanjian tersebut
mempunyai kuasa yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas;
(b) Dalam konteks Malaysia, harta sepencarian adalah satu amalan adat
masyarakat Melayu yang unik kerana ia tidak wujud di negara Arab atau
di Timur Tengah. Ia adalah harta perkongsian bersama antara suami
dengan isteri yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan berlangsung.
Selain itu, ia juga merupakan satu adat yang berlaku apabila berlakunya
penceraian antara pasangan tersebut. Tiada satu dalil pun yang
menjelaskan mengenai isu ini, namun sebenarnya ia menepati syarak
seperti mana firman Allah s.w.t. dalam ayat-Nya yang bermaksud, „Orang
lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang perempuan beroleh
bahagian daripada usahanya juga.‰ Maka, ketetapan undang-undang bagi
hak harta sepencarian ini mempunyai kuasa yang sama dengan hukum
yang ditetapkan melalui nas; dan
(c) Semua perkara yang tidak ditetapkan melalui nas syarak (sama ada urusan
berdasarkan timbangan atau sukatan dalam jual beli, penggunaan mata
wang yang tersendiri bagi tujuan pembayaran dan seumpamanya), perlu
dirujuk berdasarkan adat kebiasaan masyarakat setempat. Ini adalah
kerana syarak telah memperakui autoritinya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 123
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
SEMAK KENDIRI 7.2
1. Kemukakan tiga kaedah pecahan yang terbentuk daripada kaedah
adat sebagai sumber rujukan hukum dan kaitkannya dengan isu fiqh
muamalat semasa di Malaysia.
2. Bezakan uruf sahih dan uruf fasid serta berikan contoh yang
relevan.
3. Terangkan lima syarat keharusan beramal dengan adat seperti mana
yang telah dibincangkan oleh ulama dalam karya mereka.
7.9 MUAMALAT YANG BERASASKAN
BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH
ASAS 5
Akhir sekali, mari kita lihat muamalat yang berasaskan budaya masyarakat di
Malaysia dan kaitannya dengan kaedah asas kelima ini. Anda tentu sedar
bahawa terdapat banyak muamalat yang menjadi budaya dan amalan bagi
masyarakat setempat di Malaysia adalah berasaskan kaedah adat sebagai sumber
rujukan hukum. Antaranya adalah seperti:
(a) Kontrak tempahan (bayÊ al-salam);
(b) Kontrak jual janji (bayÊ al-wafaÊ);
(c) Kontrak jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun);
(d) Kontral sewaan (al-ijarah);
(e) BayÊ al-Âinah dalam perkhidmatan kad kredit;
(f) Kontrak al-ujr dalam perkhidmatan kad debit;
(g) Transaksi menggunakan Internet; dan
(h) Transaksi menggunakan telefon bimbit.
Sebagai rumusan, syariat Islam adalah syariat yang dinamik dan fleksibel
kepada kehendak serta perubahan manusia dan masa. Syariat Islam tidak pernah
mengetepikan adat atau uruf yang baik, malah amat menghormatinya dan
meraikannya demi mengelakkan bebanan atau kesukaran dan untuk menjaga
kepentingan mereka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
124 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Mengikut al-Qardawi, adalah suatu yang penting mengetahui perubahan zaman,
tempat, tradisi dan keadaan masyarakat. Signifikannya keadaan tersebut ialah
fuqaha yang mengeluarkan fatwa atau membina hukum harus melihat dan
memahami realiti masyarakat kerana etika atau norma atau nilai budaya
sesebuah masyarakat adalah tidak sama.
Justeru, dalam merealisasikan kemaslahatan ummah, pengambilkiraan nilai
budaya semasa dan setempat amat penting, lantaran ianya amat bersesuaian
dengan semangat ruh syariah itu sendiri.
AKTIVITI 7.2
1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan adat atau uruf
sebagai hujah syarak dalam perundangan Islam.
2. Kemukakan tiga contoh implimentasi kaedah ini dalam fatwa
semasa di Malaysia.
3. Jelaskan hukum dan selesaikan isu berikut:
(a) Dalam masyarakat Melayu, mengadakan majlis tahlil apabila
kematian seseorang menjadi adat, sedangkan Rasulullah
s.a.w. tidak pernah melakukannya;
(b) Dalam masyarakat Melayu di kebanyakan tempat,
persandingan di hari perkahwinan itu sudah menjadi adat;
dan
(c) Memakai kain sarung ketika bersolat dalam masyarakat
Melayu sudah menjadi adat kebiasaan bagi kaum lelaki.
Ć Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah)
merupakan kaedah asas kelima dalam perundangan Islam. Kaedah ini juga
disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams al-kubra‰ atau „al-qawaÊid al-
asasiyyah.‰
Ć Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh
syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang
bentuk tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada
kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 125
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini adalah adat penentuan mahar atau mas
kahwin, adat pemberian hantaran perkahwinan dan adat memakai baju
tradisional yang tidak mendedahkan aurat.
Ć Secara umumnya, pandangan ulama terhadap adat dan uruf tidak banyak
berbeza. Majoriti ulama berpendapat bahawa biarpun terdapat sedikit
perbezaan istilah, namun ada persamaan antara adat dan uruf.
Ć Majoriti ulama fiqh berpendapat uruf dan adat adalah merupakan salah satu
daripada hujah syarak dan ia dianggap sebagai sumber perundangan Islam.
Ć Sumber dalil atau asal bagi kaedah ini adalah daripada al-Quran dan hadis.
Ć Terdapat enam kategori uruf yang dibincangkan oleh para ulama iaitu uruf
amali (perbuatan), uruf qawli (perkataan), uruf am (yang tersebar luas atau
dikenali secara umumnya), uruf khas (hanya dikenali dalam kalangan
penduduk atau sesebuah negeri tertentu atau segolongan masyarakat
tertentu), uruf sahih (yang tidak bercanggah dengan nas atau hukum syarak)
dan uruf fasid (yang bertentangan dengan nas syarak).
Ć Terdapat lima syarat tertentu yang mesti dipatuhi untuk beramal dengan
adat dan uruf. Antaranya adalah tidak bertentangan dengan hukum dan nas
syarak dan tidak dinafikan oleh majoriti ulama.
Ć Terdapat tiga kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah
adat sebagai sumber rujukan hukum. Tiga pecahan tersebut ialah tidak
dinafikan berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan zaman, sesuatu
yang biasa diamalkan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib beramal
dengannya dan ketentuan berdasarkan uruf seperti ketentuan berdasarkan nas.
Ć Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum dan kaedah pecahannya amat
penting dalam perundangan Islam dan banyak berperanan dalam
menyelesaikan permasalahan fiqh terutamanya dalam isu muamalat semasa
seperti kontrak bay' al-salam (tempahan), kontrak al-ijarah (sewaan), kontrak
bay' al-wafa (jual janji), transaksi melalui Internet dan sebagainya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
126 TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Al-Âadah muhakkamah Sewaan (al-ijarah)
Al-qawaÊid al-khams al-kubra Tempahan (bayÊ al-salam)
Al-taÊyin bi al-Âurf ka al-taÊyin bi al-nas Uruf am
Al-ujr Uruf amali
BayÊ al-Âinah Uruf fasid
IstiÊmal al-nas hujjah yajib al-Âamal Uruf khas
biha Uruf qawli
Uruf sahih
Jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun)
Jual janji (bayÊ al-wafaÊ)
La yunkaru taghayyur al-ahkam bi
taghayyur al-azman
ÂAbd al-Karim Zaydan. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Kaherah. Dar al-TawziÊ
wa al-Nasyr al-Islami.
ÂAbd al-Wahab Khallaf. (1970). Masodir al-tasyriÊ al-islami fi la nasso fihi.
Kuwait. Dar al-Qalam.
Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Abu Dawud Sulaiman al-Asy'ath Ishaq ibn Basyir al-Azdi al-Sijistani. (t.t.). Sunan
Abu Dawud. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Hariri Ibrahim Muhammad Mahmud. (1998). Al-madkhal ila al-qawaÊid al-
fiqhiyyah al-kulliyyah. ÂAmman: Dar ÂAqar.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM 127
(ٌ)اَﻟَْﻌـﺎَدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ
Al-Jurjani ÊAli Muhammad al-Syarif. (1983). Kitab al-taÊrifat. Beirut: Dar al-Kutub
al-ÂIlmiyyah.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Al-QurÊan al-Karim.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Tabrani Sulaiman Ahmad Ayyub Muthair al-Lakhmi al-Yamani at-Thabrani.
(t.t.). MuÊjam alăkabir. Damascus: Dar al-Kutub al-Zahiriyyah.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah Muhammad Abi Bakr. (1991). ÊIlam al-muwaqqiÊin Âan
rabb al-Âalamin. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Kaedah Umum
8 1: Ijtihad Tidak
Boleh
Dibatalkan
dengan Ijtihad
()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Umum 1 (ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad);
2. Menerangkan sumber asal atau dalil kaedah ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad; dan
3. Menjelaskan bagaimana Kaedah Umum 1 digunakan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN 129
IJTIHAD ()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
PENGENALAN
Tahukah anda bahawa Kaedah Umum 1 (ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan
ijtihad) merupakan salah satu daripada kaedah kulliyyah (umum)? Walaupun
kaedah ini tidak tergolong dalam lima kaedah asas yang telah anda pelajari
dalam topik-topik yang lepas, namun anda perlu mempelajarinya kerana kaedah
ini penting dalam membuat keputusan dan pengurusan. Oleh itu, topik kelapan
ini akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah, sumber asal serta
contoh aplikasi bagi kaedah ini.
8.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
UMUM 1
Apakah maksud kaedah ini? Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu ijtihad
tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad yang lain. Ini adalah kerana sesuatu ijtihad
dengan ijtihad yang lain adalah sama dari segi statusnya, dengan anggapan
bahawa tiada ijtihad yang lebih baik berbanding ijtihad yang lain. Sekiranya
hakim membuat keputusan berdasarkan satu ijtihad, keputusan ini tidak harus
dibatalkan olehnya atau oleh sebarang hakim yang lain berdasarkan ijtihad
masing-masing, selagi ijtihad asal itu telah dilaksanakan dengan sewajarnya.
Ini bermakna, hukum yang diputuskan berdasarkan ijtihad hakim, akan kekal
walaupun kemudiannya, dalam kes yang hampir sama, hakim tersebut
memberikan keputusan yang berbeza. Hakim adalah mujtahid iaitu orang yang
layak melaksanakan ijtihad. Kaedah ini akan terpakai secara umum kepada
keputusan yang dibuat secara ijtihad oleh pemerintah, ulama, mufti dan
sebagainya. Namun, perlu diingat bahawa kaedah ini hanya terpakai kepada
ijtihad yang dibuat dengan mengikut mekanisme dan disiplin ilmu yang betul.
Oleh itu, untuk memahami kaedah ini, amat penting bagi kita memahami konsep
ijtihad dan terma yang berkaitan dengannya. Pertama sekali, kita perlu faham
apakah yang dimaksudkan dengan ijtihad. Tahukah anda apakah erti ijtihad?
Ijtihad dari segi bahasa bermakna bersungguh-sungguh dalam sesuatu urusan
atau perkara yang kompleks dan susah. Oleh itu, ijtihad tidak digunakan untuk
menyelesaikan perkara yang mudah atau ringan. Ia secara khusus dipakai atau
digunakan untuk merujuk kepada perkara yang kompleks dan susah sahaja.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
130 TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD ()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
Bagaimana pula maksud ijtihad dari segi istilah? Dari segi istilah pula,
Muhammad Abu Zahra dalam kitabnya Usul Fiqh mendefinisikan ijtihad
sebagai usaha yang optimum daripada faqih atau ahli fiqh untuk menetap,
mengeluarkan atau istinbat sesuatu hukum tentang sesuatu perkara melalui dalil
yang spesifik. Bagi Imam al-Ghazali Rahimahullah pula, beliau mentakrifkan
ijtihad sebagai usaha dan kesungguhan seorang mujtahid untuk mencari ilmu
berkenaan hukum syarak. Ini bermakna, ijtihad hendaklah dibuat oleh ahli fiqh
yang mujtahid dan bukannya oleh sebarangan orang. Perkataan ijtihad ini
digunakan secara spesifik untuk merujuk kepada proses mencari ilmu berkenaan
hukum syarak, terutama pada permasalahan baru yang timbul.
Pada zaman moden dan serba canggih ini, terdapat banyak isu kontemporari
berkaitan fiqh yang tidak ada hukum yang jelas dari segi syarak. Misalnya, isu
suami menceraikan atau merujuk isteri melalui e-mel atau sistem pesanan
ringkas (sms), isu pengklonan, pemindahan organ dan sebagainya. Oleh itu,
bolehlah dirumuskan bahawa ijtihad merupakan mekanisme bagi mujtahid
mengeluarkan hukum fiqh bagi isu baru yang tidak jelas kedudukannya
mengikut hukum syarak yang sedia ada. Perlu diingat bahawa orang awam
secara umumnya tidak boleh membuat ijtihad kerana ia memerlukan ilmu dan
pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fiqh. Dengan kata lain, hanya mereka yang
mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama Islam yang mendalam sahaja yang
layak untuk membuat ijtihad.
Perkara seterusnya yang perlu difahami ialah siapakah mujtahid yang layak
membuat ijtihad dan apakah ciri-cirinya? Perkara ini telah dibincangkan dengan
panjang lebar dalam kitab usul fiqh. Sesetengah buku meletakkan 13 syarat bagi
mujtahid, selain daripada syarat umum mukallaf iaitu Islam, berakal sempurna
dan baligh. Antara syarat spesifik tersebut ialah mujtahid perlu arif tentang:
(a) Al-Quran;
(b) Sunnah;
(c) Bahasa Arab;
(d) Ulum al-Quran;
(e) Ulum al-hadith;
(f) Usul al-fiqh;
(g) QawaÊid fiqh; dan
(h) Balaghah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN 131
IJTIHAD ()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
Ijtihad merupakan mekanisme yang penting dalam syariat Islam. Ijtihad para
sahabat dan alim ulama selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w. telah
sepakat membentuk ijmak dalam membincangkan sesuatu isu; ia menjadi
sumber syariat Islam yang ketiga selepas al-Quran dan Sunnah.
Begitu juga sumber syariah yang lain seperti qiyas, istihsan, istislah dan
sebagainya. Kesemua ini adalah berteraskan ijtihad. Mufti juga perlu
menggunakan ijtihadnya sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Begitu juga ahli
lain dalam jawatankuasa fatwa, masing-masing membuat ijtihad yang akhirnya
secara kolektif menghasilkan fatwa, sama ada pada peringkat negeri mahupun
kebangsaan.
Selain itu, kita perlu sedar dan faham bahawa bukan semua perkara boleh
dikeluarkan hukum melalui ijtihad. Perlu diingat bahawa hanya perkara
ijtihadiyyat sahaja yang boleh dibuat ijtihad. Jadi, apakah yang dimaksudkan
dengan perkara ijtihadiyyat?
Tahukah anda bahawa perkara ijtihadiyyat telah dibincangkan panjang lebar
dalam kitab usul fiqh? Perkara ijtihadiyyat ini merujuk kepada perkara yang
tiada nas qatÊie (al-Quran dan Sunnah), ijmak dan al-qiyas al-jaliyy. Oleh itu,
hukum berkenaan perkara ijtihadiyyat boleh dibuat melalui ijtihad.
Sebagai contoh, terdapat nas al-Quran dan Sunnah yang jelas dan spesifik
mengenai kewajipan menutup aurat. Namun, terdapat juga ayat al-Quran yang
menyebut tentang perkara ini secara umum dan tidak spesifik. Antaranya surah
al-AÊaraf, 7:26:
Maksudnya: "Wahai anak Adam! Sesungguhnya, Kami telah menurunkan
kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian
perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.
Demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya
kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenang-Nya (dan bersyukur)."
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi mereka yang bukan mujtahid secara sembrono
merujuk kepada nas lain mengenai perkara tersebut dan membuat kesimpulan
sendiri bahawa menutup aurat adalah tidak wajib dan apa yang penting ialah
takwa dengan hanya merujuk kepada ayat surah al-AÊaraf ini. Perlu diingat
bahawa setiap ijtihad perlu bersandarkan kepada hujah yang kuat dan bernas.
Maka, dalam contoh ini, tafsiran hukum yang dibuat adalah tidak sah dan tiada
kredibiliti kerana dilakukan oleh mereka yang tidak memenuhi kriteria sebagai
mujtahid. Selain itu, hujah golongan ini biasanya disandarkan kepada hujah
akademik dan logik akal sahaja tanpa berasaskan kepada proses istinbat hukum
menurut syarak, usul fiqh dan kaedah fiqh. Kesan daripada „ijtihad‰ mereka ini
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
132 TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD ()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
adalah sesuatu yang membimbangkan, jika ia dapat diterima oleh sebilangan
besar khalayak awam yang tidak arif tentang hukum syarak dan proses ijtihad.
Mari kita lihat satu lagi contoh berkaitan isu ini iaitu perbandingan hasil ijtihad
yang boleh diguna pakai dan kredibiliti tentang hukum zakat pendapatan.
Terdapat banyak nas al-Quran dan Sunnah mengenai kewajipan mengeluarkan
zakat harta. Walaupun begitu, bagaimana pula dengan zakat pendapatan?
Adakah wang gaji bulanan yang diterima juga perlu dikeluarkan zakatnya?
Berdasarkan ijtihad, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan fatwa kebanyakan
ulama mutakhir termasuklah daripada Prof Yusuf al-Qaradhawi telah
memutuskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib dikeluarkan bagi mereka
yang memenuhi syarat zakat mengikut kaedah dan cara kiraan tertentu.
8.2 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH
UMUM 1
Apakah sumber asal atau dalil bagi kaedah ini? Sumber kaedah ijtihad tidak
boleh dibatalkan dengan ijtihad. Ini adalah daripada ijmak para sahabat yang
berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. di mana beliau telah memutuskan
satu kes berdasarkan ijtihadnya. Pada zaman Saidina Umar r.a. pula, beliau telah
memberi keputusan yang berbeza berdasarkan ijtihadnya pada kes yang sama,
tanpa membatalkan keputusan ijtihad Saidina Abu Bakar r.a.
Berlaku juga pada pemerintahan Saidina Umar r.a., ketika beliau telah
memutuskan satu pertikaian mengenai faraÊid (berkenaan permasalahan yang
tidak disebut dalam al-Quran) berdasarkan ijtihadnya. Kemudian, apabila beliau
mengadili satu lagi kes seumpamanya, beliau telah menggunakan ijtihadnya dan
memberikan keputusan yang berbeza. Apabila perkara ini dipersoalkan kepada
beliau, Saidina Umar r.a. menjawab, „Yang lepas akan kekal dengan keputusan
yang lepas, dan kini akan kekal dengan keputusan yang baru.‰ Oleh itu, para
sahabat yang memahami semangat dan ruh syariah ketika itu telah memperakui
dan mempersetujui perkara ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN 133
IJTIHAD ()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
8.3 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 1
Tahukah anda bagaimana caranya untuk mengaplikasikan kaedah ini? Berikut
adalah antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini:
(a) Tahukah anda bahawa Imam Syafie mempunyai dua versi pendapat? Dua
versi pendapat tersebut adalah pendapat lama (qawl qodim) dan pendapat
baru (qawl jadid). Qawl qodim adalah merupakan pendapat lamanya
ketika beliau berada di Baghdad, manakala qawl jadid merupakan
pendapat barunya setelah berhijrah ke Mesir. Kedua-dua qawl ini
merupakan rujukan dan sebahagian daripada fatwa Mazhab Syafie. Malah,
qawl qodim masih lagi terpakai kecuali pada perkara yang secara nyata
dimansuhkan;
(b) Jika seseorang berijtihad mengenai arah kiblat untuk menunaikan solat,
kemudian dia membuat ijtihad kedua mengenai arah kiblat tadi (sedikit
berbeza dengan hasil ijtihad pertama), maka dia perlu bersolat mengikut
kiblat hasil ijtihad kedua. Berdasarkan kaedah ini, beliau tidak perlu
mengulangi solat yang telah dibuat berdasarkan ijtihad pertama tadi;
(c) Sekiranya hakim memutuskan sesuatu perkara berdasarkan ijtihad dalam
sesuatu kes, kemudian dia menukar ijtihadnya dalam kes yang kedua,
maka keputusan ijtihad dalam kes pertama tidak boleh terbatal oleh ijtihad
pada kes kedua, sekalipun hujahan ijtihad kedua lebih kuat. Ini adalah
berdasarkan kepada kaedah umum ini yang menyatakan bahawa ijtihad
yang terkemudian tidak membatalkan ijtihad terdahulu; dan
(d) Kaedah ini turut diguna pakai di mahkamah syariah di Malaysia di mana
seseorang hakim tidak terikat dengan keputusan hakim yang lain,
sekalipun di peringkat mahkamah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun,
pada peringkat rayuan, hakim akan meneliti sama ada proses ijtihad oleh
hakim bicara telah dibuat dengan betul dan sama ada rayuan peringanan
hukuman boleh dipertimbangkan atau tidak.
Sebagai kesimpulan, aplikasi kaedah ini sebenarnya memerlukan kemahiran dan
pengetahuan fiqhiyyah yang tinggi. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,
mujtahid perlu arif dalam hampir kesemua bidang fiqh. Selain itu, dia juga perlu
memikirkan dan mengambil kira banyak syarat dan pengecualian yang perlu
dibuat dalam membuat sebarang keputusan.
Secara umum, kaedah ini menegaskan bahawa ijtihad yang terkemudian tidak
membatalkan ijtihad terdahulu, sama ada ijtihad itu datang daripada mujtahid
yang sama ataupun daripada mujtahid yang berbeza. Hukum ijtihad yang
pertama dan yang telah lepas adalah bersifat kekal, walaupun ada ijtihad kedua
dengan hujah yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, hukum ijtihad kedua ini
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
134 TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD ()اَ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎ ُد ﻻَ ﻳُـْﻨـَﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘَِﻬﺎد
akan terpakai kepada permasalahan yang akan datang. Ini bermakna, setelah ada
ijtihad kedua, ijtihad pertama tidak boleh diguna pakai lagi. Namun, terdapat
pengecualian dalam hal ini memandangkan maslahah pada setiap permasalahan
mungkin berubah atau berbeza.
Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa aplikasi kaedah ini perlu dilihat secara
menyeluruh, dalam konteks yang lebih besar. Ia perlu sentiasa disemak dengan
merujuk kepada kaedah fiqh yang lain, maqasid atau objektif syariah yang lima,
maslahah atau kepentingan umum dan sebagainya.
SEMAK KENDIRI 8.1
1. Senaraikan takrif ijtihad menurut tokoh ulama. Secara
berkumpulan, bincangkan takrifan tersebut dan buat kesimpulan
mengenai maksud ijtihad yang kamu faham.
2. Senaraikan ciri-ciri mujtahid.
3. Huraikan permasalahan yang berlaku semasa zaman para sahabat
yang menjadi dalil sandaran atau asas kepada kaedah ini.
4. Cuba anda cari dua contoh semasa yang berkaitan dengan kaedah
ini.
AKTIVITI 8.1
Terangkan bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam konteks
pengurusan.
Ć Secara umumnya, kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad yang lain. Ini adalah kerana sesuatu ijtihad dengan
ijtihad yang lain adalah sama dari segi statusnya, dengan anggapan bahawa
tiada ijtihad yang lebih baik berbanding ijtihad yang lain.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)