The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KIT AKTIVITI PDP BERASASKAN KBAT -anyflip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by flora fauna, 2021-02-25 10:22:14

KIT AKTIVITI PDP BERASASKAN KBAT -anyflip

KIT AKTIVITI PDP BERASASKAN KBAT -anyflip

Toolbox Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini merupakan himpunan
cadangan aktiviti berpusatkan murid yang dapat menjadi panduan kepada guru ke
arah membudayakan KBAT khususnya dalam PdP. Kepelbagaian aktiviti tersebut
dapat memberikan altematif kepada gurudalam merancang aktiviti PdP pada
mesa hadapan.Dalam memenuhikeperluan murid secara inklusif, guru perlu bijak
memilih aktiviti yang menarik minat dan perhatian mereka untuk belajar. lnkuiri
murid dapat dicetus secarasemulajadisekiranya guru dapat memberikan
rangsanganyang betul dan sesuaidengan keupayaan mereka.

Himpunan aktiviti yang disenaraikan ini meliputi aktiviti yang menyokong
pelaksanaan PdP danjuga pentaksiran.Aktiviti PdP tersebut terdiri daripada aktiviti
yang dapat menjana idea serta perkongsian maklumat bersama rakan sama ada
secara berpasangan, berkumpulan mahupun seluruh kelas. Aktiviti pentaksiran
secara formatif pula dapat membantu guru dan diri murid sendiri membuat
penambahbaikan berdasarkan maklum balas semasa tentang kemajuan
pembelajaran mereka. Murid dilibatkan secara langsung melalui assessment as
learning secara kendiri mahupun secara peer assessment.

Sumber rujukan utama penyediaan Toolbox Aktiviti PdP ini adalah daripada
perkongsian guru yang melaksanakan Middle Years Programme International
Baccalaureate (MYPIB) di 10 buah /8 World School di Malaysia serta pelaksanaan
Pembelajaran Abad K21. Seisin itu, terdapat aktiviti yang dilampirkan dengan
tayangan video supaya pelaksanaan aktiviti tersebut lebih mudah difahami.
Adalah diharapkan agar sernua guru dapat memanfaatkan perkongsian ini dalam
usaha membudayakan KBAT secara menyeluruh. Guru amat digalakkan untuk
sentiasa membuat penyesuaian terhadap aktiviti tersebut berdasarkan
keupayaan dan kecenderungan murid masing-masing.

Toolbox Aktiviti PdP

Toolbox aktiviti PdP menyenaraikan cadangan aktiviti yang berpusatkan murid.
Aktiviti yang dicadangkan dapat memberi peluang kepada murid untuk terlibat
secara aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Melalui
aktiviti ini juga, murid dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk
menyumbang idea dan pandangan berkaitan topik yang dibincangkan tanpa
rasa risau jika idea tersebut tidak diterima. Kepelbagaian aktiviti PdP yang
dirancang dapat meningkatkan peranan guru sebagai fasilitator dan murid
berpeluang untuk mencungkil potensi dan kelebihan diri ke arah pembelajaran
yang lebih bermakna dan menjana pemikiran aras tinggi. Selain itu, terdapat
juga aktiviti yang dapat membantu guru dan murid untuk melaksanakan
pentaksiran bilik darjah secara formatif.

Senarai
Aktiviti PdP

3 Steps Interview

Murid mengaplikasikan kemahiran mendengar dan temu bual yang
berstruktur.

Persediaan:
1. Guru menyediakan soalan temu bual.
2. Soalan ini juga boleh disediakan oleh murid jika mereka sudah biasa

menjalankan aktiviti ini.

Prosedur:
1. Guru meminta murid duduk secara berpasangan.
2. Murid A akan bertindak sebagai penemu bual.
3. Guru menetapkan tempoh masa untuk temu bual.
4. Setelah masa tamat, Murid B pula akan bertindak sebagai penemu

bual.
5. Kemudian, 2 pasangan murid membentuk satu kumpulan.
6. Secara bergilir, murid menjelaskan idea pasangan mereka dalam

kumpulan tersebut.

6 Thinking Hats

Aktiviti ini biasanya dijalankan bagi membantu murid membuat keputusan
terhadap sesuatu isu/ masalah.

Prosedur:

1. Guru memaparkan situasi/ isu yang perlu diselesaikan oleh murid.
2. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli.
3. Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan warna Thinking

Hats yang diwakili oleh murid. Ini membolehkan setiap kumpulan
dapat meneliti setiap aspek sebelum membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah.
4. Perwakilan warna topi adalah seperti berikut:

i. Biru: metakognitif
ii. Hitam: penghakiman
iii. Putih: maklumat dan fakta
iv. Merah: emosi
v. Hijau: kreativiti
vi. Kuning: pandangan positif
5. Dalam sesetengah situasi, guru juga boleh
memilih untuk menggunakan beberapa warna
thinking hats sahaja dalam aktiviti yang dirancang dan semua murid
akan mewakili warna topi yang sama.
6. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
7. Guru boleh menggunakan aktiviti Gallery walk atau one stay others
stray untuk sesi pembentangan.

8. Rujuk video berkaitan:

Attitude Movement

Prosedur:
1. Guru menampal kenyataan berkaitan isu/ topik yang telah dibincang di

sekeliling bilik/ dewan.
2. Murid diminta membaca setiap kenyataan dan berdiri/ berkumpul di

tempat kenyataan yang mereka persetujui.
3. Murid memberikan pandangan berkaitan kenyataan yang dipilih dalam

masa yang telah ditetapkan.
4. Guru boleh menggunakan aktiviti seperti Think-Pair-Share untuk

menggalakkan murid berkongsi pandangan/ idea mereka bersama
seluruh kelas.

Audience Reaction Team

Aktiviti ini dilaksanakan semasa sesi pembentangan atau public speaking
oleh murid. Audience Reaction Team merupakan sekumpulan murid yang
dilantik bagi mewakili penonton. Mereka perlu memastikan maklumat
yang disampaikan dapat difahami oleh penonton dan menjadi
penghubung antara kedua-dua pihak ini.

Prosedur:
1. Guru melantik 3 hingga 5 orang murid dalam kalangan penonton
untuk menjadi Audience Reaction Team.
2. Sebelum itu, pembentang perlu dimaklumkan bahawa sesi ini akan
dibantu oleh pasukan Audience Reaction Team.
3. Pasukan ini akan membantu penonton meningkatkan kefahaman
mereka tentang maklumat yang disampaikan dengan meminta
penerangan lanjut atau memberikan justifikasi serta perincian
tentang sesuatu perkara yang kurang jelas.
4. Guru mengingatkan pasukan ini untuk bertanya secara sopan dan
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman penonton tentang
maklumat pembentangan (tidak bersifat peribadi).

Brainstorming

Merupakan teknik untuk menjana pemikiran kreatif. Tujuan aktiviti ini
adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara bebas
dan mencatat semua idea.

Peraturan aktiviti:
1. Semua idea amat dialu-alukan dan tiada jawapan yang salah.
2. Pelibatan murid adalah secara kreatif dan berfikir di luar/ tanpa kotak.
3. Setiap ahli perlu menyumbang sebanyak mungkin idea dalam tempoh

yang ditetapkan.
4. Ahli kumpulan digalakkan mengaitkan idea tambahan/ sokongan

berdasarkan idea ahli kumpulan.

Prosedur:
1. Guru mengemukakan topik perbincangan. Topik/ isu yang dipilih

seharusnya berfokus agar pemikiran murid lebih terarah.
2. Murid bekerjasama dalam kumpulan dan melantik ketua kumpulan/

fasilitator.
3. Semasa perbincangan, fasilitator perlu memastikan peraturan aktiviti

sentiasa dipatuhi oleh semua ahli.
4. Fasilitator juga perlu mendorong setiap ahli kumpulan untuk berfikir

secara kreatif bagi menjana idea.
5. Setiap idea yang dikemukakan perlu dicatatkan.
6. Pelbagai alat berfikir juga boleh digunakan untuk menjana idea seperti

peta minda, peta bulatan, tulang ikan ishikawa dan sebagainya.

Build The Biggest Tower

Prosedur:
1. Murid bekerja secara berkumpulan dan

kolaboratif.
2. Guru menyediakan bahan yang terhad

untuk membina menara mereka secara
kreatif.
3. Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan
murid.
4. Aktiviti biasanya dijalankan secara pertandingan bagi
meningkatkan motivasi murid untuk berfikir dan menetapkan
strategi secara kreatif.
5. Setiap kumpulan membuat perancangan untuk membina
menara yang tertinggi menggunakan bahan yang dibekalkan.
6. Setiap kumpulan mula menyiapkan menara masing-masing
setelah menetapkan strategi.
7. Guru menetapkan masa untuk menyiapkan menara tersebut.
8. Kumpulan yang berjaya membina menara yang paling tinggi
merupakan pemenang.

Bus Stop

Persediaan:
1. Guru menyediakan beberapa set soalan dan jawapan, bergantung

kepada jumlah kumpulan yang akan dibentuk oleh murid.
2. Guru mewujudkan beberapa hentian bas (bus stop) seperti situasi

sebenar. Aktiviti ini lebih selesa dilaksanakan di tempat yang lebih
besar seperti dewan bagi memudahkan pergerakan murid.
3. Soalan yang berbeza diletakkan/ ditampal pada setiap hentian bas.

Prosedur 1:
1. Guru memberikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan dan

membahagikan murid kepada kumpulan kecil (4 orang ahli setiap
kumpulan).
2. Setiap kumpulan akan berada di setiap hentian yang disediakan.
3. Setiap kumpulan dibenarkan berada pada setiap hentian selama 10
minit sahaja dan perlu bergerak ke hentian seterusnya setelah tamat
tempoh masa.
4. Pada setiap hentian, murid perlu menyelesaikan isu/ soalan yang
disediakan dan meninggalkan jawapan mereka di hentian tersebut.
5. Bagi mengelakkan kekecohan, guru boleh menetapkan pergerakan
murid sama ada mengikut atau melawan arah jam.
6. Kumpulan terakhir pada setiap hentian perlu membuat kesimpulan
berdasarkan jawapan/ penyelesaian kumpulan sebelumnya.
7. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan jawapan/ penyelesaian
dan maklumat yang diperolehi secara Gallery Walk atau aktiviti lain.

Prosedur 2:

1. Guru meminta murid berkongsi pengalaman mereka melihat situasi
di hentian bas. Situasinya adalah terdapat ramai orang dengan
pelbagai sikap sedang menunggu bas yang akan dinaiki. Semua
orang tersebut sepatutnya beratur bagi mengelakkan kesesakan
semasa menaiki bas.

2. Oleh itu, guru menyediakan sebuah cerita/ peristiwa lengkap. Setiap
baris ayat cerita diasingkan dalam jalur (strips) dan diedarkan pada
setiap murid.

3. Guru meminta murid membaca dan memahami ayat yang diwakili.

4. Murid akan mencari dan berkomunikasi dengan rakan mereka untuk
menyusun ayat yang diwakili bagi membentuk sebuah cerita.

5. Guru mendorong murid untuk menyusun dan beratur pada kedudukan
yang betul agar dapat menghasilkan sebuah cerita secara tersusun.

Carousel

Aktiviti ini boleh digunakan untuk menguji pengetahuan sedia
ada murid berkaitan dengan topik melalui pergerakan dan
perbincangan.

Prosedur:
1. Guru menyediakan soalan/ isu/ idea untuk sumbangsaran.

Setiap soalan ditulis di atas sehelai carta/ kertas.
2. Guru menampal semua carta tersebut di sekeliling bilik

darjah.
3. Guru menjelaskan peraturan aktiviti kepada murid iaitu

mereka perlu bergerak dalam kumpulan masing-masing
berdasarkan masa yang ditetapkan oleh guru.
4. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan
ke soalan yang lain dan menunggu arahan guru sebelum
bergerak.
5. Setiap kumpulan mesti bergerak ke setiap carta. Murid
diminta berbincang atau menulis jawapan mereka pada carta
tersebut.
6. Dicadangkan agar guru menggunakan pen pelbagai warna
untuk membezakan jawapan setiap kumpulan.
7. Cara yang lain –soalan diedarkan kepada setiap kumpulan
mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan perlu berbincang
dan menjawab semua soalan yang diedarkan.

Case Study

1. Case study merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan isu atau
masalah yang berlaku di sekolah, sebagai contoh:
i. Bagaimana untuk mengurangkan pembaziran makanan
di kantin?
ii. Bagaimana untuk meningkatkan kadar kehadiran murid
ke sekolah?
iii. Bagaimana mengurangkan bilangan murid yang diserang
demam dan selsema semasa musim hujan?

2. Pelaksanaan case study dapat membantu murid menghubung kaitkan
pembelajaran mereka dengan situasi sebenar dalam kehidupan.

3. Case study biasanya akan melibatkan lebih daripada satu mata
pelajaran, sebagai contoh mata pelajaran Sains digabungkan dengan
Bahasa Inggeris. Murid menggunakan kandungan Sains seperti
Organisasi Sains serta perlu mencipta dan mempersembahkan
ciptaan skrip Choral Speaking.

4. Bagi sesetengah situasi, case study boleh dilaksanakan secara
merentasi disiplin/ interdisciplinary learning. Sebagai contoh, murid
mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat bagi menjalankan
kajian daripada pelbagai sumber dan menyiapkan laporan sama ada
dalam bentuk folio atau pembentangan slaid Microsoft power point.

5. Murid juga biasanya mengaplikasikan pendekatan inkuiri penemuan
dalam menyelesaikan tugasan bagi case study.

6. Pada peringkat sekolah rendah, case study dilaksanakan dalam
kumpulan.

7. Jangka masa untuk melaksanakan case study biasanya melibatkan
tempoh masa yang agak panjang iaitu antara dua minggu hingga ke
sebulan.

Prosedur:

1. Guru memberikan situasi sebenar yang berlaku.

2. Murid diberikan fakta tentang kes atau situasi yang sebenar dan data
berkaitan. Paparan video yang berkaitan juga dapat menarik minat
dan inkuri murid.

3. Murid membentuk kumpulan 4 ke 6 orang ahli.

4. Berdasarkan stimulus yang diberikan oleh guru, murid harus
mengenal pasti isu/ masalah, menetapkan garis masa dan strategi
untuk menyelesaikan isu/ masalah tersebut.

5. Guru menetapkan tempoh masa bagi case study dan mendorong
murid untuk membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Murid tidak
dibenarkan hanya bergantung kepada satu sumber sahaja seperti
buku teks.

6. Bagi sesetengah case study, murid perlu menjalankan temu bual
dengan pihak tertentu bagi mengukuhkan lagi dapatan/ penyelesaian
yang dicadangkan.

7. Guru juga boleh berkongsi rubrik pentaksiran bersama murid agar
kajian mereka lebih terarah dan berfokus.

8. Murid perlu sentiasa berbincang dengan ahli kumpulan walaupun
agihan tugasan telah dibuat. Hal ini dapat memastikan setiap ahli
melaksanakan tugasan mereka dalam masa yang ditetapkan.

9. Guru akan bertindak sebagai fasilitator bagi membantu murid dari
semasa ke semasa.

10. Setelah tamat menjalankan kajian, guru biasanya akan meminta
murid menghantar dapatan kajian dalam bentuk folio. Guru juga
menetapkan keperluan untuk murid membentangkan dapatan/
penyelesaian mereka.

Chain Link

1. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk
bekerjasama secara kolaboratif dalam kalangan rakan
sekelas. Terdapat beberapa cara untuk menjalankan aktiviti
ini.

2. Murid membuat ‘rantai kertas’ dan pada setiap kertas ditulis
idea/ maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi.

Prosedur 1:
1. Guru mengedarkan bahan atau berpesan lebih

awal kepada murid untuk membawa kertas
warna.
2. Murid akan melukis jalur dan memotong kertas
tersebut.
3. Guru meminta murid menulis pada jalur yang
dihasilkan. Aktiviti ini juga boleh menjadi refleksi
PdP di mana murid menulis perasaan dan
pandangan mereka pada jalur tersebut.
4. Murid menampalkan kedua-dua hujung jalur membentuk
gelang.
5. Sebelum gam diletakkan, murid menggabungkan “gelang”
yang dihasilkan dengan seluruh kelas.
6. Rantai kertas ditampal pada sudut yang mudah dilihat.

Prosedur 2:

1. Aktiviti ini boleh dijalankan semasa PdP melibatkan kitaran
atau turutan, contohnya rantai makanan, susunan nombor
secara menaik, susunan huruf A kepada Z dan sebagainya.

2. Bagi murid yang baru mengenali rantai makanan, guru boleh
menyediakan jalur yang telah tersedia gambar haiwan yang
terlibat dalam rantai makanan tersebut.

3. Guru mengedarkan jalur secara rawak. Setiap murid
menerima 2 atau 3 jalur berlainan gambar.

4. Murid meneliti gambar yang diperolehi dan mencari rakan
yang betul bagi melengkapkan rantai makanan.

5. ‘Rantai kertas’ yang telah boleh siap digantungkan dalam
bilik darjah sebagai hiasan.

Chunking

Chunking merupakan teknik yang efektif untuk membantu murid mengingati/
menghafal fakta/ maklumat yang kompleks. Aktiviti ini melibatkan pemecahan
maklumat kompleks kepada “kepingan” yang lebih mudah untuk diingati.
Chunking membantu murid mengenal pasti kata kunci dan idea bagi
memudahkan mereka menggabung kembali maklumat yang telah dipecahkan.
Melalui teknik ini, murid dapat mengurangkan bebanan pemikiran untuk
mengingati fakta yang kompleks.

Chunking boleh dilaksanakan seperti berikut:
i. Murid memecahkan maklumat tersebut kepada beberapa “kepingan”
yang lebih ringkas dan mudah untuk diingati; atau
ii. Murid mengenal pasti persamaan atau corak (pattern) bagi maklumat
yang dihafal; atau
iii. Murid menyusun maklumat dengan lebih teratur; atau

iv. Murid mencipta imej visual yang menggambarkan keseluruhan
maklumat; atau

v. Murid membuat ringkasan iaitu membuat kesimpulan bagi keseluruhan
maklumat; atau

vi. Murid mengaitkan maklumat dengan WH-questions.

Keseluruhan pilihan chunking di atas dapat membantu murid meningkatkan
daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara yang kompleks. Selain itu,
murid dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap fakta yang dihafal.
Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/chunKing_TechniQue

Circle Of Voices

Prosedur:
1. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5
orang ahli dan duduk dalam bulatan.
2. Guru menyatakan topik perbincangan dan menetapkan
tempoh perbincangan selama 15-20 minit.
3. Dalam tempoh yang ditetapkan, murid menyampaikan
idea/ pandangan mereka secara bergilir tanpa gangguan
bagi menyelesaikan topik/ isu yang ditetapkan oleh guru.
4. Setelah tamat, guru membuat perbincangan umum
melibatkan keseluruhan kelas.
5. Dalam perbincangan ini, murid tidak dibenarkan memberi
idea sendiri. Mereka hanya dibenarkan untuk
mengembangkan idea rakan.

Circle Time

Aktiviti ini boleh memberi peluang yang sama rata kepada setiap
murid kerana murid diberi tempoh masa yang sama untuk
menyampaikan idea/ pandangan mereka. Kaedah ini didapati sesuai
untuk membantu guru menyelesaikan sesuatu masalah/ isu.

Prosedur:
1. Guru akan menyusun murid dalam bentuk bulatan. Cadangan

tempat: di dewan, padang, taman permainan.
2. Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas

kerusi/ lantai. Bulatan ini merupakan simbolik bagi memberi
peluang yang sama kepada setiap murid untuk menyuarakan
pendapat mereka.
3. Guru bertindak sebagai fasilitator dan mengawal masa agar
semua murid mendapat peluang untuk berkongsi idea/
pandangan mereka.
4. Guru menyediakan bola/ beg kacang. Sesiapa yang memegang
bola tersebut, dikehendaki menyatakan pandangan tentang
tajuk yang dibincangkan.
5. Murid lain perlu menumpukan perhatian dan mendengar idea/
pandangan rakan mereka.
6. Setelah selesai, murid tersebut akan menghantar bola/ beg
kacang tersebut kepada murid lain pula untuk memberi giliran
bercakap.

Cloze Procedures

Aktiviti ini menguji kecekapan kemahiran membaca. Teknik ini
memadamkan perkataan tertentu dalam petikan yang dipilih. Murid
menggunakan pengetahuan untuk mengisi tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai.
Cloze procedures dilaksanakan untuk:

i. Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran membaca murid.
ii. Mengenal pasti tahap keupayaan murid untuk memahami petikan

yang dibaca.
iii. Mentaksir kosa kata dan pengetahuan sedia ada murid.
iv. Mendorong murid untuk meneliti dan memahami petikan dengan

baik.
v. Melatih murid untuk berfikir secara kritikal dan analitikal tentang

kandungan petikan yang dibaca.

Prosedur:
1. Guru memilih petikan yang bersesuaian.
2. Guru memahami petikan tersebut dan memadamkan perkataan

tertentu dalam petikan bergantung kepada topik pembelajaran seperti
kata nama, kata kerja, kata ganti dan sebagainya.
3. Guru mengedarkan helaian tugasan kepada murid.
4. Murid membaca keseluruhan petikan dan cuba memahami petikan
tersebut.
5. Guru boleh memberikan pembayang sekiranya perlu seperti menulis
huruf pertama perkataan yang dipadamkan. Guru juga boleh
memberikan pilihan 3 perkataan bagi mengisi setiap tempat kosong.
6. Setelah semua murid berjaya melengkapkan petikan mereka, guru
boleh memilih wakil untuk membaca keseluruhan petikan.

Diamond Ranking

Aktiviti ini menyokong jaringan kolaboratif dalam kalangan murid serta
membantu mereka untuk memahami kandungan pebelajaran dengan lebih
baik.
Strategi ini digunakan untuk menentukan/ menunjukkan susunan mengikut
kepentingan idea/ isu/ isi pada pandangan murid.

Prosedur:
1. Guru menyediakan bahan perbincangan dalam sampul surat. Bahan

tersebut terdiri daripada fakta/ bukti anekdot/ pandangan/ perspektif/ idea/
gambar.
2. Bahan dalam sampul surat tersebut biasanya diasingkan dalam 9 kad yang
berbeza.
3. Murid membentuk kumpulan seramai 4 orang ahli.
4. Murid diminta mengelaskan, menyusun dan mengenal pasti idea yang
utama. Idea yang utama akan diletakkan paling atas pada bentuk Diamond.
5. Murid perlu memberi justifikasi terhadap pemilihan idea utama tersebut.
6. Seterusnya, idea lain akan disusun pada baris ke-2, ke-3 dan ke-4
berdasarkan keutamaan idea tersebut.
7. Murid juga boleh mencari perkaitan bagi semua idea yang disenaraikan.
8. Murid diminta membentangkan diamond yang dihasilkan.

Distancing

Persediaan:

1. Guru menggunakan teknik cerita, drama atau main peranan untuk
menyesuaikan murid dengan topik yang sensitif dan emosi dalam
masyarakat seperti isu kematian, oku dan sebagainya.

2. Guru menyediakan kad peranan berbeza untuk setiap murid yang
merangkumi perbezaan usia, kebolehan dan jantina.

Anda seorang tua yang Anda seorang kanak-kanak
berkerusi roda yang buta

Anda seorang remaja kaya Anda seorang tua miskin
yang pekak yang bisu

Anda seorang tua yang Anda seorang kanak-kanak
sakit mental kudung kaki

Anda seorang remaja yang
kudung tangan

Prosedur:

1. Agihkan kad kepada semua murid.

2. Setiap murid perlu merahsiakan watak mereka.

3. Semua murid berdiri di hadapan/ belakang kelas.

4. Guru menjelaskan kepada murid agar melangkah setapak ke hadapan
sekiranya watak mereka bersetuju dengan pernyataan guru.
Sebaliknya kekal pada kedudukan yang sama sekiranya mereka tidak
bersetuju.

5. Guru menyebutkan beberapa pernyataan. Contoh;
“Saya aktif bersukan”
“Saya suka melancong”
“Saya suka membaca buku”

6. Selepas habis semua pernyataan, guru meminta murid menerangkan
watak mereka dan kenapa mereka bergerak atau tidak bergerak
semasa aktiviti tadi.

7. Bagi murid yang memegang watak yang sama, sangat menarik untuk
membandingkan respon mereka.

http://www.bbc.co.uk/northernireland/learning/eyewitness/learning/pdfs/tr_difference.pdf
(Lesson 2)

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

KeLtearannjguatn ACkotnivtiotih

Envoys

Prosedur 1:

1. Guru menyediakan tugasan dalam bentuk isu atau penyelesaian
masalah. Guru biasanya boleh memberikan rangsangan/
stimulus tambahan seperti paparan video berkaitan.

2. Murid menyelesaikan tugasan tersebut secara dalam kumpulan.

3. Sebelum memulakan perbincangan, murid dicadangkan untuk
diberi masa untuk berfikir dan menjana idea/ pandangan/
penyelesaian secara individu.

4. Semasa perbincangan, semua ahli perlu menyumbang idea/
pandangan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

5. Setelah itu, seorang utusan dilantik dari setiap kumpulan.
Utusan akan bergerak ke semua kumpulan untuk berkongsi hasil
perbincangan tentang isu/ masalah kepada kumpulan baru.

6. Disamping itu, ahli kumpulan baru tersebut juga akan turut
berkongsi pandangan dan hasil perbincangan kumpulan
mereka. Utusan mungkin dapat menjana idea baharu
berdasarkan sesi perkongsian tersebut.

7. Utusan kembali semula kepada kumpulan asal dengan
menyatakan maklum balas kumpulan lain itu. Mereka boleh
berbincang semula bagi menentukan sama ada ingin kekal
dengan hasil perbincangan terdahulu atau perlu ditambah baik.

8. Utusan boleh memilih untuk pergi ke semua kumpulan dan
akhirnya balik ke kumpulan asal untuk berkongsi dapatan dari
kumpulan lain; atau memilih untuk berulang alik semula ke
kumpulan asal setiap kali selesai berbincang dengan satu
kumpulan.

9. Selain itu, utusan boleh terdiri daripada orang sama atau
beberapa orang ahli kumpulan.

10. Sekiranya perlu, proses ini boleh diulang semula bagi
mendapatkan penyelesaian yang lebih tepat dan terbaik.

Prosedur 2:
1. Guru menyediakan tugasan yang perlu diselesaikan oleh murid

dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan melantik seorang utusan.
3. Semua utusan perlu ke hadapan dan mendengar taklimat dan

pengajaran guru.
4. Utusan akan balik ke kumpulan masing-masing dan

menyampaikan semua maklumat yang diperolehi dengan ahli
pasukan.
5. Utusan perlu memastikan semua ahli memahami dan dapat
menerangkan kembali perkongsian yang telah disampaikan.
6. Setiap kumpulan mula menyelesaikan tugasan yang diberi oleh
guru.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/eNvoYs_actiViTy

Field Trip

1. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka
pembelajaran mereka di luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid
dapat didedahkan dengan situasi sebenar yang memberikan
pengalaman baru kepada mereka.

2. Antara contoh bagi field trip yang sesuai bagi murid sekolah
rendah adalah seperti lawatan sambal belajar ke zoo negara dan
Aquaria KLCC.

3. Bagi murid sekolah menengah, guru mungkin boleh merancang
field trip yang lebih mencabar dan kompleks serta dapat melatih
murid untuk menjalankan kajian secara kendiri. Sebagai contoh,
bagi mata pelajaran Sejarah, murid menjalankan kajian tentang
Kesultanan Melayu Melaka.

Persediaan:
1. Guru menyediakan kertas cadangan untuk kelulusan khas

(sekiranya perlu) dan menyatakan sumber kewangan bagi
melaksanakan field trip.
2. Guru menetapkan skop dan had kawasan untuk melaksanakan
field trip.
3. Guru juga perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa setempat
bagi memastikan keselamatan murid semasa menjalankan field
trip.
4. Guru juga perlu mendapatkan persetujuan pihak yang berkaitan
seperti pengurusan zoo atau muzium bagi menjalankan field trip di
premis mereka.

5. Guru menyediakan template/ format untuk murid merancang dan
melaksanakan tugasan yang diberikan.

6. Murid menentukan ahli kumpulan yang biasanya terdiri daripada 4
orang ahli.

7. Guru perlu mendapatkan persetujuan dan kebenaran ibu bapa/
penjaga bagi melaksanakan field trip.

Prosedur:

1. Guru memberi taklimat tentang skop tugasan kepada murid.

2. Guru mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga keselamatan
mereka sepanjang menjalankan field trip.

3. Guru akan menjadi pengiring ke tempat kajian sekiranya perlu.

4. Sebelum melaksanakan field trip, murid perlu membuat
perancangan yang teliti berdasarkan panduan guru dan
persetujuan semua ahli dan ibu bapa mereka.

5. Seterusnya, murid menjalankan field trip bersama ahli kumpulan
mereka. Terdapat juga lawatan yang diiringi oleh ibu bapa di luar
waktu sekolah (atas persetujuan ibu bapa).

6. Murid mungkin perlu berkunjung ke beberapa tempat bagi
melengkapkan kajian mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Murid menyediakan laporan secara individu atau kumpulan dalam
bentuk folio atau pembentangan slaid power point. Murid juga
boleh menyediakan video sekiranya mempunyai minat dan
kepakaran.

Forum

Forum biasanya dijalankan dalam kumpulan secara berempat yang terdiri
daripada seorang yang berperanan sebagai moderator atau pengerusi dan
3 orang ahli panel. Guru menetapkan tajuk perbincangan lebih awal agar murid
dapat bersedia. Setiap ahli panel diberi peluang untuk mengemukakan
pandangan dan pendapat secara bergilir semasa forum dijalankan.

Persediaan:
1. Guru menentukan tema untuk forum dan meminta semua murid membuat

persediaan lebih awal maklumat dan fakta yang berkaitan.
2. Setiap kumpulan perlu menetapkan peranan masing-masing.
3. Murid mengakses bahan rujukan pelbagai sumber.
4. Guru menyediakan tajuk berkaitan tema yang dikemukakan.

Prosedur:
1. Wakil kumpulan mencabut tajuk yang disediakan oleh guru. Tajuk tersebut

berlainan untuk setiap kumpulan tetapi tema masih sama.
2. Murid diberi masa untuk membuat persediaan dan menyesuaikan maklumat

yang di bawa.
3. Setiap kumpulan secara bergilir-gilir menyampaikan forum di hadapan kelas

dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.
4. Murid lain bertindak sebagai audiens. Audiens digalakkan berinteraksi

dengan ahli panel (mengemukakan soalan).
5. Setiap kumpulan memberikan penilaian kepada persembahan forum

kumpulan lain. (traffic light).

Contoh pembahagian topik berdasarkan tema adalah seperti di bawah:

Mata pelajaran: Bahasa Melayu (Tingkatan 5)
Tema: Gaya Hidup Sihat
Kumpulan 1: Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.
Kumpulan 2: Kepentingan amalan gaya hidup sihat.
Kumpulan 3: Obesiti dan pencegahannya
Kumpulan 4: Pemakanan seimbang sepanjang usia.
Kumpulan 5: Kesan pengambilan makanan segera

Free Discussion

Aktiviti ini dilaksanakan secara tidak berstruktur dan memerlukan guru atau
murid yang berpengalaman sebagai pemudahcara. Melalui aktiviti yang
dijalankan, murid dapat menyampaikan pendapat, menyokong serta
memberikan cadangan penambahbaikan kepada idea ahli kumpulan, bertolak
ansur dan mendengar idea ahli kumpulan serta mungkin menolak idea ahli
kumpulan secara berhemah.

Persediaan:

Guru membekalkan bahan kepada murid sebelum memulakan aktiviti PdP
supaya mereka dapat mengeluarkan pendapat dan menyatakan idea
berkenaan sesuatu topik yang akan dibincangkan.

Prosedur:

1. Murid membentuk kumpulan dalam lingkungan 4-5 orang dan memilih
seorang ketua kumpulan.

2. Guru mengedarkan sampul yang berisi soalan sebagai panduan untuk
memulakan perbincangan secara bebas tetapi masih lagi dalam keadaan
terancang.
Contoh soalan:
i. Apakah yang anda faham tentang topik tersebut?
ii. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
iii. Bagaimanakah keadaan tersebut dapat diatasi?
iv. Apakah kesan sekiranya diatasi?
v. Apakah kesan sekiranya tidak dapat diatasi?
vi. Cadangkan langkah-langkah penambahbaikan.

3. Guru menetapkan tempoh perbincangan antara 15 ke 20 minit.
4. Setiap kumpulan memulakan perbincangan .
5. Semasa perbincangan berlangsung, guru bertindak sebagai fasilitator dan

memastikan topik yang dibincangkan itu tidak tersasar.
6. Setelah itu, ketua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.
7. Ahli-ahli kumpulan akan melawat hasil pembentangan kumpulan lain yang

dipamerkan di sudut yang ditetapkan.

Freeze Frame

Persediaan:
1. Guru menyediakan soalan/ gambar/ topik yang berlainan.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
3. Guru menerangkan tugasan yang perlu mereka lakukan

dalam kumpulan.

Prosedur:
1. Dalam bulatan, murid membina freeze frame (rangka beku)

berdasar topik.
2. Setiap kumpulan melakonkan freeze frame (rangka beku)

mereka kepada rakan lain untuk meneka apakah rangka
beku yang dibina.
3. Setelah murid dapat meneka, mereka akan menjalankan
perbincangan tentang soalan/ topik yang diberi oleh guru.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

Goldfish Bowl

Aktiviti ini membantu murid untuk membuat persediaan sebelum kelas
dan melatih murid untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Persediaan:
1. Aktiviti ini sesuai untuk dijalankan semasa sesi mengulangkaji.
2. Guru memberikan satu tajuk kepada satu kumpulan murid sebelum

kelas dimulakan.
3. Kumpulan murid tersebut perlu membuat perbincangan dan rujukan

awal sebagai persediaan untuk menjadi kumpulan pakar (Goldfish).

Prosedur:
1. Semua murid berada dalam kumpulan masing-masing.
2. Kumpulan pakar diminta untuk berada di hadapan kelas.
3. Setelah guru menyatakan tajuk, setiap kumpulan perlu menyediakan

soalan yang sesuai untuk ditanya kepada kumpulan pakar tadi. Guru
boleh menetapkan masa 3 minit untuk perbincangan.
4. Selepas masa tamat, setiap kumpulan boleh menyuarakan soalan
secara bergilir.
5. Kumpulan pakar bertindak sebagai Goldfish Bowl dalam kelas mereka
pada hari tersebut.
6. Setiap ahli kumpulan pakar perlu bersedia dan bergilir untuk menjawab.
7. Kumpulan pakar boleh menggunakan kreativiti mereka semasa
memberi penerangan, contohnya penerangan lisan, bertulis atau
lakonan.
8. Sebagai pemudah cara, guru hanya perlu menjadi pemerhati dan
menambah maklumat sekiranya perlu.
9. Di akhir aktiviti, guru boleh membantu murid untuk membuat rumusan
keseluruhan topik.

Hot Seating

Persediaan:
1. Guru memilih murid untuk menjadi pakar atau watak utama.
2. Murid diminta membuat bacaan dan kajian sama ada secara

individu atau berkumpulan.

Prosedur:
1. Guru membuat penerangan ringkas dan menjemput murid yang

telah dipilih sebagai “pakar” untuk tampil ke hadapan.
2. Pakar/ Murid akan duduk di atas “kerusi panas” yang disediakan.
3. Pakar/ Murid tersebut akan membentangkan kajian yang telah

dilaksanakan sebelumnya.
4. Pakar/ Murid juga bertindak untuk menyatakan pandangan atau

menjawab soalan daripada rakan berkaitan dengan tajuk yang
dibincangkan.
5. Guru akan membantu murid sekiranya perlu.
6. Murid lain perlu mencatatkan maklumat penting yang telah
disampaikan oleh pakar.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/hOtsEAt http://bit.ly/hOtsEAt2

Human Graphing

1. Aktiviti ini dijalankan bagi memudahkan murid untuk
memahami secara visual topik koordinat dan graf bar dalam
mata pelajaran Matematik.

2. Melalui aktiviti ini, murid dilibatkan secara langsung untuk
mentaksir secara kendiri dan dapat berkongsi pengalaman
pembelajaran bersama guru dan murid yang lain.

Persediaan:
1. Guru menyediakan kad pelbagai warna dan tertulis koordinat

yang akan diwakili oleh murid. Warna kad yang sama akan
mewakili bentuk tertentu.
2. Guru juga menyediakan peralatan yang lain seperti tali dan
bola.
3. Murid menyediakan beberapa helaian kertas graf.
4. Guru melukis paksi-x dan paksi-y pada lantai kelas atau
dewan dengan jarak yang selesa untuk pergerakan murid.

Prosedur 1:
1. Guru membawa murid ke paksi koordinat yang telah dilukis

dan memberikan taklimat tentang aktiviti yang akan
dijalankan.
2. Setiap murid menerima sekeping kad warna dan mereka perlu
berkumpul membentuk kumpulan berdasarkan warna kad
yang diterima.

3. Guru meminta kumpulan pertama bergerak ke koordinat yang
diwakili berdasarkan bola yang dilontarkan oleh guru.

4. Murid pertama akan membawa tali bersama dan berdiri pada
koordinat dengan betul.

5. Murid membalingkan bola kepada ahli kumpulan dan murid
yang kedua tersebut akan bergerak untuk mengambil hujung
tali dari peserta pertama.

6. Murid tersebut akan bergerak ke koordinat yang ditetapkan
pada kad dengan membawa hujung tali ahli pertama.

7. Langkah ini diulang sehingga semua ahli kumpulan berada
pada koordinat yang ditetapkan.

8. Murid yang lain diminta untuk merekodkan koordinat dan
bentuk yang dihasilkan pada kertas graf masing-masing.

9. Setelah semua murid selesai merekod koordinat dan melukis
bentuk yang ditetapkan, aktiviti ini diulangi dengan kumpulan
yang kedua dengan tugasan menghasilkan bentuk yang
berbeza.

Prosedur 2:

1. Guru memberikan penerangan yang jelas berkaitan aktiviti
yang bakal dijalankan.

2. Guru membawa murid ke tempat yang telah dilukiskan paksi-
x dan paksi-y.

3.

4. Guru memberikan satu situasi dan murid perlu menentukan
kategori yang diwakili. Contohnya, kenderaan yang dinaiki
untuk datang ke sekolah dan guru memberikan cadangan
jawapan iaitu dengan menaiki bas sekolah, dihantar oleh ibu
bapa sama ada dengan menaiki kereta atau motosikal,
berjalan kaki atau menunggang basikal.

5. Guru meletakkan label berkaitan pada paksi-x seperti bas,
kereta, motosikal, berjalan kaki dan basikal.

6. Murid bergerak dan beratur berdasarkan kategori yang
ditetapkan bagi membentuk graf bar.

7. Murid pertama pada setiap barisan perlu mengira ahli
kumpulan bagi mewakili frekuensi pada graf bar yang dibina.

8. Murid mencatat frekuensi tersebut pada sekeping kad.
9. Guru boleh mengambil gambar atau video dan memaparkan

human graphing yang telah dibentuk.
10. Murid berkongsi pengalaman mereka pada post-it notes.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/hUmanGraphing1 http://bit.ly/hUMaNgRaphinG2

I See, I Think, I Wonder

Aktiviti ini sesuai digunakan apabila guru menggunakan gambar
sebagai stimulus dalam PdP. Stimulus yang digunakan oleh
guru dapat meningkatkan rasa ingin tahu dalam diri murid dan
mendorong mereka untuk menjalankan analisis. Sebagai contoh
gambar berkaitan peristiwa bersejarah.

Persediaan:
Guru menyediakan gambar/ poster/ klip video yang dapat
menimbulkan inkuiri dalam diri murid dan memberi peluang
kepada mereka untuk menganalisis secara mendalam
berdasarkan rangsangan tersebut.

Prosedur:
1. Guru memaparkan rangsangan yang telah disediakan.
2. Murid meneliti paparan tersebut dalam masa yang ditetapkan

oleh guru. Murid tidak digalakkan berbincang dalam tempoh
masa tersebut.
3. Secara individu, murid menganalisis:
i. See: senaraikan/ bincang apa yang mereka lihat
ii. Think: fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan

hidup seharian/lain-lain perkara
iii. Wonder: bertanya soalan-soalan yang berkaitan/relevan.

4. Setelah itu, guru biasanya menggalakkan murid untuk
berkongsi idea bersama rakan mereka

5. Hasil perbincangan, murid dapat menambah baik analisis
yang dijalankan.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/SeeTHINKwOnder

Iceberg

Iceberg merupakan aktiviti yang dijalankan untuk meneliti aspek
yang terlibat dalam suatu perkara yang dikaji secara terperinci.
Analogi iceberg digunakan sebagai alat visual untuk
menggambarkan bahawa aspek luaran yang dapat dilihat.
Disebaliknya terdapat banyak lagi aspek/ faktor lain yang
mempengaruhi dan tidak dapat dilihat secara langsung.

Sebagai contoh, amalan dan budaya yang mempengaruhi
kehidupan sesuatu masyarakat. Terdapat banyak amalan yang
dapat dilihat dan memberi pengaruh yang besar. Namun, terdapat
lebih banyak aspek/ faktor yang mempengaruhi kehidupan
masyarakat setempat.

Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan
topik yang diberi:
- Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung iceberg.
- Maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah.

Prosedur:
1. Guru menyediakan bahan aktiviti seperti gambar iceberg dan

aspek budaya yang mempengaruhi masyarakat yang telah
dipotong satu persatu. Semua bahan dimasukkan dalam sampul
surat.
2. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 ke 4 orang
ahli.
3. Guru memberi penerangan aktiviti dan mengedarkan sampul surat
tersebut kepada setiap kumpulan.
4. Murid meneliti setiap aspek yang disenaraikan dan membahagikan
kepada 2 kumpulan iaitu yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat.
5. Murid menampalkan aspek tersebut pada iceberg.
6. Murid kemudiannya mengaitkan dengan budaya setempat mereka
dan menyenaraikan contoh berkaitan berdasarkan pengalaman
sebenardan juga rujukan yang dibuat daripada pelbagai sumber.
7. Murid berkongsi dan membandingkan hasil tugasan semua
kumpulan secara Gallery Walk.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/CulturaliCeBerG1

Jigsaw

Jigsaw sesuai digunakan untuk memperkenalkan topik/ perkara baharu.
Proses ini melibatkan kemahiran mendengar dan memahami fakta
baharu secara kritikal.
Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasam untuk mencapai matlamat dengan
jayanya.

Persediaan:
Guru perlu mengasingkan bahan pembelajaran kepada 5 atau 6
kumpulan. Sebagai contoh, mata pelajaran Sains Tingkatan 1, (Cahaya
dan Optik), nota dibahagikan kepada:

i. sifat cahaya,
ii. pantulan cahaya,
iii. pembiasan cahaya,
iv. penyebaran cahaya,
v. penyerakan cahaya; serta
vi. penambahan dan penolakan cahaya.

Prosedur:
1. Guru memberi arahan untuk murid membentuk kumpulan yang

terdiri daripada 5 ke 6 orang. Kumpulan asal ini dikenali sebagai
Jigsaw.
2. Dalam setiap kumpulan, seorang murid akan dilantik sebagai
fasilitator.
3. Setiap murid dilantik untuk menguasai subtopik bahan
pembelajaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Setelah itu, murid akan membentuk kumpulan sementara iaitu
kumpulan Expert berdasarkan subtopik yang diagihkan kepada
mereka.
5. Kumpulan Expert akan membantu setiap ahlinya dapat menguasai
kandungan subtopik mereka dengan baik. Sebarang persoalan
berkaitan harus diselesaikan bersama ahli expert.
6. Expert akan kembali ke kumpulan Jigsaw yang asal dan memberi
penjelasan berkaitan subtopik yang telah dikuasai dengan baik
kepada ahli kumpulan secara bergilir.

Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:

http://bit.ly/2Y3XNKZ

Job Section

Persediaan:
Guru menyediakan soalan/ tugasan kepada setiap kumpulan.

Prosedur:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulanyang terdiri daripada 4-5 orang

ahli.
2. Guru mengedarkan soalan untuk setiap kumpulan.

Contoh soalan:
Mata pelajaran RBT
Murid diarahkan untuk menyaring maklumat dari Projek Brief
3. Dalam kumpulan, setiap ahli diberi tugasan masing-masing
berdasarkan tugasan.
Contoh soalan/ tugasan: Menyaring maklumat dari Projek Brief
Tugasan murid A: Kriteria fungsi dan persembahan
Tugasan murid B: Kriteria tujuan pasaran dan kualiti
Tugasan murid C: Kriteria stail/gaya dan kualiti
Tugasan murid D: Kriteria kos dan jangka masa
4. Setiap murid menyaring maklumat Projek Brief berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan.
5. Guru menetapkan masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan
tersebut.
6. Setelah tamat tempoh tugasan, setiap ahli kumpulan akan
membentangkan hasil tugasan.

Jot Thought

Setiap murid diberi beberapa helai “sticky notes”.
Guru menyatakan tajuk dan memberi masa untuk murid berfikir dan
menulis. Setiap kertas ditulis dengan idea yang berbeza. Kertas
tersebut ditampal di tengah meja (mozek).

Persediaan:
1. Guru menyediakan sticky notes/ kepingan kertas kecil.
2. Guru menyediakan soalan-soalan ringkas berkaitan topik yang

ingin diajar bagi membimbing murid untuk memulakan aktiviti
mencatat.

3. Guru perlu menetapkan masa untuk murid membuat aktiviti
mencatat. Tempoh masa yang ditetapkan bergantung kepada
tahap soalan yang dikemukakan.

Sebagai contoh:
"Dalam masa 30 saat, senaraikan nama sayuran yang anda boleh
fikirkan pada sticky notes.

4. Guru perlu memberi penekanan kepada murid bahawa setiap
sticky note hanya mewakili satu idea sahaja.

Prosedur:

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil
mengikut kesesuaian.

2. Guru mengemukakan satu soalan yang menjurus kepada topik
yang ingin dibincangkan.

3. Murid menulis satu idea ringkas pada satu sticky notes secara
pantas dan menampalkan sticky notes pada tengah meja.

4. Murid mengulangi langkah yang sama sehingga semua sticky
notes yang dibekalkan oleh guru telah digunakan.

5. Setelah selesai, murid akan menganalisis kesemua idea yang
dicatatkan pada sticky notes berdasarkan fokus yang lebih
spesifik (Brainstorm, Prior Knowledge, Review).

6. Murid kemudiannya boleh menyusun sticky notes mengikut
kategori idea.

7. Setiap kumpulan diberi masa 30 saat untuk berkongsi dapatan/
idea dengan rakan-rakan sekelas (berdasarkan catatan pada
sticky notes).

8. Ulangi langkah 2 hingga 7 bagi soalan lain yang dikemukakan
oleh guru dalam tempoh masa yang ditetapkan.

9. Murid membuat refleksi kendiri atau secara individu sama ada
secara lisan atau bertulis tentang hasil pembelajaran mereka
dan topik yang dibincangkan.

Learning Trios A-B-C

Satu kaedah menguruskan perbincangan dalam kalangan murid.

Prosedur:
1. Murid diminta berada dalam kumpulan bertiga.
2. Setiap murid diberikan satu topik perbincangan yang berbeza.
3. Guru memberi tempoh 10 minit untuk murid membuat persediaan dan

membuat rujukan berkaitan.
4. Semasa sesi perkongsian, apabila murid A bercakap, murid B & C

mendengar dan bertanya soalan.
5. Apabila murid B bercakap, murid A & C mendengar dan bertanya

soalan.
6. Apabila murid C bercakap, murid A & B mendengar dan bertanya

soalan.
7. Murid juga boleh membuat catatan bertulis hasil daripada

perbincangan mereka.

Listening Triad

Persediaan
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan perbincangan.
2. Guru mengedarkan topik perbincangan mengikut kumpulan.
3. Guru menyediakan peralatan iaitu kertas manila kad, pen marker dan

kertas A4 setiap kumpulan.

Prosedur
1. Guru meminta murid berada dalam kumpulan (5-6 orang).
2. Setiap kumpulan akan menerima satu topik yang berbeza.
3. Setiap kumpulan akan melantik sebagai penyoal, menjawab soalan

dan pencatat.
4. Murid akan berbincang mengikut kumpulan yang ditetapkan (20 minit).
5. Setelah itu, setiap ahli kumpulan bertindak sebagai seorang penyoal,

menjawab soalan dan pencatat. Murid yang selebihnya akan berada
di kumpulan lain bagi mendengar pembentangan yang dibuat.
6. Sesi pembentangan akan berjalan secara serentak. Tempoh masa
yang diberikan pada sesi ini adalah selama 10 minit.
7. Murid-murid daripada kumpulan lain akan berada di kumpulan ini
sebagai pendengar semasa sesi pembentangan dibuat.
8. Sesi berikutnya ini akan berjalan di mana 3 orang murid setiap yang
bertugas sebagai penyoal, menjawab soalan dan pencatat akan
menjadi pendengar pula di kumpulan lain.
9. Di akhir PDPC setiap kumpulan akan memberikan rumusan hasil
pembentangan dan juga hasil dapatan daripada kumpulan lain.
10. Guru akan memberikan rumusan akhir tentang pembelajaran hari ini.

Lucky Sticks

Persediaan:
Sediakan bilah-bilah kayu aiskrim berwarna/ bernombor.
Bilangan bilah mengikut jumlah murid dalam kelas. Setiap bilah
kayu aiskrim mempunyai dua set warna sama atau nombor
sama.

Prosedur:
1. Di permulaan kelas, guru edarkan satu set kayu aiskrim

berwarna/ bernombor kepada semua murid. Pastikan setiap
murid mempunyai satu bilah kayu aiskrim
2. Guru akan mempunyai set kedua bilah kayu aiskrim berwarna/
bernombor
3. Apabila guru ingin memilih murid untuk memberikan respons,
guru memilih bilah aiskrim dari set guru dan murid yang
mempunyai bilah dengan warna/ nombor yang sama akan
terpilih memberikan respons.

Make Prediction

Persediaan:
Guru sediakan demo/ ujikaji

Prosedur:
1. Guru memberi penerangan berkaitan demo/ ujikaji pada hari

itu.
2. Guru melontarkan soalan kepada semua murid untuk

membuat jangkaan apa yang mungkin berlaku. Murid
mencatatkan jangkaan mereka.
3. Guru melaksanakan demo atau murid melaksanakan ujikaji.
Murid mencatat keputusan demo atau ujikaji
4. Murid bandingkan jangkaan mereka dengan keputusan demo/
ujikaji seterusnya menyatakan mengapa berlaku perbezaan.


Click to View FlipBook Version