Making Model
Membina model 2D, 3D atau Model Berfungsi
Persediaan:
1. Guru memberikan pengenalan tentang model olokan.
2. Murid telah menghasilkan lakaran yang menuju ke arah penghasilan
model dalam topik sebelum ini.
3. Murid boleh menyediakan bahan tambahan [guru akan sediakan
foam, plastisin, polisterin] yang bersesuaian dengan topik masing-
masing.
Prosedur:
1. Kelas dilaksanakan di bengkel.
2. Murid akan menghasilkan model secara berpasangan.
3. Murid akan menggunakan bahan yang telah disediakan serta
peralatan di bengkel untuk menghasilkan model olokan.
4. Langkah menghasilkan model olokan adalah seperti berikut:
(KPM, 2016, p. 122-127)
5. Setiap pasangan akan menyediakan model olokan di bengkel selama
dua minggu.
6. Minggu ketiga, murid akan membentangkan hasil model olokan yang
telah dihasilkan [dari segi kesesuaian reka bentuk, kemasan yang
digunakan, kesukaran semasa proses penghasilan, kelebihan/
kelemahan model].
7. Sesi penilaian model akan dijalankan secara peer assessment dalam
kalangan murid menggunakan post-it note [dari segi kesesuaian reka
bentuk, kemasan yang digunakan, keselamatan]. Murid boleh
menampalkan post-it note di parking lot.
8. Guru memberikan penilaian secara keseluruhan model olokan yang
dihasilkan.
Sila imbas untuk rujuk buku teks yang digunakan.
Mind Mapping
Murid menggunakan mind map bagi membuat sumbangsaran dan
menjana idea dalam pelbagai bentuk graphic organizer. Penggunaan
mind map dapat membantu murid berfikir secara berstruktur dan
sistematik.
Persediaan:
Contoh: Mata pelajaran Sains
Tema: Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
Topik: Ciri – ciri sel haiwan dan sel tumbuhan
1. Guru menyediakan peralatan dan bahan untuk menjalankan
eksperimen sel haiwan dan eksperimen sel tumbuhan.
2. Guru menyediakah pen berwarna` untuk 6 kumpulan dan sekeping
kertas mahjung untuk setiap kumpulan.
Pelaksanaan:
1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.
2. Guru menulis tajuk pada papan tulis dan menyediakan peralatan untuk
eksperimen di atas meja.
3. Guru meminta murid menjalankan eksperimen berkaitan topik setelah
mengingatkan murid tentang peraturan dan keselamatan makmal.
4. Murid membuat catatan dalam bentuk mind map hasil dapatan
eksperimen berkaitan soalan yang dikemukakan oleh guru.
5. Murid membentangkan mind map yang dibuat oleh kumpulan masing-
masing.
6. Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan rasional mind
map.
Number Head Together
Aktiviti yang adalah untuk mengaktifkan pengetahuan sedia ada
dan mengasah kemahiran berfikir murid dan berkongsi idea
bersama rakan sebaya.
Prosedur:
1. Guru meminta murid membentuk kumpulan berempat.
2. Murid menomborkan setiap ahli: 1, 2, 3 dan 4.
3. Guru memaparkan soalan di papan putih dan menyebut
Number Head Together.
4. Murid berbincang untuk menyelesaikan soalan yang diberi
dan membuat keputusan.
5. Setiap ahli kumpulan mesti menguasai jawapan yang telah
dipersetujui. Oleh itu, setiap ahli mesti membantu antara satu
sama lain bagi memastikan semua ahli kumpulan dapat
menjawab dengan baik sekiranya ditanya oleh guru.
6. Sekiranya perlu, guru boleh menyediakan papan putih mini
untuk setiap murid. Semua murid mencatat penyelesaian
pada papan putih mini masing-masing.
7. Guru akan memanggil nombor tertentu contohnya 3. Semua
murid yang mewakili no. 3 akan mengangkat papan putih mini
atau menjelaskan jawapan yang diperolehi.
8. Guru mengulangi langkah 7 untuk soalan seterusnya.
Observation
Aktiviti ini membolehkan murid menilai tahap pencapaian mereka dan
rakan sebaya secara kendiri dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Murid melaksanakan aktiviti ini bagi menjalankan atau melengkapkan
sesuatu tugasan seperti projek/ amali/ tugasan/ pembentangan.
Persediaan:
1. Guru menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
2. Guru menetapkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
3. Guru menyediakan soalan yang perlu dijawab oleh murid.
4. Guru menetapkan kaedah untuk merekod maklumat (senarai semak,
borang catatan, jadual dan lain-lain yang bersesuaian).
Prosedur:
(Aktiviti 1: Menjalankan Eksperimen)
1. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang ahli.
2. Guru menerangkan objektif dan prosedur untuk menjalankan
eksperimen kepada murid.
3. Guru mengedarkan soalan dan borang untuk merekod pemerhatian.
4. Murid menjalankan aktiviti eksperimen yang telah ditetapkan.
5. Murid merekodkan pemerhatian semasa dan selepas eksperimen
dijalankan.
6. Murid berbincang dan menjawab soalan yang disediakan dalam
kumpulan masing-masing.
7. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
8. Guru menambah baik dapatan pemerhatian yang direkod dan
memantapkan fakta berkaitan sekiranya perlu.
(Aktiviti 2: Menjalankan pemerhatian terhadap persekitaran
di sesuatu tempat)
1. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang ahli.
2. Guru menerangkan objektif dan prosedur bagi menjalankan aktiviti
yang telah dirancang.
3. Guru mengedarkan soalan dan borang untuk merekod pemerhatian.
4. Murid menjalankan aktiviti pemerhatian di kawasan yang telah
ditetapkan.
5. Murid merekodkan pemerhatian ke dalam borang yang disediakan.
6. Murid menjawab soalan yang disediakan oleh guru berdasarkan
pemerhatian yang telah dijalankan.
7. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka apabila berada di
dalam kelas.
8. Murid membuat refleksi terhadap pemerhatian dan menghantar
laporan mengenai maklumat yang telah dikumpul.
9. Guru membetulkan dan mengukuhkan fakta dan dapatan murid.
Aktiviti ini boleh disesuaikan dan diubah mengikut kemahiran bagi
sesuatu mata pelajaran
Odd One Out
Aktiviti yang memperkenalkan inkuiri dan menggalakkan perbincangan
dalam kalangan murid.
Prosedur:
1. Guru memaparkan gambar atau set perkataan di papan putih.
2. Secara individu, murid diminta menggariskan perkataan yang ganjil
(odd one out).
3. Guru mengingatkan murid bahawa tiada jawapan yang salah jika murid
dapat memberikan justifikasi kepada set pilihan jawapan mereka.
4. Murid memberi fokus kepada perkataan yang dipilih dan mengenal
pasti perkataan yang utama.
5. Murid juga digalakkan untuk
mengaitkan pilihan mereka
dengan tema yang sesuai.
6. Murid membuat justifikasi
kepada jawapan yang dipilih.
7. Murid perlu mencadangkan
jawapan lain yang berada
dalam tema yang sama.
8. Murid berkongsi jawapan
dengan rakan yang lain.
One Stay Others Stray
Persediaan:
Guru menyediakan beberapa tugasan yang berbeza. Sebagai contoh,
bagi mata pelajaran Matematik, guru menyediakan pelbagai soalan
penyelesaian masalah.
Prosedur:
1. Murid membentuk kumpulan.
2. Guru mengedarkan tugasan yang berbeza bagi setiap kumpulan dan
menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut.
3. Murid menyelesaikan tugasan dalam kumpulan.
4. Selesai aktiviti perbincangan dalam kumpulan, semua murid akan
bergerak ke kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat, kecuali
seorang wakil yang akan menjadi jurucakap kumpulan asal.
5. Setelah ahli kumpulan bergerak, ahli kumpulan lain akan berkumpul
dan mendapat penerangan daripada jurucakap. Jurucakap juga perlu
menjawab persoalan yang diutarakan.
6. Semasa penerangan diberi, ahli kumpulan lain yang mendengar perlu
mencatat fakta penting atau kaedah penyelesaian yang dikemukakan.
7. Langkah ini diulangi sehingga semua kumpulan dikunjungi.
8. Semua murid sepatutnya dapat mengumpul dan menguasai semua
tugasan yang dibentangkan setelah selesai aktiviti.
Out The Bag
Persediaan:
1. Guru menyediakan arahan yang jelas kepada murid. berpasangan/
2. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu/
berkumpulan.
Prosedur:
1. Guru menyediakan satu item (berbentuk barangan) di dalam sebuah
beg.
2. Guru memberi beberapa bayangan tentang barangan tersebut
kepada murid.
3. Setelah murid dapat meneka (shout out), guru mengeluarkan
barangan tersebut dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.
4. Murid dikehendaki berbincang dan mengaitkan topik yang diberi
dengan barangan yang ditunjukkan oleh guru berdasarkan
pengalaman mereka.
5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan dan
berkongsi maklumat dengan kumpulan lain.
Paired Annotations
Dua orang murid membandingkan pandangan dan pendapat
mereka berkaitan topik/ artikel yang dibaca.
Persediaan:
1. Guru menyediakan beberapa artikel/ bahan bacaan yang
berkaitan topik/ isu.
2. Guru perlu memastikan bilangan artikel tersebut adalah genap
agar murid dapat berpasangan.
Prosedur:
1. Guru mengedarkan artikel secara rawak kepada murid.
2. Murid memahami dan membuat generalisasi sendiri dalam
tempoh yang ditetapkan oleh guru
3. Murid bergerak dan mencari rakan yang mempunyai artikel
yang sama dan berbincang tentang isu/ soalan yang sama
secara berpasangan. Mereka harus membanding beza
dapatan masing-masing dan menggabungkan idea.
4. Pasangan murid perlu bergerak mencari pasangan yang lain
yang mempunyai artikel yang sama dan mengulangi langkah
3 dan membentuk kumpulan baharu (4 orang ahli).
5. Setiap kumpulan perlu membuat kesimpulan hasil daripada
perbincangan yang dijalankan.
Paraphrase Passport
Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk membaca secara
berstruktur memproses dan menyatakan semula teks bertulis. Murid
juga dapat mengaplikasikan kemahiran mendengar dan bercakap.
Prosedur:
1. Guru meminta murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada
7 ke 8 ahli.
2. Murid duduk dalam bulatan.
3. Guru menyatakan topik pembelajaran dan memulakan aktiviti.
4. Guru meminta murid yang berada di sebelah kiri untuk
mengulangi idea yang telah dinyatakan oleh guru.
5. Murid mengulangi idea tersebut dan menambah dengan idea
sendiri.
6. Langkah 5 diulangi dengan tambahan idea sendiri dan diteruskan
sehingga semua murid mengulangi idea rakan dan menambah
idea sendiri.
7. Guru juga boleh memberi
kelonggaran dan meminta
murid mengambil giliran
secara sukarela.
Personal Action Plan
Persediaan:
Aktiviti ini sesuai digunakan ketika menyiapkan kerja kursus/ kajian kes.
Prosedur:
1. Guru meminta murid menyediakan pelan tindakan peribadi untuk
melengkapkan tugasan.
2. Tempoh masa pelan bergantung kepada tugasan yang diberikan oleh
guru.
3. Guru menjelaskan kepentingan pelan tindakan supaya hasil kerja murid
dapat disiapkan mengikut jadual.
4. Murid boleh membina sendiri pelan tindakan mengikut kesesuaian atau
keselesaan mereka. Contoh: menggunakan laptop atau tulisan tangan.
Segera 1 minggu 2 minggu 3 minggu
http://gg.gg/PELANTDKN
Pose, Pause, Pounce, Bounce
Aktiviti ini memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk
menyampaikan idea, pandangan atau pendapat peribadi mereka.
Pelaksanaan Pose, Pause, Pounce, Bounce adalah untuk
mengelakkan perebutan dalam kalangan murid untuk menjawab
soalan dengan kaedah mengangkat tangan.
Murid juga dilatih untuk menghormati dan mendengar pendapat/ idea
rakan sekelas mereka.
Guru juga perlu menguasai teknik penyoalan yang berkesan agar
dapat merangsang pemikiran murid untuk berfikir di luar kotak.
Persediaan:
Guru menyediakan beberapa soalan/ situasi berkaitan topik yang
diajar. Soalan/ situasi tersebut biasanya memerlukan murid berfikir
dan merangsang pemikiran aras tinggi mereka.
Prosedur:
1. Guru menunjukkan video/ gambar yang berkaitan dengan soalan/
situasi yang diberi bagi menarik perhatian murid.
2. POSE: guru mengemukakan soalan berdasarkan stimulus yang
ditunjukkan.
3. PAUSE: guru menetapkan masa untuk murid berfikir. Semua
murid dan guru sendiri tidak dibenarkan bercakap dalam tempoh
tersebut.
4. POUNCE: guru akan meminta murid menjawab secara sukarela
atau guru itu boleh memilih secara rawak. Murid perlu
mengemukakan pendapat/ idea yang telah difikirkan. Guru perlu
memotivasikan murid sekiranya mereka kurang berkeyakinan
untuk menyampaikan idea tersebut.
5. BOUNCE: guru meminta murid lain memberikan komen atau
menambah baik pendapat/ idea yang telah dikemukakan secara
spontan.
6. Aktiviti ini boleh diteruskan untuk beberapa soalan yang
disediakan oleh guru.
Presentations
Persediaan:
1. Guru kenal pasti perkara yang perlu dipersembahkan. Arahan
boleh disampaikan secara lisan / bertulis / edaran.
2. Guru sediakan rubrik penilaian.
Prosedur:
1. Murid dikumpulkan dalam kumpulan.
2. Guru berikan arahan apa yang perlu dilaksanakan.
3. Guru mengarahkan murid untuk berbincang dan membuat
persembahan berdasarkan perbincangan mereka.
4. Guru boleh mengenal pasti jenis persembahan mengikut
kumpulan murid atau guru boleh beri murid kebebasan untuk
memilih jenis persembahan masing-masing.
5. Guru memaklumkan kepada murid perkara yang akan dinilai
berkaitan persembahan (rubrik penilaian).
6. Guru akan membuat penilaian apabila setiap kumpulan
membuat persembahan.
Quadrant Activity
Merupakan teknik yang sesuai digunakan untuk memupuk kemahiran
berkomunikasi antara kumpulan murid dalam PdP agar murid berani
mengemukakan idea, pendapat dan respons ketika aktiviti dijalankan.
Persediaan:
1. Guru menyediakan situasi atau soalan berkaitan tajuk yang telah
dipelajari atau yang akan dipelajari.
2. Murid-Murid juga telah diminta untuk mencari bahan berkaitan tajuk
sebelum aktiviti dijalankan dalam kelas.
Prosedur:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjung putih, pen marker
dan pen warna.
3. Setiap kumpulan akan melukis satu bulatan atau segi empat di tengah
kertas.
4. Di luar bulatan atau segi empat kertas tersebut, guru mengarahkan
murid untuk membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian
untuk setiap murid).
5. Setiap murid menulis maklumat/ pandangan kepada situasi dan soalan
yang diberi dalam bahagian masing-masing.
6. Murid berbincang dengan ahli kumpulan berkaitan pandangan/
maklumat/ jawapan yang diperoleh dan diminta untuk menulis
5 pandangan/ maklumat/ jawapan yang telah dipersetujui bersama oleh
semua ahli kumpulan di dalam bulatan/ segi empat.
7. Aktiviti ini juga boleh diteruskan dangan sesi pembentangan untuk
menerangkan 5 pilihan pandangan/ maklumat/ jawapan yang telah
dipilih tersebut.
Ilustrasi gambar rajah:
5 pilihan
terbaik
Question Builder
Guru memberi konsep dan membimbing murid supaya mereka membina
soalan-soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut
tentang konsep yang dipelajari.
Persediaan:
1. Guru menyediakan template yang mengandungi kata kunci untuk
pembinaan soalan yang boleh digunakan untuk murid mempelajari
konsep atau sesuatu tajuk dengan lebih lanjut.
2. Kata kunci soalan adalah mengikut keperluan murid.
Prosedur:
1. Selepas penerangan sesuatu konsep, semasa sesi PdP, guru
memaparkan kata kunci soalan.
2. Murid diminta memilih kata kunci yang ingin digunakan bagi
pembinaan soalan mereka dalam usaha untuk mendapatkan
pemahaman lebih lanjut mengenai konsep yang dipelajari.
3. Contoh kata kunci :
Bahasa Inggeris
- What if …?
- How did …?
- Why did / is …?
- What would happen if …?
- What might …?
- How would you feel if …?
- What do you think …?
- What caused ...?
- I wonder why / how / if ...?
Bahasa Melayu
- Bagaimana jika …?
- Bagaimana …?
- Kenapa …?
- Apa yang akan berlaku jika …?
- Apa yang mungkin …?
- Bagaimana perasaan anda jika …?
- Apa pendapat anda …?
- Apakah punca ...?
- Saya rasa ...?
4. Murid secara individu atau berkumpulan diminta untuk membina
soalan menggunakan kata kunci yang ada.
5. Soalan-soalan yang dibina dikongsikan untuk perbincangan bagi
mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi pemahaman sesuatu konsep
yang dipelajari.
Contoh: Penggunaan Thin and Thick Question
*digunakan mengikut kesesuaian subjek
Rally Coach
1. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
2. Setiap murid perlu menyediakan beberapa soalan dan jawapan
berkaitan dengan tajuk yang telah dipelajari.
3. Soalan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan di atas kertas
A3 atau kertas mahjong secara bergilir antara pasangan. (rujuk jadual
di bawah)
4. Soalan yang ditulis oleh murid A, dijawab oleh murid B.
5. Soalan yang ditulis oleh murid B, dijawab oleh murid A.
6. Apabila murid A menjawab soalan, murid B menyemak jawapan.
7. Apabila murid B menjawab soalan, murid A menyemak jawapan.
8. Aktiviti ini dilaksanakan sehingga masa yang diberikan tamat.
9. Guru boleh membuat penilaian pasangan yang berjaya menjawab
soalan paling banyak dan betul serta boleh dipaparkan di hadapan
kelas.
NO MURID A MURID B
1 SOALAN A1 JAWAPAN A1
2 JAWAPAN B1
3 SOALAN A2 SOALAN B1
4 JAWAPAN B2 JAWAPAN A2
5 SOALAN A3
6 JAWAPAN B3 SOALAN B2
JAWAPAN A3
SOALAN B3
Read and Highlight
Persediaan
Bahan bacaan ini juga boleh diambil dalam bahan buku teks.
Persediaan
1. Guru meminta murid berada dalam kumpulan.
2. Wakil setiap kumpulan akan membaca bahan teks dengan
kuat dan intonasi yang betul dan tepat mengikut giliran.
3. Guru menetapkan tempoh masa untuk berbincang dalam
kumpulan untuk kenal pasti dan menanda
- Kata kunci
- Ayat utama/penting
4. Setelah selesai, wakil setiap kumpulan membaca dengan
kuat, kata kunci dan ayat penting/ utama yang telah dikenal
pasti.
5. Akhir sekali
Tugasan individu – setiap pelajar perlu membina peta minda
dengan kreativiti sendiri berdasarkan kata kunci dan ayat
utama/penting yang telah ditanda dan dikenal pasti dalam
setiap kumpulan.
Role Play
Murid menggunakan kaedah main peranan dan melakonkan watak yang
difahami bagi mencapai hasil pembelajaran.
Persediaan:
1. Guru boleh meminta murid membuat penyelidikan dan bacaan berkaitan
topik yang bakal dipelajari terlebih dahulu, contohnya seperti mata pelajaran
Sejarah: Kesultanan Melayu Melaka.
2. Guru menyediakan skrip lakonan.
3. Guru boleh meminta murid membawa pakaian dan prop yang bersesuaian
sekiranya perlu agar murid dapat menghayati watak yang dilakonkan
dengan lebih baik.
4. Bagi murid yang berada di sekolah menengah, guru boleh meminta murid
merancang lakonan dan membuat latihan sendiri di luar waktu PdP.
Prosedur:
1. Guru memberi penerangan berkaitan topik yang diajar.
2. Setiap kumpulan diberi tugasan.
3. Setiap ahli pula perlu mainkan peranan sebagai satu watak yang berlainan.
4. Setelah itu, guru memberi sedikit masa untuk murid berlatih dan menghafal
skrip.
5. Murid melakonkan watak yang telah ditetapkan. penghayatan watak yang
dilakonkan dapat membantu murid mengingati fakta dan topik pembelajaran
dengan lebih baik.
Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:
http://bit.ly/2JOww6k
Rotating Stations
Rotating Stations memberi peluang kepada murid-murid mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan dalam stesen yang
berlainan. Aktiviti ini mendorong penyertaan aktif yang berpusatkan
murid.
Persediaan:
1. Guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan topik/
kemahiran tertentu bagi setiap stesen yang ditetapkan dalam
bentuk soalan atau arahan.
2. Bilangan aktiviti dan stesen serta tempat stesen yang sesuai perlu
disediakan lebih awal.
3. Setiap kumpulan dibekalkan dengan pen warna yang berbeza
untuk mencatat jawapan.
Prosedur:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut jumlah murid
dalam kelas. (Bilangan kumpulan perlu sama dengan bilangan
stesen yang disediakan.)
2. Setiap kumpulan akan bermula pada satu stesen masing-masing.
3. Mereka diberi 10 minit untuk menjawab soalan yang ditentukan
di setiap stesen pada masa yang serentak.
4. Apabila masa tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen
seterusnya sehinggalah semua kumpulan telah melalui semua
stesen.
Sumber
https://www.classroominc.org/community/
Round Robin
Aktiviti ini boleh memberi peluang yang sama rata kepada setiap murid
kerana murid diberi tempoh masa yang sama untuk menyampaikan idea/
pandangan mereka. Kaedah ini didapati sesuai untuk membantu guru
menyelesaikan sesuatu masalah/ isu dengan pelibatan semua murid.
Prosedur:
1. Guru mengemukakan topik perbincangan atau isu yang perlu
diselesaikan.
2. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 ke 5 orang ahli.
3. Guru menetapkan tempoh masa perbincangan (10-15 minit). Guru
mengingatkan bahawa semua perbincangan perlu dicatat.
4. Murid menetapkan giliran dan ahli pertama yang memulakan
perbincangan.
5. Setiap ahli mengambil giliran untuk menyampaikan idea/ pandangan
mereka.
6. Sekiranya perlu, giliran tersebut boleh dilangkau dan ahli boleh
mencelah semula sekiranya terdapai idea baharu atau tambahan
maklumat.
Sumber dan rujukan: https://www.cooperativelearner.com/round-robin.html
Shout Out
1. Guru menulis topik yang akan dipelajari di papan putih.
2. Murid digalakkan untuk memberi idea secara lisan dengan laungan
yang kuat dalam sesi sumbang saran.
3. Guru mencatat idea tersebut pada papan putih.
4. Murid menyusun semula idea yang diperolehi secara sistematik.
Contoh:
1. Guru menulis perkataan "KEBAKARAN" di papan putih.
2. Murid memberi idea (Shout out) berkaitan dengan perkataan tersebut.
Antaranya ialah mungkin:
• Api dapur yang lupa nak dipadamkan
• Bomba
• Panggilan 999
• Jeritan "api! api! api!"
• Litar pintas
• Asap
• Cedera
• Pili bomba
• Barang hangus
3. Guru mencatat idea-idea tersebut pada papan putih.
4. Murid menyusun semula idea-idea tersebut seperti berikut:
Sebab Kebakaran Kesan Kebakaran Suasana Kejadian
Sketsa
Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk membuktikan
kefahaman mereka terhadap topik yang diberikan.
1. Guru menyediakan beberapa peribahasa berserta
maksudnya yang ditulis di atas kertas.
2. Guru menampal semua peribahasa tersebut di sekeliling bilik
darjah.
3. Murid dikehendaki membaca kesemua peribahasa tersebut.
4. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang
ahli.
5. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu peribahasa untuk
dibincangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6. Murid dikehendaki membuat satu persembahan sketsa yang
dapat memberi gambaran atau contoh terhadap peribahasa
yang mereka pilih.
Snow Ball Fight
1. Guru menyatakan satu penyataan/ soalan kepada semua murid.
2. Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu pada
sehelai kertas A4.
3. Murid menggumpal kertas tersebut seperti bola salji.
4. Guru menetapkan masa untuk murid membaling bola tersebut secara
rawak di dalam kelas.
5. Guru mengingatkan murid untuk membalingkan bola salji mereka
hanya paras dada ke bawah sahaja bagi mengelakkan pergaduhan.
6. Murid mula membuat balingan selepas menerima arahan guru.
7. Kemudian, murid mengutip bola di atas lantai dan membaling semula
ke tempat lain.
8. Langkah diulangi sehingga masa membaling tamat.
9. Murid perlu mengambil satu bola salji dan membuka gumpalan kertas
tersebut.
10. Guru meminta murid membaca jawapan yang dicatatkan dan
membuat ulasan atau menambah baik idea sedia ada yang tertulis
pada kertas tersebut.
Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:
http://bit.ly/2y8dNw7
Sorting The Strips
Persediaan:
Guru sediakan jaluran-jaluran maklumat dan masukkan dalam
sampul surat.
Prosedur:
1. Guru mengedarkan sampul surat kepada murid-murid.
2. Guru menyampaikan arahan samada secara lisan/ bertulis/
edaran.
3. Murid akan menyusun jaluran berdasarkan arahan.
4. Guru bergerak dan mengenal pasti susunan jaluran yang tepat
/ Murid boleh memberi cadangan susunan jaluran masing-
masing dan murid lain boleh beri respon.
Speed Dating
Persediaan:
1. Penyusunan meja dan kerusi yang menghadap satu sama lain.
2. Penyediaan isu atau topik untuk dibincangkan.
Prosedur:
1. Guru mengemukakan isu atau topik karangan untuk dibincangkan.
2. Murid memikirkan isu atau topik tersebut secara individu.
3. Setelah masa berfikir tamat, murid diminta untuk duduk secara
berpasangan.
4. Murid berkongsi idea secara berpasangan dan mencatatkan idea yang
dikongsikan bersama pasangan masing-masing.
5. Murid diminta untuk bertukar 5 pasangan bagi mendapatkan idea-idea
yang berbeza.
6. Setelah tamat sesi bertukar pasangan, beberapa orang murid akan
dipilih secara rawak untuk membuat pembentangan idea yang berjaya
dicatatkan.
7. Guru membuat ulasan
idea murid.
Sumber
https://summathmadness.wordpress.com/2013/04/17/speed-dating-in-themathclassroom/
Storybooks
Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam kelas yang lebih dewasa
dapat memberi peluang kepada mereka berbincang dan membuat
refleksi.
Persediaan:
1. Guru mengenal pasti buku cerita kanak-kanak yang bersesuaian untuk
digunakan di dalam kelas. (contohnya: cerita ringan yang popular
dalam kalangan masyarakat setempat)
2. Pada akhir pelajaran, murid harus dapat bercakap dan memberi
maklum balas kepada cerita yang dibaca dengan memberikan idea
utama dan huraian (melalui aktiviti perbincangan kelas)
Prosedur:
1. Guru membentuk kumpulan, satu kumpulan 4 orang.
2. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk mencabut sampul
surat yang terkandung di dalamnya beberapa keping gambar (contoh:
6 keping).
3. Murid tadi kembali kepada kumpulannya dan setiap kumpulan diberi
masa 30 minit untuk menyusun 6 keping gambar tadi mengikut
susunan yang logik dan menghasilkan satu cerita (sebaik-baiknya,
menyamai cerita asal).
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.
5. Dalam sesi perbincangan, guru menyoal murid tentang nilai moral dari
cerita yang terhasil.
6. Murid bertukar-tukar pendapat serta memberi pandangan tentang
cerita masing-masing.
7. Murid bertukar-tukar pendapat/ pandangan tentang aktiviti yang
dijalankan dan membuat refleksi berdasarkan dapatan yang
diperolehi.
Saranan:
Aktiviti dan permainan yang disarankan adalah seperti meneka, suai-
padan, menghurai, melabel dan mengelaskan.
Pada masa yang sama guru dapat menerapkan keempat-empat
kemahiran: membaca, menulis, bercakap dan mendengar. (sesuai
digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
Murid juga boleh digalakkan menulis cerita sendiri dengan guru
menyatakan tema-tema tertentu atau nilai moral yang bersesuaian.
SWOT Analysis
Persediaan:
1. Aktiviti sesuai digunakan sebagai rangka untuk membuat karangan
atau esei dalam PdP.
2. Guru menyediakan soalan/ isu/ situasi untuk setiap kumpulan.
Prosedur:
1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan ditentukan tugasan sama ada berkaitan:
S : Strengths (Kekuatan); atau
W : Weaknesses (Kelemahan); atau
O : Opportunities (Peluang); atau
T : Threats (Ancaman)
3. Setiap kumpulan akan diberikan masa untuk melakukan perbincangan
dan membuat rujukan.
4. Wakil kumpulan akan membuat pembentangan mengikut turutan S-
W-O-T.
5. Semua murid dikehendaki mencatatkan isi penting yang dikupas
dalam pembentangan tersebut.
http://gg.gg/SWOTTUALANG
Table Cloth
Persediaan
1. Guru menyediakan beberapa keping kertas mahjung untuk aktiviti
di dalam kumpulan. Sekeping kertas mahjung untuk setiap kumpulan
dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli.
2. Kertas mahjung perlu di lukiskan petak seperti di bawah.
3. Guru menyediakan beberapa batang pen marker cukup untuk
kegunaan setiap murid menulis di atas kertas mahjung.
4. Guru menyediakan satu soalan yang berkaitan dengan topik dan
menulis soalan tersebut petak ditengah pada kertas mahjung.
Prosedur
1. Guru memberikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan dan
membahagikan murid kepada kumpulan kecil (4 orang ahli bagi setiap
kumpulan).
2. Setiap kumpulan akan berada di meja yang cukup ruang untuk kertas
mahjung diletakkan ditengah.
3. Guru kemudian memperkenalkan topik dan memberikan sedikit
penerangan. Sebagai contoh, Aktiviti bermanfaat yang dilakukan
pada masa lapang.
4. Guru membahagikan kertas mahjung yang telah dilukis petak tersebut
dan juga ditulis tajuk ditengahnya.
5. Guru mengarahkan setiap murid menulis aktiviti yang sering
diamalkan masing-masing di petak keliling tajuk tanpa perlu
berbincang.
6. Setiap petak dikhaskan kepada seorang murid.
7. Guru menetapkan jangka masa yang singkat supaya para murid dapat
berfikir dan menulis dengan cepat. Ini dapat menjadikan aktiviti lebih
menarik dan menyeronokkan. Cadangan masa 3-5 minit.
8. Kemudian guru mengarahkan murid meneliti tulisan hasil idea setiap
petak dan sama-sama memilih aktiviti yang betul dikategorikan
bermanfaat dan dibulatkan. Jika terdapat persamaan idea, pilih
perkataan yang terbaik.
9. Kemudian, guru mengarahkan para murid bagi setiap kumpulan
memindahkan idea yang telah dipilih ke atas kertas kajang dan guru
meneruskan pengajaran dengan aktiviti yang lebih lanjut seperti
membina ayat-ayat yang gramatis bagi setiap idea dan seterusnya
membina perenggan dan esei penuh.
10. Table Cloth sesuai diguna untuk topik-topik lain bagi subjek B Melayu
dan B. Inggeris. Ia juga sesuai bagi subjek yang berfakta seperti
Sejarah dan Sains.
Tea Party
Party merupakan simbolik perbualan secara santai dalam sebuah majlis dan
murid bebas bergerak untuk mencari rakan berbual yang selesa. Aktiviti ini
memberi peluang kepada murid untuk berkongsi idea/ pandangan tanpa rasa
malu dan dapat meningkatkan keyakinan dalam diri murid untuk berkomunikasi
dengan rakan sekelas. Aktiviti ini boleh dilaksanakan semasa set induksi agar
murid dapat membuat ramalan dan meningkatkan inkuiri mereka berkaitan
topik yang diajar. Aktiviti ini juga sesuai dilaksanakan dalam mata pelajaran
Bahasa bagi membantu murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan
gaya bahasa yang betul dan dapat mengaplikasikan kosa kata yang telah
dipelajari. Secara tidak langsung murid dapat mempelajari kosa kata baharu
daripada rakan mereka.
Persediaan:
Guru menyediakan kad yang tertulis frasa berkaitan dengan topik yang diajar.
Frasa yang sama boleh dicetak pada beberapa keping kad.
Prosedur:
1. Guru mengedarkan kad frasa yang telah disediakan kepada semua murid.
2. Setiap murid membaca kad mereka secara individu, memahami dan
meramalkan perkara yang akan berlaku berdasarkan kad frasa tersebut
secara individu.
3. Setelah itu, guru memberi arahan agar murid dapat bergerak dan mencari
rakan yang disenangi untuk berbual.
4. Guru mengingatkan murid untuk hanya berbincang tentang kad frasa
masing-masing sahaja.
5. Murid juga dinasihatkan untuk berbual dan berbincang dengan beberapa
orang rakan mereka.
6. Murid bergerak secara bebas bagi meningkatkan keyakinan diri mereka
untuk berkongsi idea dan menyatakan pendapat.
7. Setelah masa yang ditetapkan tamat, guru boleh meminta beberapa orang
murid berkongsi pendapat mereka di hadapan kelas sebelum meneruskan
pembelajaran.
Think-Pair-Share
Prosedur:
1. Guru mengemukakan topik/ isu untuk diselesaikan oleh
murid.
2. Murid dikehendaki memikirkan topik/ isu yang diberi secara
individu dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3. Guru mendorong murid untuk meneliti setiap aspek dan
berfikir secara kreatif.
4. Setelah masa berfikir tamat, murid diminta berkongsi dan
berbincang dengan rakan/ pasangan.
5. Mereka perlu berkongsi maklumat/ hasil perbincangan
dengan pasangan lain/ kumpulan/ kelas.
6. Guru juga boleh meminta murid tampil ke hadapan kelas
secara berpasangan dan berkongsi hasil perbincangan
bersama seluruh kelas.
Untuk keterangan lanjut, rujuk
video di bawah:
Time Capsule
Contoh:
Pada awal tahun, murid-murid Tingkatan 5 diminta untuk membuat rekod
berkaitan dengan mata pelajaran Matematik Tambahan dan dirinya.
Seterusnya, respon mereka akan menjadi Time Capsule yang akan
dibuka semula pada akhir tahun untuk meninjau perubahan-perubahan
yang telah berlaku.
Persediaan:
1. Kertas A4 yang mengandungi soalan berikut:
(a) Adakah anda suka belajar mata pelajaran Matematik Tambahan?
(b) Apakah yang sudah anda ketahui berkaitan mata pelajaran
Matematik Tambahan?
(c) Apakah perkara baharu yang anda harap boleh dipelajari dari mata
pelajaran Matematik Tambahan?
(d) Apakah pengetahuan yang sudah anda pelajari dari Matematik
Tambahan?
2. Jadual Perbandingan tentang tajuk Matematik Tambahan Tingkatan 4
yang sangat mencabar untuk anda.
Awal Tahun Hujung Tahun
3. Sampul surat kecil untuk menyimpan jawapan murid sebagai time
capsule.
Prosedur:
1. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka akan
menyediakan time capsule bagi meninjau sejauh manakah
pandangan/ persepsi/ pemahaman/ pengalaman mereka berubah
sepanjang tahun untuk Tingkatan 5 tentang Matematik Tambahan.
Guru berbincang dengan murid-murid tentang apa yang boleh
dimasukan dalam time capsule, contohnya gambar foto diri, cerita
mereka atau yang lain-lain.
2. Kertas A4 diedarkan kepada murid dan mereka diminta menjawab
soalan 1 (a) hingga (c). Bahagian 1 (d) akan dijawab pada hujung
tahun nanti.
3. Guru mengedarkan Jadual Perbandingan Tajuk Matematik Tambahan
kepada murid dan meminta mereka mengisi ruangan pada awal tahun.
Manakala ruangan hujung tahun akan diisi kemudian iaitu pada hujung
tahun nanti.
4. Memberi masa beberapa hari kepada murid untuk menyiapkan bahan
yang mereka ingin masukkan ke dalam time capsule.
5. Apabila semua murid sudah menyiapkan bahan-bahan time capsule.,
setiap murid diberikan satu sampul surat masing-masing untuk simpan
time capsule mereka dan gamkan penutupnya.
6. Semua sampul murid akan dikumpulkan dan disimpan bersama dalam
kotak besar. Kotak tersebut akan disimpan oleh guru mata pelajaran.
7. Setelah menghampiri hujung tahun, contohnya bulan Ogos, murid
diminta untuk membuka time capsule mereka dan menyiapkan
bahagian 1(d) serta ruangan hujung tahun.
8. Murid diminta untuk membuat refleksi tentang perubahan dirinya
dalam mempelajari Matematik Tambahan.
Rujukan:
Education Place Activity: Class Time Capsule
https://www.eduplace.com/activity/capsule.html
Timeline
Aktiviti ini memberi peluang kepada semua murid untuk mengetahui
sesuatu peristiwa dan boleh menceritakan semula kronologi peristiwa
tersebut kepada pelbagai audiens.
Persediaan:
1. Guru memberikan tajuk perbincangan kepada setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta untuk mencari maklumat tentang peristiwa
yang akan dibincangkan melalui pelbagai bahan bacaan.
Prosedur:
1. Guru membentuk kumpulan kecil terdiri daripada 3-4 orang murid.
2. Murid berbincang dalam kumpulan kecil berdasarkan maklumat yang
telah dikumpulkan.
3. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka.
4. Pembentangan tersebut hendaklah mengikut urutan masa peristiwa.
5. Kumpulan lain perlu mendengar dan mencatat hasil pembentangan
kumpulan.
6. Setelah selesai, guru akan memilih secara rawak kumpulan yang akan
menceritakan semula tajuk yang dibentangkan oleh kumpulan yang
dipilih oleh guru.
7. Murid akan membuat refleksi kronologi sesuatu peristiwa yang berlaku
dahulu, sekarang dan andaian masa depan.
Sumber maklumat: buku teks, video, laman sesawang, buku rujukan dan
sebagainya.
Traveling File
Prosedur:
1. Guru menyediakan beberapa fail yang mengandungi soalan berkaitan
dengan topik yang dipelajari. (Bilangan fail sama dengan bilangan
kumpulan. Satu kumpulan, satu fail).
2. Setiap fail mengandungi soalan yang berbeza.
3. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di
dalam fail.
4. Setelah selesai, fail tersebut hendaklah diedarkan kepada kumpulan
lain mengikut arah lawan jam.
5. Kumpulan yang mendapat fail tersebut hendaklah membaca soalan
dan jawapan yang telah sedia ada di dalam fail berkenaan sebelum
menambah jawapan lain.
6. Setelah semua kumpulan memberi jawapan bagi soalan dalam setiap
fail, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru.
Contoh :
Fail 1 Nyatakan kelebihan orang yang membaca al-Quran?
Fail 2 Jelaskan cara menghayati al-Quran?
Fail 3 Berikan keistimewaan al-Quran?
Fail 4 Terangkan sebab Allah SWT menurunkan al-Quran?
Fail 5 Huraikan sebab masih terdapat manusia yang
melanggar perintah Allah SWT?
Turn And Talk
Prosedur:
1. Guru mengemukakan topik perbincangan.
2. Murid mencari pasangan yang memberi keselesaan untuk
berkongsi pandangan.
3. Guru menetapkan masa untuk murid bercakap dan
pasangan perlu mendengar dengan teliti.
4. Setelah itu, pasangan murid bertukar peranan dan
menyampaikan pendapat mereka dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Video Clips
Persediaan:
1. Guru menyediakan sedutan video berkaitan dengan topik.
2. Guru turut menyediakan soalan berkaitan selepas video
selesai ditayangkan.
Prosedur:
1. Guru menayangkan sedutan video berkaitan dengan topik.
2. Guru bertanya beberapa soalan dari sedutan video
menggunakan pendekatan 5W 1H.
3. Murid menjawab soalan daripada guru berkaitan video.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
Walking Worksheet
Persediaan
Guru menyediakan beberapa set soalan yang berlainan
berkaitan dengan topik yang ingin dibincangkan pada hari
tersebut.
Prosedur
1. Guru menampalkan semua set soalan tersebut di sekeliling
bilik darjah.
2. Guru menjelaskan peraturan aktiviti kepada murid iaitu
mereka perlu bergerak dalam kumpulan masing-masing
berdasarkan masa yang telah ditetapkan oleh guru.
3. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan sambil
berbincang dan menjawab setiap set soalan pada kertas
jawapan yang diberi sehingga masa diperuntukkan tamat.
4. Setiap kumpulan mesti bergerak ke setiap set soalan yang
telah ditampalkan di dinding kelas.
5. Murid merekodkan jawapan/ penyelesaian.
6. Setelah selesai, guru membuat perbincangan umum
melibatkan keseluruhan kelas untuk menyemak jawapan/
penyelesaian masing-masing dan membuat pembetulan/
penambahbaikan.
What Matters
Persediaan:
Guru sediakan set soalan dengan jawapan berkaitan.
Prosedur:
1. Murid dikumpulkan dalam kumpulan.
2. Guru meletakkan set jawapan di sekitar kelas.
3. Guru menyerahkan set soalan kepada setiap kumpulan.
4. Setiap kumpulan berbincang berkaitan soalan yang diberikan
dan seterusnya mengenal pasti/ mencari set jawapan yang
sesuai di sekitar kelas.
World Café
Prosedur:
1. Guru mewujudkan suasana seperti di kedai kopi bagi
mendorong murid untuk berfikir dalam suasana santai.
2. Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah
meja.
3. Guru mengemukakan topik perbincangan.
4. Dalam kumpulan, murid berbincang tentang soalan/ isu yang
diletakkan di atas alas meja.
5. Guru mendorong murid untuk mencatat/ melakar idea/
pandangan mereka di atas alas meja tersebut.
6. Guru boleh memberi peluang kepada murid untuk bergerak
ke kumpulan lain sebagai travelers untuk menambah baik
dan memperincikan hasil perbincangan sedia ada.
7. Langkah 6 boleh diulangi sebanyak 2 atau 3 kali bagi
mendapatkan hasil perbincangan yang mantap.
8. Setelah itu, guru meminta
semua ahli kumpulan
kembali ke kumpulan asal.
9. Setiap kumpulan perlu
mengemukakan kesimpulan
berdasarkan semua catatan
dan lakaran idea di atas alas
meja.
Senarai
Aktiviti Pentaksiran
Anecdotal Notes
Prosedur:
1. Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian
dan perbincangan dengan murid.
2. Catatan ini meliputi kemajuan pembelajaran murid melalui
pentaksiran formatif, pencapaian murid, penilaian hasil kerja
murid,
3. Nota ringkas ini dirujuk apabila membuat laporan secara
formal untuk petaksiran keseluruhan bagi setiap murid.
Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:
Checklist
1. Checklist atau senarai semak amat penting dalam PdP sama ada
kepada guru mahupun kepada murid.
2. Checklist ini sangat efektif sebagai alat pentaksiran bagi merekodkan
pembangunan dan perkembangan pembelajaran murid sama ada dari
aspek kemahiran, pengetahuan mahupun nilai.
3. Checklist dapat menetapkan kriteria bagi kemahiran, sikap, strategi
dan kelakuan murid untuk tujuan pentaksiran melalui pengurusan
maklumat secara sistematik dan berstruktur.
Checklist digunakan untuk:
i. Merekodkan pemerhatian secara sistematik
ii. Membuat refleksi secara kendiri. Sebagai contoh, kriteria tertentu
disenaraikan secara sistematik dalam menyiapkan projek atau
mencapai objektif pembelajaran
iii. Merekodkan pencapaian murid dalam aspek kemahiran, strategi,
sikap dan kelakuan bagi pembelajaran yang efektif
iv. Mengenal pasti keperluan khas setiap murid dalam pembelajaran
v. Menjadi rujukan kepada ibu bapa untuk melihat perkembangan
pembelajaran anak mereka.
Guru dan murid boleh menggunakan senarai semak yang dimuat turun
daripada laman web atau membuat catatan secara dalam talian kerana
terdapat banyak laman web yang menyediakan senarai semak seperti
overstrike dan pinterest.