Bagi tujuan tertentu, senarai semak yang lebih terperinci perlu disediakan
sendiri oleh guru dan murid.
Bagi menyediakan checklist, guru perlu:
i. Berdasarkan standard dan hasil pembelajaran semasa.
ii. Menetapkan deskriptor dan petunjuk yang jelas, spesifik dan mudah
ditaksir.
iii. Menggalakkan pelibatan murid dalam menyediakan deskriptor.
iv. Meletakkan tarikh bagi setiap catatan yang ditambah.
v. Menyediakan ruangan untuk mencatat komen anekdot bagi
memberikan gambaran yang lebih jelas dan tepat tentang
perkembangan murid.
vi. Menggunakan model yang generik bagi memudahkan pemahaman
murid. Selain itu, petunjuk kriteria boleh sentiasa ditambah
berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.
vii. Sentiasa menggalakkan murid menyediakan checklist mereka
sendiri bagi memudahkan mereka membuat refleksi kendiri.
Untuk keterangan lanjut, rujuk video di bawah:
Classroom Opinion Poll
Melalui aktiviti ini, guru dapat menyemak kembali kefahaman murid
melalui maklum balas tentang pembelajaran mereka.
1. Maklum balas secara bertulis dapat memastikan ketepatan maklumat.
2. Tinjauan ini dapat memberi maklumat kepada guru tentang keperluan
pembelajaran murid secara terperinci.
3. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru dapat merancang PdP
yang lebih baik dan sesuai dengan keupayaan murid.
4. Maklum balas murid dapat menjadi panduan kepada guru untuk
membuat persediaan bagi pembelajaran yang sensitif atau
kontroversi.
Prosedur:
1. Guru perlu merancang soalan/ isu yang sesuai bagi memberi
gambaran sebenar keperluan pembelajaran murid.
2. Guru memilih beberapa isu yang diramal bakal berlaku.
3. Guru menetapkan sama ada jawapan boleh diwakili dengan setuju/
tidak setuju atau dalam skala likert.
4. Guru menetapkan untuk menggunakan paparan atau mencetak
borang soal selidik.
5. Murid diingatkan untuk tidak menyatakan nama atau sebarang
pengenalan diri.
6. Setelah selesai murid memberikan maklum balas, guru boleh
berkongsi dapatan bersama dengan mereka.
7. Guru juga boleh memilih untuk menjalankan aktiviti ini secara dalam
talian sekiranya platform tersebut lebih sesuai.
Selain daripada menjawab soal selidik, guru juga boleh menjalankan
aktiviti berikut:
i. Menjalankan pop kuiz selama 5-10 minit.
ii. Perbincangan murid secara berpasangan berkaitan isu yang
dibangkitkan.
iii. Warm-up discussion sebelum memulakan pembelajaran.
iv. Menggunakan Post-it notes.
Compass Points
Melalui aktiviti ini, murid (secara individu atau berkumpulan) dapat
memberi maklum balas terhadap pembelajaran mereka berdasarkan
4 perkara yang disenaraikan. Aktiviti ini sesuai dijalankan semasa set
induksi atau semasa refleksi PdP pada akhir pembelajaran serta
merupakan pentaksiran formatif yang menggambarkan perkembangan
pembelajaran murid.
Persediaan:
1. Guru menyediakan
kompas pada kad
berwarna yang
mengandungi empat
sukuan.
2. Setiap sukuan
mengandungi empat
perkara yang
berbeza iaitu:
i) Excited
ii) Worriesome
iii) Need to know
iv) Suggestions
Prosedur:
1. Selepas selesai sesi PdP, guru mengedarkan kad kompas
tersebut.
2. Murid diminta mengisi kad tersebut mengikut kategori setiap
sukuan. Setiap sukuan perlu diisi. Contohnya:
i. Excited: Saya dapat memahami konsep garis lurus yang
dipelajari pada hari ini.
ii. Worriesome: Saya kurang yakin untuk menulis persamaan
garis lurus daripada titik-titik yang diberi.
iii. Need to know: Bagaimana menentukan persilangan dua
garis lurus tanpa melukis pada graf?
iv. Suggestions: Guru membuat aktiviti berpasangan pada kelas
akan datang supaya saya dapat berbincang dengan lebih
jelas.
3. Setiap murid diminta melukis satu anak panah pada mana-mana
bahagian untuk menunjukkan keutamaan yang perlu diberi
perhatian pada hari tersebut.
4. Beberapa murid dipilih secara rawak untuk berkongsi maklumat
yang telah mereka tulis pada kad tersebut.
5. Guru mengumpul semua kad kompas untuk penambahbaikan
pada sesi PdP akan datang dan menampalnya pada papan
kenyataan kelas.
Continuum
Persediaan:
1. Guru menerangkan dan tunjuk cara lakuan penuh lompat jauh.
2. Guru memberitahu peraturan lompat jauh.
Prosedur:
1. Murid membuat aktiviti memanaskan badan
2. Latihan ansur maju lompat jauh
3. Aktiviti 1 (statik/dinamik)
X
Ø Langkah 1 kaki dalam gelung, lonjak atas tilam
X
Ø Ambil lajak (lari perlahan beberapa langkah), lompat 1 kaki dalam
gelung, lonjak atas tilam.
Ø murid melakukan simulasi sebenar di tempat lompat jauh.
Ø Lari dalam gelung, lompat 1 kaki atas tilam, lonjak ke pasir.
Ø Keluarkan gelung, dan buat lakuan penuh lompat jauh.
4. Aktiviti menyejukkan badan
Exemplar
Persediaan:
Guru memilih hasil kerja terbaik dari murid dan membuat salinan
mengikut bilangan dalam kelas.
Prosedur:
Guru edarkan salinan kepada semua murid dan mendapatkan
respons dari mengapa contoh berkenaan merupakan contoh
yang baik.
IB Tree
Merupakan teknik yang digunakan untuk menilai penguasaan dan
perkembangan murid berkaitan idea, fakta dan nilai yang telah mereka
pelajari.
Setiap murid diberi helaian yang mempunyai Pokok IB dan mereka
mencatatkan perkembangan mereka secara individu tentang apa yang
dipelajari.
Pokok IB digunakan sebagai satu strategi aktiviti pentaksiran untuk
mengetahui sejauh mana murid telah menguasai dan mengembangkan
idea, fakta dan nilai dalam sesuatu topik atau bidang pembelajaran.
Sebelum pentaksiran, murid telah diberitahu terlebih dahulu supaya
membuat ulang kaji tentang topik atau bidang yang telah dipelajari.
Persediaan :
Edaran IB Tree (Lampiran 1) untuk setiap murid
Prosedur:
1. Guru menyediakan helaian yang mempunyai Pokok IB dan diedarkan
kepada setiap murid.
2. Murid akan diberi masa untuk melengkapkan Pokok IB dalam tempoh
10 minit.
3. Murid mencatat idea, fakta atau nilai yang telah dipelajari sepanjang
proses pembelajaran untuk topik atau bidang tersebut.
4. Setelah itu, hasil kerja murid akan dipilih secara rawak untuk
dibentang atau dibincangkan.
5. Guru akan memberikan jawapan yang sepatutnya dimasukkan dalam
helaian Pokok IB.
6. Murid akan membuat pembetulan jika terdapat sebarang kesilapan
berkaitan idea, fakta atau nilai.
7. Gred akan diberi berdasarkan jawapan yang betul dan menunjukkan
perkembangan idea yang bernas.
8. Seterusnya, gred murid akan direkod untuk tujuan menganalisis
kekuatan dan kelemahan berkaitan topik yang telah dipelajari agar
penambahbaikan dapat dilakukan dalam PdP yang akan datang.
9. Tiga helaian Pokok IB terbaik akan dipaparkan di dalam kelas sebagai
contoh dan penghargaan atas usaha murid dalam proses PdP.
10. Manakala Helaian Pokok IB yang lain akan diberikan semula kepada
murid (asal) untuk disimpan di dalam fail sebagai rujukan atau bahan
ulang kaji mereka
Sumber Ilustrasi:
Pokok Ib: https://www.ccsd.edu/Page/2073
Indicator
Indicator dapat membantu guru untuk menyemak tahap
kefahaman murid atau memeriksa pengetahuan sedia ada murid
berkaitan topik pembelajaran. Oleh itu, aktiviti ini sesuai
dijalankan sebagai set induksi atau refleksi pada akhir PdP.
Persediaan:
Guru menyediakan beberapa soalan kuiz berkaitan topik.
Prosedur:
1. Guru memberi penerangan tentang penggunaan warna:
a. Hijau – Ya/ Setuju
b. Merah – Bukan / Tidak Setuju
2. Guru mengemukakan soalan kuiz kepada murid secara lisan.
3. Murid memberikan reaksi kepada soalan yang dikemukakan
dengan cara bergerak ke arah 2 warna yang sudah
disediakan.
KWL Chart
Carta KWL atau Jadual KWL ialah jadual catatan yang direka untuk
membantu dalam Pembelajaran. Akronim KWL yang diambil untuk
mewakili:
K -apa yang diketahui
W -apa yang ingin untuk belajar
L -apa yang telah dipelajari
Persediaan Bahan:
Kertas Mahjong, Kad Manila pada papan notis, buku catatan atau buku
refleksi murid, Post-it notes pelbagai warna.
Penerangan:
Ia merupakan carta atau jadual organisasi grafik membantu dalam
pembelajaran murid serta guru. Huruf KWL adalah singkatan kepada
Know, Want dan Learned.
Objektif :
1. Membantu murid menyusun maklumat dan informasi sebelum, semasa
dan selepas sesuatu Unit/ Topik/ pembelajaran.
2. Ia boleh melibatkan murid secara berterusan dan aktif semasa
pengenalan topik baru, atau mengimbas balik pengetahuan sedia ada,
berkongsi objektif sesuatu unit dan memantau pembelajaran serta
perkembangan murid.
3. Membantu guru mentaksir murid secara formatif atau mengenal pasti
sejauh mana sesi pdp pada hari itu telah mencapai objektif, dan
sedalam manakah pemahaman murid.
Prosedur 1:
1. Guru menyediakan carta/ jadual yang berhuruf besar pada tajuk setiap
lajur K, W dan L, seperti berikut:
K: What I think I Know W: What I Want to know L: What I know I Learned
2. Murid menulis apa yang mereka tahu (what I think I know) pada Post-
it notes berwarna biru, dan tampal pada lajur pertama huruf K. Ini boleh
dilakukan pada permulaan sesi, selepas guru membuat pengenalan.
3. Lajur yang seterusnya W, murid menulis apa yang mereka ingin tahu
(what I want to know) pada Post-it notes berwarna merah jambu.
4. Akhir sekali pada Post-it notes berwarna hijau murid menulis apa yang
mereka sudah ketahui dan pelajari (what I learned I know) pada lajur
L. Ini boleh dilakukan sebagai Refleksi atau Pentaksiran Formatif
susulan PdP hari tersebut.
Prosedur 2 :
1. Guru juga boleh menasihatkan murid melengkapkan Carta KWL dalam
Buku Catatan Refleksi, yang akan dipantau dari masa ke semasa.
2. Guru memberitahu murid selepas pengenalan tajuk untuk mengisi
carta KWL bahagian K dan W.
3. Selepas sesi PdP, murid diingatkan untuk membuat refleksi di
bahagian L carta tersebut.
Video:
https://youtu.be/Qv-eOtO9f-A
Parking Lot
Murid dapat terus berkomunikasi dengan guru selepas PdP.
Prosedur:
1. Guru menggunakan Parking Lot sebagai refleksi PdP pada
hari tersebut.
2. Parking lot digunakan untuk mendapatkan maklum balas
daripada murid berkaitan pembelajaran mereka pada hari
tersebut.
3. Aktiviti ini dapat membantu guru menjalankan pentaksiran
formatif.
Personal Learning Experience
Aktiviti ini dijalankan untuk mendapatkan respon sebenar dari murid tentang
perkara yang mereka telah pelajari secara kendiri dan dipersembahkan
di hadapan rakan yang lain serta guru sebelum meneruskan sesi pembelajaran
ke topik utama.
1. Guru memulakan set induksi dengan menyoal murid tentang perkara yang
berkaitan dengan topik yang bakal dibincangkan. (Sebagai contoh, jika topik
itu berkaitan dengan perayaan di Malaysia, guru akan menyoal murid dengan
soalan yang berkaitan seperti adakah awak mempunyai kawan yang
berlainan bangsa dan agama daripada awak? Apakah yang awak
pelajari tentang budaya dan cara hidup mereka?)
2. Beberapa orang murid akan dipilih secara rawak jika tiada yang secara
sukarela ingin berkongsi tentang pengalaman mereka berkongsi
pengalaman peribadi berkaitan isu/ topik yang dibincangkan. Mereka akan
berdiri dan memulakan penerangan mereka tentang pengalaman yang
mereka lalui berkaitan dengan tajuk yang diperbincangkan.
3. Guru akan menyoal murid dengan soalan tambahan yang berkaitan dengan
topik yang sama bagi merangsang pemikiran mereka dan dapat
menghuraikan pengalaman yang mereka ada dengan lebih terperinci lagi.
4. Bahan bacaan atau video yang akan dipaparkan di skrin tentang topik yang
sama akan digunakan untuk menyokong toolbox yang digunakan.
5. Guru akan menyoal kembali murid tentang apa yang mereka boleh kaitkan
daripada artikel atau video yang dibincangkan dengan pengalaman peribadi
mereka sendiri.
6. Murid akan dipilih secara rawak untuk membuat huraian terperinci tentang
apa yang mereka boleh kaitkan dengan pengalaman peribadi mereka
dengan video atau bahan bacaan yang dibincangkan pada sesi PdP
tersebut.
Post-It Notes
Prosedur:
1. Guru biasanya menjalankan aktiviti ini untuk mengakhiri sesi
PdP sebagai refleksi dan pentaksiran formatif.
2. Murid diminta menulis catatan berkaitan refleksi
pembelajaran mereka pada post-it notes.
3. Murid juga boleh menyampaikan pandangan atau soalan
lanjutan berkaitan pembelajaran pada hari tersebut.
4. Murid menampalkan post-it notes di papan kenyataan atau
parking lot selepas PdP.
Untuk keterangan lanjut, rujuk
video di bawah:
Quick Quiz
Persediaan:
1. Guru menyediakan bentuk kuiz
yang ingin di soal kepada murid.
2. Guru membina soalan tentang
topik yang ingin dipelajari (sama
ada awal atau akhir PdP).
3. Guru boleh menggunakan
persekitaran sedia ada (bilik darjah) atau kuiz atas talian untuk
dijadikan kuiz.
Prosedur:
1. Guru memberikan soalan-soalan yang akan dipelajari atau yang
telah dipelajari untuk menguji kefahaman pelajar.
2. Penggunaan aplikasi online banyak membantu guru dalam
penyediaan kuiz dan cepat seperti kahoot, quizizz, plickers.
3. Guru menetapkan masa bagi sesi menjawab kuiz tersebut iaitu
dalam tempoh 15-20 saat.
4. Guru membuat kesimpulan tentang jawapan yang diberikan oleh
murid.
1. https://forms.office.com/
2. https://www.google.com/forms/about/
3. https://kahoot.com/
4. https://quizizz.com/
5. https://quizlet.com/
6. https://www.quizalize.com/
Rocket Writing
Sebagai aktiviti pentaksiran:
Persediaan:
Guru sediakan soalan berkaitan perkara yang ingin ditaksir.
Prosedur 1:
1. Guru menyatakan soalan di hadapan kelas sama ada secara lisan /
bertulis / edaran kepada murid.
2. Berdasarkan soalan yang diberi, murid menulis apa yang mereka tahu
secara individu.
3. Murid berkongsi hasil mereka untuk menentukan respons yang tepat
sesuai dengan soalan.
4. Guru boleh lontarkan idea/ cadangan sekiranya ada respons yang
kurang tepat.
Sebagai aktiviti PdP (Set Induksi):
Persediaan:
Guru kenal pasti sub topik / topik yang ingin diajar.
Prosedur 2:
1. Murid menulis apa yang mereka tahu berkaitan sub topik/ topik yang
dikenal pasti.
2. Berdasarkan respons murid, guru kenal pasti respon yang sesuai untuk
sub topik/ topik pada hari itu. Guru membuat sedikit ulasan berkaitan
respon berkenaan dan seterusnya memulakan PdP.
Rubrics
Satu strategi untuk mentaksir hasil kerja murid sama ada secara
bertulis, lisan atau persembahan murid. Murid akan didedahkan
dengan kriteria/ ciri-ciri yang terkandung dalam rubrik sebelum hasil
kerja mereka ditaksir.
Pencapaian pembelajaran murid dapat dinilai berdasarkan
pentaksiran yang dijalankan berdasarkan rubrik yang telah
ditetapkan.
Persediaan:
1. Guru menyediakan satu tugasan kepada murid.
Contohnya: Menghasilkan sebuah pembungkusan makanan
(Bidang Komunikasi Visual dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual).
2. Guru menyenaraikan
kriteria/ ciri-ciri yang
harus dipenuhi oleh
murid bagi mencapai
markah atau gred
hasil tugasan yang
cemerlang.
Prosedur:
1. Guru memberi tugasan kepada murid.
2. Murid meneliti kriteria/ ciri-ciri yang disenaraikan dan
menyesuaikan dengan tugasan yang diberi.
3. Murid membuat perancangan untuk melaksanakan tugasan
dengan berpandukan rubrik sebagai rujukan.
4. Murid menyediakan garis masa (time line) untuk menyiapkan
tugasan tersebut dan cuba memenuhi senarai kriteria yang
terbaik.
5. Setelah murid selesai menghasilkan tugasan, guru akan
menyemak dan memberi markah berdasarkan kriteria yang
sudah disenaraikan dalam rubrik.
6. Penggunaan rubrik memberi peluang kepada murid untuk
mentaksir hasil kerja rakan mereka (peer assessment).
7. Murid diberi peluang untuk membuat penambahbaikan kepada
hasil kerja mereka bagi meningkatkan mutu tugasan. Secara
tidak langsung, penggunaan rubrik dapat meningkatkan
kefahaman mereka berkaitan topik yang dipelajari dan mereka
juga tahu bagaimana hasil kerja mereka ditaksir.
Scrapbook
Persediaan:
1. Murid menyediakan kertas A3/A4 dan bahan lain yang diperlukan
mengikut tema.
2. Pastikan bahan yang gunakan adalah bebas dari asid. Ini kerana buku
skrap akan disimpan untuk masa yang lama.
3. Sekiranya murid menggunakan banyak foto, pastikan murid
merekodkan tarikh dan sedikit maklumat tentang gambar tersebut
untuk memudahkan proses menghasilkan buku skrap.
4. Murid disarankan untuk menetapkan kaedah terbaik untuk menyusun
maklumat di dalam buku skrap tersebut, sama ada mengikut susunan
kronologi (tarikh), tema, peristiwa atau sambutan, topik, individu (bapa,
ibu, anak dll) atau mengikut kesesuaian dan keutamaan.
5. Sekiranya murid tidak mahu menggunakan foto asal, mereka boleh
mengimbas (scan) ke dalam komputer dan mencetaknya semula. Di
samping mengelakkan gambar asal rosak, murid boleh juga
menggubah gambar tersebut menjadi hasil yang lebih kreatif seperti
mengubah ton warna atau saiz gambar tersebut menurut cita rasa dan
tema buku skrap.
6. Murid disarankan untuk mempelajari pelbagai teknik yang ada dan
bahan yang diperlukan sebelum memulakan projek daripada pelbagai
sumber seperti dalam talian atau perpustakaan.
Prosedur:
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa pasangan/ kumpulan/
individu.
2. Guru memberikan tema kepada setiap pasangan/ kumpulan/ individu
berdasarkan cabutan undi.
3. Murid diberikan masa selama satu minggu untuk melengkapkan buku
skrap mengikut tema yang diberi.
4. Murid perlu melengkapkan buku skrap mengikut kriteria yang telah
ditetapkan seperti di bawah:
Muka depan Hasil kajian
Tajuk Kesimpulan
Isi kandungan Lampiran
Penghargaan Rujukan
Pendahuluan
5. Murid dikehendaki untuk berkongsi tugasan mereka secara
pembentangan dalam kelas.
Self Assessment
Murid menyemak sendiri tugasan yang diberikan berdasarkan panduan
guru.
Persediaan:
1. Guru menyertakan rubrik contoh pemarkahan.
2. Murid didedahkan dengan teknik pemarkahan berdasarkan rubrik
yang telah disediakan.
Prosedur:
1. Murid diminta berbaris di kedua bahagian kelas. (Memastikan agihan
secara rawak dan murid tidak menanda rakan terdekat/sekumpulan)
2. Guru meminta murid menyebut nombor mengikut urutan dan
memastikan kedua bahagian kumpulan murid ini mempunyai
bilangan yang seimbang.
3. Murid mendapatkan pasangan masing-masing berdasarkan
pasangan yang bertentangan nombor dengan mereka.
4. Murid kembali ke meja/kumpulan asal untuk menjalani sesi
penandaan
5. Murid menanda mengikut rubrik yang ditetapkan dan memberi
markah.
6. Murid membuat justifikasi markah bersama pasangan masing-
masing.
7. Guru membincangkan persoalan yang ditimbulkan serta
memperjelas markah pemarkahan.
Thumbs Up
Persediaan:
Guru membuat persediaan mengajar dengan menentukan topik
untuk diajar.
Prosedur:
1. Guru memberi penerangan tentang sesuatu topik di dalam kelas.
2. Sesudah selesai penerangan, guru menilai kefahaman murid
dengan meminta murid menunjukkan isyarat ibu jari.
3. Guru akan meneruskan penerangan
sekiranya semua murid menunjukkan
isyarat thumbs up.
4. Sekiranya terdapat sebilangan kecil
murid menunjukkan isyarat thumbs
middle atau thumbs down, maka
guru akan mengulangi semula
penerangannya dengan mengubah
teknik dan kaedah penyampaian agar dapat membantu murid
untuk memahami topik pembelajaran dengan lebih baik.
Traffic Lights
Aktiviti ini merupakan salah satu cara penilaian kendiri yang boleh
dijalankan sama ada di awal, semasa atau di akhir PdP. Melalui
aktiviti ini, guru dapat menilai tahap kefahaman murid secara
menyeluruh terhadap sesi PdP atau topik yang dipelajari.
Persediaan:
Setiap murid diberi 1 set kad untuk memberikan respon terhadap
sesi PdP yang dijalankan.
MERAH: Saya perlukan bantuan, saya tidak dapat
meneruskan pembelajaran tanpa bantuan.
KUNING: Saya mempunyai soalan, namun masih dapat
meneruskan pembelajaran sehingga menerima bantuan.
HIJAU: Saya berjaya melakukannya! Saya tidak memerlukan
bantuan. Saya boleh membantu orang lain.
Prosedur:
1. Semasa atau selepas sesi PdP, guru membuat sesi penilaian ini
bagi mengukur tahap kefahaman murid tentang objektif
pembelajaran yang disasarkan.
2. Jika ramai murid yang mengangkat kad berwarna hijau, guru
boleh memberikan latihan tambahan/ aktiviti pengayaan untuk
memantapkan lagi tahap kefahaman mereka berkenaan topik
yang telah diajar.
3. Jika ramai murid mengangkat kad berwarna kuning atau merah,
guru mungkin perlu mengulangi semula topik yang diajar atau
menggunakan pendekatan yang berbeza bagi meningkatkan
kefahaman murid. Teknik penyoalan boleh dipelbagaikan dan
juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu murid untuk
memahami topik tersebut.
4. Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah penilaian
bagi murid yang lemah. Guru perlu memastikan murid
memahami penilaian yang dibuat dan kaedah penilaian. Teknik
penyoalan guru juga amat mempengaruhi dapatan.
Rujuk https://www.cikguayu.my/lampu-isyarat-pembelajaran-abad-ke-21/
untuk mendapatkan grafik warna yang boleh digunakan untuk aktiviti ini.