kemahiran manusia dan elemen kemahiran konseptual. Interpretasi skor min kajian ini adalah
berdasarkan Chua, (2006) untuk mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah
terhadap kemahiran kepimpinan. Skor min dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,
tahap sederhana dan tahap tinggi seperti ditunjukkan seperti Jadual 1.2.
Jadual 1.2 : Interpretasi skor min
Skor Min Interpretasi tahap min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Chua (2006)
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan aspek yang berikut.
Demografi responden
Demografi responden mengikut jantina dipaparkan seperti Jadual 1.3 manakala tempoh
perkhidmatan responden ditunjukkan seperti Jadual 1.4.
Jadual 1.3 : Bilangan responden mengikut jantina
Jantina Kekerapan Peratusan
Lelaki 54 65.1%
Perempuan 29 34.9%
Jumlah 83 100%
Jadual 1.4 : Bilangan responden mengikut tempoh perkhidmatan
Tempoh Perkhidmatan Kekerapan Peratusan
< 10 tahun --
10 - 20 tahun 27 32.5%
> 20 tahun 56 67.5%
Jumlah 83 100%
Jadual 1.3 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina dari segi kekerapan dan
peratusan. Jumlah kekerapan responden ialah 83 orang iaitu terdiri daripada 54 orang lelaki
(65.1%) dan 29 orang perempuan (34.9%). Berdasarkan paparan Jadual 1.4 didapati bahawa
semua reponden dalam kajian ini mempunyai tempoh perkhidmatan melebihi 10 tahun.
Kekerapan dan peratusan responden mengikut tempoh perkhidmatan ialah untuk tempoh 10
hingga 20 tahun seramai 27 orang (32.5%) manakalabagi tempoh perkhidmatan melebihi 20
tahun adalah seramai 56 orang (67.5%).
Persoalan Kajian 1: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran
kepimpinan dari segi kemahiran teknikal?
Dapatan tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran kepimpinan dari segi
kemahiran teknikal ditunjukkan seperti Jadual 1.5
Jadual 1.5 : Min dan interpretasi elemen kemahiran kepimpinan teknikal
Elemen Kemahiran Teknikal Min Interpretasi
Kearifan tentang selok belok tugasan 3.95 Tinggi
Mentadbir urus perincian kerja 3.84 Tinggi
Kekuatan pengurusan dan sumber 3.93 Tinggi
Seronok menyantuni kehendak orang lain
4.10 Tinggi
Cabaran memperoleh dan memperuntukkan sumber 3.92 Tinggi
Kemahiran mendapatkan sumber program 3.54 Sederhana
Skor Min Keseluruhan 3.88 Tinggi
Jadual 1.5 menunjukkan analisis nilai min bagi kemahiran kepimpinan dari segi elemen
kemahiran teknikal merangkumi kearifan tentang selok belok tugasan, mentadbir urus
perincian kerja, kekuatan pengurusan dan sumber, seronok menyantuni kehendak orang lain,
cabaran memperoleh dan memperuntukkan sumber dan kemahiran mendapatkan sumber
program. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran
kepimpinan teknikal berada pada tahap tinggi (min=3.88). Elemen seronok menyantuni
kehendak orang lain adalah tahap paling tinggi (min=4.10) manakala elemen kemahiran
mendapatkan sumber program adalah paling rendah (min=3.54). Dapatan ini mendedahkan
bahawa pemimpin sekolah mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap kemahiran
kepimpinan teknikal untuk menghadapi cabaran pendidikan mengikut norma baharu ke arah
merealisasikan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan.
Persoalan Kajian 2: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran
kepimpinan dari segi kemahiran manusia?
Dapatan tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran kepimpinan dari segi
kemahiran manusia dipaparkan seperti Jadual 1.6.
Jadual 1.6 : Min dan intepretasi elemen kemahiran kepimpinan manusia
Elemen Kemahiran Manusia Min Interpretasi
Menjangkakan maklumbalas pihak lain 3.77 Tinggi
Memahami interaksi sosial 4.46 Tinggi
Rasa kekitaan bersama ahli kumpulan
3.70 Tinggi
Kekuatan mental untuk memotivasikan orang lain 4.16 Tinggi
Menghormati pihak lawan 4.40 Tinggi
Berusaha mencapai kata sepakat 4.34 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.14 Tinggi
Kemahiran kepimpinan manusia memperlihatkan setiap elemen mempunyai nilai min yang
tinggi. Jadual 1.6 menunjukkan elemen kemahiran manusia yang paling tinggi ialah
memahami interaksi sosial (min=4.46) dan diikuti elemen menghormati pihak lawan
(min=4.40). Seterusnya, elemen kemahiran manusia yang paling rendah melibatkan rasa
kekitaan bersama ahli kumpulan (min=3.70). Berdasarkan skor min keseluruhan, tahap
kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran kepimpinan manusia berada pada tahap
tinggi (min=4.14). Dapatan ini menggambarkan pemimpin sekolah mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi terhadap kemahiran kepimpinan manusia bagi mendepani normal
baharu dan merealisasikan pendidikan berkualiti.
Persoalan Kajian 3: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran
kepimpinan dari segi kemahiran konseptual?
Dapatan tahap kesediaan pemimpin sekolah terhadap kemahiran kepimpinan dari segi
kemahiran konseptual ditunjukkan seperti Jadual 1.7
Jadual 1.7 : Min dan interpretasi elemen kemahiran kepimpinan konseptual
Elemen Kemahiran Konseptual Min Interpretasi
Kecekapan menyelesaikan tugas 3.49 Sederhana
Menangani permasalahan dengan segera 4.07 Tinggi
Mudah memberi gambaran yang menyeluruh 3.60 Sederhana
Merangka pelan strategik untuk program menarik
3.99 Tinggi
Seronok berbincang mengenai impak program 4.02 Tinggi
Fleksibel untuk merangka perubahan organisasi 4.29 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 3.91 Tinggi
Berdasarkan paparan Jadual 1.7 menunjukkan skor min keseluruhan bagi tahap kesediaan
pemimpin sekolah terhadap kemahiran kepimpinan konseptual berada pada tahap tinggi
(min=3.91). Elemen kemahiran konseptual yang berfokus kepada fleksibel untuk merangka
perubahan organisasi adalah min yang paling tinggi (min=4.29). Nilai min bagi elemen
kemahiran konseptual yang berkaitan dengan kecekapan menyelesaikan tugas (min=3.49)
dan elemen mudah memberi gambaran yang menyeluruh (min=3.60) berada pada tahap
sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini memperlihatkan pemimpin sekolah
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap kemahiran kepimpinan konseptual bagi
memacu perubahan organisasi ke arah memenuhi keperluan dan tuntutan organisasi dalam
mendepani norma baharu dan merealisasikan kualiti pendidikan yang mapan.
PERBINCANGAN
Demografi responden dalam kajian ini merangkumi jantina dan tempoh perkhidmatan. Jantina
melibatkan lelaki dan perempuan manakala tempoh perkhidmatan dikategorikan kepada tiga
bahagian iaitu kurang daripada 10 tahun, 10 tahun hingga 20 tahun dan melebihi 20 tahun.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kemahiran kepimpinan dari segi
kemahiran teknikal, kemahiran manusia dan kemahiran konseptual berada pada tahap
tinggi.
Hasil dapatan bagi persoalan kajian pertama mendedahkan elemen kemahiran teknikal
berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa dalam usaha pemimpin
sekolah mendepani norma baharu ke arah merealisasikan pendidikan berkualiti perlu
meningkatkan keupayaan diri yang tinggi terhadap kemahiran kepimpinan mencakupi setiap
elemen yang terkandung dalam kemahiran kepimpinan teknikal. Dapatan kajian ini
menyokong kajian yang dijalankan oleh Mumford, Zaccaro, Connelly & Marks, (2000) bahawa
pemimpin perlu mempunyai kecekapan yang mendalam dalam semua aktiviti yang berfokus
kepada prosedur operasi, perkhidmatan dan hasil organisasi. Selain itu, kajian ini juga adalah
selari dengan kajian Eddy (2013) yang menerangkan bahawa pemimpin perlu memiliki
kemahiran berdasarkan kompetensi agar dapat melaksanakan tugasan, mentadbir urus
organisasi dengan baik dan menghadapi cabaran dalam organisasi yang sentiasa berubah.
Hal ini bermakna pemimpin sekolah bersandarkan kemahiran kepimpinan teknikal untuk
memastikan visi dan misi KPM tercapai. Dalam masa yang sama, pemimpin perlu
mengekalkan momentum untuk kekal berdaya saing dan berfikiran futuristik di samping
meningkatkan keyakinan diri dan memiliki kompetensi yang membolehkan pemimpin sekolah
menghasilkan produktiviti kerja yang cemerlang (Rothwell, 2010).
Seterusnya, bagi persoalan kedua yang menjurus kepada kemahiran kepimpinan manusia
menunjukkan dapatan dalam elemen kemahiran manusia berada pada tahap yang tinggi. Hal
ini bermakna pemimpin sekolah mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap setiap
elemen yang terkandung dalam kemahiran kepimpinan manusia untuk mendepani norma
baharu dan merealisasikan pendidikan berkualiti. Dapatan kajian ini adalah selari dengan
penyataan Katz (1974) iaitu menekankan kemahiran kepimpinan yang berkait rapat dengan
kebolehan pemimpin untuk bekerja secara efektif bersama dengan staf bawahan, rakan
sebaya dan pihak atasan ke arah mencapai matlamat organisasi. Kajian ini disokong oleh
Roslena dan Mohd Izham, (2015) bahawa kemahiran kepimpinan manusia melibatkan
pendekatan psikodinamik, kemanusiaan dan tingkah laku kognitif untuk menjadi pemimpin
pendidikan yang baik. Berdasarkan dapatan ini, pemimpin sekolah berjaya mengaplikasi
kemahiran kepimpinan manusia untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi kepimpinan
yang dinamik dan berani agar dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk
mencemerlangkan organisasi (Aziah, et al., 2015).
Persoalan ketiga dalam kajian ini dikaitkan dengan kemahiran kepimpinan dari segi elemen
kemahiran konseptual. Hasil kajian memaparkan bahawa kemahiran konseptual dalam
kalangan pemimpin sekolah berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan pemimpin
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk mentadbir dan mengurus organisasi
melibatkan semua elemen yang terkandung dalam kemahiran kepimpinan konseptual.
Dapatan kajian ini sejajar dengan kajian Mumford, et al. (2000); dan Roslena & Mohd Izham,
(2015) bahawa pemimpin perlu menguasai kemahiran semasa berurusan dengan pihak lain
dan bijaksana dalam membuat keputusan, mengambil tindakan, mempunyai pemikiran yang
kreatif dan inovatif di samping melahirkan idea-idea baharu supaya dapat menyelesai
masalah dengan mudah. Sehubungan itu, pemimpin sekolah seharusnya berupaya untuk
mengaplikasikan kemahiran kepimpinan atau kompetensi yang mampu mengubah iklim
organisasi ke arah kecemerlangan dan perubahan organisasi, mengurus iklim sekolah yang
sihat, sistematik dan mempunyai hubungan baik dengan pihak komuniti, swasta dan pihak
berkepentingan (Mansor & Hamzah, 2015; dan Jamilah & Yusof, 2011).
KESIMPULAN
Kemahiran kepimpinan merupakan faktor terpenting dalam memastikan kecekapan dan
keberkesanan organisasi yang mapan dan lestari. Hal ini bermakna pemimpin perlu
menerapkan dan mengaplikasi tiga elemen kemahiran kepimpinan dalam mengurus dan
mentadbir organisasi ke arah merealisasikan pendidikan berkualiti. Cabaran yang dihadapi
pemimpin sekolah bagi mendepani norma baharu dan persekitaran pendidikan yang sentiasa
berubah-ubah disebabkan situasi COVID-19 memerlukan keyakinan dan kekuatan diri untuk
memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Hasil kajian ini telah
memberikan implikasi yang sangat berguna kepada pihak KPM, JPN, IAB, sekolah dan
semua pihak yang berkenaan dalam mengurus dan meningkatkan kecemerlangan prestasi
kerja. Kajian akan datang berfokus kepada kepimpinan situasi pemimpin sekolah bagi
mewujudkan budaya kerja yang positif dan menggarap komitmen guru dalam mendepani
persekitaran normal baharu pendidikan.
RUJUKAN
Andrew Thomas Ujil & Christina Andin. (2018). Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi:
Kriteria dan Pembentukan Kepimpinan. Malaysia Journal of Social Sciences and
Humanities, 3(2), 113-126.
Aziah Ismail, Loh Hooi Yen & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2015). Komuniti Pembelajaran
Profesional dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 2(1).
Baharin, B., Adnan, M.H., Mohd Zin, M.H., Kamaludin, M.N., & Mansor, N.H. (2016). Gaya
Kepimpinan Guru Besar dan Tahap Efikasi Guru di Sebuah Sekolah Rendah Luar
Bandar di Daerah Gua Musang, Kelantan. Journal of Personalized Learning, 2(1), 9-17.
Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad. (2020). Are We Prepared Enough? A Case Study of
Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the
Covid-19 Outbreaks. Advances in Social Science Research Journal 7(5):205-12
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Malaysia:
McGraw-Hill.
Creswell, J. W. 2014. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches. (4th Eds.). Thousand Oaks: Sage Publication Inc.
Eddy, P.L. 2013. Developing leaders: The role of Competencies in Rural Community Colleges.
Community College Review, 41(1) ,20-43.
Jamilah Ahmad & Yusof Boon. (2011). Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
di Malaysia. Journal of Edupres, 1, 323-335.
Hishamudin, M.T. (2016). Pemikiran Strategik terhadap Kemahiran Kepimpinan Pensyarah
Universiti Teknologi Mara. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
Katz, R.L. (1974). Skills of An Effective Administrator. Harvard Business Review, 52(5),
90-102.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Leslie, J.B., Chandrasekar, A.B., & Barts, D. (2009). Leadership Gap Indicator. Greensboro,
NC: Center for Cerative Leadership.
Mansor, R., & Hamzah, M.I.M. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai
Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan, 45,
143-154.
Mohamed Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran
Digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, Jilid III. Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Mohd Fairuz Jafar, Zety Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini
Awang. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID-19.
Seminar Darulaman Peringkat Kebangsaan.
Mohd. Nasri, M. (2017). Pemikiran Strategik terhadap Kreativiti Guru Maktab Mahmud Negeri
Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
Mumford, M. D., Zaccaro, S. J., Connelly, M. S., & Marks, M. A. (2000). Leader-ship skills:
Conclusions and future directions. Leadership Quarterly, 11(1), 155–170.
Northouse, P.G. (2009). Introduction to Leadership, Concepts and Practice. Thousand Oaks,
CA: Sage Publication.
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Arifin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd
Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam
Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari dalam Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Robinson, V.M.J. (2006). Putting Education Back into Educational Leadership. Leading &
Managing, 12(1), 62-75.
Roslena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif
mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dangan Berkesan. Jurnal
Pengurusan, 45, 143-154.
Rothwell, W.J. (2010). Effective Succession Planning: Ensuring Leadership continuity and
Building Talet from Withon. Edisi ke-4. New York: American Management Association.
Taylor, R. (1990). Interpreting of the Correlation Coefficient: A Basic Review. Journal of
Diagnostic Medical Sonography, 6(1), 35-39.
Tim, O.P., & David, D.V.F. (2004). The Ongoing Legacy of R.L. Katz: An Updated Typology or
Management Skills. Management Decision, 42(10), 1297-1308.
KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA
DENGAN EFIKASI GURU DI SEKOLAH KURANG MURID DAERAH TUARAN
Sainah Limbasan (PhD)1 ([email protected])
Aminuddin bin Ismail2 ([email protected])
Judith Eddie3 ([email protected])
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
ABSTRAK
Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
untuk semua murid. Sejajar dengan itu, kepimpinan transformasional dan efikasi guru berkait rapat
dengan prestasi murid dan kecemerlangan sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan
kepimpinan transformasional guru besar dan hubungannya dengan efikasi guru ke arah meningkatkan
kemenjadian murid di Sekolah Kurang Murid (SKM) daerah Tuaran. Responden kajian melibatkan
seramai 34 orang guru besar dan 308 orang guru. Kajian dijalankan dengan mengaplikasikan
pendekatan kuantitatif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk memperoleh data. Pengkaji
mengadaptasi instrumen Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ) yang telah dibangunkan oleh
Bass (1985) bagi mengukur tahap kepimpinan transformasional dan Teacher Sense of Efficacy Scale
(TSES) yang dibangunkan oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy (2001) bagi mengukur efikasi
guru. Analisis data menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.
Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar secara
keseluruhannya adalah pada tahap tinggi (min=4.54; sisihan piawai=0.36). Kajian juga memaparkan
efikasi guru dari segi motivasi manusia dan pencapaian peribadi pada tahap tinggi (min=4.36; sisihan
piawai 0.34). Berdasarkan ujian kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah
(r=0.173). Nilai kolerasi Pearson (p=0.327) menunjukkan nilai signifikan melebihi p<0.05, maka tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi guru
di SKM. Kajian ini memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada sistem pendidikan khususnya
kepada pemimpin sekolah supaya lebih berfokus dalam menerajui perubahan dan kecemerlangan
organisasi.
Kata kunci: Pemimpin, Kepimpinan transformasional, Efikasi guru, Sekolah kurang murid
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat mewujudkan kualiti pendidikan bertaraf
dunia dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama (KPM, 2013). Hasrat tersebut
melibatkan semua sekolah termasuk Sekolah Kurang Murid (SKM) bagi memenuhi aspirasi
pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pemimpin sekolah memainkan peranan
penting untuk memperkasakan pengurusan dan kepimpinan ke arah merealisasikan anjakan
pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013)
iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
kepada semua murid. Lanjutan daripada itu, kepimpinan tranformasional pemimpin secara
lebih kreatif dan inovatif merupakan elemen penting dalam menerajui perubahan
(Hishamuddin Shah, Mohd Rizal & Supian, 2016). Natijahnya, pemimpin transformasi dan
berkompeten dikaitkan dengan efikasi guru sebagai agen perubahan kepada proses
transformasi pendidikan berkualiti dan keberhasilan murid.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Hasrat kerajaan untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf dunia untuk semua murid memerlukan kepimpinan transformasional guru besar dan
efikasi guru. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh KPM dan maklumat yang disiarkan
melalui media sosial, kewujudan SKM di Malaysia meliputi hampir semua negeri termasuk
kawasan bandar masih ada yang mempunyai sekolah bertaraf SKM. Bahkan, negeri Sabah
dan Sawarak merupakan sekolah yang mempunyai jumlah SKM paling banyak kerana
struktur geografi yang agak kompleks (Nitce Isa Medina, Azlin Norhaini & Jamalullail, 2017).
Justeru itu, penubuhan SKM masih lagi relevan dengan keperluan sistem pendidikan di
Malaysia dan menjadi satu keutamaan untuk memenuhi aspirasi pendidikan negara.
Faktor kepimpinan transformasional guru besar sangat penting untuk mempengaruhi
pengikutnya, membina hubungan baik dan membangunkan sesebuah organisasi ke arah
menghasilkan generasi yang berkualiti dan mampu berdaya saing (Hishamuddin Shah, Mohd
Rizal & Supian, 2016). Dalam era digital ini pemimpin sekolah memainkan peranan penting
sebagai nadi peneraju perubahan untuk melaksana dasar kerajaan iaitu menggembleng
tenaga mendidik murid dan membangunkan profesionalisme guru. Menurut Mohammad
Faisal dan Jamalullail (2017), kepimpinan berkualiti dan berkesan adalah bergantung kepada
kredibiliti dan keupayaan seorang pemimpin untuk meningkatkan prestasi murid berdasarkan
pencapaian guru melalui amalan terbaik dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Justeru itu, kepimpinan transformasional guru besar merupakan kunci kepada kepimpinan
efektif yang memberi nilai tambah kepada efikasi guru. Tambahan lagi, kepimpinan
transformasional dilihat semakin banyak diaplikasikan dalam kalangan para pemimpin
sekolah untuk mencungkil potensi individu dalam organisasi, mencipta hubungan sesama ahli,
memupuk motivasi dan menyelesaikan tugasan dengan lebih baik (Kong & Mohd Izham,
2016).
Menyedari hakikat bahawa kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja dinilai melalui aspek
kepimpinan transformasional guru besar yang mantap dan bijak mengurus organisasi tetapi
sebagai ‘role model’ untuk membangunkan efikasi guru agar sentiasa membina motivasi
kendiri dan memperbaiki pencapaian pengajaran (Hishamuddin Shah, Mohd Rizal & Supian,
2016). Nor Asmawati, Najihah dan Norsuhada (2019) menyatakan efikasi guru memberi
implikasi terhadap pencapaian murid dan berperanan mendidik murid menjadi insan
cemerlang dari segi intelek, akhlak, emosi dan jasmani. Hal sedemikian penting bagi
menyediakan generasi muda menangani cabaran dan mendepani persaingan menuntut ilmu.
KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka konseptual dibangunkan bagi kajian ini berdasarkan kepada penerokaan dan
penelitian pelbagai teori, model dan tinjauan literatur untuk mengkaji amalan kepimpinan
transformasional guru besar dengan efikasi guru bagi sekolah yang berstatus kurang murid di
daerah Tuaran. Teori Slocum dan Hellriegel, (2007) dan Teori Bandura, (1982) menjadi
sandaran dan sumber rujukan utama untuk melaksanakan kajian ini. Teori kepimpinan
transformasional Slocum dan Hellriegel (2007) memfokuskan kepada empat elemen iaitu
elemen motivasi berinspirasi, elemen membina rangsangan intelektual, elemen memupuk
pengaruh yang ideal dan elemen pertimbangan berasaskan individu. Efikasi guru pula
dikaitkan dengan Teori Bandura (1982) merangkumi komponen motivasi kendiri dan
komponen pencapaian peribadi dari segi pengajaran melibatkan strategi dan penglibatan
murid yang interaktif dalam PdPc. Pemboleh ubah bebas adalah kepimpinan
transformasional guru besar (Teori Slocum & Hellriegel, 2007) manakala pemboleh ubah
bersandar ialah efikasi guru (Teori Bandura, 1982). Kerangka konseptual kajian ditunjukkan
dalam Rajah 1.
Pertimbangan Motivasi
Berdasarkan Berinspirasi
Individu
Kepimpinan Efikasi Guru
Transformasional Motivasi manusia
Memupuk Membina (Kendiri)
Pengaruh yang Rangsangan Pencapaian peribadi
Intelektual
Ideal (Pengajaran)
Sumber: Bandura, 1982
Sumber: Slocum dan Hellriegel, 2007
Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian
PENYATAAN MASALAH
Banyak kajian secara berfokus kepada hal-hal kepimpinan (Jamilah, Yahya & Siti Nor, 2016),
namun masih kurang kajian dilakukan terhadap amalan kepimpinan transformasional yang
menjelaskan kepimpinan seseorang guru besar yang berkesan untuk menerajui perubahan
khususnya di SKM. Dalam membawa perubahan dan kecemerlangan kepada organisasi
sekolah, kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar merupakan penentu
kejayaan pencapaian kepada akses pendidikan berkualiti. Bahkan, kepimpinan
transformasional perlu seiring dengan efikasi kendiri guru untuk menggembeling tenaga
mendidik murid bagi mewujudkan pendidikan berkualiti dan sekolah cemerlang (Nor
Asmawati, et al., 2019). Bersangkutan dengan itu, kajian yang menjurus kepada efikasi guru
perlu dilihat secara teliti bersama-sama dengan kepimpinan transformasional yang diamalkan
agar ruang dan peluang dapat dimanfaatkan. Kajian-kajian lepas melaporkan bahawa efikasi
guru merupakan elemen penting dalam proses PdPc guru yang berkualiti dan amalan
pengajaran yang memberi impak kepada pencapaian akademik dan sahsiah murid
(Noornajihan & Ab. Halim, 2013). Namun demikian, dalam konteks Malaysia kajian berkaitan
dengan efikasi guru khususnya dalam komponen motivasi manusia dan pencapaian peribadi
dalam aspek pengajaran masih kurang dijalankan dan perlu diteliti secara mendalam yang
boleh membantu proses pelaksanaan perubahan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
kecemerlangan PdPc yang dapat memenuhi aspirasi pendidikan negara. Justifikasi pemilihan
sekolah yang berstatus kurang murid dalam kajian ini adalah untuk mengisi jurang yang
berkaitan dengan penyediaan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti untuk
semua murid (KPM, 2013). Transformasi pemimpin yang menjurus kepada pembelajaran
sepanjang hayat perlu juga ditekankan dalam amalan kepimpinan transformasional agar
dapat mencetus idea dan kemahiran baharu dalam kalangan guru menyediakan
perancangan dan strategi pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif khususnya dalam
penyampaian PdPc secara efisien dan berkualiti.
OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidikan ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian berikut.
a. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di sekolah kurang
murid daerah Tuaran.
b. Mengenal pasti tahap efikasi guru di sekolah kurang murid daerah Tuaran.
c. Mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar
dengan efikasi guru di sekolah kurang murid daerah Tuaran.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan, beberapa soalan kajian yang berikut
diharap dapat dijawab melalui kajian yang dijalankan.
a. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di sekolah kurang murid
daerah Tuaran?
b. Apakah tahap efikasi guru di sekolah kurang murid daerah Tuaran?
c. Adakah terdapat hubungan di antara amalan kepimpinan transformasional guru besar
dengan efikasi guru di sekolah kurang murid daerah Tuaran?
HIPOTESIS KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menguji hipotesis berikut.
HO 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasional
guru besar dengan efikasi guru di sekolah kurang murid daerah Tuaran.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian tentang kepimpinan transformasional guru besar yang dijalankan di SKM daerah
Tuaran. memberi nilai tambah kepada pembangunan sistem pendidikan di Malaysia bagi
merapatkan jurang kesamarataan kepada akses pendidikan berkualiti untuk semua aspek
proses murid. Hal ini bermaksud tidak ada lagi murid yang tercicir dan tertinggal dalam
pelbagai pendidikan yang sentiasa berubah. Selain itu, amalan kepimpinan
transformasional guru besar di SKM memberi impak bermanfaat kepada pembangunan
kapasiti guru, keyakinan dan kepercayaan diri, memupuk budaya ilmu, perkongsian kaedah
pengajaran baharu dan kemahiran penyampaian PdPc yang lebih sistematik untuk
mempersiapkan murid menghadapi dunia tanpa sempadan. Dalam konteks pendidikan
semasa, kajian ini bermanfaat untuk memberikan kefahaman mendalam berkaitan efikasi
guru dan keperluan setiap pendidik menerapkan nilai positif dalam tempoh perkhidmatan
mereka yang kian mencabar.
SOROTAN LITERATUR
Bahagian ini membincangkan aspek yang berikut.
Kepimpinan Transformasional
Kajian-kajian yang lepas mendedahkan kepimpinan transformasional memberi kesan positif
kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan. Burns (1978) mendefinisikan
kepimpinan transformasional sebagai perilaku pemimpin yang mempengaruhi pengikutnya
untuk berubah, mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan dengan
berimpak. Berdasarkan kajian oleh Bass (1985), kepimpinan transformasional lebih
mengutamakan hubungan erat antara pemimpin dan pengikutnya. Dapatan kajian oleh
Jamilah, et al. (2016) menyatakan kepimpinan transformasional memberi kesan yang baik
kepada organisasi dan kualiti guru. Bahkan, amalan kepimpinan transformasional dapat
meningkatkan budaya sekolah kreatif, memupuk nilai murni, membangunkan struktur dan
menggalakkan penglibatan (Nursyafina, Aida Hanim & Ghazali, 2018). Dalam masa yang
sama, pemimpin transformasional bertindak sebagai role model kepada pengikutnya untuk
memotivasikan guru agar sentiasa cuba memperbaiki prestasi kerja (Intan Salina & Jamalulail,
2017).
Bass (1985) membuat pemurnian kepada teori kepimpinan transformasional berasaskan
Burns (1978) melibatkan empat konstruk iaitu pengaruh yang ideal, rangsangan intelek,
pertimbangan individu dan motivasi berinspirasi. Seterusnya, model dan teori Bass (1985)
menjadi asas kepada pembinaan model dan teori Slocum dan Hellriegel (2007) yang
melibatkan empat elemen kepimpinan transformasional iaitu elemen motivasi berinspirasi,
elemen membina rangsangan intelektual, elemen memupuk pengaruh yang ideal dan elemen
pertimbangan berasaskan individu. Semua elemen yang terkandung dalam kepimpinan
transformasional Slocum dan Hellriegel (2007) diterangkan dengan lebih jelas dalam kajian
oleh Nursyafina et al. (2018); Intan Salina dan Jamalullail, (2017); dan Khalip Musa et al.
(2014) iaitu menyatakan bahawa elemen motivasi berinspirasi memfokuskan kepada
pemimpin transformasi yang boleh mencetus inspirasi, motivasi dan semangat dalam
kalangan pengikutnya melalui perbuatan, perkataan dan bimbingan dengan menyediakan
kesedaran terhadap cabaran dan pengertian terhadap perkara yang dilakukan. Elemen
membina rangsangan intelektual dikaitkan dengan kepimpinan transformasional yang
menggalakkan subordinat berfikir di luar kotak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif melalui
penerokaan idea-idea dan kaedah-kaedah baharu serta menghadapi sebarang situasi
dengan cara baharu. Seterusnya, elemen memupuk pengaruh yang ideal memerlukan
pemimpin transformasional memperlihatkan tingkah laku yang menjadi inspirasi dan ikutan
subordinat bagi menggerakkan kemajuan individu. Elemen pertimbangan berasaskan
individu menerangkan satu prinsip kepimpinan transformasional yang menuntut kepada
kepekaan pemimpin terhadap ahli organisasi sebagai seorang individu dalam membentuk
kesepakatan mencapai matlamat organisasi. Kajian oleh Nitce Isa Medina, et al. (2017)
menjelaskan amalan kepimpinan transformasional guru besar di SKM tidak jauh ketinggalan
berbanding sekolah bandar dan kewujudan SKM masih relevan dengan keperluan pendidikan
masa kini. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan Model Kepimpinan Slocum dan
Hellriegel (2007) kerana intipati model kepimpinan ini melibatkan keupayaan pemimpin
menerajui perubahan terhadap pengikutnya melalui amalan tingkah laku kepimpinan. Selain
itu, model kepimpinan ini bersesuaian dengan persekitaran sekolah yang memberi peluang
kepada guru untuk terus berkembang secara profesional dan mengubah sikap yang lebih
terbuka menerima perubahan, meningkatkan gaya pemikiran dan memupuk tingkah laku
yang baik bagi merealisasikan sebuah organisasi cemerlang dan berdaya saing (Khalip, et al.,
2014; dan Jamilah, et al., 2016).
Efikasi Guru
Secara realiti, efikasi guru mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Kajian
lepas memaparkan efikasi guru merupakan antara elemen penting dalam proses PdPc dan
menjadi ukuran dalam menentukan keupayaan seseorang guru sebagai medium penghubung
antara ilmu yang dimiliki dengan tingkah laku pengajaran (Noornajihan & Ab. Halim, 2013).
Bandura (1982) menjelaskan efikasi guru dikaitkan dengan motivasi manusia dan pencapaian
pengajaran iaitu keyakinan dan kemampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Semakin tinggi tahap efikasi motivasi maka semakin tinggi pencapaian seseorang individu
(Syed Kamarzuaman, Mohd Zaki & Julismah, 2014). Dalam hal ini, efikasi guru dari segi
motivasi diri yang tinggi dapat mendepani semua tugasan dan menyempurnakan pengajaran
dengan lebih cekap dan efektif.
Tschannen-Moran dan Hoy (2007) menyatakan efikasi guru terbukti mempunyai perkaitan
yang kuat kepada kepercayaan guru, keupayaan diri, semangat dan ketekunan, komitmen
kerja dan susun atur untuk melakukan siri tindakan bagi menyempurnakan suatu tugasan
pengajaran. Bersangkutan dengan itu, guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi
mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap keberhasilan murid. Semakin kuat efikasi
pengajaran guru maka semakin besar minat belajar murid dan lebih ramai murid memperoleh
ilmu dan kemahiran secara lebih spesifik (Nor Asmawati, et al., 2019). Selain itu, pencapaian
pengajaran guru yang baik dibantu oleh penggunaan strategi pengajaran, penglibatan murid
dan peralatan telekomunikasi moden sebagai bahan bantu dalam PdPc guru (Ross, 1994).
Kajian yang dijalankan oleh Nor Asmawati, et al. (2019) juga menjelaskan efikasi guru sangat
penting dalam menghadapi situasi pendidikan yang sentiasa mencabar kredibiliti seseorang
guru dalam menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Dalam hal ini, guru-guru
perlu lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan diri agar dapat
menyempurnakan tugasan dengan cemerlang dan seterusnya membina personaliti diri yang
bermotivasi tinggi, berkeyakinan dan memiliki kepercayaan diri (Syed Kamarzuaman, et al.,
2014).
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid (SKM) ditafsirkan sebagai sebuah sekolah yang mempunyai bilangan
murid yang tidak ramai dan sekolah bersaiz kecil yang terletak di kawasan luar bandar dan
bilangan murid adalah tidak melebihi 500 orang (Nitce Isa Medina et al., 2017; Hishamuddin
Shah, et al., 2016; dan Tuck, 2009). Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 yang dikeluarkan
pihak KPM menjelaskan bahawa SKM merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid
kurang daripada 150 orang, terletak di luar bandar, kekurangan peruntukan dan kemudahan
infrastruktur, pencapaian akademik yang rendah dan kurang guru terlatih (KPM, 2007).
Kajian-kajian luar negara menjelaskan SKM diwujudkan sebagai salah satu alternatif bagi
memastikan semua murid mendapat akses kepada pendidikan (Nitce Isa Medina, et al.,
2017). Bahkan, kewujudan SKM masih relevan dengan matlamat KPM untuk memberikan
akses pendidikan berkualiti khususnya kepada murid di luar bandar dan pedalaman. Di luar
negara seperti Findland, England, Afrika Selatan, New York dan India penubuhan SKM
bertujuan untuk murid yang kurang bernasib baik dan mempunyai pencapaian akademik yang
rendah. Selain itu, SKM ditubuhkan kerana dianggap signifikan kepada landskap pendidikan
dan memenuhi keperluan pendidikan di semua peringkat umur. Hakikatnya, penubuhan SKM
di Malaysia dikaitkan dengan aspirasi pendidikan negara iaitu menekankan kepada ekuiti 50
peratus pengurangan dalam jurang pencapaian meliputi kawasan antara bandar dan luar
bandar. Senario ini membuktikan masih terdapat perbezaan ketara dari segi pencapaian dan
aspirasi tersebut berkait rapat dengan anjakan pertama dalam PPPM 2013-2025 iaitu
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa (KPM,
2013). Bagi memperkasakan SKM, kepimpinan guru besar memainkan peranan penting
untuk merealisasikan pendidikan berkualiti yang sama taraf dengan murid yang berada di
sekolah bandar.
METODOLOGI
Kajian ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif menggunakan
kaedah tinjauan. Kajian dijalankan di 40 buah sekolah dan populasi kajian terdiri dalam
kalangan guru-guru yang dikenal pasti berkhidmat di SKM daerah Tuaran. Persampelan
rawak mudah dan kaedah penjadualan oleh Krejcie dan Morgan (1970) digunakan sebagai
panduan untuk menentukan sampel. Instrumen berbentuk soal selidik yang digunakan
terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A terdiri daripada demografi responden iaitu
jantina dan umur. Bahagian B melibatkan kepimpinan transformasional iaitu mengandungi 12
soalan yang memfokuskan elemen motivasi berinspirasi, elemen membina rangsangan
intelektual, elemen memupuk pengaruh yang ideal dan elemen pertimbangan berdasarkan
individu. Bahagian C ialah efikasi guru iaitu mengandungi tujuh soalan komponen motivasi
manusia dan lima soalan komponen pencapaian peribadi. Soal selidik kepimpinan
transformasional guru besar adalah menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire
(MLQ) yang dibangunkan oleh Bass (1985). Soal selidik Teacher Sense of Eficacy Scale
(TSES) yang digunakan secara meluas oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy, (2001)
digunakan bagi mengukur efikasi guru. Skor mengikut Skala Likert yang digunakan dalam
kajian ini ditunjukkan seperti Jadual 1.1.
Simbol Jadual 1.1 : Skor mengikut Skala Likert Skor
STS Pernyataan 1
TS 2
KS Sangat Tidak Setuju 3
S Tidak Setuju 4
SS Kurang Setuju 5
Setuju
Sangat Setuju
Seterusnya, analisis data bagi kajian ini adalah menggunakan Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar
dan tahap efikasi dalam kalangan guru diukur dengan menggunakan min dan sisihan piawai.
Interpretasi skor min kajian ini adalah berdasarkan skala yang digunakan oleh Chua, (2006).
Skor min dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap
tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
Skor Min Jadual 1.2 : Interpretasi skor min
1.00 – 2.33 Interpretasi tahap min
2.34 – 3.66 Rendah
3.67 – 5.00 Sederhana
Tinggi
Sumber: Chua (2006)
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan aspek yang berikut.
Demografi responden
Demografi bilangan responden dari aspek jantina ditunjukkan seperti Jadual 1.3 manakala
Jadual 1.4 memaparkan bilangan responden mengikut umur.
Jadual 1.3 : Bilangan responden guru besar dan guru mengikut jantina
Jantina Guru Besar Guru
Lelaki 20 142
Perempuan 14 166
Jumlah 34 308
Jadual 1.4 : Bilangan responden guru besar dan guru mengikut umur
Umur Guru Besar Guru
24 - 34 - 32
35 - 44 2 138
45 - 54 14 121
55 dan ke atas 18 17
Jumlah 34 308
Berdasarkan Jadual 1.3, bilangan responden guru besar adalah 34 orang iaitu 20 orang
lekaki dan 14 orang perempuan manakala bilangan responden guru seramai 308 orang iaitu
142 orang lelaki dan 166 orang perempuan. Soal selidik telah dijalankan mulai 01 Julai 2020
hingga 31 Ogos 2020. Jadual 1.4 memaparkan bilangan responden mengikut umur. Bilangan
responden guru besar mengikut umur di antara 35 hingga 44 tahun ialah dua orang, umur di
antara 45 hingga 54 tahun adalah 14 orang dan umur di antara 55 tahun dan ke atas 18 orang.
Bilangan responden guru mengikut umur di antara 24 hingga 34 tahun adalah 32 orang, umur
di antara 35 hingga 44 tahun seramai 138 orang, umur di antara 45 hingga 54 tahun ialah 121
orang dan umur 55 tahun dan ke atas 17 orang.
Tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di SKM daerah Tuaran
Dapatan bagi tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di SKM daerah Tuaran
yang memfokuskan elemen motivasi berinspirasi, elemen membina rangsangan intelektual,
elemen memupuk pengaruh yang ideal dan elemen pertimbangan berdasarkan individu
ditunjukkan seperti Jadual 1.5.
Jadual 1.5 : Tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di SKM daerah Tuaran
Penyataan Min Sisihan Piawai Interpretasi
Elemen Motivasi Berinspirasi 4.65 0.38 Tinggi
Elemen Membina Rangsangan Intelektual 4.48 0.51 Tinggi
Elemen Memupuk Pengaruh yang Ideal 4.63 0.40 Tinggi
Elemen Pertimbangan Berdasarkan Individu 4.35 0.41 Tinggi
Tahap Keseluruhan 4.53 0.36 Tinggi
Berdasarkan Jadual 1.5, tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar secara
keseluruhannya adalah pada tahap yang tinggi (min=4.53; sisihan piawai=0.36). Analisis bagi
elemen-elemen kepimpinan transformasional guru besar menunjukkan semua elemen
kepimpinan transformasional guru besar di SKM daerah Tuaran berada pada tahap tinggi.
Elemen motivasi berinspirasi mempunyai nilai min yang paling tinggi 4.65 dan sisihan piawai
0.38. Seterusnya, elemen memupuk pengaruh yang ideal (min=4.63; sisihan piawai 0.40) dan
elemen membina rangsangan intelektual (min=4.48; sisihan piawai 0.51). Elemen
pertimbangan berdasarkan individu mempunyai nilai min paling rendah (min=4.35; sisihan
piawai 0.41).
Tahap efikasi guru di SKM daerah Tuaran
Dapatan bagi tahap amalan efikasi guru komponen motivasi manusia dan komponen
pencapaian peribadi dalam aspek pengajaran ditunjukkan seperti Jadual 1.6.
Jadual 1.6 : Tahap efikasi guru di SKM daerah Tuaran
Penyataan Min Sisihan Interpretasi
Piawai
Tinggi
Komponen Motivasi Manusia 4.17 0.38 Tinggi
Tinggi
Komponen Pencapaian Peribadi (Pengajaran) 4.56 0.42
Tahap Keseluruhan 4.36 0.34
Jadual 1.6 menunjukkan kedua-dua komponen bagi tahap efikasi guru iaitu motivasi manusia
dan pencapaian peribadi berada pada tahap tinggi. Komponen yang paling tinggi adalah
pencapaian peribadi (min=4.56; sisihan piawai 0.42) dan diikuti komponen motivasi manusia
(min=4.17; sisihan piawai 0.38). Secara keseluruhannya, tahap efikasi guru di SKM bagi
daerah Tuaran berada pada tahap tinggi (min=4.36; sisihan piawai 0.34).
Hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi guru
Hipotesis Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan
transformasional guru besar dengan efikasi guru di sekolah kurang murid daerah
Tuaran.
Ujian kolerasi Pearson digunakan dalam kajian ini untuk menguji perhubungan antara amalan
kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi guru. Kekuatan nilai kolerasi
ditentukan mengikut Jadual 1.7.
Jadual 1.7: Interpretasi kekuatan hubungan
Nilai Kolerasi Koefisien (r) Kekuatan hubungan
0 Tiada hubungan
r≤ 0.35 Hubungan lemah
0.36 hingga 0.67 Hubungan sederhana kuat
0.68 hingga 0.89 Hubungan yang kuat (ketara)
r≥ 0.90 Hubungan yang sangat kuat
Sempurna
1.0
Sumber: Taylor (1990)
Jadual 1.8: Hubungan antara kepimpinan transformasional guru dengan efikasi guru
Kepimpinan
Transformasional Efikasi Guru
Guru Besar
Kepimpinan Pearson Correlation 1 .173
Transformasional Guru Sig. (2-tailed) .327
Besar
N 34 34
Efikasi Guru Pearson Correlation .173 1
Sig. (2-tailed) .327
N 34 308
**Signifikan pada aras keertian P<0.05 (2-tailed)
Dapatan dari soal selidik digunakan untuk menjawab persoalan ketiga dalam kajian ini iaitu
adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional guru besar
dengan efikasi guru di SKM daerah Tuaran. Jadual 1.7 memaparkan ujian kolerasi Pearson
menunjukkan nilai r=0.173, p=0.327. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara kepimpinan
transformasional guru besar dengan efikasi guru berada pada tahap lemah. Nilai p=0.327
adalah lebih besar dari aras keertian p<0.05, maka hipotesis nul kajian diterima. Hal ini
bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional guru
besar dan efikasi guru di SKM daerah Tuaran. Dapatan ini menggambarkan efikasi guru dari
segi motivasi manusia dan pencapaian peribadi bukan bergantung sepenuhnya kepada
amalan kepimpinan transformasional guru besar untuk keberhasilan murid tetapi perlu
melihat faktor lain yang relevan dengan persekitaran dan keperluan semasa pendidikan.
PERBINCANGAN
Hasil kajian ini mendapati tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di SKM
daerah Tuaran berada pada tahap yang tinggi. Senario ini menggambarkan bahawa guru
besar telah melaksanakan kepimpinan transformasional dengan meluas di sekolah
masing-masing berpandukan kepada empat elemen kepimpinan transformasional iaitu
elemen motivasi berinspirasi, elemen membina rangsangan intelektual, elemen memupuk
pengaruh yang ideal dan elemen pertimbangan berdasarkan individu sebagaimana hal yang
sama ditunjukkan melalui Teori Slochum dan Hellriegel (2007), Teori Bass (1985) dan Teori
Burns (1978). Ini menjelaskan bahawa guru besar memberi lebih perhatian kepada amalan
dan tindakan transformasional dalam cara gaya kepimpinannya di sekolah yang boleh
memotivasikan guru-guru dan memperbaiki prestasi kerja mereka saban waktu. Dapatan
kajian juga memaparkan bahawa guru besar di SKM turut mengamalkan kepimpinan yang
efektif dan efisien bagi meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid. Dapatan kajian ini
menyokong kajian dalam negara yang telah dilaksanakan oleh Nurshafina, et al. (2018); Kong
dan Mohd Izham (2016); dan Khalip et al. (2014) bahawa amalan kepimpinan
transformasional pemimpin di sekolah adalah berkait rapat dengan empat emelen dalam
model kepimpinan transformasional untuk menerajui perubahan organisasi. Bahkan, dapatan
ini mengesahkan kajian oleh Nitce Isa Medina, et al. (2017) mengenai pernyataan-pernyataan
yang berkaitan dengan usaha pemimpin di SKM yang tidak jauh ketinggalan melakukan
pembaharuan dan perubahan khususnya dalam pembangunan dan pencapaian murid
walaupun bilangan murid yang sedikit berbanding dengan sekolah di bandar yang
mempunyai kapasiti murid melebihi 150 orang.
Komponen yang dibincangkan dalam bahagian efikasi guru ini meliputi motivasi manusia dan
pencapaian peribadi guru-guru yang berkhidmat di SKM daerah Tuaran. Hasil dapatan kajian
terhadap kedua-dua komponen ini berada pada tahap tinggi. Efikasi guru dalam komponen
motivasi manusia menggambarkan guru memiliki motivasi yang tinggi menyelesaikan
tugasan dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan tugasan untuk meningkatkan
keberhasilan murid. Bahkan, guru juga mempunyai motivasi yang tinggi untuk memahami
perkara yang sukar, menerima idea dan pendapat daripada rakan sejawat dan melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan sehingga memperoleh hasil yang baik. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Bandura (1982) dan Syed Kamarzuaman, et al. (2014) bahawa
keyakinan dan kemampuan melaksanakan tugasan berupaya mendepani semua tugasan
dengan cekap dan efektif. Komponen pencapaian peribadi yang tinggi memperlihatkan
keadaan fizikal yang serba kurang di SKM tidak melemahkan semangat dan komitmen para
guru menyumbang khidmat kepada anak didik mereka. Dalam masa yang sama, guru juga
mempunyai kepuasan yang tinggi kerana dapat menyampaikan PdPc yang berkualiti,
mencapai objektif pengajaran dan berkongsi idea baharu. Dapatan ini menyokong kajian oleh
Nor Asmawati, et al. (2019) yang menjelaskan bahawa guru yang memiliki efikasi pengajaran
yang tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap keberhasilan murid memperoleh
ilmu pengetahuan dan kemahiran secara lebih spesifik.
Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan positif yang lemah antara amalan
kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi guru di SKM daerah Tuaran. Walau
bagaimanapun, banyak kajian yang menyokong kepimpinan transformasional memberi kesan
yang baik kepada organisasi dan kualiti guru (Jamilah, et al., 2016) bahkan dapat
meningkatkan budaya sekolah kreatif, memupuk nilai murni, membangunkan struktur dan
menggalakkan penglibatan seluruh warga organisasi (Nursyafina, Aida Hanim & Ghazali,
2018) dan bertindak sebagai role model kepada pengikutnya untuk memotivasikan guru-guru
agar sentiasa cuba memperbaiki prestasi kerja (Intan Salina & Jamalullail, 2017) namun,
kajian ini mendapati bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar mempunyai
hubung kait yang lemah dengan efikasi guru. Dalam erti kata lain, guru-guru masih
mempunyai motivasi yang tinggi dan berupaya mewujudkan PdPc yang berkualiti dan efektif
kepada pembelajaran murid. Justeru, pihak bertanggungjawab perlu meneliti dan memberi
perhatian dari aspek lain khususnya aspek yang lebih berfokus kepada tingkah laku
kepimpinan pemimpin transformasional dengan efikasi guru. Hal sedemikian disebabkan
hubungan positif yang berada pada tahap lemah memberi impak yang besar terhadap
kejayaan dan kecemerlangan organisasi.
KESIMPULAN
Secara keluruhannya, amalan kepimpinan transformasional guru besar untuk menerajui
perubahan di SKM daerah Tuaran terhadap pembangunan dan perkembangan organisasi
berasaskan kepada elemen motivasi berinspirasi, elemen membina rangsangan intelektual,
elemen memupuk pengaruh yang ideal dan elemen pertimbangan berasaskan individu.
Begitu juga dengan efikasi guru yang menekankan motivasi manusia dan pencapaian
peribadi memberi gambaran yang jelas bahawa motivasi diri yang tinggi dapat
menyempurnakan pengajaran dengan lebih cekap dan mendepani semua tugasan dengan
baik. Pengajaran guru yang berfokus, kreatif, inovatif dan sistematik berupaya meningkatkan
keberhasilan murid dan membina personaliti diri yang berkeyakinan untuk menyelesaikan
tugasan dengan cemerlang. Guru besar sebagai peneraju perubahan di sekolah perlu
meneroka lebih luas dan mencetus pemikiran secara bijaksana dengan mempertimbangkan
pelbagai aspek yang lain, menyesuaikan corak dan gaya kepimpinan yang berkualiti sejajar
dengan keperluan semasa pendidikan. Inisiatif dan usaha pemimpin sekolah
memperkasakan pembangunan dan perkembangan pendidikan di SKM berupaya membawa
perubahan sejajar dengan aspirasi pendidikan dalam PPPM 2013-2025 untuk meningkatkan
mutu pendidikan generasi muda. Satu anjakan paradigma diperlukan untuk menyahut
cabaran mendidik murid dan mempersiapkan diri dengan mengaplikasikan teknologi
maklumat terkini. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan melihat secara terperinci aspek lain
yang mendorong kepada kepimpinan transformasional guru besar di SKM. Kajian ini boleh
mengaplikasikan kaedah kualitatif bagi meneroka secara mendalam aspek bagi kedua-dua
pemboleh ubah iaitu amalan kepimpinan transformasional guru besar dan efikasi guru.
RUJUKAN
Bandura, A. (1982). Self-Eficacy Mecahanism in Human Agency. Dalam American
Pscyhologist, 37(122-147).
Bass, B., M. (1985). Leadership and Performance Beyond Expectations. New York: The Free
Press.
Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaeadah Penyelidikan. Malaysia:
McGraw-Hill.
Hishamuddin Shah bin Mokri, Mohd Rizal bin Atan & Supian bin Hashim. (2016). Hubungan
antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah
Kebangsaan Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat, Johor. Universiti Teknologi
Malaysia. Dimuat turun pada 21 Mac, 2020 daripada https://www.academia.edu/5345331
Intan Salina Che Sulaiman & Jamalullail Abdul Wahab. (2017). Pendekatan Kepimpinan
Transformasional Menangani Isu Guru di Sekolah. Simposium Pendidikan Diperibadikan:
Perspektif Risalah An-Nur.
Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Kepimpinan Transformasional dan Kualiti
Generasi “Y”. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia. 3(1).
Khalip Musa, Hamidah Yusof, Jamal Yunus & Suriani Abdul Hamid. (2014). Kepimpinan
Transformasional Pengetua: Perbandingan antara Sekolah Menengah Awam dan
Swasta Cemerlang. Management Research Journal. 120-139. Dimuat turun pada 29
Mac, 2020 daripada https://www.researchgate.net/publication/310417593
Kong Chung Bing & Mohamad Izham Mohd Hamzah. (2016). Amalan Kepimpinan
Transformasi dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dalam kalangan Pentadbir
Sekolah Rendah di Sarawak. Universiti Kebangsan Malaysia. Dimuat turun pada 28 Mei,
2020 daripada
https://sted18.files.wordpress.com/2016/12/3-6-kong-chung-bing-mohd-izham-mohd-ha
mzah.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010. Merintis Pembaharuan-Satu Misi Nasional. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement.
Mohammad Faisal Mohd Noh & Jamalullail Abdul Wahab. (2017). Kepimpinan Transformasi
Pengetua Program Sekolah Transformasi dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja
Guru di Zon Utara. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STED 2017). Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nitce Isa Medina Machmudi, Azlin Norhaini Mansor & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2017).
Cabaran Kepimpinan Instruksional Guru Besar di Sekolah Kurang Murid. Prosiding
Seminar Pendidikan Serantau ke-VIII. Dimuat turun pada 28 Mei, 2020 daripada
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/kandungan2.pdf
Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd Wahid & Norsuhada Mat Hassan. (2019). Meningkatkan
Efikasi Kendiri Guru di Malaysia Terhadap Pecenderungan Pembelajaran Generasi Z
dan Alpha. Journal of Management and Operation Research,1(13).
Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. (2013). Hubungan antara Efikasi Kendiri dengan
Kualiti Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Journal of
Islamic and Arabic Education, 5(1): 41-60.
Nursyafina Saffiee, Aida Hanim Abdul Hamid & Ghazali Darusalam. (2018). Amalan
Kepimpinan Transformasional dalam Kalangan Guru Besar terhadap Keberkesanan
Sekolah di Daerah Subis. Malaysian Online Journal of Education, 2(2).
Ross, J., A. (1994). Beliefs That Make A Difference: The Origin and Impacts of Teacher
Efficacy. ERIC.
Slocum, J., W. & Hellriegel, D. (2007). Fundamentals of Organizational Behavior. USA:
Thomson South Western.
Syed Kamarzuaman Syed Ali, Mohd Zaki Che Hassan & Julismah Jani. (2014). Efikasi
Kendiri Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran
Pendidikan Jasmani. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(3).
Taylor, R. (1990). Interpreting of the Correlation Coefficient: A Basic Review. Journal of
Diagnostic Medical Sonography, 6(1): 35-39.
Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W. (2001). Teacher Efficacy: Capturing an Elusive Construct.
Teaching and Teacher Education. 17, 783-805.
Tuck, A. (2009). Small School’s Challenge Learning Lessons from Small School
Headteachers. Research Associate Summary. National College for School Leadership.
TAHAP KESEDIAAN PEMIMPIN SEKOLAH MENGAMALKAN DOMAIN
MENERAJUI PERUBAHAN TERHADAP PENDIDIKAN STEM DI SABAH
Salleh bin Ismail Kong1 ([email protected])
Sainah Limbasan2 ([email protected])
Kasmah Abdullah3 ([email protected])
Annilin Apat4 ([email protected])
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
ABSTRAK
Pemimpin sekolah memainkan peranan untuk menerajui perubahan pendidikan masa kini. Hasrat ini
adalah sejajar dengan anjakan pertama transformasi pendidikan yang menekankan kepentingan
meningkatkan kualiti pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
ke arah melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mendepani Revolusi Industri 4.0. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan
melalui amalan kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai masalah.
Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal
selidik yang direka bentuk berasaskan kamus kompetensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018. Kajian rintis soal selidik telah dijalankan dan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.93. Kajian ini melibatkan seramai 153 orang pemimpin sekolah
sebagai responden yang telah mengikuti program NPQEL versi 2018. Data dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPPS) versi 26.0. Dapatan kajian
menunjukkan secara keseluruhannya tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain
merajui perubahan dari aspek kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan
menyelesai masalah berada pada tahap tinggi (min=4.63). Kesediaan pemimpin sekolah dari aspek
kompetensi memimpin perubahan (min=4.65) berada pada tahap paling tinggi. Justeru itu, pemimpin
sekolah mempunyai tahap kesediaan untuk mengamalkan domain menerajui perubahan terhadap
Pendidikan STEM. Implikasi kajian ini pemimpin sekolah perlu bijak mengurus dan mengadaptasi
perubahan mengikut tred semasa dan seterusnya memperkasa budaya pendidikan STEM di sekolah.
Kata kunci: Kepimpinan, Pemimpin sekolah, Menerajui perubahan, Pendidikan STEM, Kompetensi
PENDAHULUAN
Kepimpinan berprestasi tinggi dalam kalangan pemimpin sekolah merupakan salah satu
fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menerajui perubahan
pendidikan ke arah merealisasikan guru berkualiti dan meningkatkan kemenjadian murid.
Anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa iaitu dikaitkan dengan peningkatan kualiti pendidikan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) (KPM, 2013). Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pendidikan dan ekonomi telah menjadi fokus di Malaysia sekitar
tahun 2001 hingga tahun 2010. Mutakhir ini pula, Md. Mokter & Michael (2012) menyatakan
motivasi yang menggalakkan untuk murid meningkatkan prestasi mencakupi pengetahuan
dan kemahiran secara saintifik adalah penting ke arah memperkasa pendidikan STEM di
negara-negara membangun. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu bermula di peringkat
sekolah rendah lagi dalam menerapkan pendidikan STEM khususnya bagi menghadapi
Revolusi Industri (RI) 4.0. Semua pihak termasuk murid, pensyarah, fakulti, kolej kediaman
serta universiti berganding bahu mewujudkan usaha sama bersaing di dunia tanpa
sempadan untuk menyokong pengoperasian pendidikan STEM sehingga ke tahap yang
cemerlang.
Inisiatif KPM dalam PPPM (2013-2015) ialah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu
agenda penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda
menghadapi cabaran abad ke-21 dan memastikan hasrat murni ini mencapai objektif (KPM,
2016). Inisiatif tersebut adalah memperkukuhkan pendidikan STEM, memantapkan
kemahiran dan keupayaan, mempopularkan pendidikan STEM serta menyediakan intensif.
Cabaran dunia hari ini yang bersifat lebih kompleks menuntut kerjasama semua pihak untuk
mengambil tanggungjawab sosial membina kepakaran diri. Bahkan, pemimpin sekolah
merupakan individu bertanggugjawab dalam mewujudkan persekitaran positif untuk
menambah baik hasil pembelajaran STEM (Hatisaru, Beswick & Fraser, 2019). Sehubungan
dengan itu, KPM menyarankan agar pemimpin pendidikan di sekolah harus menjadi
pemimpin yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasakan
pendidikan STEM secara menyeluruh. Hal ini adalah selaras dengan tuntutan perubahan
dalam pendidikan yang menekankan bahawa pemimpin sekolah adalah agen perubahan
budaya di sekolah. Justeru itu, pemimpin harus berusaha mempraktikkan pendidikan STEM
sebagai salah satu komponen penting dalam pendidikan masa kini. Perubahan ini perlu
dilaksanakan untuk memenuhi keperluan semasa dari segi idea, program, metod, teknologi,
proses dan komponen pendidikan (KPM, 2013).
Selain itu, tuntutan perubahan dalam pendidikan global mendorong KPM mengambil inisiatif
untuk melengkapkan para pemimpin sekolah sebagai agen perubahan pendidikan (Fullan,
2006) dari segala aspek terutama dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selari dengan inisiatif ini, Institut Aminuddin Baki
(IAB) telah menggariskan 10 kompetensi melalui program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018. Salah satu domain utama yang ditekankan
dalam program ini ialah domain menerajui perubahan yang mengandungi tiga kompetensi
yang perlu dikuasai oleh peserta NPQEL iaitu membuat keputusan, memimpin perubahan
dan menyelesai masalah (IAB, 2018). Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan memfokuskan
tahap kesediaan pemimpin sekolah di Sabah melalui amalan kompetensi dalam domain
menerajui perubahan terhadap pendidikan STEM.
PERNYATAAN MASALAH
Pemimpin sekolah merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan hasrat
KPM iaitu pemimpin yang berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (KPM, 2013) ke
arah melahirkan murid yang berdaya cipta dan mampu bersaing di peringkat global. Selaras
dengan fungsi pemimpin sekolah untuk membawa perubahan pembangunan dan
meningkatkan kecemerlangan sekolah, amalan kompetensi pemimpin memberi pengaruh
yang lebih dominan kepada perubahan (Bush, 2007). Namun demikian, penguasaan
kompetensi khususnya dalam aspek membuat keputusan, menyelesai masalah, mengurus
perubahan dan penguasaan ICT yang berfokuskan kepada kualiti adalah rendah dalam
kalangan guru besar dan pengetua (Amin, Ramli, Sazali, Abd. Razak, Rosnarizah & Rusmini,
2008). Kajian terdahulu dan isu semasa mengenai pendidikan STEM khususnya di Malaysia
menggambarkan bahawa pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi ke arah
memperkasa budaya pendidikan STEM di sekolah. Hal sedemikian menyebabkan masih
terdapat pemimpin sekolah yang kurang memberi fokus untuk membudayakan pendidikan
STEM di sekolah (Bunyamin, 2017). Tambahan lagi, pemahaman tentang perkara yang
perlu dilakukan pemimpin untuk mewujudkan PdPc yang efektif dan efisien kepada
pembelajaran pendidikan STEM adalah sangat terhad. Menyedari hakikat bahawa
pendidikan STEM perlu ditransformasikan dan dimantapkan sejajar dengan anjakan
transformasi dalam PPPM (2013-2025) maka pemimpin sekolah perlu berusaha memberi
nafas baharu terhadap pendidikan STEM (Bunyamin, 2015). Dalam konteks pendidikan
STEM pemimpin harus mempunyai inisiatif untuk mencetus idea baharu secara
komprehensif khususnya dalam memimpin pembangunan organisasi (Raamani &
Arumugam, 2018). Berdasarkan laporan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan
Pembangunan Dasar Pendidikan (BPPPD), (2019) punca utama kemerosotan pendidikan
STEM di sekolah adalah disebabkan sikap sukar memberi kerjasama, kurang yakin dengan
keupayaan guru dan latar belakang pemimpin bukan daripada bidang STEM. Bahkan, kajian
oleh Alexis, Henderson & Fisher (2018) menjelaskan terdapat segelintir pemimpin yang
dilihat tidak menitikberatkan latihan guru dan kefahaman yang mendalam untuk
mengimplementasi pendidikan STEM. Justeru itu, pemimpin sekolah memainkan peranan
penting sebagai peneraju transformasi dengan mengamalkan domain menerajui perubahan
melibatkan kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai
masalah agar menarik lebih ramai murid terlibat menceburi bidang STEM di peringkat
sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
OBJEKTIF KAJIAN
a. Mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM.
b. Mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM.
c. Mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM.
PERSOALAN KAJIAN
a. Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM?
b. Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM?
c. Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kesediaan pemimpin
sekolah melaksanakan pendidikan STEM di Sabah berdasarkan kompetensi membuat
keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai masalah yang terkandung dalam domain
menerajui perubahan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat dan input
berkaitan keberkesanan pelaksanaan kaedah latihan yang berteraskan kompetensi dalam
usaha memastikan keberkesanan pendidikan STEM selaras dengan hasrat dalam PPPM
2013-2025. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kepemimpinan
sekolah khasnya pengetua dan guru besar berhubung kepentingan memiliki kompetensi
yang tinggi dalam domain menerajui perubahan untuk merangsang komitmen guru
mewujudkan suasana Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang efektif dan berkualiti.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya melibatkan pengetua dan guru besar lepasan kursus Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018 sahaja. Justifikasi pemilihan
tersebut disebabkan pendekatan kursus NPQEL versi 2018 adalah berteraskan kompetensi
berbanding sebelum ini yang hanya memfokuskan kepada pengetahuan (IAB, 2018). Hal ini
termasuklah memberi pendedahan kepada para pemimpin sekolah secara khusus berkaitan
dengan domain kompetensi menerajui perubahan yang melibatkan tiga kompetensi iaitu
kompetensi membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi
menyelesai masalah. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini tidak dapat
digeneralisasikan dalam kalangan pemimpin sekolah yang telah dilantik sebelum tahun 2018.
KERANGKA KONSEP
Kerangka konsep kajian ini dapat digambarkan seperti Rajah 1 di bawah. Berdasarkan
kerangka ini, kajian tersebut adalah memfokuskan kesediaan pemimpin sekolah
mengamalkan domain menerajui perubahan iaitu merangkumi kompetensi membuat
keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi menyelesai masalah.
Kerangka konsep ini menjadi panduan pengkaji bagi menjalankan kajian yang berkaitan
dengan kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain kompetensi menerajui
perubahan terhadap pendidikan STEM.
Kesediaan Kompetensi Pendidikan
Pemimpin Sekolah Membuat Keputusan STEM yang
Menerajui Kompetensi berkesan
Perubahan Memimpin Perubahan
Kompetensi
Menyelesai Masalah
Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian
KAJIAN LITERATUR
Bahagian ini adalah membincangkan aspek berikut.
Kepimpinan Pemimpin Sekolah
Kajian lepas mendedahkan kepimpinan yang efektif memainkan peranan penting dalam
menerajui perubahan sesebuah organisasi. Pemimpin sekolah perlu meningkatkan
kompetensi dan kecekapan diri untuk membangun sekolah ke arah merealisasikan hasrat
KPM iaitu meningkatkan kualiti guru dan melahirkan sumber tenaga yang mahir, berdaya
cipta dan mampu menghadapai permasalahan yang kompleks (KPM, 2016). Bahkan,
pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran dan kompetensi yang tinggi bagi menghadapi
cabaran memimpin dan mengurus institusi masa kini (Eddy, 2013). Menurut Euis &
Hersugondo (2008), pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dikaitkan dengan kompetensi
seseorang pemimpin untuk mempengaruhi dan membangun kapasiti dalam organisasi bagi
melakukan perubahan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemimpin sebagai
peneraju kecemerlangan organisasi sekolah adalah bertanggungjawab untuk melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran baharu bagi menangani cabaran dunia pendidikan.
Mohtar, (2005) menyatakan keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi telah diterima
sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pemimpin perlu memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam pelbagai aspek bidang pengurusan agar dapat bertindak dengan penuh yakin dan
berkesan.
Hakikatnya, kajian tentang kepimpinan juga dikaitkan dengan peranan pemimpin sekolah
membudayakan dan memperkasa pendidikan STEM untuk memperkukuhkan organisasi
(Bunyamin, 2017). Hal sedemikian penting kerana pemimpin perlu mempunyai kesediaan
yang utuh dan berupaya untuk memberi nafas baharu terhadap kesepaduan antara bidang
dalam STEM berlaku secara realistik (KPM, 2016). Pengetua berperanan untuk
meningkatkan kualiti yang tinggi dalam PdPc terutama di dalam bilik darjah bagi
membolehkan murid mencapai prestasi yang baik menerusi pendidikan STEM. Selain itu,
pemimpin sekolah perlu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan berupaya membuat
perubahan terhadap usaha membangun dan melaksanakan misi akademik di sekolah (Eddy,
2013). Hal ini disebabkan pemimpin perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap PdPc
yang dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan,
dapat menarik minat dan kecenderungan murid mempelajari idea baharu, mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai, pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan
pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar untuk negara kekal
berdaya saing dan dinamik di peringkat global (KPM, 2016).
Kompetensi
Kajian lepas mendedahkan kompetensi pemimpin perlu dikenalpasti kerana asas utama
bagi pengurusan yang efektif dan mempengaruhi kualiti kejayaan murid dan sekolah
(Rothwell, 2010). Menurut Amin, et al. (2008) kompetensi membuat keputusan,
menyelesaikan masalah, mengurus perubahan dan pengurusan ICT merupakan kompetensi
yang berfokuskan kepada kualiti dan berimpak tinggi kepada organisasi. Lanjutan daripada
itu, cabaran pendidikan abad ke-21 amat memerlukan pemimpin sekolah yang mempunyai
kompetensi yang tinggi bagi membangun dan meningkatkan pencapaian organisasi untuk
menerajui perubahan. Kompetensi membuat keputusan adalah keupayaan membuat pilihan
yang relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan
pelbagai aspek dan alternatif (IAB, 2018). Menurut Som dan Dahalan (1998), membuat
keputusan merupakan kemampuan minda untuk memilih salah satu alternatif terbaik bagi
mencapai matlamat yang diharapkan berdasarkan kriteria tertentu. Justeru itu, kompetensi
membuat keputusan merupakan kompetensi yang sangat penting kerana pemimpin sekolah
perlu mengambil risiko membuat keputusan berdasarkan beberapa alternatif pilihan yang
telah dikenal pasti melalui maklumat dan data yang tepat untuk membuat keputusan supaya
menepati persekitaran sekolah (Ab Aziz, 2004). Kajian oleh Baharom et al. (2008)
mendapati faktor-faktor membuat keputusan menunjukkan guru besar menguasai tahap
yang tinggi ketika membuat keputusan. Bahkan, amalan membuat keputusan dalam
kalangan guru besar juga pada tahap tinggi.
Kompetensi memimpin perubahan adalah keupayaan untuk menerima dan memandu
perubahan dengan mengadaptasi tindakan melalui sokongan individu warga organisasi bagi
memacu pembangunan dan pencapaian (IAB, 2018). Memimpin perubahan adalah
keupayaan seseorang pemimpin untuk mengubah satu-satu situasi yang kurang baik
kepada situasi lebih baik berdasarkan faktor perubahan tertentu pada peringkat makro dan
atas dorongan situasi semasa menyebabkan sesuatu perubahan itu berlaku (Muhamad Sani
dan Mohd Izham, 2012). Menurut Ab Aziz (2008), sesuatu perubahan perlu memberi kesan
positif kepada proses kerja dan menggalakkan penambahbaikan berterusan dengan
mempertimbangkan dimensi kemanusiaan, menyebarluas serta merealisasikan matlamat
dengan sewajarnya. Tambahan lagi, sikap yang positif menggalakkan maklum balas pekerja
untuk menjana lebih banyak alternatif penyelesaian masalah. Kajian yang dijalankan oleh
Izani & Yahya (2014) mendapati bahawa kepimpinan servant mendorong stafnya untuk
mencapai potensi diri menjadi penyumbang kepada pengurusan perubahan di sekolah.
Selanjutnya, pemimpin sekolah perlu menekankan kompetensi menyelesai masalah bagi
mendepani cabaran abad ke-21 ini. Kompetensi menyelesai masalah adalah keupayaan
untuk mengenal pasti dan menggunakan logik, penghakiman dan data untuk menilai
alternatif dan melaksanakan penyelesaian untuk mencapai matlamat organisasi yang
dihasratkan (IAB, 2018). Hal ini disebabkan masalah yang wujud pada masa kini adalah
berbeza dari semasa ke semasa misalnya masalah dari segi kompetensi guru, prasarana
sekolah dan latar belakang murid (IAB, 2016). Lantaran itu, pemimpin sekolah perlu
memperkukuh dan memantapkan lagi pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
menyelesaikan masalah agar pemimpin sekolah dapat mendepani cabaran ke arah
menerajui pendidikan STEM di sekolah. Model Chang dan Kelly (1993) merupakan model
yang menjadi panduan pemimpin sekolah untuk menyelesai masalah yang melibatkan enam
proses berfikir yang perlu dilalui dan pengulangan semula berlaku sehinga masalah selesai
sepenuhnya. Proses tersebut adalah memahami masalah, analisis punca masalah,
mengenal pasti penyelesaian yang mungkin, pemilihan penyelesaian terbaik, menyediakan
pelan tindakan dan melaksanakan penyelesaian serta menilai kemajuan. Kajian oleh Awg
Junaidi (2000) mendapati pemimpin sekolah perlu sentiasa bersedia menyelesaikan
masalah berdasarkan gaya kepimpinan yang berorientasikan tugas dan timbang rasa.
Dalam masa yang sama, pemimpin sekolah perlu mengetahui punca masalah organisasi
dan berusaha mendekati masalah dengan baik.
Pendidikan STEM
Di Malaysia, senario pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
berkait rapat secara tidak langsung dengan kepimpinan pemimpin mendepani cabaran
merealisasikan pendidikan STEM secara efektif dan efisien. Kajian yang dijalankan oleh Nur
Amelia dan Lilia, (2019) menyatakan pendidikan STEM di Malaysia perlu diintegrasikan dan
diperkukuhkan sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta
pakar dalam bidang penyelidikan dan industri. Begitu juga dengan kajian oleh Bunyamin
(2015) bahawa pendidikan STEM secara bersepadu menjadi teras kepada perkembangan
dan pembangunan kecemerlangan. Hal sedemikian penting untuk melahirkan generasi
muda yang berilmu pengetahuan dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu
yang semakin kompleks. Justeru itu, pemimpin sekolah sebagai peneraju kecemerlangan
dan peningkatan kualiti di sekolah perlu lebih komited dan prihatin memperkasa pendidikan
STEM melalui aplikasi elemen STEM dalam kurikulum (KPM, 2016).
Kajian mengenai pendidikan STEM di Singapura meletakkan landskap pendidikan di negara
tersebut mengalami perubahan drastik kerana berjaya mempelbagaikan program menerusi
pembelajaran STEM bagi menyediakan generasi muda menghadapi cabaran abad ke-21
(Tang, 2018). Menurut Bunyamin (2015), pendidikan STEM di peringkat global menunjukkan
penggunaan konteks pembelajaran yang bermakna dan aktiviti PdPc yang berpusatkan
murid lebih aktif. Bersangkutan dengan itu, perkembangan pesat pendidikan masa kini
memerlukan pemimpin yang kreatif dan inovatif dan mengupayakan orang bawahan untuk
memantapkan lagi pelaksanaan pendidikan STEM di peringkat sekolah. Hal sedemikian
penting kerana pendidikan STEM boleh mencetus pemikiran, memupuk minat murid belajar
dan merangsang sifat ingin tahu. Bahkan, pendekatan STEM dalam pendidikan khususnya
di Malaysia memfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, mampu mereka
cipta, berupaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk menciptakan
keberhasilan dan kemenjadian pendidikan demi mencapai matlamat negara (KPM, 2016).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan mengaplikasikan kaedah tinjauan
untuk mengkaji tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain kompetensi
menerajui perubahan terhadap pendidikan STEM. Kajian ini adalah berbentuk kajian
deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Creswell, (2014) dan Mohd. Majid, (2000)
menyatakan bahawa kaedah deskriptif merupakan kajian bermatlamat untuk menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kaedah tinjauan pula adalah salah satu cara yang
spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan sekumpulan populasi (Blake &
Champion, 1976). Lokasi kajian ini melibatkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Sabah. Populasi kajian
terdiri dalam kalangan pemimpin sekolah yang telah mengikuti program NPQEL versi 2018
bagi tahun 2018 dan tahun 2019. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan kaedah
penjadualan Krejcie dan Morgan, (1970) iaitu melibatkan seramai 150 orang sampel.
Instrumen berbentuk soal selidik telah dibina berdasarkan kamus kompetensi NPQEL versi
2018 terbitan Institut Aminuddin Baki dalam domain menerajui perubahan merangkumi
kompetensi membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi
menyelesai masalah. Kajian rintis yang melibatkan seramai 30 orang pemimpin sekolah
telah dilakukan untuk melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu kajian
sebelum kajian sebenar dijalankan. Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan
bacaan Alpha Cronbach bagi setiap elemen kompetensi membuat keputusan adalah
antara .919 hingga .928 manakala bacaan nilai Aplha Cronbach bagi setiap elemen
kompetensi memimpin pembelajaran ialah .918 hingga .922. Bacaan nilai Alpha Cronbach
bagi setiap elemen menyelesai masalah ialah .918 hingga .924. Chua, (2012) menyatakan
pekali Alpha Cronbach .65 hingga .79 adalah memuaskan dan nilai .80 hingga .95 adalah
tinggi dan memuaskan. Dapatan kajian rintis menunjukkan secara keseluruhannya elemen-
elemen dalam instrumen kajian ini adalah sesuai dan boleh digunakan untuk tujuan kajian.
Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai maklumat demografi
responden dan Bahagian B merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan domain
menerajui perubahan melibatkan kompetensi membuat keputusan, kompetensi memimpin
perubahan dan kompetensi menyelesai masalah. Setiap kompetensi tersebut mengandungi
lima elemen soalan. Skala Likert yang digunakan dalam soal selidik kajian ini ditunjukkan
seperti Jadual 1.1.
Simbol Jadual 1.1: Skor mengikut Skala Likert Skor
Pernyataan
STS Sangat Tidak Setuju 1
TS Tidak Setuju 2
KS Kurang Setuju 3
S Setuju 4
SS Sangat Setuju 5
Analisis data adalah menggunakan aplikasi Statistical Package for the Social Sciences
(SPPS) versi 26.0. Dapatan analisis dipaparkan dalam bentuk jadual untuk menunjukkan
min bagi setiap elemen kompetensi iaitu kompetensi membuat keputusan, memimpin
perubahan dan menyelesai masalah. Interprestasi skor min adalah berdasarkan Chua (2006)
dalam mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengikut kompetensi domain
menerajui perubahan. Taburan nilai min yang diperolehi dikategorikan mengikut tiga tahap
iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
Jadual 1.2 : Interpretasi skor min
Skor Min Interpretasi tahap min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Chua (2006)
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan aspek yang berikut.
Demografi responden
Demografi responden dari aspek jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah ditunjukkan
seperti Jadual 1.3.
Jadual 1.3 : Demografi responden mengikut jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah
Demografi Kekerapan Peratusan
Jantina 78 51%
Lelaki 75 49%
Perempuan
Jenis Sekolah 132 86.3%
SK 16 10.5%
SJKC 5 3.2%
SMK
Lokasi Sekolah 37 24.2%
Bandar 88 57.5%
Luar Bandar 28 18.3%
Pedalaman
Jadual 1.3 menunjukkan demografi responden dalam bentuk kekerapan dan peratusan
mengikut jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah. Berdasarkan paparan jadual di atas,
kekerapan dan peratusan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 78 orang lelaki
(51%) dan 75 orang perempuan (49%). Kekerapan dan peratusan responden dari segi jenis
sekolah pula menunjukkan Sekolah Kebangsaan (SK) terdiri daripada 132 orang (86.3%),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seramai 16 orang (10.5%) dan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) melibatkan 5 orang (3.2%). Dari segi lokasi sekolah, kekerapan dan
peratusan responden dapat dilihat lokasi sekolah Bandar melibatkan 37 orang (24.2%),
lokasi sekolah Luar Bandar seramai 88 orang (57.5%) dan lokasi sekolah Pedalaman adalah
28 orang (18.3%).
Persoalan Kajian 1: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain
menerajui perubahan kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM?
Dapatan bagi tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam kompetensi
membuat keputusan ditunjukkan seperti Jadual 1.4.
Jadual 1.4 : Skor min kesediaan pemimpin menerajui perubahan mengikut kompetensi membuat keputusan
Elemen Min Interpretasi
Membuat pilihan menggunakan data 4.63 Tinggi
Menyatakan idea yang relevan 4.60 Tinggi
Menggunakan alat dalam menentukan pilihan 4.51 Tinggi
Membuat keputusan dengan justifikasi jelas 4.61 Tinggi
Penjajaran semula keputusan mengambilkira realiti 4.63 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.59 Tinggi
Analisis dalam Jadual 1.4 menunjukkan nilai min bagi semua elemen kompetensi membuat
keputusan iaitu membuat pilihan menggunakan data, menyatakan idea yang relevan,
menggunakan alat dalam menentukan pilihan, membuat keputusan dengan justifikasi yang
jelas dan penjajaran semula keputusan mengambilkira realiti. Secara keseluruhannya, tahap
kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan dalam komponen
kompetensi membuat keputusan berada pada tahap tinggi (min=4.59). Elemen Membuat
pilihan menggunakan data dan Penjajaran semula keputusan mengambilkira realiti adalah
tahap paling tinggi (min=4.63) manakala elemen yang paling rendah ialah Menggunakan
alat dalam menentukan pilihan (min=4.51). Dapatan ini menunjukkan pemimpin sekolah
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM.
Persoalan Kajian 2: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain
menerajui perubahan kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM?
Dapatan bagi tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam kompetensi
memimpin perubahan ditunjukkan seperti Jadual 1.5.
Jadual 1.5 : Skor min kesediaan pemimpin menerajui perubahan mengikut kompetensi memimpin perubahan
Elemen Min Interpretasi
Mempamerkan sikap positif untuk berubah 4.65 Tinggi
Mengadaptasi pemikiran kendiri secara rasional 4.61 Tinggi
Berkongsi matlamat terhadap keperluan perubahan 4.63 Tinggi
Mengubahsuai tindakan kendiri mengikut persekitaran 4.66 Tinggi
Mengupayakan orang bawahan 4.71 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.65 Tinggi
Jadual 1.5 menunjukkan tahap kesediaan pemimpin sekolah secara keseluruannya dalam
elemen kompetensi memimpin perubahan berada pada tahap tinggi (min=4.65). Elemen
paling tinggi ialah Mengupayakan orang bawahan (min=4.71) manakala elemen yang paling
rendah ialah Mengadaptasi pemikiran kendiri secara rasional (min=4.61). Dapatan ini
menggambarkan pemimpin sekolah mempunyai kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan
domain menerajui perubahan kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM.
Persoalan Kajian 3: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain
menerajui perubahan kompetensi menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM?
Dapatan bagi tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam kompetensi
menyelesai masalah ditunjukkan seperti Jadual 1.6.
Jadual 1.6 : Skor min kesediaan pemimpin menerajui perubahan mengikut kompetensi menyelesai masalah
Elemen Min Interpretasi
Menilai masalah secara logik 4.64 Tinggi
Mentafsir masalah dengan menyatakan jurang 4.48 Tinggi
Menganalisis data menentukan punca masalah 4.65 Tinggi
Menilai kekuatan dan kelemahan setiap intervensi 4.63 Tinggi
Menyelaraskan penyelesaian masalah dengan pihak lain 4.71 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.62 Tinggi
Kompetensi menyelesai masalah memperlihatkan setiap elemen mempunyai nilai min yang
tinggi. Jadual 1.6 menunjukkan elemen yang paling tinggi ialah Menyelaraskan
penyelesaian masalah dengan pihak lain (min=4.71) dan diikuti elemen Menganalisis data
menentukan punca masalah (min=4.65). Elemen yang paling rendah ialah Mentafsir
masalah dengan menyatakan jurang (min=4.48). Secara keseluruhannya, tahap kesediaan
pemimpin sekolah menerajui perubahan kompetensi menyelesai masalah berada pada
tahap tinggi (min=4.62). Dapatan ini menggambarkan pemimpin sekolah mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan kompetensi
menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM.
PERBINCANGAN
Demografi responden dalam kajian ini adalah melibatkan jantina, jenis sekolah dan lokasi
sekolah. Hasil dapatan kajian mempamerkan semua kompetensi dalam domain menerajui
perubahan iaitu kompetensi membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan
kompetensi menyelesai masalah berada pada tahap tinggi.
Dapatan kajian persoalan pertama memperlihatkan elemen kompetensi membuat keputusan
berada pada tahap tinggi. Ini menggambarkan bahawa pemimpin sekolah mempunyai
kesediaan yang tinggi untuk menerajui perubahan terhadap pendidikan STEM di sekolah.
Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Som dan Dahalan (1998) yang
menjelaskan tentang kompetensi membuat keputusan sebagai alternatif terbaik untuk
mencapai matlamat yang dihasratkan. Bahkan, hasil dapatan kajian adalah sejajar dengan
kajian Baharom et al. (2008) bahawa faktor-faktor dalam elemen membuat keputusan
menunjukkan guru besar menguasai pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini juga selari
dengan penyataan Ab Aziz (2004) iaitu pemimpin sekolah yang memiliki tahap kompetensi
membuat keputusan yang tinggi mampu memberi keputusan yang menepati persekitaran
sekolah dalam menerajui perubahan. Dalam erti kata lain, pemimpin sekolah bersandarkan
kompetensi membuat keputusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan khususnya bagi
pendidikan STEM ke arah membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi.
Dapatan kajian ini bagi persoalan kedua mendedahkan bahawa elemen kompetansi
memimpin perubahan berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan pemimpin sekolah
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan
melibatkan setiap elemen kompetensi memimpin perubahan. Dapatan kajian ini selaras
dengan penyataan yang diutarakan Ab Aziz (2008) yang menjelaskan bahawa sesuatu
perubahan memberi kesan positif kepada proses kerja dan melibatkan penambahbaikan
berterusan. Dalam konteks mewujudkan pembelajaran yang bermakna dan penyampaian
aktiviti PdPc yang berpusatkan murid maka kompetensi memimpin perubahan berkait rapat
dengan usaha dan inisiatif pemimpin untuk memantapkan pelaksanaan pendidikan STEM di
peringkat sekolah. Kenyataan ini disokong oleh Izani & Yahya (2014) bahawa pemimpin
sekolah perlu mendorong stafnya untuk mencapai potensi diri sebagai penyumbang kepada
kecemerlangan pengurusan perubahan orgranisasi.
Dapatan kajian terhadap persoalan ketiga memaparkan hasil dapatan bagi elemen
kompetensi menyelesai masalah berada pada tahap yang tinggi. Bersangkutan dengan itu,
tahap kesediaan pemimpin sekolah adalah tinggi untuk menerajui perubahan di sekolah
khususnya terhadap pendidikan STEM. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Awg Junaidi,
(2000) bahawa pemimpin sekolah perlu sentiasa bersedia menyelesaikan masalah,
mengetahui punca masalah organisasi dan berusaha mendekati masalah dengan baik.
Cabaran pembelajaran abad ke-21 untuk merealisasikan pendidikan STEM secara efektif
dan efisien memerlukan kompetensi menyelesai masalah diaplikasikan oleh pemimpin
sekolah untuk memperkukuh dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar
dengan perubahan pendidikan masa kini. Dapatan kajian ini turut menyokong kajian
Bunyamin, (2015) yang menegaskan pendidikan STEM secara bersepadu menjadi teras
kepada perkembangan dan kecemerlangan pembangunan organisasi.
KESIMPULAN
Secara komulatif hasil kajian memberi gambaran yang jelas bahawa kepimpinan pemimpin
sekolah yang efektif dan berprestasi tinggi memerlukan kompetensi yang tinggi. Ketiga-tiga
kompetensi yang ditekankan dalam domain menerajui perubahan iaitu kompetensi membuat
keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi menyelesai masalah
merupakan kompetensi yang berfokus kepada kualiti dan berimpak tinggi kepada organisasi.
Pemimpin telah mempunyai kesediaan yang utuh dan berupaya melaksanakan pendidikan
STEM secara realistik. Dapatan ini sekaligus dapat merealisasikan matlamat KPM dalam
usaha melahirkan kemenjadian murid yang berwibawa seperti yang dihasratkan serta
mampu bersaing secara global khasnya menyediakan pelajar ke arah pengurusan kerjaya
yang produktif dan kompetetif. Dapatan kajian ini turut meyakinkan pemimpin sekolah yang
komited dan prihatin untuk memperkasakan pendidikan STEM sehingga ke peringkat global.
Impak daripada kajian ini pemimpin sekolah berupaya membawa dan menonjolkan mesej
yang jelas kepada pihak pengurusan kurikulum dan pendidikan teknikal berhubung
kesediaan pemimpin menggalas pendidikan STEM secara menyeluruh di sekolah-sekolah
negeri Sabah.
RUJUKAN
Ab Aziz Yusof. (2004). Kepimpinan dalam Mengurus Perubahan: Dari Dimensi
Kemanusiaan. Selangor: Prentice Hall Pearson. Malaysia Sdn. Bhd.
Ab Aziz Yusof. (2008). Mengurus Perubahan dalam Organisasi. Shah Alam: Selangor Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.
Amin Senin, Ramli Yusoff, Sazali Yusoff, Abd Razak Manaf, Rosnarizah Abd Halim &
Rusmini Ku Ahmad. (2008). Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi bagi Pemimpin
Sekolah. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Alexis, V. K., Charles, H., & Kathleen, Q. F. (2018). Finding the leaders: An Examination of
Social Network Analysis and Leadership Identification in STEM Education Change.
International Journal of STEM Education, 5(1).
Awg Junaidi @ Awang Razali bin Awg Karim. (2000). Gaya Kepimpinan dan Gaya
Penyelesaian Masalah di kalangan Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching,
Sarawak. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia
Sarawak.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2019). Jumlah Pelajar
Mengambil Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin Merosot.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Edisi Mac-April, Bilangan 2.
Blake, J. A., & Champion, D. J. (1976). Method and Issues in Social Research. New York:
John Willey and Sons.
Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu Perspektif Global, Perkembangan
semasa di Malaysia dan Langkah ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan
Matematik, 25(1), 1-6.
Bunyamin, M.A.H. (2017). Membangunkan Pendekatan Bersepadu Pendidikan STEM di
Malaysia. Dimuat turun pada 15 Ogos 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/319852084
Bush, T. (2007). Educational Leadership and Management: Theory, Policy, and Practice.
South African Journal of Education, 27(3), 391-406.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaeadah Penyelidikan. Malaysia:
McGraw-Hill.
Chua Y.P. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Asas Statistik Penyelidikan. Buku 2.
Edisi Kedua: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
Creswell, J. W. 2014. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches. (4th Eds.). Thousand Oaks: Sage Publication Inc.
Fullan, M. (2006). Change Theory as a Force for School Improvement. Center for Strategic
Education. Australia. https://doi.org. ISBN: 1 920963 35 9.
Eddy, P.L. 2013. Developing leaders: The role of Competencies in Rural Community
Colleges. Community College Review, 41(1) ,20-43.
Euis Soliha & Hersugondo. (2008). Kepemimpinan Efektif dan Perubahan Organisasi. Fokus
Ekonomi, 7(2), 83-93.
Hatisaru, V., Beswick, K., & Fraser, S. (2019). STEM Learning Environments: Perceptions of
STEM Education Researchers. Prosiding of the 42nd Annual Conferences of the
Mathematics Education Research Group of Australasia, pp. 340-347. Perth: MERGA.
Institut Aminuddin Baki. (2016). Mengurus Perubahan dan Inovasi: Program Kelayakan
Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Institut Aminuddin Baki. (2018). Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN: 978-967-0504-64-3
Izani Ibrahim & Yahya Don. (2014). Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya Terhadap
Pengurusan Perubahan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, (1), 19-26.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan: Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dam Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bahagian
Pembangunan Kurikulum Pendidikan. ISBN: 976-967-420- 093-0.
Koehler, C., Binns, I. C., & Bloom, M. A. (2016). The Emergence of STEM. In C. C. Johnson,
E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM road map: A framework for integrated
STEM education (pp. 13-22). NY: Routledge Taylor & Francis Group.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research. Educational
and Psychological Measurements, 30, 607-610.
Mohammed Sani Ibrahim & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2012). Pengurusan Perubahan
Makro dalam Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohtar Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan
Awam, Jil. 4, Bilangan 1.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Md. Mokter Hossain & Michael, G.R. (2012). How to Motivate US Students to Pursue STEM:
Sceince, Technology, Engineering and Mathematics Cares. US-China Education
Review, 4, 442-451.
Nur Amelia Adam & Lilia Halim. (2019). Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM dalam
Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raamani Thannimalai & Arumugam Raman. (2018). The Influence of Principles’ Technology
Leadership and Professional Development on Teachers’ Technology Integration in
Secondary Schools. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(1), 203-228.
Rothwell, W.J. (2010). Effective Succession Planning: Ensuring Leadership Continuity and
Building Talent from Within. Edisi ke-4. New York: American Management Association.
Som Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif
(KBKK). Pearson Education, Petaling Jaya.
Tang Wee Teo. (2018). STEM Education Landscape: The Case of Singapore. International
Annual Meeting on STEM Education. Journal of Physics.
TRET PERSONALITI DOMAIN PENERIMAAN, KOMUNIKASI DAN STRUKTUR
DALAM KALANGAN BAKAL PEMIMPIN SEKOLAH DI SABAH
Rainy Sintia
Sainah Limbasan, Ph.D
[email protected]
[email protected]
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
ABSTRAK
Tret personaliti yang didominasi oleh seorang pemimpin merupakan tonggak utama untuk menjadi
pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan berkualiti dalam mendepani kompleksiti dunia VUCA.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap atau skor dominasi tret personaliti berdasarkan domain
penerimaan, komunikasi dan struktur melalui satu ujian personaliti menggunakan Instrumen
Personaliti Psikologi Kaunseling (i2PK). Seramai 129 responden yang terdiri daripada bakal
pemimpin sekolah di Sabah iaitu melibatkan peserta NPQEL. Instrumen Personaliti Psikologi
Kaunseling (i2PK) mengandungi 60 item digunakan untuk meninjau skor dominasi responden dalam
enam sub domain tret personaliti iaitu penyesuaian diri, toleransi, asertif, ekstrovert, tanggungjawab
dan keakuran. Keputusan ujian daripada setiap responden dikutip dan data dianalisis dengan
menggunakan SPSS versi 24.0 untuk mengenal pasti skor dominasi tret personaliti bakal pemimpin
sekolah di Sabah berpandukan kepada Indeks Norma Pemimpin Cemerlang Kebangsaan. Dapatan
kajian menunjukkan min skor tret personaliti bagi domain penerimaan subdomain penyesuaian diri
(3.58) dan toleransi (3.81), domain komunikasi subdomain asertif (3.61) dan ekstrovert (3.52) telah
melepasi min skor indeks norma pemimpin cemerlang kebangsaan. Begitu juga dengan min skor tret
personaliti bagi domain struktur subdomain tanggungjawab (3.90) juga melepasi min skor indeks
norma pemimpin cemerlang kebangsaan. Namun demikian, domain struktur dalam subdomain
keakuran dengan min skor (3.66) tidak melepasi min skor indeks norma pemimpin cemerlang
kebangsaan. Impak kajian ini menunjukkan bakal-bakal pemimpin sekolah di Sabah adalah dominan
terhadap tret personaliti penyesuaian diri, toleransi, asertif, ekstrovert dan tanggungjawab yang
sangat diperlukan sebagai seorang pemimpin berprestasi tinggi. Intervensi untuk membangunkan
kualiti kendiri khususnya tret personaliti subdomain keakuran perlu dilakukan agar dapat membawa
organisasi ke arah kecemerlangan.
Kata kunci: Tret personaliti, domain penerimaan, domain komunikasi, domain struktur, pemimpin
PENGENALAN
Kejayaan seorang pemimpin dalam mentadbir organisasi sering dikaitkan dengan personaliti
yang hebat. Bahkan, pendidikan dalam era alaf baru ini menuntut pemimpin khususnya di
sekolah mempunyai kualiti diri dan personaliti yang tinggi bagi menghasilkan kesan baik
terhadap prestasi kerja dan kehidupan peribadi. Sehubungan dengan itu, pemimpin sekolah
perlu meningkatkan etika profesional yang teguh, dinamik dan proaktif untuk melahirkan
warga sekolah yang berkesan (Abd Ghafar, 2010). Apatah lagi, dunia pendidikan hari ini
melihat personaliti itu menjadi ukuran bagi setiap individu yang bergelar pemimpin sebagai
penentu kepada kecemerlangan sekolah. Menurut Nurul Hudani, Ma’rof & Noor Hisham
(2016), personaliti yang dimiliki oleh pemimpin didapati mempengaruhi tingkah laku
pemimpin yang merupakan adunan utama bagi melahirkan seorang pemimpin yang
berkualiti dan berdaya saing. Tambahan pula, kualiti personaliti yang baik akan membawa
kepada suatu amalan perkhidmatan yang produktif. Jamil & Norlia, (2009) menyatakan
pengetua dan guru besar yang dilantik perlu mempunyai personaliti yang baik dalam
menguruskan keperluan kerja ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang. Realitinya,
pemimpin yang memiliki personaliti yang positif berupaya mempengaruhi dan meningkatkan
komitmen orang bawahan (Hogg, 2001). Lantaran itu, bakal pemimpin sekolah perlu
memiliki kesedaran dan kefahaman secara komprehensif mengenai tret personaliti agar
menjadi seorang pemimpin yang dinamik dan disegani.
LATAR BELAKANG
Pengetua dan Guru Besar (PGB) berperanan sangat penting dalam menentukan jatuh
bangunnya kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejajar dengan anjakan kelima dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu menekankan pemimpin
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah maka bakal pemimpin sekolah perlu
mempersiapkan diri untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran mempunyai personaliti
yang utuh dalam kepimpinan dan pengurusan agar dapat menerajui sekolah dengan lebih
berkualiti. Memetik kata-kata Fred Hechinger, presiden New York Times seperti dinyatakan
dalam artikel oleh David dan Thomas, (1989) bahawa:
“Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat
sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah
dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak
berjaya diubah menjadi sekolah-sekolah berjaya dan kesalnya, sekolah-sekolah
terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah
sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua.” (David & Thomas,
1989).
Berhubung dengan penyataan ini, maka antara faktor signifikan yang mempengaruhi
kepimpinan pemimpin di sekolah adalah tahap dominasi tret personaliti. Dominasi tret
personaliti yang ditekankan adalah merangkumi subdomain penyesuaian diri, toleransi,
sikap asertif dan ekstrovert, tanggungjawab dan keakuran. Dalam kata lain, sikap toleransi
dan penyesuaian diri amat dituntut dalam kepimpinan seorang pemimpin apatah lagi
berhadapan dengan pelbagai kaum dan agama. Kejahilan dalam aspek toleransi, boleh
mewujudkan isu yang seterusnya membawa kepada kejatuhan sekolah yang dipimpin (Nurul
Hudani et al., 2016). Selain itu, dominasi tret personaliti dalam subdomain sikap asertif dan
ekstrovert juga menjadi faktor signifikan bagi seorang pemimpin sekolah dalam menentukan
kejayaan sekolah yang dipimpin. Demikian juga dengan kesedaran dan kefahaman akan
tanggungjawab dan peranan pemimpin sekolah sebagai peneraju utama organisasi, tanpa
kesedaran dan keakuran pada tanggungjawab akan membawa kepada kemerosotan
sekolah yang diterajui. Abdul Rafie (2004), menjelaskan pemimpin wajar menyediakan
dirinya sebagai pemimpin yang mampu memimpin ke arah kecemerlangan. Justeru itu,
pemimpin perlu mempunyai tret personaliti yang berkesan untuk menghadapi kemajuan
dunia yang semakin pesat dalam konteks dunia VUCA.
Kejayaan organisasi dikaitkan dengan kecemerlangan kepimpinan yang berkait
rapat dengan personaliti diri seorang pemimpin yang tekal, mempamerkan komitmen,
bertanggungjawab, berfikiran terbuka dan proaktif (Ishak Sin, 2004; Hogg, 2001).
Bersangkutan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan
Indeks Norma Pemimpin Cemerlang Kebangsaan iaitu Instrumen Psikologi Personaliti
Kaunseling (i2PK) sebagai rujukan kepada setiap pemimpin untuk mengukur tahap dominasi
tret personaliti. Instrumen i2PK ini merupakan ujian personaliti bagi mengenali tret
personaliti individu yang boleh digunakan oleh pihak pentadbiran untuk menilai sama ada
individu atau kumpulan individu yang mempunyai potensi untuk dilantik menjadi pemimpin.
Selain itu, bakal pemimpin sekolah boleh dinilai dengan menggunakan i2PK untuk
mengetahui ciri-ciri personaliti yang signifikan dengan transformasi pendidikan masa kini
terutama dalam memenuhi kriteria tugas. Menurut Jamil & Norlia (2009), pengetua atau guru
besar yang dilantik mesti mempunyai kualiti diri dalam menggerakkan perubahan yang
positif di sekolah mahupun dalam sistem persekolahan untuk meningkatkan kualiti modal
insan pada tahap lebih tinggi. Bakal-bakal pemimpin sekolah perlu menyedari dan
meningkatkan tahap dominasi pada tret personaliti agar organisasi sekolah yang dipimpin
kelak mampu beroperasi ke arah kecemerlangan dan mencapai matlamat dan hasrat KPM
iaitu anjakan kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
PERNYATAAN MASALAH
Persepsi negatif dan tomahan mengenai tahap kualiti diri pemimpin sekolah sejak akhir-
akhir ini seringkali dipaparkan di media sosial dan surat khabar. Laporan akhbar yang telah
mengejutkan pelbagai pihak iaitu tentang kes murid menyaman guru mata pelajaran,
pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kerajaan atas dakwaan guru tidak masuk
kelas untuk mengajar selama tujuh bulan telah menjadi punca kepada diri murid itu gagal
dalam subjek Bahasa Inggeris yang sepatutnya diajar oleh guru berkenaan (Malaysiakini,
2020). Bahkan, murid tersebut turut mendakwa salah guna kuasa sebagai penjawat awam,
melanggar tugas berkanun di bawah akta Pendidikan 1995 dan menafikan hak murid di
bawah perlembagaan untuk mendapat pendidikan. Situasi ini sepatutnya tidak berlaku
sekiranya pemimpin sekolah menjalankan tanggungjawab dan peranan mengikut peraturan
dan undang-undang yang sepatutnya difahami dan dipatuhi. Selain itu, isu perkauman
dalam kalangan pelajar seperti yang tular dalam media sosial yang tidak sepatutnya berlaku.
Kenyataan akhbar bertarikh 19 April 2021 memaparkan sebuah sekolah telah mengeluarkan
surat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar tingkatan
satu yang antaranya menyebut kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum cina.
Begitu juga dengan sukan bola keranjang dan ping pong untuk kaum cina manakala bola
sepak, bola jaring dan sepak takraw untuk kaum Melayu (Utusan Malaysia, 2021). Isu ini
berkaitan dengan sikap toleransi yang sepatutnya dipegang oleh seorang pemimpin sekolah.
Justeru itu, pemimpin sekolah sebagai peneraju utama kecemerlangan organisasi perlu
menitikberatkan tret personaliti diri yang unggul agar isu salah laku ini dapat dielakkan.
Kepimpinan yang berkesan memerlukan seorang pemimpin sekolah yang memiliki nilai-nilai
murni, sifat toleransi yang tinggi, boleh menyesuaikan diri dengan situasi yang mencabar
dan berupaya menghadapi pelbagai halangan di sekolah. Namun demikian, peningkatan
kes salah laku yang semakin membimbangkan khususnya melibatkan kepimpinan dan
pengurusan pemimpin di sekolah amat mengecewakan dan perlu dikaji semula. Tambahan
lagi, isu berkaitan dengan pengurusan organisasi majikan yang gagal menjalankan ujian
personaliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan (Seddigh et al., 2016) membawa
kepada potensi prestasi kerja yang kurang berkesan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti tahap dominasi tret personaliti dalam domain penerimaan yang melibatkan subdomain
penyesuaian diri dan toleransi, domain komunikasi merangkumi subdomain asertif dan
ekstrovert dan domain struktur iaitu subdomain tanggungjawab dan keakuran. Kajian
mengenai tret personaliti amat sesuai dijalankan khususnya dalam kalangan bakal-bakal
pemimpin sekolah agar pemimpin yang berkesan dapat direalisasikan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap tret personaliti domain penerimaan bagi subdomain
penyesuaian diri dan toleransi dalam kalangan bakal pemimpin sekolah.
2. Mengenal pasti tahap tret personaliti domain komunikasi bagi subdomain asertif dan
ekstrovert dalam kalangan bakal pemimpin sekolah.
3. Mengenal pasti tahap tret personaliti domain struktur bagi subdomain tanggungjawab
dan keakuran dalam kalangan bakal pemimpin sekolah.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap tret personaliti domain penerimaan bagi subdomain penyesuaian diri
dan toleransi dalam kalangan bakal pemimpin sekolah?
2. Apakah tahap tret personaliti domain komunikasi bagi subdomain asertif dan
ekstrovert dalam kalangan bakal pemimpin sekolah?
3. Apakah tahap tret personaliti domain struktur bagi subdomain tanggungjawab dan
keakuran dalam kalangan bakal pemimpin sekolah?
BATASAN KAJIAN
Responden untuk kajian ini melibatkan seramai 129 orang iaitu terdiri dalam kalangan bakal
pemimpin sekolah menengah dan sekolah rendah di negeri Sabah. Responden merupakan
peserta yang telah terpilih untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan tahun 2021. Responden untuk kajian ini bakal
dilantik sebagai pengetua dan guru besar bagi sekolah-sekolah di negeri Sabah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini tidak dapat digeneralisasikan dalam kalangan pemimpin
sekolah secara menyeluruh untuk semua pemimpin sekolah di Malaysia.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini digunakan untuk melihat keperluan merancang dan membina intervensi
sebagai pemantapan personaliti pemimpin-pemimpin sekolah berdasarkan domain tret
personaliti khususnya di bawah domain penerimaan subdomain penyesuaian dan toleransi,
domain komunikasi iaitu subdomain asertif dan ekstrovert dan domain struktur subdomain
tanggungjawab dan keakuran. Kefahaman yang baik tentang personaliti dapat mendorong
komitmen yang tinggi agar dapat bekerja dengan baik untuk mencapai kecemerlangan
dalam organisasi.
KERANGKA KONSEP KAJIAN
Kerangka konsep kajian ini dibangunkan berdasarkan penerokaan dan penelitian teori,
model dan tinjauan literatur untuk mengkaji tret personaliti domain penerimaan, domain
komunikasi dan domain struktur. Tret personaliti domain penerimaan dikaitkan dengan
subdomain penyesuaian diri dan toleransi iaitu melihat kecenderungan individu untuk berfikir
secara positif, kemampuan mendepani cabaran dan perubahan, keupayaan menukar
perancangan, mampu bertolak ansur dan menerima pandangan. Domain komunikasi pula
adalah berkaitan dengan subdomain asertif dan ekstrovert iaitu individu lebih cenderung
kepada perbualan dan membina jaringan interpersonal dengan orang lain. Seterusnya,
domain struktur dalam subdomain tanggungjawab dan keakuran mempunyai hubung kait
yang rapat tentang kecenderungan individu untuk menjaga kelakuan dan keperibadian,
mengutamakan disiplin diri dan berusaha memikul tanggungjawab. Kerangka konsep kajian
ditunjukkan seperti Rajah 1 di bawah.
Tret Personaliti Domain Penerimaan Pemimpin
Pemimpin (Penyesuaian diri dan Toleransi) mempunyai
personaliti berkualiti
Domain Komunikasi
(Arsetif dan Ekstrovert)
Domain Struktur
(Tanggungjawab dan Keakuran)
Rajah 1: Kerangka konsep kajian.
SOROTAN LITERATUR
Bahagian ini membincangkan aspek berikut.
Tret Personaliti Pemimpin
Tret personaliti ditakrifkan sebagai bentuk emosi atau motivasi yang menerangkan tingkah
laku dalam setiap situasi yang berbeza (Cook, 2005). Kajian lepas membuktikan tret
personaliti yang positif menghasilkan kesan baik terhadap kerja dan juga kehidupan peribadi.
Sehubungan dengan itu, pemimpin sekolah perlu mempunyai kualiti diri yang unggul bukan
sahaja dari aspek ilmu pengetahuan tentang kepemimpinan tetapi kesedaran dan
kefahaman tentang tret personaliti kendiri. Kajian oleh Shariffah et al. (2013) menjelaskan
bahawa tret personaliti merupakan tonggak utama melahirkan pemimpin sekolah yang
berkualiti bagi menghadapi kompleksiti pendidikan masa kini. Perubahan dunia dan cabaran
dalam sistem pendidikan abad ke-21, memerlukan institusi sekolah mempunyai pemimpin
pendidikan yang mempunyai ciri-ciri personaliti yang baik dan kesedaran kendiri ke atas tret
personaliti. Lanjutan daripada itu, pemimpin sekolah perlu mempunyai dominasi tret
personaliti yang baik sebagai pedoman dalam amalan kepimpinan berprestasi tinggi dan
untuk menghadapi kompleksiti, globalisasi dan tekanan perubahan dalam era pendidikan
norma baharu kesan daripada pandemik COVID-19. Razaleigh (2010), menyatakan
tanggungjawab memimpin dan mengurus sekumpulan individu atau sesuatu masyarakat
untuk mencapai matlamat terletak pada bahu seorang pemimpin. Dalam kata lain, cabaran
pendidikan pada era norma baharu ini memerlukan seorang pemimpin sekolah yang
memiliki tret personaliti yang teguh dan berkesan untuk mencapai kecemerlangan organisasi
dalam konteks dunia tanpa sempadan (Abdul Rafie, 2004). Hal sedemikian penting
disebabkan kejayaan pengetua dan guru besar dalam menerajui perubahan sesebuah
organisasi amat signifikan dengan nilai tret personaliti kepimpinan yang dimiliki agar seiring
dengan hasrat KPM dalam PPPM (2013-2015) yang berfokus untuk melahirkan pemimpin
sekolah berimpak tinggi.
Realitinya, personaliti yang dimiliki pemimpin mempengaruhi tingkah laku dan prestasi kerja
dalam organisasi. Kajian oleh Abdulwahab (2016) menyatakan jika seseorang itu berada
dalam tugas yang sesuai dengan tret personaliti, maka pencapaian dan produktiviti
organisasi dipertingkatkan. Hal sedemikian menerangkan bahawa kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada personaliti dan kewibawaan
pengurus atau pentadbir dan juga pekerja-pekerja bawahan yang dipimpinnya. Menurut
Kuozer & Posner (2000); dan Ishak Sin (2001), pemimpin yang berjaya terbukti mempunyai
tret personaliti yang selaras dengan tuntutan kepimpinan seorang pemimpin untuk
memastikan organisasi dapat mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Ryckman (2004),
berpendapat personaliti merupakan sesuatu yang dinamik dan merangkumi set yang teratur
atau ciri-ciri unik yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin kerana sifat ini berupaya
membawa perubahan baik kepada prestasi sekolah yang diterajui.
Tuntutan kecemerlangan organisasi masa kini adalah untuk melahirkan pengetua dan guru
besar yang mempunyai kualiti diri dalam kepimpinan sekolah. Lantaran itu, personaliti yang
beretika dan kepimpinan berkesan perlu dimiliki pemimpin sekolah agar dapat menangani
perubahan-perubahan yang wujud untuk membawa organisasi yang diterajui lebih
cemerlang (Drucker, 2017). Kajian oleh Abdul Rafie (2004), menjelaskan adalah wajar bagi
pengetua dan guru besar menyediakan dirinya sebagai pemimpin yang mampu memimpin
sekolah ke arah kecemerlangan. Bahkan, pengetua atau guru besar perlu memainkan
peranan penting sebagai landasan utama ke arah mencapai matlamat negara (Shariffah &
Mohammed Sani, 2010; dan Chan, 2004). Begitu juga dengan kajian oleh Hogg (2001),
personaliti pemimpin mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan sesebuah
sekolah. Oleh itu, pengetua atau guru besar yang dilantik, mesti mempunyai kualiti diri
dalam melahirkan sekolah berkesan (Jamil & Norlia, 2009).
Domain Penerimaan
Domain personaliti penerimaan ditafsirkan sebagai kecenderungan individu untuk berfikir
secara positif dan kemampuan untuk mendepani cabaran dan perubahan dalam hidup
selain boleh mengurus emosi dengan baik apabila terganggu. Domain tret personaliti ini
menunjukkan keupayaan untuk menukar perancangan dan melihat cabaran sebagai satu
pengalaman. Selain itu, mampu untuk bertolak ansur dengan orang lain, bersedia menerima
pandangan dan berupaya menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran yang baharu.
Domain penerimaaan terbahagi kepada dua subdomain iaitu penyesuaian diri dan toleransi.
Subdomain penyesuaian diri ditafsirkan sebagai kecenderungan untuk percaya bahawa
perbezaan pandangan adalah suatu perkara yang positif dalam organisasi dan kehidupan.
Individu yang dominan dalam tret personaliti penyesuaian diri, berupaya untuk bertolak
ansur menerima perbezaan budaya dalam kepelbagaian agama serta berupaya untuk
mengadaptasi budaya dan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baharu. Subdomain
toleransi menunjukkan kemampuan seseorang individu untuk menyesuaikan diri pada
kepelbagaian keadaan. Oleh itu, pemimpin perlu mempunyai kecenderungan untuk berfikir
secara positif agar boleh mendepani dan menerima perubahan, berupaya mengurus emosi
apabila berdepan dengan konflik.
Domain Komunikasi
Tret personaliti domain komunikasi ditakrifkan sebagai kecenderungan dalam perbualan dan
membina jaringan interpersonal dengan orang lain. Individu yang mudah mesra dan memiliki
daya memujuk serta cenderung untuk mempengaruhi orang lain. Menurut Seddigh et al.
(2016) pemimpin perlu mempunyai tret personaliti yang menunjukkan ciri-ciri individu
terhadap sesuatu tingkah laku terutama dalam pekerjaan. Individu yang dominan dalam
personaliti ini berupaya memberikan pandangan dan teguran dengan berhemah untuk
menjaga hubungan dengan individu lain. Domain komunikasi terdiri daripada dua subdomain
iaitu asertif dan ekstrovert. Subdomain asertif adalah kemampuan individu untuk
menyatakan sesuatu kebenaran atau teguran namun dalam masa yang sama masih tetap
menjaga dan menghargai hak-hak serta perasaan orang lain. Dalam situasi ini, individu yang
dominan dengan personaliti asertif berani menyatakan pandangan walaupun mengetahui
pandangan itu tidak dipersetujui atau disukai oleh orang lain. Selanjutnya, subdomain
ekstrovert adalah sebagai individu yang suka berinteraksi, cenderung menonjol diri apabila
berada dalam kelompok yang ramai dan seronok jika dapat berbual dengan orang lain.
Selain itu, suka berjenaka dan berupaya membina jaringan persahabatan dengan mudah.
Domain Struktur
Tret personaliti domain struktur ditafsirkan sebagai kecenderungan individu untuk menjaga
kelakuan dan keperibadian agar tidak bercanggah dengan nilai dan peraturan yang telah
ditetapkan. Ismail, (2013) menyatakan tingkah laku setiap pekerja adalah berbeza dan boleh
mempengaruhi prestasi organisasi. Individu yang dominan dalam domain struktur ini
mengutamakan disiplin diri dan berusaha untuk memikul tanggungjawab dengan sebaik-
baiknya. Domain struktur terbahagi kepada dua subdomain iaitu tanggungjawab dan
keakuran. Subdomain tanggungjawab lebih menumpukan kepada keupayaan untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap kerja, keluarga dan rakan-rakan serta berusaha
melengkapkan tugasan seperti yang diarahkan mengikut masa yang ditetapkan. Subdomain
keakuran pula merujuk kepada kecenderungan untuk mengutamakan kerja daripada
kepentingan peribadi. Bersangkutan dengan tret personaliti ini, maka seorang pemimpin
perlu lebih cenderung untuk menjaga penampilan diri agar tidak mempamerkan imej buruk
di mata masyarakat. Dalam keadaan apa sekalipun, individu yang dominan dalam
personaliti ini perlu akur kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dan
berupaya mengelak daripada menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.
Pemimpin Sekolah
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kepimpinan pemimpin yang berkesan terletak pada
akauntabiliti dan komitmen pengetua dan guru besar (Zaharah, Abd Daud & Nazri, 2009).
Pemimpin yang berkualiti mempengaruhi prestasi organisasi dan meningkatkan komitmen
yang tinggi terhadap orang bawahan. Kajian yang dijalankan oleh Tony & David (2013),
menjelaskan pencapaian dalam institusi pendidikan berkait rapat dengan kualiti dan
kemahiran seseorang pemimpin sekolah dalam pentadbiran. Memandangkan tugas dan
tanggungjawab pengetua dan guru besar yang sentiasa berhadapan dengan perubahan dan
cabaran yang kompleks dan berat, maka adalah wajar bakal pemimpin diberi latihan yang
komprehensif dan holistik bagi meningkatkan lagi kualiti diri dalam memimpin sekolah (Chan,
2004). Namun demikian, sejauh mana pengetua atau guru besar novis bersedia memikul
tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah untuk memenuhi aspirasi pendidikan negara
amat perlu dititikberatkan. Dalam kata lain, landasan utama pengetua dan guru besar novis
ialah mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam mengurus dan menerajui organisasi
serta memainkan peranan penting ke arah mencapai matlamat negara (Shariffah &
Mohammed Sani, 2010). Kajian oleh Hogg (2001), menyatakan personaliti pemimpin
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan sesebuah sekolah. Berikutan
dengan perkara ini, maka pemimpin sekolah harus menyediakan dirinya sebagai pemimpin
yang mampu memimpin organisasi ke arah kecemerlangan (Abdul Rafie, 2004) dan
bertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah secara berterusan (Tony & David, 2013; dan
Chan, 2004). Tuntutan hari ini adalah untuk melahirkan pengetua dan guru besar yang
mempunyai personaliti dan kualiti diri dalam kepimpinan sekolah secara berkesan. Kajian
oleh Ducker (2017), menyatakan pemimpin yang berkesan perlu melengkapkan diri secara
bijaksana dalam segala aspek terutama apabila berhadapan dengan transformasi dunia
pendidikan yang sentiasa berubah. Bahkan, pengetua atau guru besar yang dilantik, perlu
mempunyai kualiti diri dalam memimpin dengan cemerlang untuk melahirkan sekolah
berkesan (Jamil & Norlia, 2009). Dalam masa yang sama, pemimpin perlu membina
keyakinan dan kekuatan bersama warga organisasi yang dipimpinnya melalui pelbagai
medium komunikasi (Rahayu et al., 2020). Justeru itu, kajian ini adalah untuk meninjau tiga
domain tret personaliti terhadap bakal-bakal pengetua dan guru besar yang akan dilantik
kelak sebagai pemimpin sekolah-sekolah di Sabah bagi mencorakkan lagi kecemerlangan
kepimpinan yang berkualiti.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan pendekatan kuantitatif. Janaan data adalah
secara automatik kerana instrumen ini dimiliki oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengkaji adalah Kaunselor Berdaftar dengan Perakuan
Amalan (KB,PA) dan telah mendapat Latihan Khas dari BPsK untuk mengendalikan sesi
berkaitan dengan i2PK. Setelah responden menjawab instrumen secara online, keputusan
dengan janaan data secara automatik diperolehi melalui emel daripada responden.
Seterusnya, pengkaji membuat analisis data tret personaliti mengikut domain berdasarkan
keputusan yang diperolehi daripada para responden. Kaedah interprestasi skor bagi setiap
subdomain adalah berpandukan kepada interprestasi i2PK.
Instrumen
Instrumen Personaliti Psikologi Kaunseling (i2PK) adalah merupakan ujian personaliti yang
telah dibangunkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling untuk mengenali tret personaliti
individu. i2PK digunakan untuk memenuhi keperluan pengumpulan profil personaliti peserta
NPQEL bagi Ambilan 2021 iaitu merangkumi 60 item. Dalam kajian ini, ujian personaliti
hanya memfokuskan kepada tiga (3) domain dan 6 subdomain iaitu domain penerimaan
subdomain penyesuaian diri dan toleransi, domain komunikasi subdomain (asertif dan
ekstrovert) dan domain struktur subdomain (tanggungjawab dan keakuran). Skala likert
empat mata digunakan untuk menunjuk skala persetujuan iaitu 1= sangat tidak setuju,
2=tidak setuju, 3=setuju dan 4=sangat setuju.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengumpulan data adalah menggunakan instrumen i2PK yang diisi oleh peserta NPQEL
secara dalam talian. Instrumen ini terdapat di dalam portal soal selidik i2PK melalui pautan
laman sesawang https://e2pk.moe.gov.my/. Data dikumpul berdasarkan janaan keputusan
ujian responden yang digunakan sebagai data kajian ini.
Analisis Data
Data yang diterima oleh responden akan dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24.0. Statistik deskriptif
digunakan untuk mendapatkan frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan yang
menerangkan tahap dominasi tret personaliti iaitu subdomain di bawah domain penerimaan,
domain komunikasi dan domain struktur.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan aspek berikut.
a. Tahap tret personaliti domain penerimaan bagi subdomain penyesuaian diri dan
toleransi
Jadual 1: Tahap tret personaliti domain penerimaan bagi subdomain penyesuaian diri dan toleransi
Domain Tret Indeks Melepasi Peratus Tidak Peratus Min Perbezaan
Personaliti Norma Indeks Melepasi
Pemimpin Norma
(i2PK) Cemerlang Indeks
Norma
Penyesuaian 3.51 72 55.81 57 39.53 3.58 0.07 atas
Penerimaan Diri
Toleransi 3.58 105 81.39 24 18.6 3.81 0.23 atas
Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian bagi tahap tret personaliti domain penerimaan
subdomain penyesuaian diri dan toleransi dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah.
Seramai 72 orang (55.81%) daripada responden melepasi indeks norma pemimpin
cemerlang kebangsaan iaitu 3.51 manakala 57 orang (39.53%) daripada responden tidak
melepasi indeks norma tersebut. Min bagi tret personaliti penyesuaian diri ialah 3.58 dengan
jurang perbezaan 0.07. Seterusnya, subdomain toleransi pula menunjukkan seramai 105
orang (81.39%) daripada responden adalah melepasi indeks norma pemimpin cemerlang
kebangsaan iaitu 3.58. Seramai 24 orang (18.6%) daripada responden pula tidak melepasi
indeks norma tersebut. Min domain penerimaan subdomain toleransi ialah 3.81 dengan
jurang perbezaan 0.23. Hasil dapatan kajian subdomain penyesuaian diri dan toleransi telah
melepasi indeks norma pemimpin kebangsaan. Hal ini menjelaskan tret personaliti domain
penerimaan dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah cenderung melihat cabaran
sebagai perkara positif, berupaya menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran baharu,
mampu bertolak ansur dan bersedia menerima pandangan.
b. Tahap tret personaliti domain komunikasi bagi subdomain asertif dan ekstrovert
Jadual 2: Tahap tret personaliti domain komunikasi bagi subdomain asertif dan ekstrovert
Tret Indeks Melepasi Tidak
Personaliti Norma Indeks
Domain Pemimpin Norma Peratus Melepasi Peratus Min Perbezaan
(i2PK) Cemerlang Indeks
Norma
Komunikasi Asertif 3.28 95 73.64 34 26.35 3.61 0.33 atas
Ekstrovert 3.49 76 58.91 33 41.08 3.52 0.03 atas
Jadual 2 di atas memaparkan dapatan kajian tahap tret personaliti bagi domain komunikasi
dalam subdomain asertif dan ekstrovert dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah.
Seramai 95 orang (73.64%) daripada responden adalah melepasi indeks norma pemimpin
kebangsaan iaitu 3.28 manakala seramai 34 orang responden (26.35%) tidak melepasi
indeks norma tersebut. Min bagi subdomain asertif ialah 3.61 dengan jurang perbezaan 0.33.
Selanjutnya, subdomain ekstrovert menunjukkan seramai 76 orang (58.91%) responden
melepasi indeks norma pemimpin cemerlang iaitu 3.49 manakala seramai 53 orang (41.08%)
responden pula tidak melepasi indeks norma tersebut. Min bagi domain komunikasi
subdomain ekstrovert adalah 3.52 dan jurang perbezaan ialah 0.03. Dapatan kajian
subdomain asertif dan ekstrovert ini melepasi indeksi norma pemimpin kebangsaan
menggambarkan tret personaliti domain komunikasi ini menekankan tentang pandangan dan
teguran yang berhemah untuk menjaga hubungan baik dengan individu lain.
c. Tahap tret personaliti domain struktur bagi subdomain tanggungjawab dan
keakuran
Jadual 3: Tahap tret personaliti domain struktur bagi subdomain tanggungjawab dan keakuran
Domain Tret Personaliti Indeks Melepasi Peratus Tidak Peratus Min Perbezaan
(i2PK) Norma Indeks Melepasi
Pemimpin Norma
Cemerlang Indeks
Norma
Tanggungjawab 3.51 125 96.89 4 3.1 3.90 0.39 atas
Struktur 3.84
52 40.31 77 69.68 3.66 0.18 bawah
Keakuran
Dapatan kajian dalam Jadual 3 menunjukkan tahap tret personaliti domain struktur bagi
subdomain tanggungjawab dan keakuran dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah.
Subdomain tanggungjawab mendedahkan seramai 125 orang (96.89%) daripada responden
melepasi indeks norma pemimpin cemerlang kebangsaan iaitu 3.51 manakala 4 orang
(3.1%) responden tidak melepasi indeks norma pemimpin cemerlang kebangsaan. Min bagi
tret personaliti tanggungjawab ialah 3.90 dengan jurang perbezaan 0.39. Seterusnya,
subdomain keakuran menjelaskan seramai 52 orang (40.31%) daripada responden melepasi
indeks norma pemimpin cemerlang kebangsaan iaitu 3.84 manakala seramai 77 orang
(69.68%) responden tidak melepasi indeks norma pemimpin cemerlang kebangsaan. Min
bagi subdomain keakuran ialah 3.65 dengan jurang perbezaan 0.18. Hal ini menerangkan
bahawa tret personaliti domain struktur dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah
cenderung untuk menjaga kelakuan dan keperibadian agar tidak bercanggah dengan nilai
dan peraturan yang telah ditetapkan.
PERBINCANGAN
Kajian ini menjelaskan tahap tret personaliti dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di
Sabah berdasarkan domain penerimaan, komunikasi dan struktur. Hasil dapatan tret
personaliti domain penerimaan mendedahkan subdomain penyesuaian diri dan toleransi
dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah adalah melepasi indeks norma pemimpin
cemerlang kebangsaan. Hal ini bermakna bakal pemimpin sekolah memiliki keupayaan
untuk melihat cabaran sebagai satu pengalaman, boleh menyesuaikan diri dalam
kepelbagaian keadaan, boleh berfikir secara positif dalam mendepani perubahan, boleh
menerima pandangan dan mampu mengurus emosi apabila berhadapan dengan konflik.
Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Shariffah et al. (2013) bahawa tret personaliti
merupakan tonggak utama melahirkan pemimpin sekolah yang berkualiti khususnya dalam
kepimpinan dan pengurusan pendidikan masa kini.
Seterusnya, tahap tret personaliti domain komunikasi subdomain asertif dan ekstrovert
dalam kalangan bakal pemimpin sekolah di Sabah berjaya melepasi indeks norma pemimpin
cemerlang kebangsaan. Hal ini menerangkan bahawa bakal pemimpin sekolah di Sabah
adalah dominan dalam tret personaliti komunikasi. Dalam kata lain, pemimpin sekolah
berupaya membina jaringan interpersonal dengan orang lain, mudah mesra, memiliki daya
memujuk dan berupaya mempengaruhi orang lain. Kajian ini menyokong kajian oleh Hogg
(2011), Abd Rafie (2004), Ducker (2017) dan Jamil dan Norlia (2009) berkaitan komunikasi
asertif dan ekstrovert sebagai tret personaliti yang perlu dikuasai oleh seorang pemimpin
untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang. Walau bagaimanapun, tahap tret
personaliti domain struktur dalam subdomain keakuran tidak melepasi skor indeks norma
pemimpin cemerlang kebangsaan. Hal ini menjelaskan intervensi pembangunan kualiti
peribadi dalam aspek keakuran perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan supaya
pemimpin sekolah mematuhi undang-undang dan peraturan serta menjalankan amanah
dengan penuh dedikasi dan menggunakan kuasa bukan untuk kepentingan peribadi.
KESIMPULAN
Dominasi tret personaliti bagi domain penerimaan, komunikasi dan struktur menjadi asas
penting bagi seseorang pemimpin di sekolah untuk mencapai hala tuju dan matlamat
organisasi. Pemimpin yang mempunyai tret personaliti yang tinggi khususnya dalam
subdomain penyesuaian diri, toleransi, asertif, ekstrovert, tanggungjawab dan keakuran
memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan pendidikan masa kini khususnya
dalam mendepani cabaran pendidikan yang semakin kompleks. Bakal-bakal pemimpin
sekolah perlu menjalani ujian personaliti sebelum dilantik sebagai pengetua dan guru besar
agar pemimpin tersebut komited menjalankan tugas dengan berkesan dan dapat menerajui
organisasi dengan lebih berjaya dan cenderung mempunyai prestasi cemerlang. Tahap tret
personaliti bagi subdomain penyesuaian diri, toleransi, asertif, ekstrovert dan tanggungjawab
telah mencapai skor indeks norma pemimpin kebangsaan. Sebaliknya, tahap tret personaliti
subdomain keakuran berada pada tahap di bawah skor indeks norma pemimpin kebangsaan.
Justeru itu, tret personaliti yang tidak mencapai skor ini memerlukan perancangan khusus
dan tindakan susulan dilakukan ke atas bakal-bakal pemimpin sekolah terutama yang
berkait rapat dengan amalan keakuran agar pemimpin ini kelak dapat melaksanakan tugas
dengan berimpak tinggi.
RUJUKAN
Abd Ghafar Mahmud. (2010). Mencetus Kegemilangan melalui Kepimpinan Cemerlang.
Kertas Kerja Seminar Nasional ke-17. Institut Aminuddin Baki, 19-22 Julai.
Abdulwahab, S. (2016). The Relationship between Job Satisfaction, Job Performance and
Employee Engagement: An Explorative Study. Issues in Business management and
Economics, 4(1), 1-8.
Abdul Rafie Mahat. (2004). Ucap Utama. Kepimpinan Unggul Bidang Pendidik Cemerlang.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Institut
Aminuddin Baki. Hlm. 3- 6.
Chan Yuen Fook. (2004). Keberkesanan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah
untuk Guru Besar. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.
Cook, V. D. (2005). An Investigation of The Construct Validity of The Big Five Construct of
Emotional Stability in Relation to Job Performance, Job Satisfaction, and Career
Satisfaction. (Doctoral Dissertations, University of Tennessee, Knoxville, US).
Drucker, P. (2017). Human Prosperity in a Changing World. Peter Drucker Challenge 2017.
The Future Economic Man. PDC 2017.
Hogg, Michael A. (2001). A Social Identify Theory of Leadership. Journal of Personality
Social Psychology Review.
Ishak Sin. (2004). Apakah yang tertulis dalam Khazanah Tulisan Ilmiah tentang Tret,
Tingkah Laku dan Tindakan yang diperlukan untuk menjadi seorang Pengetua yang
Berkesan? Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan. 14(1). 1-17.
Ismail, M. (2013). Kesan Tret Personaliti terhadap Prestasi Kerja Dikalangan Warga Kerja.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA-FASS Final Project
(Psychology).
Jamil Ahmad & Norlia Goolamally. (2009). Kriteria Pemilihan Pemimpin Sekolah: Antara
Realiti dan Retrik. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Ke-16. ISSN 983-9479-17-2.
Kouzer, J. M. & Posner, B. Z. (2002). Leadership Challenge. San Francisco. Edisi ke-3:
Jossey-Bass.
Malaysiakini. (2020). “Cikgu Disaman lagi kerana Tak Hadir Kelas” dalam
https://www.malaysiakini.com/news/556192. 22 Disember 2020.
Nurul Hudani Md. Nawi, Ma’rof Redzuan & Noor Hisham Md Nawi. (2016). Hubungan antara
Tret Personaliti Kehematan, Keterbukaan pada Pengalaman, Ekstraversi dan
Kesetujuan dengan Prestasi Kerja dalam Kalangan Pemimpin Pendidik bagi Sekolah
Prestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia. 30 (1): 102-112. ISSN-
2289-8174.
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail dan Wan Mohd
Khairul Wan Isa. (2019). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam
Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari dalam Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.
Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2010). Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori
dan Pelaksanaan. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ryckman, R. M. (2004). Theories of Personality (8th edition). Belmont, CA, US: Wadsworth.
Seddigh, A., Berntson, E., Platts, L. G., & Westerlund, H. (2016). Does Personality have a
Different Impact on Self-rated Distraction, Job Satisfaction, and Job Performance in
Different Office Types?.11(5).
Shariffah Sebran Jamila Syed Imam dan Mohammed Sani Ibrahim. (2010). Cabaran
Pemimpin Novis dalam Mengurus Sumber Manusia bagi Melahirkan Guru yang
Kompeten. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education.
Bandung Indonesia.
Shariffah Sebran Jamila Syed Imam, Mohammed Sani Ibrahim dan Mohd. Izham Mohd
Hamzah. (2013). Tret Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar di Malaysia: Perspektif
Pentadbir Sekolah. Seminar Kebangsaan kali Ke-IV. Pendidikan IPTA. Institute of
Education. International Islamic University Malaya.
Tony Bush & David Middlewood. (2013). Leading and Managing People in Education. Third
Edition. SAGE: Publication Ltd.
Utusan Malaysia. (2021). “Jangan Mulakan Perpecahan Kaum di Sekolah” dalam
https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/jangan-mulakan-perpecahan-kaum-di-
sekolah/. 19 April 2021.
Zaharah Hassan, Abu Daud Silong dan Nazri Muslim. (2009). Kepimpinan Beretika dan
Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. MALIM. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
TINJAUAN KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU
TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Norman bin Sani
Salleh bin Ismail Kong
Sainah Limbasan, Ph.D
Paulinia@Lija Tanin
Aminuddin bin Ismail
Bernadette John
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
ABSTRAK
Situasi pandemik COVID-19 telah menguji kepemimpinan pemimpin pendidikan dalam memastikan
sekolah dan golongan pendidik menjalankan fungsi dengan berkesan. Kajian bertujuan untuk
mengetahui tahap tindakan pemimpin sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga dimensi iaitu
pemimpin sebagai peneraju, pemimpin sebagai pembimbing dan pemimpin sebagai pendorong
terhadap keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Reka bentuk kajian ialah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik
yang diadaptasi daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Kaedah
persampelan rawak mudah digunakan dan melibatkan responden dalam kalangan pemimpin sekolah
yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di sekolah-sekolah pulau negeri Sabah. Dapatan
kajian menunjukkan semua elemen tahap tindakan pemimpin sekolah berada pada tahap tinggi.
Pemimpin sebagai peneraju menunjukan skor keseluruhan tertinggi iaitu 4.34 diikuti pemimpin sebagai
pendorong dengan skor 4.24 dan pemimpin sebagai pembimbing dengan skor 4.16. Impak kajian ini
memberi nilai tambah yang positif kepada pihak berkepentingan bagi memastikan kecemerlangan
organisasi berterusan dan keberkesanan PdP dapat direalisasikan secara terancang dan sistematik
mengikut arus perubahan semasa khususnya dalam konteks pendidikan norma baharu.
Kata kunci: Kepemimpinan, pemimpin sekolah pulau, pengajaran dan pembelajaran, perintah
kawalan pergerakan
PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu agenda yang dapat meningkatkan taraf hidup dan status sosial
serta tamadun sesebuah masyarakat dan negara. Menurut kenyataan oleh Menteri
Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid yang telah disiarkan dalam media sosial, kejayaan masa
hadapan sesebuah negara bergantung kepada kejayaan sekolah yang akan dicapai apabila
pemimpin dapat berperanan sebagai pemimpin yang berimpak tinggi untuk memajukan
sekolah dan meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Anjakan kelima
transformasi pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah mensasarkan pemimpin
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah menjelang tahun 2025. Pemimpin
berprestasi tinggi yang dimaksudkan oleh KPM tersebut termasuk pemimpin pendidikan
yang bertugas di sekolah-sekolah pulau. Dengan kata lain pemimpin berprestasi tinggi ini
ialah pemimpin yang memiliki sepuluh kompetensi terbaik seperti yang diterapkan kepada
barisan bakal pemimpin sekolah dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang merupakan kursus wajib kepada bakal Pengetua
dan Guru Besar (PGB) sebelum dilantik untuk memegang jawatan sebenar sebagai PGB.
Dalam konteks pendidikan masa kini, kepemimpinan yang berkesan memerlukan
seorang pemimpin sekolah yang bijak mengatur strategi kejayaan dan mendapat sokongan
daripada semua pihak termasuk guru, kakitangan sokongan, pelajar dan juga Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Lanjutan daripada itu, bagi memastikan PGB dapat melaksanakan
peranannya seperti yang dikehendaki oleh KPM, satu garis panduan pengurusan sekolah
yang merupakan satu alat untuk memastikan kelangsungan transformasi kepemimpinan
seseorang pemimpin sekolah telah dihasilkan iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2). Berdasarkan SKPMg2, Standard 1 dalam bidang Kepemimpinan,
pemimpin sekolah atau PGB perlu melaksanakan peranan yang terbaik dalam aspek kuantiti
dan kualiti iaitu PGB sebagai peneraju, PGB pembimbing dan PGB pendorong. Bahkan,
PGB perlu melaksanakan peranan ini untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan
menilai kualiti secara berterusan ke arah pencapaian pada tahap tertinggi. Selain itu, PGB
juga perlu menitikberatkan kualiti berasaskan eviden bagi membantu warga sekolah untuk
memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan dan
dihasratkan oleh KPM. Mengikut portal rasmi JNJK, pelaksanaan peranan PGB ini perlu
dilakukan secara optimum agar segala usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem
pendidikan negara berada pada landasan yang betul, khususnya di peringkat sekolah.
Aspirasi sistem yang berkualiti dapat mencapai hasrat untuk meningkatkan kualiti sekolah
dan kemenjadian murid dapat dipenuhi.
PENYATAAN MASALAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media pada 27 Mac
2020 berhubung dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui Surat Siaran Bilangan 3/2020. Berikutan
dengan perlanjutan tempoh PKP, KPM komited menzahirkan PdP bagi memastikan murid
tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang
selamat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah
(PdPR) melalui platform pembelajaran dalam talian mendapat reaksi negatif dalam kalangan
ibu bapa dan komuniti. Bahkan, situasi ini menyebabkan terdapat murid yang menghadapi
masalah berkaitan aspek psikologi seperti kebimbangan dan tekanan perasaan akibat
daripada talian internet yang lemah, masalah peranti yang digunakan dan masa
pembelajaran yang membantutkan proses pembelajaran (Mohd Fairuz et al., 2020). Selain
itu, segelintir individu pula melemparkan dakwaan di media sosial iaitu menuduh guru hanya
makan gaji buta sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pelaksanaan PKP dan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dalam masa yang sama, terdapat juga
pihak yang mempertikaikan profesionalisme pendidik sehingga menyarankan agar kerajaan
meletakkan guru yang dikatakan makan gaji buta ini dalam tugas barisan hadapan seperti
menjaga sekatan jalan raya (Berita Harian, 2020).
PKP yang dikuatkuasakan sejak Mac 2020 telah menguji kepemimpinan pemimpin
pendidikan di seluruh negara dalam memastikan sekolah dan golongan pendidik dapat
menjalankan fungsi dan peranan dengan berkesan. Cabaran ketidakpastian dan suasana
dalam norma baharu ini juga turut dihadapi oleh pemimpin-pemimpin di sekolah-sekolah
pulau yang menyukarkan pemimpin sekolah ini untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi
meningkatkan kualiti dan mencapai kemenjadian murid. Bahkan, perubahan yang mendadak
ini menuntut pemimpin agar mempunyai pendekatan kepemimpinan yang bersesuaian
dengan warga organisasi dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat secara berkesan
khususnya melalui dunia digital (Rahayu et al., 2020). Tambahan lagi, situasi COVID-19 telah
menyebabkan landskap pengajaran dan pembelajaran secara formal terjejas akibat arahan
penutupan institusi-institusi pendidikan yang disebabkan penularan wabak ini (Fairuz et al.,
(2020). Justeru itu, PGB perlu mengambil tindakan yang kreatif terutama dalam aspek
pengurusan dan pendidikan, lebih jelas dan mengambil kira keperluan sekolah bagi
memastikan PdPR dapat dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi tiga aspek
kepemimpinan dalam Standard 1, SKPMg2. Senario ini telah menarik minat pengkaji untuk
meninjau tindakan PGB di sekolah-sekolah pulau iaitu dalam aspek PGB sebagai peneraju,
PGB pembimbing dan PGB sebagai pendorong untuk menentukan kepemimpinan yang
berkesan dengan melaksanakan pelbagai tindakan secara fleksibel, cekap dan bijaksana
menangani perubahan dalam masa PKP.
OBJEKTIF
Penyelidikan ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian berikut.
a. Mengenal pasti tahap tindakan pemimpin sekolah sebagai peneraju dalam
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
b. Mengenal pasti tahap tindakan pemimpin sekolah sebagai pembimbing dalam
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
c. Mengenal pasti tahap tindakan pemimpin sekolah sebagai pendorong dalam
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan, soalan kajian yang berikut diharap
dapat dijawab melalui kajian yang dijalankan.
a. Apakah tahap tindakan pemimpin sekolah sebagai peneraju dalam memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran?
b. Apakah tahap tindakan pemimpin sekolah sebagai pembimbing dalammemastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran?
c. Apakah tahap tindakan peimpin sekolah sebagai pendorong dalam memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran?
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini memberikan satu gambaran yang komprehensif berkaitan dengan tahap
kepemimpinan pemimpin sekolah di sekolah-sekolah pulau dalam usaha untuk memastikan
keberkesanan penyampaian PdP kepada murid semasa dalam tempoh PKP dilaksanakan.
Hal ini adalah penting untuk menjawab kerisauan komuniti dan ibu bapa terhadap peranan
guru sebagai pendidik dalam masa pandemik COVID-19. Tahap tindakan dan peranan PGB
sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong akan memberikan satu keyakinan yang tinggi
kepada warga organisasi, ibu bapa dan masyarakat. Kajian ini juga penting untuk memberi
nilai tambah kepada pihak-pihak berkenaan seperti IAB, PPD, JPN dan KPM yang
bertanggungjawab untuk memikirkan inisiatif yang dapat membantu memantapkan lagi
keberkesanan kepemimpinan pemimpin sekolah sebagai pemimpin berprestasi tinggi. Dalam
masa yang sama, kajian ini memberi impak positif bagi mewujudkan ruang dan peluang
kepada pihak IAB Cawangan Sabah khususnya dalam pembangunan modul kepemimpinan
pemimpin di sekolah-sekolah pulau negeri Sabah.
1.5 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan hanya dalam kalangan pemimpin sekolah melibatkan PGB di
sekolah-sekolah pulau negeri Sabah dengan justifikasi bahawa komuniti pendidikan
sekolah-sekolah di pulau ini adalah amat unik. Komuniti yang dimaksudkan ialah guru, murid
dan staf sokongan sama ada yang tinggal berdekatan dengan sekolah tersebut mahupun
yang tinggal jauh atau di luar lokasi sekolah pulau. Situasi di sekolah pulau merupakan satu
cabaran unik yang menarik perhatian pengkaji untuk melihat sejauh mana tindakan dan
peranan PGB sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong untuk mendepani situasi PKP
yang menghadkan pergerakan komuniti sekolah.
KAJIAN LEPAS
Sekolah merupakan sebuah organisasi yang dapat membentuk modal insan yang seimbang
dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, amalan
kepemimpinan yang berkualiti di sekolah merupakan kunci utama bagi merealisasikan
matlamat dan agenda pendidikan di Malaysia sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara (Rahayu et al., 2020). Berdasarkan kamus kompetensi Program
Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2.0,
kepemimpinan dikaitkan dengan keupayaan pemimpin sekolah untuk memimpin pelbagai
pihak ke arah mencapai matlamat organisasi. Hal sedemikian penting agar pemimpin
sekolah dapat memainkan peranan dalam menangani perubahan agenda pendidikan negara
kerana prestasi kepemimpinan yang berkualiti berkait rapat dengan keberkesanan dan
kecekapan pentadbiran sekolah (Sufean, 2005). Menurut Drucker (2017), pemimpin perlu
mempersiapkan diri bagi mendepani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan yang
berubah-ubah dan melakukan perubahan dalam pengurusan dan kepimpinan mengikut
keperluan semasa. Justeru itu, perubahan yang mendadak ini memerlukan pemimpin
sekolah berupaya menghadapi norma baharu terutama dalam meningkatkan kualiti PdP dan
kemenjadian murid.
Kajian lepas mendedahkan bahawa salah satu faktor utama kecemerlangan sesebuah
sekolah adalah faktor kepemimpinan pemimpin sekolah yang berkualiti. Lanjutan daripada itu,
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) disediakan sebagai satu
dokumen dan panduan yang komprehensif, dinamik dan realistik kepada pihak sekolah
untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pembangunan institusi pendidikan yang lebih
cemerlang (KPM, 2017). Berdasarkan SKPMg2 di dalam Standard 1, tiga aspek utama yang
perlu dicapai dalam kepemimpinan pemimpin sekolah ialah PGB sebagai peneraju, PGB
sebagai pembimbing dan PGB sebagai pendorong. Justeru itu, PGB berperanan sebagai
pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah
secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti PdP. Menurut kajian
oleh Zakaria & Sufean (2016 ), pemimpin sekolah perlu selalu memberi penegasan tentang
dimensi dalam aspek menjelaskan visi dan misi sekolah. Bahkan, pemimpin harus
memfokuskan peranan penting dalam menetapkan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah
mencapai kecemerlangan yang memberi impak tinggi kepada kemenjadian murid
(Elangkumaran, 2012). Standard 1 dalam bidang kepemimpinan, memfokuskan peranan
PGB sebagai peneraju yang bertindak dalam semua aspek pengurusan dan pendidikan di
sekolah bagi memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan tercapai. Begitu juga
dengan peranan PGB sebagai pembimbing yang bertindak sebagai pembimbing untuk
meningkatkan kecekapan individu dan kualiti pengurusan sekolah. Seterusnya, PGB sebagai
pendorong pula bertindak untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam melaksanakan
tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti (KPM, 2017).
Hakikatnya, kepemimpinan pemimpin masa kini berhadapan cabaran pendidikan norma
baharu akibat penularan COVID-19 (Mohd Fairuz et al., 2020). Situasi ini memerlukan
kebijaksanaan pemimpin sekolah untuk terus menerajui organisasi secara menyeluruh bagi
memastikan tindakan yang selari dapat dilaksanakan ke arah kemenjadian murid seperti
yang diharapkan oleh KPM. Hal sedemikian penting agar pemimpin sekolah berupaya
menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan
sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru (KPM, 2017). Justeru
itu, pemimpin perlu menangani isu dan bersedia menghadapi segala cabaran yang bakal
berlaku agar dapat menyelesaikan setiap situasi yang tidak menentu secara bijaksana
(Drucker, 2017). Menurut Rahayu et al. (2020), cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh
pemimpin sekolah dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari semasa
PKP adalah (i) menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks; (ii) mengamalkan
komunikasi berkesan; (iii) mempunyai fleksibiliti; (iv) mengaplikasi teknologi terkini; (v)
menggabung konsep lama dan baharu; (vi) dan menjadi fasilitator perubahan.
KERANGKA KAJIAN
Kerangka konseptual dibangunkan bagi kajian ini berdasarkan kepada penerokaan dan
penelitian pelbagai teori, model dan tinjauan literatur untuk mengkaji tahap kepemimpinan
pemimpin di sekolah-sekolah pulau terhadap keberkesanan pengajaran dan pengajaran
semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Berdasarkan kepada kerangka
konseptual yang ditunjukkan Rajah 1 di bawah, kepemimpinan pemimpin sekolah yang
berkualiti bersandarkan kepada tiga aspek kepemimpinan seperti yang terkandung dalam
Standard 1, SKPMg2 iaitu pemimpin sekolah sebagai peneraju, pemimpin sebagai
pembimbing dan pemimpin sebagai pendorong ke arah menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Kepemimpinan Peneraju Pengajaran dan
Pemimpin Sekolah Pembimbing Pembelajaran
Pendorong
Rajah1.1 : Kerangka Kajian Berkesan
METODOLOGI
Metodologi merupakan perkara yang amat diutamakan dalam sesebuah penyelidikan.
Menurut Rohana Yusof (2003), metodologi kajian adalah teknik-teknik yang dilakukan secara
tersusun, teratur serta teliti mengenai semua aspek masalah yang dikaji. Aspek-aspek yang
dibincangkan ialah seperti reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, penentuan saiz
sampel, lokasi kajian dan instrumen kajian. Kesemua aspek yang disebutkan ini akan
dihuraikan oleh pengkaji iaitu sebagai asas dan panduan pengkaji dalam menjalankan kajian
agar tidak menyimpang daripada tujuan kajian serta dapat mencari penyelesaian.
Rekabentuk kajian
Kajian ini mengaplikasikan kajian kuantitatif iaitu kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan
menggunakan instrumen soal selidik. Menurut Noraini (2010), kaedah tinjauan secara
umumnya digunakan untuk mengetahui tentang sikap, kepercayaan, nilai, tingkah laku dan
maklumat lain berkaitan dengan sekumpulan orang. Sehubungan itu, kajian tinjauan ini
dilaksanakan untuk melihat tingkah laku pemimpin iaitu tahap tindakan pemimpin di
sekolah-sekolah pulau terhadap pelaksanaan PdP dalam masa pelaksanaan PKP di seluruh
negara. Secara umumnya, pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini merupakan
satu pendekatan yang berasaskan kuantiti menggunakan angka skor dan kekerapan.
Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini, populasi kajian yang dipilih adalah terdiri dalam kalangan pemimpin
sekolah-sekolah pulau iaitu pengetua dan guru besar yang bertugas di sekolah-sekolah
pulau di negeri Sabah. Noraini (2010) menjelaskan populasi adalah merupakan kumpulan
yang menarik perhatian penyelidik dan membolehkan penyelidik membuat generalisasi
melalui dapatan yang diperoleh. Pemilihan populasi ini adalah selaras dengan kebitaraan
(niche area) Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah iaitu sekolah-sekolah pulau dan
pedalaman.
Kaedah persampelan yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah persampelan bertujuan
kerana sampel pemimpin sekolah yang dipilih adalah pemimpin daripada sekolah-sekolah di
pulau. Noraini (2010) menyatakan sampel merupakan kumpulan yang menjadi sumber
informasi yang diperlukan oleh pengkaji dalam mencapai matlamat kajian. Oleh kerana
sampel terdiri daripada pemimpin-pemimpin sekolah yang dipilih oleh pengkaji, maka
prosedur persampelan rawak mudah dipilih kerana memberi ruang untuk pengkaji
menentukan sampel yang sesuai dengan maksud penyelidikan. Menurut Fauzi Hussin, et al.
(2014) persampelan ini memastikan setiap elemen dalam populasi mempunyai peluang yang
sama bebas untuk dipilih sebagai sampel. Hal ini bermakna tidak berlaku ‘bias’ dalam proses
pemilihan tetapi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Kaedah persampelan rawak
mudah pula digunakan untuk meninjau tahap kepemimpinan pemimpin sekolah yang
bertugas di sekolah rendah dan menengah yang berada di pulau dalam negeri Sabah.
Penentuan Saiz
Sampel adalah berdasarkan kaedah penjadualan Krejcie dan Morgan, (1970) iaitu
melibatkan seramai 37 orang responden.
Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik yang digunakan untuk mengutip data kajian ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi dan bahagian B berkaitan dengan peranan
pemimpin sekolah berdasarkan instrumen SKPMg2 Standard 1. Jumlah item soalan dalam
bahagian B adalah sebanyak 20 item iaitu 7 item melibatkan pemimpin sebagai peneraju, 6
item memfokuskan pemimpin sebagai pembimbing dan 7 item merangkumi pemimpin
sebagai pendorong.
Prosedur Pengumpulan Data
Dalam usaha untuk mendapatkan data-data bagi kajian ini, satu set soal selidik diedarkan
kepada PGB di sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini. Soal selidik diedarkan
secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Form. Data yang diperoleh
seterusnya dikumpul untuk tujuan analisis data.
Analisis Data
Analisis data dalam kajian ini dilaksanakan dengan menyemak borang-borang soal selidik
yang telah dijawab oleh responden. Data daripada soal selidik akan diproses menggunakan
‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) Versi 26. Seterusnya, data yang diperoleh
ini dimasukkan ke dalam sistem SPSS untuk dianalisis dan ditafsir mengikut kesesuaian alat
kajian dengan data yang dikumpul. Penyataan dalam bentuk skor min dan peratus akan
dihuraikan bagi menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan. Statistik digunakan
untuk mendapatkan peratus dalam aspek jantina, jawatan, pengalaman dan tempoh
bertugas di sekolah. Nilai min (skor min) digunakan untuk melihat tahap tindakan dalam
kalangan pemimpin sekolah pulau sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini adalah menjawab objektif kajian yang dikemukakan iaitu berkaitan dengan
tahap kepemimpinan pemimpin sekolah-sekolah pulau terhadap keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran semasa dalam tempoh PKP.
Demografi responden
Demografi responden daripada aspek jantina, jenis sekolah, kategori sekolah, mengikut
kursus NPQEL dan pengalaman perkhidmatan mengikut tahun.
Jantina Jadual 1.1 : Bilangan responden mengikut jantina Peratus
Lelaki 86.5
Perempuan PGB 13.3
32
Jumlah 5 100
37
Jenis Sekolah Jadual 1.2 : Bilangan responden mengikut jenis sekolah Peratus
SK/SRK/SJK(C) 94.6
SMK PGB 5.4
35
Jumlah 2 100
37
Jadual 1.3 : Bilangan responden mengikut kategori sekolah
Kategori Sekolah PGB Peratus
Luar Bandar
Pedalaman 8 21.6
Jumlah 29 78.4
37 100
Kursus NPQEL Jadual 1.4 : Bilangan responden mengikut kursus NPQEL Peratus
Ya 64.9
Tidak PGB 35.1
24
Jumlah 13 100
37
Jadual 1.5 : Bilangan responden mengikut tempoh perkhidmatan (tahun)
Tahun PGB Peratus
1 - 5 tahun 19 51.4
Melebihi 5 tahun 16 43.2
Jumlah 37 100
Jadual 1.1 menunjukkan 32 orang (86.5%) responden adalah lelaki manakala 5 orang
(13.3%) responden adalah perempuan. Bagi Jadual 1.2, memaparkan bilangan responden
mengikut jenis sekolah iaitu 35 orang (94.6%) responden adalah di sekolah rendah dan 5
orang (5.4%) responden pula di sekolah menengah. Seterusnya, Jadual 1.3 pula
menerangkan tentang bilangan responden mengikut kategori sekolah iaitu sekolah luar
bandar seramai 8 orang (21.6%) manakala pedalaman seramai 29 orang (78.4%). Dalam
Jadual 1.5, mendedahkan bilangan responden yang mengikuti kursus NPQEL yang
melibatkan 24 orang (64.9%) manakala tidak mengikuti kursus NPQEL seramai 13 orang
(35.1%). Jadual 1.6 menunjukkan bilangan responden mengikut tempoh perkhidmatan iaitu
19 orang (51.4%) mempunyai 1 hingga 5 tahun berkhidmat dan 16 orang (43.2%) berkhidmat
melebihi 5 tahun.