Tonggak 3: Peningkatan dan Pembangunan Profesional
Ruang disediakan kepada guru semasa hari persekolahan untuk mengikuti kursus-kursus
dalam talian, khususnya untuk menyokong Professional Learning Community (PLC) dan cara
inovatif untuk menggabungkan teknologi dalam pendidikan di sekolah amat ditekankan dalam
tonggak ketiga ini. Pemimpin dan guru sekolah perlu membangunkan PLC menggunakan
pelbagai alatan media sosial dan kerap terlibat dalam wacana dengan dan mendapatkan
respons daripada pengamal dan pakar untuk meningkatkan amalan profesional.
Kajian ini mendapati bahawa amalan pemimpin sekolah dalam menggalakkan guru untuk
membimbing murid menggunakan teknologi digital bagi penyelesaian masalah yang kompleks
masih pada tahap rendah manakala amalan tahap sederhana pula ditunjukkan melalui item
memastikan latihan diberikan kepada guru sebagai persediaan untuk melaksanakan PdPR.
Namun demikian, bagi mengupayakan guru untuk menghasilkan pembelajaran kendiri
berasaskan teknologi digital seperti menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams dalam
DELIMa, Youtube, MOOC, Frog VLE dan persekitaran pembelajaran digital masih pada tahap
rendah. Pemimpin sekolah dilihat pada tahap sederhana dalam memantau guru dalam
melaksanakan PdPR dan menggalakkan guru menggunakan pelantar pembelajaran digital KPM
(DELIMa) bagi tujuan PdP. Kajian juga menunjukkan bahawa amalan menggalakkan
penggunaan sumber digital untuk perkembangan profesional, menjalankan aktiviti melalui
perkongsian pintar untuk mempertingkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dan sokongan pada guru untuk membimbing murid menggunakan teknologi digital masih
tahap rendah bagi tujuan merancang dan mengurus pembelajaran dalam pelbagai persekitaran.
Aspek Jadual 4: Peningkatan dan pembangunan profesional Interpretasi
Min Sisihan Piawai
A46 2.20 1.090 Rendah
A51 2.75 .945 Sederhana
A30 2.25 1.215 Rendah
A54 3.44 1.127 Sederhana
A28 2.24 1.065 Rendah
A21 1.81 1.130 Rendah
A17 2.41 1.010 Rendah
A12 2.63 1.352 Sederhana
A44 2.32 1.208 Rendah
2.45 1.1267 Rendah
Keseluruhan
Tonggak 4: Komunikasi
Pada tonggak ini, pemimpin sebaiknya menunjukkan kuasa jenama sekolah yang positif dan
sejajar melalui penggunaan digital berterusan yang menjangkau khalayak di luar komuniti
sekolah dan menanamkan rasa bangga yang lebih kepada masyarakat. Masyarakat akan
mengetahui jenama sekolah itu di platform digital dan terlibat dengan sekolah secara digital.
Amalan kepimpinan digital adalah pada tahap sederhana melalui kajian terhadap kekerapan
responden berkolaborasi bersama sekolah dalam pembestarian sekolah iaitu melibatkan Ibu
bapa, masyarakat, sektor swasta, agensi kerajaan (KPM atau bukan KPM) dan entiti
antarabangsa. Seterusnya, item keupayaan responden menyebarluaskan maklumat
pelaksanaan aktiviti PdPR pada tahap sederhana dengan min 3.36. Item kekerapan
penyebaran dan perkongsian pelan tindakan dan taktikal pembestarian sekolah kepada pihak
berkepentingan dalam tahun semasa adalah pada tahap rendah manakala tindak balas laporan
dibuat kepada pihak berkepentingan berhubung isu berkaitan TMK pada tahap sederhana
dengan min 3.34. Pemimpin sekolah dilihat masih pada tahap rendah dalam mengurus dan
berkongsi pelbagai sumber digital daripada sumber diyakini tidak menyalahi undang-undang.
Min yang rendah iaitu pada tahap 2.40 menunjukan pemimpin masih kurang mengambil berat
tentang penggunaan dan pengurusan keselamatan siber dalam setiap urusan sekolah yang
dilakukan secara dalam talian.
Aspek Jadual 5: Komunikasi Interpretasi
Min Sisihan Piawai
A18 2.70 1.066 Sederhana
A53 3.36 1.166 Sederhana
A13 2.46 1.047 Rendah
A14 3.34 1.624 Sederhana
A25 2.26 1.167 Rendah
A48 2.40 1.289 Rendah
2.75 1.227 Sederhana
Keseluruhan
Tonggak 5: Perhubungan Awam
Dalam kepimpinan digital, tonggak lima ini menunjukkan perlunya hasil kerja pelajar dikongsi
setiap hari merentas rangkaian untuk menggambarkan inovasi dan kejayaan. Sekolah
seharusnya kerap menyiarkan acara secara langsung seperti konsert, pertunjukan seni, majlis
anugerah, graduasi dan olahraga serta menyediakan kemas kini berterusan melalui alatan
digital. Strategi perhubungan awam menggunakan alatan digital multimedia dan alatan media
sosial untuk memanfaatkan kuasa perkongsian gambar, video dan teks pencapaian pelajar dan
guru. Semua pihak berkepentingan sekolah (pentadbir, guru, pelajar) diberi kuasa untuk
berkongsi cerita positif sekolah semasa mereka menggunakan media sosial.
Kajian menunjukkan bahawa pengiktirafan yang diterima oleh sekolah responden berdasarkan
penglibatan dalam aktiviti berkaitan TMK dan peringkat pencapaian tertinggi murid sekolah
sebagai pengupaya dalam tahun semasa masih pada tahap yang rendah masing-masing
dengan min 1.91 dan 2.15. Malah responden turut menunjukkan amalan yang rendah dalam
mengenal pasti, mengurus risiko dan keselamatan terhadap penggunaan TMK di sekolah yang
berhubung kait dengan kecurian identiti, penipuan dalam talian, buli siber, ketagihan siber,
spam dan memancing data phishing. Namun begitu, responden menunjukkan amalan pada
tahap sederhana dalam menjalankan aktiviti pelan strategik pembestarian sekolah yang telah
dirancang dalam mesyuarat.
Jadual 6: Perhubungan Awam
Aspek Interpretasi
A23 Min Sisihan Piawai Rendah
A40 Rendah
A49 1.91 .903 Rendah
A16 2.15 1.095 Sederhana
A50 2.36 1.332 Sederhana
2.60 .948 Rendah
Keseluruhan 2.53 1.130
2.31 1.082
Tonggak 6: Penjenamaan
Dalam kepimpinan digital Sheninger, kakitangan sekolah harus kerap menggunakan alat digital
untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan komuniti pihak berkepentingan. Pelajar dan ibu
bapa juga disaran berhubung dan melibatkan diri dengan sekolah menggunakan teknologi.
Pelbagai sesi sokongan, dengan pelbagai mod pengajaran (bertulis, model, interaktif)
disediakan untuk memastikan pelajar, ibu bapa dan masyarakat boleh berkomunikasi dengan
sekolah secara digital. Budaya kerjasama harus ditunjukkan di mana guru dan kakitangan kerap
berkongsi kerja, idea dan inovasi, melalui kedua-dua kaedah tradisional dan alat kerjasama
dalam talian dan digital, dengan niat bertujuan untuk memupuk amalan baharu dan
membangunkan peluang pembelajaran merentas kurikulum yang ketat, relevan untuk semua
pelajar.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam memantau kesesuaian aplikasi dalam proses
komunikasi dan kolaboratif semasa aktiviti dijalankan iaitu Webex, Microsoft Team, Zoom,
Google Docs, Padlet, WhatsApp dan Telegram adalah pada tahap rendah. Satu-satunya
amalan pada tahap yang tinggi adalah melibatkan penggunaan aplikasi bagi melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah iaitu menggunakan Kahoot, Google Form, Google
Slide, Quizlet dan Quizizz. Penggunaan laman persekitaran pembelajaran maya (VLE) dan
sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang berkaitan PdPc iaitu Google Classroom, Moodle,
Microsoft Classroom dan Schoology berada pada tahap sederhana. Untuk menghasilkan
inovasi dan sokongan untuk penjenamaan juga tahap amalan yang masih rendah. Justeru itu,
bimbingan dan bantuan pedagogi dan teknologi daripada pihak berkepentingan seperti Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diperlukan. Namun demikian,
responden menunjukkan amalan sederhana dalam memantau ciri-ciri daya cipta melibatkan
kreativiti, inkuiri dan membuat keputusan bagi menggalakkan guru menghasilkan sumber digital
sendiri yang terdapat dalam sesuatu inovasi yang dibangunkan untuk tujuan PdPc.
Jadual 7: Penjenamaan
Aspek Interpretasi
A11 Min Sisihan Piawai Sederhana
A34 Tinggi
A36 2.69 1.294 Sederhana
A20 3.67 1.236 Rendah
A22 3.34 1.341 Sederhana
A26 2.15 .942 Sederhana
2.59 1.316 Sederhana
Keseluruhan 2.69 1.419
2.86 1.258
Tonggak 7: Peluang
Tonggak ketujuh berdasarkan kerangka Kepimpinan Digital Sheninger ialah tentang peluang
yang membolehkan pelajar kerap didedahkan kepada peluang pembelajaran yang tulen,
penceramah jemputan dan pakar topik, secara fizikal dan maya serta di dalam dan di luar
kawasan sekolah, untuk mengembangkan pengetahuan dan rasa ingin tahu mereka sambil
membuat perhubungan merentas bidang kandungan. Sekolah dan pelajar sebaiknya
membentuk perkongsian yang saling menguntungkan dengan organisasi di luar komuniti
setempat dimana hasil perkongsian ini secara khusus menyediakan pengalaman pembelajaran
yang relevan dan tulen untuk pelajar.
Kajian ini menunjukkan maklum balas responden yang masih pada tahap rendah terhadap
penggunaan aplikasi bagi tujuan kolaboratif antara sekolah responden dengan sekolah lain bagi
tujuan amalan pedagogi inovatif iaitu merangkumi Dropbox, Google Drive, Share point,
YouTube, One drive dan Skype. Namun demikian, responden menyatakan guru menggunakan
laman persekitaran pembelajaran maya (VLE) dan sistem pengurusan pembelajaran (LMS)
yang berkaitan PdP di sekolah responden seperti Google Classroom, Moodle, Microsoft
Classroom atau Schoology pada tahap sederhana. Begitu juga galakan guru untuk
membimbing murid menyertai pertandingan berkaitan digital atau yang menggunakan digital di
peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Responden juga
menyatakan amalan yang rendah ketika menggalakkan guru untuk membimbing murid
mengenal pasti, menilai dan memilih sumber dalam talian yang boleh dipercayai untuk
perkongsian atau kegunaan sendiri. Amalan rendah turut berlaku dalam memastikan guru tidak
menyalahgunakan teknologi, diskriminasi, prejudis serta pilih kasih dalam penyampaian
maklumat dan ketika menggunakan aplikasi dalam membuat pentaksiran. Bagi membuka
peluang pembelajaran yang tulen, amalan tahap juga adalah rendah terutama dalam
menyelaras jadual waktu dan pelaksanaan penilaian PdPR.
Jadual 8: Peluang
Aspek Interpretasi
A15 Min Sisihan Piawai Rendah
A36 Sederhana
A39 2.18 1.141 Sederhana
A41 3.34 1.341 Rendah
A45 2.51 1.241 Rendah
A33 2.35 1.180 Rendah
A52 2.36 1.286 Sederhana
A57 1.97 1.193 Sederhana
3.21 1.274 Sederhana
Keseluruhan 3.07 .933
2.62 1.199
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan amalan dan pengaplikasian kepimpinan digital masih pada tahap
rendah. Berdasarkan kepada kerangka tujuh tonggak kepimpinan digital Sheninger, purata
setiap tonggak menunjukkan amalan kepimpinan digital yang rendah. Kerangka tujuh tonggak
Kepimpinan Digital Sheninger diadaptasi dan diolah seperti dalam Rajah 3 di bawah iaitu
menunjukkan bahawa amalan kepimpinan digital harus mengutamakan tiga tonggak utama iaitu
pembelajaran dan penglibatan pelajar, ruang, persekitaran pembelajaran dan peningkatan dan
pembangunan profesionalisme sebagai asas kepada amalan kepimpinan digital.
Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran bilik darjah adalah proses yang perlahan dan rumit
kerana dipengaruhi oleh banyak faktor daripada persekitaran sekolah, penggunaan peralatan,
keperluan latihan, masalah masa sekitar pengajaran dengan teknologi dan perancangan
(Ertmer, 1999; Hew & Brush, 2007; Hsu, 2010). Hal ini menekankan kepada amalan, kemahiran
dan pengetahuan bidang digital kepada warga sekolah. Latihan dan sokongan teknikal
termasuk arahan yang diberikan kepada guru untuk menggunakan alat teknologi dan sumber
yang menyokong pembelajaran dengan berkesan dan juga bantuan yang disediakan untuk
menubuhkan dan menyelenggara perkakasan dan perisian teknologi (Hew & Brush, 2007).
Sehubungan dengan itu, pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting untuk guru
mengenal pasti pendidikan berasaskan teknologi secara strategik dan berlandaskan etika
sebagai warganegara digital yang bertanggungjawab kerana pengetahuan dan kemahiran
menjadi nilai ukur kepada kemenjadian murid (Mourad et al., 2018).
Berdasarkan kajian ini, tiga tonggak utama masih berada tahap rendah. Hal ini menunjukkan
bahawa amalan kemahiran dan pengetahuan pemimpin sekolah masih rendah dalam
kewarganegaraan digital di sekolah. Kewarganegaraan digital mewakili dimensi baru
pendidikan kewarganegaraan yang berfokus kepada aspek mengajar pelajar untuk bekerja,
tinggal dan berkongsi dalam persekitaran digital dengan cara yang positif merangkumi prestasi
belajar dan akademik pelajar, persekitaran pelajar dan tingkah laku pelajar, kehidupan pelajar
di luar persekitaran sekolah (Aytekin & Azlem, 2014).
Rajah 3: Kerangka Kepimpinan Digital untuk Pemimpin Sekolah di Sabah
Manakala empat lagi tonggak kepimpinan digital yang menyokong kepimpinan digital pemimpin
sekolah di Sabah ini menunjukkan amalan yang berbeza di mana hanya tonggak perhubungan
awam menunjukkan amalan yang rendah di kalangan pemimpin sekolah di sekolah bandar
negeri Sabah. Perkara ini dilihat kerana secara puratanya tidak terdapat pengiktirafan peringkat
tertinggi yang boleh dikongsikan dalam talian seperti menyiarkan acara secara langsung
pencapaian yang dikecapi. Penggunaan multimedia untuk meningkatkan proses refleksi
memberi peluang kepada pelajar untuk (a) mempelajari kemahiran teknologi asas, dan (b)
menggunakan "modaliti deria berganda" dengan itu meningkatkan motivasi dan pengekalan
maklumat (Neo & Neo, 2001). Namun tiga lagi tonggak dilihat berada pada tahap sederhana
dalam amalan pemimpin sekolah iaitu Peluang, Komunikasi dan Penjenamaan. Ini
menunjukkan bahawa terdapat usaha di kalangan pemimpin sekolah di Sabah dalam
menggalakkan penggunaan aplikasi dalam talian seperti Delima dan Google Classroom. Aktiviti
pembelajaran yang teratur harus digunakan kerana e-pembelajaran adalah salah satu kaedah
untuk pelajar menggunakan teknologi (K. Hamid et al, 2019). Galakan pemimpin sekolah
menggunakan platform ini dalam PdP dan merangsang pelajar untuk mengikuti aktiviti
melibatkan TMK di luar sekolah. Google Classroom lebih mudah, mudah digunakan, dan
inisiatif, yang menjadikannya sesuai untuk tenaga pengajar dengan tahap pengalaman e-
Pembelajaran yang berbeza-beza. Tindak balas terhadap maklumat dan laporan kepada pihak
berkepentingan dari dalam atau luar sekolah berhubung isu berkaitan TMK dapat disimpulkan
bahawa pemimpin sekolah sedar tentang hubungan guru dan pelajar dalam pembelajaran perlu
dirancang dan dikongsi untuk tindakan lanjut. Dialog guru-pelajar yang sempurna dapat
meningkatkan hubungan guru-pelajar dan meningkatkan proses kreatif. Oleh itu, penilaian
heuristik dapat membantu kita memahami hubungan ini dengan melihat interaksi ini di platform
dalam talian (Nacu et al., 2018). Pemimpin sekolah turut memohon bimbingan dan bantuan
pedagogi dan teknologi daripada pihak berkepentingan seperti daripada JPN atau PPD.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mendedahkan kepentingan tujuh tonggak kepimpinan
digital yang perlu diamalkan pemimpin sekolah dalam pengurusan organisasi khususnya dalam
konteks pemimpin sekolah di bandar negeri Sabah. Pemimpin sekolah seharusnya
memantapkan amalan kepimpinan digital secara meluas di sekolah. Kajian ini memberi nilai
tambah yang bermanfaat kepada sistem pendidikan terutama pemimpin sekolah untuk
mencapai tahap kepimpinan teknologi yang tinggi. Bahkan, pemimpin sekolah juga dapat
meneliti kelebihan dan kekurangan yang ada bagi membentuk organisasi sekolah yang lebih
cemerlang. Kajian lanjutan dicadangkan agar mengambil kira semua jenis sekolah di bandar
dan luar bandar di negeri Sabah untuk menggambarkan situasi sebenar dengan lebih holistik.
Rentetan itu, kajian menggunakan kaedah kualitatif boleh digunakan supaya maklumat yang
diperoleh adalah lebih meluas dan terperinci bagi menyokong data. Memandangkan kajian
ini lebih memfokuskan amalan kepimpinan digital terhadap pemimpin sekolah berlandaskan
tujuh tonggak kepimpinan digital Sheninger, maka kajian lanjutan perlu menumpukan perhatian
terhadap maklum balas pihak pemimpin setelah mendapat latihan berkaitan kepimpinan digital.
Kajian ini dilihat amat penting kepada sistem pendidikan di Malaysia kerana berupaya memberi
sumbangan terhadap pembangunan yang berteraskan kepimpinan teknologi.
RUJUKAN
Amin, U. U., Nordin, N., & Hasbullah, S. A. (2021). Assessment of culinary class
demonstration methods on students’ performance: Video versus live streaming.Journal
of Event, Tourism and Hospitality Studies,1(1), 71-
94.https://doi.org/10.32890/jeth2021.1.4
Aytekin Isman, & Azlem Canan Gungoren. (2014). Digital citizenship. The Turkish Online
Journal of Education Technology, 13(3), 73–77.
Brown, C., Czerniewicz, L., Huang, C. W., & Mayisela, T. (2016). Curriculum for digital
education leadership: A concept paper.
Ertmer, P.A. (1999). Addressing first-and second-order barriers to change: Strategies for
technology integration. Educational Technology Research and Development, 47(4), 47-
61.
Ehlers, U. D. (2020). Digital leadership in higher education. Journal of Higher Education Policy
and Leadership Studies, 1(3), 6-14. DOI:
Hew, K.F., & Brush, T.(2007). Integrating technology into K-12 teaching and learning: Current
knowledge gaps and recommendations for future research. Educational Technology
Research and Development, 55(3), 223-252.
Hsu, P.S.(2016). Examining current beliefs, practices and barriers about technology integration:
A case study. TechTrends: Linking Research and Practise to Improve Learning, 60(1),
30-40.
K. Hamid, A., et al. (2019). Evaluation of Implementation of Blanded Learning Implementation
in Universitas Negeri Medan. Britain International of Linguistics, Arts and
Education; 1(2): 224-231.
Mohd. Norakmar Omar, Siti Noor Ismail and Abd Latif Kasim (2020), Karakter Kepimpinan
Teknologi Pengetua dalam Pengintegrasian ICT di Sekolah Menengah, Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, Januari 2020 , Bil. 7, Isu 1.
Mourad Benali, Mehdi Kaddouri, & Toufik Azzimani. (2018). Digital Competence of
Moroccan Teachers of English. International Journal of Education and Development
Using Information and Communication Technology(IJEDICT), 14(2), 99–120.
Nacu, D., Martin, C. K., & Pinkard, N. (2018). Designing for 21st century learning online: A
heuristic
method to enable educator learning support roles. Educational Technology Research
and Development, 66(4), 1029–1049. https://doi.org/10.1007/s11423-018-9603-0.
Neo, M., & Neo, K. T. (2001). Innovative teaching: Using multimedia in a problem-based
learning
environment. Educational Technology & Society, 4(4), 19-31.
Norizan Razak. (2008). Bridging digital divide in Malaysia: Cyber learning for the marginalized
community. Proceedings of Association of Pacific Rim ….
Norjumahtul Adawwiah Bt Ab Majid (2021), E-LEARNING: ISSUE AND CHALLENGE ON,
Case Study 01: TU6294, UKM, Bangi, Selangor, Malaysia
Nurfaradilla Mohamad Nasri, Hazrati Husnin, Siti Nur Diyana Mahmud and Lilia Halim (2020),
Mitigating the Covid-19 pandemic: a snapshot from Malaysia into the coping strategies
for pre-service teachers education, Journal of Education for Teaching 2020, Vol. 46, No.
4, 546-553
Sheninger, E. (2014). Digital Leadership: Changing Paradigms for Changing Times. Thousand
Oaks, CA: Corwin Press
Sheninger, E. (2020), The Vital Role of Digital Leadership in Transforming Education, Retrieved
January 29, 2022 at https://esheninger.blogspot.com/2020/05/the-vital-role-of-digital-
leadership-in.html
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMIMPIN JUSA C KE ARAH INISIATIF
MELESTARIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI
Sainah Limbasan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan sesebuah organisasi berkait rapat dengan inisiatif
pemimpin sekolah yang autentik dan dinamik bagi mendepani cabaran transformasi pendidikan masa
kini. Pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah memainkan peranan penting terhadap
kelestarian kualiti pendidikan dengan mewujudkan ruang dan peluang terbaik untuk mencapai aspirasi
negara sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka kepimpinan instruksional
pemimpin JUSA C dalam memacu kelestarian organisasi yang cemerlang. Pengetua cemerlang
JUSA C merupakan informan utama yang ditemu bual untuk memperoleh data dalam kajian ini. Data
temu bual ditranskripsi dan analisis kandungan dilakukan dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi
7.12.5. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C bersandarkan
kepada tiga domain utama iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan
membentuk iklim sekolah yang positif ke arah melestarikan pendidikan berkualiti. Kepimpinan
instruksional yang diamalkan pemimpin JUSA C ini berupaya memberi nilai tambah yang positif
kepada kecemerlangan organisasi dan memantapkan lagi pentadbiran pemimpin selaras dengan
transformasi pendidikan dalam norma baharu.
Kata kunci: Kepimpinan instruksional, pemimpin, pendidikan berkualiti
PENGENALAN
Kepimpinan pemimpin sekolah yang mempunyai pemikiran strategik dan berpandangan jauh
merupakan keperluan utama untuk mendepani cabaran pendidikan masa kini (Meyer, 2018).
Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menekankan
pendidikan bertaraf dunia sebagaimana dinyatakan dalam anjakan transformasi pendidikan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013),
pemimpin sekolah memainkan peranan penting untuk melestari pendidikan berkualiti dan
memacu kecemerlangan organisasi secara berterusan. Rentetan daripada itu, pengetua
sebagai pemimpin sekolah perlu menekankan pembelajaran berorientasikan perkembangan
mencakupi pembangunan kapasiti guru, perubahan pedagogi dan pengurusan pendidikan
untuk menjana keberhasilan utama bidang pendidikan. Bahkan, pemimpin sekolah
bertanggungjawab memahami, mengaplikasi dan menguasai domain utama kepimpinan
instruksional ke arah mencapai organisasi cemerlang khususnya dalam aspek sekolah
berkualiti dan kemenjadian murid. Hallinger dan Murphy (1985), menyatakan kepimpinan
instruksional amat penting bagi menentukan hala tuju dan kelancaran proses Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Selain itu, kepimpinan instruksional mempunyai
hubungkait yang relevan dengan organisasi sekolah ke arah meningkatkan kemenjadian
murid secara menyeluruh (Mohd Ibrahim et al., 2015). Dalam erti kata lain, pemimpin sekolah
sebagai peneraju transformasi pendidikan perlu lebih inovatif dan kreatif dengan
menitikberatkan penglibatan warga sekolah secara menyeluruh termasuk ibu bapa,
masyarakat dan komuniti setempat agar kualiti pendidikan dapat diperkasa sekaligus dilestari
secara bersepadu dan holistik selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan.
1
Dalam membangunkan modal insan berkualiti dan usaha ke arah meningkatkan
kecemerlangan sekolah yang lestari, pemimpin sekolah perlu mewujudkan pembangunan
profesional secara meluas dan membantu guru-guru membentuk sikap yang positif (Aziah et
at., 2015). Bersangkutan dengan itu, pemimpin instruksional sebagai peneraju kejayaan
organisasi perlu memantapkan penguasaan dan kefahaman tentang kepimpinan
instruksional bagi menghasilkan prestasi gemilang dan pembentukan sekolah yang efektif.
Selanjutnya, pemimpin instruksional perlu memiliki kredibiliti dan reputasi yang mampu
menjadi sumber inspirasi kepada warga sekolah. Menurut James dan Balasandran (2012),
pemimpin instruksional harus mempunyai kebijaksanaan untuk menyediakan ruang dan
peluang kepada guru berkongsi amalan terbaik PdPc yang berkesan kepada pembelajaran
murid dan mencapai matlamat prestasi akademik. Justeru itu, pemimpin sekolah
berlandaskan kepada tiga domain utama dalam menyediakan persekitaran yang
menggalakkan PdPc ke arah meningkatkan lagi produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sistem pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
PENYATAAN MASALAH
Kajian mengenai kepimpinan instruksional banyak dijalankan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Namun demikian, bagi memastikan operasi organisasi yang efektif dan usaha ke
arah melestarikan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan, keupayaan dan kemahiran
seorang pemimpin untuk mengurus dan mentadbir organisasi dengan cemerlang perlu diteliti
secara terperinci. Hal ini seiring dengan keperluan dan realiti pendidikan masa kini yang
sentiasa berubah-ubah dan memerlukan pemimpin bertindak pantas mengikut arus
globalisasi. Kajian terdahulu mendedahkan pemimpin yang inovatif dan proaktif berupaya
menerajui perubahan dan pembangunan organisasi (Mayer, 2018) iaitu pemimpin sekolah
dipercayai dapat mempengaruhi prestasi kerja guru untuk meningkatkan pencapaian prestasi
murid dan produktiviti sekolah lebih cemerlang. Kenyataan ini disokong oleh Aziah et al.
(2015) bahawa pemimpin sekolah sebagai agen transformasi pendidikan dapat
mempengaruhi pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, intelektual, pembudayaan
sikap progresif dan penerapan nilai murni. Berdasarkan senario ini, maka pengetua sebagai
pemimpin instruksional perlu memahami dan menjelaskan visi, misi, hala tuju dan
persekitaran sekolah agar dapat memberi manfaat yang menyeluruh kepada warga sekolah
dan seterusnya dapat mengekalkan kualiti dan jangkaan tinggi dalam kecemerlangan
organisasi.
Para pengkaji yang lepas iaitu Hallinger dan Heck (2003); Rosnah et al. (2013); dan Ahmad
Kamal (2016) menjelaskan pemimpin yang mempunyai visi, misi dan hala tuju yang kabur
menyebabkan kesukaran pemimpin sekolah berkongsi kejayaan bersama warga sekolah.
Keadaan ini mengakibatkan pembentukan pembelajaran yang sentiasa ‘hidup’ dan
pembangunan modal insan tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Selain itu, kajian yang
dijalankan oleh Mareena et al. (2011) menyatakan corak kepimpinan yang tidak konsisten
menyukarkan organisasi mencapai misi dan matlamat pengurusan di sekolah dalam pelbagai
bidang. Bahkan, Roslena Mansor dan Mohd Izham, (2015) menyatakan hanya pemimpin
yang kompeten dapat mengurus organisasi dengan berkesan. Sehubungan dengan itu,
pemimpin instruksional menghadapi cabaran mengimplementasikan untuk transformasi
pendidikan yang berupaya merangsang kemajuan organisasi khususnya melaksanakan
perubahan yang dapat menjana kecemerlangan sekolah. Justeru itu, kajian ini dijalankan
untuk meneroka kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam usaha mewujudkan
pendidikan berkualiti dan merealisasikan hasrat KPM terutama pendidikan dalam norma
baharu ini.
2
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C
berpandukan tiga domain utama yang terkanding dalam kerangka kepimpinan instruksional
yang dipelopori oleh Hallinger dan Murphy, (1985). Domain tersebut melibatkan domain
mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah
yang positif. Setiap domain memfokuskan elemen-elemen yang menekankan fungsi
tersendiri bagi menggalakkan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam membina
sasaran peningkatan akademik dan prestasi organisasi, penambahbaikan proses PdPc dan
pembentukan satu sistem sosial yang efektif. Kajian ini dilakukan agar dapat memberi impak
bermanfaat dan nilai tambah yang boleh menjadi panduan kepada pihak pengurusan dan
kepimpinan pemimpin sekolah untuk meningkatkan lagi kualiti dalam konteks pendidikan di
Malaysia khususnya dalam mendepani dunia pendidikan norma baharu.
OBJEKTIF KAJIAN
a. Meneroka kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam domain mendefinisikan
misi sekolah
b. Meneroka kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam domain mengurus
program instruksional.
c. Meneroka kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam doamin membentuk iklim
sekolah yang positif.
SOALAN KAJIAN
a. Bagaimanakah kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam domain
mendefinisikan misi sekolah?
b. Bagaimanakah kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam domain mengurus
program instruksional?
c. Bagaimanakah kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam domain membentuk
iklim sekolah yang positif?
SOROTAN LITERATUR
Bahagian ini membincangkan aspek yang berikut.
Kepimpinan Instruksional
Kepimpinan instruksional memberi kesan positif kepada pembangunan dan perkembangan
pendidikan. Berdasarkan kajian oleh Hallinger dan Murphy (1985), kepimpinan instruksional
didefinisikan sebagai penetapan misi dan matlamat sekolah, menyediakan sumber untuk
pembelajaran, mengurus kurikulum, mengawal rancangan pengajaran serta membuat
penilaian guru. Selain itu, kepimpinan instruksional juga ditafsirkan sebagai
tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturun kuasa untuk
meningkatkan keberhasilan pengajaran yang sistematik dan perkembangan pembelajaran
murid (Hallinger, 2003). Seiring dengan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK), model kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985) masih lagi relevan
sebagai panduan untuk melestarikan kualiti pendidikan masa kini agar mampu berdaya saing
di peringkat global walaupun terdapat model-model kepimpinan baharu. Hal ini membuktikan
bahawa model Halinger dan Murphy melihat aspek kepimpinan secara menyeluruh bagi
3
menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan kepimpinan yang mampu
menjadikan visi sekolah direalisasikan.
Menurut Mariani et al. (2016), pemimpin instruksional bertanggungjawab
mengimplementasikan konsep pengajaran yang berkait rapat dengan proses PdPc iaitu
melibatkan hubungan antara pengajaran guru, pembelajaran murid dan kurikulum. Nor Azni
et al. (2014); dan Danielle dan Mohd. Khairuddin (2017, 2018) menyatakan pengetua
sebagai pemimpin instruksional yang diamanahkan mentadbir kecemerlangan sekolah perlu
meletakkan fokus terhadap segala aktiviti dan kesedaran yang tinggi untuk setiap tindakan.
Hal sedemikian perlu dititikberatkan kerana pemimpin instruksional merupakan pemacu
utama transformasi pendidikan dan berfungsi untuk menterjamah dan merealisasikan misi
sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah yang positif.
a. Domain mendefinisikan misi sekolah
Domian mendefinisikan misi sekolah ditakrifkan sebagai konsep kepimpinan instruksional
yang mengutamakan pentakrifan matlamat, mengurus program instruksional dan
menggalakkan iklim sekolah (Hallinger, 2000, 2003). Kajian yang dijalankan oleh Nor Azni et
al. (2014), mendedahkan pemimpin instruksional memainkan peranan penting untuk
menentukan dan berkomunikasi tentang misi sekolah dengan jelas dan mudah difahami oleh
seluruh warga organisasi. Selain itu, pemimpin instruksional juga berperanan merangka dan
menetapkan matlamat sekolah merangkumi matlamat kurikulum dan matlamat kemajuan
sekolah. Bahkan, pemimpin sekolah bertanggungjawab untuk menyampaikan matlamat
tersebut melalui komunikasi secara formal dan tidak formal kepada semua guru, murid, ibu
bapa dan masyarakat setempat (Danielle dan Mohd. Khairuddin, 2018). Selain itu, pengetua
sebagai pemimpin sekolah harus berpandangan jauh, berfikiran kreatif dan inovatif bagi
merealisasikan dan menterjemahkan misi dan matlamat kurikulum sekolah. Bersangkutan
dengan hal ini, maka pemimpin sekolah perlu menggalakkan guru mencapai matlamat
akademik, berusaha gigih dan bersedia melakukan perubahan di sekolah (Nor Azni et al.,
2014). Tambahan lagi, Hallinger (2003) menjelaskan kepimpinan instruksional sebagai
berinteraksi dengan guru secara formal, penglibatan yang menyeluruh, pembangunan
profesional guru, pembangunan kurikulum dan implementasi kepada kajian berbentuk
tindakan ke arah meningkatkan kredibiliti dan kompetensi guru. Senario ini menerangkan
pemimpin instruksional sebagai faktor utama yang menentukan kejayaan dan prestasi
sekolah (Supian dan Khadijah, 2014). Justeru itu, domain mendefinisikan misi sekolah perlu
dikuasai pemimpin sekolah dan seiringan dengan warga pendidik untuk memberi tumpuan
kepada visi dan misi sekolah demi mencapai kemenjadian murid.
b. Domain mengurus program instruksional
Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan kepimpinan instruksional dapat membantu
meningkatkan keberhasilan proses PdPc di dalam sesebuah sekolah untuk melahirkan murid
yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Domain mengurus program instruksional
ditakrifkan sebagai tindakan mengurus perancangan, pemikiran, penilaian, pengelolaan dan
refleksi penambahbaikan (Hallinger dan Murphy, 1985). Rentetan daripada itu, penyeliaan
dan penilaian merupakan tugas pemimpin instruksional untuk memastikan matlamat sekolah
diterjemahkan kepada amalan di dalam bilik darjah. Selain itu, pemimpin instruksioal perlu
mengurus setiap program instruksional melalui pemantauan, pencerapan dan penilaian PdPc
secara tekal iaitu merangkumi pengajaran guru dan prestasi kerja murid bagi memastikan
objektif PdPc guru selari dengan matlamat sekolah (Danielle dan Mohd. Khairuddin, 2018).
Supian dan Khadijah (2014), menyatakan aspek PdPc dan pemantauan menjadi tugas
utama pemimpin sekolah dari segi keberadaan guru, bahan PdPc, Rancangan Pengajaran
Harian (RPH), kehadiran murid, hasil kerja murid, masalah pembelajaran murid,
pembelajaran murid di rumah dan pencapaian murid untuk proses melengkapkan dan
memperbaiki potensi. Bahkan, pemimpin instruksional berperanan membuat penyeliaan dan
4
bimbingan terhadap pengajaran guru dengan menggunakan pelbagai pendekatan, coaching
and mentoring, Professional Learning Community (PLC), mengajar secara berpasukan dan
merujuk guru pakar. Kajian oleh Danielle dan Mohd. Khairuddin, (2018); Supian dan Khadijah,
(2014); dan Wahlstrom dan Louis, (2008) menjelaskan pemimpin sekolah perlu
memfokuskan bimbingan terhadap guru-guru dari segi amalan PdPc dan pengurusan bilik
darjah terutama dalam membuat keputusan, penambahbaikan, pemulihan, pengukuhan dan
pelaksanaan PdPc secara kreatif dan inovatif.
c. Domain membentuk iklim sekolah yang positif
Domain membentuk iklim sekolah yang positif adalah merujuk kepada masa instruksional,
perkembangan profesional, mengekalkan sokongan pembelajaran, penyediaan insentif guru
dan insentif untuk pembelajaran murid bagi memastikan tahap dan pencapaian yang tinggi
menerusi penambahbaikan berterusan (Hallinger, 2011). Kajian oleh Nor Azni et al. (2015)
menjelaskan bahawa pengetua bertanggungjawab melindungi masa pengajaran dengan
cara menggalakkan guru menggunakan masa pengajaran sepenuhnya untuk mengajar dan
mempraktikkan kemahiran serta konsep baru, menghadkan gangguan daripada aktiviti
tambahan, aktiviti kokurikulum dan menjaga masa pengajaran berlandaskan polisi dan
prosedur sekolah. Sehubungan dengan itu, pemimpin instruksional perlu menyusun jadual
kegiatan sekolah secara sistematik agar tidak mengganggu proses PdPc ke arah memenuhi
kehendak falsafah, matlamat pendidikan dan wawasan negara (Lokman et al., 2013).
Tambahan lagi, pemimpin sekolah perlu menghargai pencapaian, kebolehan, kemahiran dan
inovasi melalui pemberian insentif kepada guru dan murid dalam bentuk sagu hati, wang
tunai, sijil, kenaikan pangkat dan majlis apresiasi (Hallinger 2011, 2003). Menurut Mohd.
Ibrahim et al. (2015), pemimpin instruksional seharusnya meningkatkan pembangunan
kapasiti guru bagi melihat keberhasilan kemenjadian murid. Tuntasnya, bagi menjayakan
setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah, pemimpin instruksional berperanan mewujudkan
kerja sepasukan bersama warga organisasi dan memupuk kerjasama dalam kalangan murid.
Pemimpin JUSA C
Kepimpinan pengetua yang berkualiti amat releven dengan realiti semasa dan transformasi
pendidikan untuk menjana sesuatu perubahan dan menjadikan sesebuah organisasi
mencapai kejayaan. Lanjutan daripada itu, kepimpinan pemimpin JUSA C yang telah
diperkenalkan pada tahun 2004 dalam sistem pendidikan di Malaysia (Ayunni, 2013)
berupaya membawa transformasi dan melestarikan kualiti pendidikan seiring dengan
keperluan dasar KPM. Selain itu, senario pertambahan kuato bagi pemimpin JUSA C
memberi peluang kepada pengetua-pengetua di Malaysia untuk jawatan pemangkuan
pengetua cemerlang yang dilihat berperanan penting untuk mempengaruhi dan menerajui
kecemerlangan organisasi secara berterusan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
pemimpin bertanggungjawab menerajui kecemerlangan organisasi bagi menggerakkan
sekolah mencapai hasrat dan visi kebangsaan mengikut rangka KPM bagi memastikan
institusi sekolah dapat diurus, ditadbir dan dipimpin dengan efisien dan efektif (Lokman et al.,
2011).
Kajian oleh Mohd. Ibrahim, Mohammed Sani dan Rosemawati (2015), mendedahkan
kepimpinan instruksional pemimpin dapat dilihat apabila pemimpin tersebut dapat
meningkatkan prestasi sekolah secara menyeluruh dan menambah baik proses PdPc secara
konsisten. Bahkan, kepimpinan instruksional amat signifikan dengan perkembangan pesat
era digital yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini (Danielle dan Mohd. Khairuddin,
2017) bagi menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan yang dilakukan. Rentetan daripada
itu, pemimpin perlu menggabungkan pemikiran dinamik, tingkah laku dan kemahiran untuk
memulakan perubahan berpandukan kepada model kepimpinan instruksional Hallinger dan
Murphy, (1985) sebagai landasan utama untuk meningkatkan keberhasilan pengajaran yang
berkualiti dan pengurusan organisasi yang lebih sistematik.
5
METODOLOGI
Lokasi kajian merupakan sekolah menengah yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Kajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kualitatif secara kajian kes.
Justifikasi pemilihan informan ini adalah kerana mempunyai pemimpin cemerlang JUSA C,
memiliki reputasi tinggi dan sering menjadi ‘role model’ kepada pemimpin daripada sekolah
berhampiran disebabkan kejayaan berterusan yang diperoleh sama ada dalam bidang
akademik dan mahupun bidang kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada pengetua
cemerlang JUSA C yang ditemu bual untuk menjawab soalan-soalan berkaitan kepimpinan
instruksional bagi tujuan mendapatkan maklumat daripada pelbagai perspektif yang dapat
menyumbang kepada dapatan data yang tepat dan jelas. Instrumen kajian menggunakan
soalan temu bual separa struktur iaitu adaptasi soalan-soalan daripada kajian lepas yang
telah diubahsuai mengikut konteks pendidikan di Malaysia. Rakaman temu bual dibuat
setelah mendapat kebenaran daripada Informan. Soalan temu bual yang digunakan adalah
dalam Bahasa Melayu dan masa sesi temu bual selama tujuh puluh minit. Data yang dikutip
ditranskripsikan dan menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.12.5. untuk analisis kandungan.
DAPATAN KAJIAN
a. Domain mendefinisikan misi sekolah
Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dalam domain
mendefinisikan misi sekolah merupakan faktor utama untuk menentukan kecemerlangan
organisasi. Pemimpin JUSA C dalam kajian kes ini menyatakan misi utama sekolah adalah
berpandukan kepada visi dan misi KPM. Bahkan, pemimpin JUSA C juga menjelaskan misi
sekolah dibina berdasarkan kepada sistem pendidikan berkualiti untuk membangunkan
potensi individu murid secara menyeluruh. Selanjutnya, pengetua JUSA C menegaskan
setiap cabaran perlu dihadapi secara terbuka, mempunyai ‘mindset’ yang positif dan
berfikiran strategik tentang perkara yang hendak dilakukan.
“...misi sekolah ini dilaksanakan berdasarkan kepada analisis SWOT yang telah
dibuat… analisis pertama tidak boleh lari dari misi utama KPM… sistem pendidikan
yang berkualiti… membangunkan potensi individu…”
Seterusnya, pemimpin JUSA C merealisasikan misi sekolah bersama dengan pemegang
taruh. Hal sedemikian penting bagi memantapkan lagi pencapaian murid dalam pelbagai
bidang. Pemimpin JUSA C dalam kajian kes ini telah menyediakan peluang kepada pihak
berkepentingan dan membina hubungan baik dengan pihak luar untuk mencapai matlamat
sekolah.
“…YDP PIBG sebenarnya sangat baik… berpengalaman… mengetahui banyak
perkara… dan memiliki kualiti sebagai seorang pemimpin… misi sekolah perlu jelas
kepada pihak luar… libatkan PIBG dalam semua aktiviti sekolah…”
Dari perspektif yang lain, pemimpin JUSA C menjelaskan misi sekolah perlu disebarluas,
diterjemah dan memberi kefahaman yang jelas kepada warga sekolah melalui kepimpinan
distributif. Bahkan, pengetua juga menyatakan pengalaman dan pengetahuan adalah penting
dalam membuat keputusan bersama-sama dengan penolong-penolong kanan. Rentetan
daripada itu, pemimpin JUSA C memberi empowerment kepada penolong kanan untuk
berbincang dan mengurus tugas masing-masing bersama dengan ketua bidang. Bahkan,
pemimpin JUSA C berasa amat bertuah kerana mempunyai penolong kanan yang sangat
komited dan matang dalam perancangan organisasi.
6
“…kepimpinan Distributif… jadi saya pun gunakan pendekatan macam ini… untuk
capai misi sekolah dan… saya memberi autonomi kepada penolong-penolong kanan
saya untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan… saya bimbing mereka…
groom mereka…emm… saya bagi sumbangan untuk membantu mereka… ahh saya
minta diorang urus ketua bidang… bimbing ketua panitia pula… saya sangat syukur
ada PK support me untuk laksanakan perancangan sekolah…”
b. Domain mengurus program instruksional
Hasil dapatan kajian bagi domain mengurus program instruksional menunjukkan pemimpin
JUSA C memfokuskan penyeliaan dan penilaian, penyelarasan kurikulum dan pemantauan
untuk mengurus program secara sistematik. Pemimpin JUSA C melakukan semakan buku
rekod Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara teliti dan menyeluruh agar proses PdPc
guru-guru di dalam kelas berjalan lancar. Bagi penyelarasan kurikulum, pengetua
menekankan PLC Lesson Study dan strategi kanvas. Selain itu, pemantauan dilakukan
semasa proses PdPc di dalam kelas dan mendapatkan maklum balas daripada murid dan
sumber lain agar tindakan penambahbaikan PdPc dapat dilakukan dengan lebih berkesan
dan bermanfaat kepada pembelajaran murid pada masa hadapan.
“…saya check RPH kan dengan teliti waktu cuti sekolah… semua RPH… saya akan
semua check satu-satu dan bagi komen… hasil penyeliaan dan penilaian RPH akan
dibentangkan dalam mesyuarat guru dengan memberikan contoh yang spesifik… saya
akan kaitkan mandat dalam naratif baharu amalan pendidikan KPM… ahh… we did
lesson study… PLC… masuk strategi kanvas… analisis data… semua panitia
buat..emmm… saya buat pemantauan la… saya akan dapat feedback… next step
saya sudah kenalpasti apa perlu buat…”
Selain itu, pemimpin JUSA C menegaskan bahawa coaching dan bimbingan melalui
pemimpin pertengahan dijalankan bagi memantapkan lagi kualiti pembelajaran.
“…saya bimbing… sebab mereka perlu bimbingan dan melatih mereka untuk
meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan intervensi… saya berbincang secara
bersemuka dengan mereka… kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pengetua
disalurkan kepada pemimpin pertengahan dalam bentuk tindakan…. ahh… pemimpin
pertengahan seterusnya memainkan peranan untuk membimbing guru-guru yang
lain…”
Dari segi pengurusan sumber manusia pula pemimpin JUSA C memfokuskan pengurusan
bilik darjah bagi mewujudkan PdPc yang berkesan dan berkualiti. Walau bagaimanapun,
pemimpin JUSA C mengakui prasarana terutama bilik darjah didapati masih belum kondusif
untuk PdPc.
“...emm… memang keadaan kelas tu tidak kondusif ba… masih perlu ditambahbaik
la… prasarana masih belum cukup di dalam bilik darjah…”
c. Domain membentuk iklim sekolah yang positif
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemimpin JUSA C membentuk iklim sekolah yang
positif bagi meningkatkan lagi kecemerlangan organisasi secara konsisten dan berterusan.
Dalam hal ini, pemimpin menekankan program pembelajaran berkesan, ganjaran kepada
murid, pembudayaan ilmu di sekolah, melindungi masa instruksional (MMI) dan
pembangunan profesionalisme guru. Pemimpin JUSA C merancang dan melaksanakan
pelbagai program instruksional bersama pasukan. Pembudayaan ilmu di sekolah
7
dilaksanakan pemimpin JUSA C melalui seminar dan sesi dialog dalam kalangan guru.
Bahkan, kolaboratif dan pembentangan hasil daripada PLC dijalankan di peringkat daerah
dan negeri.
“…bengkel dan PLC banyak dilaksanakan oleh panitia mengikut bidang
masing-masing seperti bidang Sains dan Bahasa… emm.. komitmen guru-guru sangat
tinggi kerana walaupun hujung minggu ada bengkel dan PLC dijalankan… mereka
hadir… hasil PLC juga dikongsi bersama untuk membawa guru-guru lebih maju ke
hadapan… so kita ada conference… sesi dialog… pembentangan…perbincangan
dengan PK… ketua bidang…”
Selain itu, pemimpin JUSA C memberi ganjaran kepada murid-murid yang cemerlang
dengan memberi sijil penghargaan dan meraikan kejayaan dan pencapaian murid dalam
majlis anugerah kecemerlangan. Seterusnya, pemimpin JUSA C sangat tegas untuk
melaksanakan Melindungi Masa Instruksional (MMI).
“…tiap-tiap guru disediakan dengan satu borang khas untuk memantau MMI… emm…
adakalanya guru-guru mengadakan kelas tambahan… optimakan kelas relief… kelas
relief kita… ahh… berjalan baik… they doing vey well… saya juga dapatkan maklum
balas daripada suara murid…”
Bagi meningkatkan lagi profesionalisme guru, pemimpin JUSA C sentiasa terbuka fikiran
untuk memberi motivasi, sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mendapatkan ilmu
baharu. Pengetua JUSA C menyatakan bahawa dua orang guru telah menerima biasiswa
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk meneruskan pengajian di peringkat master. Selain
itu, diperingkat PPD pula pengetua JUSA C menggalakkan guru-guru menghantar murid
untuk menyertai pertandingan di peringkat daerah.
“...HLP tahun ini… dua orang pergi masters la… I am never stop you that I don’t want
you going…”
“...my school kena ada pertandingan… so apabila PPD kan mengadakan peringkat
daerah… saya ahhh… minta guru supaya hantar murid ikut pertandingan PBL… I see
them learning…actually PBL is a learning process… dia lebih kepada buat study…”
Selanjutnya, pemimpin JUSA C berjaya membudayakan program pembelajaran yang
berkesan melalui pelbagai aktiviti sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Selain itu, ganjaran berbentuk sijil penghargaan diberikan kepada guru-guru
yang mencapai prestasi cemerlang dalam bidang tugas masing-masing dan murid-murid
yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
“...sempena dengan majlis anugerah kecemerlangan murid… kita ada satu slot khas
untuk guru juga… saya ada buku ini yang gabungkan semua pencapaian murid-murid
dalam program… International… contoh SAMEO RESCAM… STEM Lab… saya bagi
penghargaan sijil… emm… semua kejayaan diraikan…”
PERBINCANGAN
Kepimpinan instruksional pemimpin JUSA C dilihat memberi kesan positif kepada warga
pendidik untuk menyediakan diri melakukan perubahan. Jika ditinjau secara terperinci,
pemimpin instruksional memainkan peranan penting menerajui transformasi pendidikan dan
kecemerlangan organisasi berterusan. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga domain iaitu
domain mendefinisikan misi sekolah, domain mengurus program instruksional dan domain
membentuk iklim sekolah yang positif membuka ruang dan peluang kepada pemimpin
sekolah melonjakkan prestasi kerja terhadap seluruh warga sekolah dan peningkatan
8
keberhasilan akademik. Kerangka konseptual daripada model kepimpinan instruksional yang
diperkenalkan oleh Hallinger dan Murphy, (1985) menjadi panduan pemimpin instruksional
untuk mengurus dan memimpin organisasi dan seterusnya membantu pemimpin
meningkatkan keberhasilan proses PdPc dan kemenjadian murid.
Bagi melahirkan warga organisasi yang berpengetahuan dan berkemahiran, pemimpin
instruksional JUSA C berjaya melakukan tanggungjawab mendefinisikan misi sekolah
dengan menetapkan misi yang jelas selaras dengan visi dan misi KPM. Tambahan lagi,
pemimpin JUSA C ini berupaya membentuk misi yang mudah difahami dan boleh diketahui
secara menyeluruh kepada warga sekolah dan pemegang taruh bagi memantapkan lagi
pencapaian murid dalam akademik dan sahsiah. Selain itu, pemimpin JUSA C juga memberi
empowerment kepada pemimpin pertengahan untuk membuat keputusan dan
mengaplikasikan kepimpinan distributif sebagai pendekatan untuk menyebarluas,
menterjemah dan memberi kefahaman tentang misi dan matlamat sekolah. Kenyataan ini
bertepatan dengan kajian oleh Nor Azni et al. (2014); dan Danielle dan Mohd. Khairuddin
(2017, 2018) iaitu menerangkan bahawa pengetua bertanggungjawab memastikan matlamat
yang telah dibina mudah difahami dan dikongsi bersama dengan seluruh warga sekolah, ibu
bapa dan masyarakat. Kajian ini turut disokong oleh Supian dan Khadijah (2014) bahawa
pemimpin instruksional yang menekankan misi dan matlamat sekolah berupaya menjana dan
meningkatkan pencapaian murid yang lestari.
Selanjutnya, domain mengurus program instruksional menjadi fokus utama kepimpinan
instruksional yang diamalkan pemimpin JUSA C bagi menjana kecemerlangan sekolah,
meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid berterusan. Pemimpin JUSA C
melaksanakan tanggungjawab untuk menyelia dan menilai, menyelaras kurikulum, mencerap
dan memantau kemajuan murid. Bersangkutan dengan itu, penyeliaan dan penilaian yang
dilakukan pemimpin ini adalah membuat semakan buku rekod mengajar guru secara
menyeluruh iaitu memfokuskan RPH dan menyelaras kurikulum melalui PLC Lesson Study
dan strategi Kanvas. Selain itu, pengetua menjalankan pencerapan PdPc bersama dengan
penolong kanan dan ketua bidang dan memantau kemajuan proses PdPc melalui rondaan,
pemerhatian dan maklum balas daripada murid agar tindakan penambahbaikan PdPc dapat
dilakukan. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Danielle dan Mohd. Khairuddin (2018); Nor
Azni et al. (2014); dan Mohd Ibrahim et al. (2015) yang menyatakan bahawa pemimpin
instruksional perlu menjalankan penyeliaan dan penilaian, membuat penyelarasan kurikulum,
melaksanakan pencerapan dan pemantauan kerja murid. Hal sedemikian penting untuk
tujuan penambahbaikan dan memastikan objektif PdPc selaras dengan matlamat sekolah
yang hendak dicapai. Seterusnya, pemimpin JUSA C memantapkan kualiti pengajaran guru
melalui coaching dan bimbingan iaitu menurunkan kuasa kepada pemimpin pertengahan
untuk meningkatkan keyakinan diri guru dalam melaksanakan intervensi dan mewujudkan
PdPc yang berkesan. Dalam masa yang sama, pengetua juga menjalankan bimbingan
dengan bersungguh-sungguh, secara kolaboratif dan membuat keputusan bersama dengan
pemimpin pertengahan. Kajian ini menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Danielle
dan Mohd. Khairuddin, (2018) yang melaporkan bahawa pengetua membimbing guru agar
amalan pengajaran dan pembelajaran menyediakan peluang terbaik untuk kejayaan dan
kecemerlangan murid. Dapatan kajian ini juga adalah sejajar dengan kajian oleh Supian dan
Khadijah, (2014) dan Wahlstrom dan Louis, (2008) yang menyatakan pemimpin instruksional
memberikan bimbingan kepada guru-guru bagi mewujudkan amalan PdPc yang lebih
berkualiti dan berkesan kepada pembelajaran murid untuk jangka masa panjang.
Kajian ini membuktikan domain membentuk iklim sekolah yang positif merupakan aspek
penting dalam kepimpinan instruksional. Rentetan daripada itu, pemimpin JUSA C telah
membentuk iklim sekolah yang positif dengan menekankan program pembelajaran berkesan,
ganjaran kepada murid, pembudayaan ilmu di sekolah, MMI dan pembangunan
profesionalisme guru. Dalam aspek pembelajaran berkesan, pemimpin JUSA C
memfokuskan bengkel dan PLC mengikut bidang akademik dan hasil perbincangan PLC
9
dikongsi bersama seluruh warga sekolah untuk mempersiapkan diri dan menyediakan ruang
terbaik kepada guru meningkatkan kualiti pengajaran demi mencapai kemenjadian murid.
Pemimpin JUSA C juga menekankan pemberian insentif kepada guru dan pengiktirafan
pembelajaran murid yang berjaya dengan cemerlang sama ada dalam bentuk sijil, pujian
mahupun dalam majlis anugerah kecemerlangan akademik. Dapatan kajian ini disokong oleh
Hallinger (2011, 2003) yang menyatakan pemimpin perlu menghargai pencapaian,
kebolehan dan kemahiran yang telah dicapai oleh guru dan murid. Kenyataan ini turut
disokong oleh Nor Azni et al. (2014) yang berpendapat bahawa pengetua perlu menyokong
kuat guru-guru dengan mengiktiraf sumbangan dan memberi insentif kepada pembelajaran
murid-murid yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Selain itu, pemimpin JUSA C juga
memberi ruang kepada guru-guru untuk membudayakan ilmu di sekolah melalui seminar,
pembentangan dan sesi dialog bagi memantapkan lagi kualiti PdPc. Bahkan, amalan
kepimpinan instruksional dalam pelaksanaan MMI amat dititikberatkan bagi memastikan
keberadaan guru-guru di sekolah sepanjang sesi persekolahan. Kelas tambahan dan
mengoptimakan kelas relief diberi fokus sepenuhnya agar pembelajaran murid tidak terabai.
Dapatan ini adalah selari dengan kajian Nor Azni et al. (2014) yang berkaitan dengan
tanggungjawab pengetua melindugi masa pengajaran untuk menggalakkan guru-guru
menggunakan masa pengajaran sepenuhnya. Bahkan, pemimpin JUSA C terbuka minda
untuk memberi ruang dan peluang kepada guru-guru mendapatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran baharu ke arah pembangunan kapasiti dan profesionalisme berterusan melalui
pembelajaran sepanjang hayat. Dalam hal ini, pemimpin JUSA C telah memberi galakan dan
motivasi kepada guru-guru untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi
seperti ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang
dikemukakan oleh Mohd. Ibrahim et al. (2015) yang melaporkan keperluan pemimpin
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru-guru melalui
pembangunan kapasiti ske arah merealisisaikan hasrat KPM mewujudkan sekolah berkualiti
dan kemenjadian murid.
KESIMPULAN
Domain mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim
sekolah yang positif berkait rapat dengan kepimpinan instruksional sebagai pemangkin
kepada pemimpin JUSA C untuk mentadbir dan memimpin organisasi ke arah melestarikan
pendidikan berkualiti. Domain mendefinisikan misi sekolah terbukti dapat memandu
kepimpinan yang berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Begitu juga dengan
mengurus program instruksional menjadi faktor penentu kepada kejayaan kepimpinan
instruksional yang berkualiti untuk menterjemahkan matlamat sekolah kepada amalan di
dalam bilik darjah. Bahkan, pemimpin JUSA C berupaya membentuk iklim sekolah yang
positif sebagai wadah yang menggalakkan perkembangan profesional dan pembangunan
kapasiti warga pendidik. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang idea yang
bermanfaat dan memberi nilai tambah kepada pihak berkepentingan terutama meningkatkan
kecekapan dan kemahiran baharu bagi melestarikan transformasi pendidikan.
RUJUKAN
Ahmad Kamal Arifin, (2016). Pelaksanaan Penyeliaan Pengajaran dan Motivasi Kerja Guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Selangor. Thesis Phd, Universiti Malaya.
Ayunni binti Jasni. (2013). Kepimpinan Pengetua Cemerlang di Sekolah Menengah di
Daerah Johor. Tesis Pengurusan dan Pentadbiran. Universiti Teknologi Malaysia.
10
Aziah Ismail, Loh Hooi Yen & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2015). Komuniti
Pembelajaran Profesional dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah di Pulau Pinang.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1).
Danielle Foong Chai Yen & Mohd. Khairuddin Abdullah. (2017). Analisis Perbandingan
Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 2(5): 318-339.
Danielle Foong Chai Yen & Mohd. Khairuddin Abdullah. (2018). Kepimpinan Instruksional:
Konsep, Model, Pendekatan dan Skala Pengukuran. Jurnal Sultan Amauddin Sulaiman
Shah. Special Isu.
Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behaviors of
Principals. The Elementary School Journal, 86(2): 217-248.
Hallinger, P. (2003). Leading Educational Change: Reflections on practice of instructional and
transformational leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3): 329-351.
Hallinger, P. & Heck, R.H. (2003). Understanding the Contribution of Leadership to School
Improvement dalam Learning to read critically in educational leadership and
management. London: Sage.
Hallinger, P. (2011). A Review of Three Decades of Doctoral Studies Using the Principal
Instructional Management Rating Scale: A Lens of Methodological Progress in
Educational Leadership. Education Administration Quarterly, 47(2): 271-306.
James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. (2012). Kepimpinan Instruksional : Satu Panduan
Praktikal. Edisi kedua. PTS Akademia.
Henry, R.M. (2018). Effective Leadership: How To Create An Outstanding Organisation.
Publisher: Golden Books Centre Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya Malaysia:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lokman Mohd Tahir, M. Al Muzammil & Mislina Salleh. (2013). Impak Strategi Politik
Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang. Jurnal Teknologi, (60)
1-10.
Mareena Mohamad, Norhasni Zainal Abiddin Ismi Arif Ismail & Azizan Asmuni. (2011).
Tinjauan Hubungan Gaya Kepimpinan dengan Komitmen Organisasi. Eksplanasi, 6(1):
17-28.
Mariani Md Nor, Mohd Nazri Abdul Rahman, Morazana Mohd. Nor, Nor’ain Mat Talha &
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2016). Amalan Kepimpinan Pengajaran untuk
Penambahbaikan Sekolah: Retrospeksi Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 3(3).
Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani Ibrahim & Rosemawati Mustapa. (2015).
Kompetensi Kepimpinan Instruksional di kalangan Pengetua Sekolah: Satu Kajian
Empirikal di Negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(3).
Nor Azni Abdul Aziz, Foo Say Fooi, Soaib Asimiran & Aminuddin Hassan. (2014).
Kepimpinan Instruksional Pengetua dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Proceeding of the Global Summit on Education. Kuala Lumpur.
Roselena Mansor dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2015. Kepimpinan Berkualiti: Perspektif
mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal
Pengurusan, 45:143-154.
Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah. (2013). Profil Amalan
Terbaik Organisasi Pembelajaran. Jurnal Peradaban, (2) 55-57.
Supian Hashim & Khadijah Daud. (2014). Amalan Kepimpinan Lestari Hubungannya dengan
Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah yang Menerima Tawaran Baru di Daerah
Segamat. Sains Humanika, 2(4): 197-208.
Wahlstrom K. L., & Louis, K. S. (2008). How Teachers Experience Principal Leadership: The
Roles of Professional Community, Trust, Efficacy and Shared Responsibility.
Educational Administration Quarterly, 44(4): 458-495.
11