i PRAKATA Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) merupakan satu skim dalam Perkhidmatan Awam yang diwujudkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2008. Antara perbekalan skim ini ialah kenaikan pangkat adalah tanpa kekosongan jawatan tetapi perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan termasuk memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 3 telah menerangkan dengan jelas kriteria kecemerlangan, istilah dan glosari sebagai panduan kepada calon untuk menyediakan dokumen kecemerlangan bagi persiapan permohonan pemangkuan kenaikan pangkat. Namun demikian, sejajar dalam usaha pembangunan bakat yang berteraskan pengurusan sumber manusia yang dinamik, efektif dan mampan, proses kenaikan pangkat PPPT perlu sentiasa berdaya saing dan seiring dengan penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Versi 1 (2022) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 dan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan itu, terdapat beberapa istilah dan glosari yang perlu diperinci dan diperhalusi untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada PPPT agar ianya memenuhi potensi dan kompetensi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Justeru, saya ingin memberi perhatian kepada semua PPPT agar sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan untuk mengekalkan kecemerlangan organisasi sejajar dengan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 - 2025. Bagi merealisasikan hasrat ini, PPPT hendaklah sentiasa patuh kepada arahan perkhidmatan seperti penggiliran tugas dan arahan penempatan seiring dalam usaha memperluas pengalaman dan pembentukan bakat. PPPT juga perlu maklum bahawa penempatan pemangkuan adalah sebahagian daripada urusan kenaikan pangkat. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran,Ahli Jawatankuasa Teknikal Pakar Rujuk Kesepakaran (JTPRK) serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan garis panduan ini. Semoga usaha murni ini dapat membantu memantapkan warga PPPT dalam melestarikan kecemerlangan politeknik dan kolej komuniti. Ts. Zainab binti Ahmad Ketua Perkhidmatan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
ii SENARAI RAJAH BIL. PERKARA MUKA SURAT Rajah 1 Wajaran Pemarkahan Urusan 6 Pemangkuan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan PPPT Rajah 2 Konsep Pemberatan Kriteria 10 Kesepakaran SENARAI JADUAL BIL. PERKARA MUKA SURAT Jadual 1 Struktur Penilaian Bagi Kriteria 8 Kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT Jadual 2 Taburan Markah Keseluruhan Kriteria 15 Kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT Mengikut Kategori dan Gred Jawatan
iii SENARAI LAMPIRAN BIL. PERKARA MUKA SURAT Lampiran 1 Aspek Penilaian Kriteria Kecemerlangan Mengikut Kategori I, II, III, IV dan PPPT Sedang Cuti Belajar 36 Lampiran 2 Unsur Penilaian Kategori I, II, III, IV dan PPPT Sedang Cuti Belajar 42 Lampiran 3 Carta Alir Permohonan Pemangkuan Kenaikan Pangkat 58 Lampiran 4 Dokumen dan Borang Penilaian 60 Lampiran 5 Carta Alir Rayuan Pemangkuan Kenaikan Pangkat 62 Lampiran 6 Senarai Perjawatan Skim Perkhidmatan PPPT 64 Lampiran 7 Istilah dan Glosari 68 Lampiran 8 Borang Sumbangan dan Pembangunan Diri (SPD) 107 Lampiran 9 Garis Panduan Pelaksanaan Coaching & Mentoring 113 Lampiran 10 Panduan Penyediaan Folio Kriteria Kecemerlangan 119 Lampiran 11 Jadual Perubahan Garis Panduan Kenaikan Pangkat PPPT Edisi Calon Versi 3 (Pindaan 1) 122
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT Prakata i Senarai Rajah dan Senarai Jadual ii Senarai Lampiran iii 1.0 Tujuan 1 2.0 Latar Belakang 1 3.0 Skop Pindaan 4 4.0 Wajaran Pemarkahan 6 5.0 Kriteria Kecemerlangan 7 5.1 Penilaian Kesepakaran 8 5.2 Penilaian Pelajar 9 5.3 Penilaian Referee (pengadil) 9 5.4 Konsep Pemberatan Penilaian Kesepakaran 10 5.4.1 Teras Utama 11 5.4.2 Kepimpinan 12 5.4.3 Sumbangan 13 5.4.4 Pembangunan Diri 13 5.5 Taburan Markah Keseluruhan Kriteria Kecemerlangan 14 6.0 Syarat Permohonan Bagi Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 16 6.1 Syarat Umum dan Syarat Khusus 16 6.2 Syarat Pemilihan Kriteria Mengikut Kategori 17 6.2.1 Calon Semasa Kategori III Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori I / II 17 6.2.2 Calon Semasa Kategori I / II Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori III 18 6.2.3 Calon Semasa Kategori IV Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori I / II / III 19 7.0
6.2.4 Calon Semasa Kategori I / II / III Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori IV 19 6.2.5 Calon Memilih Kriteria Kecemerlangan PPPT Sedang Cuti Belajar 20 6.2.6 Calon Semasa Sedang Cuti Belajar Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori I / II / III / IV 20 Pertukaran Kategori 21 Proses dan Prosedur Permohonan Pemangkuan Kenaikan Pangkat 22 Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bagi Kumpulan Pelaksana 25 7.1.1 PPPT Yang Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda 25 7.1.2 PPPT Yang Tidak Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda 26 Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat (PPPT Sedang Cuti Belajar) 26 Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Berkhidmat di Seberang Laut 27 Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Berkhidmat di Jawatan Terbuka 30 Hebahan Keputusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat 31 Rayuan Pemangkuan Kenaikan Pangkat 31 Penutup 32 Rujukan 33 9.0 6.3 881 7.0 7.1 881v 7.2 7.4 7.3 8.1 8.0
1 TUJUAN Pindaan garis panduan ini dihasilkan bagi tujuan untuk memperincikan kriteria kecemerlangan dengan menambah baik istilah dan glosari dalam Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 3 Tahun 2012 supaya seiring dengan penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam Versi 1.0 Tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). LATAR BELAKANG Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) merupakan satu skim dalam Perkhidmatan Awam yang diwujudkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2008. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), Skim Perkhidmatan PPPT ini adalah bersepadu dengan perbekalan perjawatan seperti berikut: Skim Perkhidmatan PPPT diletakkan dalam Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan berdasarkan Kod Gaji baharu iaitu DH; 2.0 1.0
2 (a) Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016, skim perkhidmatan ini terdiri daripada gred gaji DH29, DH31/32, DH33/34, DH39/40, DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 dan VU; (b) Lantikan lateral ke gred-gred kenaikan pangkat adalah dibenarkan bagi memberi peluang kepada calon-calon yang berkelayakan daripada pasaran industri tertentu agar memohon untuk berkhidmat bagi skim PPPT; (c) Syarat pelantikan minimum ke Gred DH29, DH31, DH33, DH39 (Kumpulan Pelaksana) ialah di peringkat diploma; (d) Syarat pelantikan minimum ke Gred DH41, DH43, DH47, DH51 dan DH53 (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) ialah di peringkat ijazah sarjana muda dengan kepujian. Namun demikian, kelayakan untuk mengisi perjawatan juga terbuka di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran falsafah (Ph.D); (e) Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana dari Gred DH29 ke DH32, Gred DH32 ke Gred DH34 dan Gred DH34 ke Gred DH40 adalah tanpa kekosongan jawatan. Namun demikian, pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan termasuk memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan;
3 (f) Pegawai-pegawai Gred DH29, DH31/32, DH33/34 dan DH39/40 yang memperoleh ijazah sarjana muda semasa sedang berkhidmat dan memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan layak dinaikkan pangkat ke Gred DH42 tanpa kekosongan jawatan; dan (g) Semua kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional sehingga ke Gred DH54 adalah juga tanpa kekosongan jawatan tetapi perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan termasuk memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Seperti yang diterangkan di atas, kenaikan pangkat dalam Skim Perkhidmatan PPPT tidak memerlukan kekosongan jawatan, namun pegawai perlu memenuhi syarat wajib berdasarkan merit kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) Bilangan 9 tahun 2009 yang bersidang pada 19 Oktober 2009 telah bersetuju untuk meluluskan kriteria kecemerlangan bagi urusan kenaikan pangkat Skim Perkhidmatan PPPT. Berdasarkan skop fungsi dan bidang tugas PPPT seperti yang tertera dalam Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 di Lampiran C (Penghuraian Kerja Perkhidmatan PPPT), terdapat EMPAT (4) kategori PPPT seperti berikut:
4 (a) Kategori I PPPT Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di politeknik dan kolej komuniti yang menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar. (b) Kategori II PPPT Gred DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di politeknik dan kolej komuniti yang menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar di samping tugas-tugas pengurusan. (c) Kategori III PPPT Gred DH41/42 dan DH43/44 di politeknik dan kolej komuniti yang melaksanakan tugas-tugas pengurusan. (d) Kategori IV PPPT Gred DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di KPT yang melaksanakan tugas-tugas pengurusan. Namun begitu, PPPT Kategori IV juga didefinisikan sebagai pegawai yang melaksanakan tugas-tugas pengurusan di kementerian, jabatan dan agensi Perkhidmatan Awam. SKOP PINDAAN Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 3 telah menerangkan dengan jelas kriteria kecemerlangan, istilah dan glosari sebagai panduan kepada calon untuk menyediakan dokumen bagi persiapan permohonan pemangkuan kenaikan pangkat. 3.0
5 Sehubungan itu, terdapat beberapa istilah dan glosari yang perlu diperhalusi untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada PPPT agar memenuhi potensi dan kompetensi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Sejajar dalam usaha pembangunan bakat yang berteraskan pengurusan sumber manusia yang dinamik, efektif dan mampan, proses kenaikan pangkat PPPT perlu sentiasa berdaya saing dan seiring dengan penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Versi 1 (2022) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Pindaan ini juga turut melibatkan penerangan penyediaan dokumen kriteria kecemerlangan permohonan kenaikan pangkat ke Gred DH40 yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) No. 2 Bilangan 1 Tahun 2019 yang bersidang pada 26 Ogos 2019. Skop pindaan Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 3 (Pindaan 1) ini merangkumi perkara- perkara berikut: i. Mendokumenkan kriteria kecemerlangan bagi permohonan pemangkuan kenaikan pangkat ke Gred DH40; ii. Menambah baik kriteria kecemerlangan bagi PPPT Sedang Cuti Belajar; iii. Menambah baik dan memperincikan istilah dan glosari; dan iv. Menyelaras kriteria kecemerlangan bagi jawatan hakiki Gred DH47/48.
6 WAJARAN PEMARKAHAN Kerangka wajaran pemarkahan bagi urusan pemangkuan kenaikan pangkat Skim Perkhidmatan PPPT adalah dibahagikan kepada 40% bagi penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir dan 60% bagi penilaian kriteria kecemerlangan seperti yang dijelaskan pada Rajah 1. Rajah 1: Wajaran Pemarkahan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan PPPT 4.0
7 KRITERIA KECEMERLANGAN Kriteria kecemerlangan merupakan instrumen pengukur bagi menterjemah prestasi yang perlu dicapai oleh seseorang PPPT untuk layak dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan kenaikan pangkat Skim Perkhidmatan PPPT. Kerangka kriteria kecemerlangan yang digubal ini adalah seiring dengan penghuraian skop, fungsi dan bidang tugas PPPT seperti yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007. Sehubungan itu, kriteria kecemerlangan adalah terpakai untuk semua PPPT dan merangkumi semua gred jawatan iaitu Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH39/DH40, DH41/42, DH43/44, DH47/48 dan DH51/52. Pertimbangan yang teliti telah dilakukan ketika menetapkan kriteria kecemerlangan berdasarkan penghuraian skop, fungsi dan bidang tugas PPPT seperti yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007. Maka, pegawai yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut kategori yang ditetapkan mempunyai peluang untuk memohon pemangkuan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi. 5.0
8 Komposisi penilaian kriteria kecemerlangan terbahagi seperti berikut: i. Penilaian Kesepakaran; ii. Penilaian Pelajar; dan iii. Penilaian Referee (pengadil). Struktur penilaian bagi kriteria kecemerlangan adalah seperti pada Jadual 1. KRITERIA PENILAIAN MARKAH PENILAIAN (%) KATEGORI I II III IV PPPT Sedang Cuti Belajar 1. Penilaian Kesepakaran 80 80 85 85 85 2. Penilaian Pelajar 5 5 - - - 3. Penilaian Referee (pengadil) 15 15 15 15 15 Jumlah 100 Jadual 1: Struktur Penilaian Bagi Kriteria Kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT Penilaian Kesepakaran Aspek penilaian kesepakaran adalah mengikut kategori yang dimohon oleh calon seperti yang dinyatakan di Lampiran 1a hingga Lampiran 1e. Manakala senarai unsur penilaian kriteria kecemerlangan yang lengkap mengikut kategori dan gred boleh 5.1
9 dirujuk di Lampiran 2a hingga Lampiran 2e. Sebagai pemakluman, pegawai yang menilai kriteria kecemerlangan yang disediakan oleh calon dikenali sebagai Panel Penilai Kesepakaran yang dilantik oleh Ketua Perkhidmatan Skim Perkhidmatan PPPT. Penilaian Pelajar Penilaian Pelajar ialah satu indikator maklum balas pelajar terhadap keberkesanan proses PdP bagi calon yang memohon Kategori I dan II. Kriteria penilaian ini mencerminkan pelaksanaan proses PdP sebenar sepanjang tempoh kuliah di institusi. Penilaian Referee (pengadil) Penilaian Referee (pengadil) ialah salah satu komponen wajib yang perlu dipenuhi oleh semua calon Gred DH29 hingga Gred DH52. Penilaian ini bertujuan memberi peluang kepada calon untuk mendapatkan sokongan pegawai-pegawai yang mengenali serta maklum akan kebolehan calon. Calon dikehendaki untuk mencalonkan dua (2) orang pegawai sebagai referee (pengadil) sekurang-kurangnya satu gred yang lebih tinggi. Pemilihan referee (pengadil) hendaklah terdiri daripada pegawai yang pernah atau sedang berkhidmat bersama calon. 5.2 5.3
10 Konsep Pemberatan Penilaian Kesepakaran Komposisi Penilaian Kesepakaran terbahagi kepada empat (4) unsur utama iaitu: (a) Teras Utama; (b) Kepimpinan; (c) Sumbangan; dan (d) Pembangunan Diri. Agihan wajaran pemarkahan adalah tidak sama bagi keempat-empat unsur Penilaian Kesepakaran. Wajaran pemberatan Penilaian Kesepakaran bagi keempat-empat (4) unsur tersebut boleh dirujuk pada Rajah 2. Rajah 2: Konsep Pemberatan Kriteria Kesepakaran 5.4
11 Merujuk kepada Rajah 2 di atas, aspek Teras Utama mempunyai hubungan timbal balik dengan aspek Kepimpinan. Oleh yang demikian, pemberatan pemarkahan bagi aspek Teras Utama akan menyusut dengan peningkatan gred yang lebih tinggi. Manakala, sebaliknya pemberatan pemarkahan bagi aspek Kepimpinan akan meningkat sejajar dengan peningkatan gred yang dimohon. Hal ini dijelaskan kerana pengurangan tugas dalam aspek Teras Utama diimbangi dengan pertambahan tugas bagi aspek Kepimpinan pada gred yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, aspek Sumbangan dan Pembangunan Diri sentiasa diberi penekanan yang sama seiring dengan perkembangan kerjaya calon. 5.4.1 Teras Utama Penilaian bagi aspek Teras Utama merangkumi pelbagai fungsi dan bidang tugas yang tidak hanya tertumpu kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sahaja tetapi juga melibatkan tugas-tugas lain seperti berikut: (a) Pengurusan Pelajar; (b) Pengurusan Organisasi; (c) Pengurusan Dasar; (d) Penyelidikan, Pengkomersilan dan Khidmat Nasihat; (e) Jaringan dan Kolaborasi; dan (f) Pengurusan Sumber Manusia.
12 Penghuraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi mengikut kategori boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 (Lampiran C). 5.4.2 Kepimpinan Penilaian bagi aspek Kepimpinan mengandungi elemen kepimpinan di institusi dan tugas-tugas instruksional termasuk aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan dan bimbingan rakan sekerja seperti coaching & mentoring. Tujuan aspek Kepimpinan ini dinilai adalah untuk mengenal pasti dan mengukur potensi serta kompetensi kepimpinan seseorang PPPT untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar seiring dengan peningkatan gred jawatan disandang. 5.4.2.1 Penilaian Subordinat Penilaian Subordinat adalah satu komponen yang diwujudkan khas kepada calon Kategori II yang terdiri dari kalangan Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti serta Timbalan Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti yang mengurus, memantau dan mengawal selia PdP.
13 5.4.3 Sumbangan Penilaian bagi aspek Sumbangan membawa maksud inisiatif keterlibatan calon dari segi perkongsian atau menabur bakti akan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran kepada organisasi yang dianggotainya, masyarakat setempat, pihak industri atau agensi luar sama ada di peringkat jabatan, kementerian, negara mahupun antarabangsa. Indikator sumbangan yang signifikan dikesan melalui pengiktirafan dan penganugerahan daripada pihak tersebut. 5.4.4 Pembangunan Diri Penilaian bagi aspek Pembangunan Diri merangkumi program perkembangan kerjaya dan peningkatan profesionalisme berterusan seperti mengikuti latihan, penglibatan dalam aktiviti berasaskan keperluan tugas dan kelayakan ikhtisas tambahan yang berkaitan. Tujuan aspek Pembangunan Diri ini dinilai adalah untuk membentuk tenaga kerja profesional yang responsif kepada perkembangan dan pemerkasaan teknologi terkini khususnya teknologi digital. Di samping itu, ia bertujuan untuk merapatkan jurang kompetensi antara PPPT dan industri sekali gus meningkatkan kemahiran serta kualiti perkhidmatan PPPT pada masa akan datang.
14 Taburan Markah Keseluruhan Kriteria Kecemerlangan Secara keseluruhan, taburan markah kriteria kecemerlangan Penilaian Kesepakaran, Penilaian Pelajar dan Penilaian Referee (pengadil) mengikut kategori bagi semua gred jawatan ialah seperti yang dijelaskan pada Jadual 2. 5.5
Jadual 2: Taburan Markah Keseluruhan KriteMengikut Kategor
15 eria Kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT ri dan Gred Jawatan
16 SYARAT PERMOHONAN BAGI URUSAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI Syarat Umum dan Syarat Khusus Semua PPPT layak dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi setelah memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan dengan merujuk Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam Versi 1.0 Tahun 2022 (Ceraian UP.3.1.1) melalui Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT yang dikeluarkan oleh Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran.Syarat umum dan syarat khusus dijelaskan seperti berikut: c i. Syarat-Syarat Umum: (a) Telah disahkan dalam perkhidmatan; (b) Mencapai tahap prestasi LNPT yang ditetapkan iaitu 80% dan ke atas untuk tiga (3) tahun yang terakhir; 6.1 6.0 Secara umumnya, kenaikan pangkat PPPT adalah tidak berasaskan kekosongan jawatan tetapi berdasarkan permohonan
17 (c) Melepasi tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; (d) Diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (e) Bebas dari hukuman tatatertib; (f) Telah mengisytiharkan harta (5 tahun terkini); (g) Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (h) Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan (i) Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga. ii. Syarat-Syarat Khusus: (a) Mencapai tahap minimum kriteria kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan; dan (b) Lulus Career Path Competency Matrix (CPCM) dan Program Peningkatan Kemahiran (PPK). Syarat Pemilihan Kriteria Mengikut Kategori 6.2.1 Calon Semasa Kategori III Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori I / II Calon semasa Kategori III sama ada di institusi yang sama atau di institusi yang lain, DIBENARKAN memohon kriteria kecemerlangan Kategori I / II dengan syarat: 6.2
18 (a) Calon berada di Kategori III kurang daripada tempoh 24 bulan yang dikira bermula dari tarikh berkuat kuasa kategori semasa sehingga tarikh Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT ke gred yang akan dimohon oleh calon tersebut; dan (b) Calon juga perlu memenuhi kriteria kecemerlangan Kategori I / II. 6.2.2 Calon Semasa Kategori I / II Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori III Calon semasa Kategori I / II sama ada di institusi yang sama atau di institusi yang lain, DIBENARKAN memohon kriteria kecemerlangan Kategori III dengan syarat: (a) Calon berada di Kategori I / II kurang daripada tempoh 24 bulan yang dikira bermula dari tarikh berkuat kuasa kategori semasa sehingga tarikh Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT ke gred yang akan dimohon oleh calon tersebut; dan (b) Calon juga perlu memenuhi kriteria kecemerlangan Kategori III.
19 6.2.3 Calon Semasa Kategori IV Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori I / II / III Calon semasa Kategori IV (ibu pejabat) DIBENARKAN memohon kriteria kecemerlangan Kategori I / II / III dengan syarat: (a) Calon berada di Kategori IV (ibu pejabat) kurang daripada tempoh 24 bulan yang dikira bermula dari tarikh berkuat kuasa kategori semasa sehingga tarikh Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT ke gred yang akan dimohon oleh calon tersebut; dan (b) Calon juga perlu memenuhi kriteria kecemerlangan Kategori I / II / III. 6.2.4 Calon Semasa Kategori I / II / III Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori IV Calon semasa Kategori I / II / III DIBENARKAN memohon kriteria kecemerlangan Kategori IV dengan syarat: (a) Calon berada di Kategori I / II / III kurang daripada tempoh 24 bulan yang dikira bermula dari tarikh berkuat kuasa kategori semasa sehingga tarikh Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT ke gred yang akan
20 dimohon oleh calon tersebut; dan (b) Calon juga perlu memenuhi kriteria kecemerlangan Kategori IV. 6.2.5 Calon Memilih Kriteria Kecemerlangan PPPT Sedang Cuti Belajar Semua dokumen item penilaian bagi permohonan calon ini hendaklah disediakan semasa dalam tempoh cuti belajar. Tempoh bagi cuti belajar adalah merujuk kepada Perkara 7.2(a). Amalan mencampur aduk dokumen item penilaian kriteria kecemerlangan antara Kategori I / II / III / IV dengan item PPPT Sedang Cuti Belajar adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali aspek Sumbangan dalam gred semasa. Pemilihan kriteria ini terpakai kepada PPPT Sedang Cuti Belajar bagi Pasca Siswazah. 6.2.6 Calon Semasa Sedang Cuti Belajar Memilih Kriteria Kecemerlangan Kategori I / II / III / IV Calon semasa Sedang Cuti Belajar DIBENARKAN memohon kriteria kecemerlangan Kategori I / II / III / IV dengan syarat: (a) Calon memohon kriteria kecemerlangan Kategori I / II / III / IV mengikut perjawatan sebelum bermula atau selepas tamat tarikh Cuti Belajar
21 berkuat kuasa dalam tempoh gred semasa; dan (b) Calon juga perlu memenuhi kriteria kecemerlangan Kategori I / II / III / IV. Pertukaran Kategori Semua permohonan Pertukaran Kategori bagi urusan pemangkuan kenaikan pangkat adalah melalui pautan e-SIS berdasarkan kategori semasa dan waran perjawatan. Walau bagaimanapun, bagiPPPT yang bertukar secara lateral kepada kategori lain boleh memohon pertukaran kategori berdasarkan syarat-syarat berikut: i. Tempoh perkhidmatan di kategori baharu yang disandang adalah kurang daripada tempoh 24 bulan yang dikira bermula dari tarikh berkuat kuasa kategori semasa sehingga tarikh Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT ke gred yang akan dimohon oleh calon; ii. Calon yang bertugas di institusi hendaklah melalui dan disahkan oleh pengarah institusi semasa, manakala calon dari kalangan pengarah institusi hendaklah melalui dan disahkan oleh Ketua Perkhidmatan; dan iii. Permohonan ini adalah tertakluk kepada jawatan yang diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ). 6.3
22 PROSES DAN PROSEDUR PERMOHONAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT Pelawaan untuk memohon bagi urusan pemangkuan kenaikan pangkat adalah melalui edaran Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT yang dikeluarkan oleh Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran kepada institusi dan pautan eSIS. Calon dikehendaki mengemukakan permohonan secara dalam talian mengikut format yang disediakan. Manual pengguna bagi permohonan tersebut boleh dimuat turun melalui laman web http://www.esis.gov.my. Setiap permohonan pemangkuan kenaikan pangkat perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Tanggungjawab Ketua Jabatan ialah menyemak dan mengesahkan permohonan calon sebelum dikemukakan kepada Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran di peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Carta Alir Permohonan Pemangkuan Kenaikan Pangkat boleh dirujuk seperti di Lampiran 3. Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran akan menyemak semua permohonan bagi memastikan syarat-syarat yang dinyatakan melalui Surat Siaran Permohonan Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPT dipatuhi dan dipenuhi oleh calon. Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran tidak akan memproses sebarang dokumen yang tidak lengkap. 7.0
23 Proses berikutnya ialah calon perlu menyediakan dokumen penilaian yang berkaitan mengikut kategori yang dimohon oleh calon seperti di Lampiran 4. Seterusnya, calon akan melalui proses validasi atau temu duga mengikut jadual yang ditetapkan oleh Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran. “Validasi ialah proses mengumpul maklumat di tempat kerja, menemu bual dan mendapatkan pengesahan ke atas dokumen dan usaha yang dikemukakan oleh calon dalam permohonan pemangkuan kenaikan pangkat melalui kriteria kecemerlangan”. “Temu duga ialah proses sesi soal jawab, menguji kefahaman bagi menilai kesesuaian dan kelayakan calon untuk tujuan permohonan pemangkuan kenaikan pangkat”. (Sumber: BPSM KPT, 2009) Tugas melaksanakan validasi atau temu duga ini dijalankan oleh sekumpulan pegawai yang dilantik sebagai Panel Penilai Kesepakaran. Tugas Panel Penilai Kesepakaran ialah: (a) Melaksanakan validasi / menemu duga calon; (b) Menyemak dan menilai kualiti dokumen kriteria kecemerlangan dan hasil kerja yang dikemukakan oleh calon berdasarkan kriteria kecemerlangan yang ditetapkan; dan
24 (c) Mengemukakan justifikasi berdasarkan penilaian validasi ke atas dokumen kriteria kecemerlangan calon. Segala aktiviti dan pengurusan proses semakan dokumentasi calon sehingga pelaksanaan validasi atau temu duga dikendalikan oleh Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran. Selain itu, Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran akan melaksanakan tugas seperti berikut: (a) Menyemak dokumen permohonan yang dikemukakan oleh calon; (b) Mengklasifikasikan permohonan calon mengikut kategori; dan (c) Mengurus aktiviti validasi dan temu duga yang perlu dijalankan oleh Panel Penilai Kesepakaran. Panel Penilai Kesepakaran dilantik oleh Ketua Perkhidmatan Skim Perkhidmatan PPPT melalui Jawatankuasa Induk Panel Penilai Kesepakaran yang diurusetiakan oleh Sekretariat Panel Penilai Kesepakaran. Sekiranya berkeperluan, Jawatankuasa Panel Penilai Kesepakaran juga boleh melantik Panel Penilai Kesepakaran Luar (PPK Luar) bagi membantu urusan pemangkuan kenaikan pangkat dari Gred DH52 ke Gred DH54. PPK Luar boleh dilantik dalam kalangan ahli badan profesional yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang pengkhususan. Tugas PPK Luar adalah setara dengan tugas Panel Penilai Kesepakaran dengan menilai kesesuaian calon bagi urusan pemangkuan kenaikan pangkat.
25 Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bagi Kumpulan Pelaksana 7.1.1 PPPT Yang Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Skim Perkhidmatan PPPT telah memperuntukkan pegawai - pegawai dalam Kumpulan Pelaksana Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH39/40 yang telah berjaya memperoleh ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia semasa sedang berkhidmat dan memenuhi syarat - syarat kriteria kecemerlangan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan layak dinaikkan pangkat ke Gred DH42 tanpa kekosongan jawatan. Calon yang ingin menyambung pengajian tidak terkecuali daripada memenuhi semua aspek kriteria kecemerlangan. Calon yang ingin menyambung pengajian secara sepenuh masa disarankan mengumpul kriteria kecemerlangan sebelum memulakan cuti belajar. 7.1
26 7.1.2 PPPT Yang Tidak Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Permohonan pemangkuan kenaikan pangkat bagi calon dalam Kumpulan Pelaksana Gred DH29 ke DH32, Gred DH31/32 ke Gred DH34 dan Gred DH34 ke Gred DH40 adalah tanpa kekosongan jawatan, namun perlu memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan. Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat (PPPT Sedang Cuti Belajar) Calon yang memohon pemangkuan kenaikan pangkat bagi kriteria kecemerlangan PPPT Sedang Cuti Belajar perlu memenuhi syarat berikut: (a) Menamatkan pengajian dengan jayanya (Graduate on Time). Graduate on Time ditakrifkan sebagai tamat pengajian dalam tempoh tajaan asal yang diluluskan serta tambahan tempoh maksimum 6 bulan untuk mendapatkan Surat Senat merujuk “Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa” nombor rujukan JPA(L)S.175/4/1-1.KLT.8(22). (b) Bagi calon yang memilih kriteria kecemerlangan PPPT Sedang Cuti Belajar, setiap unsur penilaian yang 7.2
27 dikemukakan perlu merujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2e. Semua dokumen kriteria kecemerlangan WAJIB disediakan dalam tempoh cuti belajar mengikut ketetapan yang dinyatakan KECUALI aspek Sumbangan yang boleh digunakan dalam gred semasa. (c) Sekiranya calon tidak menamatkan pengajian dalam tempoh cuti belajar yang diluluskan kali pertama oleh Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi seperti Perkara 7.2(a), maka permohonan pemangkuan kenaikan pangkat hanya boleh mengikut kategori sebelum atau selepas melanjutkan pengajian iaitu Kategori I / II / III / IV (Sila rujuk Perkara 6.2.6). Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bagi Calon Yang Sedang Berkhidmat Di Seberang Laut Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) mempunyai beberapa pejabat iaitu Jabatan Penuntut Malaysia (Education Malaysia) dan Pejabat Promosi Pendidikan di luar negara. Permohonan ini terbuka kepada PPPT yang sedang berkhidmat sebagai Pengarah, Atase Pendidikan, Pegawai Promosi dan Warden di pejabat - pejabat tersebut. PPPT yang sedang berkhidmat di jabatan seperti yang dinyatakan di atas WAJIB memenuhi syarat khusus yang ditetapkan antaranya menghadiri dan lulus kursus wajib iaitu Program Peningkatan Kemahiran (PPK) dan Career Path Competency Matrix (CPCM). 7.3
28 Sehubungan itu, segala elaun dan tanggungan PPPT untuk kembali ke tanah air bagi menghadiri kursus tersebut boleh dituntut daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing - masing berdasarkan pekeliling dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, PPPT boleh memilih untuk menghadiri kursus yang setara di tempat mereka bertugas dengan syarat: (a) Mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis untuk menghadiri kursus tersebut daripada Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK), JPPKK; (b) Kursus yang setara perlu menepati sekurang-kurangnya melebihi 70% persamaan isi kandungan dengan kursus yang tersenarai sebagai memenuhi kursus wajib mengikut gred jawatan; dan (c) Memenuhi kriteria persetaraan seperti berikut: i. Program Peningkatan Kemahiran (PPK) Kehadiran latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar berunsurkan kemahiran teknikal merujuk kepada senarai inventori kursus PPK. Tempoh latihan yang dihadiri perlu melebihi 80% daripada tempoh modul PPK seperti berikut:
29 1. Tahap 1 : Minimum 19 jam 2. Tahap 2 : Minimum 23 jam ii. Career Path Competency Matrix (CPCM) Kehadiran latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar berunsurkan kemahiran generik merujuk kepada senarai inventori kursus CPCM. Tempoh latihan yang dihadiri perlu melebihi 80% daripada tempoh modul CPCM iaitu 18 jam. iii. Isi Kandungan Latihan Perlu melebihi 70% daripada isi kandungan sinopsis PPK dan CPCM mengikut anggaran dan keputusan jawatankuasa yang menentukannya (sekiranya perlu). iv. Kehadiran dan Waktu Latihan Persetaraan akan mengambil kira tarikh PPPT menghadiri latihan tersebut dalam tempoh gred semasa. Sebagai contoh, PPPT daripada gred jawatan DH44 memohon pemangkuan kenaikan pangkat ke DH48, PPPT tersebut perlu menghadiri latihan semasa berada di gred semasa DH44 bagi memenuhi kriteria persetaraan tersebut.
30 v. Tempat Kursus dan Penganjur Latihan Semua latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar yang dianjurkan oleh semua agensi kerajaan atau swasta sama ada di dalam atau di luar negara boleh diambil kira bagi tujuan persetaraan. vi. Kumpulan Sasaran yang layak diberi persetaraan Tempoh perkhidmatan minima 24 bulan ke atas bagi pegawai yang sedang berkhidmat di seberang laut layak untuk diberi persetaraan kursus CPCM dan PPK. Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bagi PPPT Yang Sedang Berkhidmat Di Jawatan Terbuka PPPT yang sedang mengisi jawatan terbuka di institusi, jabatan dan bahagian - bahagian di kementerian dan agensi luar secara pinjaman atau kontrak juga layak memohon kenaikan pangkat berdasarkan tugas dan tanggungjawab semasa. Kriteria kecemerlangan dan unsur penilaian hendaklah dipadankan dengan gred dan kategori yang bertepatan dengan jawatan terbuka pegawai berkenaan. 7.4
31 HEBAHAN KEPUTUSAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT Keputusan pemangkuan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) adalah MUKTAMAD. Hebahan keputusan mengenainya akan dimaklumkan kepada semua calon melalui Ketua Perkhidmatan Skim Perkhidmatan PPPT. 8.1 Rayuan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Calon yang TIDAK BERJAYA dalam permohonan pemangkuan kenaikan pangkat boleh membuat rayuan kepada Urus Setia Rayuan Pemangkuan Kenaikan Pangkat, Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK), JPPKK untuk diproses dan akan dipanjangkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Carta Alir Rayuan Pemangkuan Kenaikan Pangkat boleh dirujuk di Lampiran 5. Rayuan Permohonan Pemangkuan Kenaikan Pangkat boleh dikemukakan ke alamat berikut: Urus Setia Rayuan Pemangkuan Kenaikan Pangkat Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Aras 5, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 W.P. Putrajaya. 8.0
32 PENUTUPP PENUTUP Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 3 (Pindaan 1) ini telah mendokumenkan dan menambah baik istilah dan glosari bagi kriteria kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT seperti mana yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) melalui kelulusan mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2009 pada 19 Oktober 2009. Manakala kriteria kecemerlangan bagi Gred DH40 telah diluluskan melalui kelulusan Mesyuarat LKPPP No. 2 Bilangan 1 Tahun 2019 yang bersidang pada 26 Ogos 2019. 9.0
33 RUJUKAN 1. Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Versi 1.0, Tahun 2022. 2. Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1, Tahun 2016. 3. Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Panduan Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8, Tahun 2011. 4. Panduan Pertukaran Pegawai Awam dan Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2004. 5. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33, Tahun 2007. 6. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4, Tahun 2011.
34 7. Code of Practice for Institutional Audit, Agensi Kelayakan Malaysia, Februari, Tahun 2009. 8. Code of Practice for Programme Accreditation, Agensi Kelayakan Malaysia, Disember, Tahun 2008. 9. Waran Perjawatan Bil. S 72 dan S 210, Tahun 2020. 10. Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 3, Tahun 2012. 11. Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon Versi 2, Tahun 2011. 12. Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Edisi Calon, Disember, Tahun 2009. 13. Skop Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Edisi Pertama, Tahun 2014. 14. Kertas Pertimbangan Kriteria Kecemerlangan Untuk Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan PPPT Bertarikh 28 Oktober 2009, BPSM KPT.
35 15. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bilangan 1/2022 bertarikh 22 Mac 2022 (Punca Kuasa Penetapan Kriteria Kecemerlangan PPPT Sedang Cuti Belajar). 16. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pakar Rujuk Kesepakaran Bilangan 4/2021 bertarikh 12 November 2021 (Punca Kuasa Penetapan Dokumen Penilaian Pensyarah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kategori I.
36 LAMPIRAN 1: ASPEK PENILAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN MENGIKUT KATEGORI I, II, III, IV DAN PPPT SEDANG CUTI BELAJAR
37 Lampiran 1a ASPEK PENILAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN KATEGORI I (a) Teras Utama i. Pengajaran dan Pembelajaran; ii. Penyelidikan dan Pembangunan; dan iii. Penerbitan dan Penulisan. (b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan Pembangunan Pengajaran serta Perkembangan Profesionalisme; ii. Pelaksanaan dan Penyelarasan aktiviti akademik mengikut sesi pengajian dan penjadualan; iii. Tugas coaching & mentoring; dan iv. Keperibadian. (c) Pembangunan Diri i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan pertama DH29/31/33/39/41/43/47/51/53; - Program Peningkatan Kemahiran (PPK); dan - Career Path Competency Matrix (CPCM). ii. Kriteria Elektif - Kelayakan badan profesional; - Kelayakan akademik tambahan (Sarjana / Doktor Falsafah); - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP); - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional / Sijil Kemahiran); - Anugerah Akademik / Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); atau - Sanjungan / Pingat. (d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi / Jabatan / Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama); dan ii. Sumbangan / perkhidmatan kepada komuniti setempat / agensi luar / negara.
38 Lampiran 1b ASPEK PENILAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN KATEGORI II (a) Teras Utama i. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran; ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan kolaborasi; dan iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan. (b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pengurusan Politeknik / Kolej Komuniti; ii. Pemantauan pencapaian pelajar / tenaga pengajar / staf sokongan; iii. Tugas coaching & mentoring; dan iv. Keperibadian. (c) Pembangunan Diri i. Kriteria Wajib - Program Peningkatan Kemahiran (PPK); dan - Career Path Competency Matrix (CPCM). ii. Kriteria Elektif - Kelayakan badan profesional; - Kelayakan akademik tambahan (Sarjana / Doktor Falsafah); - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP); - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional / Sijil Kemahiran); - Anugerah Akademik / Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); atau - Sanjungan / Pingat. (d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi / Jabatan / Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama); dan ii. Sumbangan / perkhidmatan kepada komuniti setempat / agensi luar / negara.
39 Lampiran 1c ASPEK PENILAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN KATEGORI III (a) Teras Utama i. Pengurusan Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran; ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan kolaborasi; dan iii. Pengurusan Penyelidikan dan Penulisan. (b) Kepimpinan i. Pengurusan Jabatan / Unit di Politeknik / Kolej Komuniti; ii. Penglibatan dalam jawatan kuasa / aktiviti di peringkat Politeknik / Kolej Komuniti; iii. Tugas coaching & mentoring; dan iv. Keperibadian. (c) Pembangunan Diri i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan pertama DH41; - Program Peningkatan Kemahiran (PPK); dan - Career Path Competency Matrix (CPCM). ii. Kriteria Elektif - Kelayakan badan profesional; - Kelayakan akademik tambahan (Sarjana / Doktor Falsafah); - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP); - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional / Sijil Kemahiran); - Anugerah Akademik / Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); atau - Sanjungan / Pingat. (d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi / Jabatan / Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama); dan ii. Sumbangan / perkhidmatan kepada komuniti setempat / agensi luar / negara.
40 Lampiran 1d ASPEK PENILAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN KATEGORI IV (a) Teras Utama i. Penggubalan dan Pelaksanaan Dasar (pengoperasian); ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan kolaborasi; dan iii. Pengurusan Penyelidikan dan Penulisan. (b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pengurusan Unit / Bahagian / Penyelarasan peringkat KPT; ii. Pemantauan pencapaian pegawai; iii. Tugas coaching & mentoring; dan iv. Keperibadian. (c) Pembangunan Diri i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan pertama DH41; - Program Peningkatan Kemahiran (PPK); dan - Career Path Competency Matrix (CPCM). ii. Kriteria Elektif - Kelayakan badan profesional; - Kelayakan akademik tambahan (Sarjana / Doktor Falsafah); - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP); - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional / Sijil Kemahiran); - Anugerah Akademik / Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); atau - Sanjungan / Pingat. (d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi / Jabatan / Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama); dan ii. Sumbangan / perkhidmatan kepada komuniti setempat / agensi luar / negara.
41 Lampiran 1e ASPEK PENILAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN PPPT SEDANG CUTI BELAJAR (a) Teras Utama i. Kurikulum dan Kokuriklum; ii. Penyelidikan dan Pembangunan; dan iii. Penerbitan dan Penulisan. (b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme; ii. Tugas coaching & mentoring; dan iii. Keperibadian. (c) Pembangunan Diri i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan pertama 41/43/47/51/53; - Program Peningkatan Kemahiran (PPK); dan - Career Path Competency Matrix (CPCM). ii. Kriteria Elektif - Kelayakan badan profesional; - Kelayakan akademik tambahan (Sarjana / Doktor Falsafah); - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP); - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional / Sijil Kemahiran); - Anugerah Akademik / Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); atau - Sanjungan / Pingat. (d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi / Jabatan / Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama); dan ii. Sumbangan / perkhidmatan kepada komuniti setempat / agensi luar / negara.
42 LAMPIRAN 2: UNSUR PENILAIAN KATEGORI I, II, III, IV DAN PPPT SEDANG CUTI BELAJAR
Mematuhi garis panduan penyediaan dokumen PdP PSH di Kolej Komuniti. Mematuhi garis panduan penyediaan dokumen PdP Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti. Mematuhi garis panduan penyediaan dokumen PdP PSH di Kolej Komuniti. 3 Menghasilkan dokumen inovasi / penambahbaikan / pengurusan PdP / PSH dari sudut PdP / PSH dalam gred semasa. Inovasi dalam metodologi PdP - kemanfaatan kepada tugas PdP / PSH, keaslian hasil kerja, keberkesanan kepada sistem dan organisasi. Semakan dokumen dan validasi i) Dokumen inovasi berkenaan 4a) Menyelia projek pelajar dalam gred semasa. 4b) Menguruskan aktiviti ilmiah dalam gred semasa. 4c) Menguruskan aktiviti ilmiah PSH dalam gred semasa. 5 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Menjalankan penyelidikan / kajian mengikut format yang ditetapkan dan bersesuaian dengan gred semasa. i) Sumbangan / impak / penambahbaikan terhadap bidang pengkhususan / PdP / organisasi / fungsi kerja. ii) Potensi hasil penyelidikan untuk diiktiraf pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Semakan dokumen dan validasi i) Laporan ii) Kertas kerja iii) Hasil penyelidikan iv) Sebarang bentuk pengiktirafanv) Laporan penilaian daripada inst6 Menghasilkan karya asli penulisan ilmiah / kreatif mengikut tahap yang bersesuaian dengan gred semasa. i) Gaya dan kualiti penulisan. ii) Impak / sumbangan / penambahbaikan kepada bidang pengkhususan / PdP / organisasi / fungsi kerja. iii) Peringkat penulisan (institusi / zon / kebangsaan / antarabangsa). Semakan dokumen dan validasi Bahan penulisan / penerbitan dalahardcopy: i) Jurnal ii) Digest iii) Majalah iv) Buletin v) Artikel i) Fail rekod pensyarah (FRP) / (Fii) Sijil penghargaan iii) Jadual waktu iv) Folio pelajar / peserta PSH v) Sampel penilaian pelajar / pesevi) Laporan CORR vii) Laporan CQI viii) Kerja amali ix) Kerja luar x) Kerja bengkel xi) Tutorial i) Hasil projek / aktiviti berkenaan ii) Dokumen iii) Sijil pencapaian (jika ada) iv) Sijil penyertaan (jika ada) v) Sijil anugerah (jika ada) i) Kertas pembentangan ii) Buku program iii) Slaid pembentangan iv) Sebarang bentuk pengiktirafani) Pencerapan terdahulu ii) Pencerapan terkini iii) Validasi Validasi Semakan dokumen dan validasi Keberkesanan penyeliaan aktiviti ilmiah / projek pelajar / aktiviti ilmiah PSH. i) Peringkat pembentangan (institusi / zon / kebangsaan / antarabangsa). ii) Sumbangan / impak / penambahbaikan kepada bidang pengkhususan / PdP / organisasi / fungsi kerja. ITEM PENILAIAN Melaksanakan PdP dan Kokurikulum. Membantu melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran di peringkat unit / Jabatan Akademik / organisasi. Membentang hasil penulisan / penyelidikan di peringkat institusi / zon / kebangsaan / antarabangsa dalam gred semasa. Mematuhi garis panduan penyediaan dokumen PdP Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti. BIL 1 2 7 SKOP PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENERBITAN DAN PENULISAN UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I ASPEK PENILAIAN KAEDAH / INSTRUMEN PENILAIAN DOKUMEN PENILA(mana-mana berka4