The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PJ) Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AJ@5985, 2022-08-07 02:10:34

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PJ) Tingkatan 1

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PJ) Tingkatan 1

Keywords: PJ TING 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI
TINGKATAN SATU

Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

2016

Diusahakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2016
@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Pendahuluan Muka Surat
viii
Penghargaan ix
xi
Maklumat Setiap Unit
1
MODUL KEMAHIRAN 11
19
Unit 1 Gimnastik Asas 27
39
Unit 2 Pergerakan Berirama 45
57
Unit 3 Kategori Serangan; Bola Sepak 69
75
Unit 4 Kategori Serangan; Bola Jaring 89

Unit 5 Kategori Jaring; Bola Tampar

Unit 6 Kategori Jaring; Badminton

Unit 7 Olahraga Asas

Unit 8 Rekreasi dan Kesenggangan

Unit 9 Komponen Kecergasan

Lampiran A Senarai Cadangan Peralatan Pendidikan Jasmani



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

v



Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini merupakan usaha
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
dan pelbagai pihak yang telah menyumbang masa dan tenaga bagi membantu guru
Pendidikan Jasmani terutama sekali guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran
ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (p&p). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini,
guru hendaklah merancang sendiri aktiviti p&p.

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini mengandungi 9 unit
bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu. Unit-unit
pengajaran yang disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh
setahun

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian
standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar.
Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas
kurikulum, kaedah inkuiri, dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU).
Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan
murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Murid
juga dirangsang dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui proses
pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta
menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat, dan
kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid
menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran, dan berpengetahuan, serta
mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan diri.

Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan
Satu ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk
mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

vii



Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan
Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini. Antara panel yang terlibat ialah:

Cik Kamariah binti Mohd Yassin Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Mohd Irwan bin Miskob Bahagian Pembangunan Kurikulum

PENASIHAT KURIKULUM Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Universiti Putra Malaysia, Selangor
Dr. Kok Lian Yee Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Dr. Nelfianty binti Mohd Rasyid

GIMNASTIK ASAS IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Tn. Syed Muhd Kamal bin S A Bakar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
En. Poniran bin Salamon SMK Taman Ehsan, Selangor
Pn. Maizan binti Alias Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Mohd Irwan bin Miskob

PERGERAKAN BERIRAMA IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Pn. Kok Mong Lin SK Bangsar, Kuala Lumpur
En. Fakhri bin Mohd Nor SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Cik Norlizan Kismawati binti Ismail

KEMAHIRAN KATEGORI SERANGAN

Bola Sepak

En. Ghazali bin Sulong SMK Cabang Empat, Kelantan

En. Azhar bin Ariffin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

En. Mohd Isnizam bin Mahamud SMK Seksyen 11, Selangor

En. Azulhaimi bin Ahmad IPG Kampus Raja Melewar

Negeri Sembilan

Tn. Hj. Abdul Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Selangor

En. Rosly bin Yusoff SMK Abdul Rahim, Sabah

Bola Jaring SSN SMK Seri Kota, Melaka
SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Cik Noorrul Afniza binti Ahmad Jamaludin SMK Tunku Ampuan Naji Hah, Negeri Sembilan
Cik Saidatul Erni binti Saiful Bahari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor
Pn. Nurhidayah binti Mustafar
Cik Azizah binti Md Amin

ix

KEMAHIRAN KATEGORI JARING SMK Tengku Lela Segara, Terengganu
Bola Tampar SMK Seksyen 1, Selangor
En. Zool Hilmi bin Abu Bakar IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
En. Mohd Hafizi bin Mohd Bahawi IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor
En. Ahmad Rodzli bin Hashim
En. Adib bin Sulaiman

Badminton IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
En. Shamsul Bahri bin Ismail IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
En. Azulhaimi bin Ahmad SMK Seri Desa, Selangor
En. Lim Teng Hooi SMK Penambang, Kelantan
En. Kua Eh Jun

REKREASI DAN KESENGGANGAN SMK Ayer Hangat, Langkawi
En. Ahmad Shaker bin Abdul Majeed IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
En. Othman bin Che Man SMK Taman Selayang, Selangor
Pn. Jasmin binti Julaihi SMkK Zainab 2, Kelantan
En. Wan Adzlean Shah bin
Wan Abdullah

OLAHRAGA ASAS IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Chia Chiow Ming SMK Puchong Permai, Selangor
En. Gopal A/L Raman SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
En. Shankaralingam A/L Ramalingam SMK Seri Indah, Selangor
En. Abdul Razak bin Sulaiman Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin

KECERGASAN IPG Kampus Ilmu Khas
En. Chia Chiow Ming SMK Puchong Permai, Selangor
En. Gopal A/L Raman SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
En. Shankaralingam A/L Ramalingam SMK Seri Indah, Selangor
En. Abdul Razak bin Sulaiman SMK Abdullah Munshi
En. Noorhidayat bin Mat Rahim Pulau Pinang
Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin

ILUSTRATOR SMK USJ 13, Selangor
En. Mohammed Syahrir bin Talib SMK Taman Desaminium, Selangor
En. Mohd Khairul Adzemi bin Kamalul
Ariffin SK Tengkera 1, Melaka
En. Suhaimi bin Isa SK Danau Kota, Selangor
En. Mohd Noor Idham bin Musa

x

Tajuk dan cadangan
masa setiap modul

Huraian modul secara
keseluruhan kemahiran
yang hendak dicapai
dalam beberapa sesi
pengajaran dan
pembelajaran (p&p).

Standard kandungan
dan standard
pembelajaran (SP)
dalam setiap modul.

Cadangan soalan-soalan
inkuiri berdasarkan
fakta, konsep, dan
perbahasan.

Cadangan Strategi p&p
yang dipilih berdasarkan
kesesuaian kemahiran
yang diajar.

Cadangan aktiviti
mencapai SP; perlu
dilakukan seperti berikut:
1. Memanaskan badan
2. Penyampaian SP
3. Permainan Kecil atau

persembahan
4. Menyejukkan badan.

Cadangan pentaksiran
formatif di setiap modul.

Cadangan
pentaksiran
sumatif di setiap
modul.

xi

xii

Menerusi modul pengajaran gimnastik asas, murid boleh mengintegrasikan konsep
putaran, imbangan, dan kawalan badan dalam aktiviti dengan efisien. Murid juga boleh
berinteraksi dalam kumpulan bagi mereka cipta rutin pergerakan yang mempunyai nilai
estetika dan mempersembahkan hasil idea kreatif mereka dengan yakin, seronok, dan
berekspresi di dalam ruang pergerakan yang selamat.

Mari Melantun (1 jam)
1.1.1 Melakukan kemahiran lantunan menggunakan pelbagai bahagian badan di atas

trampolin dan berhenti dengan selamat.
2.1.1 Menyatakan postur badan yang sesuai untuk mengekalkan kawalan badan

semasa layangan.
5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko

kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mari Beraksi (2 jam)
1.1.2 Membuat bentuk badan tuck, pike, dan straddle semasa layangan di atas

trampolin.
1.1.3 Melakukan pelbagai putaran semasa melakukan layangan di atas trampolin.
2.1.2 Menerangkan mekanik lakuan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi.
2.1.3 Mengenal pasti ketinggian layangan yang sesuai untuk melakukan putaran dan

bentuk badan di atas trampolin.
5.2.5 Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti

dalam pelbagai situasi.
5.3.3 Memberikan penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan.

1

Persembahan Trampolin (3 jam)

1.1.4 Mereka cipta rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan, putaran, dan
bentuk badan di atas trampolin.
1.1.5
2.1.4 Melakukan persembahan rutin yang telah direka cipta.

5.3.4 Mengenal pasti gabungan kemahiran lantunan, bentuk badan, dan putaran yang
sesuai digunakan semasa mereka cipta rutin pergerakan di atas trampolin.
5.4.2
Mengenal pasti dan menentukan peranan setiap ahli semasa melakukan aktiviti
fizikal.

Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

Berdasarkan Fakta
1. Apakah cara untuk memberhentikan lantunan di atas trampolin?
2. Apakah bahagian tubuh badan yang digunakan sewaktu melakukan lantunan?
3. Apakah bentuk badan yang dapat dihasilkan semasa melakukan lantunan di atas

trampolin?

Berdasarkan Konsep
1. Bincangkan mekanik lakuan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi.
2. Bagaimanakah menghasilkan daya lantunan yang tinggi di atas trampolin?
3. Mengapakah kawalan badan penting semasa melakukan pendaratan di atas

trampolin?
4. Bagaimanakah faktor daya dapat mempengaruhi putaran?
5. Bandingkan antara bentuk-bentuk badan di udara semasa melakukan aksi-aksi?

2

Berdasarkan Perbahasan

1. Bincangkan cara untuk menghasilkan putaran yang mempunyai nilai estetika.
2. Bagaimanakah anatomi trampolin dapat memberikan kesan terhadap lakuan

lantunan?
3. Bagaimanakah cara menghasilkan pergerakan yang berestetika semasa melakukan

aktiviti di atas trampolin?
4. Bincangkan penambahbaikan rutin pergerakan yang telah direka cipta berkaitan

dengan aktiviti lantunan dan layangan?

1. Guru menunjuk cara atau mempamerkan video pelbagai bentuk lantunan di atas
trampolin.

2. Guru membimbing murid mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis trampolin.
3. Murid meniru pelbagai bentuk lantunan di atas trampolin.
4. Guru merangsang murid menyatakan konsep daya dalam melakukan lantunan,

putaran, dan kawalan badan.
5. Guru membimbing murid untuk mencipta berbagai bentuk pergerakan seperti tuck,

pike, dan straddle.
6. Guru membimbing murid melakukan berbagai jenis putaran semasa layangan di

atas trampolin.
7. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing untuk menghasilkan daya

lantunan yang tinggi.
8. Murid meneroka pergerakan badan yang sesuai untuk menghasilkan ketinggian

layangan.
9. Murid dalam kumpulan mereka cipta rutin pergerakan berdasarkan kemahiran

lantunan, putaran, dan bentuk badan di atas trampolin.
10. Murid melakukan persembahan rutin yang telah direka cipta.
11. Murid melakukan persembahan rutin pergerakan yang dicipta di atas trampolin.
12. Guru membimbing murid memberi penghargaan terhadap rakan yang berjaya

melakukan aktiviti.
13. Guru membimbing murid membuat refleksi bagi menambahbaik persembahan rutin

pergerakan di atas trampolin.

3

Aktiviti 1: Mari Melantun
Murid duduk di atas trampolin.
Punggung dan tapak tangan menyentuh permukaan trampolin.
Murid melantunkan badan dan cuba untuk berhenti.
Ulang beberapa kali.
Ulang aktiviti melantun dengan pelbagai bahagian badan seperti kaki, lutut,
abdomen, dan belakang badan.

Aktiviti 2: Mari Beraksi
Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.
Setiap murid dalam kumpulan berdiri di atas kerusi secara bergilir-gilir untuk
melakukan aktiviti.
Setiap murid akan melakukan layangan dengan aksi tuck, straddle, pike, putaran,
dan mendarat di atas tilam mengikut giliran.

: Murid
: Kerusi
: Tilam

4

Aktiviti 3: Aksi Layangan
Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.
Secara bergilir-gilir melompat dari atas kerusi ke trampolin dan membuat layangan
dengan aksi tuck, straddle, pike, putaran, dan mendarat ke atas tilam mengikut
giliran.

Langkah Keselamatan
1. Guru sentiasa berada di sisi murid semasa melakukan aktiviti.
2. Pastikan peralatan yang digunakan selamat.

Aktiviti 4: Aksi Trampolin
Murid melakukan aktiviti secara individu.
Melakukan rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan dan layangan dengan
membuat pelbagai bentuk badan seperti tuck, straddle, pike, dan putaran secara
berterusan sebelum mendarat dengan selamat di atas trampolin.

5

Aktiviti 5: Tiru Gaya Saya
1. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.
2. Murid pertama akan melakukan satu aksi di atas trampolin.
3. Murid kedua akan mengulang aksi pelaku yang pertama dan melakukan satu aksi

tambahan.
4. Aktiviti diteruskan dengan setiap murid mengulang aktiviti 3 dan aktiviti diberhentikan

sekiranya murid gagal mengikut aksi-aksi pelaku yang sebelumnya dengan betul.

Aktiviti 6: Persembahan
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Merancang satu rutin pergerakan dengan iringan muzik yang sesuai.
3. Mempersembahkan rutin pergerakan mengikut kumpulan.
4. Kumpulan lain membuat penilaian berdasarkan borang penilaian yang disediakan

oleh guru.

6

BORANG PENILAIAN PERSEMBAHAN

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan mereka cipta satu rutin pergerakan yang mengandungi

kemahiran lantunan, bentuk badan, dan putaran menggunakan trampolin.
3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil rutin pergerakan yang direka cipta.
4. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Borang Penilaian
Nama Kumpulan: ____________________________

Cemerlang Sederhana Pemulihan

(8-10 markah) (4-7 markah) (1-3 markah)

 Rutin pergerakan sangat  Rutin pergerakan lancar. Rutin pergerakan yang

lancar. kurang lancar.

/3 /2 /1

 Melibatkan 3 variasi  Melibatkan 2 variasi  Melibatkan 1 variasi
bentuk badan dan bentuk badan dan bentuk badan dan
putaran dalam putaran yang sederhana putaran dalam
kemahiran lantunan. dalam kemahiran kemahiran lantunan.
lantunan.

/3 /2 /1

 Pergerakan yang sangat  Pergerakan yang  Pergerakan yang kurang

seragam dengan muzik. seragam dengan muzik. seragam dengan muzik.

/3 /2 /1
JUMLAH

/9

7

PENILAIAN FORMATIF
BORANG PENILAIAN AKTIVITI MURID

PENILAIAN 1 Aktiviti

Bil Nama Tuck Pike Stradle Pusingan Pusingan 360º Penilaian
180º
1 Huzaimi √√ √ X 3/5
2 X /5
3 /5
4 /5
5 /5
6 /5
7 /5

PENILAIAN 2 Bukaan kaki di Ketegangan Ayunan tangan
Bil Nama atas trampolin badan

SOALAN LISAN
1. Bagaimanakah daya membantu dalam menghasilkan lantunan, putaran, dan

layangan?
2. Terangkan lakuan yang boleh meningkatkan ketinggian lantunan?

8

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:
1. Menyatakan maksud istilah-istilah gimnastik yang digunakan.
2. Merancang dan mereka cipta rutin pergerakan yang melibatkan lantunan, bentuk

badan, dan putaran yang sesuai.
3. Melakukan ujian amali persembahan berdasarkan rutin pergerakan yang telah direka

cipta.

9

10

Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasi konsep
pergerakan bagi mereka cipta rutin pergerakan mengikut muzik yang didengar. Murid
juga boleh mempersembah pergerakan berestetika yang melibatkan langkah-langkah
dalam tarian rakyat di Malaysia seperti joget dan sumazau. Menerusi bidang ini juga
murid mendapat pendedahan tentang warisan budaya masyarakat di Malaysia.

Asas Tarian Joget dan Tarian Sumazau (2 jam)

1.2.1 Melakukan langkah dalam tarian joget dan sumazau mengikut muzik yang
2.1.1 didengar.
5.2.1 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan konsep
5.3.2 pergerakan yang digunakan dalam tarian joget dan sumazau.
Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mereka Cipta Tarian Rakyat dan Mempersembahkan (3 jam)

1.2.2 Mereka cipta pergerakan tarian menggunakan langkah joget dan sumazau serta
mempersembahkan mengikut muzik.
2.2.2 Menjelaskan perkaitan antara konsep pergerakan dengan nilai estetika
berdasarkan rutin pergerakan tarian yang direka cipta.
5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan, dan kawasan yang selamat dan sesuai.
5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan
aktiviti fizikal dalam kumpulan.

11

Berdasarkan Fakta

1. Apakah jenis-jenis pergerakan yang terlibat dalam tarian joget dan sumazau?
2. Apakah konsep pergerakan yang terdapat dalam kesedaran ruang semasa

mencipta rutin pergerakan?
3. Apakah langkah-langkah tarian yang terlibat?
4. Apakah asal usul tarian joget dan sumazau?
5. Apakah konsep pergerakan yang melibatkan kualiti pergerakan?
6. Apakah formasi pergerakan dalam mencipta rutin pergerakan?

Berdasarkan Konsep

1. Bagaimana konsep pergerakan dapat menyumbang kepada nilai estetika dalam
rutin pergerakan?

2. Bagaimana mencipta rutin pergerakan dengan menggunakan konsep pergerakan?
3. Bagaimana anda membuat pemilihan muzik yang sesuai untuk rutin pergerakan?
4. Bagaimana anda menganalisis dan menilai rutin pergerakan yang kreatif?
5. Apakah prosedur yang paling berkesan semasa mencipta rutin pergerakan?
6. Bagaimana kualiti konsep pergerakan terlibat semasa mencipta rutin pergerakan?
7. Bagaimana hubungan dalam konsep pergerakan boleh diintegrasikan dalam

mencipta rutin pergerakan?
8. Apakah perbezaan antara kesedaran tubuh dan kesedaran ruang dalam mencipta

rutin pergerakan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bagaimana rutin pergerakan dapat meningkatkan tahap kecergasan?
2. Bagaimana kita boleh mencipta rutin pergerakan yang menarik?
3. Apakah konsep pergerakan yang paling penting dalam mereka cipta rutin

pergerakan?
4. Bagaimana rutin pergerakan dapat meningkatkan kemahiran interpersonal

seseorang?
5. Mengapa penghargaan estetika sangat penting dalam rutin pergerakan?
6. Bagaimana anda menjana idea dalam merancang rutin pergerakan?
7. Apakah sumbangan muzik dalam mereka cipta rutin secara estetika?
8. Bagaimana kemahiran pergerakan berirama mempengaruhi aktiviti harian kamu?

12

1. Guru menunjuk ajar langkah-langkah tarian joget dan tarian sumazau tanpa muzik
dan mengikut muzik.

2. Murid memerhati dan meniru langkah-langkah dalam tarian joget dan tarian
sumazau tanpa muzik dan mengikut muzik.

3. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor yang terdapat dalam langkah tarian joget dan sumazau.

4. Guru menggunakan muzik rentak joget dan sumazau yang bersesuaian untuk
mewujudkan keseronokan murid semasa melakukan tarian rakyat.

5. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta rutin
pergerakan serta muzik dan prop yang sesuai yang akan digunakan dalam
persembahan.

6. Murid berbincang untuk menjelaskan peranan konsep pergerakan dalam rutin
pergerakan.

7. Murid mencuba jaya rutin pergerakan serta muzik dan prop yang dipilih.
8. Murid mendokumenkan rutin pergerakan yang dipilih menggunakan pelan

persembahan.
9. Murid membuat persembahan dan akan dinilai oleh kumpulan lain menggunakan

senarai semak.
10. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing dengan memberi maklum

balas.
11. Guru mengambil kira penggunaan visual, audio atau kinestetik dalam persembahan

murid.

13

1. Asas Tarian Joget dan Tarian Sumazau (2 jam)
A) Langkah-langkah Asas Joget:
Langkah Setempat
 Langkah ‘Toe-Touch’ setempat.

Langkah Maju Undur
 Langkah ‘Toe-Touch’ maju ke hadapan dan undur.

Langkah Empat Penjuru
 Langkah ‘Toe-Touch’ mengikut arah jam ke keempat-empat penjuru.
 Balas ke arah lawan jam.

Langkah Terancang Setempat
 Langkah ‘Heel–Toe’ kaki kanan ke arah 45° 2 kali.
 Langkah ‘Heel-Toe’ kaki kiri ke arah 45° 2 kali.

Langkah Terancang Lompat
 Sama dengan Terancang Setempat tetapi kakinya tergantung dan dilakukan

dengan melompat sebelah kaki setempat.

Langkah Kunang-kunang Mabuk
 Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan, menyilang kaki kiri di belakang kaki

kanan.
 Kaki kanan dibuka ke sisi.
 Pusing badan 90° ke arah ikut jam, meletak kaki kiri di sisi.
 Silangkan kaki kanan ke belakang kaki kiri.
 Membuka dan meletak kaki kiri di sisi dan pusing 360° lawan jam dengan

membuka kaki kiri di sisi.
 Ulang ragam yang sama sekali lagi.

14

B) Asas Tarian Joget Malaysia Kiraan 4 x 8
1. Pengenalan: Tepuk tangan setempat. Kiraan 2 x 8
2. Langkah Asas Setempat. Kiraan 2 x 8
3. Langkah Empat Penjuru. Kiraan 1 x 8
4. Langkah Maju. Kiraan 1 x 8
5. Langkah Undur. Kiraan 1 x 8
6. Langkah Maju. Kiraan 1 x 6
7. Langkah Undur. Kiraan 2 x 8
8. Langkah Terancang Setempat. Kiraan 1 x 4
9. Ulang langkah Terancang Setempat sekali.
10. Ulang lakuan (2) hingga (9). Kiraan 2 x 8
11. Langkah Kunang-kunang Mabuk. Kiraan 2 x 8
12. Langkah Terancang Setempat. Kiraan 1 x 4
13. Ulang langkah Terancang Setempat Sekali. Kiraan 4 x 8
14. Langkah Terancang Lompat. Kiraan 1 x 4
15. Ulang Langkah Terancang Lompat Sekali.
16. Tamat dengan Pose Sendiri.

C) Langkah-langkah Asas Sumazau:
Langkah Tumindak
Berat badan di kaki kiri, kaki kanan difleksi, dan mengenjut berterusan.

Langkah Kumizod
Kaki kanan menapak ke kanan sambil diseretkan kaki kiri ke sisi kanan. Tumit kaki
kanan dijengkitkan. Ulang ke sebelah kiri.

Langkah Mengambai
Kaki seperti Langkah Tumindak. Tangan lelaki didepang pada aras bahu dan
digenggam, manakala tapak tangan perempuan dibuka menghala ke depan.

15

D) Asas Tarian Sumazau Kiraan 4 x 8
1. Murid dalam kumpulan kecil menghadap ke depan. Kiraan 2 x 8
2. Pengenalan: Mengenjut kaki setempat. Kiraan 2 x 8
3. Langkah Tumindak setempat. Kiraan 2 x 8
4. Langkah Kumizod maju. Kiraan 4 x 8
5. Langkah Kumizod undur. Kiraan 6 x 8
6. Ulang lakuan (4) dan (5). Kiraan 2 x 8
7. Langkah Kumizod membentuk bulatan. Kiraan 4 x 8
8. Langkah Mengambai sambil membentuk dua barisan menyerong. Kiraan 2 x 8
9. Langkah Mengambai menjadi satu barisan dan bertukar tempat. Kiraan 1 x 8
10.Ulang lakuan (9) dan balik ke tempat asal.
11.Langkah Mengambai setempat.
12.Tamat dengan pose penamat.

2. Mereka cipta Tarian Rakyat dan Mempersembahkan

Mereka cipta dan mempersembahkan tarian joget dan sumazau:
a. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rutin tarian menggunakan

langkah-langkah asas joget berdasarkan lagu rentak joget dan rentak sumazau
yang dipilih sendiri.
b. Berbincang tentang konsep pergerakan yang akan digunakan.
c. Memilih prop dan pakaian yang sesuai.
d. Menyediakan pelan lantai dan merancang formasi rutin pergerakan.

Mempersembahkan rutin tarian joget dan tarian sumazau yang direka cipta
mengikut kumpulan.

Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak.

16

SENARAI SEMAK

PERSEMBAHAN KUMPULAN TARIAN JOGET ATAU SUMAZAU

Kenal pasti dan nyatakan aspek-aspek yang ditetapkan dalam jadual berikut
berdasarkan persembahan kumpulan.

Kumpulan K4
K1 K2 K3

Aspek

Jenis Lokomotor

Jenis Bukan
Lokomotor

Langkah Joget
atau Sumazau

Arah Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

Laluan atau
Formasi

Pelan Lantai

Pakaian atau
Prop

Kesesuaian
Muzik

Nilai Estetika
Maklum Balas
dan Cadangan

1. Mengenal pasti langkah dalam rutin pergerakan secara lisan.
2. Menyenaraikan nama setiap langkah dalam rutin pergerakan secara bertulis.
3. Mengenal pasti konsep pergerakan yang terlibat semasa melakukan tarian

rakyat, dan semasa mereka cipta rangkaian pergerakan.
4. Memilih muzik, prop, dan pakaian yang sesuai semasa mereka cipta rangkaian

pergerakan.
5. Mengenal pasti elemen estetika yang menyumbang kepada rangkaian

pergerakan yang kreatif dan estetik.
6. Mengenal pasti perbezaan budaya dan implikasinya semasa melakukan tarian

rakyat dan mereka cipta rangkai pergerakan yang berunsurkan tarian rakyat.

17

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:
1. Menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam

rutin pergerakan dan pemilihan langkah-langkah semasa mencipta pergerakan
tarian rakyat.
2. Mereka cipta langkah tarian rakyat yang mudah, berestetika melalui penerokaan
pergerakan dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan di dalam peruntukan
masa yang diberi.
3. Membuat persembahan tarian rakyat berestetika dalam kumpulan kecil
menggunakan muzik, prop dan pakaian yang sesuai.
4. Menilai sendiri dan merumuskannya untuk memperbaiki dan mentaksir
persembahan rakan menggunakan senarai semak.

18

5 JAM

Menerusi modul pengajaran bola sepak, murid boleh mengaplikasi prinsip mekanik dan
konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bola sepak.
Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa menyerang dan bertahan dalam
situasi permainan.

Kemahiran Hantar dan Serkap Bola (2 jam)
1.3.1 Melakukan kemahiran menghantar bola secara leret dan lambung dalam situasi

permainan.
1.3.2 Melakukan kemahiran menyerkap bola leret dan bola tinggi dalam situasi

permainan.
2.3.1 Memerihalkan penggunaan daya semasa melakukan kemahiran menghantar

bola.
2.3.2 Mengenal pasti mekanik lakuan untuk menyerkap bola leret dan bola tinggi serta

menangkap bola dalam situasi permainan.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Kemahiran Menanduk (1 jam)

1.3.3 Melakukan kemahiran menanduk bola ke pelbagai arah dan aras dalam situasi
menghantar, bertahan dan menjaring.

2.3.3 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran menanduk
dalam permainan.

5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.

5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.

19

Kemahiran Mengelecek dan Takel (1 jam)

1.3.4 Melakukan kemahiran mengelecek bola dalam situasi permainan.
1.3.5 Melakukan kemahiran takel depan dan takel sisi dalam situasi permainan.
2.3.4 Menerangkan cara mengawal bola semasa mengelecek untuk melepasi lawan.
2.3.5 Mengenal pasti kemahiran takel yang sesuai digunakan dalam situasi
permainan.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.3.3 Memberi penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan .

Kemahiran Menjaring dan Menjaga Gawang (1 jam)

1.3.6 Melakukan pelbagai kemahiran menjaring dengan menggunakan tendangan
1.3.7 leret, tendangan lambung, dan menanduk dalam situasi permainan.
Melakukan kemahiran menjaga gawang dengan cara menangkap, menepis,
2.3.6 menumbuk, dan menutup ruang yang melibatkan pelbagai arah dan aras dalam
2.3.7 situasi permainan.
5.3.2 Menegenal pasti kemahiran menjaring yang sesuai untuk dilakukan dalam
5.4.2 situasi permainan.
Mengenal pasti kemahiran menjaga gawang yang sesuai digunakan dalam
situasi permainan.
Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

20

Berdasarkan Fakta
1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola sepak?
2. Nyatakan posisi pemain dalam permainan bola sepak?
3. Apakah fungsi pemain posisi pertahanan?
4. Apakah shielding?
5. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol

dalam permainan bola sepak.

Berdasarkan Konsep
1. Bagaimana mewujudkan ruang semasa bermain bola sepak?
2. Apakah perbezaan ruang semasa menyerang dengan semasa bertahan?
3. Bagaimana situasi bertahan boleh bertukar kepada situasi menyerang?
4. Mengapakah faktor ketinggian penting bagi seorang penjaga gol bola sepak?
5. Apakah perkaitan antara kestabilan dengan pemindahan pusat graviti semasa

mengelecek?
6. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran?
7. Apakah perbezaan titik kontak bola semasa melakukan hantaran leret dan hantaran

lambung?

Berdasarkan Perbahasan
1. Mengapa menyerang itu adalah pertahanan yang terbaik?
2. Bincangkan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan bola

sepak?

21

1. Murid membuat perbincangan berkaitan kemahiran asas bola sepak yang digunakan
dalam situasi menyerang dan bertahan.

2. Murid mencari bahan berkaitan kemahiran asas bola sepak dari pelbagai sumber
dan menyediakan bahan untuk pembentangan.

3. Murid membuat pembentangan berkaitan kemahiran asas bola sepak dengan
menggunakan media cetak dan media elektronik.

4. Murid membuat demonstrasi kemahiran asas bola sepak.
5. Murid menyediakan senarai semak tentang lakuan kemahiran asas bola sepak.
6. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola sepak yang

telah dilaksanakan.

Aktiviti 1: Kemahiran Hantaran dan Serkap Bola

gawang

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Bermain dalam situasi permainan dengan empat gawang di penjuru padang.
3. Pemain dikehendaki membuat sekurang-kurangnya tiga hantaran sebelum

melakukan jaringan.
4. Penyerang boleh menjaringkan mana-mana dua gawang di bahagian pihak lawan.
5. Apabila jaringan berjaya dilakukan, kumpulan yang dibolosi akan memulakan

serangan.
6. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira

sebagai pemenang.

22

Aktiviti 2: Kemahiran Menanduk
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Pasukan menyerang atau bertahan dibenarkan menggunakan pelbagai kemahiran

hantaran dalam permainan.
3. Jaringan mesti dilakukan dengan menggunakan kemahiran menanduk melepasi

garisan gol pasukan lawan.
gelung

Garisan gol

Aktiviti 3: Kemahiran Mengelecek dan Takel
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Pasukan menyerang dan bertahan dibenarkan menggunakan

semua kemahiran yang dipelajari.
3. Pemain mesti mengelecek melepasi sekurang-kurangnya

seorang pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran
kepada rakan sepasukan atau membuat jaringan.
4. Pemain pertahanan boleh menggunakan kemahiran takel untuk
merampas bola pasukan lawan.
5. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat
mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

23

Aktiviti 4: Kemahiran Menjaring dan Kemahiran Menjaga Gawang
1. Murid dalam tiga kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang.
2. Kumpulan A lawan kumpulan B, dan kumpulan C sebagai penjaga gawang.
3. Seterusnya kumpulan B lawan kumpulan C, dan kumpulan A menjaga gawang dan

akhirnya kumpulan C lawan kumpulan A, dan kumpulan B sebagai penjaga gawang.
4. Pemain menyerang akan melakukan cubaan menjaring dengan pelbagai variasi

tendangan dan tandukan pada kedudukan dan sudut jaringan berbeza.
5. Pasukan yang memperoleh perbezaan jaringan dan bolos yang tertinggi dikira

sebagai pemenang.

gawang

24

SENARAI SEMAK
Arahan: Tandakan (√) pada ruang yang disediakan berkaitan kemahiran hantaran.

Bil Nama Hantaran Leret Hantaran Lambung

kontak kedudukan ikut lajak kontak kedudukan ikut lajak

bola kaki bola kaki

sokongan sokongan

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menjelaskan secara lisan kemahiran asas bola sepak.
2. Melakukan ujian kemahiran asas bola sepak dalam situasi permainan bertahan dan

menyerang berdasarkan senarai semak.
3. Menganalisis data dan melaporkan prestasi pencapaian ujian kemahiran asas

menyerang dan bertahan menggunakan buku log.

25

26

Menerusi modul pengajaran bola jaring, murid boleh mengaplikasi kemahiran dan
pengetahuan dalam situasi permainan. Murid juga boleh membuat pilihan terhadap
kemahiran yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi
permainan.

Menghantar dan Menerima (2 jam)

1.4.1 Melakukan kemahiran menghantar bola aras dada, aras bahu, atas kepala,
lantun sisi, dan lob ke pelbagai arah dalam situasi permainan.
1.4.2
Melakukan kemahiran menerima bola dengan kedua-dua belah tangan dan
2.4.1 sebelah tangan dari pelbagai arah dan aras dalam situasi permainan.
2.4.2
Menerangkan penggunaan daya semasa menghantar dan menjaring bola.
2.4.3
Mengenal pasti kemahiran menghantar bola yang sesuai digunakan mengikut
5.1.3 situasi permainan.
5.2.1
Menjelaskan mekanik lakuan yang betul semasa menerima bola dari pelbagai
arah dan aras.

Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.

Gerak Kaki (1 jam)

1.4.3 Melakukan kemahiran gerak kaki dengan mendarat menggunakan kedua-dua
belah kaki; sebelah kaki dan 1 ½ langkah setelah menangkap bola dalam situasi
2.4.4 permainan.

2.4.5 Mengenal pasti kaki yang akan melangkah selepas mendarat sebelum
5.2.2 menghantar bola.
5.2.4
Memerihal peranan pivot dalam kemahiran gerak kaki.

Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

27

Menjaring (1 jam)
1.4.4 Melakukan kemahiran menjaring secara statik dan menjaring gerak selangkah

dari pelbagai jarak dalam situasi permainan.
2.4.6 Menjelaskan kemahiran menjaring yang sesuai digunakan berdasarkan situasi

permainan.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mengadang dan Mengacah (1 jam)
1.4.5 Melakukan kemahiran mengadang dari posisi belakang, posisi sisi dan posisi

depan dalam situasi permainan.
1.4.6 Melakukan kemahiran mengacah dengan dodge dalam situasi permainan.
2.4.7 Mengenal pasti kemahiran mengadang yang sesuai digunakan berdasarkan

situasi permainan.
2.4.8 Menerangkan cara melakukan kemahiran mengacah yang sesuai digunakan

berdasarkan situasi permainan.
5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan

aktiviti fizikal dalam kumpulan.
5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti

fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

28

Berdasarkan Fakta

1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola jaring?
2. Apakah peranan pemain di setiap posisi dalam permainan bola jaring?
3. Apakah peraturan untuk mengadang bola dan pemain?
4. Apakah jenis hantaran dalam permainan bola jaring?
5. Apakah kepentingan kemahiran pivot dalam permainan bola jaring?
6. Apakah kepentingan serapan daya semasa melakukan kemahiran menerima bola?

Berdasarkan Konsep

1. Apakah perbezaan penggunaan daya antara lakuan jaringan jarak dekat dengan
lakuan jaringan jarak jauh?

2. Bagaimana menjaring apabila berhadapan dengan pertahanan yang tinggi?
3. Bilakah situasi yang sesuai untuk menggunakan 1 ½ langkah?
4. Apakah perbezaan mekanik lakuan antara menjaring menggunakan satu tangan

dengan menjaring menggunakan dua tangan?
5. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran?
6. Apakah perbezaan ruang semasa menyerang dengan semasa bertahan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bincangkan mekanik lakuan untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras.
2. Bagaimanakah anda menentukan hantaran yang sesuai kepada rakan sepasukan

pada jarak yang berbeza dengan adangan pemain lawan?
3. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan?
4. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain yang akan menerima bola untuk melepasi

halangan pihak lawan?
5. Apakah kelebihan penggunaan 1 ½ langkah dalam permainan bola jaring ?

29

1. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang
dan bertahan dalam kumpulan.

2. Murid menjalani pembelajaran koperatif dengan mencari bahan mengenai kemahiran
asas bola jaring dari pelbagai sumber dan menyediakan dapatan bahan untuk
digunakan dalam pembentangan seperti power point, gallery walk, dan persembahan
video.

3. Murid yang mendengar pembentangan akan membuat sumbang saran dan catatan.
4. Guru merancang sesi pembelajaran yang melibatkan penggunaan kemahiran asas

semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.
5. Murid melakukan kemahiran asas dalam situasi permainan yang melibatkan

permainan modifikasi.
6. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola jaring yang telah

dilaksanakan.

30

Aktiviti 1: Serang dan Tawan

1. Murid dalam kumpulan kecil bertiga (kumpulan A dan B).
2. Kumpulan A memulakan permainan dari kawasan gol.
3. Kumpulan A menyerang dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran bola

kepada ahli pasukan sehingga bola berjaya disentuh di kawasan gol B. Manakala
kumpulan B bertahan dan cuba mendapatkan bola.
4. Apabila jaringan berjaya dilakukan, kumpulan yang dibolosi akan memulakan
serangan.
5. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira
sebagai pemenang.
Nota guru:
 Jangka masa permainan selama lima minit.
 Permainan ini boleh diubah suai mengikut bilangan murid.

31

Aktiviti 2: Jangan Sentuh

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Pemain A dan B akan memulakan permainan dengan menghantar bola antara satu

sama lain.
3. Semasa menghantar bola di antara mereka berdua, pemain A dan B juga perlu

mengejar mana-mana pemain lain sehingga bola yang dipegang menyentuh pemain
yang dikejar.
4. Pemain yang telah disentuh akan bergabung dengan pemain A dan B untuk
meneruskan permainan.
5. Permainan diteruskan sehingga semua pemain disentuh dengan bola.
Nota guru:
 Kemahiran gerak kaki perlu ditekankan.
 Peraturan gerak kaki dalam permainan bola jaring perlu dipatuhi.

32

Aktiviti 3: 3 Lawan 3

1. Murid dalam kumpulan kecil bertiga.
2. Pemain perlu berada di kedudukan asal permainan seperti dalam rajah.
3. Pemainan dimulakan di kawasan 1 secara bergilir-gilir.
4. Setiap pasukan perlu melakukan sekurang-kurangnya dua hantaran sebelum bola

sampai ke dalam bulatan gol.
5. Hanya seorang pemain sahaja bagi setiap pasukan dibenarkan berada di dalam

bulatan gol.
6. Pasukan yang menerima bola di kawasan gol diberi satu mata.
7. Pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

33

Aktiviti 4: Serang dan Adang

1. Dalam kumpulan kecil seramai empat orang sepasukan.
2. Kumpulan terdiri daripada pasukan A, B, C, dan D.
3. Pasukan A (menyerang) akan memulakan permainan dengan seorang sahaja

berada di garisan mula. Manakala yang lain sudah berada di kawasan 1.
4. Pasukan B, C dan D perlu berada di kawasan 1, 2, dan 3 sebagai pengadang.
5. Pasukan A perlu membuat hantaran melalui ketiga-tiga kawasan sehingga melepasi

garisan penamat.
6. Sekiranya bola dapat dirampas oleh pihak pengadang sebelum sampai garisan

penamat, pasukan A perlu memulakan permainan semula (hanya tiga kali ulangan
sahaja).
7. Pemainan diteruskan dengan pasukan lain menjadi penyerang.

34

Semak kendiri pencapaian kemahiran menjaring.

Nama: ____________________________________ Kelas: ____________
Tarikh: _____________

Kemahiran: Menjaring

Arahan: Semak lakuan rakan bagi kemahiran menjaring. Tandakan (√) pada
ruang sesuai.

LAKUAN YA TIDAK CATATAN

Badan dalam kedudukan seimbang

Mata fokus pada hadapan gelung gol

Pergelangan tangan dan siku perlu selari
dengan tiang
Lutut fleksi

Flick bola dengan hujung jari

Jari dan pergelangan tangan ikut lajak

35

Analisis Kemahiran
Analisis pergerakan dalam situasi permainan.

Nama Penilai: ____________________________________________________

Arahan:

Tandakan (X) pada setiap kesalahan menghantar dan menerima bola yang dilakukan
oleh pemain mengikut setiap posisi.

Kesalahan semasa menghantar bola Kesalahan semasa menerima bola

 Bola tidak sampai.  Gagal menangkap bola.

 Bola keluar kawasan atau gelanggang.  Drop ball.

 Bola dirampas atau ditepis oleh pihak
lawan.

Posisi KEMAHIRAN YANG DINILAI Catatan
Pemain
Menghantar bola Menerima bola
GS
GA
WA
C
WD
GD
GK

36


Click to View FlipBook Version