NAMA : __________________________________________________________________________________________ TARIKH LAHIR : ___________________________________ NO K/P : _____________________________________ TARIKH LANTIKAN PERTAMA: __________________________ TARIKH SAH : _____________________________________ GRED LANTIKAN PERTAMA : _________________________ LANTIKAN SEKARANG : ____________________________ GRED SEMASA : ____________________ TARIKH MASUK SKIM PENCEN : _________________________________________ TARIKH ISYTIHAR HARTA : ____________________________________ NOMBOR GAJI : _______________________________ NO.AKAUN BANK : ___________________________ NO.KWSP : ____________________________________ NO.CUKAI PENDAPATAN : ____________________________ NO.FAIL JPNT : ___________________________________ SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN SILA HUBUNGI :- NAMA : ___________________________________________________________________________________________________ ALAMAT : ___________________________________________________________________________________________________ TEL (R) : ___________________________________________________________________________________________________ (H/P) : ___________________________________________________________________________________________________ SESIAPA YANG TERJUMPA BUKU INI SILA KEMBALIKAN KEPADA Pengetua SMK Bukit Besi, Jalan Raksa, 23200 Bukit Besi, Dungun, Terengganu Tel : 09-8337400 emel : [email protected] MAKLUMAT PERIBADI
2 MAKLUMAT PERKHIDMATAN PERIBADI ATAS TALIAN Bil Perkhidmatan Id Kata Laluan 1 e-mel : 2 Facebook : 3 SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ 4 SPS : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php 5 e-Operasi : https://eoperasi.moe.gov.my/ 6 e-Pangkat : https://epangkat.moe.gov.my/login.php 7 SPLKPM : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/ 8 HRMIS : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/ 9 PBPPP : https://eprestasi.moe.gov.my/ 10 e-Penyata : https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/ 11 Eg-Tukar : https://epgo.moe.gov.my/ 12 e-Filing : https://ez.hasil.gov.my/ 13 NKRA (skpmg2) : https://nkra.moe.gov.my/index.php 14 i-Nilam : http://nilam.tarantula.my/free/ 15 IQPSS : http://iqpss.tarantula.my/free/ 16 SQSS : http://ssqs.moe.edu.my/ 17 Google Classroom : https://classroom.google.com 18 SSDM : https://ssdm.moe.gov.my/ 19 iDME : https://idme.moe.gov.my/login
3
4 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia dan inayahNya Buku Pengurusan SMK Bukit Besi bagi sesi 2024/2025 telah sempurna disediakan. Pastinya setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh warga sekolah khususnya Jawatankuasa Perancangan Sekolah. Tanpa kerjasama dan komitmen tuan/puan, mustahil Buku Pengurusan ini dapat disediakan. Mendepani cabaran era pasca Covid-19 yang masih ada bukan suatu yang mudah. Kerjasama erat antara warga sekolah, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa Guru dan Komuniti sangat diperlukan bagi memastikan sistem pendidikan sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar. Marcapada, sistem pendidikan negara menjadi tumpuan dan perbahasan umum. Justeru, SMK Bukit Besi telah merangka dan merancang strategi bagi mencapai matlamat pendidikan negara. Sebagai asas, bagi memastikan kelancaran penyampaian sistem pendidikan dan menyambut hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia melahirkan Anak Baik lagi Cerdik (ABC). SMK Bukit Besi menyahut dengan KITA. Kebersamaan dalam mencapai sahsiah unggul para pelajar, kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Ini juga selaras dengan Teras 2 Aspirasi KPM iaitu memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Sebagai “Pejuang Pendidikan” kami memerlukan jati diri, kredabiliti dan integriti ungguk bagi merealisasikan kecemerlangan pendidikan yang dihasratkan KPM. Untuk itu elemen pemantauan, penilaian dan penambahbaikan akan terus ditekankan. Bimbingan ke arah memartabatkan pendidikan profesionalisme guru juga adalah bagi menyediakan generasi muda mendepani cabaran abad ke - 21. SMK Bukit Besi komited dengan slogan “Bestari Jana Keunggulan”. Kebersamaan dalam melahirkan insan cemerlang sahsiah tanpa mengabaikan akademik dan kokurikulum. Salam Hormat, Encik Othman bin Muhamad Pengetua SMK Bukit Besi Jalan Raksa 23000 Bukit Besi, Dungun, Terengganu SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG KATA ALU-ALUAN PENGETUA
5 Kod Sekolah : TEA1042 Nama Sekolah : SMK BUKIT BESI Jenis Sekolah : SEKOLAH HARIAN BIASA Gred Sekolah : GRED B Lokasi : LUAR BANDAR Sesi : SATU SESI Alamat Sekolah : SMK BUKIT BESI, JALAN RAKSA, 23200 BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU No Telefon : 09-8337400 Emel : [email protected] Website : https://smkbukitbesi.blogspot.com/p/about.html NAMA PENGURUSAN SEKOLAH Pengetua : EN. OTHMAN BIN MUHAMAD GPK Pentadbiran : GPK HEM : PN. FAIRUS BINTI ABDUL GHANI GPK Kokurikulum : PN. NOR HAIDA BINTI ABAS @ ZAHARI GKMP Bahasa : EN. SA’DON BIN MOHD CHAKRAM GKMP Kemanusiaan : PN. NORAINI BINTI EMBONG GKMP Sains & Matematik : EN. MAS SANWAN BIN MOHD ARIFFIN GKMP Teknik & Vokasional : PROFIL SEKOLAH
6 CARTA ORGANISASI INDUK
7 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi atau nama ringkasnya SMK Bukit Besi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Raksa, Bukit Besi, Dungun, Malaysia. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi terletak di kawasan seluas 8.672 hektar di Mukim BANDAR BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada 27 Februari 2001 dan siap sepenuhnya pada 31 Julai 2003 dengan kos sebanyak RM 17,357,008.43. Persediaan untuk memulakan sesi persekolahan telah bermula pada Jun 2003. Beberapa orang guru dan bukan guru telah ditempatkan di sekolah ini. Akhirnya pada 1 Januari 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun dengan rasminya memulakan sesi persekolahannya. Kumpulan pertama yang mendaftarkan diri pada Januari 2004 adalah seramai 205 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 4. Sejak dari tahun 2004 hingga sekarang, sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen pelajar, bilangan kelas, guru dan kakitangan bukan guru dan juga prasarana. Sekolah ini mengandungi satu Blok Pentadbiran yang menempatkan pejabat sekolah dan pentadbir, satu Blok Bilik Guru, tiga Blok Bilik Darjah, dua Blok Makmal, satu Blok Kantin, satu Dewan Terbuka, satu Dewan Besar, dan satu Bengkel Pertanian. Pengetua pertama yang dipertanggungjawab mengurus dan mengendalikan sekolah ini ialah Tuan Haji Md Zain bin Muda. Beliau berkhidmat sebagai pengetua sehingga 31 Disember 2005 kemudian diganti oleh Tuan Haji Mat Zali bin Ismail selaku pengetua dari 31 Januari 2006 sehingga bulan Julai 2007. Kesinambungan pentadbiran diteruskan oleh Encik Md. Nasir bin Haron bermula dari bulan Ogos 2007 sehingga 01 Oktober 2014 dan Tuan Haji Wan Abdul Razak bin Wan Din bermula 01 Oktober 2014 sehingga 18 Januari 2016. Seterusnya SMKBB ditadbir oleh Encik Mohd Kamari bin Ibrahim dan Puan Che Su binti Hashim. Peneraju seterusnya ialah En Abdul Wahab bin Awang sehingga bulan Ogos 2022. Seterusnya disambung oleh YM Tg Hasnubahri bin Tengku Hussain bermula 18 Ogos 2022 sehingga 11 Jan 2024. Kini SMKBB ditadbir oleh Encik Othman bin Muhamad yang mula dilantik pada 11 Mac 2024. Data pelajar pada tahun bulan 31 Januari 2024 ialah seramai 240 orang pelajar dan 31 orang tenaga pengajar. "Barang siapa belum pernah merasakan pahitnya mencari ilmu walau sesaat, ia akan menelan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya." - Imam Syafi'e SEJARAH RINGKAS SMK BUKIT BESI
8 " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
9 BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : · KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN · KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA · KELUHURAN PERLEMBAGAAN · KEDAULATAN UNDANG-UNDANG · KESOPANAN DAN KESUSILAAN RUKUN NEGARA
10 WARNA BIRU v Keharmonian v Kecintaan v perpaduan WARNA MERAH v Keberanian v Kental v jihad WARNA KUNING v Lambang kekuasaan v Taat kepada pemerintah WARNA PUTIH v Bersih dan suci BENTUK MULTIMEDIA v Generasi berkemahiran teknologi yang membawa keharmonian dan kesejahteraan BENTUK BUNGA DAN ALQURAN v Melambangkan kewangian (SEMERBAK) v Melambangkan kejayaan berteraskan Al Quran dan ketakwaan HURUF BB v Lambang Bukit Besi v Lambang kemahsyuran sejarah- tempat ini yang menghasilkan bijih besi v Berilmu, beriman, bijak bestari, berani berubah, boleh buat, baik budi, berjiwa besar, berani bersaing, berbudi bahasa. KETERANGAN LAMBANG LENCANA SEKOLAH
11 Semerbak Namamu Bukit Besi Mempunyai Sejarah Tersendiri Melahirkan Generasi Bestari Berjiwa Besar, Berani, Jati Diri Semarakkan Bidang Kelainan Melaksanakan Dengan Lonjakan Menentukan Aras Dan Pilihan Kualiti Jadi Junjungan Semerbak Cita Mu Nan Mulia Berbakti Kepada Nusa Dan Bangsa Taatkan Tuhan Yang Maha Esa Dirgahayu Warisan Kita Semerbak Kerana Mu Cemerlang Semerbak Kerana Mu Gemilang Semerbak Kerana Mu Terbilang BESTARI JANA KEUNGGULAN LAGU SEKOLAH
12 VISI, MISI DAN MOTTO MISI “ Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” VISI “ Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” MOTO “Bestari Jana Keunggulan”
13 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BESI Kami bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pihak yang berurusan dengan kami sebagaimana berikut: # Mematuhi piawaian perkhidmatan selaras dengan FPK dan pengisian Wawasan Pendidikan # Menyediakan kaedah pengurusan yang efisyen, prihatin, bertimbang rasa dan bertanggungjawab sebagai memenuhi etika perkhidmatan. # Memastikan semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam setiap mata pelajaran meliputi semua peperiksaan. # Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah, harmonis, kondusif serta pelajar yang menyayangi sekolah. # Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi pelajar secara optimum. # Meminimumkan tahap salah laku pelajar secara menyeluruh serta menjurus kepada budaya ilmu yang cemerlang. . PIAGAM PELANGGAN
14 Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. TTS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: 1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan. 3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. 4. Komitmen komuniti yang padu. OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik. 2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui Latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan. 3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu: 1. Memantapkan kepimpinan sekolah. 2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). 3. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. PROGRAM TS25 SMK BUKIT BESI
15 ETIKA KERJA ISLAM i. Bekerja dengan azam mengabadikan diri kepada Allah. ii. Bekerja dengan ikhlas dan amanah. iii. Bekerja dengan tekun dan cekap. iv. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat. TERAS PERKHIDMATAN i. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan. ii. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. iv. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan. v. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. vi. Bekerja dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama TANGGUNGJAWAB PENGIKUT DALAM ORGANISASI i. Patuh kepada ketua dan kumpulan. ii. Menyokong dan mempertahankan ketua dan kumpulan. iii. Menegur dan memperbaiki kesilapan ketua dan kumpulan. iv. Bekerja kerana Allah untuk ketua dan kumpulan. v. Mendapat penjelasan dan memberi maklum balas kepada ketua. vi. Menjaga nama baik organisasi. vii. Mempertahankan kepentingan kumpulan dan organisasi. viii. Mengekalkan adat dan budaya kumpulan. ix. Mengetahui dan memahami tugas. x. Menyediakan diri untuk tampil menggantikan ketua. FUNGSI KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI i. Menentukan arah kepimpinan organisasi. ii. Mengurus dan mentadbir anggota kumpulan iii. Melaksanakan kerja bagi mencapai matlamat organisasi. iv. Membangun dan membimbing anggota organisasi. v. Menilai prestasi anggota dan organisasi.
16 TUJUH CIRI GURU YANG EFEKTIF MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI i. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka seperti anak sendiri. ii. Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberikan. iii. Tidak menasihatinya @ membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut. iv. Menasihati murid supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut dan bukan dengan memarahi mereka. v. Tidak merendahkan disiplin ilmu lain di hadapan murid-murid. vi. Menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap kefahaman murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan. vii. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan sesuai dengan tahap perkembangan akal muridnya khususnya murid yang kurang pintar. #Sumber rujukan: Kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali
17 HALATUJU SMK BUKIT BESI
18 Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :- PERTAMA : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah. KEDUA : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah. KETIGA : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan. KEEMPAT : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana Pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah. KELIMA : Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti dan imej pegawai awam dan KEENAM : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. "Ilmu itu bagaikan binatang buruan, sedangkan pena adalah pengikatnya, maka ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat." - Imam Syafi’e IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
19 HARI KELEPASAN AM TERENGGANU 2024
20 "Jika seorang mencari ilmu, maka itu akan tampak di wajah, tangan, dan lidahnya serta dalam kerendahan hatinya kepada Allah." - Hasan al-Bashri KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025
21
22 BIL MINGGU/TARIKH GURU BERTUGAS 1 M1 – 10/3 – 14/3 M5 – 14/4 – 18/4 M9 – 12/5 – 16/5 M13 – 16/6 – 20/6 M17 – 14/7 – 18/7 M21 – 11/8 – 15/8 M25 – 8/9 – 12/9 M29 – 13/10 – 17/10 M33 – 10/11 – 14/10 M37 – 8/12 – 12/12 M41 – 12/1 – 16/1/2025 KUMPULAN TOPAZ (KUNING) Penasihat : En Mas Sanwan bin Mohd Arifin (GKMP Sains) 1. En. Mohamad Sairul Izzat bin Che Deraman 2. Nurul Aizzati binti Rahmad 3. Pn. Rohani binti Mohamad 4. Pn. Khairol Marlina binti Ya’acob 5. YM.Tg Rokiah binti Tg Mohammad 6. Cik Nurdiana binti Mohd Nor Azmi - Ulang dari atas semula 2 M2 – 17/3 – 21 /3 M6 – 21/4 – 25/4 M10 – 19/5 – 23/5 M14 – 23/6 – 27/6 M18 – 21/7 – 26/7 M22 – 18/8 – 22/8 M26 – 22/9 – 26/9 M30 – 20/10 – 24/10 M34 – 17/11-21/11 M38 – 15/12 – 19/12 M42 – 19/1- 23/1/2025 KUMPULAN NILAM (BIRU) Penasihat : Pn Noraini binti Embong (GKMP Kemanusiaan) 1. En Muhammad Nor Riduan bin Muhammad 2. Pn. Siti Anida binti Mahadi 3. Cik Nor Aini binti Che Yusoff 4. Pn. Julaini binti Marzuki 5. Pn. Nor Aini binti Chik 6. Pn. Mariatul Adawiah binti Muda - Ulang dari atas semula 3 M3 – 24/3 – 28/3(CUTI NUZUL QURAN ) M7 – 28/4 – 2/5 M11 – 3/6 – 6/6 M15 – 30/6 – 4/7 M19 –28/7 – 1/8 M23 – 25/8 – 29/8 M27 – 29/9 – 3/10 M31 – 27/10 – 31/10 M35 – 24/11 – 28/11 M39 – 29/12 – 2/1/2025 KUMPULAN ZAMRUD (HIJAU) Penasihat : Mr xxx (GKMP Votek) 1. Ust Zawadi bin Che Seman 2. Cik Noor Shabina binti Abdul Kalam 3. Cik Aminah binti Ibrahim 4. Pn. Dahlia binti Mohd Nor 5. Pn. Rohana binti Awang 6. Cik Noor Asmak Solehah binti Hamzah - Ulang dari atas semula 4 M4 –31/3 – 4/4 M8 – 5/5 – 9/5 M12 – 9/6 – 13/6 M16 – 7/7 – 11/7 M20 – 4/8 – 8/8 M24 – 1/9 – 5/9 KUMPULAN DELIMA (MERAH) Penasihat : Cg Saadon bin Mohd Chakram (GKMP Bahasa) 1. En. Muhamad Aiman Hakim bin Anuar 2. Pn. Wan Rosida binti Wan Mat Amin 3. Pn. Shazwani binti Mohamad 4. Pn. Zuhairah binti Pezi 5. Pn. Azmah binti Ghazali 6. Cik Noor Safira Nazelah binti Mohamad Hanafi JADUAL BERTUGAS MINGGUAN SESI 2024/2025 PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
23 M28 – 6/10 – 10/10 M32 – 3/11 – 7/11 M36 – 1/12 – 5/12 M40 – 5/1 – 9/1/ 2025 - Ulang dari atas semula BENTUK PERHIMPUNAN 1. Perhimpunan rasmi - Ahad Aktiviti - Aluan pengacara majlis - Alunan al-Asma al-Husna - Nyanyian 3 buah lagu -Lagu Negaraku -Lagu Negeri -Lagu Sekolah - Ikrar - laporan guru bertugas - maklumat guru lain (jika ada) - Ucapan pengetua atau pentadbir lain. - Bacaan zikir dan doa PANDUAN TUGASAN GURU BERTUGAS 1. Menyiapkan laporan bertugas mingguan merangkumi laporan kedatangan pelajar, laporan kebersihan kelas, kawasan sekolah dan solat Sunat Duha dan Solat Zohor berjemaah di Surau Asrama 2. Bertugas semasa perhimpunan rasmi/tidak rasmi sekolah. 3. Laporan guru bertugas mesti ditulis pada setiap hari mengikut jadual tugas yang telah disediakan oleh ketua kumpulan. 4. Melapor tugasan mingguan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 5. Menghubungi ibu bapa pelajar yang sakit dan menghantar ke hospital jika perlu
24 BIL NAMA PENYELIA JAWATAN NAMA GURU 1 En. Othman bin Muhamad Pengetua PKP Pn. Fairus binti Abdul Ghani Pn. Nor Haida binti Abas@Zahari 2 PK Pentadbiran En. Mas Sanwan bin Mohd Ariffin En. Sa’don bin Mohd Chakram GKMP Votek Pn. Noraini binti Embong 3 Pn. Fairus binti Abdul Ghani PK HEM Cik Nur Shabina binti Abdul Kalam Cik Aminah binti Ibrahim Cik Nur Shafira Nazelah binti Mohamad Hanafi Pn. Julaini binti Marzuki 4 Pn. Nor Haida binti Abas@Zahari PK KO YM Tg Rokiah binti Tg Mohamad Pn Wan Rosida binti Wan Mat Amin Pn Shazwani binti Mohamad Cik Nurdiana binti Mohd Nor Azmi 5 En Mas Sanwan bin Mohd Arifin GKMP Sains Pn Dahlia binti Mohd Noor Pn Azmah binti Ghazali En Muhammad Nur Riduan bin Muhammad@Mamat Cik Noor Asmak Solehah binti Hamzah 6 En Sa’don bin Mohd Chakram GKMP Bahasa Cik Nor Aini binti Che Yusof Pn Mariatul Adawiyah binti Muda En Zawadi bin Che Seman Pn Zuhairah binti Pezi 7 Pn Noraini binti Embong GKMP Kemanusiaan Pn Rohana binti Awang Pn Nor ‘Aini binti Chik Pn Khairol Marlina binti Yaacob Pn Nurul Aizzati binti Rahmad 8 GKMP Votek Pn Rohani binti Mohamad En. Muhamad Aiman Hakim bin Anuar Pn Siti Anida binti Mahadi En Mohamad Sairul Izzat bin Che Deraman JADUAL PENCERAPAN GURU SESI 2024/2025
25 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru juga hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.3 Guru dan staf sokongan juga hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsipprinsip perkhidmatan cemerlang. 1.4 Guru dan staf sokongan juga hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. 1.5 Meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.6 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.7 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.8 Kawasan sekolah adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK. 1.9 Sebarang jualan langsung adalah dilarang di sekolah. 2.0 KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula. 2.3 Menanda kedatangan dengan punch card semasa hadir dan balik/keluar. 2.4 Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru dan staf sokongan tidak bertugas pada hari tersebut. 2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. PANDUAN AM
26 3.0 TIDAK HADIR SEKOLAH 3.1 Guru-guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memohon kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum pukul 10.30 malam (kecuali kecemasan) dalam Keberadaan Guru supaya urusan untuk menggantikan tugas guru berkenaan dapat disediakan. Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan ke pejabat dengan kadar segera. Guru semestinya berada di rumah / hospital ketika cuti sakit. 3.2 Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam sekolah pada waktu belajar. Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dicatat pada Buku Kawalan Kelas dan dilaporkan kepada Guru Disiplin atau Penolong Kanan (HEM). Guru-guru lain hendaklah juga memberi kerjasama kepada Guru Tingkatan. 3.3 Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor / surat ibu bapa hendaklah memberitahu atau memaklumkan kepada Guru Tingkatan. 3.4 Jika murid tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari Guru Tingkatan hendaklah mengambil tahu sebab-sebab ketidakhadirannya ke sekolah. Jika sebab-sebab yang diberikan menimbulkan keraguan, laporkan perkara itu kepada Guru Disiplin. 3.5 Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata pelajaran Sains, RBT, PSV, PJPK dan waktu NILAM, guru berkenaan hendaklah memastikan pelajar-pelajar tersebut hadir di tempat berkenaan dalam keadaan beratur. 3.6 Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah memastikan semua pelajar berada di dalam kelas. Sekiranya bermasalah, tindakan munasabah boleh diambil dengan mengisi buku kawalan kelas dan melaporkan kepada Guru Disiplin. Hanya pelajar-pelajar yang ada surat kebenaran guru / pejabat boleh keluar kelas untuk urusan guru atau pejabat. 4.0 GURU GANTI 4.1 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan. 4.2 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah boleh dianggap sebagai ingkar perintah. 5.0 TANDA NAMA 5.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan / majlis rasmi di sekolah / luar sekolah.
27 6.0 KELUAR WAKTU MENGAJAR 6.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada PPD, JPNT dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan terlebih dahulu. 6.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku / Fail Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua atau Penolong Kanan sebelum keluar dan selepas selesai urusan. 6.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta menguruskan guru pengganti bagi kelas yang ditinggalkan. 7.0 BILIK GURU 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkaraperkara yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran ( Pekeliling Ikhtisas bil.3 /1981). 7.3 Pelajar tidak dibenarkan berada di Bilik Guru tanpa kebenaran. 7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman manamana pihak. 8.0 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan Pengetua. 8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan. 9.0 TUGAS PROFESIONAL & TUGAS KHAS LAIN 9.1 Guru akan diberikan agihan tugas dalam bidang Pentadbiran, Kurikulum, HEM, dan Kokurikulum yang diketuai oleh guru-guru gred DG48 dan ke atas sebagai
28 pengiktirafan daripada pihak sekolah. Mereka mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan penuh iltizam, dedikasi, dan efisyen. 9.2 Guru hendaklah akur dengan arahan KPM/ JPNT/ PPD/ Pengetua dan pihak pengurusan sekolah. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Pengetua/ Pengurusan Sekolah. 9.3 Semua Guru Tingkatan dikehendaki menanda kehadiran murid pada atau sebelum jam 9.00 pagi hari persekolahan. 9.4 Semua guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan pelajar mencukupi sebelum pengajaran bermula. 10.0 BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR/eRPH 10.1 Semua guru hendaklah menyedia dan melengkapkan eRPH setiap hari persekolahan. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. eRPH hendaklah dihantar sebelum Jam 12.00 tengah malam hari Jumaat untuk disemak oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran. 10.2 Aktiviti luar ( sumbangan luar ) perlu ditulis untuk mendapatkan 1% hingga 5% markah prestasi. 10.3 Setiap sesi PdPc mesti dicatat refleksi / penilaian. 11.0 SURAT MENYURAT Semua surat menyurat rasmi kepada Pejabat Pendidikan Daerah, JPNT, KPM atau Jabatan lain yang melibatkan guru dengan sekolah hendaklah dibuat melalui pihak pengurusan sekolah. 12.0 PELAWAT 12.1 Semua pelawat DIMESTIKAN BERJUMPA DENGAN Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 12.2 Sebelum melayan seseorang tetamu guru hendaklah memastikan pelawat tersebut mendapat kebenaran daripada Pengetua atau wakilnya terlebih dahulu. 12.3 Semua guru harus melindungi guru lain sekiranya didatangi oleh pihak yang bermusuhan dengan guru berkenaan. 12.4 Ibu bapa atau penjaga yang ingin mengambil anak sewaktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan HEM terlebih dahulu dan dicatatkan pada Buku Kebenaran Keluar Pelajar.
29 13.0 MEMBELI BARANGAN ATAU ALATAN 13.1 Guru yang hendak membeli barangan atau alatan mesti memohon kelulusan Pengetua dengan menggunakan borang Nota Minta yang boleh didapati di pejabat sekolah. 13.2 Borang Nota Minta hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 13.3 Setelah mendapat kelulusan daripada Pengetua, guru hendaklah mendapatkan Borang Pesanan Tempatan (LO) daripada Pembantu Tadbir Kewangan untuk membeli barangan atau alatan. 13.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang dan direkodkan dengan kemas ke dalam buku stok dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan barang. 14.0 PERHIMPUNAN DAN ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 14.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan, harian serta acara rasmi sebagaimana yang telah ditetapkan. 14.2 Guru lelaki hendaklah berkemeja lengan panjang, memakai blazer atau berkot, bertali leher dan memakai tanda nama serta berpakaian yang sesuai sebagai seorang guru. 14.3 AJK Perhimpunan & Guru Bertugas mengetuai perhimpunan dengan kerjasama Guru Disiplin yang bertanggungjawab mengatur dan menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan. Pastikan pelajar membawa pen dan buku catatan. Berpakaian kemas dan lengkap sebagai seorang pelajar. 14.4 Acara perhimpunan dijalankan secara formal. 14.5 Laporan perhimpunan hendaklah ditulis dalam BUKU LAPORAN BERTUGAS. 15.0 MESYUARAT GURU Semua guru dimestikan menghadiri mesyuarat guru dan mesyuarat-mesyuarat yang ditetapkan oleh sekolah dari semasa ke semasa. 16.0 PIBG Semua guru, kakitangan atau pekerja swasta secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah. Jumlah sumbangan PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG. Aktiviti PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG.
30 17.0 TELEFON / KUNCI 17.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Urusan peribadi hendaklah dibayar. Guru digalakkan menggunakan telefon sendiri (handphone) atas urusan peribadi. 17.2 Semua salinan kunci mesti disimpan di pejabat. 17.3 Guru yang hendak menyimpan kunci pendua bilik tertentu, mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kecurian bilik tersebut. 18.0 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN Waktu Aliran Perdana Pelajar hadir ke sekolah 07.20 - 07.30 pagi Solat Duha 07.30 – 07.50 pagi Waktu pertama 07.50 – 8.20 pagi Waktu kedua 08.20 - 08.50 pagi Waktu ketiga 08.50 - 09.20 pagi Waktu keempat 09.20 - 09.50 pagi Waktu kelima 09.50 - 10.20 pagi Rehat 10.20 - 10.50 pagi Waktu keenam 10.50 - 11.20 pagi Waktu ketujuh 11.20 - 11.50 pagi Waktu kelapan 11.50 - 12.20 tengah hari Waktu kesembilan 12.20 - 12.50 tengah hari Waktu kesepuluh 12.50 - 1.20 tengah hari Waktu kesebelas 1.20 – 1.50 petang Solat zohor 1.50 – 2.20 petang Waktu kedua belas 2.20 – 2.50 petang Waktu ketiga belas 2.50 – 3.20 petang 19.0 PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN SEKOLAH 19.1 Peperiksaan ini bertujuan untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata pelajarannya.
31 19.2 Guru hendaklah mengatasi kelemahan pelajar dalam pelajarannya dengan melakukan beberapa intervensi yang sesuai. 19.3 Penyediaan soalan dan pemeriksaan kertas jawapan akan ditentukan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman. 19.4 Semua keputusan peperiksaan hendaklah dicatatkan di dalam eRPH. 19.5 Format soalan peperiksaan mestilah berdasarkan format peperiksaan awam. 19.6 Semua pelajar wajib menghadiri peperiksaan. 19.7 Pentaksiran Bilik Darjah dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun/ sesi akademik untuk semua pelajar. 20.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN TAHUNAN 20.1 DSKP KSSM dan Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah diikuti sepenuhnya. 20.2 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian hendaklah disediakan di dalam eRPH. 21.0 TATATERTIB 21.1 Semua guru bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar semasa di dalam dan di luar bilik darjah ( Pekeliling Ikhtisas bil.10/2001 ). 21.2 Semua guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan. 21.3 Baca dan fahami peraturan sekolah. 21.4 Mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah. 21.5 Laporkan kepada Unit Disiplin /Penolong Kanan HEM /Pengetua pelajar-pelajar melanggar disiplin sekolah. 22.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 22.1 Guru Mata Pelajaran Sains, RBT, PSV, PVMA dan PJPK hendaklah mempamerkan langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua murid dan guru. 22.2 Guru hendaklah mengawasi murid apabila :- i) Mengambil peralatan senaman ii) Bersukan dan bermain di padang iii)Menjalankan kerja-kerja amali iv)Kerja-kerja lain yang memerlukan pengawasan rapi. 22.3 Langkah keselamatan dan mengelakkan kemalangan perlu diberi keutamaan. 22.4 Jika berlaku kemalangan – laporkan kepada Guru Bertugas Harian, Penolong Kanan HEM dan Pengetua dan uruskan dengan segera ke klinik atau hospital dan maklumkan kepada ibu bapa dan penjaga.
32 23.0 LANGKAH BERJIMAT CERMAT Guru hendaklah seringkali mengingatkan pelajar supaya berhati-hati dan berjimat cermat apabila menggunakan semua kemudahan sekolah yang disediakan seperti air, elektrik ,perkakas / peralatan sekolah dan lain-lain. 24.0 TUGAS-TUGAS DALAM KELAS 24.1 Guru perlu menepati masa PdPc. 24.2 Pastikan PdPc berjalan lancar dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. 24.3 Elakkan diri daripada duduk ketika mengajar. 24.4 Masa ganti (Relief Period) guru hendaklah menyampaikan pelajaran/perkara yang memberikan manfaat kepada murid-murid. 24.5 Pemeriksaan buku latihan tidak dilakukan semasa PdPc. 24.6 Guru dilarang membuat urusan yang tidak ada hubungan dengan kerja sekolah pada masa persekolahan. 24.7 Elakkan penggunaan telefon bimbit ketika mengajar untuk urusan peribadi. 24.8 Latihan bertulis hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar dan disemak. 24.9 Pemeriksaan buku latihan oleh Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dikehendaki (termasuk masa penyeliaan PdPc). 24.10 Pelawat / Penjaga tidak dibenarkan masuk ke kelas dan seluruh kawasan sekolah untuk semua urusan kecuali pejabat sahaja. 25.0 GURU BERTUGAS MINGGUAN 25.1 Semua guru diminta menyempurnakan tugas mengikut jadual yang ditetapkan ini setiap hari. Nama teratas adalah ketua guru bertugas bagi minggu berkenaan. Pastikan guru bertugas mingguan peka akan minggu bertugas. 25.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Log Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua / Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pihak Pengurusan sebelum sekolah bersurai pada hari berkenaan untuk ditandatangani. 25.3 Guru Bertugas hadir ke sekolah seawal jam 7.00 pagi bagi memastikan perjalanan sekolah bagi hari / minggu berkenaan. 25.4 Guru bertugas mingguan / harian bertindak sebagai pengawal perhubungan sekolah.
33 25.5 Guru bertugas bertanggungjawab menguruskan pelajar yang sakit ataupun memerlukan rawatan segera dengan menghubungi ibu bapa/penjaga untuk tindakan selanjutnya. 25.6 Membantu mengawasi disiplin dan kebajikan murid iaitu : ● Mengawasi pergerakan murid semasa persekolahan dan waktu pulang ● Memberi perhatian kepada murid-murid yang lambat ke sekolah. ● Memberi perhatian kepada murid-murid yang keluar kelas tanpa kebenaran. ● Mengendalikan perhimpunan murid dan membuat pengumuman yang berkaitan. ● Menyambut murid di pintu pagar selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang. ● Memastikan tahap kebersihan sekolah terpelihara – kantin, kaki lima, tandas, bilik darjah, bilik khas dan lain-lain. ● Dapatkan maklumat tentang perhimpunan sehari sebelum perhimpunan. 25.7 Tanggungjawab Guru bertugas harian antara lain :- i. Membuat rondaan ke bangunan dan kawasan sekolah. Memberikan laporan tentang pemerhatian dan kebersihan sekolah serta cadangan untuk menambahbaik keadaan persekitaran sekolah. ii. Mencatat laporan dan butiran yang dikehendaki di dalam Buku Laporan Bertugas dan dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan. iii. Bertanggungjawab mengatur dan menjaga tatatertib murid semasa perhimpunan dan rehat. iv. Waktu bertugas rasmi 7.00 pagi hingga 2.10 petang ( bergantung kepada Jadual Waktu) v. Pada umumnya untuk memastikan bahawa peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar. vi. Membuat pemantauan kebersihan, keceriaan & Keselamatan kelas. Merekodkan pemarkahan dalam borang yang disediakan oleh unit 3K sekolah untuk anugerah kelas terbaik. 26.0 HAL-HAL LAIN 26.1 Panduan di atas tidak seharusnya dianggap lengkap tetapi hendaklah dijadikan sebagai pegangan dalam kerja-kerja guru setiap hari. 26.2 Arahan-arahan lain akan diberikan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat guru dan hendaklah dipatuhi. 26.3 Guru digalakkan mengadakan kelas prestasi sebagai usaha membimbing pelajar mencapai kecemerlangan akademik.
34 26.4 Semua guru dan kakitangan secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf. Jumlah yuran tertakluk kepada keputusan mesyuarat. Semua ahli diwajibkan menyertai kegiatan yang dianjurkan. 26.5 Guru-guru mestilah menghadirkan diri dalam semua program/majlis yang dianjurkan oleh sekolah seperti Hari Sukan, Hari Kokurikulum, Hari Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Majlis Ilmu, Mesyuarat Agung PIBG, Majlis Keagamaan dan Jamuan Tahunan Kelab Guru dan Staf. 26.6 Kita sama-sama bertanggungjawab memastikan kawasan sekolah kita selaras dengan konsep Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dan 3K. 26.7 Guru-guru Kanan dinasihatkan membantu guru-guru baru dan GSTT dalam semua aspek dan menunjukkan minat mendalam dalam sebarang gerak kerja sekolah agar dapat menjadi teladan kepada mereka. 26.8 Sebarang kerumitan dan permasalahan dalam menjalankan tugas patut di bawa ke pengetahuan pihak pengurusan. 26.9 Guru hendaklah berusaha untuk mewujudkan di dalam jiwa murid semangat taat setia dan patuh kepada peraturan-peraturan sekolah. 26.10 Semasa cuti, guru hendaklah memberi kerja / cuti terancang kepada pelajar. 26.11 Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah (Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997) ● Perintah Am: Bab A 15. “Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan tugas jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang dia mungkin diarahkan untuk menjalankan dari semasa ke semasa”
35
36
37 MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
38 KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
39 PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
40
41
42
43
44
45
46
47
48 PELAN LOKASI KELAS
49 BARISAN PENTADBIR SMK BUKIT BESI EN. OTHMAN BIN MUHAMAD PENGETUA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN FAIRUS BINTI ABDUL GHANI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID NOR HAIDA BINTI ABAS@ZAHARI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM NORAINI BINTI EMBONG GKMP KEMANUSIAAN GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL SA’DON BIN MOHD CHAKRAM GKMP BAHASA MAS SANWAN BIN MOHD ARIFFIN GKMP SAINS DAN MATEMATIK
50 BARISAN GURU DAHLIA BINTI MOHD NOR AMINAH BINTI IBRAHIM AZMAH BINTI GHAZALI JULAINI BINTI MARZUKI KHAIROL MARLINA BINTI YAACOB MARIATUL ADAWIAH BINTI MUDA MUHAMMAD NOR RIDUAN BIN MAMAT NOOR SHABINA BINTI ABDUL KALAM NOR AINI BINTI CHE YUSOF NOR AINI BINTI CHIK NURUL AIZZATI BINTI RAHMAD NURDIANA BINTI MOHD NOR AZMI