The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Membentangkan tentang topik-topik dalam subjek etika dan peradaban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzaazwarpsg2462, 2021-06-12 10:15:20

ETIKA DAN PERADABAN

Membentangkan tentang topik-topik dalam subjek etika dan peradaban

Keywords: etika dan peradaban

MPU21032

ETIKA & PERADABAN

ETIKA & PERADABAN MEMPENGARUHI KESEDARAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL DALAM DIRI INDIVIDU & MASYARAKAT

NAMA : AHMAD IQBAL BIN ROSLI
NO. PENDAFATARAN : 04DKA20F2115

APAKAH ITU ETIKA?

Kehidupan manusia hari ini adalah dikatakan berdasarkan kepada peredaran zaman

Kehidupan zaman moden ini telah menjadi lebih kompleks di mana selain daripada
keperluan asas, kepentingan wang ringgit dan kebendaan telah menjadi pertaruhan
hidup.

 Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya maka mereka sanggup
mempertaruhkan etika semata-mata utuk mengejar impian dan mengecapi
kehidupan materialistik yang menjadi keutamaan hidup zaman ini.

Menurut Wikipedia, ‘etika’ yang juga dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu
cabang falsafah yang membabitkan menyusun, mempertahankan dan
mencadangkan kelakuan yang betul dan salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral
manusia dan bagaimana untuk bertindak dalam keadaan tertentu.

. Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘watak’. Etika
merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau
tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia.

APAKAH ITU ETIKA?

Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu
atau kumpulan masyarakat dalam menentukkan perbuatan atau tingkah laku masing-
masing.

Kehidupan yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup
yang memberi faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat.

Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur,
menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan manakala perbuatan seperti mencuri,
membunuh, menipu dan memfitnah menunjukkan sikap tidak beretika.

Seseorang itu dianggap mempunyai etika selagi perbuatannya tidak menyimpang
dari norma-norma sosial, peraturan, undangundang, dan nilai-nilai moral yang boleh
memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

FAKTOR PEMBENTUKKAN ETIKA INDIVIDU

Etika seseorang individu adalah berbeza dengan orang lain. Ini kerana pembentukkan
etika individu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti :

1. Pengaruh Keluarga
2. Pengaruh Rakan
3. Pengalaman Hidup
4. Nilai Peribadi & Prinsip Moral
5. Faktor Keadaan

Pengaruh keluarga (Family Influence)

Pengaruh keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan etika peribadi.
Didikan ibu bapa akan menjadi pegangan hidup kepada anak-anak memandangkan
hubungan kekeluargaan menjadi hubungan pertama yang rapat kepada seseorang
individu.
Nilai peribadi adalah dibentuk berdasarkan kepada prinsip kekeluargaan, amalan budaya

dan adat, dan nilai-nilai murni serta sosial yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga
. Dengan ini, anak-anak akan mencontohi dan mempelajari etika daripada kelakuan ahli

keluarga. Sebagai contoh :
1. Jika ibu bapa menunjukkan nilai yang baik
seperti jujur, beradab dan adil maka anak-anak juga akan mempunyai etika sedemikian.
2. Sekiranya ahli keluarga mempunyai etika tidak baik seperti mencuri, menipu maka
perbuatan ini akan menjadi ikutan anak-anak yang seterusnya membentuk etika tidak
baik.

Pengaruh rakan (Peer Influence)

Pengaruh rakan adalah faktor lain yang menentukkan etika seseorang. Pengaruh
rakan ini dapat dilihat diperingkat sekolah ataupun di tempat kerja.

Etika seseoarng individu biasanya dipengaruhi oleh tingkah laku rakan mereka sama
ada dari segi baik ataupun tidak baik.

Jika rakan sekerja mempunyai nilai moral yang baik seperti jujur, bertanggungjawab
dan rajin maka ia akan membantu membentuk etika yang baik.

Jika seorang pelajar mempunyai rakan yang selalu ponteng sekolah, malas membuat
kerja rumah dan terlibat dengan aktiviti tidak baik maka kemungkinan perbuatan
negatif ini akan menjadi ikutan rakan-rakan yang lain.

Pengalaman hidup (Life Experience)

o Pembentukkan etika juga bergantung kepada pengalaman hidup seseorang
o Pengalaman boleh memberi impak positif dan negatif kepada kehidupan manusia.
o Contohnya, sekiranya perbuatan mengambil rasuah tidak dilaporkan dan tiada

tindakan undangundang diambil, maka seseorang akan beranggapan ia tidak
menjadi satu kesalahan.
o Walaubagaimanapun, apabila seseorang tertangkap dan hukuman dikenakan
kerana rasuah maka beliau akan sedar bahawa mengambil rasuah adalah menyalahi
undang-undang.

Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values
and Morals)

Nilai peribadi dan prinsip moral boleh dilihat dari segi kerjaya dan keluarga.

Seseorang yang mementingkan pangkat, pengaruh dan kedudukan tinggi dalam
masyarakat akan

berindak untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap orang
lain

Bagi individu yang mementingkan keluarga, kerja akan dilihat sebagai
tanggungjawab kedua dan segala tindakan yang di ambil akan mengutamakan
kepentingan semua pihak

Faktor keadaan (Situational factors)

Tingkah laku dan etika boleh berubah apabila faktor keadaan mempengaruhi
Tindakan seseorang.

Walaupun manusia mengetahui tindakan seperti mencuri adalah sesuatu yang tidak
beretika, tetapi keadaan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan
tersebut

Contohnya, seseorang yang kehilangan kerja dan mendapati sukar untuk
mendapatkan kerja baru boleh bertindak mencuri untuk mengelakkan kesempitan
hidup.

Pengaruh keluarga

Ibu bapa biasanya adalah yang pertama untuk menunjukkan sempadan etika
kepada anakanak.

Tangunggjawab ibu bapa ialah menunjukkan yang mana betul dan salah dalam
kehidupan kepada anak-anak

Pengalaman hidup yang diperolehi ibu bapa biasanya diajar kepada anakanak untuk
berfikir dan bertindak mengikut keadaan tertentu.

 Ibu bapa mendidik anakanak dengan menanamkan nilai-nilai teras kehidupan seperti
mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang, berbuat baik, menolong orang dan
nilai-nilai murni lain yang menjadi amalan hidup seharian

Di samping itu, ibu bapa perlu tegas dan menghukum anak-anak apabila mereka
melakukan kesalahan sebagai langkah mengajar yang baik dan buruk.

Sebagai contoh, anak yang dimanjakan boleh berkelakuan degil dan tidak
menghormati nasihat orang tua.

Pengaruh keluarga

o Hukuman bertujuan memberi kesedaran perbuatan itu salah dan harus dielakkan.
Hukuman boleh diberi dalam bentuk membuat kerja rumah dan sebagainya.

o Menghukum bukan bermakna ibu bapa membenci anak-anak tetapi menunjukkan
yang mereka menyayangi dan mahu anak-anak mempunyai nilai peribadi yang baik

o Apabila ibu bapa mencurahkan kasih sayang dan bertegas secara sama rata maka ia
akan membentuk etika yang baik dan anak-anak pula akan sentiasa mengawal
tingkah laku dan peradaban mereka.

o Selain daripada itu, faktor-faktor seperti personaliti, tingkah laku ibu bapa dan status
sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan penting dalam pembentukkan etika.

o Jika ibu bapa mempunyai personaliti yang garang, ganas, suka memukul, memarahi
dan mengamalkan tingkah laku yang buruk maka ia akan memberi kesan kepada
perwatakan anak-anak

o Dalam keadaan ini, walaupun ibu bapa mengajar perkara yang baik namun segala
perbuatan tidak elok daripada ibu bapa juga akan diwarisi oleh kanak-kanak tersebut.

Etika yang baik penyumbang kepada
kecermerlangan pembelajaran

◦ Dorongan positif oleh ibu bapa akan memberi kejayaan dalam pembelajaran
manakala pengaruh negatif ibu bapa pula akan membantutkan proses pembelajaran
anak-anak

◦ Saya berpendapat etika yang baik membantu ke arah pencapaian pendidikan yang
cemerlang setelah melihat anak jiran saya melanjutkan pelan ke luar negara.

◦ Faktor keluarga amat mempengaruhi pembelajaran anak-anak. Kejayaan anak-anak
dalam pendidikan adalah bergantung minat ibu bapa terhadap pelajaran anak-
anak, latar belakang pendidikan, cara didikan, kedudukan ekonomi keluarga, dan
keruntuhan rumahtangga.

Kepentingan Etika.

 Pada masa kini,etika amat penting dalam segenap kehidupan manusia kerana etika
akan membantu kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian
hidup.

Kepentingan etika dapat dilihat dari segi individu, keluarga ,organisasi , masyarakat
dan Negara.

Secara individunya, seseorang yang beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal
,rohani dan mental

Orang yang beretika akan sentiasa menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan
atau melaggar kehendak masyarakatnya.

Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang
membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa
dan lain-lain lagi.

Kepentingan Etika

◦ Nilai etika dalam sesebuah organisasi atau institusi amat penting.

◦ Seandainya seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi ,masalah pelanggaran
disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan
seksual dan sebagainya tidak akan timbul

◦ . Dengan itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti
dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan
dalam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keutungan
organisasi.

◦ Manakala bagi masyarakat dan Negara dengan adanya individu , keluarga dan
organisasi yang beretika tinggi,masyarakat dan Negara juga akan turut mencapai
faedahnya.

◦ Masyarakat akan menjadi lebih progresif ,aman, damai dan harmonis. Negara juga
turut aman ,damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa.

◦ Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi
selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang

Kepentingan Etika

◦ Sejarah telah membukitkan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah
mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir,
Rome , Abasiyah dan Umayyah, Melaka dan banyak lagi disebabkan oleh pemimpin
dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi

◦ Hubungan etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh individu tidak
perlulah melakukan perkara yang tidak baik yang bertentangan dengan norma
masyarakat seperti mencuri, merogol, dan sebagainya

◦ . Hubungan etika dan moral secara langsung akan membentuk tingkahlaku seseorang
yang berfikiran positif manakala seseorang yang bertingkahlaku negatif menunjukkan
individu yang tidak beretika

◦ Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
harmoni seharian. Ini kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama iaitu etika dan
kuasa, etika individu , etika undang-undang dan etika dan agama.

Kepentingan Etika

◦ Etika dan kuasa bermaksud seseorang individu akan menggunakan kuasa yang beliau
ada mengikut saluran yang dibenarkan.

◦ Sebagai contoh , seorang anggota polis tidak boleh mendakwa atau menahan
seseorang yang disyaki penjenayah tanpa bukti yang kukuh kerana beliau akan
melanggar etika dan bidang kuasa sebagai seorang anggota polis. Jika beliau
melanggar etika sebagai anggota polis beliau boleh didakwa.

◦ Etika individu pula merujuk kepada nilai etika yang ada dalam diri seseorang individu.
Individu yang beretika tidak akan melakukan perkara yang akan melanggar norma
masyarakat.

◦ . Mereka biasanya akan menghormati diri sendiri dan orang lain dalam melakukan
sesuatu perkara

◦ Etika dan undang-undang menunjukkan bahawa individu yang beretika sudah pasti
tidak akan melanggar batas undang-undang Negara

KEPENTINGAN MORAL

◦ Kesibukan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada
pertimbangan materialistik ada kalanya manusia terlupa bahawa ada manusia lain
yang hidup di sekeliling kita

◦ Manusia kini menjadi begitu rakus sehingga membuat sesuatu pertimbangan melebihi
nafsu daripada akal fikiran yang telah dianugerah oleh tuhan untuk menilai sesuatu
perkara sama ada baik atau buruk sebelum membuat keputusan

◦ Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri seterusnya melupakan
tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup dalam keluarga,agama ,masyarakat dan
Negara.

◦ Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia
untuk mengenali mana yang benar atau mana yang salah.

◦ Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini
akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk. (Tam Yeow Kwai, 1996)

◦ Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu,keluarga,masyrakat dan bangsa.

KEPENTINGAN MORAL

◦ . Sehubungan dengan itu, manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang
akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat
menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta
bendanya, ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas

◦ Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup. Individu yang bermoral akan
disenangi oleh masyarakat, apabila melakukan sesuatu aktiviti masyarakat akan
memilih orang yang mempunyai sifat moral yang tinggi kerana mereka lebih
dipercayai dalam melakukan sesuatu perkara dalam sesebuah masyarakat.

◦ Masyarakat tidak akan memilih individu yang tidak bermoral dalam melakukan
sesuatu perkara kerana mereka tidak mempercayai.

◦ Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan
dan menikamati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral

◦ Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk
membuat kebaikan daripada membuat kejahatan

KEPENTINGAN MORAL

◦ Seseorang yang bermoral ialah seseorang yang telah menunaikan peranannya
dengan berkesan. (Eow Boon Hin , 2003).

◦ Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah
keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala
masalah yang timbu daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi
yang stabil dalam setiap ahli keluarga dapat mewujudkan suasana mesra, tolak ansur,
bertanggungjawab akan menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan

◦ Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang
harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat
dapat memupuk persefahaman , bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain lagi
nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai
nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia terkenal di seluruh dunia
yang mana budi bahasanya rakyatnya adalah diantara satu simbol negara yang
sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.

RUMUSAN

◦ Pada zaman malaysia menjadi Negara sedang membangun atau Negara dunia
ketiga banyak perubahan yang belaku tidak kira sama ada dari segi pembangunan,
kemajuan teknologi , sikap manusia pada era globalisasi kini juga turut berubah.
Kebanyakan manusia pada masa kini lebih bersifat materialistik iaitu lebih
mementingkan duit atau kebendaan semata-mata daripada sifat kemanusiaan. Nilai
etika dan moral semakin lama semakin lenyap mengikut peredaran masa. Semakin
maju Negara semakin kurang nilai etika dan moral dalam diri masyarakat Malaysia. Hal
ini kerana pada masa kini banyak kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dan
sebagainya berlaku tanpa ada sifat kemanusiaan.

◦ Sehubungan itu, setiap masyarakat perlulah menanamkan nilai etika dan moral
dalam diri mereka supaya negara menjadi aman damai dan sejahtera. Seterusnya
pembangunan negara akan terus maju selaras dengan sikap masyarakat yang
beretika dan bermoral tinggi. Apabila setiap masyarakat mengamalkan etika dan
moral yang betul maka kes jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia ini akan
berkurangan dari semasa ke semasa.

SUMBER RUJUKAN

◦ https://www.researchgate.net/publication/323454258_ETIKA_SEBAGAI_PANDUAN_HIDU
P

◦ https://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=983051&view=251701
◦ http://ctalyastar.blogspot.com/2014/12/analisis-kepentingan-etika-dan-moral.html
◦ https://www.coursehero.com/file/64341335/faktor-etika-dan-peradaban-dalam-

Mendukung-Tanggungjawab-Sosialdocx/

MUHAMAD NAJMUDDIN BIN MOHAMAD
(04DKA20F2055)

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PEMAHAMAN INDIVIDU

Tamadun Mesopotamia mencapai kemajuan sosial dan kebudayaan bangsa melalui sistem dan tahap sosial. Melahirkan
masyarakat bermoral tinggi, mencapai kesafahaman dalam bentuk kesepaduan nasional, dan berakar umbi di peringkat individu.
Modal insan membezakan baik dan buruk, jalinan atau agen pembangunan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup positif.

PENGHAYATAN YANG KUKUH

Proses memahami,menghayati dan mengamalkan nilai positif. Bertanggungjawab dengan mempraktikkan nilai berbudi bahasa.
Individu praktik konsep beradaban sebab pemangkin pembangunan negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni.

KONSEP NILAI INTEGRITI

Integriti adalah nilai moral yang terdiri dari kejujuran, kerjasama, bertanggungjawab, kebebasan, dan berdikari. Moral lazimnya
merujuk kepada persoalan individu mengenai kewajipan dan tanggungjawab yang dipikul. Nilai moral ini juga mengalir di dalam
setiap individu juga berpunca daripada pengaruh masyarakat sekeliling. Individu merupakan cerminan kepada pembentukan
masyarakat dan kejahatan individu menunjukkan jatuhnya nilai moral dalam masyarakat. Nilai etika dan moral menjadi aras
dalam menentukan sama ada baik atau buruk tingkah laku.

PEMAHAMAN DALAM PERINGKAT KOMUNITI

Komuniti merupakan kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Definisi lain komuniti ialah kumpulan individu
yang mempunyai sifat-sifat kecenderungan yang sama. Sifat menghormati dalam kehidupan komuniti membentuk persafahaman
dan kesatuan. Mencapai kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Lingkungan semangat komuniti yang kuat, nilai moral
individu meningkat, dorongan integriti, kepercayaan dan kebolehan seseorang dalam menjaga moral diri. Setiap ahlidalam
komuniti, mengaplikasikan adab dan adat yang menjadi sebahagian dalam kehidupan harian. Usaha dan keyakinan akan mampu
melahirkan komuniti yang tinggi adabnya dalam aspek tingkah laku dan pertuturan. Mencapai kesepaduan nasional dan bangsa
Malaysia yang bersama-sama berganding bahu dalam membentuk sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara maju lain.

ETIKA

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan individu atau kumpulan manusia.

PEMAHAMAN DALAM PERINGKAT KELUARGA
Ibu bapa sebagai teladan anak-anak, hormat-menghormati, kasih sayang dan berkongsi. Selain itu, saling tolong-menolong,
mematuhi undang-undang, berdikari dan bertanggungjawab dapat mengeratkan hubungan dan kemesraan ahli keluarga.

KESAN ETIKA DILAKSANAKAN DALAM PERINGKAT KELUARGA
Masalah sosial berkurang, generasi muda yang cemerlang dan menjadi negara yang maju.

PEMAHAMAN DALAM PERINGKAT MASYARAKAT
ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU
Islam adalah agama yang dominan di Malaysia. Islam merupakan agama sejagat, ianya terkandung dalam ajaran Al-Qur‟an yang
seharusnya menjadi pedoman. Asas kewujudan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Islam adalah umat yang
berpegang kuat kepada agama,serta menerapkan akidah, syariah dan akhlak dalam pergaulan seharian. Nilai yang telah
diperkenalkan oleh Islam adalah bersifat „universal‟ supaya dapat diterima oleh semua peringkat dan generasi manusia.

NILAI DAN BUDAYA BUDDHISME DAN HINDUISM

Buddha dan Hindu adalah kepercayaan dikalangan masyarakat India dan Cina di Malaysia.

Falsafah Buddhisme – Memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika
kehidupan yang sempurna.

Matlamat merekaialah mencapai Nirwana dan melepasi „Empat Kebenaran Mulia‟. Menekankan akhlak sosial yang baik dan
dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Asas pendidikan moral yang dapat memupuk dan membina keharmonian dan
kesejahteraandalam masyarakat.

INTEGRITI

Integriti adalah amalan bersikap jujur ​dan menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta
etika yang kuat. Dalam etika, integriti dianggap sebagai kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti
mungkin bertentangan dengan kemunafikan, bahawa menilai dengan standard integriti melibatkan mengenai konsistensi dalaman
sebagai sifat murni, dan menyarankan agar pihak-pihak yang memiliki
nilai-nilai yang bertentangan dalam diri mereka harus mempertimbangkan perbezaan atau mengubah kepercayaan mereka.
Perkataan integriti berkembang daripada perkataan integer iaitu kata sifat Latin, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap.
Dalam konteks ini, integriti adalah rasa "keutuhan" dalaman yang berasal daripada kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan.
Dengan demikian, seseorang dapat menilai bahawa orang lain "memiliki integriti" sejauh mana mereka bertindak sesuai dengan
nilai, kepercayaan dan prinsip yang mereka dakwa.

INTEGRITI DALAM KEHIDUPAN

integriti pada asalnya bukanlah merujuk kepada konsep yang ada hubung kaitnya dengan kehidupan manusia. Menurut Oxford
English Dictionary, perkataan ini yang berakar umbi daripada kata adjektif bahasa Latin „integer‟ diguna pakai asalnya untuk
menggambarkan keutuhan sesuatu struktur atau binaan (structural integrity). Hanya pada 1659, kosa kata ini diperluaskan
penggunaannya untuk membezakan konsep benar dan salah dalam kehidupan manusia.

Pelbagai definisi integriti mula diketengahkan antaranya sebagai kualiti kejujuran dan ketinggian prinsip-prinsip moral yang
dipegang oleh seseorang individu. Selain itu, integriti turut ditakrifkan sebagai tahap konsistensi antara nilai moral yang dipegang
seseorang individu dengan cerminan tingkah laku (perkataan atau perbuatan) yang ditunjukkannya.

Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan walaupun di kala lampu merah menyala dan tiada sesiapa di situ kecuali
diri anda sendiri pada jam 2 pagi. Ini kerana takrif integriti memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan
nilai-nilai etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun tidak. Justeru, untuk menjadi manusia yang berintegriti
memerlukan seseorang individu itu menjadi manusia yang bermoral dan beretika dalam semua aspek kehidupan pada setiap
masa.

Dalam aspek tadbir urus dan pentadbiran organisasi misalnya, keruntuhan integriti menyebabkan berlakunya pelbagai
kepincangan seperti peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah. Tidak kira sama ada dalam organisasi awam mahupun
swasta, pemegang jawatan ataupun pekerja yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan sentiasa mencari peluang untuk
melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi, tanpa memikirkan implikasi perbuatan mereka terhadap imej organisasi
dan negara.

Ketirisan maklumat organisasi dan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan indeks persepsi antarabangsa terhadap kemampuan negara
membendung amalan korupsi merupakan contoh implikasi negatif yang didorong oleh perbuatan warga kerja yang tidak
berintegriti.

Dalam aspek pendidikan pula, tindakan oleh individu-individu tidak berintegriti boleh mencemar kesucian bidang yang sangat
penting untuk membangunkan modal insan negara ini. Perbuatan-perbuatan seperti melakukan plagiat, memanipulasi kelayakan
akademik, dan sebagainya bukan sahaja akan menjejaskan reputasi si pelakunya, tetapi juga boleh mengakibatkan kualiti sistem
pendidikan negara di semua peringkat dipertikaikan secara keseluruhan.

Natijahnya, persekitaran pendidikan yang seharusnya merupakan lapangan untuk menerapkan nilai moral dan etika yang tinggi
dalam diri generasi muda negara, hari ini turut dinodai oleh perbuatan golongan individu tertentu yang tidak berintegriti.

Dalam konteks kepimpinan pula, integriti menjadi teras yang sangat penting untuk dijadikan asas penilaian kepada keberkesanan
barisan kepimpinan semasa dalam apa jua situasi. Seseorang pemimpin yang berintegriti bukan sahaja perlu „bersih‟, tetapi juga
perlu kelihatan „bersih‟ pada sebilang masa.

Dalam sejarah peradaban manusia, terlalu banyak contoh yang menunjukkan kejatuhan pemimpin yang tidak berintegriti atau
yang terpalit dengan isu dan skandal yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tuntasnya, integriti pemimpin yang boleh
dipersoal akan menyebabkan integriti organisasi atau kumpulan manusia yang dipimpinnya turut dipertikaikan. Pada masa sama,
dilema yang dihadapi oleh para pengikut adalah sejauh mana perlunya mereka untuk terus taat dan setia kepada pemimpin yang
memiliki integriti diri yang meragukan.

INTEGRITI DALAM ORGANISASI

Pematuhan integriti dalam organisasi mewujudkan organisasi yang telus dan tidak mudah dipengaruhi oleh orang yang
berkepentingan.

ELEMEN DALAM INTEGRITI

1. Disiplin
2. Tanggungjawab
3. Inovasi
4. Kepantasan
5. Kerja berpasukan
6. Prihatin
7. Adil

INTEGRITI PENJAWAT AWAM

Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak manyalahguna kuasa, menyeleweng atau rasuah.
Memberi keutamaan kepada kepeningan awam.

PELAKSANAAN INTEGRITI DALAM ORGANISASI

1. Mematuhi kod etika kerja.
2. Melaksanakan visi dan misi.
3. Mengelakkan penyewelengan kerja.
4. Melaksanakan program kesedaran memerangi rasuah, penyewelengan dan salah guna kuasa.
5. Memperkukuh dan menguatkuasakan semua peraturan dan undang-undang organisasi.
6. Mengiktiraf pencapaian dan memberi penghargaan keada warga kerja berintegriti.

KEPENTINGAN AMALAN INTEGRITI

1. Menunjukkan tingkah laku yang beretika dalam organisasi, etika organisasi dipatuhi.
2. Menilai sesuatu kelakuan atau tindakan dengan pertimbangan rasional, keputusan yang cekap dan pantas dapat diambil.
3. Meningkatkan sensitiviti dan akauntabiliti anggota organisasi, anggota organisasi yang bertanggungjawab dan komited dapat

dilahirkan.
4. Memudahkan pengurusan sumber manusia yang berkualiti dalam organisasi, anggota organisasi dihargai.
5. Membentuk budaya kerja berintegriti. Anggota organisasi yang bersih, cekap dan amanah dapat dibentuk.
6. Mengekalkan imej, kredibiliti dan reputasi organisasi. Memperolah pengiktirafan masyarakat.

Pekerja yang berintegriti amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Hal ini bagi memastikan organisasi tersebut dapat
berfungsi dengan cemerlang. Sistem tadbir urus yang baik, telus dan adil.

KONSEP INTEGRITI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Asas pembangunan negara: Integriti dalam diri, keluarga dan organisasi.
Integriti mencerminkan ketamadunan bangsa dan negara.

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU

Jujur, amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya secara telus. Tiada komflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh
akan peraturan dan undang-undang.

PENTADBIRAN

1. Merealisasikan dasar antirasuah.
2. Menjaga kerahsiaan dan maklumat sulit negara.
3. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa, kedudukan atau jawatan.

EKONOMI

1. Menjanakan pendapatan negara mengikut undang-undang.
2. Mengisytiharkan cukai pendapatan secara jujur.
3. Tidak menyalahgunakan harta atau kemudahan yang disediakan oleh kerajaan

SOSIAL

1. Tiada pengecualian dalam penguatkuasaan undang-undang
2. Mematuhi etika organisasi.
3. Melaksanakan tugas dengan telus dan amanah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap
individu yang inginkan kelangsungan kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan perlu berusaha sedaya mungkin untuk
memperkukuh integriti diri sendiri dan individu-individu di bawah tanggungjawab masing-masing.

Memetik kata-kata cendekiawan Albert Einstein;

“…integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful…”

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memperkasa dan membudayakan amalan integriti dalam semua aspek
kehidupan bagi memastikan negara Malaysia akan sentiasa ditunjangi oleh ahli-ahli masyarakat madani yang memiliki integriti diri
yang tinggi.

Kefahaman dan penghayatan nilai etika adalah penting bagi membolehkan manusia merealisasikan dalam bentuk amalan. Nilai
etika dalah pencetus kepada penyatuan dan penyelarasan di antara manusi, organisasi, masyarakat dan negara dalam memberi
sumbangan terhadap kesejahteraan dan perpaduan ummah.

SUMBER RUJUKAN:

Wikipedia, ensiklopedia bebas. 24 Mei 2021
ms.wikipedia.org/wiki/integriti

Utusan Online | Rencana | 27 Disember 2016
LT. KDR. (B) Dr. Abu Yazid Abu Bakar, beliau ialah Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling), Jabatan Pendidikan &

Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Unit 5: Integriti Pemacu Kecemerlangan Organisasi
Unit 6: Pembangunan Negara Bertunjangkan Integriti.

Youtube: CIKGU TITY MARWANI (2021)

PENGHAYATAN ETIK DAN PERADABAN (Kumpulan 3 – Pang Hua)
Youtube: Glory Michael (2021)

PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN JATI DIRI
RAKYAT MALAYSIA

MUHAMMD FAKRIE BIN JUSOH

04DKA20F2087

• Jati diri malaysia sewajarnya berpaksikan
penduduk asal semenanjung tanah melayu

• Ia juga seharusnya teradun secara harmoni dengan warga
lain tanah melayu ketika mencapai kemerdekaan dan
penduduk sabah dan serawak ketika kita menjadi
malaysia

• Kenyataan selepas lebih 60 tahun kita bebas daripada
penjajahan inggeris mimpi ini belum dapat dicapai

• Kita bukan sahaja tidak mampu untuk bersatu dalam
kepelbagaian, malah semakin hari semakin renggang
dan kurang mengenali antara satu sama lain.

• Anehnya, ini bukan budaya timur yang sering
digembargembur iaitu komuniti yang ramah, ceria, saling

membantu, hormat-menghormati, bertoleransi tinggi dan
bersedia berkongsi.
• Kenyataan sarjana, Syed Ali Tawfik Al-Attas mengenai
universiti di Malaysia sejak sekitar 10 tahun terakhir ini
bercanggah daripada urusan teras, iaitu mendidik dan
mengembangkan pemikiran masyarakat supaya lebih
bersifat holistik dan bertamadun perlu diberikan
perhatian serius.

• Pandangan beliau, ‘universiti yang taksub dengan
urusan sains, teknologi dan industri’, sebaliknya
mengabaikan kepentingan pendidikan adab, etika dan
jati diri hanya akan membawa masyarakat ke lembah
kehancuran.

• Jika universiti sebagai benteng terakhir membina dan
mencambah ketamadunan bangsa diruntuhkan, tiada lagi
tempat untuk bangsa Malaysia berlindung.

• Negara yang maju dan berperadaban sentiasa
menghormati, menyanjung dan memulihara beberapa
perkara asas yang menjadi teras budaya dan jati diri
bangsa.

• Antaranya ialah kesarjanaan, bahasa dan warisan,
nilai murni bangsa, kesejahteraan masyarakat dan
kelestarian negara.

• Universiti tempatan boleh menjadi pemimpin dan
pengerak semua wawasan penting ini.

• Dalam konteks kesarjanaan, universiti
tempatan perlu menghormati kepelbagaian
ilmu.

• selain memberikan penekanan kepada program pengajian yang

relevan kepada sektor pembangunan dan industri negara,
pendidikan membangun minda, budaya, sejarah, etika dan
perwatakan bangsa perlu diberikan perhatian tinggi.

• Pendidikan tinggi tidak sekadar menyediakan sumber
tenaga mahir, sebaliknya bertanggungjawab membina
insan syumul yang berpegang kepada jati diri bangsa
dan berupaya menjadi warga global yang dihormati.

• Pembangunan kesarjanaan juga membabitkan
penyelidikan berterusan.

• Universiti dan ahli akademik tempatan perlu berpegang
kepada
falsafah ‘berfikiran global, bertindak lokal’.

• Sambil mengikuti perkembangan ilmu pada peringkat
global, kita perlu menyelidik berasaskan situasi dan isu
tempatan.

• Menyelesaikan persoalan lokal seperti landskap dan iklim
tropika, masyarakat, budaya, tradisi, kepercayaan dan
sumber tempatan membolehkan sarjana kita berada di
ufuk ilmu dan tidak sekadar mengikuti dari belakang
penyelidik Barat.

• Kesarjanaan berasaskan ilmu watan membolehkan kita
memimpin cebisan persoalan global yang masih terbiar
dan kurang difahami.

• ahasa dan warisan ialah sebahagian daripada
makna negara bangsa bertamadun. Bahasa Melayu
bukan sekadar alat

berkomunikasi, tetapi jiwa, perwatakan dan keunikan
sebuah bangsa merdeka.

• Ada perbezaan ketara di antara menghormati dan
menyintai bahasa kebangsaan dengan keupayaan
berkomunikasi dalam bahasa global.

• Belajar bahasa asing ialah tuntutan warga global kini,
menggunakan bahasa Melayu ialah tanggungjawab
asas dan jati diri bangsa yang cintakan tanah air
sendiri.

• Untuk membolehkan peradaban bangsa terus diperkasa,
pengajian bahasa dan warisan perlu diberikan
keutamaan dalam ekosistem pengajian tinggi tempatan.

• Malaysia ialah negara berbilang kaum dangan majoriti
berbangsa Melayu. Kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan
puluhan suku kaum lain juga warga negara dan menetap
di negara ini turun-temurun.

• Selain perlu mengukuhkan budaya dan tamadun
kebangsaan, kita perlu menghormati kepelbagaian dan
kebebasan suku kaum lain mengamalkan budaya dan
tradisi ibundanya.

• Begitupun, hasrat untuk membina citra dan jati diri
negara bangsa ialah asas bermasyarakat dan perlu
diberikan keutamaan.

• Pendidikan formal bersifat kebangsaan untuk semua,
sementara kebebasan mengamal budaya kaum masing-
masing ialah hak mereka. Inilah bentuk kesedaran dan
keluwesan yang perlu wujud dalam sanubari setiap

• Pada peringkat awal pembangunan negara,
kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada
keperluan asas masyarakat.

• Begitupun, selepas lebih 60 tahun merdeka, tumpuan
perlu diberikan kepada falsafah kesejahteraan komuniti.

• Masyarakat mesti didahulukan berbanding kelompok
kecil. Strategi pembangunan ekonomi perlu
memberikan perhatian kepada merapatkan jurang
antara kaya dan miskin dan di antara kemudahan luar
bandar dan bandar.

• Konsep perkhidmatan dalam sektor pendidikan,
perumahan dan kecukupan makanan asas diutamakan.

• Hari ini, semuanya telah diperniaga untuk meraih
kekayaan sehingga wujud kelompok miskin bandar
yang berleluasa.

• Kesejahteraan komuniti hanya boleh dicapai jika tempat tinggal

selesa dan selamat, negara membangun demi kepentingan
rakyat, dan kemudahan kehidupan seluruh warga terjamin.

• Terakhir ini seluruh warga dunia sedang berhadapan
dengan krisis alam sekitar, kepupusan sumber asli dan
impak perubahan iklim. Oleh itu, tindak tanduk negara
tidak boleh lagi mengikut amalan biasa-biasa.

• Kita perlu bertekad untuk mengubah cara berfikir dan
bertindak berasaskan pendekatan terintegrasi atau
syumul.

• Wawasan kelestarian iaitu pengurusan ter- imbang
antara pemuliharan alam, pembangunan ekonomi dan
kesejahteraan masyarakat perlu diperkasa dalam
semua sektor pembangunan.

• Sarjana boleh menerajui pendekatan syumul dengan
memperkenalkan program pengajian bersifat multi dan
trans bidang.

• Sementara kerajaan pula boleh memperkenalkan
konsep pengurusan bersama di antara pelbagai
agensi bagi menyahut cabaran kelestarian.

• Bagi Kerajaan Pakatan Harapan, sempena menyambut
hari kemerdekaan, usahlah berhitung janji yang masih
belum mampu diselesaikan.

• Carilah jalan yang tepat bagi membina sebuah negara
yang makmur, rakyat yang ceria dan beretika, dan
warisan alam dan budaya terpelihara. Binalah jati diri
Malaysia.

• Isu jati diri dalam kalangan generasi muda hari ini kian menjadi

kebimbangan masyarakat. Hal ini lazimnya memandang generasi
muda terkenal dengan sifat-sifat seperti ingin mencuba suatu
yang baharu dan mudah terikut-ikut.

• Dari sudut yang lain pula, generasi muda juga merupakan
generasi harapan bangsa yang bakal menerajui negara
pada masa akan datang.

• Jati diri selalunya dikaitkan dengan akhlak dan maruah
individu, masyarakat atau negara. Pembentukan Jati
Diri Kebangsaan pula merujuk kepada suatu yang asasi
dan menjadi agenda utama

dalam sesebuah negara dengan tujuan untuk membina
identiti yang tulen dan murni yang boleh menjadi
teras dan lambang keagungan dan keunggulan
sesebuah negara.

• Namun pada masa sekarang hal ini agak menampakkan
kemerosoton terutamanya yang berkaitan kepada
kecintaan pada negara dan bangsa.

• Hal ini berlaku bukan disebabkan oleh pemikiran
generasi muda yang tidak ambil tahu, tetapi
disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang
mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga
menjejaskan keakuran generasi muda tentang jati diri.

• Malah saban hari ada sahaja perkara-perkara yang tidak
benar dan agak keterlaluan untuk menjatuhkan sesuatu
pihak demi untuk kepentingan pihak lain.

• Akibat daripada perkara tersebut, seramai 82% daripada
346 orang golongan belia di Sarawak kian muak dengan
berita-berita sebegini dan menganggap tidak perlu
untuk memikirkan tentang kejadian dalam sesebuah
kerajaan.

• Malah teras perbincangan pada masa sekarang ini adalah
penonjolan kepada kepentingan peribadi semata-mata.

• Menurut Ketua Bahagian Strategik, Komunikasi Korporat
dan Jaringan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Sarawak (UPMKB), Dr Mohamad Maulana Magiman,
walaupun data tersebut sedikit tetapi jika diteliti sejumlah
82% golongan belia ini amat memberi impak yang jelas
kepada penanaman semangat jati diri.

• Elemen paling penting dalam membentuk jati diri ialah
pendidikan. Proses pendidikan pula boleh berlangsung
secara formal dan tidak formal. Namun matlamat kedua-
dua kaedah itu adalah sama, hanya cara
penyampaiannya sahaja yang berbeza.

• Proses memupuk jati diri kebangsaan secara formal untuk

generasi muda sebaiknya diterajui oleh Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi, seperti yang sedang berlaku
dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa sekarang.

• Aktiviti pemupukan Jati Diri Kebangsaan dilakukan
secara

‘embedded’ dalam beberapa mata pelajaran yang diajar
sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.
Keadaan itu merupakan suatu usaha yang boleh
dibanggakan.

• Oleh yang demikian, walaupun berlakunya rombakan
kurikulum bagi menyesuaikannya dengan keperluan
semasa, agenda pemupukan Jati Diri Kebangsaan tetap
perlu diteruskan.

• Dengan kata lain, rakyat yang mempunyai jati diri
adalah rakyat yang sayangkan bangsa dan negaranya.

• Hasil daripada dapatan responden tersebut, terdapat beberapa

cara untuk terus mengekalkan Jati Diri Kebangsaan yang perlu
ditekankan kepada semua rakyat Malaysia dengan mengekalkan
rasa kepunyaan kepada bangsa dan negara.

• Selain itu, Jati Diri Kebangsaan yang akan ditekankan di
negara ini perlulah mengambil kira kepelbagaian etnik
dan budaya yang ada tanpa mempersoalkan tentang
bagaimana pemakaian budaya dalam sesebuah bangsa
itu.


Click to View FlipBook Version