The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Membentangkan tentang topik-topik dalam subjek etika dan peradaban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzaazwarpsg2462, 2021-06-12 10:15:20

ETIKA DAN PERADABAN

Membentangkan tentang topik-topik dalam subjek etika dan peradaban

Keywords: etika dan peradaban

• Apa yang diharapkan ialah kepada ‘output’ iaitu masih
mengamalkan adat dan budaya bangsanya.

• Selain itu, identiti yang diwujudkan tidak membawa
kepada perpecahan kaum. Ini bermakna individu
daripada kaum yang berlainan bebas mengamalkan
adat dan budaya masing-masing namun berkongsi
suatu Jati Diri Kebangsaan yang sama dengan
individu dari kaum lain.

Sumber rujukan Penulis adalah Pengerusi Majlis Warisan
Negara & Felo Penyelidik Utama, Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

RASUAH PEMUSNAH PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN MANUSIA

AZHAN FAKHRI BIN MOHAMAD
(04DKA20F2067)

PENGENALAN

• Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa
dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama wujud
dalam sejarah manusia. Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun
seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Polemik mengenainya boleh
menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga kekecewaan.
Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut
dianggap sebagai perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatif ini telah
menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh
memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.

• Suapan atau rasuah merupakan musuh pembangunan. Di zaman global masa kini
tidak ada negara yang terkecuali dari masalah rasuah ini yang telah wujud sejak
berkurun lama lagi. Ia bukan sahaja mebantutkan perkembangan dan merencatkan
perjalanan terhadap ekonomi malah kepada perkembangan politik dan sosial oleh
semua negara di dunia. Rasuah boleh diibaratkan sebagai penyakit kanser yang boleh
merebak kepada masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara secara perlahan-
lahan.

• Akhir-akhir ini kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam amalan suapan
atau lebih dikenali denagn amalan rasuah, sama ada secara langsung atau tidak
langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam.

• Amalan ini memanglah dianggap baik jika pemberian itu mempunyai niat yang ikhlas,
jujur dan bertujuan untuk mengeratkan atau mengukuhkan lagi persahabatan yang
baik di antara pemberi dan penerima. Namun, pemberian hadiah itu boleh menjadi
rasuah apabila hadiah itu diberi dengan ada tujuan untuk mendapat sesuatu yang
istimewa.

PENGERTIAN RASUAH MENURUT ISLAM

• Rasuah dalam Islam tidak memiliki makna yang tunggal. Ia di fahami melalui banyak
maksud, pengertian dan istilah dalam Islam sebagaimana yang akan dijelaskan berikut.
Dalam Ensiklopedia Hukum Islam, korupsi bererti perbuatan buruk atau tindakan
menyelewengkan dana, wewenang, waktu, dan sebagainya demi kepentingan peribadi
sehingga menyebabkan kerugian bagi pihak lain. Rasuah berasal dari kalimat yaghulla dan
yaglul yang bererti curang. Iaitu seseorang yang mengambil barang sesuatu lalu
memasukkan dengan sembunyi ke dalam kumpulan barang-barangnya yang lain.

• Menurut al-Sya`rawi, Suht memiliki makna yang sangat luas iaitu setiap harta yang
bersumber dari yang haram seperti rasuah, riba, mencuri, penggelapan (harta awam),
meragut, merompak. Termasuk dari rasuah atau korupsi adalah syaraqah (pencurian),
ghazab (penggunaan hak orang lain tanpa izin), ghulul (penyelewengan harta negara dalam
ghanimah), rasyuah (suapan), khianah (khianat) dan harobah (perampasan). Jika rasuah
mengarah kepada kerosakan makro ekonomi dan sosial negara, maka layak dikategorikan
sebagai hirobah iaitu perompakan yang hukumannya boleh hukuman mati.

• Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah.
Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi
juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.
rasuah ataupun „corruption‟ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang
khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.

• Dari definisi yang dikemukakan oleh para ulama, para tokoh, maka jelas
sekali bahawa antara KPK dan SPRM telah memiliki pengertian dan
pemahaman yang berbeza tentang korupsi dan rasuah. Korupsi memiliki
makna yang luas, sementara rasuah atau sogokan adalah sebahagian dari
korupsi. Untuk itu penggunaan kalimat korupsi menurut penulis lebih tepat
digunakan dalam kajian ini daripada rasuah kerana ianya memiliki makna
yang dalam dan tidak sempit sebagaimana istilah rasuah.

Meminta/Menerima Rasuah

JENIS-JENIS RASUAH Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

SEBAB-SEBAB 1. KEINGINAN SESUATU JAWATAN
MENGAMBIL
RASUAH Akibat terlalu ingin dinaikkan ke sesuatu jawatan yang lebih
tinggi dari yang disandang, penjawat jawatan secara
kebiasaannya akan memberi rasuah kepada pihak-pihak yang
dirasakan berpengaruh untuk mengangkatnya menjawat
jawatan yang lebih tinggi daripada yang dijawatnya tersebut.

2. MASYARAKAT YANG TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB

Boleh dikatakan apa yang berlaku di Malaysia kini berpunca
daripada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat itu sendiri.
Buktinya, masyarakat Malaysia mengamalkan budaya “
senyap” apabila pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah
enggan bersuara atau melaporkan kes rasuah yang diamalkan
itu. Budaya “ senyap” yang diamalkan oleh masyarakat
Malaysia menyebabkan semakin ramai pihak yang mula naik
bulu untuk mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan.

SEBAB- 3. AMALAN BIROKRASI DALAM MASYARAKAT
SEBAB
MENGAMBIL Untuk mendapatkan sesuatu perkara dari pihak-pihak tertentu
RASUAH di Malaysia, memerlukan pelbagai prosedur dan proses
hinggalah keputusan untuk mendapatkan sesuatu itu
diputuskan. Birokrasi yang banyak diamalkan oleh pelbagai
pihak menyebabkan masyarakat sanggup mengambil jalan
mudah iaitu mengambil rasuah

4. KELEMAHAN PERIBADI SEPERTI KURANG
IMAN DAN TAKWA

Seseorang tahu bahawa rasuah dilarang agama dan undang-
undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan
peribadi. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk,
tamat, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong
berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

SEBAB- 5. MODENISASI
SEBAB
MENGAMBIL Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan
RASUAH dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan
terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti
cendawan tumbuh . Pengaliran wang juga akan meningkat.
Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk
mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden
memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan
tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati
para pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah
diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,
mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau
tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan
sebagainya.

KESAN 1. PENTADBIRAN TERGANGGU
RASUAH
• Jika semua perkara terpaksa melalui sogokan, sistem
pentadbiran sesuatu institusi mahupun negara akan lumpuh
dengan mudah. Dari segi pembangunan negara sahaja, gejala
rasuah akan menjejaskan daya saing, menghakis keyakinan
pelabur dan menjejas daya saing perniagaan. Cuba kita
bayangkan apabila setiap gerak laku, sama ada yang berkaitan
dengan mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan kerajaan,
memenangi tender, mendapatkan kelulusan permit dan lesen
perniagaan, mendirikan kilang, memenangi jawatan politik atau
bermacam-macam lagi terpaksa melalui sogokan. Apa akan jadi
pada negara ? adakah sistem politik kita akan stabil dan kukuh
atau bertahan di awal waktu selepas mengundi sahaja ?

KESAN 2. MARUAH TERCEMAR
RASUAH
• Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan
ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain
yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan
amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung imej sesuatu
pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan
amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-
pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat
daripada ketidak adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri
dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu pihak itu
sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan
pengurusan.

KESAN 3. MERUNTUHKAN AKHLAK
RASUAH
• Amalan rasuah ini sebenarnya hanya akan meruntuhkan lagi
akhlak dan peribadi mulia seseorang insan yang telah dikaburi
oleh sejumlah wang atau material. Dan wang yang mereka
terima pada ketika itu akan menjadi punca kepada darah daging
generasi pelaku dan penerima itu sendiri.

4. EKONOMI NEGARA TERGUGAT

• Rasuah semestinya akan menggugat kemajuan negara dari
sudut ekonomi. Hal ini adalah kerana ekonomi negara atau
ekonomi untuk masyarakat diuruskan oleh mereka yang tidak
mempunyai ilmu dalam pengurusan ekonomi untuk
menguruskan ekonomi negara. Dengan menurunnya mutu dan
kualiti sesuat Uproduk, ini bermakna pelabur-pelabur asing
dalam sesuatu negara pasti tidak akan berminat lagi untuk
melabur di negara tersebut. Bukankah ia telah merugikan
negara?

HUKUM MEMBERI 1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat
DAN MENERIMA nasuha dengan segera samada pemberi,
RASUAH DALAM penerima atau yang berkaitan dengannya.
ISLAM Jika sampai melibatkan individu tertentu
yang teraniaya taubat nauha tidak memadai
tanpa momohon kemaafan atau membayar
gantirugi kepada mereka.

2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya.
Daging yang tumbuh dari sumber haram
(seperti rasuah), Neraka lebih utama
untuknya.

3. Akibat rasuah, kuasa, jawatan, pangkat,
kedudukan yang hasil daripada rasuah ia
tidak akan mendapat keberkatan dan tidak
akan berkekalan lama.

LANGKAH 1. Memperkasakan Badan Pencegah
MENGAWAL Rasuah
RASUAH
• Untuk mengawal gejala rasuah menular dalam
negara ini, kerajaan harus telus untuk
memperkasakan Badan Pencegah Rasuah sebagai
badan berkecuali yang akan mengawal menularnya
gejala rasuah dalam masyarakat Malaysia. Selain itu,
kesemua jawatan ahli-ahli Badan Pencegah Rasuah
juga hendaklah disandang oleh mereka yang benar-
benar berwibawa, benar dan bertanggungjawab.

2. Pengawasan Pergerakan Kewangan

• Pengawasan pergerakan kewangan seseorang boleh
dikawal untuk mengelakkan menularnya gejala
rasuah dalam kehidupan masyarakat hari ini.
Langkah ini boleh dilakukan kerajaan sekiranya
kerajaan benar-benar ingin menghapuskan rasuah
dalam kalangan penjawat awam di negara ini. Ini
kerana jika pengawasan pergerakan kewangan
dilakukan, penjawat awam tidak akan dapat
menyumbang kepada rasuah.

LANGKAH 3. Tindakan Undang-undang
MENGAWAL
RASUAH • Mereka yang terbabit dengan rasuah perlu untuk
dihadapkan ke mahkamah, pihak
bertanggungjawab akan berbuat demikian.

4. Memantapkan Iman dan Mengukuhkan
Jati Diri

• Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah
benteng yang paling ampuh untuk membanteras
gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan
rasuah sama ada rakyat biasa, pemimipin, peniaga,
atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat
diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis
habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu
dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

LANGKAH 5. Memasukkan Bahaya Rasuah dalam
MENGAWAL Sistem Pendidikan
RASUAH
• Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam
diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman
persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci
rasuah akan membesar menjadi individu yang
lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem
Pendidikan hanya membentuk genrasi akan
datang yang bebas dari rasuah.

KEPENTINGAN • Sejak dahulu, kerajaan berusaha untuk membanteras gejala rasuah.
MENGAWAL Tangkapan kerap dibuat tanpa memandang kedudukan dan ada
RASUAH antara pihak yang terlibat itu telah dihadapkan ke muka pengadilan.
Langkah ini merupakan satu langkah yang wajar diteruskan kerana
rasuah merupakan suatu gejala yang boleh merosakkan masyarakat
dan negara, Rasuah pada umumnya melibatkan pemberian sesuatu
ganjaran atau suapan sama ada berupa wang, harta, perkhidmatan,
anugerah, dalal atau lain-lain dengan pemberinya mengharapkan
balasan daripada pemberian tersebut.

• Rasuah perlu dibanteras kerana rasuah merupakan suatu jenayah
mengikut Akta Pencengahan Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah
kerana perbuatan ini bukan sahaja melanggar etika sesuatu bidang
pekerjaan, malah secara tidak langsung pelakunya telah mencuri hak
orang lain. Tegasnya, perbuatan menerima dan memberikan rasuah
menyalahi undang-undang negara. Orang yang melakukan rasuah
sebenarnya telah menggunakan kuasa yang telah diamanahkan
kepadanya demi kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, jika
seseorang itu telah dipertanggungjawabkan untuk memilih kontraktor
yang berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu projek tetapi dia
memilih kontraktor yang tidak berkebolehan disebabkan dia diberikan
sesuatu ganjaran oleh kontraktor tersebut maka dia sebenarnya telah
menafikan hak kontraktor yang layak. Hal ini merupakan seuatu
penganayiaan.

KEPENTINGAN • Gejala rasuah juga perlu dibanteras kerana rasuah yang berleluasa
MENGAWAL boleh melunturkan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan,
RASUAH terutamanya jika individu yang terlibat itu ialah kakitangan kerjaan.
Rakyat akan berasa diperbodoh jika setiap sesuatu yang dipohon perlu
disertai dengan habuan untuk pihak yang mempunyai kuasa dalam
memberikan kelulusan. Wang yang diperuntukkan bagi sesuatu
golongan rakyat pulak tidak akan sampai ke tangan mereka yang
berhak sebaliknya akan masuk ke dalam saku mereka yang tamak.
Keadaan ini akan mengundang bahaya kerana rakyat yang berasa
ditindas akan memberontak untuk menuntut hak mereka. Sejarah telah
membuktikan bahawa banyak kerajaan tumbang kerana gejala rasuah
yang tidak terkawal. Atas sebab itulah kerajaan kita berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk membanteras gegala ini.

• Gejala rasuah juga boleh menyebabkan urusan pembangunan negara
tergendala. Sebahagian besar daripada peruntukan kerajaan bagi
pelaksanaan sesuatu projek akan diselewengkan oleh mereka yang gila
wang. Hal ini akan menyebabkan golongan yang berkuasa hidup
mewah manakala golongan miskin tertindas. Projek yang seharusnya
dapat disiapkan dengan peruntukan yang munasabah akhirnya
terbengkalai. Pembangunan pada umumnya tidak dapat berjalan
dengan lancar dan jika ini terjadi hasrat kerjaan kita untuk menjadi
negara maju menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai. Imej negara
juga akan terjejas dan masalah ini menakutkan pelabur asing. Hal ini
tentunya bercanggah dengan hasrat kita untuk menarik pelabur luar.

KEPENTINGAN • Dimana-mana negara sekalipun, gejala rasuah sebenarnya amat sukar
MENGAWAL untuk diatasi kerana gejala ini melibatkan sikap manusia yang sukar
RASUAH diubah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang dengan
lebih ketat dan berkesan merupakan salah satu daripada langkah yang
paling berkesan. Undang-undang yang ada iaitu penjara dan denda
mungkin tidak cukup berat untuk sesuatu perbuatan rasuah yang
melibatkan jumlah wang yang besar. Maka, hukuman penjara mandatori
dengan tempoh yang lebih lama, ditambah dengan sebatan difikirkan
wajar dilaksanakan. Undang-undang yang digubal mestilah
dikuatkuasakan dengan tegas tanpa mengira darjat. Selain itu, takrif
rasuah juga perlu dihalusi supaya tidak ada pihak yang bolos daripada
tindakan hanya disebabkan wujudnya kelemahan dalam undang-
undang.

• Langkah kerajaan dalam membendung gejala rasuah wajar disokong
oleh semua pihak. Tanpa rasuah, usaha pembangunan negara dapat
berjalan lancar. Imej negara juga akan bersih dan maruah kita sebagai
warganegaranya akan meningkat. Keadilan dan kesaksamaan dalam
masyarakat juga akan dapat dipertahankan dan semua rakyat tanpa
mengira golongan dapat hidup dengan aman.

LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DALAM MENCEGAH
RASUAH

Sumber
laman web
MelakaKini

UNDANG-UNDANG • Rasuah merupakan suatu jenayah mengikut
RASUAH Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah adalah
jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika
sesuatu bidang pekerjaan. Jenayah rasuah
negara ini diletakkan di bawah organisasi SPRM
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

SEKSYEN KESALAHAN
Seksyen 10 Kesalahan menyetujui menerima suapan.
Seksyen 12 Menerima atau memberi suapan adalah bersalah walaupun maksud tidak terlaksana
atau perkara tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal.
• SEKSYEN
Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender.
Seksyen 13 Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan.
Seksyen 15 Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan
Seksyen 18 suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan.

Seksyen 20 Percubaan, persediaan, persubahatan dan komplot jenayah, boleh dihukum
sebagaimana kesalahan.

Petikan Akta Pencegahan Rasuah 1997

Sumber : http://www.agc.gov.my

SENARAI RUJUKAN UNDANG-UNDANG DAN AKTA

• Perlembagaan Persekutuan
• Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
• Akta Pencegahan Rasuah 1997
• Kanun Keseksaan (Akta 574)
• Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
• Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91)
• Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
• Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

2001 (Akta 613)
• Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696)
• Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)
• Kaedah-Kaedah Tatacara Jenayah (Kadar Bayaran Kepada Saksi) 2011
• Penetapan Lokap Sebagai Tempat Pengurungan (Warta Kerajaan)
• Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 (Akta A1567)

FUNGSI SPRM

SPRM dahulunya dikenali sebagai Fungsi utamanya ialah menangani
Badan Pencegah Rasuah (BPR) kes-kes rasuah. Fungsi dan bidang
kuasanya sentiasa ditambah baik
yang mula beroperasi pada 1 untuk memastikan jenayah rasuah
Oktober 1967 sebagai sebuah
jabatan penuh. Pada 1 Januari 2009 ini dapat dikurangkan. Ini
ia digubal semula menjadi SPRM. menunjukkan perbuatan rasuah itu
dipandang berat dan implikasinya

adalah sangat besar kepada
kestabilan sesebuah negara.

ETIKA DAN • Apabila berbicara soal rasuah, ia tidak dapat lari dari membuat
PERKAITANNYA membuat perkaitan dengan etika. Ini kerana orang yang
mengamalkan rasuah adalah orang yang tidak beretika. Tidak
DENGAN beretika bermaksud tidak bermoral dan berakhlak. Penjawat awam
AMALAN misalnya, jika mengamalkan rasuah, dia dianggap orang yang tidak
RASUAH bermoral, buruk tingkah laku, dan tidak ada integriti ketika
menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya.

• Dalam soal amalan rasuah yang berleluasa, adalah wajar ia dikaitkan
dengan nilai-nilai etika dan moral. Etika profesional ialah nilai-nilai
murni yang harus diamalkan oleh profesional mengikut profesion
masing-masing. Etika profesional ini adalah perlu untuk
mengamalkan tindakan yang betul dan menjauhi tindakan-tindakan
yang salah.

• Seseorang yang mengamalkan etika profesional seharusnya
mengamalkan perkara berikut :

Memberikan perkhidmatan tanpa pilih kasih.
Menghindari konflik antara kepentingan diri dan masyarakat.
Menjauhi penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan

maklumat untuk kepentingan diri.

RASUAH PEROSAK BANGSA MERDEKA

• Tinjauan terhadap rasuah atau suapan mendapati, seseorang mudah terjebak dengan salah laku itu apabila
terperangkap dengan desakan hidup, boros, gemar kemewahan dan menunjuk-nunjuk dan terjebak dengan
beban hutang bukan keperluan. Selain itu, terdapat keperluan ahli keluarga memerlukan rawatan bagi
penyakit kritikal, membayar kos pengajian anak dan terikut-ikut gaya hidup orang lain. Malah, tidak mustahil
ada yang terpaksa menerima rasuah kerana ugutan pelanggan berpengaruh yang boleh memberi kesan
terhadap kerjaya dan kedudukan mereka. Dari sudut kerohanian, secara umum individu terbabit dengan
perilaku tidak bermoral seperti rasuah disebabkan tiada penghayatan agama mendalam.

• Manusia yang tidak memiliki penghayatan sebegini, menyebabkan tidak akan mempunyai perasaan bersalah
jika melakukan sebarang salah laku seperti pecah amanah dan menerima atau memberi suapan. Malah, ada
yang menggadai agama, maruah dan organisasi sehingga sanggup menjadi orang suruhan kepada pemberi
rasuah secara berterusan. Ini menunjukkan terdapat kesan rohaniah akibat amalan rasuah. Selagi si pelaku
tidak membetulkan keadaan itu dan bertaubat bersungguh-sungguh, hasil pemakanan haram akan
menyebabkan jiwa tercemar dan kotor.

• Peradaban bangsa sebenarnya hanya dapat dibina bangsa merdeka. Ia bukan sekadar merujuk
pembangunan atau kemajuan secara fizikal, sebaliknya dibina dan dipertahankan dengan nilai baik seperti
adil, benar, bijaksana, berilmu, bertakwa dan berintegriti. Kemajuan bangsa akan menjadi rapuh jika dalam
jiwa anak bangsa sudah tidak mementingkan nilai berkenaan apatah lagi terjajah oleh perilaku buruk. Dalam
hal ini, rasuah ialah cerminan akhlak amat buruk.

• Akhlak dan perilaku buruk ini yang membunuh sifat patriotik dalam diri individu akan memamah peradaban
yang dibina. Jika perkara ini tidak dibendung dan menjadi semakin berleluasa, ia dimamah jiwanya dari
semasa ke semasa. Bayangkan jika ia merebak dalam masyarakat. Sudah pasti kemerdekaan yang kita capai
semakin hilang ertinya, semakin mati jiwanya. Akhirnya kita menjadi bangsa 'merdeka' tetapi tanpa jiwa.

SPRM: Penjawat awam majoriti ditangkap rasuah
(dipetik dari artikel sinar harian oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Malaysia berada di tangga ke-51 pada tahun 2019 bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Hal ini
telah membuktikan bahawa integriti rakyat Malaysia berada pada tahap yang amat baik.
Namun, kita perlu sedar bahawa budaya rasuah masih lagi mekar di dalam negara. Buktinya,
bagi tempoh Januari 2020 sehingga September 2020 SPRM telah melakukan sebanyak 749
tangkapan bagi pelbagai kesalahan rasuah. Tiga bulan pertama iaitu Januari hingga Mac
menunjukkan penjawat awam mempunyai jumlah tangkapan yang lebih tinggi berbanding
orang awam. Namun, dari April hingga September telah berlaku perubahan iaitu bilangan
orang awam yang ditangkap adalah lebih tinggi daripada penjawat awam. Jumlah peratusan
keseluruhan penjawat awam yang ditangkap adalah 45.66% manakala orang awam adalah
54.34% daripada jumlah keseluruhan tangkapan. Hal ini menunjukkan bahawa gejala rasuah
bukan sahaja menular dalam kalangan penjawat awam yang mempunyai kuasa dan pengaruh,
malah telah menular ke dalam segenap lapisan masyarakat dari Pengurus syarikat swasta
sehinggalah kepada penjaja yang menawarkan rasuah untuk mengelakkan diri daripada
dikenakan tindakan undang - undang.



CONTOH KES RASUAH

(Sumber dari sinar • Bedasarkan gambar ialah kes rasuah melibatkan anggota polis
harian online) berpangkat Sarjan yang didakwa menerima rasuah untuk
menutup satu kes berkaitan narkotik.

• Ini merisaukan kerana sudah banyak berita mengenai anggota
polis yang didakwa menerima rasuah. Kita sebagai rakyat
mengaharapkan anggota polis untuk menjaga keamanan.

• Bagaimana dengan penjenayah yang akan bebas jika hanya
memberi suapan kepada pihak polis ? Adakah kebebasan boleh
dibeli dengan wang ringgit ? Kita sepatutnya rasa lebih selamat
jika anggota beruniform lebih jujur dan telus dalam
melaksanakan tugas.

• Bukan sahaja anggota polis, tetapi semua anggota beruniform
perlu amanah dan tidak menggunakan kedudukan dan pangkat
semata-mata untuk kepentingan diri.

KESIMPULAN

• Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung ia akan
menyebabkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi sepenuhnya.
Amalan ini turut mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,
maka pemerintah kehilangan hasil ataupun terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya.
Sebagai penjawat awam, mahupun sesiapa sahaja perlulah mengamalkan disiplin dan
peraturan dalam profesionnya. Etika kerja profesional merupakan garis panduan kepada
pekerja profesional menjalankan tugasnya secara amanah, betul, dan mengikut peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Namun jika berpandukan kepada teori-teori etika yang
dikemukakan, perlu ada pengubahsuaian pegangan mengikut situasi di negara ini.
Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, Kembali kepada ajaran agama Alllah adalah
sebaik-baiknya. Agama Islam melarang keras perbuatan rasuah kerana natijahnya
sangatlah besar terhadap negara, masyarakat, individu, mahupun keluarga mereka.

RUJUKAN

1. https://www.slideshare.net/saudahi1/etika-dan-rasuah
2. https://www.sprm.gov.my/
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah
4. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/724432/rasuah-

perosak-bangsa-merdeka
5. https://www.slideshare.net/syarizzahflizs/gejala-rasuah-

26432449

KEHARMONIAN MALAYSIA : SATU
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

AHMAD MIRZA AZWAR BIN MAT RIFFIN
(04DKA20F2047)

PENGENALAN

 Mutakhir ini, isu berkaitan hubungan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya di
Malaysia mendominasi perbincangan di dada akhbar dan juga media sosial di pelbagai
peringkat.Isu-isu seperti pengenalan tulisan jawi dalam silibus pendidikan dan ucapan sempena
sambutan perayaan sedikit sebanyak mencerminkan betapa pentingnya usaha yang lebih serius
dan konstruktif dalam mengurus masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

 Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh
Malaysia sejak kemerdekaan.Namun begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya
berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan teknologi maklumat dan
komunikasi.Kemudahan yang ditawarkan teknologi kini telah disalahgunakan, terutamanya
dalam media sosial.Kebebasan bersuara telah disalahtafsirkan hingga mengundang penghinaan
terhadap agama dan kaum, juga ujaran kebencian yang semakin menjadi-jadi.

 Hal ini demikian kerana elemen agama dan kaum merupakan komoditi yang sering dijadikan
modal untuk menimbulkan rasa tidak puas hati dan konflik.Situasi ini sekiranya tidak ditangani
secara harmoni dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum dan
agama di Malaysia.

 Pendekatan ini dibina berdasarkan panduan nas al-Quran, teks al-hadis serta pandangan para
sarjana Muslim dengan mengambil kira realiti semasa yang wujud di Malaysia pada hari
ini.Pendekatan yang seimbang ini mampu mengukuhkan dan mengharmonikan kembali
interaksi sosial sesama masyarakat dalam rangka mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup
bermasyarakat yang telah terbina sejak sekian lama.

CABARAN DALAM MENGURUS KEMAJMUKAN
SOSIAL

• Kepelbagaian masyarakat merupakan satu yang lumrah bagi kebanyakan negara di dunia pada hari
ini.Masyarakat yang terdiri daripada kelompok kaum, budaya dan agama yang berbeza-beza
menjadikan ia satu cabaran yang berpanjangan dalam mengurus kemajmukan sosial ini.Cabaran ini
wujud terutamanya dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara
kaum, agama dan budaya yang berbeza-beza ini.Ia memerlukan pendekatan yang berhemah dan penuh
rasa hormat.

• Sebagai sebuah negara moden yang sedang melakar masa depan yang lebih dinamik serta berusaha
untuk memposisikan diri sebagai salah sebuah negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi
dan pasca kemodenan merupakan satu realiti yang harus ditangani dengan sebaik mungkin.Ini
termasuklah ancaman pelbagai krisis yang berbentuk penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial
serta isu-isu berkaitan pencabulan hak-hak kemanusian.

• Cabaran-cabaran ini, jika tidak diatasi dengan baik dan berhemah, akan menjadi halangan
kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat di dalam negara ini.Malaysia
perlu dikenali bukan hanya sebagai sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi dan
pembangunan, malahan perlu menjadi sebuah negara yang beridentitikan kepelbagaian
agama, bangsa dan budaya, namun dapat bersama dalam suasana yang aman dan hamoni.

(SUMBER INTERNET)

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

 Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan
perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi
mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum.Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah
diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai
aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman
makmur.

 Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman
sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban
kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.

Dalam menelusuri arus pemodenan, usaha yang lebih efisien haruslah dilakukan
demi membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia ini.Pihak kerajaan mahupun
rakyat juga mempunyai peranan masing-masing di dalam merealisasikan
perpaduan kaum.

Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan
untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia adalah salah satu tindakan yang
amat dialu-alukan.Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, konsep
1 Malaysia (perpaduan kaum) dapat dijayakan melalui majlis-majlis sebegini.

1.MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA

Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi.Mereka menghadirkan diri dan
berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
latar belakang.Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan
antara kaum di Malaysia.Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan
kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”.Perpaduan kaum juga dapat
dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian
dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama masyarakat, semangat
muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.Inisiatif kawasan
setempat juga boleh diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan.

Antara agenda program tersebut dijalankan adalah bertujuan:-

• Membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam
masyarakat yang pelbagai kaum.

• Pelbagai lapisan masyarakat yang dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar pendapat dan
idea-idea berkaitan dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan.

 Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh
direalisasikan dengan pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan
masyarakat setempat yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di
negara kita ini.

CONTOH-CONTOH PROGRAM YANG BOLEH (SUMBER
DIJALANKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :- INERNET)

• Sambutan Hari Keluarga

• Sambutan Hari Ibu

• Sambutan Hari Bapa

• Sambutan Hari Perayaan

2.MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN

Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah
untuk merealisasikan hasrat ini.Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara
tidak langsung.Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah
iaitu:-

i. Sekolah Kebangsaan
ii. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
iii. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses
perpaduan kaum.Sebagai contoh:-

• Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat
memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah.

• Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi
antara satu sama lain.

Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem pendidikan negara kita
merupakan pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.Dari perspektif
yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam
mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita untuk mencapai perpaduan kaum.

3.Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam
aktiviti harian

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan
kaum utama di Malaysia.Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya
kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:-

• Pemakanan
• Pemakaian
• Peradaban

(SUMBER
INTERNET)

Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya
adalah seperti:-

• Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu
baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti.

• Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang
lain.

• Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di
antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di
sambutan hari perayaan kaum masing-masing.

Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan
rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam
negara.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

• Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan
peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.Banyak negara
di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya
kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan
kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.

• Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, semangat
perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring
dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata
pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk
mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara,
diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang
matang lagi bertanggungjawab.

• Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan
kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia.Dengan itu, masyarakat
akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

• Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk
mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan
persahabatan.Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia
dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.Misalnya, rumah
terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang
memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai
budaya harian kita.

• Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan
penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan
pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan
sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf
hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan
negara.Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya
perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi
negara.

• Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan
keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara
satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan
menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara.Masyarakat Malaysia
perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum
dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan
ekonomi negara yang stabil dan konsisten.

PERPADUAN KUNCI KEHARMONIAN

• Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa di
Malaysia perlu dititkeberatkan.Ini adalah realiti yang harus difahami dan diterima oleh semua pihak
bahawa Malaysia sangat majmuk sifatnya terutama dalam konteks budaya dan kepercayaan.

• Pendekatan integrasi yang menjadi tunjang kepada agenda perpaduan negara membolehkan
masyarakat berbilang bangsa dan agama untuk hidup bersama-sama dalam suasana yang harmoni di
samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.

• Dari perspektif Islam, kewujudan pelbagai agama dan budaya ini adalah merupakan sebahagian
daripada tanda kebesaran Allah SWT yang menjadikan alam ini dan penghuninya dalam pelbagai rupa
dan bangsa.Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:“Dan sekiranya Tuhanmu
menghendaki, nescaya Ia jadikan manusia (semua) satu umat, tetapi tetap mereka berselisih
(berbeza-beza),” (surah Hud, ayat 118).


Click to View FlipBook Version