The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Membentangkan tentang topik-topik dalam subjek etika dan peradaban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzaazwarpsg2462, 2021-06-12 10:15:20

ETIKA DAN PERADABAN

Membentangkan tentang topik-topik dalam subjek etika dan peradaban

Keywords: etika dan peradaban

• Perpaduan nasional haruslah menjadi satu misi penting bagi negara. Ia memerlukan satu kerangka
bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman
masyarakat majmuk Malaysia.Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai-nilai asas
kepada kerangka perpaduan nasional ini.

• Nilai-nilai ini perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama dalam mendukung
agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia.Selain daripada melihat sifat Islam itu
sebagai rahmatan lil álamin iaitu rahmah bagi keseluruhan alam, ciri Islam sebagai agama yang
bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan Islam dan umat Islam kekal
menerajui usaha-usaha baik ini.

• Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa usaha membina peradaban
dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia terutamanya dalam merealisasikan agenda
Kemakmuran Bersama 2030, seharusnya bertunjangkan kepada persefahaman, tolak ansur dan
rasa hormat-menghormati yang tinggi dalam kalangan rakyatnya agar ia menjadi asas kukuh
kepada kemajuan negara.

• Namun begitu, walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama serta
mengamalkan budaya yang berbeza-beza, sifat kerbersamaan serta rasa cintakan
keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan
nasional.Kesepaduan dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia yang kita lihat hari ini
sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat yang tinggi antara kaum
dan agama.

• Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha-usaha membina sikap penerimaan diiringi
dengan nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.Ini adalah kerana keharmonian dan
kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap
individu mempunyai pemahaman yang baik tentang peranan masing-masing untuk
menerapkan nilai-nilai murni dalam interaksi seharian.

• Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum,
budaya dan agama.Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama
kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang.Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian
bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum
untuk mempertahankannya.Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk terus
maju ke mercu kejayaan.

• Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan “yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran” berlaku ke atas kita.Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan
kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada
agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis.Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia
haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi
menjana perpaduan yang kita idamkan.

SUMBER RUJUKAN

o http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2020/01/31/mengharmonikan-hubungan-masyarakat-berbilang-
bangsa-di-malaysia/

o https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html

o https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

o https://youtu.be/furfKYP0kUA

o https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-masyarakat-
pelbagai-kaum


Click to View FlipBook Version