The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizngah1991, 2024-05-18 23:47:06

PROJEK DOA PDF

PROJEK DOA PDF

1


2 ISI KANDUNGAN Penghargaan 3 Kata-kata aluan Penaung Projek 4 Kata-kata aluan Penasihat Projek 5 Kata-kata aluan Pengarah Projek 6 Garis Panduan Tatacara Membaca Doa 7 - 9 BAB 1 – DOA PERMULAAN PAGI DAN KURSUS Doa Baris Pagi 11 - 14 Doa Pembukaan Kursus 15 - 16 Doa Penutup Kursus 17 - 21 BAB 2 – DOA HARI ULANG TAHUN (HUT) Doa HUT ATM/TD/TL/TU 23 – 27 Doa HUT KAGAT 28 Doa HUT Formasi 29 - 30 Doa HUT Pasukan 31 - 65 BAB 3 – DOA OPERASI DAN EKSESAIS Doa Operasi 67 Doa Eksesais 68 - 75 BAB 4 – DOA PENTADBIRAN DAN KEANGGOTAAN Doa Mesyuarat 77 - 80 Doa Serah Terima Tugas 81 – 85 Doa Perbarisan Penghargaan 86 Doa Perbarisan Admin 87 Doa Resepsi Ketibaan 88 Doa Lawatan Ulung 89 Doa Pertukaran Panji-panji 90 Doa Pakai Pangkat 91 - 94 BAB 5 – DOA KEMASYARAKATAN Doa Majlis Korban 96 - 98 Doa Program Jiwa Murni 99 Doa Hari Alam Sekitar 100 Doa Hari Kesihatan 101 Doa Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan 102 – 103 Doa Sukaneka KEMAS 104 - 105 Doa Walimatul Urus 106 - 108 Doa Menunaikan/Balik Haji 109 - 110 Doa Hajat Anak Menduduki Peperiksaan 111 - 112 Doa Sambutan Hari Jadi/Birthday 113 - 114 BAB 6 – HIMPUNAN DOA BAHASA INGGERIS Opening Ceremony (Doa Pembukaan) 116 - 117 Closing Ceremony (Doa Penutup) 118 - 121 Good Will Night (Doa Makan Malam) 122 Reception Of Arrival & Send Off (Doa Sambut Ketibaan & Kepulangan) 123 Annual Celebration (Doa HUT) 122 – 126 Community Service 127 BAB 7 – PENUTUP 128 - 135


3 Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas komitmen dan usaha semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses penulisan dan penerbitan buku himpunan doa ini. PENAUNG PROJEK Mej Hj Hasbullah bin Salleh (Pegawai Staf 2 PMTTD) PENASIHAT PROJEK Mej Md Shahrim bin Abd Hamid (Pegawai Agama Kem 1 Div) PENGARAH PROJEK Mej Hj Suhaimi bin Mohamed Saman (PS Agama 3 Bgd) TIM PENULISAN PW2 Mohd Azahari bin Abdullah (Penyelia Agama Kanan Lelaki 3 Bgd) SSjn Mohd Azman bin Ismail (Penyelia Agama Kanan Lelaki 3 SSD) Kpl Ahmad Fikri bin Zainal Abidin (Pembantu Penyelia Masjid 3 Bgd) Pbt Muhammad Fauzan bin Zulkifli (Pembantu Hal Ehwal Islam Rej 511 AW) TIM SEKRETARIAT PW 2 Mohamad Ridzuan bin Teh@Putih (Penyelia Agama Kanan Lelaki 3 Komp Angkut KPD) Sjn Fakhroddin bin Sharuddin (Imam Masjid 3 Bgd) Sjn Hadisah binti Md Husain (Penyelia Agama Kanan Wanita 3 Bgd)


4 KATA-KATA ALUAN PENAUNG PROJEK PEGAWAI STAF AGAMA 2 MK PMTTD Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayah-Nya, Tim Kor Agama Angkatan Tentera naungan 3 Briged dapat menerbitkan sebuah buku himpunan doa. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai etika dan tatacara serta himpunan teks doa yang boleh dijadikan rujukan semasa membaca doa di majlis rasmi atau tidak rasmi. Saya berharap dengan adanya garis panduan yang diterbitkan ini dapat dimanfaatkan bersama oleh semua pihak terutamanya anggota KAGAT dan warga ATM amnya. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Projek, Tim Penulisan serta tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyusunan teks doa ini. Kerjasama dan komitmen yang tinggi membolehkan buku ini berjaya disusun seperti dirancang. Akhir kata, saya mendoakan segala usaha yang ditaburkan dan disumbangkan ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Sekian, Wasalam. ‘BERJUANG BERAKHLAK’ HJ HASBULLAH BIN SALLEH Mejar Pegawai Staf 2 MK PMTTD


5 KATA-KATA ALUAN PENASIHAT PROJEK PEGAWAI AGAMA KEM 1 DIV Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam untuk junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat, serta umat-umatnya sehingga ke hari kemudian. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada Tim Penulisan KAGAT naungan 3 Briged atas kelahiran buku himpunan doa ini. Dalam usaha untuk melahirkan barisan anggota tentera khususnya KAGAT yang kredibel, maka pengisian ilmu dalam pengumpulan doa-doa khas samada majlis rasmi atau tidak rasmi perlu di ambil berat serta diterapkan secara berterusan dalam setiap penugasan yang diterima untuk diaplikasikan demi kepentingan diri dan kehendak organisasi. Harapan saya dengan adanya buku himpunan doa ini, ianya boleh dijadikan sebagai rujukan agar kita lebih siap siaga dengan penugasan kita sebagai tugas hakiki sebagai Guru Agama Pasukan dalam membentuk kerohanian anggota pasukan kita. Tahniah dan syabas kepada Pengarah Projek, Tim Penulisan serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek buku Himpunan doa ini. Akhir kata, saya mendoakan supaya diberkati usaha yang telah disumbangkan ini. Sekian, Wasalam. ‘BERJUANG BERAKHLAK’ MD SHAHRIM BIN ABD HAMID Mejar Pegawai Agama Kem 1 Div


6 KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROJEK PEGAWAI STAF AGAMA MK 3 BGD Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur ke hadrat Allah SWT. Tuhan yang telah berfirman yang bermaksud “Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan”. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW yang mengajarkan doa dan adab berdoa. Buku “Di sini kita memohon, di mana jua DIA perkenankan” menghimpunkan doa-doa dalam simpanan pegawai dan anggota KAGAT 3 Briged. Doa-doa tersebut dikumpulkan dan dipilih, kemudian disusun ke dalam bab-bab yang berkaitan bagi memudahkan pencarian. Adalah diharapkan naskhah ini akan menjadi panduan kepada sesiapa sahaja sekiranya diminta untuk memimpin bacaan doa. Selain itu, naskah ini juga adalah bukti semangat kerjasama di kalangan KAGAT 3 Briged. Buku yang terhasil daripada cadangan semasa usrah, kemudian direalisasikan secara kerjasama. Saya berbangga kerana mempunyai tim pegawai dan anggota yang sentiasa bermuafakat dalam setiap pekerjaan. Kami tidak ramai tetapi kami mampu meninggalkan kesan. Akhirnya, saya berdoa dengan terbitnya “Di sini kita memohon, di mana jua Dia perkenankan” ini, semua pemilik buku ini akan dibantu untuk memimpin bacaan doa dalam menjalankan amanah yang diberi. Semoga secebis usaha kerdil ini memberikan sesuatu pulangan kepada yang terlibat di dalam proses penghasilannya. Sekian, terima kasih. ‘BERJUANG BERAKHLAK’ HJ SUHAIMI BIN MOHAMED SAMAN Mejar Pegawai Staf Agama Mk 3 Bgd


7 GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA 1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada warga Kor Agama Angkatan Tentera khasnya dan warga ATM amnya. 2. PENDAHULUAN Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah SWT. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib, penuh tawaduk dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah SAW. Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis panduan doa ini adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi dan tidak rasmi. 3. RASIONAL Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Oleh itu, amalan membaca doa dalam majlis-majlis adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan Agama Islam di Negara ini. 4. TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA 4.1 Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum majlis dimulakan. 4.2 Pembaca doa hendaklah memastikan di mana tempat bacaan doa. 4.3 Sebelum memulakan dia, pembaca doa hendaklah memberi tanda hormat kepada tetamu khas dan pangkat tertinggi. 4.4 Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.


8 4.5 Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawaduk. 4.6 Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan tatkala memohon tolak bala. 5. PAKAIAN Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak Urusetia. 6. TEMPAT DAN MASA PEMBACAAN BERDOA 6.1 Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam. 6.2 Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam. 6.3 Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang sesuai untuk pembaca doa. 6.4 Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada pentas). 6.5 Masa doa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaik-baiknya pada permulaan majlis tersebut. 6.6 Tempoh masa untuk membaca doa tidak melebihi 5 minit. 7. TEKS DOA 7.1 Mukaddimah Doa dan Penutup i. Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. ii. Doa seelok-eloknya di dahului dengan bacaan dalam Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa lain. iii. Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi bacaan selawat dan Tahmid dalam Bahasa Arab.


9 7.2 Isi Kandungan Doa. i. Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis berkenaan. ii. Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan hadirin dan majlis tersebut. iii. Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut namanama Allah dan sifat-sifat Allah sesuai dengan perkara yang dipohon. iv. Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas, pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa kesejahteraan yang ditujukan kepada baginda sendiri sebagai penghormatan kepada pemimpin agama Islam paling tinggi dalam Negara. v. Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat dan negara. 8. PENUTUP Panduan membaca doa ini diharap dapat dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca doa. Ia juga dapat membantu dan membimbing semua lapisan warga KAGAT khasnya dan warga ATM amnya apabila berdoa. Mudah-mudahan kualiti dan keseragaman di semua peringkat ATM dapat dicapai.


10 BAB 1 – DOA BARIS PAGI DAN KURSUS


11 DOA PERBARISAN PAGI Ya Allah, kami menadah tangan memohon keampunan-Mu, agar diampunkan dosa-dosa kami, berikanlah kami petunjuk dan hidayah semoga kami sentiasa mematuhi ajaran-Mu, dan meninggalkan segala larangan-Mu, semoga kami berada dalam keredhaan-Mu. Allahumma Ya Mujiba Sailin Waya Arhaman Rohimin Ya Allah, tingkatkan iman dan takwa kami, dan tanamkan dalam hati kami sifat jujur dan ikhlas, golongkanlah kami dalam golongan yang sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah-Mu. Semoga khidmat yang akan kami lakukan termasuk dalam amal soleh yang diredhai di sisiMu.


12 DOA BARIS PAGI Ya Allah! Sesungguhnya kami mengharungi pagi ini dengan nikmat Mu, kea’fiatan Mu dan perlindungan Mu, maka sempurnakanlah ke atas kami ke nikmatan Mu, kea’fiatan Mu dan perlindungan Mu di dunia dan di akhirat. Ya Allah! Bantulah kami untuk mengingati Mu, mensyukuri nikmat Mu, dan mengerjakan ibadat terhadap Mu. Allahumma Ya Khaliqul Barriul Musowirulahul Asmaulhusna Ya Allah! Kepada Mu jua kami memohon agar segala amanah yang diberikan kepada kami dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi kecemerlangan perkhidmatan kami. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok merupakan hari terbaik bagi kami. Ya Allah! Kami mengharungi pagi ini di atas fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas dan di atas agama Nabi kami (MUHAMMAD S.A.W) serta nenek moyang kami (NABI IBRAHIM A.S) dan tidak sekali-kali kami menjadi orang yang musyrik. *Doa ini adalah doa pagi di ILMI.


13 DOA PERBARISAN PAGI ISNIN Dengan kalimah alhamdulillah, selayaknya kami mengembalikan pujian buat Engkau wahai Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Kalimah Subhanallah kami lafazkan sebagai tanda ta’jub dengan kehebatan ciptaanMu jua sebagai tanda rendah diri kami sebagai makhluk ciptaanMu. Ungkapan Allahukhbar sebagai tanda yakin diri kami di atas kebesaran dan keagunganMu dan juga maha berhaknya Engkau mengaturkan pertemuan dan perpisahan hidup kami pada hari yang penuh berkat ini. Dengan luahan doa solli wasallim sampaikan hasrat kami yang dambakan hidayah dan petunjukMu Ya Allah. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi, Engkau telah memberi pinjam milik sementara, masa dan kesempatan. Dengan mengizinkan kami berhimpun bersempena perbarisan di pagi ini. Dengan penuh kesyahduan khusyu’ dan tawadhu’, kami menadah tangan menggapai kehebatan Mu Ya Allah. Menggamit kecemerlangan berkhidmat di bumi berdaulah ini. Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami semua kekuatan fizikal, mental dan spiritual serta kekuatan iman dan takwa yang jitu untuk kami sama-sama terus berganding bahu membulatkan azam dan tekad berpaksi untuk terus maju dan mara, terus ampuh berjuang dan


14 berkorban demi menjaga dan mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Wahai Tuhan penentu masa dan pembatas waktu yang beredar penuh taat. Sekali lagi kami memohon agar apalah kiranya Engkau jadikan segala amal bakti dan pengorbanan suci murni yang kami curahkan selama ini kepada tentera khasnya dan kepada negara amnya sebagai amal yang mendapatkan keredhaan dan ganjaran dariMu Ya Allah. Jadikanlah segala pesanan dan amanat yang telah disampaikan kepada kami oleh pimpinan atasan kami sebagai sumpah keramat kesatria untuk terus kami berjuang dan berkorban demi agama bangsa dan negara. Jua kami bermohon agar dipanjangkan umur kami semua dalam ketaatan mendengar patuh. Dan sejahterakanlah pemimpin kami dalam keadilan memerintah dan jadikanlah titik mula minggu pertemuan dan perjuangan hari ini disulami keberkatan dariMu dan noktah akhirnya disaluti dengan keampunan dan kerahmatan dariMu. Robbana atina….


15 DOA PEMBUKAAN KURSUS Allah Humma Ya Allah Di pagi yang penuh kemuliaan dan kerahmatan ini, kami berhimpun dengan penuh tawaduk menadah tangan memanjatkan doa dan harapan kepada Mu Ya Allah, sempena pembukaan Kursus Jurulatih Kawad Pasukan Siri 51/08, Kursus Senjata Pegawai / Ptt Siri 28/08 dan Kursus Lanjutan Pembantu Tahan Siri 49/08. Ya Rahman Ya Rahim Engkau berikanlah kepada setiap anggota kesabaran dan ketabahan hati dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab demi untuk kesejahteraan tentera darat khususnya agar ilmu yang dipelajari mendatangkan manafaat dapat diamalkan dengan lebih berkesan dan penuh kecemerlangan. Ya Fatah Huya Alim Ya Arhamarrohimin Ya Allah kami mohon kepadaMu agar hari esok dan seterusnya adalah saat-saat cemerlang dalam hidup kami. Kami mohon perlindungan dari bala dan kesengsaraan. Limpahilah rahmat kesihatan serta keselamatan yang berkekalan. Ya Allah Engkau hindarilah kami dari ilmu yang tidak mendatangkan manfaat. Lindungilah kami dari nafsu yang tidak pernah kenyang. Jauhkan kami sifat kealpaan dan kemalasan. Kami mohon kepadaMu Ya Tuhan yang memberi rahmat. Limpahi kepada kami seluas lautan ilmuMu agar dengan ilmu yang dipelajari dapat melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang diberi. Memartabatkan Tentera Darat Malaysia khasnya.


16 DOA PEMBUKAAN KURSUS Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon kehadratMu semoga upacara pembukaan kursus ini diiringi keberkatan dan rahmat dariMu, kepadaMu jua Ya Allah, kami megucapkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga, diatas segala limpah kurnia yang Engkau telah berikan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan Kami, berilah kami kekuatan, berilah kami keyakinan, dalam apa jua yang kami pelajari ini, mudah-mudahan kami, dapat menjayakan kursus ini dengan berkatnya. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah ilmu yang kami pelajari ini, menjadi manfaat untuk kami, serta berkatilah kami, sepanjang hidup kami di dunia dan akhirat kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami daripada leka dan lalai, daripada hati yang hitam, daripada fitnah yang tidak kesudahan, agar menjadi hambaMu yang beroleh kesejahteraan hidup dan akhirat.


17 DOA PENUTUP KURSUS ASAS PEMBANTU PERTAHANAN SIRI 41/2008 Ya Allah Humma Ya Allah Di pagi yang penuh kemuliaan dan kerahmatan ini kami berhimpun dengan penuh tawaduk menadah tangan memanjatkan doa dan harapan kepadaMu Ya Allah sempena penutup Kursus Asas Pembantu Pertahanan Siri 41/2008 yang telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan Udara. Ya Rahman Ya Rahim Engkau berikanlah kepada setiap anggota kesabaran dan ketabahan hati dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab demi untuk kesejahteraan TUDM khususnya agar ilmu yang dipelajari mendatangkan manafaat dapat diamalkan dengan lebih berkesan dan penuh kecemerlangan. Ya Allah kami mohon kepadaMu agar hari esok dan seterusnya adalah saat-saat cemerlang dalam hidup kami. Kami mohon perlindungan dari bala dan kesengsaraan. Limpahilah rahmat kesihatan serta keselamatan yang berkekalan. Ya Allah Engkau hindarilah kami dari ilmu yang tidak mendatangkan manfaat. Lindungilah kami dari nafsu yang tidak pernah kenyang. Jauhkan kami sifat kealpaan dan kemalasan. Kami mohon kepadaMu Ya Tuhan yang memberi rahmat. Limpahi kepada kami seluas lautan ilmuMu agar dengan ilmu yang dipelajari dapat meningkatkan serta amanah dan tanggungjawab yang diberi. Memartabatkan Tentera Udara Diraja Malaysia khasnya.


18 DOA PENUTUP KURSUS Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Ya Allah, pada pagi yang indah dan mulia ini, kami menadah tangan memohon keampunan dan rahmat dari Mu, bersempena dengan Perbarisan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 1/2018 pada pagi yang mulia ini. Ya Rahman Ya Rahim Dengan sifat maha pemurah dan kasih-sayangMu, kami memohon agar diberikan hidayah dan taufik kepada kami sekelian agar kami sentiasa diberikan pertunjuk dan kekuatan dalam melaksanakan perintah-perintahMu, agar kami sentiasa patuh dan taat dengan suruhan dan laranganMu, agar kami menjadi hambahamba yang sentiasa melakukan amal soleh dan berdoa kepadaMu, agar kami menjadi hamba-hambaMu yang ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Agar kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmatnikmat pemberianMu yang tidak terhitung pada kami. Bersempena perbarisan ini juga, Kami memohon kehadratMu agar diberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada pemimpinpemimpin kami, ketua-ketua kami, kami memohon jua agar diberikan kekuatan dan keyakinan kepada kami sekelian dalam meneruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


19 Ya Allah Ya Tuhan kami perkukuhkanlah ikatan persaudaraan di antara kami. Jadikanlah kami sekalian warga tentera yang bersatu hati, yang digeruni, yang sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon perlindungan dariMu jauhkanlah kami dari pepecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan sesama sendiri, peliharalah kami dari membawa perpecahan dan kehancuran benteng pertahanan negara.


20 DOA PERBARISAN PENUTUP KURSUS KADAR SIRI 2/2018 Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada pagi yang indah dan Mulia ini kami sekelian menadah tangan memohon kehadratMu Ya Allah, agar diberikan taufik dan hidayah kepada kami sekalian, Bersempena Perbarisan Penutupan Kursus KADAR Siri 2/2018 yang disempurnakan oleh hambaMu pemimpin kami YBhg Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Bin Hj Mat Zin Panglima Briged Ke 3 Infantri Malaysia. Ya Rahman Ya Rahim Dengan sifat maha pemurah dan kasih sayangMu, kami memohon agar kami menjadi hamba-hambaMu yang ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan, agar kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMu. Kami memohon kehadratMu agar diberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada kami. Berikanlah kekuatan dan keyakinan kepada kami, dalam meneruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah Ya Tuhan Kami Perkukuhkanlah ikatan persahabatan di antara kami. Jadikanlah kami sekalian warga tentera yang bersatu hati, berdisiplin, berilmu, berakhlak mulia yang sanggup berkorban mempertahankan tanah air yang tercinta demi agama, bangsa dan negara.


21 Ya Allah Ya Tuhan Kami Kami memohon perlindungan dariMu. Hindarilah kami dari segala unsur perpecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan, ancaman dan keganasan, peperangan dan kehancuran. Allahumma Ya Allah, Ya Tuhan kami, Perkenankanlah segala permohonan dan hajat hambahambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan penerima segala hajat.


22 BAB 2 – DOA HARI ULANG TAHUN (HUT)


23 DOA BERSEMPENA HUT ATM KE 66 Sesungguhnya segala pujian hanyalah untuk Mu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan zat yang tiada tandingnya, tiada daya upaya kami sebagai hambaMu yang dhaif ini, melainkan mengharapkan limpah ihsan dan rahmat Mu. Ya Allah sepanjang hayat yang kami lalui dengan penuh keredhaan dan keampunan dariMu, selawat dan salam kami pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul yang Engkau utuskan untuk memimpin kami kejalan yang benar serta keatas keluarga dan para sahabatnya sekelian. Ya Allah, Tuhan yang menganugerahkan keselamatan dan kesejahteraan bersempena dengan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Yang Ke 66 kami lahirkan kesyukuran terhadapMu di atas limpahan nikmatMu kepada kami yang di luar kemampuan kami untuk menghitungnya. Kami mohonkan wahai Tuhan, tetap dan teguhkan iman kami, sabar dan tabahkan hati kami dalam menempuh ujian hidup ini. Ya Allah, Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, kami pohonkan limpah ihsanMu semoga apalah kiranya memberikan hidayah dan inayahMu kepada kami, kukuhkan perpaduan kami , eratkanlah hubungan silaturrahim antara kami, permudahkanlah Ya Allah segala urusan yang kami laksanakan. Ya Allah, restulah perjuangan kami, tingkatkanlah iman dan taqwa kami, tanamkanlah di hati kami sifat jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jadikanlah Ya Allah angkatan tentera kami sebagai sebuah angkatan tentera yang


24 teguh dengan disiplin dan prinsip-prinsip ketenteraan dan kukuhkanlah perpaduan kami sebagai perpaduan yang sentiasa mendapat keredhaan dan hidayah Mu.


25 DOA PERBARISAN HUT TENTERA DARAT KE 70 Allahumma Ya Allah Tuhan yang memiliki kebesaran, kemuliaan dan kekuasaan, kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran dan berdoa ke hadratMu Ya Allah sempena perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Kali Ke 70 pada pagi ini telah terlaksana dengan penuh bersemangat dan berdisiplin. Ya Allah kami juga memohon agar diberikan hidayah, taufiq serta rahmatMu untuk kami berkhidmat dan berbakti dengan penuh dedikasi, berhemat tinggi dan bertanggung jawab dengan amanah yang diberi. Allahumma Ya Allah Bersempena dengan perbarisan ini juga kami berikrar dengan seikhlas hati bahawa kami akan menjalankan tugas dan tanggungjawab kami dengan penuh keimanan dan kesungguhan serta memberi tumpuan dan daya usaha kami demi mempertingkatkan mutu kerja kami. Oleh itu Ya Allah, tanamkanlah dalam diri kami iman dan taqwa serta sifat kebenaran, kobarkan semangat juang yang tinggi untuk kami terus berjuang dan berkorban sebagai tentera darat yang berdisiplin dan patuh kepada segala perintah dan laranganMu dan rasul utusanMu serta pemimpinpemimpin kami demi mempertahankan maruah agama dan kedaulatan bangsa dan negara. Akhir sekali Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami samada yang masih hidup mahupun yang telah terkorban mempertahankan negara kami yang tercinta dan kami memohon segala pengorbanan ini dihitung sebagai amal soleh yang diredhai disisiMu Ya Allah.


26 DOA SEMPENA PERBARISAN ULANGTAHUN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE 70 DI PADANG KAWAD KD PELANDOK Segala-gala kepujian hak milik mutlak Tuhan sekelian alam yang memimpin dan mengurus seisi semesta. Dari Allah, selawat serta salam buat cahaya atas cahaya dan pembuka pintu kemudahan, Nabi Muhammad S.A.W yang benar-benar terpilih bersama para sahabat yang terbaik. Allahumma Ya Allah, duhai Tuhan pemilik kuasa tunggal, kami sekali lagi memanjatkan rasa keberuntungan dan kesyukuran di atas kekuasaan yang Engkau pinjam milikkan sementara buat kami, sehingga membolehkan kami berada berdiri di sini, dalam perbarisan bersempena Hari Ulangtahun Tentera Laut Diraja Malaysia Yang Ke 70, bagi menyelesaikan misi amanah urusan kami, demi memperkualitikan kerjaya perkhidmatan ini khususnya. Di atas kesempatan pertemuan ini, berharap doa kami padaMu Ya Allah, agar apalah kiranya Engkau jadikan segala jasa yang pernah ditabur oleh seluruh panglima, menjadi benih berbuah pahala, juga agar segala keringat peluh perwira, bertukar menjadi haruman semerbak kuntuman berbunga wangian kasturi, jua agar segenap jerih kudrat dan perih di belikat bergelumang suka lara para satria kami, berubah menjadi air penawar dan azimat penjauh bala seksaan dariMu Tuhan di akhirat nanti.


27 Ya Allahu Ya Lathifu Ya Karim Di atas kesempatan pertemuan di usia 70an sebegini juga, kami bermohon pada kerjaya dan penjaya perkhidmatan ini, agar dikurniakan kejayaan yang berterusan bersulamkan kesyukuran, tambahkan kenikmatan berselitkan rasa kehambaan, perbanyakkan amal kebaktian kami bertakthakan naluri pengabdian di hati, ampunkan dosa banyakkan pahala, dekatkan syurga jauhkan neraka, buat diri kami, isteri dan anak - anak kami sekeluarga. Jadikanlah hari ini dan berikutnya lebih baik dari hari-hari selepas, dan jadikan hari-hari semalam terlunas segala dosa dan pula mendapat maghfirah.


28 DOA PERBARISAN SEMPENA HUT KAGAT KE 20 DI PADANG KAWAD ILMI ATM PADA 16HB APR 2005 Dengan nama Mu Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang… Ya Allah! Wahai Tuhan yang memiliki kelebihan yang berterusan ke atas sekelian makhluk, wahai Pemilik kedua tangan yang sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai Tuhan yang mempunyai pemberian-pemberian yang Mulia, limpahkanlah rahmat atas Muhammad s.a.w, anak Abdullah, sebaik-baik manusia dengan setinggi-tinggi penghormatan dan ampunilah kami jua, wahai Tuhan yang Maha Tinggi di segenap pembucu masa. Ya Allah Duhai Tuhan Yang Maha Tahu akan erti tahu dan jua Tuhan Tuan Punya Waktu, sesungguhnya tiada pernah terluput pada pengetahuanMu bahawa yang bernama waktu itu berlalu yang dipanggil usia itu bertambah, dan sebegitulah ketetapanMu Tuhan, bahawa hari ini dipersembahkan pada kami suatu persempadanan baru umur organisasi yang dijunjung mulia asas keimanan, dikendung ‘Ulya paksi ketakwaan. Oleh itu, Ya Allah, detik waktu kurniaanMu telah mempersatukan kami mempertemukan jiwa suci dikesempenaan Perbarisan Hari Ulangtahun Ke 20 Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia Sesungguhnya kami sedar Ya Allah, bahawa semak belukar kepayahan di sepanjang ranjau dakwah ini telah dikuak bersih oleh para pemuka terawal kerjaya ini. Oleh itu duhai Tuhan Maha Pengampun, atas nama dan sifat Mu itu Ya Allah, ampun maafilah dosa, dihapus kira catatan kesalahan, dijulang budi usaha dakwah walau sekelumit cuma, diimbang berati bakti pahala kerja mulia, tanpa diungkit cerita nista mereka, bahkan mohon kami ya Allah, suamsuamilah di alam barzakh dalam pelukan kemesraan redhaMu, malah


29 Ya Allah hangat selesakan, sejuk sejahterakan dalam dakapan kerahmatan di syurga yang tiada noktah sudahnya. Ya Allahu Ya Razzaq Ya kariim, Dalam kesempatan ini jua, ya Allah, kami menadah harap berdoa, dengan saban gandaan nikmatMu buat kami janganlah pula kami tandus kesyukuran, di tika mereka yang lain menjulang tonjol nama kami, usahlah ada di kalangan kami sendiri yang membenam binaan kemuliaan yang telah dihargai. Ya Allah permudah senangi medan dakwah kami depani, agar tidak tertimpa gejala merosak diri. Jauhi kami dari dihinggapi penyakit gugur dan futur, suburkan kami dengan budi yang luhur agar di dunia tersohor, moga di akhirat diterangi obor ke syurga. Jua araskan kami atas kebijaksanaan berhikmah, jangan diajal seruan RasulMu dek kerana Isti’jal (gopoh gelojoh) kami dalam memimpin urusan agama umat ini dan Angkatan Tentera Malaysia Khususnya. Buat yang akan melangkah pergi meninggalkan kami dalam ‘haulah’ hasanah ini, mohon terus dikukuh ampuh perjuangan membangun insani, khususnya buat kepimpinan kami Ybhg Dato’ Pengarah, terasa tiada madah untuk diluah, moga terus gagah membina ummah, jua buat isteri yang setia di samping, agar terus tabah dari gundah kerana tumpang berteduh di sisi yang padanya ada qudwah ada haibah.


30 DOA HARI ULANG TAHUN 3 BRIGED KE 60 DI PADANG KAWAD 11 RAMD PADA 25 OKTOBER 2017 Ya Allah, di pagi yang penuh berkat ini, kami menadah tangan kehadratMu untuk melahirkan rasa kesyukuran kepadaMu atas curahan nikmat dan limpahan rahmatMu serta izinMu kami berada di sini bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Briged Ketiga Infantri Malaysia Kali Ke-60 yang disempurnakan oleh yang berbahagia panglima, Brig Jen Mohd Bustaman Bin Haji Mat Zin. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, daripadaMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan. Ya Allah, perkukuhkanlah perpaduan di kalangan kami, bekerja dan mencurah khidmat bakti dengan penuh muhibbah dan setiakawan sejati. Kami memohon kepadaMu Ya Allah, kekuatan mental dan fizikal gagah untuk melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk kami berbakti, nikmat untuk kami kecapi, petunjuk dan hidayah untuk kami ikuti demi melaksanakan dan tanggungjawab kami dengan penuh berintegriti. Oleh itu Ya Allah, tanamkanlah sifat kesabaran dan ketabahan yang tinggi ke dalam hati warga briged ini, ahli keluarga serta mereka yang telah mendahului kami berkhidmat di briged ini. Semoga Engkau menerima segala pengorbanan kami sebagai amal khair disisiMu nanti kerana kami yakin bahawa pengorbanan membuahkan keunggulan.


31 DOA HARI ULANG TAHUN 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA KE 60 Ya Allah, di pagi yang penuh berkat ini, kami menadah tangan kehadratMu untuk melahirkan rasa kesyukuran kepadaMu atas curahan nikmat dan limpahan rahmatMu serta izinMu kami berada di sini bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun 72 Batalion Kor Ordnans Diraja Ke 60 yang disempurnakan oleh yang berbahagia Pegawai Memerintah 72 Batalion kor ordnans diraja , Lt Kol RAHMAT BIN HJ SABUKI Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, daripadaMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan. Ya Allah, perkukuhkanlah perpaduan di kalangan kami, bekerja dan mencurah khidmat bakti dengan penuh Muhibbah dan setiakawan sejati. Kami memohon kepadaMu Ya Allah, kekuatan mental dan fizikal gagah untuk melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk kami berbakti, nikmat untuk kami kecapi, petunjuk dan hidayah untuk kami ikuti demi melaksanakan dan tanggungjawab kami dengan penuh berintegriti. Oleh itu Ya Allah, tanamkanlah sifat kesabaran dan ketabahan yang tinggi ke dalam hati warga batalion ini, ahli keluarga serta mereka yang telah mendahului kami berkhidmat di batalion ini. Semoga Engkau menerima segala pengorbanan kami sebagai amal khair disisiMu nanti kerana kami yakin bahawa pengorbanan membuahkan keunggulan.


32 DOA HARI ULANG TAHUN BATALION KE 13 REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA YANG KE 48 Ya Allah, di pagi yang penuh berkat ini, kami menadah tangan kehadratMu untuk melahirkan rasa kesyukuran kepadaMu atas curahan nikmat dan limpahan rahmatMu serta izinMu kami berada di sini bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Batalion Ke 13 Rejimen Askar Melayu Diraja Yang ke 48 telah disempurnakan oleh yang berbahagia Pegawai Memerintah Batalion Ke 13 Rejimen Askar Melayu Diraja , Lt Kol Mislani bin Auverto@Suwarto. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, daripadaMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan. Ya Allah, perkukuhkanlah perpaduan di kalangan kami, bekerja dan mencurah khidmat bakti dengan penuh Muhibbah dan setiakawan sejati. Kami memohon kepadaMu Ya Allah, kekuatan mental dan fizikal gagah untuk melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk kami berbakti, nikmat untuk kami kecapi, petunjuk dan hidayah untuk kami ikuti demi melaksanakan dan tanggungjawab kami dengan penuh berintegriti. Oleh itu Ya Allah, tanamkanlah sifat kesabaran dan ketabahan yang tinggi ke dalam hati warga briged ini, ahli keluarga serta mereka yang telah mendahului kami berkhidmat di briged ini. Semoga Engkau menerima segala pengorbanan kami sebagai amal khair disisiMu nanti kerana kami yakin bahawa pengorbanan membuahkan keunggulan.


33 DOA HARI ULANG TAHUN BATALION KE 10 REJIMEN RENJER DI RAJA YANG KE 38 Ya Allah, di pagi yang penuh berkat ini, kami menadah tangan kehadratMu untuk melahirkan rasa kesyukuran kepadaMu atas curahan nikmat dan limpahan rahmatMu serta izinMu kami berada di sini bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja Yang Ke 38 yang disempurnakan oleh yang berbahagia Pegawai Memerintah Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja , Lt Kol Anuar bin Ahmad . Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, daripadaMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan. Ya Allah, perkukuhkanlah perpaduan di kalangan kami, bekerja dan mencurah khidmat bakti dengan penuh Muhibbah dan setiakawan sejati. Kami memohon kepadaMu Ya Allah, kekuatan mental dan fizikal gagah untuk melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk kami berbakti, nikmat untuk kami kecapi, petunjuk dan hidayah untuk kami ikuti demi melaksanakan dan tanggungjawab kami dengan penuh berintegriti. Oleh itu Ya Allah, tanamkanlah sifat kesabaran dan ketabahan yang tinggi ke dalam hati warga briged ini, ahli keluarga serta mereka yang telah mendahului kami berkhidmat di briged ini. Semoga Engkau menerima segala pengorbanan kami sebagai amal khair disisiMu nanti kerana kami yakin bahawa pengorbanan membuahkan keunggulan.


34 DOA HARI ULANG TAHUN 3 KOMPENI ANGKUT KPD YANG KE 61 Ya Allah Ya Tuhan kami, sepenuh kesyukuran kami lafazkan kehadratMu, dengan izinMu jua Perbarisan Hari Ulang Tahun 3 Kompeni Angkut KPD Yang Ke 61 dapat dilaksanakan agar dikurniakan keberkatan dan rahmat kasih sayang ke atas kami sekelian. Bersempena dengan hari yang amat bersejarah ini, kami memohon agar 3 Kompeni Angkut KPD sentiasa di bawah perlindungan dan pemeliharaan dari Mu Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim. Kami mohon keampunan dari Mu, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa isteri kami, dosa anak-anak kami, dan sahabat-sahabat kami samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan sifat Maha pemurah dan kasih sayangMu, kami memohon jua agar diberikan taufik dan hidayah kepada kami sekelian agar kami menjadi hamba-hambaMu yang diamanahkan. Agar kami menjadi hamba-hamba Mu yang sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMu. Sempena perbarisan ini juga, kami memohon kehadratMu agar dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ketua-ketua kami serta kami sekelian. Dikurniakan kekuatan dan keyakinan kepada kami sekelian dalam meneruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah Ya Tuhan kami, perkukuhkanlah ikatan persahabatan di antara kami. Jadikanlah kami sekelian warga pasukan yang bersatu hati, yang berdisiplin, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang


35 sanggup berkorban mempertahankan tanah air yang tercinta demi agama, bangsa dan negara. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon perlindungan dariMu. Hindarilah kami dari segala unsur perpecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan, ancaman dan keganasan. Peperangan dan kehancuran. Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dan permudahkanlah bagi kami segala urusan agar kami mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan kejayaan dan kecemerlangan serta mendapat keredhaan dariMu. Ya Allah perkenankanlah segala permohonan dan hajat hamba-hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan penerima segala hajat hamba-hamba Mu.


36 DOA HARI ULANG TAHUN MARKAS STAF STESEN KUCHING YANG KE 37 Ya Allah Ya Tuhan Kami, sepenuh kesyukuran kami lafazkan kehadratMu, dengan izin Mu jua Perbarisan Hari Ulang Tahun Markas Staf Stesen Kuching Yang ke 37 dapat dilaksanakan agar dikurniakan keberkatan dan rahmat kasih sayang ke atas kami sekelian. Bersempena dengan hari yang amat bersejarah ini, kami memohon agar Markas Staf Stesen Kuching sentiasa di bawah perlindungan dan pemeliharaan dari Mu Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim. Kami mohon keampunan dari Mu, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa isteri kami, dosa anakanak kami, dan sahabat-sahabat kami samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan sifat Maha pemurah dan kasih sayangMu, kami memohon jua agar diberikan taufik dan hidayah kepada kami sekelian agar kami menjadi hamba-hambaMu yang diamanahkan. Agar kami menjadi hamba-hamba Mu yang sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMu. Sempena perbarisan ini juga, kami memohon kehadratMu agar dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ketua-ketua kami serta kami sekelian. Dikurniakan kekuatan dan keyakinan kepada kami sekelian dalam meneruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah Ya Tuhan kami, perkukuhkanlah ikatan persahabatan di antara kami. Jadikanlah kami sekelian warga pasukan yang bersatu hati, yang berdisiplin, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang


37 sanggup berkorban mempertahankan tanah air yang tercinta demi agama, bangsa dan negara. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon perlindungan dariMu. Hindarilah kami dari segala unsur perpecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan, ancaman dan keganasan. Peperangan dan kehancuran. Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dan permudahkanlah bagi kami segala urusan agar kami mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan kejayaan dan kecemerlangan serta mendapat keredhaan dariMu. Ya Allah perkenankanlah segala permohonan dan hajat hamba-hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan penerima segala hajat hamba-hamba Mu.


38 DOA HARI ULANG TAHUN 3 SKUADRON SEMBOYAN DIRAJA Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Tuhan yang menganugerahkan keselamatan dan kesejahteraan yang menentukan segala kejayaan dan kemenangan, kami berhimpun menadah tangan memohon restu Mu bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun 3 Skuadron Semboyan Diraja Yang Ke 59. Kurniakanlah kecemerlangan yang berterusan kepada seluruh warga skuadron ini. Ya Mujibassailin Kami gantungkan segala harapan dan hajat kami kepada-Mu. Satukan hati-hati kami, kukuhkan perpaduan di antara kami. Sematkan di dalam hati sanubari kami dengan sifat-sifat terpuji dan hindari kami dari sifat-sifat terkeji yang Engkau benci. Ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami. Kami juga bermohon agar roh para anggota skuadron ini yang mendahului kami menghadapMu ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh serta beroleh martabat para syuhada’. Ya Haiuu Ya Qayyum Bulatkan azam dan tekad kami untuk terus berusaha bersama pemerintah kami bagi menjalankan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh ke arah memastikan skuadron ini sentiasa berada di landasan kecemerlangan. Jadikanlah sedikit amal bakti yang kami curahkan selama ini dikira sebagai amal khair di sisi-Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon perlindungan dariMu. Hindarilah kami dari segala unsur perpecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan, ancaman dan keganasan, peperangan dan kehancuran.


39 Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dan permudahkanlah bagi kami segala urusan agar kami mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan kejayaan dan kecemerlangan serta mendapat keredhaan dariMu. Ya Allah perkenankanlah segala permohonan dan hajat hamba-hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan penerima segala hajat hamba-hamba Mu.


40 DOA HARI ULANG TAHUN 3 WORKSHOP BRIGED Ya Allah Ya Tuhan Kami, sepenuh kesyukuran kami lafazkan kehadratMu, dengan izin Mu jua Perbarisan Hari Ulang Tahun 3 Workshop Briged Yang ke 61 dapat dilaksanakan agar dikurniakan keberkatan dan rahmat kasih sayang ke atas kami sekelian. Bersempena dengan hari yang amat bersejarah ini, kami memohon agar 3 Workshop Briged sentiasa di bawah perlindungan dan pemeliharaan dari Mu Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim. Kami mohon keampunan dari Mu, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa isteri kami, dosa anakanak kami, dan sahabat-sahabat kami samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan sifat Maha pemurah dan kasih sayangMu, kami memohon jua agar diberikan taufik dan hidayah kepada kami sekelian agar kami menjadi hamba-hambaMu yang diamanahkan. Agar kami menjadi hamba-hamba Mu yang sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMu. Sempena perbarisan ini juga, kami memohon kehadratMu agar dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ketua-ketua kami serta kami sekelian. Dikurniakan kekuatan dan keyakinan kepada kami sekelian dalam meneruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah Ya Tuhan kami, perkukuhkanlah ikatan persahabatan di antara kami. Jadikanlah kami sekelian warga pasukan yang bersatu hati, yang berdisiplin, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sanggup berkorban mempertahankan tanah air yang tercinta demi agama, bangsa dan negara.


41 Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon perlindungan dariMu. Hindarilah kami dari segala unsur perpecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan, ancaman dan keganasan. Peperangan dan kehancuran. Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dan permudahkanlah bagi kami segala urusan agar kami mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan kejayaan dan kecemerlangan serta mendapat keredhaan dariMu. Ya Allah perkenankanlah segala permohonan dan hajat hamba-hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan penerima segala hajat hamba-hamba Mu.


42 DOA HARI ULANG TAHUN 3 KOMPENI KOR POLIS TENTERA DIRAJA YANG KE 57 Ya Allah, di pagi yang penuh berkat ini, kami menadah tangan kehadratMu untuk melahirkan rasa kesyukuran kepadaMu atas curahan nikmat dan limpahan rahmatMu serta izinMu kami berada di sini bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun 3 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja yang disempurnakan oleh yang berbahagia Pegawai Memerintah 3 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja, Lt Kol Mohd Hasmadi bin Hj Ahmad. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, daripadaMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan. Ya Allah, perkukuhkanlah perpaduan di kalangan kami, bekerja dan mencurah khidmat bakti dengan penuh muhibbah dan setiakawan sejati. Kami memohon kepadaMu Ya Allah, kekuatan mental dan fizikal gagah untuk melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk kami berbakti, nikmat untuk kami kecapi, petunjuk dan hidayah untuk kami ikuti demi melaksanakan dan tanggungjawab kami dengan penuh berintegriti. Oleh itu Ya Allah, tanamkanlah sifat kesabaran dan ketabahan yang tinggi ke dalam hati warga briged ini, ahli keluarga serta mereka yang telah mendahului kami berkhidmat di briged ini. Semoga Engkau menerima segala pengorbanan kami sebagai amal khair disisiMu nanti kerana kami yakin bahawa pengorbanan membuahkan keunggulan.


43 HUT REJIMEN 511 AW KE-35 Ya Allah Ya Tuhan kami, sepenuh kesyukuran kami lafazkan kehadratMu, dengan izin Mu jua Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen 511 Askar Wataniah Ke-35 dapat dilaksanakan agar dikurniakan keberkatan dan rahmat kasih sayang ke atas kami sekelian. Bersempena dengan hari yang amat bersejarah ini, kami memohon agar Rejimen 511 Askar Wataniah sentiasa di bawah perlindungan dan pemeliharaan dari Mu Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim. Kami mohon keampunan dari Mu, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa isteri kami, dosa anakanak kami, dan sahabat-sahabat kami samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan sifat Maha pemurah dan kasih sayangMu, kami memohon jua agar diberikan taufik dan hidayah kepada kami sekelian agar kami menjadi hamba-hambaMu yang diamanahkan. Agar kami menjadi hamba-hamba Mu yang sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMu. Sempena perbarisan ini juga, kami memohon kehadratMu agar dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ketua-ketua kami serta kami sekelian. Dikurniakan kekuatan dan keyakinan kepada kami sekelian dalam meneruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah Ya Tuhan kami, perkukuhkanlah ikatan persahabatan di antara kami. Jadikanlah kami sekelian warga pasukan yang bersatu hati, yang berdisiplin, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sanggup berkorban mempertahankan tanah air yang tercinta demi agama, bangsa dan negara.


44 Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon perlindungan dariMu. Hindarilah kami dari segala unsur perpecahan dan persengketan, perselisihan dan perbalahan, ancaman dan keganasan. Peperangan dan kehancuran. Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami dan permudahkanlah bagi kami segala urusan agar kami mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan kejayaan dan kecemerlangan serta mendapat keredhaan dariMu. Ya Allah perkenankanlah segala permohonan dan hajat hamba-hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan penerima segala hajat hamba-hamba Mu.


45 DOA HUT ARTI 3 DIV KE 15 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Sesungguhnya segala pujian hanyalah untukMu Ya Allah, tuhan yang mempunyai kekuasaan dan zat yang tiada tandingannya, tiada daya dan upaya kami yang dhaif ini melainkan sentiasa mengharapkan limpah ihsan dan rahmat dari Mu, berkatilah Ya Allah sepanjang hayat yang kami lalui dengan penuh keredhaan dan keampunan dariMu. Selawat dan salam kami pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W rasul yang Engkau utuskan untuk memimpin kami ke jalan kebenaran Ya Allah, Pada pagi yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini kami berhimpun menadah tangan memohon restu dariMu, agar diberkati perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Artileri 3 Division Yang Ke - 15 pada pagi ini, kurniakanlah Ya Allah kecemerlangan kepada artileri 3 division serta unitunit dibawah naungannya Ya Allah Maha suci Tuhan yang mengatur dan mentadbir sekelian alam Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, hanya padaMu jua kami gantungkan segala harapan, Engkau satukanlah hati-hati kami Ya Allah, Engkau kukuhkanlah perpaduan kami, sematkanlah sifat kasih sayang serta hormatmenghormati sesama kami, hindarilah sifat benci-membenci, sombong dan bongkak serta hasad dengki.


46 Kami memohon kepadaMu Ya Allah dengan keagungan islam dan petunjuk iman, dengan kemuliaan nabiMu Muhammad, dan ketinggian martabat Al-Quran, kami memohon keselamatan dan kesejahteraan, ketenangan dan kedamaian pada negara kami, serta kesabaran dan ketabahan hati kami dalam menempuh hidup ini. Ya Allah Ya Tuhan kami, Hindarilah kami dari sifat yang tercela, yang tidak tahu mengenal antara kaca dan permata. Hiasilah kami dengan akhlak yang mulia, ampunilah kami dari segala dosa, rahmatilah kami disetiap ketika. Serta selamatkanlah kami dari fitnah dunia yang menjuruskan kami ke lembah kehinaan dan kezaliman. Ya Allah sekiranya hari ini merupakan hari yang terakhir bagi kami berada di bumi bertuah ini. Maka jadikanlah segala khidmat bakti yang telah kami curahkan sebagai ibadah kepadaMu jua Ya Allah.


47 DOA PERBARISAN HARI ULANG TAHUN GRUP ARTILERI PERTAHANAN UDARA (GAPU) YANG KE 6 PADA 1 OKT 2004 Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Ya Rahman, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihi. Sesungguhnya di hari yang bersejarah ini sekali lagi kami bersyukur dan menadah tangan ke hadrat Mu Ya Allah, memohon limpah perkenan dan keberkatan dariMu bersempena dengan perbarisan Hari Ulang Tahun Grup Artileri Pertahanan Udara Yang Ke 6. Ya Allah, Ya Tuhan kami, sematkanlah di jiwa kami sifat-sifat keperwiraan dan kesatriaan serta keberanian dan ketabahan hati ketika menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas kami dengan mendapat kejayaan sepertimana Engkau kurniakan kepada mereka yang Engkau redhai di antara kami. Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kekuatan jasmani dan dan pengisian rohani agar setiap misi yang kami lakukan mendapat restu dan keredhaan dariMu. Kami jua memohon limpah rahmat dan inayah Mu Ya Allah agar dikurniakan kepada pemimpin kami dan kalangan kamiseMua dengan keimanan yang tinggi dan ketaqwaan yang teguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang Engkau amanahkan kepada kami Ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan kami, sinarilah hati-hati kami dengan cahaya keimanan yang berterusan dan jauhilah kami dari segala anasir yang boleh memesongkan iman dan akidah kami. Jadikanlah angkatan tentera kami sebagai angkatan tentera yang teguh dengan disiplin dan prinsip-prinsip ketenteraan. Ya Allah, kukuhkanlah perpaduan antara kami sebagai perpaduan dan semangat setiakawan yang sentiasa mendapat keredhaan dan hidayah dariMu.


48 Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa kaum keluarga kami, dosa sahabat handai kami dan tempatkanlah roh-roh perajurit yang telah terkorban di medan pertempuran yang terdahulu daripada kamibersama para syuhada’ dan solihin.


49 DOA SEMPENA PERBARISAN HARI ULANG TAHUN KE-61 KOR JLJD DIRAJA Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Pada saat yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Jurutera Lektrik Jentera Diraja Yang Ke-61 pada pagi ini, kami menadah tangan merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Di saat ini, kami menyedari tanpa pertolonganMu tidak mungkin kor ini dapat bertahan sehingga kini. Justeru, ungkapan syukur kami titipkan, kerana sifat inayahMu yang telah menaungi kami. Di kesempatan pada pagi ini juga, kami ingin memohon semoga diberikan kesihatan terbaik kepada pemimpin-pemimpin kami yang kami kasihi, serta para perwira di kiri kanannya, untuk memandu kami agar sentiasa cemerlang kini dan selamanya. Kami jua pohonkan agar Engkau sentiasa mengurniakan limpahan nikmat dan inayah buat kami seluruh warga kor jurutera lektrik jentera diraja. Iringilah perjuangan kami dengan berkat semangat para pejuang terdahulu yang telah banyak menabur bakti dan jasa. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Laungan bertukang berjuang bukan hanya ungkapan di bibir sematamata, tetapi ianya merupakan laungan keramat bukti perjuangan kami tanpa berbelah bagi, tanpa rasa gerun dan gusar demi agama bangsa dan negara.


50 DOA SEMPENA HARI ULANG TAHUN PUTD KE 15 Sesungguhnya segala pujian hanya untuk Mu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan zat yang tiada tandingannya tiada daya dan upaya kami yang daif ini melainkan sentiasa mengharapkan limpah ehsan dan rahmat dari Mu, berkatilah ya allah sepanjang hayat yang kami lalui dengan penuh keredhoan dan keampunan dariMu. Selawat dan salam kami pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W rasul yang Engkau utuskan untuk memimpin kami kejalan kebenaran. Pada pagi yang penuh dengan kemuliaan ini dan keberkatan ini kami berhimpun menadah tangan memohon restu dariMu, agar diberkati perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun 881 Skn PUTD Yang Ke 15 pada pagi ini, kurnikanlah Ya Allah kecemerlangan kepada 881 skn serta anggota yang berada didalamnya . Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, hanya padaMu jua kami gantungkan segala harapan, Engkau satukanlah hati-hati kami Ya Allah, Engkau kukuhkanlah perpaduan kami, sematkanlah sifat kasih sayang serta hormat menghormati sesama kami, hindarilah sifat benci-membenci, sombong dan bongkak serta hasad dengki. Kami memohon kepadaMu Ya Allah dengan keagongan islam dan petunjuk iman, dengan keMuliaan Nabi Muhammad S.A.W, dan ketinggian martabat Al-Quran, kami memohon keselamatan dan kesejahteraan, ketenangan dan kedamaian pada negara kami, serta kesabaran dan ketabahan hati kami dalam menempuh hidup ini . Hindarilah kami dari sifat tercela, yang tidak tahu mengenal antara kaca dan permata. Hiasilah kami dengan akhlak yang mulia, ampunilah kami dari segala dosa, rahmatilah kami di setiap ketika


Click to View FlipBook Version