The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizngah1991, 2024-05-18 23:47:06

PROJEK DOA PDF

PROJEK DOA PDF

101 DOA HARI KESIHATAN SEDUNIA Di majlis yang mulia ini, kami merafa’kan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, Tuhan Pencipta alam ,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami, dapat kami berkumpul di sini untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Tahun (…). Kami memohon pada-Mu Ya Allah, semoga segala usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan lagi semangat cintakan tanahair ini agar kami semua, menjadi warga yang sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu sepanjang masa. Kami memohon kepada-Mu ya Allah, peliharalah serta lindungilah hamba-Mu raja kami Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (…) dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (…). Lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan sihat dan sejahtera, kuat iman dan teguh pegangan, serta dilimpah rahmat dan keberkatan. Dengan Rahmat-Mu Ya Allah, Engkau anugerahkanlah kesejahteraan serta kesihatan yang berkekalan ke atas para pemimpin dan seluruh rakyat negara ini agar kami dapat hidup dalam suasana yang aman damai dan mampu melaksanakan segala kewajipan yang diamanahkan kepada kami dengan sempurna. Mudah-Mudahan majlis yang diadakan ini akan mendatangkan keberkatan kepada kami, demi menyedarkan kami sekalian tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan di samping mengukuhkan semangat perpaduan dan silaturrahim yang berkekalan di jiwa kami.


102 DOA HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN Kami bersyukur kehadrat-Mu ya Allah, kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Mu, kami rakyat Malaysia dapat menikmati suasana kedamaian dan kebebasan dengan sepenuhnya berbanding dengan negara-negara lain yang inginkan kebahagiaan dan kemakmuran seperti ini. Oleh itu, kami menzahirkan kesyukuran di atas limpah kurnia-Mu dapat kami berkumpul pada hari yang bersejarah ini sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan. Ya Allah, tunjukkanlah kami ke arah kebaikan dan pertingkatkanlah iman kami serta limpahkanlah kemakmuran dan kebahagiaan kepada negara kami bagi mencapai kejayaan dalam segala urusan. Kurniakanlah semangat rajin bekerja, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kepada kami supaya dapat kami berganding bahu membina negara agar terus aman dan makmur. Bukakanlah pintu hati kami dengan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan hikmah dari-Mu. Justeru itu, janganlah Engkau membiarkan kami mengendalikan urusan kami bersendirian tanpa hidayah-Mu, walau sekecil manapun urusan itu. Ya Allah, kami memohon dari sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan, keaiban, kemungkaran dan kemaksiatan. Permudahkanlah kami dalam melaksanakan program ini. Kami memohon keberkatan dan keredaan-Mu, agar segala usaha yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga Malaysia khasnya dan negara amnya.


103 Ya Allah, sesungguhnya amat banyak pertolongan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dengan pertolongan-Mu jualah, dapatlah kami mengatur serta berkumpul sebegini, dengan harapan semoga dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan mesra di antara kami di negara yang tercinta ini. Mudah-mudahan kesatuan mutlak dapat ditegakkan dan mahabbah serta ukhuwwah dapat dieratkan. Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu, kami memohon agar peliharakanlah negara kami dari malapetaka dan mara bahaya sama ada dari lautan, daratan dan udara. Jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.


104 DOA PERASMIAN SUKANEKA TABIKA KEMAS PARLIMEN SELAYANG Allahumma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Tuhan yang mempunyai kebesaran, kemulian dan kekuasaan, kami hamba–hambaMu menadah tangan memanjatkan kesyukuran serta memohon kehadratMu yang Maha Agung, agar Engkau kurniakanlah kerahmatan dan keselamatan kepada kami bersempena dengan Pesta Sukaneka Tabika KEMAS bagi Parlimen Selayang tahun 2007 ini. Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah dipermulaan hari ini segala kebaikan bagi kami, dipertengahan hari ini segala kejayaan bagi kami, dan diakhir hari ini segala pencapaian bagi kami. Ya Hanan Ya Manan, Kurniakanlah kepada kami Ya Allah semangat dan keyakinan yang tinggi untuk kami meneruskan tugas dengan penuh jujur dan ikhlas, hiasilah diri kami dengan sifat-sifat terpuji, terangkanlah hati kami dengan keluasan ilmu, semoga dapat kami menabur bakti dalam kerjaya kami dengan penuh ketenangan dan ketabahan walau dimana jua kami berada. Ya Zaljalali Walikram, Kami memohon dengan kudrat dan iradatMu jua, semoga Pesta Sukaneka Tabika KEMAS bagi Parlimen Selayang yang diadakan pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan seterusnya akan dapat merapatkan lagi hubungan siratur Rahim dan perpaduan di kalangan kami, di samping itu juga kami mengharapkan agar ianya akan dapat melahirkan murid-murid yang bersemangat tinggi, berakhlak terpuji dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


105 DOA PENUTUP KURSUS CNR SIRI 1/2009 Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, kepadaMu jua kami sembahkan segala pujian, selawat dan salam untuk rasul dan junjungan Nabi Muhammmad SAW serta para sahabat dan keluarga baginda. Ya Allah Tuhan Yang Berkuasa Lagi Bijaksana, di pagi yang penuh berkat ini kami melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Mu kerana diatas limpah kurnia serta inayah dan riayah Mu sempena Majlis Penutup Kursus CNR Siri 1/2009 ini dapat di sempurnakan dengan jayanya kami memohon dengan Mu Ya Allah agar kami dapat menambahkan lagi semangat bekerja dengan cemerlang, jujur, dan ikhlas, berwawasan, bersikap positif dan berkemahuan yang tinggi di dalam menjayakan kursus ini Ya Allah. Ya Allah Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Kami pohon limpah dan perkenanMu agar dijauhkan kami dari segala bala bencana dan mara bahaya. Ampunlah segala dosa-dosa kami, kukuhkan perpaduan diantara kami, hindarilah kami daripada unsurunsur yang menbawa kepada perpecahan, kikiskan sama sekali dalam hati kami sifat-sifat angkuh, hasad dengki, iri hati, dan segala fitnah yang menyebabkan Engkau melemparkan kemurkaanMu kepada kami. Teguhkan dan tetapkan iman kami dalam berbakti kepadaMu.


106 DOA WALIMATUL URUS Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Sambutan Pengantin Baru Pusat Pengaman Malaysia pada hari yang berbahagia dan bermakna ini . Ya Allah Ya Raahim, Berkatilah majlis ini, kurniakanlah kepada kami dan seisi keluarga kemurahan rezeki yang halal dan hindarilah kami daripada sesuatu yang haram. Ya Allah limpahkanlah lembayung rahmat dan rahim-Mu kepada pasangan raja sehari yang kami raikan ini, sesungguhnya pernikahan ini satu ikatan suci dan luhur, ikatan yang menyatukan dua hati yang berbeza fitrah dan nalurinya, maka Engkau peliharalah ikatan ini dan kurniakanlah kepada pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa (sakiinah) sebagaimana Engkau janjikan dalam kitab-Mu. Kurniakanlah juga kepada mempelai ini sifat kasih sayang atas dasar keimanan, sifat kesabaran dalam menghadapi cabaran rumahtangga, sifat tolak ansur dan menerima seadanya dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing, suburkanlah akhlak mahmudah yang perlu dimiliki oleh pasangan suami dan isteri demi kebahagiaan dan kerukunan sesebuah rumah tangga .


107 Ya Allah, Ya Kariim, Ya Waduud, Kurniakanlah kepada suami kami, sifat tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga, sifat hikmah dalam mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka. Kurniakanlah juga kepada isteri kami sifat penyayang kepada suami dan anak-anak, sifat pengorbanan yang unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak, semoga kami dapat berjalan seiringan menuju kesyurgaMu Ya Allah.


108 DOA UNTUK PENGANTIN DAN MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PENGANTIN BARU LKPL OSMAN DAN LKPL SALLEHUDDIN PERINGKAT PPM Ya Allah Ya Tuhan kami, daripada Engkau kami datang dan kepada Engkau jualah kami pulang, Engkaulah yang menciptakan setiap hamba di dunia ini. Engkau satukanlah hati pasangan-pasangan ini, titipkanlah kemesraan di antara mereka, agar kebahagiaan itu kekal abadi, seiringkanlah mereka dalam melayari bahtera perkahwinan, jadikanlah mereka pasangan yang bahagia, dan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke syurga, kurniakanlah mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh. Dan tidak lupa juga Ya Allah, Engkau restuilah, Engkau berkatilah kepada kami semua ini Ya Allah, walaupun kami telah lama mendahului alam perkahwinan ini, Engkau eratkan kembali dan kekalkan kami semua ini bersama pasangan kami di dunia dan di akhirat. Sepertimana pasangan agungMu Ya Allah, diantara Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusof dan Zulaikha serta baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam dengan Khodijah. Akhirnya Ya Allah kami memohon dengan kudrat dan iradat kami, semoga Engkau selamatkan kami, pemimpin-pemimpin kami, anakanak dan isteri kami dari segala bahaya bencana serta diperluaskan rezeki kami Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah berkuasa atas segala sesuatu.


109 DOA NAIK HAJI KOL FAZAL BIN HJ ABDUL RAHMAN PADA 23 JULAI 2017 DI DESA U-THANT Ya Allah, kami pertaruhkan saudara kami kepadaMu Ya Allah kerana janjiMu tiada akan hilang segala apa yang dipertaruhkan kepadaMu. Ya Allah, Jadikan saudara kami ini sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan pertolonganMu Ya Allah, bekalkan kedua-duanya dengan takwa, ampunilah dosa mereka dan mudahkan bagi mereka berdua kebajikan di mana saja mereka berada. Ya Allah, hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan dan hanya kepada-Mu kami bertawakkal. Ya Allah, ringankan bagi saudara kami ini kesukaran perkara mereka, Mudahkan atas mereka kesusahan perjalanan mereka, curahkan kepada mereka kebaikan yang lebih banyak dari yang mereka pohon dan palingkan daripada mereka tiaptiap kejahatan. Ya Allah, lapangkanlah dada saudara kami dan permudahkan urusan mereka. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pemeliharaan dan penjagaan kepada-Mu terhadap diri kami, agama kami, anak isteri kami, keluarga kami dan segala sesuatu yang Kau berikan berupa nikmat kepada kami dan kepada mereka baik di akhirat maupun di dunia. Ya Allah, peliharalah kami semua dari tiap-tiap kejahatan wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Ya Allah, hanya kepada-Mu kami hadapkan wajah kami dan hanya kepada-Mu kami berpegang teguh. Ya Allah pelihara kami dari apa yang menjadikan kesusahan bagi kami dan apa yang tidak kami


110 perlukan adanya. Ya Allah bekalkanlah kami takwa, ampuni dosa kami dan hadapkanlah kami selalu kepada kebaikan di mana saja kami menghadapkan muka kami. Ya Allah, dengan namaMu Ya Allah, kami berserah diri kepadaMu, tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinanMu. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada menyesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, menganiaya atau teraniaya, bodoh atau diperbodohkan oleh orang lain. Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu agar perjalanan saudara kami ini perjalanan yang baik dan takwa, dan kami mohon kepada-Mu agar usaha saudara kami ini Engkau redhai. Mudahkan perjalanan saudara kami ini dan dekatkan bagi kami kejauhannya. Ya Allah, Engkaulah bersama kami di perjalanan dan yang memelihara keluarga yang ditinggalkan. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari perjalanan yang menyusahkan, pandangan yang menyedihkan dan tempat kembali yang tidak menyenangkan pada harta dan keluarga.


111 DOA MENDUDUKI PEPERIKSAAN Ya Allah Ya Tuhan kami, Pada malam Jumaat yang berkat ini, kami tinggalkan keenakan mimpi dan kesenangan bersama-sama keluarga, datang kesini dengan satu tujuan dan matlamat semata-mata untuk mendapatkan keredaan dan rahmatMu terhadap apa yang telah kami usahakan dan kami harapkan Ya Allah. Ya Allah, Engkau tunaikan dan penuhkanlah hajat dan harapan kami Ya Allah iaitu kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR Dan UPKK yang bakal kami tempuhi nanti. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Harapan ini juga merupakan harapan keluarga dan guru-guru kami terutamanya kedua ibu bapa kami. Mereka mengharapkan kami Ya Allah. Mereka telah banyak berkorban untuk kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau sedia ketahui Ya Allah betapa besarnya pengorbanan mereka itu. Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah, hitam kulit ayah kami dibakar mentari mencari rezeki untuk kami Ya Allah, bertungkus lumus bekerja dari pagi ke petang dan dari petang ke pagi mencari bekalan hidup untuk kami semua Ya Allah. Ya Allah cengkung mata ibu kami menjaga dan melayan kerenah dan kenakalan kami. Oleh itu Ya Allah.. Apakah patut kami balas pengorbanan mereka itu dengan kehampaan dan kekecewaan Ya Allah (ulang 2-3X).... Janganlah Ya Allah, Engkau akhiri perjalanan ini dengan kekecewaan dan kedukaan.


112 Ya Allah Ya Tuhan kami. Sebagai anak dalam keluarga adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan kejayaan dan kegembiraan kepada mereka yg telah banyak membuat pengorbanan. Kami perlukan kejayaan ini Ya Allah kerana kami akan menjadi contoh dan pendorong kepada adik2 kami nanti.


113 DOA MAJLIS HARI LAHIR Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Lahir Anggota Dan Majlis Perpisahan Staf PPM Pada Petang Ini, kami memohon kehadratMu Ya Allah, bukakanlah kepada kami pintu kebaikan, keberkatan, kenikmatan, kesihatan, keselamatan dan jua pintu syurga. Ya Allah di atas sifat penyayangMu, kami mohon agar dijauhkan dari segala bala bencana di dunia dan juga segala azabMu di akhirat kelak. Ya Allah, Tuhan yang memakbulkan segala hajat, kami bermohon kepadaMu Ya Allah, bersempena dengan majlis ini panjangkanlah usia kami agar lebih lama dapat kami mentaati perintahMu. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai ladang, semoga diakhirat kelak kami dapat mengutip hasilnya. Ya Allah berkatilah segala rezeki yang Engkau berikan kepada kami, dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu Ya Allah. Ya Zaljalali Walikram.


114 DOA MAJLIS HARI LAHIR Segala puji untukMu Ya Allah, di atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, bersempena Majlis Sambutan Harijadi Brig Jen Dato Mohd Azmi Bin Abd Walad pada hari ini. Kami pohonkan agar majlis ini, mendapat keberkatan dan rahmatMu Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami memohon kepadaMu, agar Yang Berbahagia Dato dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi nikmat kesihatan berpanjangan dan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh kesabaran, tabah menghadapi ujian di dalam kehidupan seharian. Allahumma Ya Allah, berikanlah kesejahteraan yang berterusan kepada akal fikiran, jasmani dan rohani, agar kami mampu untuk sentiasa menyumbang bakti dan kebajikan serta tenaga demi pembangunan agama, bangsa dan negara.


115 BAB 6 – HIMPUNAN DOA BAHASA INGGERIS


116 PRAYER TEXT FOR OPENING CEREMONY OF EXERCISE FLYING FISH 2005 In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful. All praises be to Allah, the cherisher and sustainer of the worlds. We are very grateful to you Ya Allah for your bounties and favors that you have bestowed on us. Indeed, you are all-knowing, the most forbearing. Our Lord, on this blessed day, in conjunction with the Opening Ceremony of Exercise Flying Fish 2005 we pray and seek your aid and mercy to grant blessing on this exercise, hence extend guidance to us so that we can perform our responsibilities accordingly. Ya Allah, we humbly ask you for the safety and success of all personnel involved in this exercise and bless us with constancy, firmness, strength, commitment and co-operation in order to carry out this exercise successfully. Our god, the most exalted in might, the wisest, we also pray to you for the exercise to run smoothly throughout and spare us from any evil intentions and wrongdoings. Our lord, we ask for goodness in this world and goodness in the hereafter and spare us from the torment of the fire.


117 PRAYER TEXT FOR THE OPENING OF THE TIGER GOLD EXERCISE 2018 AT PARADE SQUARE 13TH ROYAL MALAY REGIMENT In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful. All praises be upon you God, the almighty creator, lord and cherisher of mankind. Almighty God, on this blessed day, we give you thanks and seek your blessing for this opening ceremony to mark the starting of The Tiger Gold Exercise 2018 between Malaysian and British Army. Allahumma Ya Allah, you are peace and all peace is from you, and all peace returns to you. We pray and ask your blessing to make this exercise in success. We seek your mercy and guidance to ease our efforts and your protection to spare us from any inconvenience throughout this exercise. Show us the right path and dispel the anxiety, remove the hatred out of our hearts and promote among us cooperation, sincerity, goodwill and global harmony. We pray that this course would further foster a healthy relationship and esprit de corps among the nations involved.


118 PRAYER TEXT FOR THE CLOSING OF THE COURSE In the name of Allah, most gracious and most merciful all praises be upon you god, the Almighty Creator, lord and cherisher of mankind. Almighty god, on this blessed morning, we give you thanks and seek your blessing for this closing ceremony to mark the ending of the ………………………………………………………………………………… By respected YBhg …………………………………………………………. Allahumma Ya Allah, you are peace and all peace is from you, and all peace returns to you. We pray and ask your blessing to make this course in success. We seek your mercy and guidance to ease our efforts and your protection to spare us from any inconvenience throughout this course. Show us the right path and dispel the anxiety, remove the hatred out of our hearts and promote among us cooperation, sincerity, goodwill and global harmony. We pray that this course would further foster a healty relationship and esprit de corps among the nations involved.


119 PRAYER TEXT FOR THE CLOSING OF THE TIGER GOLD EXERCISE 2018 AT PARADE SQUARE 13TH ROYAL MALAY REGIMENT In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful. All praises be upon you god, the Almighty creator, lord and cherisher of mankind. Almighty god, on this blessed day, we give you thanks and seek your blessing for this closing ceremony to mark the end of the Tiger Gold Exercise 2018. As your humble servants, we thank you for the successful conclusion of this exercise, grateful to you for the perseverance, patience, courage and vigilance throughout the whole exercise, without which we would not have achieved its aims and objectives. We also seek your forgiveness for our ill feelings and waywardness. Almighty god, please bless our endeavors and strengthen our spirit with firm belief and respectable behavior. We pray that this exercise would further strengthen a healthy relationship and esprit de corps among the nations involved.


120 PRAYER TEXT FOR THE CLOSING COURSE SQUADRON LEADERS COURSE With the words praises be to god, our thanks for the bounty that had been bestowed, all praises be also on you.... Ya Allah, with the words all purity be to god, we acknowledge, your holiness and your perpection, Ya Allah, our god the mighty creator and the most learned, on the blessed day, we express our unlimited thanks to you, for with your blessing, help and protection we are able to gather here for this Closing Ceremony For Squadron Leaders Course.................... With the heaven preserve us, we request for your protection from all incitement of satan and evilness of mankind, with the words god forgive me, we beg god’s forgiveness for all our sins and wrongdoings. Ya Allah, god who nourishes our necessities, strengthen our unity, raise our commitment and make our hearts easy to perform our responsibilities and duties. Ya Allah, give us strength to struggle, upgrade our faith and brotherhood and put our hearts with honesty, so that we can perform our duties with full commitment and responsibility.


121 PRAYER TEXT FOR CLOSING CEREMONY OF CARAT 2012 Give us piety as a provision, In You is our trust and upon You is our dependence. May You strengthen us on the road of sincerity and righteousness, protect us in this World from that which will be cause for regret on the final day. O Allah, Who Responds the Suplications! With your mercy and protection, we are able to gather here in conjuction, with the official Closing Of CARAT Two Thousand Twelf Which Be Formally Officiated, by ________________________________________________________ We humbly pray to you Allah The Almighty that, we will successfully be able, to achieve the aim and objectives of this exercise in sharing knowledge and cooperating between the two forces as well as maintaining peace and stability in this region. Finally, With your blessings we seek your protection as we part our ways now, grant us safe journey to our various destinations.


122 PRAYER TEXT FOR GOOD WILL NIGHT OF TIGER GOLD EXERCISE AT DINING HALL 13RMR Allahumma Ya Allah, Almighty God, we express our unlimited gratitude to you that with your grace and mercy we are able to gather here for the Will Night Akrab with the British Army in accordance with Tiger Gold Exercise Year 2018. Alhumma Ya Allah Ya Muqallibal Qulub, reconcile between our hearts and resolve our affairs. O Allah, guide us toward peace and paths of guidance and take us out of the darkness to the brightness. O Allah, bless upon whatever you have given to us, and save us from the fire of hell. Praise is to Allah, Who has given us this food and sustained us with it. Allahumma bariklana fima rozaktana…


123 PRAYER TEXT FOR THE RECEPTION OF ARRIVAL OF THE BRITISH ARMY FOR TIGER GOLD EXERCISE 2018 In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful. All praises be upon you God, cherisher and sustainers of the world. Almighty God, on this blessed day, we express our unlimited gratitude to you that with your grace and mercy we are able to gather here to welcome the delegation of the British Army in accordance to Tiger Gold Exercise Year 2018. As your humble servants, we thank you for the opportunity to welcome the participants, for giving us to know each other throughout this exercise to seek the better relationship between two nations. We ask you blessing to strengthen our brotherhood and accordingly achieving its objectives. Almighty god, we pray that this visit would make Malaysia in general and Sarawak in specific, well-known among the participants. We wish a good result of their visit.


124 PRAYER TEXT OF THE NATIONAL DAY CELEBRATION In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful. All praise be upon you god the almighty creator, the cherisher and sustainer of the worlds. Almighty Allah, on this blessed day, in conjuction with the 48 country’s independence, we express our utmost gratitude to you that with your grace and mercy we are able to gather here for the ceremony of the national day celebration. Let the gathering of this day be the most rewarding and would inspire the fiery spirit of patriotism and help in strengthening bonds of peace to the country we love. Ya Allah, we also seek your blessing for our doings and that they are considered as good deeds. Give us the strength and perseverance in our continuous efforts to maintain peace harmony and prosperity and in our aspiration to propel the nation to greater heights.


125 PRAYER TEXT OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE IN CONJUNCTION WITH DSA 2004 In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. All praise be upon You, Ya Allah, the Almighty lord, cherisher and sustainer of the worlds. Almighty Allah, on this blessed day, in conjunction with DSA 2004, we pray and seek your aid and mercy to grant blessing on this international conference on planning, design and construction of HARDFAC 2004. Ya Allah, the Most Exalted in might, the wisest, we humbly seek your blessing and guidance for the success of this conference. Let the gathering of this international conference be the most rewarding and would enable friendly participants to meet and interact for Mutual gains and success. Almighty Allah, inspire us the spirit of strengthening bonds of peace by fostering friendship and understanding among us. Dispel the anxiety and remove the hatred out of our hearts, and promote among us cooperation, sincerity and understanding among us.


126 PRAYER TEXT FOR THE 80TH MALAYSIAN ARMED FORCES DAY AT THE RIZQUN HOTEL, BRUNEI DARUSSALAM ON 27TH SEPTEMBER 2013 In the name of Allah, the most gracious and the most merciful, all praise be upon you, cherisher and sustainer of the world. On this blessed day, we express our unlimited gratitude to you that with your grace and mercy we are able to gather here for The 80th Malaysian Armed Forces Reception Day. Oh Allah the most gracious and merciful, we humbly pray for your blessing with hope that the occasion will run smoothly throughout without any hardship and difficulty and finally accord us with success that may benefit our country and armed forces. Ya Allah, we pray hope fully, in this ceremony will foster relationship and cooperation among us in the process of achieving greater success. Almighty Allah, give us strength to struggle upgrade our faith and brotherhood and put our hearts honestly in peforming our duties with full commitment and responsibility, in your name Allah. Ya Allah, give your blessed to both of our majesty, his majesty Yang Dipertuan Agong Of Malaysia, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah and His Majesty Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muazzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin Sa’dul Khairi Waddin, Sultan and Yang Dipertuan Of Brunei Darussalam.


127 DOA FOR COMMUNITY SERVICE O Allah, shower upon us with happiness as our final end, and fulfill for us our hopes beyond expectations. Join with wellbeing and good health our early mornings and dusky evernings. Ya Allah, who responds to the every suplication! We express our unlimited gratitude to you that with your grace we are gathering here for comMunity service programme in Black Island. Let our efforts succeed well and secure success, and allows for the improvement of life quality also it benefit humanity. Finally, we seek your blessing for our doings and that they are considered as good deeds. Please spare us from any evil intention and wrongdoings


128 BAB 7 – PENUTUP


129 PENUTUP Adalah diharapkan dengan buku kecil ini akan dapat membantu staf KAGAT naungan 3 Bgd di dalam pelaksanaan tugas sebagai pembaca doa sama ada formasi atau di pasukan. Buku ini juga boleh diguna pakai sepanjang perkhidmatan atau menjadi panduan apabila berpindah ke pasukan baru. Semoga usaha kerdil ini menjadi amal kebajikan yang akan memberatkan timbangan bila bertemu Allah SWT. Moga-moga Allah SWT memakbulkan doa-doa yang dibaca daripada buku kecil ini.


130 PEGAWAI DAN ANGGOTA LLP NAUNGAN MARKAS 3 BRIGED Markas 3 Briged No : 3008696 Pkt : Mejar Nama : Hj Suhaimi bin Mohamed Saman Jawatan : Pegawai Staf Agama Mk 3 Bgd No : 1134165 Pkt : PW II Nama : Mohd Azahari bin Abdullah Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki Mk 3 Bgd No : 5005578 Pkt : Sjn Nama : Hadisah binti Md Husain Jawatan : Penyelia Agama Kanan Wanita Mk 3 Bgd No : 1157456 Pkt : Sjn Nama : Mohd Fakhoruddin bin Sharudin Jawatan : Imam Masjid Solahuddin Al-Ayyubi


131 No : 1179635 Pkt : Kpl Nama : Ahmad Fikri bin Zainal Abidin Jawatan : Pembantu Imam Masjid Solahuddin Al-Ayyubi 11 RAMD No : 3012495 Pkt : Kapt Nama : Nik Saiful Adli bin Abdullah Jawatan : Pegawai Agama Pasukan 11 RAMD No : 1154575 Pkt : Ssjn Nama : Mohd Noor Shahareen bin Hafezan Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki Pasukan No : 5007229 Pkt : Lkpl Nama : Nor Sharinas binti Mohamad Nanyan Jawatan : Pembantu Agama Pasukan Wanita No : 1190434 Pkt : Pbt Nama : Muhammad Adnan bin Ghazali Jawatan : Pembantu Agama Rendah Lelaki


132 No : 1195697 Pkt : Pbt Nama : Muhamad Azuan bin Adan Jawatan : Pembantu Agama Lelaki 13 RAMD No : 3012784 Pkt : Kapt Nama : Mohd Zaki Amani bin Mustapha Jawatan : Pegawai Agama Pasukan 13 RAMD No : 1154549 Pkt : Sjn Nama : Azhar bin Hj Zainol Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki No : 5006365 Pkt : Sjn Nama : Puteri Nurulhida binti Megat Abdul Latif Jawatan : Penyelia Agama Kanan Wanita No : 1190771 Pkt : Lkpl Nama : Mohd Fadzil bin Ismail Jawatan : Pembantu Agama Rendah Lelaki


133 No : 1195339 Pkt : Pbt Nama : Muhammad Hafiiz bin Mohd Hanizali Jawatan : Pembantu Agama Rendah Lelaki 10 RRD No : 3014770 Pkt : Lt Nama : Mohamad Norshahiddan bin Mazlan Jawatan : Pegawai Agama Pasukan No : 1154555 Pkt : Ssjn Nama : Khairul Anwar bin Baharom Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki No : 5006979 Pkt : Kpl Nama : Siti Zubaidah binti Mazlan Jawatan : Penyelia Agama Kanan Wanita No : 1182389 Pkt : Lkpl Nama : Muhammad Helmi bin Abdul Muain Jawatan : Pembantu Agama Rendah Lelaki


134 MSSK No : 1158984 Pkt : Ssjn Nama : Mohd Fariz bin Muhamad Akhir Jawatan : Penyelia Agama Kanan Pasukan 3 Wks Bgd No : 1154561 Pkt : Sjn Nama : Mohammad Noorhadi bin Awang Kechik@Ahmad Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki 3 SSD No : 1134166 Pkt : Ssjn Nama : Mohd Azman bin Ismail Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki 3 Komp Angkut KPD No : 1134157 Pkt : PW II Nama : Mohamad Ridzuan bin Teh@Puteh Jawatan : Penyelia Agama Kanan Lelaki


135 3 Komp KPTD No : 1182369 Pkt : Lkpl Nama : Muhammad Qhuzaimi bin Mokhtar Jawatan : Pembantu Agama Lelaki Rej 511 AW No : 1154577 Pkt : Ssjn Nama : Mohd Osman bin Muwaaz Jawatan : Penyelia Kanan Agama Pasukan No : 1192814 Pkt : Pbt Nama : Muhammad Fauzan bin Zulkifli Jawatan : Pembantu Agama Lelaki


Click to View FlipBook Version