51 serta selamatkanlah kami dari fitnah dunia yang menjuruskan kami kelembah kehinaan dan kezaliman. Ya Allah sekiranya hari ini merupakan hari yang terakhir bagi kami yang berada di bumi yang bertuah ini. Maka jadikankah segala khidmat bakti yang telah kami curahkan sebagai ibadah kepadaMu jua Ya Allah.
52 DOA HUT RSD KE-55 Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Kami memohon kehadratMu Ya Allah, sempena perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja Yang Ke-55 pada pagi ini di iringi dengan keberkatan dan rahmat dariMu. Kami memohon agar kami di kurniakan kekuatan untuk mengekalkan prestasi dan kecemerlangan yang berkekalan. Jadikanlah upacara ini sebagai dorongan dan ransangan kepada kami untuk meningkatkan lagi daya usaha serta iltizam dalam perkhidmatan demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara tercinta. Berikanlah kepada kami semangat dan keyakinan untuk kami menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan jujur, Ya Allah, kami memohon kepadaMu semoga khidmat yang akan kami lakukan termasuk dalam amal soleh yang di redhai di sisiMu. Allahumma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami juga mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas kejayaan yang telah Engkau berikan kepada kami. Mudah-mudahan Engkau sentiasa mengurniakan kejayaan dalam setiap kerja yang kami lakukan. Kami juga memohon kepadaMu agar di kurniakan kekuatan keimanan kepada kami. Hiaskanlah diri kami dengan sifat-sifat yang terpuji, terangkanlah hati kami dengan keluasan ilmuMu, semoga kami dapat menabur bakti dalam kerjaya kami dengan penuh ketenangan dan ketabahan.
53 DOA PERBARISAN HARI ULANG TAHUN CAWANGAN PROVOS MARSYAL ATM KE 12 TD KE 69 Ya Allah Ya Tuhan Kami, Segala puji dan syukur kami rafakkan ke hadratMu tuhan yang memiliki sekalian alam. Di pagi yang indah dan penuh keberkatan ini, kami menadah tangan memohon limpah perkenanMu, semoga seluruh warga cawangan Provos Marsyal ATM memperolehi kerahmatan dan kesejahteraan. Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim Bersempena dengan Perbarisan Ulang Tahun Cawangan Provos Marsyal Atm Ke 12 pada pagi ini, kami menadah tangan ke hadratMu memohon dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan demi meneruskan perjuangan membela dan mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah, perteguhkanlah keimanan dan ketaqwaan kami, tingkatkanlah tahap kesedaran dan ketabahan hati kami agar kami sentiasa bersedia untuk mematuhi seluruh ajaranMu, tunduk dan sujud kepada kekuasaan dan keagunganMu. Ya Allah, Tuhan yang kami tumpahkan segala pengabdian dan kami pohon segala pertolongan, kembangkanlah kasih dan rahmatMu ke atas hamba-hamba Mu yang daif lagi lemah ini. Perkukuhkan iltizam kami dengan iman, perteguhkan tali persaudaraan kami dengan Islam, tingkatkan keikhlasan kami dengan ehsan dan hindarkan kami dari segala mara bahaya. Angkatkan martabat kami sebagai umat yang bersatu padu dan bermaruah. Hiasilah diri kami dengan ilMu dan ma’rifah sehingga kami mengetahui antara kebenaran dan kebatilan. Ya Allah, dikesempatan begini kami memohon kepada Mu
54 peliharailah perpaduan di kalangan kami, istiqamahkanlah hati pemimpin-pemimpin kami dalam memimpin rakyat jelata ke arah keamanan dan kesejahteraan, semoga negara mendapat keampunan dan keredhaan Mu Ya Allah.
55 DOA UNTUK HARI ULANG TAHUN ASKAR WATANIAH Ya Allah Ya Tuhan Kami, Segala puji dan syukur kami rafakkan ke hadratMu, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Di pagi yang indah dan penuh keberkatan ini, bersempena dengan Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke 47 Dan Jubli Perak pada pagi ini, kami menadah tangan ke hadratMu memohon dikurniakan kerahmatan, kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan demi meneruskan perjuangan membela dan mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah, Tuhan kami, restuilah perjuangan kami, tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami. Kekalkan pada kami sifat jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang, limpahkan rahmat, kesejahteraan dan keampunan ke atas Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajudin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Binti Al Marhum Tengku Abdul Rasyid serta lanjutkan usia baginda berdua di dalam sihat dan selamat serta beroleh bimbingan dan taufiq dariMu.
56 DOA PERBARISAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KPTD KE 57 Allahumma Ya Allah Ya Allah Ya Rahman, sesungguhnya pada pagi yang mulia ini, kami menadah tangan mengucap syukur ke hadratMu Ya Allah, kerana dengan limpah kurnia serta rahmatMu, dapat kami berhimpun bersempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Polis Tentera Diraja Ke 57. Ya Allah , kami menadah tangan kehadratMu, semoga dikurniakan keberkatan, rahmat dan pertolongan agar kami, dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami sebagai satu pasukan serta dapat kami memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang bernilai, berkualiti serta mencapai matlamat yang dicita-citakan. Ya Allah, restuilah perjuangan kami, tingkatkan iman dan takwa kami, tanamkanlah sifat jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Jadikanlah kami Ya Allah daripada golongan mereka yang sentiasa mematuhi segala arahan dan perintahMu serta kukuhkanlah perpaduan di antara kami dengan sentiasa mendapat keredhaanMu.
57 DOA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN AM YG KE 46 Ya Allah Ya Tuhan kami, Segala puji dan syukur kami rafakkan ke hadratMu tuhan yang memiliki sekalian alam. Di pagi yang indah dan penuh keberkatan ini, kami menadah tangan memohon limpah perkenanMu, semoga seluruh warga kor perkhidmatan am memperolehi kerahmatan dan kesejahteraan. Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim Bersempena dengan Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Am (KPA) Yang Ke 46 pada pagi ini, kami menadah tangan ke hadratMu memohon dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan demi meneruskan perjuangan membela dan mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah, perteguhkanlah keimanan dan ketaqwaan kami, tingkatkanlah tahap kesedaran dan ketabahan hati kami agar kami sentiasa bersedia untuk mematuhi seluruh ajaranMu, tunduk dan sujud kepada kekuasaan dan keagunganMu. Bersempena pada hari yang mulia ini juga, kami memohon apalah kiranya Engkau mencucuri rahmat dan keampunanMu kepada roh-roh para perajurit kami yang telah gugur di medan juang demi mempertahankan kedaulatan agama dan tanahair tercinta. Jauhilah diri kami dari bersifat lesu dan malas, tidak peka terhadap tugas agar kami dapat mencurahkan segala kesanggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang pencerobohan.
58 DOA PERBARISAN SEMPENA HUT BATALION KE 3 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Di pagi yang mulia ini kami mengadakan perbarisan Sempena Menyambut Hari Ulang Tahun Batalion Ke 3 Rejimen Askar Melayu Diraja Yang Ke 55. Oleh itu Ya Allah, sematkanlah dijiwa kami, pegawai-pegawai kami, pemimpin-pemimpin kami dengan semangat bekerja yang tinggi agar menjadikan pasukan ini disegani serta disanjungi. Di sini kami mulai dengan mengatur langkah, lalu berdiri tegak serta megah dengan senjata yang diarah, bukanlah bertujuan mendabik dada serta bertatahkan sifat riak, tetapi sebagai menunjukkan bahawa, kamilah pasukan yang berada di bawah panjipanji rejimen yang tertua serta perkasa yang sentiasa memegang teguh kepada cogankata teguh berani, menjunjung tinggi ikrar kesatria di samping mendakap erat piagam taat setia. Ya Allah Ya Jabbar Ya Qahhar Kami rejimen tertua, memegang angka keramat 3, yang dialiri dengan darah perwira berjanji akan mempertahankan kedaulatan negara, memartabatkan maruah bangsa serta memelihara kesucian agama dari dinodai serta dicerobohi oleh peledak pengkhianat durjana yang cuba memusnahkan negara. Biarlah jasad kami diratah peluru tak bermata, biarlah keringat kami mengalir ke sini sana, biarlah darah perwira kami mengalir bukan dari tempat asalnya, biarlah jasad kami jatuh rebah, menyembah bumi namun semangat juang kami tetap kental di jiwa demi mendaulatkan kata-kata pemimpin negara serta mengangkat ikrar sumpah kepada cogan kata teguh berani serta taat setia. Jadikanlah sejarah peristiwa kalabakan serta sg semur itu
59 sebagai pembakar jiwa utk berjuang dan terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir. Ya Allah Ya Afuwwu Ya Ghafur Kami memohon kepadaMu, ampunkanlah segala dosa, ibu bapa kami, serta umat islam seluruhnya. Cucurilah rahmat kepada pejuang kami yang telah terkorban bagi mempertahankan negara. Sematkanlah dijiwa kami dengan sifat terpuji. Akhir sekali Ya Allah jadikanlah perbarisan ini diberkati dan perpisahan selepas ini dirahmati.
60 DOA PERBARISAN SEMPENA HUT MK PEMERINTAHAN LATIHAN DAN DOKTRIN TENTERA DARAT YANG KE 11 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Demi kebesaran zat dan keagungan kerajaanMu Ya Allah, kami rafakkan segala puji dan syukur kehadratMu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekeliannya. Ya Allah Ya Zaljalali Wal Ikram Bersama iringan limpahan rahmat, hidayah dan inayahMu Ya Allah, maka dapatlah kami berkumpul di pagi yang mulia lagi penuh keberkatan ini sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Mk Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat Ke 11 yang sama-sama kami laksanakan Ya Allah, sesungguhnya dengan rasa penuh keinsafan dan kerendahan diri, kami insan dhaif menyusun jari menadah tangan kehadratMu, semoga Engkau memberkati dan meredhai setiap detik masa yang berlalu di sepanjang perbarisan yang kami laksanakan ini. Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum Kami memohon dengan kekuasaanMu, jadikanlah segala tenaga, amalan dan niat suci kami dalam perbarisan ini sebagai amalan yang diterima olehMu. Jadikanlah kami golongan yang takut kepadaMu yang menghalang kami dari melakukan perkara-perkara yang Engkau Murkai. Berkatkanlah kami di sepanjang perbarisan yang kami jalankan ini semoga perbarisan ini akan menjadi sebagai satu amalan perbarisan yang di redhai olehMu.
61 Ya Allah, berilah keselamatan yang berterusan kepada kami, pemimpin-pemimpin serta seluruh ahli keluarga kami. Kobarkanlah semangat juang yang berterusan kepada kami dan jauhkanlah dari sebarang gejala yang tidak di ingini. Ampunlah segala dosa dan kesalahan kami.
62 DOA HUT KOR ARMOR DIRAJA KE 54 PADA 11 SEP 2006 Ya Allah, dengan kalimah Bismillah kami mulakan segala amalan, dengan kalimah Subhanallah kami akui kesucianMu wahai tuhan, dengan kalimah Alhamdulillah, kami panjatkan syukur diatas segala nikmat yang dikurniakan, dengan kalimah Allahu Akbar kami iktiraf kebesaranMu Ya Rahman, dengan kalimah astaghfirullah kami memohon keampunanMu dari segala dosa dan keterlanjuran dan kalimah auzubillah kami memohon perlindungan dan segala bahaya dan kejahatan insan. Ya Allah, di pagi yang penuh dengan ceria ini kami menadah tangan ke hadrat-Mu melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga, di atas limpah kurnia serta inayah-Mu, kami dapat berhimpun di upacara Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja Kali Ke 54. Ya Allah, Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, kami pohonkan limpah ihsan-Mu semoga dikurniakan kekuatan mental dan fizikal demi mengekalkan prestasi dan kecemerlangan yang berkekalan. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan tubuh badan dan keselamatan di sepanjang pertandingan ini. Lindungilah kami dari sebarang bentuk kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Permudahkanlah segala urusan kami agar setiap perancangan untuk memaju kor kearah kecemerlangan menjadi kenyataan. Ya Allah, bersempena hari ulang tahun kali ini kami juga memohon kepadaMu agar perpaduan antara kami dipereratkan, kerjasama antara kami disepadukan, kejayaan sentiasa menjadi dambaan dan
63 kefahaman kepada ajaranMu dipertingkatkan serta dijauhkan kami dari apa jua kelemahan. Hindarilah kami dari unsur-unsur yang membawa perpecahan. Kikiskan sama sekali dari diri kami sifat-sifat keangkuhan, yang menyebabkan kami didalam kemurkaan. Ya Allah, kami bermohon semoga segala amalan kami pada hari ini lebih baik dari hari semalam dan kami memohon semoga amalan hari esok dan seterusnya adalah saat-saat yang cemerlang dalam hidup kami. Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau peliharai.
64 DOA HUT TUDM KE 58 PADA 1 JUN 2016 Ya Allah, dengan kalimah Bismillah kami mulakan segala amalan, dengan kalimah Subhanallah kami akui kesucianMu wahai tuhan, dengan kalimah Alhamdulillah, kami panjatkan syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, dengan kalimah Allahu Akbar kami iktiraf kebesaranMu Ya Rahman, dengan kalimah Astaghfirullah kami memohon keampunanMu dari segala dosa dan keterlanjuran dan kalimah Auzubillah kami memohon perlindungan dan segala bahaya dan kejahatan insan. Ya Allah, di pagi ini, kami menadah tangan ke hadrat-Mu melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga, di atas limpah kurnia serta inayah-Mu, kami dapat berhimpun di majlis Hari Ulangtahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke 58. Ya Allah, bersempena hari ulang tahun kali ini kami memohon kepadaMu Ya Allah, mesrakanlah di antara hati kami, damaikanlah perselisihan antara kami, tunjukkan kami jalan yang selamat. Ya Allah jadikan kami orang yang bersyukur kepada nikmatMu dan menyanjung tinggi segala nikmatMu. Ya Allah, Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, kami jua memohon limpah ihsan-Mu semoga dikurniakan kekuatan mental dan fizikal demi mengekalkan prestasi dan kecemerlangan yang berkekalan. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan tubuh badan dan keselamatan. Lindungilah kami dari sebarang bentuk kemalangan dan perkara-perkara yang boleh menggagalkan perancangan.
65 Permudahkanlah segala urusan kami agar setiap perancangan untuk memaju kor kearah kecemerlangan menjadi kenyataan. Ya Allah, kami bermohon semoga segala amalan kami pada hari ini lebih baik dari hari semalam dan kami memohon semoga amalan hari esok dan seterusnya adalah saat-saat yang cemerlang dalam hidup kami. Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau peliharai.
66 BAB 3 – DOA DI OPERASI DAN EKSESAIS
67 DOA OPERASI Ya Allah, Di Pagi Yang Penuh Dengan Keberkatan Ini Kami Menadah Tangan Ke Hadhrat-Mu Melahirkan Rasa Kesyukuran Yang Tidak Terhingga, Di Atas Limpah Kurnia Serta Inayah-Mu, Kami Dapat Berhimpun Di Upacara Perbarisan, Pergerakan Ke Kawasan Operasi. Ya Allah, Berikan Kepada Kami Kekuatan Dan Keyakinan Untuk Kami Menjalankan Tugas Dengan Penuh Ikhlas Dan Jujur, Semoga Khidmat Yang Akan Kami Lakukan Termasuk Dalam Amal Soleh Yang Diredhai Disisi-Mu. Ya Allah, Sesungguhnya Kami Berlindung Kepada-Mu Dari Bala Dan Kesengsaraan Dan Kami Pohon Kehadrat-Mu Kesihatan Afiat Dan Keselamatan Yang Berkekalan Pada Urusan-Urusan Dunia Dan Juga Akhirat.
68 DOA PEMBUKAAN EKSESAIS PASAK BUMI SIRI 1/2015 Ya Allah, kami memohon ke hadratMu pada pagi yang berkat ini, bersempena dengan Pembukaan Eksesais Pasak Bumi Rejimen Ke 21 Artileri Diraja Siri 1/2015, diiringi dengan keberkatan dan rahmat dari-Mu. KepadaMu jua kami bermohon, agar segala urusan dipermudahkan, dan segala perancangan menjadi kenyataan. Ya Rahman, kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keyakinan, ketabahan dan kesabaran, dalam mengikuti eksesais ini. Semoga hasrat untuk melahirkan warga yang berketerempilan, berkeyakinan tinggi, serta cergas dan bersiap siaga untuk melaksanakan tugas sebagai warga artileri khasnya, dan atm amnya akan tercapai. Ya Rahim, kami juga memohon perlindungan daripada segala mara bahaya dan bala bencana di sepanjang eksesais ini. Semoga ianya menjadi wadah perjuangan dan pemangkin semangat amal kebaikan kami di sini.
69 DOA PENUTUP EKSESAIS KEKAR MALINDO 40 AB/2016 Dengan kebesaranMu tuhan yang mendampakan alam seisinia dengan keangungan dengan keagungan kasih sayangMu selawat serta salam buat panglima perang sedunia junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang tidak pernah menggoncang ketenteraman alam dunia dengan senjata dan mata pedang. Semoga tertunailah keinginan untuk memeluk kedamaian di sepanjang zaman kepada semua para pengikutnya dari dulu dan selamanya. Ya Allah Ya Wadud Ya Shohibud Dunya Duhai tuhan tuan punya segala anugerah dan tuan punya dunia seisinya dengan diKau Ya Allah mempertemukan kami dalam membicarakan tentang kepentingan latihan dan beradu uji dalam Eksesais Kekar Malindo 40 Ab/2016 yang telah berlangsung dalam suasana kerahimanMu Ya Allah. Oleh itu duhai Ar-Rahman kami bermohon disamping senjata disisi agar dikau kurniakan keamanan dan keselamatan buat negara kami yang tercinta ini. Ya Allah Ya Qawiyyul Aziz Duhai tuhan yang maha gagah hebat perkasa atas kesempenaan pertemuan ini juga Ya Allah semoga dikau tambah campurkan lagi akan kekuatan, juga kecekapan malah gandingan kemahiran yang sedia pada seluruh anggota kami khususnya yang terlibat secara langsung dalam latihan ini, malah jadikan kami sebagai satu aset yang mampu mengerunkan akan hati mana-mana mereka yang berniat ingin bermusuh. Jua kami bermohon agar dicambahkan pada kami anugerah kehebatan pertahanan yang mungkin tidak terduga oleh kami suatu tika dahulu agar dengannya nanti mampu buat kami
70 memperbenteng teguhi akan kedaulatan tanah air tercinta ini, agar sejarah kelam dijajah dan dijarah musuh tidak lagi mungkin akan berulang buat generasi anak cucu kami. Ya Allah kurniakanlah keselamatan dan kesejahteraan kepada kami dan para pemimpin kami sepanjang menjalankan tugas demi agama bangsa dan negara.
71 DOA PEMBUKAAN PRA EKSESAIS SATRIA GAGAH Ya Tuhan Yang Memiliki Sekelian Alam. UntukMu Jua Kami Sembahkan Segala Pujian. Selawat Dan Salam Kami Ucapkan Buat Rasul Pilihan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Serta Para Sahabat, Pengikut-Pengikut Sahabat Seterusnya Ahli-Ahli Keluarga Baginda. Di Hari Yang Penuh Keberkatan Ini Kami Menadah Tangan Ke Hadhrat-Mu Melahirkan Rasa Kesyukuran Di-Atas Limpah Kurnia Serta Inayah Dan Riayah-Mu Kami Berhimpun Di Dewan Ini Sempena Dengan Majlis Pembukaan Eksesais Satria Gagah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kurniakanlah Kejayaan Kepada Kami Sekalian Di Sepanjang Eksesais Ini Berlangsung Berikanlah Sifat Ketekunan, Kecekapan Dan Ketabahan Yang Tinggi Dalam Setiap Aspek Latihan Yang Dijalankan. Hiasilah Diri Kami Dengan Sifat Terpuji, Terangilah Hati Kami Dengan Keluasan Ilmu-Mu Semoga Kami Dapat Menabur Bakti Untuk Agama, Bangsa Dan Negara. Ya Allah, Kukuhkanlah Perpaduan Di Kalangan Kami Dan Pertingkatkan Kefahaman Kami Kepada Ajaran-Mu Yang Maha Luas. Jahuilah Kami Dari Segala Sifat Kelemahan, Putus Asa, Patah Semangat Dan Segala Perkara Yang Boleh Menggagalkan Perancangan Dan Persiapan Kami Semasa Menjalankan Latihan Tahunan Ini.
72 Hindarilah Kami Dari Unsur-Unsur Yang Membawa Perpecahan. Kikiskan Sama Sekali Dari Diri Kami Sifat-Sifat Angkuh, Hasad Dengki Dan Gejala Fitnah Yang Menyebabkan Engkau Melemparkan Kemurkaan Kepada Kami. Ya Allah, Kami Bermohon Semoga Segala Amalan Kami Pada Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam Dan Kami Memohon Semoga Amalan Hari Esok Dan Seterusnya Adalah Saat-Saat Yang Cemerlang Dalam Hidup Kami. Ya Allah Di Kesempatan Ini Juga Kami Memohon Semoga Engkau Dikurniakan Kesejahteraan Serta Sihat Walafiat Kepada PemimpinPemimpin Kami, Pegawai-Pegawai Dan Seterusnya Warga ATM Seluruhnya. Ya Allah, Jadikanlah Perhimpunan Kami Ini Sebagai Perhimpunan Yang Engkau Rahmati, Dan Perpisahan Kami Selepas Ini Sebagai Perpisahan Yang Engkau Peliharai.
73 DOA PEMBUKAAN EKSESAIS BERSAMA KEKAR MALINDO PADA 11 SEPTEMBER 2018 DI PADANG KAWAT 10 RRD Ya Allah, Tuhan yang memiliki sekelian alam. Untuk-Mu jua kami sembahkan segala pujian. Selawat dan salam kami ucapkan buat rasul pilihan, junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Di hari yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan ke hadratMu melahirkan rasa kesyukuran di atas limpah kurnia, inayah dan riayah-Mu dapat kami mengadakan “Perbarisan Upacara Pembukaan Eksesais KEKAR MALINDO Siri Ke-42 Tahun 2018”. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, permudahkan kepada kami sekalian di sepanjang eksesais gabungan kedua-dua negara tetangga ini berlangsung agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Kurniakan kami sifat tekun, cekap dan tabah dalam setiap aspek latihan yang akan dijalankan. Ya Allah, kukuhkanlah ikatan silaturrahim di antara Malaysia dan Indonesia amnya, dan Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia khasnya. Ya Allah, pertingkatkan kefahaman kami kepada ajaran-Mu yang maha luas. Jauhilah kami dari segala sifat lemah, putus asa dan patah semangat yang boleh menggagalkan eksesais gabungan bersama ini. Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau peliharai.
74 DOA PENUTUPAN EKSESAIS BERSAMA KEKAR MALINDO PADA 20 SEPTEMBER 2018 DI LADANG SALCRA MONGKOS Ya Allah, Tuhan yang memiliki sekelian alam. Untuk-Mu jua kami sembahkan segala pujian. Selawat dan salam kami ucapkan buat rasul pilihan, junjungan besar Nabi Muhammad saw serta ahliahli keluarga baginda, para sahabat dan taabiin. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami bermohon kepada-Mu Ya Allah, sempena “PERBARISAN UPACARA PENUTUP EKSESAIS KERIS KARTIKA MALINDO SIRI KE-42 TAHUN 2018” ini, kurniakan ingatan yang berkekalan tentang apa-apa ilmu yang bermanfaat daripada eksesais gabungan bersama ini. Jadikan ia sebagai pendorong kepada kami ke arah kemahiran perkhidmatan yang lebih mantap dan cemerlang. Kurniakan Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia dengan kebaikan daripada eksesais ini. Kami juga memohon kepada-Mu keampunan terhadap kesalahan dan kealpaan kami terhadap-Mu di sepanjang eksesais dijalankan. Kami berlindung dengan-Mu daripada apa-apa keburukannya. Allahumma Ya Allah, kami mengakui kekerdilan dan kelemahan diri kami, oleh itu tunjukkan kami jalan memperbaiki kelemahan eksesais ini. Permudahkan bagi kami memperbaikinya kerana memudahkan perkara yang susah bagi-Mu amatlah mudah. Tunjukkan kami apa salah itu salah dan berikan kami ilham untuk memperbaikinya. Ya Allah, perbaikkan penyudahan kami dalam semua urusan. Pereratkan semangat setiakawan dan ikatan persaudaraan di antara angkatan tentera kedua negara tetangga ini Ya Allah.
75 DOA ANGGOTA MALCON 12 RAMD MEK KE LUBNAN Dengan penuh keberkatan dan keizinan-Mu ya Allah, kami memohon pada-Mu, berkatilah perjalanan seluruh anggota 12 RAMD Mek yang terlibat misi MALCON UNIFIL khasnya serta seluruh anggota MALCON UNIFIL amnya. Limpahkanlah sepenuhnya rahmat kesejahteraan atas mereka disepanjang perjalanan hinggalah sampai ke tempat tujuan dan seterusnya pulang ke tanahair dengan selamat. Ya Allah, kami berbangga dengan keberanian dan keikhlasan mereka, jadi berkatilah mereka sepanjang penugasan mereka di luar Negara, tabahkan hati keluarga mereka yang di tinggalkan, kami hanya mampu berserah padaMu ya Tuhan. Makbulkanlah doa kami, hanya padaMu tempat kami mengadu. Engkau kuatkan azam perwira dan perajurit kami, moga dimudahkan segala urusan, moga dapat terus berkhidmat dengan tenang dan cemerlang. Ya Allah, kami juga memohon kepada-Mu agar diberi peliharaan keselamatan dan kesihatan ke atas mereka semua, semoga di jauhkan dari segala kesulitan mahu pun kesusahan walau di mana mereka berada. Bekalkanlah mereka dengan rahmat kekuatan dan kebijaksanaan semoga mereka dapat melaksanakan tugas dengan penuh cemerlang untuk agama, bangsa dan seterusnya mengharumkan nama negara tercinta ini.
76 BAB 4 – DOA PENTADBIRAN DAN KEANGGOTAAN
77 DOA UPACARA PEMBUKAAN MESYUARAT Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami, tuhan yang memiliki kebesaran, kemuliaan dan kekuasaan, kami hamba-hambaMu menadah tangan mengucap syukur ke hadratMu Ya Allah, kerana dengan limpah kurnia serta rahmatMu, dapat kami berhimpun bersempena Mesyuarat Luaran Pertama Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda pada pagi jumaat yg penuh berkat ini semoga diiringi keberkatan dan keredhoan dariMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami berikanlah kami kekuatan fizikal dan mental untuk membincangkan segala permasalahan dan berupaya mencapai kata sepakat untuk menghasilkan resolusi yang terbaik. Bersempena dengan ini juga Ya Allah, lindungilah kami dari segala perkara yang akan merumitkan sepanjang mesyuarat ini berlangsung. Ya Allah, kami memohon keberkatan dan keredhaanMu, di atas segala usaha kami, khususnya dalam menjayakan mesyuarat ini, agar ia menjadi satu wasilah ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Ya Allah, restuilah perjuangan kami, tingkatkan iman dan takwa kami serta tanamkanlah di dalam hati kami sifat jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas kami. Jadikan kami Ya Allah dari golongan mereka yang sentiasa mematuhi segala arahan dan perintahMu serta kukuhkanlah perpaduan diantara kami.
78 DOA MESYUARAT AGUNG BAKAT PUSAT PENGAMAN MALAYSIA TAHUN 2017 Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang, yang maha Mengetahui segala sesuatu berlalu dan yang akan datang, kami hamba-hambaMu menadah tangan memanjatkan kesyukuran, berdoa kehadratMu yang maha agung dengan penuh pengharapan, dengan izinMu Bersempena Mesyuarat Agung Bakat Pusat Pengaman Malaysia Yang Disempurnakan Oleh Ybhg Komandan, Kol Faizal Bin Hj Abdul Rahman pada pagi ini, semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan yang berterusan, dariMu Ya Allah, Tuhan sekelian alam. Ya Allah, kami bermohon kepadaMu kebaikan mesyuarat ini. Keberkatan di awal dan di akhirnya dan apa-apa yang selepasnya. Kami berlindung denganMu daripada keburukan yang mengikutnya, di awal dan di akhir serta apa-apa keburukan selepasnya. Ya Allah, berikanlan kelancaran terhadap mesyuarat ini dan kelancaran di dalam apa-apa perancangan yang disepakati nanti agar silaturrahim di antara kami lebih terpaut kukuh. Ya Allah, perbaikkan penyudahan kami dalam semua urusan.
79 DOA MESYUARAT KOMANDAN-KOMANDAN Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, yang maha mengetahui segala sesuatu berlalu dan yang akan datang, kami hamba-hambaMu menadah tangan memanjatkan kesyukuran, berdoa kehadratMu yang maha agung dengan penuh pengharapan, dengan izinMu Bersempena Mesyuarat Komandan-Komandan pada pagi ini, semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan yang berterusan, dariMu Ya Allah, Tuhan sekelian alam. Ya Allah, kami bermohon kepadaMu kebaikan mesyuarat ini. Keberkatan di awal dan di akhirnya dan apa-apa yang selepasnya. Berlindung denganMu daripada keburukan yang mengikutnya, di awal dan di akhir serta apa-apa keburukan selepasnya. Ya Allah, tunjukkan apa yang benar itu benar dan kuatkan kami untuk mengikutinya. Tunjukkan kami yang salah itu salah, berikan kekuatan kepada kami untuk menjauhinya. Ya Allah, perbaikkan penyudahan kami dalam semua urusan.
80 DOA SEMPENA MESYUARAT PANGLIMA GAPU PADA 21 JUL 2004 Ya Allah, Tuhan yang mempunyai kebesaran, kemuliaan dan kekuasaan, sesungguhnya di pagi yang mulia ini, kami dengan rendah diri menadah tangan memohon taufik dan hidayah bersempena dengan Mesyuarat Panglima Gapu Siri 2/2004. Berikanlah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani bagi membincangkan segala permasalahan dan berupaya mencapai kata sepakat demi menghasilkan resolusi yang terbaik. Sempena dengan ini juga Ya Allah, lindungi kami semua dari segala perkara yang merumitkan mesyuarat kami. Hindarkan diri kami dari rasa bosan, putus asa, tidak bersemangat dan suka membelakangkan keputusan. Sebaliknya Ya Allah, isikanlah hati-hati kami dengan semangat untuk sama-sama membuka minda, mencetuskan ideaidea yang bernas, berwawasan, berinovasi dan bertenaga demi memastikan kejayaan mesyuarat ini terlaksana. Ya Allah, Engkaulah yang maha sejahtera, daripada Engkau datangnya segala kesejahteraan dan kepada Engkau jualah kembalinya kesejahteraan. Dengan kesejahteraan mutlakMu itu, maka limpahkanlah kesejahteraan kepada kami. Ya Allah, restuilah perjuangan kami, tingkatkanlah iman dan taqwa kami serta tanamkanlah dihati kami sifat jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kami. Jadikanlah kami Ya Allah, termasuk dalam golongan mereka yang sentiasa mematuhi segala arahan dan perintahMu serta kukuhkanlah perpaduan di antara kami dan sentiasa mendapat keredhaan Mu.
81 DOA MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN OSTEX 2012 Allahumma Ya Zalfadhli Wal Ihsan! Tuhan yang mempunyai kebesaran ,kemuliaan dan kekuasaan. Kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran serta berdoa kehadratMu Ya Tuhan, Sempena Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD Jebat Serta Perasmian Pembukaan Ostex 2012 dikala ini, yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato Abdul Hadi Bin A Rashid Panglima Armada, moga majlis ini mendapat keberkatan dan keredaan daripadaMu wahai tuhan yang maha penyanyang. Allahumma Ya Allah Ya Rahman! Kami memohon sepenuh harapan agar dikurniakan kepada keduadua pemimpin kami ini keupayaan, kekuatan tenaga dan fikiran dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang. Allahumma Ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Lagi Perkasa! Melalui Ostex yang akan bermula, hendaknya dikau kurniakan kejayaan serta keselamatan warga dan aset pertahanan negara. Moga dengannya dapat memantapkan lagi barisan saf armada dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Allahumma Ya Samiul A’lim, Tuhan Yang Maha Mengetahui Kurniakanlah keberkatan serta kecermerlangan dalam kerjaya kami, moga jua dikau jadikan perkhidmatan kami ini sebagai amal soleh yang diganjar sewajarnya disisiMu Ya Ilahi.
82 DOA PERBARISAN SEMPENA SERAH TERIMA TUGAS KEM KOMANDAN Ya Allah, Ya Tuhan Kami , Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang memakbul doa hambanya. Ya Allah kami, di pagi yang penuh berkat ini, kami memohon keberkatan dan rahmat dariMu agar Perbarisan Serah Menyerah Kem Komandan pada pagi ini mendapat rahmat dan keberkatan dariMu Ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Di pagi ini yang indah ini, kami menadah tangan ke hadratMu memohon dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan demi meneruskan perjuangan membela dan mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Perteguhkanlah keimanan dan ketaqwaan kami, tingkatkanlah tahap kesedaran dan ketabahan hati kami agar kami sentiasa bersedia untuk mematuhi seluruh ajaranMu, tunduk dan sujud kepada kekuasaan dan keagunganMu. Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kami juga mengharapkan agar perbarisan ini berjaya membuka minda kami ka arah kehidupan yang lebih cemerlang, pada masa akan datang.
83 DOA SERAH TERIMA PEMANGKU PANGLIMA Sesungguhnya segala pujian hanyalah untukMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan zat yang tiada tandingnya, tiada upaya kami sebagai hambaMu yang dhaif ini, melainkan sentiasa mengharapkan limpah ehsan dan rahmatMu. berkatkanlah ya Allah sepanjang hayat yang kami lalui dengan penuh keredhaan dan keampunan dariMu. Selawat dan salam kami pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang Engkau utuskan untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Ya Allah Tuhan yang menganugerahkan keselamatan dan kesejahteraan, bersempena Majlis Serah Menyerah Tugas Pemangku Panglima 7 Briged Ini, kami lahirkan kesyukuran terhadapMu di atas limpahan nikmatMu kepada kami yang di luar kemampuan kami untuk menghitungnya. Kami mohon wahai tuhan, tetap dan teguhkan iman kami, sabar dan tabahkan hati kami dalam menempuh ujian hidup ini. Dapatkanlah kiranya Ya Allah, Engkau merestui dan memberkati majlis ini dan berikanlah keberkatan kebahagian dan keselamatan berterusan kepada hidup kami, kepada panglima-panglima kami, pemimpin-pemimpin kami serta seluruh ahli keluarga kami. Jauhilah kami dari segala gejala yang tidak diingini. Justeru itu Kau ampunilah dosa dan kesalahan kami serta terimalah amal-amal kami sebagai amal yang soleh disisiMu. Ya Allah Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, kami pohonkan limpah ehsanMu semoga dapat memberikan hidayah
84 dan riayahMu kepada kami, kukuhkanlah perpaduan kami, pereratkanlah hubungan silaturrahim diantara kami. Ya Allah restuilah perjuangan kami, tanamkanlah di dalam hati kami sifat jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, jadikanlah Ya Allah angkatan tentera kami, sebagai sebuah angkatan tentera yang teguh dengan disiplin dan prinsip-prinsip ketenteraan demi agama ,bangsa dan negara kami.
85 DOA SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA BRIGED KETIGA INFANTRI MALAYSIA PADA 15 NOVEMBER 2018 DI PADANG KAWAD 11RAMD Ya Allah, sesungguhnya segala pujian hanyalah untukMu, Engkaulah Tuhan yang mempunyai zat dan kekuasaan yang tiada tandingnya. Ya Allah, tiada upaya kami hambaMu yang dhaif ini, melainkan sentiasa mengharapkan limpah ehsan dan rahmatMu. Selawat dan salam kami pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang Engkau utuskan untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang menganugerahkan nikmat dan rasa syukur, di PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA BRIGED KETIGA INFANTRI MALAYSIA pada pagi ini, kami lahirkan kesyukuran terhadapmu di atas limpahan nikmatmu kepada kami dan kedua-dua pemimpin kami ini. Kami memohon kepadaMu Ya Allah, agar Engkau merestui dan memberkati serah terima tugas ini dan berikanlah kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan hidup kepada BRIG JEN MOHD BUSTAMAN BIN HJ MAT ZIN serta keluarga selepas persaraan beliau nanti. Terimalah jasa bakti beliau sepanjang perkhidmatan ini sebagai amal soleh di sisiMu Ya Allah. Kami juga memohon agar diberikan gerak hati yang pasti dan petunjuk yang elok kepada pemimpin yang menerima amanah sebagai pengganti beliau. KepadaMu kami serahkan urusan kami Ya Allah.
86 DOA PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA MEDAN TIMUR DI PADANG KAWAD 10 RENJER DIRAJA PADA 04 OKT 2018 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, di pagi yang penuh berkat dan bersejarah ini, kami merafak tangan kerdil kami ini ke hadrat-Mu Yang Maha Besar Ya Ilahi, menzahirkan rasa penuh kesyukuran, kerana dengan izin-Mu jua, kami seluruh warga Briged Ketiga Infantri Malaysia dapat berhimpun di acara Perbarisan Penghargaan Ybhg Dato’ Panglima Pemerintahan Medan Timur. Allahumma Ya Allah, Ya zal jalali wal ikram, kami memohon kepadaMu Ya Allah, semoga dikurniakan kepada Ybhg Dato’ Panglima Pemerintahan Medan Timur ini serta ahli keluarga beliau sihat walafiat yang berpanjangan, diberikan taufik dan hidayah dalam mengharungi cabaran mendatang setelah persaraan. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu agar Engkau jadikan segala pengorbanan, serta khidmat bakti yang beliau curahkan selama dalam perkhidmatan, menjadi dorongan, rangsangan dan panduan, buat kami memacu kecemerlangan dalam sisa baki perkhidmatan. *Doa ini dibaca ketika persaraan Lt Jen Dato’ Stephen Mundaw. Antara adab mendoakan non-muslim ialah boleh didoakan supaya diberi taufik dan hidayah serta kesihatan yang baik.
87 DOA SEMPENA PERBARISAN ADMIN GOC 2010 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Di pagi yang serba indah ini, kami merafakkan tangan, menzahirkan rasa penuh kesyukuran, kerana dengan izin-Mu jua kami dapat samasama berhimpun, bersempena Perbarisan Pemeriksaan Tadbir Tahunan, Rejimen Pertama Kor Polis Tentera Diraja, Oleh Yang Berbahagia, Mejar Jeneral Dato` Awie Bin Suboh, Panglima 1 Divisyen. Allahumma Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, semoga Engkau limpahkan nikmat ihsan, dan kemurahan-Mu kepada kami semua, untuk kami meneruskan kehidupan dengan aman dan tenteram. Kurniakan kami taufik dan hidayah yang berkekalan, yang boleh memandu kami ke jalan kebenaran. Pandulah kami ke jalan keimanan. Jangan Engkau sesatkan kami ke jalan kemungkaran dan kejahatan. Selamatkanlah kami Ya Allah, dari segala bentuk mara bahaya dan kemalangan. Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum Kami warga 1 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja, memohon doa kepada-Mu Ya Allah, agar yang berbahagia dato`dan keluarga, dalam keadaan yang sihat sejahtera, sentiasa berada di dalam suasana harmoni dan bahagia, moga mendapat perlindungan serta keberkatan dari yang Maha Pencipta, agar terus maju jaya di dalam menabur jasa, di dalam angkatan tentera malaysia. Ya Munzilal Barakah Kami memohon semoga dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami, sihat wal `afiat yang berpanjangan, diberikan taufik dan hidayah yang berterusan, serta dikurniakan kekuatan iman yang berkekalan, dan seterusnya sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat.
88 DOA RESEPSI KETIBAAN PANGLIMA TENTERA DARAT Segala puji dan syukur hanya untuk Allah Yang Maha Berkuasa, yang telah melindungi hambanya-hambanya dengan nikmat keselamatan dan kesejahteraan, dengan limpah kurniaan-Mu jualah, Yang Berbahagia Jen Tan Sri Dato Sri Panglima Hj Zulkifle Bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat serta rombongan selamat tiba dengan sejahtera, kami pohon semoga sepanjang keberadaan Yang Berbahagia Tan Sri dan rombongan di sini sentiasa dinaungi oleh-Mu sehingga mereka selamat pulang dengan sejahteranya. Kami pohonkan Ya Allah, kekalkanlah keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah dikurniakan. Naungilah yang berbahagia Tan Sri dan rombongan serta kami semua dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan, agar terhindar dari segala keburukan mahupun bencana yang kami tidak ketahui. Di samping keimanan yang jitu agar dapat melaksanakan tugas dengan jaya demi bakti untuk ibu pertiwi.
89 DOA SEMPENA PERJUMPAAN ULUNG PEGAWAI MEMERINTAH PUSAT PENGAMAN MALAYSIA BERSAMA STAF Ya Allah dengan sifat-sifat kebesaranMu serta keagunganMu di petang yang mulia dan berkat ini sempena Majlis Perjumpaan Ulung Pegawai Memerintah Pusat Pengaman Malaysia Bersama Staf, kami seMua bermunajat dengan penuh rendah diri agar Engkau kurniakan limpahan nikmat sepenuhnya kepada kami, berilah petunjuk kepada kami dalam mencari keredhaanMu, jauhkan kami dari segala bala bencana dan mara bahaya, ampunilah dosa-dosa kami dan kukuhkanlah perpaduan di antara kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, hindarilah kami dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan, kikiskanlah sama sekali dari diri kami sifat-sifat angkuh, hasad dengki, iri hati dan segala gejala fitnah yang menyebabkan kemurkaanMu ya Allah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan yang memenuhi segala hajat dan permintaan, kami lahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga terhadapMu di atas segala nikmat dan pemberian, yang di luar kemampuan kami untuk menghintungnya. Dengan nikmat ini Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang dapat meneruskan amanah tugas yang telah Engkau tentukan kepada kami dengan penuh jujur dan ikhlas demi maruah agama, bangsa dan kedaulatan negara.
90 DOA SELAMAT SEMPENA ISTIADAT PERTUKARAN PANJIPANJI BATALION KELIMA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA Allaahumma Ya Rabbas samaawaati wal ardi Tuhan yang memerintah dan memelihara Tujuh Petala Langit, Tujuh Petala Bumi dan perkara yang di antaranya. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi melimpahkan rahmat dan nikmatNya kepada hamba-hambanya. Ya Allah Ya Tuhan kami… Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kehadratMu di atas segala nikmat rezeki, kesihatan tubuh badan dan panjang uMur dalam keimanan dan ketaqwaan. Bersempena dengan Upacara Perbarisan Istiadat Pertukaran Panji-panji Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu DiRaja pada hari ini. Kami panjatkan doa ke hadratMu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah memohon segala limpahan dan kurniaan dari sisiMu Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.
91 DOA MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT Ya Allah Tuhan yang memiliki kekuasaan, kesucian dan kedamaian, sesungguhnya pada hari yang bersejarah ini kami rafakkan doa menzahirkan kesyukuran kerana di atas inayah serta taufik Mu jua, sempurnalah sudah majlis kami di hari yang mulia ini bersempena dengan pemakaian pangkat Lkpl Sharemah Bt Shawal yang telah disempurnakan oleh Ybhg Lt Kol Ku Ibrahim Najib Bin Ku Mohamad, Komandan ILMI. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Di majlis yang penuh erti pada hari ini, kami menadah tangan memohon ke hadrat-Mu Ya Allah, Engkau limpahkanlah nikmat ihsan dan kemurahan-Mu kepada kami semua untuk kami meneruskan hidup dalam aman dan tenteram. Engkau tambahkanlah lagi kejujuran dan keikhlasan kepada hamba-Mu yang telah Engkau anugerahkan pangkat pada hari ini. Dan jadikanlah penganugerahan ini sebagai daya penggerak untuk terus berusaha bagi diri sendiri, masyarakat mahupun negara. Ya Allah kurniakanlah kami taufik dan hidayah yang berkekalan, yang boleh memandu kami ke jalan kebenaran, pandulah kami ke jalan yang benar, pimpinlah kami ke jalan yang selamat, jalan yang telah Engkau redai dunia dan akhirat.
92 DOA MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KETUA KERANI 2014 Ya Allah Tuhan yang memiliki kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan, sesungguhnya pada pagi yang damai ini kami rafakkan doa menzahirkan kesyukuran kerana di atas inayah serta taufikMu kepada kami. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon kehadratMu Ya Allah, semoga Majlis Pemakaian Pangkat Dan Penyampaian Saguhati Sempena Aktiviti Kempen Membaca Bagi Tahun 2013 diiringi dengan keberkatan dan rahmat dariMu. Kami memohon agar dikurniakan kekuatan, untuk mengekalkan prestasi dan kecemerlangan yang berkekalan. Jadikanlah upacara ini sebagai dorongan dan rangsangan kepada kami untuk meningkatkan lagi daya usaha serta iltizam dalam perkhidmatan demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah berikanlah kepada kami semangat dan keyakinan untuk kami menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan jujur. Ya Allah, kami memohon kepadaMu, semoga khidmat yang kami lakukan termasuk dalam amal soleh yang diredhai di sisiMu. Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, kami juga mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas kejayaan yang Engkau berikan kepada kami. Mudah-Mudahan Engkau sentiasa mengurniakan kejayaan dalam setiap kerja yang kami lakukan. Kami juga memohon kepadaMu, agar dikurniakan kekuatan keimanan kepada kami, hiasilah diri kami dengan sifat-sifat yang terpuji, terangkanlah hati kami dengan keluasan ilmuMu semoga kami dapat menabur bakti dalam kerjaya kami dengan penuh ketenangan dan ketabahan.
93 DOA SEMPENA PEMAKAIAN PANGKAT LT KDR KEHORMAT YBHG DATO’ DR ZAMBERY BIN ABDUL KADIR, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN PANGKOR PADA 121000 SEP 2005 DI BILIK MESYUARAT MARKAS ARMADA Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ya Allah! Wahai Tuhan yang memiliki kelebihan yang berterusan ke atas sekelian makhluk, wahai Tuhan pemilik kedua tangan yang sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai Tuhan yang mempunyai pemberianpemberian yang mulia, limpahkanlah rahmat atas Muhammad SAW sebaik-baik manusia dengan penghormatan dan ampunilah kami jua, wahai Tuhan yang Maha Tinggi di segenap masa. Ya Allah, Ya Razaq, Ya ‘Aliim… Duhai Tuhan yang Maha memberi Rezeki dan Maha Mengetahui… Di dalam kekuasaan pemerintahan Mu, Dikau mengurniai akan rezeki pada hamba-hambaMu dengan keluasan ilmuMu. Dengan itu ya Allah, direzekikan kami pada pagi hari ini bertemu dan bertamu dalam kesempenaan, sesungguhnya ya Allah atas pertemuan ini, kami meminta diatas kelautan kekuasaan dan kenikmatanMu, agar ini bukanlah yang terakhir buat kami, bahkan kami dengan rasa sedar beralaskan jiwa kerdil bermohon agar terus diperturunkan anugerahMu buat kami dari limpahan langit, biar dicambahi khazanah dari perut bumiMu, semoga dipercepat dan perdekat kemahuan hasrat kami yang masih lambat dan duduknya masih jauh, agar dipermudahkan laluan nikmat keselesaan kami dari jalannya yang payah dan sukar, jua ya Allah terlebih penting dari semua itu agar di ‘Thoyyibah’ halalkan buat kami, agar ia boleh menjadi bekalan dari kelaparan di perkampungan akhirat Mu.
94 Ya Allah Ya Shohibal ‘Amr, Duhai Tuhan Dikaulah Rabb yang menjadi Tuan Punya segala urusan. Di kesempatan ini juga Ya Allah, dengan nikmat anugerah yang diKau kurniaankan, janganlah pula kami dijadikan tandus kesyukuran padaMu, dengan limpahan cahaya keimanan pada hati kami janganlah pula ditumpahi kehinaan, di sebalik tirai-tirai kejahilan di singkap pada kami seMua, janganlah pula kami di selaputi dan di binasakan dengan bingkai-bingkai kemalasan. Semoga dengannya Ya Allah, diKau jadikan ketuanan pada agama kami, kemuliaan buat bangsa negara kami, agar jadi haibah ada quwwah pada mata-mata dan hati-hati manusia di abad ini. Semoga pertemuan hari ini Ya Allah berterusan dalam kerahmatanMu dan agar selepas perpisahan ini berlanjutan dalam keredhaan dan keampunanMu, ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
95 BAB 5 – DOA KEMASYARAKATAN
96 DOA MAJLIS QURBAN Ya Allah, Di pagi yang penuh berkat ini, kami menadah tangan kehadratMu untuk melahirkan rasa kesyukuran kepadaMu atas curahan nikmat dan limpahan rahmatMu serta izinMu kami berada di sini bersempena Majlis Qurban Pusat Pengaman Malaysia Tahun 2016. Ya Allah, Di majlis yang penuh bererti ini, bagi mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS, kami menadah tangan bermohon kepadaMu agar diterima haiwan qurban kami ini serta diberi curahan nikmat dan ihsanMu untuk ketenangan hidup kami yang lebih aman dan tenteram. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Perkukuhkanlah perpaduan dan kemesraan kami, bekerja dan mencurah khidmat bakti dengan penuh muhibbah dan setiakawan, kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa tugas berat serta segala usaha rela yang kami laksanakan bukanlah untuk kepentingan diri sendiri, tetapi adalah untuk kepentingan anak bangsa kami demi kehidupan yang lebih beerti dan bercahaya dalam meniti hari-hari yang mendatang. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami insaf dan sedar Ya Allah bahawa Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk kami berbakti, nikmat untuk kami kecapi, petunjuk dan hidayah untuk kami ikuti demi melaksanakan dan tanggungjawab kami dengan berkualtiti. Oleh itu, tanamkanlah sifat kesabaran dan
97 ketabahan yang tinggi ke dalam hati ibu bapa serta tenaga pembimbing seluruhnya semoga Engkau menerima segala amalan kami sebagai amal khair disisiMu. Seterusnya Ya Allah, jauhilah kami dari sifat keluh kesah dan putus asa serta segala perkara yang boleh mematahkan semangat kami untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang. Semoga majlis ini akan mencapai matlamat dan objektifnya sepertimana yang diharapkan.
98 DOA MAJLIS QURBAN ILMI TAHUN 2011 MASIHI BERSAMAAN 1432 HIJRIAH PADA 09 NOVEMBER 2011 Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, di hari yang penuh keberkatan ini, kami menyusun jari kerdil kami memohon keampunan kehadratMu yang Maha Agung. Ya Allah, berkatilah majlis korban yang kami laksanakan ini, terimalah korban dan pengorbanan kami Ya Allah, jadikanlah korban ini, dan apa yang kami lakukan sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan kebaikan kami di akhirat nanti. Ya Allah, jadikanlah korban kami ini sebagai amalan yang mengikis sifat tamak dan bakhil dari diri kami. Jadikanlah Ya Allah sebagai amalan yang mengikat kukuh tali persaudaraan di kalangan kami sebagai jambatan yang mendekatkan yang berkemampuan dan yang miskin di antara kami. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Berkuasa membalik-balikkan hati kami, balikkan hati kami kea rah ketaatan kepadaMu Ya Allah sekiranya kami lalai menyembahMu, tautkan hati-hati kami Ya Allah dengan perngorbanan ini kepadaMu jua kami merayu.
99 DOA PROGRAM JIWA MURNI Tuhan yang menganugerahkan kekuatan dan kesempurnaan. Bersempena dengan Perasmian Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Siri 1/2006 pada pagi ini. Kami memohon doa dan memanjatkan munajat kepadaMu Ya Allah. Agar Engkau memuliakan kami dengan menerima segala hajat kami. Bersempena dengan ini, kami dengan rendah diri memohon di atas kebesaranMu Ya Allah agar sucikanlah jiwa dan hati kami untuk terus rukuk dan sujud kepadaMu. Sinarilah roh dan jasad kami dengan ilmu yang bermanfaat. Hiasilah hati nurani dan kelakuan kami dengan pakaian iman dan takwa agar kami tergolong di kalangan hambahambaMu yang bekerja sebagai ibadat dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Dengan riayah dan inayahMu Ya Allah, Sempurnakanlah segala hajat dan permintaan. Jadikanlah seminar ini sebagai lambang kesatuan dan kekuatan di antara kami dalam usaha menempuh segala cubaan dan cabaran di alaf baru ini.
100 DOA HARI ALAM SEKITAR Kami merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu di atas keizinan dan limpah kurnia-Mu, maka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar, semoga majlis yang mulia ini dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan, kekuatan, hidayah dan kesihatan yang berkekalan agar kami dapat terus menghirup udara dimuka bumi-Mu yang nyaman lagi damai ini. Sempena Hari Alam Sekitar pada kali ini kami memohon agar Engkau semaikanlah di dalam jiwa kami sekalian dengan semangat cintakan kepada keceriaan dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Jauhkanlah kami dari sebarang sifat tamak dan haloba dalam mengejar kepentingan dunia tanpa mengambil kira kemusnahan alam sekitar. Ya Allah, Hindarkanlah kami dan seluruh warga negara ini dari sifat tidak bertanggungjawab dalam menjaga keceriaan persekitaran kami. Harapan kami, agar Sambutan Hari Alam Sekitar ini akan membangkitkan kesedaran kami, memperbaiki akhlak dan sikap tanggungjawab kami dalam usaha menjadikan negara ini bersih dan sentiasa ceria. Ya Allah, tanamkanlah ke dalam jiwa kami dan anak-anak generasi kami sifat menghargai alam sekitar. Berikanlah kami kekuatan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka supaya anugerahMu yang tidak ternilai ini sentiasa terjaga dan terpelihara. Kurniakanlah kami ilham dan pemikiran yang bernas agar masalahmasalah alam sekitar yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang terbaik.